Jumaat, 5 September 2014

Hutang Kereta (RM145 bilion), Hutang Pinjaman Peribadi (RM56 bilion), Hutang Rumah : RM316 bilion Hutang Kad Kredit (RM32 bilion). Apa Puncanya?

hutang
Hutang Kereta, Pinjaman Peribadi, Rumah, Kad Kredit  : Melihat hutang is rumah yang merupakan antara kayu ukur tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sekaligus kenaikan BLR naik 2014 kali sehingga Ketua Ekonomi CIMB Research, Lee Heng Guie menjangkakan yang mana kenaikan BLR naik 2014 bakal menyebabkan kalangan rakyat Malaysia yang memiliki gaji dan pendapatan di bawah… angka RM3,000 bakal berhadapan kesan kewangan yang teruk dan kesan masalah sosial.
Di mana ada antara mereka akan hanya dapat teruskan kehiduapn setiap bulan dengan baki simpanan yang semakin kecil.

Senarai Beban Hutang Rakyat Malaysia?

  • Hutang kereta : RM145 bilion
  • Hutang pinjaman peribadi : RM56 bilion
  • Hutang rumah : RM316 bilion
  • Kad Kredit : RM32 bilion
KLIK SINI : Gaji di Malaysia Naik Lagi "Laju" Daripada Harga Barang. Kuasa Beli Rakyat Semakin Meningkat? Ini Jawapan Menteri!!
Yang mana perbelanjaan kad kredit, banyak digunakan untuk membeli belah sehingga mencecah 30% berbanding untuk pembeli minyak, bayar bil dan lain-lain. Dan Malaysia sekarang berada di tangga kedua paling teruk hutang kad kredit di Asia Tenggara berdasarkan rujukan kajian oleh pihak iMoney Malaysia.
Oleh itu, Berita Semasa suka untuk melihat daripada sisi yang berbeza mengapa dan bagaimana hutang rakyat Malaysia boleh melonjak tinggi sebegini rupa. Mengapa? Boleh hanya jumlah dan nilai hutang rakyat Malaysia sekadar menjadi “jaguh kampung” tetapi Malaysia telah menjadi jaguh Asia” apabila diangkat menjadi negara yang mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia. Berita Semasa sama sekali tidak mahu Malaysia dikenali dengan statistik dan angka yang sebegini rupa. Tetapi mengapa keadaan semakin bertambah buruk? Mengapa?
Hutang Pinjaman
Berdasarkan semakan Berita Semasa kepada laporan yang dikeluarkan oleh syarikat Whitman Independent Advisors Sdn Bhd, rakyat Malaysia sebenarnya menyimpan sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah gaji anda untuk tujuan simpanan di hari tuan anda. Jikalau tidak tercapai, maka kalangan rakyat Malaysia di hari tua bakal hidup dengan keadaan yang tertekan dek kerana kesan inflasi dan kenaikan kos sara hidup daripada tahun ke tahun.
Dengan kos sara hidup di malaysia hari ini terutamanya di bandar-bandar besar di Malaysia, rakyat Malaysia dilihat bertungkus lumus untuk membayar hutang, perbelanjaan harian, perjalanan, makanan minum dan sebagainya setiap hari untuk terus hidup di atas bumi yang dinamakan Malaysia. Setelah dibuatkan perbandingan antara negara-negara lain, terhasilnya gambarajah di bawah ini :
Hutang Pinjaman Kereta
Malaysia dilihat mempunyai kuasa beli yang rendah apabila dibandingkan dengan bandar utama di negara lain.

Kuasa Beli Rakyat Malaysia Vs Penduduk Negara Lain?

Contohnya untuk berkemampuan membeli 1 kg roti
  • Rakyat malaysia perlu bekerja 22 minit
  • Penduduk Los Angeles perlu bekerja 18 minit
  • Rakyat Sydney perlu bekerja 16 minit
  • Rakyat Tokyo perlu bekerja 15 minit
  • Penduduk Zurich perlu bekerja 12 minit sahaja
Contohnya untuk berkemampuan membeli 1 kg beras
  • Rakyat malaysia perlu bekerja 32 minit
  • Penduduk Tokyo perlu bekerja 21 minit
  • Rakyat Singapore perlu bekerja 17 minit
  • Rakyat Sydney perlu bekerja 11 minit
  • Penduduk Los Angeles perlu bekerja 11 minit sahaja

Kes TBH: SPRM serah pada polis dan AG

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia mengambil maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini terhadap kes Teoh Beng Hock.

"SPRM pada masa yang sama menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad sama ada untuk mendakwa atau tidak, mana-mana pihak yang terlibat.

"SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keadilan tercapai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, SPRM juga berharap tindakan dapat diambil agar satu penyelesaian muktamad dapat dibuat secepat mungkin.

Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock

Bukit Aman akan buka semula kes Teoh Beng Hock
KUALA LUMPUR: Polis akan membuka semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan koroner dalam inkues asal.

Dalam satu laporan oleh The Star, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata Bukit Aman akan menyiasat semula kes tersebut.

Penemuan awal memutuskan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.

"Jika ada keperluan maka kita akan memanggil lebih ramai saksi.

"Kami mahu menyiasat kebarangkalian bahawa kematiannya adalah akibat daripada.., atau telah dilakukan oleh seseorang yang tidak dikenali" kata beliau seperti yang dipetik dalam laporan itu.

Beliau menambah, Bukit Aman telah membentuk satu pasukan siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Kami akan menjalankan siasatan mendalam dan melihat sama ada kita perlu meletakkan semula kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Buat masa ini ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian"

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan menyerahkan kes itu kepada polis untuk menjalankan siasatan ke atas kematian Teoh dan Peguam Negara untuk memutuskan siapa yang perlu didakwa.

Beban yang ringan pun akan menjadi berat, jika dipikul terlalu lama

Oleh Aspan Alias
Bermula dari ‘Kajang Move’ mac lalu sehingga sekarang keadaan di Selangor belum terlerai lagi. Sekarang untuk menyempurnakan ‘Langkah Kajang’ itu tidak atau belum menjadi lagi. Lama betul untuk memenuhi kehendak Anwar ini. 
 
Halangan pertamanya ialah untuk menjadi calon PRK Kajang itu sendiri kerana beliau tersekat dengan masalah undang-undang yang beliau hadapi sejak 1998 dahulu lagi. Selepas itu digantiikan dirinya dengan isteri beliau yang telah begitu sabar menutupi dan membantu beliau dalam penyelesaian masalah yang beliau hadapi.

Cita-cita beliau begitu besar, tetapi dalam usaha mencapai cita-cita, beliau terpaksa membawa beban yang berat sehinggakan beliau mahukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat membantu menjinjing dan menjunjung bersama masalah beliau. PAS dan DAP telah lama menjinjing sekali masalah Anwar bagi meringankan beban beliau itu. Bebannya itu menjadi ringan, tetapi jika perjalanan itu begitu jauh beban yang ringan pun akan menjadi berat.
Dua kilo beras itu ringan untuk dijinjing, tetapi jika menjinjing beras dua kilo itu memakan masa berjalan kaki yang lama. dua kilo itu akan menjadi berat. Itu sebabnya ramai yang memikul beban yang ringan, tetapi memakan masa dan perjalanan yang jauh, beban itu kadangkala di tinggalkan di tepi jalan. Maka memikul beban yang berat tetapi dalam perjalanan yang pendek itu adalah lebih baik dari memikul beramai-ramai beban walaupun ringan. Tetapi perjalanannya terlalu jauh dan menjemukan, maka yang ringan tadi akan merasa membebankan dan akan dihempaskan dipetengahan jalan.
PAS nampaknya mulai sedar bahawa memikul beban yang sama terlalu lama membuatkan parti itu tidak dapat mendahului perjuangannya. Sejak beberapa tahun ini parti itu terpaksa mendahulukan masalah rakannya yang terlalu ‘prone’ kepada melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Parti itu sudah mulai merasa penat dengan pemimpin nakal dan banyak kerenah itu. Begitu lama PAS bersama membantu dan menolong beliau memikul bebannya, tetapi beliau tetap menambah bebannya kepada PAS dan rakan yang lain itu.

