Sabtu, 23 Ogos 2014

Israeli airstrike kills five in Gaza, destroys mosque

PKR Hantar Azmin 'Runding' Kerusi Pengkalan Kubor

Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR

Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR
SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.

Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu.

"Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.

"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.

Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17.

"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.

Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri.

PKR Kelantan beri amaran jangan ada sabotaj dalaman di PRK Pengkalan Kubor

PKR guna konvensyen untuk gembeling sokongan bagi Azizah jadi MB

Penyudahan Isu Selangor: bersiap siaga untuk semua kebarangkalian

Hari ini, Tuanku Sultan Selangor( Sultan kepada semua rakyat) kembali ke dalam negeri. Tugasan rasmi yang pertama ialah sudah pasti menyampaikan surat perlantikan sebagai MB Selangor baru. setakat ini, yang dikemukakan oleh PR- parti yang merupakan majority dalam DUN Selangor ialah Wan Azizah. Bila , kita tidak tahu. Mungkin hari Isnin.
Apa yang mungkin dilakukan Tuanku Sultan? Setahu saya secara konvensi, Tuanku Sultan akan menerima pakai nama yang dipersembahkan. Nama itu akan dikemukakan oleh seorang tokoh yang dianggap menguasai suara majoriti dalam dewan. Tokoh yang dilihat sebagai mewakili suara majority ialah Wan Azizah. Maka Wan Azizah mewakili Pakatan Rakyat akan mengemukakan nama nya. secara konvensi nama itu akan diterima.
Rintangan teknikal seperti anak Selangor lah, wanita lah, semua adalah rintangan yang boleh diatasi. Kewanitaan tidak menghalang jadi MB kerana setengah tugas yang memerlukan kehadiran seorang lelaki boleh diperturunkan kepada timbalan MB atau jika tidak ada timbalan MB kepada seorang exco kanan. Apa yang susah nya? yang susah tidak ada, yang menyusahkan itu banyak- perempuan datang haidlah, perempuan tak boleh itu dan ini dan seterusnya.
Saya tidak tahu Nona wan azizah lahir dimana. Tapi dia sudah menetap lama didalam negeri Selangor untuk sudah layak menjadi naturalized Selangorian. Dan Wan Azizah bukan wanita yang tidak deketahui umum, dia seorang ahli politik, isteri kepada Anwar Ibrahim, bapa nya Wan Ismail. Rakyat Selangor menerima Wan Azizah sebagai anak Selangor. Sedangkan pendatang haram kita boleh terima sebagai warga negara setelah beberapa tahun tinggal diMalaysia dan diSabah , kita mewarganegarakan kumpulan manusia tertentu.
Ini semua tentangan2 kecil dan picisan yang datang dari puak mesra UMNO.
Tapi, apa mahu dibuat jika Sultan enggan menerima nama yang dicadangkan?  Yang saya faham, Sultan tidak boleh mencadangkan nama alternatif tapi boleh meminta pihak yang mendatangi Sultan, memberi satu lagi nama alternative. Memberi ruang untuk Sultan bertanyakan calun alternative bukanlah suatu arrangement constitutional yang baik, tapi demikianlah undang2 nya. kita nak buat macam mana.

Pas dan PKR jangan sampai orang benci dengan anda

Kata putus mengenai siapa calon MB Selangor bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim masih belum dimktmadkan. Putusan itu bukan dipihak Sultan Selangor yang ada kuasa penentu secara tradisi (budibicara) terhadapnya tetapi daripada PKR dan Pas.

Sultan Selangor masih belum mengeluar apa-apa titah berhubung siapa pengganti Khalid. Mungkin banginda pun tidak lagi dipersembahkan nama sesiapa. Cuma di pihak Pakatan Rakyat seperti mana yang diputus sebelum ini sudah menetapkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.

Walaupun Pas menanakan dua nama, Azizan dan Mohamed Azmin Ali tetapi Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan hanya nama Wan Azizah saja. Azmin sendiri tidak ada masalah dan memberi sookongan penuh kepada presiden partinya itu. Jadi soal Azmin sepatutnya tidak berbangkit lagi bagi Pas kerana ia atas kehendak dan sukarela Azmin sendiri berpegang kepada prinsip partinya.


Tetapi sejam dua ini ada bunyi lain pula, ibarat rumah siapa tetapi pahat tidak puas hati. Katanya Adun Pas enggan menanda tangan surat akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan Azizah sebagai pengganti Khalid. Sebab apa pula? Dan apakah perlu dan pentingnya surat sumpah berkenaan.

