Jumaat, 29 Ogos 2014

PAS Selangor akan adakan pebincangan dalaman berhubung calon MB dari PKR..!!

PAS Selangor akan adakan pebincangan dalaman berhubung calon MB

SHAH ALAM: PAS Selangor akan mengadakan perbincangan dalaman berhubung senarai nama calon menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad berkata buat masa ini pihaknya berpegang kepada pendirian kepimpinan tertinggi parti yang memutuskan untuk  meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Perkara itu kita akan bincang di peringkat dalaman nanti. Namun, keputusannya (calon Menteri Besar) PAS Pusat akan tentukannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Iskandar yang juga anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) turut menyangkal dakwaan bahawa beliau merupakan antara calon menteri besar Selangor selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Setakat ini tiada perbincangan mencalonkan mana-mana Exco atau Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PAS sebagai menteri besar...sebarang keputusan berhubung perkara itu hanya akan diputuskan oleh PAS Pusat," katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan semalam menegaskan parti itu hanya akan mencadangkan Adun daripada PKR sebagai calon menteri besar Selangor.

Menurut Mustafa, PAS akan mempersembahkan tidak kurang daripada dua nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum 3 Sept ini.

Apa sewajarnya berlaku di dalam krisis MB Selangor ini

Oleh Aziz Bari
Saya yakin krisis Menteri Besar Selangor yang berlanjutan sehingga ke hari ini tidak akan berlaku sekiranya pihak-pihak yang terbabit – termasuk pihak Istana, ahli politik dan media – menurut langkah, iaitu undang-undang yang termaktub di dalam peruntukan serta semangat Perlembagaan.
Kita perlu ingat bahawa peruntukan ini menggunapakai konvensyen perlembagaan Westminter kerajaan British. Kerana itulah Suruhanjaya Reid memberitahu kita agar melihat kepada amalan berkurun lama di negara itu di dalam laporannya, yang dilampirkan bersama-sama deraf akhir Perlembagaan Persekutuan pada 1957.

Mari kita mulakan dengan meninjau undang-undang bagi perkara ini. Tetapi sebelum itu, kita perlu sedar bahawa Perlembagaan tidak wajar difahami secara harfiah (literal); ia perlu dibaca di dalam kerangka di mana demokrasi dan kedaulatan undang-undang diamalkan. Seperti juga terma berkenaan budi bicara Sultan melantik menteri besar – atau Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri di negeri-negeri tanpa Raja – tidak boleh dianggap kebebasan melakukan apa sahaja. Sebetulnya, Sultan hanya memiliki budi bicara sebenar jika sidang dewan undangan negeri (DUN) tidak pasti siapa calon bagi jawatan tersebut; sesuatu  yang digelar ‘parlimen tergantung’. Dalam keadaan itu, DYMM Sultan boleh memohon nama-nama atau bercakap dengan ahli dewan undangan negeri (ADUN) secara langsung. Dan jika baginda masih belum pasti, Sultan boleh membubarkan Sidang DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya; untuk memberi rakyat peluang memilih kerajaan yang stabil bagi membantu baginda.
Di zaman moden ini, parti-parti politik selalunya telah memilih calon yang mereka mahukan bagi menerajui kerajaan. Inilah antara sebab perlantikan bagi seorang Perdana Menteri tidak lagi menjadi satu isu; ia telah menjadi amalan kebiasaan dan ketua negara (atau Raja) hanya menerajui majlis rasmi bagi menghulurkan watikah perlantikan kepada pemimpin yang dipilih parti majoriti di Sidang DUN atau Parlimen. Dalam kata lain, ketua kerajaan hanya perlu menurunkan tandatangan di watikah perlantikan. Inilah intipati kerajaan berkabinet di bawah sistem Westminster di mana Perdana Menteri dan kabinet perlu menjawab kepada Parlimen dan bukannya pihak istana.
Inilah juga penjelasan undang-undang di sebalik peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak Hussein selepas Tragedi 13 Mei. Perkara yang sama berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2003. Satu lagi majlis sepertinya berlaku apabila Datuk Seri Mohd Najib Razak menggantikan Abdullah pada 2009. Awal tahun ini, kita saksikan Tan Sri Taib Mahmud berundur diri, lantas memberi laluan kepada Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak. Dalam situasi tersebut, ketua negeri sendiri sanggup memberi kedudukan dan jawatannya kepada Taib! Kejadian yang serupa terjadi beberapa bulan lalu di Terengganu apabila Sultan memberi watikah perlantikan kepada Menteri Besar baharu Datuk Ahmad Razif, tiga jam selepas Umno memutuskan Datuk Seri Ahmad Said perlu berundur daripada jawatan itu.

Calon MB: Suhaizan dakwa cadang nama Nik Nazmi sebagai 'pelan B'

Post Pic
SHAH ALAM: Ketua Penerangan PAS, Suhaizan Kaiat menghormati pendirian Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Suhaizan berkata beliau sekadar mencadangkan nama Nik Nazmi sebagai pelan B jika sekiranya Istana Selangor menolak nama yang dikemukakan PKR dan DAP.
 
Nik Nazmi dalam satu kenyataan media ringkasnya awal pagi ini menolak cadangan Suhaizan mencalonan namanya untuk jawatan MB dan sebaliknya menyatakan sokongannya terhadap ketetapan dibuat PKR mengenai calon jawatan itu sebelum ini.
 
PKR dan DAP sebelum ini menetapkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
"Saya menyambut baik keputusan YB Nik Nazmi yang memilih untuk setia dan sokong keputusan parti dia.
 
"Saya hanya mencadangkan nama Nik Nazmi sebagai alternatif jika dua nama yang dikemukakan pada Sultan Selangor ditolak," ujar Shuhaizan ketika dihubungi Antarapos.
 
Cadangan pencalonan nama Nik Nazmi belum disuarakan dalam mesyuarat PAS Pusat, tambahnya.
 
"Nama Nik Nazmi itu hanya cadangan saya dan tidak pernah dibawa masuk ke mesyuarat.
 

