Sabtu, 6 September 2014

Jangan gopoh petik buah yang belum masak - Nasrudin Hassan


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan  

BANGI - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menasihatkan pemimpin politik Islam tidak gopoh dalam membuat sebarang keputusan yang boleh menjejaskan Islam.

Nasrudin berkata, sebarang keputusan perlu berlandaskan Islam.

"Macam-macam iklim politik tanah air yang kita hadapi, apa-apa pun yang kita hadapi, kita perlu pertahankan prinsip Islam walaupun kita perlu membayar harga yang mahal, jangan benar sama sekali Islam dirosakkan.

"...kerana pasti kita dapat lihat gelombang Islam terus marak, satu masa nanti.

" Jadi nasihat saya jangan gopoh petik buah yang belum masak," katanya ketika menjadi panel di forum perdana Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Nasrudin turut mengingatkan masyarakat Islam amnya tidak berpisah daripada Islam serta berusaha menegakan Islam di mana sahaja.

"Kita mesti tegakan Islam, walau dalam keadaan apa pun.

"Kerana nabi mengajar kita supaya konsisten dengan Islam," katanya.

Turut menjadi panel dalam forum tersebut ialah Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Dr Riduan Mohamad Nor.

PKR yang cipta masalah di Selangor - Abdul Hadi

Berikut adalah transkrip Dialog Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila Terengganu seperti yang disiarkan oleh Terengganukini.

KEPADA mereka yang baru mengikuti Pas, merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk hingga ada yangg mabuk laut, yang pening. Saya mengikuti Pas sejak tahun 50an. Yang menyaksikan krisis menjatuhkan kerajaan Terengganu pada tahun 1961. Menyaksiakan krisis yang jatuhkan kerajaan Kelantan pada 1978.
Pas sendiri yang menerima masalah. Masalah dalaman kita sendiri, (tetapi) hingga (mampu) menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis yang dialami Pas seawal ditubuhkan sebelum merdeka diambang pilihan raya pertama 1955 ketika presiden pertama kluar parti. Tahun 1960an Setiausaha Agung keluar parti. Peristiwa 1978 di Kelantan menyebabkan tujuh lapan orang pimpinan pusat keluar parti. Pas tidak goncang dan tidak jatuh.
Apa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat. Kepada mereka yg baru nak belajar politik sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor bukan masalah kita. Masalah yg dibuat oleh rakan kita yang kita terpaksa menolong untuk memikulnya.
Kita telah membuat keputusan untuk serahkan Selangor untuk dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakan kita dalam pakatan rakyat. Telah berjaya memerintah satu penggal. Kerajaan yang bersih. Tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam, kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan.
Tiba-tiba dijadikan masalah. Mula-mula dikatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut, bakhil, payah bagi duit. Saya jumpa beliau. Dia kata duit negeri Selangor bukan duit saya. Itu duit rakyat. Saya tak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenang. Mesti mengikut peraturannya.
Pas memilih dan meyokong Tan Sri khalid jadi menteri besar kerana amanahnya. Ini sangat penting dalam kita memerintah kerajaan negeri. Kita berpengalaman di Kelantan, 20 tahun lebih di Kelantan, Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) jadi menteri besar.
Ada orang kita dok lupa Pas 20 tahun lebih di Kelantan. Dok memerintah kerajaan yang amanah. Kita lupa peranan pas di Kelantan. Dok ingat DAP yang baru sepenggal, dok ingat Selangor yang baru sepenggal.
Kita memerintah Kelantan dalam kedaan hasil negeri tak ada. Negeri yang miskin. Pendapatanya tak banyak. (Tetapi) boleh perintah 20 tahun lebih. Pulau Pinang hasil banyak, kaya. Selangor hasil banyak, baru sepenggal. Nak masuk dua penggal. Ada orang kita rasa ek (berlagak). Orang Pas rasa ek (berlagak). Mengapa kita tak berasa ek (berlagak) 20 tahun kita perintah Kelantan? Dalam keadaan negeri yang miskin, yang tak ada hasil.
Sepatutnya kita kena sedar diri kita sendiri. Ini kerana kita baru nak belajar politik. Termasuk yang kita latih jadi pemimpin, yang baru nak belajar politik. Ini persoalannya.
Kemudian Tan Sri Khalid dituduh dengan tuduhan-tuduhan yang disebut dalam media. Buat dialog dengan ADUN-ADUN, dengan Ahli Parlimen. Setelah dibuat dialog, beliau mnejawab. Ahli Parlimen, ADUN-ADUN kemukakan soalan. Tan Sri Khalid jawab dengan dibantu pegawai-pegwai dan staf jabatan menteri besar dan GLC.
Ramai kalangan ahli politik ini bukan ahli ekonomi. Bukan ahli korporat. Kita tahu, sepatutnya kita jangan bercakap dalam perkara yang kita tak tahu. Kalau kita bercakap perkara yang kita tak tahu, nampak bodoh kita.

PASMA lahir dari kemelut MB Selangor - Khairy

PASMA lahir dari kemelut MB Selangor - Khairy
JOHOR BAHRU: Penubuhan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dipercayai berpunca daripada krisis politik yang berlaku di Selangor ketika ini.

Itu pandangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai pertubuhan baharu yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu.

Meskipun enggan mengulas lanjut mengenai parti lain, Khairy percaya, kegagalan Pakatan Rakyat menyelesaikan krisis politik di Selangor menyebabkan terdapat pihak tertentu yang mengambil keputusan untuk menubuhkan PASMA.

Alasan Penghakiman Semakan Jenayah Inkues Teoh Beng Hock oleh Datuk Dr Hamid Sultan Bin Abu Backer, JCA





Don't be a mean & spiteful man, Hadi! AZIZAH WILL MAKE A FINE MB

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) is gravely concerned with the quality of the debate that has been going on regarding a woman candidate for the Selangor menteri besar (MB) post.
Don't be a mean & spiteful man, Hadi! AZIZAH WILL MAKE A FINE MBImpossibly high moral standards are placed on Dr Wan Azizah Wan Ismail. We have heard from many quarters criticisms such as: she is Anwar Ibrahim's wife and thus his puppet, that she purportedly has no clout, she is not competent enough, and that she does not have the ‘wow’ factor. On these bases, critics have shunned her as a potential candidate as MB.
Competency has been the least of consideration in so many other cases that involve male MBs. Why was such a standard not used on Dr Zambry Abdul Kadir when he took over as the Perak MB with the blessing of three assemblypersons who jumped over to BN?
There are men whose rise up the ranks of party hierarchy was smoothened purely on the basis of patronage and nepotism. Are the standards now being applied to Dr Wan Azizah also applied to Mukhriz Mahathir, who rose to power with his father’s support?
Was the question asked so ferociously of these men about ‘the shadowy hand’ that helped them into positions of power? We recall that despite accusations of impropriety and nepotism from a few principled voices, in the end these incidents were generally shrugged off as Malaysian politics as usual.
Internalised misogyny and sexism affect gender politics when it comes to women’s political participation and representation. In Dr Wan Azizah’s case, her independence, her intelligence, her connections, her qualifications are all scrutinised to the hilt. All these become do or die questions that must be answered.
Sadly such standards are allowed to fall short for men in power. After all, men are men. Politics is for the boys’ club and women who play by their rules.
We have seen how gendered dimensions of power and politics play out. These very men who made it to the top raise their shields to exclude others and cling on to what they think is rightfully theirs. And, with the collusion of those fighting for crumbs from men in power, how structural inequalities and sexist politics supported and maintained status quo. Why were these not questioned?
As well, let us not overlook the fact that democratic processes have been violated. There has much confusion about the process of appointing a menteri besar from all players, including Pakatan Rakyat.
Malaysia does not practice a system of directly electing a state or federal leader. In Malaysia’s parliamentary system, the decision to appoint an MB lies with the representatives of political parties elected by voters into state assemblies.
A majority of 30 out of 56 elected assemblypersons have thrown their support behind Dr Wan Azizah as the candidate for the MB post. By the parliamentary system practiced in Malaysia, this should suffice. Unfortunately, in practice it seems that this process can be thrown out at will.
However, Empower finds some encouragement in the support given by the assemblypersons to Dr Wan Azizah and what it tells us about the changing gender politics in Malaysia. We must not ignore the fact that political parties are taking more steps to put women as candidates. This is the change we need to support if we are committed to democracy and gender equality.

