Isnin, 8 September 2014

Mujahid: Pas, Umno tidak akan bercampur

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat desas-desus mengenai perkara tersebut.

Mujahid berkata, pegangan tersebut terus kekal seperti yang diputuskan oleh Pas sebelum ini.

"Pas hendak bercampur dengan Umno, tapi hendak saya beritahu, Pas tidak pernah berhasrat untuk bercampur dengan Umno," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Sementara itu,  mengulas sama ada Pas akan menerima kerusi Menteri Besar Selangor, Mujahid berkata, Pas tidak akan menerima jawatan tersebut selaras dengan keputusan Pas Pusat sebelum ini.

"Pas tetap dengan keputusan tidak akan menerima kerusi Menteri Besar tersebut," katanya.

Terdahulu isu ini timbul berikutan kenyataan berbeza dua orang pemimpin tertinggi Pas sebelum ini yang memberi kenyataan berbeza dalam satu sidang media baru-baru ini.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, Pas akan menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai MB.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan istana.

Jawapan Mujahid itu tetap menjadi tanda tanya, walau ia sedikit sebanyak menjawab persoalan peserta forum tersebut.

Turut hadir dalam forum tersebut adalah Presiden Pasma, Pahrolrazi Zawawi dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari.

'Kami tubuh Pasma sebab sayangkan PR'

Pahrolrazi Zawawi 
KUALA LUMPUR - Presiden NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana NGO tersebut bimbang dengan nasib yang menimpa  Pakatan Rakyat sekarang.

Pahrolrazi berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur.

"Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan.

"Kalau runtuh PR rakyat Malaysia akan terima bencana," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.

Oleh itu, Pahrolrazi berkata, situasi sekarang menunjukkan PR berada dalam keadaan yang 'tenat' sehingga Pasma terpanggil untuk menyelamatkan keadaan.

"Politik sihat adalah rakyat mempunyai pilihan.

"(Apa yang) Berlaku di Selangor sudah sampai kemuncak nasib PR terumbang-ambing.

"Sudah ada bayangan peristiwa ingin menukar MB, bagaimana ada percaturan daripada Pas, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan PR boleh jatuh dan digantikan dengan Khalid Ibrahim yang akan bekerjasaama Umno.

Akta Hasutan: Najib tak berani pertahan pendirian sendiri

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pemansuhan Akta Hasutan akan ‘dibincangkan semula bersama pihak berkepentingan’ bukti beliau tidak berani mempertahankan pendiriannya sendiri.
Kenyataan itu menunjukkan kelemahan pentadbiran Najib Razak yang tunduk kepada tekanan hanya kerana mahu mempertahankan diri dari serangan pengkritiknya Tun Dr Mahathir terhadao dasar yang dijalankan kerajaan.
“Sebelum pilihan raya umum ke-13 pelbagai janji dibuat kononnya untuk mereformasikan sistem perundangan negara. Tapi nampaknya dia sendiri tak berani untuk mempertahankan pendiriannya.
“Walaupun Najib mendapat mandat, tetapi tak berani bertindak. Najib yang tunduk kepada tekanan. Jelas apa yang berlaku menunjukkan kelemahan kepimpinannya,” kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook kepada Roketkini.com.
Anthony mengulas kenyataan Najib di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pagi bahawa keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan terbuka tetapi dalam keadaan terkawal.
Kata Najib, kerajaan akan melakukan rundingan dengan semua pihak berkepentingan kerana untuk mengubah atau memperkenalkan sesuatu akta ia mestilah lebih baik daripada akta sedia ada.
Berdasarkan kenyatan tersebut kata Anthony, Najib dilihat cuba mengelak dari bertanggugjawab keatas ikrarnya sendiri yang dibuat pada malam Hari Malaysia pada tahun 2012 lalu, dengan menjadikan tekanan pihak lain keatas pentadbirannya sebagai alasan melambat-lambatkan proses penggubalan Akta Hasutan.
Manakala semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata, Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan dalam masa terdekat selagi tiada undang-undang gantian, dan Akta Hasutan perlu dikekalkan untuk menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

Kenaikan Pendapatan Isi Rumah 2014 Rakyat Malaysia (RM5900). Naik 18%. Setuju?

Kenaikan Pendapatan Isi Rumah 2014 Rakyat Malaysia (RM5900) Naik 18%: “Kita sudah berjaya”. Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut seorang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar tatkala membentangkan Kajian pendapatan Isi Rumah 2014 di Malaysia.
Angka terbaru melibatkan.. kajian meliputi pendapatan isi rumah di malaysia terhadap 83,456 isi rumah yang tinggal di tempat kediaman persendirian di seluruh negara mendapati pendapatan isi rumah rakyat Malaysia terus meningkat dengan ketara.

Perbandingan Pendapatan Isi Rumah 2014 VS Tahun 2012?

  • Pendapatan Isi rumah 2014 : RM5,900 sebulan
  • Pendapatan Isi Rumah 2012 : RM5,000 sebulan sahaja
Kenaikan pendapatan isi rumah 2014 di Malaysia didorong dengan kenaikan ekonomi Malaysia termasuk dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus yang dinikmati Malaysia sekarang.
Bagaimana dengan pendapatan isi rumah anda pula? Adakah selari dengan pengumuman kerajaan Malaysia baru-baru ini?

PAS di luar Pakatan: BN sokong, PR terlopong, PAS kosong


Nazri Noor
 

Rentetan Langkah Kajang yang tidak menjadi hinggalah kepada pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR, gelora politik Selangor belum reda tetapi makin parah. Sehingga tarikh ini, drama teka teki siapa menteri besar yang bakal menggantikan Khalid Ibrahim masih belum nampak bayangnya. Perlu diingat, Selangor kini ditadbir oleh seorang menteri besar dan empat exco, setakat cukup korum.
Problem yang berpunca daripada isu dalaman PKR, PAS bukan sahaja terpalit, malah dituduh menjadi culprit. Ditambah pula dengan adegan flip-flop, U turn dan roundabout (beberapa ketul) pimpinan PAS. Sehinggalah ke pihak istana yang dilihat sengaja merumitkan keadaan. Kini PAS pula dilihat yang menghadapi risiko besar. Perlu diingat, apa jua yang bakal terjadi kepada PAS, Pakatan Rakyat (PR) tentunya akan terpalit sama.
Pelbagai tafsiran dan scenario yang kini menjadi teka teki umum. Daripada senario Sultan yang "dipaksa" menerima calon tunggal nama menteri besar PKR, kepada calon minority government wakil PAS yang menjadi menteri besar, hinggalah kepada senario pembubaran DUN Selangor.

