Ahad, 24 Ogos 2014

Azmin Ali: Ada Masa Kita Bersaing, Ada Masa Kita Melawan, Tapi Ada Ketika Kita Kena Bersatu

Nurul Izzah: Masa Depan Masa Kita (The Future Is Ours)

Azizah: Harus berjuang walau tak sempurna

SHAH ALAM – Semangat perjuangan parti harus terus dilakukan oleh semua pemimpin dan ahli walaupun PKR mungkin bukan parti yang sempurna.

Berkata dalam Persidangan Kongres Nasional Keadilan ke-10 hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan, semua pihak harus mencontohi perjuangan pimpinan PKR yang dahulunya bermatian berjuang tanpa putus asa demi menegakkan dan meneruskan pembelaan terhadap rakyat.
“Kalau kita fikir kita boleh, Insya-ALLAH boleh.. Kita tawakal sahaja. Kalau kita dapat, kita teruskan. Jadikan ia sebagai satu amanah untuk kita pegang dan kita teruskan.

“Kita dah buat pemilihan (pimpinan) di peringkat parti, walaupun pemilihan kita tidak sempurna, dengan insiden Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul sakit mata, ada pengawas pula melanggar disiplin dan terpaksa dihadapkan ke lembaga disiplin. Tetapi intipati dan teras perjuangan parti tetap diteruskan,” katanya.
Dalam pada itu, penyandang baru bagi jawatan Naib Presiden parti tersebut, Rafizi Ramli menyarankan ahli yang menyalahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Menteri Besar Selangor supaya keluar daripada parti sekiranya tidak berpuas hati.

"BN dan Umno salahkan Datuk Seri Anwar perkara biasa. Kalau kita nak salahkan Datuk Seri Anwar juga, cari parti lain. Yang menyalahkan Datuk Seri Anwar ini sama seperti bersekongkol dengan BN yang menyerang parti ini.

"Mengkitik boleh tetapi biar ada adabnya. Bukan mengkritik dengan kritikan yang meletakkan kita sama dengan Umno dan BN," katanya.

Justeru, Wan Azizah menyeru kepada semua pihak supaya bergabung tenaga dan bersatu kekuatan demi menggerakkan jentera parti ke arah perancangan seterusnya.

'Khalid Lebih Banyak Bertemu Pemimpin BN' - Shamsul Iskandar

Anwar: Jangan serang Khalid lagi

PKR Tekad Pertahan Kerusi Pengkalan Kubor - AMK

Shamsul Iskandar gelar MB Selangor "Khalid Al-Belit' di hari terakhir Kongres PKR

PAS Terengganu bidas PKR

DAP gelar Tun M 'ketua pembangkang' tidak rasmi

BERIKUTAN daripada keputusannya menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini digelar sebagai "Ketua Pembangkang Tidak Rasmi" oleh seorang pemimpin DAP.
Gelaran itu diberi oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong, yang juga merupakan Pengerusi DAP Johor.
"Kita biasa dengan kata-kata orang bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah "the prime minister we never had" atau perdana menteri yang tak sampai ke tampuk kuasa."
"Nampaknya Tun Mahathir pula paling layak digelar ketua pembangkang yang tak rasmi kerana telah menyebabkan kejatuhan hampir semua perdana menteri Malaysia kecuali Tun Abdul Razak dan dirinya sendiri," katanya hari ini.
Liew juga merupakan anggota Parlimen Kluang menyifatkan kenyataan penarikan balik sokongan bekas Perdana Menteri terhadap Najib itu sebagai "bom yang lagi besar" berbanding kemelut politik yang sedang melanda Selangor ketika ini.
Menurut beliau lagi, Dr. Mahathir mungkin merasakan penarikan sokongannya terhadap Najib mempunyai kesan yang sama pedih dengan tentangan politik terhadap Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berpandangan, tindakan Najib membisu tanpa memberi sebarang komen terhadap kenyataan Dr. Mahathir itu adalah tidak baik untuk rakyat dan negara, terutamanya terhadap ekonomi negara.
"Persepsi dan legitimasi di mata rakyat adalah lebih penting dan ia sebenarnya penentu yang muktamad," katanya dan menambah, politik tidak hanya berlegar di sekitar institusi dan kuasa kewangan.
Liew yang sering digambarkan sebagai pakar strategis DAP berkata, Dr. Mahathir telah menumbangkan Tunku dan Tun Abdullah dengan tulisan dan lidah tajam tanpa menggunakan kuasa institusi atau kewangan.

Kemelut AMK Selesai, Exco Ikrar Sokong Nik Nazmi

SHAH ALAM: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Ahad sebulat suara berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan ketuanya yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Sokongan itu dizahirkan dua hari selepas Nik Nazmi dimalukan oleh exconya sendiri yang bertindak keluar dewan selepas beliau diumumkan menang jawatan ketua sayap PKR itu.
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, beliau memuji tindakan pantas Nik Nazmi yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman AMK dengan pantas.
"Saya dan semua exco ingin menzahirkan kepercayaan kami kepada kepimpinan Nik Nazmi untuk memimpin AMK ke tahap yang lebih baik dan cemerlang," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.
Jumaat lalu, 16 Exco AMK bertindak keluar dewan persidangan sejurus Nik Nazmi diumumkan menang jawatan Ketua AMK.
Kumpulan berkenaan mendakwa tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.
Pada pemilihan AMK baru-baru ini Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.
Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.
Sementara itu Nik Nazmi pada sidang media yang sama berkata, beliau dan exconya bersetuju supaya isu yang dibangkitkan berkaitan pemilihan baru-baru ini akan dibincangkan mengikut saluran dalaman parti.

Kongres PKR: Wan Azizah 'Berat Hati' Jadi MB

SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau sebenarnya 'berat hati' untuk memikul tanggungjawab sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Pendedahan itu dibuat ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang berusaha mendapatkan sokongan penuh sekutunya iaitu PAS mengenai keupayaan Presiden parti itu.

Bagaimanapun, menurut Dr Wan Azizah, beliau terpaksa meneruskan rancangan partinya untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas dasar perjuangan.

"Bila saya ditanya nak sangat ke jawatan ini (menteri besar) apabila bertanding di (DUN) Kajang, terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati.

"Tapi nama saya dikemukakan, jadi sebagai seorang pejuang saya terima. Kalau inilah amanah yang diberikan, saya terima walaupun hati berat.

"Bukan ini (jawatan) yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Kongres PKR: Anwar Akui Sistem Pemilihan "Selerak-Barak"


SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kaedah pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirombak semula kerana sistem sedia ada didapati tidak praktikal hingga menimbulkan pelbagai masalah.

Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau sendiri pada mulanya tidak bersetuju dengan sistem 'satu ahli, satu undi' yang digunapakai sejak dua pemilihan yang lalu.

"Saya antara orang yang kurang setuju dengan proses ini, pemilihan ini (sistem)...saya tidak setuju. Tetapi bila diputuskan, ya kita teruskan.

"Memanglah selerak-barak, sebab kita mengambil keputusan yang dari segi ideanya sistem demokrasi itu memang baik tetapi pelaksanaannya tidak upaya kita laksanakan dengan berkesan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Justeru katanya Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedia bertanggungjawab terhadap semua masalah yang timbul berkaitan pemilihan parti.

"Jadi saya terima, bukan kelemahan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat), kelemahan pimpinan keseluruhannya dalam menangani langkah pemilihan pimpinan parti baru-baru ini.

"Dan pastinya dalam peringkat segera kita harus cadang rombak semula supaya ia demokratik tetapi praktikal untuk dliaksanakan," katanya.

Pemilihan PKR yang berlangsung sejak April lalu dan hanya berakhir pada awal bulan ini merupakan yang proses pemilihan paling panjang pernah dikendalikan PKR.

Kongres PKR: Sikap Tak Peduli Punca Khalid Disingkir - Anwar

SHAH ALAM: Sikap tidak peduli Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap kebajikan partinya sendiri dan rakyat Selangor merupakan punca mengapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menggulingkan beliau sebagai menteri besar.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun beliau menyokong dasar penjimatan dan ketelusan yang diamalkan Khalid, menteri besar itu seharusnya lebih terbuka dalam soal kebajikan rakyat.

"Tetapi dermalah sikit. Bukan soal kontrak, bukan soal jawatan yang dituntut.

"Saya tak setuju kalau parti nak minta kontrak...saya tak setuju dan saya beritahu secara terbuka pada kongres yang lalu bahawa saya sokong Tan Sri Khalid yang ikut peraturan dan tidak mudah meluluskan (peruntukan) hanya kerana kepentingan parti," katanya ketika menyampaikan Ucapan Amanat Ketua Umum pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Menjelaskan lanjut Anwar berkata, sikap tidak peduli Khalid terhadap rungutan yang dibangkitkan rakyat menjadi isu utama mengapa beliau perlu digugurkan.

"Macam pembinaan projek Kidex (Lebuhraya Kinrara Damansara)...puluhan ribu bantah. Panggillah dan dengar (rungutan rakyat). Itu sahaja permintaan rakyat.

"Dalam menjawab soal Selangor, saya tekankan isu kepedulian. Kalau dah ada peruntukan dari Marris (Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya) daripada kerajaan Persekutuan, gunakanlah," katanya.

