Sabtu, 30 Ogos 2014

RM1.9b untuk berhentikan pekerja MAS, kos lain?

KUALA LUMPUR: Untuk berhentikan pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sudah memerlukan RM1.9 bilion, apa halnya dengan kos-kos lain.
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya, hari ini.
Baginya, wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

"Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," tulisnya lagi.

Laporan media massa hari ini mengatakan MAS akan mengurangkan kakitangan seramai 6,000 orang sebagai sebahagian daripada langkah penyelamatannya.

Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion.

Bagi beliau, pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia.

Menurutnya, sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002) ia mencadangkan untuk mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan.

Isu MB: PAS Selangor tak kemuka nama ADUNnya kepada Sultan


Post Pic

SHAH ALAM: Walaupun bertebaran khabar angin yang mengatakan PAS Selangor akan menghantar nama beberapa ADUN-nya sebagai calon Menteri Besar, namun perkara tersebut dinafikan oleh Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.
 
Sallehen berkata PAS tidak akan melanggar konsensus yang dicapai melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berhubung jawatan Menteri Besar Selangor.
 
"Tidak.. Tidak (langgar konsensus)," katanya ketika ditanya sama ada PAS akan tetap menghantar nama wakil dari parti itu sekaligus melanggar konsensus yang dicapai sebelum ini.
 
Beliau juga hanya sekadar menjawab 'ya' ketika ditanya adakah PAS akan tetap berpegang dengan dengan pendirian Majlis Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat 17 Ogos lalu di mana parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Manakala usaha media untuk mendapatkan komen daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir dalam program Wacana Kemerdekaan di sini, gagal membuahkan hasil setelah pemberita dimaklumkan bahawa pemimpin berkenaan enggan memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.
 
Sementara itu, pegawai di pejabat Hadi, Mohd Adram Musa hanya memaklumkan bahawa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama  parti berkenaan akan mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat.
 
Selasa lalu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Baginda meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu.

Peringatan Untuk Najib - Lebih Separuh Sentimen Ahli UMNO Sokong Mahathir

Meskipun tindakan Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya merupakan pukulan paling berbisa kepada Najib Razak sepanjang lebih lima tahun pemerintahannya, Perdana Menteri masih lagi memikir-memikir apa langkah yang mahu diambil seterusnya.

Sambil enggan mengulas panjang mengenai beberapa kritikan Mahathir terhadapnya, Najib hanya menyatakan pemimpin UMNO menyokong barisan kepimpinan sedia ada, di samping menghormati Mahathir sebagai seorang negawaran kanan negara. Ia seolah-olah memberi maksud bahawa Najib tidak peduli dengan sebarang teguran selagi pimpinan UMNO bersama dengannya.

Beliau juga belum pasti sama ada akan menemui Mahathir secara peribadi atau tidak, sebaliknya hanya menyatakan tidak menolak kemungkinan akan berbuat demikian.

Tambah Najib lagi, "apa-apa kemungkinan boleh berlaku, tetapi kita anggap ini sebagai masalah dalaman parti dan harap dapat menguruskannya dengan sebaik-sebaiknya".

Reaksi Najib ini muncul setelah beliau dilaporkan memanggil Ketua-Ketua UMNO ke kediamannya untuk mendapatkan sokongan dan sebagai percubaan terus meminggirkan Mahathir yang mula tidak sehaluan dengannya.

Selain beberapa pemimpin kanan UMNO sebelum ini sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib, bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam juga turut bersuara dengan menyatakan Mahathir sebenarnya tidak akan duduk diam sehingga seorang Perdana Menteri yang benar-benar sehaluan atau "klon Mahathir" muncul mentadbir negara ini.

Mengimbas kembali pertelingkahan Mahathir dengan beliau, Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi yang semuanya berakhir dengan penyingkiran, Musa Hitam juga percaya episod Mahathir dengan Najib ini menjurus kepada pengakhiran cerita yang sama.

Bagaimanapun jika Najib memandang ringan teguran Mahathir dengan berbangga sokongan bulat daripada pimpinan UMNO yang diterimanya tidak mungkin menggugat kedudukannya, beliau mungkin silap kali ini. Memang benar, mereka yang bergelar pimpinan utama di peringkat bahagian menyokongnya tetapi sentimen ahli adalah sebaliknya.

Pertukaran Khalid Ibrahim Sebagai MB Cabar Insitusi Diraja - Perkasa

Khalid: Saya pada Rabu akan buat beberapa kenyataan

MAS hukum 6,000 pekerja, kata Anwar

Anwar: Sikap rasmi PAS bertahan dalam Pakatan

Dakwaan nepotisme: Anwar tak mahu layan Nasrudin Tantawi

Rakyat Sokong Keputusan Sultan Selangor - Rahim

Isu MB: Tiada Maklumat, Kata Hadi

Akibat Lihat Sejarah Dengan Mata Yang Juling

No need for DAP, PAS to have same ideology, common stand enough

If Sultan rejected Azizah, it would be FIRST TIME in nation's history

It's Anwar who's Azizah's crony, Rosmah who's Najib's husband -Syed Husin

PAS akan kalah jika pilihan raya diadakan di Selangor - Mat Taib

PAS akan kalah jika pilihan raya diadakan di Selangor - Mat Taib
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berpandangan, PAS akan kalah jika pilihan raya diadakan semula di negeri Selangor lebih-lebih lagi jika ia meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang kini Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat berkata, meskipun PR menang, tetapi PAS akan tetap kalah sekurang-kurangnya 10 kerusi kerana pengundi Cina tidak akan menyokong mereka.

Katanya PAS tidak harus 'syok sendiri' dengan memikirkan bahawa mereka boleh berdiri dengan sendiri kerana majoriti yang mereka menangi di negeri Selangor tidaklah tinggi.

"Di Selangor, PAS menang dengan majoriti tidak tinggi. (Oleh itu) PAS elok terus bersama dengan Pakatan Rakyat... ia mesti diteruskan," kata Muhammad dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam pada Sabtu.

Kata beliau, trend undi di Selangor telah difahaminya setelah memegang jawatan sebagai Menteri Besar di negeri itu selama 10 tahun.

Berkenaan desas desus serta pandangan bahawa PAS harus bersama UMNO, Muhammad menasihatkan agar mereka mendengar pesan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat supaya "jangan percaya".

Menurut beliau, UMNO akan hanya memerlukan PAS ketika mereka lemah, dan akan menyingkirkan semula parti itu setelah mereka kembali kukuh.

"Jika UMNO dan PAS bersama, itu cuma sementara. Apabila UMNO dan Barisan Nasional dapat kuasa balik.. katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa," katanya merujuk kepada penyingkiran PAS oleh UMNO pada 1978.

Peruntukan selamatkan MAS sepatutnya diguna manfaatkan rakyat, kata Kadir Jasin

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengatakan wang sebanyak RM6 bilion untuk tujuan menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) lebih baik disalurkan kepada rakyat. Walaupun media arus perdana memuji pelan tersebut yang diumumkan pengurusan aset negara Khazanah Nasional Berhad semalam, Kadir dalam blognya berkata langkah tersebut bukanlah rancangan berkelas dunia. "Kos pampasan memberhentikan mereka adalah sebanyak RM1.9 bilion. Keseluruhan operasi menyelamat MAS daripada menjadi muflis akan menelan belanja RM6 bilion. "Pengurangan bilangan kakitangan bukanlah perkara baru atau cetusan minda kelas dunia," kata Kadir, yang juga bekas ketua pengarang News Straits Times tersebut. Bagi Kadir, wang sebanyak RM6 bilion tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. "Wang sebanyak RM1.9 bilion itu hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis yang menampung lebih 100,000 isi rumah atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang," katanya. Kadir menyifatkan usaha menyelamatkan MAS berulang kali masih akan gagal sekiranya punca utama tidak ditangani dengan baik. "Menyelamatkan MAS berulang kali ibarat menimbus perigi tanpa dasar. Bottomless pit, dalam bahasa Inggeris," katanya. Mengenai cadangan penamatan 6,000 staf MAS, Kadir berkata langkah tersebut pernah dicadangkan semasa MAS diswastakan dahulu, tetapi kerajaan sendiri menolaknya. "Sejak zaman MAS di bawah pemilikan swasta lagi (1994-2002), ia mencadangkan mengurangkan kakitangan seramai antara 5,000 hingga 8,000 orang, tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan. "Sekarang apabila MAS sudah menjadi milik 100% kerajaan (melalui Khazanah) dan secara teorinya sudah 'muflis' ia terpaksa melakukan yang lebih radikal kalau masih mahu diselamatkan," katanya. Khazanah mengumumkan MAS akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000, di samping memindahkan ibu pejabat dan operasi

'Tak waras melabur RM6b dalam syarikat rugi'

DAP Perak membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan suntikan dana RM6 bilion oleh Khazanah ke dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai satu bentuk pelaburan.

"Tiada rakyat Malaysia yang percaya apabila Najib menyifatkan suntikan RM6 bilion itu sebagai satu pelaburan dan bukan langkah menyelamat.

"Kenapa seorang pelabur yang waras mahu melabur dalam syarikat yang sudah kerugian RM4.3 bilion dalam masa tiga tahun lalu," kata ketua biro pembangunan ekonomi DAP, Ching Zhemin dalam kenyataannya.

Menurut Chong, jelas bahawa kerajaan cuba menyelamatkan MAS dan tidak membenarkannya untuk memfailkan kebankrapan seperti yang biasa dilakukan syarikat lain dalam situasi sama.