Penulis lebih cenderung kepada senario pembubaran kerajaan PR sedia ada dan DUN Selangor, yang seterusnya memerlukan pilihan raya segera (snap election) untuk membentuk kerajaan negeri yang baru,.PAS dan pembubaran DUN
Pembubaran DUN Selangor pula bakal mengundang risiko PAS dipancing keluar daripada PR, akibat jarum-jarum halus agenda kerajaan perpaduan (UG) bersama Umno yang pernah diwar-warkan sejak zaman Pak Lah.
Ini pula bakal membawa senario pertembungan PR melawan BN tetapi komponen PR cuma tinggal 2 iaitu PKR dan DAP. Nasib PAS masih belum menentu. Tidak pula terfikir Umno sanggup melamar bekas janda PR ini.
Kemungkinan tertinggi ialah senario pertembungan 3 penjuru, berbanding status quo pertembungan 1 lawan 1 seperti yang kita saksikan pada PRU13 yang lepas (dengan pengecualian terhadap beberapa kes pertindihan, dan terdapat calon yang bertanding atas tiket PAS, walaupun tidak mendapat restu (rasmi) parti.)
Penulis ingin berkongsi satu perspektif empirikal kesan senario 3 penjuru ini terhadap PAS, menggunapakai pola pengundian Negeri Selangor sebagai asas kajian kes.
PAS dan godaan kerusi Melayu
Melihat daripada perspektif PAS, daripada kesemua 56 kerusi DUN di Selangor, ada 38 yang amat mengancam (tempting) yang boleh dikategorikan sebagai kerusi yang harus di tandingi (contestable) oleh PAS. 33 daripada 38 kerusi tersebut boleh dikategorikan sebagai kerusi Melayu, manakala 5 kerusi selebihnya, juga berpotensi untuk menjadi medan untuk PAS, atas beberapa pertimbangan spesifik yang akan dijelaskan.
Kriteria 33 ‘kerusi Melayu’ tersebut dibuat berdasarkan majoriti pemilih berdaftar di DUN tersebut yang berbangsa Melayu (51% dan ke atas).  Status quo untuk 33 kerusi Melayu ini, pada PRU13, seramai 19 calon PAS dan 14 calon PKR bertanding diatas tiket Pakatan Rakyat dalam pertembungan 1 lawan 1 bertemu Barisan Nasional (yang diwakili oleh Umno, MCA, MIC atau Gerakan).
Walaupun 33 kerusi ini dikira ‘kerusi Melayu’, perlu diingat, tak semestinya calon-calon yang bertanding berbangsa Melayu, baik di pihak PR mahupun dipihak BN. DUN Batu Caves umpamanya (majoriti Melayu 60%), diwakili oleh calon India (MIC) melawan calon PKR Melayu, dengan kemenangan memihak kepada calon Melayu PKR.
Kes yang terbalik dengan DUN Batang Kali (majoriti Melayu 63%) dan Bukit Malawati (majoriti Melayu 57%) yang menyaksikan pertembungan antara calon Melayu BN melawan calon India PKR. Dalam kedua-dua kes, kedua-dua calon Melayu Umno/BN menewaskan calon-calon India (PKR).
Lima kerusi selebihnya tentu menjadi sebab untuk PAS tidak menolak untuk bertanding. Kerusi Seri Muda umpamanya, dengan 50% pemilih Melayu, alas yang kukuh untuk PAS meletakkan calon, walaupun status quo kerusi ini menyaksikan pertembungan Melayu PKR melawan Melayu Umno.
PAS tentunya juga berminat untuk bertanding di Ijok (48% Melayu), Kajang (48%), Seri Serdang (46%) dan Sement a(45%). Kerusi Seri Serdang menjadi milik PAS untuk ditandingi pada PRU12 dan PRU13, dan PAS berjaya menang dan menyumbang satu kerusi kepada PR. Jadi, tiada sebab untuk PAS memberi laluan percuma kepada mana-mana pihak untuk mengambil kerusi ini.
Tentu juga PAS tidak akan rela melepaskan Ijok dan Kajang, dengan alasan untuk menambahkan suara Melayu di DUN Selangor, memandangkan BN secara tradisi akan meletakkan calon India (di Ijok) dan Cina (di Kajang). Untuk Sementa pula (45% Melayu), alang-alang bertanding dan terbukti menang di Seri Serdang (46% Melayu), kenapa tidak mencuba nasib di Sementa? Untung sabut, timbul. Lagipun, sejak ia di ujudkan selepas PRU 1999, Sementa secara tradisinya adalah kerusi Melayu.
Ringkasnya, PAS tentunya akan tergoda (tempted) untuk meletakkan calon di 38 kerusi yang dinyatakan.
Persaingan ketuanan Melayu: PAS 15, PKR 11, Umno 12
The battle for malay supremacy. Itulah tagline dan penanda aras yang sesuai boleh dilabelkan kepada 38 kerusi idaman yang dijelaskan sebelum ini.
PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat mendominasi dengan nisbah melebihi dua kali ganda berbanding Umno, iaitu PR 26, Umno 12. Dari 26 kerusi yang dimenangi PR, PAS lebih unggul dengan 15 kerusi, berbanding PKR 11 kerusi. Malah PKR boleh dikira paling tercorot di kalangan parti yang secara simbolik membawa suara Melayu, berbanding Umno yang menang 12 kerusi.
Undi popular secara kolektif untuk PR berada di tahap 52.7%, berbanding undi popular 45.5% yang dikumpul oleh Umno.
Perlu di jelaskan sedikit, undi kolektif PR dikira mengambilkira undi pertindihan di Kota Damansara dan Semenyih. Untuk tujuan undi kolektif, undi calon PAS di Kota Damansara, dan undi calon PSM di Semenyih diambilkira sebagai undi PR, jadi ia menyumbang kepada undi popular PR.
Persaingan 3 penjuru: Apa implikasinya?
Bayangkan satu suasana pertandingan semula, a rematch tetapi kali ini dalam senario pertembungan 3 penjuru.
Ini bermaksud, Umno/BN bukan berdepan dengan PR sebagai satu front, tetapi sebaliknya Umno/BN akan bertembung dengan PKR dan PAS. A free for all. Pertembungan untuk menentukan the best man wins, untuk 38 kerusi idaman tersebut.
Apa kesudahannya?

Jika Iskandar Jadi MB, Mahukah PKR Dan DAP Akur?

Telah tersebar secara meluas di beberapa portal berita, blog dan media sosial sejak petang tadi mengenai desas-desus bahawa Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Melalui berita yang turut menjadi bualan ramai di pejabat SUK Selangor itu, Iskandar yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Pesuruhjaya Pas Selangor dikatakan akan diumumkan bagi jawatan itu oleh pihak Istana Rabu ini, manakala majlis mengangkat sumpat pula akan diadakan pada hari Jumaat.

Berita perlantikan Iskandar ini menyusul selepas pihak istana mengeluarkan kenyataan dukacita Sultan Selangor terhadap PKR dan DAP yang tidak mematuhi titah baginda yang mahukan kedua-dua parti itu menghantar lebih daripada dua nama, sebaliknya tetap berkeras dengan hanya mencalonkan satu nama saja iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail. Seterusnya tindakan PKR dan DAP itu juga dianggap sebagai perbuatan derhaka kepada baginda.

Kenyataan dukacita dan derhaka yang dikeluarkan oleh pihak istana ini lantas menimbulkan tafsiran bahawa baginda tidak berkenan dengan mana-mana calon yang dikemukakan oleh kedua-dua parti itu. Didorong oleh rasa dukacita itu juga, Sultan Selangor turut dikatakan akan mengenepikan calon daripada PKR untuk menjadi Menteri Besar, meskipun menyedari ada kesepkatakan dalam PR bahawa kerusi itu milik PKR.

Dalam masa yang sama, difahamkan juga ketiga-tiga Adun Pas yang dicalonkan oleh Haji Hadi untuk menggantikan Khalid turut dipanggil mengadap Sultan mulai hari ini dengan didahului oleh Iskandar serta diikuti Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi pada esok dan lusa. Ia dikatakan sebagai proses temubual dengan pihak istana.

Meskipun Iskandar menafikan beliau dipanggil oleh pihak istana tetapi adalah perkara biasa penafian seperti ini dibuat, bahkan dalam banyak kejadian dalam dunia politik negara ini, sebahagian besarnya memang bermula dengan nafi-menafi.

Ketika ditanya mengenainya, Iskandar hanya berkata, "besok tak ada (mengadap), lusa pun tak ada dan minggu depan pun tak ada." Jawapan umum seperti ini seolah-olah mempunyai banyak maksud dan rahsianya.

Melihat kemelut politik yang sedang berlaku di Selangor ketika ini, memang tidak mustahil jika Sultan Selangor melantik Iskandar sebagai Menteri Besar yang baru serta mengenepikan calon-calon lain, termasuk Dr Wan Azizah yang sudah menyertakan bukti sokongan majoriti melalui 30 Adun yang membuat akaun bersumpah terhadapnya.

Tetapi perlantikan Iskandar itu sudah tentu ada pro dan kontra serta risikonya yang tersendiri kerana beliau bukanlah pilihan utama serta sokongan yang ada padanya juga tidak pasti. Yang jelasnya, Pas hanyalah tinggal 13 Adun saja ketika ini.

Langkah pertama yang harus diambilnya jika dilantik ialah memastikan sokongan majoriti memihak kepadanya. Ia boleh dilakukan dengan segera memujuk PKR dan DAP agar akur dengan perlantikan itu sebagai yang tanda taat setia kepada Sultan Selangor yang membuat perlantikan itu.

