Selasa, 2 September 2014

Warga universiti bimbang nasib kebebasan akademik

Pendakwaan bawah Akta Hasutan 1948 terhadap Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom mengundang kebimbangan warga universiti terhadap kebebasan akademik negara ini.

Walaupun bersetuju “kebebasan akademik ada batasnya”, Pensyarah terkenal Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (bawah) berkata, pandangan golongan cendekiawan tidak harus disekat.

“Mereka adalah harta negara yang kita perlu jaga,” kata pensyarah Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

“Yakinilah kehebatan sesebuah universiti itu bukan terletak pada bangunannya yang cantik tetapi terletak kepada keupayaan mahasiswa dan pensyarahnya untuk berbincang, mengkaji dan menulis dalam suasana yang mempunyai ruang untuk meraikan persamaan dan juga perbezaan.”

Azmi, 45, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009, pada 15 Ogos lepas.

Azmi yang juga presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM  dituduh menyebut perkataan itu di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di Jalan Hang Tuah.

Menulis di Facebook hari ini, Agus berkata, pendakwaan terhadap Azmi itu boleh menjadikan rakan-rakan dalam dunia akademik takut untuk meluahkan pandangan mereka dalam sesuatu isu.

“Apabila rakan akademik saya didakwa, saya menjadi takut untuk menulis. Saya perlu takut kerana saya tidak mahu didakwa seperti beliau,” kata Agus.

“Tetapi, sebagai guru politik apakah wajar jika saya mendiamkan diri sahaja tanpa berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain jika saya mempunyai idea dan pendapat politik yang hendak disampaikan?”

'Menegur demi yang terbaik'

Agus berkata, beliau tidak berdiam diri kerana ia “tidak adil” terhadap amanah untuk menyampaikan ilmu dan memberi pandangan balas kepada isu politik difikirkan perlu diperbetul.

“Bukan untuk mencabar sesiapa atau membenci atau menyukai sesiapa, tetapi untuk kita saling menegur bagi mendapatkan yang terbaik antara yang baik,” katanya.

Mengulas perwatakan Azmi, beliau mengaku tidak mengenalinya secara rapat tetapi pernah menemu bualnya sekali dalam rancangan bual bicara “Hujah” di TV9, yang dikendalikannya sebelum ini.

Daripada pengamatannya, tambah Agus lagi, Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur serta menulis berdasarkan ilmunya.

“Jadi apabila beliau didakwa, saya berasa terkilan jika saya tidak menulis pandangan saya tentang beliau,” katanya.

Azmi sifatkan satu tamparan

Apabila Prof Agus berdoa untuk Prof Azmi Sharom

Mohammad Agus Yusoff
AZMI SHAROM DAN KEBEBASAN AKADEMIK
Apabila rakan akademik saya didakwa, saya menjadi takut untuk menulis. Saya perlu takut kerana saya tidak mahu didakwa seperti beliau.
Tetapi, sebagai guru politik apakah wajar jika saya mendiamkan diri sahaja tanpa berkongsi idea dengan rakan-rakan yang lain jika saya mempunyai idea dan pendapat politik yang hendak disampaikan?
Saya fikir jika diam, saya tidak adil kepada amanah yang saya pegang. Amanah saya ialah untuk menyampaikan ilmu dan memberi pandangan balas kepada sesuatu isu politik yang saya fikir perlu diperbetulkan. Bukan untuk mencabar sesiapa atau membenci atau menyukai sesiapa, tetapi untuk kita saling menegur bagi mendapatkan yang terbaik antara yang baik.

**************************
Saya tidak mengenali Azmi Sharom secara rapat. Saya pernah menemu bual beliau sekali dalam Rancangan Hujah dalam TV9 yang saya kendalikan suatu waktu dulu. Selepas itu, saya mengenali beliau melalui tulisan beliau dan melalui perbincangan dengan kawan rakan.
Satu yang dapat saya katakan dari pengamatan saya, Azmi seorang yang tenang dan mempunyai pandangan politik dan undang-undang yang jujur. Beliau tidak mengata orang dan menulis berdasarkan pandangan ilmu yang ada pada beliau.

‘Penjajahan’ guna Akta Hasutan perlu dihentikan, kata Anwar

Tindakan Putrajaya meluaskan cengkaman dengan mendakwa pensyarah undang-undang mengikut Akta Hasutan adalah melampau dan keterlaluan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar berkata, tujuh pemimpin pembangkang dan seorang ahli akademik yang ditahan menggunakan akta itu menunjukkan pelanggaran proses demokratik dan juga kelemahan prinsip undang-undang. "Hari ini, gelombang itu juga dirasai Prof Azmi Sharom yang mengutarakan pandangannya berhubung krisis menteri besar di Selangor."Secara tidak langsung, kenyataannya bukanlah pro Umno mahupun PR, namun menjunjung kebebasan akademik. Saya percaya Azmi berhak menyuarakan pendapatnya," kata ketua umum PKR itu lagi dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Anwar sehingga hari ini, lima anggota Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah didakwa. "Ia merupakan senarai panjang yang akan berterusan namun tiada satu pun pemimpin Umno dan pertubuhan haluan kanan mereka yang rasis dikenakan tindakan," katanya. Antara ahli Parlimen PR yang didakwa mengikut akta itu adalah Rafizi Ramli (Pandan), N Surendran (Padang Serai), Teressa Kok (Seputeh), Chua Tian Chang (Batu), dan Khalid Samad (Shah Alam). Manakala, Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Seri Demila RSN Rayer serta bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut didakwa mengikut akta berkenaan. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sekiranya pendakwaan itu berjaya, sudah pasti akan berlaku enam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen dan tiga PRK Dewan Undangan Negeri (DUN). "Apa yang sedang kita lihat adalah cubaan tidak tahu malu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merampas demokrasi apabila menjadikan pemimpin PR dilucutkan kelayakan menjadi calon pilihan raya. "Ini bakal menjadi kesalahan serius melalui pintu belakang Pejabat Peguam Negara," kata Anwar. Anwar turut mengecam tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Pertubuhan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang semalam yang menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan. Anwar berkata, 156 anggota PPS yang ditahan adalah rakyat menjalankan tanggungjawab mereka kepada orang awam untuk

Dakwa ahli akademik, pemerintahan Najib lebih zalim – Institut Rakyat

KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER: Tindakan terkini kerajaan mendakwa ahli akademik, Prof Madya Dr Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan mencerminkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak yang lebih zalim dan anti demokrasi, kata Penolong Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Ginie Lim.
Beliau berkata, Pensyarah Universiti Malaya itu merupakan mangsa terbaru akta tinggalan British, selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa di bawah akta yang sama.
Menurut Ginie, sebagai seorang pakar undang-undang, adalah menjadi tanggung jawab Azmi untuk memberi analisa tentang fenomena sosio politik daripada perspektif perundangan kepada umum.
“Pandangan ahli akademik tidak semestinya bersetuju dengan dasar pemerintahan, malah mempersoalkan kewajaran sesuatu sesuatu dasar atau tindakan pemerintah demi kepentingan umum.
“Pandangan mereka terhasil daripada kajian yang mendalam dan proses pemikiran yang menyeluruh untuk memberi pencerahan dan mengundang perbahasan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Azmi yang juga Pensyarah Undang-Undang UM hari ini didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung satu artikel mengenai isu Menteri besar Selangor dan krisis perlembagaan di Perak pada 2009.
Justeru kata Ginie, tindakan yang diambil ke atas Azmi bukan sahaja menyekat kebebasan akademik malah melanggar prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Jangan Susah Hati Lagi - Kalau Bukan Wan Azizah, Azminlah MB Selangor Yang Baru ....

