Khamis, 28 Ogos 2014

PAS Selangor enggan sahkan nama Azizah tersenarai antara 3 ADUN PKR

Post Pic
 SHAH ALAM: PAS Selangor enggan mengesahkan samaada parti itu akan mengemukakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar negeri itu bersama dua nama lain.
 
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad sebaliknya hanya memberitahu PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi memuktamadkan senarai nama yang dipilih.
 
Iskandar turut memberitahu PAS Selangor tidak pernah mencadang mana-mana nama ADUN PKR negeri itu sebaliknya menyerahkan urusan pemilihan itu sepenuhnya kepada PAS Pusat.
 
"Saya tak mahu komen pasal hal itu (senarai nama calon).
 
"Kami akan mengikut keputusan PAS Pusat, dan mungkin mereka akan adakan mesyuarat sekali lagi," katanya yang ditemui media selepas menghadiri Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.
 
PAS semalam memberitahu parti itu akan mengemukakan tiga nama ADUN PKR untuk dinilai Sultan Selangor bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 

Kuku Besi Najib: Sabit bersalah, mungkinkah PRK 6 parlimen, 2 Dun?

KUALA LUMPUR: Penangkapan secara sewenang-wenang dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menjelang sambutan ulang tahun Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik Malaysia.

Pada hari ini sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan ‘fitnah dan provokasi’ terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua Adun diheret ke mahkamah.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad dan Adun DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Tindakan hanya calonkan Wan Azizah dibidas NGO Pro Khalid

SHAH ALAM - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor hari ini membidas tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu.

Presiden Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Mazli Saring berkata tindakan kedua-dua parti itu jelas mencabar kedaulatan undang-undang negeri itu yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan calon yang layak menjadi Menteri Besar.

"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat harus sedar bahawa untuk dapatkan kuasa mereka perlu menghormati orang yang berkuasa (Sultan Selangor) tetapi mereka
bersikap biadap kerana apa? kerana mereka bukan anak Selangor.

"Anwar Ibrahim (Datuk Seri), Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) dan Mohamed Azmin Ali bukan
anak Selangor. Orang yang bukan anak Selangor inilah yang bersikap biadap kepada sultan kami," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mazli turut mengalu-alukan pihak terbabit supaya 'keluar' dari Selangor jika tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran di negeri itu dan mengingatkan pemimpin PKR dan DAP supaya tidak berterusan mencabar institusi diraja.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Abdul Rahim Abdul Wahab berkata PKR dan DAP sepatutnya akur dengan titah baginda yang mahukan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

PKR, DAP bimbang Azizah bukan pilihan istana

Azizah
SHAH ALAM – Keputusan PKR dan DAP yang hanya meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan kebimbangan parti itu terhadap kemungkinan Azizah tidak diterima sekiranya wujud nama lain.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat keputusan itu juga merupakan mesej yang cukup jelas kepada Sultan Selangor.

"Mereka memang betul-betul mahukan Azizah kerana memang ada keraguan jika ada nama lain kemungkinan Azizah tidak dipilih oleh baginda.

"Jadi, ini ketakutan yang bermain dalam kepala mereka. Kalau tidak, ini seharusnya tidak menjadi masalah.

"Kemungkinan bahawa calon lain dipilih itu juga adalah besar. Sebab apa, kalau baginda betul-betul memang bersetuju dengan Azizah, sudah tentu alternatif lain ini tidak akan berbangkit," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut soal tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas dengan keputusan tersebut meskipun telah dititahkan Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada dua nama calon, Dr Jeniri berpendapat perkara itu selari dengan prinsip dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Ini boleh dilihat sebagai satu mesej yang jelas kepada istana bahawa mereka tidak mahu calon lain. Mereka hanya mahu Azizah.

"Ini boleh dibaca sebagai satu tindakan yang betul-betul berdasarkan prinsip dan amalan demokrasi yang memperlihatkan ketegasan mereka yang mahukan Azizah.

"Kerana dari segi demokrasi, sesiapa yang mendapat sokongan majoriti dan majoriti itu bersetuju untuk mengemukakan nama berkenaan, jadi, nama itu perlu dipertimbangkan dengan serius oleh Sultan," katanya.

Sebab Utama Islam Perangi Yahudi – Al-Qaradawi


Qaradawi

Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf Al-Qardawi menjelaskan bahawa permusuhan umat Islam dengan kaum Yahudi adalah disebabkan mereka telah merampas tanah milik umat Islam iaitu bumi Palestin.
Yahudi juga telah menghalau penduduk asalnya dan memaksa bangsa Yahudi duduk menetap di tanah rampasan tersebut.
Disebabkan hakikat ini, jalan keluar ialah dengan menggunakan pedang iaitu jalan peperangan, bukan lagi jalan rundingan atau penulisan.
Dalam tulisannya yang disiarkan di laman web Kesatuan Ulama Sedunia Dr Yusuf berkata, peperangan ini akan berterusan sehinggalah tanah milik umat Islam itu dikembalikan.
“Mereka perlu tunduk kepada umat Islam. Setelah itu, barulah peperangan ini berakhir,” katanya.
Bercakap mengenai gencatan senjata, Dr Yusuf berkata ia boleh dilakukan sama ada dalam masa yang singkat atau panjang, dengan tujuan menghentikan serangan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak, tetapi bukan dengan alasan tunduk kepada Yahudi.
Tambahnya, sikap mahu menyerah kalah dengan memberikan tanah demi mencapai keamanan bukanlah jalan keluar, kerana tanah itu adalah milik umat Islam, bukannya milik Yahudi.

PAS Pulau Pinang pun tolak Wan Azizah sebagai MB Selangor?

Tindakan beberapa pemimpin tertinggi di dalam Pakatan Rakyat yang mengkritik PAS dalam kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor dimana DAP dan PKR berkeras mahukan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon tunggal telah mengundang rasa kecewa pemimpin PAS Pulau Pinang.

Melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man dalam satu kenyataan kepada media berkata bahawa tindakan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PR yang terus menerus menyalahkan PAS adalah satu tindakan yang tidak wajar selaku rakan di dalam satu gabungan di mana asas perjuangan adalah sama untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan dari Barisan Nasional.

Salleh Man dalam kenyataannya itu bertegas mahu pemimpin PKR dan DAP berhenti dari menuduh PAS cuba menikam dari belakang dua parti tersebut hanya kerana tidak bersetuju Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk dilantik menjadi MB yang baru di Selangor dan berharap dua parti tersebut memikirkan semula komitmen yang diberi PAS sebelum ini sehingga gabungan PR berjaya menang besar pada Pilihanraya Umum yang lalu.

"Tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin DAP dan PKR kononnya Pas cuba menikam pakatan pembangkang adalah tidak tepat, sebaliknya kami selama ini telah membuktikan komitmennya dengan memberi kerjasama yang baik dalam pakatan sepertimana yang ditunjukkan pada PRU yang lalu." ujar Salleh Man disini semalam.

Terkuburnya harapan Erdogan dalam PAS berbanding di Turki..!!

Mohammad Tawfik Yaakub

Hari ini 28 Ogos 2014, Reccep Tayyip Erdogan secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Presiden baru Turki setelah memenangi pilihanraya umum presiden pertama yang diadakan di negara berkenaan. Kemenangan Erdogan menandakan kemuncak kejayaan gerakan Islam moderat di Turki yang melalui pelbagai cabaran dan dugaan politik setelah kejatuhan regim pemerintahan Kamal Attarturk pada tahun 1938. Kejatuhan regim Attarturk merupakan peluang terbuka kepada gerakan Islam di Turki untuk mengatur semula kebangkitan pengaruh empayar Islam di negara dua benua tersebut. Kejayaan Erdogan memenangi jawatan tertinggi dalam pemerintahan Turki kini turut melambangkan kemenangan gerakan Islam yang bertungkus lumus sejak sekian lama untuk mengembalikan kegemilangan empayar Islam. Matlamat yang sama turut dikongsi parti PAS sepanjang tempoh perjuangannya dalam politik Malaysia untuk membentuk dan menubuhkan sebuah negara Islam di rantau Asia Tenggara. Meskipun kini Erdogan berjaya ke tampuk tertinggi pemerintahan Turki, namun hasrat parti PAS untuk mentadbir Malaysia melalui kerjasama PKR dan DAP semakin pudar akibat perpecahan dalaman parti angkara kelompok “Erdogan”.

