Isnin, 1 September 2014

Nurul Izzah: Kalau Dakwa Kami Di Bawah Akta Hasutan, Siapa Nak Kritik Kerajaan.!!

Hanya Di Malaysia Pelaburan Sama Dengan Menyelamatkan @ Bailout..!!!

 
 

Aduhai Zahid - Dulu Mat Sabu Syiah.. Sekarang Unit Amal pulak..bawa bukti GRED A ..!!

 

 

DOK TUNGGU BUKTI GRED A SAMPAI
SEKARANG TAK TIMBOI2 LAGIK...

Kesemua anggota PPS, exco Pulau Pinang dibebaskan petang tadi

Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh bersama isterinya, selepas dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014. 
Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh bersama isterinya, selepas dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini.

Polis membebaskan kesemua 155 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) petang tadi, termasuk pengerusi Jawatankuasa Persekitaran dan Kesejahteraan Masyarakat (exco) Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Menurut sumber polis, Phee dan ahli PPS sudah memberi kenyataan dan dibebaskan atas jaminan polis.
Sejurus pembebasannya, Phee disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli exco negeri yang berkumpul menunggu perkembangan kes berkenaan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Beliau kelihatan tidak dapat menahan sebak, dan mengucapkan terima kasih kepada sahabat, penyokong dan petugas media di atas sokongan selama ditahan sejak semalam. "Jika saya ditahan demi kebaikan Pulau Pinang, saya rela membuat pengorbanan ini," katanya.
Sementara itu, Lim mengucapkan terima kasih kepada 21 peguam yang membantu tahanan.
Salah seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela mengangkat tangan sejurus dibebaskan, petang tadi.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014.Salah seorang anggota Pasukan Peronda Sukarela mengangkat tangan sejurus dibebaskan, petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 1 September, 2014.Awal hari ini, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengumumkan mereka yang ditahan akan direman sehingga esok bagi penyiasatan.
Katanya, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap seluruh ahli PPS.
"Kami menahan reman Phee dan 155 anggota berusia di antara 18 dan 67 tahun sehingga esok mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966. Tujuh daripada mereka terdiri daripada wanita.
"PPS merupakan pertubuhan haram dan kami akan menahan setiap ahlinya. Tiada tarikh akhir. Maka, saya menggesa ahli berkenaan menyerah diri kepada polis."
Abdul Rahim berkata, siasatan awal menunjukkan 11 ahli yang ditahan mempunyai rekod jenayah, termasuk empat diuji positif dadah.

Adun DAP Rayer ditahan susulan tangkapan anggota PPS

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan polis berikutan tangkapan atas anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam. Ia disahkan Ketua Polis Daerah George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid petang ini. Penahanannya dibuat ketika polis dipercayai sedang membuat persediaan membebaskan pengerusi Jawatankuasa Persekitaran dan Kesejahteraan Masyarakat, Phee Boon Poh dan semua 155 anggota PPS menjelang tengah malam ini. Rayer, salah seorang peguam membantu anggota PPS yang ditahan semalam, hadir di balai polis memberi kenyataan pada jam 3 petang ini dan terus ditahan. Beliau dimaklumkan polis sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan.

Unit Amal: Suhaizan tuntut Ahmad Zahid mohon maaf


 Suhaizan Kaiat 
SHAH ALAM – Pemuda Pas hari ini menuntut permohonan maaf dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengenakan tindakan undang-undang ke atas Jabatan Amal Pemuda Pas seperti yang dilakukan kepada PPS.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dalam sebuah kenyataan hari ini, menyelar menteri itu yang disifatkan bertindak di luar batasan.

“Saya minta beliau kemukakan permohonan maaf secara terbuka di atas kesilapan kenyataannya terhadap Jabatan Amal Pemuda Pas,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Amal Pemuda Pas adalah sebuah badan kebajikan yang memberi bantuan kemanusiaan dari Pemuda Pas kepada rakyat Malaysia.

“Sudah lebih 20 tahun Jabatan Amal Pas memberikan pelbagai khidmat kepada masyarakat.

“Selama tempoh itu, Jabatan Amal Pas adakalanya mengadakan kerjasama dengan agensi dan pihak polis.

“Saya tidak nampak apa sebab kerajaan perlu ambil tindakan ke atas badan kebajikan tersebut,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menuntut Ahmad Zahid melakukan permohonan maaf secara terbuka di atas kenyataan yang dibuat terhadap Jabatan Amal Pemuda Pas.

Ahli PPS yang ditahan Polis terima RM200 sehari

Lim Guan Eng 
GEORGETOWN - Seramai 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang termasuk pengerusinya, Phee Boon Poh  akan menerima bantuan RM200 sehari sepanjang tempoh mereka ditahan polis.

Selain itu, kerajaan negeri akan bertanggungjawab atas apa-apa kerugian munasabah yang dialami ahli PPS dan Boon Poh  dalam tempoh berkenaan.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng  berkata, kesemuanya juga akan menerima bantuan guaman yang disediakan kerajaan negeri.

"Semua peguam yang dilantik akan membuktikan kesahihan PPS. Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat exco tergempar semalam yang disokong oleh 30 Adun dari PR," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Gaza war takes heavy toll on its businesses

Israel seizes 400 hectares of West Bank land

PPS: YB Rayer sah ditahan - LGE

Dakwaan positif dadah ahli PPS kerana kesan ubat - Guan Eng


Lim Guang Eng
Sebahagian daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan dan positif dadah kerana kesan daripada ubat dan makanan kesihatan.
Ketua Menteri Pusat Pinang, Lim Guang Eng berkata, adalah satu pekara biasa, warga emas bergantung makanan kesihatan untuk terus bertenaga.
Kenyataan itu bagi menjawab tindak balas pihak termasuk laman sosial menuduh ahli-ahli PSS terlibat dalam dadah.
"Itu (positif air kecing) kerana ada berumur lebih 60 tahun..Siapa-siapa yang berusia macam tu kena makan ubat.
"Kerajaan negeri beri jaminan kalau ada pihak mempertikaikannya kita akan tanggung ujian makmal bebas untuk siasat," katanya dalam sidang media di sini petang ini.
Terdahulu, tiga daripada 136 anggota PPS Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine
Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.
Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.
Menurut Guan Eng, pihaknya percaya polis bertindak profesional dalam perkara itu dengan menawarkan jaminan polis namun beliau sendiri tetap mencabar Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar untuk menahannya dan mendakwa PPS merupakan pertubuhan yang sah di bawah kerajaan negeri.