FIGHTING FOR HIS POLITICAL LIFE, Hadi turns malicious on Azizah


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang finally broke his silence over PAS’s rejection of Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as the next Selangor mentri besar, saying she is “unqualified” for reasons other than her sex.
The PAS president said the main criteria for an MB was ability and confidence to lead — qualities he claimed the PKR president did not possess.
“If from the very beginning she does not have the ability to answer questions in Parliament, questions in the state assembly, to have a dialogue with our foes in the state assembly, how to be a leader?
“If these conditions cannot be met, you cannot lead, it is not a question or whether you are a woman or a man,” Hadi said at an event in Marang, Terengganu.
“That is why we rejected this candidate in Selangor because she is unqualified from the start....not able to handle the administration of the Selangor government...this needs someone strong, that is the real reason, not be because she is a woman,” he added.
Hadi had submitted his own list of nominees for the MB post to the Selangor palace, containing only PAS candidates — state executive councillors Iskandar Abdul Samad, Dr Yunus Hairi and Sallehen Mukhyi — and this was done without the knowledge of other PAS leaders within the central committee, according to sources familiar with the matter.

PASMA: Anwar’s secret weapon against PAS

With the emergence of PASMA, PKR and DAP can kick PAS out of the coalition and tell the ulama’ to go to hell. Hence the survival of PAS depends on how well PASMA performs in the next two or three years. And without money PASMA will end up like Berjasa and Hamim, two other PAS breakaway parties of the 1970s and 1980s that most Malaysians have not even heard of.

Raja Petra Kamarudin
Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah spent RM60 million to finance his Umno-breakaway party, Semangat 46, in the seven years and four months that the party was in existence from 1989 to 1996.
That was RM60 million around 20-25 years ago. Today, that would be equivalent to three or four times RM60 million. I mean, when a house that cost RM200,000-250,000 back then now costs more than a million that would be quite a realistic calculation.
And the reason why the figure was low — only RM60 million — is because Tengku Razaleigh basically only had to finance Kelantan with a bit of head office expenses.
The Semangat 46 chiefs of Terengganu (Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah) and Pahang (Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar) were both brothers to Sultans so they were wealthy enough to not need financial support from Tengku Razaleigh.
The Semangat 46 chiefs of the west coast states were all also from equally well-to-do families. So they, too, could afford to finance much of their political activities and the elections from their own pockets.
If all the Semangat 46 heads of the other states outside Kelantan also needed financial support from Tengku Razaleigh, he would have had to fork out at least RM300 million or more over those seven years and four months. And, as I said, this was 20-25 years ago. Imagine the cost today.
And that was the reason why Tengku Razaleigh decided to call it quits after seven years and four months. The high cost for the very little gain was just not worth it. Other than winning Kelantan in 1990, a year after the birth of Semangat 46 (even then in partnership with PAS), Tengku Razaleigh could see that after two general elections nothing more could be achieved.
Of course, there was another reason why Tengku Razaleigh decided to dissolve Semangat 46 in 1996 and, together with a number of other Semangat 46 leaders, rejoined Umno. And this reason was Anwar Ibrahim.
In 1996, Anwar was already planning his move to oust Tun Dr Mahathir Mohamad and take over as Prime Minister. Dr Mahathir knew this so in 1997 he took a two-month holiday and appointed Anwar the Acting Prime Minister to see what his protégé and Deputy Prime Minister would do.
With Dr Mahathir out of the country for two months and with him as Acting Prime Minister, Anwar made his moves. Dr Mahathir, of course, had his spies who sent him daily reports on what Anwar was up to. From the daily reports Dr Mahathir could see that Anwar was moving in for the kill.

Hadi gears up for clash with Anwarists

The PAS President also appears to be telling the party to ready itself for a divorce from Pakatan.

hadi300The one-hour dialogue session held by PAS President Abdul Hadi Awang in Terengganu yesterday was hard-hitting and most revealing. In a no holds barred event, Hadi admitted what most people had suspected all along but could not confirm.
Now Hadi has confirmed it. And what he confirmed is certainly most damaging to Pakatan Rakyat, PKR, Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail and Rafizi Ramli.
Hadi confirmed that PAS had approached Tengku Razaleigh Hamzah to propose him as Pakatan Rakyat’s candidate for Prime Minister, as alleged by Rafizi. But they did so, said Hadi, at the behest of DAP and PKR after they, too, had approached Tengku Razaleigh and had failed.
In fact, the person who had approached Tengku Razaleigh was Husam Musa and he did so with the blessing of PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, even though Hadi never mentioned this in his dialogue yesterday.
Hadi also explained why PAS is not keen to support Wan Azizah as the new Selangor Menteri Besar. And it is not because she is a woman but because she is not capable or qualified.
As to why PAS submitted three names as the proposed candidates to replace Khalid Ibrahim as the new Selangor Menteri Besar, Hadi said that this was because the Sultan had asked for more than two names.
So this means at least three names or more and PAS does not want to propose just one name and appear stupid for not understanding a simple instruction from the palace.
Hadi also said that PAS had been through many internal crises in the past and that had not killed the party. Hence if there are those who are not happy and wish to leave to form a new party they are welcome to do so.

Kenaikan Harga Rokok Naik Lagi 2014. Harga Baru RM13 Sekotak. Perokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Bakal Herhenti Merokok?

harga rokok
Kenaikan Harga Rokok Naik Lagi 2014. Harga Baru RM13 Sekotak. Perokok Dunhill, Kent, Pall Mall, Benson & Hedges Bakal Herhenti Merokok : Berita Semasa boleh tafsirkan di sini, perokok adalah pembayar cukai yang setia atas nama mahu mententeramkan jiwa dan meredakan gelodak dalam hati dan jantung mereka untuk membuak-buak diminta mahu disuapkan asap rokok.
Statistik ada menunjukkan kenaikan harga rokok naik lagi memberikan asbab untuk mereka berhenti merokok.
Kalau ada pun, tidak dapat bertahan lagi. Paling kurang pun mereka akan beralih kepada yang lain. Terima kasih kata perokok kepada alternatif lain seperti…..
Rokok elektronik ataupun rokok seludup. Berita terkini kenaikan harga rokok naik lagi bermula 8 September 2014 ini yang mana harga rokok baru bakal berada pada paras Rm13 berbanding RM12 sebelum ini.
BERITA : Kenaikan Harga Rokok Naik Minggu Depan (30 September 2013). Dunhill RM12.00!
harga rokok naikBerita Terkini kenaikan harga rokok naik lagi 2014 telah membrikan pelbagai reaksi berbeza daripada kalangan rakyat Malaysia yang terbahagi kepada 3 kumpulan memberikan reaksi balas dengan berita ini :
  • Kumpulan perokok : kerajaan zalim
  • Perokok pasif : Padan muka, terima kasih kerana bayar cukai
  • Kumpulan isteri-ister perokok : Bawa-bawalah berhenti merokok. Jikalau tidak sayang diri sendiri, sayangilah nyawa ahli keluarga dan anak-anak
Berita kenaikan harga rokok naik lagi sehingga Rm13 sekotak melibatkan jenama rokok seperti :
  1. Peter Stuyvesan
  2. Pall Mall
  3. Rothmans
  4. Kent
  5. Benson & Hedges
  6. Harga rokok Dunhill sekotak
  7. Lucky Strikes

Senarai Kenaikan Harga Rokok Naik 2014 : Harga Baru?

Rakyat bukan ‘pak turut’ akar umbi Umno, mansuhkan Akta Hasutan segera


lim lip eng


KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER: Kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim jelas membuktikan beliau dan majoriti akar umbi Umno tidak pernah memahami mesej transformasi Perdana Menteri, kata Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng.
Menurutnya, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu kelmarin bukan sahaja menggelikan hati, malah bertentangan dengan hasrat Najib sendiri untuk memansuhkan akta tersebut.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan hasrat memansuhkan Akta Hasutan dua tahun lalu dan baru saja mengulangi hasrat itu setelah Shahidan mendakwa ia tidak pernah dibuat.
“Jelas di sini ahli-ahli Umno tidak memahami mesej transformasi Najib, yang bukan saja terbukti gagal disampaikan ke peringkat akar umbi, malah turut terbantut di peringkat pucuk pimpinan.
“Takkanlah rakyat negara ini sekadar perlu dengar kehendak akar umbi Umno? Takkanlah suara mereka sahaja yang dipedulikan Shahidan?
“Bagaimana dengan rakyat yang bukan ahli Umno? Apakah kehendak rakyat tidak penting di mata Shahidan?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shahidan semalam mendakwa tidak pernah berjanji memansuhkan akta kuno itu tetapi hanya mahu mengkajinya walaupun Najib dua tahun lalu mengatakan sebaliknya.

