Rabu, 3 September 2014

PKR terima surat dari istana petang tadi

PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam kenyataannya kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Sementara itu, PKR kemudiannya mengedarkan kenyataan Saifuddin berkenaan isi kandungan surat daripada istana.

Namun, tidak lama selepas itu, ia ditarik balik, seperti dimaklumkan Fahmi kepada media.

"Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan.

"Ia ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan," kata Fahmi dalam kenyataannya.

Sumber: Minta lebih nama

Beberapa jam sebelum kenyataan itu, wujud spekulasi bahawa surat istana itu meminta lebih nama calon menteri besar dikemukakan.

Sebelum ini, sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam.


6,000 kakitangan MAS perlu jaminan masa depan - MASEU


Post Pic

SHAH ALAM: Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) mengulangi tuntutan jaminan masa hadapan terhadap 6,000 kakitangannya yang bakal diberhentikan melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).
 
Presidennya Alias Aziz berkata pengurusan syarikat penerbangan berkenaan perlu mengguna pakai formula VSS yang pernah dilaksanakan sewaktu Datuk Seri Idris Jala memimpin MAS pada 2005 yang menyaksikan lebih 3,000 pekerja mengambil VSS tersebut.
 
"Melihat proses VSS pada waktu itu, ramai kakitangan yang tidak mendapat VSS meluahkan rasa tidak puas hati, marah. Sekarang kita nak bincang dengan pihak Khazanah supaya formula yang serupa dapat digunakan supaya ramai kakitangan mahu sukarela ambil VSS.
 
"RM1.6 blion diperuntukkan kepada mereka yang mahu ambil VSS pada kali ini. Dalam perkiraan kita tidak mahu mereka mengalami kerugian dan jatuh miskin selepas ambil VSS. Maka kami minta kerajaan tambah lagi bajet sebab kita bimbang mereka yang terlibat nanti akan menjadi susah," katanya ketika dihubungi Antarapos baru-baru ini.
 
Alias berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Khazanah Nasional berhubung 12 pelan pemulihan MAS dalam tempoh tiga tahun.
 
Ia membabitkan penubuhan syarikat baharu (NewCo) dimana MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.
 
Suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos nyahsenarai OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo.
 
Justeru itu ujarnya adalah penting bagi seseorang yang akan memimpin pengurusan syarikat penerbangan nasional itu menggunakan peruntukkan itu dengan sebaiknya agar dapat memberi nafas baru terhadap MAS.
 

Sokongan dua ADUN PAS S'gor punca kerjasama Umno gagal-Khairudin


Post Pic

SHAH ALAM: Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor yang secara terbuka menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu didakwa antara punca kegagalan parti itu untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS. 
 
Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam berkata tindakan dua ADUN itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti ADUN tidak memihak kepadanya.
 
"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.
 
"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
 
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," katanya.
 
Sebelum ini difahamkan terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.
 
Malah, terdapat laporan yang menyatakan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 ADUN Umno di Selangor.
 
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.
 
Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Isu PPS redakan krisis dalam Pakatan Rakyat?

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
Bak orang mengantuk disorongkan bantal. Kerabat Pakatan Rakyat – PKR, PAS dan DAP – memang tercari-cari isu yang boleh melantunkan masalah kerjasama politik yang mereka hadapi dengan membangkitkan isu baru.
Maka dengan segala sukacitanya pemimpin Pakatan itu menyambut kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bahawa mana-mana pasukan beruniform tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan akan disiasat.
Memang isu seperti ini dinanti oleh pemimpin pembangkang berkenaan kerana kemelut isu menggantikan Menteri Besar Selangor nampaknya semakin menjarakkan perhubungan sesama mereka, terutama di antara PAS dan PKR.
Pemimpin-pemimpin PAS bingkas memanggil sidang media untuk mengisytiharkan pendirian mereka akan mempertahankan Briged Amal mereka yang ditubuhkan di bawah Dewan Pemudanya sejak 43 tahun lalu.
Sekaligus PAS diberi nafas baru untuk mengalih pemerhatian awam daripada masalah dalaman yang dihadapinya menjelang Muktamar tahunannya pada 18 hingga 20 September ini.
Kenyataan Zahid itu pasti dapat membantu “melekakan” para perwakilan ke muktamar berkenaan daripada “perang dingin” di antara golongan ulama dan Anwarinas dalam parti itu.
Isu berkenaan dianggap “seperti api dalam sekam” yang menunggu masa untuk meledak dalam medan perhimpunan tahunan PAS itu.
Ini adalah berikutan merebaknya laporan bahawa dalam mesyuarat khas pimpinan PAS minggu lalu, pertembungan pusingan pertama di antara dua puak ini sudahpun berlaku.
Kumpulan progresif yang sering dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan mendesak penjelasan daripada Presiden, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berhubung inisiatif menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.
Ada usaha PAS bekerjasama dengan Umno
Dipercayai Hadi tidak menolak usaha itu demi “kepentingan Islam dan Melayu” dan ini mencetuskan perdebatan hangat berhubung pendirian PAS yang mula dilihat oleh masyarakat luar tidak bergerak menurut semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Anwar Ibrahim: Demokrasi Dan Kebebasan

Anwar Ibrahim: Merampas Islam (Hijacking Islam)

Kes Prof Dr Azmi: KJ dicabar nyatakan pendirian - AMK

Pemuda PKR (AMK) mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk tampil menyatakan pendirian terhadap pertuduhan menghasut terhadap ahli akademik Prof Madya Dr Azmi Sharom.

Timbalan ketua AMK Dr Afif Bahardin berkata, pendirian itu harus dizahirkan ekoran penampilannya sebagai “pemimpin muda yang progresif”.

“Apakah Pemuda Umno merestui tindakan kerajaan yang menyalahgunakan akta lapuk warisan kolonial untuk mengekang percambahan idea dan wacana intelektual?” soalnya.

Azmi, 45, semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur  terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009, pada 15 Ogos lepas.

Azmi, pensyarah undang-undang Universiti Malaya, dituduh menyebut perkataan itu di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di Jalan Hang Tuah.


Dalam kenyataannya hari ini, Afif (kiri) berkata, AMK mengecam keras pendakwaan bawah Akta Hasutan1948 terhadap Azmi kerana ia “jelas mencabul prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan akademik”.

Exco kesihatan Pulau Pinang itu juga berkata, tidak adil untuk mendakwa Azmi hanya kerana mengutarakan pendapat atas kapasiti seorang pensyarah undang-undang.

DUN Selangor akan dibubar setelah semuanya siap sedia ..!!

MSO

Selepas Sultan Selangor memberi tempoh yang tamat hari ini kepada parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama sebagai pengganti Khalid Ibrahim, kini semua orang sedang menanti apakah tindakan selanjutnya. Parti Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa jadi MB walaupun mereka mempunyai sokongan majoriti dalam Dun Selangor.

Keadaan ini agak anih dan berbeza, kalau Umno yang mendapat majoriti sudah pasti siapa pengganti Khalid awal-awal lagi sudah diketahui. Biasanya orang yang akan diberikan nama untuk diperkenan menjadi MB dibuat oleh presiden parti dan bukan pihak lain.

Inilah nasib pembangkang dalam negara demokrasi bernama Malayisa yang bersimbolkan abjabkan "tigatujuhkosong".

 Bagi saya apabila sultan meminta lebih dari satu nama bermakna ia ada masalah. Nama yang dipersetujuan Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti akan ditolak. Penolakan itu tidak boleh dipertahankan lagi kerana ia tertakluk kepada soal adat dan budibicara. Budibicara kedudukannya lebih tinggi dari perlembaga. Kalau orang negara demokratik mendengarnya mungkin ia mengatakan demokrasi kita gila.

