Akta Hasutan 
PUTRAJAYA - Pemuda PR hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan keperluan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Menurut wakil DAP, Teo Kok Seong, selain berbincang pihaknya juga akan menyerahkan memorandum mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janji bagi memansuhkan akta tersebut
"Selepas kemerdekaan, akta ini tidak digunakan ke atas komunis, tetapi terhadap tentangan politik. Undang-undang yang menjamin keadilan tidak wajar lagi menjenayahkan percakapan dan buah fikiran.

"Adakah munasabah menjadikan kritikan kepada pemerintah sebagai satu jenayah?.

"Jadi pada perkembangan mutakhir kini, memperlihatkan penggunaan akta ini semakin membimbangkan, jadi kita tuntut PM tunai janji sepertimana yang diucapkan beliau pada 12 Julai lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat KDN di Putrajaya di sini, sebelum masuk untuk sesi tersebut.

Pas dan PKR masing-masing diwakili ketuanya Suhaizan Kaiat dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mereka bertiga hanya dibenarkan masuk sekitar jam 11.30 pagi tadi.