Krisis S'gor & daulah terpendam

Oleh Hishamuddin Rais
Ketika tulisan ini digarap Khalid Ibrahim sedang berbincang dengan sultan Selangor. Hari Sabtu 9 Ogos 2014 yang lalu PKR telah menyingkirkan Khalid dari menjadi ahli PKR. Sebelum ini parti DAP telah juga hilang kepercayaan kepada Khalid Ibrahim. Manakala PAS telah membuat keputusan pada 17 Ogos.

Justeru apabila Khalid bersemuka dengan Sultan pada pagi Isnin 11 Ogos 2014 , si Khalid ini tidak mewakili sesiapa pun. Dia hanya mewakili dirinya sendiri.

Saya yakin pasti ramai ahli PKR, ahli PAS dan ahli DAP tertanya-tanya apa telah berlaku pada kerajaan Pakatan di Selangor. Saya juga yakin bukan hanya warga Selangor yang ingin tahu apa yang sedang berlaku dalam kancah politik PKR dan Pakatan Rakyat, malah rakyat Malaysia juga mahukan pencerahan.

Pada hemat saya naluri ingin tahu ini adalah satu permintaan yang adil. Lampu picit politik wajib diberikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pencerahan. Adalah juga adil kepada diri saya sendiri untuk menerangkan sejelas mungkin kepada pembaca tanpa berselindung dengan retorik.

Surahnya bermula di sini: Umum mengetahui sebelum Khalid Ibrahim masuk menjadi ahli PKR, sosok ini adalah pegawai tertinggi dalam Perbadanan Nasional (PNB) dan juga menjawat ketua pegawai eksekutif (CEO) Guthrie. Pangkat yang besar ini membolehkan Khalid diberi peluang untuk memiliki berjuta-juta saham syarikat Guthrie. Memiliki saham bukan satu kesalahan dari segi undang-undang negara mahu pun dari segi undang-undang Islam.

Untuk membeli saham ini Khalid Ibrahim telah meminjam duit dari Bank Islam. Meminjam duit untuk beli saham - apabila harga saham naik maka saham ini akan dijual. Keuntungan dari penjualan saham membolehkan Khalid membayar hutang. Ini yang di rancang oleh Khalid Ibrahim.

Meminjam duit, berhutang, atau menjual saham bukan satu kesalahan undang-undang dan tidak melanggar hukum Islam.
Jika pinjam duit bank tak salah, jika jual saham tidak salah dari segi undang-udang, apa kesalahan Khalid Ibrahim?

Apa yang terjadi ialah nasib si Khalid ini kurang baik. Bukan salah ibu mengandung, salahkan turun naik Bursa Saham Kuala Lumpur. Nilai saham milik Khalid merudum. Jika saham dijual, hasil dari jualan ini tidak dapat menampung untuk membayar hutang Bank Islam. Hutang Khalid bertokok tambah.

Akhirnya kerana hutang tak langsai, Bank Islam telah mengambil alih saham Guthrie milik Khalid Ibrahim dengan nilai sebanyak $56.5 juta dolar Amerika atau $214.7 juta ringgit Malaysia. Tolak punya tolak. Kira punya kira Khalid Ibrahim masih lagi terhutang sebanyak $18.521.806.12 dolar Amerika atau $56.5 juta ringgit Malaysia. Sebagai hutang tak berbayar maka duit bunga pun naik. Ketika Khalid membuat perundingan gelap dengan wakil daulah terpendam jumlah hutang Khalid Ibrahim dengan Bank Islam telah melintasi $70 juta ringgit Malaysia.

Henti berbalah, buktikan Selangor dinamik

 Bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997), Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjawab tentang kemelut Menteri Besar Selangor. Ikuti temubual ringkas wartawan Harakah, ARIF ATAN pada 21 Ogos lalu.

WARTAWAN: Pandangan Tan Sri tentang keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos lalu? MUHAMMAD:
Mesyuarat akhirnya memutuskan Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan Azmin (Ali) sebagai calon Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Itu keputusan yang bagi saya sudah diperhalusi secara baik dan teliti oleh Jawatankuasa PAS.
Tahniah saya ucapkan kerana dapat menjawab tanda-tanya rakyat tentang pendirian PAS.
Nampak jelas, keputusan PAS itu menjadi satu keputusan yang mengukuhkan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat.
Dakwaan kononnya PAS telah membuat U-Turn?
Saya fikir tidak berbangkit soal ‘u-turn’ lainlah seperti isu Adun Terengganu yang tak jadi meninggalkan Umno bulan Mac lepas. Keputusan PAS sebelum ini pun ketika Khalid itu masih lagi ahli Pakatan.
Tapi kemudiannya apabila beliau tidak lagi mewakili mana-mana komponen dalam Pakatan, jadi PAS telah membuat keputusan bijak menolak Adun Pelabuhan Kelang itu sebagai Menteri Besar Selangor.
Timbul isu jantina ekoran pencalonan Dato’ Seri Wan Azizah?
Hal ini tidak patut timbul, terpulang pada budi bicara Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya pasti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ada pertimbangan yang bijaksana terhadap cadangan rakyat ini.
Saya juga ada membaca penjelasan beberapa pakar perundangan dan perlembagaan berkenaan gender ini dalam isu pelantikan Wan Azizah.
Mereka memberitahu kepada kita secara jelas, syarat pelantikan menteri besar dalam Undangundang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tak menjejaskan peluang Adun Kajang itu menjadi Menteri Besar yang baharu.
Bagaimana Tan Sri melihat keputusan Jawatankuasa PAS itu masih lagi menyaksikan senario seperti rumah siap pahat berbunyi dalam kalangan ahli PAS?
Saya fikir elok ahliahli PAS memperkukuh parti dan maju ke depan meneruskan perjuangan parti. Tugas pimpinan parti pula beri penjelasan bukan mengapikan keadaan.
Banyak lagi perkara dan kerja tertangguh yang mesti dibereskan jika mahu dilihat relevan dalam ‘mood’ perubahan rakyat.
Tindakan mengundur ke belakang hanya merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Hal-hal yang sudah lepas tiada guna kita mahu kelahi sesama parti. Ini hanya merugikan. Hentikanlah.
Pandangan berbeza tentang kemelut Menteri Besar Selangor ini mengundang perpaduan atau perpecahan dalam PAS?

Dr Wan Azizah: Selangor Patut Dijadikan Sebuah Hab Pendidikan & Negeri Contoh Pakatan

Anwar: Tidak lupa jasa Hadi, hargai perjuangan PAS

Isu Selangor : Politik apa yang sedang di bawa Mustafa Ali dalam PAS sekarang ini ..??

KRONOLOGI MUSTAFA ALI
●17hb Ogos 2014
■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju
1. DS Wan Azizah
2. Azmin
■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
1. DS Wan Azizah kekal.
2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.
●22hb Ogos 2014.
☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.

