GEORGE TOWN: Polis menahan Pengerusi
Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil
keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu
siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP
itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid
berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat
Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini hari ini.
"Phee hadir di IPD Timur Laut pada pukul 4.30 petang dan polis
menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan
selepas polis merekod keterangannya," katanya ketika dihubungi Bernama
di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayerdi.
Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan
tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang
didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas
didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
KUALA LUMPUR: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan menjadi topik
hangat yang akan dibincangkan pemimpin dan perwakilan sewaktu Muktamar
Tahunan PAS kali ke-60 akan datang.
Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berpendapat
tiada keperluan untuk mengkaji semula konsef Tahaluf Siyasi yang
diamalkan PAS-PKR-DAP selama ini meskipun kemelut politik di Selangor
sedikit sebanyak menggoncang kerjasama dan semangat setiakawan mereka di
dalam Pakatan Rakyat (Pakatan).
"Muktamar PAS tahun ini berkemungkinan isu MB Selangor akan menjadi isu utama.
"Tahaluf siyasi perlu memberi keuntungan kepada Islam. Namun tugas
untuk memastikan ia bawa keuntungan adalah tanggungjawab PAS. Dengan
kerjasama sekarang, kena fikir bagaimana Islam dapat keuntungannya,"
katanya yang ditemui Antarapos.
Muktamar PAS kali ke-60 akan diadakan buat pertama kalinya di Johor pada 18 hingga 20 September akan datang.
Umum mengetahui pergolakan landskap politik Selangor dengan isu
pertukaran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pencalonan
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Khalid pada Selasa lalu telah mengadap sembah Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah untuk menyampaikan hasrat peletakan jawatannya.
Soalnya adakah wajar dan berbaloikah jika Lim Kit Siang diberi amanah untuk mendamaikan semula PAS dan PKR?
Namun sebelum itu harus disemak dahulu mengapakah DAP berterus-terusan
dalam kemelut ini menyokong setiap langkah politik PKR?
Apakah sebenarnya yang DAP dapat lihat tetapi tidak nampak atau kurang
difahami PAS dalam menghadapi sikap “ketegaq” PKR yang bermati-matian
mahu Wan Azizah menjadi Menteri Besar ini?
Memang umum maklum bahawa DAP sentiasa tidak selesa dengan halatuju
politik PAS. Dari masa ke masa ia akan bergelut dengan PAS atas soal isu
negara Islam, undang-undang hudud dan bergeser dalam pelbagai soal
sensitiviti agama.
Ini boleh mendorong kepada rumusan bahawa jika diberi pilihan, DAP
akan lebih mudah untuk mesra PKR yang mempunyai dasar yang lebih kurang
sama dengan amalan politiknya.
DAP juga mungkin melihat PKR boleh memberi sumbangan dividen politik lebih besar berbanding PAS.
Dengan PKR, DAP lebih mudah mententeramkan ahli-ahlinya yang majoriti
berbangsa Cina bahawa dalam kerangka politik Malaysia, PKR adalah parti
majoriti Melayu yang mempunyai impian politik yang sama dengannya.
Berjinak dengan PKR adalah lebih mudah merapati dan menguja sokongan
pengundi Melayu untuk DAP berbanding PAS yang banyak dibebani dengan
emosi perkauman dan agama serta kekangan kehendak syaraknya.
PAS lebih berhati-hati berdepan lawan
Tambahan pula PKR ada Anwar Ibrahim yang bijak menyusun strategi
menyerang dan memburukkan Umno-BN berbanding dengan PAS yang sering
lebih bersikap “berpada-pada” mengutuk lawan.
Melalui PKR, DAP lebih mudah “membahagi-bahagi zon pengaruh” dan
“pecah perintah” pengaruh politik pembangkang di kalangan orang Melayu
berbanding PAS yang kadangkalanya bersikap “ultra” dalam isu-isu bangsa
dan agama.
Namun lebih penting lagi ialah DAP mungkin lebih teruja dengan
strategi PKR untuk melaksanakan “Langkah Kajang” untuk melonjakkan imej
Pakatan Rakyat dengan menjadikan Selangor sebagai model Negeri
Berkebajikan yang sempurna kerana ia mempunyai rizab kewangan yang
besar.
GEORGE TOWN, 31 OGOS: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan
menyediakan khidmat dan pembiayaan guaman untuk mempertahankan mana-mana
anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan secara salah oleh
polis.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, khidmat tersebut disediakan
kepada anggota PPS bukannya atas sebab salah laku jenayah, tetapi kerana
menjaga kepentingan orang ramai.
Ini berikutan ancaman Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu
Bakar yang mengatakan bahawa polis akan menangkap ahli-ahli (PPS)
sekiranya mereka meneruskan kegiatan mereka.
Dalam laporan Bernama sebelum ini, Khalid mendakwa PPS menyimpang
daripada objektif ketika ia ditubuhkan empat tahun lalu untuk berkhidmat
kepada masyarakat apabila ia kini bertindak kasar terhadap orang awam
dan wartawan.
“Khalid bukan sahaja salah, tetapi berbohong kerana menyatakan bahawa
PPS menyimpang daripada objektif asal untuk membantu rakyat dan rondaan
untuk melindungi keselamatan awam.
“PPS tidak pernah menyimpang daripada objektif memberi perkhidmatan kepada orang ramai,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.
Pada 19 Ogos lalu, seorang aktivis Ong Eu Soon yang dikatakan sering
mengkritik kerajaan Pulau Pinang mendakwa dipukul anggota PPS dalam satu
kejadian di Bandar Baru Farlim.
Isu tersebut mendapat liputan media arus perdana selepas disensasikan
oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.
Justeru kata Guan Eng, Exco Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat
Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh bertanggungjawab
memastikan bahawa mana-mana anggota PPS yang melakukan salah laku
dihukum.
Tampak ada kerinduan kepada sosok penggerak perubahan Almarhum Ustaz
Fadzil Noor ketika Dr Dzulkefly Ahmad menuturkan nama beliau. Setiap
kali nama Fadzil Noor disebut, mata Dr Dzul nampak berkaca, dan ada
senyum yang tersorok di bibirnya.
Dr Dzulkifli Ahmad bertanding buat kali pertama 1999, setelah
menyertai PAS setahun sebelumnya, iaitu sewaktu gerakan Reformasi sedang
rancak. Beliau tidak isi borang Parti Keadilan kerana katanya memang
pemikirannya Islamis.
“Ketika itu sosok transformasional PAS adalah Fadzil Noor. Arwahlah
sumber ketokohan, dengan pemikiran yang baik dan progresif. Saya dan
kawan-kawan tertarik.”
Ketika itu PAS baru mahu bertukar katanya. “Kami waktu itu golongan
profesional, termasuklah si Hasan Ali dan yang lain-lain, mahu membuat
perubahan besar dalam PAS.”
“Kita mahu mengarusperdanakan PAS, Hasan Ali pun datang dengan
pelbagai idea; tak mahu PAS jadi parti tok lebai dan parti orang
kampung. Itu yang diminta oleh Ustaz Fadzil,” ujar Pengarah Pusat
Penyelidikan PAS itu. Pencetus penglibatan Dr Dzul serta lebih penting lagi kemenangan
besar PAS pada pilihanraya umum tahun 1999 memang gerakan rakyat pasca
pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menurut beliau itulah yang PAS
kerap lupa.
Menurut
Dr Dzul, PAS kerap lupa bahawa kemenangan pada tahun 1999 adalah hasil
daripada peristiwa pemecatan, serta penolakan orang Melayu terhadap
politik Umno dan kebobrokannya.