Mengapa gelagat politik PAS kurang mesra Pakatan Rakyat?

Post Pic
Sejak kebelakangan ini PAS semakin kerap membuat keputusan sendiri dalam menangani isu-isu politik yang seharusnya dibincangkan secara musyuwarah dengan PKR dan DAP.
Mutakhir sekali, PAS tidak mengekori keputusan tegas PKR dan DAP dalam mengemukakan calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor. Kedua-duanya hanya mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja.
 
Alasan PAS ialah ia akur titah Sultan Sharafudin Idris Shah supaya baginda dipersembahkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan itu. Ada kemungkinan PAS akan mengenengahkan tiga nama. 
 
Namun anehnya, PAS memberi perakuan bahawa ia hanya akan menamakan nama Adun-Adun dari PKR sahaja untuk jawatan itu. Ini demi menegaskan ia tidak berminat mengisi kerusi nombor satu itu.
 
Sekali gus ini juga menegaskan bahawa PAS masih sehaluan dengan pemikiran politik Pakatan Rakyat bahawa kerusi Menteri Besar Selangor itu adalah amanah yang diberikan kepada PKR.
 
Pada kacamata DAP dan PKR gelagat PAS ini agak pelik. Sejak dari mula isu Menteri Besar ini menghangat, PAS boleh dilihat sebagai dalangnya. 
 
PAS mula jarakkan diri apabila PKR pecat Khalid
 
Ketika pimpinan PKR menyingsing lengan dan mengambil keputusan memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS membuat pendirian tegas tidak mahu Khalid diganti. 
 
Berikutan itu ia memberi isyarat kepada 15 Adunnya supaya tidak menyokong dalam bentuk apa jua pun usul Khalid diturunkan dari kerusi Menteri Besar. 
 
Tindakan PAS ini agak pelik. PKR dan DAP bungkam. Mengapa PAS bertindak di luar konsensus Pakatan Rakyat? Selanjutnya PAS mengarahkan empat ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exconya), terus menyokong Khalid. 
 
Apa pun jua, alasan PAS tetap kelihatan samar. Pada satu segi ia seolah-olah mahu mengambil alih kerusi Menteri Besar. Bagaimanapun pimpinan PAS bermati-matian menegaskan jawatan itu milik PKR. 
 
Persoalannya, adakah PAS mempunyai pengetahuan atau maklumat yang lebih penting yang tidak dikongsi dengan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya?
 
Ini satu kemungkinan. Apabila Dewan Pimpinan Pusatnya bermesyuarat 17 Ogos lalu, PAS mengambil pendirian mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai calon kedua untuk jawatan Menteri Besar. 
 
Namun pada sebelah petangnya apabila bersemuka dengan pimpinan PKR dan DAP dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, PAS tidak pula membantah usul supaya hanya nama Wan Azizah dikemukakan sebagai calon tunggal kepada Sultan. 
 
Kemudian ada pimpinan PAS Selangor yang membisikkan kepada umum bahawa PAS sebenarnya ada maklumat Istana mahu lebilh daripada satu nama dipersembahkan kepada Sultan.
 
Ternyata kemudian bahawa maklumat PAS itu tepat. Pada Selasa, 26 Ogos lalu, Sultan menitahkan supaya konvensyen atau amalan lazim dipatuhi. Lebih satu (kini lebih dua) nama diperlukan demi memudahkan Sultan membuat pilihan.
 
Namun PKR dan DAP tidak mahu berkompromi. Kedua-duanya hanya mahu nama Wan Azizah sahaja sampai kepada pangkuan pertimbangan Sultan. 
 
PAS adalah parti Islam. Seberapa mungkin Islam mengajar supaya menjauhi kontroversi dan perselisihan faham. Yang diutamakan ialah ketenteraman dan kesefahaman. 
 
Maka, mungkin atas sebab itu PAS memilih untuk tidak menyertai tindakan yang mungkin boleh mendatangkan “murka” Sultan.
 
Gerak tari politik PAS semakin aneh

Kemelut Politik Selangor.

Apa yang sedang berlaku di Selangor ialah pengajaran untuk semua rakyat Malaysia. Kerana yang sedang diadili dan diserang ialah konsep demokrasi berparlimen dan representative democracy. Semua rakyat Malaysia yang cintakan kuasa rakyat dan yakin kepada represetative democracy mesti menyibukkan diri mereka dalam isiu ini. Ia nya bukan lagi masaalah rakyat Selangor. 
Pertamanya- nyatalah Khalid Ibrahim bukan seorang gentleman. Perlembagaan Malaysia diciptakan untuk gentlemen. orang yang tidak ikut perlembagaan, tidak gentleman. 
Khalid Ibrahim semasa mengadap Tuanku Sultan boleh menolak titah raja sebab dia ada alasan kuat. dia boleh menyatakan- patik bukan orang yang ada sokongan majoriti. wan azizah orang nya. dialah yang patut dititah mengadap selepas ini. patik tidak ada locus standi untuk terus jadi MB. 
Tapi Khalid melakukan sidang akhabar dan menyatakan bahawa Sultan mahukan dia kekal lagi sebagai MB. Boleh kita percaya cakap Khalid? Siapa yang mahu percaya cakap Khalid lagi? bila nama nya seorang sahaja yang dikemukakan untuk jawatan MB tahun 2013, dia masih lagi boleh lie in the face, dan mengatakan ada nama lain selain dari nama dia yang dikemukakan? Mana boleh kita percaya Khalid. 
Tapi kita tahu Khalid. Dialah manusia terpandai dalam Selangor. Tidak ada Khalid Ibrahim, Selangor akan hancur lebur. Kehebatan Khalid mentadbir Selangor dimitoskan. Mitos kehebatan Khalidlah yang didewa dewakan. 
Mereka yang berdemontsrasi menyokong Khalid siapa yang mengupah mereka? tidakkah mereka tahu atau penganjur demontrasi tahu bahawa jawatan MB bukan jawatan yang dipilih melalui direct election?
Kita tinggalkan bicara mengenai Khalid kerana ianya membazir waktu dan kerahan minda. 
 Dalam bahasa yang semudah mudah nya- raja berpelembagaan bererti raja tidak memilih pemimpin politik. Dia tidak mencipta majority dimana majoriiti tidak ada in the first place.
Maka , dengan segala hormat dan sembah takzim, saya menyatakan bahawa penghantaran surat kepada parti parti politik supaya mengemukakan lebih dari 2 nama- tidak constitutional. Siapa yang menasihat Raja kita seperti ini? Ini memberi peluang Raja mencipta majority dimana majority tidak ada sebermulanya.
Ini akan mengheret nama baik Tuanku Sultan dan mendedahkan ia kepada teguran yang tidak boleh dikawal. Adakah ketua majority dalam parlimen akan menyembahkan lebih dari satu nama untuk jadi PM? Sekarang ini BN mewakili parti majority dalam parlimen. Ketua nya Dato Najib Razak. Mustahil Dato Najib mengemukakan dua nama kepada YDP Agung untuk memilih siapa hendak jadi PM.
Prinsip nya sama. Kita jangan melihat isiu memilih MB Selangor sebagai isiu yang mengikat tangan Tuanku Sultan. Kita mesti melihat isiu pemiilihan MB ini sebagai isiu menegsahkan demokasi berpalimen terus hidup. Kebebasan Tuanku Sultan tertaklok kepada perlembagaan.