☆Malangnya telah berlaku perjumpaan Presiden PAS TG Hj Hadi dengan Timbalan Presiden PKR Azmin untuk memujuk Azmin bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan:
PAS (13) + TSKI + AZMIN + 3 Orang PKR Lompat = 18 Orang
Baki Yang seterusnya datang dari mana..?
Telah wujud pakatan di dalam kelam iaitu tambahan dari BN(12)
JUMLAH KESELURUHAN
18 + 12 = 30
Pakatan Kerajaan Perpaduan di yakini dapat di bentuk bersama-sama dengan Azmin.
1. Azmin di berikan masa menanti selama 6 bulan untuk TSKI menghabiskan tempoh pemerintahan sebagai MB di Selangor.
2. Azmin akan mengambil alih selepas 6 bulan sebagai MB Selangor.
3. Azmin yang mempunyai sentimen peribadi dengan TSKI akhirnya memaklumkan kepada Pimpinan PKR pertemuan beliau dengan TG Hj Hadi. RAHSIA TERBONGKAR.
4. Mesyuarat JKPP di cipta khas pada 25 Ogos 2014, Isnin untuk sekali membuat U TURN keatas perjanjian yang telah di buat.
5. Segala perancangan ini di atur oleh Mustafa Ali.
PERSOLAN WALA'.
KEPADA SIAPA SEBENARNYA WALA'..?
Ketua dan yang mengetuai misi ini ialah:
1. Mustafa Ali. (Ketua Perancang)
2. TG Hj Hadi. (Pengikut Rancangan)
3. Dr Samsuri SETPOL Presiden (Pengikut Rancangan)
A. Sedarkah ahli-ahli PAS dan PIMPINAN PAS yang sebenar-benar mengatur rancangan ialah Mustafa Ali.
Setiausaha Agung PAS yang bukannya Ulama. Beliau telah mempergunakan Presiden sebagai mencatur bagi kerja politik ini.
B. Beliau ialah Bekas Ketua Pemuda PAS 1978 yang pernah mengemudikan Pemuda bersama TG Hj Hadi yang pada ketika itu AJK beliau. TG Hadi masih mengguna pakai Mustafa Ali sebagai orang yang pernah menjadi Ketua beliau suatu ketika dahulu.
C. Presiden hanya mengikut cakap Mustafa Ali sehinggakan beberapa kes yang telah di kenal pasti.
i). Pemerintahan PAS Terengganu. Kesemuanya di lakukan oleh Mustafa Ali sehinggakan Terengganu terlepas ketangan BN 2004.
Pencaturan politik Mustafa Ali menguasai keadaaan. Bukan TG Hj Hadi yang menjadi Menteri Besar tetapi Mustafa Ali yang mengawal pentadbiran.
ii). Pencaturan politik Perak juga berlaku sehingga Kerajaan Perak tumbang di tangan BN
iii). Tanyalah kepada orang-orang yang terlibat di dalam kemelut di Kedah. Siapakah yang terlibat di peringkat pusat sehinggakan kemelut Kedah gagal di tandatangani? Mustafa Ali juga sebagai pencatur sehingga kecundang kerajaan PAS Kedah.
iv). Kes Selangor selaku isu terkini. Mustafa Ali kini cuba menjuarai politik PAS dengan membuat percaturan keatas Presiden PAS sehinggakan politik Selangor menjadi kelam kabut.
D. Perlukah kita wala' kepada pencatur politik buat Presiden yang di belakangnya Mustafa Ali selaku penyusun bidak-bidak catur.
E. Ahli dan Penyokong PAS harus sedar hakikat politik dalaman PAS pada ketika ini. Kelicikan Mustafa Ali mesti di hentikan.
F. Semenjak Tahun 1978~ 2014 (36 Tahun). Mustafa Ali masih kekal bergayut sebagai Dewan Harian tanpa gagal.
G. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat di tubuhkan hanya untuk memasukkan Mustafa Ali sebagai Ahli Dewan Harian. Bukankah kuat pegangan politik beliau di dalam PAS Pusat..?
H. Politik beliau sentiasa segar (Ever Green) kebelakangan ini apabila mempergunakan Presiden untuk sebarang percaturan.
I. Politik Mustafa Ali seperti juga politik Marwan Al Hakam. Sentiasa kekal berselindung sepanjang zaman.
SIAPAKAH MARWAN AL HAKAM....??
1. Pernah di lantik sebagai Gabenor Madinah zaman pemerintahan Saidina Ustman Al Affan.
2. Pencatur politik zaman Saidina Ustman sehingga berlaku kekalutan politik pada ketika itu yang akhirnya berakhir dengan kematian Khalifah.
3. Di antara pencatur yang terlibat sehingga tercetusnya Peperangan Jamal.
4. Pencaturan politiknya yang sentiasa di lihat Ever Green berjaya mengambil alih Tanpuk Pemerintahan Kerajaan Khalifah Bani Umaiyah 623H~685H.
5. Jawatan Khalifah akhirnya berjaya di serahkan kepada anaknya iaitu Abdul Malik Bin Marwan.
6. Politik Marwan yang licik telah menyebabkan beliau mampu bertahan dari zaman Saidina Ustman Al Affan menjadi khalifah sehinggalah beliau sendiri menguasai tampuk pemerintahan Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah. Puluhan tahun menjadi pencatur politik sehingga meletakkan beliau di atas singgah sana.
KESIMPULAN :

Poiltik Mustafa Ali harus di hentikan serta merta jika ingin melihat Pakatan Rakyat berjaya mengemudikan perjalanan ke Putra Jaya.

Pakatan Rakyat yang berkecamuk pada ketika ini ialah hasil usaha Mustafa Ali yang telah mempergunakan Presiden PAS demi survival politiknya.

Kejutan di Teluk Intan bakal berulang di Pengkalan Kubor

NOOR Zahidi Omar biar pun tinggal di Pasir Pekan dan Kuala Lumpur, namun diterima baik penduduk di Pengkalan Kubor. Buktinya sejak tiga penggal lalu kawasan itu didominasinya.

Noor Zahidi muncul menggantikan Mat Nawawi Mat Jusoh. Cikgu Mat Nawawi pun pernah menang dua kali di kerusi Pengkalan Kubor.

Kali pertama Cikgu Mat menang pada PRU 1995 menewaskan calon Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), Wan Abdul Rahman Wan Salleh.

Sebelum itu pada PRU 1990 Timbalan Presiden Hamim, Datuk Nik Man Nik Mohammad menang ketika mewakili Angkatan Perpaduan Ummah.

Beliau bertanding menggunakan lambang Semangat 46. Pada PRU tersebut Dun berkenaan dikenali sebagai Geting.

Kali kedua Cikgu Mat menang pada PRU 2004 apabila mengatasi calon PAS, Wan Husain Wan Ahmad dengan majoriti 714 undi.

Sedangkan pada PRU 1999 Tok Imam Wan Husain menang dengan majoriti 2,432 undi mengatasi Cikgu Mat.

Cikgu Mat dan Noor Zahidi pernah berketuakan Datuk Kamarudin Jaffar (KJ) di bahagian Tumpat. Kamaruddin menyertai PAS menjelang PRU 1999.

Semua orang tahu Datuk KJ rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka sama-sama menjadi pengasas Abim.

Nama KJ sangat akrab dengan penduduk Tumpat. Boleh dikatakan hampir serupa dengan Noor Zahidi di Pengkalan Kubur.

Nurul Izzah: Persempadanan semula untuk menangkan BN

Nurul IzzahSHAH ALAM 24 OGOS: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, persempadanan semula pilihan raya yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya untuk memenangkan Barisan Nasional (BN).
Beliau menyatakan bahawa persempadanan semula yang dilakukan SPR memihak semata-mata kepada BN sejak Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999.
“Persempanan semula (hanya dibuat) untuk BN, dan jatuhkan Pakatan Rakyat, tetapi BN perlu ingat bahawa sudah menjadi sejarah BN tidak pernah menang lebih daripada 2/3 undi dalam pilihan raya,” katanya dalam ucapan penggulungan Kongres KEADILAN, di Shah Alam.
Beliau mendakwa terdapat tujuh kerusi Parlimen bakal diwujudkan di Selangor terutama di kawasan majoriti Melayu akibat persempadanan semula.
“Sekarang ada desas desus menyatakan akan diwujudkan di Selangor tujuh kerusi Parlimen yang baru. Kebanyakkannya majoriti Melayu. Ini akan merugikan kita (Pakatan Rakyat).
“Saya minta kepada KEADILAN dan juga parti komponen pakatan yang lain, kita jangan terperangkap.
“Kalau kita kekalkan sempadan yang ada, kerusi yang ada, perbaiki sempadan kemungkinan perbezaannya hanyalah lima peratus,” jelas Izzah.
Sehubungan itu, tekanan ekonomi yang bakal dirasai rakyat ekoran perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) disebabkan kerajaan gagal tangani ekonomi rakyat negara ini.
“Justeru pulang ke rumah, perwakilan dan pemerhati, pastikan cabang-cabang dijaga dan kita perlu 100 pengundi di Parlimen masing-masing, protes dengan SPR supaya persempadanan mereka itu tidak terlaksana,” katanya lagi.

Saya anggap Khalid sahabat, jangan serang peribadi – Anwar

Anwar KOngres (2)SHAH ALAM 24 OGOS : Hanya fakta perlu diketengahkan sebagai penerangan kepada rakyat Selangor tentang penggantian Menteri Besar, bukan isu peribadi yang menjadi sasaran untuk menyerang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, setiap penerangan yang diberikan kepada rakyat harus dilakukan secara sederhana agar tidak menyinggung perasaan Abdul Khalid yang dianggap seperti sahabat dan keluarganya.
“Khalid itu sahabat saya, tak mudah untuk kita sampaikan (kepada rakyat).
“Kalau dulu, MPN (Majlis Pimpinan Negeri) Selangor bertahun-tahun suruh tindakan diambil terhadapnya, saya pertahankan tapi tak bermakna saya setuju dengan semua benda,
Kongres 4“Saya tahu banyak benda baik yang dilakukan (oleh Khalid). Dari segi ketelusannya, Cuma dari isu kebersihan air tidak terkawal, sampai saya sendiri terpaksa telefon sendiri Syabas minta tolong hantar air,
“Kita juga ada peruntukan dari MARRIS sebanyak RM800 juta, tapi jalan lopak di kampung tidak diperbaiki, itu masalah besar kepada mereka, mungkin kita tidak (merasainya),” katanya dalam Ucapan Penagguhan Kongres Nasional KEADILAN ke 10 di Shah Alam, hari ini.
Jelas Anwar, bagaimanapun beliau tidak mahu kemelut MB Selangor ini berakhir dengan pertembungan peribadi yang akhirnya merosakkan hubungannya dengan Abdul Khalid.

Wan Azizah akui berat hati, jadi MB kerana keputusan parti

Wan AzizahSHAH ALAM 24 OGOS: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi Menteri Besar (MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dr Wan Azizah berkata, bukan keinginannya mengejar kuasa di negeri paling kaya itu, tetapi akur dengan kehendak parti selepas melihat Khalid gagal menguruskannya dengan baik.
“Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya terima walaupun hati berat. Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah,” katanya dalam ucapan penangguhan Kongres KEADILAN di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.
Portal Malaysian Insider melaporkan, Adun Kajang itu berkata, beliau akan terus berjuang walaupun niat asalnya mahu menumpukan kepada urusan keluarga.
“Terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati.
“Nama saya dikemukakan. Seorang yang katakan dari mulanya berjuang akan katakan tak apa, saya nak jaga cucu.
“Inilah perjuangan. Kalau inilah yang dihendakkan parti dan perjuangan, saya tampil ke hadapan. Apa tidakkah begitu caranya?” soalnya.