“Sebab itu ketika PAS silap menanggapi sebab kemenangan 1999, ada
yang mengatakan bahawa umat Melayu Islam sudah bersedia menjadikan
negara ini negara Islam. Itulah pembacaan paling salah terhadap situasi
tersebut.”
“Dan kita pada pilihanraya 2004 telah diberikan satu pengajaran
supaya bijak, teliti, dan cermat membaca politik negara,” ujarnya. PAS pasca 1999
Selepas pilihanraya 1999, PAS diangkat mengetuai blok pembangkang
setelah memenangi 27 kerusi. PAS juga dilihat sebagai parti yang
berupaya menyaingi Umno. Namun amat malang sekali apabila pemikiran
politik arus perdana tidak ‘masuk’ dengan kedudukan PAS di pentas utama.
Setelah sekian lama tersekat kiprahnya di negeri lingkaran Melayu,
keupayaan dan sumbangan PAS membina Barisan Alternatif adalah pengalaman
PAS yang sangat besar.
“Namun ia tidak berkekalan kerana dari sudut ideologi, PAS tidak mengalami satu perubahan minda dan worldview,” kata beliau.
Menurutnya, PAS sendiri mungkin terkejut dengan keupayaan memenangi
kerusi sebanyak itu. Dan apabila hilang tokoh transformasi Fadzil Noor,
segera PAS kembali beberapa langkah ke belakang apabila perubahan besar
yang meletakkan PAS dalam politik arus perdana itu mengalami gendala
dari sudut doktrin dan perubahan fikrahnya.
Sejurus selepas itu, PAS menampilkan Dokumen Negara Islam walaupun,
menurut Dr Dzul, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mahukan PAS menampilkan
dokumen yang berbeza, iaitu sebuah memorandum rakyat bertemakan
pemerintahan dalam politik alaf ke-21 yang berteraskan Islam.
“Memang benar mereka menolak politik kezaliman dan kebobrokan (pada
tahun 1990). Tetapi untuk mendakap dan menerima seluruhnya politik Islam
secara PAS itu bukan sesuatu yang semestinya.”
SHAH ALAM - Pas Selangor mengesahkan masih ada usaha untuk memancing
Adun-Adunnya di negeri itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah
(Statutory Declaration) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah mempunyai
maklumat lengkap dalang yang terlibat dan tidak teragak-agak
mendedahkannya jika usaha itu tidak dihentikan.
"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing Adun kita (Pas) di Selangor.
"Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan
nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat
terhadap dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin
(Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.
Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri dan Ketua-ketua Dewan.
Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan
mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden
PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera
mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan
tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik
tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan
perjanjian sewa tersebut. Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan
perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos
2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS
Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang.
Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato
Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28
ogos 2014 lepas.
1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt.
Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan
utama.
2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua kemudahan khemah telah siap sedia.
3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru
agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat
senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga. Johor
memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.
4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah
yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba
dihalang oleh UMNO/BN akan membawa kemusnahan kepada mereka
5. Dewan Muslimat harap segera hubungi ana untuk final lokasi ini.
KUALA LUMPUR: Usul mengutuk dan mengecam
tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan
ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang menyatakan sokongan kepada ADUN
Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang
baharu diluluskan.
Ia diluluskan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kali ke-26 yag berlangsung di Klang.
Menurut posting Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul
itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk
diambil tindakan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
PAS Selangor lulus usul kutuk dan kecam dua ADUN sokong Wan Azizah - Gambar Facebook PAS Selangor
Makan
dalam perkataan yang tertera kat baju pemuda nih. Roh UMNO memang dah
hilang lama dah sebab itulah orang-orang lama dalam UMNO ramai yang
beranggapan UMNO sekarang tidak seperti UMNO yang dulu.
UMNO zaman ini lebih mementingkan diri sendiri, pangkat atau
jawatan. Rakyat letak nombor dua, yang penting periuk nasi sendiri
diutamakan.
Rasuah menjadi amalan dalam pentadbiran, bukan aku
cakap perwakilan dan Mahathir sendiri sahkan memang rasuah dalam UMNO
wujud. Jadi fikirlah sendiri makna tersirat kembalikan roh UMNO itu.
Polis kini menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri.
Phee
ditahan ketika hadir ke ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Mutiara
itu untuk memberi keterangannya kepada pihak polis kira-kira jam 4.30
petang tadi.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu ditemani Ketua
Menteri Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima).
Phee turut menulis penahannya itu Facebook.
Penahannya itu dibuat selepas lebih 150 orang lagi anggota pasukan itu ditahan selepas perarakan hari merdeka pagi tadi.
Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh ditahan polis jam 6.30 petang ini susulan penangkapan seramai 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di George Town pagi tadi. Phee sebelum ini mengaku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PPS, badan yang ditubuhkan di bawah kerajaan negeri tetapi tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Anggota PPS ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai perarakan hari kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama. Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran akan menangkap anggota PPS sekiranya meneruskan aktiviti mereka, dan menuduh badan itu terpesong dari matlamat penubuhannya empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat. Mengulas perkara itu, Phee melahirkan kekecewaan terhadap tindakan polis sambil mengaku terdapat dua tuduhan salahlaku melibatkan sebilangan kecil anggota PPS. Dalam kes pertama, seorang anggota mengaku bersalah dan meminta maaf kerana menyerang seorang wartawan, sementara kes kedua masih dalam siasatan. "Hanya kerana dua insiden ini, mereka hendak membubarkan PPS," katanya, sambil menambah pasukan itu banyak membantu masyarakat dalam kesusahan dan kecemasan seperti ketika banjir, kebakaran dan kemalangan jalan raya.
MAS secara theory sudah muflis. Perlu langkah-langkah
yang sangat radikal untuk menyelamatkannya. Jangan bebankan MAS ke atas
rakyat jelata lagi.
KUALA LUMPUR : Kadir Jasin semalam, menulis bahawa penyelamatan MAS berulang kali adalah seperti
menimbus perigi tanpa dasar atau ‘bottomless pit’ dalam bahasa Inggeris.
Kadir mengulas berkenaan laporan media massa yang mengatakan MAS akan
memberhentikan 6,000 kakitangan sebagai satu langkah untuk
menyelamatkannya.
Menurut Kadir, sudah banyak kali beliau mengatakan beberapa
pendiriannya tentang MAS iaitu bubarkan, jual kepada swasta, selamatkan
tanpa membebankan kewangan negara, lantik pengurusan antarabangsa yang
telah terbukti dan hapuskan campurtangan kerajaan yang merugikan.
“Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan
minda kelas dunia. Sejak MAS di bawah kepemilikan swasta antara tahun
1994 hingga 2002 lagi, mereka telah mencadangkan pengurangan kakitangan
diantara 5,000 hingga 8,000 orang namun tidak dipersetujui oleh
kerajaan.”
“Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui
Khazanah Nasional Berhad) dan secara teorinya sudah “muflis” ia terpaksa
melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan,” kata nya.
“Kos pampasan memberhentikan 6,000 kakitangan ini adalah sebanyak
RM1.9 bilion. Keseluruhan biaya operasi menyelamat MAS daripada menjadi
muflis akan menelan belanja RM6 bilion.”