MITI sambut dingin himpunan boikot Israel

Kedatangan kita di sambut hambar oleh MITI. Kita juga tidak dibenarkan memasuki pejabat MITI untuk menghantar memorandum.

miti 1miti 2miti 3KUALA LUMPUR: Tindakan kakitangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tersenyum sinis apabila pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain menyerahkan memorandum kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Nik Rahman Nik Taib, amat mendukacitakan.
Menurut Pengarah Pilihanraya Muslimat PAS, Aiman Athirah, pihaknya amat kecewa dengan sambutan yang diberikan oleh pihak MITI. Hal ini kerana mereka hanya menyambut memorandum tersebut di pintu pagar sahaja.
“Sebenarnya kita punya hasrat untuk hantar memorandum, inikan pihak kerajaan dan kita datang nak buat perbincangan tetapi kita hanya disambut hambar oleh mereka.
“Bahkan kita juga tidak diberikan sebab dan alasan mengapa kita tidak dibenarkan masuk ke pejabat MITI,” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan MITI.
Jelasnya lagi, tindakan beberapa orang kakitangan MITI yang memandang sinis himpunan tersebut menunjukkan mereka tidak serius untuk memboikot perdagangan Malaysia dan Israel.

Chegubard ugut untuk tawan bangunan MITI

Negara kita juga merupakan rakan dagang utama pihak Israel. Kita membekalkan hasil bumi negara kita seperti sawit, koko dan getah kepada pihak Israel.

KUALA LUMPUR: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mengugut untuk menawan dan mengambil alih bangunan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekiranya mereka meneruskan urusan perdagangan dengan pihak Israel di masa akan datang.
chegubardBeliau yang juga merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kecewa dengan tindakan pihak kerajaan yang dilihat seolah-olah ‘munafik’ dalam isu ini.
“Pihak kerajaan terutamanya menteri-menteri hanya berlakon apabila mereka menunjukkan kesedihan ketika Palestin diserang, tetapi secara diam-diam mereka menjalankan urusan perdagangan dengan pihak Israel.
“Bukan itu sahaja, negara kita juga merupakan rakan dagang utama pihak Israel. Kita membekalkan hasil bumi negara kita seperti sawit, koko dan getah kepada pihak Israel,” katanya sewaktu berucap di hadapan bangunan MITI.
Jelasnya lagi, pada tahun 2004, pihak kerajaan telah membentangkan akta untuk membenarkan perdagangan dengan pihak Israel, dan sebelum ini pada tahun 1996, Malaysia telah membuka pintu seluas-luasnya untuk melakukan perdagangan dengan Israel.
“Kita menderma kepada tabung bantuan Palestin, tetapi secara tidak langsung kita juga meneruskan kelangsungan Israel,” ujarnya.
Katanya lagi, “Sebelum ini apabila negara hendak menghantar bantuan seperti panadol, kita telah disekat, tetapi kini pihak negara kita pula terus ‘menghidupkan’ ekonomi Israel
“Kita serius, ini merupakan langkah pertama kita, tetapi jika pihak MITI tidak mendengar tuntutan kita, kita serius untuk menawan MITI,” katanya.

Kita dihalang oleh pintu pagar, Palestin dihalang tembok batu

Sebenarnya pihak MITI adalah kuasa yang lebih besar. Kita tunjukkan dan kita buktikan kepada pihak kerajaan bahawa rakyat Malaysia marah.
safwan-anangKUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda, Safwan Anang kesal dengan tindakan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang hanya menerima memorandum di hadapan pagar MITI.
Menurutnya, tindakan tersebut amat kurang ajar bahkan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil MITI juga mengecewakan.
“Dia (wakil MITI) hanya berkata ‘kita sudah hentikan perdagangan dengan pihak Israel’ sahaja, dan ini bermakna negara kita pernah menghantar barang dagangan kepada pihak Israel,” katanya sewaktu berucap selepas menyerahkan memorandum kepada wakil MITI.
Dalam pada masa yang sama, Safwan turut mendesak supaya pihak MITI menjawab persoalan ini dengan segera bagi mengelakkan kebangkitan daripada rakyat.
Bagi, Penyelaras Segmentasi Wanita Muda Solidariti Anak Muda Young Syefura Othman pula, tujuan perhimpunan ini diadakan adalah bagi menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat.
“Sebenarnya pihak MITI adalah kuasa yang lebih besar. Kita tunjukkan dan kita buktikan kepada pihak kerajaan bahawa rakyat Malaysia marah dengan urusan perdagangan Malaysia Israel ini,” katanya.