Esok 3hb September adalah tarikh akhir bagi PKR, DAP dan Pas mengemukakan nama-nama calon bagi mengisi jawatan Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang perletakan jawatannya ditangguhkan buat sementara waktu oleh Sultan Selangor pada minggu lalu.
Ketika Khalid menyerahkan surat perletakan jawatannnya, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerimanya sehingga pengganti yang baru dilantik.

Sultan Selangor ketika itu telah meminta parti-parti gabungan dalam PR iaitu PKR, DAP dan Pas agar mengemukakan lebih daripada dua daripada setiap parti bagi memudahkan baginda membuat pilihan.

PKR dan DAP bagaimanapun bertegas untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar sebagaimana yang dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR. Pas pula, sebagaimana dipetik daripada kenyataan Setiausaha Agungnya, Mustaffa Ali bahawa parti itu akan menghantar dua nama sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos lalu.

Nama-mana tersebut ialah Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Ini bermakna Pas tidak akur dengan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR, sebaliknya mahu mematuhi keputusan mesyuaratnya sendiri.

Kiranya tiada perubahan menjelang tarikh tutupnya esok, bermakna akan ada dua nama yang menjadi pertimbangan Sultan Selangor untuk dipilih sebagai Menteri Besar. PKR dan DAP pula sudah pun menghantar nama Dr Wan Azizah kepada Istana Selangor lebih awal daripada tarikh tutup 3hb September itu.

Walaupun pendirian Pas ini tidak disenangi oleh PKR dan DAP yang turut mahukan parti itu mengemukakan satu nama saja, tetapi sekurang-kurangnya penyelesaian kepada kemelut ini sudah ada menuju jalan penyelesaiannya. PKR dan DAP terima sajalah pendirian Pas itu dengan lapang dada walaupun mungkin terasa sakit di hati kerana tidak mahu sehati sejiwa dan selenggang sehayun dengan mereka.

Zam dakwa Prof Dr Azmi Sharom diperalatkan media arus perdana

Media arus perdana tersebut menggunakan penulis-penulis Melayu yang liberal untuk melindungi motifnya.

PETALING JAYA: Seluruh orang Melayu dan Islam harus sedar bahawa ada kempen oleh satu media arus perdana yang menekankan kepada agama dan perkauman dan objektifnya lebih dihalakan kepada orang Melayu dan Islam, kata Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Jelasnya, akhbar tersebut telah menjuarai isu-isu bukan Melayu yang bersifat perkauman dari segi Perlembagaan Persekutuan dan pandangan itu akhirnya harus dibangkang oleh orang Melayu.
zam-maidin“Bila Melayu membangkang dan melawan, maka akhbar itu akan menggambarkan mereka sebagai perkauman dan melampau,” ujarnya.
Disamping itu, akhbar itu turut menggunakan penulis-penulis Melayu yang liberal untuk melindungi motifnya.
“Apakah bukti yang lebih besar dalam hal ini selain dari seorang kolumnisnya Prof Madya Dr Azmi Sharom yang juga merupakan pensyarah undang-undang Universiti Malaya hari ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah undang-undang menghasut kerana sebuah tulisannya di portal online mengenai Pilhanraya Perak 2009,” katanya.
“Azmi Sharom inilah diantara orang yang diperalatkan oleh akhbar itu selama ini.”
“Penentangan terhadap ekstremisme agama dan kaum akan berkesan jika akhbar itu mengambil tanggungjawab memerangi isu-isu perkauman dan agama yang berbangkit serta dari segi perlembagaan negara, mereka dianggap sebagai menentang kuasa Diraja atau kuasa Melayu,” jelasnya.
Dalam pada masa yang sama, Zainuddin turut mempersoalkan kenapa akhbar itu tidak bersuara tentang cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kuasa Ketua Polis Negara.

Unit Amal vs the hate mongers

MP praises PAS charity corps for its track record of service to the community.

unitamalpas300PETALING JAYA: A member of parliament today paid tribute to PAS’s Unit Amal, contrasting its “positive track record” against the hate mongering of extremist right wing groups.
“Ask anyone, Muslim or non-Muslim, and they will testify to Unit Amal’s positive contributions at rallies or disaster sites,” said Kuala Terengganu MP Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. “Even the police have acknowledged this.”
He noted with disappointment that Home Minister Zahid Hamidi had warned of a police crackdown on Unit Amal following Sunday’s mass arrest of Penang Voluntary Patrol Squad (PPS) members.
“Sadly, while the government does little about extreme racist and thug groups which target minorities, places of worship and prominent public buildings, PPS and Unit Amal PAS are now being targeted,” he said.
“Anarchists and right wing groups are allowed to operate openly, but well-meaning peaceful groups are going to be apprehended.”
He said Zahid sounded as if he was giving the police the green light to arrest Unit Amal members.
“Unit Amal has long existed and has a proven positive track record of service to the community in gatherings or rallies or in times of disaster, like the bad floods that hit Kemaman and Kuantan at the end of last year.

Wan Azizah: Survivor against great odds

Her appointment as MB will bring a breath of fresh air to the jaded ranks of our male-dominated and scandal ridden political leadership.

By Koon Yew Yin
The debate around Wan Azizah Ismail’s suitability as Menteri Besar of Selangor has gone on too long.
It has gone on too long because of two main factors. One is the opposition of certain male leaders in PAS who act as though they are living in a rigid and conservative Islamic country where the role of women is to be subservient to men.
wan azizah kid300However, even in such societies as Pakistan and Bangladesh, we have seen women leaders accepted in the highest political ranks. So why is it that her selection should meet with so much resistance from PAS leaders and members and other Malays?
“Women hold up half the sky.” This is a famous proclamation made by Mao Zedong to bring gender equality to China. It applies not only to China but to all countries of the world, including Malaysia.
In fact PAS and others who are living like frogs under the coconut half-shell should realise that women hold up more of the sky than men. This is because women outnumber men in most if not all countries in the world, besides having longer life expectancies. In Malaysia women have a life expectancy of 77 years compared to men’s 73 years.
PAS should also realise that women voters outnumber males. The party can never come to power with an ideology of ketuanan lelaki, or male superiority or dominance. Malaysia may be a Muslim society but our Malay women are just as smart as men, if not more so. The proof of this is in the public universities, where Malay women form the majority of undergraduate students and consistently top the men in examinations.
The second factor is the attempt by certain quarters to provoke resistance to the replacement of Khalid Ibrahim by a Menteri Besar candidate selected by the coalition having the majority in the Selangor state government.
Thus a loud whispering campaign has been started, especially by pro-Umno and pro-BN bloggers, questioning the qualifications and suitability of Wan Azizah. “Is she really MB material?” “Will she be a proxy for Anwar Ibrahim?” “Does she have the political smarts to bring about the development of Selangor?”
To many Malaysians, though, there is little doubt that Wan Azizah has all the makings of an outstanding Menteri Besar whose appointment will bring a breath of fresh air to the jaded ranks of our male-dominated and scandal ridden political leadership.
Unlike the outgoing MB, she is not associated with hanky panky deals involving millions of ringgit but with service to society, initially as a government doctor and later as a leader of various voluntary bodies.

Use of Sedition Act thwarts academic freedom

The Centre for Independent Journalism is alarmed that even academicians are not spared now.

ICJPETALING JAYA: The Centre for Independent Journalism (CIJ) is alarmed that the Sedition Act is being used to thwart the freedom of expression of academicians as well.
Speaking on behalf of CIJ, directors Sonia Randhawa and Jac SM Kee said, “This constitutes a threat to the fundamental liberty of freedom of expression guaranteed in our Constitution.”
They were referring to the charge of sedition levelled at Universiti Malaya associate professor of law, Azmi Sharom saying, “The censuring of an academic for giving an opinion in their area of expertise is also a threat to academic freedom in Malaysia.”
CIJ said that too liberal a use of the Sedition Act would stunt the function of universities and institutions of higher learning to the point it could not function appropriately.
“Restrictions must be necessary and proportionate. To censure legal opinion without demonstrating the threat to national security, public order or public morality is unnecessary and disproportionate,” the statement read.
The journalist body was also sceptical of the government’s statement that sedition charges were “a matter for the courts”.

