Isnin, 25 Ogos 2014

Kemusnahan Gaza: Reaksi Hamza Deirawi

50 hari serangan terhadap Gaza

Bangunan berdekatan pejabat Aqsa Syarif dibom

Anonymous lancar serangan siber #OpSaveGaza

Ibrahim mungkin tanding PRK Pkln Kubor jika ada parti..ha..ha..ha..Abe Him..!!

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.

"Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding (sebagai calon) bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya.

"Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan.

"Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati.

Selain itu, Ibrahim berkata, sebagai ahli politik dari Kelantan yang pernah bertanding atas tiket PAS pada 2008, beliau meramalkan Umno akan menang mudah pada PRK Pengkalan Kubor akan datang.

Sengit jika PAS lwn BN

Bagaimanapun, beliau berkata, persaingan akan menjadi sengit sekiranya PAS meletakkan calonnya di kawasan itu untuk bertanding dengan Umno.

Katanya, PKR akan kalah memandangkan parti itu tidak mempunyai cawangan di Pengkalan Kubor serta tidak mempunyai jentera dan ahli yang kuat di Kelantan.

Aduan terhadap 2 Adun Pas sudah dihantar

Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM – Aduan terhadap dua Adun Pas yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam proses untuk dihantar ke Pas Pusat.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, sebahagian aduan sudah dihantar kepada Pas Pusat namun ada beberapa pihak yang masih belum berbuat demikian.

“...dan sekarang ini aduan dari kawasan dan dewan(dewan pemuda negeri) mula dihantar ke Pusat,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, selepas kesemua laporan yang lengkap diterima, Pas Pusat bakal membuat keputusan ke atas perkara itu.

Namun ketika ditanya jangkaan keputusan itu dibuat, beliau memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat.

“Selepas semua diterima, Pas Pusat akan beri keputusan. (Jangkaan) Yang itu kita serahkan kepada Pas Pusat,” katanya.

Sebelum ini Wan Azizah menerima sokongan daripada 15 Adun DAP, 13 PKR dan dua Adun Pas, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat bersidang.

Sementara itu, dalam sidang media pagi ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Pas Selangor sebelum mengambil sebarang tindakan.

Khalid Ibrahim: The making of an antihero

Can he escape from the past and be redeemed or transformed in the end?

khalid_antihero_300Isn’t it sublime de facto leadership that after the rottweillers have had their weeks’ fill of ravaging Khalid Ibrahim and sealing his fate as the Menteri Besar (MB) of Selangor, Anwar Ibrahim tells the party congress that he does not agree with personal attacks against Khalid and even calls on the delegates to “acknowledge Khalid’s sincerity and track record”? Touching indeed.
This latest episode of “Desperate Politicians” in Selangor brings to mind the creation of an anti-hero in Jessica Page Morrell’s 2008 manual on “Bullies, Bastards & Bitches”. Has PKR created an anti-hero in Khalid? Let us revisit Jessica’s guide for would-be writers to see if he fits the mould of the anti-hero.
“If you dare to write about less-than-charming characters, you don’t need to always redeem them with an ending in which they see the error of their ways, mend their faults and allow their flinty hearts to be transformed into a choir loft of goodness. You see, Hollywood movies have greatly influenced audience expectations to such a degree that bad people are expected to become good, endings are expected to be tidy and hopeful, and outcomes are expected to be laced with sunshine.”
The end of Khalid’s days as the MB is nigh but I doubt he needs the de facto leader of PKR to orchestrate such a Hollywood feel-good climax to his career. After all, the show ain’t over till the fat gentleman sings and man, when he goes, is he going to sing about the frailties of his erstwhile PR politicians since 2008. Remember, he’s got more files than the rottweilers.
Jessica goes on:
“An anti-hero is a protagonist who is as flawed or more flawed than most characters; he is someone who disturbs the reader with his weaknesses yet is sympathetically portrayed, and who magnifies the frailties of humanity…An anti-hero is often a badass, a maverick or a screw-up. An anti-hero can also play the part of an outsider or loner. This kind of anti-hero often possesses fragile self-esteem, has often failed at love and/or is estranged from people from his past. The reader loves these characters because they are realistic and relatable – just like people in the reader’s life, they’re imperfect and roiling with contradictions. Anti-heroes can be obnoxious, pitiful or charming, but they are always failed heroes or deeply flawed.”
Coming from a socialist background, I have never been a fan of Khalid, especially since the days when he was the Guthrie CEO and was on the opposite side of the fence from the plantation workers we were fighting for.
When he became PR’s celebrated Menteri Besar of Selangor, I was still unimpressed by his neo-liberal and populist policies which included giving away free water to Selangorians.
From 2008 to 2013, we heard nothing but praise and adulation for this PR hero. In a passionate accolade by DAP’s Tony Pua as recently as the recent Kajang by-election:
“Khalid is an extremely honest and hardworking MB.”
The Kajang Bad Movie
It was when PKR announced its asinine “Kajang Move” in complete contempt for voters’ decisions at the 13th general election that Khalid began to display some flashes of the anti-hero.
When he was being openly maligned for being inept and corrupt by the PKR and DAP rottweilers as the basis for his ousting as the MB, Khalid showed amazing team spirit by taking on the role of Kajang by-election organiser and continually putting on his Yogi Bear grin for the cameras. It was like something out of Lu Xun’s “Story of Ah Q” – the classic antihero.
I, for one, could not have stomached such humiliation from the PR rottweillers and still be able to carry on with the Kajang Bad Movie. Again, this bears out Jessica Morrell’s taxonomy of the anti-hero:

Sangkal kajian Merdeka Centre, Umno Selangor yakin sokongan meningkat

Umno Selangor hari ini menyangkal kajian dijalankan Merdeka Centre baru-baru ini menyatakan lebih separuh pengundi Selangor akan mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang bagi menyelesaikan kemelut sekitar pelantikan menteri besar baru.
Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau yakin kemelut politik dalaman yang melanda kerajaan PR menyaksikan sokongan rakyat akar umbi kini mula beralih kepada parti itu.
"Saya tidak boleh kata kajian itu benar atau salah kerana itu andaian. Namun hasil pemerhatian kita, apabila kita turun padang dalam program bersama rakyat, ramai yang mengadu dan mereka marah dengan apa berlaku di Selangor.

"Dan saya percaya ia menyaksikan peningkatan sokongan terhadap Umno Selangor," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Jumaat lalu, hasil kaji selidik yang ditauliahkan The Malaysian Insider dan dijalankan ketika krisis memuncak pada awal bulan, menyatakan sokongan  rakyat terhadap kerajaan PR tetap tidak akan berganjak.
Johan juga turut menafikan Umno-Barisan Nasional (BN) berdiam diri dalam krisis Selangor dan tidak bertindak seperti konflik di Perak kerana tahu parti itu sudah tidak diterima rakyat.
Katanya, isu pokoknya bukan perlu dinilai pada hasil kajian yang dilaksanakan, tetapi hakikat yang PR sudah mengkhianati mandat diberikan rakyat.
"Saya yakin rakyat tidak bodoh. Mereka boleh menilai apa yang berlaku. Ini aduan daripada akar umbi sendiri. Generasi muda akan rasa dikhianati. Dan secara peribadi, sokongan pada Umno-BN sudah lama sebelum ini kerana parti ini yang memerintah lama sebelum daripada PR," katanya.

Saya tidak mampu ganti Anwar, tapi ini bukan hanya kerana dia, kata Dr Wan Azizah

Dilihat sebagai “pengganti” kepada suaminya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui hari ini beliau tidak mampu menjadi pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi krisis Selangor memaksa beliau tampil menyelamatkan keadaan. Dr Wan Azizah berkata, langkah untuk kembali aktif bukan semata-mata demi ketua umum PKR tersebut, tetapi sebaliknya kerana perjuangan yang dibawa oleh Anwar selama ini. "Ia bukan semata-mata kerana Anwar, tetapi idea beliau dan nilainya yang kita hargai dan ingin gunakan untuk membawa perubahan demi masa depan negara," kata Dr Wan Azizah merujuk kepada suaminya, Anwar yang juga ketua pembangkang. Dr Wan Azizah ditemubual agensi berita luar negara di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari pertama perbicaraan kes saman Anwar ke atas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Apabila ditanya mengenai label pengganti selepas dipilih dalam "Langkah Kajang" bagi menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau berkata tidak akan mampu menjadi pengganti kepada suaminya. "Tidak, saya tidak boleh menggantikannya (Anwar), tapi saya boleh sokong dia dan beri apa sahaja bantuan. Ia kerja berpasukan," katanya. Anwar pada awalnya diletak sebagai calon di Kajang, bagaimanapun hasratnya terhalang selepas disabitkan bersalah dalam kes Liwat II. Dr Wan Azizah juga tenang apabila ditanya mengenai masa depan suaminya dalam karier politik yang dibimbangi berdepan ancaman daripada pemerintah. "Mereka (kerajaan) lihat beliau sebagai ancaman kepada kedudukan mereka dan pegangan kuasa mereka. "Cara dia didakwa dan dihukum menunjukkan bagaimana mahkamah digunakan untuk kepentingan. Jadi, tiba masanya untuk saya tampil ke depan," katanya. Dr Wan Azizah berkata keputusan parti meletakkannya bagi menggantikan Khalid sesuatu yang "pahit", tetapi ia mesti dilakukan. "Kami dapat tahu sesuatu

Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai.....