Kak Ijat dah jadi jurucakap kepada Ahli PKR ?

Mula-mula tadi bila baca tajuk kemudia aku tengok gambar yang disiarkan dalam laporan Rakyat News ni.. aku ingat admin Rakyat News dah salah letak gambar..

Sebab tajuknya tentang ahli PKR yang tidak setuju dengan keputusan Anwar gambarnya pula ialah gambar Ketua Wanita UMNO..

Langsung tak ada kena mengena.. tapi bila baca laporan betullah gambar yang disiarkan tu dan ianya ada kena mengena dengan tajuk..

Antara laporannya menyebut.. Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, terdapat dari kalangan ahli parti berasa malu dengan tindakan Anwar yang mengingkari titah Sultan Selangor..

Siapa pulak dah lantik Sharizat jadi jurucakap kepada ahli PKR ni?

Laporan berkaitan...

KUALA LUMPUR 8 Sept - Keputusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tidak semestinya dipersetujui oleh ahli partinya sendiri. 
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, terdapat dari kalangan ahli parti berasa malu dengan tindakan Anwar yang mengingkari titah Sultan Selangor. 
"Saya ada juga rakan-rakan dari pihak pembangkang dan ramai dari mereka tidak setuju dengan cara pemimpin mereka, mereka rasa malu dengan apa yang berlaku. 
"Dalam PKR pun bukan semua setuju dengan "ketum" (Ketua Umum) dia buat. 
"Semua ahli parti dah bersuara, saya rasa semua orang bersetuju dengan satu perkara iaitu kita harus ikut perlembagaan persekutuan dan telah dinyatakan dengan jelas tentang kedaulatan raja-raja. katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco Wanita Umno hari ini. 
Jelas Shahrizat, Wanita UMNO tidak akan berkompromi dalam isu kedaulatan raja-raja dan keselamatan negara serta akan mempertahankannya. 

Azizah ucap terima kasih kepada Hadi dan tidak lupa budi Pas

Dr Wan Azizah cukuplah memalukannya.
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan sedikit terguris hati dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang membuat komen tentangnya tidak layak menjadi MB Selangor disebabkan kurang berkebolehan sepertinya.

Azizah dalam memberi reaksi kepada komen Abdul Hadi itu mengakui akan kelemahan dirinya dan akan berusaha untuk memperbaiki.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh diperbaiki diri InsyaAllah," demikian kata Azizah dalam kenyataan yang diemailkan ke blog ini.

Beliau juga tetap mengenang budi baik pemimpin Pas yang banyak membantu dirinya dan keluarga terutamanya semasa suaminya Anwar Ibrahim dipenjara.

Kenyataan lima perenggan itu cukup rengkas tetapi padat sungguh mengharukan. Kita harap apa yang berlaku sama ada dipihak PKR dan teguran Abdul Hadi itu akan tambah mematangkan lagi politik presiden PKR itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Wan Azizah:

KENYATAAN MEDIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.

Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.

Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

Pemuda Pakatan Rakyat gesa Pusat segera selesai kemelut

KUALA LUMPUR: Susulan rentetan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat kebelakangan ini, sayap Pemuda Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan menggesa kepimpinan Pusat untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit dengan segera.

Antara lain, isu-isu yang diketengahkan ialah krisis Menteri Besar Selangor, Akta Hasutan, kes kematian Teoh Beng Hock serta pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Berikut ialah kenyataan media yang dikeluarkan Pemuda Pakatan Rakyat pada Isnin:


Kenyataan Media Mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat
8 September 2014


Pemuda Pakatan Rakyat telah bermuafakat menggesa kepimpinan utama Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor dengan segera.

Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Presiden PAS, Dato Sri Anwar Ibrahim; Ketua Umum PKR dan Saudara Lim Kit Siang; Ketua Parlimen DAP dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda Pakatan Rakyat dan harapan anak muda Malaysia.

Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius tindakan siri tangkapan di bawah Akta Hasutan akhir-akhir ini. Tindakan-tindakan ini jelas bercanggah dengan janji Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak untuk memansuhkan undang-undang tersebut dan janji memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional pada 2012.

Bagi menyatakan pendirian Pemuda Pakatan Rakyat, kami akan bertemu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 11.00 pagi pada 11 hb September 2014 di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya untuk meminta penjelasan segera terhadap isu-isu yang berbangkit dalam isu ini.

Ini merupakan permulaan kepada kempen Pemuda Pakatan untuk memastikan akta ini dimansuhkan serta-merta dan memastikan agar tiada lagi rakyat Malaysia menjadi mangsa undang-undang tersebut.
Baru-baru ini Mahkamah Rayuan pada 5 September 2014 telah membuat keputusan yang konklusif berkenaan menukar keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Bincang isu PAS di muktamar, bukan laman sosial - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS mahu ahli-ahli parti menggunakan peluang Muktamar Tahunan ke-60 di Batu Pahat bagi membincangkan masalah dalaman parti.

Oleh itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ahli dan penyokong tidak sewajarnya mengeruhkan suasana politik sekarang dengan kenyataan tidak wajar melalui laman-laman sosial.

Kata beliau ahli parti peringkat akar umbi dan pimpinan sewajarnya menerima keputusan pimpinan tertinggi parti demi kebaikan semua pihak.

Katanya, setiap mesyuarat mengikut kaedah Islam diberi kuasa kepada pemimpin tertinggi parti membuat keputusan.

“Zaman Rasulullah s.a.w. baginda mempengerusikan mesyuarat dengan diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan.

“Begitu juga dalam kaedah parti kita sekarang, keputusan mesyuarat ditentukan pengerusi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Beliau diminta mengulas isu yang berlaku di Selangor terutamanya cara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menangani kemelut yang berlaku.

Mursyidul Am berkata, ahli parti diingatkan jangan mengeruhkan suasana kerana ada pihak mengambil kesempatan bagi melumpuh gerakan parti.

Katanya, apabila ahli parti sendiri mengeruhkan suasana ia memberi ruang pihak lawan menangguk di air keruh.

Muslimat PAS Wilayah bidas Wanita DAP

Wanita DAP seharusnya bersifat lebih terbuka menerima kritikan dan teguran yang diberikan oleh Presiden PAS mengenai pencalonan Wan Azizah sebagai MB.

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Dr. Rosni Adam membidas fitnah Ketua Wanita DAP, YB Chong Eng yang cuba memburukkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan menuduh beliau cuba memecah belahkan PAS dan Pakatan.
Wanita DAP seharusnya bersifat lebih terbuka menerima kritikan dan teguran yang diberikan oleh Presiden PAS mengenai pencalonan Wan Azizah sebagai MB, setiap parti mempunyai pandangan dan alasan yang tersendiri untuk menyokong ataupun tidak.
“Presiden PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk memecah belahkan PAS dan Pakatan tetapi beliau secara jelas memberikan penjelasan kenapa PAS menolak Wan Azizah sebagai MB sebagai mana yang diminta oleh pemimpin PKR,”katanya.
Jelasnya PAS di bawah kepimpinan beliau sebelum ini pernah memberikan peluang kepada Wan Azizah untuk menjawat jawatan Ketua Pembangkang selepas Pilihanraya 2008 di Parlimen dan PAS menyokong penuh.
DMPWP mengesa agar Wanita DAP, PKR dan Pakatan keseluruhannya menghormati pandangan-pandangan pemimpin PAS dan bersifat terbuka terhadap sebarang kritikan yang diberikan .
“Malah kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor hari ini juga perlu diambil perhatian oleh DAP dan PKR kerana pihak Istana dengan jelas menyatakan kekesalan ekoran kedegilan parti berkenaan dalam menghantar hanya satu nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan,” katanya.