Beliau turut mengkritik cadangan MAS untuk memudahkan perpindahan kakitangan dan menyemak semula kontrak kakitangannya.

Menurut Chong, tindakan seperti itu, termasuk perlindungan dari segi legislatif ke tas MAS hanya boleh dibuat sekiranya syarikat tersebut memfailkan notis kebankrapan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.

Menurut Chong, MAS masih boleh beroperasi di bawah pengurusan syarikat baru menggunakan nama yang sama sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia membenarkannya berbuat demikian.

Lemah Pengurusan: MAS hukum 6,000 pekerja, kata Anwar

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Malaysia Airlines yang didakwanya “menghukum” 6,000 kakitangan atas kelemahan pengurusan syarikat tersebut.

“Tidakkah anda terfikir tentang masa depan 6,000 keluarga yang terjejas? Bolehkan anda merenung perkara itu buat seketika?

"Adakah itu salah mereka? Adakah mereka malas? Adakah mereka tidak cekap? Salah siapa sebenarnya?

“Kenapa anda perlu hukum orang ini sedangkan orang yang melakukan jenayah (menyebabkan MAS rugi) diberikan pampasan sewajarnya?,” katanya dalam ucapan di Puchong hari ini.

Anwar merujuk kepada langkah penstukturan semula MAS melibatkan pakej RM6 bilion yang diumumkan semalam oleh Khazanah Nasional

Antara lainnya, ia melibatkan pemberhentian 30 peratus pekerja.

Abdul Khalid keluar kenyataan Rabu ini

Abdul Khalid Ibrahim  
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor pada Rabu ini.
"Saya tak boleh komen dan saya hanya akan keluarkan kenyataan mengenainya Rabu ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelak memperoleh nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu daripada pakatan pembangkang.
Abdul Khalid diminta meletak jawatan setelah didakwa kehilangan undi daripada 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk dua daripada Pas.   

Berikutan itu pada Selasa lepas, beliau telah menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepas jawatan tersebut.
Bagaimanapun Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan Menteri Besar baharu dibuat, dengan menitahkan Pas, DAP dan PKR masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya 3 September ini. - Bernama

Umno, Pas ibarat 'Tom and Jerry' - Prof Datuk Mohamad Abu Bakar

 Mohamad Abu Bakar
SHAH ALAM – Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menyifatkan Pas akan tetap disayangi Umno selagi parti itu tidak berkuasa.

Beliau mendakwa Umno akan mengelakkan saingan dengan Pas sekiranya Pas dilihat mampu menggoyahkan kedudukannya.

“Apabila menyebut tentang perhubungan antara Umno dengan Pas sebagai perhubungan antara ‘Tom and Jerry’, nampaknya begini. Sepanjang sejarah antara keduanya, ternyata Umno sayangkan Pas selagi Pas tidak berkuasa.

“Umno sayangkan Pas selagi Pas boleh dijadikan hujah untuk dia berlawanan dengan parti-parti lain. Tapi kalau Pas itu telah membesar mampu menggoyahkan kedudukannya, saingan itu ia akan elak,” katanya ketika sesi soal jawab pada Wacana Kemerdekaan Malaysia: Satu Penilaian Semula dari Perspektif Melayu/Islam, di Unisel hari ini.

Sejarah menuntut merdeka bukan bermula 1946

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu sejarah negara ini banyak yang disembunyikan terutamanya tentang perjuang asal menuntut kemerdekaan.

Berucap pada Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (Unisel) hari ini, beliau berkata perjuangan kemerdekaan perlu diperbetulkan semula untuk pengetahuan generasi akan datang.

"Perjuangan kemerdekaan perlu diperbetulkan, ingat ia bukannya bermula pada tahun 1946 tetapi sejak dari awal lagi.

"Sejarah-sejarah awal perlu kita kaji semula dan kita kena tahu apa yang berlaku sebelum ini, sepertimana perjuangan menentang penjajahan Portugis dan Inggeris di Melaka sewaktu ketika dulu," katanya.

Beliau menekankan nilai kemerdekaan dari perspektif Melayu dan Islam berkata, peranan Islam amat penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

"Di sini peranan perjuangan Islam amat penting dalam menuntut kemerdekaan, ia melibatkan semua tempat dan kedudukan. Ini perlu digali semula dan diperbetulkan, janganlah kita dibohongi dengan sejarah sendiri.

"Kita kena tahu dan jangan lupa sejarah sebenar, kita menghargai mereka yang sebenarnya berjuang tetapi dilupai," ucap beliau.

DAP: Harmoni dalam iklan Merdeka hanya ilusi


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, perjalanan Malaysia untuk mencapai kebebasan, kemakmuran dan harmoni seperti digambarkan dalam iklan sambuta Hari Kemerdekaan adalah masih jauh.

Menurutnya, suasana yang digambarkan dalam iklan tersebut tidak lebih daripada ilusi semata-mata.

"Adakah kita benar-benar bangsa yang bebas merdeka atau adakah kita lalai dan leka dengan ilusi kemerdekaan dan kebebasan yang dijaja oleh media tradisional arus perdana yang dikawal oleh kerajaan?," soalnya.

Dalam kenyataannya, Lim menarik perhatian kepada perbincangan di Twitter mengenai mesej dalam iklan sambutan tersebut.

Perbincangan dengan topik “#IfMerdekaAdsWereReal (Jika iklan Merdeka itu benar) antara lainnya membangkitkan kekecewaan pengguna laman sosial tersebut ke atas ilusi yang digambarkan dalam iklan sedemikian.

"Iklan ini cuba menampilkan kehidupan yang seakan-akan sebuah lakonan, sedangkan rakyat Malaysia tetap hidup dalam ketakutan dan rasa saling tidak senang antara satu sama lain.

Dasar pecah, perintah

"Ia disebabkan perbezaan warna kulit, serta toleransi dan kesefahaman silang budaya yang rendah.

PAS mahu ketuanan Melayu, Umno mahu hak istimewa, kata Pemuda PAS

Pemuda PAS hari ini menggariskan lima perkara yang menjadi pertembungan ideologi terbesar di antara parti Islam itu dengan Umno sejak zaman menuntut kemerdekaan lagi. Satu daripadanya ialah di antara mempertahankan hak ketuanan Melayu yang diperjuangkan PAS dan hak keistimewaan orang Melayu yang dituntut Umno, yang disifatkan Exco Pemuda PAS Dr Fadli Ghani sebagai "banyak merugikan orang Melayu". "PAS berkeras Melayu mesti ditegaskan hak ketuanannya, tetapi Umno berkata hak istimewa," kata beliau, sambil memberikan perbandingan sebuah rumah.  "Kalau rumah ini rumah kita, tuan mempunyai hak atas rumah. Tetamu hanya dapat hak istimewa tempat yang tuan rumah berikan. Hak istimewa bererti mengecilkan dan menghina orang Melayu," katanya dalam Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini. Perkara kedua, kata Fadli, ialah tentang Islam sebagai agama rasmi. Katanya, PAS sentiasa mahu Islam dijadikan agama rasmi negara, bukan seperti Umno yang menjadikan Islam agama Persekutuan. Katanya, apabila Islam disebut sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan, maka ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara sekular. "PAS berpegang Islam mesti menjadi agama rasmi supaya Islam boleh ditegakkan secara adil. "Umno berpegang Islam menjadi agama Persekutuan dengan maksud negara ini berpegang kepada keduniaan atau negara sekular," katanya. Berkenaan merdeka, Fadli berkata PAS dari dahulu mahu kemerdekaan yang dikecapi negara dinikmati sepenuhnya dan bukan dari aspek politik semata-mata. Katanya, apa yang dihajati Umno hanyalah mengadakan sebuah kerajaan sendiri walaupun ekonomi negara masih ditadbir penjajah. "PAS bercakap sejak awal, kemerdekaan itu mesti kemerdekaan yang penuh, bukan dari segi politik sahaja, tetapi dari segi ekonomi dan agama. "Sedangkan Umno bercakap soal berkerajaan sendiri. Maknanya, yang penting boleh jadi kerajaan, walaupun British kawal ladang dan lombong tidak menjadi masalah. "Yang penting mereka boleh jadi perdana menteri dan memerintah," katanya.

Pas hayatilah pandangan Muhamad Taib

MSO

Muhammad Mohd Taib
Peringatan diberikan oleh bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib kepada Pas agar tidak terlalu syok sendiri dengan seruan Allahuakbar, tetapi dalam masa sama tidak mengambil kira kerjasama dengan Pakatan Rakyat hendak diberi perhatian serius semua pihak. Terutamanya golongan merasakan diri mereka kuat pegangan agama dalam Pas, perlu mengakji dan membuat semakan akan kebenaran pandangan itu.

Muhammad yang juga kini merupakan Penolong Ketua Penerangan Pas, membayangkan parti agama itu akan hilang kerusi dimilikinya di Selangor kini kalau ia meninggalkan Pakatan Rakyat. Beliau meramalkan 10 kerusi Pas akan melayang.

Satu hakikat perlu disedari kuasa undi bukan Melayu di 15 kerusi dimiliki Pas kini adalah antara 18% hingga 64%. Bayangkan kalau hanya 20% sahaja undi itu hilang menyebabkan Pas akan kalah di semua kerusi bereknaan.