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.
Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.
Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957. Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.
Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor  untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.
"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.
"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.
"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."
Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.
Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.

MCA: Kenapa kritik Putrajaya, tapi tidak Belanda?

MCA hari ini mempersoalkan tindakan seorang pemimpin PKR Laksamana (B) Imran Abdul Hamid yang mempertikaikan penggunaan tentera untuk istiadat penghormatan mangsa MH17.

Ketua MCA Perak Mah Hang Soon membangkitkan kenapa kritikan yang dibuat dalam Kongres Tahunan PKR itu tidak ditujukan kepada kerajaan Belanda yang mengambil tindakan sama.

“Penghormatan tentera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak bersifat kepartian ekoran anggota parlimen daripada kedua-dua pihak (BN dan Pakatan Rakyat) diundang ke upacara itu,” kata Mah (kanan).

Imran pada Sabtu mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa MH17 dalam upacara perkabungan seluruh negara sehari sebelum itu.

Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan sebegitu gah.

Imran yang juga anggota parlimen Lumut turut berkata, tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Mah juga membangkitkan sama ada kritikan Imran semata-mata untuk mengalih perhatian terhadap kemelut menteri besar Selangor.

Apakah PKR, DAP terima kalau Adun Pas ditunjuki sebagai MB?

MSO

Mengenai pengisian jawatan MB Selangor yang bakal dikosongkan Abdul Khalid Ibrahim esok, Pas tampaknya ikut sama berangan-angan agar kerusi keramat dan penting itu diberikan kepadanya. Apabila Pas dalam mesyuarat jawatankuasa kerja hari ini memutuskan agar Sultan menentutkan siapa calon penggantinya, ertinya Pas membuka balik pintu jawatan itu yang sudah ditutup tanpa kunci sebelum ini.


Azmin juga layak jadi MB Selangor.
Keengganan 13 Adun Pas menanda tangan SD sokongan kepada Dr Wan Azizan menyerlahkan niat buruk parti agama itu dan memberi gambaran semangat setiakawan tidak dipeatuhi.

Mesyuarat jawatankuasa Pas yang diadakan hari ini telah membuat pendirian itu mengubah pendirian sebelum ini yang mahu dua nama dihantarkan kepada Sultan sebagai pengganti Khalid. Dua nama itu ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.

Bagaimana pun Pas menarik balik keputusannya itu dengan menyerahkan sepenuhnya kepada Sultan Selangor untuk memilih atau menunjukan sesiapa sahaja dari kalangan 54 Adun di Selangor. Pas menarik balik dua nama itu apabila PKR memutuskan hanya menghantar satu nama sahaja, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sekali tenguk tindakan Pas itu berpulas-pulas macam tangkai jering, tetapi itulah politik parti agama itu. Dengan membuat begitu, menyerahkan kepada budicara Sultan, Pas boleh berangan-angan, manalah tahu kalau untung sabut timbul dan Adun mereka dipilih menjadi MB, maka akan raya hindulah Pas.

Mungkin Pas berharap kepada kemungkinan itu kerana dari segi majoriti Pas memperolehi majoriti sebab kerusinya 15 berbanding dengan PKR yang kini jadi 13, (selepas ketiadaan Khalid) BN 12, manakala DAP walaupun 15, tetapi dari segi perlembagaan parti itu tidak berhak untuk dipilih sebagai MB.

Isu PAS, masalah dalaman hantui Kongres PKR

Oleh Zulaikha Zulkifli
Kongres tahunan PKR kali ini dilihat sebagai platform untuk 'menghentam' rakan mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS selain membincangkan tentang isu-isu melanda parti sejak kebelakangan ini.

Walaupun kongres ke-10 tahun itu dilihat sedikit hambar dengan kehadiran yang tidak ramai seperti sebelumnya, ia tidak menjadi halangan bagi sesetengah perwakilan serta pemimpin tertinggi parti itu melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap PAS.


Ia dapat dilihat apabila perwakilan kongres daripada Kelantan dan Terengganu, masing-masing 'mengadu' supaya pemimpin tertinggi PKR masuk campur memulihkan hubungan bersama rakan mereka itu.

Perwakilan Kelantan menyalahkan "parti sahabat" PKR di Kelantan yang didakwanya menyebabkan mereka tewas pilihan raya umum lalu. Manakala perwakilan Terengganu pula bersedih kerana didakwa "dibuli" PAS negeri sehingga tidak mampu memenangi kesemua kerusi ditandingi.

Malah, pemimpin tertinggi PKR turut mengambil kesempatan untuk membidas PAS walaupun parti itu tidak disebut secara langsung. Antara perkara dibangkitkan berhubung isu wanita menjadi pemimpin, yang timbul ekoran kemelut semasa dalam pentadbiran Selangor.

Perkara itu bagaimanapun mendapat teguran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapan sebelum penangguhan kongres itu di Shah Alam semalam.

Kesan pemecatan Khalid

Anwar meminta anggota parti itu tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan.

Dalam ucapannya itu, Anwar berkata tidak semestinya beliau sebagai pemimpin tertinggi akan mempertahankan perkara yang diketengah perwakilan sebaliknya beliau perlu mengambil kira semangat Pakatan.

Krisis Menteri Besar Selangor:Perebutan dan permainan kuasa

Oleh Dinsman
KRISIS dalaman Pakatan Rakyat berikutan kemelut Parti Keadilan Rakyat dalam isu Menteri Besar Selangor kini masuk ke fasa akhir sebelum mendapat perkenan Sultan.
Apakah Sultan bersetuju dengan calon tunggal yang dikemukakan oleh Pakatan, Dato’ Seri Wan Azizah Ismail, Presiden KeADILan? Itu menjadi tanda tanya kita semua sementara menanti saat penting tersebut.

Keputusan mesyuarat Ajk PAS Pusat pagi Ahad 17 Ogos untuk mengemukakan dua nama kepada Sultan (seorang lagi ialah Azmin Ali, Timbalan Presiden) ditolak oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat petang Ahad itu. Apapun, Tan Sri Khalid sudah sampai ke penghujung jalannya sebagai Menteri Besar. Tidak ada pilihan lagi baginya melainkan berundur dari kerusi kuasa tersebut, dan menyerahkan dana simpanan negeri yang dikumpulkannya sebanyak RM3.2 bilion itu kepada tokoh baru yang akan mengisi kerusi yang bakal dikosongkannya.
PAS sudah membuat keputusan yang dinanti-nantikan itu, setelah melewatkannya seminggu daripada tarikh awal yang ditetapkannya. Ia keputusan yang melegakan banyak pihak kerana memilih untuk kekal bersama Pakatan, melegakan bagi mereka yang mahukan PAS berpisah daripada KeADILan dan DAP).
Namun luka-luka pada tubuh KeADILan dan PAS akibat kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kemelut perebutan kuasa di kalangan pimpinan parti itu, tidak mudah untuk disembuhkan hanya dengan keputusan mesyuarat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan Ahad lalu.
Banyak sisi-sisi negatif dari keghairan berpolitik oleh tokohtokoh pimpinan parti-parti berkenaan, khasnya KeADILan dan PAS, telah terserlah dan telah dibaca dan dimengerti oleh rakyat dan ramai orang. Yang dulunya tersembunyi kini banyak sudah yang terdedah.
Ada baik dan ada tidak baiknya hal tersebut. Bagi orang seperti saya yang lebih berminat dengan budaya dan ilmu, daripada berpolitik, inilah saat-saat yang menarik untuk diperhatikan. Apakah perkembangan selanjutnya selepas ini?
Bagaimanakah KeADILan akan mengembalikan semula kekuatannya dan kepercayaan rakyat kepadanya, khasnya kepada beberapa orang pimpinan utamanya? Dan kalau Wan Azizah mendapat perkenan Sultan? Apakah beliau dapat membuktikan kepada rakyat bahawa sememangnya Khalid Ibrahim itu perlu digantikan, ataupun bagaimana?

Bergantung kebijaksanaan Pakatan tangani krisis MB

PAS dan Pakatan Rakyat mempunyai tugas berat untuk menjelaskan perkara sebenar mengenai krisis Menteri Besar Selangor kepada rakyat dengan apa yang berlaku. Sementara menunggu tamatnya kemelut ini, PAS menerusi Jawatankuasa Pusatnya telah membuat keputusan bijak pada 17 Ogos lalu, di samping turut menegaskan pandangannya pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada hari yang sama. Ikuti penjelasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai perjalanan mesyuarat itu ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 21 Ogos lalu.