Himpunan 11 Sept bantah Felda diskriminasi peneroka

KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran membabitkan para peneroka akan diadakan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 11 Sept depan.

Himpunan yang mensasarkan 1,000 peneroka itu dijadualkan bermula jam 11 pagi bagi menyatakan bantahan terhadap pengurusan Felda berhubung beberapa isu peneroka yang sekian lama didiskriminasikan.

Badan pejuang hak peneroka, Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang menganjurkan himpunan itu juga akan menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Menurut Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, penyerahan memorandum itu berkaitan krisis harga komoditi sawit yang semakin merudum serta isu diskriminasi terhadap peneroka.

"Kejatuhan harga komiditi sawit ini semakin membimbangkan. Kelmarin di Jengka, saya dimaklumkan kadar perahan gred (KPG) pada kadar 19-20 peratus, harga RM 400 per matrik tan, malah ada yang dapat RM 380 sebulan," kata beliau pada satu sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Katanya, kerajaan tidak mengambil sebarang langkah proaktif bagi menyelesaikan krisis berkenaan walaupun ia menyebabkan kehidupan para peneroka terjejas.

ADUN PKR dilarang hadiri sambutan merdeka di Pahang...

Undangan ke sambutan Hari Merdeka peringkat negeri Pahang terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chung dibatalkan ekoran penggantungannya daripada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Lee berkata, DUN melarangnya menghadiri acara itu kerana beliau telah digantung dewan untuk dua sesi kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu" pada November tahun lalu.

Minggu lalu, Lee berkata, beliau menerima SMS daripada setiausaha kerajaan negeri mengundangnya ke raptai dan sambutan rasmi kemerdekaan pada Ahad.

“Bagaimanapun, saya terima panggilan telefon daripada setiausaha kerajaan negeri yang memberitahu bahawa undangan pada saya dibatalkan.

“Saya tidak dibenarkan hadir ke acara pada Ahad, kerana saya digantung dua sesi oleh DUN,” kata Lee.

PAS: MITI gave no concrete evidence of severing Israeli trade ties


Ministry: We can't stop third party shipments to Israel


Polis Halang Demo Desak Hentikan Hubungan Dagang Malaysia-Israel?






1.1994 Parlimen Malaysia meluluskan pindaan terhadap akta larangan perdagangan yg membenarkan Malaysia berdagang dgn Israel

2.1996 Kabinet Malaysia memuktamadkan arahan buka pintu berdagang dgn Israel

3.2014 Jumlah dagangan Malaysia membantu ekonomi Israel menjangkau USD 1b dan menjadikan negara ini antara rakan dagang utama.

Malaysia munafiq....simpati untuk Palestin ttp berdagang bantu ekonomi Israel.

SAMM bersama beberapa organisasi (ngo / parti politik) berarak ke MiTi untuk mendesak Malaysia hentikan berdagang bantu ekonomi Israel. Regim ini menjadikan Malaysia munafik...
Demi perjuangan kemanusiaan sejagat mereka telah berkumpul
29 Ogos, 2.30 ptg (mula berkumpul selepas solat Jumaat. Berkumpul dan berarak dari Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.)

Khazanah unveils RM6 bil MAS restructuring plan

Malaysia Airlines to cut 6000 jobs

NGO alam sekitar mahu bawa isu lesen tetap Lynas ke mahkamah

Akhbar Melayu tutup isu Lynas, dakwa NGO

Chegubard threatens to 'seize' MITI over Israeli trade ties


Nasrudin kena kritik selepas sindir Anwar

Nasrudin Hassan Tantawi
“Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa.
“Tetapi apabila ada pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi menteri besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah satu perkara luar biasa."
Itu kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi dalam akaun Twitternya hari ini.
Ia dilihat sindiran sinis mengenai pelantikan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, kenyataan Ahli Parlimen Temerloh itu mengundang kritikan hebat daripada penyokong-penyokong PKR dalam Twitternya sehingga ada mengaitkan hal peribadi Nasrudin.
Antara menyindir kereta Velfire dan serban besar yang dipakainya.
Ada juga yang memperkecilkan beliau yang baharu setahun jagung menjadi Ahli Parlimen berbanding Wan Azizah yang sudah senior.
Kenyataan Nasrudin Hassan itu mungkin ada kaitan dengan kenyataan Anwar yang juga Ketua Umum PKR semalam yang berkata, keputusan menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal MB baharu adalah muktamad.

Namakan isteri sahaja untuk jawatan MB perkara luar biasa - Nasrudin Tantawi

Namakan isteri sahaja untuk jawatan MB perkara luar biasa - Nasrudin
KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disindir Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya membidas tindak-tanduk Anwar yang berkeras mahu mencalonkan Wan Azizah.

"Terdapat pihak ( khasnya alim ulamak ) yang menolak seorang wanita menjadi pemimpin utama (Menteri Besar) berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulamak bagi sebuah kerajaan negeri adalah PERKARA BIASA.

"Tetapi, apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah LUAR BIASA," katanya.

FB Nasrudin
Kenyataan yang ditulis oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di laman Facebooknya
 
Kenyataan itu dibuat ekoran keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baharu biarpun pihak Istana menitahkan supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua nama.

Pada Rabu, Anwar menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu.

Hina Sultan: Naib Pengerusi PKR Johor diikat jamin

Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim (tengah) menunjukkan surat jaminan polis selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN  
Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim (tengah) menunjukkan surat jaminan polis selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam, Shah Alam, hari ini. 
 
SHAH ALAM - Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menghina sultan.

Beliau yang hadir kira-kira jam 2.30 petang tadi diambil keterangan hampir sejam dan disoal siasat berkenaan kenyataannya yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya.

"Pada akhir ketika memberi keterangan itu, pegawai penyiasat ada bertanya kepada saya adakah mengaku bersalah.