Pandan 'ditawan' poster misteri sokong Sultan Selangor


Sebahagian daripada poster menyokong Sultan Selangor di beberapa kawasan di Pandan pada 3 September lalu.Foto: RADZUAN HASSAN
Suasana di sekitar jalan di Pandan Indah hari ini berbeza daripada biasa. Sejak lewat malam tadi, sepanjang jalan dan simpang dipenuhi kain poster-poster bewarna kuning.
Poster misteri itu menyokong Sultan Selangor dan mengistiyharkan sokongan kepada institusi raja di negeri ini Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, beberapa kain pemidang bersaiz besar itu dipasang terutama di susur masuk ke MRR2 dari Pandan dan beberapa kawasan di Taman Kencana, Taman Angsana, Taman Muda dan Cheras Baru.
Tidak ada satu pun nama pihak bertanggungjawab di dalam poster yang sama. Kain pemidang itu antaranya bertulis; Daulat Tuanku Menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku; Daulat Tuanku Rakyat Selangor Tetap Setia di belakang Tuanku dan Daulat Tuanku Raja Berdaulat, Negeri Beradat, Rakyat Selamat.
Persoalannya adakah ia satu bentuk sokongan kepada Sultan Selangor memandangkan hari ini merupakan tarikh terakhir parti komponen Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi nama Menteri Besar Selangor (MB) baharu kepada istana?
Ataupun adakah ia satu bentuk sokongan segelintir pimpinan Pas yang tidak bersetuju dengan nama Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB yang baharu. Perlu diingat, Pas kawasan Pandan diketuai oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad sendiri.

 Lebih mengundang pertanyaan, poster-poster itu digantung termasuk di kawasan berhampiran pejabat Keadilan Ampang yang diketuai oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Alu-aluan buat perwakilan PAS ke muktamar ke 60


johorflag

LIEW CHIN TONG
Bagi pihak DAP Johor, selamat datang saya ucapkan kepada semua perwakilan PAS seluruh negara yang akan bermuktamar di negeri Darul Takzim tidak lama lagi.
Juga, dengan izin, selamat datang ke negeri darul UMNO yang terakhir!
Tahniah kepada pimpinan PAS yang memutuskan untuk bermuktamar di Johor. Kalau tidak silap saya, ini kali pertama PAS menganjurkan muktamar di negeri Johor.
Saya ingin menzahirkan semangat solidariti dengan PAS yang terpaksa mengalih tempat muktamar dari Johor Bahru ke Batu Pahat disebabkan masalah permit kerajaan tempatan.
Pejabat saya, Pusat Komuniti Kluang, yang akan menganjur Pesta Kluang pada 13hb hingga 20hb September juga belum mendapat permit dari Majlis Daerah Kluang.
Mungkin ada hikmah di sebalik masalah ini. Sekurang-kurangnya kita semua dalam pembangkang keluar dari zon selesa masing-masing. Sekurang-kurangnya masalah ini mengajar kita supaya lebih bijak dan berhemah melaksanakan tugas.
Sebelum memenangi kerusi Parlimen Kluang pada tahun 2013, saya adalah ahli parlimen Bukit Bendera penggal tahun 2008. Jadi, di Pulau Pinang saya adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri. Di sana kerajaan negeri bertindak adil untuk semua pihak termasuk Barisan Nasional yang menjadi pembangkang.
Kini di Johor kita sentiasa diingatkan oleh sikap tidak adil kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan semata-mata kerana kita pembangkang. Ini bererti perjuangan kita tidak selesai dengan hanya ada kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja.

Purata pendapatan meningkat, tapi jurang kaya-miskin melebar

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Peningkatan purata pendapatan isi rumah ditunjukkan melalui kajian kerajaan tidak memberi makna jika jurang pendapatan miskin-kaya di negara ini masih melebar, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang memaklumkan hasil Tinjauan Pendapatan Isi Rumah 2014 bahawa purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM5,900, berbanding RM5,000 pada 2012.
“Realiti yang dihadapi rakyat berbeza. Walaupun angka meningkat, rakyat tidak merasainya. Buktinya, tentulah tidak ramai yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia sebelum ini.
“Ia menunjukkan hanya pendapatan golongan kaya yang bertambah, manakala yang miskin tidak,” katanya kepada Roketkini.
Setakat 31 Mei lalu, sejumlah 6.8 juta permohonan BR1M diluluskan dengan syarat permohonan adalah pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah (berkeluarga) dan RM2,000 ke bawah (bujang).
Tinjauan itu juga menunjukkan nisbah gaji kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya meningkat 4.3 peratus sejak tahun 2008.
Apa yang penting kata Chin Tong adalah usaha berterusan bagi mengurangkan jurang kekayaan di kalangan golongan kaya dan miskin.
“Perkara yang penting adalah agihan pendapatan yang saksama, seperti yang ditunjukkan dalam ‘indeks Gini’,” katanya lagi.

Tak minta maaf salah lapor isu PPS, Pulau Pinang cadang saman NST

GEORGE TOWN, 8 SEPTEMBER: Pulau Pinang akan memfailkan saman fitnah terhadap akhbar New Straits Times (NST) kerana masih tidak menarik semula laporan berhubung peruntukan negeri yang kononnya diluluskan untuk Pasukan Peronda Sukarela (PPS), kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Saya telah sekian lama bersabar, tetapi apabila kenyataan saya sendiri diputarbelit tanpa sebarang pembetulan dan permohonan maaf, saya tidak ada pilihan selain memfailkan prosiding undang-undang.
“Saman fitnah akan dibuat terhadap NST jika mereka tidak mahu menarik balik dan meminta maaf atas laporan palsu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 4 September, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dilapor sebagai berkata oleh laman web Umno bahawa secara keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.
Katanya, fakta yang salah berhubung peruntukan kepada PPS diulang semula dalam laporan NST pagi ini dengan tajuk ‘Guan Eng marah kerana hal kecil’ – membuktikan media pro-BN itu tidak beretika.
Justeru Guan Eng yang juga Adun Air Putih menegaskan sekali lagi bahawa jumlah yang dibelanjakan untuk PPS bukan RM1.5 bilion seperti didakwa Umno.
“Jumlah yang dibelanjakan untuk PPS adalah RM1.3 juta (2012) dan RM1.5 juta untuk tahun 2013, bukan RM1.5 bilion.

Wan Azizah: Saya hormati pendapat Hadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.
Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.
DR_WAN_AZIZAHSaya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.
Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.
Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.
Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

Wanita DAP: Perangai Hadi pecah belahkan Pakatan


Wanita DAP hari ini menyelar pendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang kerama enggan menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baru Selangor.

Ketua wanita DAP Chong Eng membangkitkan bagaimana PAS, bawah kepimpinan Hadi, sering bertukar pendirian berhubung kemelut itu dan memberikan alasan “tidak munasabah” untuk menolak Azizah.

Chong membangkitkan perubahan pendirian PAS daripada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim, kemudian memilih Azizah dan kemudian menolaknya kembali atas alasan tidak layak.

“Perangai Hadi yang meragui kebolehan rakannya dalam keadaan terbuka mencerminkan beliau tidak menghormati rakan-rakannya.

“Perangai beliau memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini,” kata Chong.

Wanita DAP juga membangkitkan latar belakang Azizah sebagai seorang pakat mata daripada pusat pengajian perubatan unggul dan memimpin reformasi lebih daripada sepuluh tahun.

“Mungkin beliau tidak fasih dari segi strategi dan arena kuasa. Tetapi beliau mempunyai komitmen. Beliau berani menentang apabila mengalami kesukaran.

Muslimat Wilayah: Hilang percaya pada Azizah sejak 2008 lagi

Kewibawaan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon pengganti menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terus dipertikaikan pemimpin PAS.

Kali ini giliran Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam pula membangkitkan kepimpinan Azizah ketika dilantik ketua pembangkang selepas pilihan raya umum 2008.

Rosni berkata, PAS ketika itu menyokong Azizah dan tidak timbul isu gender tetapi isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu didakwa hanya mampu bertahan kurang enam bulan sebelum meletakkan jawatan pada 28 Ogos.

“Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya.

Dua pemimpin kanan PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (presiden) dan Datuk Haron Din (timbalan mursyidul am) sebelum ini telah menjelaskan Azizah ditolak kerana isu kelayakan.

Dalam kenyataannya hari ini, Rosni juga membangkitkan prestasi Azizah selepas terpilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang pada awal tahun ini.

“PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber,” katanya lagi.