MB Selangor: Wanita Pakatan Rakyat sebulat suara sokong Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Wanita Pakatan Rakyat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Sokongan itu dinyatakan Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan juga Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan bersama sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-57.
Sokongan Siti Zailah adalah satu kejutan, memandangkan PAS sebelum ini turut mencadangkan nama kedua, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang kemudiannya menolak kerana berpegang kepada keputusan majlis pimpinan pusat PKR untuk kekal dengan satu nama.
“Hari ini (31 Ogos) wanita Pakatan bersatu dalam menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Kami bersama-sama untuk mengesahkan pendirian kami, bahawa beliau seharusnya dilantik sebagai Menteri Besar.
“Apabila perlembagaan negeri sendiri tidak menyokong diskriminasi gender, jelas bahawa wanita boleh mengetuai negeri,” kata mereka.
Mengulas lanjut kata mereka, masalah pelantikan tidak akan timbul jika Wan Azizah adalah seorang lelaki, memandangkan beliau sudah pun memiliki sokongan majoriti 30 daripada 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
“Kenapa ada penentangan yang begitu mengganggu terhadap wanita sebagai Menteri Besar?” soal mereka.

PPS: ‘Kita takkan tunduk, kerana kita benar’ – Guan Eng


LGE_Gobind_PPS


GEORGE TOWN, 1 SEPT: Kerajaan Pulau Pinang sama sekali tidak akan tunduk kepada tekanan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang seperti bertegas ingin memerangi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
“Kerajaan Negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan KPN.
“Kita berani bukan kerana kita kuat. (Malah) kita lemah. Saya tahu beliau berani kerana ada kekuatan – 120,000 anggota polis. Untuk itu, saya ucap syabas kepada beliau.
“Walau pun kerajaan negeri tiada kekuatan seperti beliau, kita tidak akan tunduk kerana satu nilai, iaitu kebenaran,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika ditemui wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Timur Laut di sini, pagi tadi.
Selepas penahanan 154 anggota PPS yang menyertai perarakan sempena ulang tahun kemerdekaan, polis bertindak menahan Exco bertanggungjawab terhadap pasukan itu, Phee Boon Poh.
Phee disoal siasat selama empat jam, malah turut ditahan di dalam lokap.

PPS pertubuhan sah, sama seperti JKKK dan JKKKP


pps-ditahan-polis


GEORGE TOWN, 1 SEPT: Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah pertubuhan sah yang diluluskan kerajaan negeri Pulau Pinang, sama seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang ditubuhkan kerajaan negeri ataupun JKKK (P) yang ditubuhkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, PPS adalah badan sah yang diluluskan kerajaan negeri menerusi mesyuarat Exco pada 8 April 2009 bermatlamat membantu kerja bantuan bencana dan kecemasan serta memberikan segala bantuan kepada pihak polis.
“Semua rakyat Pulau Pinang dibenarkan mengambil bahagian tanpa kira kaum, agama ataupun latarbelakang. Sejak kelulusan itu PPS menjalankan tugas dengan baik dengan restu pihak polis.
“Selama empat tahun ini, PPS tidak menghadapi sebarang masalah dengan pihak polis, kecuali satu dua insiden yang telah pun diambil tindakan disiplin oleh kerajaan negeri dan hukuman oleh mahkamah,” kata Guan Eng pada media selepas mesyuarat tergempar bersama Exco dan ADUN Pulau Pinang hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berkomrpmi dan akan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana sukarelawan PPS yang tidak berdisiplin atau terlibat dalam masalah pelakuan bersifat jenayah.

Peguam PAS sedia pertahan Unit Amal

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam PAS bersedia untuk membela anggota Jabatan Amal jika kerajaan bertindak mengheret jabatan itu ke mahkamah.

Setiausaha Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Piusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ingin bertindak ke atas Unit Amal PAS adalah tidak berasas.

"Kenyataan Zahid ini umpama terlebih sudu dari kuah kerana membuat keputusan menghukum sebelum keputusan mahkamah.

"Tangkap atau dakwa ke semua Ahli Jabatan Amal di seluruh negara biarlah mahkamah menentukan sama ada bersalah atau tidak di sisi undang-undang. Zahid jangan menjadi penentu untuk memutuskan bersalah atau tidak," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau turut mengingatkan Zahid bahawa negara ini mempunyai sistem perundangan.

"Negara ini adalah hak rakyat Malaysia secara bersama, bukan milik Barisan Nasional (BN) atau mana-mana Menterinya sehingga boleh membuat kenyataan yang 'seolah-olah' memperlihatkan kurang cerdiknya tahap pemikiran Menteri di 1Malaysia.

"Kita tekankan di sini sebarang tindakan diambil, seluruh peguam PAS bersedia untuk ke balai dan mahkamah bagi membela ahli yang ditahan atau ditangkap," katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Unit Amal PAS badan kebajikan, Zahid perlu minta maaf, kata ketua pemuda

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar. Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir dan kebakaran. "Kalau buat demonstrasi, itu maknanya adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Perlembagaan, jadi kita jaga kebajikan orang yang nak buat demonstrasi. "Begitu juga semasa ceramah PAS, apabila kita menjaga kawalan keselamatan dan lalu lintas," kata Suhaizan kepada The Malaysian Insider.‎ Katanya, Zahid perlu meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya terhadap Jabatan Amal yang beroperasi sejak 20 tahun lalu. "Saya tak nampak kenapa kerajaan mahu ambil tindakan. Selama tempoh Jabatan Amal bertugas lebih 20 tahun dan adakalanya bekerjasama dengan pihak polis dan agensi kerajaan, tiba-tiba hari ini mahu dipersalahkan," katanya. Ekoran penahanan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang semalam, Zahid hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan serupa ke atas Unit Amal PAS. Beliau berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap Unit Amal PAS. "Tindakan yang sama juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid.