"Muktamar" Adalah Kekuasaan Paling Tinggi Dalam PAS

Rujuk Fasal 7. Perlembagaan PAS

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Peruntukkan Fasal 7 (1) ini mempunyai dua (2) aspek iaitu :-

a) Berkaitan Hukum rujukan tertinggi iaitu Kitabullah (al-Quran), Sunnah Rasul (Hadith), Ijmak Ulamak serta Qias yang terang dan nyata.

b) Berkaitan kekuasaan PAS iaitu Muktamar Tahunan.

Fasal 7 (1) dengan JELAS, TERANG dan NYATA menegaskan bahawa KEKUASAAN PAS adalah dipegang oleh MUKTAMAR TAHUNAN.

Fasal 7 (2) juga jelas bahawa segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar
.

Itu jelas.

Apa pula kedudukan Majlis Syura Ulamak (MSU)?

MSU ditubuhkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang telah meminda Perlembagaan PAS dengan memasukkan Fasal 8 iaitu Majlis Syura Ulamak.

Fasal 8. Majlis Syura Ulamak

(1) Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini, maka hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan "Majlis Syura 'Ulamak" dan diberi kepadanya kuasa-kuasa seperti berikut:

(a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

(b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam 8 Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

(c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

Fasal 8 (1) menyebutkan bahawa MSU ditubuhkan adalah dengan tujuan untuk menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukan dalam Fasal 7(2) di atas dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini, tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak yang diperuntukan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang diperuntukan dalam Fasal 3 Perlembagaan ini.

Jelas bahawa penubuhan MSU adalah untuk menjamin Kekuasaan PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 7 (2) supaya tidak terkeluar daripada landasan yang ditetapkan dalam Fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS di dalam Fasal 3.

PAS MENGAMALKAN ‘REALPOLITIK’ UNTUK MENCAPAI HASRATNYA

Dengan tindakan dan ‘putar belit’ politik yang berbagai-bagai menampakkan bahawa PAS kini telah ‘meniru’ apa yang pernah dilakukan oleh Bismarck dan Hitler di Germany. Realpolitik. Mungkin ada perbezaan sedikit sebanyak. Tetapi seolah-olah ada pemimpin PAS yang sudah mengkesampingkan nilai-nilai budaya orang Melayu/Islam demi untuk mencapai cita-cita mereka yang terselindung. Apa tidaknya.
Kesanggupan setengah pemimpin tertinggi PAS untuk tidak menyatakan sesuatu yang benar kepada sahabat dalam Pakatan merupakan tindakan yang agak luar biasa. Ramai ahli PAS sudah mula keliru dengan perjuangan PAS yang dikatakan berlandaskan perjuangan Islam sedangkan apa yang diperhatikan dalam kemelut politik di Selangor adalah sebaliknya. Orang tua-tua pernah menyatakan sebagai ‘politik cakap lain, buat lain’ ataupun ‘cakap pagi tak boleh pakai petang’. Maknanya apa yang diperkatakan dan diucapkan tidak boleh dipercayai.
Tentulah agak keterlaluan agaknya aku membuat kesimpulan yang sebegini, terutama kepada pemimpin tertinggi PAS yang terkenal dengan ‘alim’ dan ‘warak’nya dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama. Terus terang aku nyatakan bahawa apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan PAS sehingga kini ( dalam hal kemelut politik di Selangor) amat mengejutkan. Mungkin agaknya ramai lagi yang sependapat dengan aku mengatakan sedemikian. Mungkin…
Tindakan PAS dan ‘putarbelit’ politik yang dilakukan tidak menggambarkan bahawa  ‘ a friend in need is a friend indeed’. PAS semacam tidak peka dan simpati dengan keadaan ‘kesusahan’ yang dialami oleh PKR. PAS seolah-olah masih mementingkan diri dan sentiasa menjaga kesejahteraan partinya sahaja. Orang putih kata ‘selfish’. Seolah-olah PAS langsung tidak peka dengan ‘penderitaan’ yang dialami oleh PKR. Berbanding dengan DAP yang sanggup ‘bersusah’ bersama-sama dengan PKR dalam mengharungi kemelut politik di Selangor.
Sejarah telah menunjukkan dan membuktikan bahawa PKR dan DAP telah menunjukkan sikap setiakawan yang sejati apabila berhadapan dengan berbagai kemelut politik yang didepani. DAP dan PKR telah ‘bertungkus lumus’ mempertahankan YB Nizar jamaluddin dari PAS dalam mempertahankan kedudukannya di Perak. Malah PKR dan DAP telah dengan rela hati menyerahkan kerusi MB Perak kepada PAS sedangkan bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Perak adalah berkurangan berbanding dengan kerusi yang dimiliki oleh PKR dan DAP.
Apakah pemimpin tertinggi PAS tidak pernah terlintas untuk memikir dan mengenangkan  episod politik ini. Apakah ‘ pemberian bunga harus dibalas dengan tahi’?

Anwar merupakan tarikan dan igauan pengkritiknya

Oleh Jimmy Adit
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenali sebagai watak yang paling dibenci di kalangan seteru politiknya di Malaysia – mereka kerap melemparkan bermacam tuduhan jijik terhadapnya.
Anwar berdepan pelbagai dakwaan yang mampu membunuh, atau sekurang-kurangnya menjadikan seseorang hilang kewarasan.
Beliau diheret ke mahkamah, dipenjara dan dibebaskan daripada tuduhan sodomi, kemudian didakwa dengan tuduhan yang sama. Kini, Anwar mungkin dipenjara sekali lagi.
Video yang memaparkan “aksi seks”nya tersebar, namun kemudian Anwar berjaya membuktikan bahawa tuduhan tersebut hanya rekasahaya.  Blogger yang memfitnahnya pula diarahkan mahkamah agar membayar denda sebanyak RM500,000.
Sebelum terhasilnya pilihanraya kecil Kajang Mac lalu, Anwar dituduh menganjurkan “budaya demonstrasi jalanan, rusuhan serta penipuan pilihanraya”.
Beliau juga dikatakan bertanggungjawab bagi Ops Lallang pada 1987. Dakwaan tersebut dibuat bekas naib presiden MCA Datuk Yap Pian Hon serta peneraju MCA sendiri Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Kata mereka, Anwar ketika itu menjawat jawatan Menteri Pendidikan dan telah menukarkan beberapa guru yang tidak mampu bertutur Bahasa Mandari ke sekolah-sekolah Cina. Itu mencetuskan protes di kalangan masyarakat Cina yang berakhir dengan siri penangkapan besar-besaran.
Ops Lallang bagaimanapun melangkaui bidang kuasa Menteri Pendidikan.
Pemerhati politik Lim Hong Siang dipetik theantdaily sebagai berkata jika dakwaan itu benar, peranan Perdana Menteri  hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak turut perlu dikaji semula.
“Najib menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu dan beliau menganjurkan perhimpunan mempertahankan Anwar,” ujar Lim, merujuk kepada perhimpunan di Stadium Kampung Baru pada tahun 1987 sebagai tindakbalas terhadap demonstrasi parti politik dan lembaga pendidikan kaum Cina yang membantah perlantikan pegawai pendidikan di sekolah Cina.
Najib dilaporkan berkata pada perhimpunan tersebut bahawa keris akan bermandi darah Cina. Beliau bagaimanapun menafikannya ketika disoal pembangkang di Parlimen.

Langkah Kajang dari persepsi lain

Oleh LIM HONG SIANG
BUKANNYA salah, tetapi ia tidak membawa kita ke mana seandainya "rakyat" hanya sebagai retorik politik pembangkang. Dengan senang kita meraih tepukan gemuruh seandainya mengeluarkan kenyataan seperti "kita lebih terpanggil untuk bersama rakyat, daripada terlibat dalam percaturan strategi politik seperti Langkah Kajang untuk merebut kuasa, yang tiada kena-mengena dengan kepentingan rakyat."


Ada asasnya untuk kita meluahkan rasa muak terhadap pergelutan kuasa yang berlaku - sama ada dalam barisan pemerintah mahupun pakatan pembangkang. Padahal politik Malaysia masih tersepit dalam kekangan struktur dan sistem yang sedia ada. Ia tidak mampu dileraikan sekadar dengan slogan manis seperti "untuk rakyat", atau "kuasa rakyat". Kita harus berupaya untuk membaca dan menafsir politik dari kerangka yang lebih besar, seandainya mahu menyelesaikan masalah rakyat.