Wan Azizah: Saya sedikit terguris tapi tak marah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau sedikit terguris dengan kritikan dan "serangan peribadi" yang dibuat presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau tidak marah dan menganggap komen bahawa beliau "tidak berkelayakan" menjadi menteri besar, sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak membuat sebarang kenyataan balas.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri Insya-Allah," kata beliau dalam satu kenyataan hari i

Taraf hidup rakyat meningkat, purata pendapatan isi rumah 2014 RM5,900, kata Wahid....ha..ha..ha..Siapa nak dia lebong nie..!!!

Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan. "Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini.  "Namun, mengembangkan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti," katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014. Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang kepada 33.6% tahun lepas berbanding 29.3% pada 2008. Menyentuh ringkas Rancangan Malaysia ke-11, Wahid berkata kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri. "Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui ketua menteri dan Kabinet negeri minggu depan," katanya. Simposium 3 hari ini yang bermula Sabtu, dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. – Bernama

"Jangan Main Api Dengan Institusi Raja" - Shahrizat

Kecoh di mahkamah: Aktivis ditangkap selepas dibebaskan

Iskandar Samad - Tiada ketuanan Umno dalam Pakatan Rakyat

Suhaizan: Different opinions exist in all parties

Pakatan youth chiefs to seek audience with top guns

Akta Hasutan: Siswa 'ponteng' kelas demi demo Azmi

 
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) memutuskan menganjurkan hari 'hartal' sebagai tanda sokongan terhadap pensyarah undang-undang universiti itu Azmi Sharom yang didakwa menghasut di mahkamah.

Pada 10 September ini mereka tidak akan hadir kuliah dan akan mengambil bahagian dalam perhimpunan dinamakan "Solidarity4AzmiSharom" itu. 

Pemuda PR pandang serius isu Akta Hasutan

Pemuda PR akan bertemu Zahid Hamidi untuk meminta penjelasan.
Pakatan Rakyat 100 HariSUBANG JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat memandang serius isu behubung tindakan penangkapan di bawah Akta Hasutan sejak akhir-akhir ini.
Mereka berpendapat tindakan tersebut bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 untuk menggantikan akta tersebut kepada Akta Keharmonian.
“Sebagai menyampaikan hasrat pendirian Pemuda Pakatan Rakyat, kami akan bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 11 pagi, 11 September ini di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.
Menurut mereka, ini untuk memastikan supaya akta tersebut serta-merta dimansuhkan dan tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa undang-undang tersebut.
Pada masa yang sama, Pemuda PR juga telah mengumumkan bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan secara konklusif berkenaan menukar keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian Teo Beng Hock pada 5 September 2014.

Mansuh Akta Hasutan: Siapa PM, Najib atau Muhyiddin? – Azmin

Azmin_AliKUALA LUMPUR 8 SEPT: Kerajaan Umno BN membuat pembohongan besar kepada rakyat apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.
Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, kenyataan itu bercanggah dengan janji Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini ingin memansuhkan akta tersebut.
“Ini merupakan pengakuan yang jelas bahawa Datuk Seri Najib, kerajaan dan Barisan Nasional (BN) telah secara terang-terangan berbohong kepada rakyat Malaysia.
“Najib dan kerajaannya sengaja menipu rakyat Malaysia, apa penjelasan mereka kali ini kerana gagal memenuhi janji  berulang kali?” soalnya dalam satu kenyataan media.
Najib sebelum ini berjanji sebanyak dua kali pada 2012 dan 2013 untuk memansuhkan Akta Hasutan, sebagai satu langkah transformasi politik yang dilaungkan beliau.
Pada 30 Ogos lalu, Jabatan Perdana Menteri sekali lagi menyatakan akta berkenaan akan dimansuhkan, sebelum disahkan oleh Najib pada 5 September lalu.
Bagaimanapun, kata Azmin, ia bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin, dua hari selepas itu.
“Tuntutan Tan Sri Muhyiddin bahawa tidak ada keputusan untuk memansuhkan datang hanya dua hari selepas janji terbaru Datuk Seri Najib untuk memansuhkan pada 5 September, siapa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin?” soalnya lagi.

MB Selangor: Pimpinan, anggota PKR jangan melatah - Azmin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyeru semua pemimpin dan anggota parti bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan suasana politik.

"Saya akui kita sekarang sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan dengan semangat muafakat dalam Parti dan Pakatan Rakyat, pimpinan Keadilan akan dapat mengatasi kesukaran sekarang," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, PKR komited dengan Pakatan Rakyat kerana perpaduan Pakatan  perlu diperkukuhkan.

"Justeru itu, saya berharap pimpinan dan anggota tidak melatah, sebaliknya sentiasa berhemah, tenang dan berhikmah dalam semua keadaan.

"Insya Allah kita akan menggunakan kebijaksanaan untuk menjernihkan kekeruhan sekarang," ujarnya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Pemuda PR rancang jumpa tiga pemimpin utama


KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kekeruhan yang berlaku ekoran isu Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, satu usaha penyelesaian segera perlu dibuat oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti bagi mengembalikan semula sokongan rakyat khususnya di negeri Selangor.

"Hari kelewatan itu akan mengurangkan jumlah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di Subang hari ini.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Teo Kok Seong.

Menurut Suhaizan, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin ketiga-tiga parti dengan segera bagi tujuan itu.

Apabila langkah Hadi 17 Ogos tidak dihargai

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang  
PADA 17 Ogos 2014 yang lalu, Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuka laluan untuk menamatkan kemelut kerusi Menteri Besar Selangor dengan bersetuju:

1.     Mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (untuk menjaga hati PKR)

2.     Turut mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (untuk menjaga hati istana)

3.     Tidak menamakan sebarang nama calon Adun Pas

4.     Secara sahnya, Pas menarik balik sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Keputusan Pas dan Hadi pada hari itu sebenarnya adalah peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat menamatkan kemelut Menteri Besar Selangor.

Di Hotel Empire pada sebelah petang itu, Pakatan Rakyat mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi:

“Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 17 Ogos 2014

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan Pas untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.“

Jika kita perhalusi semula kenyataan Pakatan Rakyat pada 17hb Ogos di atas - ia menyatakan bahawa ia akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan "ini" ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Persoalannya ialah keputusan "ini" merujuk kepada apa?

Tidak lain, tidak bukan, ialah dua keputusan di bawah:

Pemuda PR gesa pimpinan utama segera selesaikan krisis MB

Pemuda PR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sing dalam waktu terdekat.
SUBANG JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menggesa supaya kepimpinan utama Pakatan Rakyat (PR) untuk segera menyelesaikan krisis Menteri Besar (MB) Selangor.
Menurutnya Pemuda PR akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Sing dalam waktu terdekat.
“Ini bagi menyampaikan hasrat Pemuda PR dan harapan anak muda Malaysia,” katanya dalam satu sidang media selepas berbincang dengan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad di Hotel Empire.
Menurut Suhaizan, gesaan ini bagi menyampaikan mesej daripada anak muda di dalam PR kepada pimpinan tertinggi untuk menyelesaikan krisis MB ini.
“Selain itu, saya ingin tekankan dari segi permuafakatan haruslah disegarkan dalam pimpinan tertinggi PR.
“Permuafakan dan penyelesaian segera ini bagi membolehkan krisis ini tidak berpanjangan dan tidak menambah kesan buruk kepada PR,” jelasnya.
Tambahnya, sebagai anak muda yang akan mewarisi dan menjadi pelapis untuk memimpin masa akan datang seharusnya menjadi contoh dan menjalankan tanggungjawab untuk menyatukan perselisihan dalam pimpinan PR.

“Saya cuma ingin tegaskan keputusan yang dibuat PR” – Nik Nazmi

Perbincangan bersama Pemuda PR ini diharap dapat menyatukan kembali muafakat dalam semua pimpinan PR.
Pemuda PRSUBANG JAYA: Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata komennya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah atas dasar menegaskan keputusan yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR).
“Berkenaan dakwaan yang mengatakan saya telah memulakan langkah sumbang itu saya tidak dapat mengulas dengan panjang.
“Saya cuma ingin menyatakan yang daripada awal telah menjalinkan hubungan baik dengan Pemuda PR dan perbincangan ini diharap dapat menyatukan kembali muafakat dalam semua pimpinan PR,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Empire.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata Nik Nazmi telah memulakan langkah sumbang sebagai Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) yang baru.
“Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR),” katanya dalam satu kenyataan.