Gelombang perpecahan dalaman PAS yang diterajui oleh dua jalur aliran iaitu “Erdogan” (pro Anwar) dan kelompok konservatif semakin memuncak setelah tercetusnya krisis menteri besar Selangor. Krisis dalaman parti PAS semakin membarah apabila kelompok “Erdogan” bertungkus lumus mempertahankan pemilihan Datuk Seri Dr. Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi jawatan MB Selangor. Perpecahan dalaman PAS yang semakin sukar dibendung ini dilihat sebagai titik tolak bermulanya perceraian kerjasama politik antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Keadaan ini sekaligus membantutkan harapan kelompok “Erdogan” dalam PAS untuk bersama-sama PKR dan DAP menguasai Putrajaya seperti kejayaan Erdogan di Turki ke tampuk tertinggi kuasa.

DAP: Pendakwaan 5 pemimpin Pakatan bermulanya era kuku besi Najib


Pendakwaan mahkamah terhadap lima pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran hari ini menandakan bermulanya era pemerintahan kuku besi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Lim berkata, penangkapan dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan PR, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menjelang sambutan Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik negara. Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) jika wakil rakyat PR didapati bersalah dan hilang kelayakan mereka. "Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima PRK peringkat Parlimen bakal diadakan, iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat DUN – Seri Delima dan Changkat Jering. "Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi didakwa dengan tuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan fitnah dan provokasi terhadap ahli Umno. Manakala Surendran dikenakan dakwaan mengikut Akta Hasutan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila membuat kenyataan rayuan kes Liwat II adalah konspirasi politik yang melibatkan Putrajaya,

Peguam Negara guna cara kreatif jatuhkan ahli politik pembangkang

Memang kerja kita untuk timbulkan kemarahan orang Umno

Abdul_Gani_Patail_300PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa Peguam Negara kini lebih kreatif dengan menggunakan undang-undang yang tidak pernah didengar untuk menjatuhkan ahli politik pembangkang.
Menurutnya, selain menjatuhkan pembangkang, ia juga untuk menghalang orang awam daripada memberikan pendapat.
Rafizi ditemui pemberita sejurus selepas beliau membayar ikat jamin turut mendakwa bahawa tuduhan yang dikenakan keatasnya itu sememangnya dirancang untuk mengenakan ahli politik.
“Saya hanya boleh tertawa apabila dikenakan tuduhan ini (kerana mengeluarkan kenyataan di dalam satu artikel bertajuk “Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?” dalam portal berita FZ.com). Bahkan saya dituduh kerana membangkitkan kemarahan orang Umno.
“Sebagai ahli politik pembangkang itu memang apa yang kita buat. Memang kerja kita untuk timbulkan kemarahan orang Umno dan selepas ini, mudahlah untuk sesiapa yang tidak bersetuju dengan mana-mana kenyataan boleh buat laporan polis,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibuat terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan di dalam satu artikel bertajuk “Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?” dalam portal berita FZ.com
Beliau dituduh di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu “dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan”.

Aduan Rakyat Malaysia (Pelanggan) Kepada kakitangan Awam Yang Kerja Suka Lepak di Kedai Makan. Borak-Borak..

aduan rakyat kakitangan awam
Baru-baru ini, saya berurusan dengan pejabat kerajaan. Namun urusan tidak dapat diselesaikan. Kerani di pejabat itu menyuruh saya datang semula pada pukul 10.30 pagi kerana orang yang dipertanggunjawabkan pergi minum dan akan balik sekitar waktu itu. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Inilah antara masalah yang telah menjadi wabak dalam pejabat kerajaan.
Sejak bila ada tercatat di papan tanda pejabat pukul 10 adalah waktu minum? Ini waktu pejabat bukannya kursus anjuran agensi kerajaan yang memang mewah dengan jadual makan minum sebanyak enam kali sehari.
Namun inilah yang berlaku di kebanyakan pejabat kerajaan hari ini. Jika ditinjau di kedai makan sekitar waktu ini, kita boleh lihat ramai yang berpakaian pejabat minum dan berbual di situ.
Tidak bolehkah bersarapan sebelum masuk waktu pejabat? Kami pelanggan yang hanya mempunya masa yang suntuk untuk keluar menyelesaikan beberapa urusan dengan sektor kerajaan dan memerlukan perkhidmatan. Malangnya, ada kakitangan awam yang tidak memikul amanah yang telah diberikan sebagai kakitangan kerajaan apabila tiada di tempat dan masa yang diperlukan oleh rakyat Malaysia seperti kami. Sedangkan anda sudah tentunya dapat gaji di hujung bulan. CUEPACS jangan asyik minta bonus. Cuba atasi masalah pekerja yang keluar minum sesuka hati dan di waktu kerja sedangkan waktu rehat hanya sejam di tengah hari.
Puan Azrinaz Hashim, Petaling Jaya
Kepada pegawai atasan, sila menyelia pegawai dan kakitangan anda dengan seeloknya, kenakan tindakan tegas kepada pegawai atau kakitangan yang sibuk melepak di kedai kopi tidak mengikut jadual kerajaan yang telah ditetapkan untuk mereka hingga mengabaikan kerja sendiri yang akhirnya menyebabkan pelanggan / rakyat yang berurusan menjadi mangsa.

Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia 2015 (4% – 6%) Angkara GST Malaysia! Bersedia? Trend Harga Rumah Naik 340% Sejak 23 Tahun. Gaji Rakyat Malaysia...???

gst malaysia
Kenaikan Harga Rumah Naik Malaysia 2015 (4% – 6%) Angkara GST Malaysia! Bersedia? : Tiba-tiba teringat dengan laporan di Berita RTM TV1 dan juga berita TV3 serta tidak lupa juga nasihat dan peringatan daripada seorang yang bergelar Menteri Kewangan Malaysia, Ahmad Maslan yang mengatakan harga barang akan turun, harga, harga rumah di Malaysia akan turun selepas GST. Percayalah……Tolonglah percaya (CONTOH AHMAD MASLAN DI SINI). Dalilnya?
Jikalau dilihat seluruh pelusuk iklan di Malaysia, kartun di LRT, billboard di tepi tepi jalan raya, iklan di saluran TV3, Astro dan RTM berkenaan GST. Semuanya indah-indah belaka.
Seperti tinggal di syurga apabila dilaksanakan GST bermula 1 April 2015 kelak. Contohnya alunan suara iklan GST yang acapkali berlegar di telinga rakyat Malaysia sekarang dengan tujuan mendidik seperti :
  • “Jangan bimbang pendidikan tiada cukai GST”
  • “Jangan bimbang beli rumah tiada cukai GST”
Jika cukai GST betul boleh turunkan harga barang, iklan itu sepatutnya bunyi begini:
  • “Berita baik pendidikan juga ada cukai GST”
  • “Lagi berita baik, beli rumah pun ada cukai GST”
Berdasarkan semakan Berita Semasa trends kenaikan harga rumah di Malaysia naik telah lama berlaku mengikut nilai pasaran semasa sehinggakan rakyat Malaysia seperti anda, anda di sini terus menjadi mangsa.
Realitinya, belum ada GST Malaysia pun, ramai yang sehingga ke hari ini tidak dapat memiliki harga rumah mampu milik.

Kenaikan Harga Rumah Naik di Malaysia VS GST Malaysia 2015?

Untuk rekod dan rujukan anda semua, kenaikan harga rumah di Selangor naik contohnya telah mencecah sebanyak 340% dengan purata sekurang-kurangnya 10% sejak 23 tahun yang lalu. Bagaimana pula trends kenaikan gaji dan pendapat anda pula sebagai rakyat Malaysia yang membanting tulang, tenaga dan buah fikiran di tanahairanda sendiri?
Pastinya, Harga rumah di Malaysia naik 4% – 6% selepas GST dilaksanakan bermula 1 April 2015. Ya…untuk kenaikan harga rumah di malaysia naik berpunca daripada GST sahaja adalah antara sekitar 4% – 6%. Belum ditambah dengan trend kenaikan harga rumah di Malaysia terutamanya di lembah Klang contohnya telah meningkat lebih daripada 10% sejak 2 tahun yang lalu
gst malaysia 2015
Ya…benar harga rumah yang djual dikenakan GST tetapi segala pembinaan kediaman tersebut memerlukan bahan binaan seperti simen, batu-bata, kayu dan lain-lain bahan binaan yang dikenakan GST. Oleh itu, pemaju mana yang bermurah hati dan mahu melakukan kebajikan kepada pelanggan dan pembeli rumah dengan menanggung kesemua beban cukai GST yang dikenakan ke atas mereka?