Misalnya, setelah mengenal pasti bahawa misi pertukaran kerajaan Persekutuan tidak tercapai tanpa "Sabah dan Sarawak", ramai yang mengerah sumber dan tenaga dari Semenanjung untuk disalurkan ke kedua-dua negeri itu. Pelbagai usaha seperti pendaftaran pengundi, pembinaan komuniti, perkhidmatan guaman untuk mempertahankan tanah adat dan sebagainya - ditawarkan dengan harapan agar penduduk tempatan beralih ke Pakatan Rakyat dalam PRU.


Persoalannya, berapa sumber yang mampu dikerah dari pembangkang Semenanjung untuk membantu pembinaan komuniti kaum asal di pedalaman Sabah dan Sarawak? Terdayakah kita untuk berulang-alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak pada kekerapan yang memadai untuk menjalin hubungan yang erat? Persoalan ini menjadi lebih pedih, apabila hakikatnya menyaksikan pertambahan undi kepada BN di sesetengah kawasan ini - kerana penduduk tempatan akhirnya tunduk kepada ugutan dan godaan yang menghujan dari BN, semalam sebelum hari mengundi.


Saya tidak berhasrat memperlekehkan usaha di akar umbi, sebaliknya menghargai dan menyanjung tinggi mereka yang terlibat untuk membawa perubahan. Apa yang ingin saya tunjukkan adalah, usaha kita akan digagalkan begitu sahaja kerana ketidakadilan itu berakar umbi dalam sistem dan struktur ini sendiri.
Oleh itu, usaha kita untuk menumbangkan rejim Umno-BN tidak akan berhasil seandainya kita terus selesa dengan cara lama, terpukau dengan retorik sendiri - kononnya kesemua yang dilakukan adalah "untuk rakyat" - tanpa kita memikirkan sesuatu di luar kotak - bahawa percaturan strategi juga penting untuk menggoyah kestabilan rejim musuh.


Sememangnya saya jemu dan bosan dengan pergelutan kuasa untuk kepentingan diri - sesuatu yang harus dikecam sekeras-kerasnya jikalau berlaku dalam pakatan pembangkang. Tetapi saya tidak naif untuk mengandaikan ia tidak akan berlaku dalam Pakatan Rakyat.
Cabaran kita, bagaimana kita menguruskan pertentangan ini, menggembleng tenaga semaksimum yang mungkin untuk menumbangkan rejim Umno-BN buat kali pertama dalam sejarah?

MB Selangor : Pemimpin Pas Kesal Dengan Tindakan Anwar?

Petaling Jaya –  Tarikh untuk menghantar nama calon Menteri Besar Selangor sudah berakhir tetapi kemelut tersebut terus menemui jalan buntu kerana sehingga kini masih tiada jawapan berhubung siapa yang akan mengisi kerusi panas tersebut.
Merumitkan lagi keadaan, difahamkan PAS telah menghantar senarai calon dengan tiga nama kepada Sultan Selangor – kesemuanya terdiri daripada pemimpin PAS sekali gus mengetepikan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali. Difahamkan, senarai nama tersebut telah diserahkan ke Istana oleh seorang pembantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan presiden parti itu telah menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor pada Rabu lalu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR.
Mustafa berkata, beliau dimaklumkan bahawa senarai nama tersebut terdiri daripada dua calon PKR (Wan Azizah dan Azmin) dan seorang daripada PAS.
Namun, beliau mengakui tidak melihat isi kandungan surat tersebut.
“Saya tidak melihat surat itu. Saya diberitahu bahawa presiden menyenaraikan dua nama daripada PKR dan seorang daripada PAS,” katanya.
Mustafa berkata, Hadi memasukkan nama ketiga bagi menghormati titah Sultan yang mencadangkan setiap parti Pakatan Rakyat menyenaraikan lebih daripada dua nama.
Namun, sumber berkata, ketiga-tiga nama yang dihantar oleh Abdul Hadi adalah dari kalangan pemimpin PAS.

MB Selangor: Jika ADUN Pas Yang Terpilih? Pas & Umno bergabung...!!!

JIKA ADUN Pas yang terpilih? Pakatan Rakyat akan berpecah. Pas juga akan berpecah. CLC Pas yang dikawal penyokong Anwar pada 17 Ogos telah memutuskan bahawa dua nama dicadangkan untuk menggantikan Khalid Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin; namun pada hari yang sama Azmin menolak, kemudian MPP Pakatan bersetuju agar hanya Wan Azizah dihantar kepada Sultan. Pas yang diwakili Mat Sabu bersetuju dengan membelakangkan keputusan CLC parti sendiri.
Kini, tiba giliran Presiden Pas membelakangkan keputusan CLC, dikhabarkan Majlis Syura parti itu memberi nasehat kepada Presiden agar menghantar tiga nama exco Pas dalam kerajaan negeri Selangor untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.
Presiden Pas, Dato Hadi Awang sebelum mesyuarat CLC pada 17 Ogos telah berulang kali tidak bersetuju Khalid digantikan, malah Dato Nik Aziz Nik Mat juga sepandangan dengan beliau; selain itu majlis Syura, badan tertinggi Pas juga bersetuju agar Khalid tidak diganti; Lajnah politik parti itu juga tidak mengiktiraf Wan Azizah sebagai pengganti Khalid; keadaan itu sebelum mesyuarat CLC pada 17 ogos.
CLC Pas pada 17 Ogos terpaksa membuat U Turn, atas sebab dua ADUN parti itu membelot; untuk itu walaupun 13 ADUN Pas masih menyokong Khalid, namun Pas dan Khalid tiada majoriti di DUN walaupun 12 ADUN Bn tidak membantah Khalid meneruskan jawatannya.

PAS leaders fear Pakatan collapse

The decision to submit a PAS nominee for the Selangor MB's post could lead to a split in the Islamist party as well.
selangor_pakatan_300PETALING JAYA: Pakatan Rakyat appears close to breaking up with PAS’s decision to include one of its own in the list of Menteri Besar candidates it has submitted to the Sultan of Selangor.
How will PKR and DAP react if the Sultan chooses the PAS candidate? This is the general question being asked by Pakatan members and supporters. And how will PAS form the state government without the support of PKR and DAP assemblymen? Would PAS form a “unity government” with Umno?
FMT has learnt that emotions are running high among the PAS top brass who were surprised to learn that the party had made the decision without consulting the Central Leadership Committee (CLC).
One enraged PAS leader said, “It’s as if we’re trying to get into trouble on purpose.
“The CLC has already agreed that the candidates for the Menteri Besar’s post must come from PKR.
“We know that if the issue of whether the party should remain in Pakatan were to be debated at the PAS Muktamar, the majority will support staying in the alliance. Now it looks like someone is purposely asking PKR and DAP to tell PAS to get out of Pakatan.
He said the issue could even cause a split in PAS itself.

Calon MB: Media usah ‘serkap jarang’ - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang enggan mendedahkan senarai nama calon bakal MenterI Besar Selangor yang telah dihantar oleh parti itu kepada pihak Istana, 3 September lalu.

Justeru, beliau turut menasihatkan kepada pihak media agar tidak membuat spekulasi serta ‘serkap jarang’ terhadap nama-nama yang diserahkannya itu. (Orang ramai beratur untuk bersalaman dengan Abdul Hadi Awang selepas kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang.)

Hal ini kerana, kata Datuk Seri Abdul Hadi setelah senarai nama calon Menteri Besar yang diminta oleh pihak Istana dihantar menjadi hak Sultan Selangor mengumumkannya.

“Saya berpegang kepada prinsip dan konsep Perlembagaan iaitu Raja Berperlembagaan. Saya tak boleh beritahu, tak boleh mendahului Istana.

“Itu (spekulasi) saya tidak mahu serkap jarang. Saya tidak mahu bagi media serkap jarang, setelah saya serah kepada Istana dan Istana ‘berpijak’ di atas konsep Raja Berperlembagaan,”ujarnya ketika ditemui pihak media selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hari ini.

Abdul Hadi diasak oleh pihak media agar PAS mendedahkan senarai nama calon MB Selangor yang baharu serta tidak mencalonkan nama Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Itu (nama calon) saya tak boleh sebut… takboleh sebut. Ini setelah saya serah kepada Sultan (Sharafuddin Idris Shah) saya tak boleh lagi sebut apa-apa,” jelasnya.