Bersih kecam pendakwaan Akta Hasutan, bantah undang2 drakonian

bersih 2.0Bersih 2.0 terpanggil untuk sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas beberapa pihak termasuk ahli akademik, wartawan dan juga pengguna media sosial dalam perkembangan terbaharu hari ini.
Sejurus selepas rakyat Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan ke 57, negara dikejutkan dengan pendakwaan ke atas Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang di Universiti Malaya dibawah Akta Hasutan 1948 untuk artikel beliau bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” yang dilaporkan diportal berita online ” The Malay Mail” pada 14 Ogos 2014.
Dan terkini, Susan Loone, wartawan kanan Malaysia disiasat di bawah Akta Hasutan di Pulau Pinang selepas melaporkan temubual beliau bersama Exco Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh tentang layanan pihak polis ketika Exco berkenaan ditahan. Penahanan Susan Loone ini membuktikan pentadbiran Najib Tun Razak sedang menghantar mesej kepada masyarakat umum bahawa melaporkan kebenaran adalah suatu ‘jenayah’.
Dalam perkembangan yang sama, Ali Abdul Jalil, seorang pengguna dan aktivis media sosial dari kalangan anak muda juga turut disiasat dan bakal didakwa di bawah akta yang sama dalam masa terdekat ini hasil kritikan beliau ke atas insititusi kerajaan.
Perkembangan mutakhir ini harus dikutuk dan dikecam oleh semua pihak dari kalangan masyarakat Malaysia. Penggunaan Akta Hasutan untuk menutup mulut rakyat yang berbeza pendapat adalah tindakan yang autokratik dan bercanggah sama sekali dengan semangat demokrasi dan kebebasan bersuara yang seharusnya menjadi dasar Negara. Kerajaan yang demokratik tidak boleh menggunakan undang-undang autokratik dan drakonian untuk berhadapan dengan kritikan.

Suaram: Sabitan Safwan Anang mundurkan demokrasi, kebebasan bersuara

mansuh aktaSHAH ALAM, 6 SEPT : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyifatkan sabitan terhadap Pengerusi Eksekutif Lensa, Muhammad Safwan Anang di bawah Akta Hasutan 1948 memberi kesan terhadap demokrasi kerana menyekat hak kebebasan bersuara.
Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng,  berkata adalah menjadi hak warganegara berkempen menuntut perubahan kerajaan dalam demokrasi berfungsi.
Katanya sabitan terhadap Safwan mengesahkan Akta Hasutan bertentangan kebebasan bersuara dan prinsip demokrasi serta dijadikan alat kerajaan menyekat kritikan.
“Safwan disabitkan kerana menjalankan hak kebebasan bersuara dan hak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil dipilih dengan bebas seperti dijamin di bawah Perkara 19 dan Perkara 21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
“Tindakannya adalah sah dan termasuk dalam sistem demokrasi kerana beliau tidak mengambil jalan keluar dengan melakukan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Yap berkata sebuah kerajaan bertanggungjawab tidak boleh menindas pendapat individu mengkritik pentadbiran mereka, sebaliknya menerima kritikan itu secara positif untuk meningkatkan prestasi berkhidmat kepada rakyat.
Katanya perbuatan mengenakan Akta Hasutan terhadap individu  bersifat menindas, ketinggalan zaman serta tidak reelvan dalam abad ke-21 ini, malah tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokratik.

Bekas CJ: Cuma Melayu ikhlas tuntut merdeka

Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa hanya orang Melayu yang ikhlas berjuang mendapatkan kemerdekaan demi membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Ia berbeza dengan sikap orang orang bukan Melayu yang hanya terlibat menuntut kemerdekaan apabila menyedari kepentingan mereka perlu dijaga apabila negara merdeka, katanya.

"Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila melihat ia bakal menjadi kenyataan, demi menjaga kepentingan mereka.

"Perhatikan bahawa tujuan orang Melayu menuntut kemerdekaan dan tujuan orang bukan Melayu menyertai gerakan itu berbeza.

"Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanah airnya.

"Orang bukan Melayu menyertai gerakan kemerdekaan untuk menjaga kepentingan mereka, selepas merdeka," katanya dalam syarahan sempena Seminar Kebangsaan Islam dan Tajdid 2014, di Unisel Shah Alam.

Presiden PAS ada kuasa lantik Menteri Besar - Hadi

Presiden PAS ada kuasa lantik Menteri Besar - Hadi
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mengikut perlembagaan parti beliau mempunyai kuasa dalam beberapa perkara termasuk melantik menteri besar dan beberapa perkara yang berkait dengan parti.

Abdul Hadi berkata keputusan yang dibuat oleh presiden parti mengikut perlembagaan perlu didukung oleh timbalan dan naib-naib presiden.

Katanya, perkara melantik menteri besar mengikut amalan parti sejak 1959 tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

"Kita dalam Parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan, Perlembagaan PAS mengatakan Presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, Timbalan, Naib-Naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat oleh Presiden.

"Ini perlembagaan parti, mengatakan demikian. Dengan sebab itu, suka nak disebut di sini bahawa sepanjang kita memerintah tahun 1959, memerintah Terengganu dengan Kelantan, terus sampai tahun 1978, sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat dalam tahun 1978, di mana perlantikan Menteri Besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya ketika menjawab soalan peserta yang mengikuti sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang, pada Jumaat.

Abdul Hadi berkata ketika melantik menteri besar Kelantan pada 1990, Presiden PAS waktu itu, Fadzil Nor membuat keputusan tanpa melalui Jawatankuasa PAS Pusat.

"Presiden parti yang buat keputusan, beberapa orang. Termasuklah bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada Setiausaha Agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun sign, Presiden yang sign surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya lagi.

Mengulas mengenai pelantikan menteri besar Selangor yang baharu, Abdul Hadi berkata PAS tidak terikat dengan PKR dan DAP dalam menghantar nama calon kepada pihak istana.

Katanya, PAS memutuskan untuk menghantar nama kepada pihak istana setelah nama yang dicadangkan oleh partinya kepada PKR dan DAP ditolak.

Abdul Hadi yang kurang diplomasi

MSO

Abdul Hadi Awang.
Sejak kelmarin berkicauan berita kononnya akan wujud sebuah parti baru yang akan menjadi alternatif kepada Pas. Siapa empunya cerita dan menjadi tukang bari walahualam. Tetapi kemunculan berita wujud parti baru itu bertunas apabila apa dinamakan satu pertemuan di Kota Bharu pada 31 Ogos lalu. Pertemuan itu bertujuan menubuhkan, atau mengistyharkan penubuhan sebuah NGO bernama PasMa. Sedap juga namanya.

Tujuan penubuhan PasMa adalah sebagai menjadi penghalang kepada usaha pihak-pihak tertentu daripada membawa Pas bekerjasama dengan Umno. PasMa dikatakan akan jadi benteng kepada usaha itu. Kenapa sampai perlu ada PasMa dan kenapakah perlu dihalang?

Apabila diwujudkan sebuah Ngo menjadi penghalang ertinya ada usaha gigih tanpa jemu dan penat lelah untuk membawa Pas berkerjasama dengan Umno. Penubuhan PasMa itu mendedahkan bahawa Pas dalam berkucah dan berbalah dan mengesahkan Pas sedang dievolusikan.

Bukan maksud saya hendak menceritakan fasal PasMa ini, tetapi ingin merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang apabila menjawab pertanyaan berhubung dengan kewujudan PasMa yang didewa-dewakan menjadi parti alternatif kepada Pas itu. Saya perlu menjelaskan sebab kenyataan presiden Pas itu tidak melambangkan ianya suatu pandangan profesional.

Abdul Hadi semasa  majlis Dialog dan Penjelasan Isu Terkini di Rusila dilaporkan berkata tidak menghalang sekiranya ada pihak yang ingin menubuh parti baru. Alasan diberikan ialah negara ini mengamalkan demokrasi. Katanya mereka berlainan pendapat dalam Pas kalau hendak tubuh parti baru, baik keluar dan tubuh parti.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," demikian katanya. Pandangan dan pendapat Abdul Hadi itu mendapat reaksi hadirin dengan takbir. Bagaimana mereka yang mengharap Pas menjadi sebuah parti dinamik tentu kecewa dengan pandangan seorang ketua sedemikian. 

Memang negara ini sebuah negara demokrasi, sesiapa boleh tubuh parti baru dan menyertai mana-mana parti. Tetapi jawaban oleh seorang presiden sedemikian kurang bijak dan tidak menunjukkan ianya punya taraf diplomasi mengawan. Abdul Hadi tidak seharus menjawab pertanyaan berbentuk provokasi demikian.

Sebagai pemimpin parti berlatar agama beliau seharusnya memberi nasihat atau pandangan ke arah pengukuhan Pas atau jemaah daripada menggesa mereka yang tidak setuju dengan parti agar keluar parti. Sebagai seorang digelar Tokguru, Abdul Hadi seeloknya bertanya kenapa harus tubuh parti baru sedang Pas adalah sebuah parti yang cantik dan indah. Beliau harus melontarkan kepada golongan itu apakah silap dan cacatnya Pas.

Beliau juga sepatutnya mengambil fikiran kenapa sampai ada ura-ura untuk menubuh parti baru. Beliau harus mahasabah dan tilik kepada masalah yang berlaku. Kalau benar ada golongan tidak senang dengan Pas, atau bercanggah pendapat yang besar, beliau perlu menyelidik dan bertanya khabar apakah sebab musababnya. Umpama kita naik basikal kalau handle tidak boleh dipusing tentu adat mana-mana sendiri yang berkarat.

