Selasa, 9 September 2014

Prk Pengkalan Kubor: Pengundi mahu calon tempatan - Umcdel


Umcdel: Pengundi mahu calon tempatan

SHAH ALAM - Faktor anak tempatan, mesra dan prihatin pengundi serta mempunyai pendidikan agama antara aspek yang menjadi pilihan kepada calon yang akan bertanding dalam PRK Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

"Kira-kira 27 peratus pengundi Dun Pengkalan Kubor mahukan anak tempatan mewakili kawasan mereka.

"Sementara itu, 30 peratus pula menjadikan faktor mesra dan prihatin kepada pengundi menjadi aspek pemilihan calon di situ.

"Manakala 25 peratus yang lain mahu calon itu mempunyai latar belakang dan pendidikan agama," demikian menurut kajian PRK Dun N01 Pengkalan Kubor oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (Umcedel), hari ini.

Kerusi Dun Pengkalan Kubor menjadi kosong apabila penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lalu.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR, Shahrun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary.

Noor Zahidi menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

Meskipun beliau sebelum ini disifatkan sebagai calon "import", namun Allahyarham boleh diterima selama tiga penggal.

PKR mohon ampun dari Sultan, ingatkan Najib supaya jujur

KUALA LUMPUR: PKR hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor jika tindakan parti itu mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) yang diikuti sejak 1957 dalam soal pemilihan calon Menteri Besar Selangor mengguris perasaan baginda.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, PKR dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.

Perkara ini, ujarnya jelas dalam perlembagaan PKR dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Anwar mengulangi pendirian PKR untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan.

"Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," jelas beliau.

Mengulas kritikan Perdana Menteri terhadap PKR dan DAP dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, beliau berkata Dato’ Seri Najib Razak telah bersama dengan pemimpin Umno sejak 1983 dan 1993 dalam menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.

Akta Hasutan: Ahli MPKN selar 'serkap jarang' menteri BN

Kritikan seorang menteri Umno terhadap cadangan draf pengganti Akta Hasutan 1948 tanpa membacanya atau menghadiri siri perbincangannya mengundang kritikan balas anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).

Ahli Jawatankuasa Perundangan dan Dasar MKPN Zharif Badrul berkata, tindakan Datuk Abdul Rahman Dahalan yang dibuat melalui siri tulisan di Twitter, sebenarnya hanya menjejaskan imejnya sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

“Budaya antiintelektual yang hanya mengambil pendekatan serkap jarang dan bertindak tanpa membuat "homework" (kerja rumah) terlebih dahulu hanya menjejaskan imej YB sendiri yang juga merupakan seorang menteri,” katanya.

Rahman dalam siri tweetnya semalam antaranya membidas anggota MPKN Datuk Saifuddin Abdullah yang mencadangkan Akta Hasutan digantikan dengan draf rang undang-undang MKPN.

Rahman juga menyelar MKPN kerana menganggap draf yang dikemukakan mereka sebagai muktamad sedangkan tugas majlis itu hanya memberikan input dan mencadangkan undang-undang baru.

Dalam tulisan balas yang disiarkan The Malaysian Insider hari ini, Zharif membela Saifuddin yang menurutnya telah turun padang mendengar pandangan akar umbi berhubung perkara itu.

Kes hasutan Azmi Sharom disemak semula kata AG

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan bahawa dakwaan hasutan terhadap pensyarah undang-undang Dr Azmi Sharom akan disemak semula.

Beberapa kes lain yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 akan turut disemak semula, kata Gani dalam kenyataannya.

"Keputusan mengenainya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Amalan ini adalah prosedur biasa bagi mana-mana pendakwaan supaya tanggungjawab yang dilaksanakan sentiasa adil, telus dan saksama," kenyataan Gani dipetik.

Janji untuk menyemak semula kes ini muncul sewaktu kritikan terhadap siri pendakwaan kes-kes hasutan semakin memuncak.

Semalam, sekumpulan mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya tempat Azmi (atas) bertugas mengugut untuk melaksanakan hartal.

Ia sebagai tanda protes kepada pendakwaan terhadap Azmi.

Sebelum ini juga, PKR melancarkan kempen Mansuhkan Akta Hasutan (MAH) bagi membantah siri-siri dakwaan di bawah akta itu.

Nasib politik Selangor di hujung jari 40 ribu anak muda bahagian 1

Nazri Noor

Setelah menang mengejut dan merampas Selangor dari Barisan Nasional pada PRU12, Pakatan Rakyat sekali lagi berjaya mempertahankan kemenangan di Selangor pada PRU13 dengan lebih bergaya dengan memenangi 44 dari 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Secara teori, berbekalkan hampir 80% kerusi DUN dan 57% undi popular, negeri Selangor boleh dikira sebagai satu margin yang selamat untuk PR untuk satu generasi akan datang. Di atas kertas.
Satu pencapaian yang terbaik dalam sejarah dan agak mustahil untuk dikekalkan, apatah lagi untuk di tambah. Tambahan lagi dengan pelbagai konflik dalaman yang tak kunjung reda.

Siapa yang mengekalkan PR? Mudahnya, pada PRU13, dari hampir 1.8 juta rakyat Selangor yang keluar mengundi, PR berjaya menarik sejumlah 1.05 juta undi, melalui semua kerusi yang ditandingi secara 1 lawan 1 bertembung BN (kecuali beberapa kes kacau daun di Kota Damansara dan Semenyih) berbanding undi BN sebanyak 700 ribu.
Persoalannya, adakah ini bermakna PR mempunyai asas sokongan seramai itu di Selangor? Tentunya tidak. Lebih satu juta rakyat Selangor yang mencalit PR tentunya mencalit dengan pelbagai sebab yang berbeza. Ada ahli hardcore tegar, ada penyokong, ada yang condong, ada yang cenderung, ada yang pro.
Yang meluat dengan BN pun tentu ramai, kalau bukan majoriti. Mereka ini termasuk dalam kategori ABU (asal bukan UMNO) yang dipopularkan PR dalam mesej kempen mereka.
Pengundi tegar dan pengundi atas pagar
Memetik hasil kajian dari sebuah badan perunding yang membuat kajian strategic dan analisa unjuran, STRATA Consulting, pola pengundi di Selangor boleh digambarkan seperti berikut;