Malah, kata beliau, PAS tidak pernah tunduk atau mengalah kepada mana-mana parti tetapi berpegang teguh dengan kesepakatan dalam konvensyen Pakatan Rakyat.

“Tidakmengalah, kita (PAS) berpegang kepada konvensyen Pakatan Rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan, Raja Perperlembagaan. Itu dalam Pakatan Rakyat,” tegasnya.

Presiden PAS itu turut ditanya tentang spekulasi penubuhan sebuah parti baharu ‘pecahan’ PAS yang dinamakan Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), adakah bakal memberi saingan kepada parti.

Kata Abdul Hadi, beliau tidak tahu menahu mengenai penubuhan parti Pasma itu tetapi tidak menjadi masalah dalam negara demokrasi.

“Negara kita (ini) demokrasi dan pernah dulu parti Islah dan sebagainya pernah ditubuhkan itu biasalah dalam negara demokrasi,” jelasnya.

Isu kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor kembali ‘hangat’ setelah tarikh senarai nama calon yang diminta oleh pihak Istana Selangor daripada Pakatan Rakyat terdiri parti PKR, DAP dan PAS berakhir pada 3 September lalu.

Sebelum itu, PAS tetap dengan keputusan bersama Majlis Pakatan Rakyat bahawa jawatan MB Selangor tersebut diserahkan kepada Parti KeADILan Rakyat.

Yang berikut adalah transkrip penuh temubual ringkas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pihak media kurang dari tiga minit itu.

Soalan (S): Sekarang ini, PAS telah hantar tiga nama yang ditandatangani oleh Datuk Seri (Abdul Hadi) sendiri. Jadi, Datuk Seri nak sahkan?

Calon MB: Tindakan Pas kecewakan PKR

Datuk Saifuddin Nasution Ismail 
PETALING JAYA - PKR melahirkan kekecewaan terhadap Pas kerana tidak menghormati keputusan muafakat PR dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, keputusan pemuafakatan itu sebenarnya telah dicapai antara pemimpin tertinggi PKR, Pas dan DAP dalam satu mesyuarat khas 17 Ogos lepas.

"Saya berpendapat tidak sukar untuk memahami peri pentingnya muafakat itu dijaga," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat biro politik parti dan pertemuan 13 Adun Selangor di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal akhbar tempatan hari ini mengatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama terdiri daripada anggota Exco Selangor kepada pihak istana untuk dipertimbang bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Calon MB: Istana Selangor sahkan terima 3 nama dari Pas

Parti PAS 
SHAH ALAM - Istana Selangor hari ini mengesahkan Pas menghantar tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
  
Bagaimanapun sumber dari Istana, ketika dihubungi Bernama, tidak mendedahkan nama calon-calon berkenaan.
  
Perkara itu turut diakui sumber terdekat kerajaan negeri bahawa Pas telah menghantar tiga nama kepada pihak istana.

"Urusan surat-menyurat mengenai nama calon itu juga dikendalikan secara peribadi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah," kata sumber itu.
  
Akhbar hari ini melaporkan Pas dikatakan menghantar tiga nama anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada parti itu sebagai calon untuk jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.

Tiga calon yang dilaporkan ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
  
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan Pas mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.
  
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.
  

Polis harus mohon maaf pada wartawan Mkini, kata NUJ

Polis harus memohon maaf kepada wartawan Malaysiakini,  Susan Loone kerana menahan beliau di bawah Akta Hasutan semalam, kata Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) petang ini.

"Walaupun pihak polis mempunyai hak untuk menyoal siasat sesiapa saja melalui aduan yang dibuat oleh NGO tertentu, tetapi kami amat merasakan bahawa Akta Hasutan telah salah digunakan dalam kes Susan dan polis harus mengeluarkan permohonan maaf kepada beliau untuk trauma dan kesulitan yang dialaminya dan keluarganya.

Menyalahgunakan undang-undang dengan menakut-nakutkan media tidak boleh diterima oleh media tempatan atau disokong oleh orang ramai, kata Presiden NUJ Chin Sung Chew (kiri) dalam satu kenyataan.

Beliau berkata NUJ akan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu.

Beliau berkata NUJ percaya bahawa penggunaan Akta Hasutan untuk menyiasat seseorang wartawan adalah satu cara untuk menakut-nakutkan wartawan dan mengganggu kebebasan akhbar, dan tidak memberikan petanda yang baik mengenai janji kerajaan terhadap media yang bebas.

Katanya, NUJ percaya bahawa semua wartawan mempunyai hak untuk menemubual sesiapa saja untuk berkongsi pandangan dalam kes yang membabit kepentingan awam, untuk menyampaikan pendapat awam dan bahawa wartawan melaporkan apa yang diberikan oleh orang yang ditemubual dan bukan komen mereka sendiri.

Sehubungan itu, Chin menambah bahawa Loone hanya menjalankan tugasnya.

Semalam, Loone telah ditahan dan disoal selama lebih sembilan jam berhubung temubualnya dengan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Tok Him enggan sokong BN jika hapus Akta Hasutan.....ha...ha..ha...!!

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi amaran tidak akan menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang lagi jika kerajaan menghapuskan Akta Hasutan.

Walaupun mengaku beliau tidaklah begitu berpengaruh, Ibrahim berkata beliau tidak melihat faedah menyokong BN "jika ia sama seperti Pakatan Rakyat".

Bercakap dalam sidang medianya petang ini, Ibrahim berkata tiada faedah beliau menyokong BN jika ia juga menuntut kebebasan mutlak dan meminggirkan perpaduan nasional.

Jelasnya, sokongannya kepada BN selama ini adalah kerana polisi perikatan itu yang mementingkan perpaduan nasional - walaupun adakalanya ia tidak popular.

Sokongan orang ramai pada BN, katanya, bukanlah kepada pemimpin tetapi kepada dasar-dasar mereka selama ini.

Jika Akta Hasutan dihapuskan, BN sama sahaja seperti Pakatan Rakyat yang cuba meliberalkan segala perkara, katanya.

Mustafa dan Saifuddin elok berundur.!!

MSO

Kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung kemelut dalam politik di Selangor sungguh tidak menggambarkan profesional mereka sebagai jurucakap parti. Kebusukan kemelut di Selangor menjadi bertambah hanyir dengan kenyataan-kenyataan mereka yang tidak konsisten, mengelirukan dan penuh dengan sifat "belut menjadi keli, keli menjadi belut" atas berkepentingan sendiri.


Mustafa Ali
Saifuddin Nasution Ismail
Saya tidak mahu merujuk kepada kenyataan atau sikap mereka sebelum ini yang saya rasa sudah dirasai oleh semua orang, tetapi mengambil dengan apa yang terbaru mereka lalukan. Kenyataan dan sikap mereka menjelaskan atau memberi gambaran siapa mereka sebenarnya.

Misalnya kenyataan Saifuddin Nasution Ismail mengenai surat daripada Istana Selangor sangat memalu dan mencurigakan.


Sebaik pihak PKR menerima surat dari istana itu Saifuddin membuat kenyataan (tafsiran) yang Sultan Selangor tidak menolak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik menjadi MB Selangor. Mustahil beliau tidak menatap isu surat berkenaan dan memahami isi kandungan.

Sebagai seorang Setiausaha bukan sahaja harus nampak bijak tetapi perlu benar-benar bijaksana. Beliau juga perlu cekap dan mempunyai sedikit ketelusan berbanding dengan orang lain. Sebab Setiasauaha adalah nadi kepada organisasi. Kenyataan atau kata-kata yang keluar dari rahang Setiausaha Agung ia menggambarkan kata-kata rasmi dan arahan daripada parti.

Selepas beberapa minit kenyataanya disiarkan media massa, ia ditarik balik. Penarikan itu dilakukan oleh pihak lain dan bukan Saifuddin sendiri. Apakah makna dan erti semua itu? Ralat itu memalukan partinya dan menjelaskan bahawa Saifuddin seorang yang bukan telus dan boleh dianggap cuba memanipulasikan dengan murah surat daripada sultan itu. Beliau juga boleh dianggap sebagai bekerja sambil lewa.

