Ahad, 7 September 2014

Formula bodoh untuk PKR dan Pas

MSO

Sebelum melelapkan mata, saya ingin mengemukakan formula bodoh saya untuk mengatasi kemelut MB Selangor yang belum ada kesudahan itu. Formula ini mungkin tidak mudah untuk dilaksanakan, namun sekurang-kurangnya ia sebagai mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan keadaan Pakatan Rakyat, terutamanya Pas dan PKR daripada merana dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Formula ini juga dicadangkan memandangkan kepada keluhan dan keresahan rakyat yang menjadi pengundi di Selangor yang kesal atas apa yang berlaku. Tidak dapat siapa nafikan bahawa rakyat Selangor khasnya pendokong Pakatan Rakyat sedih, kesal dan geram dengan apa yang berlaku. Mereka hadir dari berbagai lapisan masyarakat dan etnik.

Setiap individu yang berjumpa dengan saya, yang menghubungi saya, baik kakitangan kerajaan, pensyarah, profesor, pekerja boroh, maupun ahli politik semuanya menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Semuanya bertanya apakah tidak ada jalan penyelesaian dan sudah habiskan ikhtiar bagi menyelamatkan keadaan.

Perkembangan dari detik ke detik yang mereka mengikut tidak memberi kelegaan kepada mereka. Tdak ada tanda-tanda ia akan selesai dengan baik. Serbaliknya semua melihat ia semakin meruncing dan seakan Pakatan Rakyat sudah mahu tenggelam. Siang tadi saya menghadiri beberapa majlis, kenduri, majlis pertemua mata anak Kelantan dengan pemimpin dan lain. Setiap individu yang kenal saya menghampiri saya dan bertanyakan hal Selangor.

Masing-masing mengeluh dan melahirkan rasa kesal. Manakala pagi-pagi seorang pemanggil menangis di hujung telefon kerana kesal dan marah ke atas apa yang berlaku. Paling merujakan saya, pemanggil itu memaki hamun dan menyumpah-nyumpah seorang pemimpin. Katanya, saya tidak tengok telivisyen dua tiga malam ini kerana benci melihat wajah seorang pemipin. "Entah sebut dan tulislah nama dia dalam blog enta," katanya.

Begitulah gambaran histerianya rakyat mengenang apa yang berlaku di Selangor kini. Tidak terlupa sebelum itu dua hari lepas ada seorang Adun melefon saya menyatakan hal yang sama. Beliau sedih kerana sayang kepada Pakatan Rakyat yang berpotensi untuk menjadi kerajaan Malaysia jadi berkecamukan kini. Katanya nasib rakyat di Selangor hari ini tidak ubah seperti burung imigran yang berterbangan di angkaraya untuk mencari tempat perteduhan dan perlindungan.

Dengan apa yang berlaku di Selangor kini menyebabkan mereka (rakyat) hilang punca dan tidak tahu ke mana untuk berlindung lagi. Maka itulah mereka jadi seperti burung imigran yang berterbangan ke hulur ke hilir untuk mencari tempat persinggahan. Kalau dahulu mereka melarikan diri dari Umno kerana serit dan perit dengan parti itu, kemudian singgah di dahan Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat pula sedang menuju ke hancuran. Mereka menjadi keliru dan bingung.

Pas Hantar Nama Hanya Suka-Suka Saja..?

Jika ada parti politik yang paling pelik dan memeningkan kepala orangramai ketika ini, jawapannya pastilah tidak lain selain Pas atau nama penuhnya Parti Islam Semalaysia. Hanya dengan satu isu iaitu pertukaran Menteri Besar Selangor, Pas terus jadi kalut, keliru, banyak buat U turn dan masuk beberapa simpang tetapi akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan seolah-olah membiarkan kena langgar atau maki hamun dengan orang lain.

Bukan saja orang yang berada di dalam kenderaan Pas jadi pening kepala, bahkan mereka yang mengekor di belakang dan berada di sekeliling turut menepuk dahi dengan karenahnya.

Selain beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten sebelum ini sudah dianggap cukup menghairankan bagi sebuah parti yang membawa label Islam, tindakan Pas melalui Presidennya Haji Hadi Awang mengemukakan tiga nama calon iaitu dua daripada PKR dan satu daripada Pas bagi jawatan Menteri Besar Selangor sekurang-kurangnya tentulah memperlihatkan Pas memasang angan-angan dan impian bagi jawatan tersebut.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu melalui keputusan Haji Hadi juga yang mendakwa beliau mempunyai kuasa berbuat demikian, beliau telah bertindak menghantar tiga nama yang kesemuanya daripada Adun Pas untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Tambah terserlah keghairahan impian dan angan-angan Pas terhadap jawatan tertinggi di negeri Selangor itu apabila Haji Hadi juga secara terbuka memperlekeh Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkelayakan dan kurang berkemampuan mengisi jawatan tersebut.

Ketidaklayakan Dr Wan Azizah itu kemudian disahkan pula oleh Dr Harun Din melalui hebahan secara meluas ti TV3 dan akhbar-akhbar arus perdana yang mewakili Majlis Syura yang merupakan badan kedua tertinggi dalam Pas selepas muktamarnya.

Secara logiknya, apabila seseorang itu mengatakan pihak lain tidak layak, maksud tersiratnya tentulah pihaknya saja yang layak. Dengan itu, sesiapa saja yang normal dan waras fikirannya tentulah beranggapan Pas dan Haji Hadi berasakan Adun-Adun daripada parti itu lebih layak untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam mesyuarat jawatankuasa Pas hari ini, parti itu membuat keputusan sekali lagi bahawa mereka tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar itu kerana ia adalah milik PKR. Kalau sudah tahu, sedar dan insaf kerusi itu milik PKR, buat apa pula dicalonkan Adun Pas untuknya?

Wan Azizah perlu diberi peluang - LGE

Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberi peluang untuk menunjukkan kewibawaannya menerajui Selangor sebagai menteri besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Wan Azizah perlu diberi peluang walaupun belum menampakkan kredibilitinya dalam mentadbir sesebuah negeri.

Beliau berkata, DAP tetap menyokong Wan Azizah untuk calon Menteri Besar Selangor kerana mempunyai kemampuan untuk mentadbir negeri.

"Tambahan pula, beliau berada dalam PKR sejak tahun 1999. Saya tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan baru belajar dunia politik. Kemampuan itu adalah subjektif, kita boleh lihat selepas beliau mentadbir Selangor.

"Beri beliau peluang untuk menunjukkan kemampuannya. Saya dulu pun, semasa dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pengetahuan serta kemampuan dalam politik sangat sedikit tetapi akhirnya PR memperolehi majoriti paling tinggi ketika pilihan raya umum lalu," katanya kepada media selepas menghadiri Karnival Makanan di Rumah Orang Tua Silver Jubliee, di sini hari ini.

PKR Kelantan nafi beri laluan Pas di Pengkalan Kubor

 Ab Aziz Ab Kadir 
KOTA BHARU – Ketika beribu penyokong Pas dan PKR menunggu keputusan pemilihan calon untuk PRK Dun Pengkalan Kubor, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan mengatakan Pas akan mengambil alih kembali kerusi tersebut.

Media melaporkan, Mustafa mengumumkan PKR Kelantan bersedia memberi laluan mudah kepada Pas untuk bertanding pada PRK Dun tersebut yang dijangkakan pada 25 September ini.

Bagaimanapun Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perkara tersebut dan masih lagi menegaskan PKR Kelantan akan meletakkan calonnya di kerusi peninggalan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar itu.

 “Saya tidak tahu tentang hal itu, buat masa sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih lagi menunggu keputusan kepimpinan tertinggi berhubung peletakan calon untuk Dun Pengkalan Kubor,” katanya.

Menurutnya, PKR Kelantan masih lagi berketetapan untuk memastikan calonnya dapat bertanding pada PRK nanti namun akan memberi laluan kepada Pas Kelantan jika perkara tersebut diminta dan diputuskan oleh PKR Pusat.

“Kita tidak ada kuasa untuk beri laluan atau kuasa untuk menyekat pencalonan mereka (Pas), cuma sekarang ini kami (PKR Kelantan) masih menunggu keputusannya,” katanya.

'Saya tak terlibat perbincangan PKR, Pas Kelantan' - Mustafa Ali

Mustafa Ali  
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak terlibat dalam perbincangan mengenai pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor yang diadakan oleh PKR Kelantan dan Pas Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, beliau hanya menerima memorandum yang ditandatangani pemimpin dari kedua belah pihak (PKR Kelantan dan Pas Kelantan) bahawa keduanya telah mengadakan perbincangan dan PKR Kelantan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Pas untuk mencalonkan calon mereka bagi PRK kali ini.