Menurut Kadir dengan biaya RM1.9 bilion untuk memberhentikan 6,000
kakitangan MAS yang belum lagi termasuk biaya-biaya lain, jumlah itu
hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan
Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain
yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menggesa rakyat Malaysia agar mencari titik persamaan di antara kaum
bagi mewujudkan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
Beliau
berkata demikian sempena Hari Kemerdekaan dalam ucapan khas beliau dalam
program Wacana Merdeka di Universiti Selangor, Shah Alam pada Sabtu.
"Masalah masyarakat majmuk tidak dapat diselesai kerana kita masih
menerima teori-teori penjajah dalam penyelesaian masalah," katanya di
hadapan kira-kira 100 hadirin.
Katanya semua kaum perlu dilayan dengan adil serta masyarakat madani Islam perlu diterapkan.
Tegas Abdul Hadi, setiap kaum mempunyai kelebihan masing-masing dan
masyarakat harus saling menghormati dalam usaha mencari kebaikan.
Selain itu, katanya perjuangan kemerdekaan bukan bermula pada tahun
1946 tetapi sejak kedatangan Islam lagi yang meliputi seluruh kepulauan
Melayu.
"Di sini peranan perjuangan Islam amat penting dalam
menuntut kemerdekaan, ia melibatkan semua tempat dan kedudukan," kata
beliau.
Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditemui selepas
program tersebut enggan mengulas tentang isu perlantikan menteri besar
Selangor.
PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng menegaskan Ketua Polis Negara
(KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu menyerbu kediaman pihak
bertanggungjawab di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS)
sebaliknya 'mencari' Exco-exco kerajaan negeri termasuk beliau sendiri
sebagai Ketua Menteri.
Menurut beliau, perkara itu memandangkan penubuhan PPS adalah di bawah
kuasa kerajaan negeri serta mendapat kelulusan kesemua Exco kerajaan
negeri.
"Saya rasa ancaman dan ugutan sedemikian tidak seharusnya datang daripada mulut KPN.
"Kalau mahu mencari siapa yang bertanggungjawab di sebalik penubuhan
PPS, kamilah iaitu Exco-exco kerana PPS ditubuhkan melalui majlis
mesyuarat kerajaan negeri,'' katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika hadir memberi sokongan kepada seramai
154 anggota PPS yang ditahan termasuk tujuh wanita di luar Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.
Sekumpulan NGO hak asasi wanita hari ini berkata, ahli politik wanita
dilihat sukar untuk menjadi pemimpin walaupun negara ini telah merdeka
lebih daripada setengah abad.
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) berkata, perkara itu
jelas ketara terutamanya apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan
Ismail masih belum diangkat sebagai menteri besar Selangor walaupun
telah mendapat sokongan majoriti anggota DUN.
"Wanita yang memilih untuk memasuki dunia politik sering kali berdepan
dengan masalah pilih kasih yang seksis dan dipertangunggjawabkan kepada
standard lebih tinggi.
"Mereka sering menghadapi tuntutan bagi membuktikan mereka mampu dan
layak," kata kenyataan media bersama Persatuan Bertindak Wanita (Awam),
Wanita Untuk Wanita Perak (PWW) dan Sisters in Islam (SIS) hari ini.
"Buat masa ini, satu-satunya menteri besar yang mendapat sokongan
majoriti daripada DUN Selangor ialah Wan Azizah,” kata kumpulan hak-hak
wanita itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
hari ini menyamakan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dengan
samseng apabila pasukan itu masih meneruskan aktiviti mereka walaupun
diisytihar haram oleh pihak berkuasa.
Khalid berkata demikian selepas pihak polis menahan seramai 154 anggota
PPS selepas mereka menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau
Pinang pagi ini.
"Sepatutnya
tulis surat kepada pendaftar (pertubuhan) minta penjelasan dan mungkin
guna saluran undang-undang lain, untuk mereka bertanya tentang
pertubuhan yang telah diumumkan haram itu.
"Tetapi sebaliknya, pertubuhan ini sengaja nak cabar undang-undang
negara kita dengan mencabar PDRM dan menggertak PDRM supaya, kalau
berani ambil tindakan.
"Ini perbuatan gangster macam ini," katanya kepada media hari ini.
Sehubungan itu, Khalid berkata lagi, pihak polis terpaksa menangkap anggota PPS untuk tujuan siasatan.
Beliau turut menambah, kesemua anggota itu mungkin ditahan sehingga siasatan selesai.
Kerajaan Pulau Pinang bersedia ke mahkamah bagi membuktikan keabsahan
pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri apabila 152 anggotanya ditahan
polis selepas perarakan hari merdeka pagi ini.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Timur Laut di Jalan
Pantai hari ini, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, mereka yakin PPS
sebuah badan sah.
Katanya, PPS dibentuk pada 2010 untuk menangani kes bencana alam dan memberikan khidmat masyarakat itu.
Lim
juga berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab penuh ke atas PPS,
kerana ia dibentuk sebagai badan bawah kerajaan dan Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu memberikan amaran untuk menyerbu
rumah anggotanya.
Selepas lebih 150 anggotanya ditahan hari ini, Khalid menulis di
Twitter, menggesa anggota PPS selebihnya menyerah diri sebelum polis
menyerbu kediaman masing-masing.
Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan
1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan
menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan
sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.
PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tetapi agensi bawah kerajaan negeri.
PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51,
mendakwa diserang dua lelaki berpakaian seragam unit itu di Air Itam
minggu lalu.
ALOR SETAR - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat
kekecohan ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung kelmarin.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata,
jawatankuasa dianggotai kira-kira 10 ahli akan menyiapkan laporan
mengenai kejadian itu sebelum dihantar kepada Umno negeri dan Pusat.
Menurutnya, tindakan yang akan dikenakan terhadap individu terlibat bergantung kepada Umno Pusat.
"Dari segi peraturan, persidangan mematuhi prosedur ditetapkan dalam
tempoh notis 14 hari manakala semua senarai nama perwakilan calon G7
adalah sah berdasarkan undian majoriti.
"Namun kita yakin masalah berpunca dari kesilapan teknikal hingga
berlaku provokasi yang mencetuskan tindakan mengikut perasaan," katanya
kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari
insiden baling kerusi ketika persidangan bermula. Ia tercetus selepas
perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan
majlis.
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sumber RM6 bilion yang
diberikan Khazanah Nasional kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)
bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Sehubungan itu,
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar kerajaan
menjelaskan sumber kewangan tersebut agar diketahui oleh rakyat.
"RM6 bilion dari mana sumber tersebut diperolehi, kita mahu kerajaan perjelaskannya.
"Kita
tidak mahu berlaku seperti sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru
(KWSG) yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu telus dalam apa yang mereka
lakukakan ini," katanya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok
Sena itu berharap walaupun kerajaan mempunyai usaha untuk memulihkan
MAS, namun dalam memberikan suntikan modal itu, harus diperjelaskan
kerana melibatkan wang rakyat.
Dalam pada itu beliau turut
menggesa agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi
menyiasat secara menyeluruh apa yang berlaku ke atas MAS.
Katanya,
walaupun kerajaan memberi suntikan modal yang besar tetapi kelemahan
masih belum diketahui yang hanya mengulangi kesilapan yang berlaku
kepada MAS sebelum ini.
Pendirian Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang tetap mahukan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi
menteri besar Selangor dilihat Utusan Malaysia sebagai mengingkari titah
sultan.
Dalam ruangan pojok Awang Selamat yang menjadi lidah pengarang akhbar
itu, Anwar disifatkan terlalu ekstrem kerana tetap mahukan Azizah.
Ini berlaku, tulis Awang Selamat, walaupun ketua pembangkang faham
bahawa baginda ada kuasa bukan sahaja meminta lebih nama calon malah
dalam melantik menteri besar.