"Saya hanya menjawab ringkas, tidak dan saya menggunakan hak saya untuk mendiamkan diri," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan IPD Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama menemani Hassan ialah peguamnya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan beberapa penyokong beliau.

Siapa Rafizi untuk arah Adun Selangor? - Shuhaimi Shafiei

Siapa Rafizi untuk arah Adun Selangor? - Shuhaimi Shafiei
KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang disifatkan sebagai menghina semua Adun PKR di negeri itu.

Shuhaimi berkata, kenyataan yang dibuat oleh Rafizi seolah-olah memberi gambaran bahawa Adun PKR di Selangor tidak ada pendirian.

"Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian.

"Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERIKUT KENYATAAN PENUH ADUN SRI MUDA

Saya ingin memberikan respon kepada cabaran YB Rafizi Ramli di media kepada Adun Selangor.

1) Saya sangat terkejut dengan saranan YB Rafizi hari ini. Disebabkan beliau mencadangkan melalui media, maka saya menjawap melalui media juga.

2) Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian.

3) Tindakan YB Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan adalah wajar dipuji kerana beliau adalah juga dicadangkan namanya sebagai calon oleh Pemuda PAS. Walaupun beliau tidak perlu memberikan jawapan balas begitu kerana ia hanya cadangan rakan sejawatnya, namun saya hormati pendiriannya.  Hakikat sebenar semua Adun sudah menandatangani SD menyatakan sokongan kepada YB Dato Seri Wan Azizah Ismail adalah bukti sokongan padu say /kami untuk akur kepada keputusan parti.

4) YB Azmin Ali yang turut dicalonkan juga sudah secara terbuka mengatakan beliau mengikut keputusan parti dan beliau juga telah tandatangan SD menyokong YB Dato Seri Wan Azizah Ismail. Jesteru itu tidak ada kewajaran cabaran YB Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya/kami kepada parti.

5) Kenyataan oleh Rafizi dilihat menghina Adun KEADILAN Selangor khususnya dan amat tidak patut seorang naib presiden mencabar kami di media seperti itu.

PKR S'gor: Siapa Rafizi nak menyuruh itu ini?

PKR Selangor mempersoalkan gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menteri.

Mengaku terkejut dengan kenyataan itu, ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, gesaan Rafizi (bawah) itu sebenarnya tidak perlu dan hanya “menghina” mereka dan PKR negeri.

“Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.

“Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian,” katanya yang juga ADUN Sri Muda.

Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.

Malah, katanya, timbalan presiden dan pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (bawah), yang dicalonkan PAS sebelum ini, juga secara terbuka mengatakan mengikut keputusan parti dan menandatangani SD menyokong Azizah.

“Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti,” katanya lagi.

Rafizi yang baru sahaja dipilih sebagai naib presiden PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar yang dibuat Pemuda PAS.

Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru ADUN PKR lain di Selangor supaya mengambil tindakan itu sebagai menghormati keputusan parti itu dan sebagai lambang kesetiaan.

'Angkuh dan bongkak'

Dalam kenyataannya hari ini, Shuhami juga mempersoalkan tindakan Rafizi sebagai naib presiden “mencabar” mereka di media dalam isu itu.

“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” katanya.

Rugi: Pemegang saham minoriti MAS dinasihat terima tawaran Khazanah

Penganalisis tempatan menasihati pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) supaya menerima cadangan modal berpilih dan pembayaran balik 27% saham yang ditawarkan Khazanah Nasional Bhd.
Dalam satu nota hari ini, Affin Investment Bank Research berkata tawaran harga penswastaan sebanyak 27 sen yang menggambarkan 1.3 kali nisbah harga berbanding nilai buku itu, seharusnya menarik kepada pemegang saham.
"Kami menjangka operasi penerbangan MAS terus mengalami kerugian disebabkan oleh persaingan yang lebih sengit serta sentimen negatif terhadap syarikat itu berikutan tragedi MH370 dan MH17," katanya.

Alliance DBS Research berkata harga tawaran itu merupakan peluang menarik diri yang tepat pada masanya, memandangkan momentum perolehan MAS yang lemah dan panggilan tunai yang akan dibuat tidak lama lagi. Ia berkata, MAS perlu memikirkan semula strategi perniagaannya untuk memulihkan operasinya.
Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Research mengekal saranan 'jual' bagi saham MAS dengan harga sasaran yang serupa seperti tawaran Khazanah.
"Kami percaya rancangan penambahan kapasiti MAS akan dikaji di bawah program penstrukturan semula yang bakal dilaksanakan," katanya.
Ketiga-tiga firma penyelidikan itu berkata kerugian bersih suku kedua MAS adalah seperti yang diunjurkan dan menjangkakan data-data kendalian yang lebih lemah dalam enam bulan kedua tahun ini.

Rugi: MAS akan buang 6,000 pekerja, Khazanah suntik modal RM6 bilion...

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad. Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa. Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.  Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu. Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017. Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015. "Pelan ini, dilaksanakan lebih enam bulan, sebagai kewajipan Khazanah, yang kini menguasai 69.3% MAS, memiliki 100% syarikat penerbangan itu berikutan langkah membeli baki ekuiti daripada pemegang saham minoriti pada 27 sen sesaham yang dianggap sebagai munasabah dalam pasaran," katanya kepada pemberita pada satu taklimat di Kuala Lumpur hari ini. Kabinet dan lembaga pengarah MAS sudah memberi kelulusan bagi rancangan itu yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah entiti yang lebih kukuh dan lebih

Youths protest Malaysia-Israel trade ties

Ariff Sabri: Why are Malays so petty?

The Raub MP is at it again, this time questioning the rationale of wanting an MB who is Selangor-born.