Sebab itu saya katakan, tak payahlah pakar perlembagaan atau sesiapa bertermpik menegaskan yang perlembagaan sebagai perkara tertinggi, tetapi budibicara yang ada kepada sultan dan amalan sebelum ini akan mengatasinya. Sultan tetap sultan walau bagaimana sekali pun. Bagi sesetengah orang inilah rahisa kenapa institusi sultan dipertahankan, kononnya untuk menjadi penyelamat?

Kerumitan untuk menggantikan Khalid sebagai MB bukan sahaja terbatas setakat kedegilan Khalid sahaja, tetapi sudah ada kuasa atau tangan lain dalam diri MB bebas itu. Khalid hanya seorang Adun yang dirinya sudah ditumpangi hantu atau pun roh lain. Perangai dan saksyiah Khalid yang baik sebelum ini telah rusak bila dia dirasuk.

Seperti orang yang memelihara hantu raya pada saat nyawa dan jasadnya hendak berpisah. Walaupun badanya sudah lemah kerana tidak makan berbulan-bulan, tetapi dia masih ada kudrat dan kuasa kerana tubuhnya dimasuki unsur luar. Begitu juga dengan Khalid. Selagi unsur luar itu menumpang ditubuhnya ia terus hidup dan menjadi kuat dan bertahan. Sebenarnya apabila dia sudah hilang sokongan di DUN, Khalid telah pun tidak bernyawa lagi. Tetapi kenapa beliau masih bergerak, kerana ada hantu dalam tubuhnya.

“Apa saja organisasi bernaung di bawah PR dicop haram” oleh Kerajaan UMNO@BN.....

Menyedihkan apabila kita masih lagi mempunyai Menteri Kabinet yang keliru dan penuh prasangka jelek terhadap rakyat yang berlainan warna kulit.

Edy-Noor-ReduanPETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seharusnya melihat kewujudan badan-badan sukarela seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan Unit Amal PAS sebagai satu bentuk organisasi atau gerakan yang boleh dijadikan platform kepada anak muda Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarela.
Menurut Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia, Edy Noor Reduan, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan yang ditadbir Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai haram dan membahayakan.
“Apa saja organisasi sama ada bernaung di bawah Pakatan Rakyat atau pun cenderung menolak Barisan Nasional akan dicop haram, subversif dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada masa yang sama, Edy Noor turut mempersoalkan adakah pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak suka melihat sekumpulan anak muda yang sukarela melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan juga dididik untuk mempunyai pegangan agama dan akhlak yang baik, sejak bilakah membuat amal merupakan satu kesalahan jenayah?
“Adakah Zahid gemar melihat pewaris masa depan negara ini terkinja-kinja di kelab-kelab malam ataupun ditangkap di dalam bilik-bilik hotel murah setiap kali menjelang ambang Merdeka dan Tahun Baru? Inikah citra pelapis yang diinginkan oleh Menteri Dalam Negeri?” soalnya kepada Zahid.
Menurut Edy Noor, Zahid terus membisu terhadap Perkasa, ISMA dan Ridhuan Tee yang sering mencetuskan api perkauman seolah-olah mempunyai agenda sulit yang ingin memecahbelahkan negara bahkan Zahid sendiri sering bermain dengan ucapan rasis.
“Apakah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan terhadap Zahid Hamidi?” soalnya.
Katanya lagi, Zahid sepatutnya menjadi seorang individu yang sangat bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan dalam negara.

Universiti ‘dikuasai’ perempuan, di mana lelaki?

universitiSHAH ALAM, 3 SEPT: Peningkatan jumlah pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masa kini bukanlah suatu mengejutkan kerana mereka semangnya layak menyambung pelajaran berdasarkan keputusan merit peperiksaan dicapai.
Pengerusi Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa), Safwan Anang berkata, tidak timbul soal dominasi gender di IPTA kerana perempuan pada hari ini membuktikan peningkatan bersaing dengan lelaki termasuk dalam bidang profesional.
“Bukan universiti hadkan kuota berapa banyak lelaki atau perempuan boleh masuk sebab kita ikut merit (peperiksaan).
“Bila ikut merit itu yang nampak lebihnya perempuan. Bagi saya itu adalah kualiti wanita hari ini yang kita tidak nafikan dimana mereka dah boleh saingi kerjaya yang dahulunya digalas lelaki.
“Saya tidak nampak itu suatu isu besar yang perlu diketengahkan,” katanya kepada Selangor Kini.
Bekas Mahasiswa Universiti Malaya (UM) ini turut berpandangan, jumlah pelajar lelaki yang berkurangan di IPTA disebabkan faktor lelaki lebih cenderung untuk mencari pengalaman kerja berbanding menyambung pelajaran.

Guan Eng mahu Zahid Hamidi mohon maaf

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.
  
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau kurang senang dengan kenyataan Zahid itu dan sebagai seorang menteri, beliau (Zahid) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
  
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid (kiri) cuba menganiaya dan menjadikan DAP sebagai mangsa.
  
"Saya nak cabar beliau, mana pemimpin DAP yang buat kenyataan hina orang  Melayu. Kita (DAP) ada ahli daripada tiga bangsa, takkan kami nak hina ahli sendiri, ini tidak masuk akal sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di George Town hari ini.

- Bernama

Out-of-ideas Umno using Sedition to sweep MPs out of Parliament - Kee Kwong

PKR's anti-sedition drive to go Black 505 way

People are fed up, Latheefa expects HUGE TURNOUTS at Anti-Sedition Tour

Sivarasa: Charges an attempt to intimidate

Surendran to Najib: Abolish Sedition Act as promise

Umno-PAS unity govt likely along racial lines & exclude non-Malays - Rafizi

Najib nak tunjuk garang pada Dr M, kata PKR

Rafizi names the 'DALANGS' or master-minds behind Sedition crackdowns

'GST and hikes in 2015 to impact economy'

Suhakam gesa k’jaan henti gunakan Akta Hasutan


LGE: Law Of The Jungle

'Dishonest' Najib using colonial British law to bully & gag M'sians - Sivarasa

Ambil tindakan mengikut Akta Hasutan, bukti BN lidah bercabang, kata Guan Eng

Tindakan mendakwa pemimpin pembangkang, seorang ahli akademik dan badan peronda sukarela atas tuduhan menghasut dan tuduhan jenayah lain, membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap ‘lidah bercabang’, kata Lim Guan Eng. Setiausaha agung DAP itu berkata, penggunaan undang-undang menindas itu untuk membisukan kritikan tiada bezanya dengan ‘carpet-bombing’ yang merebak hingga masyarakat awam seperti seorang ahli akademik undang-undang, tanpa perkaitan politik pun, terjebak sama. "Sekiranya seorang bekas timbalan dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya boleh didakwa menghasut kerana memberi pandangan akademiknya mengenai undang-undang, sudah tidak wujud lagi rasa hormat terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia," katanya. Lim merujuk kepada Prof Madya Dr Azmi Shahrom yang didakwa kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos. "Di manakah lagi harapan untuk keadilan sekiranya pensyarah undang-undang pun boleh disumbat ke penjara kerana pendapat akademiknya? Malaysia akan menjadi bahan ketawa dunia. "Namun, tragedi sedih yang sebenarnya ialah 28 juta rakyat Malaysia akan rugi kerana dinafikan pendakwaan yang adil dan tidak berat sebelah, yang memastikan hanya mereka yang salah didakwa dan bukan mereka yang tidak bersalah," katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan BN mendakwa Azmi, yang merupakan pensyarah fakulti undang-undang paling cemerlang di Malaysia. Lim berkata, BN