Seperti dikatakan tadi beberapa tindakan politik Saifuddin sebelum ini juga lebih merosakkan parti daripada menjayakannya. Langkah merebut jawatan timbalan presiden dan persekongkolan dalam projek Kajang Move adalah antaranya. Kegagalan Saifuddin juga ialah untuk mencantumkan Anwar Ibrahim dengan Zahid Hamidi dalam apa dimanamakan Konsensus Nasional.

Demikian juga dengan telatah dan gelagat Mustafa Ali di pihak Pas. Kenyataan Mustafa macam keling jual kacang butir berbelit-belit dan berputar-putar macam pokok reribu. Bagi saya kalau bertembung dengan Mustafa dan ular senduk, Mustafa dahulu yang perlu dielak atau pun dipukul. Selicin-licin belut, Mustafa lebih licin dalam permainan politik adu dombanya.

SAMM: Kemelut politik Selangor tenggelamkan kempen bantah pelaksanaan GST

sammSHAH ALAM 5 SEPT: Pemimpin Pakatan Rakyat perlu segera menyelesaikan kemelut politik di Selangor berikutan kempen bantahan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terjejas.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata kempen menolak GST ketika ini semakin tenggelam walaupun kira-kira enam bulan sahaja sebelum dilaksanakan.
“GST umpama mimpi ngeri kepada rakyat tetapi pada kaca mata orang ramai, pemimpin Pakatan yang diharap-harapkan sibuk bertempur sesama sendiri dalam isu Selangor,” katanya.
Badrul Hisham bimbang rakyat hilang kepercayaan terhadap Pakatan untuk membela nasib mereka berikutan kemelut itu sudah berlarutan sejak lebih tiga bulan lalu.
“Kemelut ini kena cepat selesaikan sebelum rakyat putus harap dan kecewa,” katanya kepada Selangor Kini.
Menyentuh isu sama, bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakob berkata, tiada tanda kerajaan mula mengamalkan perbelanjaan berhemah bagi mengurangkan hutang negara.
“Jika berterusan, hutang negara akan membelon macam Sepanyol. Walaupun GST dilaksanakan kerana GST bukan penyelesaian sebaliknya pengurusan kewangan yang cekap saja boleh menyelamatkan negara,” katanya.

Malaysia Umno Punya: Akar umbi gesa ISA diwujud semula

Shahidan Kassim
BACHOK – Hampir semua perwakilan Umno Bahagian di negara ini menggesa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula berikutan pelbagai provokasi melampau yang berleluasa kini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, suara dari akar umbi dan ketua- ketua Umno Bahagian yang ditemuinya menyatakan hasrat itu untuk mengembalikan keamanan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Saya terima banyak maklum balas agar wujudkan semula ISA dan ketatkan Akta Hasutan serta tambahkan hukuman untuk kesalahan seperti ini.

“Saya tak tahu kenapa maklum balas ini amat mendesak. Faktor ini perlu dikaji," ujar Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Perkara ini akan saya bawakan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk kita pertimbangkan dan perhalusi dengan baik,” ulasnya lagi pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bachok di Dewan Ko- Kurikulum Tangok, di sini, hari ini.

Senator: 5.8 juta pekerja asing angka mencemaskan, apa perancangan kerajaan?

pekerja swastaSHAH ALAM, 5 SEPT: Senator Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud berpendapat Kerajaan Pusat masih gagal untuk menurunkan jumlah kebergantungan terhadap pekerja asing dan angka tersebut disifatkan mencemaskan.
Katanya, jumlah 5.8 juta tenaga kerja asing yang disebutkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot adalah tinggi memandangkan secara keseluruhan negara mempunyai hampir 13 juta tenaga kerja.
Menurutnya lagi, sebelum ini pernah disuarakan suatu ketetapan yang menyebut jumlah pekerja asing di negara ini perlu diturunkan pada satu angka pada 2015.
“Angka disebut amat mencemaskan kerana angka itu amat besar iaitu hampir 6 juta. seperti yang kita maklum jumlah tenaga kerja yang ada di Malaysia adalah hampir 13 juta. jadi bermakna lebih daripada 40 hingga 50 peratus tenaga kerja.
Syed-Shahir-Syed-Mohamud“Kita tidak menentang tetapi kita tahu tenaga kerja ini menyumbang kepada pembangunan negara dalam maa yang sama juga pemerintah kena serius dalam isu ini.
“Siapa yang patut disalahkan? Ini yang patut ditekankan. Yang membawa masuk itu sudah tentu kontraktor dan agen tetapi yang mengeluarkan permit ataupun lesen siapa dia? Atas petimbangan apa lesen ini dikeluarkan?,” katanya kepada Selangor Kini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot sebelum ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.
Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.
Kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini, kemasukan pekerja ini adalah sedikit sebanyak menjejaskan pekerja tempatan dan ia perlu diberikan perhatian.
“Gaji yang ditawarkan kepada pekerja luar secara relatifnya agak rendah walaupun ada yang mengatakan kosnya amat tinggi.

Kes TBH: 'Terpulang pada AG dan polis untuk bertindak'

Pejabat Peguam Negara dan polis akan mengambil tindakan susulan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Teoh Beng Hock, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.

"Kami menghormati keputusan mahkamah, dan perkara itu kini di
tangan Pejabat AG dan pihak polis," kata Low (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kes ini kini sedang dinilai oleh kedua-dua pihak berkuasa tersebut," katanya.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

SPRM sedia disiasat susulan keputusan kes Teoh Beng Hock

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyatakan kesediaan untuk disiasat selepas mahkamah memutuskan kematian Teoh Beng Hock disebabkan "seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya". SPRM dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas mahkamah mengumumkan keputusan tersebut. "SPRM pada masa yang sama menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan Peguam Negara untuk membuat keputusan muktamad sama ada untuk mendakwa atau tidak mana-mana pihak yang terlibat," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, agensi pencegahan rasuah itu juga memberi janji untuk bekerjasama demi memastikan keadilan tercapai. "SPRM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan keadilan tercapai. "SPRM juga berharap tindakan dapat diambil agar satu penyelesaian muktamad dapat dibuat secepat mungkin." Dalam keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer menyampaikan penghakiman berasingan. Mah berkata, koroner dan Mahkamah Tinggi khilaf dalam undang-undang yang digunakan hingga menyebabkan kesilapan bukti. Katanya, sepatutnya ialah

Pas jadi penyelamat isu MB Selangor..??


Pas akhinya tunjuk siapa power dalam Pakatan Rakyat.
Kemelut MB Selangor hari ini memasuki episod klimaksnya apabila terbongkar Pas sebenarnya menghantar tiga nama kepada pihak istana.
Ia dibuat oleh Majlis Syura Ulama (badan tertinggi dalam Pas) sampai timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu juga tidak tahu menahu mengenainya.
Dalam konteks ini, Pas sebenarnya menjadi 'hero' dalam kemelut yang sengaja dicipta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Langkah Kajang.
Sudah jelas, Sultan sudah mahu lebih dua nama tetapi kedegilan PKR dan DAP untuk kekal bagi satu nama dilihat seperti tidak menghormati raja.
Akhirnya istana membalasnya dengan surat jawapan dan tetap mahu tiga nama bukan Wan Azizah semata.
Pas tidak mahu dilihat mencemar institusi raja dan terpaksa membuat keputusan yang tidak sekata dengan rakan PR.
Namun langkah Pas,ada hikmahnya. Pertamanya menjaga kedaulatan raja yang kini 'diheret' dan dihakimi sewenang-wenangnya di alam maya khususnya generasi muda.
Pas dikatakan telah menghantar nama-nama wakil rakyatnya dicadangkan untuk menjadi MB selepas melihat ketegasan istana.
Pengalaman sebagai sebuah parti berpengalaman dan established membuatkan Pas pandai memainkan rentak - setuju untuk tidak bersetuju.
Walaupun mesyuarat Pas Pusat selari dengan PKR dan DAP namun Majlis Syura Ulama memainkan peranan sendiri secara rahsia tanpa perlu memberi notis pimpinan kana parti sekali pun.
Cuma jika nama ADUN Pas dpilih akan berlaku kemelut antara PKR dan DAP yang mungkin menyebabkan Pas dibuang dalam PR.
Bagi Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, dibuang dari PR, mungkin sudah berlegar-legar di fikirannya.
Kemungkinan pembubaran DUN Selangor perkara terakhir bagi Pas.