"Saya tidak tahu menahu dalam hal ini, saya hanya terima laporan yang ditandatangan oleh Pengerusi PKR Kelantan dan pemimpin Pas Kelantan. Itu sahaja.

"Jika dia (Ab Aziz) nafikan hal tersebut, itu saya tidak tahu, kena tanya semula Pas Kelantan," katanya.

Dalam satu sidang media hari ini, Mustafa mengumumkan bahawa PKR Kelantan bersetuju memberi laluan kepada Pas bagi mengambil alih kerusi Dun Pengkalan Kubor untuk ditandingi oleh calon Pas, 25 September ini.

Beliau berkata, perkara tersebut dipersetujui bersama pihak Pas Kelantan dan PKR Kelantan dalam sebuah perbincangan yang diadakan, namun segala keputusan akan ditetapkan oleh pimpinan tertinggi bagi kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir ketika dihubungi Sinar Harian menafikan perkara tersebut dan masih lagi menegaskan PKR Kelantan akan meletakkan calonnya di kerusi peninggalan Datuk Noor Zahidi Omar itu.

PAS larang ahlinya sertai PasMA

Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ahli PAS tidak dibenarkan menyertai NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kecuali mereka keluar dari parti Islam itu.

Dalam nada yang tegas, beliau berkata tidak ada keperluan untuk menyertai PasMa walaupun ia hanya bertaraf NGO dan bukan parti politik.

"Mereka tak boleh sebab mereka ahli (PAS), kecuali mereka keluar dari parti.

"Setahu saya PasMa (adalah) NGO kebajikan bukan sebuah parti politik.

"Tidak ada keperluan sebab dalam pas ada lajnah kebajikan dan boleh aktif (dalam lajnah itu)," kata beliau kepada wartawan selepas Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, terdapat rancangan untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Pengerusinya yang juga pemimpin PAS, Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NGO berkenaan tidak berniat menggulingkan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama serta tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

PKR gagal fahami kuasa Sultan dalam perlembagaan - Najib

PEKAN: Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam soal pelantikan Menteri Besar.

Perdana Menteri berkata, parti itu juga sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata untuk memastikan cita-cita untuk melantik Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tercapai.

"Tengok gelagat PKR di Selangor macam mana, mereka tidak faham perlembagaan tentang kedudukan raja-raja.

"Yang tersurat itu satu, yang tersiratpun mereka tak faham, tetapi saya faham. Sebab itu mereka bersekongkol dengan DAP, macam beri kata dua kepada raja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan perbahasan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen di sini hari ini.

Sehubungan itu, Najib berkata anggota Umno perlu menerangkan kepada anak-anak mereka tentang keadaan yang akan berlaku, jika Umno khasnya dan Barisan Nasional amnya tidak lagi memegang kuasa.

"Tengok keadaan sekarang, apabila kita tiada kuasa, apa akan jadi kepada insitusi raja-raja, agama Islam apa akan jadi, kedudukan orang Melayu apa akan jadi dan ini semua mesti terang kepada anak-anak kita.

"Jangan sesekali ada anak-anak Umno yang tidak menjadi menyertai parti, saya pantang sekali kalau dengar orang macam Dyana, mak ayah orang Umno tetapi anak masuk DAP, sehubungan itu kita perlu 'Umnokan' anak-anak kita," katanya.

Salahuddin: Tak bercanggah ulama-profesional

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan tiada percanggahan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS mengenai isu calon menteri besar Selangor.

Beliau berkata keputusan untuk tidak menuntut kerusi menteri besar hari ini telah pun dipersetujui semua pihak dalam PAS.

"Kita tak pernah bercanggah,” kata beliau ketika ditemui di Ijtima PAS Selangor di Seri Kembangan, Selangor hari ini.

“Mesyuarat kita bincangkan semua aspek kita berbahas dalam keadaan yang cukup harmoni dan kita bebas lahirkan semua perbezaan dalam pandangan dan akhirnya kita simpulkan dengan keputusan tadi.”

Hari ini, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, PAS akan menolak walaupun istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka sebagai menteri besar baru Selangor.

Bagaimanapun, dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan sultan.

Ditanya mengenai dua jawapan berbeza dalam sidang media itu, Salahuddin tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya beliau hanya menegaskan PAS perlu menunaikan "tanggungjawab" tanpa mahu menghuraikan apakah maksud tanggungjawab yang dinyatakan.

Berikut petikan soal jawab antara Salahuddin petang tadi:

Wartawan: Apa komen Tuan mengenai jawapan berbeza yang diberikan oleh Mat (Mohamad) Sabu dan Cikgu Pa (Mustafa) dalam sidang media tadi.

Salahuddin: "Kita jelaskan dulu tentang pendirian kita. Itu line berbeza kita tunaikan dulu tanggungjawab kita. Tentang sultan itu, kita tunggulah titah (baginda)."

Apa komen Tuan mengenai keputusan mesyuarat pagi tadi?

NABI S.A.W SERING HADIR KE MALAYSIA?

Saya membaca di Malaysia ada dakwaan kumpulan yang menyatakan Nabi s.a.w sering hadir dalam majlis bacaan maulid mereka sehingga ada yang siap melambai-lambai tangan kepada Nabi s.a.w yang kononnya muncul. Demikian ramai mereka mendakwa Nabi s.a.w itu sering hadir ke majlis maulid di Malaysia terutama yang berprestij yang memakan kos yang SANGAT mahal untuk memanggil ahli-ahli selawat jemputan. Dihadiri pulak oleh ahli-ahli politik yang bersila ataupun duduk di hadapan.


Bersalawat untuk bernasyid itu bukanlah satu kesalahan. Itu satu hiburan yang baik. Cumanya yang menghairankan, al-Quran kitab Allah yang selalu dibaca oleh umat Islam di seluruh dunia, mereka tidak mendakwa Nabi s.a.w itu hadir ketika dibaca al-Quran, tiba-tiba baginda hadir ketika bacaan maulid yang bukunya dikarang oleh tokoh-tokoh penyair dan ilmuwan tertentu. Manakah lebih agung antara kitab Allah dan karya insan?


Kemudian jika Nabi s.a.w itu boleh hadir di zaman ini, baginda pasti akan hadir ke Gaza, Syria, Iraq, Kashmir dan tempat-tempat di mana umat baginda dibunuh secara zalim. Baginda akan memberi semangat membela kanak-kanak, wanita dan para pejuang yang dizalimi. Kehadiran baginda tentu memberi makna yang besar kepada mereka. Tiba-tiba baginda hadir di majlis mewah di Malaysia bersama dengan tokoh-tokoh politik dan para ustaz yang mewah bayaran mereka. Ini pun sesuatu yang menghairankan saya juga.

FORUM PASMA DITANGGUHKAN KERANA DATO' HUSAM MUSA DAN DATUK MUJAHID YUSUF TARIK DIRI SEBAGAI PANEL.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menangguhkan program forum terbuka mereka yang dijadualkan malam esok ekoran dua daripada tiga panel mereka membatalkan penyertaan di saat-saat akhir.

Setiausaha PasMa, Taib Ahmad dalam satu kenyataan ringkasnya kepada The Malaysian Insider berkata, pihaknya terpaksa menangguhkan program forum yang dijadual di Dewan Himpunan Cina esok.

"Kami terpaksa menangguhkan program forum esok selepas dua panel forum kami menarik diri di saat akhir," kata Taib dalam satu kenyataannya.

The Malaysian Insider difahamkan, dua panel iaitu Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menarik diri daripada menyertai forum anjuran PasMa esok.

Mereka berdua dikatakan berbuat demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat kira-kira lima jam hari ini di Pejabat Agung PAS.

PasMa menganjurkan forum terbuka bertajuk "PAS campur Umno – Ke mana halatuju?" malam esok selepas mesyuarat pertama mereka di Kota Bharu pada 31 Ogos lepas.

Baru sepenggal memerintah sudah sombong – Abdul Hadi

Pukul anak sindir menantu. Itulah pepatah Melayu yang lebih tepat untuk menterjemahkan maksud kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membuat rumusan mengenai kemelut politik di Selangor hari ini.
 
Dalam program ceramah politik di Terengganu kelmarin, Abdul Hadi menegur sikap ego dan sombong segelintir pemimpin Pas termasuk rakan gabungannya, PKR dan DAP yang baru sepenggal memerintah sudah lupa diri.
 
Katanya, PKR Selangor dan DAP Pulau Pinang wajar menjadikan pemerintahan Pas Kelantan sebagai contoh terbaik kepimpinan Islam yang dilaksanakan mereka apabila lebih 20 tahun memerintah, tidak pernah wujud sikap serta perasaan riak mahupun sombong.
 
