Selasa, 26 Ogos 2014

Israeli air strikes demolish Gaza high-rises

Kerusi MB makin jauh dari Wan Azizah

Wan Azizah Wan Ismail  
KUALA LUMPUR - Titah Sultan Selangor yang mahukan PR mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sehubungan itu, PR perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.
Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan  parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri.
Sultan Selangor hari ini menitahkan Pas, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan lebih dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Berdasarkan titah itu, kita mungkin melihat pelan B daripada PR. Jika mereka bertegas dengan calon asal (Wan Azizah), Sultan mungkin menitahkan pilihan raya negeri dan adakah berbaloi untuk mereka mengambil risiko itu dalam keadaan rakyat jemu dengan krisis berpanjangan ini?," katanya kepada Bernama hari ini.
Azmi juga tidak menolak kemungkinan Menteri Besar Selangor yang baharu datang daripada Pas, memandangkan parti itu kini 'terpaksa' menamakan lebih dua calon, meskipun mempunyai 'perjanjian gentleman' dalam PR, supaya kerusi nombor satu negeri itu diberikan kepada PKR.
Ditanya sama ada pelantikan menteri besar daripada Pas akan 'meretakkan' hubungan Pas-PKR yang semakin rapuh ekoran krisis kerusi MB, Azmi menjelaskan bahawa PKR seharusnya bertindak matang dan terbuka dalam menerima titah Sultan.

Dah mereka tak suka, saya letaklah jawatan - Abdul Khalid

Dah mereka tak suka, saya letaklah jawatan - Abdul KhalidSHAH ALAM: Sidang media perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor turut diselit soalan petugas media yang membuatkan Abdul Khalid tertawa.

Ketika petugas media berkenaan melontar soalan, mengapa Abdul Khalid hendak meletakkan jawatan, dan ini katanya;

"Dah mereka tidak suka dengan saya, saya letak jawatanlah," katanya bersahaja dan diikuti gelak ketawa petugas media yang lain.

Jelasnya, perasaannya kini lega dan gembira selain berharap kemelut menteri besar yang melanda negeri itu selesai segera dengan perlantikan calon baru untuk jawatan berkenaan.

"Saya sentiasa berharap masalah di Selangor selesai dengan pentadbiran menteri besar yang baru.

"Saya gembira melepaskan tanggungjawab ini. Saya harap orang baru kelak dapat menumpukan usaha menguruskan pentadbiran negeri," katanya.

Abdul Khalid bagaimanapun sebelum itu memberitahu perletakan jawatannya itu dititah untuk ditangguh oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
sehingga proses pelantikan menteri besar yang baru selesai.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mengakui nama calon Pakatan Rakyat (PR) dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan ISmail tidak dibangkitkan dalam perbincangannya dengan Sultan Selangor.

Abdul Khalid turut mengakui akan meneruskan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang.

Ditanya tentang status terkini sebagai wakil rakyat, Khalid berkata akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Adun Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Hanya satu nama dari PKR, DAP: Wan Azizah

PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu,

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor,” kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Nik Aziz harap keputusan Sultan Selangor beri manfaat kepada semua pihak


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengharapkan keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor hari ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Bekas menteri besar Kelantan itu dalam reaksi ringkasnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Baru turut berharap mudah-mudahan keputusan itu dapat memberikan manfaat di dunia dan di akhirat. "Berdoalah kepada Allah sebanyaknya mudah-mudahan keputusan yang dibuat Istana itu dapat memberi manfaat dunia dan akhirat, InsyaAllah," katanya. Sultan Selangor hari ini menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai menteri besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Baginda membuat keputusan itu setelah menerima menghadap Khalid yang menyembah hasrat meletak jawatan sebagai menteri besar di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam. Keputusan baginda itu mahu memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan teratur. Selain itu Sultan Selangor juga menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. – Bernama,

PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR: KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

WawiKEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.
Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).
KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Polis isytihar Peronda Sukarela PP haram

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dimaklumkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini bahawa pertubuhan itu menyalahi Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

"PDRM akan menjalankan siasatan ke atas aktiviti PPS dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Diluluskan exco tapi haram?

Ketika dihubungi, Pengerusi PPS Phee Boon Poh mempersoalkan bagaimana unit itu dianggap tidak sah sedangkan siasatan masih belum dibuat.

“Kenapa ROS sungguh-sungguh berminat dalam hal ini bertindak pantas dengan menulis kepada polis?” katanya yang juga exco kebajikan masyarakat penyayang dan alam sekitar negeri.

“Sama ada PPS sangat terkenal atau sangat berkesan.”

Phee (kanan) menjejaskan, unit itu tidak berdaftar bawah ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri yang diluluskan mesyuarat exco, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dibiayai oleh Jabatan Kewangan Negeri.

Malah, katanya, PPS ditubuhkan untuk manfaat orang ramai dalam keadaan bencana dan membantu polis mencegah jenayah.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

UG: TMI Tetap Pertahankan Laporannya Walaupun S/U Politik Hadi Menafikannya


Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.

Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – TMI (26 Ogos, 2014)


KENYATAAN MEDIA RINGKAS
MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014


ULASAN GB

S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.

Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS. Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun dah salah, bertaraf PhD plak tu!

MB Selangor: Azmin calon yang bertepatan....

Dari awal lagi Azmin patut jadi MB.
Aspan Alias

Tuanku Sultan Selangor telah bertindak menolak dua permohonan dari dua pemimpin hari ini. Pertamanya, Baginda telah menolak perletakan jawatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan menitahkan Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar itu sehingga nama yang sesuai untuk menggantikan beliau ditemui dan dipersembahkan untuk perkenan Baginda. Baginda telah meminta lebih dari dua nama dari Pakatan Rakyat setelah menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.
Tuanku juga telah menolak Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar gantian dan itu telah ditelah oleh banyak pihak kerana ketidak sesuaian Presiden PKR itu menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. PKR sememangnya dalam keadaan yang amat rumit kerana ‘Kajang Move’ tidak menghasilkan apa-apa selain daripada perpecahan PKR dan Pakatan Rakyat.
'Kajang move' dahulu telah dilakukan oleh PKR tanpa merujuk kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat dan tindakan sendirian PKR itu menghasilkan apa yang terhasil yang kita saksikan hari ini.
Apa pun PAS tetap bersetuju bahawa kerusi Menteri Besar itu wajar disandang oleh PKR, tetapi mengemukakan Wan Azizah sebagai calon gantian kepada Khalid untuk memuktamadkan ‘Kajang Move’ itu tidak kesampaian. Saya telah dihubungi oleh ramai rakan dan kesemuanya tidak merasakan kehilangan tanpa Wan Azizah, malahan ramai antara mereka sedang mendoakan agar ADUN Bukit Antarabangsa itu menjawat jawatan penting tersebut.