Dalam bahasa mudah, dari 100 orang yang keluar mengundi di Selangor, 28 orang adalah pengundi tegar BN, dan 31 orang adalah pengundi tegar PR, manakala selebihnya 41 orang adalah pengundi atas pagar yang belum tentu pola pengundiannya.
Sekali imbas, 28 orang pengundi tegar ini, ialah asas yang sama yang diperolehi kajian dari UMCEDEL baru-baru ini. Dalam kajian tersebut, dari 85 orang yang pasti turun mengundi, 25 orang(29%) bakal mengundi BN. Maksudnya 29% ini adalah tegar BN!
41 peratus dari 1.8 juta pula boleh diterjemahkan kepada 740 ribu pengundi. Pokoknya, yang menentukan keputusan siapa yang menerajui negeri Selangor terletak di pengundi atas pagar yang jauh lebih ramai dari penyokong tegar PR atau BN. Dengan kata lain, baik BN mahupun PR, mereka tidak mampu memenangi PRU semata-mata mengharapkan undi penyokong  tegar parti masing-masing.
Persoalan pokoknya, siapakah pengundi atas pagar yang amat powerful ini? Tiga suku juta, bukan sedikit jumlahnya. Jika mereka memilih untuk mengundi en bloc, mereka boleh menang dengan sendiri tanpa mengharapkan parti mainstream.
Untuk memahami siapa dan bagaimana pola pengundian pengundi atas pagar, pembaca harus terlebih dahulu memahami konsep pengundi muda dan pengundi pertama kali di Selangor, pada PRU13 yang lalu.
Pengundi muda dan pengundi pertama kali

DAP to AG: Drop the excuses, arrest the culprits now

Gobind Singh says MACC officers implicated in Teoh Beng Hock’s death must be hauled up immediately.
gobind ganiPETALING JAYA – DAP’s National Legal Bureau Chairman, Gobind Singh Deo had stern words for the Attorney-General saying he must arrest those responsible for Teoh Beng Hock’s death now.
In a statement he said, “…stop giving excuses and direct the arrest of those responsible for Teoh Beng Hock’s death without further delay”.
He expressed his disappointment saying, “They (AG Chambers) should tell us, have there been any action or arrests until now and if not, why not?”
He said a sense of urgency was needed since the case was already over five years old.
Gobind said, “The AG himself of all people should know that delays in any criminal trial would impact the quality of evidence which would be led in court. So he should not delay matters further.”
Gobind, who is also MP for Puchong said the AG’s statement that “suspicion however strong is not enough to support a conviction” was common knowledge and that he should instead let the evidence speak for itself.
Gobind said, “He (AG) should let a court decide whether or not the evidence, in particular the circumstantial evidence in this case is sufficient to support a conviction.”
He added, “With respect, the AG and his chambers should not continue to defend the indefensible in light of the judgment of the Court of Appeal.”
The Court of Appeal ruled last Friday that Teoh Beng Hock’s death was caused by persons unknown, including officers of the MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) who were involved in his arrest and investigations.

Tenaganita founder Fernandez honoured

Irene Fernandez fought for the rights of women and migrant workers.

KUALA LUMPUR: The founder of Tenaganita, the late Irene Fernandez, was today honoured for standing up for the rights of women, migrant workers and refugees.
Her recognition came from Suhakam as it celebrated the 14th anniversary of its establishment.
irene suhakamWhen serving as a teacher, Irene witnessed for herself the struggles and suffering faced by poor students who came from estate-worker families. This real life encounter drove her to defend the rights of the marginalised groups, especially women.
She also campaigned for law reforms pertaining to domestic violence.
Irene passed away on March 31 at the age of 68, due to heart failure. Her spouse, Joseph Paul, accept her award at the Suhakam ceremony today.
“Although she is no longer with us, her legacy will still go on,” said Joseph.
Among the other recipients of the Human Right Awards are Sarawak Women for Women Society (SWWS), Berita Harian’s crime desk journalist Wan Noor Hayati Wan Alias, The Star’s journalist Elantiraian Perumal, BFM89.9 radio station, Malaysian Armed Forces, DiB (Deaf-in-Business) Coffees of Hawaii as well as Hafrulidzwan Mohd Isa from SMK TTDI.

'Semoga kerusi Pengkalan Kubor dapat kita tawan' - Dewan Muslimat

KUALA LUMPUR: "Insya Allah, semoga kerusi Pengkalan Kubor dapat kita tawan kembali, kemelut MB Selangor dapat dileraikan," ujar Siti Zailah Mohd Yusoff.

Justeru, katanya Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah Taala dan penghargaan yang tinggi kepada  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas sifat jiwa besar, keprihatinan yang tinggi menjiwai denyut nadi dan kehendak pengundi Pengkalan Kubur di mana laluan telah diberi kepada PAS untuk bertanding menentang Umno BN pada PRK Pengkalan Kubor.

Selaku ketua kedua-dua dewan itu, katanya cetusan awal daripada Dewan Muslimat untuk kerusi Pengkalan Kubor dipertimbangkan oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk diberi kepada PAS telah disambut oleh Wan Azizah selaku Presiden PKR dengan penuh lapang dada, jiwa besar dan kasih sayang.

"Insya Allah Dewan Muslimat PAS bersama seluruh pimpinan dan jentera muslimat serta Wanita Pakatan dari PKR dan DAP seluruh negara akan menggemblengkan seluruh tenaga untuk berhadapan dengan Umno secara lebih berkesan utuh dan sepakat untuk memastikan kerusi Pengkalan Kubur kita menangi," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu berharap semoga sikap keterbukaan semua pihak, lapang dada, bertolak ansur, kasih sayang dan saling maaf memaafi, Pakatan Rakyat akan lebih mantap dan terus utuh.

M'sia tunggu permohonan NZ hantar Rizalman

Kerajaan Malaysia sedia menghantar bekas diplomat tentera Muhammad Rizalman Ismail kepada New Zealand bagi menghadapi perbicaraaan, kata Kementerian Luar Malaysia.

Seorang jurucakap kementerian itu berkata kepada Malaysiakini bahawa pihaknya kini sedang menunggu pemohonan rasmi dari kerajaan New Zealand bagi tujuan tersebut.

Rizalman berdepan dengan tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan niat untuk merogol di mahkamah Wellington.

Pada 26 Ogos lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata penilaian psikiatrik terhadap Muhammad Rizalman telahpun siap tetapi tiada tarikh ditetapkan untuk menghantar beliau ke sana.

Cenderung menghasut pun sudah bersalah - Hanipa

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan akta lain sememangnya sudah dijangka, biarpun sebelum ini pernah berhasrat untuk memansuhkannya.

Perkara seumpama itu sudah berulang kali berlaku, namun kerajaan tidak pernah mengotakan apa yang dijanjikan, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Hanipa Maidin.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Hanipa berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan akta lapuk itu hanya tinggal janji.

"Nak kata kita kecewa, tidak kecewa sebab kita dah jangka akan berlaku macam ini. BN memang takkan tepati janji, jadi tidak perlu kecewa," kata beliau dalam nada sinis.

Selain mempersoalkan keperluan Akta Hasutan itu, Hanipa berkata sudah ada undang-undang yang boleh digunapakai untuk kes-kes sebegini.

"Buat apa nak buat akta ini? Sekarang ini, bukan sahaja menghasut, perkataan atau ucapan yang ada cenderung menghasut pun sudah didapati bersalah. Belum hasut pun lagi," kata Ahli Parlimen Sepang itu lagi.