Pandangan dan peringatan Muhammad itu berasaskan kepada fakta dan sejarah. Sebagai MB Selangor selama 20 tahun beliau tahu mengenai aliran pengundian di Selangor terutamanya dari kalangan pengundi bukan Melayu.

Apa yang dicapai oleh Pas Selangor hari ini adalah terbaik dan rekod, ia sesuatu yang perlu dipertahankan. Dalam hal ini pegangan politik cetek puak-puak juz amma tidak patut menjadi pegangan benar parti berkenaan kerana ia bakal memecilkan Pas dari arus politik demokrasi. Lainlah kalau Pas sekrang ini sdedang menuju ke arah ketirusan itu.

Mungkin golongan agama dalam Pas, terutamanya golongan ustaz "juz amma", tidak merasa penting peringatan Muhammad itu. Bagi mereka yang berpegang kepada pemahaman, kemenangan bukan bererti memiliki kerusi (kuasa) perlu insaf. Pendirian dan pegangan mereka "kemenangan" adalah mempertahankan kebenaran agama, sebenarnya tidak relevan selagi mereka ikut sama berlawan dalam politik menyertai pilihan raya.

Kurangkan kakitangan, mampukah MAS hadapi dasar langit terbuka 2015 - Tan Sri Abd Aziz

Abdul Aziz Abdul Rahman
Hasrat negara untuk melihat Malaysia Airline System Berhad (MAS) terbang tinggi masih lagi kabur dengan pelan pemulihan yang dicadangkan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Ini kerana pelan pemulihan MAS yang diumumkan sekadar mahu memastikan syarikat penerbangan itu kembali untung dalam saiznya yang dikecilkan.
Tetapi, pada masa sama Khazanah tidak melihat kepada polisi langit terbuka yang bakal dilaksanakan tahun depan.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelan pemulihan tanpa melihat kepada polisi langit terbuka tidak akan memberi makna apa-apa kepada syarikat penerbangan negara itu.
Sebaliknya, dengan pelaksanaan dasar langit terbuka yang tinggal beberapa bulan, beliau menjangkakan pelan pemulihan itu akan gagal lebih awal lagi.
"Banyak negara kini bersiap sedia untuk melaksanakan dasar langit terbuka, yang mana negara-negara ASEAN boleh meningkatkan kekerapan penerbangan, membuka laluan baru dan membolehkan syarikat penerbangan menentukan harga tambang mengikut pasan tanpa perlu kelulusan pihak berkuasa penerbangan.
"Ketika banyak negara meningkatkan kapasiti syarikat penerbangan masing-masing, MAS pulak mahu mengecilkan syarikat, mengurangkan laluan, mengurangkan kakitangan.

Pelan kitar semula MAS, tutup yang buruk sahaja - Pengerusi PAC

Pelan penstrukturan semula Malaysia Airline System Berhad (MAS) melibatkan kos sebanyak RM6 bilion yang diumumkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) semalam bukan sesuatu yang baru, sebaliknya ia adalah pelan yang pernah dilakukan semasa Datuk Seri Idris Jala.
Yang berbeza hanyalah sekarang Khazanah mahu menggunakan Rang Undang-Undang bagi melindungi MAS.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pelan pemulihan yang pernah dilakukan pada 2005 itu ternyata tidak membantu mengeluarkan MAS daripada masalah kewangan, justeru timbul tandatanya mengapa ia dikitar semula.
Cadangan penstrukturan oleh Khazanah itu dipersoalkan kerana ia lebih menjurus kepada kewangan MAS berbanding pelan masa depan perniagaan syarikat penerbangan itu.
Menurut beliau, cadangan-cadangan yang diumumkan oleh Khazanah untuk mewujudkan MAS baru, menjadikan MAS sebuah syarikat swasta, mengurangkan kakitangan dan laluan bukan satu jaminan untuk pemulihan syarikat penerbangan itu untuk jangka panjang.
Tetapi, ia sekadar mahu memperlihatkan akaun kewangan MAS 'lebih cantik', itu sahaja.
"Sebab itu, cadangan yang dibuat oleh Khazanah lebih memberi tumpuan kepada suntikan dana dan menetapkan tempoh tiga tahun untuk mendapat balik semula modal.
"Tetapi wajarkah jika hanya kos sahaja yang nampak 'cantik' tetapi tidak kepada operasi perniagaan MAS.
"Cadangan seumpama ini lebih condong memberi kelebihan kepada Khazanah, bukan kelangsungan MAS jangka panjang dalam industri penerbangan," katanya kepada Malaysia Gazette.
Nur Jazlan juga mempersoalkan, jika MAS baru diwujudkan apakah yang terjadi dengan liabiliti MAS lama, adakah ia turut 'dikendong' ke dalam MAS baru atau dilenyapkan terus.
"Kalau dilenyapkan terus, ia sama seperti program pajakan pesawat kepada Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) melalui projek Widespread Assets Unbundling (WAU) pada tahun 2002.
"Dulu nak nampak imbangan kira-kira MAS 'cantik', wujudkan WAU. Tapi tak berkesan lama pun dan inilah warisan masalah lama MAS. Tutup yang buruk, buka yang baru, penghujungnya tetap sama.

Surat terbuka kepada Zul Sulong pulak..!!


IMG_7595


 * Tulisan ini sebagai respons terhadap surat panjang Zul Sulong kepada saudara Lim Kit Siang

Saudara Zulkifli Sulong,

Izinkan saya menyebut saudara sebagai “saudara”, sesuai dengan kebiasaan parti yang saya anggotai.
Setelah membaca surat panjang saudara kepada Lim Kit Siang dan membandingkannya dengan surat panjang kepada Tuan Guru Nik Aziz, nada surat terbaru ini membuatkan saya mengesyaki bahawa ia bukan ditulis oleh saudara sendiri. Bagaimanapun, memandangkan memang nama saudara yang dibubuh di situ sebagai pengarang, saya terima saja seadanya.
Ada beberapa hal yang sangat mengganggu tentang surat saudara itu.
Perenggan awal surat saudara membuatkan saya tersenyum. Memang hampir mustahil untuk orang Melayu memanggil tokoh yang sehebat dan seusia Kit Siang dengan “saudara”. Memang itulah dilema orang, terutama ahli-ahli DAP yang Melayu, berdepan dengan pembawaan DAP dan para pemimpinnya yang serba sederhana.
Bagaimanapun perenggan-perenggan seterusnya mengejutkan saya. Menurut saya, banyak perkara dalam surat itu, maaf kalau di sini agak kasar, adalah karut-marut. Lebih mengejutkan, ada kebiadaban yang ditunjukkan oleh saudara dalam surat itu – biadab menurut ukuran seorang yang pada awal suratnya teragak-agak untuk berbahasa “saudara” dengan Kit Siang.
Saudara Zul,
Saya ingin sentuh beberapa hal lain dulu sebelum menjelaskan pada bahagian mana surat itu boleh dianggap biadab.
Pertama, dan yang paling utama, saudara melihat prinsip mencadangkan hanya satu nama dalam konteks “Pakatan menentang istana”. Ini sesuatu yang amat membingungkan.
Tidak mungkin ‘orang lama’ seperti saudara tidak faham bahawa keputusan untuk tetap mencadangkan hanya satu nama itu berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan dan untuk mempertahankan sistem itu.
Bukankah, secara ringkas, sistem yang kita pakai sekarang begini:
- Rakyat memilih parti politik dalam pilihanraya, bererti parti politik diberi kepercayaan oleh rakyat untuk membuat keputusan bagi pihak mereka;
- seterusnya parti yang dipilih membentuk kerajaan dan memilih ketua kerajaan yang diyakini oleh majoriti wakil rakyat; dan
- Sultan memperkenankan nama ketua kerajaan yang dicadangkan oleh majoriti wakil rakyat kerana nama itu boleh dianggap sebagai cadangan daripada rakyat.
Saya bukan pakar perlembagaan, tetapi pada masa yang sama peruntukan perlembagaan tentang perkara yang berkaitan tidaklah pula terlalu rumit.
Dalam soal mengemukakan nama, menurut perlembagaan, nama yang dicadangkan mesti mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan, maka kalau Pakatan mengemukakan dua nama, yang satu paling mendapat kepercayaan majoriti dan yang kedua kurang mendapat kepercayaan, tidakkah langkah ini boleh dianggap mempersendakan Sultan?
Tidak rumit juga untuk difahami bahawa nama yang mendapat kepercayaan majoriti sekarang adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kedua, saudara membuat tuduhan berat bahawa “Tindakan DAP kebelakangan ini seolah-olah memaksa PAS pergi bekerjasama dengan Umno.”

Isu MB: Hadi hanya kata 'tiada maklumat'

Hadi Awang 
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menjawab 'tiada maklumat' ketika ditanya media berhubung krisis menteri besar di negeri ini.

Beliau juga enggan mengulas lanjut dan menolak untuk ditemui media selepas memberi ucapan khas kemerdekaan pada wacana kemerdekaan di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor (Unisel), di sini.

Menurut pegawai Pejabat Presiden Pas, Mohd Adram Musa, Abdul Hadi akan bermesyuarat bagi membincangkan isu semasa dalam masa terdekat.

Beliau tidak menolak soal PRK Pengkalan Kubor akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Syura Ulama.

"Beliau akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk bincang hal semasa.

"(Berkaitan jawatan menteri besar?) Tak semestinya. (PRK Pengkalan Kubor?) Itu tidak dinafikan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

PAS jangan syok sendiri, 10 kerusi DUN hilang jika tinggalkan Pakatan, kata Mat Taib

Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor. Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. "PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.
 "Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini. PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PAS juga yang salah dalam kemelut MB?