"Ada orang kita lupa, Pas 20 tahun lebih (24 tahun) di Kelantan, memerintah kerajaan yang amanah. Kita lupa peranan Pas di Kelantan kerana asyik ingat kepada DAP yang baru sepenggal memerintah Pulau Pinang dan ingat Selangor (PKR) yang baru sepenggal (membentuk kerajaan).
 
"Kita memerintah Kelantan dalam keadaan hasil negeri yang tidak ada, negeri yang miskin, pendapatan yang tidak banyak, tetapi boleh memerintah 20 tahun lebih.
 
Pulau Pinang kaya, hasilnya banyak. Begitu juga Selangor, hasilnya banyak, (tetapi) baru nak masuk dua penggal memerintah, ada orang kita dah berasa ego,” katanya menempelak  rakannya dengan membuat perbandingan kenapa Pas Kelantan tidak ego walaupun sudah 24 tahun memerintah Kelantan.
 
Sepatutnya kata Abdul Hadi, pemimpin baru kena sedar diri dan faham kerana mereka baru hendak belajar politik termasuk yang dilantik jadi pemimpin, tetapi sudah menimbulkan banyak masalah.
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, ketika Pas bersetuju bergabung bersama PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang, parti itu bersetuju untuk menyerahkan kerajaan Selangor bawah pimpinan PKR. 

Hadi menyepi diri daripada program PAS?

KUALA LUMPUR: Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi dalam satu sesi dialog di Rusila pada Jumaat, Presiden PAS Datuk seri Abdul Hadi Awang dilihat menyepikan diri daripada menghadiri program PAS sebanyak tiga kali berturut-turut.

Meskipun dijadual membuat ucapan penggulungan di Ijtimak PAS Selangor hari ini, Abdul Hadi tidak kelihatan di majlis tersebut serta digantikan dengan Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum itu, beliau dilaporkan tidak menghadirkan diri di program PAS di Bangi pada Sabtu malam, dan juga Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, pagi tadi.

Terdapat sumber yang mengatakan beliau sedang berada di luar negara untuk urusan tertentu.

Abdul Hadi pada Jumaat dipetik berkata bahawa PAS tidak menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana beliau (Wan Azizah) tidak berkebolehan.

Katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu ditolak bukan disebabkan isu gender, tetapi syarat lantikan seorang pemimpin mestilah yang mempunyai kebolehan.

Kenyataan Abdul Hadi itu telah menimbulkan rasa kurang puas hati dari beberapa pihak, terutama sekali sekutu mereka daripada Pakatan Rakyat, iaitu PKR.

Dr Maza: Isteri dan Kroni


Dr Maza
Betapa ramai pemerintah yang dibenci kerana tingkah laku isteri dan kroni. Inilah ancaman dalaman yang meragut peluang dan kesempatan sehingga kekayaan negara tertumpu dalam tangan mereka. Hanya pemerintah yang amanah dan cekap sahaja dapat menguruskan negara dari ancaman luaran dan dalaman ini. Hasilnya, kasih-sayang rakyat dan kesetiaan lahir dalam tindakan para pegawai kerajaan dan rakyat bawahan. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah:

“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”

“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.

Presiden ada kuasa pemutus - Majlis Syura Ulamak


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka berkata ia merujuk kepada berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Berikut kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي

Jawatan MB S'gor: PAS tak tuntut, serah kepada Sultan

KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

Setiausaha Agung PAS,  Datuk Mustafa Ali berkata juga berkata, pada peringkat ini PAS memutuskan untuk menyerahkan isu perlantikan itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

"PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.

"PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Mengulas isu calon PAS yang dikemukakan parti itu, beliau berkata PAS hanya menyerahkan nama cadangan dan ia bukan satu isu.

Sebelum ini beliau memaklumkan PAS telah menyerahkan tiga nama calon iaitu dua dari PKR dan satu dari PAS.

Wujudkah alternatif yang berwibawa kepada Anwar?

Theantdaily.com
Kerajaan BN-Umno sedar bahawa Anwar dan Pakatan beliau mungkin boleh menjatuhkan kerajaan pada PRU14 dan oleh itu, Anwar tidak boleh diberi peluang untuk bangkit semula.
 
Itulah sebab mengapa terdapatnya banyak usaha gigih dan bersepadu oleh media massa, polis, badan kehakiman yang dikawal kerajaan dan pejabat-pejabat kerajaan yang lain untuk memfitnah dan mendiamkan Anwar dan keluarganya serta ahli-ahli politik pembangkang yang lain, melalui proses undang-undang yang tidak wajar dengan melakukan pendakwaan liwat, hasutan untuk mengekalkan rejim minoriti yang dikuasai mereka, dan bukannya melibatkan dan 'menangkis' pembangkang dan pendapat orang ramai dengan bijak dan secara terbuka dengan cara yang adil, wajar dan telus.
Rakyat Malaysia dan NGO perlu memaklumkan dan mendidik rakyat bahawa keadilan terpilih kerajaan sedia ada bukannya keadilan sebenar dan perlu bangkit untuk membantah penganiayaan politik dan sivil ini, yang dijalankan tanpa mengikut proses undang-undang. – Kim Eng Ng
Lionel Lim: Mari kita hadapi kenyataan, walau tidak dikira tuduhan berkaitan dengan hari-harinya dalam Umno, Anwar adalah pemangkin yang mungkin mencetuskan harapan baru dan membawa politik baru yang segar untuk landskap Malaysia.
Adakah terdapatnya alternatif yang boleh dipercayai untuk Anwar yang cuba untuk membawa barisan bersatu yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza, atau kita gembira untuk kekal dan mengekalkan status quo?
Robert Foo: Anwar adalah satu-satunya calon berwibawa untuk menghadapi BN. Kebanyakan rakyat percaya beliau bersih, jika tidak mengapa beliau hanya dituduh liwat.
Abdullah Haji Ahmad: Lelaki yang memulakan segalanya –dari tahun 2008; kebencian terhadap kerajaan, kebencian antara kaum, khususnya Cina dan Melayu, kebencian terhadap Islam dan Raja-raja, mempersoalkan dan menuntut pemansuhan hak-hak Melayu dan banyak lagi. Paling penting, memecahbelahkan orang Melayu!
Kumar Samidorai: Sebut saja namanya sudah cukup untuk membuatkan pemimpin-pemimpin Umno, khususnya bekas Perdana Menteri Dr Mahathir, demam. Itu cukup untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia siapa yang berasa bersalah.

Ulasan-ulasan ini diberikan oleh pembaca rencana “To Anwar’s critics, he is their wet dreams and nightmares”.

Presiden PAS tidak maksum

Oleh Shahbudin Husin
Isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak sekian lama memberi impak paling maksima kepada kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang. Beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten yang dilakukan oleh Pas dalam isu ini menyerlahkan lagi kegagalan beliau dalam hukum berorganisasi, lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti politik.

Lantaran itu, Datuk Seri Haji Hadi paling terdedah kepada kecaman dan cercaan banyak pihak. Bukan saja rakan gabungan Pas dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang mempertikaikan beberapa tindakan beliau, malah rakyat biasa turut meluahkan perasaan yang sama melalui medium media sosial. Sesetengahnya tidak terkecuali agak kasar dan keras.
Dalam tindakan terbaru Pas menghantar dua senarai nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor iaitu senarai pertama mengandungi nama tiga Adun Pas manakala senarai kedua pula melibatkan dua Adun PKR dan seorang Adun Pas, meletakkan nama Datuk Seri Haji Hadi terus terperosok dengan pelbagai kecaman dan cercaan. Dalam kedua-dua senarai itu pula, sebagaimana yang didedahkan oleh banyak media, tidak memasukkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.
Keputusan Pas itu bukan saja mengingkari persefahaman dengan Pakatan Rakyat bahawa kerusi Menteri Besar adalah milik PKR serta keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang sebelumnya mencalonkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah, malah Pas juga seperti mencabuli keputusan mesyuaratnya sendiri pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan nama Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu untuk dikemukakan kepada pihak istana.
Lebih menimbulkan persoalan ialah kedua-dua senarai nama yang dihanrar itu tidak diputuskan melalui mesyuarat ahli jawatankuasa Pas, malah dipercayai diputuskan secara sendirian atau melalui kelompok kecil dalam Pas saja. Penghantaran senarai itu kepada istana juga tidak melalui pejabat Setiausaha Agung Pas, tetapi terus melalui pejabat Presiden Pas sendiri.

Pakatan PUTERA-AMCJA, tahaluf siyasi yang pertama?

Oleh H FANSURI
“... bukankah PUTERA nama badan yang dipimpin oleh Sukarno dalam masa pemerintahan Jepun dulu?” – Merintis Jalan Ke Punchak (Ahmad Bostamam)
AKHIRNYA, untuk orangorang tertentu (seperti saya), maka baru-baru ini jugalah diketahui bahawa semangat Putera bermuara dan bermula dari belahan dunia Indonesia. Di sana, Putera di bawah kepemimpinan revolusioner Sukarno.