WARTAWAN: Adakah Abang Mad puas hati dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu?
MOHAMAD SABU: Itu keputusan sebulat suara, dibuat melalui perbincangan. Saya puas hati dengan mesyuarat itu. Saya juga puas hati dengan keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat itu kerana ia adalah keputusan sebulat suara.
Jadi semua pihak dalam PAS sekarang mestilah patuh kepada keputusan itu kerana ia adalah keputusan sebulat suara.
Melalui mesyuarat itu, PAS bersetuju mencadangkan dua nama dari KeADILan bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor...
Ia memang satu keputusan yang bijak. Dalam hal ini, PAS sebenarnya hanya boleh memberikan cadangan. Keduadua nama yang dicadangkan oleh PAS itu adalah pemimpin KeADILan, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden KeADILan sendiri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali. PAS memberikan cadangan untuk perbincangan seterusnya.
Apa yang dilakukan oleh PAS itu adalah satu langkah yang baik, yang bijak supaya Pakatan Rakyat dapat terus beroperasi, terus berada dalam muafakat yang kekal.
Daripada dua nama itu, Pakatan Rakyat telah memilih untuk menghantar satu nama sahaja ke istana iaitu Dato’ Seri Dr Wan Azizah. Saudara adalah wakil PAS dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu. Boleh ceritakan perkara ini?
Pakatan Rakyat menghantar satu nama sahaja ke istana kerana Azmin Ali sendiri yang mengambil sikap mematuhi deklarasi atau tandatangan yang telah dibuat yang bersetuju mencalonkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam mesyuarat itu memang saya hadir. Bersama-sama saya bagi mewakili PAS dalam mesyuarat itu Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali; Naib Presiden PAS iaitu Dato’ Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
KeADILan diwakili Ketua Umumnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung parti itu, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail. Manakala DAP diwakili Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Ketika mesyuarat berlangsung, kita daripada PAS mempertahankan dua nama yang telah dicadangkan dan dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat itu.
Tetapi apabila Azmin tarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim atas komitmennya kepada parti, Pakatan Rakyat telah menghantar satu nama, iaitu Dato’ Seri Dr Wan Azizah sahaja ke istana.
Setelah keputusan itu dicapai, proses selanjutnya akan diserahkan kepada pasukan peguam Pakatan Rakyat. Dalam pasukan itu, PAS diwakili Asmuni Awi. KeADILan dan DAP ada wakil mereka masing-masing dalam pasukan itu.
Adakah turut dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden tentang bilakah proses selanjutnya itu akan dilakukan oleh pasukan peguam?
Tidak disentuh bilakah proses itu akan dilakukan oleh pasukan peguam dalam mesyuarat itu. Jadi, perkara itu terserahlah kepada pasukan peguam sendiri. Ia bergantung kepada pertimbangan mereka sendiri. Merekalah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara itu.
Terdapat desas desus yang mengatakan istana tidak mahu menerima pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ia tidak dapat dipastikan. Apa pandangan saudara mengenai perkara ini?

Umno tentu mahukan pilihan raya negeri Selangor

KUALA LUMPUR: Krisis Menteri Besar Selangor akan digunakan sepenuhnya Umno-BN bagi merampas kembali negeri itu daripada tangan Pakatan Rakyat dengan mempengaruhi pihak Istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor bagi membolehkan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, sekiranya Sultan Selangor bersetuju dengan pembubaran Dun Selangor, Umno-BN juga akan sedaya upaya menarik sokongan rakyat supaya Selangor dapat ditawan kembali.

Ini kerana katanya, sejak krisis Menteri Besar Selangor, media mesra Umno-BN tidak menyebelahi Pakatan Rakyat bagi menjelaskan pelbagai isu yang timbul dan sudah tentu parti tersebut akan ‘memanfaat’ sepenuhnya kelebihan yang dimiliki mereka untuk mempengaruhi rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
“Banyak spekulasi media yang tidak dapat kita sangkal. Oleh kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang sebenar dan Pakatan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjelaskan kepada rakyat, isu yang berpanjangan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa muak kepada rakyat,” katanya kepada Harakah yang berharap tidak akan berlaku pilihan raya di Selangor.
Dr Mariah berkata, tidak timbul isu rakyat Selangor tidak berpuas hati dengan prestasi Adun tetapi isu politik dalaman mungkin menyebabkan sebahagian mereka tidak gemar dengan situasi tersebut.
“Kita bimbang sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri, kerana tidak sukakan serta muak dengan kemelut politik yang berlaku ini, akan wujud dua kelompok rakyat.
“Satu kumpulan ini tidak akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dan kumpulan yang kedua tidak akan keluar mengundi,” katanya.
Sehubungan itu kata Dr Mariah, rakyat tidak seharusnya termakan dengan kerancakan Umno untuk merebut kuasa di Selangor, sebaliknya menilai dengan positif kepimpinan Pakatan Rakyat selama menguasai Selangor.

Khalid mohon maaf kerana ‘tunjuk pandai’

Khalid juga memohon maaf jika ada dikalangan pegawai kerajaan negeri merasakan beliau suka 'tunjuk pandai' dalam membuat sebarang keputusan.
khalid_300PETALING JAYA: “Saya ucapkan terima kasih kepada pagawai kerajaan yang sehingga kini bersama saya, walaupun ada kalanya mereka rasa menteri besar ini nak tunjuk pandai.
“Saya minta maaf kepada mereka yang adakalanya terus berkerja sehingga pukul 11 malam hari Sabtu. Itu pun saya mintak maaf lah sebab saya pun bekerja hari sabtu sehingga 11 malam juga,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
Beliau turut memohon maaf jika ada dikalangan pegawai kerajaan negeri yang merasakan beliau suka ‘tunjuk pandai’ dalam membuat sebarang keputusan.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri yang telah memberi kerjasama baik dan berkerja sebagai satu pasukan dalam melicinkan urus tadbir negeri ini.
Kejayaan yang telah dicapai oleh negeri Selangor sepanjang pentadbiran beliau kata Khalid, adalah kejayaan yang boleh dibanggakan bersama oleh seluruh kakitangan dan rakyat Selangor.

Tiada pertelingkahan antara PAS dan PKR di Terengganu kata Mustafa

Mustafa Ali menegaskan hubungan antara kedua-dua parti dalam keadaan baik dan mesra dan sekiranya keadaan adalah sebaliknya, ia di luar pengetahuan beliau.
ali_300KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa tiada apa-apa pertelingkahan yang berlaku antara PAS dan PKR di Terengganu.
Sebelum ini seorang perwakilan PKR Cabang Dungun, Azlan Che Mat mendakwa mereka seakan sudah mula hilang keyakinan kepada pimpinan rakan sekutunya iaitu PAS di negeri terbabit dan dikatakan kedua-dua parti berkenaan tidak mempunyai persefahaman lagi.
“Setahu saya hubungan kedua parti ini baik sahaja dan mesra. Yang kata tidak mesra itu saya tidak tahu,” katanya ketika ditanya oleh pemberita dalam sidang media anjuran PAS.
Tambah beliau pilihan raya sudah setahun setengah berlalu dan sampai sekarang masih tidak ada apa-apa maklumat atau laporan berkenaan kenyataan daripada perwakilan PKR tersebut.
“Kalau beliau ada menyatakan pandangannya di Kongres PKR sebelum ini, dia (Azlan) harus memberitahu kepada saya.
“Jika saya ada menerima laporan tersebut, saya akan periksa. Namun saya tidak pernah mendapat laporan seperti yang didakwa Azlan,” jelasnya.
Azlan sebelum ini turut mendakwa PKR Terengganu kini seperti sudah menjadi mangsa buli PAS. Beliau menyatakan pandangannya ketika membahaskan usul antarabangsa sempena Kongres Nasional PKR Ke-10.
Azlan turut menganggap PAS masih tidak bersedia untuk bersama dalam perjuangan Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid Mahu Tinggalkan Legasi Di Selangor

Tian Chua:Semangat Solidariti Perlu Dihayati Dalam Parti

Parti boleh menang di Pengkalan kubor - SUA Pas

Khalid mahu tinggal legasi seperti di PNB, Guthrie


KUALA LUMPUR: Selangor terus mencatat peningkatan memberangsangkan dan sentiasa berada dalam kedudukan tiga teratas dari segi sektor pelaburan di Malaysia sejak 2008 hingga 2013, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sejumlah RM29.132 bilion direkodkan untuk pelaburan tempatan dan asing di mana sebanyak 137,766 peluang pekerjaan telah dicipta, lapor Selangor Kini.

“Selangor merekodkan pelaburan kedua tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.833 bilion pada tahun 2013 dan 228 projek telah diluluskan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam hari ini.

Beliau menambah, kejayaan yang dirangkul adalah hasil kerjasama dengan kakitangan awam baik di peringkat atasan mahupun bawahan yang bergerak sebagai satu pasukan.

Beliau berkata sifat tidak mendahulukan kepentingan diri dan menganggap kerja sebagai satu ibadah perlu dijadikan pegangan supaya rakyat sentiasa mendapat perkhidmatan terbaik.

“Sejak saya mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui tampuk Kerajaan Selangor pada Mac 2008, saya berasa amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat pada rakyat, negeri dan negara," ujarnya yang juga Adun Pelabuhan Klang.

Cara 'Langkah Kajang' diatur punca kemelut Selangor - PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN.

Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru.

Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.

Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.

Tikam menikam

Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

Kalau Pandu Kereta, Mesti Tahu Ke Mana Nak Dituju Dan Jangan Selalu U Turn

Keputusan mengenai kemelut kerusi Menteri Besar Selangor dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini. Sultan Selangor ketika ini dipercayai sedang mendapatkan pelbagai nasihat tentang keputusan terbaik yang bakal dilakukan oleh baginda sebelum dijangka menemui Khalid Ibrahim dan juga Dr Wan Azizah pada hari esok.

Khalid Ibrahim hari ini sudah pun mengesahkan beliau akan mengadap Sultan Selangor pada hari esok iaitu Selasa manakala Anwar Ibrahim pula membayangkan Dr Wan Azizah akan dipanggil mengadap selepas pertemuan Sultan Selangor dengan Menteri Besar itu.