'Kenyataan Mustafa isu calon MB belum muktamad' - PAS Selangor

Iskandar Abdul Samad 
SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar  Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.

"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan Pas Pusat sendiri.

"Namun demikian, pihak saya (Pas Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada Pas Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang Pas Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

PM didesak tunai janji mansuh Akta Hasutan 1948 - AMK

Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didesak supaya memansuhkan segera Akta Hasutan 1948 dan menepati janjinya yang telah dibuat pada Julai 2012.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan Najib sewajarnya menghentikan pendakwaan dan serangan terhadap pimpinan PR serta-merta yang masih menggunakan undang-undang itu.

"Dengan penghapusan Akta Hasutan 1948 ini, tiada lagi rakyat yang akan ditindas hanya kerana kelantangan mereka menyuarakan pendapat mahupun mengkritik kerajaan.

Namun, sehingga kini setelah lebih dua tahun, hasrat tersebut dilihat sekadar janji kosong semata-mata," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, beberapa pimpinan PR telah disiasat dan didakwa di bawah akta selepas mengeluarkan kenyataan yang mengkritik pemimpin negara dan Umno.

Antara pimpinan itu ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Adun Seri Delima; RSN Rayer; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak; Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hamas arrests suspected Israeli collaborators

PAS Selangor enggan sahkan nama Azizah tersenarai antara 3 ADUN

Dr Tan : Pemecatan Abdul Khalid Ikut Prosedur

Pemuda PAS, AMK gading bahu di Pengkalan Kubor

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan dan Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu menyokong sesiapa sahaja yang bakal bertanding pada pilihian raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang bakal dicalonkan pada PRK itu

demi perpaduan Pakatan Rakyat.

“Kami menyedari musuh sebenar Pakatan Rakyat ialah Umno dan BN. Apa yang penting kita mahu merampas Dun berkenaan daripada BN,” katanya di sini.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar akibat barah hati di China pada 20 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum lepas Noor Zahidi mengatasi calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi.

Ahmad Fadhli juga berkata, berdasar tinjauan awal pemuda negeri ke Pengkalan Kubor didapati peluang cerah untuk merampas semula Dun berkenaan.

Ketua Cabang AMK Kota Bharu, Roslan Ismail pula berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi menghadapi musuh sebenar Pakatan Rakyat iaitu Umno dan BN.

Menurut beliau AMK Kota Bharu bersama AMK negeri akan turun ke bawah bagi membantu calon yang akan bertanding.

“Kami bersedia untuk berganding bahu bersama untuk membantu calon Pakatan bagi merampas Dun terbabit,” ujarnya.

Jangan alpa muslihat kotor BN hancurkan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: Ahli dan perwakilan KeADILan diseru supaya tidak alpa dan bercakaran sesama sendiri ke tika parti lawan mahu menghancurkan peluang Pa katan Rakyat dalam pilihanraya, kata Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar .
Ujarnya, walaupun Pakat an Rakyat mendapat so kongan rakyat tetapi perpecahan hanya akan membuka ruang kepada muslihat kotor BN untuk kekal berkuasa termasuk melalui persempadanan semula.

“Bulan Mei 2013, Timbalan Pengarah UMcedel, Amer Saifude, mendedahkan BN akan tetap memerintah negara ini selagi Malaysia kekal menggunakan sistem first-pastthe- post da lam pilihan raya negara ini. “Keputusan PRU13 yang kita lalui menyaksikan wa laupun BN cuma mempu nyai 47 peratus undi popular, mereka te lah berjaya meme nangi 133 kerusi di Parlimen,” jelasnya.
Menurut Izzah, peluang keemasan Pakatan Rakyat untuk memperoleh banyak undi tiba dalam pertengah an lapan tahun sebelum per sempadanan semula yang kali terakhir dilakukan pada 2003.

Najib perlu jawab kecaman Mahathir terhadapnya

Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Sikap diam membisu Dato’ Seri Najib Razak terhadap kecaman Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi isu yang lebih besar kerana dibiarkan tanpa maklum balas yang mewujudkan situasi ‘kurang sihat’ dalam perkembangan politik negara, tegas bekas Naib Presiden Umno, Muhammad Mohd Taib.
Menurut Mohamad, apa yang disebut bekas Perdana Menteri itu adalah sikap nyata Najib yang dapat dilihat hari ini dalam berdepan dengan beberapa isu besar seperti berlakunya pergolakan kaum dan agama yang tidak dapat ditanganinya.

Jelasnya, banyak perkara yang dibangkitkan Mahathir seolah-olah terbiar tanpa jawapan dan jalan penyelesaian. “Sebagai pemimpin, Najib kena tunjukkan sikap memandu negara ini dengan jelas. Kalau dibiarkan isu yang dibangkitkan ini berminggu-minggu dan berbulan- bulan, akan wujud kekeliruan.
“Makin ramai orang bercakap, makin banyak pihakpihak penghasut dan lebih banyak lagi isu-isu akan timbul,” katanya . “Apa yang disebut Mahathir datangnya daripada bekas seorang Perdana Menteri. Sepatutnya Najib mengambil langkah cepat dan tepat sebaik sahaja timbul teguran seperti ini,” tegasnya.
Mahathir dalam blognya 18 Ogos lalu menyatakan tidak ada pilihan lain selain menarik balik sokongannya terhadap Najib dan menegur tindakan Najib yang dilihat gagal menangani beberapa isu yang berlaku dalam negara.

Bunga mas dan kemerdekaan

Oleh Nomy Nozwir
Sempena musim menyambut "hari kemerdekaan" ini, bagi saya ini merupakan satu peluang terbaik untuk saya, sebagai seorang rakyat Malaysia, menilai semula, apakah nilai "kemerdekaan" kita sepanjang 57 tahun lepas.
Bagi saya, perkara menilai semula ini selalu saya lakukan apabila di penghujung hari saya - sebelum saya tidur dan esok bangun dengan hari baru.

Penilaian semula ini memerlukan seseorang untuk berfikir apa yang berlaku pada masa lepas, apa yang perlu dibuat pada masa sekarang, dan apa yang perlu dirancang untuk masa depan.
Jadi, untuk menilai semula nilai "kemerdekaan" sebuah negara bernama Malaysia ini selama 57 tahun yang lalu, eloklah kita kaji sejarah negara ini dijajah. Ramai yang beranggapan negara ini dijajah sejak Portugis pada 1511, kemudian Belanda 1641, kemudian British 1791, sebelum Jepun menjajah benua Asia dalam tempoh singkat sehingga tamat perang dunia, dan British menghabiskan sisa-sisa imperialisme di Tanah Melayu sehingga 1957.
Sebenarnya kita dijajah lama - sebelum Portugis 1511 lagi. Bermula dari Empayar Chola - penjajah Tamil dari Selatan India menawan tanah semenanjung ini pada kurun ke-11 lagi, apabila empayar Srivijaya melemah dan runtuh, sekitar kurun ke-13.
Tetapi apabila Melaka menubuhkan kerajaan sekitar 1400, Melaka masih lagi menghantar ufti kepada negara-negara yang lebih kuat, seperti kerajaan Dinasti Ming, dan ada juga menghantar ufti ke Siam, untuk mengelakkan Melaka diserang.
Di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu pula - mereka menghantar ufti ke Siam dengan menghantar 'bunga mas' - serta peralatan tentera, makanan dan segala sumber demi Siam sejak kurun ke-17 sebelum dihentikan oleh British selepas Perjanjian Bangkok 1909 - apabila British mengambil alih Palit (Perlis), Saiburi (Kedah), Kelantan dan Trangkanu (Terengganu).
Tetapi keempat-empat negeri ini walaupun tidak membayar ufti 'bunga mas' ke Siam lagi, mereka membayar 'bunga mas' baru kepada penjajah baru pula - iaitu di London. Segala sumber ekonomi semuanya dikawal British.
Manakala raja tetap menjadi raja dan mendapat elaun tetap daripada British.
Mungkin ini Profesor Zainal Keling tidak faham tentang erti penjajahan yang sebenar, dia hanya fikir penjajah ini perlu datang dalam bentuk tentera dan menjadi pemerintah dengan pemerintah lama dibunuh atau dihalau keluar.