Apabila terus mencadang keluar parti ia menunjukkan Abdul Hadi sebagai seorang pemimpin yang tidak sayang kepada ahli dan melihat pengukuhan parti itu penting. Kebencian seakan senantiasa meniti di bibir mulutnya. Dimanakah hikmahnya beliau selaku pemimpin. Sikap tidak tahu diplomasi dan mudah melautkan orang seperti itu ia tidak memberi keuntungan kepada parti. Kalau kerap sangat menggunting rambut lama-lama kepala akan botak.

Wan Azizah tidak layak jadi MB sebab tidak ada kebolehan - Hadi

Wan Azizah tidak layak jadi MB sebab tidak ada kebolehan - Hadi
KUALA LUMPUR: PAS tidak menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu tidak berkebolehan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Wan Azizah ditolak bukan disebabkan gender tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan.

"Dia nak lantik pemimpin ini banyak syarat-syarat dia. Antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan, kelayakannya untuk jadi pemimpin.

"Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan untuk jawab soalan di Parlimen, untuk soal di Parlimen, soal dalam Dewan Negeri, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin? Ini tak boleh.

"Jadi syarat-syarat ni dah tidak lepas, bila tidak lepas syarat ni maka tak boleh jadi pemimpin, bukan dengan sebab perempuan dengan sebab lelaki.

"Jadi, yang sebenarnya, sebab kita tolak calon di Selangor tu kerana tak layak daripada awal-awal lagi, bukan dengan sebab dia perempuan, bukan dengan sebab itu," katanya ketika soal jawab dalam sesi dialog dan penerangan isu semasa di Rusila, Marang pada Jumaat.

Dalam sesi dialog itu juga Abdul Hadi turut menjelaskan PAS menghantar tiga nama calon menteri besar Selangor yang baharu kerana pihak istana mahu lebih dari dua nama.

Kemelut MB Selangor ganggu PKR di Pengkalan Kubur

Oleh Mohd Sayuti Omar
Walaupun masih belum dimuktamadkan, tetapi Pas semacam sudah pasti akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Kempunan Pas untuk mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur daripada PKR nampaknya akan menjadi kenyataan kali ini. Pas berhajat untuk mengambil kerusi berkenaan pada pilihan raya umum ke-13 lalu. Penyelia DUN Kuala Balah yang sebelum ini diberikan kepada PKR sudah pun disambar apabila ianya ditekan oleh Yang Dipertua Pas Jeli.
Usaha untuk menafikan PKR di Pengkalan Kubur telah dilakukan, dan PKR menerusi calonnya Shahrun Ibrahim hampir-hampir tidak tercapai. Kegagalan untuk "mengehel" PKR itu menyebabkan Pas Tumpat kecewa. Gara-gara itu juga calon PKR yang sudah "miskin" dan kurang berpengaruh di Pengkalan Kubur disabotaj dan akhirnya kalah teruk. Shahrun gagal mengekalkan majoriti diperolehi calon BN Noor Zahidi Omar dalam pilihan raya tahun 2008 yang hanya sebanyak 150, apabila Noor Zahidi menambah majoriti sebanyak 1,736 undi.

Berdasarkan keputusan itu Pas jadi semakin "gelenyer" untuk mengambil kerusi berkenaan. Kekosongan kerusi berkenaan ekoran kematian Noor Zahidi itu memberi peluang baik kepada Pas.

Dari segi berkawan tidak elok kalau Pas menafikan kawannya. Kalah atau menang sepatutnya kerusi itu diberikan kepada PKR. Sebagai sahabat dan ikrar permaufakatan, kekalahan dan kelemahan sahabat bukan wajar dijadikan alasan dan diambil peluang. Pas sepatutnya membantu PKR bukannya melanyak PKR.

Tetapi nilai persahabatan itu tidak berlaku dalam Pas dengan PKR di Kelantan. Pas lebih menunjukkan "anginnya" manakala PKR bersikap pasif dan senantiasa insafkan diri. PKR sendiri juga tidak cuba membina kekuatan dirinya selain terus menjadi melukut di tepi gantang.

Biarlah, PKR kena izinkan kepada Pas untuk bertanding di Pengkalan Kubur. Sama-sama tengok dan perhatikan apakah Pas boleh menang dan merampas kerusi yang sudah tiga penggal menjadi milik BN itu. Sejarah masa lampau boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana kemampuan Pas. Daripada 13 kali pilihan raya di kerusi itu, Pas hanya menang tiga atau empat kali sahaja, selebihnya dibaham oleh Perikatan/Umno.

Keperluan untuk PKR melepaskan kerusi Pengkalan Kubur itu juga sesuai menandangkan parti itu sendiri kini sedang berhadapan dengan masalah. Isu pengganti MB Selangor yang masih belum ada kesudahan menyebabkan kepala pucuk pimpinan PKR tidak tenang dan berserabut. Dalam keadaan begitu tidak mumgkin PKR dapat menyertai pilihan raya. Moral PKR sudah jatuh awal-awal lagi.

Lainlah kalau sebelum 10 September ini Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengangkat sumpah menjadi MB Selangor. Jawatan Azizah itu boleh dijadikan pengeras semangat untuk PKR meletak calon di Pengkalan Kubur. Sudah pasti kalau Dr Wan Azizah atau kemelut MB Selangor selesai dengan sesiapa sahaja mengangkat sumpah mengganti Khalid, moral PKR akan pulih kembali.

MAS: Pisang berbuah 4 kali?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
TRAGEDI menimpa Penerbangan Malaysia (MAS) lebih tragis daripada kehilangan dua buah pesawat.Dalam keadaan itu, sekiranya majoriti sahamnya tidak dimiliki kerajaan, rasanya sudah lama syarikat penerbangan nasional itu gulung tikar.
Dari perspektif pengurusan dan perniagaan, dilihat dari sudut mana sekalipun, adalah agak mustahil untuk memulihkan MAS walaupun sekiranya diterajui oleh CEO terhandal di dunia.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013 hutang terkumpul MAS mencatatkan jumlah RM8.75 bilion. Mudahnya sahaja untuk mencongak betapa syarikat penerbangan nasional itu memerlukan masa sembilan tahun untuk menghapuskan tinta merah pada ‘lembaran imbangan’ penyata kewangannya sekiranya pengurusan baru boleh mencatatkan keuntungan pasca-cukai sebanyak RM1 bilion setahun. Beberapa minggu lalu, kerajaan menerusi Khazanah Nasional mengambil langkah untuk membeli semula saham MAS yang tidak dimilikinya berjumlah 31 peratus daripada modal berbayar syarikat berkenaan dengan membuat tawaran 27 sen sesaham.
Susulan daripada keputusan ini, saham MAS digantung urus niaganya daripada Bursa Malaysia dengan objektif terakhir dikeluarkan daripada senarai saham tersebut harga bursa berkenaan.
Tidaklah difahami apakah tujuan kerajaan mengambil tindakan drastik tersebut. Soal pemilikan saham sebagaimana umum maklum tidak menyangkut secara langsung dengan prestasi kewangan, sekurang-kurangnya dalam kes MAS. Begitu juga dengan soal penyenaraian dalam Bursa Malaysia.
Mudah sahaja mengapresiasi hakikat sejak 2007 MAS sudah menjalani penstrukturan semula sebanyak tiga kali dah dalam tempoh itu saham MAS mengalami keadaan terumbangambing dalam Bursa Malaysia.
Ketika itu kebanyakan pemerhati kewangan berpendapat MAS sebenarnya berdaya-maju tetapi ia tidak ditangani oleh pengurusan bertaraf profesional dalam bidang perniagaan penerbangan awam. Ramai masih ingat bagaimana sebaik MAS diswastakan kepada seorang kroni Umno pada 1997 seorang pengurus utama di bawah bekas kroni berkenaan membuat kenyataan media dengan nada seolah-olah telah bekerja dalam industri penerbangan awam selama lebih daripada 50 tahun.

Ada perang dalam Umno?

Oleh Mohsin Abdullah
Ada yang menyamakan siri penangkapan dan pendakwaan hasutan yang berlangsung sekarang dengan Ops Lalang 1987. Setuju atau tidak terpulang. (Bagi yang kurang arif tentang Ops Lalang harap google).
Masa Operasi Lalang ramai yang kaitkannya dengan pergolakan dalaman Umno ketika itu. Walaupun itu tidak pernah dibuktikan, ramai yang membuat kesimpulan "bila orang Umno berperang orang lain akan menerima padah".  Betul atau tidak, itulah persepsinya. Itu cerita lama.