Hampir 30% pekerja di Malaysia hidup dengan gaji di bawah RM2,000 sebulan

MTEM menentang ketidaksamaan pendapatan di antara kaum dan juga di kalangan kaum, dan percaya dengan ketelusan syarikat-syarikat negara ini untuk memastikan pengagihan kekayaan yang saksama di kalangan rakyat.

pekerjaKUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Nizam Mahshar menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kepada sektor korporat bahawa syarikat-syarikat mestilah menyenaraikan jantina, kumpulan etnik dan umur yang terbabit dalam organisasi masing-masing.
“Kami berpendapat seruan Perdana Menteri ini tepat pada masanya memandangkan persekitaran sosio-ekonomi semasa Malaysia hari ini.”
“Kami setuju dengan cadangan Perdana Menteri agar syarikat-syarikat korporat di Malaysia mendedahkan nisbah gaji ketua eksekutif dengan gaji pekerja biasa dalam syarikat,” katanya.
Menurut Nizam, Institut Drucker – dinamakan sempena Peter Drucker yang dianggap sebagai bapa pengurusan moden – menegaskan bahawa nisbah purata yang wajar di antara Ketua Pegawai Eksekutif dan pekerja adalah tidak melebihi 20-1.
“Kami percaya bahawa pelabur juga harus mengambil kira perkara ini, agar syarikat lebih telus mengenai nisbah ini,” katanya.
MTEM juga ingin menekankan fakta bahawa pada tahun 2013 menurut data gaji Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), hampir 4 juta daripada 13.5 juta pekerja Malaysia mendapat gaji kurang daripada RM 2,000.
“Dalam erti kata lain, hampir 30% daripada pekerja-pekerja Malaysia hidup dengan gaji di bawah RM2,000 sebulan.

Suhaizan: Unit Amal PAS dikenakan tindakan, jumpa di mahkamah

Amal PASSHAH ALAM 1 SEPT : Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu bertindak terhadap Unit Amal PAS.
Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.
“Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.
“Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti  156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.

Pensyarah UM Prof Dr Azmi Sharom pula bakal didakwa hasutan

Prof Madya Dr Azmi Sharom menerima panggilan telefon memintanya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2014. 
Prof Madya Dr Azmi Sharom menerima panggilan telefon memintanya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Selepas beberapa pemimpin politik Pakatan Rakyat (PR) didakwa di bawah Akta Hasutan, ahli akademik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom bakal menerima nasib sama esok.
Azmi mengesahkan perkara tersebut kepada The Malaysian Insider, tetapi enggan mengulas lanjut.
"Betul saya kena dakwa. Tapi tunggu esok mana tahu mungkin tidak jadi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Azmi, yang merupakan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya  (Pekaum), berkata beliau menerima panggilan telefon memintanya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok. "Saya terima panggilan minta saya hadir. Tidak ada surat tentang itu," katanya.

Selepas PPS, giliran Unit Amal PAS, kata Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan beliau pasti polis akan mengambil tindakan terhadap pasukan Unit Amal PAS seperti yang dilakukan kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. Menteri dalam negeri itu berkata polis hanya menunggu masa sebelum bertindak terhadap pasukan sukarela parti Islam itu. "Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," kata Zahid di Kuala Lumpur hari ini. ; Pasukan Unit Amal PAS sering membantu menjaga keselamatan dan lalu lintas dalam program dianjurkan parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR).

Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Sultan Selangor perlu melantik calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) kerana terikat dengan deklarasi pada 1992. Kata Aziz, menurut Deklarasi Prinsip Perlembagaan yang ditandatangani ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri, baginda perlu mengikut nasihat kerajaan negeri dalam melantik MB. "Kandungan tersebut mengikat baginda hingga hari ini. Tiada kesan undang-undang dalam dokumen tersebut, tetapi secara moralnya akan memalukan baginda jika mengabaikannya. "Jadi di Selangor, Sultan perlu melantik (Dr Wan Azizah). Meminta lebih nama serta enggan melantik beliau adalah membelakangi deklarasi 1992 dan lebih penting lagi, (membelakangi) perlembagaan itu sendiri," katanya. Deklarasi tersebut ditandatangani sebelum ini bersama enam Sultan lain. Minggu lepas, Sultan Selangor menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta lebih daripada dua nama sebagai calon MB baru. Menurut setiausaha sulit Sultan Selangor, peruntukan mengikut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan MB bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan

135 anggota PPS akan dibebas tengah malam ini

Seramai 135 anggota Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS), termasuk pengerusinya yang juga ahli exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, akan dibebaskan tengah malam ini, kata peguam Gobind Singh Deo petang ini.

Gobind berkata proses dokumentasi sedang dilakukan untuk pembebasan anggota PPS terbabit.

Beliau diiringi 21 peguam dari DAP, PKR dan Pusat Bantuan Guaman
Majlis Peguam dan mereka berjaya masuk ke dalam Mahkamah Majistret untuk  perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani kira-kira jam 12:30 hari ini.

"Polis memohon untuk menahan reman mereka selama empat hari, tetapi kerana mereka perlu menyediakan dokumentasi, maka tahanan akan dibebaskan, buat sementara waktu, dengan jaminan polis hari ini.

"Majistret mendengar permohonan oleh tahanan untuk mendapatkan pembebasan mereka," kata Gobind.

Bagaimanapun, para peguam berkenaan tidak dimaklumkan mengenai sebab sebenar permohonan reman tersebut.

Hakim Sesyen Mohamad Izwan bertindak sebagai majistret untuk mendengar perkara itu, manakala pegawai polis ASP Karuna mengemukakan permohonan reman tersebut.

Barisan peguam tersebut keluar kira-kira jam 3 petang dan disambut oleh penyokong yang bertepuk tangan gembira apabila mendengar mengenai pembebasan sementara para tahanan

KJ Ketua Yang Gagal, Kemelut Pemuda UMNO Pahang Makin Panas

Oleh Shahbudin Husin
Musim mesyuarat perwakilan peringkat bahagian yang sedang berlangsung sekarang menyaksikan masalah yang melanda Pemuda UMNO Negeri Pahang masih berpanjangan tanpa penyelesaian. Pemuda UMNO Malaysia yang sepatutnya memainkan peranan menyelesaikan isu ini masih berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa sebarang usaha yang meyakinkan mahu menyelesaikan isu tersebut. 

Walaupun Pemuda UMNO Malaysia yang dipimpin oleh Khairy Jamaluddin menyedari bahawa kemelut ini mungkin menjejaskan nama baik Perdana Manteri, Najib Razak yang tapak politiknya adalah Pahang tetapi mereka masih berdiam diri untuk mendamaikan isu yang sudah lama berlarutan ini.