BN is still under the colonial yoke

After 57 years of independence the country has not moved forward but backwards.

colonial BNThe irony seems to be lost on the BN government that on the day we celebrated 57 years of independence, it was using pre-independence laws that had been concocted by the old colonial power to defeat the anti-colonial struggle, especially the Malayan workers’ movement.
These laws include the Societies Ordinance that is being used against the PPS in Penang, and the Sedition Act used against elected members of Parliament and even a “moderate” senior academic!
The Societies Ordinance goes as far back as 1889 when the British colonial power enacted the law to deal with a radical working class as well as an anti-colonial nationalist movement.
The Ordinance was used to register and deregister unions at the behest of the colonial power during the turn of the century when the Malayan working class was being progressively unionised.
An example was the Pineapple Cutters Association which was registered in 1908 but was deregistered in 1913. (Hua Wu Yin, “Class & Communalism in Malaysia”, Zed Press, London, 1984:84)
During the strikes by estate workers just after the Second World War, the United Planting Association of Malaya urged the colonial government to enforce the pre-war Societies Ordinance in order to control the unions.
Then as the struggle by the workers and anti-colonial forces gathered strength against the Federation of Malaya proposals in 1948, the colonial authorities enforced the registration of all unions under the restrictive 1940 Societies Ordinance.
Among the clauses of the Act, government employees were not allowed to join unions of non-government employees, an obvious attempt to divide the workers’ movement. The Societies Ordinance was again used by the colonial power to deal with the Pan-Malayan Federation of Trade Unions which was leading the unions in the country during the 1940s.
Through its recent actions against NGOs and community groups, the Malaysian government has violated the right to freedom of association by regulations requiring that any society comprising seven or more people be registered by the Registrar of Societies.

Pakatan break-up on the line: Brace for a PAS-AZMIN-UMNO unity govt in S'gor

Pakatan break-up on the line: Brace for a PAS-AZMIN-UMNO unity govt in S'gor
I don’t agree with Husam Musa’s analysis that it is quite impossible to form a PAS-Umno unity government in Selangor on his contention that PAS central committee will surely reject any frog jumping over from PKR.
PAS central committee may not accept those frogs, but still, a “unity” government can be formed, if PAS insists on nominating Azmin Ali as an additional nominee to Wan Azizah. This is because the Sultan is likely to appoint Azmin and Azmin is likely to accept.
In that event, Azmin’s hard-core supporters in the assembly, which is considerable, will surely vote for him. And together with Umno’s 12 votes and PAS’ 13 or so votes, Azmin will carry the day in the assembly, thus ushering a de-facto PAS-Azmin-Umno unity government in Selangor.
And that would also mean PAS will break off from Pakatan.
If Husam and company do not want this to happen, they must now urgently exert maximum pressure on the conservative faction in PAS to put an emergency brake on the move to present Azmin’s name to the Sultan tomorrow.

Kim Quek

Polis bukan ‘tentera peribadi’ KPN – Zuraida

Zuraida
KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER – Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dianggap melampaui batas apabila menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Katanya, Khalid tidak boleh sesuka hati mengisytihar mana-mana persatuan sebagai haram dan ia perlu melalui prosedur sepatutnya.
Ini kerana katanya, mana-mana pertubuhan harus diisyitiharkan haram terlebih dahulu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sepertimana yang dilakukan terhadap pertubuhan Hindraf.
Bagaimanapun menurutnya, PPS adalah berbeza kerana ia merupakan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang turut terdiri daripada anggota exco dan wakil rakyat.
“KPN perlu sedar beliau ialah penjawat awam dan kepentingan awam perlu didahulukan. Pasukan polis tidak patut digunakan untuk menindas orang awam,” katanya dalam satu kenyataan media.
Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, sekiranya polis cekap, tiada keperluan bagi sukarelawan berkenaan membantu kerja-kerja polis bagi memastikan tempat tinggal mereka selamat.
Beliau juga menyatakan tidak ada sebab polis memanggil pertubuhan itu sebagai haram dan menangkap mereka yang tidak bersalah, selepas pertubuhan itu diwujudkan beberapa tahun.
Katanya, tindakan polis yang mahu menyerbu rumah sukarelawan terbabit jika enggan menyerah diri juga disifatkan tidak masuk akal dan merupakan satu salahguna kuasa.

PAS S'gor serah nama calon MB pada pusat

PAS Selangor telah menghantar nama-nama calon dari kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
  
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  
"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada PAS Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.
  
"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh PAS Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
  
Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga menteri besar baru dilantik.

MB Selangor: PKR, DAP sudah serah nama, PAS esok

PKR dan DAP sudah menyerahkan nama yang dicalonkan mereka sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, surat itu telah dipersembahkan kepada istana semalam.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Ketua DAP Selangor Tony Pua pula berkata mereka menghantar pencalonan hari ini walaupun tarikh akhir berbuat demikian sehingga esok.

Beliau mengesahkan PKR dan DAP hanya mencalonkan satu nama, iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, seperti dipersetujui sebelum ini.

PAS akan menghantar nama kepada istana esok.

Selamat Menyambut Hari Reformasi kepada warga reformis semua. Di sini bermulanya satu lanskap baru politik Malaysia.







Zahid tertekan cuba raih populariti - Mahfuz

Penggal kepala Dayak, NGO buat laporan polis

'Arrogant non-Malays' jab aimed at DAP, says Zahid

Husam: Umno meddling in PAS to control Selangor

Kerajaan Umno-BN guna Akta Hasutan lumpuhkan Pakatan

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-BN semakin undur apabila masih menggunakan Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan, bertujuan untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat.Pada hal Akta Hasutan sepatutnya sudah tidak wujud lagi, malah penggunaannya sangat memalukan negara di mata dunia.
Ia menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang enggan menerima kepelbagaian pandangan dan percambahan ilmu bagi mendidik masyarakat ke arah yang lebih harmoni.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak jelas double standard apabila hanya menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat. “Kenapa kerajaan tak ambil tindakan ke atas pemimpin Pekasa dan pihak BTN yang jelas menghasut rakyat dan boleh mengancam perpaduan kaum melalui undang-undang.
Ketika dihubungi 29 Ogos lalu, Mahfuz berkata, Najib sepatutnya sudah menggantung Akta Hasutan 1948 kerana kerajaan sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai pelbagai parti untuk mencadangkan penggubalan Akta Keharmonian Nasional 2014 bagi menggantikannya.
Kesediaan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa tersebut ujarnya, merupakan isyarat untuk memansuhkan Akta Hasutan kerana akta itu sendiri sudah tidak lagi relevan. Antara AJKnya ialah Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa daripada PAS.Kata Mahfuz, seramai enam ahli parlimen dan tiga Adun daripada Pakatan Rakyat didakwa dengan Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan bakal kehilangan kerusi masing-masing jika sabit kesalahan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan, tindakan Najib menyalahgunaankan Akta Hasutan 1948 ialah untuk melumpuhkan pengaruh dan kekuatan Pakatan di mata rakyat.
Pendakwaan secara terpilih yang semakin kerap terhadap pemimpin Pakatan, memberi signal Umno- BN kini semakin tidak diterima rakyat menyebabkan pemimpin mereka terdesak.