Kronologi LANGKAH KAJANG untuk menukar MB Selangor dari mula hingga ke hari ini..!

27/2 dengan perletakkan jawatan ADUN KAJANG....dan anwar diangkat jadi calon...tetiba kes mahkamah beliau diawalkan dan beliau didapati bersalah maka diganti dgn Azizah...

23/3 Azizah menang PRK DUN KAJANG

21/7 PKR umum Azizah akan ganti Khalid lalu depa pie tanya PERSETUJUAN PAS & DAP macamana boleh terima atau tak...?

25/7: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

01/8: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

01/8 : PAS sekali lagi menegaskan parti itu tidak pernah menyatakan persetujuan terhadap keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu hanya menerima maklum cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail. Katanya, pendirian parti hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 10 Ogos ini yang dijangka dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
02/8 : PKR & DAP menunggu keputusan PAS bermesyuarat pada 10/8 nanti..

05/8: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Khalid Ibrahim berhubung keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

06/8: Khalid Ibrahim membalas surat tunjuk sebab.

08/8 : Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pendirian itu dinyatakan beberapa hari sebelum Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi mencapai kata sepakat sama ada mahu menyokong atau tidak Azizah sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din, badan itu membuat keputusan untuk mengekalkan Khalid selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

09/8: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuatkuasa serta-merta.

Khalid Ibrahim dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR untuk memecatnya dari parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.

10/8 : Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa PAS menunda mesyuarat mereka untuk menetapkan siapa calon MB Selangor ke tarikh 17 Ogos dan juga mengarahkan Exco-Exco Pas agar terus  berkhidmat seperti biasa bersama Khalid.

‘Jika benar PAS hantar tiga nama, mesyuarat Ogos seperti tidak bermakna’ - Ketua Pemuda Pusat

Beliau sendiri hadir ke dalam mesyuarat itu dan telah memutuskan bahawa hanya dua orang calon sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Suhaizan-KaiatPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menjelaskan sekiranya benar apa yang dilaporkan oleh akhbar tentang PAS menghantar tiga nama bagi calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor, maka beliau amat sedih dengan perkara tersebut.
Menurutnya, dalam mesyuarat yangdibuat pada 17 Ogos dan 25 Ogos lalu, di mana beliau sendiri hadir, telah memutuskan bahawa hanya dua orangyang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
“PAS juga tidak hantar calonnya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan tersebut bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh banyak pihak kepada beliau mengenai sama ada benar PAS menghantar nama calon MB Selangor daripada ADUN parti itu?
“Bahkan ada juga yang bertanya, adakah PAS hantar tiga nama calon Menteri Besar? Adakah PAS hantar nama calon PKR selain Azizah dan Azmin?,” katanya.
“Jika apa yang dilaporkan oleh akhbar dan soalan-soalan diatas adalah mempunyai jawapan ‘ya’ maka mesyuarat pada 17 dan 25 seperti tidak bermakna dan saya sangat sedih dengan berita ini,” katanya.

Azizah atau Pas jadi MB?


PERSOALAN sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal ataupun tidak telah terjawab, beliau sudahpun menghadap Sultan Selangor pada 27 Ogos lalu untuk meletakkan jawatan.
Walaupun Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan tersebut, rakyat Selangor sudah diberi mesej jelas, Abdul Khalid tetap akan berundur dari kerusinya dan negeri ini bakal menerima menteri besar yang baharu.
Namun apa yang menarik, ketika pertemuan Abdul Khalid dengan sultan, baginda mahu setiap parti dalam PR menghantar sekurang-kurangnya dua nama calon menteri besar untuk dipilih.
Titah tuanku itu menunjukkan baginda masih mahu mengkaji terlebih dahulu siapa calon-calon yang dikehendaki dan difikirkan layak sama ada dari PKR, DAP atau Pas yang akan dilantik sebagai menteri besar selain yang telah diputuskan PR.
Secara tidak langsung, titah itu juga menunjukkan bahawa tuanku mahukan peralihan kuasa dilakukan secara demokrasi dan telus tanpa sebarang desakan dari mana-mana pihak.
Persoalannya, siapa? Sehingga hari ini jawapan itu masih lagi samar-samar walaupun sebelum ini PR sebulat suara menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.
Dengan arahan sekurang-kurangnya dua nama diperlukan itu, siapakah calon-calon diisi setiap parti komponen PR?
Rabu lalu, pihak istana mengesahkan bahawa sultan telah menerima calon dari ketiga-tiga parti untuk dipilih. Semua sedia maklum bahawa Dr Wan Azizah adalah calon utama terus dikekalkan PR.
Walaupun arahan menetapkan supaya setiap parti memberi lebih dari satu nama, namun, PKR masih dengan keputusan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Ini dibuktikan dengan surat balas dari Istana yang diberikan kepada PKR kelmarin, yang menggesa parti itu menghantar lagi nama selain Dr Wan Azizah. Difahamkan, keputusan berhubung perkara itu telah diputuskan PKR dalam mesyuarat parti itu petang semalam.
Bagaimana pula dengan Pas? Siapa calon yang dipilih Pas untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor?
Terdapat spekulasi yang mendakwa Pas turut menghantar nama pemimpin mereka untuk menjadi menteri besar. Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

MB Selangor: Jangan serkap jarang, kata Hadi


Hadi Awang

MARANG - Pas dilihat terus berteka-teki tentang isu calon Menteri Besar Selangor apabila Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan.

Ketika ditanya pemberita, Abdul Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama tiga calon yang dikemukakan Pas kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada istana kerana Pas berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan.
  
"Saya tak boleh sebut. Setelah saya serah pada sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila, di sini hari ini.
  
Abdul Hadi turut enggan mengesahkan nama-nama yang dikatakan tiga calon yang dikemukakan Pas atau sama dua calon asal - Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali - kekal dalam senarai seperti yang diputuskan Pas pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lepas.

Cara politik Pas 'ketinggalan' - Dr Mohammad Agus

Dr Mohammad Agus Yusoff 
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan Pas sudah jauh tersasar daripada permainan politik abad ke-21 apabila sering dilihat berubah fikiran dalam kerjasama politik PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengulas perkembangan terkini membabitkan calon jawatan menteri besar yang dikemukakan Pas kepada istana Selangor.

“Pas kena jelas pendirian, ini tidak dalam mesyuarat PR dinyatakan lain, di media lain.

“Pas boleh berbeza pendirian dan pendapat, tapi keputusan yang dibuat oleh Pas itu mestilah jelas dan tetap pendirian, jika asyik tukar pendirian susah, hilang kepercayaan rakyat nanti," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam tersebar spekulasi yang mendakwa kononnya Pas turut menghantar calon mereka untuk menjadi menteri besar.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan portal yang mengatakan Pas menghantar satu nama pemimpin parti itu selain dua nama calon dari PKR. Ada pula yang mendakwa Pas menghantar tiga nama pemimpin mereka.

Antara nama pemimpin Pas yang paling kerap disebut-sebut sebagai calon ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berpengalaman sebagai Exco Kerajaan Negeri sejak 2008. Selain beliau, dua exco lain iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi dan Salehen Muhyi turut diramal mampu menggalas tugas itu jika dipilih sultan.

Kecewa dengan Azmin, Hadi calonkan sendiri 3 Adun PAS

Kecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor. Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama. Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu. "Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri. Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR. Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan menteri besar itu kepada istana atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri. Jelasnya, tidak ada seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar Hadi ke istana 3 September lalu. "Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya. Mat Sabu hari ini mengesahkan beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar pengetahuannya dan AJK Pusat parti. "Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar. "Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider. Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit.

Akta Hasutan: Kenyataan Shahidan bercanggah dengan PM


Presiden PAS enggan dedah calon MB Selangor

PAS dilihat terus berteka-teki tentang isu calon menteri besar Selangor apabila Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan. Ketika ditanya pemberita, Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama 3 calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada istana kerana PAS berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan. "Saya tak boleh sebut. Setelah saya serah pada Sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila di Terengganu, hari ini. Hadi turut enggan mengesahkan nama yang dikatakan 3 calon yang dikemukakan PAS atau sama ada 2 calon asal - Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - kekal dalam senarai seperti yang diputuskan PAS pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lepas. – Bernama

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

SUBKY LATIF

APABILA PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana.