Jangan tergesa-gesa pecat 4,000 kakitangan MAS

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran tidak tergesa-gesa mengambil langkah memecat 3,000 hingga 4,000 kakitangan MAS bagi menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, nasib dan masa depan kakitangan MAS menjadi pekara penting untuk dipertimbangkan selepas dua tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 baru-baru ini.

"Janganlah mereka menjadi mangsa, sudahlah kebajikan mereka sebelum ini dinafikan apatah lagi selepas kejadian malang yang menimpa dua pesawat mereka, kita berharap mereka dapat diberi pembelaan sewajarnya," katanya ketika ditemui.

Ekoran itu, Salahuddin turut mencadangkan kerajaan agar melantik konsultan yang benar-benar profesional serta bebas untuk melihat kembali penstrukturan semula MAS.

Malah katanya, banyak faktor penting yang wajar dipertimbangkan memandangkan MAS adalah sebuah syarikat penerbangan negara di mana ianya melibatkan kredibiliti serta kebajikan kakitangannya.

"Saya harap kerajaan melalui Khazanah Nasional tidak perlu tergesa-gesa untuk mengenakan tindakan dengan memecat kakitangan MAS.

Polis curi kereta: Bukit Aman terkejut


Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah keadaannya apabila lima orang polis menjadikan kegiatan mencuri kereta sebagai `kerja sambilan'.
Antara yang ditahan ialah seorang anggota yang diberi tanggungjawab mengumpul maklumat perisikan mengenai kes kecurian kereta. Dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, malahan bekerjasama dengan empat rakan polis yang lain untuk mencuri kereta.
China Press melaporkan, kelima-lima anggota tersebut ditangkap Ahad lalu dan mengakui penglibatan dalam satu kes kecurian kereta dan satu kes peras ugut.
Namun polis tidak menafikan kemungkinan mereka bekerjasama dengan sindiket antarabangsa untuk melakukan penjualan kereta curi.
Pihak atasan Bukit Aman dilaporkan amat terkejut dan marah dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan segera dijalankan untuk membersihkan pasukan polis daripada anggota tidak amanah.
Difahamkan kejadian itu terbongkar apabila polis menerima maklumat mengenai kewujudan sebuah kereta curi di depan sebuah restoran di ibu negara, mata-mata dari ibu pejabat polis daerah Sentul seterusnya dihantar untuk menunggu kemunculan suspek.
Selepas tiga jam 30 minit, suspek keturunan Melayu muncul dan bergelut dengan polis yang sudah lama menyamar di kawasan berhampiran.
Apa yang mengejutkan, suspek yang ditahan rupa-rupanya merupakan rakan setugas yang bekerja dalam bahagian perisikan Bukit Aman.

Jawatan MB: Pas akan kemuka calon

Mohd Khairuddin Othman 
SHAH ALAM - Pas Selangor menyambut baik titah sultan yang meminta PR mencadangkan lebih dua calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, selaras dengan titah baginda, pihaknya akan mencadangkan nama yang dirasakan layak untuk menyandang jawatan itu.

"Pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sangat konsisten dengan titah tuanku dan kita yakin rakyat di negeri Selangor juga menyambut baik titah tuanku," katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.

Menurut Khairuddin lagi, pihaknya yakin bahawa cadangan nama calon yang akan dikemukakan kelak oleh ketiga-tiga parti akan mendapat perkenan pihak Istana.

Terdahulu, Pas menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar selain calon tunggal PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu beliau menegaskan, kesemua empat anggota Exco yang masih kekal akan terus berkhidmat demi memastikan pentadbiran bagi kerajaan dan rakyat negeri Selangor berjalan dengan lancar.

"Pihak kami akan terus mempertahankan PR dan kita serah sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk menentukan calon yang terbaik bagi jawatan menteri besar tersebut," katanya lagi.

Isu MB: Abdul Khalid serah kepada kebijaksanaan Sultan Selangor

MB BagusSHAH ALAM, 26 OGOS : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau dalam sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini berkata ia sekaligus akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.
“Saya yakin Tuanku Sultan akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan dan saya seikhlasnya akan akur kepada pilihan yang diputuskan oleh Baginda,” katanya.
Abdul Khalid turut berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak daripada membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang terlibat terutama institusi beraja dan Raja-raja Melayu.
3333Katanya hak Sultan Selangor di bawah Undang-undang Tubuh Negeri perlu dihormati meskipun negara mengamalkan prinsip demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara.
“Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM Sultan Selangor di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri,” katanya lagi.
Abdul Khalid dalam pada itu turut menjunjung kasih kepada Sultan Selangor kerana berkenan untuk beliau menghadap Baginda petang tadi di Istana Bukit Kayangan Shah Alam bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.

MB Negeri Sembilan cuba perbodohkan Melayu – Aminuddin

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan cuba memperbodohkan orang Melayu apabilanya menyatakan hak Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih negara ini.
Aminuddin Harun 02Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun berkata, ia ekoran kenyataan Mohamad Hasan baru-baru ini yang mendakwa kononnya Pakatan  akan berusaha memasukkan semula Singapura ke dalam Malaysia, sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum.
“Ini merupakan salah satu strategi Umno untuk mengawal minda ahlinya di samping menekankan isu perkauman secara melampau.
“Beliau (Mohamad Hasan) seorang pemimpin yang tak matang dengan mengeluarkan kenyataan yang sememangnya tidak akan mematangkan minda ahlinya sendiri.
“Kenyataan itu satu bentuk penipuan dan cubaan untuk menakut-nakutkan rakyat, hakikat sebenarnya perkara itu tidak akan berlaku,” katanya kepada Keadilandaily.
Pada 24 Ogos lalu, Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, berkata, adalah tidak mustahil Singapura bergabung kembali dengan Malaysia jika kuasa politik dan pemerintahan negara tidak lagi dimiliki Umno.