'Jangan jadikan PAS T'ganu kambing hitam' kata PJ Pas

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini mengingatkan PKR supaya tidak menjadikan pihaknya sebagai kambing hitam ekoran kekalahan PKR di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum
ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat sebaliknya menasihatkan PKR Terengganu supaya menyelesaikan masalah dalaman mereka dan memperkuatkan jentera parti mereka di peringkat akar umbi.

“Jangan hanya sekadar nak bertanding, tapi gunakan jentera PAS, sepatutnya masing-masing perlu memperkemaskan jentera parti masing-masing untuk menghadapi pilihan raya.

“Kadang-kadang cabang sahaja yang ada, ranting tak ada pun, jadi inilah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh PKR Terengganu,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wakil PKR Terengganu, Azlan Che Mat dalam kongres PKR di Kuala Lumpur semalam, yang mendakwa PKR "dibuli" PAS Terengganu dalam PRU13 kerana PAS turut menghantar pencalonannya di kerusi yang ditandingi PKR.

- Bernama

AMK mahu cuba nasib tanding kerusi DUN Pengkalan Kubor

Anwar cadang rombak format Pemilihan PKR

Anwar Ibrahim: Parti Ini Parti Harapan Masa Depan Sebab Parti Ini Pertahankan Prinsip & Idealisme

Anwar Ibrahim: PAS Telah Membuktikan Semangat Setiakawan Yang Benar

Tian Chua: 'Ramai Khalid Ibrahim Dalam PKR'

Anwar: Perjelaskan fakta bukan serang peribadi Khalid

Azizah: Water agreement may be a 'done deal'

Wan Azizah akui berat hati jadi MB Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka mengakui beliau berat hati apabila diberi tanggungjawab bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta mengambil alih kerusi menteri besar (MB) Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dr Wan Azizah berkata, bukan keinginannya mengejar kuasa di negeri paling kaya itu, tetapi akur dengan kehendak parti selepas melihat Khalid gagal menguruskannya dengan baik. "Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya terima walaupun hati berat. Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," katanya dalam ucapan penangguhan Kongres PKR di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini.Adun Kajang itu berkata, beliau akan terus berjuang walaupun niat asalnya mahu menumpukan kepada urusan keluarga. "Terus terang saya katakan bahawa bukanlah niat dan keinginan di hati. "Nama saya dikemukakan. Seorang yang katakan dari mulanya berjuang akan katakan tak apa, saya nak jaga cucu. "Inilah perjuangan. Kalau inilah yang dihendakkan parti dan perjuangan, saya tampil ke hadapan. Apa tidakkah begitu caranya?" soalnya.

Pas buktikan semangat setiakawan dalam Pakatan – Anwar

Kongres 3 SHAH ALAM 24 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ahli KEADILAN untuk tidak memperkecilkan Pas berikutan semangat setiakawan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, semangat setiakawan itu sekaligus memantapkan lagi gandingan dalam Pakatan serta meneruskan matlamat untuk memperjuangkan hak dan keadilan rakyat yang sering ditindas kerajaan zalim Umno BN.
“Mereka telah membuktikan semangat setiakawan yang benar.
“Dengan PAS, secara peribadi saya dengan Wan Azizah dan keluarga tidak melupakan jasa dan pengorbanan kawan-kawan dalam PAS,” jelasnya secara ringkas ketika berucap dalam sesi penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN ke 10 di Shah Alam hari ini.
Anwar turut menjelaskan, mana-mana pimpinan tertinggi sama ada daripada Pas, DAP mahupun KEADILAN sendiri tidak seharusnya menerima setiap cadangan yang dibuat, namun keputusan itu sewajarnya mengambil kira semangat Pakatan Rakyat.
“Tidak semestinya untuk mereka (pimpinan) perlu terima setiap keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat, namun sebolehnya setiap keputusan itu haruslah mengambil kira semangat Pakatan Rakyat.
“Sebab kita dalam semua isu tak boleh lupakan kerangka besar kerana itu adalah fakta yang benar,” katanya lagi.

Tidak lupa jasa Hadi, hargai perjuangan PAS – Anwar



SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu beliau tidak pernah melupakan jasa Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS yang banyak berjasa dalam perjuangan Pakatan Rakyat sekarang.

Katanya, setiap ahli parti PKR tidak perlu memencil atau meminggirkan kepentingan rakan khususnya PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Apabila kita suarakan pendapat akan ada yang melenting, tapi hanya bebrapa kerat sahaja, kita hargai peranan PAS dan banyak sumbangan mereka di alam Pakatan Rakyat.

"Kita benarkan mereka luahkan pendapat masing-masing, PAS telah membuktikan semangat setiakawan dan saya secara peribadi tidak pernah melupakan jasa mereka," Jelas beliau ketika berucap pada Amanat Ketua Umum sempena Kongres Nasional PKR Ke-10 di Stadium Malewati Shah Alam hari ini

Ketua Pembangkang itu juga turut menekankan setiap pandangan mahupun kritikan yang diberikan harus berdasarkan kepada fakta bukannya fitnah.

"Kalau hendak beri pandangan atau kritikan harus berdasarkan fakta dan bukannya fitnah.

"Kita masih lagi boleh menerima pandangan tersebut, tetapi jika fitnah yang dilemparkan parti tidak akan berkompromi dengan individu tersebut.

JPP pertahan sistem 'satu ahli satu undi'

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul berkata beliau akan mempertahankan sistem "satu ahli satu undi" yang digunapakai parti itu sejak 2010.

Beliau yang juga MP Sungai Petani, sistem tersebut merupakan "sistem terbaik dan paling demokratik" namun perlu penambahbaikan supaya menjadi lebih praktikal.

"Saya akan pertahankan sistem itu. Itu sistem terbaik. Maknanya anggota terlibat secara langsung tapi harus memastikan sistem itu boleh dipraktikkan.

"Kerangka, niat dan nawaitu itu baik tapi bagaimana kita nak terjemahkannya," kata beliau.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan akan mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam perjalanan pemilihan parti itu.

Katanya, pemilihan yang berlarutan lebih lima bulan itu antara lainnya berpunca dari kelemahan dari segi infrastruktur, kelengkapan dan aset, dan tatatertib anggota serta pemimpin parti.

Sementara hari ini pula Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui kelemahan pemilihan PKR ini.

Pada pemilihan yang berlangsung selama lima bulan yang baru berakhir minggu ini menyaksikan pelbagai insiden termasuk pemilihan semula di 26 dari 32 cabang bermasalah seluruh negara.

Anwar: No need for personal attacks against Khalid

Anwar: Silly for PAS to send separate MB proposal to Sutan

Anwar: 'Interesting' that Dr M has declared war on Najib

Anwar Ibrahim: Jangan Serang Secara Peribadi, Ini Soal Kepedulian

Anwar: Don't negate PAS' importance in Pakatan

PKR youth pledge loyalty to Nik Nazmi

Isu MB: Ketengah fakta bukan peribadi Khalid

Anwar ketika berucap semasa hadir ke Kongres Nasional Keadilan Ke-10 Parti Keadilan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam pada 24 Ogos 2014. FOTO : FAREEZ FADZIL.
Ketengah fakta bukan serang peribadi dalam isu MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun perlu memberi penerangan kepada rakyat mengenai sebab PKR memecat MB.
"Walaupun memberi penerangan, mungkin boleh lakukan dengan lembut dan sederhana sehingga tidak menyinggung perasan. Tapi fakta harus disampaikan.
"Tapi jangan serang secara peribadi. Saya tak setuju. Ini soal kepedulian. Iktiraf keikhlasan dan sumbangan beliau," kata Anwar dalam perutusan khas beliau di Kongres Nasional PKR ke-10 di sini hari ini.
Menurut laporan Malaysiakini, Anwar yang menganggap Khalid sebagai sahabat dan keluarga kepada beliau.
Namun beliau bertegas ia tidak ada kena mengenai dengan pemberian kontrak kepada ahli parti.
"Azmin (Ali) tahu. PKR Selangor meminta tindakan (kepada Khalid) bertahun-tahun. Saya pegang tangan Khalid, cakap dengarlah sikit, bukan soal kontrak, jawatan," kata beliau.-

Saya cari redha Allah bukan jawatan MB, kata Wan Azizah


Post Pic

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluahkan rasa berat hati untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.
 
Dalam ucapan penggulungannya, Azizah berkata, beliau meneruskan hasrat yang disuarakan parti dan Pakatan Rakyat (PR) atas dasar perjuangan.
 
"Kalau inilah yang dihendakkan parti dan perjuangan, saya tampil ke hadapan.. Apa tidakkah begitu caranya? 
 
"Kalau inilah amanah yang diturunkan, saya terima dengan walaupun hati berat. Bukan ini yang saya inginkan, bukan ini yang saya cari tapi saya cari redha Allah," kata Azizah yang mengakui telah berasa berat hati sejak dicalonkan sebagai ADUN Kajang lagi.
 
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini bagi memutuskan mengangkat satu nama iaitu Wan Azizah, untuk dipersembahkan kepada pihak istana.
 
Keputusan majlis pimpinan tersebut sekali gus menolak cadangan PAS yang turut menampilkan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai nama kedua untuk dipertimbangkan sekiranya pihak istana menolak Wan Azizah.
 
Walaupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengangkat nama Azizah namun keputusan tersebut masih seperti 'belum dimuktamadkan' berikutan 13 ADUN PAS Selangor masih belum menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong ADUN Kajang itu, yang nyata bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang menyokong Wan Azizah.