Tahaluf siyasi punca utama kejayaan PAS

Oleh MOHAMAD SABU
POLITIK kerjasama dengan pelbagai ideologi, bangsa, kaum dan pertubuhan bukan kerajaan di Tanah Melayu (Malaya) dan di Malaysia bukanlah satu perkara baru – pelbagai pertubuhan politik dan NGO pernah bergabung pada 1947, antaranya parti-parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), badan-badan agama, pertubuhan-pertubuhan Cina, India bergabung untuk menuntut merdeka, dan Perlembagaan Rakyat telah dikemukakan. 

Mereka bersatu sehingga dapat membuat tindakan mogok di seluruh negara untuk menghadapi pe nindasan dan pemerintahan British. British yang menjajah Malaya pada waktu itu terasa amat tergugat, lalu selepas itu diisytiharkan darurat, maka pertubuhan-pertubuhan seperti PKMM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) diharamkan, kecuali yang diizinkan untuk terus berope rasi adalah Umno.
Parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol juga diharamkan oleh pihak British.
Pemimpin-pemimpin PKMM, AWAS, API dan Hizbul Muslimin keba nyakannya meringkuk di dalam penjara.
Perkara yang hendak saya tekankan di sini, ialah bersatunya, muafakat, “tahalluf siyasi” telah menyebabkan pemerintah tergugat pada waktu itu. Ia berlaku sehinggalah pada 1957, dan British mening galkan tanah air dan memberikan kemerdekaan kepada Malaya yang diketuai oleh Umno untuk me ngambil alih pemerintahan Malaya merdeka bersama-sama dengan MCA dan MIC.
PAS bertanding di dalam pilihan raya bersama parti-parti politik lain yang kuat pada waktu itu, iaitu Parti Buruh, Parti Negara, Parti Sosialis dan Parti Rakyat.
Kalau kita lihat sejarah kejayaan PAS dalam pilihan raya, ialah apabila berlakunya pakatan atau “tahalluf.”
Pada 1959, PAS berjaya menang dan menguasai dua negeri, iaitu Ke lantan dan Terengganu apabila ada muafakat politik terutama dengan Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar yang menyebabkan pada pilihan raya pada tahun 1959 itu, PAS dapat menguasai Kelantan dan juga Terengganu.
Manakala pada pilihan raya tahun 1969, tidak ada permuafakatan terbuka, tetapi antara pembangkang ada persefahaman untuk menghadapi Parti Perikatan, maka PAS berjaya mencapai kejayaan di sebelah pantai Barat iaitu di Kedah, di Perak dan juga membuat kemajuan yang baik dari segi sokongan di negeri sebelah pantai Barat se perti di Selangor, Melaka dan juga beberapa negeri yang lain.
“Tahalluf” atau permuafakatan politik, PAS bersama dengan Barisan Nasional pada tahun 1974, tidak lah ia dapat diukur dengan kekuatan kerana pada waktu itu PAS telah bersama dengan parti pemerintah yang baru menghadapi situasi 13 Mei dan kesatuan rakyat terutama parti-parti politik berada dalam Barisan Nasional seperti Gerakan, PAS dan beberapa parti lagi.

Mengapa makin ramai ahli PKR kecewa dengan pimpinan parti?

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
Semakin ramai ahli-ahli PKR yang mula menunjukkan keberanian mengkritik pimpinan parti itu apabila melihat kewibawaan parti reformasi berkenaan semakin merosot di mata awam.
Sekaligus ia membayangkan betapa darjah kepercayaan terhadap ketulusan dan ketelusan pimpinan parti itu juga menjunam di hati ahli-ahli yang rimas PKR terus dibelit kontroversi akibat pelbagai karenah pemimpin.
 
Bermula dengan perbalahan terbuka di antara Timbalan Presiden, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan isu penggugurannya dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, perpaduan PKR semakin goncang.
 
Ini ditokok oleh persaingan dalam pemilihan parti yang membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan bagi jawatan Timbalan Presiden yang bermula penghujung April lalu. 
 
Mungkin atas nama demokrasi, tiba-tiba Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berselera untuk  turut menawarkan diri menjadi Timbalan Presiden untuk musim 2014-2017.
 
Ahli PKR sedar Anwar rencana jalan pintas
 
Penyertaan Saifuddin dilihat sebagai percaturan perimbangan pengaruh dan kuasa baru dalam PKR. Ini dilihat sebagai ikhtiar jalan pintas Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menyelesaikan perbalahan Azmin-Khalid.
 
Sekaligus ia juga dibaca sebagai satu usaha menyekat Azmin supaya tidak mencabar presiden, Wan Azizah Wan Ismail. Ini terbukti apabila Anwar sendiri menawarkan diri untuk “menentang” isterinya bagi jawatan berkenaan. 
 
Perkiraannya ialah tentu Azmin tidak akan tergamak untuk menentang mentornya, Anwar bagi jawatan presiden dan akan terpaksa cuba “mengurung” diri di kamar Timbalan Presidennya sahaja. 
 
Justeru kemunculan Saifuddin ditafsirkan oleh ramai penyokong Azmin sebagai perancangan Anwar untuk “memadamkan” pengaruh Azmin dalam parti. Jika Azmin kalah, tamatlah pengaruhnya.
 
Sementara bagi menyekat dan menghapuskan kedegilan Khalid yang sering tidak akur arahan dan nasihat parti, Anwar dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, melancarkan projek “Langkah Kajang” untuk mendesaknya meletak jawatan.
 
Ini demi melorongkan Anwar yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kajang sekaligus dinobatkan sebagai Menteri Besar baharu.
 
Strategi ini pasti memecahkan undi Khalid dan Azmin. Maka sifirnya ialah, ahli-ahli parti akan memindahkan undi mereka kepada Setiausaha Agung, Saifuddin yang mempunyai rekod pengurusan yang baik. 
 
Ternyata strategi mikro untuk “pecah dan perintah” dalam parti ini tidak digemari ahli-ahli PKR. Dalilnya, Saifuddin mendapat undi tercorot di kalangan tiga calon. 
 
Malah dalam pemilihan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), calon-calon yang rapat dengan Azmin mencatat kemenangan besar. 
 

Video: Iceland volcano spews lava fountains of up to 100m (Bardarbunga eruption)

MAS: Berniaga apa sampai tutup kedai..!!

Uncut Chronicles: Blood & Tears. Gaza August 2014

Guan Eng: Ketua polis bukan 'lembu suci'

Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu ketepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau bukan maksum atau "lembu suci" yang tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Jika Khalid meletakkan usaha dalam membanteras jenayah dan penjenayah sebagaimana usaha mempertahankan dirinya dan terhadap mereka yang menyatakan pendapat mereka, maka Malaysia akan lebih selamat.

Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya tetapi sebaliknya bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya.

Menggunakan undang-undang jenayah menentang musuh ketika Khalid mempunyai sumber penuh pada kedudukan beliau sebagai ketua polis negara, akan meletakkan pengkritiknya dalam kedudukan yang tidak adil dan tidak sama rata.

Apakah Khalid akan berjuang secara adil dengan membawa kepada mahkamah sivil terhadap mereka yang beliau dakwa memfitnah beliau?

Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin meminta mengesahkan dakwaan Timbalan Komander Kanan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi bahawa sebelas daripada 156 ahli unit Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan mempunyai rekod jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, dadah, kesalahan berkaitan kongsi gelap dan juga bunuh.

Begitu juga, mereka yang air kencing diuji positif mungkin disebabkan oleh ubat yang diambil untuk penyakit.

Pendirian anti-PPS

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga akan berusaha untuk mengesahkan sama ada terdapat apa-apa laporan polis atau tuduhan terhadap 11 anggota ini ketika mereka melaksanakan peranan mereka secara sukarela dalam PPS.

Jika tidak, adalah tidak adil kepada keseluruhan PPS yang terdiri daripada 9,000 orang dengan maklumat yang didakwa sebagai latar belakang beberapa ahli.