Kes piket: 8 lagi anggota RUM dibuang kerja

Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM)  Abdul Razak Abdul Hamid berkata, seramai lapan orang lagi anggotanya dikenakan tindakan penyingkiran oleh majikan mereka hari ini.

Seramai 15 orang lagi digantung tugas berkuat kuasa hari ini oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) atas penglibatan mereka dalam piket 9 Mei, katanya.

“Seramai 110 orang menerima notis tunjuk sebab,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Jumlah 110 orang itu sebelum ini dibimbangi akan turut disingkirkan oleh KTMB, apabila mereka berjaya dikesan oleh majikan sebagai peserta piket 9 Mei.

RUM akan mendedahkan maklumat lanjut berhubung perkembangan tersebut dalam satu sidang media pada 11 September di Kuala Lumpur, katanya.

Tindakan KTMB itu antara lainnya mendapat kecaman oleh NGO yang bersolidariti dengan RUM, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).

Menurut NGO hak asasi itu, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan kerana Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (RUM) mengemukakan “tuntutan yang sah demi kebaikan organisasi dan masa depan pekerja”.

“Adalah tidak wajar bagi pihak majikan, iaitu KTMB membuang pimpinan dan melanggar semangat keharmonian industri.

Era paling sukar buat Pakatan

Oleh Lim Hong Siang
BUKANNYA salah, tetapi ia tidak membawa kita ke mana seandainya “rakyat” hanya sebagai retorik politik pembangkang. Dengan senang kita meraih tepukan gemuruh seandainya mengeluarkan kenyataan seperti “kita lebih terpanggil untuk bersama rakyat, daripada terlibat dalam percaturan strategi politik seperti Langkah Kajang untuk merebut kuasa, yang tiada kena-mengena dengan kepentingan rakyat.”

Ada asasnya untuk kita meluahkan rasa muak terhadap pergelutan kuasa yang berlaku - sama ada dalam barisan pemerintah mahupun pakatan pembangkang. Padahal politik Malaysia masih tersepit dalam kekangan struktur dan sistem yang sedia ada. Ia tidak mampu dileraikan sekadar dengan slogan manis seperti “untuk rakyat”, atau “kuasa rakyat.”
Kita harus berupaya untuk membaca dan menafsir politik dari kerangka yang lebih besar, seandainya mahu menyelesaikan masalah rakyat.
Misalnya, setelah mengenal pasti bahawa misi pertukaran kerajaan Persekutuan tidak tercapai tanpa “Sabah dan Sarawak”, ramai yang mengerah sumber dan tenaga dari Semenanjung untuk disalurkan ke kedua-dua negeri itu.
Pelbagai usaha seperti pendaftaran pengundi, pembinaan komuniti, perkhidmatan guaman untuk mempertahankan tanah adat dan sebagainya - ditawarkan dengan harapan agar penduduk  tempatan beralih ke Pakatan Rakyat dalam PRU.
Persoalannya, berapa sumber yang mampu dikerah dari pembangkang Semenanjung untuk membantu pembinaan komuniti kaum asal di pedalaman Sabah dan Sarawak?
Terdayakah kita untuk berulangalik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak pada kekerapan yang memadai untuk menjalin hubungan yang erat? Persoalan ini menjadi lebih pedih, apabila hakikatnya menyaksikan pertambahan undi kepada BN di sesetengah kawasan ini - kerana penduduk tempatan akhirnya tunduk kepada ugutan dan godaan yang menghujan dari BN, semalam sebelum hari mengundi.
Saya tidak berhasrat memperlekehkan usaha di akar umbi, sebaliknya menghargai dan menyanjung tinggi mereka yang terlibat untuk membawa perubahan. Apa yang ingin saya tunjukkan adalah, usaha kita akan digagalkan begitu sahaja kerana ketidakadilan itu berakar umbi dalam sistem dan struktur ini sendiri.
Oleh itu, usaha kita untuk menumbangkan rejim Umno-BN tidak akan berhasil seandainya kita terus selesa dengan cara lama, terpukau dengan retorik sendiri - kononnya kesemua yang dilakukan adalah “untuk rakyat” - tanpa kita memikirkan sesuatu di luar kotak - bahawa percaturan strategi juga penting untuk menggoyah kestabilan rejim musuh.
Sememangnya saya jemu dan bosan dengan pergelutan kuasa untuk kepentingan diri – sesuatu yang harus dikecam sekeras-kerasnya jikalau berlaku dalam pakatan pembangkang.
Tetapi saya tidak naif untuk mengandaikan ia tidak akan berlaku dalam Pakatan Rakyat.
Cabaran kita, bagaimana kita menguruskan pertentangan ini, menggembleng tenaga semaksimum yang mungkin untuk menumbangkan rejim Umno-BN buat kali pertama dalam sejarah?
Maka dalam konteks sedemikian, Langkah Kajang menjadi satu keperluan. Saya tidak faham mengapa sehingga hari ini, masih ramai yang menuding jari kepada Anwar Ibrahim, kononnya krisis Selangor berpunca daripada keluarga ini. Kemudian kritikan seperti Raja Nepotisme dilontarkan, seolah-olah kita baru sahaja tahu kedudukan Wan Azizah Wan Ismail pada hari ini.

Krisis S'gor: Kenyataan Anwar Ibrahim

Krisis S'gor: Kenyataan Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini jelas dalam perlembagaan KEADILAN dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.
Dato’ Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 takkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.
Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.
Dato’ Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan UMNO sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.
Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama.
Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.
KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.

Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN

How to be a leader with class

A political leader must have a clear vision of what he wants to accomplish, where he wants to take the citizens, and how to get there.

By Thomas Tarnell
When a political leader demonstrates a hostile bent by consistently challenging anyone who does not conform to his ideals and expectations, citizens are ushered into a new era of rebellion and anarchy.
There are different types of political leaders and politicians. Some have true diplomacy, elegance, and class while some are deficient in leadership quality, style and character.
LGE300When a political leader lacks bedrock principles and values such as vision and social etiquette, he can never be a leader in a class above the rest. Over time, his deficiency in eloquence, wisdom, self-control, and finesse will show through and people will lose respect for him.
Penang Chief Minister (CM) Lim Guan Eng loves riding on popular sentiments for political mileage, but is he capable of bringing citizens together to develop consensus for unity?
Can such a leader be a role model for young people? Is he indirectly stirring up a generation of Gen Y rebels in the making, ever ready to go against the status quo at any opportunity for applause and fame via arrests and other brainless antics?
A political leader’s decisions and statements must be sensitive to public sentiments. Only then can he claim to uphold unity and harmony.
However, Penang has a hot-headed CM who loses his cool easily and uses a confrontational attitude with the media and police. As head of the state administration, he should seek solutions instead of creating more dissension.