Mari kita bangunkan jiwa merdeka

Oleh ABD SHUKUR HARUN
Pendukung PAS, dari pimpinan tertinggi hingga kepada ahli biasa akan bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Ke-57, 31 Ogos ini.

Ini membuktikan PAS sentiasa bersama rakyat Malaysia yang lain menunjukkan kasih sayangnya kepada tanah air ini. Bahkan PAS sendiri, dalam sepanjang sejarahnya, bersama para ulama turut sama berjuang menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Malah ada di antara mereka yang merengkuk dipenjarakan oleh penjajah British.

Antaranya, Tuan Guru Abu Bakar Baqir dari Gunng Semanggol, Perak, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Terengganu, yang berasal  dari Telemong,  Terengganu. Seorang lagi Tok Janggut ialah dari Kelantan.

Di Terengganu, ada lagi seorang ulama pejuang kemerdekaan, ialah Tok Ku Paloh, di mana bukan saja makamnya masih elok, malah rumah, surau, malah telaganga masih dalam berkeadaan baik.

Bekas pemimpin utama PAS, Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah tokoh besar pejuang kemerdekaan bersama Ishak Haji Muhammad, Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam dan lain-lain di mana jasa mereka tidak akan terus abadi dalam sejarah.

Demikianlah sumbangan ulama dan para pejuang kemerdekaan yang lain. Sebab itu, ketika menyanbut ulang tahun kemerdekaan ini PAS tidak melupakan para tokoh pejuang ini.

Untuk itu dalam menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan kali ini, PAS telah mengatur pelbagai acara dalam sambutan itu di mana bermula dengan Pra Pelancaran di Pahang pada 15 Ogos lalu, dengan pelbagai acara termasuk menziarahi lokasi bersejarah pejuang kemerdekaan, Dato’ Bahaman di Temeroh dan sebelum itu tahlil di makam pahlawan, Mat Kilau di Jerantut.

Acara perasmian pada 16 Ogos (Sabtu) di tapak Induk Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, bandar Temerluh juga dengan pelbagai acara.

Kemudian disusul dengan acara Wacana Kemerdekaan pada siang 30 Ogos di Dewan Pro Cancelor Universiti Selangor, UNISEL bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Dengan panelnya, Prof. Dato’ Muhamad Abu Bakar, Prof. Dr. Kamarulzaman Yusuf, Tan Sri Muhamad Haji Muhamad Taib dan Mhd Fadhli Ghani, mantan Pegawai Arkib PAS.

Hikayat Pendekar Ludah

Saya telah mengadakan sebuah sidang media pada 27 Ogos 2014 bagi menjelaskan beberapa isu yang berlaku. Berikut merupakan intipati sidang media tersebut.

PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN
Saya telah mengaku tidak bersalah apabila dibacakan pertuduhan terhadap saya. Setelah perbahasan ringkas, Hakim telah mengarahkan saya meletakkan RM4,000 sebagai ikat jamin dan menamakan seorang penjamin. YB Dr. Hatta, Ahli Parlimen Kuala Kerai telah bersetuju untuk menjadi penjamin saya.

Tarikh pendengaran kes telah ditetapkan Hakim pada 22 September 2014.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran Saudara Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, beberapa pimpinan PAS Pusat, Pemuda dan Negeri, Dato Ambiga, serta rakan-rakan lain.

Saya yakin bahawa melalui proses pengadilan ini saya akan dibersihkan dari segala tuduhan menghasut serta menghina institusi keSultanan Melayu dan oleh itu mengalu-alukannya.

PERISTIWA ‘PENDEKAR LUDAH’ SEMASA KELUAR MAHKAMAH

YB YM Raja Bahrin, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, tiba lewat sedikit ke mahkamah, iaitu selepas telah selesai sebutan kes. Oleh itu, saya telah bertemu dengan beliau di tempat pembayaran ikat jamin. Isteri saya, anak saya, seorang petugas pejabat dan YB Dr Hatta turut menunggu saya di situ juga. Selepas selesai urusan pembayaran ikat jamin, kami telah bersama-sama bergerak keluar dari bangunan mahkamah untuk menuju ke tempat parkir kereta. YB Dr Hatta telah keluar melalui pintu sebelah tepi oleh kerana keretanya berada di kawasan parkir lain. Sambil saya turun tangga pintu utama, seorang pemuda Melayu telah datang menemui saya dan bertanya, “adakah kamu YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam?”

Saya menjawab “Ya”, sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Tiba-tiba dia meludah ke muka saya! Saya bertindak balas secara spontan untuk menumbuknya tetapi dia telah berundur ke belakang dengan segara dan di luar jangkauan saya. YB YM Raja Bahrin, yang berada di kanan saya telah menahan saya dan berpesan supaya saya bersabar. Pada masa sama, saya melihat beberapa pemuda lain datang menuju ke arah saya. Mereka melaung-laungkan kata-kata kesat yang tidak sesuai dinyatakan di sini dan mengaku diri mereka sebagai pembela institusi kesultanan Melayu. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan keadaan yang lebih tegang, kami telah terus berjalan ke arah kawasan parkir kereta tanpa bertindak balas terhadap tindakan liar kumpulan ‘Pendekar Ludah’ tersebut.

Kumpulan samseng berkenaan telah mengikuti kami sehingga ke kereta sambil terus melaungkan kata-kata kesat dan lucah. Kami masuk kereta dan bertolak dari situ tanpa sebarang peristiwa lain. Saya telah membuat laporan Polis pagi ini di IPK Shah Alam dan kes ini telah dirujuk kepada IPK Sentul untuk disiasat seterusnya.

Sebagai seorang pemimpin masyarakat, saya memahami, bahawa masyarakat terbahagi kepada beberapa peringkat kepandaian. Yang bijak mampu berhujjah dan yang kurang bijak pula hanya mampu ‘berludah’. Sebagai pemimpin, saya mesti bersedia menangani semua jenis manusia termasuk kumpulan ‘Pendekar Ludah’.

Saya ingin menjelaskan di sini bahawa yang bersama saya pada saat saya diserang geng ‘Pendekar Ludah’, ialah YB YM Raja Bahrin, iaitu kerabat di raja Terengganu dan juga Perak. Ibunya adalah anak kepada Almarhum Sultan Ismail, Sultan Terenggau yang menjadi YDP Agung yang ke-empat Malaysia. Datuk di sebelah ayahnya pula adalah Raja Bendahara (Raja Di-Hilir) Perak. Walaupun beliau kerabat di raja, namun beliau tetap hadir untuk menunjukkan sokongan beliau terhadap diri saya yang dianggap difitnah melalui tuduhan menghasut ini.

INSTITUSI KESULTANAN MELAYU LAMBANG PERADABAN DAN KETAMADUNAN

Bagi orang Melayu, institusi keSultanan Melayu merupakan lambang peradaban dan ketamadunan kawasan kepulauan Melayu. Institusi ini telah menjadi pemangkin kepada tersebarnya Islam dan dengan itu keadilan, kesopanan, budi pekerti yang halus dan akhlak yang mulia. Ianya BUKAN institusi lanun atau samseng seperti yang didakwa sebahagian masyarakat!

Oleh itu, tindakan geng ‘Pendekar Ludah’ walaupun dilakukan kononnya atas nama mempertahankan institusi keSultanan Melayu sebenarnya hanya mencemarnya! Perangai liar dan samseng serta bahasa kesat dan tidak berakhlak tiada kena mengena dengan institusi ini. Oleh itu YB YM Raja Bahrin sendiri amat sangat tersinggung dengan apa yang telah berlaku pada hari tersebut. “Bagaimana ingin membela institusi ini dengan perangai dan tindakan yang tidak beradab dan bertamaddun sebegitu rupa?” tanya beliau kepada saya semasa perbualan telefon selepas peristiwa itu.