PKR tidak akan lenyap walaupun saya dipenjarakan - Anwar

Malah lagi hebat daripada sekarang. Kita menentang Umno bukan semata-mata kerana saya dipenjarakan tetapi menolak kezaliman terhadap institusi undang-undang Negara
SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya yang beliau tidak akan dipenjarakan oleh Umno.
Beliau menyuarakan ketegasannya bahawa tidak akan sesekali lari dalam menghadapi dakwaan fitnahnya oleh kerajaan Umno.
“Kita akan tetap lawan musuh kita yang telah melakukan satu sistem yang zalim.
“Bukan saya saja yang telah dizalimi, tetapi pemimpin lain seperti N. Surendran, Tian Chua dan Rafizi juga telah difitnah. Umno menggunakan undang-undang untuk mendakwa mereka yang tidak bersalah,” katanya.
Beliau menyatakan demikian di Majlis Kongres Nasional KEADILAN ke-10 PKR.
Tegas Anwar lagi seharusnya, dakwaan tersebut harus dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan fitnah.
Selain itu, terdapat juga suara sumbang menyatakan PKR akan lenyap setelah Anwar dipenjarakan.
“Saya ingin menegaskan bahawa PKR tidak akan lenyap sekiranya saya dipenjarakan.
“Malah lagi hebat daripada sekarang. Kita menentang Umno bukan semata-mata kerana saya dipenjarakan tetapi menolak kezaliman terhadap institusi undang-undang Negara,” jelasnya.

Anwar tolak tawaran ke luar negara, akan terus berjuang di Malaysia

black logo-01-01SHAH ALAM 24 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan lari ke luar negara seperti didakwa beberapa pihak yang menganggapnya akan berbuat demikian kerana takut berhadapan dengan keputusan kes fitnah II.
Anwar menjelaskan beliau tidak gentar walau sedikit pun dan yakin keputusan mahkamah akan berpihak kepadanya.
“Kalau saya nak lari, saya dah lari 1998, kerana bukan setakat saya boleh keluar, saya juga diberi ruang dengan segala wang yang saya mahu, tapi saya tolak.
“Ada beberapa pimpinan kata, Anwar, kamu berdepan dengan sistem yang zalim dan tidak ada keadilan ke atas kamu, tapi saya tak takut, kawan-kawan saya yang bimbang. Tapi saya kata InsyaAllah saya takkan dipenjarakan,” katanya ketika berucap ketika sesi penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN ke 10 di Shah Alam hari ini.
Jelasnya, terdapat beberapa pemimin menawarkan kehidupan lebih baik di luar negara bagi membantu gerakan Islam dan memberi penerangan tentang hak asasi, namun Anwar berkata beliau akan membantu tetapi tidak akan lari dari landasan dan perjuangan parti.
“Sampai ada beberapa tokoh di London yang mengatakan hasrat mereka untuk membantu, untuk jadikan saya sebagai pensyarah, penasihat, lebih lumayan, bila semua selesai, kalau nak balik, balik.
“Begitu juga dengan gerakan Ikhwan luar negara menyatakan ‘jika Anwar di luar, Anwar boleh bantu kami, gerakan Islam, hak asasi dan sebagainya.’ Saya kata saya hargai tapi keputusan saya, saya akan terus berjuang di sini,” ujarnya lagi.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan, rakyat Malaysia semakin jelas dengan apa yang berlaku kerana rakyat kini lebih bijak menilai setiap penindasan yang dibuat oleh kerajaan zalim Umno BN.

Ketua baru AMK berjaya tarik balik sokongan

Dua hari selepas ucapan sulungnya sebagai ketua Pemuda PKR (AMK) dalam kongres tahunan pergerakan itu dipulaukan, Nik Nazmi Nik Ahmad kini tampil mendakwa berjaya meraih sokongan.

Malah, dalam sidang media yang dilihat bagi menzahirkan sokongan itu, sebahagian besar exconya hari ini hadir bersama ketua baru AMK itu.

Sebelum ini, seramai 16 exco AMK yang baru dipilih keluar dewan persidangan menjelang ucapan Nik Nazmi kerana tidak puas hati dengan kemenangannya meninggalkan hanya sembilan orang di atas pentas.

Nik Nazmi dilihat bakal melalui jalan sukar apabila semua regunya tewas dalam pemilihan merebut jawatan dalam badan itu di tangan kumpulan AMK Baru pimpinan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Amirudin Shari.

Nik Nazmi berkata, beliau telah berbincang bersama timbalannya Dr Afif Bahardin dan mencapai persefahaman untuk membincangkan isu-isu pemilihan secara dalaman.

BN mudah 'baca' Pas, DAP tapi bukan PKR - Saifuddin

Kongres PKR
SHAH ALAM - Pemangku Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan langkah politik parti itu memang sukar dijangka oleh parti lawan.

Menurutnya, PKR mempunyai kelebihan dasar kukuh yang telah merentasi kaum dan agama.

"Parti ini sudah mempunyai dasar yang merentasi kaum, agama dan budaya. Kita bukan parti yang bersifat stereotaip yang langkah politiknya mudah dijangka lawan.

"Langkah politik kita sentiasa langkah yang tidak dapat dijangka. Kalau berdepan dengan Pas dan DAP, BN mudah sangat tangani," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR, hari ini.

Dakwanya, BN mengetahui dengan jelas isu apa yang boleh menggoncang hubungan antara Pas dan DAP.

"BN tahu isu apa yang boleh menggoncang hubungan dua parti ini. Tapi dengan kita, langkah yang sangat tidak pernah dijangka.

"Ini kelebihan kita. Sebab itu kekuatan parti saya sentiasa percaya pada perjuangan akar umbi," katanya.

Anwar: Muafakat dalam Pakatan perlu dimantapkan

10606068_10152229135996510_2527423905913870479_nSHAH ALAM, 24 OGOS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat setiakawan yang dipamerkan oleh PAS dan DAP dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, jasa teman dalam pakatan akan terus dikenang dan perpaduan dalam PR perlu dimantapkan.
“Saya dan keluarga secara peribadi tidak pernah melupakan jasa kawan-kawan dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kesetiaan kawan-kawan dalam PAS,” katanya ketika menyampaikan amanat Ketua Umum  dalam Kongres PKR ke-10.
Jelas Anwar, meskipun terdapat kritikan beberapa pihak terhadap pimpinan PKR dan yang lain namun beliau mengingatkan semua supaya tenang dan menjaga akhlak dalam mendepani sesuatu kritikan.
“Muafakat dalam pakatan perlu dimantapkan. Setuju atau tidak perlu ikut proses yang sihat.
“Kita tidak boleh diheret ambil tindakan atau keluarkan kenyataan untuk mengeruhkan ketiga-tiga parti,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.

Anwar: Jangan perkecil kepentingan PAS

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu ahli partinya tidak meminggirkan atau memperkecilkan kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar PAS telah membuktikan kesetiaan mereka dalam gandingan Pakatan yang telah berusia enam tahun itu.

"Mereka(PAS) telah membuktikan semangat setiakawan, dengan PAS, saya secara peribadi tidak melupakan jasa dan pengorbanan kawan-kawan dalam PAS," kata beliau.

Anwar turut berkata pimpinan tertinggi tidak semestinya menerima dan mempertahankan semua perkara yang dibawa perwakilan tetapi hanya mengambil fakta yang benar serta mengambil kira semangat Pakatan.

"Adalah satu dua orang. Tak jaga akhlak baik atau fakta. Jangan menolak peranan PAS.

"Kita dalam semua isu tak boleh lupa kerangka besar, fakta yang benar," tegas beliau.

Di Selangor Belum Selesai, Perbalahan Pas Dan PKR Merebak Ke Pengkalan Kubur Pula

Menjelang Sultan Selangor bakal membuat keputusan untuk menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar dalam waktu yang terdekat ini, rupa-rupanya masih ada yang belum selesai mengenainya. Keputusan Majlis Pimpinan PR pada 17 Ogos lalu yang akhirnya menetapkan hanya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim, seperti tidak dipersetujui oleh Pas apabila 13 Adunnya enggan menandatangangi akuan bersumpah mengenainya.

Pas dilaporkan enggan menandatangani akuan bersumpah yang menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar dan mahu memutuskannya dalam mesyuarat ahli jawatankuasanya pada esok, 25 Ogos.

Sebagaimana yang dilaporkan media dalam talian, Pas sebelum ini bersetuju Khalid digantikan dan telah menyetujuinya dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin Ali. Oleh kerana Azmin menarik diri, PR akhirnya hanya mencalonkan Dr Wan Azizah saja.

Oleh itu Pas seolah-olah terpaksa akur dengan keputusan PR itu walau bukan dengan sepenuh hati. Keengganan Pas menandatangani akuan bersumpah pula kerana berpendapat, perkara itu tidak termasuk dalam persetujuannya sebelum ini.

Lantaran itu, mesyuarat lain perlu diadakan. Sanggup pula Pas mengadakan dua kali mesyuarat dalam tempoh hanya seminggu sedangkan jika bersetuju menandantangani akauan bersumpah itu, kemelut ini lebih mungkin diakhiri dengan baik dan aman.