Mengapa PAS latah keluar Pakatan?

Oleh Subky Latif
SAYA tegaskan lagi, tidak berbangkit PAS keluar Pakatan Rakyat gara-gara krisis sengitnya ekoran kedudukan Menteri Besar Selangor. Mursyidul Am dan Presiden PAS menegaskan ketika mula perbezaan terbuka tentang MB itu ialah keutuhan Pakatan Rakyat mesti dipertahankan.
  
Itu adalah penegasan semula sikap PAS tentang muafakat itu sejak ia diwujudkan, malah sebelumnya dalam tahaluf siasi sesama pembangkang dalam Barisan Alternatif, yang menggagalkannya bukan PAS meninggal muafakat itu, sekalipun ada masalah, tetapi pihak lain yang meninggalkannya.

Kita akui bahawa Pakatan Rakyat adalah dalam ujian krisis sengit dan ia dihimpit kiri kanan oleh semua sekutunya, tetapi tidak berbangkit PAS mahu meninggalkannya dan tidak pernah berniat untuk memecahkannya. Krisis dan perbezaan apabila tidak dapat dielakkan, terpaksa dihadapi dan ditangani dengan baik.
   
Sesama sahabat Nabi – Saidina Ali Abu Talib dan Muawiyah – kedua-duanya dijamin syurga oleh baginda lagikan pernah berselisih pendekatan, maka apalah pula bagi kita yang 15 kurun jarak dari masa Rasulallah SAW.
  
Kita bukan berpakat untuk berbeza, tetapi perbezaan boleh terjadi bila-bila. Itulah yang dinamakan ujian. Ujian adalah hal yang manusia sentiasa hadapi. Lainlah malaikat yang dijadikan tidak untuk diuji dan tidak juga untuk menguji.
   
Maka manusia yang dipilih Allah sentiasa dapat menangani ujian dan krisis dengan baik.
   

Ada banyak kunci kepada mangga krisis MB Selangor

Oleh Timmy Say
Menyelesaikan krisis menteri besar Selangor ini ada banyak cara. Semua yang terlibat boleh memainkan peranan.
Peranan yang boleh dimainkan PKR
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang jawatan MB Selangor tanpa sebarang kuasa di dalam parti selama ini.

Kalau niat parti ialah untuk membuang Khalid daripada kerusi MB Selangor, kedegilan PKR untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menyebabkan Khalid memegang jawatan itu lebih lama meskipun beliau kini seorang Adun bebas. Kemelut ini boleh selesai kalau PKR berganjak menghantar lebih 2 nama untuk diperkenan Tuanku Sultan Selangor. Takkan sehingga sekarang tidak boleh faham isi tersirat Istana Selangor yang meminta lebih 2 nama.
PAS bukan kunci untuk Istana Selangor menerima Dr Wan Azizah. Oleh itu, tindakan menekan PAS yang keberatan mencalonkan Dr Wan Azizah dari awal sehingga kini hanya memburukkan keadaan.
Sebagaimana DAP tidak boleh melanggar akar umbinya yang menolak hudud, PKR juga harus sedar PAS juga tidak boleh melanggar akar umbinya yang mementingkan adab politik Melayu dijaga sepanjang masa.
Kunci kepada penyelesaian kemelut MB Selangor berada pada kerelaan PKR, terutamanya kerelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya pada isterinya yang juga presiden Parti, untuk akur kepada permintaan istana untuk menghantar lebih 2 nama.
Kalau kedegilan ini dapat dikurangkan, kemelut isu MB Selangor sudah pun selesai dengan cara yang baik.
Peranan yang boleh dimainkan DAP
Apabila sahabat mereka, PKR dan PAS, sedang bergaduh, DAP sepatutnya memainkan peranan sebagai pendamai.
Malangnya, DAP mengambil sikap untuk memihak dan bekerjasama kepada satu belah untuk menekan sahabat yang satu lagi.
Permainan selalu menuduh MCA ‘kowtow’ kepada Umno yang membantu DAP meraih sokongan majoriti bukan Melayu seolah-olah terbawa-bawa ke peringkat Pakatan Rakyat.
Apakah ini yang menjadi punca kepada DAP sanggup dilihat mengikut telunjuk PKR dalam kemelut isu MB Selangor daripada bersama PAS?
DAP dengan 15 kerusi DUN Selangor sebenarnya adalah kingmaker dalam menyelesaikan krisis MB Selangor.
Kelebihan itu sepatutnya digunakan DAP untuk memujuk PKR memberikan alternatif kepada Dr Wan Azizah. Pada masa sama, DAP turut boleh memujuk PAS untuk turut sama mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai satu calon potensi MB Selangor.
Alangkah baiknya kalau DAP boleh menjadi agen pendamai ketika 17 Ogos yang lalu apabila PAS berundur dengan mencadangkan nama Dr Wan Azizah bersama timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Sekiranya DAP dapat memainkan peranan sebagai pengimbang dalam menghormati keputusan PAS ketika itu dan memaksa PKR untuk tidak berdegil dengan pencalonan Dr Wan Azizah saja, apa yang terjadi hari ini pasti tidak akan berlaku. Malah, matahari terbit yang baru akan terbit bagi Pakatan Rakyat.
Jika DAP mengambil sikap neutral sejak awal, barangkali kemelut MB Selangor sudah selesai pada 17 Ogos yang lalu.
Peranan PAS

Isu kemelut Selangor, kaji yang tersirat, jangan hanya kaji yang tersurat

Oleh Aspan Alias
Tindakan mengingkaran titah Baginda Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama calon pengganti Khalid Ibrahim oleh DAP dan PKR amat mendukacitakan Sultan Selangor. Kedua-dua parti seolah-olah tidak mrenerima hakikat yang dalam sistem demokrasi kita, Raja itu merupakan proponen yang didalam sistem ini termasuk dalam memilih seorang Menteri Besar dalam sebuah negeri yang berdaulat kita ini. 

Apabila berlakunya tindakan yang derhaka ini, maka tidak lagi susah untuk mempercayai yang jika parti-parti ini menjadi pemerintah institusi Raja itu tidak akan dikekalkan dan mereka akan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menghapuskannya setelah berkuasa beberapa ketika sahaja. Sebagai seorang Melayu yang merupakan komponen terbesar dari rakyat negara ini, kita amat khuatir dan dalam kebimbangan jika identiti Melayu itu akan terhakis dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi.
Kehilangan identiti sesuatu bangsa ini merupakan permulaan kepada kehilangan bangsa-bangsa di dunia ini yang kita telah banyak membaca dari sejarahnya. Bagi diri saya secara peribadi ini merupakan satu isu yang sangat sensitif dan saya merasakan akta-akta yang mendindingi keselamatan dan maruah bangsa yang terbesar dalam Negara itu wajar diwujudkan atau pun ditambah kekuatannya dari apa yang ada pada hari ini.
Nyata dan jelas sekali tanggapan yang ada bangsa-bangsa yang memainkan politik secara halus dan mengelirukan orang Melayu itu mempunyai agenda jangka panjang iaitu untuk menakluki budaya dan cara hidup bangsa Melayu itu semata-mata untuk menghilangkan identiti yang membezakan orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Sesuatu bangsa itu akan dicemari identitinya melalui dua acara setidak-tidaknya.
Pertamanya kelirukan mereka dalam agama dan keduanya ialah dengan menghilangkan atau menakluk budaya dan cara hidup bangsa itu. Selain dari itu ialah dengan melemahkan kedudukan ekonominya bangsa itu dan berbagai cara yang halus dan ini amat merbahaya bagi bangsa Melayu dan Islam itu sendiri.
Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kita sudah nampak ‘consequence’ sampingan yang amat merbahaya kepada orang Melayu yang kebetulan beragama Islam itu. Malahan Negara kita ini adalah satu-satunya negara di dalam dunia yang berkerajaan yang bangsa terbesarnya, iaitu Melayu itu di definasikan oleh perlembagaan negara kita dan salah satu dari yang di definasikan ialah bangsa Melayu itu adalah beragama Islam.