"Siapa sebenarnya raja, sultan Selangor atau Anwar?
"Kepada Anwar, jika mahu bertindak seperti 'raja', Awang mahu beri
gelaran iaitu 'raja nepotisme'," tulis Awang dalam Mingguan Malaysia
hari ini.
Selain itu, tulis Awang dalam akhbar milik Umno itu, jika Anwar mahu
berjuang atas nama kepentingan rakyat, beliau harus terbuka mencalonkan
lebih daripada satu nama kepada istana.
Malah, tulisan turut mempersoalkan adakah ADUN PKR yang lain di negeri
itu tidak boleh dipercayai dan tidak layak pada pandangan Anwar.
Menurut tulisan itu lagi, tidak mengejutkan sekiranya Anwar selepas ini
mahukan anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah menggantikan Wan Azizah
sebagai presiden.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta
unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) supaya mengambil
tindakan terhadap individu yang menghina beliau di laman sosial Twitter.
Dalam Twitter Khalid, beliau meletakkan dua rakaman paparan (screenshot) individu yang menghinanya sebagai ketua polis.
Pada kedua-dua tweet tersebut, Khalid turut menyebut (mention) PCIRC dengan meminta supaya tindakan dapat diambil terhadap dua individu itu.
"PCIRC sila ambil tindakan terhadap orang biadab ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'.
"PCIRC, juga kesan seorang lagi yang biadab ini untuk diambil tindakan," tulis Khalid.
Walaupun punca tidak puas hati individu tersebut tidak jelas, tetapi ia
mungkin berkaitan dengan tindakan polis terhadap Pasukan Peronda
Sukarela (PPS) Pulau Pinang hari ini.
Dalam salah satu tweet Khalid, beliau memaparkan gambar seorang lelaki
memanggilnya "anjing BN" manakala seorang lagi menulis "Thanks to the
ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia".
Malaysia meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-57 daripada British hari ini.
Hari ini juga sebuah NGO mengkritik kerajaan kerana terus menggunakan
Akta Hasutan 1948 yang diperkenalkan ketika era penjajahan itu.
Malah,
kata Proham, undang-undang sama pernah digunakan British terhadap tokoh
kemerdekaan terkenal India Mahatma Gandhi untuk menutup kritikan
terhadap keabsahan penguasaan penjajah.
“Proham berpandangan bahawa Akta Hasutan 1948 sebagai undang-undang yang
diperkenalkan pertama kali oleh pentadbiran penjajah untuk menyekat
aktiviti pejuang kemerdekaan,” kata kenyataan bersama pengerusi Progham
Datuk Kuthbul Zaman dan setiausaha agungnya Dr Denison Jayasoor.
Bagaimanapun, kata mereka lagi, akta itu tidak digunakan secara meluas
di Malaysia sebelum kemerdekaan berbanding pendekatan British di India.
Kerajaan sebelum ini pernah berjanji untuk memansuhkan akta kontroversi
itu. Bagaimanapun, ia kini terus digunakan, termasuk terhadap beberapa
ahli politik pembangkang akhir-akhir ini.
Penjelasan terkini Pejabat Perdana Menteri
(PMO) berhubung penggunaan Akta Hasutan 1948 hanya menunjukkan kerajaan
sedia ada “paling huru-hara” dalam sejarah pentadbiran Malaysia, kata
DAP.
Ketua anggota parlimen parti itu Lim Kit Siang berkata, kenyataan itu
menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berlaku
“satu pihak tidak tahu menahu apa yang dilakukan pihak lain”.
“Tiada perdana menteri yang berwibawa di satu sisi menjanjikan Malaysia
menjadi 'negara demokrasi terbaik di dunia' tetapi di sisi yang lain
membenarkan peguam negara melancarkan siri pendakwaan terhadap pemimpin
pembangkang, yang sebenarnya hanya berlaku di negeri demokrasi terburuk
di dunia,” katanya.
Lim juga mempersoalkan kenapa kenyataan itu dikeluarkan tanpa menyatakan nama individu secara khusus.
PMO semalam menafikan dakwaan bahawa kerajaan menjalankan pendakwaan
terpilih menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa barisan pemimpin
Pakatan Rakyat.
Menurut kenyataannya, sebarang pertuduhan mengikut akta itu ditangani
mahkamah dan badan kehakiman Malaysia bebas, seperti boleh dilihat dalam
keputusan banyak kes sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Kerakusan individu dalam
politik dilihat antara ancaman yang boleh merosakkan kegemilangan dan
semangat patriotik rakyat negara.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan
Sri Musa Hassan berkata, ia sekali gus menjadikan sambutan kemerdekaan
menjadi semakin hambar dari tahun ke tahun.
"Semua kerana
ancaman orang politik sendiri, kalau dulu cara orang politik berjuang
kepada negara, bangsa dan rakyat sekali gus menjadikan negara ini
terjamin keselamatananya.
"Kini orang politik, mereka sendiri
rakus untuk mendapat kuasa dan wujudkan pecah belah dalam negara
ini,"katanya ketika ditemui sempena sambutan Kemerdekaan ke-57 di sini.
Ujarnya, ancaman ini juga dilihat boleh mempengaruhi anasir lain untuk mengambil peluang merosakkan negara.
"Pucuk pimpinan politik perlu mengutamakan negara dan rakyat daripada
rakus untuk mendapatkan kuasa kepada diri sendiri...itu paling penting.
"Semangat patriotik seharusnya dipupuk kepada generasi muda, namun
dengan banyaknya politik kebencian kini, orang muda dihasut untuk
membenci kerajaan atau membenci kumpulan tertentu.
"Saya
berharap orang-orang politik bersatu dan mementingkan negara dan rakyat
dan bangsa daripada kepentingan diri sendiri, bila bersatu, kita akan
lebih kukuh dan kuat sekali gus orang takut untuk lakukan sesuatu dan
merosakkan kemerdekaan negara," jelasnya.
Musa turut merayu kemerdekaan negara terjaga untuk masa-masa akan datang.
"Setiap tahun kita raikan, dan setiap tahun ia menjadi semakin tidak meriah, tidak macam mula-mula dahulu.
"Kita perlu meningkatkan semangat ini kerana pada masa dahulu kita
hadapi ancaman daripada mereka yang cuba mengambil pemerintahan negara
dengan cara memberontak,"
Musa turut mengimbas kembali kenangan ketika menjadi anggota keselamatan satu masa dahulu.
“Apalah makna kemerdekaan ini jika masih ramai lagi
rakyat-rakyat miskin yang merempat di jalanan dan juga beban hutang
seisi rumah yang kian bertambah saban hari?”
Dari Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai
Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57 menemui kita dengan
tema: “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.” Walau dipuji, namun diingatkan
supaya skop pemaknaan cinta haruslah disebarluaskan kepada segenap
lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, warna kulit, agama, mahupun
fahaman politik.
Semalam, Astro Awani memetik kata-kata mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman pada tahun 1973:
“Bahawa sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate,
tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah
memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan”
Kemerdekaan sebenar tidak akan dapat kita capai sekiranya kita
melupai bahawa cinta adalah salah satu penggerak kepada segala
tindak-tanduk kita; dan mengakui bahawa kepelbagaian watak-watak
terdahulu merupakan sebahagian daripada sejarah kita dan keperluan dalam
mencipta masa depan bersama.