MIC, MCA dan Gerakan perlu beri kata dua jika Zahid kekal dalam kabinet

IPOH, 3 SEPT: Menteri kabinet dari parti MIC, MCA, dan Gerakan perlu memberi kata dua untuk meletakkan jawatan jika Perdana Menteri masih teragak-agak untuk memecat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M Kulasegaran berkata, tiada tempat bagi menteri seperti Zahid, yang suka mengapi-apikan sentimen dengan menghentam orang bukan-Melayu dalam negara majmuk seperti Malaysia.
“Jika Perdana Menteri serius dengan konsep 1Malaysia, beliau mesti memecat Zahid daripada Kabinet.
“Dan jika beliau tidak bersedia, menteri dari MIC, MCA, dan Gerakan perlu memberi kata dua kepadanya – ‘sudah cukup, sama ada Zahid pergi, atau kami yang meletakkan jawatan’,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketika merasmikan mesyuarat Umno Segambut 1 September lalu, Zahid dilaporkan berkata orang Melayu menerima padahnya akibat ‘terlalu baik’ dengan masyarakat bukan-Melayu.
The Sun Daily memetik kenyataan Zahid sebagai berkata, masyarakat bukan-Melayu semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja-raja Melayu dan Islam – senjata utama yang sering digunakan Umno untuk mendapatkan sokongan.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berkata lagi, kenyataan terbaru itu mengesahkan hakikat bahawa Zahid sememangnya tidak layak memegang jawatan menteri.
Malah, Zahid ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan Mei lalu berkata, hanya masyarakat Cina yang akan gembira jika calon BN Datuk Mah Siew Keong kalah, dengan alasan mereka sudah kaya dan tidak bersyukur.
“Tiada bezanya perangai Zahid itu dengan individu dan NGO ekstrem yang sering mengeluarkan kenyataan berbahaya dan provokasi untuk mencetuskan kebencian antara kaum,” katanya lagi.

Calon MB S’ngor: KEADILAN bidas laporan AstroAwani, NST

saifuddinKUALA LUMPUR 3 SEPT: KEADILAN membidas laporan AstroAwani yang menyatakan parti itu akan mencalonkan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar (MB) Selangor jika Istana menolak pencalonan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Berita tersebut bertajuk “MB Selangor: PKR calonkan Azmin jika Istana tolak Azizah – Sumber”, yang kononnya memetik sumber parti berhubung keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang berlangsung malam tadi.
Kesal dengan laporan itu, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, mesyuarat MPP malam tadi hanya memutuskan dua perkara dan kedua-duanya tidak menyentuh mengenai calon alternatif.
“Untuk kesekian kalinya, AstroAwani melaporkan berita dalam isu Menteri Besar secara tidak bertanggungjawab tanpa memetik sumber rasmi dari KEADILAN,” kata Saifuddin dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan, mesyuarat yang dianggotai ahli MPP baharu selepas Pemilihan 2014 tersebut menegaskan mengenai sokongan parti kepada Wan Azizah sebagai calon tunggal MB Selangor.
Satu lagi keputusan adalah berkenaan cadangan KEADILAN Kelantan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor akan diputuskan melalui perbincangan antara pimpinan pusat parti itu dan PAS dalam masa terdekat.
Saifuddin turut menafikan laporan New Straits Times (NST) hari ini kononnya KEADILAN menghantar dua nama calon MB Selangor.
“Laporan itu sama sekali tidak tepat. Laporan NST yang tidak bersandarkan kepada sumber rasmi KEADILAN adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali,” tegas Saifuddin.
Beliau mengulangi pendirian parti dalam mesyuarat MPP pada 21 Julai lalu dan terbaru malam tadi yang sebulat suara bersetuju bahawa
satu-satunya nama yang dicalon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Wan Azizah.
“KEADILAN juga telah menghantar surat kepada Istana Sultan Selangor dengan melaksanakan keputusan mesyuarat tersebut,” jelas
Saifuddin dalam kenyataan berasingan.

PKR umum jelajah kempen mansuh Akta Hasutan

PKR berikrar untuk mengulangi momentum kempen membantah penipuan dalam pilihan raya umum - Black505 - bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan dengan segera.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengumumkan siri jelajah kempen Mansuhkan Akta Hasutan (MAH) yang akan bermula di Kuala Lumpur dan seterusnya ke setiap negeri pada bulan ini.

Menurutnya, kempen itu akan turut melibatkan pimpinan tertinggi PKR dan tarikh jelajah setiap negeri akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Ia bakal menggembleng bantahan rakyat seperti mana kita menggembleng kempen #black505 dahulu," katanya pada sidang media petang ini.

PKR mahu usul tergempar mansuh Akta Hasutan

MP PKR hari ini bercadang untuk membentangkan usul tergempar pada sidang Dewan Rakyat akan datang bagi memansuhkan Akta Hasutan.

MP Pandan, Rafizi Ramli berkata ia akan menghantar "isyarat jelas suara rakyat" kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli-ahli Parlimen PKR akan membawa usul tergempar di dalam sidang Parlimen akan datang untuk memansuhkan serta-merta Akta Hasutan," kata Rafizi pada sidang media petang ini.

Jangan ingat PAS sahaja yang rugi

SUBKY LATIF

TS Mohamad Mohd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.
  
Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.
   
Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.
   
DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.
   
Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri. Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani.
  
Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.
  
PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

PERKASA dakwa rakyat S'gor mahu DUN bubar

NGO pendesak Melayu PERKASA mengadakan tinjauan pendapat pengundi di Selangor dan mendakwa majoriti rakyat di negeri itu mahu DUN negeri itu dibubarkan.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata ia membolehkan pilihan raya negeri diadakan selepas parti dalam Pakatan didakwanya engkar titah Sultan Selangor supaya menghantar dua nama atau lebih calon menteri besar untuk pertimbangan baginda.

Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata beliau sendiri membuat tinjauan rambang sekumpulan 20 pengundi yang mendapati 17 daripadanya menyatakan Sultan Selangor patut membubarkan DUN sementara bakinya berkecuali.

"Bukan setakat satu kumpulan 20 orang, saya bertanya tetapi lima kumpulan. Malah ahli-ahli PERKASA Selangor turut mengumpul pendapat dan majoriti rakyat Selangor mahu DUN dibubar.

"Politik Selangor sudah berkecamuk akibat permainan individu dan parti politik tertentu. PERKASA sokong jika MB Selangor menasihati DUN Selangor dibubarkan dan pilihan raya ngeri diadakan," katanya.

Ibrahim berkata krisis jawatan itu dijangka berlarutan selepas PKR dan DAP memutuskan hanya mahu menghantar nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB, manakala PAS pula akan menghantar dua nama tetapi bukan dari kalangan wakil rakyat mereka.

Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno. Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya. "PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.  "Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. "Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor. Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor. Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan. Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu. Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor. Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak

Dakwat Tidak Kekal: Tiada lagi saksi dalam kes Mejar Zaidi, pendakwa kini cari media


Selepas 7 saksi, pendakwaan dalam kes perbicaraan Mejar Zaidi Ahmad hari ini meminta mahkamah lebih masa untuk mengesan wartawan yang melaporkan kenyataan yang dibuat beliau berkenaan dakwat kekal yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mereka dalam usaha mengesan wartawan akhbar China bagi memanggil mereka sebagai saksi untuk berita yang mengatakan dakwat kekal yang dicalit di jari Zaidi mudah hilang apabila dibasuh. Zaidi, 45, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal pada tahun lepas.  Pegawai yang berpengkalan di TUDM di Butterworth, turut mengaku tidak bersalah terhadap 3 tuduhan lain - kerana membuat kenyataan media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan menghantar dua SMS yang bersifat politik . Pihak pendakwa raya berkata mereka mengambil keputusan memanggil saksi baharu kerana banyak nama dalam senarai saksi mereka dipotong selepas mendapati kenyataan mereka tidak lagi "relevan." Peguam bela Mohamed Hanipa Mydin berkata hujah pihak pendakwaan kabur tetapi gagal mendapatkan kebenaran untuk ia ditolak. "Pihak pendakwa raya mempunyai masa yang cukup mengesan pemberita. Ini sepatutnya dilakukan lebih awal. Sejauh mana mereka yakin mereka boleh mengesan wartawan itu sekarang? Sekarang ini mereka tidak mempunyai nama langsung," kata Hanipa. Panel 6 anggota mahkamah tentera diketuai Kolonel Saadon Hasnan, bagaimanapun membenarkan

Khalid: Istana bakal umum MB baru, semua diminta bersabar

SULTAN SELANGOR
SHAH ALAM 3 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Istana bakal memberikan maklum balas cadangan Menteri Besar baru selepas semua parti dalam Pakatan Rakyat mempersembahkan senarai nama calon.
Menurut Abdul Khalid, beliau meminta agar semua pihak bersabar menanti proses itu berjalan.
“Sehingga selesai pemilihan menteri besar baru ini, pentadbiran kerajaan negeri akan berjalan seperti biasa.
“Jadi, saya harap semua pihak bersabar,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat  Exco Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.