PETALING JAYA: Raub MP Ariff Sabri Abdul Aziz of DAP has reiterated his support for Wan Azizah Ismail to be appointed the next MB of Selangor by questioning the rationale of her detractors.
In his blog entry yesterday, Ariff said, “People are already thinking about building a new civilisation, new culture. We Malays are still caught up in … pettiness.”
khalid zalimi300Reports have emerged that there are some within Pakatan Rakyat (PR) who are reluctant to support the PKR President’s candidacy because she was not born in Selangor.
There are also groups outside PR that use this rhetoric. Among them is Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar.
“On the other hand,” said Ariff, “the Malays can accept an MCA ADUN who isn’t born in the state. When it comes to a Malay, the Malays suddenly become so strict.
“I think Malays should not be caught up with such pettiness. Most important – the MB is Malay and Muslim. Born where – don’t care.
“In my opinion then, the Constitution, which gives overriding effect of representative democracy, compels the Sultan to endorse Wan Azizah.”

Tidak perlu mesyuarat dengan PKR lagi - Mustafa Ali


MUSTAFA ALI, Foto Malaysia Gazette
Pas secara terbuka menolak pelawaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bermesyuarat bagi berbincang mengenai calon Menteri Besar Selangor.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali memberitahu China Press secara terus-terang bahawa mesyuarat dengan PKR berhubung isu tersebut tidak perlu diadakan.
Tambahnya, Pas akan membuat keputusan mengenai calon Menteri Besar dalam beberapa hari terdekat dan berharap PKR dan DAP akan menghormati pilihan Pas.
Ditanya mengenai cadangan PKR supaya calon tunggal iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dikemukakan kepada Sultan, Mustafa berkata, sebanyak dua calon akan dicadangkan.
"Pas akan menyerahkan dua nama berdasarkan keputusan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, dua nama ini ialah Wan Azizah dan Azmin Ali.
"Pas memperakui calon Menteri Besar daripada kalangan wakil PKR, kita tidak akan mencadangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, Wan Azizah merupakan calon tunggal yang akan dikemukakan partinya untuk perkenan Sultan Selangor.
Katanya, DAP sedang merangka surat kepada Sultan dan ia dijangka disiapkan menjelang Jumaat.
"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat akan menghantar surat masing-masing kepada Sultan. Walaupun surat berlainan dihantar, tetapi formatnya adalah sama," katanya.

'Mahathir mahu PM bekerja, bukan melancong' kata Mat Taib

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib melihat bahawa kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan berlaku kelemahan dalam pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Antara petanda kelemahan itu termasuk termasuk kemunculan banyak gerakan pendesak berhaluan kanan, kata Muhammad, yang kini menyertai PAS.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan lidah parti PAS, Harakahdaily itu, beliau turut membangkitkan mengenai percutian Najib baru-baru ini.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Apabila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan perdana menteri yang bekerja dan bukannya melancong,” katanya.

Menurut Muhammad, Mahathir bimbang dengan kelemahan Najib dalam menangani isu kaum dan tidak akan berdiam diri sekiranya Najib tidak mengikut tuntutannya.

OK Najib, let’s talk about nepotism

Isn't the PM the pot calling the kettle black?

najib_rosmah_azizah_300BN Chairman Najib Tun Razak recently tried to make political hay with the Selangor MB saga. He mocked the political developments in Selangor. At a school event, he said, “Just imagine, if in BN we make our own wife as the menteri besar. We will be accused of open nepotism, but this is happening in Selangor.”
As one pundit observed, “He needs to have a good look at himself in the mirror. Najib is known as the proxy PM. Some members of his own party consider his wife, the self-styled First Lady of Malaysia (FLOM), to be the de facto PM.”
Najib is himself a product of nepotism. On the death of his father, he was propelled into politics and won, not because of his policies – for he had none – but because of sympathy votes from the Malays.
Najib has only to look at his cabinet. There any many sons of BN politicians in it.
Many Malaysians believe that one way of becoming rich is to become a politician. Some of the offspring of politicians do not venture into politics. Instead, they are the beneficiaries of lucrative government contracts.
Look at the allegations surrounding Shahrizat Abdul Jalil and the NFC scandal. And the son of another cabinet minister became a Special Assistant in the Ministry of Tourism. He was happy to work without a salary.
So, isn’t Najib acting more like the pot calling the kettle black? BN is a hive of political nepotism too.
Najib made his remark at a Selangor Umno-Baru Aidilfitri celebration, held at the Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) in Dengkil on Aug 27. In his speech, he alluded to “someone’s wife replacing a fit and properly elected representative who had been asked to resign to enable her to be nominated for the post of menteri besar.”
Making his political statement in a school smacks of political hypocrisy. Last April, Karpal Singh’s family was prevented from using the SJKC Chung Kwo for Karpal’s memorial service because, Putrajaya said, it was a political event.

Rafizi seru Adun PKR tolak dicalonkan MB


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Selangor perlu menolak sebarang pencalonan sebagai menteri besar Selangor oleh pihak tertentu sebagai tanda menghormati keputusan parti, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, keputusan itu juga selaras dengan apa yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor. "Saya menyeru Adun PKR Selangor membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara PKR yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan PR.  "Kenyataan terbuka setiap Adun PKR di Selangor yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan dalam melawan Umno Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menolak pencalonan PAS menjadikannya calon menteri besar selain menyokong pendirian parti menamakan Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang. Timbalan speaker DUN Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya memimpin negeri terkaya itu. Rafizi dalam kenyataan sama turut mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi kerana menyatakan secara terbuka sokongan penuh kepada pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor. "PKR dan Majlis Pimpinan PR membuat keputusan