Cerita baru ialah penggunaan Akta Hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan ahli akademik. Adakah ini kerana Umno sedang berperang? (Jika "teori" 1987 menjadi sandaran).
Mungkin tidak adil untuk menuduh demikian. Buat masa ini. Kerana yang harus ditanya terlebih dulu ialah adakah Umno sedang berperang? Tidak ada tanda jelas yang menunjukkan ke arah itu. Yang  ada, "sekadar" teguran terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak. Semua sudah maklum apa yang diperkatakan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian. Bagi orang Umno itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai "perang" atau "pergolakan" dalaman. Setuju.  Tetapi yang jelas, Umno tidak berkongsi pendapat dengan Dr Mahathir berhubung tuduhan terhadap presiden mereka. Yang menarik ialah cara mereka menyatakan pendirian.
Contoh: “Tun (Dr Mahathir) sepatutnya menegur 'in private' - bukan membuat kritikan terbuka. Jumpalah Najib dan bincang," kata beberapa ‘panglima’ Umno.
Kata seorang lagi ‘panglima’:”Cara Najib sesuai dengan zaman ini, era Najib.”
Dan bagi seorang pemimpin tertinggi parti, Najib ‘dengar dan bincang dalam Kabinet  sebelum mengambil keputusan dan menggubal dasar’. Najib katanya lagi ‘bukan diktator’.
Mengapa soal ‘diktator’ diketengahkan tidaklah diketahui. Pun begitu bagi golongan yang tidak meminati Umno, parti itu tidak berani menyangkal Dr Mahathir secara terbuka ketika mempertahankan presiden mereka. Sebaliknya memilih untuk 'cakap bunga-bunga '.
Hanya Tun Musa Hitam yang berterus terang menjawab tuduhan Dr Mahathir. Tidak perlu huraian juga kerana semua sudah maklum apa yang Musa kata. Dan tidaklah memeranjatkan.  Kerana pada 1980-an ketika memegang jawatan timbalan presiden Umno, Musa mahu orang Melayu mempunyai ‘sikap kurang ajar’.

Ex CJ wants Sedition Act amended to allow gov't criticism

Ex CJ claims only Malays sincerely fought for Merdeka

PKR dan DAP yang minta PAS pujuk Ku Li, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu. “Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis. Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu. Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu. Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook. Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS. "Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu.

Saya guna budi bicara dan perlembagaan PAS namakan calon MB Selangor, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan beliau menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan perlembagaan PAS ketika menghantar nama calon menteri besar Selangor baru-baru ini. "Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan. "Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden," kata Hadi. Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam sesi taklimat khasnya dengan ahli dan pemimpin PAS Terengganu di sebuah dewan terbuka di perkarangan Masjid Rusila pada Khamis. Menurut Hadi, ia merupakan amalan pemimpin PAS terdahulu termasuk Datuk Fadzil Mohd Nor ketika mahu melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar Kelantan. "Bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada setiausaha agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun 'sign'. Presiden yang 'sign' surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat," kata Hadi dalam taklimatnya. Katanya, demikian juga yang diamalkan sepanjang PAS memerintah Terengganu dan Kelantan sejak 1959 hingga 1978. "Sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat tahun 1978, di mana perlantikan menteri besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan. "Begitulah bila kita menang tahun 1995, tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS)

Utusan: Pas hanya menunggu detik untuk berpecah?

KUALA LUMPUR  - Pas dijangka berpecah dua pada bila-bila masa berikutan wujud dakwaan kumpulan yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dipercayai bakal bertindak sebagai 'Pas baharu'.
PasMa yang ketika ini telah berjaya menarik lebih 100 orang penyokong, dipercayai akan memisahkan diri dengan Pas yang dipimpin kumpulan ulama diketuai Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain tidak mustahil bergerak lebih jauh iaitu bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut sumber, PasMa dijangka mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa Pas perlu kekal dalam pakatan pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO terutama selepas meletusnya krisis perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor.
Dakwanya, sesi penerangan pertama dipercayai akan dibuat di Shah Alam pada Isnin ini dan tiga pemimpin Pas yang disebut-sebut bakal hadir ialah Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof dan bekas ahli Majlis Syura, Ahmad Awang.
"Sebenarnya kumpulan ini sudah pun berkumpul dan bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan, pada 31 Ogos lalu diketuai salah seorang pemimpin tertinggi Pas yang dikenali cukup rapat dengan Anwar selain kerap kali berbeza pandangan dengan Abdul Hadi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan PasMa sudah didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Ogos lalu, sebagai tindak balas terhadap penentangan Abdul Hadi berhubung cadangan Anwar untuk melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Sementara itu, pengendali blog MalaysiaToday.net, Raja Petra Kamaruddin turut membayangkan PasMa akan berdaftar sebagai parti selepas ini sebagaimana tertubuhnya Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) pada 1977 berikutan krisis politik Pas Kelantan.

Isu MB: PKR dakwa mStar, The Star sebar maklumat salah

logo-pkrSHAH ALAM, 6 SEPT : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menafikan laporan berita mStar dan The Star berhubung isu pemilihan Menteri Besar Selangor yang mendakwa parti itu akhirnya menamakan tiga calon kepada pihak istana selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata rencana yang ditulis kedua-dua portal dan akhbar itu didapati dipetik daripada sumber yang menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan jumlah calon Menteri Besar yang akan dihantar PKR kepada istana.
Katanya perkara itu turut dinafikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan berita berkenaan tidak tepat.
“Rencana-rencana itu turut cuba menimbulkan persepsi bahawa Setiausaha Agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang disebut “sumber” wartawan mStar dan The Star.
“Ini tidak sepatutnya dilakukan kerana Datuk Setiausaha Agung tidak menjawab soalan mengenai isu jumlah nama calon,” katanya dalam satu kenyataan.
mStar melaporkan PKR akhirnya menamakan tiga calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor selepas beberapa minggu mempertahankan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk mengisi kerusi panas itu.
Portal itu berkata selain Wan Azizah, dua lagi calon yang dinamakan adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok, Dr Idris Ahmad.

PasMa mungkin jadi pencetus parti baru.!!

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS.

ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.

"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah,” katanya kepada Malaysiakini.

"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan,” katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS.

Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.

“Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti,” katanya.

MB Selangor: PAS Melaka kesal keputusan parti tak dituruti


Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor.

Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu.

Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana.

Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.

"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.

Orang baru kenal PAS rasa isu Selangor sudah berat - Presiden


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku kini sangat teruk.

“Kepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang ‘mabuk laut’ dan pening,” ujarnya ketika berucap pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila petang semalam.

Beliau berkata, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sedikit sangat tetapi kepada mereka yang baru hendak belajar politik merasakannya sudah berat.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, kemelut yang berlaku di Selangor bukan masalah PAS.

"Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya.

“Kita telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerajaan negeri Selangor kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan telah berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih hingga tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan,” jelasnya pada majlis yang dianjurkan PAS Negeri Terengganu itu.
Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan ‘gelombang’ politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan ‘bodoh’ dan merosakkan ‘bahtera PAS’.

Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS


MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam.

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.

'Tawaran pada Azmin kerana PAS takut dikhianati' - Khalid Samad

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata, presiden parti itu membuat tawaran kepada Azmin Ali untuk menyertai PAS kerana bimbang PKR akan melakukan “pengkhianatan lebih besar” kepada parti Islam tersebut.

Jelasnya, Hadi bimbang PKR akan membentuk kerajaan baru di Selangor tanpa penyertaan PAS.

Katanya, menurut kaca mata Hadi, keadaan itu mungkin berlaku apabila presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah membentuk kerajaan baru melalui sokongan majoriti 30 ADUN, termasuk dua wakil rakyat PAS.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini, Khalid berkata jika keadaan itu berlaku, ia bakal mengundang kemarahan orang Melayu apabila terbentuk "kerajaan Melayu minoriti" di Selangor.

"Kalau dia (ADUN PAS) sanggup mengkhianati atau PKR sanggup mencuri ahli PAS (ADUN) untuk nak cukup 30 ahli, maka beliau khuatir pengkhianatan yang lebih besar berlaku...

"...iaitu PAS diketepikan (atau) ditendang keluar dan kerajaan dibentuk dengan 30 ADUN itu. Dalam keadaan itu, ia akan merupakan kerajaan Melayu minoriti. Dalam keadaan itu, orang Melayu akan marah kepada PAS.

Bimbang PAS jadi sasaran

"Jadi dalam konteks itu, dalam keadaan PAS dikhianati oleh PKR, maka tindak balas beliau (dengan) fikir bagaimana nak selamatkan keadaan, supaya tak timbul suasana orang Melayu tak marah kepada PAS," katanya.

Khalid berkata Abdul Hadi bimbang PAS dipersalahkan apabila isu perkauman ditimbulkan jika terbentuk kerajaan yang majoritinya dikuasai DAP.