Sekali lagi nampaknya, ketika perlumbaan hampir tamat dan sedang berada di selekoh akhir, Pas cuba mencari simpang lain pula.

Khalid bukan lagi MB, bubar DUN tak ikut perlembagaan- Aziz Bari

interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawanKUALA LUMPUR 24 OGOS-  Kewujudan 30 Akuan Berkanun (SD) yang ditandatangani Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sudah mencukupi untuk membolehkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, pelantikan Presiden KEADILAN itu sebagai MB menepati syarat ditetapkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor (UUT).
“Kewujudan 30 SD itu juga menyebabkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim gugur sebagai MB. Paling tinggi beliau boleh dapat ialah 26 orang (Sokongan Adun) dan ini tidak cukup kerana Wan Azizah ada 30 (sokongan).
“ADUN yang telah membuat SD tidak boleh menarik balik sokongan itu tanpa hukuman berat di sisi undang-undang,” katanya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.
Aziz turut menyokong kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keengganan Pas untuk menurunkan tandatangan dalam surat bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak memberi kesan kepada kedudukan Wan Azizah sebagai calon MB.
“Sama ada Pas sedia menandatangani surat tadi sudah tidak relevan lagi kerana ia tidak memberikan apa-apa kesan. Itu semua menyebabkan desakan untuk membubar DUN tidak berasas,” ujarnya yang juga bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Khalid dijangka mengadap Sultan pada 27 Ogos ini bagi menyelesaikan isu yang melanda Selangor. Beliau dilaporkan kemungkinan akan mencadangkan kepada Sultan untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Anwar tak setuju serang peribadi Khalid

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju ke atas sebarang serangan secara peribadi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau walaupun perlu memberi penerangan kepada rakyat mengenai sebab PKR memecat menteri besar Selangor itu, hanya fakta perlu dipertengahkan dan bukan keikhlasan dan peribadinya.

"Walaupun memberi penerangan, mungkin boleh lakukan dengan lembut dan sederhana sehingga tidak menyinggung perasan. Tapi fakta harus disampaikan.

"Tapi jangan serang secara peribadi. Saya tak setuju. Ini soal kepedulian. Iktiraf keikhlasan dan sumbangan beliau," kata Anwar dalam perutusan khas beliau di Kongres Nasional PKR hari ini.

Anwar yang menganggap Khalid sebagai sahabat dan keluarga kepada beliau dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut mengakui dilihat lemah kerana isu ini.

Namun beliau bertegas ia tidak ada kena mengenai dengan pemberian kontrak kepada ahli parti.

Anwar cadang format Pemilihan PKR dirombak

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar format Pemilihan PKR dirombak semula kerana sifat demokrasi '1 undi 1 ahli' tidak praktikal dilakukan. Anwar berkata, beliau antara individu awal yang kurang bersetuju dengan proses pemilihan ini kerana hasil keputusannya baik dari segi idealisme, tetapi kurang upaya melaksanakannya. "Ini bukan kelemahan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti) tetapi pimpinan keseluruhannya dalam menangani usaha pemilihan parti. "Cadang ubah semula supaya demokratik tetapi praktikal dilakukan," katanya dalam ucapan Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Azmin: I'll send Nurul Izzah into the depths of Sarawak

PKR tekad pertahan kerusi Pengkalan Kubor - Nik Nazmi

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad  
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad berikrar parti itu akan mempertahankan kerusi Dun Pengkalan Kubor, Kelantan daripada dirampas oleh sekutunya.

Menurutnya, kerusi Dun tersebut adalah kerusi tradisi milik PKR dan sepatutnya dikekalkan kepada parti itu.

"Seterusnya kita ada Pilihan Raya kecil di Kelantan dan ini kerusi PKR secara tradisi dan kita akan pertahankan.

"Kita akan berani untuk berhadapan dengan BN tidak kira siapa pun calon mereka... Kita pastikan calon kita akan menang," katanya pada Kongres Nasional PKR ke-10, hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof  meminta kerusi Dun Pengkalan Kubor diserahkan kembali kepada Pas.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” ujar Siti Zailah.

Bagaimanapun, Muslimat Pas Kelantan menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Dalam perkembangan sama, Nik Nazmi turut menyeru kesemua pimpinan dan penyokong parti untuk kekal bersatu demi memantapkan kubu milik PKR dalam memperjuangkan kemenangan kerusi Dun Pengkalan Kubor.

"Marilah kita bersama-sama mantapkan saf kita di peringkat Pusat, di peringkat Wanita PKR, di peringkat AMK kerana masih banyak cabaran yang kita perlu harungi," katanya.

BN masih boleh menang di Pengkalan Kubur?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Lumrah dalam politik dan kejamnya dunia politik apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia maka orang politik menjadi sibuk. Mereka bukan sibuk untuk menguruskan pengembumian jenazah atau berfikir apa-apa yang perlu, tetapi sibuk membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya kerana kekosongan kerusi yang ditinggalkan si mati.

Barang kali dalam politik sudah hilang rasa hormat dan kepedulian kepada soal-soal fardu kifayah. Orang politik baik pemimpin dan pemain bawahannya semua berfikir soal kebendaan dan komersial. Bagi merka semua boleh diuruskan dengan ringgit, dan semua "bangsa" perlu dipolitikan.

Kebejatan manusia politik ini terkesan sekali lagi, apabila Adun Pengkalan Kubur Noor Zahidi Omar, 57 meninggal dunia di China pada 21 Ogos lalu. Tatakala jenzah masih berada di Guang Zhao, tetapi manusia politik di tanah air sudah pun berkira-kira dan membuat perhitungan mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubur. Sudah yang ada membuat perhitungan siapa calon dan peluang parti yang akan menang.

Saya sendiri dihubungi oleh sekurang-kurang tiga wartawan politik daripada akhbar arus perdana termasuk sebuah akhbar berbahasa Cina mahu bertanyakan hal Pengkalan Kubur. Mereka mahu pandangan daripada saya. Kenapa saya, mungkin kerana saya berasal dari Kelantan.

Saya tidak melayan semuanya dengan memberi alasan tunggulah sehari dua lagi. Jenazah wakil rakyat yang meninggal pun masih di China kata saya. Biarlah kita bercakap setelah jenazah disempurnakan dan marilah kita tunjuk solidariti kepada keluarga si mati yang masih bercukacita.

Wartawan dari akhbar berbahasa Melayu memahami dan dia hanya meminta pandangan umum sahaja. Jadi selepas bercakap dengan wartawan berkenaan, saya tidak membuat apa-apa ulasan awal mengenai Pengkalan Kubur termasuk dalam blog. Ada penjengok yang sudah merintih dan meminta saya membuat ulasan mengenainya. Inilah catatan awal saya khasnya kepada penjengok blog ini yang mungkin mahu mengtahui situasi di sana.

Sebelum itu, menurut Ketua Penerangan Umno Kelantan Mohd Alwi Che Ahmad, jenazah Noor Zahidi selamat disempurnakan pada malam kelmarin (23 Ogos). Jenazah dibawah dari Guang Zhao tiba di KLIA kemudian diterbang dengan pesawat Herculis TUDM ke Pengkalan Chepa Kelantan. Turut berada semasa pengkembumian ialah Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob. Kebetulan juga kerusi Pengkalan Kubur berada dalam parlimen Tumpat dimana Ahmad adalah Yang Dipertua Pas kawasan itu.

Apa yang orang ingin mengetahui hal Pengkalan Kubur ialah dua perkara utama. Pertama apakah BN dapat mengekalkan kerusi berkenaan, dan kedua siapakah atau daripada fraksi manakah yang akan menentang BN dalam pilihan raya kecil yang bakal diumumkan itu. Inilah dua perkara awal yang sedang bermain dalam kepala orang ramai khasnya pemain politik.

Dalam pilihan raya lalu Allahyarham Noor Zahidi menang dengan manjoriti besar, mendapat 1,776 majoriti mengalahkan calon Pakatan Rakyat daripada PKR Saharun Ibrahim yang mengutik sebanyak 8,438 undi berbanding dengan Noor Zahidi yang memunggut sebanyak 10,174 undi. Keseluruhan pengundi berdaftar di Pengkalan Kubur ialah sebanyak 24,097 dengan eceran 91.8% pengundi Melayu, 0.97% pengundi Cina dan 7.03% pengundi bangsa lain terutamanya Siam.

Kena pinda undang-undang elak wakil rakyat bebas kekal MB - Teng Chang Khim


Teng Chang Khim
Kemelut MB Selangor yang berpanjangan memberi idea kepada ahli politik perlunya pindaan undang-undang kerajaan negeri.
Bagi bekas Exconya, Datuk Teng Chang Khim, ia perlu dibuat sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kerusi daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini ADUN bebas.
"Ya. Saya rasa ada perlunya kita buat pindaan supaya perkara seperti ini (seseorang itu masih boleh menjadi MB walaupun wakil rakyat bebas) berulang.
"Mungkin selepas kita ambil alih kita boleh buat kajian," ujarnya kepada MalaysiaGazette di Shah Alam baru-baru ini.
Chang Khim yang juga seorang peguam dan bekas Speaker DUN Selangor antara ahli Exco DAP yang dipecat oleh Abdul Khalid baru-baru ini.
Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut termasuk soal berkaitan dengan persetujuan istana dalam pelantikan MB.
Chang Khim, seorang senior dalam DAP Selangor itu kekal berpegang kepada arahan Pakatan Rakyat menolak Abdul Khalid.
Walaupun beliau pada awalnya dilihat rapat dengan MB Selangor dan tidak 'sebulu' dengan beberapa pucuk pimpinan DAP Pusat namun ia bukan faktor bagi orang lama DAP Selangor itu membelakangkan parti.-

Azmin dares PM to air Sodomy II appeal live

'Dengan 30 SD, Azizah tak perlu tunggu PAS' - Aziz Bari

Kelewatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak penting kerana PKR sudah pun mempunyai jumlah sokongan yang diperlukan.