BERKENAAN KUASA MAJLIS SYURA ULAMA DAN PRESIDEN PAS DI BAWAH PERLEMBAGAAN PAS

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat ( LUHAM ) telah bermesyuarat pada 8hb September 2014 bagi membincangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama ( MSU ) pada 7 September 2014.
Setelah berbincang dan meneliti segala peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS termasuk peruntukan-peruntukan tertentu yang dirujuk oleh MSU di dalam kenyataan rasmi tersebut, LUHAM sebulat suara bersetuju supaya suatu kenyataan rasmi dibuat bagi menyatakan pandangan LUHAM berkenaan isu yang dibangkitkan dalam kenyataan rasmi MSU tersebut.


LUHAM berpendapat bahawa walaupun Fasal 8 (1) (a) Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk menghurai, menjelaskan dan menafsirkan mana-mana peruntukan perlembagaan di dalam Perlembagaan PAS sepertimana yang dinyatakan oleh MSU di dalam kenyataan rasmi badan itu, namun terdapat dua (2) prasyarat yang perlu dipenuhi sepertimana yang dinyatakan di Fasal 88 (1) Perlembagaan PAS iaitu perlunya ada perselisihan faham dan adanya rujukan secara rasmi kepada MSU terlebih dahulu.

Kemudiannya, jika dilihat kepada Fasal 8 (1) (a) tersebut, peruntukan itu juga menyebut bahawa kuasa menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS itu hanya timbul jika timbulnya kesamaran mengenai maksud dan tujuan mana-mana peruntukan Perlembagaan tersebut.

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri.

LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan PAS kerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan oleh parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam PAS, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

Bagi tujuan kenyataan rasmi ini, LUHAM akan menyentuh tentang dua (2) perkara iaitu isu:-

A) Kuasa MSU berdasarkan Perlembagaan PAS; dan
B) Kuasa Presiden PAS yang dikatakan oleh MSU sebagai pihak yang mempunyai kuasa pemutus di bawah Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS.

ISU PERTAMA

1. Mengenai isu pertama iaitu berkaitan isu bidangkuasa dan kuasa MSU : LUHAM ingin menyatakan bahawa jika dilihat kepada Perlembagaan PAS, kewujudan MSU adalah terhad bagi melaksanakan hasrat berikut iaitu bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7 (2) dan badan-badan yang diberikan kuasa oleh Muktamar PAS tidak keluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS dan juga tidak berlawanan dengan dasar PAS (Lihat Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS). Adapun kuasa-kuasa MSU diperuntukan di dalam Fasal 8 (1) (a) hingga (c) Perlembagaan PAS.

2. Telah menjadi pengetahuan umum bahawa MSU (di atas sebab yang hanya diketahui oleh badan itu) telah turutsama terlibat dalam isu pemilihan calon MB Selangor. Ini boleh dilihat dalam beberapa kenyataan rasmi yang dibuat oleh MSU berhubung perkara tersebut. Persoalan yang timbul adalah, adakah Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada MSU untuk berbuat demikian?

3. LUHAM berpendapat MSU, dengan penuh hormat, telah bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan MB Selangor. Alasan LUHAM adalah seperti berikut.

'Majlis Syura lampaui kuasa campur isu MB' - LUHAM PAS

Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS berpendapat Majlis Syura Ulamak (MSU) parti itu bertindak "melampaui kuasanya" kerana campur tangan dalam isu menteri besar Selangor.

Setiausaha LUHAM, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata keputusan majlis itu menyokong Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak memberikan kerusi itu kepada PKR, adalah bertentangan dengan keputusan muktamar - kuasa tertinggi dalam PAS.

Katanya, PAS bersetuju mengadakan kerjasama politik dalam Pakatan yang disahkan dalam muktamar PAS dan tidak pernah dibatalkan, maka Majlis Syura mahupun PAS mesti bertindak selari keputusan muktamar itu.

"Isu pokok yang berbangkit dalam isu MB Selangor ini adalah Presiden telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon MB (yang kemudiannya disokong oleh MSU).

"Sedangkan, Presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor memandangkan ia adalah milik PKR.

"LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan.

"Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

"Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan muktamar itu sendiri?

"Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh MSU," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil mesyuarat

Kenyataan itu adalah hasil mesyuarat lajnah itu semalam bagi membincangkan keputusan mesyuarat MSU sehari sebelumnya yang menyokong keputusan Hadi itu.

PKR turut pohon ampun dari Sultan Selangor

PKR turut memohon keampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana membuat baginda dukacita atas tindakan hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya dan Pakatan Rakyat (PR) menghormati prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. "Pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (convention) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam satu kenyataan hari ini.

MB Selangor: Mohon ampun jika sultan terguris - Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

" Terima Kasih Dan Sokong Lagi. Ini Hadiah Buat Peniaga Di Alor Setar Kedah "

Pada macai ini tidak menjadi masalah, RM120 apalah sangat, peniaga tidak akan terbeban pun. Inilah mentaliti pemikiran dalam minda macai umno bn dan pemimpin bn, apa sahaja kenaikan sudah pasti tidak akan membebankan rakyat, hakikatnya rakyat sengsara. Pendapatan tidak seberapa diberi pulak kepada kerajaan negeri.

PKR Kelantan akur keputusan parti beri laluan pada PAS

Ab Aziz   
KOTA BHARU - PKR Kelantan akur keputusan yang dibuat presiden parti itu untuk memberi laluan kepada calon Pas untuk bertanding di PRK Dun Pengkalan Kubor 25 September ini.

Walaupun Pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menasihatkan PKR Kelantan supaya melaksanakan tugas kempen seperti biasa.

“Pesan beliau (Wan Azizah) hanya satu, bantulah dan bekerjalah seperti kita (PKR) yang mahu bertanding, demi kemenangan Pas di Dun tersebut.

“Insya-ALLAH kami akan menjalankan tugas sebagaimana yang dipertanggungjawabkan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Desas desus mengatakan PKR memberi laluan kepada Pas sebelum ini dinafikan Ab Aziz namun pengesahannya dibuat oleh Wan Azizah selepas mengeluarkan satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ab Aziz juga berkata, PKR Kelantan berbangga dan yakin kemenangan akan memihak kepada Pas, selain akan berusaha untuk memberi kerjasama sepenuhnya demi kemenangan PR.

PKR Serah Pengkalan Kubor kepada PAS cetus kekuatan baru PR

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata penyerahan semula Dun N1 Pengkalan Kubor oleh PKR kepada PAS petanda kekuatan baru Pakatan Rakyat akan bermula.

Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, Dun ini akan dapat diambil semula.

“Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,”ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini.

Menurutnya, ia sebagai mengambil kira perlunya parti-parti Pakatan Rakyat bertolak ansur, memahami dan berjiwa besar demi kesepakatan menentang Umno BN.