Sama ada Sultan Selangor akan menerima perletakan jawatan Khalid, bersetuju dengan pembubaran DUN yang dijangka banyak pihak akan disyorkan oleh Menteri Besar, menerima Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, mahukan PR mengemukakan calon lain atau apa saja, semuanya dijangka akan diketahui dalam sehari dua ini.

Tetapi ketika semua orang begitu teruja dan dan tertunggu-tunggu apakah yang bakal terjadi di Selangor ini, Pas hari ini sekali lagi membuat pusingan U dalam isu Menteri Besar ini.

Dalam mesyuaratnya hari ini, Pas memutuskan untuk menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam membuat keputusan, selain memaklumkan 13 Adunnya tidak akan menandatangani akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.

Jika diimbas daripada awal, Pas sebenarnya sudah beberapa kali membuat pusingan U.

Pada mulanya Pas mahu Khalid terus dikekalkan sebagai Menteri Besar dengan hujah tiada sebarang pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya selama mentadbir Selangor sejak lebih enam tahun yang lalu. Rakan gabungannya, PKR dan DAP yang telah bersetuju dengan pertukaran Khalid mulai pening dengan pendirian Pas itu.

Apatah lagi, Pas juga kemudiannya menangguh-nangguhkan tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos kepada 13 Ogos, selepas itu kepada 17 Ogos pula.

Ketika itu berbagai jangkaan muncul. Ada yang meramalkan Pas akan terus kekal dengan pendiriannya menyokong Khalid dan memungkinkan terbentuknya kerajaan perpaduan antara UMNO, Pas dan Khalid di Selangor. Yang lain pula menjangkakan Pas akan akur dengan semangat kebersamaan bersama PKR dan DAP dalam PR yang selama ini banyak memberi manfaat kepada parti itu.

Msyuarat Pas pada 17 Ogos itu akhirnya memutuskan untuk menolak Khalid dan menerima Dr Wan Azizah sebagai penggantinya bersama pilihan calon kedua iaitu Azmin Ali. Pas juga menyatakan ikrar untuk terus komited bersama PR melawan UMNO dan BN serta menyediakan pilihan kerajaan alternatif yang meyakinkan untuk rakyat.

Pendirian Pas itu pada umumnya diterima baik oleh semua pihak, walaupun mungkin agak mengecewakan bagi UMNO yang mengharapkan bibit-bibit perpecahan akan terus merekah dalam PR.

Rahmat Haron, Seorang Sampah Seni

OLEH SHARIFAH NURSYAHIDAH
Mungkin ramai yang mengenali Rahmat Haron, sebagai satu sosok penyajak, pelukis, penulis atau aktivis. Atau ada juga yang cuma kenal dengan gaya rambut ‘dreadlock’ nya. Dari UBU, ‘blogger’, kolumnis MalaysiaKini sehinggalah ke dokumentari Memali malah pernah dihalau keluar dari Myanmar, beliau tampaknya bukan sembarangan orang. Tetapi temu ramah ini menceritakan, Rahmat Haron bukan siapa-siapa, beliau cumalah sampah seni!
Baca lanjut temu ramah Editor The KL Review, Sharifah Nursyahidah bersama Rahmat Haron untuk mengetahui tentang mengapa Sampah Seni adalah Rahmat Haron.
10621068_10152718373868254_1475092315_n
Boleh saudara ceritakan penglibatan dan pengalaman saudara dengan Universiti Bangsar Utama (UBU) ketika saudara mula-mula menuntut di Universiti Malaya?
UBU adalah ruang tempat saya mendidik semula diri saya ke dalam masyarakat. Pada waktu itu, tahun 1998, suasananya cukup berbeza. Hampir tiada aktivisme anak muda dan mahasiswa yang pro demokrasi di dalam kampus. Karenah birokrasi HEP, sekatan Auku mendorong kami beberapa orang aktivis mahasiwa pro demokrasi memikirkan jalan lain untuk bergerak. Makanya, setelah Barisan Alternatif yang kami sokong tewas dalam pilihanraya 1999, kami memilih kegiatan ekstra kampus – di luar kampus. Jadi kami perlukan ruang, maka tertubuhlah UBU. Tentang UBU ini, pastilah yang paling penting bimbingan daripada ikonnya – bekas pemimpin pelajar 1974 – pembikin filem, seniman, penulis Hishamuddin Rais.
UBU ada banyak kegiatan; tuisyen percuma untuk para pelajar miskin kota, diskusi, bedah buku, acara seni, baca puisi, musik, kelas falsafah, tayangan filem dan video. UBU juga terlibat dalam Kumpulan Bukan Teater, dengan persembahan teater keliling berjudul Tok Ampoo, arahan Hisahamuddin Rais.
Selain Hisham yang ditahan ISA selama 2 tahun, aktivis UBU, Khairul Anuar Zainudin atau dikenali sebagai Jonah, juga pernah ditahan tanpa bicara dibawah ISA. Jonah ialah satu-satunya aktivis pelajar pada waktu itu yang ditahan ISA selama 25 hari. Seorang lagi yang ditahan pada waktu yang sama, Presiden PMUM, Fuad cuma ditahan selama 3 hari.
Sekadar promosi, tentang penglibatan saya dan UBU ini, saya telah menulis dengan agak teliti pada tulisan saya yang berjudul Isyarat Gerak Radikal Dalam Seni Pertunjukan Malaysia, di dalam buku Naratif Seni Rupa Malaysia, Jilid II: Reaksi-Strategi Kritikal Baru, suntingan Nur Hanim Khairuddin dan Beverly Yong, terbitan Rogue Art, 2013.
Kalau dahulu saudara begitu aktif dalam aktivisme politik, mengapa tahun-tahun kebelakangan ini saudara lebih banyak bergiat dalam hal-hal kesenian? 
Saya sebenarnya kurang mengerti akan pemisahan aktivisme politik dan kesenian. Medium kesenian adalah sesuatu yang politikal, jika diletakkan pada konteks atau titik tembus (entry point) yang sesuai. Cuma saya faham barangkali ia merujuk kepada aktivisme saya dalam parti-parti politik Pakatan Rakyat, gerakan masyarakat sivil dan NGO. Saya fikir, zaman telah berubah, tetapi itu tidak bermaksud saya sudah tidak politikal. Saya masih ikut, sebagai perserta di jalan raya, misalnya bantahan cukai GST. Atau misalnya sewaktu pilihanraya kecil Kajang, saya ikut berkempen dengan hadir di sebuah acara baca puisi anjuran parti Keadilan.
Tetapi saya tidak perlu campur hal-hal urus tadbir, mekanisme strategi taktik dan kepimpinan politik dalam berbagai organisasi politik yang ada. Saya hanya pengikut – yang mana sesuai, saya hanya penyokong – yang mana berkepentingan, sebagai manusia saya hanya bersuara, lebih penting ruang demokrasi semakin terbuka. Ia tidaklah pula bermakna keadaan masyarakat kita telah tiba-tiba bertukar menjadi syurgawi dan demokratik. Tetapi kehendak kepada pendemokrasian itu telah membesar hasratnya. Ini kerana pada hari ini telah ada, saya fikir ratusan atau barangkali telah mencecah ribuan aktivis-aktivis politik di serata negara dengan bermacam bentuk pertubuhan, fokus dan kegiatannya.
Banyak juga kegiatan politik yang tidak lagi sesuai untuk saya, apatah lagi tugas-tugas berkempen, melobi atau advokasi umum memerlukan penjagaan penampilan, disiplin diri.
Sekarang ini bukan tahun 98, budaya ketakutan, negara polis kuku besi mencengkam. Saya paling aktif, khusus di antara tempoh 1998 sehinggalah 2008, melalui zaman para aktivis reformasi dipenjara, melalui zaman parti Keadilan hanya menang satu kerusi. Sebenarnya semenjak zaman Pak Lah, tugas saya semakin mudah, semakin ramai orang mula ikut bergiat menjadi aktivis. Mudah saja, dulu saya aktif sebab tidak ramai orang mahu berkecimpung dalam aktivisme politik. Makanya terpaksalah kita bertugasan serba-boleh – menjadi demonstran, penyusun demo, pembuat banner dan poster, wartawan, penulis – serta mengendalikan berbagai macam isu.

MB Khalid minta maaf, ucap terima kasih


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada semua kakitangan kerajaan negeri kerana sering 'memaksa' mereka kerja keras dan lebih masa.

Bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak, hari ini, Khalid juga memohon maaf jika ada dikalangan pegawai kerajaan negeri merasakan beliau suka 'tunjuk pandai' dalam membuat sebarang keputusan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pagawai kerajaan yang sehingga kini bersama saya, walaupun ada kalanya mereka rasa menteri besar ini nak tunjuk pandai. Saya pun mintak maaf lah.

"Juga ada kalanya pula saya minta mereka terus berkerja pukul 11 malam hari Sabtu. Itu pun saya mintak maaf lah sebab saya pun bekerja hari sabrtu 11 malam juga," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri yang telah memberi kerjasama baik dan berkerja sebagai satu pasukan dalam melicinkan usrus tadbir negeri ini.

Kejayaan yang telah dicapai oleh negeri Selangor sepanjang pentadbiran beliau kata Khalid, adalah kejayaan yang boleh dibanggakan bersama oleh seluruh kakitangan dan rakyat negeri ini.