DINSMAN 
BANYAK yang kita boleh perhatikan perangai dan tingkah laku manusia, dan banyak yang kita boleh pelajari darinya, sewaktu berlakunya krisis dan kemelut perebutan dan permainan kuasa untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang masih belum berakhir hingga ke hari ini.

Sultan sudahpun bertitah pada 26 Ogos, mahu setiap parti dalam Pakatan Rakyat hantar dua nama sebagai calon masing-masing untuk memudahkan dia membuat pilihan siapa yang paling layak. Tak tahulah selepas ini bagaimanakah pula selanjutnya perkembangan kemelut tersebut.

Yang pastinya, seperti saya kata di atas, banyak perkara menarik mengenai perangai dan tingkah laku manusia boleh kita perhatikan dan ambil pelajaran. Yang selama ini tersembunyi pun kini jadi terserlah dan terdedah. Yang selama ini kabur dan kelabu pun kini jadi jelas dan terang.

Dari sudut itu, ada kebaikan jugalah krisis dan kemelut tersebut. Orang yang selama ini kita anggap kita sudah kenal dia rupa-rupanya tidak demikian. Rupa-rupanya dia tidaklah seperti yang kita anggap kita kenal itu. Rupa-rupanya watak dan peribadi dia berbeza sama sekali. Tak disangka-sangka pula.

Demikianlah, bukan sahaja di kalangan tokoh-tokoh pemimpin yang terlibat dalam kemelut itu, tetapi di kalangan yang bukan pemimpin juga, khasnya penyokong-penyokong pihak-pihak yang terlibat itu.

Dan entah macam mana PAS pula yang menjadi sasaran kepada agak ramai juga orang. Dituduh nak mengkhianati kawanlah, dituduh berfikiran mundur dan ketinggalan zamanlah, dituduh sanggup membelakangi nilai-nilai mulia agama kerana inginkan nikmat kuasalah, dan macam-macam.

Dalam PAS pun tak terkecuali juga apa yang saya sebut di atas itu. Ada perangai-perangai dan sikap-sikap yang tak elok pun sudah jadi terdedah, itu memang ada. Alhamdulillah, dapatlah kita cepat mengenali wajah dan hati mereka yang sebenar. Bolehlah kita perbaiki keadaan.

Tetapi selain itu saya melihat PAS tiba-tiba macam menjadi kambing hitam tempat orang mencampakkan kesalahan. Dan orang seperti terlupa bagaimana boleh terjadinya krisis dan kemelut itu. Apakah ia suatu proses biasa dari dinamika politik baru yang tak dapat dielakkan, ataupun ia sesuatu yang terjadi secara sengaja hasil suatu perancangan pihak tertentu yang kemudiannya tidak dapat mengawal keadaan seperti yang sepatutnya?

Yang jelasnya PAS tidak terlibat pun di peringkat awalnya. Ia adalah masalah dalaman pihak Parti Keadilan Rakyat. Mereka mencipta apa yang mereka namakan "Langkah Kajang” itu untuk mengatasi masalah tersebut. Mereka libatkan rakyat pengundi di kawasan Kajang dan beberapa pihak lagi, yang mahu tak mahu terpaksa terlibat apabila Adun Kajang yang dulu itu meletak jawatan dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

Calon MB: PAS Selangor serah penuh kepada Pusat

SHAH ALAM: PAS Selangor menyerahkan kepada PAS Pusat dalam menentukan keputusan mengenai calon menteri besar negeri itu.
Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehan Mukhyi ketika ditanya mengenai isu tersebut memberitahu ia diserahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat.

"PAS Selangor memberikan PAS Pusat untuk membuat keputusan mengenai isu menteri besar.

"Kita tunggu apa yang akan diberitahu," katanya yang juga Exco kerajaan negeri dan juga Adun Sabak selepas program Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (Unisel) sebentar tadi.

Sebelum ini, Istana Selangor menghantar surat kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berhubung pelantikan mentri besar yang baharu.

Surat tersebut meminta agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selewat-lewatnya 3 September ini.

Abdul Khalid tolak kerjasama Umno@BN untuk kekal kerusi MB

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSHAH ALAM, 30 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan membuat rundingan kerjasama dengan Umno bagi membantu beliau mengekalkan kedudukan sebagai orang nombor satu di negeri itu.
Menurut sumber yang memetik laporan Malay Mail, difahamkan Umno sebelum ini menjemput Abdul Khalid untuk menyertai mereka pada kemuncak krisis panjang kerusi jawatan itu sebulan lalu.
“Itu bukan cara beliau,” kata seorang pegawai dari pejabat Abdul Khalid.
Sumber yang rapat dengan Abdul Khalid turut memaklumkan Umno memerlukan Abdul Khalid kerana kepakaran beliau dalam dunia korporat sebagai bekas Pegawai Eksekutif Guthrie Bhd.
Abdul Khalid sebelum ini dipecat dari PKR dan akhirnya mengumumkan perletakkan jawatannya pada Selasa lalu.
Malay Mail difahamkan bahawa Umno menawarkan untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan bekerjasama dengan Pas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Selangor bagaimanapun tidak mahu mengulas perkara itu.
Satu sumber yang rapat dengan Abdul Khalid juga menyifatkan beliau seorang yang tegas dan berusaha menjalankan pentadbirannya yang bersih.

Pandangan bekas Peguam Negara dalam isu MB Selangor

Bekas Peguam Negara dan mantan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman berpandangan  bahawa Sidang Dewan Undangan Negeri tidak boleh secara mutlak menamakan seorang Menteri Besar Selangor kerana pelantikan itu adalah mengikut budi bicara Sultan Selangor.

Talib berkata Artikel 53 (2) (a) perlembagaan Selangor dan dibaca bersama dengan Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan prosedur akan pelantikan seorang Menteri Besar Selangor.

Jadual itu menyatakan bahawa Sultan hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan majlis eksekutif ahli dewan undangan, yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu.

"Pelantikan Menteri Besar adalah mengikut budi bicara Sultan tetapi ia perlu dilakukan secara bijaksana."

Talib berkata memilih pemimpin di dalam Dewan Undangan Negeri yang menikmati sokongan majoriti tidak dapat menyelesaikan masalah semasa.

Dua puluh sembilan wakil rakyat, termasuk dua dari PAS, pada 14 Ogos menandatangani akuan berkanun yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah.

PAS pada mesyuarat jawatankuasa pusat 17 Ogos mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR dan wakil Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebagai pilihan kedua.

Patutkah Lim Kit Siang jadi pendamai di antara PAS dan PKR?


Post Pic

Oleh Abdul Rahman Malik
[BAHAGIAN 1]
Ada pihak berpendapat bahawa kemelut Menteri Besar Selangor akan menjurus kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara PAS dan PKR.
 
PKR dilihat mula  mengambil langkah “menyerang” apabila berjaya memujuk dua Adun PAS – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin – mengemukakan perakuan bersumpah hilang kepercayaan pada kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 
 
Bagi PKR tindakannya adalah sah dan halal di segi moral kerana sebagai pihak yang diberi amanah menentukan siapakah dari partinya yang harus menerajui Selangor, ia juga seharusnya ada hak menurunkan Khalid daripada kerusi berkenaan. 
 
Namun Khalid berdegil tidak mahu melepaskan jawatan. Sebaliknya, PAS pula cuba “menyelamatkan” Khalid menerusi resolusi Dewan Syura Ulamanya mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar kerana percaya beliau amanah dan tidak terpalit sebarang skandal. 
 
Bagi PKR ini adalah petanda PAS mencabar kebijaksanaannya menentukan siapakah di kalangan ahlinya yang patut dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
 
Apabila Sultan Selangor dilihat  percaya pada laporan Khalid bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (kerana sokongan PAS itu), PKR mula “naik angina”. 
 
Ia berasa terpanggil membuktikan mempunyai sebab munasabah mahu menggantikan Khalid. Maka dikirimkan kepada pimpinan PAS dalil beberapa tindakan Khalid yang mendorong PKR tidak mahu beliau meneruskan khidmat Menteri Besar. 
 
Namun PAS tidak peduli hujah PKR itu. Malah ia menokok kekecewaan PKR dengan menyatakan bahawa PAS hanya akan mengubah pendirian jika Khalid disabitkan kesalahan di mahkamah.
 
PKR pujuk dua ADUN PAS sokong Azizah
 
Sementara itu, Khalid pun menyambar peluang mengukuhkan kedudukannya hasil “mandat” baru yang diterima daripada Sultan dan sokongan padu daripada PAS. Lima exco dari DAP dan PKR beliau pecat sementara seorang lagi  (Rodziah Ismail )meletak jawatan.
 
PKR berasa cukup tercabar. Ia pun memecat Khalid dari parti kerana engkar arahan untuk mengosongkan kerusi Menteri Besar. 
 
Pun begitu PAS tidak lemah semangat. Ia mempertegaskan bahawa empat exconya akan terus menyokong Khalid mentadbir Selangor. 
 
Maka PKR pun berusaha, dan mendapat sokongan Saari Sungib (Adun PAS Hulu Kelang) dan Hasnol Baharuddin (Adun PAS Morib) menandatangani perakuan bersumpah tidak mahu Khalid jadi Menteri Besar lagi. 
 