“Saya fikir 30 SD (menyokong Azizah) sudah lebih daripada cukup.

“Tidak mengapa jika PAS berlengah-lengah menandatangani surat sokongan kepada Wan Azizah,” kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari malam tadi.

Pensyarah undang-undang berkata 30 SD itu ibarat sambil menyelam sambil minum air.

“Implikasi undang-undang terhadap SD itu juga penting: ia mengambil budi bicara sultan dalam melantik MB.

“Kewujudan SD itu menjadikan peranan sultan kini hanya formaliti dan istiadat semata-mata,” katanya dalam kenyataan.

Kongres PKR: Wan Azizah Boleh Jadi MB Tanpa Sokongan PAS



SHAH ALAM: Cita-cita Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadikan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu boleh dilaksanakan walaupun tanpa sokongan PAS.
Naib Presiden PKR yang baharu, Mohd Rafizi Ramli berkata, Dr Wan Azizah sudah mempunyai sokongan majoriti mudah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Walaupun tanpa surat sokongan PAS, kita mempunyai majoriti yang jelas," katanya merujuk kepada baki 13 wakil rakyat PAS Selangor yang belum menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Dr Wan Azizah.

Hingga kini Pakatan Rakyat Selangor mempersembahkan 30 SD kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan pendirian supaya penyandang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan.

Tiga puluh SD yang dipersembahkan sebelum ini ditandatangani 13 wakil rakyat PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi daripada PAS.

Selain itu, Rafizi yang juga bekas Pengarah Strategi PKR ketika 'Langkah Kajang' dimulakan untuk menggulingkan Khalid memberi peringatakan kepada ahli parti supaya bersiap-sedia jika pilihan raya negeri Selangor terpaksa diadakan.

Katanya, ahli PKR tidak boleh memandang ringan kemungkinan itu kerana perkara tersebut boleh berlaku jika Khalid tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatannya.

Tak Suka Anwar, Cari Parti lain - Rafizi



SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu, Mohd Rafizi Ramli membidas ahli dan pemimpin parti itu yang secara terbuka kerana mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengakui wujud bantahan dalaman berhubung 'Langkah Kajang' yang bertujuan menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor, Rafizi turut mencabar ahli PKR supaya keluar parti jika tidak bersetuju dengan ketua umum itu.

"Kalau kita pun salahkan Anwar, cari parti lain. Salahkan Anwar sama dengan kita bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Sejak 'Langkah Kajang' dimulakan pada Januari lalu, Anwar dan Rafizi menjadi mangsa kritikan termasuk anggota PKR yang tidak bersetuju dengan idea menggulingkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain itu, Rafizi turut menggunakan pentas kongres PKR untuk mempertahankan budaya nepotisme yang wujud dalam parti itu.

PRK Pgkl Kubor medan pulih imej Pakatan


Pemuda PAS Perak mengakui imej Pakatan Rakyat "sedikit tercalar" ekoran kegagalan menguruskan krisis menteri besar Selangor yang masih belum selesai keseluruhannya.

Pengarah Pilihanrayanya Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata Pakatan perlu menjadikan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor sebagai medan memulihkan imej dan meyakinkan semula pengundi untuk terus bersama gabungan itu.

"Pengkalan Kubor juga seharusnya menjadi gambaran kepada rakyat bahawasanya kerjasama Pakatan Rakyat sangat utuh dan akan terus dikekalkan bagi menghadapi seteru utama iaitu BN dan segala konflik yang timbul akan diselesaikan secara musyawarah.

"PKR juga boleh mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan parti itu kukuh dan sudah pulih daripada konflik serta tidak mempunyai perpecahan seperti yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Fakhrulrazi berkata pilihan raya kecil itu sebagai pentas Pakatan menilai kembali prestasi dan mood rakyat ekoran konflik itu sekaligus memperkukuhkan gabungan demi merampas semula kerusi yang dimenangi BN.

Beliau turut berkata pihaknya akan mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS negeri itu membuat persediaan dari pelbagai aspek di samping menunggu arahan pucuk pimpinan PAS untuk membantu PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari pula menuntut PKR memberi laluan kepada parti itu bertanding mewakili Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya kecil itu.

Katanya, tuntutan itu dibuat berdasarkan tinjauan di akar umbi yang jelas mahukan calon PAS bertanding selepas dua kali pilihan raya umum ia diserahkan kepada PKR.

"Isyarat penolakan tersebut lebih jelas apabila undi yang diperolehi oleh calon PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar di peringkat parlimen melebihi dari undi yang diperolehi oleh calon Umno di DUN tersebut namun PKR tetap gagal untuk menawan DUN berkenaan.

"Senario begini hakikatnya berlaku di hampir kesemua lokasi yang ditandingi oleh PKR di seluruh negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan.

Perwakilan tegur PKR tidak menyerlah isu Palestin

SHAH ALAM: Perwakilan PKR dari Terengganu menegur partinya yang agak kebelakang dalam menangani isu umat Islam di Palestin berbanding rakan mereka iaitu PAS.

Wakilnya Azlan Che Mat berkata, PKR harus bersama-sama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam isu Palestin yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Mungkin kita ada bersama tetapi tidak menyerlah seperti PAS. PAS cerdik, dia dah ke depan kita masih di belakang sedikit.

"Sepatutnya dalam hal ini, kita kena lancar tabung untuk Gaza dalam kongres hari ini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan  usul antarabangsa yang dikemukakan oleh Angkatan Muda Keadilan Pusat di Kongres Keadilan PKR ke-10 semalam.

Terdahulu, wakil AMK menyifatkan keganasan dan jenayah bukan sahaja berlaku di negara Islam bahkan ianya telah lama berlaku  kepada Ketua Umun PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 2008.

Kita bercakaran, parti lawan fikir ke depan - Nurul Izzah

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewujudkan tujuh kawasan parlimen baru di Selangor jika persempadanan dikaji semula.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu persempadanan yang dicadangkan SPR itu akan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

"Tujuh kawasan parlimen baru akan diwujudkan di Selangor dan ini meliputi semua kawasan termasuk pengundi Melayu.

"Kita jangan terperangkap dengan cadangan SPR ini, persempadanan ini hanya untuk memberi kemenangan kepada BN sahaja," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR Ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Kata beliau lagi, persempadanan ini adalah bagi untuk mengalahkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum yang akan datang.

"Kita perlu membantah kajian persempadanan ini, kita hanya perlu 100 pengundi di setiap parlimen bagi membantah proses persempadanan tersebut.

"Ini adalah bagi memastikan proses persempadanan ini tidak dapat dilaksanakan SPR," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

PKR tuntut siaran langsung kes Anwar - Azmin


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menuntut satu siaran langsung ke atas perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah persekutuan.

Dalam ucapan penggulungan Azmin menuntut siaran langsung itu diadakan agar "rakyat dapat menilai" sendiri tuduhan dan pembelaan kes tersebut.

"Kalau perdana menteri jujur, dia perlu buat perbicaraan secara langsung. Biar rakyat jadi hakim dan lihat perjalanan perbicaraan yang berlaku," tegas beliau dalam sambil mendapat tepukan gemuruh oleh perwakilan kongres yang hadir.

Ini adalah satu dari tiga perkara yang dituntut Azmin daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya beliau serius dalam mempertahankan dasar transformasinya.

Perkara lain yang dituntut ialah menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang juga ahli Umno dari menjadi ketua pendakwaraya kes dan juga pertuduhan ke atas peguambela Anwar N Surendran yang didakwa beliau bermotif politik.

"Apakah tiada pendakwa raya lain di pejabat peguam negara?

"Mengapa dilantik peguam Umno yang berjiwa Umno, dan berkiblatkan Umno? Maknanya ini kes politik (untuk) menghukum kita," kata beliau.

Mahkamah Persekutuan sebelum menetapkan 28 dan 29 Oktober depan untuk mendengar kes Anwar untuk membebaskannya daripada pertuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan.

'Ramai Khalid Ibrahim dalam PKR' - Tian Chua

TIAN CHUA SHAH ALAM - Nama Menteri Besar Selangor terus menjadi sebutan dalam Kongres Nasional PKR apabila Naib Presiden parti itu, Tian Chua hari ini menyifatkan ramai 'Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim' dalam parti itu.

Menurutnya, sikap yang ada pada Menteri Besar Selangor itu turut dimiliki oleh ahli-ahli yang lain.

"Rakan-rakan seperjuangan kita, bukan semua yang sempurna, bukan semua yang faham. Tapi dalam kerja ini kita perlu beri peluang untuk membetulkan keadaan, kesilapan rakan-rakan kita. Jangan kita sedikit saja, nak jatuhkan seseorang itu.