Beliau sendiri telah terkena percikan ludahan geng ‘Pendekar Ludah’ sedangkan beliau sendiri kerabat di Raja! Inilah masalah golongan yang sanggup dipergunakan orang lain, atas dasar semangat tanpa ilmu. Akhirnya mencemarkan apa yang kononnya ingin diselamatkan.

Mungkin itulah sebabnya tiada gelaran ‘Pendekar Ludah’ sepanjang sejarah keSultanan Melayu. Ia hanya muncul pada zaman Melayu diterajui UMNO, PERKASA dan Jalur Tiga.

BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG

BN Sarawak halang parti semenanjung

Ketua Menteri setuju agar resolusi berkenaan dikeluarkan, tetapi larangan perlu membabitkan semua parti politik berasal dari semenanjung termasuk parti pembangkang.

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak bertekad tidak akan membenarkan mana-mana parti politik berasal dari semenanjung bertapak di negara ini.
Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem berkata segala urusan dan pentadbiran negeri ini mampu digalas oleh parti komponen BN sedia ada tanpa perlu campurtangan parti politik lain dari semenanjung.
adenan satem“Kita tidak mahu mana-mana parti yang berasal dari semenanjung sama ada parti pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS mahupun UMNO masuk ke Sarawak.
“Kita bukan tidak sukakan UMNO tetapi peranan dan tanggungjawab UMNO sudah dilaksanakan dengan jayanya oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak. PBB sedar akan tanggungjawab dan peranan penting dalam urusan pentadbiran negeri ini,” katanya.
Adenan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Peringkat Negeri Sarawak anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak di sini, kelmarin.
DAP cabar keluar resolusi halang UMNO ke Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pernah mencabar Timbalan Presiden PBB Abang Johari untuk mengeluarkan resolusi menghalang kemasukan UMNO ke Sarawak pada persidangan DUN Sarawak baru-baru ini.
Mengulas perkara itu Adenan setuju agar resolusi berkenaan dikeluarkan, tetapi larangan perlu membabitkan semua parti politik berasal dari semenanjung termasuk parti pembangkang.
“Dengan resolusi ini, maka PAS, DAP dan PKR juga patut dihalang daripada memasuki Sarawak. Ini adalah pengajaran bagi pembangkang kerana jika mereka ‘pukul’ PBB (BN) sekali, kita balas dengan tiga kali pukulan,” jelasnya.

Perutusan Presiden KEADILAN untuk jemaah Haji 1435H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

WAWI RayaAlhamdulillah, kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, di atas kesempatan yang diberikan kepada para jemaah Haji untuk menjadi tetamu-Nya di bulan Zulhijjah yang mulia ini.
Saya berdoa, mudah-mudahan keberangkatan muslimin dan muslimah ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah, untuk menyempurnakan ibadah haji sebagai melengkapkan rukun Islam yang kelima, diberikan kemudahan oleh-Nya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengajak saudara-saudari meneliti intipati Khutbah Hujjatul Wada, iaitu khutbah terakhir Rasulullah s.a.w.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w di dalam khutbahnya:
“Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”
Antara lainnya, mesej yang Baginda s.a.w tekankan adalah persoalan hak asasi manusia, iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan bertanggungjawab bersama menjaga kesucian itu.
Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”
Baginda s.a.w berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat.

PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini...


PKR menolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.

Nik Nazmi: Mengapa kes 'pancung' oleh Perkasa dibiarkan?

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mempersoalkan tindakan kerajaan yang membiarkan ancaman ketua penerangan PERKASA Ruslan Kassim untuk memancung kepala empat wakil rakyat PAS.

Katanya, sikap itu berbeza dalam kes melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, yang didakwa mengikut Akta Hasutan dan undang-undang lain.

"Banyak pimpinan BN, ISMA dan PERKASA yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang nyata bersifat jenayah tetapi tiada apa-apa tindakan," katanya.

Beliau memberi contoh, laporan polisnya ke atas Ruslan atas kenyataan yang dibuat oleh pemipin PERKASA itu pada 23 Jun, dalam satu perhimpunan bagi menyokong pihak berkuasa agama Islam Selangor.

Perhimpunan itu bagi membantah kenyataan empat MP PAS – Khalid Samad (Shah Alam), Hanipa Maidin (Sepang), Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) – yang menggesa kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor dilucutkan.

“Kalau mereka tidak berhenti dari terus memperkotak-katikkan agama, kalau mereka tak berhenti dari terus memperlekehkan DYMM sultan, kita akan memancung leher mereka.

Pemecatan Abdul Khalid ikut prosedur


Kee Kwong 

PUTRAJAYA - Tindakan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR adalah mengikut prosedur dan tidak bercanggah dengan Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata perkara itu juga tidak dipersoalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam pertemuan mereka hari ini berhubung dengan pemecatan Menteri Besar Selangor itu.

"Perkara itu tidak disentuh dalam pertemuan tadi dan pegawai ROS tidak mempertikaikan tindakan PKR memecat Tan Sri Khalid.

"ROS juga tidak menyentuh isu pendaftaran PKR yang mahu dibatalkan," katanya kepada pemberita di lobi ROS, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Kwong menerima surat daripada Ketua Bahagian Penguatkuasaan ROS, Asisten Superintendan Akmal Yahaya menerusi faksimili yang meminta beliau hadir ke agensi kerajaan itu pada hari ini, berhubung pemecatan Abdul Khalid.

Dalam pada itu, aduan Abdul Khalid kepada ROS sebelum ini juga tidak timbul isu disebabkan beliau melalui peguamnya, Bon Edmund telah mengatakan beliau menerima pemecatan itu.

"Sudah tentu isu pemecatan Abdul Khalid mengikut prosedur, tidak timbul isu beliau dipecat," ujarnya.

Keputusan calonkan Wan Azizah MB Selangor muktamad

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk Pas menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (Pas) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini hari ini.

Anwar mengakui isu calon Menteri Besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata, soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin Pas, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata, PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

Wan Azizah pelawa Khalid berunding selama 3 minggu sebelum dipecat - Dr Tan

Wan Azizah pelawa Khalid berunding selama 3 minggu sebelum dipecat - Dr Tan
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memanggil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berunding tentang krisis di negeri itu, selama tiga minggu sebelum beliau dipecat, namun, ia tidak diendahkan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong yang mendedahkan perkara ini berkata, alasan Abdul Khalid setiap kali diajak berbincang, adalah beliau tidak ada masa.

"Tiga minggu sebelum dipecat, Presiden parti panggil beliau untuk berunding. Mana-mana pun boleh, ibu pejabat PKR pun boleh, di rumah pun boleh, tapi beliau kata tiada masa.

"Tapi ada masa pergi Kelantan jumpa Nik Aziz. Ada masa pergi Majlis Berbuka Puasa yang dipengerusikan oleh Noh Omar dan dihadiri Najib," kata Dr Tan selepas menghadiri sebuah mesyuarat dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengenai aduan salah laku yang diterima oleh Jabatan itu terhadap Lembaga Disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Dr Tan yang menerangkan bahawa walaupun tidak dijelaskan di dalam surat ROS yang diterima oleh parti itu tentang jenis salah laku, ianya jelas dari sesi temubual dan penerangan, bahawa ia berkait rapat dengan pemecatan Abdul Khalid dari parti.

Dr Tan berkata antara perkara yang ditanyakan oleh pihak ROS yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan ROS ASP Akmal Yahya, ialah adakah Abdul Khalid membuat rayuan setelah dipecat pada 9 Ogos lepas.

'Anwar akan jadi MB sebenar Selangor‘ kata Chua Soi Lek

Bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berpendapat, pentadbiran negeri Selangor akan dikuasai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya isteri kepada ketua umum PKR itu dilantik menjadi menteri besar Selangor.

Pelantikan itu juga menunjukkan DAP membuang segala prinsip yang didukung, demi menyokong isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi menteri besar, dakwa Chua.

Katanya, tidak sukar untuk melihat bahawa Anwar akan menggunakan pengaruhnya sekiranya Wan Azizah dilantik ke jawatan tersebut.

Tambahnya, beliau tidak berniat untuk menyerang Wan Azizah secara peribadi.