Jika dulu Kumpulan 11 yang dianggotai oleh 11 Ketua-ketua Pemuda Bahagian hanya memprotes perlantikan Ketua Pemuda UMNO negeri, Shahruddin Ahmad yang dilantik oleh KJ melalui sidang akhbar dan pertemuan sesama mereka saja, namun kini ianya sudah dibawa ke peringkat akar umbi pula.

Beberapa Pemuda UMNO bahagian yang sudah mengadakan mesyuarat perwakilannya sehingga semalam meluluskan usul sebulat suara hilang kepercayaan serta menolak perlantikan Shahrudin yang dibuat oleh KJ itu. Antara bahagian yang meluluskan usul itu ialah Temerloh, Paya Besar, Indera Mahkota, Kuantan, Raub manakala mesyuarat Pemuda Pekan yang tidak dihadiri oleh Shahrudin turut meluluskan usul yang sama.

Pemuda bahagian Bera dan Kuala Krau pula mempertikaikan Pemuda UMNO negeri kerana gagal mengadakan mesyuaratnya sejak hampir setahun yang lalu manakala Ketua Pemuda Cameron Highland mengambil pendirian tidak mahu menghadiri mesyuarat dan memboikotnya selagi kemelut ini tidak diselesaikan.

Dewan Ulama PAS Selangor didakwa nafi hak bela diri Saari dan Hasnul

ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata usul mengecam dan mengutuk beliau serta ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang diluluskan Dewan Ulama PAS Selangor tersasar daripada prinsip kebenaran dan keadilan yang selama ini dipegang PAS.
Beliau turut pertikaikan keputusan itu dibuat tanpa memanggil dirinya dan Hasnul untuk membela diri.
 
Saari dan Hasnul sebelum ini didakwa membelakangkan parti dengan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Tindakan mereka itu menyaksikan Azizah berjaya memperoleh sokongan majoriti ADUN untuk mengenepikan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menerajui Selangor.
 
"Hukum jatuh tanpa memberi ruang untuk membela diri dan membuktikan ketepatan tindakan kutuk dan kecam. Budaya ini tak patut wujud dalam sebuah parti Islam.
 
"Saya ingatkan para ulama yang berilmu, mendukung Al-Quran dan Sunnah, mendukung prinsip keadian, agar menyemak kembali adakah ia wajar perkara itu wujud dalam PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Dalam kenyataan media Dewan Ulama PAS Selangor semalam, tindakan lanjut terhadap Saari dan Hasnul akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
 
Saari bagaimanapun menegaskan beliau bersedia dengan sebarang tindakan susulan yang bakal diambil parti melalui jawatankuasa itu.
 

PPS adalah sah disisi undang-undang - Exco Pulau Pinang


Post Pic

 Pasukan Peronda Sukarela (PPS) adalah pertubuhan sah apabila ia diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) serta turut dianggotai Penasihat undang-undang negeri.
 
Exco Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim menegaskan jika penubuhan PPS menyalahi perlembagaan, maka sudah tentu ia akan ditegur penasihat undang-undangnya. 
 
Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan sesetengah pihak yang melabelkan PPS negeri itu sebagai pertubuhan haram.
 
"Semasa 2009 hingga 2011, di mana kita lancarkan pada 2011, memang penasihat undang-undang negeri memang ada bersama dalam mesyuarat exco dan sebagainya.
 
"Bukan itu saja, dari 2009 sehingga 2011, ia beberapa kali dibincang..dan tidak ada pandangan (daripada penasihat undang-undang) yang mengatakan kita tak boleh tubuhkan PPS ini.  
 
"Malah pada 2012 ketika kita nak wujudkan pangkat dalam PPS, penasihat undang-undang ada beri nasihat mengatakan pangkat tidak boleh diwujudkan kerana menyerupai polis dan angkatan tentera," jelas beliau sambil menyifatkan penahanan anggota PPS semalam bermotifkan politik.   
 
Namun beliau berkata, kerajaan negeri akan bersifat terbuka berhubung isu ini dalam mencapai satu penyelesaian. 
 
"Jikalau ada pendapat baru yang mengatakan yang kita perlu memperbetulkan apa keputusan kita, dan kita akan ambil tindakan (susulan),"ujarnya.
 

Apa yang kita boleh belajar daripada krisis Selangor

Oleh Muhammad Nazreen
Akhirnya, saya percaya bahawa kebenaran itu adalah pilihan.Kita mungkin boleh mendengar puluhan kaset ceramah, membaca ratusan buku dan menyertai puluhan demonstrasi – tetapi suatu hal yang pasti – kebenaran adalah tindakan yang lahir daripada pilihan kita sendiri.
Filasuf merangkap novelis Czech, Milan Kundera pernah menulis di dalam Immortality (1991) "kebenaran itu bukanlah mutlak. Ia boleh berubah dengan keyakinan yang sentiasa diperbaharui. Politik adalah seni segala kemungkinan. Justeru itu, kebenaran di dalam politik adalah kebenaran yang paling cepat berubah. Maka, kebenaran tidak akan dapat bertahan lama di dalam dunia orang politik."