Ada ubi ada batas. Maka PAS dikhabarkan berusaha membalas “kecurangan PKR memingit” Adun-adunnya dengan rancangan mahu memujuk beberapa Adun PKR pula “berhijrah” menyokongnya menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. 

Calon MB: Ini keputusan terakhir Pas - Mustafa

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa partinya tidak akan mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat atau memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk membincangkan calon Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata, keputusan untuk menyerahkan dua nama kepada Sultan Selangor merupakan keputusan terakhir Pas.
"Isu calon daripada Pas sudah berakhir, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, mesyuarat Pakatan Rakyat atau mesyuarat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan diadakan," katanya kepada China Press.
Mustafa berkata, keadaan itu bermakna calon Menteri Besar Selangor daripada Pas akan berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 17 Ogos lalu.
Keadaan itu juga bermakna Pas akan menyerah dua nama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali untuk perkenan Sultan Selangor.
Mustafa pada masa yang sama menolak spekulasi mengenai calon ketiga daripada Pas tetapi menegaskan hanya terdapat dua nama akan diserahkan.
Menurutnya, pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar meminta Pas untuk serah satu nama sahaja kepada Sultan Selangor.
"Kita sudah menghormati semangat Pakatan Rakyat dengan memperakui bahawa Menteri Besar Selangor harus dijawat oleh wakil PKR. Kami tidak mencalonkan orang dari Pas.
"Kita bagaimanapun berharap PKR tidak campur tangan dalam keputusan Pas," katanya.
Kata Mustafa lagi, Pas dijangka menyerah dua nama untuk perkenan Sultan selepas sambutan kemerdekaan iaitu pada 1 atau 2 September.

'Adakah nepotisme bukan lagi isu hari ini?' kata MP Temerloh

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan  
SHAH ALAM - Setelah memuatnaik status berkaitan isu wanita dan jawatan menteri besar semalam, AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan terus 'menyerang' bersabit isu nepotisme pula.

Menerusi status Facebook yang dimuatnaik lewat malam tadi, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyentuh tentang isu berkenaan sambil merujuk kepada insiden membabitkan menantu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau.

"Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. Pas Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?," tulis beliau.

Menulis lanjut, Nasrudin seolah-olah mempersoalkan bagaimana Pas berhadapan isu nepotisme yang sebelum ini juga pernah membelit parti itu.

"... atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain?

"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu. Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini," luah beliau.

Semalam, Nasrudin yang dilihat seolah-olah menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi status Facebooknya berkata, status itu dimuatnaik bukan untuk mencetus kontroversi dengan mana-mana pihak.

Sidang tergempar DUN Selangor boleh selesai krisis MB, kata bekas hakim

Kebuntuan krisis menteri besar (MB) Selangor boleh diselesaikan jika sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan bagi menentukan siapa mempunyai sokongan majoriti wakil rakyat menerajui kerajaan negeri, kata seorang hakim bersara. Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh menasihati Sultan untuk mengadakan sidang tergempar itu. "Selain itu, wakil rakyat juga boleh membuat petisyen untuk Speaker memanggil sidang tergempar, dan Speaker kemudiannya boleh mengadap Sultan bagi tujuan itu, " katanya Kadir, yang juga bekas anggota Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, berkata agenda pertama nanti ialah undi tidak percaya terhadap Khalid. "Jika Khalid dikalahkan, Dewan boleh teruskan dengan undian bagi menentukan siapa di kalangan wakil rakyat mempunyai keyakinan rakan mereka untuk menjadi bakal menteri besar," katanya. Kadir berkata sidang DUN adalah forum sesuai memutuskan perkara itu, walaupun pada 2010 dalam kes Nizar lwn Zambry, Mahkamah Persekutuan memutuskan ukuran keyakinan terhadap bakal MB boleh juga ditentukan di luar Dewan. "Khalid kemudian boleh menyampaikan keputusan sidang Dewan kepada Sultan untuk melantik penggantinya," Kadir memberitahu The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian mengulas tempoh seminggu diberi Sultan kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama mengisi jawatan MB. Peguam perlembagaan Syahredzan Johan (gambar, kiri) berkata cadangan Kadir boleh dilaksanakan, tetapi pada masa ini yang terbaik ialah menentukan dahulu tindakan susulan DAP, PAS dan PKR berkenaan titah Sultan. Syahredzan berkata proses budi bicara Sultan akan lebih mudah sekiranya ketiga-tiga parti menamakan calon sama.

Bukan mudah ubah ideologi, tapi Pas yakin - TGNA

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia pada masa kini menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

Menurut beliau, perkara itu sekali gus menolak Islam selaku cara hidup yang syumul dan lengkap.

"Dunia moden menyaksikan hampir tiada manusia yang diperhambakan secara fizikal namun wujud perhambaan dalam bentuk ideologi.

"Manusia menganut idelogi dan fahaman yang direka-reka sendiri oleh orang-orang terdahulu.

"Lalu datanglah perhambaan dengan nama baru iaitu komunis, sosialis, sekular dan sebagainya. Hakikatnya, inilah perhambaan yang lebih teruk dalam kehidupan manusia," katanya yang dipetik melalui perutusan merdeka.

Jelasnya, perkara itu menjadi asas perjuangan Pas untuk memperkenalkan manhaj pentadbiran mengikut acuan Islam.

"Agar masyarakat dapat dibebaskan sepenuhnya dari belenggu perhambaan moden yang datang dalam bentuk ideologi ini.

"Meskipun kelihatan sukar dan payah untuk mencapai matlamat yang suci ini, namun kita optimis.

"Sampai masanya, masyarakat Malaysia keseluruhannya akan menerima Islam sebagai syariat yang mentadbir bukannya ditadbir," ujar beliau lagi.

Pejabat PM BN nafi pendakwaan terpilih guna Akta Hasutan

Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa kerajaan menjalankan pendakwaan terpilih dengan menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa barisan pemimpin Pakatan Rakyat.

'Sebarang pertuduhan mengikut Akta Hasutan ditangani oleh mahkamah. Badan kehakiman Malaysia adalah bebas, seperti yang boleh dilihat dalam keputusan ke atas banyak kes sebelum ini,” kenyataan itu dipetik.

Ia turut menggariskan hasrat kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan menjelang penghujung 2015.

“Sehingga undang-undang baru ini berkuatkuasa, kes sedia ada perlu dibicarakan bawah undang-undang sedia ada.”

Pada minggu ini sahaja, sekurang-kurangnya empat orang pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mengikut Akta Hasutan.

'Nepotisme hanya untuk menantu Nik Aziz?' - soal Nasrudin Tantawi

Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan meneruskan kritikannya atas amalan nepotisme, yang kini menjmenjadi tumpuan dalam isu pencalonan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya di Facebook, MP Temerloh itu mempersoalkan sikap PAS dalam menangani isu tersebut pada masa ini, memandangkan parti Islam tersebut pernah terpalit dengan masalah sama pada 2009.

Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman terpaksa berundur selepas pelantikan ke jawatan berkenaan mencetus kontroversi.

“Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?

“Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu (Nik Aziz), tidak kepada yang lain?,” soalnya dalam tulisan di Facebook.

Dengan sinis, beliau seterusnya menyatakan bahawa PAS sepatutnya sudah boleh menerima amalan nepotisme ketika parti Islam tersebut menghadapi isu pelantikan Ariffahmi.

Sistem pecah-dan-perintah British masih ada hari ini, kata Kit Siang

Malaysia masih belum bersatu kerana ia masih mengamalkan sistem pecah-belah yang diteruskan dari zaman penjajah dulu, kata Lim Kit Siang dalam perutusan Hari Merdeka hari ini. "Sistem pecah-dan-perintah zaman British masih diteruskan hari ini. Kita masih berpecah-belah dan jauh sekali dari bersatu-padu," kata Lim sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara ke-57 esok. "Kita masih menggunapakai undang-undang zalim diwarisi dari British yang menafikan hak bersuara dan lain-lain kebebasan bawah sistem demokrasi seperti Akta Hasutan dan akta lain yang menindas rakyat, seperti yang kita lihat dalam pendakwaan terpilih dan berniat jahat yang dikenakan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat dalam masa 10 hari lepas."