PasMa ingin bantu PAS kukuhkan hubungan dengan PR

Memang tidak dinafikan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang tidak menentu.

dialog pasma1KUALA LUMPUR: Kedudukan PAS sejak akhir-akhir ini tidak menentu dalam Pakatan Rakyat (PR), ada ketika ia menunjukan tidak mahu bersama PR dan kadang-kadang mereka berkata akan terus bersama PR, kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Menurutnya, memang tidak dinafikan bahawa kedudukan PAS dilihat tidak menentu, sebagai contoh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa sangat rapat dengan Umno dan mengikut Perdana Menteri kesana sini tetapi sehingga kini beliau masih lagi belum dipecat.
“Tidak dapat dinafikan UMNO mempunyai agenda tersendiri untuk melemahkan dan menghancurkan PR, tetapi ia tidak jelas dalam tindakannya.
Jelasnya lagi ekoran daripada adanya kelemahan dan kepincangan dalam PR pihaknya telah mengambil langkah proaktif dan menubuhkan satu persatuan yang diberi nama PasMa.
Langkah ini bertujuan membantu memperkukuhkan kembali kepincangan yang berlaku dalam PR terutamanya kedudukan PAS.
“PasMa tidak mahu PR hancur, sekiranya PR runtuh, kita akan kembali kepada zaman 1950-an ke 1990-an dimana rakyat tidak mempunyai pilihan.
“Politik yang sihat membolehkan rakyat mempunyai pilihan dan mereka juga berhak untuk menyingkirkan apa yang mereka tidak mahu,”kata Phahrolrazi.
Sekiranya PAS ingin kukuh dalam PR mereka perlu tegas dan selaras dengan PR dan sentiasa bersedia untuk menhadapi Umno dalam apa jua keadaan sekalipun terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

PAS hargai laluan KEADILAN, tekad tawan semula Pengkalan Kubor

KUALA LUMPUR 9 SEPT: PAS menghargai laluan yang diberikan KEADILAN untuk parti itu bertanding semula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kali ini.
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan ia sebagai tanda kekuatan baru Pakatan Rakyat akan bermula.
“Penyerahan semula DUN berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon KEADILAN membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat,” katanya, lapor Harakah Daily.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada KEADILAN di atas laluan yang diberikan.
Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, DUN itu pasti akan dapat ditawan semula.
“Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,” ujarnya.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini.
Menurutnya, keputusan itu mengambil kira perlunya parti-parti Pakatan Rakyat bertolak ansur, memahami dan berjiwa besar demi kesepakatan menentang Umno BN.

PAS Kelantan harap PKR beri sokongan penuh di Pengkalan Kubor

KUALA LUMPUR: PAS Kelantan mengharapkan sokongan penuh daripada PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor yang akan ditandingi parti Islam itu nanti.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, sokongan itu penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil kembali kerusi yang dimenangi Umno itu.

“Terima kasih kepada mereka (PKR), kerana beri laluan (kepada PAS).

"Kita juga berharap akan mendapat sokongan penuhlah dari PKR untuk kemenangan PR di sana,” katanya dipetik Sinar Harian.

PKR hari ini memutuskan memberi laluan kepada PAS bertanding di kerusi Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu hujung bulan ini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat demi kesepakatan menentang Umno BN.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu calon PKR Saharun Ibrahim tewas kepada calon BN Datuk Noor Zahidi Omar dengan majoriti 1,736 undi.

Noor Zahidi bagaimanapun meninggal dunia 20 Ogos lalu akibat kanser hati.

Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pengundian pada 25 September.

Walau dihina dan diperlekeh, PKR beri laluan PAS bertanding PRK Pengkalan Kubor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan parti itu memberi laluan kepada calon PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini. Dr Wan Azizah berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar bertolak ansur dan kesepakatan sesama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) walaupun kerusi tersebut ditandingi mereka pada dua pilihan raya lalu. "PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur, mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Minggu lepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Dr Wan Azizah secara terbuka dan mempersoalkan kelayakan beliau sebagai calon menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah menekankan lawan utama mereka ketika ini adalah Umno dan Barisan Nasional (BN), bukannya bercakaran antara satu sama lain dalam Pakatan Rakyat (PR). "Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno dan BN," katanya. Beliau berkata, isu semasa yang dihadapi rakyat ketika ini lebih penting, antaranya isu kenaikan harga barang dan penggunaan Akta Hasutan secara besar-besaran terhadap ahli politik PR, ahli akademik dan wartawan. "Rakyat kini berdepan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjelang April

Abu Backer @ Calon bebas Bukit Gelugor didakwa kes kenyataan perkauman

Bekas calon pilihan raya kecil Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohd Zain dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan mengganggu keamanan melalui satu ucapannya pada 12 Mei lalu.

Abu Backer yang bertanding dengan logo kuda sebagai calon bebas pada PRK Mei lepas, dituduh di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimana pun mengaku tidak bersalah, lapor The Star hari ini.

Abu Backer, 46 tahun, didakwa dengan sengaja menimbulkan provokasi terhadap D Alappah melalui ungkapan berbaur perkauman.

Tuduhan di bawah Seksyen 504 kanun tersebut membawa hukuman penjara maksimum selama dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Razali Che Ani memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000.

Namun, peguam Rosli Ismail yang mewakili Abu Backer berkata anak guamnya itu hadir ke mahkamah hari ini tanpa jaminan polis.

Dari Wan Azizah kepada PAS.. PRK Pengkalan Kubor PAS calon rasmi Pakatan Rakyat..

Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, keputusan ini dibuat bagi membolehkan Pakatan Rakyat berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, utuh dan sepakat...

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," katanya..

Berikut adalah kenyataan media beliau...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi 
Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat. Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional. 
Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan. 

Jangan prejudis kepada PasMa

MSO

Kehangatan dan sambutan membanggakan terhadap forum "Pas Campur Umno: Ke mana halatuju", anjuran Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) memberi gambaran satu gelombang atau kebangkitan baru dalam dunia politik negara ini akan berlaku. Walaupun jumlah kehadiran malam tadi sekitar 1,000 orang, tetapi ia sudah mencukupi untuk memberi isyarat penting kepada Pas terutamanya mereka yang cuba menjatuhkan Pas dari landasan yang sedang bergerak kini, Pakatan Rakyat.


Ahli panel, Mujahid, Aziz Bari dan Phahrolrazi terlindung.
Kalau forum itu tidak diriuhkan dengan pembatalan dan sabotaj pihak tertentu, saya yakin jumlah yang hadirnya lebih ramai. Begitu juga kalau lokasi forum itu diadakan ditempat lebih kondusif dan lebih luas, pasti jumlahnya melebhi 1,000 orang.

Satu gambaran yang tampak mereka yang hadir terdiri dari pelbagai kaum, peringkat usia dan juga latar belakang. Minat orang ramai itu juga memberi petanda kemunculan PasMa itu dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu.
Bukan sahaja golongan profesional liberal (prolib), tetapi ada anak-anak muda berkopiah ala-ala ustaz Juzu Amma pun hadir. Apakah mereka merupakan spy mana-mana pihak untuk meninjau forum tersebut, atau pun apa? Beberapa orang anak muda yang datang bersalam dengan saya menjelaskan mereka hadir atas fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai penerus kerjasama politik yang ada. Ertinya mereka bukan spy yang dihantar.