Nafi keperluan IPCMC, kerajaan rintis jalan ke arah kezaliman – Izzah

KUALA LUMPUR 3 SEPT: Keenganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dan pemansuhan Akta Hasutan 1948, akan merintis jalan ke arah kezaliman, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, kerajaan menentang penubuhan IPCMC apabila menolak cadangan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Tun Mohamed Dzidin Abdullah pada 2014, meskipun sejak tahun 2009, sejumlah 231 direkodkan mati dalam tahanan polis.
Malaysia, katanya, membelanjakan jutaan ringgit untuk mewujudkan pelbagai suruhajaya siasatan diraja, termasuk yang diketuai Tun Dzaidin.
Beliau turut mengingatkan kes Aminulrasyid, remaja 14 tahun yang ditembak mati pada 2009, apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar yang ketika itu Ketua Polis Selangor mempertahankan anggota polis yang menembak remaja berkenaan.
“Khalid mempunyai rekod mempertahankan anggota polis yang membunuh Aminulrasyid, dengan memanggil budak tingkatan dua sebagai penjenayah. Sepatutnya diturunkan pangkat, sebaliknya Khalid dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Negara,”
“Adakah ini keadilan yang dipromosikan Malaysia?” soalnya yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam satu kenyataan media.
Menurut Izzah, pengunaan Akta Hasutan pada hari ini untuk menahan pemimpin pembangkang, ahli akademik dan sesiapa sahaja adalah tindakan berterusan daripada Ketua Polis Negara.

Perkukuh komitmen PAS terhadap PR

ABD SHUKUR HARUN

TIDAK syak lagi keperluan untuk memperteguh – seteguh-teguhnya – komitmen PAS terhadap Pakatan Rakyat kerana ia sangat mendesak terutama dalam menghadapi situasi politik sekarang.

Oleh itu Muktamar Tahunan PAS di Johor nanti sewajarnya memperkukuh lagi komitmen PAS terhadap Pakatan. Malah tidak berlebihan kiranya memperteguh Pakatan Rakyat ini menjadi agenda penting dalam muktamar tersebut.

Tidak ada hujah yang paling relevan sekarang melainkan mempertahankan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sejak krisis politik di Selangor yang berlarutan, pelbagai spekulasi timbul, oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, kononnya PAS wajar bersendirian, iaitu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

Malangnya, tidak ada hujah konkrit yang munasabah diberikan untuk menyokong hujah mereka, melainkan gelombang emosi dan bacaan politik yang amat dangkal, tidak bersedia menghadapi realiti tetapi hanya didorong  oleh prejudis.

Mereka ini lupa akan pengalaman pahit PAS dalam pilihan raya sebelum bersama Pakatan, terutama pada pilihan raya 2004 di mana PAS kalah teruk di banyak kawasan. Telitilah kembali keputusan pilihan raya sebelum PAS menyertai Pakatan Rakyat.

Benar, keyakinan kepada pertolongan Allah SWT untuk mencapai kemenangan, adalah paling utama. Tetapi kita diperlukan berakhtiar untuk mencapai kemenangan. Ertinya kita perlu berakhtiar untuk menang maka ikhtiar itu, menurut bacaan politik moden sekarang, ialah melalui PAS bersama dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat melalui Tahalluf Siasi dan ini wajib dilakukan.

Adapun Tahalluf Siasi adalah hasil ijtihad politik kumpulan ulama PAS yang berbincang secara mendalam dan dipersetujui oleh beberapa ulama terkenal di dunia, termasuklah Dr. Yusuf Al-Qarradawi.

Walaupun sepanjang sejarahnya ada pelbagai gugatan terhadap Tahalluf Siasi ini, tetapi perlu diingat bahawa sebanyak empat kali muktamar PAS di masa lalu telah bersetuju memperkukuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat.

Di sini saya tertarik dengan kenyataan paling tegas oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu bahawa Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS terus berhasrat untuk menawan Putrajaya dan Katanya, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana lima negeri berjaya dimenangi oleh gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.

SAMM: Jangan banding PPS dengan JMF

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak kenyataan yang membandingkan layanan pada Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dengan pasukan Askar Timbalan Setia Johor (JMF).

Penyelaras bersama SAMM, Ahmad Anwar Asyraf merujuk kepada kenyataan pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan yang turut menuntut agar kewujudan pasukan keselaman Johor itu turut dipersoalkan.

Menurut Ahmad Anwar, tindakan membandingkan JMF dan PPS itu adalah dangkal dan tidak tepat kerana penubuhan pasukan keselamatan tersebut dilindungi oleh undang-undang negeri.

Penubuhannya juga merupakan hak dan keistimewaan istana dan negeri Johor, kata Ahmad Anwar lagi dalam kenyataannya.

“Untuk membandingkan JMF dan PPS adalah tidak tepat. Tidak sewajarnya JMF yang mempunyai kesahan undang-undang dan sejarah ini dimanipulasi dalam sengketa politik domestik.

“Sehubungan itu, SAMM Johor memperingatkan semua pemain politik tempatan, dalam kita berpolitik, kita juga harus mempunyai etika dan moral.

“Fakta yang dibentangkan perlu mempunyai asas,” katanya lagi.

Kenapa Skuad Gempur BN tidak dikenakan tindakan?

Bwa2rwFCUAAv_ff
SHAH ALAM, 3 SEPT: Skuad gempur BN yang menonjolkan aksi kurang sopan semasa penamaan calon pilihan raya perlu diambil tindakan pihak berkuasa sebelum mahu mengambil tindakan terhadap Jabatan Amal PAS.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata beliau hairan Jabatan Amal PAS kembali menjadi sasaran pihak tertentu sehingga ada yang mahu mengambil tindakan menahan anggota mereka.
“Selepas 20 tahun baru sekarang bangkit berkaitan Amal. Begitu juga dengan PPS yang ditubuhkan oleh kerajaan yang dipilih rakyat.
“Yang nyata ada lagi banyak skuad-skuad yang mungkin juga disifatkan seperti dibawah politik mahupun kerajaan negeri namun tidak berbangkit.
“Saya tidak faham apa yang berlaku malah macam ‘double standard’ (berat sebelah) pula,” katanya yang merupakan bekas calon Parlimen Simpang Renggam.
Bercakap kepada Selangor Kini Suhaizan menjelaskan, Jabatan Amal ditubuhkan sejak 20 tahun lalu merupakan salah satu cabang keanggotaan di bawah PAS dan Pemuda PAS Malaysia.

Piket 9 Mei: KTMB singkir presiden RUM, timbalan

Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad menyingkirkan dua orang pemimpin tertinggi kesatuan pekerjanya atas pembabitan dalam satu piket pada 9 Mei lalu.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan dilaporkan turut mengesahkan bahawa tindakan sama mungkin dikenakan ke atas 110 orang lagi anggota kesatuan tersebut.

Katanya, beliau dan timbalannya menerima surat penamatan perkhidmatan itu pada Jumaat lalu.