Krisis Pakatan Rakyat di Selangor adalah pendidikan politik secara percuma untuk orang-orang kebanyakan seperti kita. Ramai orang boleh bercakap tentang demokrasi, kebebasan tetapi tidak ramai orang dapat meyakinkan kita tentang kebenaran kata-kata mereka itu; Mengapa? Kerana kebenaran tidak mudah untuk diyakini semasa sistem demokrasi berada di tahap unggulnya. “Democracy : Where any two idiots outvote a genius!“
Ungkapan di atas menjadi popular semasa George W Bush Berjaya menewaskan John Kerry dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat tahun 2000. Bagi sebahagian rakyat Amerika yang prihatin, mereka merasakan Bush dan Kerry tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada mereka. Ia umpama memilih ‘Coke vs Pepsi’ – di mana mereka tahu bahawa kedua-duanya merosakkan kesihatan, tetapi apa pilihan yang mereka ada?
Ungkapan ini menggambarkan betapa "volatile"nya sesuatu demokrasi itu. Jadi, krisis di Selangor hanyalah sebahagian daripada proses pendemokrasian yang sedang dan akan berjalan di Malaysia. Kita tidak perlu kecewa. Kita masih punya harapan untuk menyaksikan kemenangan berpihak di tangan rakyat. Setidaknya, krisis politik di Selangor mengajar rakyat untuk bersikap kritikal.
Barangkali Winston Churchill benar, "democracy is the worst political system!"
Pendidikan demokrasi
Kita harus yakini demokrasi hanya akan berhasil apabila rakyat tidak lagi takut untuk berhadapan dengan pemimpin. Perkataan demokrasi itu sendiri diambil daripada perkataan Greek "demos – kratos" yang membawa maksud kuasa rakyat. Jadi, demokrasi hanya akan berhasil apabila rakyat diajar untuk berani berhadapan dengan kekuasaan.
Krisis politik di Selangor membuka ruang untuk kita menyuarakan ketidakpuashatian. Saya percaya bukan semua setuju dengan "Langkah Kajang", "kenapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu ditukar?" ataupun "kenapa Datuk Seri Dr Wan Azizah?"
Namun, kita punya pilihan sendiri. Tidak usah takut untuk bersuara. Itulah mesej yang paling penting. Krisis di Selangor mengajar ahli politik bahawa rakyat tidak bodoh. Mereka peduli dengan politik. Rakyat berhak untuk tahu dan dilibatkan bersama dalam membuat sesuatu keputusan.
Saya berpendapat ahli politik yang baik adalah "mereka yang sudi untuk dikritik dan tahan maki". Ahli politik tidak akan dilihat "cool" sekiranya cepat panas apabila dikritik. Demokrasi yang baik adalah demokrasi yang membenarkan rakyat untuk mengutuk pemimpin tanpa sebarang ketakutan.
Krisis Selangor setidaknya menjadi pengajaran yang berharga buat pemain-pemain politik di Selangor. Apa salahnya jika kita jujur dan terbuka? Bukankah ahli politik itu akan semakin disayangi sekiranya mereka belajar untuk berjiwa besar? Bukankah demokrasi mengajar mereka untuk belajar mendengar dari bawah?
Kita belum bersedia dengan politik baru!

Bubar JPP, buktikan keikhlasan Kerajaan Pusat terhadap Kelantan

Oleh Ust AHMAD FADHLI SHAARI
Saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 1 September 2014.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat di mana Kelantan dikatakan telah menerima RM590 juta sejak tahun 2004 untuk menampung deficit perbelanjaan akaun mengurus negeri ini. 


Bahkan menurut beliau, pada tahun lepas (2013), kerajaan Pusat telah meluluskan RM86 juta untuk membantu kerajaan negeri.

Suka untuk saya menyatakan bahawa angka-angka yang disebut oleh oleh  Datuk Mustapa tersebut perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum diterima.

Jika diandaikan bahawa angka-angka tersebut adalah benar, maka ia jauh lebih kecil berbanding dengan peruntukan kerajaan Pusat terhadap Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang wujud di Kelantan selepas sahaja Umno tumbang di dalam pilihanraya umum 1990.

Saya memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Mahktar Mustafa di Tumpat pada 5 Mac 2010 yang lepas yang menyatakan bahawa JPP dijangka memperoleh peruntukan antara RM5 bilion dan RM7 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), mulai tahun 2011.

Memandangkan RMK10 mengambil tempoh selama 5 tahun untuk dilaksanakan dan jumlah minima yang diperolehi oleh JPP ialah RM5 billiion, maka peruntukan dari kerajaan pusat untuk JPP ialah RM1 billion setahun!

PPS direhat hingga mahkamah putus kesahihannya


Kerajaan Pulau Pinang hari ini akan memutuskan untuk merehatkan semua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selepas kesemua 156 anggotanya ditahan polis semalam.

Dalam kenyataan media exco kerajaan negeri, kesemua anggota PPS akan direhatkan daripada sebarang aktiviti sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Anwar: Dakwaan hasutan & tangkapan PPS trend sekat pengaruh Pakatan

10646909_891280597568709_3633257808555321636_nSHAH ALAM 1 SEPT: Tindakan Kerajaan Umno-BN mengenakan dakwaan hasutan ke atas ahli politik pembangkang dan tangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai satu trend menyekat Pakatan Rakyat di negara ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya sengaja mencari kesalahan sesiapa sahaja yang mempunyai kesan terhadap masyarakat.
“Jelas sekali itu trendnya. Siapa sahaja yang nampak berkesan menyampaikan pandangan, mereka akan kena,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
Anwar berkata demikian selepas merasmikan upacara pecah tanah sebuah sekolah agama di Guar Jering, Permatang Pauh, yang dibina dengan pembiayaan RM1.59 juta dari kerajaan Pulau Pinang.
Mereka yang didakwa menghasut baru-baru ini termasuk Rafizi Ramli, N Surendran dan Tian Chua dari PKR, RSN Rayer dan Teresa Kok dari DAP, dan Khalid Samad (PAS).
Katanya, sesuatu yang hipokrit apabila pemimpin pembangkang didakwa di bawah satu kes yang “rapuh” sementara penyokong Umno dan Barisan Nasional yang membuat kenyataan yang jelas berunsur perkauman tidak dikenakan sebarang tindakan.

Peguam: Bebaskan segera Pasukan Peronda Sukarela tanpa syarat

PPSSHAH ALAM, 1 SEPT: DAP menuntut pembebasan lebih 200 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan tanpa syarat oleh sepasukan anggota polis ketika sedang menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang Kota, Pulau Pinang semalam.
Setiausaha Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo, berkata penahanan ahli PPS berkenaan memberi imej buruk kepada Polis dan menjadikan seruan kerajaan supaya orang ramai bersama-sama memerangi jenayah sebagai karut semata-mata.
Katanya di sebalik tugas polis yang sepatutnya memberi tumpuan kepada peningkatan keselamatan, mereka dilihat lebih ‘berminat’ untuk bertindak ke atas rakyat yang komited membantu mereka dalam memerangi jenayah.
BwasGVjCMAAt7J-“Apa yang dapat dicapai dengan membuat tangkapan secara besar-besaran terhadap rakyat yang secara sukarela ingin menjaga keamanan negara?
“Bentuk jenayah apakah yang telah mereka lakukan sehingga pihak polis layak untuk membuat tangkapan dan penahanan tanpa syarat?” katanya dalam satu kenyataan.
Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong berkata isu ini turut menjadi perhatian awam terutama di kawasan perumahan yang memiliki pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan rumah mereka.
Beliau mempersoalkan sama ada kumpulan pengawal ini turut berhadapan risiko penangkapan dan penahanan sekiranya masih meneruskan tugas menjaga keselamatan di kawasan kediaman.
“Ini adalah satu lagi contoh malang bagaimana Malaysia dan pentadbiran Najib sekali lagi akan menjadi bahan ketawa kepada dunia antarabangsa kerana kita mungkin satu-satunya negara yang membuat tangkapan ke atas rakyat yang secara sukarela membantu dalam memerangi jenayah,” katanya lagi.