“Malah, saya mengagumi beliau atas kesabarannya, kerendahan hatinya dan dedikasinya pada Anwar,” katanya dalam tulisan di blog drchua9.blogspot.com.

Bagaimanapun, negeri tersebut menuntut prestasi pentadbiran yang cemerlang, katanya.

“Kita menaruh harapan tinggi pada Wan Azizah untuk menunjukkan prestasi cemerlang, dan bukan hanya satu boneka.

Cakap tak serupa bikin

“Orang di sebalik takhta itu tentulah suaminya. Anda tidak perlu menjadi saintis roket untuk memahami perkara ini,” katanya.

PAS tetap mahu kemuka dua nama

PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.

Apa motif Pas calon dua nama dari PKR?

Lain diminta, lain yang diberi.

Itulah yang berlaku kepada Pas apabila bertindak ingkar dengan titah Sultan Selangor yang mahu setiap parti dalam pakatan pembangkang di negeri itu menyenaraikan dua nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing untuk dipilih sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada Pas malam tadi amat mengejutkan apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, parti itu membuat keputusan menyenaraikan dua nama ADUN daripada PKR untuk dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Keputusan yang dicapai pada mesyuarat tertutup Pas Selangor di Shah Alam itu, sekali gus menidakkan kenyataan beliau sendiri pada sebelah petang yang antara lain mengatakan, Pas bersetuju menyenaraikan dua nama ADUN dari parti itu kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Mustahil media tersalah lapor kenyataan Mustapa di Kuala Lumpur petang semalam, kerana lidah rasmi Pas, Harakahdaily juga turut melaporkan maksud yang sama sebagaimana dinyatakan Setiausaha Agung Pas itu.

Sepatutnya apabila Abdul Khalid menyembah maklum kepada Sultan hendak meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan baginda pula menitahkan supaya beliau meneruskan untuk sementara waktu mentadbir kerajaan negeri, kemelut politik yang memeningkan kepala rakyat itu dianggap sudah berakhir.

Tetapi, sebaliknya pula berlaku dan nampaknya krisis politik Selangor semakin panas dengan onar baru dari Pas.

Sama ada Pas, PKR dan DAP faham atau tidak maksud titah Sultan Selangor, tidak diketahui, tetapi jelas ketika baginda menerima menghadap Abdul Khalid di Istana Kayangan di Shah Alam Isnin lalu, sultan telah menitahkan kepada tiga parti itu supaya menyenaraikan enam nama sebelum 3 September ini.

Titah itu adalah jelas, Tuanku mahu enam nama calon sampai ke tangannya mengikut tarikh akhir yang ditetapkan, tetapi kenapa Pas sengaja tidak mahu faham sehingga mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh.

Elemen 'greed, anger and foolishness' menguasai DAP dan PKR

Aspan Alias
 
PKR dan DAP telah memutuskan untuk tidak mematuhi titah Tuanku Sultan Selangor yang meminta semua parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua orang calon Menteri Besar untuk menggantikan Khalid Ibrahim. ‘In defiance’ terhadap titah Tuanku Sultan kedua-dua parti itu tegas dengan hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang dari awal lagi telah ditolak oleh Tuanku.
Mereka memberikan alasan yang semasa pilihanraya 2008 dan 2013 yang lalu Pakatan Rakyat telah menamakan hanya seorang nama sahaja, iaitu Khalid Ibrahim dan tidak mendapat tentangan dari Tuanku. Maka kepada kedua-dua parti itu, 'precedent' ini wajar diikuti sekarang dengan menerima calon tunggal mereka iaitu Wan Azizah Ismail.
Bagaimana pemilihan seperti 2008 dan 2013 boleh terpakai sekarang kerana keadaan dan situasi sekarang adalah situasi yang sangat berbeza berbanding dengan situasi selepas dua pilihanraya yang lalu. Dalam kedua-dua pilihanraya yang lalu, keadaan semasa pemilihan Menteri Besar itu adalah dalam keadaan yang bersatu samada diantara pemimpin PKR dan pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan tidak ada pergelutan dan perebutan untuk jawatan itu.
Dalam kes sekarang ini seorang Menteri Besar yang telah diterima dengan tenang dan bersatu dan diperkenan Tuanku Sultan selepas pilihanraya yang lalu telah diperlakukan tindakan penggulingan terhadap Menteri Besar itu. Justeru telah berlaku krisis dalam PKR dalam isu ini dan  akhirnya memecat Menteri Besar nya dari keanggotaan partinya. Selain dari itu sudah berlaku perselisihan jelas diantara parti-parti dalam PR itu khususnya PAS yang tidak sealiran dalam pemilihan gantian kepada Menteri Besar Khalid.
Takkanlah ini pun tidak difahami oleh mereka yang mengaku sebagai pemimpin dari kedua-dua parti itu.  Sekarang hanya ada satu pilihan bagi parti-parti dalam PR untuk melakukannya, iaitu untuk menambah bilangan calon untuk jawatan penting itu kepada kebawah Duli Tuanku Selangor agar dapat mencari gantian kepada Khalid sekarang yang menjadi ‘care taker’ Menteri Besar.
Jika kedua-dua parti ini masih berkeras tidak mahu memenuhi titah Sultan maka betullah tuduhan setengah pihak yang kedua-dua parti ini mempunyai pemimpin yang tidak beradap dan beradat dan akan menjadi racun kepada institusi-institusi demokrasi negara.
Keadaan semasa memilih Menteri Besr dahulu adalah berbeza maka cara memilih juga tidak boleh mengikut 'precedent' yang lama itu. Keengkaran kedua-dua parti itu adalah tindakan ‘self destruction’ kerana menunjukkan marah dan tidak menghormati Tuanku Sultan itu melambangkan betapa bongkak dan sombongnya parti-parti itu. Tindakan mereka itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan memberontak dan ia samalah seperti menzalimi diri mereka sendiri.

Akta Hasutan hanya sasarkan pemimpin Pakatan – AMK

Nik NazmiKUALA LUMPUR 28 OGOS: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menghentikan serangan terhadap Pakatan Rakyat, tegas Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Katanya, akta itu seolah-olah hanya digunakan untuk pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan ramai pemimpin BN, Isma dan Perkasa yang mengeluarkan kenyataan berunsur jenayah, namun tiada tindakan diambil.
“Saya pernah membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Perkasa; Ruslan Kassim ingin memancung empat Ahli Parlimen PAS Selangor kira-kira dua bulan lepas, namun tiada tindakan susulan selepas kenyataan saya diambil,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, penggunaan berterusan akta itu terhadap pemimpin Pakatan bertentangan dengan pengumuman Najib pada 2012 untuk memansuhkan akta berkenaan, selari dengan pelan transformasi yang dilaungkannya.
“Namun, sehingga kini setelah lebih dua tahun, hasrat tersebut dilihat sekadar janji kosong semata-mata. Tambah mengecewakan lagi, semakin ramai pimpinan Pakatan yang disiasat di bawah akta ini,” ujarnya yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor.
Antara pemimpin Pakatan yang didakwa di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain termasuk Ahli Parlimen Pandan; Rafizi Ramli, Khalid Samad (Shah Alam), N Surendran (Padang Serai), ADUN Seri Delima, RSN Rayer, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.

Suaram: Selidik sehabisnya kes rusuhan Kulai

NGO hak asasi Suaram menggesa polis dan kementerian sumber manusia menyiasat dakwaan berhubung layanan buruk ke atas pekerja asing, sehingga menyebabkan berlaku rusuhan di kilang di Kulai, Johor.

Pengarah eksekutif NGO tersebut, Yap Swee Seng berkata syarikat tersebut perlu bertanggungjawab sekiranya dakwaan tersebut didapati benar.

“Suaram tidak akan membiarkan keganasan, pihak berkuasa mesti menangan sebab sebenar kejadian tersebut untuk mengelakkannya dari terus berlaku.

"Hak asasi dan hak pekerja warga migran tersebut perlu dilindungi agar mereka boleh bekerja dengan selamat dan hidup dengan bermaruah semasa bekerja di Malaysia,” kata Yap.

Dalam kenyataannya, Yap berkata layanan tidak berperikemanusiaan ke atas pekerja asing bukan satu perkara luar biasa di Malaysia.