Sebenarnya, maklumat ini kali pertama diketahui apabila menonton filem Sang Kiai. Di dalam filem berkenaan, wujud dialog yang menyentuh peranan Sukarno dalam upaya menggerakkan Putera di kepulauan Jawa. Ada baiknya kehadiran karyakarya sastera bersejarah seperti ini. Ia tidak hanya menggaris kisah-kisah fiksyen, malah sastera dan persuratan yang bermutu itu turut menggariskan fakta-fakta bersejarah.
Maka para peminat sastera, pencinta filem akan mendapat manfaat daripada karya sastera dan filem sejarah seperti ini.
Sastera yang mengangkat fakta sejarah lebih berjejak kepada realiti dibanding fiksyen, kisah rekaan, khabar khayalan yang tak membawa apa-apa makna.
Arakian, oleh sebab kita sedang menunggu waktu bagi mengenang kemerdekaan, maka ada baiknya jika dikuak semula pintu sejarah.
Pintu perbahasan dan tafsiran mengenai sejarah bangsa ini mesti selalu dikuak agar kegelapan tipu daya Umno ke atas pemikiran bangsa ini akan tersirna dengan sendirinya nanti.
Untuk pusingan kali pertama, biar kita cerita mengenai sejarah hubungan Putera-AMCJA. Tapi, kali ini hubungan itu dinamakan sebagai ‘tahaluf siyasi’ yang terawal di negara ini.
Sebermula, gerakan Putera ini dimulai selepas Indonesia merdeka daripada penjajahan Jepun (1945). Setahun selepas itu, di Malaya, Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) lahir untuk melawan perlembagaan dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Dua tahun kemudian (1947), pada bulan Ogos, persatuan ini mengubah namanya kepada All- Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
Kebanyakan pertubuhan dalam AMCJA ini berhaluan kiri; Pan-Malaya Federation of Trade Union, New Democratic Youth League, Malayan Democratic Union, Ex-MPAJA Comrades Association, Women Federation dan Malayan Indian Congress.

“Marilah kita damaikan mereka”, kata Ketua Pemuda PAS kepada Ketua AMK

Kita anak muda ini, bagaikan pengikat kasih sayang ibu dan bapa yang sedang bermasam muka.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat hari ini menyatakan hasratnya kepada Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad supaya mendamaikan sesama presidennya di dalam Pakatan Rakyat (PR).
urlHasrat yang ditulis oleh Suhaizan di laman Facebooknya berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Nazmi yang mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan yang dibuatnya semalam yang mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.
“Kepada Nik Nazmi, suka saya kongsi bersama bahawa kita sama-sama sayangkan Presiden masing-masing.
“Marilah kita damaikan mereka. Kita anak muda ini, bagaikan pengikat kasih sayang ibu dan bapa yang sedang bermasam muka,” katanya.
Tambah Suhaizan esok, Isnin, 8 September 2014 akan adakan mesyuarat Pemuda PR di Subang.
“Marilah kita sama-sama mencari jalan selesaikan kemelut ini. Insya Allah,” ujarnya.
Sebelum ini Nik Nazmi membuat kenyataan AMK kesal dengan kenyataan oleh Hadi yang mendakwa Wan Azizah tidak berkebolehan untuk menjadi MB Selangor.
Kata Ketua AMK itu, kenyataan Hadi yang mendakwa Wan Azizah sebagai tidak berkebolehan adalah sangat tidak wajar setelah PAS bermesyuarat secara berasingan dan kemudian bersama dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Jelasnya lagi, kenyataan itu amat tidak kena dalam semangat setia kawan PR apatah lagi dikeluarkan daripada Presiden sebuah parti komponen kepada Presiden parti komponen yang lain.

Sallehen: Boleh lawan presiden, tapi cara baik

Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata kepimpinan tertinggi seperti presiden boleh dilawan tetapi perlulah secara baik dan berhemah dan bukannya suka-suka.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Sallehen memberi komen keadaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang menjadi sasaran kritikan pihak tertentu termasuk daripada dalam PAS sendiri.

Beliau bagaimanapun menegaskan ahli PAS perlu bersabar menurut perancangan kepimpinan sekiranya ia mendatangkan kebaikan.

"Sabarlah jangan gelojoh. Bersabar. Nak kata apa katalah, kesabaran akan jadi kesuburan.

"Kalau presiden dimaki macam mana kita? Kita boleh lawan tapi perlu berakhlak.

"Cuma kita akur arahan parti. Siapa kita kalau tak ikut arahan presiden parti. sekarang baru nampak kebijaksanaan pimpinan kita," kata beliau dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

Keputusan Hadi dalam krisis pentadbiran Selangor mendatangkan pelbagai kritikan dan kontroversi dalam Pakatan Rakyat.

Terbaru, Hadi mengkritik dan mendakwa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon tunggal PKR dan DAP sebagai menteri besar sebagai tidak sesuai menjadi menteri besar.

Hadi turut sebelum itu menghantar nama tiga ADUN PAS termasuk Sallehen sebagai calon sebelum ditarik semula.

Senarai kedua pula mempunyai dua ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.

Beberapa pimpinan PAS dilaporkan terkejut dengan perbuatan yang bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Exco: 'MB bebas' masih semangat tadbir S'gor

Kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar bebas, bersama exco PAS yang mentadbir Selangor sekarang masih bersemangat melaksanakan dasar Pakatan Rakyat demi rakyat.

Exco Selangor Sallehen Mukhyi menyatakan beliau serta semua exco PAS yang bekerjasama dengan Khalid masih bersemangat.

"Walaupun dia (Khalid) sudah bebas, pendekatan dia sama sahaja dengan sebelum dia bebas. Saya fikir tak ada perubahan.

“Muktahir bila dia nak lepaskan jawatan makin bersemangat dia di negeri Selangor ini walau hanya tinggal minima empat orang exco sahaja.

“Setiap kali mesyuarat keempat-empat ini mesti ada," kata beliau dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Khalid memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Mustafa Ali: PKR K’tan sedia serah kerusi kepada PAS

Calon MB PAS: Mat Sabu tolak, Mustafa kata biar Sultan tentukan

PAS akan tolak jawatan MB Selangor - Mat Sabu

PAS akan tolak jawatan MB Selangor - Mat SabuKUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat hari ini memutuskan untuk kekal dengan pendirian tidak menuntut jawatan menteri besar Selangor, kata Setiausaha Agung PAS,  Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata PAS juga memutuskan untuk menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memutuskan nama menteri besar Selangor yang baharu.

"PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.

"PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Mustafa berkata tidak timbul isu tentang calon di kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dengan ketetapan terbaharu yang dibuat ini.

"Nama (calon) tak apa...Tuanku cuma minta cadangan.

"Nama tak jadi persoalan," katanya ringkas.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat hari ini melibatkan persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas tindakan PAS meletakkan nama Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Mustafa pula berkata, ia tidak akan menjadi isu.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan berlangsung selama lima jam bermula dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, Mohamad  ketika ditemui selepas sidang media berkata, pihaknya akan menolak jawatan menteri besar selangor jika istana jawatan berkenaan.

"Kita tolaklah," katanya.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menitahkan supaya PAS, PKR dan DAP agar menamakan lebih dari dua calon untuk diperkenankan sebagai menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid memutuskan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2008 selepas 30 Adun Pakatan Rakyat Selangor menanda tangani surat akuan memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Kejaguhan sebenar Hadi Awang terserlah kata Zainuddin Maidin

Menyifatkan kejaguhan Hadi terserlah apabila menyifatkan parti-parti rakan sepakatan DAP dan PKR sebagai bodoh apabila tidak memahami bahawa Sultan Selangor meminta calon MB lebih dari dua nama.

zainuddinPETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin menyifatkan kejaguhan sebenar Presiden PAS Abdul Hadi Awang mula terserlah.
Menurutnya, sejak sekian lama beliau membenarkan dirinya dihina oleh rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) sehingga meyedarkan orang Melayu dan Islam diluar PAS.
Malam tadi dalam suatu ceramahnya di Terenganu, Haji Hadi telah mensifatkan parti parti rakan sepakatannya DAP dan PKR sebagai bodoh apabila Sultan Selangor meminta calon MB lebih dari dua nama tetapi mereka hanya memberikan satu nama sahaja.
“Kenyataan keras Haji Hadi terhadap PKR dan DAP dan memperlekehkan Wan Azizah sekaligus mendedahkan pandangan rendah PAS terhadap Anwar Ibrahim dan juga kepimpinannya dan isterinya yang terpendam selama ini. PAS tidak lagi menganggap kepimpinan Anwar berkesan dan berguna.
“Profesional politik Hadi terserlah, beliau tentunya mendapat dukungan kuat dari golongan ulama dan juga akar umbi PAS terutamanya di Kelantan,”kata Zainuddin dalam posting blognya yang terbaru.
Tambah Zainuddin, yang menjadi tanda tanya adakah pendirian Setiausaha Agung PAS Mustaffa Ali yang cuba mengimbangi dirinya di antara golongan ‘Anwarinas’ dan pemimpin ulama PAS yang tidak yakin dengan Anwar.
“Masalah dan cabaran besar yang dihadapi oleh PAS dalam mempertahankan pendiriannya dan mengekalkan sokongan padu kepada diri nya ialah keadaan kewangannya yang banyak bergantung kepada Anwar Ibrahim,” katanya.