Unit Amal: Kami sedia ke mahkamah, Suhaizan jawab Zahid

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.

" Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.

"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti  156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.

Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporan  bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

Ia termasuk memukul orang, dan melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

Mengulas lanjut, Zuhaizan berkata Pemuda PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke atas 'tentera merah' yang dinaungi mereka itu.

"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.

Isu Penahanan PPS- Ketua Menteri cabar mengadakan perbahasan dgn KPN

PPS: Laporan wargamas gagal ujian kencing

8 usul diluluskan EXCO berikutan penahanan ahli PPS

Tangkapan PPS hina mesej kemerdekaan Najib, kata Kit Siang

Perutusan Merdeka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengandungi unsur perpaduan, keyakinan dan kesejahteraan, hancur lebur dengan penangkapan beramai-ramai anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bawah arahan Ketua Polis Negara. Penasihat parti Lim Kit Siang berkata tangkapan itu menukar sambutan yang penuh keceriaan, di mana Najib menyimpang daripada tradisi dan menyampaikan mesej merdeka secara langsung di kaca televisyen, kepada 'amukan' Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Hari kemerdekaan sepatutnya diisi inspirasi dan peneguhan. Tetapi ia menjadi hari yang penuh kehinaan untuk ditangisi rakyat yang mempersoal apa jadi dengan agenda membina bangsa Malaysia selepas lebih separuh abad merdeka," katanya dalam satu kenyataan.  Ketua Parlimen DAP itu menyifatkan insiden tersebut sebagai hari 'surat hitam' dalam sejarah Malaysia di mana tiga mesej hari kemerdekaan yang ditekankan Najib dicabul dengan penangkapan anggota PPS. "Ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan negara kita apabila orang-orang baik yang sentiasa bersedia menyumbang masa, tenaga dan khidmat untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dilayan seperti penjenayah. "Tidak diragukan lagi apa yang terjadi di Pulau Pinang semalam tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan buat Malaysia atau Najib di arena antarabangsa dan dunia pasti mengutuk tindakan kerajaan dan perdana menteri ini." Lim turut menyelar sikap berdiam diri Najib dalam isu ini dengan berkata ia akan merosakkan reputasi negara dan perdana menteri di mata masyarakat dunia "Beliau (Najib) tidak berbuat apa-apa untuk memastikan lebih 100 rakyat yang patriotik dan sepatutnya dicontohi itu tidak bermalam di lokap semalam. Adakah beliau akan terus berdiam diri dan tiada pendirian tentang

Peserta PPS ditahan polis adalah ‘wira’, kata Guan Eng

Seramai 156 peserta Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perbarisan Hari Kemerdekaan di negeri itu semalam adalah "wira masyarakat," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Lim berkata, perkara itu diputuskan selepas mesyuarat tergempar anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan disokong 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang.
"Keputusan mesyuarat menganggap semua 156 peserta PPS yang ditahan adalah wira masyarakat Pulau Pinang kerana ditahan bukan kerana melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang tetapi kerja amal yang baik," kata Lim melalui satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau turut mengecam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menyalahguna kuasanya mengarah tangkapan besar-besaran PPS semasa mereka menghadiri perarakan tahunan sambutan kemerdekaan di Padang Kota Lama itu.  Antara yang ditahan termasuk Exco Kebajikan Masyarakat dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang dipertanggungjawabkan menguruskan hal ehwal PPS.


Membuang Khalid susah, mencari gantipun susah

SUBKY LATIF

BERBULAN-bulan PKR hendak membuang TS Khalid Ibrahim daripada Menteri Besar Selangor, amatlah susah dan kini sesudah dia bersedia berundur, mencari gantinya juga susah.
   
Dia hendak berhentipun susah kerana Istana mahu parti-parti dalam Pakatan Rakyat memberi lebih daripada dua calon bagi baginda pilih. Raja memberi tarikh akhir nama itu diserahkan.
  
PKR bertegas dengan satu nama iaitu Dr. Wan Azizah. Ia disokong DAP. Setakat ini jalan keluar ada ialah dengan PAS yang bercadang memberi tiga nama, tidak termasuk ADUN PAS, kesemuanya dari PKR.
   
Sultan akan berpeluang memilih, tetapi apakah PKR akan berpuas hati kiranya perkenan Istana nanti bukan daripada nama yang dicalonkannya?
   
Jika calon yang Sultan perkenan nanti bukan daripada yang PKR/DAP kemukakan, tetapi daripada yang PAS kemukakan, kiranya kedua parti itu terpaksa terima, maka bertuahlah ADUN PKR yang PAS namakan sekalipun tanpa persetujuan mereka. Jika Sultan pilih itu nanti tidak diterima, Khalid akan jadi Menteri Besar lagi dan akan melambatkan lagi usaha menangani isu air dan Lebuhraya Kidex yang Khalid setujui dengan kerajaan pusat dan lambat jugalah isu rampasan Bible hendak diselesaikan.
  
PAS memang sudah menyusahkan PKR hendak buat apa yang disukainya. Semua menuding jari pada PAS, tetapi tidak pula orang mahu tengok apa lain buat tidak menyenangkan PAS? Tetapi dengan langkah terbaru PAS memberi nama lebih itu, boleh membantu menyelesaikan ganti Khalid itu.
  
Jika mahu ia selesai mudah, jangan disoal mengapa Istana mahu lebih nama dikemukakan. Banyak rumitnya bagi parti yang memerintah Selangor jika banyak mentakwil Istana. PAS ada pengalaman calon Menteri Besar Kelantannya diketepikan Istana lebih 20 tahun lalu. Sultan memilih orang lain. Sekalipun PAS tidak puas hati tetapi ia tidak berbalah dengan Istana.