'Buang kerja kerana piket tak pernah berlaku'

Bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Muhammad Abas hairan dengan tindakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad memberhentikan kakitangan yang menyertai piket.

Beliau yang juga bekas presiden Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM) berkata, kakitangan yang menyertai piket pimpinannya sebelum ini tidak pernah dikenakan tindakan seperti itu.

“Dulu pernah berlangsung piket selama 23 hari, tiada langsung pekerja yang diberhentikan tetapi ini baru tiga hari dah ada yang kena berhenti,” katanya.

Muhammad turut menekankan bahawa segala aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan pekerja tidak boleh dicampuri sama sekali oleh pihak majikan.

Katanya, RUM harus mengemukakan perkara ini kepada perdana menteri kerana ia melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Anggota RUM tunggu masa diberhentikan kerja dari KTM

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, beliau percaya saki-baki anggotanya yang menyertai piket Mei lalu kini hanya menunggu masa untuk diberhentikan kerja oleh majikan mereka.

KTMB kini bertindak memberhentikan pekerja tersebut sedikit demi sedikit, katanya yang turut dikenakan tindakan sama, 29 Ogos lalu.

Terbaru, seramai tiga orang pekerja KTMB diberhentikan kerja tanpa notis, menjadikan jumlah pekerja yang dikenakan tindakan tersebut seramai lima orang setakat ini, katanya.

Tiga individu itu ialah wakil pembantu trafik Muhammad Faizal Shahibul Kiraya, wakil jawatankuasa RUM Kuala Lumpur Zahit Zakaria dan pengerusi RUM cawangan Ipoh Mohamad Yusuf Mohamed Rashid.

“Setiap hari pekerja akan diberhentikan sehingga mencapai jumlah 110 orang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PRK P.Kubor: Pakatan Rakyat umum calon 11 September

MB Selangor: Nik Aziz serah kepada jawatankuasa PAS Pusat

Khalid Samad: Hadi courted Azmin fearing PKR betrayal

PAS exco: Pakatan consensus needed if there is to be trust in PAS

‘Samseng’ PPS tidak perlu ambil alih tugas polis, kata Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran sekali lagi kepada Pulau Pinang malam tadi berkenaan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diharamkan polis kerana ia tidak berdaftar. Menteri dalam negeri itu berkata, tidak ada keperluan menubuhkan unit atau organisasi lain menjaga keselamatan negeri itu kerana ia tugas polis. "Kita tidak perlukan samseng untuk jaga keselamatan. Saya akan minta CPO (ketua polis negeri) dan OCPD (ketua polis daerah) jaga keselamatan negeri ini. "Tidak perlu PPS hendak ambil alih tugas ini. Polis ialah polis. Kuasa dan undang-undang adalah tanggungjawab polis. Ini Zahid Hamidi tahu?" katanya malam tadi. Beliau yang juga naib presiden Umno berucap semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Bukit Bendera di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. –

The Selangor upheaval

What we are seeing is a messy and chaotic exercise of democratic principles at play.

selangor-sukWith the deadline of September 3rd for sending in nominees to the Palace well and truly over, Pakatan Rakyat has yet to come to a consensus on who should head the Selangor state government, leaving its fate very much in the hands of the Sultan.
Since August 26, when the Sultan asked for three nominees from each of the components of Pakatan and amidst the frantic intra-party consultations and inter-party horse trading, the reality is that PKR, DAP and PAS have drifted further apart from their original positions.
PAS Secretary General Mustafa Ali’s statement to Harakah yesterday did little to clear the air for the Selangor public, who very much want to see an end to this debacle over the appointment of a new Menteri Besar to replace the outgoing Khalid Ibrahim. Mustafa said that PAS had complied with the Sultan’s decree that each party send in at least three names, without elaborating on who those three names were but he did add that the letter went directly to the palace from PAS president Hadi Awang’s office. It is debatable if Mustafa was even privy to the contents of the letter or if he was putting on an elaborate show to get media hounds off his back.
Is Hadi obediently acceding to the royal dictate or is he using the office of party president to act unilaterally on behalf of PAS? Either way, it looks like a betrayal to the Pakatan cause, and increasingly that Hadi is willing to test options other than those offered by the coalition.
It must feel like a stab in the back for PKR, who has stood steadfastly to its position of a sole nominee to the palace in Wan Azizah. DAP has consistently supported PKR in this respect, as it does not have a contender of its own in this contest.

REALLY? PKR to pick Azmin as MB if Azizah is rejected

Opposition leader Anwar Ibrahim's plan to elevate his wife as Selangor's menteri besar is in tatters after the state ruler lambasted his Parti Keadilan Rakyat (PKR) for defying the request to nominate more than one candidate as the next state chief.
But this opens the way for the party's influential deputy president, Mr Azmin Ali, to finally take power after PKR's top leadership decided on Tuesday that it will nominate him should the palace reject party president Wan Azizah Wan Ismail.
REALLY? PKR to pick Azmin as MB if Azizah is rejectedSources told The Straits Times that a letter from the palace arrived yesterday evening, in which "His Majesty chided the party for defying his decree".
PKR issued a statement late last night saying that the letter was a reminder that more than two names were required, without rejecting its president's candidacy, but the party retracted the statement moments later.
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, who ignored Dr Wan Azizah's request for an audience last month, set yesterday as the deadline for PKR and its two partners in the Pakatan Rakyat (PR) coalition to offer more than one name for the menteri besar post.
On Monday evening, PKR officially declared Dr Wan Azizah as its sole choice. The Democratic Action Party, its partner in PR, did the same on Tuesday.
However, fears that the Sultan would view the party's stance as defiant forced PKR's top leadership to capitulate - and decide that Mr Azmin, the choice of third PR partner Parti Islam SeMalaysia (PAS), should be the alternative.
PKR, which has controlled Malaysia's richest state with its PR allies since 2008, agreed on Tuesday night to nominate Mr Azmin for royal assent should the palace reject Dr Wan Azizah, sources told The Straits Times.
"Although the top leadership will not supersede the earlier letter, they agreed to hold a special meeting to endorse Azmin if the palace rejects Wan Azizah," a source said.

Najib ‘cakap bukan serupa bikin’

PR Sarawak mahu mengetahui mengapa pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan yang ketinggalan zaman kerana seruan Najib untuk memansuhkan akta terbabit semasa sesi temuramah bersama BBC di London tahun lepas.

akta-hasutanKUCHING: “Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak hanya berkata perkara yang waras apabila beliau Cuma baca dari skrip yang disediakan,” kata Ketua Pakatan Rakyat (PR) Sarawak Baru Bian dalam satu kenyataan sambil menegaskan bahawa “cukup sudah cukup”.
Baru menyesali gelombang tangkapan di bawah Akta Hasutan yang umpama “cakap bukan serupa bikin (kata-kata tidak cukup, tindakan perlu ada).”
“Tangkapan tanpa henti terhadap ahli politik pembangkang dan malah ahli akademik kerana hasutan beberapa minggu lepas menunjuk bahawa tindakan keras kerajaan terhadap suara yang berbeza pendapat dan mengingatkan semula kepada Operasi Lalang,” kata Baru yang juga Adun Ba’kelalan dan bakal Ketua Menteri Sarawak daripada pihak pembangkang.
“Pengumuman berat sebelah oleh pejabat PM yang mengatakan bahawa kenyataan yang mempunyai unsur hasutan merupakan ‘hal-mahkamah’ dan tiada kaitan dengan kerajaan telah bertemu dengan sindiran.”
PM dan pegawai beliau, tegas Baru perlu memberi penduduk sedikit penghargaan untuk kebijakan dan berfikir secara berhati-hati “sebelum menyuap kita dengan alasan yang tidak munasabah.”
Beliau mahu mengetahui mengapa pihak berkuasa mengunakan Akta Hasutan yang ketinggalan zaman kerana seruan Najib untuk memansuhkan akta terbabit semasa sesi temuramah bersama BBC di London tahun lepas.

Putrajaya patut ikhlas dengan Borneo

Kemarahan orang awam dengan ketidakcekapan dan ketidakupayaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir Sabah telah mencapai takat didih.