Apakah perlu untuk 120,000 anggota polis juga didakwa hanya kerana tindakan beberapa anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan kejam menggunakan bahan letupan C4, menyebabkan kematian tahanan, jenayah kejam seperti rompakan atau menyalahgunakan kuasa mereka dengan terlibat dalam rasuah?

'Kalau nak bergaduh, janganlah buat dalam kawasan sekolah' - Mahfuz

Bukan untuk mencampuri urusan UMNO tetapi kata Datuk Mahfuz Omar, kejadian baling kerusi ketika Mesyuarat Umno Bahagian Pokok Sena baru-baru ini amatlah memalukan lebih-lebih lagi kejadian berlaku dalam kawasan sekolah tempat mesyuarat berlangsung.
 
"Saya tidak ada kaitan dengan kejadian itu tetapi bila berlaku dalam Parlimen saya, sampailah juga ke pendengaran apabila disampaikan oleh kawan-kawan.
 
"Bagi saya, kalau nak bergaduh, baling kerusi atau nak singkap kain ke bagi orang perempuan, janganlah buat dalam kawasan sekolah.
 
"Apabila diadakan di dalam kawasan sekolah tidak kiralah hari cuti, ia tetap akan jadi bualan anak-anak lebih-lebih melibatkan orang-orang tua yang bertaraf pemimpin," katanya.
 
Jelas Mahfuz, sepatutnya orang-orang tua menunjukkan contoh yang baik, bukan bergaduh sampai bertumbuk dan baling kerusi.
 
"Saya juga ingin minta bertanya Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimana mesyuarat UMNO Bahagian boleh diadakan di dalam dewan yang berada dalam kawasan sekolah?

Hentikan segera hubungan dagang Malaysia dengan Israel

made israelSHAH ALAM, 2 SEPT : Badan-badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berani untuk menghentikan hubungan perdagangan dengan Israel.
Kelemahan dan sikap sering menunduk kepada barangan Israel dalam menghalang produk “Made In Israel” masuk ke negara ini adalah sangat dangkal dan tidak boleh diterima.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Kementerian untuk menjelaskan  jenis produk, syarikat yang terlibat dan nilai dagangan yang dihantar ke Palestin.
Beliau berkata, adakah Malaysia mempunyai pengesahan bahawa Pelabuhan di Ashdod, Israel itu digunakan sebagai transit sebelum produk-produk ini dihantar masuk ke Palestin.
“Dimanakah bukti-bukti produk-produk ini diterima oleh Syarikat-Syarikat atau perusahaan-perusahaan milik rakyat Palestin atau beralamat di wilayah Palestin?
“Adakah Menteri juga merelakan setiap daripada rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada kematian rakyat Palestin selama ini?,” katanya.

Jangan keras kepala hingga Selangor dimageran

SUBKY LATIF

HAL yang saya paling takut kiranya ganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak dapat diselesaikan segera ialah Selangor dimageran baik oleh Parlimen atau apa-apa juga kuasa yang difikirkan oleh Peguam Negara.
    
Kalau hasrat Istana bagi mendapatkan lebih dua calon ditolak oleh PKR/DAP, atau beri saja mana-mana nama ADUN PKR, tuan badan menolak atas apa jua alasan, sementara Istana bertegas mahukan tiga nama juga, penggantian itu akan buntu.
   
Macam-macam boleh dicadangkan bagi mencari jalan keluar tetapi jangan sampai berlaku seperti yang terjadi di Kelantan hujung tahun 70-an. Parlimen mengisytiharkan Mageran mengambil alih pentadbiran negeri untuk ditadbirkan oleh kerajaan persekutuan.
   
Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir yang kalah dalam undi tidak percaya di DUN sebelumnya dikekalkan sebagai Menteri Besar yang tidak berkuasa. Pentadbiran dijalankan oleh seorang pegawai kanan kerajaan pusat.
  
DUN Selangor belum sampai bersidang untuk undi tidak percaya kepada Khalid kerana dia sudah sedia berundur dan sekarang hanya MB sementara bagi meneruskan urusan kerajaan sehingga MB baru dipilih.
   
Majoriti ADUN PAS Kelantan sudah meluluskan undi tidak percaya kepada MB-nya, tetapi secara gila-gila. Walaupun PAS telah mengikut proses demokrasi dan perlembagaan tetapi Parlimen boleh mengatasinya.
    
ADUN terus ada dan dapat elaun, tapi tak dapat buat apa-apa kerana kerajaan adalah dalam tangan kerajaan pusat. Empat bulan kemudian kerajaan Mageran Kelantan DUN dibubar, pilihan raya negeri diadakan, PAS kalah teruk.
    
Janganlah hal yang berlaku di Kelantan itu berulang pula di Selangor kiranya semua pihak berkeras kepala. Sultan tidak rugi apa-apa kalau permintaan baginda tidak dipenuhi, yang tidak dapat buat apa-apa ialah orang yang hendak membuang Menteri Besar dan belum dapat gantikan lagi walau Khalid bila-bila masa sedia kosongkan pejabat.
   
Kalau sampai sebulan atau beberapa bulan tidak ada Menteri Besar baru, jika ada sidang Raja-Raja, Khalid juga akan mengiring Sultan.

Abdul Khalid: “MB baru kena utamakan pentadbiran melebihi kepentingan diri, keluarga”

SHAH ALAM, 2 SEPT: Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Menteri Besar Selangor bukan satu tugas mudah tetapi menuntut banyak pengorbanan termasuk kepentingan terhadap diri sendiri dan keluarga.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, memberi keutamaan terhadap tanggungjawab seorang pentadbir kepada rakyat berbanding keluarga sendiri  itu adalah selaras dengan konsep 3K iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan, ciri yang diperlukan oleh seorang Menteri Besar.

“Saya ingat tiga konsep yang paling penting iaitu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keupayaan. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin negeri Selangor ini mesti menerima hakikat ketelusan.

“Maknanya rakyat boleh menyoal dan mengetahui tentang selok belok tentang perancangan dan perlaksanaan. Negeri Selangor sebelum 2008 melakukan usaha-usaha dan kerja secara rahsia tetapi  untuk menentukan kejayaan Negeri Selangor itu, ketelusan itu diutamakan. Rakyat memantau  pemimpin itu setiap masa.

“Kedua sudah tentulah keupayaan. Keupayaan itu pemimpin yang berupaya. Pemimpin yang sanggup menggadaikan masa beliau dengan mengutamakan pentadbiran untuk rakyat daripada pentadbiran untuk diri sendiri dan keluarga dan akhir sekali tentulah pemimpin yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab atas keputusan yang dibuatnya dan dia juga kertanggungjawab tentang hasil perlaksanaannya,” kata Abdul Khalid.

Tian disiasat kerana fitnah, dituduh bawah Akta Hasutan

Tian ChuaKUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai insiden di Lahad Datu Sabah pada Mac 2013.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kenyataan disiarkan portal Keadilan Daily, bertarikh 1 Mac 2013 yang mengaitkan penglibatan Umno dalam konflik berkenaan.
Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, peguam yang mewakili Tian, N Surendran menyerahkan surat injuksi untuk menggugurkan dakwaan ke atas Tian disebabkan terdapat satu pengesahan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 30 Ogos lalu yang menyatakan Akta Hasutan akan dimansuhkan dan diganti dengan akta lain.
Surendran memberi alasan jika terdapat secara jelas bahawa Akta Hasutan dimansuhkan, kes berkenaan tidak patut diteruskan dan tidak adil untuk dijalankan.
Namun hakim perbicaraan, Norsharidah Awang menolak permohonan Surendran dan meneruskan kes berkenaan.
Dalam perbicaraan hari ini, pihak pendakwa mengemukakan dua saksi iaitu Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Johor Bahru, Syed Amiruddin Syed Jaffar yang membuat laporan mengenai kenyataan Tian dan Pegawai Penyiasat Jenayah Bahagian Johor Bahru Selatan, Airy Zaidi nordi.