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

Anwar dan DAP setuju kepada parti berbagai kaum, sama-sama anti rasuah dan penyelewengan, mahu menegakkan keadilan dan kerajaan yang anjal. Patutnya Anwar masuk saja DAP atau DAP dibubarkan supaya semua bersama dalam PKR. Tetapi kerana ada yang sama-sama tidak setuju, PKR tidak boleh masuk DAP dan DAP tidak boleh masuk PKR.

Hatta dalam perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad dengan musyrikin Quraisy, ada yang mereka setuju dan tidak setuju. Pertama mereka setuju untuk mengadakan perjanjian. apabila setuju mereka merangka perjanjian. Pertama mereka tidak setuju ialah tajuk perjanjian. Saidina Ali yang merangka menyebut ia adalah Perjanjian Antara Nabi Muhammad dan Quraisy.

Musyrikin menolak tajuk rangka itu menggunakan kalimah Nabi Muhammad. Mereka mahu disebut antara Muhammad dan mereka saja. Nabi pun bertanya, apa beza antara Muhammad dan Nabi Muhammad? Kedua-duanya adalah orang yang sama.

Jawab mereka, mereka tidak menerima Muhammad itu Nabi. Kalau mereka setuju Muhammad itu Nabi dan Rasul, tidak mereka berada di sebelah menentang Nabi, tentulah mereka bersamanya. Nabi setuju padam kalimah yang dipersetujui itu. Saidina Ali enggan memadamnya, lalu baginda sendiri mengambil rangka itu dan memadam kalimah yang tidak disetujui.

Cukup-cukuplah, kuatkan PAS, Pakatan

ZULKIFLI YAHAYA

SUASANA sangat tidak menggembirakan para pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara apabila kita dipaksakan dengan satu babak konflik politik yang berpanjangan.

Seluruh mata bertumpu kepada karenah para pemimpin Pakatan. Isu besar di mata rakyat bukan siapa layak jadi Menteri Besar Selangor. Tidak juga isu berkaitan para pemimpin Pakatan, sikap, ketegasan, toleransi atau apa-apa yang berkaitan dengan hukum hakam. Di mata rakyat, isunya ialah keupayaan Pakatan mengurus konflik. Ahli akademik tidak perlu membuat kajian lapangan untuk mencerap berjaya atau gagal Pakatan mengurus konflik. Dengan sebelah mata kasar, semua pihak boleh membuat kesimpulan berasaskan persepsi bahawa konflik telah gagal diurus! Tempoh mengurus konflik telah melepasi tarikh luput.

Musuh politik Pakatan, BN sangat berharap konflik ini terus berpanjangan. Mudah mereka memberitahu rakyat, “Tengok, baru perintah negeri sudah kelam kabut, macam mana nak perintah negara.” Persepsi itu mampu terpahat kukuh di pemikiran rakyat kerana ia berserta bukti.

Bahaya yang menanti ialah persepsi itu yang akan dibawa ke hadapan untuk diterjemahkan di peti undi dalam pilihan raya.

Pakar pengurusan konflik, Datuk Mujahid Yusof Rawa menjelaskan bahawa politik secara pakatan memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik pakatan atau lebih selesa disebut tahaluf.

“Oleh sebab politik Malaysia adalah 'ideological base' maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin sukar dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak urus konflik 'intra-party' dan sekali gus membawa kepada 'inter-party',” ulasnya.

Mujahid mencadangkan langkah awal dalam mengatasi konflik ini iaitu, berhenti tuduh-menuduh dan serang menyerang 'dalaman' dan 'luaran' parti yang bertahaluf. Penegasan yang sangat penting ialah pemimpin tertinggi parti yang bertahaluf wajib bertemu tanpa lengah.

Jangan terlebih campuri urusan PAS - Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk saling menghormati antara satu sama lain dengan masing-masing tidak terlalu mencampuri urusan parti lain.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini banyak berlaku di mana pihak lain cuba mencampuri urusan dalaman PAS khususnya dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Saya suka ingatkan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat agar kita tidak mencampuri sangat urusan parti-parti lain dan jangan melampaui sempadan parti.

"Memang ada benda yang kita bersetuju dan ada benda kita tidak bersetuju. Itu hak parti masing-masing dan kita perlu hormat," katanya kepada Harakahdaily Hari ini.

Beliau mengambil contoh dalam isu hudud di mana DAP tidak bersetuju dengan PAS dalam isu tersebut.

Namun katanya, PAS menghormati perbezaan pandangan dengan DAP itu dengan menganggap itu hak parti itu.

"Kita PAS menghormati pendirian mereka (DAP) dan kita tidak mengkritik mereka," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan dari rakan pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat yang seolah-olah tidak menghormati perbezaan pendapat dari PAS.

Tiada usaha jatuhkan Hadi kata Khalid Samad


Ahli jawatakuasa pusat PAS Khalid Samad berkata dakwaan berhubung usaha untuk menjatuhkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah satu persepsi yang dibangkitkan oleh golongan digelar “ustaz muda” dalam parti.

MP Shah Alam itu berkata PAS tidak pernah menjalankan sebarang usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi.

Katanya lagi, beliau juga sejak awal lagi tidak bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dan kini menyebelahi PKR dalam usaha menukar menteri besar itu.

Bagaimanapun, pendiriannya itu menyebabkan beliau diserang oleh kumpulan ulama dalam PAS kerana didakwa "mengkhianati Hadi".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Khalid berkata apa yang berlaku dalam parti itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai isu tertentu tanpa mencabar kepimpinan Abdul Hadi.

"Setakat mana yang saya tahu, selama ini di dalam Muktamar PAS memang tidak ada sesiapun yang dicalonkan untuk menandingi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS.

Hadi tak puas hati

"Setakat mana yang saya tahu, memang kebanyakan, kalau tidakpun, keseluruhan ahli PAS, memang pada dasarnya tidak ada masalah dengan Ustaz Hadi.

Kami tak tahu senarai baru calon MB Selangor kata Mat Sabu

Jawatankuasa Pusat PAS tidak mengetahui senarai nama calon menteri besar Selangor lain yang telah dihantar kepada pihak Istana.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau dan ahli jawatankuasa pusat lain tidak mengetahui laporan bahawa nama yang dihantar kepada Istana bukan sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiausaha Agong (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon MB.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui perkembangan terbaru ini memberi persepsi negatif kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS komited dengan semua keputusan mesyuarat yang disepakati pimpinan pusatnya.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 hb Ogos pula mengambil keputusan bahawa kami sepakati atas nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 hb Ogos dan menyerah kepada Kuasa Budibicara Tuanku Sultan untuk membuat pilihan calon Menteri Besar Selangor itu," kata beliau.

Semalam, beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu Malaysiakini bahawa PAS tidak mengemukakan nama Wan Azizah dan Azmin kepada pihak istana.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar.

Senarai calon baru MB Selangor diputuskan Majlis Syura PAS

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengesahkan bahawa badan tersebut bertanggungjawab memutuskan senarai baru yang menggariskan nama calon bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Ya... ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan setiausaha agung parti itu, Datuk Mustafa Ali berhubung peranan Majlis Syura dalam membentuk senarai kontroversi itu.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, Mustafa mendedahkan bahawa tiga nama calon berkenaan – dua ADUN PKR dan seorang dari PAS – dipilih untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama calon itu kerana ia berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

Sementara itu, Zawawi turut ditanya mengenai kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak tahu menahu mengenai laporan berhubung senarai baru yang dihantar kepada istana.

'Langkah Hadi' tambah pergeseran PKR-PAS

Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai “Langkah Hadi”, dilihat “mengingkari” keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

"Saya tidak tahu langsung tentang perkembangan ini. Saya hanya dapat tahu melalui berita di dalam  Internet," kata Iskandar kepada Malaysiakini.

Malah, timbalan Hadi, Mohamad Sabu juga menegaskan beliau dan pimpinan Pusat PAS tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysiakini difahamkan surat itu dihantar ke istana oleh seorang exco Pemuda PAS yang "rapat" dengan Hadi, dengan ditemani seorang kerabat diraja Selangor yang mengetuai satu syarikat GLC negeri itu.