BERSIH 2.0: Akta Hasutan wajib dimansuh segera

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa kerajaan memansuhkan segera Akta Hasutan yang disifatkan sebagai usaha untuk menutup suara dan perbezaan pandangan di negara ini.
Jawatankuasa Pemandu NGO itu berkata, mereka memandang serius penggunaan berterusan Akta berkenaan dengan merujuk pendakwaan terhadap beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.
Mereka adalah Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa di bawah akta itu hari ini selepas mengeluarkan pandangan berkaitan pemansuhan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Manakala esok, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer juga bakal didakwa di bawah akta tersebut, selain Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang  juga akan disiasat di bawah akta yang sama.
“Dengan perkembangan mutakhir ini, jelaslah bahawa Akta Hasutan akan terus digunakan bagi mendakwa dan menekan mana-mana pihak yang bercanggah dengan pandangan dari status quo.
“Hal ini terang-terangan bertentangan dengan semangat demokrasi yang sentiasa meraikan perbezaan hujah dan pandangan.
“Akta Hasutan wajib dimansuhkan segera. BERSIH 2.0 secara konsisten menentang penggunaan Akta Hasutan sebagai cara untuk menutup suara dan perbezaan pandangan. Kita tidak memerlukan akta sebegini untuk menentukan bagaimana rakyat berfikir,” tegasnya.

Muktamar ke 60: Tunggu pasang khemah, terima tetamu

KUALA LUMPUR: PAS Johor bersedia menyambut kedatangan para pemimpin, perwakilan, pemerhati dan ahli-ahli parti itu dari seluruh negara bagi menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke-60.

Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, berkata sebagai tuan rumah segala persiapan berkaitan muktamar yang akan berlangsung tidak lama lagi sudah diselesaikan hampir 90 peratus.

"Alhamdulillah, boleh dikatakan segala persiapan berkaitan muktamar sudah diselesaikan. Hanya tunggu hari untuk memasang khemah dan menerima tetamu dari seluruh negara sahaja lagi," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menyentuh soal tapak program dan kebenaran pihak berkaitan, Aminolhuda berkata perkara berkaitan itu juga telah diselesaikan dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Biarpun muktamar kali ini merupakan muktamar pertama yang diadakan di negeri bukan pentadbiran Pakatan Rakyat, ia tidak melunturkan semangat urusetia yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan program tersebut.

"Setakat ini, semuanya berjalan lancar. Tiada sebarang masalah. Kita sudah siap buku cenderamata, penginapan, penempatan, gerai-gerai, permit dan sebagainya," kata beliau.

Muktamar PAS tahun ini akan berlangsung di Taman Sutera Utama, Skudai, 18 hingga 20 September akan datang.

K'jaan Umno jawab dakwaan berdagang dengan Israel

Dasar Luar Negara Malaysia adalah tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Sejajar dengan dasar tersebut dan ditunjangi prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyokong sepenuhnya gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.

Secara dasarnya juga, kerajaan Malaysia tidak menjalin hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel.

Namun begitu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin memaklumkan bahawa kesemua pintu masuk ke Palestin dikawal oleh pihak berkuasa sempadan Israel kecuali di sempadan Mesir-Semenanjung Gaza, dan kerajaan Mesir hanya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan makanan ke Palestin melalui Rafah border crossing.

Oleh yang demikian, segala aktiviti perdagangan tidak langsung di antara Malaysia dan kawasan tersebut juga adalah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.

Ini adalah kerana semua barangan eksport Malaysia ke Palestin dan wilayah Gaza terpaksa dibawa masuk melalui Pelabuhan Ashdod di wilayah Israel memandangkan Pelabuhan Gaza masih disekat oleh Israel.

Selain daripada itu, adalah difahamkan bahawa seramai 40,000 rakyat Palestin memasuki Israel setiap hari di mana seramai 30,000 adalah untuk bekerja manakala seramai 10,000 mendapat permit untuk bermalam di Israel.

Kemelut MB: Pas, PKR dan DAP harus akur...

Isu MB Selangor
KUALA LUMPUR - Kemelut politik di Selangor yang memasuki fasa baharu hari ini memperlihatkan PKR, Pas dan DAP  diberi peluang yang adil bagi mencalonkan lebih daripada dua nama untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai Menteri Besar yang baharu.

Perkembangan ini menurut beberapa penganalisis politik adalah satu keputusan bijak yang mampu meredakan ketegangan politik yang berlaku di Selangor pada ketika ini.
Mereka berpandangan bahawa ini adalah ujian 'getir' kepada parti pakatan untuk mencari persefahaman, toleransi dan permuafakatan apabila setiap parti 'diwajibkan' mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing sebagai calon menteri besar.
  
Akur titah Sultan
  
Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan setiap parti mencadangkan lebih daripada dua nama itu hendaklah dipatuhi.
"Kita kena faham bahawa Sultan ada kuasa mutlak dalam memilih Menteri Besar dan sepatutnya daripada dahulu lagi Pakatan Rakyat memberi lebih daripada satu nama untuk memudahkan Sultan memberi perkenan.  

"Jika Pakatan Rakyat ingin menyelesaikan krisis Menteri Besar ini dengan cepat dan tidak mahu memberi kesan yang buruk kepada rakyat Selangor, mereka perlu segera mengemukakan nama Adun mereka untuk dipilih sebagai Menteri Besar," katanya kepada Bernama di sini.
  
Beliau berkata PKR seharusnya tidak memuktamadkan dan hanya menetapkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
  
"Sekiranya PKR masih berdegil dan hanya mahukan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal parti itu untuk dipilih sebagai Menteri Besar, ini menunjukkan bahawa mereka hanya nak krisis ini berlanjutan tanpa noktah penamat," katanya.
  
Pas perlu kemukan calon
    

Berdasarkan konsensus bersama gabungan pakatan sebelum ini, kerusi Menteri Besar Selangor diberikan kepada PKR manakala Kelantan ditadbir Pas dan Pulau Pinang oleh DAP.   

Persoalannya, sanggupkah Pas mencalonkan nama Adun mereka sebagai Menteri Besar dan sekali gus membelakangkan konsensus gabungan parti PKR-DAP-Pas?

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berpendapat bahawa Pas wajib akur titah Sultan yang mahukan setiap parti berkenaan mengemukakan calon mereka sebagai Menteri Besar.
  

PKR adakan sidang tergempar bincang titah Sultan


Datuk Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM - PKR hari ini mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu Pakatan Rakyat mencadangkan lebih dua nama sebagai calon jawatan itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut.

“Kita tengah bersidang. Kita akan respon kenyataan itu, selepas perbincangan ini,” katanya.

Dalam pada itu cubaan Sinar Harian Online untuk mendapatkan respon daripada Pas dan DAP tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Petang tadi menyaksikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyembah maklum untuk meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan oleh Abdul Khalid sementara pelantikan menteri besar yang baharu ditetapkan.