Piket yang disertai ratusan anggota RUM itu bagi mendesak presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan kerana didakwa menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya.

Khalid tunggu arahan istana lepas PAS, PKR, DAP kemuka nama calon MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak bersabar sementara menunggu istana memberikan maklum balas cadangan calon menteri besar baharu yang diserahkan PAS, PKR, dan DAP. Khalid berkata, pihaknya dimaklumkan ketiga-tiga parti selesai menghantar nama calon kepada Sultan Selangor seperti yang ditetapkan istana iaitu selewat-lewatnya hari ini. "Saya percaya proses seterusnya akan menyusul dan istana akan memberi maklum balas.  "Sehingga proses selesai pentadbiran negeri akan berjalan seperti biasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). "Harap semua pihak bersabar dan membenarkan proses dijalankan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Unit Amal umpama wira tak didendang

Unit Amal Pas 
KOTA BHARU – Tindakan segelintir pihak yang menganggap Unit Amal Pas sebagai pertubuhan haram adalah tidak berasas kerana ia merupakan badan kebajikan yang menguruskan bantuan kemanusiaan di bawah Pemuda Pas.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, malah Unit Amal juga telah membuktikan pelbagai khidmat cemerlang dalam kerja-kerja kebajikan di seluruh negara sejak lebih 10 tahun lalu.

“Hujung tahun lepas, anggota Unit Amal Pemuda Pas yang bertungkus-lumus menghulurkan bantuan kepada lebih 200 keluarga polis yang terperangkap di perumahan polis Bukit Mentok, Kemaman akibat banjir,” katanya, semalam.

Menurutnya, Unit Amal juga sentiasa menyediakan khidmat cemerlang kepada semua pihak malah terkenal dengan gelaran wira tidak didendang, maka tidak tepat dakwaan mengatakan badan tersebut tidak berdaftar sebagaimana PPS Pulau Pinang.

Beliau juga memberitahu, untuk menyatakan solidariti sokongan terhadap badan itu, Pemuda Pas Kelantan akan memakai pakaian rasmi Unit Amal di Muktamar Pas, 16 September ini.

Pulau Pinang bukan NGO, Ketua Polis digesa jangan bertindak sesuka hati...


pps


BUKIT MERTAJAM, 3 SEPT – Tidak ada persoalan undang-undang yang timbul sewaktu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ditubuhkan melalui mesyuarat Exco Pulau Pinang lima tahun lalu.
Malah mesyuarat Exco dianggotai Penasihat Undang-undang Negeri, yang dilantik Jabatan Peguam Negara untuk memberi nasihat undang-undang kepada Ketua Menteri mengenai keabsahan tindakan Kerajaan Negeri.
“Sekiranya Ketua Polis Negara melihat PPS sebagai badan haram, beliau menafikan kuasa eksekutif serta kuasa membuat dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dalam satu kenyataan.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan dengan hak dan kuasa untuk membuat dasar. Exco sebagai badan eksekutif kerajaan berhak menubuhkan jawatankuasa, badan dan perkumpulan untuk membantu pentadbiran negeri dan pihak berkuasa tempatan.”
“Ketua Polis Negara tidak boleh melayan Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti sebuah NGO atau parti politik tanpa hak dan kuasa tersebut,” tegasnya.
Steven turut mempersoalkan kenapa tindakan baru diambil sekarang setelah PPS beroperasi dan berkhidmat untuk orang awam selama lima tahun secara terbuka.
“PPS bekerjasama baik dengan PDRM selama ini, bersama-sama pasukan peronda lain sebagai sebahagian daripada konsep pempolisan komuniti yang digunakan PDRM,” kata Steven, sambil bertanya apa wajarnya tindakan sekarang padahal tidak ada masalah yang dihadapi sepanjang lima tahun lalu.

Pendakwaan Prof Azmi serangan langsung terhadap kebebasan akademik – Dr Kian Ming


gobind azmi sharom


KUALA LUMPUR, 3 SEPT – Pendakwaan terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr Azmi Shahrom bukan sahaja tidak munasabah, malah ia juga boleh dianggap sebagai serangan langsung terhadap kebebasan akademik.
Tindakan membisukan ahli akademik daripada memberikan pendapat terhadap isu-isu kontroversi dalam negara adalah tindakan bacul dan sewajarnya dikecam oleh semua pihak.
Demikian kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mengulas pendakwaan terhadap Azmi di bawah Akta Hasutan semalam lantaran komentarnya terhadap pergolakan politik di Selangor, berdasarkan pemerhatiannya ke atas konflik perlembagaan di Perak pada tahun 2009.
Malah kata Dr Ong, lebih banyak lagi kritikan hebat terhadap keputusan mahkamah berkenaan isu pertukaran kerajaan di Perak telah dibuat oleh peguam, hakim dan bekas-bekas hakim serta profesor undang-undang.
“Prof Azmi sekadar memberi pandangan akademiknya tentang apa yang terjadi di Perak pada tahun 2009 yang mengakibatkan jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat pada waktu itu.”
“Ada banyak kenyataan yang lebih keras dibuat oleh ahli-ahli akademik lain, peguam dan bekas hakim mengenai episod Perak itu,” ujar Dr Ong dalam kenyataan bertulisnya, memetik beberapa komentar ahli-ahli akademik seperti Profesor Andrew Harding, Profesor Emeritus Shad Saleem Faruqi, Profesor Kevin YL dan bekas hakim Mahkamah Rayuan NH Chan.

Mahasiswa kutuk tindakan Kerajaan Umno-BN terus salah guna Akta Hasutan

mansuh aktaMahasiswa Keadilan mengutuk tindakan Kerajaan Umno-BN yang mensabitkan pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom dengan Akta Hasutan berkenaan pandangan peribadi ke atas isu Menteri Besar Selangor.
Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata hal ini mendorong kepada satu situasi politik tidak sihat dan jumud.
Katanya, Akta Hasutan sebuah akta menindas rakyat dan sebagai medium akhir untuk menyekat kemaraan seteru politik tidak sehaluan kerajaan.
“Kita jelas pandangan Dr Azmi Sharom pandangan seseorang ahli akademik berkelas tinggi.
“Setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan seperti termaktub di dalam “Artikel 10” Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam satu kenyataan media.
Kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom jelas mengikut peruntukan Artikel 10 dan tidak menyalahi mana-mana perlembagaan negara.
Selain itu, pemimpin parti politik juga tidak berkecuali dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat disabitkan Akta Hasutan.
“Kerajaan pimpinan Najib Razak seharusnya menunaikan janji beliau ingin menghapuskan Akta Hasutan bertarikh pada 11 Julai 2012.
“Penerimaan rakyat disambut baik semua lapisan masyarakat pelbagai perbezaan ideologi politik sekiranya perjanjian ini dilaksanakan,” katanya.

Muktamar: PAS Johor bincang semula malam ini

KUALA LUMPUR: PAS Johor akan mengadakan mesyuarat pada malam ini bagi menentukan status lokasi Muktamar PAS Pusat kali ke-60 yang akan berlangsung pada 18 hingga 20 September ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha 2 PAS Pusat Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Harakahdaily hari ini.

"Malam ini PAS Johor akan adakan mesyuarat, dan mungkin keputusan lokasi muktamar akan diputuskan pada malam ini," katanya.

Muktamar ke-60 pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Sutera Mall Skudai, bagaimanapun sedikit masalah timbul ekoran ada tekanan daripada pihak tertentu, maka tapak muktamar dipindahkan ke Parit Raja Batu Pahat.

Menurut Faizi, tapak baru seluas enam ekar itu merupakan kawasan milik persendirian dan kerja-kerja meratakan tanah sedang dijalankan.

Bagaimanapun, difahamkan pihak penganjur dibenarkan semula untuk menggunakan tapak dikawasan Sutera Mall itu selepas beberapa siri perbincangan.