Sultan turut pertimbang nama di luar senarai untuk jadi MB


Sultan Selangor akan mengambil kira pelbagai aspek dalam menilai setiap calon-calon yang dipersembahkan untuk dipilih sebagai menteri besar baru negeri itu.

Bagaimanapun, baginda juga akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik menteri besar Selangor terletak pada budi bicara DYMM Sultan Selangor, maka baginda juga akan meneliti nama-nama ADUN yang lain dari parti Pakatan yang berkelayakan dan pada fikiran DYMM sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan negeri," kata setiausaha sulit kepada baginda.
 

Pas Selangor mahu DAP, PKR patuh titah sultan


Mohd Khairudin Othman
Pas Selangor mahu rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat supaya akur dengan titah Sultan Selangor berhubung kemelut Menteri Besar Selangor.
Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya sedih atas apa yang berlaku sehingga Sultan Selangor murka.
"Pas Selangor mohon rakan rakan (DAP dan PKR) kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi raja-raja ini"
"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Khairuddin, semakin lama kemelut itu berterusan, ia semakin menyusahkan rakyat.
Pas Selangor juga menegaskan perlunya patuh kepada sebarang titah yang di buat oleh Sultan Selangor untuk kebaikan rakyat.
"Cukup la... mari kita fikir pulak masaalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," katanya.

Aziz: Kelayakan MB hanya sokongan majoriti

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan kelayakan tunggal seorang menteri besar sama ada beliau mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Syarat tunggal untuk seorang MB – atau PM atau KM (ketua menteri) – adalah majoriti.

"Gender, kelayakan akademik, malah kehendak peribadi sultan, juga tiada tempatnya,” katanya.

Malah, Aziz berkata, syarat bahawa menteri besar harus seorang Melayu dan Islam juga boleh diketepikan bagi memilih calon mendapat sokongan majoriti.

Aziz mengulas kenyataan istana yang menyebut sultan akan meneliti nama-nama lain anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pakatan Rakyat sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Iskandar Samad nafi dipanggil menghadap Sultan Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menafikan dirinya dipanggil menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berhubung isu pencalonan menteri besar. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor sebaliknya berkata, dirinya mempengerusikan sesi pendengaran awam di Majlis Daerah Kuala Langat sehingga petang ini. "Ada pendengaran awam di Majlis Daerah Kuala Langat sampai jam 5 petang. Harap dapat hubungi saya selepas jam 5 petang," katanya ringkas kepada The Malaysian Insider.  Manakala dua rakan exconya, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi sehingga masih belum memberikan sebarang respons berhubung isu ini. The Malaysian Insider difahamkan, tiga Exco PAS dipanggil menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Iskandar pada petang ini. Diikuti Sallehen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak pada keesokannya dan Ahmad Yunus (Sijangkang) pada Rabu, menurut sumber. Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu. Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS.

PasMa: Kenyataan saya disalah petik - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan laporan media yang memetik kenyataan beliau kononnya PAS melarang ahlinya menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Tuan Ibrahim berkata kenyataan yang dibuat beliau ketika diserbu wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan petang semalam itu telah dipetik secara tidak tepat.

"Kenyataan saya tentang penyertaan ahli parti dalam PasMa telah dilaporkan secara tidak tepat.

"Ahli PAS tidak dilarang menyertai mana-mana NGO, bahkan dalam PAS pun terdapat pelbagai NGO yang ditubuhkan.

"Namun, 'sekiranya NGO tersebut bertukar menjadi sebuah parti politik', maka ahli PAS dilarang menyertainya, melainkan ia bukan lagi ahli PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu beliau mengingatkan ahli PAS agar terus istiqamah dengan parti dan mengawasi usaha musuh untuk memecah-belahkan jamaah.

Beliau juga memohon jasa baik media yang tersalah tafsir kenyataannya untuk memperbetulkan laporan mereka.

Forum anjuran PasMa diteruskan malam ini, medan jelaskan serangan PAS

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan meneruskan forum "PAS campur Umno: Ke Mana Hala Tuju" malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur, walaupun 2 ahli panel asalnya menarik diri. Setiausaha PasMa Mohd Taib Ahmad berkata berikutan kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyerang badan bukan kerajaan (NGO) itu, pihaknya akan menjelaskan fungsi dan barisan kepimpinannya kepada umum. "PasMa juga akan menjawab semua tohmahan dan laporan songsang berkenaan badan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Forum itu pada awalnya dijadualkan menampilkan 3 ahli panel daripada pemimpin tertinggi PAS, iaitu bekas Ahli Majlis Syura PAS Ahmad Awang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Bagaimanapun semalam dilaporkan PasMa berhasrat mahu menangguhkan majlis itu ekoran 2 daripada ahli panelnya tarik diri pada saat akhir. Mohd Taib ketika dihubungi berkata, Husam menarik diri pada saat akhir tanpa memberikan sebarang alasan, manakala Ahmad berada di luar negara. "Kita akan teruskan forum. Mereka akan digantikan dengan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan seorang ahli akademik. "Manakala Mujahid akan hadir sebagai ahli panel," katanya kepada The Malaysian Insider. Tuan Ibrahim semalam melarang ahlinya menyertai PasMa atas alasan dalam PAS itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan. "Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan

Phahrolrazi: Pandangan peribadi larang ahli PAS sertai PasMa

Khalid: Baiah setia pada Allah, Rasul, bukan pemimpin

Student activist rearrested for sedition after posting bail

Aktivis ABU ditahan semula, bakal didakwa

Aktivis yang baru dilepaskan daripada ikat jamin hari ini kerana menghasut, ditahan semula oleh polis bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Sultan Selangor.

Ali Abd Jalil ditahan berikutan tulisan di laman Facebooknya yang didakwa menghina Sultan Selangor berikutan kemelut di negeri itu.

Siswa institut pengajian tinggi swasta itu didakwa kerana melakukan kesalahan menerbitkan penerbitan yang menghasut bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Menurut peguamnya, Michelle Yesudas, Ali kini dibawa ke Shah Alam dan dijangka dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam itu petang ini.

PPS: NGO Macai di Pulau Pinang desak polis tahan Lim Guan Eng

Istana Selangor: PKR, DAP biadap, derhaka kepada Sultan

PAS MP: I support Hadi, but not Khalid Ibrahim

Palace accuses PKR and DAP of treason

Utusan suara Umno ibaratkan Hadi dan Dr Wan Azizah bagai langit dengan bumi

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia meneruskan sokongannya terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila membezakan darjat kepimpinannya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, seperti langit dengan bumi. Melalui rencana tulisan pengarangnya Zulkiflee Bakar, akhbar itu membandingkan kepimpinan 11 tahun Hadi menerajui PAS dengan Dr Wan Azizah yang menjadi pengasas partinya sejak 15 tahun lalu. Zulkiflee mengulas tindakan beberapa pemimpin PKR terutamanya Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang kebelakangan ini dilihat menunjukkan keberanian luar biasa mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka, termasuk menempelak Hadi. "Kalau mahu dibandingkan kewibawaan Hadi dan Dr Wan Azizah, ia bagaikan langit dengan bumi. "Pujian yang dihamburkan Saifuddin terhadap Dr Wan Azizah hanya akan menyebabkan anak tadika pun ketawa," katanya, hari ini. Zulkiflee berkata, jelas tidak wajar Saifuddin cuba menjadi 'hero' kepada Dr Wan Azizah dengan memperlekehkan kewibawaan Hadi. Ia juga menunjukkan dia tidak hormat kepada pemimpin PAS - parti yang selama ini cukup banyak jasanya kepada PKR. Katanya, Saifuddin terlupa kejayaan PKR selama ini bukan kerana Dr Wan Azizah yang menjadi 'penghias organisasi'. "Sebaliknya, kejayaan PKR dalam pilihan raya adalah hasil sumbangan besar penyokong dan jentera PAS. Tanpa sokongan tersebut belum tentu PKR mampu terus bernafas dalam persada politik negara," katanya. Saifuddin sebelum ini mendakwa, sokongan rakyat terhadap PAS semakin merosot sepanjang kepimpinan Hadi dengan mengambil contoh kejatuhan kerajaan itu di Terengganu, Kedah dan Perak. Mengulas penjelasan terbuka Hadi di Marang pada Jumaat lalu, Utusan menyifatkan agak terlewat untuk ahli Parlimen Marang itu menunjukkan ketegasan selepas sekian lama PAS dilihat menjadi 'pak turut' dalam Pakatan Rakyat. Malah, memberi isyarat PAS sudah tidak lagi mampu menjadi 'mangsa buli' dan mahu PKR menghentikan permainan politik karut. Namun katanya, sekurang-kurangnya pendirian Hadi itu memberi harapan baru kepada ahlinya melihat parti Islam itu benar-benar menjadi parti yang bermaruah. Katanya, penjelasan itu juga menyebabkan ada pemimpin PAS yang berkiblatkan PKR menuduh Hadi mempunyai suara Umno atau ada niat bekerjasama dengan Umno. Bagaimanapun, katanya, jika mereka ikhlas berkawan dengan PAS dan sentiasa menghormati pandangan pemimpin parti itu, sudah pasti PKR tidak akan membuat tafsiran sedemikian, sebaliknya akan berusaha mencari jalan menyelesaikan kekalutan yang berlaku.