Islamis mesti patriotik


islamis patriot


oleh: Wan Salman Wan

Salam

Muslim yang berpegang dengan prinsip dan bergerak progresif amnya yakin bahawa prinsip asas dalam Islam menjadikan Islam itu agama yang praktikal kerana keanjalan pentafsiran amalan dalam bidang tertentu yang mementingkan pemahaman realiti, keperluan (maslahah) dan kerosakan (mafsadah), selain mengambil kira tujuan tertinggi (maqasid) syariah.
Hal ini sangat ketara terutamanya dalam politik. Selepas zaman pemimpin-pemimpin Al-Rasyidin, corak politik dan pemerintahan mula berubah kepada monarki. Meneliti penerimaan politik zaman sekarang pula, gerakan Islam seluruh dunia yang progresif bergiat aktif dalam kerangka demokrasi dengan menyertai pilihanraya di negara masing-masing, sebagai contoh Parti Keadilan Sejahtera di Indonesia dan Ennahda di Tunisia.
Namun, merenung ke peringkat akar umbi, adakah para Islamis pengikut tegar usrah, tarbiah, dan dakwah jujur dengan pemahaman kerangka negara dan bangsa semasa dalam ertikata terlibat menjadi rakyat Malaysia yang benar-benar menzahirkan cinta terhadap negara?
Atau lebih mudah, banggakah Islamis menjadi rakyat Malaysia? Adakah Islamis berani mengaku mempunyai semangat patriotik dengan ikhlas?
Saya tidak semestinya bersetuju dengan semua gagasan Faisal Tehrani. Namun, memetik daripada karyanya, Bagaimana Anyss Naik ke Langit, dalam dialog Mustaqim bersama ibunya, Profesor Anyss, saya kira ada sudut pandang yang boleh dipakai oleh Islamis untuk bermuhasabah:
“Mengapa orang kita rasa menolong Palestin lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?”
Tidak, saya tidak menafikan, malah memuji usaha Malaysia, terutamanya daripada badan bukan kerajaan seperti Humanitarian Care Malaysia (dahulu Aqsa Syarif Berhad), dalam sumbangannya yang amat membanggakan dari segi kewangan dan kesedaran sivil untuk membantu golongan tertindas di Palestin.
Apa yang cuba diutarakan di sini ialah sejauh mana kita sedar di mana Islamis berpijak sekarang kerana hal inilah yang seterusnya mampu merungkai sama ada Islamis itu ikhlas menjadi rakyat dan ikut serta membina negara yang lebih baik atau tidak.
Bagi mendalami hal kesetiaan terhadap negara ini, kita boleh mengamati ayat-ayat suci Al-Quran (60:1-9). Berdasarkan bahagian pertama surah ini, dinyatakan, “Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat dengan cara kamu menyampaikan (rahsia orang mukmin) disebabkan hubungan kasih mesra kamu dengan mereka; mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran…”. Ayat ini seolah-olah memberi legitimasi kepada Muslim untuk menghindari dan menghalang segala bentuk kerjasama dengan orang ‘kafir’ yang ‘diragui’.

Berperananlah, buktikan cinta sebagai warga Malaysia

Oleh Marhaini Kamaruddin
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Negara tahun ini memang lain daripada tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan 57 tahun lalu, getarnya, perasaan terujanya, paling dekat dan hampir sama dengan saat menunggu pengisytiharan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka.

Tragedi demi tragedi yang menimpa negara dalam tahun ini, yang sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlaku kepada Malaysia, membuatkan ramai dalam kalangan kita yang bagaikan tersentak dan tiba-tiba bersemangat untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara. Bagai disukat-sukat, angka 57 yang cukup sinonim dengan tahun kemerdekaan negara menjadi angka ulang tahun yang akan dikenang dan terakam di dalam lipatan sejarah sebagai tahun yang menyaksikan kita `kehilangan' sejumlah warga sekelip mata.
Hilang dalam tragedi misteri MH370 dan hilang dalam nahas MH17 yang menjadi korban sengketa geopolitik.
Belum lama, baharu tahun lalu, kita menangisi gugurnya 10 perwira negara yang menggadai nyawa bersama ramai lagi yang tercedera mempertahankan bumi pertiwi daripada pencerobohan musuh dalam insiden Lahad Datu di Sabah, Malaysia diuji lagi, kali ini dengan tragedi yang berlaku di luar kawalan kita.
Tidak ada ketumbukan tentera yang boleh dihantar untuk menghalang insiden itu. Bahkan jika hendak dihantar pun kita tidak tahu ke mana. Siapa yang hendak diperangi, kita tidak tahu. Sehingga kini, tragedi yang berlaku itu pun masih misteri.
Kenapa Malaysia Airlines (MAS) menjadi sasaran? Sekali hilang dan sekali lagi terhempas ditembak dengan peluru berpandu. Malaysia bukan terletak dalam zon perang dan kita pun bukan berperang dengan sesiapa.
Namun itulah hakikat yang perlu diterima. Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, konflik yang berlaku di suatu tempat bukan lagi masalah di tempat itu sahaja. Sengketa di satu ceruk rantau, kesannya boleh dirasai oleh rantau dan benua lain juga.

POLIS AKAN TANGKAP ANGGOTA PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) PULAU PINANG..!!!

Polis akan mengambil tindakan menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

"PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka...sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin pertubuhan itu yang tersebar di internet semalam yang mencabar Khalid berikutan kenyataannya sebelum ini mengenai pengharaman PPS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Di awal penubuhan PPS, polis melihat ia sebuah pertubuhan yang memberi khidmat kepada rakyat, tetapi kebelakangan ini PPS dilihat sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Rondaan kononnya untuk menjaga keselamatan itu dulu, sekarang dah tak ada dah," katanya.

Pada Selasa lepas, Khalid dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah ROS.

Nabi Muhammad tokoh pejuang kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulangtahun ke-57 negara kita mencapai kemerdekaan, hayatilah tokoh agung pejuang pembebasan dan kemerdekaan iaitu Nabi Muhammad SAW.

"Bagindalah yang bertanggungjawab membebaskan umat manusia daripada segala bentuk penjajahan dan perhambaan," tegas Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob menerusi facebook.

Justeru, kata beliau penjajahan minda, pemikiran, aqidah sehinggalah kepada penjajahan sistem kehidupan sama ada dari sudut ekonomi, politik mahupun sosial perlu dibebaskan sepenuhnya dari anasir yang merosakkan masyarakat bagi mencapai makna hakiki kemerdekaan.

"Kemerdekaan yang hakiki ialah apabila seseorang itu berjaya melepaskan diri dari belenggu jahiliah dan hasutan jahat diri," jelasnya.

Menurutnya, masyarakat yang merdeka adalah masyarakat yang saling bahu-membahu memastikan terlaksananya kebaikan dengan mencegah kemungkaran, hasilnya lahirlah sebuah negara yang benar-benar merdeka.

Belau berkata, sambutan kemerdekaan tahun ini agak suram dengan nahas pesawat MH17 dan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga ke saat ini tiada khabar berita.

Muafakat politik Pakatan beri makna kepada ‘PAS for all’ – Dr Dzul


_DSC2052



KUALA LUMPUR, 29 OGOS – “Kita tidak boleh menangani cabaran perjuangan hari ini dengan kembali kepada fikrah 60-an dan 70-an. Perlu ada ijtihad-ijtihad baru daripada ulama-ulama haraki dan ilmuan Islam.”
Demikian kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam menjengah semula penafsiran slogan ‘PAS for all’ dalam temubual eksklusif bersama Roketkini hari ini.
Bagi Dr Dzul, muafakat politik PAS bersama DAP dan PKR memberi makna kepada slogan tersebut yang, baginya, sedikit lompang dan memerlukan pengisian.
“Kalau PAS mampu untuk bersama dalam satu muafakat politik bersama DAP yang punya ideologi yang berbeza, dan PKR yang juga tidak mempunyai ideologi yang sama, bermakna sudah pun mampu berhubung dengan pemain-pemain politik yang satu hari nanti akan mampu mengambil alih negara,” katanya.
Tentang kewujudan beberapa pihak dalam PAS yang akhir-akhir ini kelihatan tidak selesa dengan muafakat tersebut, Dr Dzul tetap optimis dan mengharapkan berlaku perubahan dan proses kesedaran dari segi fikrah PAS.
“Begitu mudah orang mengatakan ‘kalau tahalluf siyasi tidak menguntungkan PAS, kita akan keluar’.”
“Persoalannya bagaimana [yang dimaksudkan dengan] ‘menguntungkan’, apa yang bercanggah, apa yang bertembungan dengan prinsip dan apa pula prinsip yang bertembung,” ujar beliau.
“Perlu berlaku dalam PAS sendiri satu proses kesedaran dan keinsafan untuk memahami apa itu Islam yang politikal, dalam konteks cabaran, perjuangan dan tuntutan, termasuk tuntutan tahalluf sebuah koalisi politik.”
Jangan ulang kesilapan lalu
Bagi Dr Dzul, ketika PAS diangkat mengetuai blok pembangkang setelah memenangi 27 kerusi pada pilihanraya tahun 1999, malang sekali pemikiran politik arus perdana tidak dapat masuk dengan kedudukan PAS di pentas utama.

Kalau Rafizi boleh didakwa, bagaimana dengan fitnah MB Negeri Sembilan? – Kit Siang

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Berbanding kenyataan Rafizi Ramli, fitnah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa kembali Singapura ke dalam Malaysia jika berjaya mentadbir di peringkat pusat adalah jelas satu provokasi dan tidak bertanggungjawab, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Beliau merujuk ucapan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan ketika mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2014 24 Ogos lalu.
Menurut Free Malaysia Today, Mohamad Hassan berkata Pakatan ingin memasukkan kembali Singapura demi menambahkan 89 kerusi Parlimen bukan-Melayu.
“Pada saat itu kita akan jadi orang yang tidak mempunyai hala tuju, di mana orang Melayu akan hancur kerana kehilangan tonggak dan tempat bergantung hidup…Pastikan Umno kekal sebagai pemegang warisan, agar maruah orang Melayu akan terus terbela,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today.
“Saya tidak menyangka beliau boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta melaga-lagakan kaum seperti itu. Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mendakwa beliau di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (sama seperti Rafizi)?

Apa yang tersirat di sebalik kenyataan Rafizi?

Rafizi 
PADA 17hb Ogos yang lalu, Pas membuat keputusan untuk mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti kepada Abdul Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beberapa jam selepas itu di mesyuarat Pakatan Rakyat, PKR dengan bijaknya menyatakan bahawa Azmin akur dengan keputusan parti, maka meskipun Pas mencalonkan dua, tapi oleh kerana Azmin akur dengan keputusan PKR, maka hanya nama Wan Azizah sahaja yang tinggal. Itulah yang menjadi keputusan bersama Pakatan Rakyat.