Ekoran itu, PAS Johor akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat malam ini.

Sebelum ini Muktamar PAS Pusat sering diadakan di negeri-negeri yang diprintah oleh Pakatan Rakyat, pada tahun lepas Muktamar kali ke-59 di adakan di Stadium Malawati Shah Alam, dan sebelum itu pula diadakan di Putik Kelantan.

Unit amal kebanggaan PAS

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
"BERAMAL Kerana Allah!" Demikian tema tersemat kuat menjadi cinta disanubari setiap anggota Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS atau masyhur dikenali sebagai Unit Amal.

Di mana jua program PAS, anggota Unit Amal setia menjalankan tugasannya mengkoordinasi kawalan sekitar tempat aturcara dijalankan dan bekerja di bawah kepatuhan serta ketaatan disiplin tinggi. Hingga apabila mereka 'dilepaskan' untuk berada di medan masyarakat, anggota Unit Amal baik secara individu mahupun pasukan sentiasa mudah dan sedia menghulurkan khidmat mereka.

Tanpa biaya, tidak menghitung masa, biarpun ditimpa hujan dan panas, pada sebarang tekanan dan hambatan, mereka adalah murabitun yang menyerahkan segala keringat demi terlaksananya amanah parti ke atas rakyat. Merekalah pejuang tanpa nama yang menjulang PAS untuk diterima setiap lapisan masyarakat. Selayaknya mereka itu dikait dengan pujian Nabi SAW sebagaimana sabda Baginda:

“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kendalian kudanya di jalan Allah, rambutnya kusut kedua kakinya berdebu, jika sedang mengawal tetap dalam pengawasan, jika di bahagian perbekalan tetap di menjaga perbekalan…” (Riwayat Bukhari)

Dalam melaksanakan rutin tugasan, kolaborasi bersama pihak lain diatur serapinya sebagai pasukan sokongan yang menyempurnakan hingga terlahir damai dan sistematik pada setiap program berkaitan. Di mana, pada satu uniform meroon itu, merekalah doktor, jurutera, bomba mahupun pekerja bandaran. Serba serbi mesti mahupun boleh dilakukan dalam rangka meninggikan kalimah Allah menerusi kerja-kerja parti.

Seluruh organisasi PAS sangat berbangga memiliki Unit Amal sebagai tenaga yang padu, cekal dan gagah lagi mesra. Kini mereka bakal diuji dengan label naif musuh-musuh politik PAS yang cuba mencampakkan mereka dengan kesalahan rekayasa. Inilah masanya seluruh ahli PAS menzahirkan kebersamaan kasih sayang kepada Unit Amal.

Gantung PPS merugikan masyarakat, kata ahli

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang turut menyertai perarakan perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Pulau Pinang, sebelum ahlinya ditahan kerana pertubuhan itu dikatakan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Gambar fail The Malaysian Insider.Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang turut menyertai perarakan perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 di Pulau Pinang, sebelum ahlinya ditahan kerana pertubuhan itu dikatakan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang mempersoalkan tindakan keras polis terhadap unit itu yang dikatakan membawa banyak kebaikan kepada rakyat Pulau Pinang sepanjang empat tahun lepas.
Pendaftar Pertubuhan (RoS) berkata, PPS ialah pertubuhan yang tidak sah dan polis menahan 155 ahlinya bersama exco negeri Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer, selepas unit berkenaan mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di George Town pada Ahad.
Mengatakan langkah itu mungkin tidak produktif, ahlinya juga menafikan PPS adalah orang penting DAP atau cuba merampas kuasa polis.

Manickam Alagappan memberitahu The Malaysian Insider, semua 9,002 ahli diberitahu yang mereka tidak mempunyai kuasa polis sejak awal lagi. "Mereka hanya mempunyai kuasa di bawah Seksyen 27 Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan mereka membuat 'citizen arrest' (tangkapan oleh orang awam)," kata ketua penyelaras PPS itu, selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin malam.

DAP buat laporan polis terhadap Zahid Hamidi kerana gugat keamanan


Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana kenyataan menuduh bukan Melayu menghina Raja dan Islam baru-baru ini. Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Lim memetik dua laporan berita daripada The Sun dan The Star mengatakan Naib Presiden Umno itu mengeluarkan kenyataan sedemikian. Laporan yang dibuat itu juga memetik kenyataan Zahid mengatakan kenyataan yang diterbitkan akhbar berbahasa Inggeris The Sun tersalah konteks, sebaliknya ucapan ahli Parlimen Bagan Datoh itu merujuk kepada pemimpin DAP.  "Oleh itu, saya memohon polis menyiasat tuduhan Ahmad Zahid itu yang tidak mempunyai sokongan sebarang fakta atau bukti mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana ia merupakan satu kesalahan fitnah jenayah kepada ahli DAP. "Saya juga memohon beliau disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana tuduhan itu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak

Majlis Peguam akan lancar kempen anti Akta Hasutan


Jawatankuasa Peguam Muda Majlis Peguam (NYLC) akan melancarkan kempen sepanjang tahun untuk menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948. 
 
Ketua NYLC, Syahredzan Johan (kiri) berkata selain menuntut pemansuhan Akta Hasutan, kempen itu juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai akta tersebut dan membina sokongan pemansuhannya.
 
Menurutnya Kempen itu adalah ekoran kes-kes pendakwaan dan siasatan di bawah Akta Hasutan sejak beberapa bulan lepas, di mana empat ahli politik pembangkang dan pensyarah undang-undang Azmi Sharom, telah diheret ke mahkamah. 
 
Untuk mencapai matlamatnya, Syahredzan memberitahu Malaysiakini bahawa sebuah jawatankuasa kerja dengan kira-kira 50 ahli akan merangka satu senarai "soalan yang kerap ditanya" tentang akta dan berhubungan dengan orang ramai secara online, seperti melalui Twitter hashtag#mansuhaktahasutan (mansuh akta hasutan). 
 
Selain itu, beliau berkata jawatankuasa itu akan turut melibatkan orang ramai di kawasan luar bandar juga, dengan bekerjasama dengan NGO yang sedia ada dan parti-parti politik untuk memanfaatkan saluran komunikasi mereka dengan rakyat.

Tamatkan segera penggunaan Akta Hasutan

Oleh Tan Sri Hasmy Agam
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) amat bimbang dengan peningkatan yang merisaukan dalam penahanan dan dakwaan di bawah Akta Hasutan oleh pihak berkuasa ke atas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), pelajar serta baru-baru ini seorang ahli akademik.
 Suruhanjaya kesal melihat penggunaan berterusan undang-undang lapuk yang digubal oleh pihak berkuasa penjajah ini untuk menyekat kebebasan bersuara individu semakin meningkat dan seolah-olah digunakan secara tetap.

Tindakan sedemikian oleh pihak berkuasa adalah tidak wajar dan akan terus menyekat hak rakyat untuk membahaskan isu atau menyuarakan pendapat secara bebas yang mana merupakan asas kepada demokrasi yang berkembang maju. 
Justeru, Suhakam menggesa pihak berkuasa mempertimbangkan semula kesesuaian, justifikasi dan keperluan untuk menahan dan mendakwa individu di bawah akta tersebut atas kenyataan atau tindakan mereka yang didakwa sebagai bersifat "menghasut". Adalah penting bagi kerajaan memenuhi janjinya dengan kadar segera untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan "Akta Harmoni Negara" ke arah melindungi hak asasi rakyat kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan juga Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

TS Khalid tokoh terbaik pulih MAS.....

Oleh Mohammad Tawfik Yaakub
Pengambilalihan Guthrie melalui PNB, pengumpulan dana 3.2 Billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang dirintis Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua kerajaan negeri Selangor

Pemilihan beliau sebagai menteri besar pertama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod cemerlang beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di Malaysia.  Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan seorang tokoh seperti Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor.