Tambahnya, golongan pekerja itu terdedah kepada eksploitasi melalui waktu bekerja yang lama dan tidak diberikan perlindungan insurans.

Golongan itu juga terdesak untuk membayar balik hutang dari agensi pekerja, tekanan kewangan dari keluarga, diskriminasi sosial dan kekurangan akses kepada keadilan dan keselamatan.

"Penguatkuasaan undang-undang buruh ke atas pekerja asing sangat menyedihkan, terutama dalam kes melibatkan pekerja asing yang cedera semasa bertugas dan tidak diberi gantirugi,” katanya lagi.

Rafizi yakin dokumen palsu "Langkah Kajang" ditulis blogger Umno

Saya percaya bahawa rakyat Malaysia cerdik dan tahu bahawa dokumen Langkah Kajang yang tersebar itu adalah palsu.

PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa ia tidak masuk akal dengan hanya beberapa juta ringgit sahaja mampu melumpuhkan ekonomi negara.
Menurutnya lagi, tidak ada keperluan untuk beliau membuat laporan polis kerana beliau tidak mahu pihak polis menyiasat perkara yang sememangnya palsu.
rafizi kajang300“Saya percaya bahawa rakyat Malaysia cerdik dan tahu bahawa dokumen Langkah Kajang yang tersebar itu adalah palsu,” katanya sewaktu diajukan soalan berkenaan penyebaran dokumen tersebut oleh wartawan.
Bahkan, beliau yang juga ahli Parlimen Pandan turut yakin bahawa dokumen palsu tersebut ditulis oleh blogger-blogger Umno.
“Saya rasa yang menulis dokumen itu adalah blogger Umno yang tidak berapa cerdik,” katanya.

MB Selangor: Rafizi harap PAS hanya kemuka satu nama

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berharap agar PAS tetap mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor.

Katanya, PAS perlu bertindak sejajar dengan keputusan parti tersebut dalam konsensus Pakatan Rakyat sebelum ini yang bersetuju untuk menamakan calon tunggal.

"Kita berpegang pada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) yang turut dipersetujui PAS yang hanya satu nama sahaja iaitu Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail) dicalonkan.

"Apa-apa selain itu bukan daripada konsensus Pakatan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di bangunan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Ditanya lanjut mengenai pendirian PAS yang akan menamakan tiga calon PKR bagi jawatan berkenaan, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada kebijaksaan pemimpin PAS.

"Itu terpulang pada PAS. Kita serah pada kebijaksanaan pemimpin PAS," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang berkata, parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga ADUN PKR untuk menjawat kedudukan menteri besar Selangor.

Menurut Mustafa, senarai calon tersebut akan diserahkan kepada Istana sebelum Rabu depan.

Ia bagi memenuhi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar ketiga-tiga parti dalam Pakatan mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor kepada baginda.

MB Selangor: Anwar mohon PAS patuhi keputusan 17 Ogos

(Keputusan 17 Ogos)
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada PAS supaya mematuhi keputusan Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos supaya setiap parti hanya menghantar satu nama sebagai menteri Besar Selangor.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, berkata ia adalah satu duluan yang betul, di mana parti-parti dalam Pakatan hanya menghantar satu nama.

"Kita bergerak berdasarkan keputusan bersama majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat dan membuat keputusan pada 17 Ogos," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PAS untuk menghantar tiga nama sebagai calon jawatan menteri besar kepada istana Selangor.

Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu dan oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013.

Agen Washington: Anwar tarik balik saman terhadap Syed Hamid

Tindakan tersebut diambil setelah Syed Hamid Albar membuat permohonan maaf
KUALA LUMPUR: ” Syukur alhamdulillah, kita ada penyelesaian yang baik. Tan Sri Syed Hamid Albar mengatakan beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan saya.
IMG-20140828-WA0000_resized“Beliau juga tidak menganggap kenyataan di akhbar itu tepat. Oleh kerana kekeliruan itu, dia minta maaf,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebentar tadi.
Menurut beliau, permohonan maaf itu diterima baik dan Anwar mengambil keputusan untuk menarik balik saman terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar.
“Seperti mana yang saya beritahu tadi, beliau menegaskan bahawa beliau tidak bermaksud seperti apa yang dilaporkan, saya maafkan.
“Jadi semuanya telah selesai, I accepted in good faith, I think we have to move on. Saya maafkan beliau. Alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Tan Sri Syed Hamid Albar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah agen Washington.

Musim akta Hasutan 1948 kini melanda Malaysia

MSO

Kebelakangan ini rakyat negara ini dihidangkan dengan rasa phobia kemungkinan berhadapan dengan Akta Hasutan 1948 apabila beberapa pemimpin pembangkang satu demi satu dihadap ke mahkamah atas dakwaan menghasut. Akta Hasutan 1948 kini menjadi bayangan ketakutan bagi sesetengah rakyat yang tidak pernah mesra dengan mahkamah.

Sehingga ini sekurang-kurang lima orang pemimpin Pakatan Rakyat telah dihadap ke mahkamah di bawah akta berkenaan. Ia bermula dengan ahli parlimen DAP Teresa Kok yang dihadap ke mahkamah pada 5 Mei lalu mengenai isu klik video Onedeful Malaysia,

Selepas itu , Ahli Parlimen Bagan Serai, N Surendran dihadap ke mahkamah atas akta sama berhubung kenyataanya terhadap perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang menyentuh nama perdana menteri Najib Razak.

 Kemudian giliran bekas MB Perak Mohamad Nizar Jamaluddin yang didakwa pada Isnin, 25 Ogos lalu atas tuduhan memfitnah Najib Razak dua tahun lepas dalam satu ceramah politik.

Sehari selepas itu, 26 Ogos, giliran ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad pula diheret ke mahkamah atas akta sama kerana didakwa menghina Sultan Selangor berkenaan cadangannya agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) ditarik balik.

Semalam 27 Ogos Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer pula menerima giliran kerana mengeluarkan kenyataan Umno "celaka". Sesiapa hendak belajar mengenali mahkamah katalah celaka kepada Umno, mungkin akan menerima nasib sama. Rupa-rupanya Umno juga dikawal dibawah akta Hasutan 1948 seperti mana juga kedudukan agama.

Dan terbaru, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini 28 Ogos diheret ke  mahkamah didakwa bawah Sesyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan sengaja menimbulkan keaiban pecah keamanan.

Melihat kepada pendakwaan berjadual itu menjelaskan bahawa ia disengajakan atau dipelan demikian rupa dengan motif tertentu. Apa yang dapat dilihat di sini pendakwaan atas akta Hasutan 1948 itu untuk menunjukkan akta berkenaan masih memnpunyai kuku untuk digunakan sebagai pelindung keamanan negara.

Penggunaan akta Hasutan 1948 secara wewenang dan meluas itu juga dibuat setelah kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak dikecam hebat atas transformasi dilakukan yang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain yang dianggap lapok dan usang.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR hadir ke ROS


Pengerusi Lembaga Disiplim PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong (kiri) bersama peguamnya, Ragunath Kesavan ketika tiba di lobi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Putrajaya, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN

PUTRAJAYA - Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil hadir ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung aduan ke atas badan itu, di sini, hari ini.

Kwong yang hadir pada 11 pagi itu bagaimana enggan mengulas lanjut pertemuan itu sehingga beliau selesai bertemu dengan pihak ROS yang dijangka berlangsung kira-kira sejam.

Beliau kelihatan hadir bersama peguamnya, Ragunath Kesavan dan beberapa penyokongnya masing-masing berpakaian formal dan berkot hitam.

Rabu lalu Kwong menerima surat daripada Ketua Bahagian Penguatkuasaan ROS, Asisten Superintendan Akmal Yahaya menerusi faksimili yang meminta beliau hadir ke agensi kerajaan itu pada hari ini, berhubung pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut surat itu, Kwong disiasat mengikut Seksyen 66 Akta Pertubuhan 1966, yang membenarkan ia memanggil sesiapa yang boleh memberikan maklumat mengenai kes berkenaan atau aduan ketika siasatan dijalankan.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu, selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan Menteri Besar Selangor dan memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Rafizi mengaku tak bersalah aibkan dan mendatangkan kemarahan ahli Umno..!!