PAS Perak ungkit 'tazkirah' Zahid masa PRK

Pemuda PAS Perak hari ini membangkitkan tindakan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan “tazkirah” dalam sebuah masjid di Perak dalam pilihan raya kecil Teluk Intan Mei lalu.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Yaakob (kanan) mendakwa, tindakan “berkempen” itu menyalah guna Masjid Abdul Salam Al-Mas'ud di Sungai Kerawai dan tidak menghormati titah sultan agar masjid tidak digunakan untuk tujuan politik.

“Jika tiada tindakan kepada Datuk Seri Zahid, ia membuktikan siapa sahaja boleh melakukan perkara yang sama di masa akan datang,” kata Iskandar.

Dalam kenyataannya itu, beliau turut melampirkan rakaman gambar kemas kini Twitter Zahid berhubung program itu, yang memaparkan kapsyen berbunyi:

"Menyampaikan ahlil dan ceramah Israk Mikraj".

Gambar dimuat naik ke laman blog mikro itu menunjukkan Zahid sedang berucap dalam sebuah masjid dan memakai songkok hitam dengan lilit putih sebagai tanda berkabung.

“Angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam”: Zahid dakwa kenyataan disalah tafsir.!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataannya yang menyifatkan golongan bukan Melayu sebagai “angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam” telah disalah tafsir.

Katanya, kenyataan beliau itu merujuk kepada pemimpin dan penyokong DAP yang tidak menghormati perasaan orang Melayu, dan bukannya kesemua orang bukan Islam.

Perkara ini boleh dilihat terutamanya melalui komen di “portal propembangkang dan media sosial”, katanya seperti dipetik dalam laporan The Star.

Menurutnya, ia berbeza di pihak parti komponen BN yang tidak bersikap rasis dan membincangkan keputusan yang boleh menjejaskan negara.

“Namun tidak boleh dinafikan bahawa penyokong DAP mengambil pendekatan berbeza dengan kaedah politik angkuh mereka,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Perbicaraan tuntutan mutaah konspirasi Anwar Ibrahim, kata anak Taib Mahmud

Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM100 juta Shahnaz Majid kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir hari ini dikatakan konspirasi politik melibatkan antara lainnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan itu dikeluarkan apabila Abu Bekir ditanya peguamnya Datuk Zainul Rijal mengenai artikel yang dipetik daripada Sarawak Report seperti yang disertakan bekas isterinya dalam kes itu. “Artikel itu diterbitkan Harakah pada Mac 2011 bertajuk 'Aset anak KM Taib terbongkar', 'Dari mana aset RM1 bilion dikumpul', 'Siapa Taib Mahmud di peta kekayaan Sarawak' dan 'Kemewahan Taib Mahmud diselubungi misteri'.  “Laporan ini sebahagian daripada permainan politik. “Ia disasarkan untuk mencemarkan nama baik bapa saya selaku ketua menteri Sarawak dan pengerusi Barisan Nasional Sarawak pada ketika itu,” katanya merujuk kepada Tuan Yang Terutama Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. Beliau berkata, tuntutan mutaah di mahkamah hari ini adalah isu peribadi namun dijadikan serangan global dan dilancarkan untuk merubah landskap politik Sarawak. Abu Bekir menamakan Claire Rewcastle Brown daripada Sarawak Report, Bruno Manser Fund, Cullen Johnson dan isteri yang kini berada di penjara, Anwar, Shahnaz dan peguamnya melancarkan serangan untuk merubah landskap politik negeri Sarawak. (Pihak defendan sebelum ini menamakan Cullen bekas polis di Toronto menjadi penyiasat selepas meninggalkan pasukan polis dan bersama isterinya Elaine White menawarkan "khidmat pengesanan aset" kepada plaintif dalam kes cerai di Kanada dan Amerika

PDRM bukan askar peribadi, kata Wanita PKR kepada KPN

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kesal dengan ugutan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan Polis Diraja Malaysia untuk menyerbu kediaman anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang jika enggan menyerah diri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2014. 
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kesal dengan ugutan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan Polis Diraja Malaysia untuk menyerbu kediaman anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang jika enggan menyerah diri. 

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai askar peribadinya "menyerang" pembangkang dan pihak yang menentangnya.
Merujuk kepada kes tahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, ahli Parlimen Ampang itu berkata, tindakan mengugut untuk menyerbu rumah jika mereka enggan menyerah diri merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan tidak masuk akal.
Begitu juga dengan kes pengguna akaun Twitter, Victor Wong dan Nasrul yang disiasat  Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) walaupun permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap Khalid.

"Kawalan ketat dengan menindas pihak yang menentang kerajaan pusat mengulangi sejarah Operasi Lalang. "KPN perlu diingatkan PDRM bukan askar peribadi sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amnesty kecam 'pembersihan etnik' oleh militan jihad di Iraq

Unit Amal: "Jika ditangkap kita saman"

Bekas Ketua Pemuda PAS: Unit Amal tak perlu didaftar di bawah ROS

Polis gagal tangkap dalang bom api, wakil rakyat DAP tawar RM10K

PAS dan Pakatan: Muktamar tentukan 18 - 20 Sept ini, kata Mahfuz

Dana RM6 Bilion Tidak Untungkan MAS - Mahfuz Omar

Muktamar PAS ke-60 terpaksa pindah ke Batu Pahat akibat tekanan

'Dakwaan satu pukulan kepada akademik, kebebasan bersuara' - Prof Dr Azmi

Pemuda Gerakan mahu Zahid didakwa menghasut

Pemuda Gerakan hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menghasut kerana kenyataannya yang mendakwa orang bukan Melayu kini angkuh kerana diberi muka oleh orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong membuat perbandingan di antara kenyataan Zahid itu dengan tuduhan terhadap pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom yang didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.

Menurut Andy (kanan), kenyataan Zahid itu menepati maksud "kecenderungan menghasut" yang dijelaskan dalam seksyen 3(1)(e) akta yang sama.

Kecenderungan menghasut dalam seksyen itu didefinisikan sebagai "mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia".

"Walaupun saya tidak menggemari undang-undang itu, saya tak nampak sebarang sebab tindakan yang sama tidak boleh dikenakan terhadap Zahid," katanya dalam kenyataan hari ini.

Portal TheSunDaily semalam melaporkan Zahid berkata orang-orang Melayu kini "membayar harga" akibat terlalu baik kepada orang bukan Melayu.

Naib presiden Umno itu mendakwa orang bukan Melayu kini semakin angkuh dan menghina bumiputera, Raja dan Islam.

Kenyataan dilaporkan dibuat Zahid sewaktu merasmikan mesyuarat Umno bahagian Segambut.