Katanya, ianya termasuk soal peningkatan pelaburan serta kejayaan yang dicapai di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Yang jelasnya kesemua saudara-sauda sanggup bekerja kerana saudara mengatakan usaha saudara lakukan bukan untuk kepentingan diri tapi untuk kepentingan rakyat selkangor. Jadi terima kasih semua," ujar Khalid lagi.

Beliau menegaskan sejak mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui tampuk Kerajaan Selangor pada Mac 2008, beliau berasa amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat pada rakyat, negeri dan negara.

Tak berbangkit akuan bersumpah sokong Azizah kata Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: Berikut adalah transkrip penuh sidang media PAS sejurus selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini bagi membincangkan isu berkaitan jawatan Menteri Besar Selangor..

Sidang media dikendalikan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut mengumumkan keputusan mesyuarat hari ini yang memutuskan untuk menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar.

Mustapa : Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor. Itu sahaja statement. Statement ini ditandatangani oleh Setiausaha Agung, jadi boleh edar statement tersebut. One para punya statement, so kalau ada apa-apa nak tanya boleh tanya.

Wartawan : Datuk bukankah Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Wan Azizah sahaja?

Mustapa : Ini sahaja satu kenyataan yang dibuat pada hari ini...so...boleh...itulah.

Wartawan : Bagaimana dengan dua nama yang dikemukakan sebelum ini....masih lagi?

Mustapa : Kita tak sebut secara spesifik, so macam ni....kenyataannya macam ni je, you tafsir lah macam mana.

Wartawan: Kalau macam ni baik tak payah buat pc datuk

Mustafa : Senang.....tak payah tanya kot (sambil ketawa).

Wartawan : So datuk, dua nama tu masih valid?

Mustafa : Ia macam ini...kita buat kenyataan yang terbuka seperti ini. Bila kita sebut serah kepada perkenan, kebijaksanaan Tuanku....dia boleh pilih...Tuanku boleh pilih.

Pakatan Rakyat mahu bawa masuk Singapura kata MB N9

“Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini."

Umno Rembau meeting 02SEREMBAN: Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah tidak mustahil Singapura akan bergabung kembali dengan Malaysia sekiranya perjuangan Umno yang dibanggakan orang Melayu menemui titik noktah dan sekiranya kuasa politik dan pemerintahan negara tidak lagi dimiliki Umno.
“Kita jamin, selepas tiga hari pembangkang menang dan kerajaan baru ditubuhkan, mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet pertama.
“Agenda sulung mereka adalah membawa kembali Singapura menyertai negara ini.
“Penggabungan itu tidak memerlukan pindaan perlembagaan, tetapi hanya memerlukan kelulusan jemaah menteri, sama seperti ketika Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ‘membuang’ Singapura,” katanya.
Mohamad berkata demikian ketika ucapan perasmian Persidangan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau 2014; bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, semalam.

Apa akan jadi jika PKR tadbir Malaysia? soal Asri

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia. Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa. "Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.  "Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi. Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini. "Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen. "Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya. Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian. Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan. PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD). Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS. Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar. Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut.

Surat pencalonan Wan Azizah sebagai MB sudah dihantar ke istana, kata Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) bersetuju mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal mereka sebagai menteri besar Selangor dan tidak timbul isu dua nama dihantar ke istana. Beliau berkata, surat mencalonkan Dr Wan Azizah juga sudah dihantar ke istana Selangor. Meskipun pada mulanya nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dicalonkan, beliau bagaimanapun menarik diri dari pencalonan tersebut. "Jadi hanya satu calon dan surat itu ditandatangani pemimpin PR, Guan Eng, Mat Sabu dan saya sendiri, dan itu mencukupi," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur merujuk kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Anwar berkata demikian sebagai respon Jawatankuasa PAS Pusat yang sedang bermesyuarat untuk menentukan sama ada akan menghantar surat menyokong Dr Wan Azizah kepada Sultan Selangor. "Kami perlu bermesyuarat kerana keputusan awal kami adalah untuk mencalonkan dua orang. "Tapi sekarang pemimpin Pakatan hanya memilih Dr Wan Azizah, kami akan bermesyuarat semula," kata sumber parti itu kepada The Malaysian Insider. Anwar hari ini berkata, tidak timbul isu dua nama kerana Azmin enggan namanya dicalonkan untuk jawatan menteri besar. Tambahnya lagi, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada sultan berhubung pencalonan tersebut. "Parti hanya perlu menghantar surat pencalonan kepada sultan jika tiada akuan bersumpah daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya. "Sekarang,

Mahkamah Tinggi: Anwar dakwa Anifah dulu sedia 'lompat'

Pengkalan Kubor: PAS wants a winnable candidate

PAS not signing SD supporting Azizah

Isu MB S'gor: PAS serah kepada kebijaksanaan Sultan...

KUALA LUMPUR: PAS hari ini memutuskan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar.

Keputusan tersebut diputuskan pada menyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pagi ini.

Kenyataan tiga peranggan itu dibaca oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor," kata beliau.

Mustafa ketika ditanya mengenai dua nama yang dikemukakan PAS bagi jawatan tersebut memberitahu perkara tersebut tidak dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 2.30 petang esok bagi menjelaskan kedudukannya.

PAS sebelum ini pada mesyuarat 17 Ogos lalu telah mencadangkan dua nama Presiden PKR dan timbalan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Khalid.

PAS mahu bertanding di Pengkalan Kubor kerana faktor ‘boleh menang’

PAS memberi isyarat berminat untuk meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor walaupun rakan mereka dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), PKR menegaskan kerusi tersebut adalah milik mereka. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, PKR dan PAS perlu berbincang mengenai PRK Pengkalan Kubor dan faktor "boleh menang" perlu dipertimbangkan. "Bagi PRK Kecil Pengkalan Kubor, PKR bincang dengan PAS. Biasanya kita hendak menang, oleh itu faktor 'boleh menang' perlu dipertimbangkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini. Mustafa berkata PRK adalah perkara berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, keputusan meletak calon di Pengkalan Kubor tidak terikat dengan keputusan sebelum ini.

13 ADUN PAS tak akan tandatangan SD sokong Wan Azizah kata Mustafa Ali..!!

Adakah Keputusan 17.Ogos Tebatal..??
Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun parti itu menyokong pencalonannya sebagai sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat Ahli Jawatankuas PAS Pusat pagi ini.

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar: Azizah akan menghadap Sultan selepas MB

Khalid: Nothing wrong with Bank Islam deal

Khalid: Work with me while I'm still MB

Khalid: Water restructuring part of my legacy

MB: “Isu Bank Islam penyelesaian telus, tak puas hati Bank Negara boleh audit”

Presiden PKR: Kembali kukuhkan saf terus berbakti kepada rakyat

Ke arah economic power house...Apa yang Najib nak buat..Peneroka kena tipu lagi..!!!

JASIN 24 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda mampu menjadi sebuah entiti ekonomi global yang gagah perkasa bagi menjana keuntungan besar kepada peneroka di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata, bagi mencapai tujuan tersebut, Felda perlu dimajukan dengan pelbagai strategi baharu sesuai dengan era globalisasi bagi mengelakkan agensi itu terkebelakang dan tidak maju ke hadapan.
"Sebab itu, dalam fasa kedua strategi kita, saya kata kita tidak boleh kekal dengan keadaan dan perancangan yang dulu, dulu kita cemerlang dan amat berjaya tetapi saya kata sudah sampai masanya kita berubah.
"Lapan tahun dulu waktu kita sambut Hari Peneroka Ke-50, saya kata kita mesti buka buku baharu, kita buka strategi baharu dan kita garis objektif baharu kerana kita mahu melihat Felda menjadi komuniti yang hebat dan berjaya dalam era global ini.
"Intipati fasa kedua kita perlu dilaksanakan tanpa melupakan fasa pertama iaitu kita mahu menjadikan Felda sebagai economic power house dan bukan political power house," katanya.
Perdana Menteri berucap merasmikan sambutan Hari Peneroka Ke-58 Peringkat Kebangsaan dan Majlis Hari Raya 2014 yang dihadiri kira-kira 15,000 warga Felda di Stadium Jasin dekat sini hari ini.

Boleh cadang PAS bertanding PRK Pengkalan Kubor....


KOTA BHARU: PAS Kelantan menerima cadangan anggota parti di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan Dun Pengkalan Kubor supaya mengembalikan calon PAS di situ pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata aduan itu diterima selepas calon-calon PKR tidak berjaya mencapai kemenangan.

“Aduan dan rayuan itu diterima pihak parti selepas PRU lalu dan sewaktu itu dan kinipun sikap kita masih di peringkat menerima aduan sahaja,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek kepada Pondok Mahmudiah Beta Hilir, dekat sini petang semalam.

Kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM15,000 kepada pondok berkenaan untuk menyiapkan bangunan baru yang bernilai RM1.2 juta.

PAS Pusat maklum Pengkalan Kubor milik PKR

PAS tidak perlu berbincang untuk meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor kerana secara dasarnya kerusi itu milik PKR, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali.

"Setakat ini di peringkat pusat kita tidak membuat sebarang perbincangan (mengenai kemungkinan PAS akan meletakkan calon) kerana kita telah sedia maklum dan anggap ia sebagai kerusi PKR.

"Di mana dasarnya ia adalah kerusi PKR, melainkan PKR tidak ingin bertanding, jadi peranan kita (PAS) adalah sekadar membantu," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Harian itu juga melaporkan Mustafa sebagai berkata, PAS mengambil pendirian tidak campur tangan mengenai persediaan PRK berkenaan, sebaliknya menunggu arahan daripada PAS Kelantan.