Kemampuan Hadi pula dipersoal DAP

Pemimpin DAP hari ini menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membangkitkan persoalan rekod kerjanya.

Katanya, selepas hilang dua negeri terhadap BN, beliau kini tiada hak mempersoalkan kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyifatkannya sebagai “orang yang sebabkan kehilangan besar Terengganu selepas menjadi menteri besar satu satu penggal dan gagal mengganti menteri besar Kedah selepas terlantar di katil hospital berbulan-bulan”.

PAS hilang penguasaan di Kedah dalam pilihan raya umum lalu.

Naib Presiden DAP Selangor Teng Chan Khim pula berkata, Hadi mempunyai rekod kerja yang suram selepas PAS hilang penguasaan Kedah dan Terengganu bawah pimpinannya.

“Fakta-fakta itu dapat menjelaskannya secara sendiri.

“Hadi menjadi menteri besar ketika PAS hilang Terengganu dan beliau juga presiden PAS ketika hilang kuasa di Kedah.

“Inilah rekod kemampuannya,” katanya.

Umno PP bantah swastakan pangkalan TUDM oleh Putrajaya

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mahu kerajaan persekutuan memperincikan cadangan penswastaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, bagi tujuan pembangunan, yang dilihat akan menguntungkan pihak swasta dan menolak kepentingan rakyat.

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman (bawah) berkata, selain mengambil kira faktor kepentingan rakyat, bantahan terhadap cadangan itu juga mengambil kira faktor geopolitik, alam sekitar, kawasan setempat dan aspek keselamatan serta pertahanan.

"Usul ini dibawakan oleh semua Umno bahagian di Pulau Pinang, jadi saya berharap pihak pucuk pimpinan dan kerajaan persekutuan akan melihat usul ini dengan teliti dan melihat apa yang tersirat daripada usul yang kita suratkan.

"Pembangunan TUDM adalah simbol yang boleh dilihat sebagai menghakis kekuasaan Umno di negeri Pulau Pinang khususnya di kawasan kubu kuat di Kepala Batas dan Tasek Gelugor...jadi ini kita akan pertahankan habis-habisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Nibong Tebal di Nobong Tebal hari ini.

Pangkalan TUDM seluas 400 hektar itu merupakan pangkalan utama di utara tanah air dan diwujudkan sejak 1941 selain pangkalan di Kuantan, Pahang.

Kawasan itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kesenian dan Riadah dan telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk penempatan dan pembinaan semula pangkalan TUDM yang baharu di negeri ini melalui pertukaran tanah.

Projek itu akan dibangunkan melalui syarikat usaha sama antara TSR Capital Bhd (51 peratus), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd (19 peratus).

Pengkalan Kubor: 'PKR Kelantan sedia beri laluan pada PAS' - Mustafa Ali

PKR Kelantan bersedia memberi laluan kepada PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, kata Mustafa, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas kepimpinan kanan kedua-dua parti membincangkannya.

“Di peringkat negeri, PKR Kelantan sedia beri kerusi itu kepada PAS. Tetapi kita masih perlu bincang di peringkat pusat,” katanya.

4 Exco PAS dalam kabinet Selangor elak tumbang kepada Umno..!!

PC EXCO MB - 13.08.2014 (11)SERDANG 7 SEPT: Empat Exco PAS yang kini dalam kabinet Kerajaan Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benteng terakhir untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada tumbang kepada Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata pengekalan empat exco PAS ituadalah penting kerana ia adalah selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Kita tidak ada kerjasama dengan Umno, bahawasanya jika Umno masuk kita akan keluar,” kata Sallehen.
Beliau berkata demikian semasa Ijtimak PAS Selangor yang diadakan Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya Seri Kembangan.
“Walaupun Abdul Khalid kini Adun Bebas namun caranya masih lagi belum menjadi Adun bebas lagi, malahan mutakhir ini walaupun sudah pemerintahannya hendak berakhir namun masih semangat,” katanya.
Katanya walaupun empat Exco namun perjalana Kerajaan Selangor tetap terus berjalan dengan program dirancang berjalan baik.
Sallehen berkata apa yang berlaku pada Kerajaan Selangor hanya sedikit kocakan berbanding dengan pengalaman PAS sebelum ini yang pernah kehilangan kerajaan.

PAS Pusat kekalkan keputusan tidak tuntut jawatan MB Selangor

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat hari ini memutuskan untuk kekal dengan pendirian tidak menuntut  jawatan menteri besar Selangor,  kata Setiausaha Agung PAS,  Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata PAS juga memutuskan untuk menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memutuskan nama menteri besar Selangor yang baharu.

Mat Sabu: PAS akan tolak jika ditawar jawatan MB S'gor oleh istana

PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan.

Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak tawaran itu jika istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita tolaklah," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Senarai Ahli Majlis Pimpinan AMK penggal 2014-2017

AMK baru
Disertakan nama-nama Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli yang memenangi pemilihan parti serta yang pemegang jawatan lantikan.
Masih ada jawatan dalam Majlis Pimpinan Angkatan Muda yang belum dilantik dan perlantikan akan dibuat pada masa yang sesuai.
Perlantikan Ketua-Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri akan dibuat selepas Perlantikan Pengerusi-Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN.
Saya yakin barisan ini menggabungkan pelbagai latar belakang, bakat dan kekuatan KEADILAN sebagai parti pelbagai kaum dan menginginkan pembaharuan budaya politik di Malaysia yang selari dengan cita rasa golongan muda.
BIL NAMA JAWATAN
01 NIK NAZMI NIK AHMAD KETUA
02 AFIF BAHARDIN TIMBALAN
03 NOR HIZWAN AHMAD SETIAUSAHA
04 RAYMOND AHUAR NAIB KETUA
05 MOHD RADZLAN JALALUDIN NAIB KETUA
06 SANGETHA JAYAKUMAR NAIB KETUA
07 AHMAD FAHMI MOHAMAED FADZIL NAIB KETUA
08 TAN KAR HING NAIB KETUA
09 LEE CHEAN CHUNG KETUA PENERANGAN
10 AHMAD ZAHID KHALID BENDAHARI
11 ANWAR NEKHAN EXCO
12 FASYARINI AZAHARI EXCO
13 JESTIN RAJ A/L SAVARIMUTHU EXCO
14 ZAFRIL MOHD EUSOFF EXCO
15 MOHD IZAD BUQHARY MOHD KAMRI EXCO
16 THARMENTRA A/L PERIANNAN EXCO
17 TAMIL SELVAN A/L SUPRA MANIAM EXCO
18 MOHD RIDZUAN BASRI EXCO
19 AMMAR BIN GHAZALI EXCO
20 MOHD FARHAN AHMAD KAMAL EXCO
21 LEE LIAN JENG EXCO
22 HALIMAH NASOHA EXCO
23 KUMASERAN A/L ARAMUGAM EXCO
24 MOHD FIRDAUS YUSOFF EXCO
25 MOHD SUKIRMAN MUSTAFA EXCO
26 TANGAH JANSA ANAK SIEL EXCO
27 NAGARAJAN A/L KANIAPPAN EXCO
28 AFZAINIZAM ABDUL RAHMAN EXCO
29 MOHD RAMLY AHMAD EXCO
30 MURNIE HIDAYAH ANUAR EXCO
31 JOHAN ARIF SALIM EXCO & PENGARAH KOMUNIKASI
32 AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR EXCO & PENGARAH STRATEGI
34 MELISSA SASIDARAN EXCO & KETUA BIRO PENDIDIKAN POLITIK
33 NOOR AMIN AHMAD EXCO & KETUA BIRO LATIHAN
34 GINIE LIM SIEW LIN EXCO & KETUA BIRO WANITA MUDA
35 FITRI JAMALUDIN KETUA SKUAD
36 EDIKOUP LAKIP SEDIYANTO KETUA BIRO MAHASISWA
37 NOR AFNI MD YUSUFF KETUA BIRO PENDIDIKAN
38 SUM DEK JOE KETUA BIRO ANTARABANGSA / PENGERUSI KELAB PROGRESIF MALAYSIA
39 SYED SHAH SYED OSMAN PENOLONG SETIAUSAHA I
40 HAFIZ ZAIMUDDIN TIMB KETUA BIRO MAHASISWA
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Guan Eng: NST false report

'MAS - Mengapa tak pecat syarikat-syarikat kroni sebelum pecat pekerja'- Guan Eng

'Suara Rakyat, Suara Keramat' 505 at Kelana Jaya

Dr Syed Husin Ali: Manjana Perpaduan Politik

ASEAN Breakfast Call: Silencing Azmi Sharom, Is Sedition Act ...