Sebahagian yang hadir.
PasMa sebagai penganjur perlu berpuas hati. Walaupun persatuan itu ditubuhkan tidak sampai sebulan tetapi sambutan dan bicara terhadapnya sudah meluas. Dimana-mana orang bertanya mengenai PasMa. Masing-masing bertanyakan untuk menyertainya dan ada yang menawarkan diri untuk menjadi aktivis PasMa. Pertanyaan paling poular ialah apakah ia menjadi alternatif kepada Pas yang akan terus berdakapan dengan Pakatan Rakyat.

Forum malam tadi menjelaskan kedudukan dan maksud penubuhan PasMa itu sendiri. Bekas Exco kanan Kerajaan Kedah Phahrolrazi Mohd Zawawi selaku presiden hadir memberi penjelasan mengenai PasMa mengenai tujuan dan matlamat penubuhannya. Jelas hasratnyta baik sekali. Menurutnya PasMa bukan pesaing kepada Pas, tetapi satu Ngo yang akan mempertahankan Pakatan Rakyat. Dalam erti kata lain PasMa menjadi benteng kepada kerjasama (tahalul syiasi) Pas dengan PKR dan DAP yang berjalan sekarang ini.

Tujuan mengatakan PasMa bakal menjadi sebuah badan siasah yang menentang Pas adalah tidak benar dan lahir dari ilusi daripada orang yang sedang dikejar bayang-bayangan kelemahan sendiri. Mereka yang tidak ada keupayaan memimpin serta tandus idea bagaimana hendak mengembangkan Pas akan diserang oleh rasa takut itu. Mereka berilusi begitu juga sebenar mereka yang sakit.

Penjelasan Phahrolrazi itu diperkuatkan lagi dengan ketegasan oleh Ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf, yang mengatakan bahawa Pas sama sekali tidak mempunyai niat untuk bersama Umno. Pegangan Pas itu menurut Mujahid berdasarkan kepada keputusan dan persetujuan dibuat dalam mesyuarat Pas. Ini katanya termasuklah juga mengenai soal jawatan MB Selangor.

Tegas Mujahid kalau pun Adun Pas dipilih sebagai MB menggantikan Khalid Ibrahim, Pas akan tolak kerana itulah keputusan Jawatankuasa Pas. Jadi katanya tidak timbul untuk Pas bekerjasama dengan Umno dan kalau usaha ke arah itu diadakan ia akan ditentang. Penjelasan Mujahid itu sangat mujarab dan menjerat ke dalam hati hadirin.

Kemunculan PasMa secara mendadak itu adalah untuk memperkuatkan Pas di atas landasan sekarang ini atas keyakinan pencapaian terbaik Pas waktu ini adalah hasil kerajsama politik dengan PKR dan DAP. Hakikat ini jarang disedari mereka yang meragui dengan keberkesanan Pakatan Rakyat apa lagi yang mempunyai agenda lain.

MB Selangor: Sultan boleh pilih nama lain dari senarai kata Peguam

Peguam Datuk Sallehuddin Saidin berkata peruntukan undang-undang membolehkan sultan Selangor melantik menteri besar Selangor yang baru tanpa mengikut senarai yang dikemukakan oleh parti dalam Pakatan Rakyat.

Seorang peguam kanan dan bekas pelapor khas bagi kebebasan hakim dan peguam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Datuk Param Cumaraswamy turut bersetuju dengan pandangan itu.

Param berkata, jika seseorang individu yang dipilih oleh sultan tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, sultan boleh membubarkan DUN, kata Param.

Sallehuddin, yang merupakan bekas ketua Jabatan Pendakwaan di Selangor berkata, sultan tidak dihadkan untuk memilih menteri besar dari senarai yang dikemukakan semata-mata.

“Tidak ada di mana-mana bahagian dalam perlembagaan negeri yang kata sultan dihadkan kepada senarai yang dikemukakan kepadanya untuk memilih individu yang mungkin mendapat sokongan majoriti di DUN.

“Ia memberi panduan, tetapi tidak mengehadkan budi bicara baginda. Sultan boleh menggunakan apa jua cara untuk memilih siapa yang patut mendapat sokongan majoriti,” kata Sallehuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Peguam itu berkata, apa yang dilakukan oleh sultan itu bukan mengikut amalan biasa tetapi undang-undang membenarkan sultan berbuat demikian.

Sallehuddin berkata syaratnya adalah individu tersebut perlu mendapat sokongan majoriti dari anggota DUN.

Prk Pengkalan Kubor: Pas Kelantan sambut baik keputusan PKR beri laluan


DATUK MOHD AMAR ABDULLAH 

KOTA BHARU – Pas Kelantan menyambut baik keputusan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, dalam masa yang sama juga kedua-dua parti komponen PR itu haruslah bekerjasama dalam memastikan kemenangan di Dun tersebut.

“Terima kasih kepada mereka (PKR), kerana beri laluan,kita juga berharap akan mendapat sokongan penuhlah dari PKR untuk kemenangan PR di sana (Pengkalan Kubor),”katanya kepada Sinar Harian.

Ketika ditanya mengenai calon yang akan diketengahkan, beliau berkata, sehingga kini keputusan masih belum dibuat dan tindakan lanjut akan diumumkan kemudian.

Terdahulu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya mengumumkan memberi laluan kepada Pas untuk mengemukakan calon bagi PRK Pengkalan Kubor yang sebelum ini disandang Datuk Noor Zahidi Omar dari BN.

Keputusan tersebut menghuraikan penantian ribuan penyokong kedua-dua parti bagi menentukan siapakan yang bakal bertemu calon dari BN pada 25 September nanti.

PAS Pahang tetap pertahan Hadi

Roslan Zainal 
TEMERLOH – Pas Pahang berdiri teguh menyokong ketetapan Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang empat hari lalu mempertahankan kuasa pemutus yang dimiliki Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Pas Pahang, Roslan Zainal berkata, presiden parti sememangnya mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Pas.

“Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan saf kepimpinan Pas di semua peringkat dan ahli di setiap lapisan termasuk kami di negeri ini bertanggungjawab dan berkewajipan untuk melaksanakan segala keputusan dan arahan yang dikeluarkan Presiden Pas seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik menggesa semua ahli Pas di negeri itu menghormati keputusan Abdul Hadi selaku Presiden Pas.

“Ya, kita senada dengan Pas Pahang dalam isu Menteri Besar Selangor ini,” katanya sewaktu dihubungi di sini semalam.
Mokhtar turut menjelaskan kenyataan ‘kesal’ yang disebarkan menerusi laman sosial semalam adalah kenyataan peribadinya.