Darell LeikingKOTA KINABALU: MP Penampang Darell Leiking telah menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menjaga kelakuan mereka dan bukannya menakut-nakutkan aktivis hak asasi di Sabah dan Sarawak dengan kemungkinan mereka ditangkap kerana menyiarkan keluhan rakyat.
Beliau mencadangkan supaya Putrajaya menerbitkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan serta-merta dan pada masa yang sama menangani masalah rakyat Borneo.
“Kemarahan orang awam dengan ketidakcekapan dan ketidakupayaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir Sabah telah mencapai takat didih,” kata Darell dalam satu kenyataan.
Beliau menyokong bekas Setiausaha Sabah Simon Sipaun yang, memetik Bible yang mengatakan “manusia tidak hidup dengan roti sahaja” telah mengulangi kenyataan tersebut dalam ceramah pra-Merdeka beliau di Kota Kinabalu bahawa “kehidupan di Sabah lebih baik sebelum 1963″.
Beliau juga kesal dengan laporan polis yang dibuat terhadap Simon terhadap kenyataannya yang kerap kali diulangi mengenai nasib Sabah dalam Malaysia.
Menurut beliau apa yang rakyat Sabah mahu daripada Kerajaan Persekutuan adalah mudah.
Selain laporan RCI itu, beliau mengenal pasti isu-isu utama seperti:
(1) pengiktirafan Sabah sebagai rakan kongsi setaraf dengan semenanjung dan Sarawak;
(2) kerusi Parlimen yang dipegang oleh Singapura sebelum diberikan kepada Sabah dan Sarawak dan nisbah keseluruhan kerusi di Parlimen dikekalkan iaitu 65 peratus semenanjung, 35 peratus Borneo;
(3) semakan semula royalti minyak; dan

Orang Sabah bukan orang Melayu.?

Definisi Melayu dalam konteks Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 160 (2) mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu juga bertutur menggunakan bahasa Melayu
Oleh Hasmin Azroy Abdullah
Beberapa minggu kebelakangan ini, Sabah riuh dengan cakap-cakap berkenaan soal entiti Melayu khususnya dari ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah.
Masidi Manjun mengeluarkan kenyataan untuk menjustifikasikan definisi Melayu dengan bertegas bahawa semua bangsa di Sabah layak menjadi ahli UMNO kerana berada dalam rumpun Melayu.
sabahanPada zaman Kesultanan Melaka, dikatakan bahawa Bahasa Melayu itu pernah menjadi ‘lingua franca’ iaitu bahasa perhubungan utama di Kepulauan Melayu.
Oleh itu, umumnya bolehlah dikatakan bahawa Melayu itu sebenarnya ialah BAHASA dan BUKAN BANGSA.
Daripada sedikit sejarah asal usul Melayu ini, saya ingin bertanya kepada Masidi Manjun, bahawa rumpun Melayu yang beliau rujuk ini berdasarkan definisi yang mana?
Saya yakin bahawa definisi Melayu yang beliau sebutkan itu tentulah dalam konteks Melayu mengikut Perlembagaan Malaysia, Perkara 160 (2), orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.
Namun jika mengambilkira definisi ini, sudah tentu ahli UMNO di Sabah tidak layak menjadi ahli apatah lagi bagi mereka yang bukan beragama Islam.
Walau bagaimanapun, dalam Perlembagaan UMNO Fasal 4 (4.2) Ahli Biasa ialah warganegara Malaysia berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas.
Justeru golongan Bumiputera di Sabah ini boleh menjadi ahli UMNO.
Maka adalah tidak wajar untuk mengklasifikasikannya sebagai Melayu secara rambang.
Satu persoalan pula yang ingin saya sentuh ialah definisi Bumiputera.
Jika kita merujuk Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Perlembagaan Sabah, tidak wujud perkataan BUMIPUTERA.

Malaysia Kita: Remaja perempuan lalok

“Dilihat terbaring dan tidak sedarkan diri”

pix_middleSEREMBAN: Seorang remaja perempuan yang juga pelajar Tingkatan Lima dipercayai lalok dan tidak sedarkan diri ketika Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), melakukan pemeriksaan di Dataran Seremban.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata dalam pemeriksaan jam 10 malam itu, didapati kumpulan remaja lelaki dan perempuan berusia 16 tahun hingga 20an sedang leka menghidu gam dan meminum minuman keras.
“Kami mendapati sebahagian daripada mereka memegang bungkusan plastik dipercayai berisi gam, selain botol-botol arak bersepah.
“Remaja perempuan dilihat terbaring dan tidak sedarkan diri, walaupun setelah dikejutkan beberapa kali.
“Ibu dan bapa remaja itu datang ke lokasi dengan menaiki motorsikal, setelah dihubungi oleh kami.
“Bimbang dengan keadaan remaja tersebut, ibu bapa remaja itu meminta bantuan JHEAINS untuk menghantar anaknya ke Hospital Tuanku Jaafar,” katanya.
Menurut Ahmad Zaki, dalam pemeriksaan tersebut, empat remaja lelaki di tahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan, kerana didapati mengambil minuman memabukkan; yang mensabitkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Ahmad Zaki menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak, agar tidak terjerumus dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Jumud kitab dan kegilaan akidah

Oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam sejarah Islam, terdapat banyak perbalahan dalam kalangan para sarjana yang membawa kepada menghukum individu sarjana lain dengan kafir dan sesat. Kita sepatutnya tidak menyambung segala krisis yang berlaku berlaku pada zaman yang lalu.
Sekarang di Malaysia apabila muncul kelompok Ahbash yang menggunakan jenama Ahlus Sunnah wal Jamaah beraliran Ashairah, mereka ini mengkafirkan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan jalur salafi yang beraliran Hanabilah (Hanbali).

Pelampau Ahbash ini mendakwa itulah pegangan Ahlus Sunnah aliran Ashairah. Di sebelah pihak salafi, muncul golongan dari aliran Madkhali yang menyesatkan Ashairah dan semua aliran sufi secara pukal. Maka, dunia Islam yang penuh dengan pepecahan ditambah dengan isu kafir-mengkafir dan sesat menyesat.
Sejarah ihya Jika kita hendak menelan bulat-bulat apa yang ulama dulu hukum antara satu sama lain, maka sudah pasti sukar kita mendapat manfaat daripada semua pihak. Umpamanya, pada zaman al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H), Kerajaan Andalus di bawah pimpinan Ali bin Yusuf bin Tashfin (meninggal 537H) yang terkenal sebagai pemerintah yang sangat soleh yang memuliakan ulama fekah  mengharamkan kitab Ihya 'Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali.
Bahkan kitab Ihya dibakar dengan arahan pemerintah secara rasmi di hadapan Masjid Cordova (Qurtubah). Ali bin Yusuf sangat cintakan ulama dan tidak akan mengambil tindakan melainkan dengan arahan ulama. Tokoh ulama ketika itu yang berpengaruh ialah al-Qadi Ibn Hamdin yang menjadi kadi besar Cordova masa itu. (lihat: Muhammad Abd Allah al-Misri, Daulat al-Islam fi al-Andalus, 3/78. Kaherah: Maktab al-Khaniji).
Para ulama Andalus bermazhab Maliki dan beraliran Ashairah dari segi ilmu kalam. Mereka yang  menggesa pemerintah yang soleh itu mengharamkan kitab Ihya 'Ulum al-Din bahkan kitab itu diarahkan agar dibakar di seluruh Andalus dan Maghribi (Morocco). Mereka mendakwa kitab itu sesat dalam pelbagai isu termasuk dikatakan isu roh yang dibahaskan al-Ghazali.
Jika kita lihat tindakan ulama Andalus ketika itu, tiada kaitan sama sekali dengan aliran Hanbali ataupun al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) yang muncul hampir 200 tahun kemudian.
Menarik selepas berakhir zaman tersebut, kitab Ihya mendapat tempatnya di Andalus. Apatah lagi anak murid al-Ghazali yang terbilang iaitu al-Qadi Abu Bakr ibn al-'Arabi (meninggal 543H) di sana.
Ibn Jauzi
Demikian jika kita lihat tokoh yang sering dirujuk aliran salafi iaitu al-Imam Ibn Jauzi (597H). Beliau bukan al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang merupakan anak murid al-Imam Ibn Taimiyyah. Beliau lebih awal daripada mereka. Beliau daripada segi fekah aliran Hanabilah (Hanbali).
Tulisannya mengkritik golongan sufi sering digunakan dalam aliran salafi. Antara buku beliau yang terkenal Talbis Iblis. Dalam buku tersebut beliau mengkritik golongan sufi habis-habisan. Antara kenyataannya "Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasarkan pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya". (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Namun dalam akidah, Ibn Jauzi tidak sealiran dengan aliran Hanbali yang tidak mentakwilkan ayat-ayat sifat. Ibn Jauzi mengikut jalan takwil yang diambil aliran Ashairah. Beliau menganggap tafsiran seperti yang dipertahankan Ibn Taimiyyah yang datang seratus tahun selepas beliau itu sebagai satu kesalahan.
Namun, oleh kerana Ibn Taimiyyah belum wujud, beliau mengkritik tokoh lain di zaman itu. Beliau mengkritik tokoh besar hadis dalam Mazhab Malik di Andalus iaitu al-Imam Ibn 'Abd al-Barr (meninggal 463H) yang merupakan ilmuwan agung di Andalus dan pengarang kitab yang terbilang iaitu al-Tamhid yang mensyarahkan Kitab Muwatta al-Imam Malik bin Anas.
Kata al-Imam Ibn Jauzi:"Aku hairan dengan puak-puak yang mendakwa berilmu tapi cenderung kepada tasybih (menyamakan Allah) dengan cara memahami hadis-hadis secara zahir. Jika mereka sekadar membacanya saja seperti mana dalam asalnya, maka itu selamat…tapi puak-puak ini pendek ilmu mereka. Mereka kata memahami hadis tidak secara zahir itu merupakan ta'til (memandulkan sifat Allah). Jika mereka itu fahami keluasan bahasa tentu mereka tidak sangka begitu".
Kemudian beliau menyebut:"Aku sungguh hairan dengan seorang lelaki Andalus yang dipanggil Ibn 'Abd al-Barr yang menulis kitab al-Tamhid. Dia menyebut hadis Allah turun ke langit, lalu dia berkata: "Ini menunjukkan Allah itu di atas Arasy, jika tidak masakan ada erti bagi perkataan turun. Kenyataan ini satu kejahilan dalam mengenali Allah.” (Soid al-Khatir, 99. Damsyik: Dar al-Qalam).
Jika kita lihat, Ibn 'Abd al-Barr bukan dari aliran Habilah bahkan jauh sekali untuk terpengaruh dengan Ibn Taimiyyah yang lahir dua ratus tahun kemudian. Beliau dari aliran ahli hadis yang bermazhab Malik bin Anas. Sementara Ibn Jauzi dari aliran Hanbali. Namun, perbezaan seperti itu berlaku.
Jadi, soal perbezaan bukan sahaja soal aliran yang seseorang dikaitkan dengannya, tetapi cara dan keputusan fikiran yang diambil. Di Malaysia, ramai yang mendakwa daripada aliran Mazhab al-Syafi'i padahal banyak keputusan yang diambil itu tidak mewakili apa yang termaktub dalam kitab al-Imam al-Syafi'i ataupun tokoh utama mazhab al-Syafi'i.
Tidak selamat