"Kita mungkin akan pergi sebagai pembantu dan akan mendengar apa yang akan dibuat di peringkat negeri kerana kita sedia maklum Kelantan adalah negeri yang kita (PAS) perintah, jadi tiada masalah," katanya lagi.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS meminta PKR menyerahkan semula kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk memberi laluan kepada parti itu bertanding dalam pilihan raya kecil itu kelak.

Bagaimanapun, bekas calon PKR DUN tersebut, Saharun Ibrahim menyalahkan "parti sahabat" PKR di Kelantan yang didakwanya menyebabkan mereka tewas dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.

Sultan dijangka temui Azizah lepas MB

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian.

Khalid mahu tinggalkan legasi air percuma Selangor sebelum berundur

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi bayangan bersedia untuk berundur secara baik dan mahu meninggalkan legasinya melalui pemberian air percuma kepada rakyat Selangor melalui perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya. Khalid berkata, beliau ingin meninggalkan legasi seperti yang dilakukannya ketika mengetuai Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie. "Sejak saya mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui tampuk kerajaan negeri Selangor pada Mac 2008, saya berasa amat bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat pada rakyat, negeri dan negara. "Ini adalah kerana saya ingin meninggalkan legasi seperti apa yang saya lakukan ketika saya mengetuai PNB dan kemudiannya Kumpulan Guthrie. "Jika saya boleh meninggalkan legasi di kerajaan negeri Selangor, maka saya anggap saya sudah berjaya," katanya di hadapan kira-kira 200 kakitangan awam negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, hari ini.

Dr Wan Azizah: Kalau Ini Amanah Yang Diturunkan, Saya Terima Walaupun Hati Berat

Anwar: Muafakat dalam Pakatan perlu dimantapkan

Saifuddin Nasution - Ucapan aluan Kongres Nasional PKR ke 10

MB: Tidak guna jadi negeri kaya jika rakyat tak nikmati hasil negeri

Khalid to meet Selangor sultan tomorrow

Khalid: Tiada yang meragukan penyelesaian hutangnya

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan hari ini bahawa tiada apa yang meragukan berhubung penyelesaian di luar mahkamah hutangnya dengan Bank Islam.

Dalam penjelasannya kepada penjawat awam semasa  perhimpunan di bangunan sekretariat, Khalid berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tanggapan sebaliknya.

Katanya, beliau akan menggunakan proses perundangan untuk membersihkan namanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat mendedahkan butiran penyelesaian di luar mahkamah itu kerana terikat dengan kerahsian perbankan.

Beliau berkata, segala-galanya tentang penyelesaian itu dilakukan secara "telus" dan tiada apa yang mencuriga dan meragukan mengenainya.

Fitnah terhadap Sekolah Demokrasi: Merdekakanlah fikiran


sekdem_alumni

oleh FARIQ FARHAN

Telah tersebar di media sosial seramai 20 orang anak Melayu telah pun ‘murtad’ daripada bangsanya serta menjadi tali barut kepada “parti komunis” DAP. Maka kecohlah seisi pelosok ‘Bolehland’ dengan gambar-gambar ‘pengkhianat bangsa’ atau ‘Melayu tak kenang budi’ itu.
Demikianlah tohmahan-tohmahan manusia wakil Tuhan yang lebih tuhan daripada Tuhan. Benarlah kata orang, jentera parti keris petualang bangsa dengan fitnah lekang tiada.
Pertama-tamanya, persoalan yang timbul di benak saya adalah apakah tahap kefahaman manusia-manusia pemfitnah ini tentang makna demokrasi itu sendiri dan sejauh mana mereka tahu apa yang diajar di Sekolah Demokrasi. Sikap melenting membabi buta kebanyakan orang sebelum menyiasat kebenarannya betul-betul berada pada paras mencemaskan.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) sering difitnah sebagai parti komunis tentu sekali semata-mata kerana majoriti ahlinya yang berdaftar adalah dari kaum Cina. Bukan saja tanggapan stereotaip sebegitu amat jahat, ia malah turut menyerlahkan kejahilan tidak bertebing penuduh sendiri tentang ideologi komunisme. Malah pendukung tegar komunisme sendiri tentunya tidak suka dikaitkan dengan parti DAP yang dianggap tidak cukup revolusioner.
Sudah sekian lama DAP mendukung ideologi Sosial Demokrasi. DAP juga merupakah ahli pertubuhan Sosial Demokrasi antarabangsa, sebaris dengan parti seperti African National Congress, yakni parti mendiang Nelson Mandela.
Apakah Sosial Demokrasi itu? Apa yang membezakan Sosial Demokrasi dengan Komunisme atau Liberalisme? Persoalan inilah yang cuba dirungkai Sekolah Demokrasi. Bukan seperti tuduhan liar yang berkumandang di ruang-ruang siber!

Krisis Selangor pada anak muda


Jata_diraja_Sultan_Selangor


Apa yang sebenar terjadi pada masyarakat, terutama anak-anak muda, rentetan daripada krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini? “Langkah Kajang” yang turut diumumkan bersama YAB Dato Menteri Besar dulu sebenarnya telah mencederakan beliau sendiri akhirnya. Namun yang sebenarnya terduduk termanggu dibelenggu persoalan-persoalan yang tidak terungkai adalah kita – anak-anak muda yang melabuh punggung di atas pagar.
Ya, biarpun krisis MB ini mula menampakkan bibit hujung jalan ceritanya, namun segala kerumitan yang membina dan membentuk penamatnya menanamkan seribu rasa pada ramai orang, terutamanya rakyat Selangor. Anak muda yang mengundi di Selangor turut terharu. Mungkin yang tidak terlihat oleh pimpinan Pakatan Rakyat adalah bagaimana anak-anak muda cuba memperhalusi dan memahami krisis ini secara ‘bersendirian’ biarpun ramai yang mengelilingi mereka cuba menyogok dengan pelbagai maklumat atau disebut alasan.
Ada di antara mereka bergaduh dan bertengkar mempertahankan parti masing-masing walaupun masih dalam semangat dan dalam kerangka besar Pakatan Rakyat. Pun begitu ada pula terus bermasam muka biarpun mesyuarat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang beberapa kali ditunda telah pun menjawab segala isi perut ribut yang melanda mereka. Natijahnya, ada yang melihat segala putik cinta yang dibina sepanjang PR terbentuk dan dibentuk malah segala onak ranjau yang dilalui bersama, dengan krisis ini telah sedikit mengguris perasan di hati – biar lukanya tidaklah sedalam mana.
Bagi anak muda, krisis seperti ini sangat tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Biar apa pun jua alasan yang menjustifikasikannya, atau dengan segala senarai panjang yang boleh menghalalkan krisis ini wujud. Bagi mereka, ia wajar ditangani segera, penuh strategis dan berhemat sejak sebelum ia bermula. Ia perlu diuruskan sebaik mungkin tanpa sampai ke peringkat ia menjadi krisis besar muafakat PR dan polemik yang menggamit ke peringkat nasional. Anak-anak muda percaya ia sebenarnya tidak mampu ditangani sebaiknya oleh pimpinan lalu mengakibatkan kawah api prasangka besar mula terbentuk – sekurang-kurangnya itulah keluh-kesah anak muda yang sampai ke telinga ini.

MB sahkan mengadap Sultan petang esok

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1SHAH ALAM 25 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menjelaskan kedudukannya.
“Jumpa esok petang,” katanya ringkas selepas merasmikan majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak di Shah Alam hari ini.
Keputusan Baginda Sultan Sharafuddin akan menentukan sama ada DUN Selangor akan berdepan dengan pilihan raya mengejut atau tidak.

Silterra, Mukhriz dan teguran Mahathir berkait?