Akibat mempertahankan integriti dan urus tadbir yang telus, beliau akhirnya tewas dalam percaturan politik dalam kepimpinan PKR yang berusaha menyingkirkannya dari posisi menteri besar Selangor.  Semasa tempoh penggal pertama menjawat jawatan MB Selangor, beliau disanjung kawan dan lawan sebagai tokoh terbaik dalam urus tadbir di negeri Selangor.
Atas dakwaan “dosa” tidak mendengar nasihat dan mempertahankan kewibawaan urus tadbir yang baik, beliau dipecat parti yang selama ini menyanjung kredibiliti dan menerima keahlian seumur hidupnya.
Maka pengunduran Khalid sebagai MB Selangor harus diambil perhatian serius kerajaan persekutuan dengan mengangkat semula kedudukan beliau untuk menerajui proses pemulihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

KEADILAN: Wan Azizah kekal calon tunggal MB Selangor

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN mengulangi pendirian bahawa Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal calon tunggal Menteri Besar (MB) Selangor.
wan-azizah-390x300Keputusan itu dicapai anggota MPP yang baru dipilih dalam mesyuarat semalam bagi membincangkan pendirian mereka mengenai isu berkenaan.
“Majlis Pimpinan Pusat menegaskan sekali lagi keputusan pada 21 Julai 2014 yang bersetuju sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor,” kata Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan.
Menurut Saifuddin, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali turut mengulangi sokongan beliau kepada Wan Azizah sebagai calon tunggal dari KEADILAN untuk jawatan tersebut.
Menyentuh perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Saifuddin menjelaskan, MPP turut menerima cadangan Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk kekal bertanding di DUN berkenaan.
“Cadangan ini akan dibincangkan oleh KEADILAN dengan PAS dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan keputusannya,” kata Saifuddin.
Penamaan calon bagi PRK tersebut ditetapkan pada 13 September manakala 25 September hari pengundian.

Bailout MAS: Duit rakyat jadi mangsa

BAILOUT didefinisikan sebagai tindakan menyelamatkan sesuatu, seperti syarikat, organisasi atau kerajaan yang sedang mengalami masalah kewangan. Namun pada zaman ini di mana negara amat jarang bankrap kerana sentiasa boleh meminjam dan menambah hutang negara untuk ditanggung oleh rakyat serta generasi masa hadapan (seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan Malaysia), kita lebih sering menggunakan istilah bailout sebagai tindakan kerajaan menyelamatkan sesebuah syarikat tertentu daripada muflis.

Lazimnya, hanya firma besar yang akan menerima bailout, dengan mengambil kira kepentingannya kepada sesebuah negara dan juga kerana ramai bilangan pekerjanya. Jadi jika anda hanyalah seorang penjual goreng pisang di tepi jalan atau peruncit kecil lalu mengalami masalah kewangan, anda akan tetap berseorangan.

Semasa krisis kewangan 2008-2009, kerajaan Amerika Syarikat telah menghabiskan lebih USD 700 billion bagi menyelamatkan firma seperti A.I.G., General Motors, Ford, Citigroup dan lain-lain.

Sebaik sahaja menerima bantuan USD 170 billion, A.I.G.  mengumumkan bonus berjumlah USD 165 juta untuk para eksekutifnya bersama percutian seminggu di Regis Resort, California dengan perbelanjaan  berjumlah lebih USD 440,000 (satu bilik berharga USD 1,000 untuk satu malam). Tindakan ini menimbulkan kemarahan umum di Amerika Syarikat sehingga akhirnya terpaksa dibawa ke kongres. Akhirnya pemberian bonus tadi dibatalkan.

Polisi yang hampir serupa dilaksanakan di Malaysia, dengan beberapa perbezaan, kerana kita sentiasa ada cara kita tersendiri.

Dasar Penswastaan

Semasa Tun Mahathir menjawat kedudukan Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan dasar pensyarikatan Malaysia dan penswastaan. Badan-badan yang asalnya milik negara diswastakan.

Itu yang tersurat

Yang tersirat, badan-badan yang asalnya milik negara yang menguntungkan diswastakan, kepada kroni-kroni dan kumpulan-kumpulan terpilih.

Asalnya, perusahaan tersebut milik negara, milik rakyat. Jika ia maju, maka rakyat untung. Jika rugi, sama-sama tanggung.

Malah dalam sesetengah keadaan, sebenarnya kerugian perusahaan terbabit pun tidak semestinya merugikan rakyat.

Contoh, jika harga petroleum dunia jatuh, rakyat akan mendapat faedah dengan harga minyak yang murah. Jika harga petroleum dunia naik, keuntungan syarikat kerajaan yang menguruskan petroleum boleh digunakan untuk memberi subsidi bahan api agar harga minyak kekal murah. Hasilnya, harga barangan tidaklah meningkat laju seperti sekarang.

Begitu juga jika harga beras di pasaran dunia jatuh, rakyat akan mendapat faedah dengan harga beras yang murah. Jika harga beras dunia naik, keuntungan syarikat beras kepunyaan kerajaan boleh digunakan untuk memberi subsidi agar harga beras kekal murah. Dalam masa yang sama, kebajikan pesawah padi juga boleh dijaga seandainya kerajaan membeli padi mereka dengan harga lumayan bukan berkiblatkan keuntungan semata-mata.

Namun sekarang apabila banyak perkara diswastakan, kelebihan sebegini hampir tiada lagi.

Penswastaan MAS

Kemelut MB: PAS perlu ikut konsensus Pakatan, kata Penganalisis


Post Pic

SHAH ALAM: Pendekatan yang berbeza antara PAS dan PKR berhubung titah Sultan Selangor dalam isu nama Menteri Besar, akan mengundang persepsi negatif rakyat negeri ini terhadap Pakatan Rakyat (Pakatan).
 
Apatah lagi dengan pandangan beberapa pemimpin dari kedua parti itu yang secara jelas menyanggah antara satu sama lain. 
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, walaupun tidak menjadi kesalahan untuk PAS dan PKR berhubung keputusan masing-masing dalam isu pencalonan jawatan itu, namun lebih molek sekiranya ketiga-tiga parti berpegang dengan konsensus yang dicapai sebelum ini.   
 
"Pendekatan PAS tidak salah cuma tidak berdasarkan konsensus..Pandangan PKR dan DAP juga tak salah kerana tafsiran perlembagaan mengatakan bahawa rakyat itu mesti didahulukan.
 
"Kalau parti politik yang dipilih oleh rakyat itu sudah membuat keputusan, hantar kepada Sultan dan Sultan menggunakan budi bicara bahawa parti itu sebenarnya yang berhak beri pndangan kerana ianya diyakini mempunyai majoriti lebih dalam DUN. 
 
"Alangkah cantiknya begitu kerana kita harus lihat bahawa persepsi masyarakat yang melihat PR sebuah entiti yang memerintah Selangor sejak 2008. Jadi kepercayaan rakyat itu, mahu atau tidak, bergantung kepada sejauh mana keeratan kedudukan parti politik itu," katanya kepada Antarapos.
 
Namun, Shaharuddin dalam pada itu juga berkata, walaupun menjadi hak PAS untuk mengemukakan keputusannya, parti Islam itu tidak sewajarnya 'mengubah' atau dilihat bermain  tarik tali berhubung perkara itu.  
 