Menurutnya, kenyataan itu disalin daripada akaun rakannya dan ditampal semula menerusi akaunnya.

PAS Terengganu pertahan kuasa pemutus Hadi

KUALA TERENGGANU - Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap Majlis Syura Ulama parti itu yang mempertahankan kuasa pemutus dimiliki Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai senarai nama calon Menteri Besar Selangor.

Setiausahanya, Muhyidin Abdul Rashid juga menegaskan bahawa Abdul Hadi mempunyai kuasa pemutus dalam apa juga perkara yang melibatkan kepentingan parti seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Pas Fasal 26(1)(a).

"Justeru, kami menegaskan bahawa anggota jawatankuasa kerja Pas Pusat dan saf kepimpinan Pas di semua peringkat serta anggota parti di setiap lapisan bertanggungjawab dan wajib melaksanakan segala keputusan dan arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Pas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor masih belum ada titik noktah apabila hanya Pas yang menghantar tiga nama calon menteri besar sementara PKR dan DAP masih mengekalkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Jumaat lalu, Abdul Hadi menegaskan tindakannya menghantar lebih dari dua nama calon kepada pihak istana sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mahu memudahkan baginda membuat pemilihan calon yang sesuai.

Bagaimanapun, tindakan Abdul Hadi itu dikritik oleh PKR dan DAP sebagai tidak menghormati semangat setiakawan antara tiga parti pembangkang itu.  

PAS Melaka diseru taat tidak berbelah bahagi kepada pimpinan parti - Idris Ahmad

Ahli PAS diperingatkan supaya terus mempertahankan "wala' dan thiqah" (kepatuhan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi) kepada pemimpin bagi memastikan kelangsungan perjuangan Islam parti itu. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Idris Ahmad dalam satu program di Melaka malam tadi menyifatkan wala' dan thiqah sebagai rahsia kekuatan parti itu mampu bertahan selama 63 tahun hingga sekarang. "Ahli boleh mengkritik dan menegur pimpinan dengan cara beradab dan berhikmah tetapi bukannya mempertikaikan wala' dan thiqah. Selagi pimpinan tidak menyuruh kepada maksiat dan bertentangan dengan Islam kita wajib memberikan wala' dan thiqah.  "Amat bahaya jika wala' dipermainkan. Bahaya, bahaya, cukup bahaya kalau institusi wala' ini diperkecilkan dan tidak dihormati," katanya pada majlis anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka itu. Katanya, sejak kelahirannya pada 24 November 1951, PAS terus berkembang sehingga sekarang, berbeza dengan parti lain yang menurutnya terkubur hanya selepas beberapa tahun ditubuhkan seperti Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dan lain-lain. Idris, yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkata, pemimpin PAS sama ada ulama, ustaz, profesional atau aktivis mesti berpegang kepada konsep wala' dan thiqah. "Ahli-ahli di peringkat kawasan mesti wala' pada Yang Dipertua Kawasan, di peringkat negeri kena wala' kepada Pesuruhjaya dan seterusnya. "Tidak timbul seseorang itu ustaz atau ulamak dan juga profesional, semua kita mesti memberikan wala' dan thiqah walaupun seseorang itu lebih muda atau lebih 'junior' dari kita, mereka telah diberikan amanah oleh pimpinan parti maka kita kena wala'," katanya. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata melabelkan individu seperti dilakukan pihat tertentu perlu dihentikan segera kerana merugikan parti dan organisasi. "Tidak kira siapa dan mana-mana pihak pun, tindakan label-melabel merupakan tindakan yang amat menyedihkan kita semua, semua mereka ini serupa sahaja, tidak menghormati orang lain dan tidak faham adab berjemaah. "Tindakan ini mesti dihentikan kerana ianya tidak memberikan sebarang keuntungan kepada parti dan jemaah," katanya. Pesuruhjaya PAS Melaka,

Azmin makin hampir jadi MB baru S'gor?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilihat agak diam dalam isu Selangor ini, namun beberapa kenyataan beliau seolah membawa maksud yang tersirat.

Dalam perutusan merdekanya 31 Ogos lalu, yang ditulis ketika krisis bilangan nama calon menteri besar antara Pakatan Rakyat dan Istana memuncak, Azmin menulis mengenai sejarah kesultanan Melaka.

Mengimbau kembali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2009, yang mengingatkan bahawa isu raja-raja Melayu perlu ditangani dengan sikap sederhana dan berhikmah tetapi tegas.

Azmin menyatakan tiga senario dalam konteks ini mengenai tiga sikap terhadap raja iaitu sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat tidak berdosa serta Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.

Beliau merujuk kepada kesetiaan serta kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang menjamin keutuhan institusi kenegaraan dan mengambil kira kebajikan rakyat negeri Melaka berbanding golongan pendekar yang tidak bertanggungjawab dan mengorbankan darah rakyat.

Tanpa mengambil kira siapa yang dimaksudkan beliau sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat, soalan yang timbul apakah Azmin dilihat sebagai Bendahara Paduka Raja dalam krisis antara kerajaan dan Istana Selangor ini.

Dengan mengambil langkah tenang dan betul sejak krisis ini bermula, adakah kita dapat melihat Azmin sebagai menteri besar baru Selangor?

Ketegaran PKR dan DAP dalam hanya menamakan satu calon iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dianggap satu "penderharkaan" dan mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor.

DAP hari ini tunduk pada tekanan sehingga Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng meminta ampun kepada sultan Selangor dan berjanji untuk kembali berbincang dan menghantar lebih banyak nama kepada istana.

Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan membincangkan situasi ini dan beberapa pengamat situasi meramalkan nama Azmin hampir pasti berada dalam senarai baru.

Bagaimanapun sekiranya Anwar berdegil dan hanya mahu nama isterinya sahaja, ia hampir pasti menambah pergeseran dengan istana dan tidak dapat diramalkan adakah pemimpin parti lain mahu bersama beliau dalam hal itu.

Dengan kemelut yang berlanjutan beberapa bulan, ramai yang berada dalam PKR dan barisan pembangkang turut letih dan risau dengan keretakan hubungan, terutamanya dengan PAS, bakal membayangkan "pengakhiran" kepada Pakatan Rakyat.

Pas Gombak: Kalau benar Pas gila kuasa...

Parti PAS 
PAS tidak perlu membantu jentera PKR bagi memenangkan calonnya iaitu Presiden PKR sendiri, walaupun PRK Kajang itu sengaja diada-adakan, tanpa persetujuan Pas.

Sebaliknya.... Pas terbukti setia kepada tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat apabila turut turun membantu jentera PKR termasuklah Tuan Guru Presiden Pas sendiri.

Kalau benar Pas gila kuasa… Tentulah Pas akan meletakkan nama calon yang pertama sebagai Menteri Besar ialah dari Pas, bukannya PKR.

Sebaliknya…. Pas tetap dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dengan meletakkan dua nama daripada PKR.