PKR yang pada awalnya dijadual mengadakan sidang media jam 8.30 malam ini bersabit perkembangan terbaru ini tiba-tiba membatalkannya setengah jam kemudian.

Who’s ‘qualified’ to be MB?

Adat istiadat will be the guide to what will happen next.

Menteri Besar Khalid Ibrahim had an audience with the Sultan of Selangor and indicated that in light of the current developments he would like to tender his resignation.
The Sultan took note of Khalid’s request but deferred the acceptance of his resignation (meaning, did not accept the resignation yet) until a new MB has been decided.
menteri besar300According to the Articles of the Selangor State Constitution, the Sultan has the absolute powers to use his discretion in the appointment of an MB who in his opinion may most likely command the confidence or trust of the majority in the state assembly.
Note the part about “discretion”, “opinion” and “may most likely”, words that mean what the Sultan “believes to be” even if it is not so.
The Sultan commands the leaders of PAS, PKR and DAP to propose “more than two” names as candidates for the MB’s office to facilitate his determining a candidate who is qualified for the job.
This is a titah, or royal command, and not open to discussion or debate. And note the word “qualified”. And how do you determine the qualifications?
This qualification and the manner the MB will be appointed will be done in accordance with convention.
And the operative phrase here is “according to convention”.
And convention may be something not stated in the Selangor State Constitution but has been the practice in the past.
Hence, adat istiadat will be the guide to what is going to happen next.

Roslan Bistamam

Tak bincang fasal Wan Azizah dan Azmin

Abdul Khalid semasa hadir sidang media di pejabat SUK Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan Sultan Selangor di Shah Alam pada 26 Ogos 2014. Foto: FAZRY ISMAIL
Tidak ada bincang pun mengenai kemungkinan bubar DUN, kelayakan Wan Azizah dan Azmin Ali.
Itu ditegaskan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas pertemuan kira-kira dua jam bersama Sultan Selangor hari ini.
Selain itu, menurutnya, selagi nama MB baru tidak dipilih, selagi itu beliau bersama empat Exco sedia ada akan menjalankan pentadbiran seperti biasa.
Ditanya adakah alasan anak jati ada dibincangkan sebagai kriteria calon - MB Selangor berkata, ia terpulang kepada istana.
"Setiap parti baik DAP, Pas dan PKR kena beri lebih daripada dua nama wakil rakyat mereka dan biasanya sekurang-kurangnya empat nama," ujarnya pada sidang media di pejabat SUK di sini petang tadi.
Walaupun bersedia letak jawatan MB namun belum tiba masa bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang dimenanginya atas tiket PKR.
Beliau juga memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak atas tiket PKR.
Menurutnya, buat masa ini, beliau tidak bercadang berbuat demikian selagi belum menerima perkenan istana berhubung nama calon MB menggantikannya.
Ketika ditanya ura-ura beliau mahu menyertai Pas, Abdul Khalid hanya ketawa.

MB Selangor: Surat rasmi istana dikeluarkan esok

Mohamad Munir Bani
Selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan titah Sultan Selangor hari ini, surat rasmi istana pula akan keluar esok.
Maknanya, titah baginda yang mahu setiap parti - PKR, Pas dan DAP mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon MB akan disusuli dengan surat rasmi.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat berkenaan akan dihantar kepada pemimpin ketiga-tiga parti berkenaan sebagaimana yang telah dititahkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menerima mengadap Abdul Khalid di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini.
"Surat tersebut (meminta Pas, PKR dan DAP kemukakan nama calon Menteri Besar masing-masing) akan dihantar esok. Senarai nama-nama itu bagi memudahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menentukan calon yang layak untuk mengisi jawatan Menteri Besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohamad Munir tidak menyatakan tempoh yang diberikan pihak istana Selangor kepada ketiga-tiga parti itu untuk mengemukakan lebih daripada dua nama calon masing-masing.
Menurut Mohamad Munir menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini hari ini, senarai tersebut bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak untuk mengisi jawatan itu selaras dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan jawatan itu di negeri ini.
Mohamad Munir turut menyatakan Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak dalam pelantikan seorang Menteri Besar Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Kuasa baginda itu menurutnya selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Perkara LI (1), Perkara LIII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Rasionalisasi Najib disabotaj dari dalam Kabinet

SAMM ingin menegaskan iaitu program rasionalisasi (pemotongan subsidi) bukan sahaja mendera rakyat tetapi ia telah gagal, bukan disabotaj pembangkang tetapi oleh orang dalam kelambu dia sendiri.

Sejak dari awal lagi rasionalisasi (sila faham dengan maksud pemotongan) khususnya harga bahan api adalah satu projek gagal oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Rasionalisasi hanya bukti bagaimana Najib hilang idea menjana ekonomi negara dan hanya tahu memotong hak rakyat (subsidi). Maka rakyat yang sememangnya susah dihimpit tekanan ekonomi global akan terus tersepit dengan kerajaan yang gagal menjana ekonomi negara melindungi rakyat.


3       Kegagalan rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini lebih parah apabila Perdana Menteri dikelilingi dengan anggota cabinet yang korup dan berkepentingan.
YB Dato’ Seri Abd. Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab kepada Unit Perancangan Ekonomi di mana program rasionalisasi (pemotongan subsidi) ini diseliakan. Namun SAMM terbaru mendapat maklumat bagaimana beliau sendiri terpalit dalam beberapa isu berkenaan pelaksanaan rasionalisasi (pemotongan subsidi) khususnya bahan api.

Terbaru SAMM dijemput dalam pertemuan meja bulat menemui beberapa tokoh korporat termasuk dari syarikat yang ada hubung kait kerajaan, mereka meluahkan bagaimana kegiatan menyalin kertas cadangan berlaku di EPU. Menurut rungutan mereka bukan sedikit ahli perniagaan menjadi mangsa fotokopi ekspress ini, alasan seperti ketelusan, keterbukaan dan integriti telah disalahgunakan untuk membolehkan penyaduran yang akhirnya menjaga kepentingan dinasor korporat besar kroni berkepentingan.


SAMM ingin menimbulkan pertanyaan kepada Wahid Omar selaku Menteri yang bertanggungjawab.


Mengapa program subsidi petrol yang seharusnya dimulakan 2009 gagal ? Benarkah tuduhan yang berlegar kononya ia berkaitan menyaduran kertas cadangan seperti mana yang diperkatakan ? 
Berapakah bayaran yang telah diterima oleh Maybank dan IRIS daripada kerajaan? Siapakah dan bagaimanakah, proses perlantikan IRIS berlaku ? 