Pengganti Khalid perlu lebih baik - Prof Dr Mohd Agus

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff 
SHAH ALAM – Siapa pun Menteri Besar Selangor baharu yang dilantik selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim haruslah yang lebih baik dalam segenap pengurusan pentadbiran negeri.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ia bagi memastikan kekurangan pengurusan pentadbiran dahulu mampu diselesaikan oleh ketua negeri baharu.

“Kelemahan-kelemahan pentadbiran yang dulu dari segi pengurusan kerajaan tempatan, pembangunan perumahan negeri dan apa-apa sahaja masalah rakyat mesti mampu diselesaikan oleh menteri besar,” katanya.

Beliau berkata, projek yang terikat secara sah semasa pentadbiran Abdul Khalid mestilah diteruskan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.

Jelasnya, sekiranya perjanjian yang sah di sisi undang-undang dibatalkan maka ada kos ganti rugi yang perlu ditanggung.

“Kalau ia projek atas dasar yang tidak terikat, ia boleh diteruskan ataupun dilupakan,” katanya.

DAPSY mengutuk insiden baling ‘molotov cocktail’ dikediaman KM Penang

"Satu tanda di mana jenayah semakin membimbangkan"

MolotovcocktailviaShutterstock-615x345SEREMBAN: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu yang membaling bom botol ‘molotov cocktail’ di kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, merangkap Setiausaha Agung DAP.
Ketua DAPSY, Teo Kok Seong, mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang teliti terhadap insiden yang berlaku di kediaman Lim kelmarin.
“Tindakan yang tegas harus diambil terhadap invidu yang tidak bertanggungjawab ini, agar perkara yang sama ini tidak akan berulang.
“Kami melihat Insiden membaling bom botol ini seolah-olahnya mencabar kewibawaan pihak polis, kerana Ketua Menteri telah dijadikan sasaran penjenayah.
“Ia juga harus dilihat sebagai satu tanda di mana sebenarnya keadaan jenayah semakin membimbangkan.
“Memandangkan kes-kes jenayah semakin mengugat keselematan rakyat di seluruh Negara, pihak Kerajaan Pusat serta polis haruslah menghargai wujudnya badan sukarelawan yang membantu dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
“Tetapi, tindakan pihak polis menahan anggota-anggota Persatuan Perondaan Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, selepas perarakan Hari Kemerdekaan di Pulau Pinang semalam, adalah amat dikesali dan ia tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis.

Calon MB: PKR tak berhak halang Pas - Mustafa

 Mustafa Ali - Foto Sinar Harian 
SHAH ALAM - PKR tidak berhak menghalang Pas untuk menghantar dua nama calon Menteri Besar Selangor seperti yang diputuskan sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata tindakan itu adalah bagi memenuhi permintaan Sultan Selangor.

“Itu adalah keputusan muktamad kami. Nama-nama calon itu akan diserahkan pada 3 September ini.

“Kalau PKR tetap dengan keputusan mereka untuk hantar satu nama, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada tindakan Pas itu akan menambahkan kekeruhan hubungan antara parti itu dengan PKR, Mustafa berkata isu itu tidak berbangkit kerana setiap parti sudah membuat keputusan masing-masing.

“Kami (Pas, PKR) tidak mengadakan perjumpaan pun kerana kita sudah ada keputusan. Pas tetap dengan keputusan mesyuarat yang diputuskan pada 17 Ogos lalu.

“Perkara ini sudah jelas, kita tunggu sahaja pada 3 September ini,” ujarnya.

Pada 17 Ogos lalu, Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dan menamakan seorang lagi iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Keputusan Pas itu dilihat bercanggah dengan pendirian PKR yang mahu mencadangkan nama Dr Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar.

Jangan anggap PAS sama dengan parti lain - Hadi


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli-ahli PAS supaya jangan menganggap parti itu sama dengan parti yang lain.

Ini, katanya kerana ada dalam kalangan mereka yang menganggap bahawa PAS sama dengan PKR dan DAP.

"Kita dalam jamaah kita yang benar, yang betul, tegak Islam yang sempurna. Jangan anggap serupa, ini tak betul, tak sama," tegasnya ketika merasmikan Nadwah Pemerkasaan Duat (NEKAD) anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, pagi ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan para pendakwah supaya sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas termasuk pungutan derma.
Justeru, tegasnya para pendakwah jangan berbohong dan menipu dengan pungutan derma.
"Pendakwah jangan bohong, penipu, pungut derma jangan salah guna untuk diri, bukan untuk Islam," ujar beliau di hadapan kira-kira 1,000 peserta.
Jelasnya, duit hendaklah dijalankan alat dalam berdakwah, bukannya matlamat.
Beliau menekankan bahawa pendakwah perlu mempunyai sifat bijaksana dan jangan menjadi pendakwah yang bodoh.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan iaitu Duat: Mengangkat Izzah Islam dan Jamaah oleh AJK PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki dan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Azhar Yaacob, Duat: Membugar Fikrah dan Menyebar Risalah oleh Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr Khairudin Aman Razali at-Takiri dan Duat: Mendepani Cabaran Perang Cyber oleh Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Esok mati, minta ampun pada saya, kata Rosmah kepada pengkritik.!!

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, persepsi negatif terhadapnya membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program Permata ‎Negara adalah ikhlas kerana Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2014.  
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata, persepsi negatif terhadapnya membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program Permata ‎Negara adalah ikhlas kerana Allah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2014.

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyelar pihak tertentu yang memberi persepsi negatif dirinya membangunkan program Permata ‎Negara, kerana ia dilakukan semata-mata demi melihat kejayaan pendidikan anak-anak bangsa.
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata,‎ persepsi negatif membuatkannya semakin cekal kerana apa yang dilakukan program itu adalah ikhlas kerana Allah.
"Kalau dengar itu, jangan percaya. Saya memang secara ikhlas menyatakan program in‎i bukan untuk saya, tetapi untuk anak bangsa kita maju dalam pendidikan mereka.

"Tetapi tak apalah saya cekal. Saya ikhlas. Saya tahu apa yang saya buat ini ikhlas kerana Allah. Apa dia hendak kata, dia katalah. "Esok kalau dia mati, dia minta ampunlah pada saya. Orang bukan suka kita berjaya," katanya ketika berucap di Majlis Konvokesyen Picoms kali ke-2 di PWTC.
Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff dari PAS ketika di Dewan Rakyat pada Jun lalu membangkitkan persoalan kepada kerajaan mengapa tidak diperkukuhkan agensi seperti Kemas dan Tadika sebaliknya memilih untuk membangunkan Permata Negara yang dinaungi Rosmah.
Beliau bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim adakah Permata Negara agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri.