Timmy Say

Umum mengetahui, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah lama tidak berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Sebelum ini, Dr Mahathir juga pernah menegur secara sinis apabila Najib melakukan sesuatu yang pada pendapat beliau, merugikan Umno dan negara. Contohnya, Dr Mahathir pernah menegur pemberian BR1M, pemansuhan akta ISA, sikap Najib yang berjinak dengan TPPA dan juga tindakan Khazanah mengambilalih MAS 100%.  Ramai yang membuat analisis mengapa Dr Mahathir tidak gembira. Meskipun tidak gembira selama ini, Dr Mahathir tidaklah meletup sehingga sanggup menulis di blog beliau kini menarik kembali sokongan daripada Najib. Letupan Dr Mahathir ini dikira amat besar. Ramai terus membayangkan apakah Najib akan menjadi Pak Lah yang seterusnya. Namun, apakah punca peletupan itu? Pada 13 Ogos 2014, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, anak kesayangan Dr Mahathir membuat rayuan terbuka kepada Khazanah agar tidak menjual syarikat Silterra Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat fabrikasi wafer tempatan yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park yang menjadi nadi penting kepada industri semikonduktor di dunia. Menurut sumber dalaman, ramai yang sudah memujuk Khazanah untuk memikirkan keputusan mereka untuk menjual Silterra, meskipun syarikat ini mencatat kerugian sebanyak RM1.7 billion sejak 2011. Mengapa Silterra penting bagi Kedah dan juga Malaysia? Di dunia hari ini, syarikat fabrikasi wafer majoritinya rugi kecuali TSMC di Taiwan. Tetapi semua negara yang inginkan industri semikonduktor ini berkembang akan terus memastikan syarikat fabrikasi wafernya hidup dengan pelaburan berterusan kerana ia membawa faktor ekonomi yang lain. Lihatlah Kulim High-Tech park yang kini dihuni oleh syarikat-syarikat gergasi seperti Infineon Technologies dan Intel. Malaysia sudah lama berperanan di dalam bidang semikonduktor, tetapi hanya bergiat cergas di bahagian manufacturing (pembuatan), yang membawa keuntungannya rendah. Di dalam ‘value chain’, selama ini Malaysia duduk di lurah ‘smiling curve’ di dalam industri semikonduktor. Untuk menjadi maju dan negara berpendapatan tinggi, Malaysia perlu bergerak ke arah R&D (penyelidikan dan pembangunan), branding (penjenamaan) dan juga design (merekacipta). Korea dan Amerika Syarikat mendapat keuntungan lumayan daripada pelaburan Samsung dan Apple di dalam R&D, Branding dan Design yang membolehkan produk-produk mereka dijual pada harga premium. Syarikat-syarikat di China yang dilantik Samsung dan Apple (contohnya seperti Foxconn) untuk membuat produk mereka (manufacturing) hanya mendapat margin keuntungan yang minima. Perbezaan ketara ini boleh dilihat daripada gaji yang dibayar kepada jurutera-jurutera Samsung dan Apple dan mereka yang dibayar gaji technicians bertaraf jurutera di Foxconn. Berlatarbelakangkan itu, kelahiran Silterra di Malaysia sebenarnya sangat membantu dalam memangkin industri

Pinda Akta Petroleum, kembalikan hak Sabah, Sarawak dan Kelantan

Hak-hak mereka harus dipulangkan semula kepada negeri-negeri seperti Sarawak, Sabah dan Kelantan yang selama ini dinafikan oleh kerajaan pusat.
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa Akta Petroleum perlu di pinda dan mengembalikan hak-hak kerajaan negeri Sabah, Sarawak dan Kelantan kepada hasil sumber bumi itu.
Dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional PKR ke-10, Izzah turut menggariskan beberapa agenda masa hadapan untuk partinya dalam memberi khidmat kepada rakyat dengan berkata bahawa tumpuan utama adalah kepada pemulihan sistem demokrasi.
“Di peringkat nasional sudah saya mulakan dengan penarikan semula deklarasi darurat dan pemansuhan ISA oleh kerajaan setelah didesak selama enam bulan sebelum ini.
“Saya juga mahu pemansuhan Akta Cetak dan Penerbitan supaya media jangan dikekang,” katanya.
Izzah juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat, yang telah bertungkus lumus dalam menjalankan pemilihan parti.
“Namun ingin saya suarakan disini, sistem pemilihan yang telah digunakan ada beberapa kelemahan yang terungkai.
“Saya ingin mencadangkan supaya sebarang penambahbaikan perlu dibincangkan dengan teliti, termasuklah hingga ke peringkat pelaksanaan dan perbezaan yang timbul haruslah di selesaikan dengan kembali kepada asas perjuangan PKR,” tegasnya.
Katanya lagi, demokrasi sepatutnya menjadi amalan yang menyerlahkan kekuatan dalaman dan bukannya selaku beban yang mengheret kepada persengketaan.

‎Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor esok

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi menjelaskan kedudukannya selepas hilang kepercayaaan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Beliau yang kini merupakan Adun Pelabuhan Klang bebas selepas dipecat PKR 9 Ogos lalu kini sudah jelas kehilangan sokongan majoriti apabila 30 Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Jumpa esok petang," katanya ringkas selepas merasmikan majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak di Shah Alam hari ini.  Keputusan Sultan Sharafuddin akan menentukan sama ada Selangor akan berdepan dengan pilihan raya mengejut atau tidak.

Bubar Dun atau tukar calon?

Ismail Sualman 
SHAH ALAM – Penganalisis politik menjangkakan beberapa alternatif bakal dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuan hari ini.

Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ismail Sualman berkata, kemungkinan terbesar yang bakal dicadangkan Abdul Khalid kepada Tuanku ialah pembubaran Dun iaitu berlakunya proses Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya tidak fikir beliau akan berundur bagaimanapun, jangkaan lain mungkin mencadangkan kepada Sultan untuk meminta nama calon pengganti lain selain dua nama yang dikemukakan sebelum ini.

“Selain itu, alternatif lain ialah Sultan meminta pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam PR menghadap baginda dengan mengadakan perbincangan dari hati ke hati bagi mengelakkan pembubaran Dun berlaku dengan menamakan calon lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Ucapan Penggulungan Nurul Izzah - Kongres Nasional ke-10 KEADILAN

MASA DEPAN MASA KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yang dihormati Hj Pengerusi Tetap, Ketua Umum KEADILAN, Presiden KEADILAN, Yang Berhormat Dato’ Sri Wan Azizah Wan Ismail, seluruh kepimpinan KEADILAN, para perwakilan dan para pemerhati sekalian.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nya, dilunaskan pilihan 29,712 anggota yang memberi mandat dan amanah kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab selaku Naib Presiden. Saya terima dengan perasaan terharu dan tawaddu’.
Sedang kita mengingati yang menang; saya juga tidak lupa untuk memberi sekalung penghargaan buat Kak Fuziah, Surendran dan Sivarasa. Semestinya kita menanti penglibatan berterusan semua, walau pimpinan bersilih ganti.
Sidang hadirin:
Selamat kita langsungkan Kongres Nasional Tahunan ke-10, Parti KEADILAN Rakyat daripada hari Jumaat 22 Ogos, hingga ke hari ini.

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP
Parti Keadilan Rakyat pada ketika ini berada di sebuah persimpangan yang getir; samada terus maju dan mendapat mandat memerintah negara; ataupun terus selaku pembangkang. Sesungguhnya keputusan ini ditangan kita semua.
Timbalan Presiden mengungkap sejarah Tiga Kerajaan Wei, Wu dan Shu dua hari lepas; pun begitu, ia tidak menggambarkan sepenuhnya apa yang berlaku pada waktu itu, izinkan saya menyempurnakannya:
Sedang Kerajaan Wu dan Shu berganding tenaga, Kerajaan Wei tumpas – namun hanya sementara. Mereka hanya berjaya menang apabila mereka bekerjasama kerana kuasa, dana, dan jentera Kerajaan Wei melebihi lawannya yang lain; malah kerajaan Wei menggunakan seribu satu cara melaga-lagakan Kerajaan Wu dan Shu yang sedari awal bekerjasama.
Ini boleh diibaratkan seperti pilihanraya yang lalu apabila Pakatan Rakyat hampir memenangi Putrajaya, dan menang bak Pak Jokowi.
Akibat perpecahan mereka, akhirnya, Kerajaan Wei berjaya menakluk keseluruhan negara China; walaupun kerajaan Wu dan Shu punyai ramai barisan bakat-bakat hebat seperti barisan pimpinan kita tetapi malangnya kualiti dikalahkan kuantiti pabila gandingan berpecah. Permulaan perpecahan akibat perebutan kuasa sebuah daerah antara Wu dan Shu.
Natijahnya: peluang kemenangan bagi mereka yang berdana kecil, berinfrastruktur, malah berjentera kecil, hadapi Ros yang bengis, seperti Wu dan Shu hanya muncul apabila mereka bekerjasama dengan strategik.
When you fail to plan, you plan to fail. Peluang sipi menanti – tetapi bersediakah kita melunaskannya?

MUSLIHAT KOTOR PIHAK LAWAN
Pada bulan Mei 2013, Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude, mendedahkan bahawa Barisan Nasional akan tetap memerintah negara ini selagi Malaysia kekal menggunakan sistem first-past-the-post dalam pilihanraya.
Keputusan pilihanraya umum ke 13 yang kita lalui, dimana walaupun Barisan Nasional cuma mempunyai 47 peratus undi popular, telah berjaya memenangi 133 kerusi di Parlimen. Tidak Ada – jurang nisbah sedemikian di Demokrasi berparlimen lain.
Malah 6 Menteri BN telah tewas, sesuatu yang sukar dibayangkan dahulu.
Sejarah telah membuktikan bahawa sejak tahun 1969, Barisan Nasional tidak pernah memenangi lebih daripada ⅔ undi, dan persempadanan semula hanya dilakukan untuk memastikan majoriti kerusi parlimen memihak kepada Barisan Nasional.
Di dalam persempadanan semula yang terakhir – 24 kerusi parlimen baru diwujudkan, dan semua menjadi milik Barisan Nasional, kecualilah satu kerusi mendiang Karpal Singh. We have enough parliamentary seats – tambahan hanya bakal memenangkan status quo!

Anwar akui Khalid ada integriti

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan sumbangan dan integriti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang mentadbir Selangor.

Namun, Anwar menegaskan, seorang pemimpin seharusnya tunduk kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Bukan jawatan yang dituntut. Saya tahu Abdul Khalid seorang yang jujur, amanah, berjimat dan telus, tetapi sebagai seorang ahli parti beliau harus mendengar dan berbincang dengan parti," katanya semasa menyampaikan ucapan amanat di Kongres Nasional PKR ke-10, semalam.

Anwar mengakui, beliau tiada masalah dengan corak pentadbiran Abdul Khalid secara amnya, walaupun kepentingan parti mungkin terabai dalam keadaan tertentu.