Tiga exco PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor, kata sumber

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.
Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu. Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS,  Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar.
Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan menolak sekiranya Sultan Selangor melantik seseorang daripada Adun mereka untuk menjadi menteri besar.
Ketika mengulas tindakan menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, ia tidak akan menjadi isu.
"Nama tak apa...Tuanku cuma minta cadangan. Nama tak jadi persoalan," kata Mustafa ketika  mengulas kedudukan pencalonan Adun PAS itu.
Mustafa berkata, mesyuarat semalam juga mengesahkan jawatan menteri besar Selangor adalah hak PKR.
"PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor adalah untuk PKR," kata Mustafa pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berlangsung lebih 5 jam.

"Ada benda tak boleh beritahu" - Tuan Ibrahim


1. Tiada kekuatan individu sahaja dalam PAS. Dalam sejarah PAS yang buat buku usrahlah yang keluar PAS.

2. Kekuatan kita hanya satu, ikhlas dalam perjuangan.

3. Perjuangan kita panjang, dengan umur kita tak cukup. Mesti diwarisi kepada anak-anak muda yang nak teruskan perjuangan kita.

4. Ini gelombang biasa dalam politik, kita parti besar mesti bersedia dengan krisis lebih besar. Kalau jaga 14 negeri lebih besar. Kita mesti jiwa besar dan berfikiran besar.

5. Gerak kerja PAS banyak. Musuh PAS tahu PAS tak boleh pecah dengan isu-isu luaran. Mereka berusaha pecah melalui isu dalaman.

6. Musuh usaha masukkan elemen musuh dalam PAS untuk pecahkan PAS. Jangan bawa suara musuh dalam jamaah hingga timbul keraguan sesama kita dan jangan sebarkan benda tak baik sekalipun betul. Zaman fitnah. "Baadiru bil A'maal.. hingga akhir (Hadith)"

7. Umar dengar hadith ini dan panggil Ubai bin Kaab dan tanya: Apa yang kau faham berkenaan hadith ini? Ubai bin Kaab jawab: Kematian kamu, akan disusuli dengan fitnah yang berterusan.

8. Cabaran kita media baru yang tidak boleh kawal. Fitnah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada yang mengejutkan fitnah. Allah melaknat.

9. Kita bukan sahaja parti yang paling awal sertai pilihan raya, kita juga paling awal untuk terjemahkan Islam rahmat untuk semua di tengah-tengah Umno kuasai ketuanan Melayu. Kita tampilkan dengan Rahmat Untuk Semua, bukan Melayu, muslimin dan lain-lain sahaja.

10. Rahmat Untuk Semua sebabkan PAS jadi parti sangat penting. Parti lain terpaksa buat anjakan persepsi terhadap PAS.

11. Pakatan Rakyat ada borang masuk sahaja. Borang keluar tak ada.

Akta Hasutan: Aktivis ABU mengaku tak salah hina sultan

Seorang aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengaku tidak bersalah berhubung satu tulisan di laman media sosial Facebook yang didakwa menghina sultan.

Aktivis Ali Abd Jalil dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang berhubung status di laman Facebook bernama 'Regimen Anarki' yang didakwa dimiliki oleh Ali.

Siswa institut pengajian tinggi swasta itu didakwa kerana melakukan kesalahan menerbitkan penerbitan yang menghasut bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Jika disabitkan kesalahan, beliau didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kemudian, beliau boleh dipenjara tidak lebih daripada lima tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Fairuz Mohd Fuzi membenarkan Ali dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 10 Oktober depan bagi sebutan semula kes tersebut.

Dewan Ulamak: Hormati tindakan Presiden PAS dalam isu MB Selangor

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati ahli-ahli PAS menghormati tindakan Presiden dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor dan memberikan ketaatan serta thiqah (kepercayaan) atas tindakan beliau.

Demikian dinyatakan pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat Sabtu lalu di Pejabat Agung PAS Pusat sebulat suara menegaskan bahawa tindakan dan arahan Presiden PAS dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor merupakan kuasa prerogatif Presiden yang diperuntukkan oleh Fasal 26 (1)  Perlembagaan PAS, Pindaan (2011).

Tambahnya, Majlis Syura Ulamak sebagai badan yang diberi kuasa untuk menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS sebagaimana termaktub dalam fasal 8 (1a), dalam mesyuaratnya semalam turut mengesahkan hak Presiden tersebut.

PKR ‘budak manja’ – Nik Aziz

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/SkiFwFcn1KI/AAAAAAAAGnk/FuvJ20uNhLo/s1600/tok+guru+nik+aziz.jpg
(Utusan lidah rasmi Umno) – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penuh keputusan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor daripada Pas tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Besar itu menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) umpama budak manja yang tidak sepatutnya diikuti kehendaknya setiap masa.
Beliau berkata, semua masalah yang disebut oleh Abdul Hadi membabitkan sikap PKR dalam pakatan pembangkang dalam dialog kelmarin telah dibincangkan beberapa kali dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang turut dihadirinya sebelum ini.
“Benda ini yang disebut rahsia dalam surat khabar, ini sebenarnya telah didedah kepada kami dalam mesyuarat-mesyuarat tetapi kami ini jenis pejuang Islam yang tak suka dedah benda begitu kepada orang lain kecuali orang berkenaan.
“Tok Guru Hadi adalah Presiden kami. Kami anggap parti PKR ini macam budak manja yang kadang-kadang kena turut dia tetapi kadang-kadang nak turut budak manja sampai bila tak boleh, akan menjadi masalah.
“Jadi saya berterima kasih syukur kepada Allah, terima kasih kepada presiden sebut benda lagu ini, supaya masyarakat faham PKR ini ‘budak manja’,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kelmarin dalam sesi dialog dan penjelasan isu terkini di Marang, Abdul Hadi telah meluahkan apa yang tersimpan sejak sekian lama oleh parti itu dalam menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau dengan lantang mempersoalkan kepincangan yang berlaku khususnya dalam perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Malah dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Masjid Jamek Tok Jiring di Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam, Ahli Parlimen Marang itu sekali lagi mengulangi pendiriannya mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sambil menyifatkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak layak untuk menggantikan Abdul Khalid.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz turut menyatakan sokongannya kepada Abdul Hadi kerana memberikan penjelasan tersebut dan kenyataan mengenai calon Menteri Besar Selangor.
Tambahnya, kenyataan Abdul Hadi itu bukan rahsia kerana diketahui oleh ahli Majlis Syura Ulama Pas.
“Betul (keputusan Abdul Hadi mendedahkan perkara tersebut), kami dalam Majlis Syura telah lama, telah disebut kepada kami.
“Serah kepada presiden (untuk ulas lanjut), saya tak nak cakap banyak tetapi benda yang dia sebut rahsia itu sebenarnya bukan rahsia, telah pun didedah kepada kami dan dipersetujui Majlis Syura Ulama,” katanya.