Yang menarik semalam ialah tindakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengeluarkan kenyataan  meminta semua Adun PKR Selangor supaya membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Mengapa perlu membuat ‘permintaan’ sedemikian, sedangkan semua Adun PKR telahpun menandatangani surat akaun bersumpah untuk menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar?

Apakah PKR terbau ada Adun PKR yang tidak mahu akur pada surat akaun bersumpah tersebut sekiranya namanya diangkat sebagai calon Menteri Besar?

Jika betul PKR yakin dengan surat akuan bersumpah yang ditandatangani Adun PKR, maka PKR sebenarnya tidak perlu takut jika ada lebih nama dihantar ke istana Selangor kerana apa yang berlaku pada 17hb Ogos 2014 boleh diulang semula.

Andaikan Adun PKR lain (selain Wan Azizah) mendapat perkenan Sultan untuk diangkat sebagai Menteri Besar, PKR boleh menyatakan bahawa Adun PKR ini tidak akan menerima jawatan tersebut kerana sudah menandatangani surat akuan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah - seperti apa yang berlaku pada Azmin yang akur dengan keputusan PKR untuk tidak menerima pencalonan dari Pas di mesyuarat presiden Pakatan Rakyat pada 17hb Ogos yang lalu.

Tindakan ini sama sahaja tarafnya dengan keengganan PKR untuk memenuhi permintaan istana Selangor meminta lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan sebagai pengganti kepada Abdul Khalid.

Sebenarnya yang PKR dan Rafizi bimbang ialah ada Adun PKR yang sanggup menerima jawatan tersebut dan melanggar surat akuan bersumpah mereka. Ini adalah benda tersirat di dalam kenyataan Rafizi.

Oleh itu, desakan demi desakan dan tekanan demi tekanan dikenakan pada Pas untuk turut serta tidak menuruti permintaan istana sepertimana PKR dan DAP.

Tapi realitinya, apa yang Pas lakukan tidak penting. Lebih-lebih lagi apabila Pas telah berulangkali menegaskan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR. Malah, pada 17hb Ogos yang lalu Pas tetap menyenaraikan Wan Azizah sebagai salah seorang calon untuk menggantikan Khalid.

Hadi: Malaysia bukan merdeka yang sebenar

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa kemerdekaan negara ini bukan yang sebenar ekoran masih terikat dengan sistem kehidupan dan bernegara penjajah.

Menurutnya, pemerintahan yang ada kini hanyalah sekadar penyambung misi dan visi penjajah tanpa mereka perlu berada di sini.

"Pemilihan tema sambutan kemerdekaan oleh Pas, 'Malaysiaku...Minda Merdeka' tepat dan sesuai dengan keadaan yang berlaku di negara sekarang.

"Kerana bukan kemerdekaan yang sebenar apabila sesebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan tetapi masih terikat dengan segala sistem kehidupan dan bernegara mahupun undang-undang peninggalan penjajah walau yang memerintahnya adalah dari kalangan anak bangsa sendiri," katanya yang dipetik melalui perutusan kemerdekaan.

Melalui perutusan sama, beliau mengingatkan agar barisan nama tokoh-tokoh kemerdekaan yang tidak didendang turut diingati terutama oleh generasi muda.

Katanya, setiap kali sambutan hari kemerdekaan, hanya nama yang sama disebut-sebut sebagai tokoh kemerdekaan negara.

PAS mahu buktikan ia bebas dari PKR, DAP dalam isu MB, kata Khalid Samad

Tekanan dari golongan muda PAS yang merasakan mereka terpaksa menurut agenda rakan parti PKR dan DAP menyebabkan kepimpinan pusat parti Islam itu mengorak haluan sendiri dalam krisis menteri besar (MB) Selangor, kata  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata itulah sebabnya PAS berdegil dalam krisis MB Selangor dan bercanggah pendapat dengan PKR dan DAP dengan tidak menyokong sepenuhnya pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru.
"Kita perlu faham mengapa PAS berkelakuan sedemikian. Saya rasa masalah utamanya ialah golongan muda PAS... pemimpin lebih muda, mereka merasakan seperti perlu turut sahaja dengan agenda PKR dan DAP," kata Khalid kepada The Malaysian Insider.

"Mereka merasakan seolah-olah identiti PAS dan ahli partinya semakin kabur, solah-olah kita mengikut sahaja rancangan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan kumpulan beliau. "PAS ingin menunjukkan ahlinya yang ia ada pendirian sendiri dan ia masih bebas," kata Khalid tentang penentangan partinya terhadap rakan parti Pakatan Rakyat (PR) dalam isu MB yang berkemungkinan memecahbelahkan pakatan berusia enam tahun itu.
Penganalisis politik berkata tampak ada antara ahli PAS merasakan PR perlu mengikut rentak parti Islam tersebut, seperti yang berlaku di Kedah sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dan semasa isu hudud timbul.
PAS Kedah menghadapi pergaduhan dan pergolakan dalaman di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan PAS kekal dengan MB satu penggal itu apabila bertanding untuk PRU13 dan hilang kuasa atas negeri itu kepada Barisan Nasional (BN).
Parti itu bertegas mahu menguatkuasakan kanun jenayah Islam hudud, meskipun rakan PKR dan DAP membantah dengan mengatakan jika isu itu terus digembargemburkan, mereka aan kehilangan undi pada masa depan.
Khalid  memberitahu The Malaysian Insider ada ahli secara terbuka meminta pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mengatakan parti Islam tersebut sudah banyak berkompromi.
"Berdasarkan sentimen ini, ada antara pemimpinnya yang ingin menunjukkan identiti yang berbeza daripada PKR dan DAP, jadi kita dapat katakan kita bukannya hanya bertindak mengikut arahan PKR dan DAP." tambahnya.

Apa lagi Dr Mahathir mahu?

Selepas menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dia sendiri memilihnya sebagai pengganti, dan mengangkat Datuk Seri Najib Razak yang diharapkan menjadi lebih baik daripada Abdullah, kini Dr Mahathir secara terbuka menarik balik sokongannya kepada Najib. Hanya menarik balik sokongan sahaja setakat ini, belum lagi meminta Najib berhenti untuk digantikan dengan orang lain.
Apa lagi Dr Mahathir mahu?Dan setakat ini pandangan Dr Mahathir khasnya di dalam Umno-BN masih didengar dan dianggap penting. Masih berpengaruh dan berkesan. Seorang perdana menteri telah dijatuhkannya dan seorang telah dinaikkannya. Sekurang-kurangnya begitulah tanggapan umum, yang menganggapnya masih berkuasa walaupun tidak lagi memegang jawatan.
Saya tertarik menulis perkara ini bukannya kerana masih berminat dengan beliau seperti suatu masa dahulu, ketika mana saya menganjurkan suatu “Malam Puisi Panjang Untuk Mahathir” (1982), dan menulis beberapa puisi panjang untuknya serta menerbitkan sebuah buku kumpulan puisi yang semuanya ditulis untuknya atau mengenainya – “Puisi Panjang Untuk Mahathir” (1997).
Memang waktu itu Dr Mahathir dianggap pejuang yang sedang mengangkat maruah dan martabat bangsa Melayu. Golongan penulis dan budayawan juga menganggapnya begitu, dan menghormati beliau. Majlis “Malam Puisi Panjang Untuk Mahathir” yang diadakan di Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 April 1982 itu mendapat sambutan hebat golongan penulis, budayawan dan cendekiawan.
Dr Mahathir pun menjadi sangat terharu melihat sambutan ramai pada malam itu, dan mendengar puisi para penyair kepadanya. Maka pertama kalilah orang ramai menyaksikan dia menjadi sebak tak dapat meneruskan ucapan, lalu duduk menahan tangisnya.
Itu cerita lama di awal era pentadbirannya. Hubungan saya dengannya pun agak baik waktu itu. Malah sewaktu dia Timbalan Perdana Menteri lagi pernah dia membelanja saya bersama Usman Awang dan Ketua Pengarah DBP waktu itu menonton teater Inggeris, persembahan dari West End, di Hotel Regent.
Kemudian dia menghadiri persembahan teater kumpulan saya pula, di Panggung Eksperimen Universiti Malaya. Tak ingat persembahan yang mana, barangkali "Teater Tari Uda Dan Dara" dan "Kesucian Sinta Dinodai". Hanya saya ingat komennya selepas menonton, katanya persembahan itu terlalu "advanced" dan mendahului zaman.
Apabila Teater Elit hendak mengadakan siri Malam Puisi Tanahair di seluruh negara, saya berjumpa Dr Mahathir memohon dia menjadi penaung. Tahu di mana saya berjumpa dia? Di dalam jet peribadinya, dalam penerbangan ke Alor Setar dan penerbangan balik, duduk berhadapan dengannya, bercakap mengenai puisi, bahasa dan budaya.
Tetapi itu semua cerita lamalah ya! Masa telah berlalu dan banyak telah berubah. Negara berubah, ekonomi berubah, masyarakat berubah, dan manusia pun berubah. Apalagi manusia yang memegang kuasa, agak mudah berubah sikap dan pemikirannya.
Dr Mahathir pun demikian – sikap dan pemikirannya pun berubah. Tidak sama antara era permulaan pentadbirannya dengan era setelah lama memegang dan mengumpul kuasa serta mengecap nikmatnya, apatah lagi setelah anaknya pun terlibat dalam perniagaan besar, dan perlukan pertolongannya.
Maka saya pun sudah lamalah juga menarik balik sokongan terhadap kepemimpinannya itu. Berikutan berlakunya Kegawatan Ekonomi 1997, saya menerbitkan sebuah buku “Gawat – Gagalnya Formula Mahathir” (1998). Buku itu secara terbuka mengkritik kepemimpinan Dr Mahathir, dan sejak itu saya tidak lagi menyokong kepemimpinannya.