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli Umno.

Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut melalui satu kenyataan pada Februari lalu yang mengaitkan parti tersebut dengan kejadian membaling molotov cocktail pada satu gereja.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, Rafizi berdepan hukuman penjara dua tahun, denda RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan tarikh 30 September depan bagi pendengaran semula kes tersebut.

Rafizi diwakili peguam Eric Paulsen, V Rajah dan N Surendran manakala pendakwaa dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun.

'Puan Puti Reno'

DATIN Seri Rosmah Mansor dianugerahkan gelaran 'Puan Puti Reno' iaitu gelaran tertinggi kerabat di raja Pagaruyung atas beliau kepada alam Melayu dan masyarakat Minang khususnya selain mengangkat isu wanita di peringkat global. Majlis berlangsung di Istana Adityawarman, Padang, Indonesia, pada 27 Ogos 2014.
Kesungguhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.
Rosmah menerima 'Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang' yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.
Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.
Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.
Ketika ditemui pemberita selepas acara itu, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.

Jenazah bekas mufti Wilayah selamat dikebumi - Al Fatihah


JENAZAH bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datu Md Hashim Yahya diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor. Foto SAFWAN MANSOR, 27 Ogos 2014.
JENAZAH bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datu Md Hashim Yahya diusung untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor. Foto SAFWAN MANSOR, 27 Ogos 2014.
JENAZAH pendakwah terkenal yang juga merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Md Hashim Yahya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pukul 6 petang, Selasa.
Allahyarham yang berusia 75 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.50 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam, Kg Baru, Kuala Lumpur.
Bacaan talkin dibacakan anak tunggal Allahyarham, Prof. Dr. Ashraf Hashim yang sesekali dilihat tidak dapat menahan perasaan sedih berikutan kehilangan orang tersayang. 

Isteri Allahyarham Datin Aminah Zakaria turut berada di tanah perkuburan. 
Md. hashim merupakan ulama besar yang diiktiraf ilmunya di peringkat antarabangsa sehinggakan mewakili Malaysia dalam pelbagai Majlis Fatwa termasuklah OIC Fiqh Academy, Islamic Development Bank, AAOIFI dan banyak lagi.
Sekitar tahun 1980-an dan awal 1990-an, Allahyarham terkenal dengan ceramah agama sehingga banyak dijemput dalam forum-forum dan rancangan agama di televisyen.

MP DAP to PAS: Why don’t you join UMNO?

Raub DAP MP suggest PAS should consider getting out of Pakatan Rakyat and join UMNO.

PETALING JAYA: DAP MP, Arif Sabri Abdul Aziz today issued an ultimatum to PAS to either back the opposition coalition, or join Umno instead.
“If it thinks the way forward to govern Malaysia is by having political union with Umno , we must not stop them.
“PAS might be better off declaring it wants to get out of Pakatan and state that it wishes to implement its Islamist agenda in the state that it now controls, Kelantan.
Umno-Pas“Then it can make Kelantan a showcase on the beauty of implementing ‘hudud’ and all other Islamist agenda,” he declared, in his blog entry this morning.
Arif however insisted that PAS will have the backing of Pakatan, but only if PAS is willing to work with the coalition.
“If PAS still prefer to work with Pakatan, all other Pakatan parties can support the PAS agenda,” he affirmed,
Speaking specifically regarding the recent turn of events in the Selangor MB saga, Arif said, “Before the Umno people pompously claimed that they would do anything to protect the institution of the monarchy, let me remind them, that thing we must protect is representative democracy.
“That should take precedence.”

PAS goes against PKR-DAP stance

PAS will be nominating three candidates from PKR.

pakatan_breaks300Upon emerging from a meeting with Selangor PAS yesterday, the party’s secretary-general, Mustafa Ali said PAS would obey the Sultan and nominate three candidates for the post of Selangor Menteri Besar.
It may surprise some observers that he said all three PAS nominees would be from PKR, but he explained that this was in accordance with the Pakatan Rakyat agreement that the Selangor Menteri Besar post is PKR’s and “PAS respects that.”
Still, the decision to nominate three candidates flies in the face of PKR’s and DAP’s stance that only one name be submitted to the Sultan.
Putting aside the Pakatan agreement on the MB’s post, the quandary facing PAS is that it has 15 representatives in the state assembly and anyone of those adequately fits the bill as a candidate.
Will the party’s membership tolerate the decision to “respect” the Pakatan agreement, especially given PKR’s and DAP’s insistence on going against a royal command?
It appears that PAS is being hemmed in from all sides, with the Sultan asking for more names, PKR and DAP insisting on one, and its own membership quietly hoping for one of their own to be proposed.

Hairan Khalid Ibrahim boleh lega letak jawatan....

“Kenapa dia (Khalid Ibrahim) tidak buat awal-awal, kan senang.”

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hairan dengan kenyatan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.
Menurutnya, semalam Khalid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau lega apabila melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.
“Kenapa dia (Khalid Ibrahim) tidak buat awal-awal, kan senang,” katanya sewaktu sidang media di pejabatnya di Shah alam.
khalid-samad-3Dulu, beliau bersungguh-sungguh untuk mempertahankan jawatannya, bahkan turut mengeluarkan kenyataan bahawa beliau masih mendapat sokongan daripada rakyat tetapi kini beliau lega. jelas Khalid Samad.
Kata Khalid Samad lagi, jika Khalid ikut arahan parti, pastinya beliau akan dilantik oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mentor Menteri Besar Selangor yang baru.
“Tetapi oleh kerana beliau bertindak sepertimana cara beliau bertindak hari itu, menyebabkan beliau terpaksa dipecat, maka inilah yang berlaku sekarang (krisis jawatan Menteri Besar),” katanya.
Ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, Khalid harus mendapatkan semula kepercayaan daripada PKR.
“Apa yang kita kehendaki adalah satu peralihan yang licin dan bukannya seperti ini,” ujarnya.

Adakah PAS sudah kembali menjadi Hang Tuah...!!??

Sekarang PAS berbicara mengenai perlunya menghormati institusi Raja Melayu dan betapa biadapnya DAP dan PKR terhadap Sultan. Baru dapat kuasa sikit dah naik kepala konon.    Nah, inilah cara PAS 'menghormati' institusi Raja Melayu ketika krisis Perak. Masa kena kat batang hidung dia, dia bergolek-golek di atas jalanraya menghalang kereta Sultan ��
Sekarang PAS berbicara mengenai perlunya menghormati institusi Raja Melayu dan betapa biadapnya DAP dan PKR terhadap Sultan. Baru dapat kuasa sikit dah naik kepala konon.
Nah, inilah cara PAS 'menghormati' institusi Raja Melayu ketika krisis Perak. Masa kena kat batang hidung dia, dia bergolek-golek di atas jalanraya menghalang kereta Sultan...
walaupun pada masa tersebut Sultan sudah melakukan perkara yang betul dengan memanggil semua ADUN BN & PR dan bertanyakan mereka sokong siapa...selepas kata putus diambil maka tuanku berikan kuasa kepada BN sebab mereka majority....
Namun MB PR sewaktu itu melakukan 'sembah derhaka' kerana menyatakan sokongan kepada BN tidak boleh diterima kerana beliau sudah mengusulkan bubar dewan dan adun yang lompat itu sudah dipaksa dan diugut...
Bukan perkara ini yang hendak dibahaskan mengikut definasi perlembagaan dan undang-undang tapi yang pasti apa yang tuanku lakukan diwaktu tersebut dengan kuasa yang diberikan kepada beliau amatlah bertetapan sekali dan tak boleh di sangkal. Sebab itu kes tersebut sampai sekarang masih dihujah dalam mahkamah.
Hujah sekarang siapa yang ada kerusi majoriti dialah yang akan menerajui negeri. Berbalik kepada isu Selangor, kenapa PAS bermain tarik tali? bab ini kita kena tanya PAS lah.. 
Tapi yang pasti gerak kerja buat PAS sekarang ini ianya sudah menjadi tawar dan hilang manisnya serta ianya sudah mula dipertikaikan oleh segelintir para pengundi serta penyokong mereka sekali diatas keputusan yang berbolak balik ini...