ASEAN Breakfast Call: Dissecting Malaysia's Sedition Act

Dissecting Malaysia's Sedition Act

Wanita KEADILAN sangkal Hadi, pertegas Wan Azizah layak jadi MB

WAWI RayaKUALA LUMPUR 7 SEPT: Wanita KEADILAN menyangkal dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.
Ketua Penerangannya, Azura Aziz menegaskan, kelayakan Presiden KEADILAN itu tidak boleh dipertikai berikutan kepimpinan beliau dengan memegang beberapa jawatan penting selama 16 tahun.
Beliau menjelaskan, Wan Azizah pada 1999 telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan beliau merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.
Dalam masa yang sama, Wan Azizah juga menjadi Presiden Parti Keadilan Nasional hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Kehebatan Wan Azizah semakin menonjol semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 apabila diangkat menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh setelah memenangi kerusi itu dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Pirdaus Ismail daripada Barisan Nasional.
“Dari segi pengalaman, Wan Azizah mempunyai ciri-ciri tersebut yang membolehkan beliau layak diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor,” kata Azura dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Azura turut menyifatkan PAS tidak amanah berikutan tindakan parti itu meletakkan tiga nama calon yang lain sebagai MB Selangor.
“Pendirian flip-flop PAS tidak boleh diterima. Ini tidak selaras dengan semangat menjadi rakan gabungan.
“Beliau (Hadi) membuat kejutan apabila membuat keputusan pada minit terakhir dan cuba untuk menggunakan pelbagai alasan bagi membolehkan
tindakan yang dilakukan.
“Di manakah integriti beliau sebagai Presiden sebuah parti politik, ini benar-benar mengecewakan,” kata Azura.

Wanita PKR: Azizah tak layak, kenapa tak beritahu awal?


Zuraida Kamaruddin

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya menjelaskan lebih awal mengenai isu kelayakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, jika beliau memberitahu lebih awal kemelut pelantikan menteri besar itu tidak sebegini parah.

“Sebelum ini, kita ada perbincangan bukannya pemilihan Azizah (Dr Wan Azizah) hanya dibuat sebelah pihak sahaja.

“Kenapa tidak suarakan dalam mesyuarat yang kita adakan. Kenapa sekarang baharu beritahu alasan tersebut. Kalau beritahu lebih awal mungkin kita boleh pertimbangkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sikap Abdul Hadi yang sebelum ini tidak mahu mendedahkan faktor tidak mahu terima Dr Wan Azizah hanya memberikan kesan buruk kepada PR.

“Saya mahu ingatkan beliau supaya tidak berdolak-dalik lagi, keadaan sekarang seolah-olah semakin teruk.

“Keadaan sekarang sudah kelam kabut, jadi pelbagai tohmahan diberikan kepada PR itu sendiri,” kata beliau.

Menanti badai Kajang tenang


Oleh Syahir Sulaiman
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Al-Maidah: 2)

Drama panjang

Tiada siapa menyangka kemelut yang pada asalnya hanya "ribut dalam cawan" PKR sudah bertukar menjadi badai yang memabukkan seluruh negeri dan negara.

Apa yang bermula dengan perletakan jawatan Adun Kajang tanpa asbab munasabah pada 27 Januari 2014, disusuli dengan pilihanraya kecil DUN Kajang yang menelan belanja jutaan ringgit, masih berlarutan hingga masuk suku ketiga tahun 2014.
Skrip asal yang terkandung dalam dokumen Serampang Kajang – menghentikan sentimen perkauman dan agama di Selangor, Selangor negeri contoh model ke Putrajaya, menguatkan kubu Pakatan Rakyat di Selangor, elak pengalaman Kedah, Serampang Kajang selangkah ke Putrajaya – sudah melangkau ke episod perebutan kerusi menteri besar yang menggugat kestabilan kerajaan negeri, menggoncang konsensus PR, menghakis keyakinan rakyat, dan menongkah arus di hadapan istana.

Situasi ini sangat memualkan rakyat bawahan, hingga ada teman mengusik, “panjang drama Langkah Kajang ini, bagai sinetron bawang putih bawang merah, episod berganti tanpa sudah, diselangi tawa tangis dan gundah”.

Penulis tidak berminat untuk mengulas setiap babak dan watak dalam Serampang Kajang ini, tetapi cukuplah untuk menyatakan bahawa drama panjang ini mesti dihentikan segera. Habis hilang fokus untuk membuat kerja, hatta untuk solat pun tergesa-gesa, usai salam telefon terus dibuka, takut terlepas babak penampar muka!

Terkadang kita berasa diri sudah bijak, hingga lupa ada musuh, rakan, rakyat dan raja yang jauh lebih bijak.

Badai gelombang

Sepanjang babak yang tidak berkesudahan ini, ramai yang mabuk dalam gelombang maklumat dunia terbuka. Semuanya berpunca daripada keghairahan mencari berita terkini, tidak sabar menanti dari sumber yang rasmi, hingga percaya pada fitnah dan gosip sensasi.

Dalam menghadapi gelombang ledakan maklumat ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa, “maklumat yang tidak dinilai, tidak diselidiki, yang bertebaran merata-rata tempat itu mampu untuk merenggangkan saf ahli yang sepatutnya berada dalam keadaan tersusun. Semua pihak dalam jamaah mestilah berdisiplin tinggi dan berakhlak dalam mengolah gelombang ledakan maklumat ini supaya tidak bertembung sesama sendiri yang akan merugikan jamaah itu sendiri”.

MB Selangor: Pakatan patut kukuh setiakawan & berlapang dada elak krisis terbuka

politik_selangorSHAH ALAM, 7 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) patut bersikap positif berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor dengan berusaha mengukuhkan semangat setiakawan antara komponen parti.
Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata kemelut melanda PR hari ini seharusnya dijadikan pengajaran dan semua pihak harus berlapang dada terhadap apa jua keputusan bakal dicapai.
Katanya tumpuan seharusnya diberikan kepada rakyat yang mahu melihat pentadbiran negeri terus berjalan dengan baik dan amanah.
“Kita perlu lahirkan semula semangat setiakawan kerana kalau hendak ungkit, ia tidak akan selesai.
“Pandangan individu akan sentiasa berbeza antara satu sama lain termasuk dengan parti, tetapi kalau kemelut ini dapat dilihat dalam membina semangat setiakawan yang baru, saya kira itu cukup memberikan manfaat,” katanya kepada Selangor Kini.
Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor terus berlarutan apabila didakwa terdapat usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama Adun PKR dan satu nama Adun PAS bagi jawatan itu.
Tindakan itu dikatakan bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali sahaja.

PAS berhak tentukan sikap politiknya

ABD SHUKUR HARUN


WALAUPUN PAS berada dalam Pakatan Rakyat dan melalui persepakatan dalam Pakatan ketika mengambil langkah politik tertentu, tetapi tentu ada garis pemisah yang menentukan di mana hak parti komponen Pakatan dalam menentukan sikap politiknya dan di mana bukan haknya.

Pelanggaran hak ini sudah tentu akan merosakkan keutuhan Pakatan, kalau benar-benar semua pihak mahu memelihara keutuhan Pakatan Rakyat.

Dalam hal ini adalah wajar dan adil apabila Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini merasa kesal kerana, katanya, sejak mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

Lalu beliau mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

Menurut pendapat saya, ‘sempadan’  di sini ialah berupa garis pemisah, walaupun mungkin begitu halus, tetapi ia tetap sebagai garis pemisah, yang menentukan hak dan bukan hak sesuatu parti dalam komponen parti Pakatan dalam menentukan langkah politiknya sendiri.

Pihak manapun yang melanggar garis pemisah dalam menentukan hak politik sesuatu parti dalam komponen bermakna mengundang risiko besar dalam memeliharan keutuhan Pakatan Rakyat sendiri.