Unit Amal PAS jaga Stesen LRT Pandan Indah bantu polis

Cadangan ini dibentangkan berikutan kes tetak dan ragut yang berlaku berhampiran stesen tersebut

PETALING JAYA: PAS Kawasan Pandan telah bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan bagi meletakkan anggota-anggota Unit Amal di Stesen LRT Pandan Indah.
Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, keputusan itu telah dibuat di dalam mesyuarat malam tadi.
unit amalJelasnya, cadangan ini dibentangkan berikutan kes tetak dan ragut yang berlaku berhampiran stesen tersebut baru-baru ini.
“Seorang gadis telah ditetak di bahu dan lengan di dalam satu kejadian pada 28 Ogos lepas,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga merupakan ADUN Chempaka yakin bahawa anggota-anggota Unit Amal boleh membantu pihak polis menjalankan tugas mereka.
“Terdapat laluan-laluan di sekitar stesen tersebut di mana para pejalan kaki boleh terdedah kepada jenayah ragut,” ujarnya.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut digesa untuk melakukan kerja-kerja menaiktaraf agar jenayah ragut sukar hendak dilakukan.
“Kerja-kerja menaiktaraf perlu dilakukan agar jenayah ragut susah hendak dilakukan seperti memasang penghadang atau menyediakan lebih banyak lampu,” katanya.

Unit Amal: Bapak menteri, tidak selamanya kita di atas

KOTA BHARU: Perwakilan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan memakai pakaian seragam Jabatan Amal pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia pada 16 September ini.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara itu diputuskan sebagai tanda solidariti kepada jabatan berkenaan yang sentiasa menabur bakti khususnya soal kebajikan sejak sekian lama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menimbulkan kemarahan banyak pihak apabila akan mengambil tindakan terhadap Unit Amal.

Zahid membuat kenyataan kelmarin akan mengambil tindakan yang sama terhadap badan sukarela lain sebagaimana PPS Pulau Pinang.

Fadhli seterusnya berkata, Pemuda PAS adalah pertubuhan yang berdaftar, oleh itu mana-mana unit di dalamnya tidak perlu lagi didaftar sebagaimana skuad sayang milik Puteri Umno.

“Untuk itu Pemuda PAS Kelantan akan mempertahankan Unit Amal dan amat tidak bersetuju dengan kenyataan Zahid Hamidi,” ujarnya.

Hujung tahun lepas, ujarnya ketika Umno sedang bersidang di Kuala Lumpur, anggota Jabatan Amal Pemuda PAS bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada lebih 200 keluarga polis yang terperangkap di perumahan polis Bukit Mentok, Kemaman akibat banjir.

Ke mana PAS mahu dibawa?

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI 

Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai  "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada  perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!

PERKASA, NGO buat 10 laporan polis terhadap wartawan Mkini


Sepuluh laporan polis telah dibuat terhadap portal berita Malaysiakini dan penolong editornya yang berpejabat di Pulau Pinang, Susan Loone, berhubung sebuah laporan berita yang didakwa memfitnah polis. 
 
Laporan itu dibuat oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Balai Polis Jalan Pantai di Pulau Pinang pada kira-kira jam 6 petang semalam. 
 
NGO itu menggesa pihak polis menyiasat artikel bertajuk Disoalsiasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah' yang diterbitkan pada hari Isnin di laman Malaysiakini Bahasa Malaysia. 
 
Laporan berita tersebut adalah terjemahan artikel Susan Loone yang bertajuk 'Exco man grilled for four hours, treated like a criminal' yang juga diterbitkan pada hari yang sama. 
 

PAS paling berjaya dalam Pakatan, kata Mat Sabu

Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu.
Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13.
“Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan.

“Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily. Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Menerusi PRU12  juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.

PKR ulang pendirian Wan Azizah calon tunggal MB Selangor, Azmin sokong

PKR mengulangi ketetapan mencalonkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pimpinan baru yang bermesyuarat semalam sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang juga bersetuju dengan pendirian parti itu. “Majlis Pimpinan Pusat menegaskan sekali lagi keputusan yang dibuat pada 21 Julai bersetuju sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor. “Azmin turut mengulangi sokongan beliau kepada Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal daripada PKR untuk jawatan menteri besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, PAS Selangor menghantar nama-nama calon daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan menteri besar baharu menggantikan Khalid. Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Di peringkat Selangor kita serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada PAS Pusat nama yang mereka hendak berikan kepada Sultan,” katanya seperti dilaporkan Bernama. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini berkata parti Islam itu tetap mengemukakan 2 nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagaimana yang dititahkan. Dalam perkembangan lain,

Isu MB Selangor bukan krisis perlembagaan

Isu MB Selangor
SHAH ALAM – Krisis perlembagaan tidak mungkin akan berlaku di Selangor meskipun kemelut pelantikan menteri besar baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat seperti kronik.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa yang baginda dapati layak menjadi menteri besar.

“Negara kita amat unik kerana mengamalkan demokrasi berperlembagaan dan sultan ada kuasa untuk menentukan siapa layak menjadi peneraju sesebuah negeri berdasarkan nama yang dicalonkan.

“Jadi tidak timbul kemungkinan akan berlaku krisis perlembagaan kerana calon menteri besar ditentukan sendiri oleh PR,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, Sultan Selangor juga  mempunyai budi bicara untuk menerima individu yang boleh diterima oleh semua majoriti ahli dewan selepas diusulkan kepada baginda.

“PR perlu mencadangkan nama calon menteri besar yang mendapat sokongan dari ahli dewan, tetapi harus mematuhi perundangan tubuh negeri itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Noor mengakui sultan mempunyai kuasa yang lebih tinggi  dan itulah keistimewaan amalan demokrasi di negeri ini.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling, juga  menyuarakan pandangan yang sama.

Katanya, situasi yang berlaku di Selangor sebenarnya tiada kaitan dengan perlembagaan sebaliknya berkaitan dengan krisis dalaman PKR.

Kes Unit Amal dibangkit kerana kepentingan politik

Nor Azmir Zakaria 
KUALA LUMPUR - Nasib pasukan Unit Amal Pas yang bakal berdepan tindakan undang-undang seperti yang disuarakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan hanya lebih kepada kepentingan politik semata-mata.

Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Pemuda Pas Pusat (Juham), Nor Azmir Zakaria berkata,  kes Unit Amal itu bukan perkara baharu malah ia telah terbukti di mahkamah tiga tahun lalu.

Jelasnya, jika Ahmad Zahid berkeras mahu mengheret Unit Amal Pas ke mahkamah, usaha itu hanya sia-sia sahaja kerana dalam kes demostrasi Gerakan Mansuhkan ISA, pihak pendakwaraya sendiri gagal mengetepikan kes itu di peringkat pendakwaan lagi.

"Sekiranya kes ini dibawa sekali ke mahkamah, ianya akan terhalang oleh prinsip "Res judicata" atau kes yang telah diputuskan secara prinsipal di mahkamah.

"Pihak mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwa gagal untuk memutuskan kes itu secara prima facie bahawa perlunya mereka berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Kumpulan dalam PAS kempen kekalkan parti Islam itu bersama Pakatan

Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan PasMa. – Gambar The Malaysian Insider, 3 September, 2014.Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada 31 Ogos lalu untuk menubuhkan PasMa. – Gambar The Malaysian Insider, 3 September, 2014.Sekumpulan ahli PAS sudah memulakan kempen untuk memastikan parti Islam itu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), satu langkah yang boleh dilihat sebagai cabaran kepada kepimpinan konservatif Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada Ahad, kata satu sumber dengan sasaran menghalang parti Islam itu meninggalkan PR dan bekerjasama dengan Umno.
"Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul," kata salah seorang penggerak utamanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan dikenali kerana kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat. Inisiatif ini bermula selepas Hadi memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat pada 25 Ogos beliau mahu bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di Selangor.
Masih belum dipastikan bagaimana pimpinan PAS akan memberikan reaksi terhadap gerakan ini.
The Malaysian Insider melaporkan minggu lepas Hadi mencadangkan PAS, Umno dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bekerjasama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, setiausaha politik presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan laporan itu dan menegaskan tiada perbincangan dilakukan di antara Azmin dan Hadi. The Malaysian Insider mempertahankan laporan awalnya itu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, PasMa akan mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk menjelaskan mengapa PAS perlu kekal dalam PR dan menolak Umno.