"Saya rasa yang kita nak lawan dan jatuhkan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang saja. Dalam kalangan kita ramai Abdul Khalid. Bukan atas nama yang sama tapi sikap itu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional PKR, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, arahan parti yang menuntut Abdul Khalid meletakkan jawatannya itu sewajarnya dilaksanakan tanpa sebarang alasan.

Tak ada parti boleh menang secara solo – Mat Sabu

Mat SabuBUKIT SELAMBAU 24 OGOS: Tidak ada parti yang boleh menang dan mendapat majoriti besar kalau berjuang secara solo dalam sebuah negara yang masyarakatnya majmuk seperti Malaysia.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa bertajuk ‘BN Gigit Jari’ yang diadakan di hadapan perkarangan Pejabat Adun PKR, Bukit Selambau pada 22 Ogos baru-baru ini.
Menurutnya, sejarah telah membuktikan kemenangan besar DAP di Pulau Pinang untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah dengan sokongan bersama KEADILAN dan PAS.
“Di Kedah sebelum kalah dalam pilihan raya umum yang lalu, kita bekerjasama dalam satu pakatan sehingga berjaya menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 yang lalu.
“Di Selangor pun sama, kemenangan PR untuk penggal kedua adalah hasil kesepakatan dalam komponen sehingga BN kempunan untuk penggal kedua menjadi pemerintah, “jelas beliau.
Katanya lagi, Umno bagaikan serigala lapar yang menanti untuk meratah PR sekiranya gagal untuk mempertahankan kerjasama yang telah berjaya melalui tahaluf siyasi bersama dengan KEADILAN dan DAP.
“PR mampu untuk merampas kembali Kedah dalam PRU ke 14 yang akan datang dengan kekuatan dalam PR. Selangor mampu dipertahankan jika PR kuat, tanpa memberi sedikit pun ruang kepada BN untuk menangguk diair keruh.
“Jadikan kekalahan PAS di Terengganu yang hanya berjaya menjadi pemerintah untuk sepenggal pada pilihan raya umum 1999 yang lalu sebagai iktibar, ” ujar beliau lagi.

Nik Nazmi minta Menteri Pendidikan letak jawatan

AMK mendesak untuk kerajaan Umno memandang serius isu-isu yang membebankan generasi muda

SHAH ALAM: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa supaya Menteri Pendidikan meketakkan jawatannya.
Gesaan oleh Ketua Pemuda PKR berikutan berpendapat ramai pelajar lepasan SPM dan Matrix yang cemerlang tidak dapat tempat ke IPTA.
“Tahun ini bilangan pelajar cemerlang yang langsung tidak mendapat tempat ke IPTA adalah puluhan ribu.
nik nazmi“Bukan sahaja Ali, Ah Chong atau Muthu, malah merentasi semua kaum yang tidak dapat masuk ke IPTA,” katanya dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR ke-10.
Tambah beliau, golongan muda juga bukan sahaja terbeban untuk menempatkan ke IPTA tetapi siswa yang baru habis belajar juga dibebani hutang PTPTN.
Ini berikutan kemerosotan ekonomi negara yang berlaku seperti gaji tidak naik, kos Sara hidup naik, dan pelaksanaan GST nanti akan menyebabkan keadaan bertambah lagi buruk.
“Masalah lain yang dihadapi anak muda masa ini ialah kegagalan kerajaan menyediakan rumah mampu milik.
“Kemerosotan ekonomi ini menyebabkan anak muda dibebani tekanan yang cukup tinggi. Kami juga akan meneruskan usaha untuk mengadakan kempen menurunkan harga kereta,” jelasnya.
Ujarnya, AMK amat memandang serius isu ini, dan akan berusaha untuk menyediakan pelan-pelan kemahiran anak muda yang tidak dapat masuk ke universiti.

Khalid diingat jangan bubarkan DUN, jangan susahkan rakyat

black logo-01-01SHAH ALAM 24 OGOS : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengingatkan kembali Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berundur dengan baik serta tidak mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) yang nyata hanya menyusahkan rakyat di Selangor.
Ia berikutan Abdul Khalid bakal menghadap Sultan selangor esok dan dijangka akan persembahkan cadangan untuk membubarkan DUN.
“Saya mengingatkan kepada Tan Sri Khalid walau baki-baki integriti yang baik itu sebaiknya uruskanlah peralihan ini dan hormati suara rakyat, jangan berani sabotaj rakyat dengan bubarkan dewan.
“Saudara perlu bersara dengan baik, berbulan-bulan kita cuba menutup perkara ini sehinggalah dirumuskan ke biro politik, jadi tanggungjawab Khalid adalah menghormati mandat yang telah diberi setahun yang lalu.
“Yang sudah tu sudahlah, bersara, hutang pun dah habis bayar, bersaralah baik baik, jangan susahkan rakyat,” katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan di Shah Alam, hari ini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menjelaskan, walaupun Pas belum memberi surat sokongan meskipun keputusan telah dicapai dalam Majlis Pakatan Rakyat, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara jelas telah meraih 30 majoriti ADUN sekaligus layak dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu.
“Tambah lagi, Dr Wan Azizah walaupun tanpa surat daripada Pas, mempunyai majoriti yang jelas, kita ada 30 majoriti.

Rafizi: If you want to blame Anwar, leave PKR

Panicked Gazans bundle into ambulances after massive Israeli air strike

Perjanjian air S'gor mungkin sudah muktamad - Wan Azizah

Perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor-Pusat mungkin tidak akan terjejas dengan pertukaran menteri besar, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah, yang dipilih Pakatan Rakyast untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim bagaimanapun berkata, PKR masih belum melihat dokumen itu.

“Saya rasa perjanjian telah ditandatangani, dan kami perlu melihatnya dulu kerana pada masa ini ia (bawah) Akta Rahsia Rasmi.

“Kita mesti lihatnya terlebih dahulu. Jika sudah ditandatangani dan perjanjian muktamad, kamu tidak boleh buat apa-apa kerana kamu tidak mahu pembayar cukai terpaksa membayar untuk itu (membatalkannya),” katanya kepada Malaysiakini.

Salah satu sebab kenapa 12 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong Khalid sebagai menteri besar dikatakan ekoran bimbang perjanjian yang melalui rundingan panjang itu tidak menjadi kenyataan.

Perjanjian air, termasuk persetujuan dengan projek mega loji rawatan Langat 2, juga antara bahagian penting dalam dokumen pembongkaran 91 halaman yang digunakan PKR sebagai hujah untuk menukar Khalid.

Ada ahli PAS tidak beradab dalam jemaah, kata Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui terdapat ahli parti itu tidak beradab dalam "berjemaah" dan bertindak mendahului pemimpin, lapor Utusan Malaysia hari ini. Menurut akhbar milik Umno itu, Hadi membayangkan masalah partinya menerusi kenyataan berkiasnya melalui video di laman Facebooknya menyatakan terdapat ahli bukan PAS sahaja bertindak mendahului pemimpin tetapi juga mahu ketua mengikut apa sahaja langkah dimahukan mereka. "Kalau sembahyang berjemaah ada adab bersembahyang berjemaah. Antaranya imam boleh baca kuat, maksum tidak boleh baca kuat. Kalau kata 'amin' tidak apalah. Ini baca Al-Fatihah sama kuat dengan tok imam juga.  "Kemudiannya rukuk dan sujud tidak boleh dahului imam. (Mereka) ini pintas rukuk dan sujud (dahulu daripada iman). Ini yang berlaku. "Jadi kita kena ada adab-adab berjemaah. Kadang- kadang (apabila) berasa lambat sudah hendak suruh beri salam dengan (segera) suruh tok imam beri salam deras ini masalah yang kita hadapi," katanya dipetik daripada akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini. Kenyataan Hadi itu dipercayai merujuk kepada kemelut politik yang berlaku di Selangor apabila pendirian beliau dan Majlis Syura Ulama disanggah oleh beberapa pemimpin PAS berhubung kedudukan menteri besar. Selain itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan pendirian mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk

Rafizi to Khalid: Save what face you have left

Isu MB Selangor: Hanya Wan Azizah, memang tiada pelan 'B' - Azmin

Isu MB Selangor: Hanya Wan Azizah, memang tiada pelan 'B' - Azmin
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyifatkan tiada pelan alternatif dibuat berhubung isu pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tegasnya, apa akan jadi seterusnya dalam isu ini hanya akan ditentukan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah sendiri.

"Kita harus beri peluang kepada Tuanku untuk membuat keputusan, janganlah buat macam-macam tafsiran.

"Ini masalahnya, kita mendahului Tuanku. Sultan ada seorang sahaja dan jangan jadi seperti jurucakap Tuanku. Kita kena hormat Institusi Raja-raja Melayu, patuh kepada sistem dan perlembagaan, serahkan kepada Tuanku untuk membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas hari pertama Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini pada Sabtu.

Mohamed Azmin diminta mengulas mengenai isu menteri besar seandainya nama Wan Azizah yang dicalon Pakatan Rakyat (PR) tidak diterima Sultan Selangor.

Sebelum ini, sumber dalaman PKR memaklumkan, Sultan Selangor mahu beberapa nama selain Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

Sumber turut memaklumkan, kemelut itu tidak akan berpanjangan dan dijangka selesai selewat-lewatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata beliau sudah mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PAS kerana mencalonkannya dengan Wan Azizah sebagai calon menteri besar.