Tiada nama calon PKR

Wujud golongan baru desak PAS tinggalkan Pakatan, kata Khalid Samad

Pemimpin PAS Khalid Samad memberi amaran hari ini mengenai munculnya 'golongan baru' dalam parti itu yang mahu ia meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan mewujudkan jenama Islam yang lebih 'eksklusif' dan fahaman 'chauvanis-Islam'.
Melalui blognya, ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, berdasarkan pengalaman berada dalam PAS lebih 30 tahun, beliau melihat PAS sedang berdepan "masalah dalaman yang agak kronik yang  tidak pernah dihadapi sebelum ini".
Katanya, kumpulan itu dipercayai muncul lewat 1990-an dan awal 2000 dan kemungkinan di kalangan pegawai cawangan khas (SB) yang menyusup dalam PAS sejak 1980-an.

"Kalau golongan baru ini bukan SB sekalipun, mereka merupakan orang yang mahu merungkai kembali segala yang dibina PAS selama ini. "Dengan itu akan hilang segala yang tercapai sekian lama, termasuk kejayaan PAS menzahirkan corak politik Islam yang berprinsip, bersih, adil dan bebas perkauman," katanya.
Beliau kemudiannya memberitahu The Malaysian Insider, kumpulan ini lebih chauvanis daripada kumpulan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
"Mereka mahu tukarkan parti ini menjadi lebih eksklusif dan mahu menyisihkan golongan profesional dalam PAS," katanya.
Dalam tulisannya, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata matlamat di sebalik strategi yang sedang dilaksanakan golongan baru itu ialah menukar pendekatan inklusif yang diguna pakai PAS sejak terlaksananya konsep kepimpinan ulama dengan "pendekatan yang lebih syadid dan tertutup".
Katanya, bagi mencapai matlamat itu, beberapa langkah dilaksanakan mengikut strategi mereka yang beliau namakan strategi ‘Langgar Golongan Profesional’.

Kes TBH: Mahkamah Rayuan putuskan ia kematian dalam tahanan, bukan bunuh diri


Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini sebulat suara membatalkan keputusan terbuka koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Oleh kerana kepentingan kes itu, mahkamah telah menulis tiga penghakiman yang berasingan.

Hakim Datuk Mah Weng Kwai adalah yang pertama membaca penghakimannya. Dua lagi hakim yang bersidang bersama beliau dan yang juga akan membacakan keputusan mereka ialah Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Hakim Mohamad Ariff mengetuai panel hakim tersebut.

Hakim Mah memutuskan bahawa majistret (yang bersidang sebagai koroner) dan Mahkamah Tinggi di Shah Alam, telah menggunapakai ujian yang salah yang memerlukan keluarga Teoh membuktikan dakwaan mereka (mengenai punca kematiannya) melampaui keraguan yang munasabah.

Kontrak senggara Scorpene ‘kelas Perdana Menteri’ dianugerah kepada BHIC

skandal scorpene najibKUALA LUMPUR 5 SEPT: Skandal kapal selam Scorpene kembali hangat dengan pengumuman Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) bahawa syarikat itu telah memperolehi kontrak rasmi bagi memberikan servis sokongan dalaman untuk dua kapal selam Scorpene kelas Perdana Menteri.
Perkara itu dinyatakan BHIC dalam kenyataan yang dipetik berkata, anak syarikatnya – Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd pada 13 Ogos 2010 menerima satu surat anugerah daripada kerajaan Malaysia bagi melaksanakan kontrak bernilai 193 juta euro dan RM532 juta dan berkuatkuasa sehingga 30 November 2015.
Kontrak itu seperti dilapor media Rabu lalu adalah termasuk pakej sokongan logistik bersepadu penuh kapal selam, mengandungi pakej alat ganti komprehensif di samping pemasangan kelengkapan bengkel, kelengkapan dan kemudahan di kawasan masing-masing serta penjagaan dan penyelenggaraan mereka.
Kontrak itu juga merangkumi perkhidmatan kapal tunda dan operasi serta penyelenggaraan pelancar kapal, sistem pemindahan dan ‘perkhidmatan tali pusat’ kapal selam.
BHIC juga dilapor berkata, tiada perbezaan di antara kandungan kontrak rasmi dan surat anugerah.

Kes Safwan bukti transformasi Najib bohong

KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24, yang disabit bersalah atas tuduhan menghasut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dilihat satu lagi kegagalan transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan terbaru itu menunjukkan betapa Najib tidak lebih dari berbohong untuk memansuhkan akta tersebut.

Pengarah Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Wilayah, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi ketika dihubungi memberitahu keputusan mahkamah tersebut merupakan satu kejutan.

"Kita melihat keputusan tersebut satu kejutan di saat Najib mengatakan menghapus akta hasutan itu.

"Satu pembohongan jelas dalam janji beliau sebelum ini dan keputusan ini telah menyekat kebebasan rakyat di negara ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut berpendapat hukuman 10 bulan penjara dan ikat jamin RM15 ribu merupakan keputusan yang amat keras apatah lagi ia bukanya jenayah berat atau mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

"Hukuman yang dikenakan itu terlalu berat, lagipun kenyataan Safwan mengikut fakta jelas mengenai isu pilihanraya yang telus.

"Lagi pun ia bukannya jenayah berat serta mendatangkan kecederaan kepada sesiapa pun, kita pun tuntut pilihanraya yang bebas dan telus," kata yang juga merupakan Exco Pemuda PAS Malaysia.

Siswa usung 'mayat' tuntut mansuh Akta Hasutan

Sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.

Mereka turut menghantar satu replika jenazah yang siap dikafan sebagai simbolik kepada demokrasi yang 'mati'.

Isteri sebak Safwan dipenjara kerajaan Umno@BN

Isteri bekas pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang sebak namun tabah menerima hukuman penjara 10 bulan terhadap suaminya yang didapati bersalah menghasut pada 13 Mei tahun lalu.

Masturah Abu Bakar, 25, tidak dapat menahan dirinya menangis sewaktu mengulas hukuman itu di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi ini.

"Saya sokong apa yang suami saya buat, namun buat masa sekarang saya dan anak sangat-sangat perlukan dia. Anak kami baru 8 bulan," katanya seraya mengalirkan air mata.

Mastura hadir di mahkamah dengan mengendong anak perempuan mereka yang berusia lapan bulan dan berpakaian serba hitam.

Beliau kemudiannya tidak dapat meneruskan ucapannya akibat sebak dan beredar daripada kumpulan wartawan selepas kenyataan ringkas itu.

Mat Sabu: Kami tak tahu senarai baru calon MB

Mahkamah dapati Safwan bersalah menghasut, penjara 10 bulan

PAS leader: No attempts to topple Hadi

'Younger ustaz may not understand inclusiveness'

Beng Hock's sister gives PM three-day ultimatum

122 NGO bergabung desak mansuhkan Akta Hasutan

Beng Hock: Court overturns open verdict, rules custodial death

Najib Digesa Percepat Mansuh Akta Hasutan

MP: IGP, minister should apologise over Beng Hock case

Guan Eng: Akta Hasutan digunakan Sebagai Senjata Politik oleh Kerajaan Barisan Nasional

Student activist gets 10 months' jail for sedition

MB Selangor: PAS Pusat terpinggir dalam pencalonan terbaru, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu berkata PAS Pusat tetap dengan keputusan mesyuarat 17 Ogos untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor. Mohamad berkata, perkembangan terkini dilaporkan media mengatakan PAS tidak menamakan kedua-dua Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) PKR itu dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka berada di luar pengetahuannya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat parti. "Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar. "Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," kata Mohamad kepada The Malaysian Insider di Shah Alam, merujuk kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos yang ditandatangani kenyataannya oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mohamad berkata, mesyuarat AJK PAS Pusat pada 25 Ogos pula mengambil keputusan menyepakati nama yang diputuskan pada mesyuarat 17 Ogos dan menyerahkan kepada budi bicara Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pilihan calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Perkembangan mutakhir tentang isu calon MB Selangor pastinya menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi negatif terhadap PAS khasnya, dan terhadap Pakatan Rakyat (PR) amnya. "Saya ingin menyatakan dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS Datuk Mutafa Ali semalam (4 Ogos), seperti laporan pelbagai media, nama Dr Wan Azizah dan Azmin tidak ada dalam senarai pencalonan PAS tidak dalam pengetahuan saya," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu. Utusan Malaysia melaporkan hari ini setiausaha agung PAS berkata Majlis Syura Ulama, badan tertinggi