PAS nafi kemuka 4 calon untuk jawatan MB Selangor

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menegaskan tiada seorang pun nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu diberi kepada PAS Pusat untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor, menafikan laporan sebuah akhbar hari ini.‎ Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor itu sebaliknya berkata, mesyuarat antara PAS negeri dengan‎ Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali di Shah Alam pada Rabu bersetuju akan mencalonkan dua nama daripada PKR. "PAS Selangor tidak bagi nama. Kita cuma beri pandangan kepada PAS Pusat tentang isu ini," katanya ketika dihubungi, sekaligus menolak dakwaan empat nama Adun PAS ‎dicalonkan dalam mesyuarat Rabu lalu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini. Akhbar milik Umno itu melaporkan, empat nama terbabit adalah Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi (Bendahari PAS Selangor), Ir Mohd Haslin Hassan (Adun Tanjung Sepat) selain Iskandar sendiri. "Saya tak tahu tentang (dakwaan) itu," katanya. Katanya, secara praktikalnya PAS Selangor boleh kemukakan nama ahlinya kepada Pusat tetapi terikat dengan ketetapan Pakatan Rakyat (PR) kerusi menteri besar Selangor milik PKR. Selepas mendapat “lampu hijau” daripada PAS Selangor, nama tersebut kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat AJK PAS Pusat untuk diputuskan sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum 3 September depan. Adun Cempaka itu berkata, keputusan dibuat kerana menghormati titah Sultan Selangor yang meminta sekurang-kurangnya dua nama bagi memudahkan baginda menentukan calon yang difikirkannya layak. Mustafa sebelum ini juga dilaporkan berkata, menjadi hak parti itu untuk

Iskandar Kata Kenyataan Mustafa Kenyataan Peribadi? Baik sebut Pas Selangor nak jadi MB....

SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.

"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan Pas Pusat sendiri.

"Namun demikian, pihak saya (Pas Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada Pas Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang Pas Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Semalam, Mustafa berkata, Pas akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurutnya, ia berikutan Pas Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut. - Bernama

ULASAN GB

Dah pun bersilang seketa sesama sendiri.

Semasa ramai AJK Pas Pusat menyatakan Tuan Presiden membuat kenyataan bahawa TS Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai MB itu sebagai kenyataan peribadinya, ada juga yang menyelar kenyataan-kenyataan AJK PAS Pusat tersebut sehingga ada yang mencadangkan supaya Mat Sabu, Hanipa Maidin, Dzulkefly Ahmad dan lain-lain dikenakan tindakan disiplin. Marah sangat bila kata itu kenyataan peribadi presiden.

Kata kat Najib, anak sendiri lagi lebih

Bukan berniat dan bertujuan nak pertahankan Najib tetapi sekadar nak dedahkan sifat kuman seberang lautan nampak .. ikan paus tersangkut di kelopak mata langsung buta buat-buat tak nampak.

Kalau nak bersuara dan memberikan pandangan atas kapisiti bekas negarawan untuk beri nasihat amat-amat dialukan ... malahan apa yang diperkatakan ini memang benar, tepat lagi sahih, tetapi kena nasihat anak kandung sendiri dulu agar boleh dijadikan contoh teladan untuk diikuti dan barulah rakyat percayai apa yang terhambur dari mulut itu gred ikhlas bukannya sekadar mengkritik.

Kritik pedas Najib boros, yang anak sendiri sebagai MB Kedah buat ubah suai rumah dan tanam pokok kurma sebagai bahan lanskap sampai RM4.3 juta apa ceritanya????

Mahathir tidak akan berdiam diri - Muhammad Taib

KUALA LUMPUR: Kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menginginkan seorang Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya selalu melancong.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang bekerja di bawah Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang yang tegas dalam pentadbiran.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Bila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya melancong," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah di sini.

Menurut beliau lagi, sewaktu pentabiran Mahathir tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak seperti sekarang.

"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.

Sultan tolak calon MB 'kawalan jauh'..?

Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi,” kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

“Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya.

Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tun Musa pun sama, pernah dijadikan alas kaki Dr Mahathir

Aspan Alias
 
Hebat juga perbahasan tentang isu Dr Mahathir menarik balik sokongan beliau terhadap Mohd Najib. Ada yang mengatakan Najib akan tersungkur dengan tindakan Dr Mahathir ini dan ada yang berpendapat yang Najib akan bertahan dan Dr Mahathir yang tersungkur. Apa pun dan siapa yang tersungkur dalam isu ini jelas telah terbukti apa yang blog ini tulis sejak beberapa tahun dahulu sudah sampai kebenarannya. Semasa saya menulis tentang isu ini dahulu, saya dikritik begitu hebat oleh pihak yang sedang merasakan kebenaran kata-kata blog ini dan pandangan-pandangan pihak lain.
Perbezaan atau pergaduhan diantara pemimpin UMNO sesama sendiri ini tidak sepatutnya menjadi kehairanan sesiapa, kerana bagi siapa yang memahami keadaan, sememangnya UMNO itu diwujudkan untuk membawa perpecahan.
Kadangkala perpecahan yang bakal tiba itu sememangnya diketahui oleh pemimpin utama parti itu, kerana perpecahan yang akan datang itu merupakan ‘survival’ politik bagi sesetengah pemimpin. Perpecahan itu sangat diperlukan oleh setengah pemimpin yang mempunyai pengaruh besar dalam politik itu. Mereka-mereka ini bukannya mengutamakan negara dan rakyat pimpinan mereka, tetapi kepentingan peribadi dan keluarga serta kroni dan nepotisma mereka.
Dr Mahathir tidak akan menjadi pemimpin besar tanpa perpecahan dalam UMNO dahulu. Perpecahan dan kelemahan Najib sekarang ini dianggap oleh Dr Mahathir boleh menjadikan beliau terus relevan dalam UMNO itu. Kata-kata Tun Musa Hitam yang Dr Mahathir akan hanya berpuas hati jika Dr Mahathir mempunya klon nya di Putrajaya memerintah negara yang berpecah ini.
Tun Musa Hitam dari awal lagi mengetahui tektik dan strategi politik Dr Mahathir ini, tetapi beliau sendiri merupakan pemimpin yang merelakan dirinya untuk dijadikan alas kaki oleh Dr Mahathir untuk merasakan nikmat duduk diatas kuasa itu. Akhirnya beliau kecundang juga. Tun Musa diperguna untuk menyekat seorang pemimpin lain untuk mara kerana Dr Mahathir sendiri adalah pemimpin yang sendiri mempunyai kekurangan kepimpinan semasa itu.
Dr Mahathir mempunyai forbia besar terhadap pemimpin dibawah beliau yang mempunyai kelebihan dan sentiasa menjadikan beliau tidak selamat kerana dari awal beliau mahu menguasai kerajaan sepanjang masa. Mahathir menggunakan Tun Musa untuk mengenepikan Tengku Razaleigh secara sistematik dan ‘step-by-step’ dan itu pun sebabnya berlaku pertandingan peringkat Timbalan Presiden UMNO itu pada tahun 1981 dahulu.
Akhirnya UMNO secara beransur-ansur menjadi lemah dan setelah hampir tiga puluh tahun hasil dari pecah perintah Dr Mahathir itu, parti pemerintah ini menjadi lemah dengan warisan kepimpinan yang lemah. Akhirnya UMNO itu dibunuh kerana undang-undang dan kepimpinan beretika bukannya nilai yang sesuai dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir mempunyai sistem demokrasi acuan beliau sendiri dan beliau selalu berbangga dengan acuan demokrasi beliau itu.