“Abdul Khalid sahabat saya. Saya kata dengarlah sedikit. Ini bukan soal kontrak atau jawatan tetapi soal kepedulian,” katanya.

Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu melancarkan serangan peribadi untuk memaksa Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, PKR sebaliknya bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa Adun Pelabuhan Klang itu dipecat daripada parti dan harus berundur sebagai menteri besar.

Pakatan Selangor tumpu isu rumah, air, pengangkutan di sebalik kebuntuan krisis MB

Air, perumahan dan pengangkutan awam antara isu penting jadi tumpuan PKR sebaik pemimpin parti itu dapat kembali menerajui Selangor, mengambil alih dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang tiada sokongan majoriti.
Walaupun masih tidak diketahui sampai bila Khalid hendak berpegang kepada jawatan itu atau akan memanggil pilihan raya negeri, PKR memutuskan agendanya akan termasuk melihat semula semua projek mega di negeri itu yang mempunyai kesan besar terhadap komuniti seperti 6 lebuh raya bertol yang dirancang sekitar Lembah Klang.
Pada masa yang sama, ia merancang untuk melonggarkan perbelanjaan awam supaya rizab besar negeri itu dapat dibelanjakan dengan cekap dan telus bagi perkhidmatan asas seperti pembaikan jalan raya dan pungutan sampah.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendedahkan semua itu kepada The Malaysian Insider, mengatakan parti itu bersedia mengambil kembali teraju negeri paling kaya di negara ini seawal minggu depan. Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana Selangor bagi menggantikan Khalid yang dipecat dari parti.
Azmin merupakan pengkritik tegar pentadbiran Khalid yang merupakan calon menteri besar pilihan PAS, iaitu sekutu PKR. Bagaimanapun, Azmin menolaknya, mengatakan dia berdiri teguh di belakang Dr Wan Azizah.
Dalam kes enam lebuh raya baru itu, ia juga merupakan satu pendekatan baru yang mahu diambil parti apabila berdepan dengan kemungkinan bantahan awam terhadap dasar negeri.
Pentadbiran Khalid dikritik hebat penduduk Selangor dan pembuat undang-undang PR sendiri dalam cara beliau mengendalikan projek lebuh raya.
Mereka menuduh pentadbirannya mengabaikan ikrar PR menjadi lebih responsif kepada maklum balas awam sebelum melaksanakan projek.

Menjelang pertemuan Khalid dengan Sultan, Wan Azizah janji jadikan Selangor lebih baik

Dalam pertembungan merebut jawatan menteri besar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu digantikan supaya Selangor dapat ditadbir dengan lebih efisyen. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah mengakui Khalid yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor sepanjang menjadi menteri besar negeri terkaya itu sejak 2008. "Sebenarnya apa yang Khalid buat baik, tetapi kita mahukan lebih baik iaitu satu pendekatan lebih efisyen, lebih mendengar dan untuk kita bergerak ke depan dengan keadaan lebih baik," katanya ketika berucap di program jamuan ulang tahun ke-40 Persatuan Penganut Tian Sheng Gong di Kapar, Klang malam tadi. Sebelum itu, ketibaan Dr Wan Azizah bagi merasmikan acara makan malam tersebut disambut dengan tepukan gemuruh daripada lebih seribu orang hadirin yang turut bersorak ketika beliau melangkah masuk ke tempat program. Dr Wan Azizah dalam ucapannya turut berjanji akan terus mempertingkatkan usaha merakyatkan ekonomi Selangor sekiranya dilantik menjadi menteri besar. "Selangor terkenal sebagai sebuah negeri terkaya dan ini bermaksud kita perlu seimbangkan ekonomi dengan menumpukan kebajikan kepada semua golongan. Kerana itu pelaburan di Selangor juga harus dipertingkatkan. "Kita tidak mahu lagi ada jalan yang berlubang, sampah sarap tidak terkawal hingga menyebabkan wabak denggi. Kita mahu atasi masalah itu dan paling penting dasar kita adalah mengutamakan pendidikan," katanya. Dr Wan Azizah juga mengatakan akan menitikberatkan kebajikan golongan kurang berkemampuan terutamanya ibu tunggal. "Kita mahu jaga orang kurang upaya dan ibu tunggal. “Kita akan pentingkan kebajikan mereka sebab tidak

Dalam Umno, duit lebih berkuasa daripada Dr Mahathir

Satu hari nanti, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit. Dr Mahathir tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila percaya ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia. Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya. Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai. Atau publisiti baik dan sokongan di kalangan penulis blog boleh diperolehi dengan gaji bulanan lumayan daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya. Untuk berlaku adil, Dr Mahathir tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu dengan barah yang sudah merosakkan roh Umno ini. Beliau mengakui serangan penyakit ini bermula ketika masih menjadi perdana menteri dan dasar penswastaan beliau melahirkan budaya cepat kaya. Namun Dr Mahathir yang menarik kembali sokongan kepada Najib minggu lalu tidak memahami kuasa wang lebih kuat hari ini berbanding pada pertengahan 2006 apabila beliau memulakan serangan terhadap seorang perdana menteri. Hari ini terdapat pemikiran dalam Umno setiap hari berlalu mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa. Disebabkan itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain. Beberapa hari lalu, pegawai kerajaan diarahkan untuk melakukan rundingan terus dengan sebuah syarikat yang mana salah seorang pengarahnya merupakan anak kepada broker kuasa Umno. Mengapa perlu pemimpin Umno ini menyertai kem Dr Mahathir dan mengkritik Najib? Apa kelebihan yang mereka dapat jika mengkritik status quo? Dapat diperhatikan hari ini, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga tidak bersama Dr Mahathir yang mendakwa polisi Najib menyebabkan ekonomi negara menjadi lebih buruk dan merosakkan perpaduan sosial. NGO-NGO ini merupakan penerima dana sama ada daripada kerajaan atau ahli perniagaan mesra kerajaan yang tidak berlaku sebelum ini. Mereka tidak

Anwar tegur pimpinan tidak hebat masa pilihan raya

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur beberapa pimpinan di semua peringkat parti itu yang kelihatan 'hebat' pada pemilihan parti itu yang sanggup bekerja dan turun padang menemui cabang, ranting serta akar umbi.

Namun beliau sebaliknya menempelak pimpinan tersebut kerana tidak konsisten untuk menunjukkan sikap yang sama pada pilihan raya bagi membantu parti memenangi kawasan yang ditandingi.

"Ada kadang kala saya bergurau dalam majlis pimpinan, kadang kala marah dan menengking kerana saya melihat pimpinan dalam bergelut dalam soal pertandingan, wah bukan main hebat, terjun menemui semua kepimpinan cabang bergelut bekerja.

"Tetapi saya tidak melihat mereka hebat itu masa pilihan raya," katanya dalam ucapan amanatnya pada Kongres Nasional PKR di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menambah teguran secara terbuka oleh perwakilan dan akar umbi terhadap pimpinan harus diambil serius dalam menambah baik perjuangan parti.

Jelasnya, teguran itu jugalah bagi mengingatkan pimpinan supaya agar terus konsisten dan fokus terhadap tugas penting membawa perubahan dalam sistem politik di negara ini.

Gubal undang-undang khas tangani salah laku kakitangan awam


Ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah iaitu laporan tahunan lembaga tersebut yang merupakan salah satu badan bebas memantau SPRM.

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mencadangkan agar digubal undang-undang khas bagi menangani salah laku penjawat awam yang membelakangi peraturan dan kepentingan awam.
Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata, penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Peguam Negara adalah usaha proaktif dan signifikan bagi membendung isu ketirisan dan kelemahan pengurusan kewangan seperti yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013.
"Justeru, LPPR juga menekankan keperluan mewujudkan undang-undang khas bagi menangani salah laku penjawat awam yang membelakangi peraturan serta kepentingan awam," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Zaitun berkata, LPPR juga mendapati salah satu kelemahan dalam undang-undang sedia ada ialah ketiadaan peruntukan khusus berhubung liabiliti korporat.
Jelas beliau, peruntukan seumpama itu perlu bagi memastikan syarikat tidak terlepas daripada pendakwaan dan hukuman walaupun rasuah dilakukan oleh kakitangan atau ejennya, selain turut meluaskan kuasanya kepada sektor swasta, dan bukannya semata-mata terhadap sektor awam.
Zaitun juga mengesyorkan agar nama-nama calon yang dicadangkan untuk mengisi jawatan tertinggi syarikat milik kerajaan (GOC) atau berkaitan dengan kerajaan (GLC), melalui proses tapisan keutuhan SPRM.
"LPPR berpandangan nama-nama calon yang dicadangkan mengisi jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif di GLC dan GOC harus dikemukakan kepada SPRM untuk melalui proses Tapisan Keutuhan," kata beliau lagi.
Zaitun berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan calon berkenaan mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih dan bersahsiah, berintegriti dan bebas dari jenayah rasuah dan selari dengan proses tapisan yang dilalui oleh peringkat lain pegawai perkhidmatan awam.
Ia merupakan antara lima saranan digariskan dalam Ulasan LPPR 2013 yang diserahkan kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) baru-baru ini. JKMR dan LPPR merupakan dua daripada lima entiti mekanisme check and balance yang memantau perjalanan SPRM sejak ia dibentuk pada tahun 2009.