Akta Hasutan bukti pemerintahan Najib lebih zalim dan anti demokrasi

Institut Rakyat

Tindakan terkini kerajaan Barisan Nasional mendakwa ahli akademik Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan, tatkala genap 57 tahun negara ini mencapai kemerdekaan, mencerminkan kepada dunia bahawa pemerintahan Najib Razak lebih zalim dan anti-demokrasi daripada yang terdahulu. Ekoran dakwaan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat Rafizi Ramli dan N. Surendran dari PKR, Khalid Samad dari PAS dan RSN Rayer dari DAP baru-baru ini, pensyarah Universiti Malaya ini merupakan mangsa terbaru didakwa di bawah akta tinggalan penjajah British lebih setengah abad lalu ini. Sebagai seorang pakar undang-undang, adalah menjadi tanggungjawab Azmi Sharom untuk memberi analisa tentang fenomena sosio-politik dari perspektif perundangan agar massa dapat membuat penilaian sewajarnya berkenaan sesuatu isu, dalam kes ini isu perlantikan menteri besar Selangor. Barangkali pandangan yang disuarakan ahli akademik tidak semestinya bersetuju dengan dasar pemerintah malah mempersoalkan kewajaran sesuatu dasar atau tindakan pemerintah demi kepentingan umum. Pandangan mereka terhasil daripada kajian yang mendalam dan proses pemikiran yang menyeluruh untuk memberi pencerahan dan mengundang perbahasan. Maka sudah tentu tindakan yang diambil ke atas ahli akademik ini bukan sahaja menyekat kebebasan akademik tetapi melanggar prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel ke-10 di mana setiap rakyat Malaysia berhak dan mempunyai kebebasan untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Dakwaan Akta Hasutan ke atas Azmi serta pemimpin PR, termasuk kes mereka yang kini dalam perbicaraan seperti Teresa Kok, Chua Tian Chang dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, dan aktivis NGO Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang selepas PRU ke-13 mendedahkan hiprokrasi pemerintahan Najib yang berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan. Najib berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan seawal Julai 2012 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Pada tahun berikutnya selepas PRU ke-13, ketika ditemubual media asing BBC World News, Najib mengatakan kerajaan akan meminda akta tersebut untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara. Tahun ini, draf Rang Undang-undang (R.U.U.) Keharmonian Nasional dibentangkan kepada ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak

Mahasiswa kecam pendakwaan ke atas Prof Dr Azmi oleh kerajaan UMNO@BN

KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER: Mahasiswa Keadilan mengecam dan mengutuk tindakan kerajaan mensabitkan Pensyarah Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Azmi Sharom di bawah Akta Hasutan, tegas Presidennya, Haziq Abdul Aziz
Beliau berkata, pandangan Azmi berkenaan isu Menteri Besar Selangor yang menyebabkannya didakwa di bawah akta itu, merupakan pandangan peribadi sebagai seorang ahli akademik berkelas tinggi.
“Setiap rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan seperti yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Kenyataan Prof Madya Dr Azmi Sharom jelas mengikut peruntukan Artikel 10 dan tidak menyalahi mana-mana perlembagaan negara di bawah peruntukan Artikel 10,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Selain Azmi, katanya, beberapa pemimpin parti politik juga dikenakan tindakan yang sama seperti Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Adun Seri Delima, RSN Rayer.
Katanya, mahasiswa Keadilan konsisten menuntut kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya menunaikan janji menghapuskan Akta berkenaan, sepertimana dilafazkan pada Julai 2012.
“Kerajaan wajar menunaikan seperti yang dijanjikan kerana penerimaan rakyat terhadap janji kerajaan ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat daripada pelbagai perbezaan idealogi politik.

PAS: Zahid rabun, Umno pun ada Briged Kesatria, Puteri

ANWAR IBRAHIM 'STOP THE ABUSE!'

Law lecturer Azmi charged with sedition

Salahuddin: Saya sedia pertahan Unit Amal dengan nyawa

AELB beri Lynas lesen operasi penuh

Will the Sedition Act be used against varsity students?

The abuse of the Act undermines the country's democracy
malaysia-students
PETALING JAYA: The United Kingdom & Eire Law Students’ Union (KPUM) are very concerned that the Sedition Act is entering universities and they say it is only a matter of time before law students are targetted.
KPUM president Pang Jo Fan said an Act of such nature should have no place in the 21st Century.
“It breaches the International Convention on Civil and Political Rights, the protection of the fundamental freedom of expression, clearly provided for under Article 10 of our Federal Constitution,”he said in a statement.
He said : “Unlike the usual elements needed to prove a crime, there is no need to prove intention under the Sedition Act.
” The elements required for a successful charge is merely that the courts be satisfied that the statement made has “seditious tendency” under Section 3 of the Act. The word “sedition” is not clearly defined within the Act hence allowing it to be used as a tool to silence political dissidents.”
This disturbing trend has been observed with the charging of Teresa Kok under the Act for her Chinese New Year video which was merely a form of political satire, N. Surendran for claiming the Anwar sodomy trial is a political conspiracy and Khalid Samad calling for the review of the Enactment on Islamic Laws Administration (Enactment No. 3, 1952) and the Islamic Religion Administration Enactment 2003 to be reviewed.
Recently, a student was also investigated for sedition for “liking” a Facebook page.
Azmi Sharom, an academician, is scheduled to be charged for sedition today for giving his academic opinion on the Selangor MB crisis.

Are we seeing Ops Lalang 2?

Teresa Kok accuses Najib of abandoning his pledge to make Malaysia the best democracy in the world.

KUALA LUMPUR: The current government crackdown on dissent is reminiscent of the infamous Operasi Lalang of 1987, according to DAP vice-chair Teresa Kok.
In a press statement reacting to this morning’s prosecution of Universiti Malaya academic Azmi Sharom, she said, “It is clear now that the government has become so intolerant that the dragnet has included an academician.”
ops lalang2Azmi has been charged under the Sedition Act over his remarks on the 2009 Perak constitutional crisis.
Kok said: “Malaysians who were already shocked with the slew of sedition charges against opposition lawmakers and angry with the unnecessary, highhanded police arrest of PPS (Penang Voluntary Patrol Unit) members on August 31 are now asking what has happened to this country and where is the country heading?
“Has the 1987 Ops-Lalang-like crackdown started with sedition being used as a new weapon against the opposition and dissidents?”

“Kerajaan harus berterima kasih kepada Unit Amal PAS”

Dengan adanya Unit Amal PAS, kita dapat memupuk semangat sukarelawan di kalangan anak-anak muda.
unit amal PASKUALA LUMPUR: PAS mengharapkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat bersikap sebagai seorang menteri.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Zahid sepatutnya melihat kumpulan-kumpulan seperti Unit Amal PAS yang berorientasikan kerja-kerja sukarela, sebagai satu kumpulan yang membantu pihak polis dan bukan ancaman yang berniat untuk mengambil-alih tugas pihak polis.
Menurutnya lagi, Unit Amal PAS tidak seharusnya dianggap sebagai satu kumpulan ‘gangster’.kerana unit ini lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan.
“Sepatutnya pihak kerajaan harus berterima kasih kepada pihak Unit Amal PAS.
“100 peratus anak muda terlibat di dalam Unit Amal PAS dan seharusnya mereka diberikan peluang dan jika mereka ada melakukan kesilapan, mereka seharusnya ditegur bahkan diberikan kursus-kursus bagi memantapkan diri mereka dalam menggalas tanggungjawab sebagai sukarelawan,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, hari ini.
Bukan itu sahaja, dengan adanya Unit Amal PAS, ia akan dapat mengelakkan anak-anak muda daripada melibatkan diri dalam kegiatan sosial yang tidak bermanfaat.
“Dengan adanya Unit Amal PAS, kita dapat memupuk semangat sukarelawan di kalangan anak-anak muda,” katanya.

Mahfuz: Daripada 10,13 kenyataan Zahid tak benar

Zahid terpaksa melakukan sedemikian kerana bagi meneruskan kelangsungan karier politiknya yang semakin ke bawah.

mahfuz_omarKUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi sebagai satu kenyataan yang tidak benar.
Menurutnya, daripada 10 kenyataan yang dikeluarkan, 13 kenyataan tidak betul.
“Saya kesian dengan rakan sejawat saya (Zahid), daripada 10 kenyataan yang dinyatakan oleh beliau, 13 daripadanya semua tak betul,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.
Mahfuz mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa akan menyiasat sama ada perlu atau tidak mengambil tindakan keatas Unit Amal PAS.
Jelasnya, Zahid terpaksa melakukan sedemikian bagi meneruskan kelangsungan karier politiknya yang semakin meruncing.
“Mungkin dia berharap bahawa dia akan terus dikekalkan sebagai seorang menteri kerana beliau kini dicabar oleh sepupu Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Hishamuddin,” katanya.
Jelasnya lagi, beliau turut percaya ketidaktentuan kenyataan Zahid Hamidi ini adalah akibat daripada ketidaktentuan kerjaya politiknya.
“Saya minta Zahid bertenang, saya juga bersimpati dengan Zahid,” katanya.