ADUN-ADUN KEADILAN SELANGOR WAJAR BERI SOKONGAN PENUH KEPADA DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL DAN MENARIK DIRI DARI PENCALONAN

Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda KEADILAN dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor yang menyatakan secara terbuka sokongan sepenuhnya kepada pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Saudara Nik Nazmi juga dengan itu menarik diri dari sebarang pencalonan bagi jawatan itu seperti yang disyorkan oleh Saudara Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS.

KEADILAN dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon tunggal Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Selangor. Keputusan ini perlulah dihormati seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Saudara Nik Nazmi.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya ADUN-ADUN KEADILAN Selangor yang lain juga membuat kenyataan terbuka untuk menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak sebagai menghormati keputusan sebulat suara KEADILAN yang turut dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan terbuka oleh setiap ADUN KEADILAN di Selangor yang menyokong pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menarik diri dari sebarang pencalonan oleh mana-mana pihak yang lain adalah lambang kesetiaan mereka kepada parti dan perpaduan kita dalam melawan Umno/Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Anwar hilang sokongan majoriti Melayu bila PAS enggan tandatangan SD sokong Wan Azizah, kata Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan sokongan majoriti Melayu di Selangor apabila PAS enggan menandatangani surat Akuan Berkanun (SD) agar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar. Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kehilangan sokongan itu jelas dapat dibuktikan menerusi pendirian 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang enggan menandatangani SD meskipun dipinta Anwar. "Ini apabila Dr Wan Azizah gagal mendapat mandat dari adun PAS," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdullah Zaik berkata Dr Wan Azizah tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya menerima sokongan bukan Melayu dan tidak mendapat mandat daripada majoriti Melayu di Selangor. Setakat ini hanya 2 daripada 15 Adun PAS Selangor menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar iaitu Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin. Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa lalu meminta parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih dari 2 nama bagi calon menteri besar Selangor akan tetapi PKR dan DAP tetap bertegas hanya akan kekal dengan 1 nama iaitu Dr Wan Azizah. Bagaimanapun, Setiasaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider Khamis lalu mengesahkan akan tetap menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor seperti mana dititahkan istana. Manakala Anwar dalam reaksinya semalam meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR untuk menamakan isterinya, Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita. "Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya.

MB Selangor: Mampukah Pas konsisten dengan keputusannya?

Isu MB Selangor
KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Selangor tertanya-tanya siapa yang bakal menjadi Menteri Besar baharu, perhatian umum turut tertumpu kepada Pas sama ada mampu konsisten dengan keputusan mencalonkan tiga nama bagi jawatan nombor satu kerajaan negeri.

Sebelum ini, Pas, yang menyokong pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid, membuat 'pusingan-u' apabila bersetuju mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar.

Pendirian Pas, yang pada awalnya beria-ia menolak pencalonan Dr Wan Azizah, berubah lagi apabila bersetuju dengan keputusan PKR dan DAP untuk hanya mencalonkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang sebagai calon tunggal. 

PKR DAN DAP TETAP CALON KAK WAN

PKR dan DAP sebelum ini sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, menggantikan Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR pada 9 Ogos.

Kedua-dua parti itu sehingga kini masih konsisten dengan keputusan mereka untuk mencalonkan Dr Wan Azizah manakala Pas yang bermesyuarat semalam menyatakan akan menghantar tiga nama untuk diperkenan Sultan Selangor.

Pada Rabu, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dilapor sebagai berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak meletakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini," kata Mustafa.

INGKAR TITAH SULTAN

Ramai pihak melihat 'kedegilan' PKR dan DAP yang berterusan mahu mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai suatu penderhakaan dan cubaan untuk mewujudkan 'tekanan' kepada pihak istana dalam soal pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sultan Sharafuddin pada Selasa menangguh untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid, yang juga Adun Pelabuhan Klang, sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Pada Selasa, semasa Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan pandangan baginda berhubung kedudukannya, Sultan Sharafuddin menitahkan pemimpin gabungan parti - Pas, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Ini bagi memudahkan baginda menentukan calon yang berkelayakan untuk dilantik ke jawatan Menteri Besar bagi menggantikan Abdul Khalid.   

Namun, titah baginda gagal dipatuhi oleh PKR dan DAP yang masih dengan keputusan asal mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk diperkenan sebagai Menteri Besar.

Pada Rabu, Sultan Selangor menitahkan Pas, PKR dan DAP mengemukakan cadangan nama calon Menteri Besar kepada baginda sebelum Rabu depan (3 September).   

Krisis MB: Hassan Karim disiasat polis

“Hassan dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor”

hassan karimPETALING JAYA: Naib Ketua PKR Johor, Hassan Karim telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam pagi ini, untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Hassan yang dihubungi FMT sebentar tadi mengesahkan perkara tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini namun mengatakan bahawa siasatan adalah berkenaan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
“Ia berkaitan pandangan saya berhubung constitution (perlembagaan), tentang isu Menteri Besar Selangor, dalam Twitter dan Facebook baru-baru ini,” katanya.
Hassan merupakan seorang peguam dan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).