Kalau benar Pas gila kuasa….. Pas akan menggunakan empat orang Exconya di Selangor bagi menuntut jawatan menteri besar.

Sebaliknya……. Pas bertegas tidak akan menuntut jawatan MB, bahkan mengarahkan empat orang Exconya itu untuk bertahan kerana bimbang kerajaan akan jatuh ke tangan BN dan rakyat akan menjadi mangsa.

Kalau benar Pas gila kuasa….. Tentulah Pas akan bergabung dengan Umno untuk membentuk kerajaan baru yang didominasi oleh orang Melayu Islam.

Sebaliknya.... Pas tetap dengan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih telus dan berkebajikan, walaupun  dituduh sebagai barua PKR dan DAP.

Kalau benar Pas gila kuasa….. Pas akan membantah sekeras-kerasnya tindakan PKR yang membelakangi Pas dalam isu Menteri Besar Selangor, KajangMove, 16  September dan lain-lain.

Sebaliknya.... Pas tetap menghormati pendirian rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga dalam isu perlaksanaan hudud sekalipun, PAS mengambil kira pandangan  dan pendapat PKR dan DAP.

Prk Pengkalan Kubor: KEADILAN beri laluan kepada PAS tanding

WaWiSaya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat.
Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno/Barisan Nasional.
Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain dari adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.
Untuk berhadapan dengan Umno/Barisan Nasional secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/Barisan Nasional. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
Oleh yang demikian, KEADILAN telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak.

Presiden KEADILAN
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Prk Pengkalan Kubor: PERKASA tak tanding, bodoh kata Ibrahim Ali

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menegaskan, beliau tidak akan menyahut cabaran Pemuda Gerakan untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubur, Kelantan.

Ini kerana, tegasnya, tindakan itu akan menyebabkan undi BN berpecah dan menyebabkan parti itu kalah sekiranya beliau bertanding.

"Satu cabaran bodoh oleh seorang budak bodoh. PERKASA bukan parti politik. Jika saya bertanding, saya akan menjadi calon bebas dan undi akan pecah, BN akan kalah.

"Tunggulah pada pilihan raya umum yang ke-14, kami akan beritahu orang Melayu untuk tidak mengundi Gerakan.

“Lelaki yang hebat seperti presiden PERKASA mempunyai otak untuk berfikir dan cabaran daripada Pemuda Gerakan tidak memberikan kesan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh Setiausaha Agung Pemuda Gerakan William Chang Yoong Hsi yang mencabar Ibrahim supaya bertanding pada PRK Pengkalan Kubor bagi membuktikan NGO Melayu itu relevan dan diterima oleh pengundi Melayu.

PAS calon Pengkalan Kubor, Pakatan bersatu tentang Umno BN - Wan Azizah

IMG_6770KUALA LUMPUR 9 SEPT: KEADILAN memberi laluan kepada calon PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25
September ini dengan matlamat menumpaskan Umno Barisan Nasional (BN).
Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu mengambil kira kepentingan bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar sesama komponen Pakatan Rakyat.
“Saya ingin menyusul kenyataan saya semalam yang merujuk kepada pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang di mana saya telah menekankan kepentingan kerjasama dan muafakat berterusan Pakatan Rakyat.
PAKATAN-RAKYAT“Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno BN,” kata Wan Azizah dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, rakyat kini berhadapan kenaikan harga minyak yang beliau jangka akan diumum sebelum Belanjawan 2015, pengenalan GST menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.
Untuk itu katanya, bagi berhadapan Umno BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam Pakatan perlu dipertahan agar dapat bersatu menentang Umno BN.
“Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.
“Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak,” kata Wan Azizah lagi.
Penamaan calon PRK itu akan diadakan Sabtu ini, 13 September.

PKR beri laluan Pas tanding PRK Pengkalan Kubor

SHAH ALAM - PKR telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon Pas bertanding di kerusi Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dicapai selepas pihaknya dalam memastikan kerjasama dan muafakat PR berterusan.

"Untuk berhadapan dengan Umno-BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam PR perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang parti itu.

"Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar dan kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar PR terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

HASUT lancar kempen ‘PM Mungkir Janji’

'PasMa bukan krisis PAS, tapi lahir ketika PAS berkrisis'

Pakatan patut berdaftar, tapi logo pun tak selesai - PasMA

Forum Pasma: PAS tiada niat terkinja-kinja dengan Umno - Mujahid

SUSAH HENDAK DIPISAHKAN ANTARA UMNO@BN, PEMBOHONGAN & PUTAR BELIT





Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda?

pinjaman perumahan
Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Dimansuhkan? Bank CIMB Urus Pinjaman Pinjaman Rumah Anda? Sekarang ini penjawat awam di Malaysia sudah ada berapa ramai? Secara faktanya terdapat sejumlah 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia, satu jumlah yang begitu besar nilainya untuk bank-bank komersial “teroka”. Apa maksudnya Berita Semasa?
Terdapat makluman yang Berita Semasa terima yang mana berita kurang baik seperti ini terhadap penjawat awam sebenarnya telah kedengaran sejak tahun 2012 lagi, tetapi kali ini lebih kencang di mana kemudan dan kelebihan pinjaman perumahan kakitangan awam akan distrukturkan semula apabila Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam dimansuhkan kelak. Apa? Ya….bakal dimansuhkan. Nantikan.
Secara faktanya Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia adalah satu jabatan di bawah Kemnterian Kewangan
Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) bakal dimansuhkan digantikan dengan satu syarikat berkaitan GLC atau intitusi kewangan bagi menguruskan bahagian pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

Kelebihan & Faedah Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam Ditarikbalik?

Yang merisaukan Cuepacs sebagai badan yang menjadi penjuang dan pembela nasib kalangan 1.5 kakitangan awam adalah :
  1. mereka cukup risau andaikata (kadar faedah 4.0% peratus) yang dinikmati kakitangan awam sebelum ini melibatkan pinjaman rumah akan ditarik balik
  2. dan terpaksa mengikut corak berasaskan keuntungan institusi kewangan lain seperti bank
  3. Cuepacs merasakan cukup kesal kerana setakat ini keistimewaan bergelar penjawat awam hanyalah mendapat pencen dan gratuiti serta pakej pinjaman perumahan yang menarik. Jadi Cuepacs merasakan kemudahan dan faedah seperti ini tidak patut ditarik balik!

Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam (BPP) Diserahkan kepada CIMB

Dan, maklumat yang Berita Semasa terima langsung dari Putrajaya telah memberikan pengesahan yang mana Bahagian Pinjaman perumahan Kakitangan Awam semamangnya akan dimansuhkan dana siapa yang bakal dapat menguruskan Pinjaman perumahan kakitangan Awam selepas ini?
Bank mana lagi, tidak lain dan tidak bukan Bank adik Perdana Menteri Malaysia, CIMB. Ya…CIMB.