Yang Penting Khalid Akhirnya Letak Jawatan, Tiada Pilihanraya Dan MB Tetap Dari PR

Dalam episod yang semakin menuju jalan ke penghujungnya, Khalid Ibrahim akhirnya akur untuk meletakkan jawatan. Setelah sedar majoriti tidak lagi memihak kepadanya, beliau akhirnya menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, petang tadi.

Bagaimanapun baginda menangguhkan untuk menerima perletakan jawatan Khalid itu sehingga penggantinya dilantik.

Dalam memutuskan pengganti Khalid Ibrahim pula, Sultan Selangor akhirnya menitahkan agar setiap parti dalam PR iaitu Pas, PKR dan DAP mengemukakan dua nama untuk dicadangkan sebagai Menteri Besar yang baru. Baginda sebenarnya tidak menolak nama Dr Wan Azizah secara mutlak, cuma hanya mahukan lebih daripada satu nama dikemukakan bagi memudahkan membuat pilihan.

Melalui keputusan meminta setiap parti mengemukakan dua nama ini juga bermakna tiada pilihanraya negeri akan diadakan di negeri Selangor. Baginda nampaknya amat memahami tentang tiada keperluannya mengadakan pilihanraya negeri serta mahu menyerahkan kembali kerusi Menteri Besar ini kepada PR yang memperolehi majoriti sokongan Adun dalam pilihanraya lalu.

Yang penting di sini, selain Khalid akhirnya akur untuk meletakkan jawatan, tiada pilihanraya negeri akan diadakan dan PR mendapat kembali kerusi Menteri Besar Selangor yang bagaikan terlepas daripada genggamannya sejak Khalid diisytiharkan sebagai Adun Bebas.

Dengan titah Sultan Selangor yang mahukan setiap parti mengemukakan dua nama, terserahlah kepada Pas, PKR dan DAP menentukan pilihan mereka.

Jika dikira daripada keputusan sebelum ini, PKR dan DAP tentulah akan meletakkan nama Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama. Pilihan kedua pula mungkin Azmin Ali atau lain-lain Adun yang difikirkan sesuai kerana tiada kata putus mengenai pilihan kedua itu.

Pas pula, jika diambil kita keputusan mesyuarat pada 17 Ogos lalu, sudah tentulah parti itu akan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Azmin sebagai pilihan kedua.

Tetapi jika diambil kira tindakan U turn yang dibuat dalam mesyuarat AJK Pas semalam yang menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat pilihan, pilihan Pas kini sudah jadi terbuka.

MB Selangor: Pandangan Hadi konsisten dengan titah Sultan kata PAS Selangor

Isu MB Selangor: Pandangan Hadi konsisten dengan titah Sultan - PAS Selangor
KUALA LUMPUR: PAS Selangor berpendapat pandangan yang dikemukan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berhubung nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu konsisten dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya yakin rakyat negeri Selangor juga menyambut baik titah Sultan Selangor.

Katanya, PAS Selangor yakin cadangan calon Menteri Besar yang akan diserahkan oleh setiap parti politik adalah yang dapat diterima oleh istana kelak.

"PAS Selangor akan terus mempertahankan Pakatan Rakyat dan kita serah sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk menentukan calon yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, kedudukan empat exco kerajaan Selangor dari PAS akan kekal sehingga berlaku pelantikan baru Menteri Besar.

Sultan Selangor hari ini menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Abdul Khalid bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” kata kenyataan media dari Istana Sultan Selangor.

PASMEB bersyukur Khalid masih jadi MB

Sebagai anak jati Selangor, pihaknya akan bangkit bagi mempertahankan Khalid Ibrahim.
20140826_172740SHAH ALAM: Jawatankuasa PASMEB, Rosmah Suli menyatakan bahawa beliau gembira di atas keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Kami gembira atas keputusan hari ini yang mana Sultan telah menetapkan Khalid terus kekal sebagai menteri besar,” katanya di luar lobi SUK.
Jelasnya, sebagai anak jati Selangor, pihaknya akan bangkit bagi mempertahankan Khalid Ibrahim.
Wanita PASMEB itu turut bersorak “Kalau anda rasa gembira, tepuk tangan,” sorakan tersebut diulang beberapa kali.
Sebentar tadi, Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor, bagi memudahkan Sultan Selangor untuk menentukan calaon-calon yang berkelayakan.
Selain meneruskan amalan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

Titah istana tipiskan peluang Azizah?

Sampai bila kemelut pentadbiran Selangor akan berakhir?

Adakah Pakatan Rakyat akan terus utuh, terutamanya selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menghadap sultan awal petang tadi?

Walaupun Khalid memilih 'peralihan lancar' dengan menyatakan hasratnya meletakkan jawatan, titah sultan yang meminta lebih daripada dua calon pengganti menteri besar mungkin memanjangkan lagi kemelut itu.

Titah itu boleh ditafsirkan sebagai tanda-tanda bahawa calon tunggal Pakatan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Ismail, presiden PKR, bukan pilihan istana.

Justeru, nasib Azizah masih penuh teka-teki walaupun beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), sekurang-kurangnya 30 daripada 56 ADUN.

Justeru, adakah peluang Azmin kembali cerah dengan perkembangan terbaru ini?

Tinjauan Merdeka Centre baru-baru ini bagaimanapun mendapati Azmin masih seorang calon kurang popular.

Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu. "Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.  Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya.

Sidang media Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Full)

Khalid to stay on as Pelabuhan Klang assemblyperson

Sultan has not rejected Azizah as MB - Khalid

Saya gembira letak jawatan, akui Khalid

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui gembira dapat meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif negeri dan berharap masalah di Selangor selesai dengan pentadbiran menteri besar yang baru. "Saya gembira melepaskan tanggungjawab ini," katanya tersenyum selepas mengumumkan peletakan jawatannya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini. Bagaimanapun, peletakan jawatannya itu ditangguhkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga proses pelantikan menteri besar yang baru selesai. Khalid berkata, beliau berharap calon menteri besar akan menumpukan usaha menguruskan pentadbiran negeri. Ditanya sebab meletakkan jawatan, katanya, "Mereka tak nak saya dah".

Pas berpeluang jadi MB?