Sokong Kak Wan: Zuraida percaya Siti Zailah ditegur PAS

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa rakan sejawatannya dari PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff ditegur dari pemimpin utama parti tersebut sehingga menimbulkan isu sokongan pada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan, kenyataan Wanita Pakatan Rakyat itu tidak memerlukan tandatangan mana-mana pemimpin sayap wanita dari ketiga-tiga parti, katanya.

"Sebab itulah dia kata dia tak tandatangan. Saya rasa PAS perlu lebih terbuka dan membenarkan Dewan Muslimat diperkuatkan untuk menzahirkan pandangan mereka.

"Tak salah untuk Muslimat bagi pandangan kerana apabila berbuat demikian tak bermakna mereka melangkaui keputusan parti," katanya lagi.

"Tiada seorang pun di antara kami menandatangani kenyataan bersama itu. Ia kenyataan bersama dan tak perlukan tandatangan," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Wanita DAP, Chong Eng pula berkata, Siti Zailah seolah-olah bersetuju dengan kenyataan itu sewaktu ia mula disebarkan melalui aplikasi telefon bimbit di kalangan pemimpin Wanita Pakatan Rakyat.

Selepas 48 jam DAP tawar tangkap pembaling 'molotov cocktail' dapat RM10K

Lima wakil rakyat DAP hari ini menawarkan RM10,000 untuk sesiapa yang dapat mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab membaling bom 'molotov cocktail' ke rumah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjelang Hari Merdeka.

Anggota parlimen itu, diketuai Jeff Ooi (Jelutong), menuntut Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Ibrahim kerana masih tidak mampu menahan suspek yang terlibat dalam kes di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang itu.

Tiada sesiapa tercedera dalam insiden itu, yang dilaporkan berlaku ketika Lim menghadiri sambutan Ambang Merdeka di George Town.

“Sudah 48 jam dan IGP gagal menjalankan tugasnya dan menghukum dalang yang mengancam orang ramai, lebih-lebih lagi ketua menteri yang dilantik oleh orang ramai,” kata Ooi.

“Kami tawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang dapat mengenal pasti dalang bagi membantu polis membuat tangkapan dan menghukumnya segera,” kata Ooi dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Ooi ditemani Ng Wei Aik (Tanjung), P Kasthurirani (Batu Kawan), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera), Steven Sim (Bukit Mertajam) dan Wong Hon Wai (Air Itam).

Zahid jangan anggap Unit Amal sebagai gengster

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya memberi komitmen kepada kumpulan keselamatan seperti Unit Amal bukannya menganggap mereka sebagai gengster.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, kumpulan seperti ini sewajarnya diberikan bantuan atau bajet sebagai suntikan semangat bukannya mengarahkan pasukan polis menangkap mereka.

"Sebagai seorang menteri beliau wajar melihat kumpulan yang berorientasikan kerja-kerja kebajikan, diberikan penambahbaikan supaya kumpulan ini dapat sama-sama bertanggungjawab terutama dalam isu keselamatan dan kebajikan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Tegasnya, Zahid juga sepatutnya mendekati mereka yang majoritinya adalah dari kalangan anak muda dengan kasih sayang dan menegur jika ada yang tidak betul.

Salahuddin juga bersedia bersemuka dengan Zahid untuk membincangkan perkara ini.

Bahkan pihak Pemuda PAS bersedia menghadapi tindakan sekiranya anggota Unit Amal ditangkap polis.

"Kita akan sediakan pasukan peguam sekiranya mereka dikenakan tindakan, kita ambil pendekatan masih ada ruang untuk membuat rundingan.

"Setiao Unit Amal yang ditangkap kita tidak teragak-agak untuk saman pihak kerajaan kerana kita tidak lakukan apa-apa kesalahan,"katanya.

Selepas pensyarah didakwa, Najib kata ‎ilmuan tunggak penting negara.!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata ilmuwan adalah tunggak penting kepada kemajuan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2014.  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata ilmuwan adalah tunggak penting kepada kemajuan negara.

Selepas pendakwaan terhadap Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata ilmuwan adalah tunggak penting kepada kemajuan negara.
"Ilmuan adalah tunggak penting dalam negara," kata perdana menteri ketika berucap merasmikan Anugerah Akademik Negara 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya.
Azmi hari ini tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan atas tuduhan menghasut berhubung kenyataannya tentang krisis Perlembagaan Perak.

Beliau didakwa kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos. "Jika kita lihat dari sudut pengajian tinggi, saya dapat rumuskan antara objektif utama adalah membangunkan dan mewujudkan pusat penjanaan ilmu, khazanah ilmu yang tertinggi mesti dikembangkan dalam negara.
"Keduanya kita mahu apabila kita sebut generasi akan datang, kita hendak mereka macam mana, mereka ini yang terdidik, bukan semata-mata mempunyai kelulusan akademik, tetapi benar-benar terdidik.

Mahkamah putuskan Unit Amal tak perlu da‎ftar bawah RoS, kata Juham

Usaha mendakwa Unit Amal kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah perbuatan sia-sia kerana Mahkamah Tinggi terdahulu memutuskan unit berkenaan tidak perlu didaftarkan, kata Pemuda PAS.
Pengarah Jawatankuasa Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham)‎ Noorazmir Zakaria berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah memutuskan perkara itu tiga tahun lalu dan usaha membangkitkan isu itu semula dibuat semata-mata demi kepentingan politik.
"Tiga tahun lepas saya sendiri kendalikan kes tersebut berkaitan dengan demonstrasi mansuhkan ISA di mana beberapa petugas ditahan dan didakwa di mahkamah.

"Dalam kes tersebut mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan pihak kami berjaya mengenepikan kes itu di peringkat pendakwaan lagi di mana mahkamah putuskan pihak pendakwa gagal memutuskan kes itu secara prima facie bahawa perlunya mereka ini didaftar di bawah RoS. "Sekiranya kes ini dibawa sekali lagi ke mahkamah, ia akan terhalang selepas diputuskan secara prinsipal di mahkamah," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam tidak menolak kemungkinan Unit Amal PAS juga akan dikenakan tindakan kerana tidak berdaftar dengan RoS. 

Prof Dr Azmi Sharom minta dibicarakan atas tuduhan hasutan

KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER- Ahli Akademik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di bawah Akta Hasutan.
Pensyarah Undang-Undang itu dituduh menghasut berhubung kenyataannya berhubung krisis Perlembagaan Perak pada tahun 2009.
Azmi yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan UM (PKAUM) dikatakan melakukan kesalahan berhubung artikel yang bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse Pakatan told’ yang dimuatkan oleh Malay Mail Online pada 14 Ogos lalu.
Azmi kemudiannya diikat jamin sebanyak RM5000 dan mahkamah menetapkan perbicaraan kes ini pada 3 oktober depan. Beliau diwakili peguam, Gobind Singh Deo.
Sebelum itu, di Mahkamah Jalan Duta penuh sesak dengan penyokong yang menentang akta drakonian untuk dijadikan mangsa.
Antara yang hadir termasuk Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dan puluhan pelajar Persatuan Mahasiswa UM (PMUM).
Di bawah Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta hasutan 1948 menyatakan, sesiapa yang melafazkan apa-apa perkataan menghasut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000, hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Azmi menjadi ahli akademik pertama didakwa di bawah Akta Hasutan selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.