Kemuncak kritikan saya terhadap Dr Mahathir ialah ketika api Reformasi (pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fadzil Noor) marak menyala sekitar tahun 1999. Kali ini saya bergabung dengan gerakan Reformasi itu, dan menyumbang melalui bacaan puisi yang saya lafazkan di pentas politik hampir di seluruh negara pada waktu itu. Puisi paling banyak saya bacakan dan paling mendapat sambutan ialah yang berjudul “Macam Orang Gila”. Antara bait-baitnya ialah:

To politic or not to politic

It is difficult to believe that Khalid Ibrahim will settle in the nest that others have made for him.

khalid300The actors may have forgotten their lines, but the audience remembers.
When Pakatan Rakyat was first swept into power in Selangor, PKR won 15 seats, DAP 13 seats and PAS 8, to total 36 seats in a House of 56.
By virtue of the commanding lead in seats over its coalition partners, PKR received the privilege of putting someone from the party into the MB’s position. The politics of it was simple enough and the horse trading within the coalition quickly ended with a unified position on two PKR nominees to be presented to the Sultan. The Sultan selected Khalid Ibrahim, and the rest is history, as they say.
But it should not be forgotten that that was in 2008. But Saifuddin Nasution’s suggestion of a convention being set in 2013, when the Sultan accepted Khalid as the sole nominee, borders on the disingenuous. One must look at the context of the 2013 acceptance of a sole nominee by the Sultan to recognise that the true convention was that which began for Pakatan in 2008.
When viewed from another perspective, one would recognise that the Sultan was willing to overlook a detail because Khalid was already the MB, and that the Sultan was merely consenting to the extension of tenure for an already proven candidate. Thus discretion was exercised in dispensing with the earlier practice. This is the realistic context in which to view the acceptance of Khalid for a second term as MB in 2013.
Up until the infamous Kajang Move, Khalid was still the golden boy of Pakatan. Though there was gossip about his removal, there were no overt signs yet that a plot was hatching in the back rooms of PKR’s Biro Politik, that is until the resignation of Kajang assemblyman Lee Chin Cheh.
Disparate pieces of the jigsaw puzzle started to coalesce into a raw picture, enough to convince the public that Anwar Ibrahim might be moving into the big house if he cleared the Kajang by-election hurdle. But then came the Appeal Court’s guilty verdict and the substitution of Wan Azizah for Anwar. Even then, Khalid was still amenable enough to head the campaign for Wan Azizah in the Kajang by-election.
But by this time, Khalid must have been aware of the imminency of his own departure. Though not an obviously charismatic politician like Anwar, Khalid nevertheless has the tenacity of a corporate captain with a unique skill set and savvy that compensates for his lack of stage presence.

Bekas TPM: “Negara perlukan MB seperti Abdul Khalid”

musa-hitam1-290713_484_322_100SHAH ALAM 30 OGOS: Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kecewa dengan krisis dalaman PKR melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor dan menganggapnya sebagai faktor menghancurkan kepercayaan rakyat.
Musa berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya menjadi kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar Barisan Nasional (BN).
“Saya mahu melihat pembangkang di mana mereka kuat dan tersusun untuk menjadi pencabar kepada Barisan Naisonal,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
“PKR mentadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan paling sukar untuk ditadbir di Malaysia, ia ujian kepada pembangkang.
“Saya secara peribadinya kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.
Kemelut antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan PKR masih lagi tergantung sehingga kini walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada parti.
Musa yang juga bekas menteri dalam negeri menjangkakan PR bakal berdepan laluan sukar dalam pilihan raya umum akan datang walaupun berjaya menawan Selangor semula.
“Keseluruhan episod tidak berjalan dengan baik kepada pembangkang, khususnya PKR. Ia akan menjadi cabaran sukar kepada Pakatan untuk bekerjasama sekarang.
“PAS, DAP dan PKR bukan saja perlu merapatkan kerjasama, dengan apa yang berlaku mereka perlu bersiap sedia hadapi pilihan raya,” katanya.
Namun, Musa mengakui meskipun keadaan ketika ini tidak memihak kepada PR, masih mustahil bagi Umno dan BN menawan negeri yang paling kaya tersebut jika pilihan raya negeri diadakan semula.
“Wujud sentimen ABU (Asalkan Bukan Umno) yang kuat di Selangor yang membantu PR menang walaupun pelbagai usaha dibuat,” katanya.
Musa berkata, beliau yakin kemelut di Selangor tidak akan memecahbelahkan PR walaupun isyarat menunjukkan PAS mempunyai banyak perbezaan dengan DAP dan PKR dalam isu menteri besar Selangor.
PAS mempertikaikan kesesuaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor malah mahu dua nama dihantar kepada DYMM Sultan Selangor untuk dipertimbangkan.
“Saya jangka parti dalam PR akan capai kesepakatan dalam memilih calon kompromi bagi jawatan tersebut,” katanya.
Musa berkata, Sultan Selangor juga mempunyai tanggungjawab untuk memiliki pandangan dan pendapatnya mengenai calon yang sesuai untuk menerajui pentadbiran negeri.

'Jawatan pemimpin usah diminta'

Oleh Zamanuddin Jusoh
Antara tuntutan utama dalam agama adalah menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dan pengabaian terhadap tuntutan itu akan memberi implikasi besar. Penyebab utama kepada kerosakan umat akibat pengabaian manusia terhadap amanah khususnya amanah kepemimpinan.
Kepemimpinan amanah yang amat penting kerana ia berkait dengan urusan sesama manusia. Di sinilah bermulanya proses ujian terhadap mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin sama ada terus berada pada landasan agama atau sebaliknya.

Amanah ini menitikberatkan urusan perintah dan larangan Allah SWT serta sejauh manakah komitmen seorang pemimpin terhadap amanah itu. Kita akan dapat menilai sesebuah kepemimpinan melalui timbangan neraca Allah SWT bagi memastikan keberkatan sesebuah kepimpinan. Jujur atau ikut nafsu
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Acuan Allah SWT dan siapakah yang lebih baik daripada acuan Allah? Dan kepada-Nyalah kami menyembah." (Surah al-Baqarah, ayat 138) Oleh itu, apabila kepemimpinan jauh daripada hidayah Allah SWT, maka akan terlihat kepincangan dan terserlah wajah sebenar seseorang sama ada mereka benar-benar jujur atau sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang menyimpang daripada jalan-Ku, dia akan menghadapi kehidupan yang pincang dan sempit. Maka Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: Ya Tuhanku, mengapa Engkau kumpulkan kami dalam keadaan buta, padahal aku dulu (di dunia) dapat melihat. Allah berfirman: Demikianlah kamu dilupakan sebagaimana kamu telah melupakan ayat-ayat Kami dahulu." (Surah Tahaa, ayat 124-126)
Ulama berbeza pendapat mengenai maksud buta dalam ayat di atas, apakah buta hati atau buta mata? Pendapat terbanyak adalah buta penglihatan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang Dia sesatkan, maka sekali-kali dia tidak akan mendapat penolong bagi mereka selain dari Dia. Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan tuli." (Surah al-lsraa, ayat 97)
Kepemimpinan adalah suatu amanah yang besar serta menjadi kewajipan untuk melaksanakannya. Baginda SAW mengingatkan sahabat untuk menjauhi sesuatu jawatan pada tampuk pemerintahan kerana bebanan besar yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.
Baginda SAW pernah menasihati Abu Zarr yang memohon jawatan: "Wahai Abu zarr, engkau tidak mampu sedangkan jawatan adalah amanah. Ia adalah penghinaan dan penyesalan di hari kiamat melainkan mereka yang menguruskannya dengan cara yang betul." (Riwayat Muslim)
Simbol cinta dunia

AJK PAS Pusat sudah malas 'gaduh' dengan Ust Hadi!

Oleh ABD RAHIM SABRI 
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan "penolakan dari dalam" kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang "berang berbaur terkejut" dengan perkara itu.

Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas 'bergaduh' dengan Hadi.

Malah ada juga yang 'bersingsing lengan' dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema - diluah mati emak, ditelan mati bapa - ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.

Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.

Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.

"PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).

"Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat)," kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.

Sejarah 80-an berulang?

KENAPA PERJANJIAN MOU AIR DILAKSANAKAN SEBELUM KHALID LETAK JAWATAN?

Aku nak semua rakyat sedar dan lihat tentang tandatangan perjanjian air oleh Khalid Ibrahim sebelum beliau dipecat.

KENAPA TERGESA GESA  ????


Siapa yang mendesak? Kenapa ketika langkah Kajang ? Kenapa tidak selepas Wan Azizah dilantik?

Kenapa payah sangat Wan Azizah..Kenapa serang Anwar ???

Ha.haha...mesti ada wayang dan wayang sedang berjalan. Cuba renung dan tenung mendalam..Kenapa wayang ini lambat habis????

Siapa dapat Untung? siapa dapat komisyan ??? Hai ada Komisyen??? Mesti la ada ...macam lain lain projek. komisyen komisyen......