Saya sangat memahami keluhan Naib Presiden PAS itu terutamanya dalam situasi krisis politik yang melanda Selangor sekarang ini di mana pelbagai tuduhan, andaian dan prasangka dari pebagai pihak tertentu, termasuk media massa yang lebih banyak ‘mengkritik’ PAS dalam soal menentukan bakal calon Menteri Besar Selangor.

Hinggakan ada pihak yang menganggap PAS konon sudah besar kepala, tidak berguna diajak berkawan, angkuh, tidak mengikut keputusan mesyuarat Pakatan dan pelbagai lagi, tuduhan yang tidak benar sama sekali.

Bagi pengkritik PAS dan kononnya atas nama pelbagai penganalisis poiltik, pandangan mereka terhadap PAS bukan saja tidak seimbang, penuh dengan prejudis, tiada fakta yang jelas bahkan memandang rendah PAS yang sudah 60 tahun memberi sumbangan dalam arena politik dan demorasi Maysia, jauh sebelum wujud PKR dan DAP.

Khalid Samad: PAS Terengganu dalam 'realiti beza'.!!

Pemimpin lantang PAS Khalid Samad menyelar golongan konservatif dalam parti Islam itu yang mendakwa mereka hilang teras sokongan Melayu-Muslim setelah bergabung bersama Pakatan Rakyat.

“Kita tidak pernah pun mendapat sokongan (monopoli) Melayu – bagaimana kamu kata kita hilang sokongan Melayu?

“Kamu tidak boleh bandingkan (hari ini) dengan pilihan raya umum 2008 dan 20013...,” kata anggota parlimen Shah Alam itu.

Katanya, pada 2008 Umno “separuh tidur” tetapi pada 2013 mereka bersedia sepenuhnya daripada serangan Pakatan dan berjaya mendapat kembali 1 atau 2 peratus undi Melayu.

“Pada 20118, mereka tidak ada bantuan kewangan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

“Umno juga terlalu leka apabila (bekas menteri besar Selangor) Khir Toyo mengatakan akan 'sifar pembangkang' (di Selangor)

Terdapat suara-suara konservatif PAS yang berulang kali mahukan parti itu keluar Pakatan, dengan mengatakan kerjasama dengan DAP dan PKR itu menyebabkan mereka hilang undang Melayu dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hilang sedikit undi Melayu tetapi mempertingkatkan undi bukan Melayu, terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar.

Khalid berkata, sesiapa yang mahukan PAS keluar Pakatan itu harus sedar, dengan usaha terbaik Umno dan BN pada 2013, mereka hanya berjaya mendapat balik sedikit sahaja undi Melayu.

Anggota jawatankuasa pusat PAS itu berkata, sejak Pakatan memenangi Selangor enam tahun lalu, mereka bekerja secara senyap di peringkat bawah.

"Jika PAS bersabar, rakyat akan dapat lihat apa yang kita lakukan.

"Kita akan dapat naikkan bukan sahaja undi Melayu, undi bukan Melayu pun kita boleh naikkan," katanya.

Menurutnya, dalam Pakatan hanya PAS sahaja yang boleh mengambil alih kepimpinan Melayu dari Umno dan BN.

"Saya tak nampak kenapa ia (berada dalam Pakatan satu strategi yang salah.

"DAP dan PKR tak mengongkong kita," katanya.

Beliau turut diminta mengulas hubungan PAS dan sekutunya di Terengganu yang menimbulkan persoalan susulan rungutan seorang perwakilan kongres PKR dari Terengganu baru-baru ini.

Perwakilan tersebut mendakwa PKR 'dibuli' PAS di Terengganu.

PAS Terengganu dalam 'realiti beza'

Menurut Khalid, beliau menganggap sesetengah pemimpin PAS di Terengganu hidup "dalam realiti yang berbeza" dan masih sukar memahami konsep berkongsi kuasa.

"Mungkin di Terengganu mereka ada masalah ini kerana ia amat sukar untuk kepimpinan PAS menjelaskan sebab Pakatan diperlukan - kenapa kita mahu berkongsi kuasa dalam Pakatan.

"Ini kerana orang di Terengganu hidup dalam realiti politik yang berbeza dan kerana itulah kepimpinan PAS Terengganu cenderung mahu meninggalkan Pakatan - ini satu anggapan saya," katanya.

Utusan suara Umno puji langkah Hadi tak tunduk kepada PKR dan DAP

Penulis kolum Utusan Malaysia, Awang Selamat memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulamanya kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP dalam krisis Selangor. "Apa pun Awang tabik Presiden PAS, Hadi Awang dan barisan ulama kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP. "Walaupun Hadi menghadapi tentangan hebat daripada kelompok Anwarinas atau Anwariuun (memetik rujukan Uztaz Ismail Mina), majoriti ahli akar umbi masih bersama beliau," tulisnya dalam kolum Mingguan Malaysia hari ini. Semalam katanya Hadi bersuara sekali lagi menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya tidak berkebolehan. Begitu juga amaran beliau kepada pemimpin PAS supaya keluar parti jika tidak lagi sehaluan dengan PAS. "Awang percaya itu baru permulaan. Silap bagi Anwar mengambil mudah Hadi. Kita lihat nanti," tulis kolumnis akhbar Umno itu. Kolum itu juga memuji ketegasan Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua nama calon MB. Biarpun menghadapi tekanan dan adakalanya ugutan dan penghinaan daripada para pemimpin PKR dan DAP, baginda tidak goyah apalagi untuk tunduk, tulis akhbar itu. "Awang ingin menzahirkan kesyukuran dan penghargaan yang tidak terhingga atas ketegasan Sultan Selangor," tulisnya. Awang juga teruja apabila PAS menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar yang baru. Lebih banyak pilihan, lebih baik. "Apa salahnya jika calon PAS menjadi menteri besar," tulisnya. Beri pula peluang kepada parti itu yang mempunyai hak dan merit dalam konteks politik Selangor, katanya. "Lagipun Awang lebih percaya pemimpin PAS untuk mengurus rizab RM5 bilion berbanding calon boneka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,"

PasMa kekal NGO kukuhkan Pakatan Rakyat, kata presiden


Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi menegaskan persatuannya itu kekal sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan akan berusaha mengukuhkan sistem dua parti di negara ini. "Kami akan memperkukuhkan sistem dua parti yang sudah berjalan dengan baik kini," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah kepada The Malaysian Insider. Bagi beliau, sistem Pakatan Rakyat (PR) melawan Barisan Nasional (BN) perlu dipertahankan demi kepentingan rakyat kerana ia memberikan keuntungan kepada rakyat apabila kedua-duanya menjadi agen yang saling semak dan imbang. "Sebab itu kami bertekad mahu memperkukuhkan Pakatan," katanya yang juga bekas Exco kerajaan negeri Kedah yang pernah bertembung dengan menteri besarnya Datuk Seri Azizan Razak sebelum ini. PasMa atau Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia kini menjadi sorotan media berikutan krisis Selangor yang memperlihatkan keretakan ketara dalam PAS. Ketika kepimpinan utamanya dilihat membuat tindakan dan kenyataan provokasi terhadap rakan mereka PKR dan DAP, PasMa pula lebih cenderung mengekalkan persahabatan dalam PR. Mesyuarat pertama PasMa berlangsung di Kota Baru 31 Ogos lepas dan esok adalah program penerangan pertama anjuran persatuan itu. Ia akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan bakal mengketengahkan forum terbuka bertajuk "PAS campur Umno, ke mana hala tuju". Tiga panel akan bercakap dalam forum ini, bekas ahli majlis Syura PAS Ahmad Awang, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof. "Kami akan kekal sebagai NGO. Jika ada pihak yang manu menubuhkan parti politik, mereka perlu cari premis lain," kata Phahrolrazi. Katanya, PasMa akan menganjurkan program untuk memperkukuhkan Pakatan. "Kami nampak Pakatan ini goyah, ia perlu diperkukuhkan. Mesej ini perlu disebarkan," katanya. Bagi beliau, Pakatan adalah satu aset bagi sistem demokrasi negara di mata rakyat. "Jika hanya satu parti sahaja di negara ini, ia satu bencana kepada demokrasi," katanya merujuk kepada pertanyaan jika negara dimonopoli oleh parti Barisan Nasional sahaja. "Jika ada satu parti, rakyat yang paling rugi. Jika ada satu parti lain yang sama kuat, rakyat akan untung," kata Phahrolrazi lagi.

Dolak-dalik PAS bawa masalah lebih sekadar kebuntuan MB Selangor

Tindakan PAS yang berubah-ubah dalam kebuntuan krisis menteri besar Selangor tidak akan memberi kesan kepada calon yang akhirnya dipilih bagi jawatan tersebut, kata pemimpin PKR yang yakin angka akan menyokong mereka.
Impak terbesarnya adalah masa depan parti Islam tersebut yang bakal gelap jika Pakatan Rakyat (PR) gagal menyelesaikan kemelut ini.
Lebih penting lagi, jika PAS meneruskan tindak-tanduknya, parti tersebut akan sukar mendapat undi untuk calon dalam mana-mana pilihan raya, kata penganalisis politik.