Sesungguhnya, sesuatu negara yang merdeka dari kuasa kolonialnya
memerlukan masa untuk perubahan total. Amerika Syarikat yang menjadi
kuasa besar dunia kini pun mengambil masa hampir 200 tahun untuk
melakukan perubahan kearah menjadi negara maju. Dan lebih dekat dengan
kita, negara Korea Selatan; dahulunya lebih mundur daripada kita, tetapi
kini telah menjadi negara maju di mana produk kebudayaan ,ekonomi dan
sistem pendidikan mencapai ke tahap yang membanggakan.
Bagi Malaysia, setelah 57 tahun merdeka, kita masih di takluk negara
ekonomi kelas pertengahan sejak 1992 dan terus menjadi saksi kepada
cetusan perkauman yang tidak henti-henti dibangkitkan. Acapkali
“peristiwa 13 Mei” akan kembali dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu
demi menakut-nakutkan rakyat akan suatu kejadian dalam saat-saat runcing
– bukan buat rakyat, tetapi buat Pemerintah.
Ternyata, sikap perkauman yang melampau dan prejudis dalam mendepani
kepelbagaian kaum di negara ini merupakan suatu petanda bahawa minda
pimpinan negara kita masih terjajah dengan warisan penjajah yang
melaksanakan dasar pecah dan perintah sewaktu dahulu.
Dalam pada kemerdekaan dilaungkan juga, kita melihat
tindakan-tindakan represif pihak kerajaan di dalam menangani perbezaan
pendapat dan suara-suara kritikal dari rakyatnya masih tidak berubah.
Akta Hasutan 1948 peninggalan penjajah British digunakan bukan sahaja
untuk mengekang suara-suara mahasiswa yang menjadi agen perubahan
masyarakat, malah digunakan untuk membunuh karier politik pimpinan
pembangkang. Akta Hasutan 1948 ini sepatutnya telah diganti berikutan
pengumuman Dato Seri Najib Razak pada 2012, diganti dengan Akta
Keharmonian Nasional atas faktor ingin menjaga kestabilan negara dan
menjaga tata tertib kebebasan bersuara.
Perlanggaran terhadap hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara ini
bukan sahaja jelas melanggar semangat perlembagaan yang menjamin hak-hak
tersebut bahkan dilakukan secara selektif dan bias.
Sedangkan jika kita kembali melihat kepada sejarah, tindakan-tindakan
opresif inilah yang dilakukan oleh penjajah untuk menyekat suara-suara
lantang tokoh-tokoh kemerdekaan dalam melawan agenda kolonial British
dahulu.
Apa
lagi yang tak kena, Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena, Kedah tengahari
tadi terpaksa berhadapan dengan kejadian tumbuk menumbuk dan baling
kerusi ekoran dakwaan tidak puas hati sebaik sahaja Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan dewan selepas majlis perasmian.
Setiausaha Kerja UMNO Kedah,
Haris Che Mat berkata, UMNO Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan
terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu
mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada UMNO Pusat dan Negeri.
"Siasatan awal kami mendapati kekecohan itu dicetuskan pihak
tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan
itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali
aman.
"Puncanya tidak diketahui lagi
tetapi kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan
walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan
lain meninggalkan mesyuarat yang diadakan di Dewan SMK Hutan Kampung,
Alor Star," dakwanya.
Jelasnya, pada mulanya,
sekumpulan ahli UMNO yang hadir untuk bermesyuarat telah membuat bising
kerana sebab-sebab tertentu tetapi enggan berdiam diri selepas ditegur.
“Mereka kemudian membaling
kerusi sebagai tanda tIdak puas hati dan tindakan itu telah menimbulkan
kemarahan ahli-ahli UMNO lain menyebabkan berlakunya kejadian
cabar-mencabar dan akhirnya bertumbuk sesama mereka.
“Mesej yang Mahathir hantar amat mudah, Najib is a
failure. His government is a failure. His policies are a failure.
Malaysia is becoming the sick man of South East Asia.”
KUALA LUMPUR : Datuk Ariff Sabri hari ini melalu penulisan terbarunya dmenyatakan bahawa Perdana Menteri Najib Razak gagal sebagai pemimpin
negara Malaysia ini dan kerana inilah Najib diburu oleh Mahathir.
“Ini terbukti dengan hutang luar negara yang sudah mencecah 40% KDNK.
Hutang dalam negara atau hutang sektor awam sudah melampaui 55% GDP.
Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar
seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC-GLC yang semua nya
rugi,” kata nya.
“Inilah kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat. Aliran keluar
modal jangka pendek Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding
dengan ekonomi negara Asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian
berkurangan. Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari
GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008 (masa Najib ambil alih).”
Menurutnya, semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau
household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. “Negara kita ialah darul
hutang. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang
berpendapatan RM 2,500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur, sewa RM800,
pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun
nasib baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO
semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar.” Angka kemiskinan
Beliau juga membandingkan angka kemiskinan yang kerajaan umumkan
sebagai RM860 sebulan untuk Semenanjung dan RM1,000 untuk Sabah dan
Sarawak. Berdasarkan angka ini, Najib dapat mengisytiharkan dengan
bangganya bahawa angka kemiskinan hanya 2%.
“PBB/United Nations sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan
miskin harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun
2012, pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5,000, maka garisan
pendapatan miskin ialah 50% dari RM5,000 yakni RM2,500. Tahukah pembaca
pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan
nya 40%. 40% penduduk negara ini berpendapatan kurang dari RM2,500
sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila
menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik,” keluhnya.
Ariff juga mengeluh betapa tingginya tahap toleransi orang Melayu
terhadap kepedihan hidup dengan beranggapan bahawa ini semua adalah
takdir. Orang Melayu tidak akan pernah berfikir bahawa ini semua adalah
disebabkan oleh akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat
incompetence dan akibat salah laku. Selagi mereka diBR1Mkan, orang
Melayu selesa dan puas walaupun keadaan mereka tidak berubah.
Anggota parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong mengakui ramai
pemilih kecewa dengan kedua-dua pihak tidak kira sama ada BN atau
Pakatan Rakyat.
Perkara itu, katanya, menjadikan mereka kurang berminat pada politik.
“Politik Malaysia memasuki peringkat tepu yang menyebabkan sokongan
kepada kedua-dua pihak, BN atau gabungan pembangkang Pakatan, menurun.
"Diakui ramai pengundi kecewa dengan kedua-dua gabungan dan memilih untuk melibatkan diri daripada wacana politik,” katanya.
Dalam kenyataannya menjelang Hari Merdeka semalam, Liew berkata, Pakatan
tidak boleh lagi bergantung sokongan kepada pemilih yang kecewa dengan
kerajaan persekutuan sahaja.