Elak jadi golongan jahat yang disukai syaitan

SYAITAN dan iblis merupakan makhluk terkutuk yang dilaknat oleh Allah SWT sampai hari Kiamat. Kutukan Allah itu adalah disebabkan tindakan penentangan mereka terhadap arahan Allah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.
Keterlanjuran tindakan mereka yang tidak mahu tunduk kepada perintah Allah itu, menyebabkan mereka dilabel sebagai golongan ahli neraka. Justeru mereka bekerja keras untuk memastikan ada golongan makhluk lain di kalangan manusia turut dipalit sebagai ahli neraka sama seperti mereka.

Mereka yang mudah dipengaruhi oleh syaitan adalah golongan yang tidak suka duduk dalam majlis-majlis ilmu, mempelajari, menghayati, berdiskusi apatah lagi untuk mengamalkan illmu-ilmu yang menjanjikan pelbagai kebahagiaan seperti yang ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. Mereka bukan sahaja berkawan rapat dengan syaitan yang dilaknat Allah, malah sering terjebak dalam melakukan perkara-perkara yang disifatkan Islam sebagai penentangan secara terbuka terhadap Allah selaku Pencipta mereka.
Selain itu faktor yang menyebabkan mereka tidak berminat kepada programprogram Islam kerana menjauhkan diri daripada golongan ulama, atau golongan yang sering mengingatkan manusia kepada Allah di waktu pagi, tengahari, petang, senja dan malam.
Perkara ini jelas ditegaskan Allah menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud: “Dan bersabarlah kamu sentiasa berdamping rapat dengan orangorang yang mengingatkan kamu kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
Berkawan dengan golongan yang tidak menyeru untuk mengingati Allah, akan mengakibatkan seseorang itu terdedah kepada hati mereka menjadi keras, kerana golongan yang jahat sentiasa mahukan agar ada di kalangan manusia melakukan penentangan terhadap Allah, Rasul, al-Quran dan Islam.

Tindakan terpilih terhadap musuh politik dedah wajah sebenar Najib

Selepas Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang ditahan pihak berkuasa, Menteri Dalam Negeri Dato’ Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan yang Jabatan Amal PAS bakal menjadi sasaran seterusnya.
Pemerintah belum menjelaskan dengan benar apa kesalahan yang dilakukan melalui aktiviti Amal yang merupakan sebahagian petugas PAS, sebuah parti politik yang sah berdaftar.

Jabatan Amal dijadikan sasaran mendedahkan sikap selektif dan motif politik di pihak pemerintah Barisan Nasional, kerana Amal telah berkhidmat bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada masyarakat sekeliling dan ramai lagi rakyat Malaysia apabla diperlukan. Bencana banjir besar yang telah beberapa kali melanda beberapa buah negeri di Malaysia telah menjadi medan kecemerlangan aktiviti petugas Amal, apabila ada yang mendahului pihak berwajib dan menampung tanggungjawab yang sewajarnya terletak di bahu pihak pemerintah.
Rekod Jabatan Amal, sebelum ini dikenali sebagai Unit Amal, menjelaskan sendiri pencapaian dan peranan penting yang digalas oleh Amal dalam masyarakat.
Amal bukan sebuah badan yang mengambil peranan pihak polis, tetapi memberi sumbangan tenaga daripada melibatkan bantuan kemanusiaan hingga kepada memastikan kelancaran aktiviti parti dan masyarakat.
Pihak berkuasa yang dilihat didorong oleh kuasa politik juga menampakkan satu kesungguhan baharu untuk mendakwa pelbagai pihak yang didakwa terlibat menghasut.
Penguatkuasaan melibatkan pelanggaran batas-batas yang boleh menjejaskan keharmonian dalam negara kita tidak pernah dinafikan kepentingannya, kerana sebagai masyarakat yang berbilang etnik, agama dan identiti, batas-batas diperlukan agar tidak mencetuskan suasana yang tegang dan berpotensi mencetuskan kekacauan.
Walau bagaimanapun, pihak berwajib perlu bertekad menunjukkan yang penguatkuasaan yang sedang berlangsung ini tidak didasari kepentingan politik dan selektif.

PKR, DAP Blindsided By PAS’ Move

pakatan_rakyat
(NST) – Relations between the Pakatan coalition partners were stretched to breaking point yesterday when Pas dropped a bombshell on PKR and DAP by announcing that it had sent three nominations for the Selangor menteri besar (MB) post, including one from among its assemblymen.
The move was a clear indication that Pas is breaking rank with its allies, which had insisted on nominating only PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail for the post.
Pas secretary-general Datuk Mustafa Ali confirmed the party’s move in a one-worded text message to the New Straits Times.
“Betul (correct),” he replied to NST’s question whether it was true that Pas had sent a nomination from among its assemblymen, apart from another two from PKR.
Mustafa later told party organ Harakahdaily that the nomination of the three candidates was sent straight from the Pas president’s office to the palace, in an apparent inference that it had been endorsed by party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Yes, it’s more than two names, so, it’s three names,” he was quoted as replying to a question on the matter by Harakahdaily.
He added that the Pas’ move was to fulfil the request by Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah in a decree on Aug 26 which requires members of the Pakatan coalition to submit at least three nominations to replace Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim as MB.
Mustafa, however, declined to name the two PKR and one Pas assemblymen nominated by the party.
Sources had however told NST that Dr Wan Azizah and her party deputy Azmin Ali were almost certain to be the two nominees from PKR while the Pas candidate is likely Selangor Pas commissioner Iskandar Abdul Samad.
Iskandar, who is Cempaka assemblyman is serving in Khalid’s administration as the chairman of state Housing, Building Management and Urban Settlers Executive Committee.

Jika semua PAS kena setuju dengar PKR…tutup PAS masuk PKR – Subky Latif


(Agenda Daily) – Minggu ini, sudah dua kali, propagandis PAS, Subky Latif menulis dari hatinya mengenai kemelut dalam pakatan pembangkang.
Kali pertama beliau mengulas mengenai kenyataan ‘penyapu baru’ PAS Tan Sri Muhammad Mohd Taib kononnya jika buat pilihanraya negeri PAS akan kalah teruk.
subky-latifPada Jumaat, melalui kolum di Harakah, Subky membidas lagi, kali ini mengenai desakan supaya PAS mengikut keputusan PKR dalam isu MB Selangor.
Dalam tulisan bertajuk ‘Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju’ itu Subky kata dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.
“Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR,” katanya.
Menurut pengasas lidah rasmi PAS, Harakah itu, jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat UMNO.
“Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR.
“Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR,”jelas beliau menggunakan logik mudah kenapa PAS boleh berbeza pandangan dengan PKR dan DAP.
Jelasnya, apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar kerana sebab yang berbeza.
“Apabila PKR, DAP setuju memberi satu nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih dua nama seperti yang dikehendaki istana.
“Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri.” katanya mempertahankan pendirian PAS bahawa urusan untuk menamakan calon MB adalah hak parti itu dan tidak terikat dengan keputusan PKR juga DAP.