MSO

Sultan Selangor telah membuat keputusan adil dan saksama apabila baginda menangguhkan peletakan Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB dan telah meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan dua nama calon MB,
Khalid buat kenyataan ingin letak jawatan.
Penangguhan penerimaan peletakan jawatan Khalid ini ialah disebabkan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk memilih calon MB. Mulanya Pas mencadangkan dua nama Dr Wan Azizan Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali tetapi ia dibantah oleh PKR yang berkeras mahukan hanya nama Dr Wan Azizah.

Mungkin kalau Pakatan Rakyat menerima cadangan Pas itu menghantar dua nama, isu MB Selangor selesai dan pengganti Khalid telah pun diketahui hari ini.

Kehendak baru Sultan itu meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan "delima" dan pertelingkahan siapa pengganti Khalid akan terus menjadi polemik. Bahkan situasinya lebih panas lagi apabila Sultan mengarahkan parti-parti Pakatan Rakyat hantar dua nama dan tidak hanya parti yang mendapat majoriti. Takdir Sultan memberi perkenan kepada calon Pas sudah pasti ia akan dibantah oleh DAP.
Dengan titah baru Sultan itu menyebabkan Pas juga berhak untuk menghantar dua nama Adunnya untuk dipertimbangkan sebagai MB.

Keputusan terbaru itu memberi peluang kepada Pas untuk mencalonkan Adunnya. Apa yang saya bayangkan keputusan Pas mengubah semula ketetapan diambil sebelum ini pada mesyuarat semalam, 25 Ogos telah membawa untung kepada parti agama itu untuk berpeluang mencadangkan Adunnya menjadi MB menjadi kenyataan.

Bagaimana pun kalau Pas berpegang kepada kenyataan asalnya (tetapi tidak boleh dipercayai) bahawa mereka tidak akan merebut jawatan MB, ini bermakna PKR berhak untuk memegang kerusi berkenaan. Apa lagi kedudukan hari ini PKR merupakan parti majoriti apabila dua Adun Pas menyatakan sokongan kepada calon mereka.

Tawar Azmin sertai PAS, Malaysian Insider bertujuan jahat

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menafikan laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat”.

Menurutnya, berita itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Mohamed Azmin Ali mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin Ali  kepada Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Khalid perjelas kenapa akhirnya letak jawatan

SHAH ALAM: Berikut transkrip petikan soal jawab Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama wartawan selepas membaca kenyataan media Istana dan kenyataan medianya hari ini.

Wartawan: Adakan Tuanku menolak calok Pakatan Rakyat, Wan Azizah?

Khalid: Tak tolak, tapi Tuanku minta setiap parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS PKR dan DAP kemukakan dua nama untukk calon MB.

Wartawan: Masa yang diberikan untuk kemukakan nama tersebut?

Khalid: Dia (Istana) akan menulis surat selepas kenyataan akhbar ini, Pejabat Sultan akan tulis surat kepada PAS, PKR dan DAP untuk menyatakan permintaan Tuanku Sultan untuk cadangan nama-nama, besar kemungkinan ada tarikh ditetapkan.

Wartawan: Tan Sri tahu apa pandangan untuk menentukan siapa yang lebih layak?

Khalid: Biasanya pada saya istana mempunyai beberapa pandangan mereka yang layak untuk jadi MB.

Wartawan: Ada dibincangkan untuk pembubaran Dun?

Khalid: Tidak perlu buat masa ini, Tuanku memberi ruang kepada parti kemukakan nama calon.

Wartawan: Kemukakan nama calon, adakah ia menunjukkan Tuanku Sultan tidak sokong Azizah?

Khalid: Tidak timbul, hanya kemukakan nama calon tidak lebih dari empat nama.

Wartawan: DAP tidak mempunyai calon Melayu, siapa yang mereka ingin kemukakan?

Khalid: Menamakan Ahli Dewan Negeri, sudah tentu DAP boleh calonkan siapa sahaja dalam Pakatan, dulu saya pun disokong DAP.

Wartawan: Mengenai kedudukan Adun Pelabuhan Klang, adakah selepas peletakan jawatan MB, untuk Adun turut dilepaskan?

Khalid: Saya tidak akan buat keputusan apa-apa sehingga ia dibuat oleh Tuanku, buat masa ini saya teruskan tugas sebagai Adun.

Wartawan: (Tuan Guru Abdul) Hadi mencalonkan  Azmin, Tan Sri setuju tak?

Khalid: PAS mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama sesiapa saja.

Wartawan: Calon yang layak dikalangan Adun, adakah ia mesti anak Selangor?

Khalid: Terpulang kepada Istana, saya tidak akan mencampuri dan ambil peranan dalam perkara pelantikan Menteri Besar.

Wartawan: Adakah Sultan menasihati untuk ada pembubaran Dun?

Khalid: Tidak, baginda Tuanku hanya meminta nama-nama dari setiap parti, sekurang-kurangnya dua nama.

Wartawan : Tan Sri, mengenai kerajaan negeri diteruskan seperti biasa dengan empat exco.

Khalid: Saya akan meneruskan pentadbiran negeri dengan empat exco sehingga pelantikan Menteri Besar, dan pelantikan exco baru dilakukan.

Wartawan: Apa sebab Tan Sri letak jawatan?

Khalid: Mereka tak mahu saya (sambil ketawa).

Wartawan: Disentuh tak mengenai kriteria MB wanita?

Khalid: Hanya perbincangan, saya beri surat dan Tuanku nasihat sedemikian.

Wartawan: Jika dilantik semula MB, Tan Sri terima tak?

Khalid: Saya tak terima, saya gembira dengan apa yang ada sekarang.

Wartawan: Tan Sri rasa siapa yang lebih sesuai?

Khalid: Saya pun tak pasti siapa, terpulang kepada kebijaksanaan Tuanku untuk menentukannya.

Hasrat perletakan jawatan MB Selangor – Khalid Ibrahim

Saya menjunjung kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana berkenan untuk saya menghadap baginda pada petang ini di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, bagi membincangkan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.

Saya menyembah maklum bahawa dinamik politik di negeri Selangor kian meningkat dan menimbulkan keresahan rakyat jelata. Demi kelangsungan kestabilan politik di negeri Selangor ini, saya kemukakan kepada DYMM tuanku hasrat untuk meletak jawatan sebagai datuk menteri besar Selangor.

DYMM tuanku mengambil maklum hasrat saya dan tuanku membuat keputusan untuk menangguh penerimaaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baru selesai.

Saya juga memohon maaf kepada DYMM tuanku atas suasana politik masa kini yang menyebabkan pihak Istana terheret sama dalam kemelut pentadbiran di negeri ini.

Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM tuanku untuk mencari penyelesaian terbaik sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam.

Saya yakin DYMM tuanku akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dalam membuat keputusan dan saya dengan seikhlasnya akan akur kepada pilihan yang diputuskan baginda.

Saya berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak dari membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecilkan peranan mana-mana pihak yang terlibat terutama institusi beraja dan raja-raja Melayu.

Biarpun kita menghormati prinsip demokrasi yang memberi kebebasan bersuara namun adab, tatatertib dan hak-hak DYMM sultan Selangor di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor perlu dihormati demi kesejahteraan negeri.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor.

Sidang Media: Kenyataan Istana Dan Kenyataan MB Selangor


Sidang media khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


TS Khalid mohon letak jawatan MB, Dun Selangor tidak bubar

Sultan Selangor menolak peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat (PR) memberi lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru. Pada sidang media petang ini, Khalid berkata peletakan jawatan itu ditangguhkan sehingga menteri besar baru dilantik. Baginda mahu PAS, DAP, PKR mengemukakan lebih daripada dua nama bagi memudahkannya menentukan calon yang layak. Khalid berkata beliau menghantar surat peletakan jawatannya kepada Istana Kayangan, Shah Alam hari ini, tetapi ia ditolak Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Ini ialah tatacara yang pernah dilakukan oleh istana bukan saja semasa PR, tetapi juga semasa Barisan Nasional (BN) ingin menamakan mereka yang dicadangkan untuk dilantik menjadi MB," katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Sehingga selesai pelantikan menteri besar yang baru, Khalid berkata, beliau akan terus menjalankan tugas seperti biasa.

Khalid masih MB Selangor sehingga penggantinya dilantik


Post Pic

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersembahkan hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
 
Namun baginda memutuskan untuk menangguhkan hasrat Khalid sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai. 
 
Justeru Khalid akan meneruskan tugasnya sehingga mendapat nama daripada ketiga-tiga parti komponen PKR. 
 
"Saya persembahkan hasrat peletakan jawatan untuk membincangkan kemelut politik di negeri ini.
 
"Dinamik politik di Selangor kian meningkat dan menimbulkan keresahan rakyat jelata, demi kelangsungan kestabilan politik saya kemukakan hasrat meletakkan jawatan sebagai MB," kata Khalid dalam satu sidang media sebentar tadi.

Sultan tangguh peletakan jawatan Khalid, arah setiap parti kemuka dua calon baru

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini telah mengemukakan hasrat untuk meletakkan jawatannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila Sultan Sharafuddin memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatannya.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa penangguhan ini adalah sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.

“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicaramutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” kata Abdul Khalid yang membacakan kenyataan dari Sultan Sharafuddin.

PAS, PKR dan DAP diarah serah lebih dua nama calon MB Selangor baharu


Post Pic


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama daripada parti masing-masing sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, bagi memudahkan Baginda Sultan menentukan calon yang berkelayakan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Baginda bertitah demikian sebaik sahaja Khalid mengadapnya bagi menyatakan hasrat meletakkan jawatan sementelah beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
 
Justeru Sultan Sharafuddin menangguhkan peletakan jawatan Khalid sehingga calon Menteri Besar baharu ditentukan.
 
Titah Sultan Selangor itu sekaligus bermakna Baginda menolak pencalonan tunggal PKR untuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisi jawatan Menteri Besar itu.
 
PKR dan DAP sebelum ini menolak cadangan PAS untuk mengemukakan nama Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon untuk jawatan Menteri Besar itu.
 
PKR mengambil keputusan hanya mencalonkan Azizah dan Azmin akur kepada keputusan parti itu.

Sultan tangguh peletakan jawatan sehingga MB baru dilantik.

Sultan Selangor juga telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripda dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon MB Selangor

sultan selangorSHAH ALAM: Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan penerimaan letak jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, Baginda menangguhkan sehingga perlantikkan MB Selangor yang baru ditentukan.
Ini untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur.
Sultan Selangor telah menerima menghadap Khalid pada hari ini untuk menyembah maklum bahawa beliau memohon perkenan Baginda untuk meletak jawatan sebagai MB.
“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara LI (1), Perkara L111 (2) (A), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Rubuh Kerajaan Selangor 1959, Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang MB bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan.
Sultan Selangor juga telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripda dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon MB Selangor.
“Ini bagi memudahkan Sultan untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai MB.
“Ini adalah sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan MB Selangor sebelum ini,” jelasnya.

Sultan perkenan tangguh peletakan jawatan Abdul Khalid

SULTAN SELANGORSHAH ALAM, 26 OGOS : DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil maklum hasrat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan meminta supaya ia ditangguh sehingga lantikan baru selesai.
Kenyataan yang dikeluarkan dari Istana Kayangan di Shah Alam petang tadi diumumkan oleh Abdul Khalid dalam sidang media khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) hari ini.
Kenyataan rasmi itu turut menyebut bahawa keputusan berkenaan dibuat di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan meminta supaya Abdul Khalid meneruskan khidmatnya bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar.
“Tuanku Sultan mengambil maklum mengenai hasrat Tan Sri Abdul Khalid meletak jawatan dan menangguh penerimaan perletakan beliau sebagai Menteri Besar sehingga lantikan baru ditentukan untuk memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar,” katanya.
Sehubungan itu, Sultan Selangor turut  menitahkan agar setiap pemimpin PKR, PAS dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama daripada parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon Menteri Besar bagi memudahkah Baginda menentukan calon berkelayakan.
Baginda Sultan juga akan memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai Menteri Besar sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan jawatan itu sebelum ini.

Sultan tangguh permohonan Khalid letak jawatan sehingga perlantikan MB baru

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon  layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini,” katanya.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Kenyataan SULTAN SELANGOR selepas KHALID mengadap sebentar tadi..!!


Krisis MB: Istana Selangor akan keluar kenyataan rasmi petang ini

khalid menghadap sultan 426 OGOS: Pihak istana akan mengedarkan kenyataan rasmi berhubung jawatan Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Pembantu Khas Sultan Selangor, Zahir Kelvin Ong Abdullah di pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan Shah Alam, sebentar tadi.
Manakala sidang media dijangka akan diadakan pada jam 5.30 petang.
“Media semua diminta tunggu selepas Abdul Khalid menghadap Sultan, kita akan edarkan kenyataan rasmi… sidang media khas di SUKakan ditangguhkan pada jam 5.30 petang,” katanya.