Seorang pemimpin Umno bahagian meminta jawatan Peguam Negara dikembalikan melalui lantikan politik berikutan kegagalan Tan Sri Abdul Gani Patail menangani situasi semasa yang mengakibatkan pelbagai isu berbangkit, hingga menjadi pertikaian ramai. Ini termasuk kes penghinaan terhadap institusi raja dan agama, kata Naib Ketua Umno Bahagian Rasah, Datuk Abdul Karim Mustafa seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini. "Kegagalan Peguam Negara ketika ini menangani isu-isu besar membabitkan institusi raja dan agama secara berkesan adalah antara faktor yang boleh diambil kira untuk mengambil langkah tersebut. "Perkembangan semasa yang berbangkit daripada keupayaan bertindak Jabatan Peguam Negara dalam hal seperti penghinaan terhadap institusi raja dan agama menyebabkan kita perlu memikirkan semula kaedah pelantikan Peguam Negara," katanya dipetik akhbar milik Umno itu. Bercakap semasa menggulung perbahasan dalam persidangan perwakilan bahagian di Seremban semalam, Karim berkata lantikan politik untuk jawatan itu bukan perkara baru kerana ia pernah dilakukan sebelum ini sehingga 1980. Antara penyandang jawatan itu sebelum ini ialah Tan Sri Abdul Kadir Yusuf (1963 - 1977) dan Tan Sri Hamzah Abu Samah (1977 - 1980). "Jawatan itu diserahkan kepada Perkhidmatan Awam pada 1980 dengan Tan Sri Abu Talib Othman sebagai Peguam Negara selepas Hamzah," katanya. Karim berkata perkara itu boleh dibincangkan dengan lebih meluas bagi mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak, menurut akhbar itu. Katanya, Gani juga dijangka bersara Oktober tahun depan manakala Peguam Cara Negara, Tan Sri Idrus Harun dijangka bersara Februari tahun depan. "Kita mempunyai ramai tokoh peguam termasuk di kalangan ahli Umno yang mampu dan berwibawa untuk menjawat jawatan tersebut," dia dipetik berkata.
Selepas lebih 250 orang ditahan hari ini, polis menggesa anggota Pasukan
Peronda Sukarela (PPS) selebihnya menyerah diri selepas pasukan itu
diisytihar tidak sah baru-baru ini.
“Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah
diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.
Polis pagi ini menahan kira-kira 250 anggota PPS Pulau Pinang selepas
menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.
Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan
1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan
menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan
sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.
PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.
PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51,
mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air
Itam minggu lalu.
SAMM Pulau Pinang mengutuk tindakan Polis membuat tangkapan Pasukan
Peronda Sukarela (PPS) pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti
dijalankan.
Penyelaras SAMM Pulau Pinang, Aidil Fitri Ibrahim berkata SAMM
mempertahankan PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri
bertaraf agensi negeri.
Katanya,
penahanan mereka membuktikan sekarang ini polis tidak peka kepada
mereka yang banyak membantu dalam semua hal ehwal keselamatan di
kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu Polis mengawal
jenayah serta kebajikan penduduk setempat.
“Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa
Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak
berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram?,” soal Aidil dalam
kenyataan media.
Katanya, SAMM Pulau Pinang mendesak supaya polis membebaskan mereka segera tanpa syarat.
Hari
ini, lebih 200 PPS ditahan sepasukan anggota polis ketika sedang
menyertai perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Padang
Kota, pagi ini.
Mereka ditahan kira-kira jam 10.15 pagi, berdekatan bulatan di Jalan Lebuh Pantai sebelum melintasi pentas utama.
Lebih kurang 250 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang ditangkap pagi ini ketika sambutan Hari Merdeka peringkat negeri sedang dijalankan di George Town.
Mereka ditahan sepasukan polis jam 10.15 pagi sebaik sahaja mereka menyertai upacara rasmi perbarisan lalu, sebahagian daripada perarakan tahunan yang diadakan di Padang Kota Lama.
Mereka dibawa ke balai polis Beach Street yang berhampiran untuk disoalsiasat. Polis mengepong balai polis itu dari dimasuki orang luar dan dikawal Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Sambil Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-57 hari ini, pemimpin masyarakat sivil melahirkan kebimbangan negara ini mensia-siakan semua pencapaiannya dan menuju satu kelaziman, ketaksuban dan prasangka. Mereka bimbang Malaysia tidak lama lagi akan berakhir menjadi sebuah negara yang gagal – tanpa jiwa dan tanpa harapan. "Yang paling mengecewakan saya ialah kita mensia-siakan potensi kita menjadi permata timur. Kita ada semua yang diperlukan – bakat, sumber, intelek," kata bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan."Namun, kita yang dibawa meruntun jalan kelaziman, ketaksuban, kecurangan dan prasangka. Dari hari ke hari kita semakin bersikap perkauman dan curiga terhadap satu sama lain." Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan sentimen yang sama, mengatakan beliau paling risau tentang polarisasi yang semakin meningkat, sambil menambah 'jiwa' Malaysia akan hancur jika ini berterusan. "Terutamanya atas dasar bangsa dan agama, kerana perpaduan adalah jiwa Malaysia," kata bekas menteri pengajian tinggi itu. Memandangkan hal ini, Saifuddin berkata Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC), di mana dia merupakan salah seorang ahli, mencadangkan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi membendung ekstremisme. "Saya juga harap NUCC akan, antara lain, mencadangkan kerajaan mulakan penghijrahan daripada 'dasar berasaskan kaum' kepada 'dasar berasaskan keperluan." Ini juga dipersetujui pengurus program Sisters in Islam (SIS) Suri Kempe yang mengatakan dia sangat kecewa dengan tindakan eksploitasi atas nama Islam menyerang pembela hak asasi manusia dan kumpulan minoriti seperti Syiah dan LGBTIQ (lesbian, gay, biseksual, transgender, intersex, questioning). "Juga, bila mana retorik estrem dibenarkan di khalayak awam tanpa sebarang sekatan," katanya. Hak LGBTIQ tidak diiktiraf di Malaysia, dengan kumpulan ekstremis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga menyeru kerajaan tidak membenarkannya bebas bergerak.
Erti kemerdekaan sebenar bukan setakat membebaskan diri dari perhambaan penjajah, tetapi membebaskan hati dan diri dari belenggu pemikiran yang rasis dan sempit, serta kebebasan ekonomi, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dalam perutusan Hari Merdeka hari ini, presiden PKR itu mengajak seluruh rakyat Malaysia menghayati kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar bukan hanya menyambutnya dengan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sahaja. "Kemerdekaan yang dicari sebenarnya adalah kebebasan hati dan jiwa, kebebasan diri dan anggota keluarga dari belenggu pemikiran yang rasis dan sempit, serta mempunyai kebebasan ekonomi. "Rakyat mesti dipupuk melahirkan jiwa merdeka, dengan memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi membina negara yang aman harmoni, hormat menghormati sesama rakyat dari kalangan pelbagai agama dan bangsa," katanya. Dr Wan Azizah berkata PKR komited membina sebuah negara yang mengajak memerdekakan rakyat dari tekanan kehidupan, dengan usaha untuk menyediakan prasarana ekonomi yang baik. "Ini agar sumber kekayaan negara dapat dikongsi bersama seluruh rakyat, terutama mereka yang memerlukan tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama." Katanya PKR juga mahu mengasaskan kemerdekaan berteraskan islah atau reform. "Reform mestilah bermula daripada kepimpinan yang amanah, telus dan efektif serta memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat. "Tekad PKR membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi, kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan dengan asas hak-hak rakyat bernegara yang dilindungi oleh Perlembagaan." Dengan itu, kata Dr Wan Azizah, rakyat Malaysia dapat membina nilai moral yang tinggi dan akhlak mulia kerana yang diidamkan ialah sebuah negara yang merdeka dan bebas dari gejala rasuah, pembaziran dan kecuaian. "Kita harap kita mampu membawa negara ke landasan yang betul, memelihara maruah negara, kedaulatan negara dengan ekonomi yang kukuh," katanya.
Perutusan merdeka PKR hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia
menghayati kemerdekaan dalam erti kata sebenar dan bukan sekadar bebas
daripada perhambaan dan penjajahan British.
Sebaliknya, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Malaysia
juga harus mempunyai kebebasan dalam segala bidang termasuk bebas
daripada belenggu perkauman.