Mengapa tindakan PAS tidak relevan Sejak krisis menteri besar Selangor bermula lewat Julai apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat dari PKR, pemimpin PAS sudahpun mengambil beberapa pendirian yang menyebabkan rakan mereka, PKR dan DAP menggaru kepala.
Pada mulanya Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan akan mencalonkan dua wakil PKR bagi jawatan menteri besar dan menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon.
Tetapi sekarang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminggirkan pula keputusan partinya dan menamakan tiga calon lain, tidak satu pun daripada nama asal yang dikemukakan parti.
Sepanjang krisis ini, DAP dan PKR kekal dengan pendirian asal mereka dan menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon.
Namun obsesi media dengan pusingan dan liku-liku dalam krisis ini serta tindakan PAS adalah "gangguan" dan "tidak relevan", kata Timbalan Presiden PKR Tian Chua.
Beliau berkata begitu kerana Perlembagaan Selangor menetapkan Sultan perlu melantik calon yang mendapat keyakinan dan sokongan majoriti ahli badan perundangan Selangor.
Dan calon tersebut bukan dari PAS, tetapi PKR.
"Kami sudah menyediakan dokumen untuk membuktikan Dr Wan Azizah mempunyai sokongan majoriti Dewan," kata Tian Chua, merujuk kepada akuan bersumpah yang dibuat 30 Adun yang mahukan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
"Saya percaya Sultan Selangor akan mengikut Perlembagaan dan memilih calon yang mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan," kata Tian Chua yang juga MP Batu.
Seorang lagi pemimpin senior PKR berkata ia sudah menjadi kelaziman bagi parti politik di Malaysia untuk menamakan satu calon kepada pemerintah.
"Tiada yang lebih memahami ini daripada Barisan Nasional dan Umno. Mereka sentiasa bersetuju untuk menamakan satu calon, ini merupakan amalan mereka," kata pemimpin PKR yang tidak mahu dinamakan.
Hanya menamakan satu calon, kata pemimpin ini, selari dengan demokrasi berparlimen Westminster – parti yang majoriti akan menentukan siapa yang menjadi perdana menteri atau menteri besar.
Mengapa tindakan PAS relevan

Sesuatu meragukan bila pemimpin pembangkang dapat tempat di waktu perdana TV3 syarikat Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. 



Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia.
Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.
Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.

Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri. Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.
Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?
Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.
Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.
Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.
Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.

Ambil iktibar kejatuhan Kerajaan Pas Terengganu - Hadi

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta ahli mengambil iktibar peristiwa kejatuhan Kerajaan Terengganu dan Kelantan sebelum ini bagi mengelak berlakunya ‘krisis dalaman’ dalam parti itu.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan, krisis politik yang berlaku di Selangor bukan masalah Pas, sebaliknya masalah rakan dalam pakatan yang terpaksa dipikul secara bersama.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli agar berwaspada dengan gelombang politik yang sedang berlaku dalam PR di Selangor dan tidak mengambil tindakan bodoh hingga merosakkan ‘bahtera’ dibina parti itu.

“Mereka yang baharu mengikuti Pas akan merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang mabuk laut, yang pening. Namun, saya mengikuti Pas sejak 1950-an dan menyaksikan krisis menjatuhkan Kerajaan Terengganu pada 1961 serta Kerajaan Kelantan pada 1978.

“Pas sendiri menerima masalah, masalah dalaman kita sendiri sehingga menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis dialami Pas seawal ditubuhkan sebelum merdeka,” katanya pada Program Dialog dan Penjelasan Isu Semasa di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, di sini, petang kelmarin.

'Krisis ini baru sedikit'

Abdul Hadi berkata, krisis dalam Pas berlaku sejak menjelangnya pilihan raya pada 1955 ketika Pas kehilangan presiden pertama yang keluar parti, diikuti setiausaha agung yang keluar parti pada 1960-an.

Katanya, peristiwa pada 1978 di Kelantan pula menyebabkan tujuh hingga lapan pimpinan Pusat keluar parti, namun Pas tetap utuh dan tidak jatuh.

“Apa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat. Kepada mereka yang baharu hendak belajar politik, sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor, bukan masalah kita, tetapi masalah dibuat rakan kita, yang kita terpaksa tolong untuk memikulnya,” katanya.

Menurut Abdul Hadi lagi, Pas sebelum ini sudah membuat keputusan untuk menyerahkan Kerajaan Selangor kepada PKR.

Namun katanya, masalah mula timbul apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan seorang yang kedekut.

“Rakan kita dalam PR berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih, tidak ada ruang bagi kerajaan Pusat untuk menghentam kerana tiada kesilapan dan kesalahan.

“Malah, saya jumpa beliau (Khalid) dan beliau kata duit Selangor bukan duitnya, itu duit rakyat. Dia tidak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenangnya, mesti mengikut peraturan.

“Pas memilih dan menyokong Khalid jadi menteri besar kerana amanahnya. Ini sangat penting dalam memerintah kerajaan negeri, kita berpengalaman di Kelantan lebih 20 tahun. Di Kelantan, Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) jadi Menteri Besar,” katanya.

Kecewa ahli lupa peranan Pas

Majlis Syura berhak buat keputusan - Mustafa Ali

Datuk Mustafa Ali 
KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan Majlis Syura parti itu berhak dalam membuat keputusan senarai nama pencalonan Menteri Besar Selangor.

“Kita tidak bincang dengan Pas Pusat. Apa yang penting, akhirnya kita rujuk kepada Majlis Syura,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan parti itu menghantar tiga senarai nama calon menteri besar termasuk seorang calon dari Pas kepada Istana Selangor kelmarin, tanpa pengetahuan Pas Pusat.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Muhamad Sabu  berkata, beliau tidak tahu keputusan menghantar tiga nama itu, sebaliknya masih berpegang kepada keputusan Pas Pusat 17 Ogos lalu.

Dalam pada itu Mustafa memberitahu, beliau difahamkan PKR akan menghantar senarai baru yang mengandungi lebih daripada satu nama.

“Kita serah kepada istana (siapa jadi menteri besar) lebih-lebih lagi saya dengar mereka (PKR) nak hantar lebih satu nama,” katanya.

Mengulas mengenai PRK Pengkalan Kubor, beliau berkata, terdapat dua pandangan daripada kepimpinan parti  dalam menentukan kewajaran parti itu bertanding.
“Kita akan bincang dan buat keputusan dalam mesyuarat itu pada  7 September (hari ini),” katanya.

Penganalisis: Abdul Khalid calon terbaik terajui MAS syarikat terbaik

mas-a380-1-webSHAH ALAM 7 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu.
Dalam artikel The Malaysian insider, pandangan sedemikian dilontarkan oleh penganalisis politik dari Univerisiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub.
Katanya, perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.
MB BagusMohamad Tawfik turut memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.
“Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.
“Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor,” katanya dalam artikel terbabit.

Ketua tak perlu bermesyuarat, ia boleh buat keputusan sendiri - Nasrudin Tantawi

Musyawarah berasal dari kata Syawara yaitu berasal dari Bahasa Arab yang berarti berunding, urun rembuk atau mengatakan dan mengajukan sesuatu.Istilah-istilah lain dalam tata Negara Indonesia dan kehidupan modern tentang musyawarah dikenal dengan sebutan “syuro”, “rembug desa”, “kerapatan nagari” bahkan “demokrasi”. Kewajiban musyawarah hanya untuk urusan keduniawian. Jadi musyawarah adalah suatu upaya bersama dengan sikap rendah hati untuk memecahkan persoalan (mencari jalan keluar) guna mengambil keputusan bersama dalam penyelesaian atau pemecahan masalah yang menyangkut urusan keduniawian.
Saat ini musyawarah selalu dikait-kaitkan dengan dunia politik, demokrasi.Bahkan hal tersebut tidak dapat dipisahkan , pada prinsipnya musyawarah adalah bagian dari demokrasi, dalam demokrasi pancasila penentuan hasil dilakukan dengan cara musyawarah mufakat dan jika terjadi kebuntuan yang berkepanjangan barulah dilakukan pemungutan suara, jadi demokrasi tidaklah sama dengan votting.Cara votting cenderung dipilih oleh sebagian besar negara demokrasi karena lebih praktis, menghemat waktu dan lebih simpel daripada musyawarah yang berbelit-belit itulah sebabnya votting cenderung identik dengan demokrasi padahal votting sebenarnya adalah salah satu cara dalam mekanisme penentuan pendapat dalam sistem demokrasi.