Berapa lama lagi Najib akan bertahan?

drm_300
Oleh: Yunus Tasim

Dia buat lagi. Dr M ulang lagi.
Dulu Pak Lah. Sekarang Najib. Rentaknya serupa. Tarinya saja yang berbeza. Dulu dia kritik, dia hentam. Kemuncaknya dia isytihar keluar UMNO. Maka bertempiklah hulubalang dan dato bendahara UMNO, memujuk dan merayu. Tidak berganjak dia selagi Pak Lah masih bertakhta.
Akhirnya Pak Lah tunduk. Kerana Pak Lah sayangkan UMNO. Pak Lah dari keturunan orang baik-baik, tidak punya cita-cita tinggi melangit, begitu juga isteri tercinta. Pak Lah turun takhta dan anakanda tersisih beberapa ketika.
Dulu perancangan Dr M cepat terlaksana. Ada tangan yang sambut. Ada suara yang menyokong. Kritik bertukar gesaan pindah kuasa. Perbahasan hangat di bahagian, di kedai kopi dan di media massa. Ada orang yang sedia mengganti. Semua ahli sayang UMNO, sayang Dr M. Orang UMNO tak mahu Dr M terus merajuk, takut Dr M dilamar PAS seperti dulu-dulu. Itu yang Pak Lah kena ‘check-mate’ dan terpaksa akur dengan kehendak Dr M dibantu oleh seluruh UMNO.
Tapi kali ini percaturannya berbeza. Tiada ugutan keluar parti. Tiada suara sokongan sana sini. Yang ada cuma suara kecil dari seorang bekas menteri. Akhbar media perdana senyap dan sunyi. Menteri Dalam Negeri bersuara, Menteri Pertahanan mempertahankannya, dan ramailah menteri , Melayu dan Cina nyatakan taat setia kepada Najib. Zaman berbeza, cabaran berbeza, itu kata mereka. Paling akhir Timbalannya bersuara, kali ini tidak menyokong Dr M seperti waktu Pak lah, tapi memberikan sokongan padu kepada bosnya.
Apakah ini tanda sengat Dr M sudah tidak berbisa? Apakah umpan menarik balik sokongannya terhadap Najib tidak berjamah? Apakah orang UMNO dah muak dengan karenahnya? Yang pasti Dr M bukan calang-calang orangnya. Dr M banyak membaca dan berfikir. Dr M pakar strategi. Percaturannya sentiasa mengena. Kalau tak masakan tiga timbalannya kecundang di tengah jalan.
Ramai orang yang bertanya, UMNO dan di luar UMNO, berapa lama lagi Najib dapat bertahan? Apakah Najib akan mengikut jejak Pak lah atau Dr M yang akan mengalah? Masa dan keadaan yang akan menentukan, juga mengikut ketentuan Tuhan.
Banyak faktor yang tidak menyokong dan membantu strategi Dr M kali ini. Biarpun data dan fakta dikemukakan atas kepincangan Najib, tapi tidak didengarnya. Dari prestasi Barisan Nasional (BN) yang lebih buruk di PRU 13, hingga kepada polisi dan cara Najib menangani isu semasa, semua terlondeh dalam chedet.
Yang pasti, UMNO ketandusan pemimpin pelapis yang berkaliber. Buat masa sekarang, tiada siapa yang dapat menggantikan Najib. Walaupun ada orang kata, kalau Najib boleh jadi Perdana Menteri (PM), orang lain pun sebenarnya boleh menggantikannya, malah boleh jadi PM yang lebih baik dari Najib. Tapi hakikatnya tidak demikian pada UMNO Baru hari ini. Inilah mungkin legasi Dr M yang gagal menyediakan pelapis yang berkarisma dan berkaliber. Semua yang bagus dicantasnya. Tinggallah kerak-kerak yang tidak dapat memperbaiki atau membawa UMNO ke mercu yang lebih tinggi.
Timbalannya tidak menunjukkan tanda-tanda inginkan takhta. Mungkin dia menunggu sehingga Dr M tiada, baru rasanya aman untuk berkuasa. Yang nampak riak-riak rasa hanyalah sepupunya dan Menteri Dalam Negeri.

Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014.Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa. AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

Rafizi pula akan disiasat bawah Akta Hasutan esok, 27 Ogos

RafiziKUALA LUMPUR 26 OGOS: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan disiasat di bawah Akta Hasutan esok, 27 Ogos berhubung isu Selangor.
Beliau diminta memberi keterangan pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Perkara itu disahkan Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
Menurut Latheefa, siasatan terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN itu adalah berkaitan kandungan kenyataannya yang disiar akhbar The Edge Malaysia.
Laporan tersebut bertajuk ‘Will Rafizi Quit if Selangor is not toppled?’.
“Beliau akan disiasat berhubung temubualnya mengenai isu Selangor, dan selepas ini berkemungkinan besar Rafizi akan didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Bukan Rafizi sahaja, malah hari ini Khalid Samad juga didakwa di bawah akta yang sama.
“Sebelum ini N Surendran turut dikenakan pendakwaan serupa. Di sini kita nampak dengan jelas bahawa Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak sangat aktif menggunakan akta ini terhadap pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Latheefa ketika dihubungi.
Rafizi akan ditemani peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen.

Khalid tiba di Istana Kayangan mengadap Sultan Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini bagi mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan masa depan pimpinan kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor itu tiba di perkarangan istana tepat jam 2.19 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung langkah seterusnya selepas kehilangan sokongan majoriti daripada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Khalid ketika ditemui media semalam berkata akan mengadap Sultan Selangor pada hari ini selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan beliau memperoleh sokongan majoriti Adun Selangor termasuk dua Adun PAS.
 Sultan Selangor sebelum berangkat ke luar negara menitahkan Khalid tidak membuat sebarang kenyataan berhubung statusnya sebagai menteri besar sehingga baginda kembali ke tanah air.

Kes Rizalman: Penilaian psikiatrik telah siap


Penilaian psikiatrik terhadap bekas atase tentera Muhammad Rizalman Ismail telahpun siap, kata Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.

Mengenai bila dia akan dihantar ke New Zealand, Zulkifeli berkata ia bergantung kepada Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara, dan kedua-dua negara (Malaysia dan New Zealand).

Ada prosedur tertentu yang perlu diikuti," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai status proses ekstradisi Rizalman.

Rizalman menghadapi tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan niat merogol terhadap seorang wanita New Zealand, Tania Billingsley, pada 9 Mei.

Pada masa itu, Rizalman merupakan atase tentera di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.