“Bukan juga menyambutnya dengan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sahaja,” katanya.
“Kemerdekaan yang dicari sebenarnya adalah kebebasan hati dan jiwa,
kebebasan diri dan anggota keluarga dari belenggu pemikiran yang rasis
dan sempit, serta mempunyai kebebasan ekonomi.”
Assalamualaikum Warahmatullah
Salam Sejahtera dan Salam Kemerdekaan!
Kita menyambut tanggal 31 Ogos 2014 sebagai tanda penghargaan kita
terhadap harga sebuah kemerdekaan dan kebebasan yang kita nikmati sejak
tahun 1957. Iaitu 57 tahun yang lampau, pemimpin-pemimpin negara kita
membawa tanah air yang tercinta ini, keluar dari belenggu penjajahan
British.
KEADILAN sebagai sebuah parti yang berteraskan rakyat, mengajak
seluruh rakyat Malaysia, supaya menghayati kemerdekaan dalam erti kata
yang sebenar, iaitu bukan setakat membebaskan diri dari perhambaan dari
penjajahan. Bukan juga menyambutnya dengan sekadar mengibarkan Jalur
Gemilang sahaja.
Kemerdekaan yang dicari sebenarnya adalah kebebasan hati dan jiwa,
kebebasan diri dan anggota keluarga dari belenggu pemikiran yang rasis
dan sempit, serta mempunyai kebebasan ekonomi.
Rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka, dengan
memerdekakan sepenuhnya jiwa kita dari cengkaman dan kezaliman demi
membina negara yang aman harmoni, hormat menghormati sesama rakyat dari
kalangan pelbagai agama dan bangsa.
KEADILAN komited untuk membina sebuah negara yang mengajak
memerdekakan rakyat dari tekanan kehidupan, dengan usaha untuk
menyediakan prasarana ekonomi yang baik, agar sumber kekayaan negara
dapat dikongsi bersama seluruh rakyat, terutama mereka yang memerlukan
tanpa membataskan kedudukan bangsa dan agama.
KEADILAN mahu mengasaskan kemerdekaan berteraskan islah atau reform.
Reform mestilah bermula daripada kepimpinan yang amanah, telus dan
efektif serta memperjuangkan prinsip keadilan hak dan kebebasan rakyat.
Tekad KEADILAN adalah untuk membebaskan rakyat dari tekanan ekonomi,
kebebasan dalam fahaman dan kepercayaan dengan asas hak-hak rakyat
bernegara yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Dengan itu, kita dapat membina nilai moral yang tinggi dan akhlak
mulia. Kita mahukan sebuah negara yang merdeka dan bebas dari gejala
rasuah, pembaziran dan kecuaian.
Kita berharap kita mampu membawa negara ke landasan yang betul,
memelihara maruah negara, kedaulatan negara dengan ekonomi yang kukuh.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden KEADILAN
RANTAU PANJANG – Pas Kelantan yakin isu calon PRK Pengkalan Kubor boleh
diselesaikan dengan baik dengan PKR tanpa berlaku perebutan.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama calon
berkenaan hanya akan diumumkan selepas perbincangan oleh peringkat
pimpinan.
Beliau berkata, keputusan hanya akan dirumuskan selepas perbincangan
tersebut tetapi tidak menyatakan sama ada calon itu daripada parti Pas
atau PKR.
“Tidak ada sebarang perselisihan untuk kerusi ini kerana keputusannya
akan dibincangkan menerusi mesyuarat. Tiada tarikh ditentukan lagi
tetapi saya jangkakan ia akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya
selepas merasmikan Masjid Al-Musleh dekat Pusat Tarbiyyah Pas Rantau
Panjang, semalam.
Ahmad mengakui Pas Kelantan belum membuat keputusan memilih calon bagi mengisi kekosongan kerusi itu.
Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan Pas negeri dan kawasan Rantau Panjang.
Beliau yang juga menteri besar berkata, pihaknya berbangga dengan usaha
dilakukan pemimpin Pas kawasan kerana mampu siapkan Masjid Al-Musleh
dalam masa tiga tahun.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
menggesa MP Temerloh, Nasrudin Hassan agar berhenti menyindir orang dan
menyinggung orang lain - sepadan dengan imej keagamaan yang didokong
Nasrudin.
Beliau berkata demikian selepas pada mulanya enggan mengulas serangan
dan kritikan halus Nasrudin terhadapnya yang diajukan menerusi laman
Facebook Nasrudin.
"Sebagai
seorang yang mempamerkan (imej) tokoh agama maka haruslah komennya
berlandaskan etika, dan akhlak dan tidak dengan maksud untuk menyindir,
menyinggung dan menghina sesiapa," katanya memetik rakaman video KiniTV.
Beliau ditemui selepas satu program dialog bersama lelaki muda di Puchong, petang semalam.
Anwar sebelum itu enggan mengulas komen-komen Nasrudin.
Menurutnya, Nasrudin (kanan) tidak pernah membangkitkan sebarang perkara sewaktu berdepan dengannya dalam mana-mana pertemuan sebelum ini.
"Saya tak nak komen sangat (tentang) Nasrudin (ini).
"Dia pun tak pernah bawa dalam perbincangan, ikut dia saja.
"Saya fikir tak perlu saya jawab. Saya ingat ada suara-suara yang sengaja timbulkan agenda ketegangan antara parti.
"Oleh yang demikian saya tidak harus layan," katanya.
MP: 'Luar biasa' mahu insteri sendiri
Nasrudin sejak beberapa hari lalu menerusi laman Facebooknya mengkritik
Anwar yang mahukan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang
juga isterinya, untuk menjadi menteri besar Selangor yang baru.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menyifatkan masyarakat Melayu menjadi hilang keyakinan dan rendah diri akibat daripada pendirian Putrajaya dalam menangani isu.
Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider, Musa berkata Putrajaya berterusan mengatakan kaum Melayu ketinggalan dan memerlukan bantuan, walhal sudah banyak kejayaan yang berjaya dikecapi.
"Putrajaya beberapa kali mengatakan mereka mensasarkan peningkatan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara kepada 30% pada 2020.
"Tapi, kerajaan tidak mengambil kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila mengatakan pemilikan ekuiti Bumiputera ketika ini adalah 24%. Kita menipu diri sendiri apabila menunding jari kepada kaum Cina. Tiada yang sempurna," kata Musa. Musa yang juga pengerusi untuk Yayasan Ekonomi Islam Dunia semasa ditemui di pejabatnya berkata isu kaum yang sering dimainkan oleh ahli politik memberi imej tidak baik kepada negara.
"Hanya ahli politik bankrap berterusan menggunakan agama dan kaum untuk meraih sokongan.
"Jangan salah anggap pada saya, saya adalah ahli Umno yang setia walaupun saya tidak bercakap seperti ahli Umno yang kebiasaannya," katanya.
Bagi Musa, masyarakat Melayu khususnya tidak boleh lagi mengikut cara pemikiran seperti 50 tahun dahulu, sebaliknya perlu pandang ke hadapan.
"Kita tidak boleh guna lagi cara pemikiran 50 tahun lalu, kita perlu melangkah dan pandang ke depan," katanya.
Menurut Musa, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan bekas perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein bertujuan meningkatkan kehidupan kaum Melayu.
"DEB diperkenalkan untuk tingkatkan masyarakat Melayu di Malaysia dan membuang rasa rendah diri mereka," kata Musa.
Beliau menerangkan, sekarang lebih ramai Melayu berjaya yang dilahirkan dan ketika ini berada dalam kumpulan kelas pertengahan dalam Malaysia.