Anwar: 'K'jaan lancar kempen seperti Ops Lalang'

Kerajaan telah melancarkan tindakan sama seperti Operasi Lalang dengan penangkapan terbaru 156 anggota Unit Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

Sama seperti Operasi Lalang pada 1987 di mana 107 orang ditahan di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata, tindakan keras itu "berlarutan dan bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat".

Ketika ditemui di Permatang Pauh semalam, ketua umum PKR itu berkata trend tersebut jelas menunjukkan yang kerajaan sedang bertindak terhadap setiap orang yang dapat menyuarakan pandangan mereka dengan berkesan.

Menurutnya, jika ini berterusan, terutamanya apabila ia menjejaskan ahli-ahli pembangkang, maka ia tidak baik untuk negeri atau negara, terutama sekali pada Hari Merdeka.

Anwar berkata PPS merupakan usaha negeri untuk membanteras jenayah dan untuk menyemai minat sukarelawan di kalangan belia dan ia perlu disokong oleh polis dan kerajaan persekutuan.

PPS: Disoalsiasat selama 4 jam, dakwa dilayan seperti 'penjenayah'

Phee Boon Poh, pengerusi Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang ditahan semalam, mendakwa dia telah disoal siasat oleh pihak polis selama empat jam dan dilayan seperti "penjenayah".

"Mereka bertanya kepada saya segala macam soalan, ambil gambar saya dan ambil cap jari saya sama seperti mereka akan lakukan terhadap seorang penjenayah," kata Phee dalam satu temubual melalui telefon dengan Malaysiakini pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Ahli exco Pulau Pinang itu yang bertanggungjawab menjaga PPS,
ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani pada kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas kenyataan beliau direkodkan.

Beliau merupakan salah seorang daripada 156 anggota PPS yang ditahan polis selepas mereka menyertai perarakan hari Kemerdekaan di Esplanade semalam.

"Saya tidak menyalahkan polis, mereka sangat baik kepada saya. Mereka hanyalah mangsa keadaan," kata Phee.

"Tetapi begitu juga dengan saya - saya juga seorang mangsa keadaan," tambah exco ahli itu
 

LGE tanya IGP, 'bila pula saya akan ditangkap'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang memikirkan bila pula polis akan mencarinya berhubung isu Unit Peronda sukarela (PPS), terutama selepas 156 anggotanya ditahan semalam.

"Mungkin saya perlu bertanya, 'Bilakah saya akan ditangkap?' Saya sedang menunggu beliau (Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar)," kata Lim kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pagi ini, di mana anggota PPS sedang ditahan sementara menunggu perintah mereka direman dari Mahkamah Majistret hari ini.

Lim berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada "ancaman" IGP selepas beliau mengarahkan polis Pulau Pinang menangkap anggota PPS, termasuk ahli exco negeri Phee Boon Poh, selepas mereka menyertai perarakan hari Kemerdekaan di di Esplanade semalam.

"Kami berani bukan kerana kita kuat, kita lemah. Lihatlah, saya berada
di ibu pejabat polis sehingga selepas jam 3 pagi merayu supaya anggota wanita dan warga emas dibebaskan kerana mereka tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Lim.

"Jadi, kita tidak mempunyai kuasa seperti IGP. Tetapi, walaupun jika kita lemah, kita tidak akan tunduk kepada ugutan, kerana satu prinsip, kebenaran," katanya.

Zahid: Unit Amal PAS berdepan tindakan sama


Sehari selepas 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang ditahan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama.

Malah, Ahmad Zahid berkata, beliau turut menerima laporan yang mendakwa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

"Ada di kalangan PPS ini saya dapat laporan, mereka pukul orang, mereka melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan. Seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

"Tindakan yang sama (terhadap Unit Amal) juga akan diambil oleh pihak polis. Saya sangat yakin mereka akan diambil tindakan," katanya.

Trend tunjukkan tindakan keras terhadap pembangkang, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Putrajaya mengenakan dakwaan hasutan ke atas ahli politik pembangkang dan tangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai satu trend menyekat pembangkang di negara ini. Ketua pembangkang itu mendakwa Putrajaya sengaja mencari kesalahan sesiapa sahaja yang mempunyai kesan terhadap masyarakat. “Jelas sekali itu trendnya. Siapa sahaja yang nampak berkesan menyampaikan pandangan, mereka akan kena," katanya semalam. Anwar berkata demikian selepas merasmikan upacara pecah tanah sebuah sekolah agama di Guar Jering, Permatang Pauh, yang dibina dengan pembiayaan RM1.59 juta dari kerajaan Pulau Pinang. Mereka yang didakwa menghasut baru-baru ini termasuk Rafizi Ramli, N Surendran dan Tian Chua dari PKR, RSN Rayer dan Teresa Kok dari DAP, dan Khalid Samad (PAS).  Katanya, sesuatu yang hipokrit apabila pemimpin pembangkang didakwa di bawah satu kes yang "rapuh" sementara penyokong Umno dan Barisan Nasional yang membuat kenyataan yang jelas berunsur perkauman tidak dikenakan sebarang tindakan. Anwar mempertikaikan tindakan menangkap anggota

PPS dah ambil alih tugas polis, kata KJ

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju dengan tindakan polis yang menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana menurutnya ia merupakan pasukan yang merbahaya.

Katanya, ini kerana pasukan tersebut  merupakan pasukan berstruktur serta mempunyai uniform yang melakukan tugas-tugas keselamatan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

Malah, katanya, pasukan itu juga dilihat telah mengambil alih tugas polis dalam mengawal keselamatan.

"Ini bahaya, saya tengok ada gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dengan vest unggu, ada pangkat. Tapi tak berdaftar. Ianya bahaya.

"Macam Unit Amal PAS, tak ambil tindakan sebab Unit Amal ini di bawah parti PAS walaupun semasa pilihan raya kecil dia menjaga keselamatan. Kita tak ambil tindakan.

"Dia (PPS) dah ambil alih tugas polis," katanya kepada pemberita dalam  sidang media selepas menghadiri senamrobik anjuran radio Era di Kuala Lumpur pagi ini.