"Orang Melayu ini boleh berfikir sendiri, secara rasional dan matang," kata Musa.
‘Sejarah, jika tidak diberitahu selepas dua generasi,
akan dilupakan. Satu generasi mewakili tempoh 30 tahun dan kita ada
hanya sembilan tahun untuk memperbetulkannya’
KOTA
KINABALU: Usaha untuk mencapai “Satu Bangsa Malaysia”, di mana rakyat
di seluruh negara berkongsi semangat kesatuan dan saling menghormati
satu sama lain, harus bermula dengan penceritaan dan pengiktirafan
mengenai sejarah sebenar Malaysia dan bagaimana persekutuan ini lahir.
Salah fakta, salah tafsir sejarah serta jahil mengenai Sabah dan
Sarawak di kalangan sebahagian besar rakyat di semenanjung, sudah lama
menjadi halangan besar yang menjadi punca rasa tidak puashati di
kalangan rakyat Malaysia Timur.
“Sejarah, jika tidak diberitahu selepas dua generasi, akan dilupakan.
Satu generasi mewakili tempoh 30 tahun dan kita ada hanya sembilan
tahun untuk memperbetulkannya, untuk memberitahu dan mendokumenkan
sejarah Malaysia yang tepat,” kata Zainal.
Zainal, penceramah pertama di Institut Progresif Analisis Dasar Awam
Sabah (Pippa) dalam forum awam yang akhir pada hari Khamis di Kota
Kinabalu berkata, sudah tiba masanya untuk rakyat Sabah bersuara dan
bercakap tentang hak-hak mereka sebagai ahli persekutuan berdasarkan
fakta dan sejarah sebenar pembentukan negara ini.
Forum bertajuk “Dilema Sabah Dalam Persekutuan Malaysia” adalah
ceramah tiga bahagiandengan empat ahli panel membincangkan topik yang
berbeza.
Pengerusi Star Sabah Jeffrey Kitingan, yang turut menyampaikan
ceramah berkata, Sabah tidak gembira berada dalam persekutuan kerana
wujud jurang yang besar antara apa yang diharapkan apabila mula-mula
negara ini ditubuhkan dan realitinya pada hari ini.
Politik yang bersifat sempurna di luar tetapi
hakikatnya mengamalkan ketidakadilan adalah apa yang sedang dipraktikkan
oleh Pakatan Rakyat.
Oleh Edwin Michael Banyak
yang telah dikupas dan dibicarakan berkaitan krisis perebutan kerusi
Menteri Besar (MB) Selangor ini dan bagaimana demi survival politik,
nepotisme dihalalkan. Malah, apa yang lebih menggerunkan lagi ialah
bagaimana percubaan untuk membunuh karakter Tan Sri Khalid Ibrahim
melalui penerbitan laporan 91 muka surat turut dihalalkan.
Untuk memahami keseluruhan konteks krisis politik pembangkang
daripada sudut sains politik itu sendiri bukannya mudah. Masakan tidak
apabila ada pakar perlembagaan yang gah berbicara bagaimana Wan Azizah
Wan Ismail harus dilantik menjadi MB dan bagaimana peranan Sultan
Selangor harus dihadkan dalam menyelesaikan krisis di Selangor ini
tetapi malangnya pakar perlembagaan itu sendiri gagal untuk takrifkan
terma nepotisme dan kronisme daripada konteks ilmu sains politik. Politik Bikini dan The Blair Witch Project
Pembangkang di Malaysia hanya mempraktikkan politik bikini. Bikini
adalah pakaian dalam yang digunakan oleh wanita untuk menutupi bahagian
sulit mereka dan pada masa sama mendedahkan bahagian tubuh badan yang
lain yang boleh menimbulkan perasaan erotis dan ghairah. Lazimnya,
wanita berbikini selalunya ditonjolkan sebagai simbol seks. Maka, bikini
itu sendiri menjurus kepada satu imaginasi yang bersifat seksual dan
memiliki kebebasan untuk mendedahkan tubuh badan tanpa apa-apa sekatan.
Politik bikini adalah satu pendekatan politik yang mencuba untuk
menutupi persoalan penting yang barangkali sangat bermasalah (umpama
bikini yang menutupi bahagian sulit si pemakai) dan pada masa sama
menonjolkan kepada masyarakat hal yang boleh mencapai kejayaan daripada
sebuah proses pendemokrasian (menonjolkan bahagian tubuh badan lain).
Begitu juga politik pembangkang yang seawal reformasi dahulu
kelihatan amat bersemangat dan idealisme yang subur. Namun kini
reformasinya entah hilang kemana tidak tahu sementara idealismenya pula
sudah mati. Politik bikini pembangkang yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim
sudah tidak relevan lagi apabila demokrasi dilacurkan dan nepotisme
dihalalkan.
Malah, apa yang ditonjolkan oleh pembangkang ini tidak jauh bezanya
dengan rahsia filem dokumentari The Blair Witch Project yang pada
awalnya didakwa sebagai sebuah filem benar dan kemudiannya baru
diketahui bahawa filem berkenaan hanyalah rakaman semata-mata. Segala
gangguan di dalam hutan dilakukan krew filem, malah aspek promosi adalah
pembohongan terbesar dalam filem itu apabila menyatakan rakaman dan
kehilangan pelakon itu benar-benar berlaku.
Walaupun ia hanya sekadar filem, The Blair Witch Project meninggalkan
kesan mendalam kepada penonton dan mencetuskan fenomena dikenali
‘sindrom kepercayaan sebenar’ sehingga menyebabkan ramai penonton
mengunjungi lokasi kejadian. Justeru, The Blair Witch Project digelar
misteri paling menipu dalam sejarah.
Begitulah juga dengan sesetengah individu yang pada awalnya menabur
segala macam janji dan harapan kepada rakyat bahawasanya merekalah yang
terbaik, terunggul dan tiada yang lebih layak selain diri mereka sendiri
untuk membela nasib rakyat hinggalah suatu hari individu ini
mempamerkan sendiri tahap mentaliti politik mereka kepada umum.
Dengan politik bikininya yang berusaha untuk meyakinkan rakyat dan
kemudian menanam ‘sindrom kepercayaan sebenar’ dalam pemikiran rakyat
maka individu ini menganggap bahawa tiada mana-mana kuasa kebal yang
dapat menandingi mereka sedangkan individu ini terlupa bahawa masih
ramai lagi yang sedang memerhatikan tingkah laku dan gerak geri mereka
ini. Roh Merdeka Dan Pakatan Rakyat
Utusan
Melayu (Malaysia) Sdn Bhd telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak
RM11.05 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, berbanding
keuntungan bersih sebanyak RM1.92 juta tahun yang lalu, demikian lapor
The Star.
Laporan itu menyatakan bahawa pendapatan dari syarikat penerbitan yang
dikuasai Umno itu lebih rendah pada RM74.4 juta daripada RM96.1 juta
pada tahun lepas.
Kerugian bersih untuk setengah tahun bagi Utusan
Melayu meningkat kepada RM30.9 juta daripada RM6.9 juta tahun lepas
manakala perolehan jatuh dari RM172.1 juta pada tahun 2013 kepada
RM139.9 juta tahun ini.
Syarikat itu menyatakan bahawa pendapatan bagi penerbitan, pengedaran
dan segemn pengiklanan jatuh sebanyak 22.5 peratus daripada RM20.6 juta -
yang membawa kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM23.6
juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.6 juta pada tahun
lepas .