Perkembangan terbaru ini membingungkan. Kalau keputusan sudah dibuat dalam majlis pimpinan kenapa pula harus ada SD. Apabila ada SD bermakna konsesus majlis pimpina presiden tidak kuat. Bukahkan situasi itu menyebabkan orang ramai akan gelak kepada majlis presiden dan mempertikaikan akan autoriti yang ada kepadanya.

Kalau parti Pakatan Rakyat sendiri tidak dapat berpegang kepada keputusan yang mereka buat, apa lah diharap kepada orang luar?

Gantung Dua KP Pahang, Benarkah Kerana Dendam KJ?

Mesyuarat MT UMNO awal Julai lalu telah menggantung dua orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang secara merta-merta. Mereka iaitu Mohamad Faiz Hashim, Ketua Pemuda Indera Mahkota dan Ketua Pemuda Maran, Saiful Anuar Mokhtar telah menerima surat penggantungan bertarikh 22 Julai 2014 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tindakan penggantungan itu bukan saja menghairankan kerana amalan biasa yang digunakan UMNO ialah ia diputuskan oleh Lembaga Disiplin tetapi kedua-dua Ketua Pemuda ini bukan saja tidak dihadapkan ke lembaga itu, tidak pernah dipanggil membela diri, malah dalam surat yang diterima menyatakan mereka digantung sehingga dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

Bermakna, kedua-dua ini dijatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum dibicarakan.

Lebih menghairankan ialah bukan saja punca kesalahan yang mereka lakukan tidak dinyatakan, bahkan berapa lama tempoh penggantungan juga tidak ditulis dalam surat yang diterima sedangkan penjenayah yang ditahan reman dan mereka yang ditahan dibawah ISA pun dimaklumkan mengenainya.

Apakah kedua-dua pemimpin muda bakal digantung tiga bulan, enam bulan, setahun, sehingga pemilihan UMNO yang akan datang atau selama-lamanya?

Sumber daripada Lembaga Disiplin juga mengakui bahawa tindakan ini tidak kena kerana sepatutnya Lembaga Disiplin yang membuat keputusan dan kemudian disahkan oleh MT UMNO.

Dalam kes ini bukan saja kedua-dua Ketua Pemuda Bahagian berkenaan keliru dan kabur mengenai kesalahan yang mereka lakukan, bahkan orang-orang Pahang yang rapat dengan mereka juga tidak faham mengenainya. Ini kerana bukan saja kedua-dua pemimpin muda tidak pernah mengkhianati parti, tidak pernah memburukkan nama Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Menteri Besar Pahang serta lain-lain pemimpin utama parti, malah juga didapati aktif menjalankan puluhan program di bahagian masing-masing.

Kiranya disebutkan kesalahan beserta bukti-buktinya, mungkinlah mereka berupaya menjelaskan kedudukan yang sebenarnya, malangnya semua itu tiada sama-sekali. Tahu-tahu hanya surat penggantungan yang diterima.

Walaupin surat penggantungan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin seolah-olah tidak terpalit apa-apa dengannya, warga UMNO Pahang secara umumnya sedar bahawa semua ini adalah berkaitan dengan masalah dalam Pemuda Negeri Pahang.

JPP tegur Shamsul, kem AMK Baru

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul menegur bekas ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin yang mendakwa pemilihan lepas dicemari politik wang.

Katanya, beliau terkilan kerana Shamsul Iskandar, yang baru dilantik ke jawatan naib presiden parti, membangkitkan mengenai kes di cabang Pensiangan dan menimbulkan mengenai kes politik wang.

“Ada tuduhan menyatakan bahawa kita berat sebelah, JPP membenarkan unsur politik wang.

"Saya terkilan apabila mantan ketua AMK mengatakan wujudnya unsur politik wang dalam pemilihan seolah-olah JPP menghalalkan tindakan tersebut,” katanya dalam ucapan di persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 hari ini.

Katanya, siasatan JPP berjaya menemui punca masalah yang timbul dalam pemilihan di cabang tersebut, namun enggan mendedahkan butirannya.

"Saya tidak mahu pergi kepada perincian tetapi percayalah bahawa JPP tidak pernah mempunyai favouritisme (pilih kasih) terhadap mana-mana kumpulan.

"Kita cuba sedaya upaya memastikan apa yang berlaku dalam pemilihan ini telus dan benar," kata Johari lagi.

Johari turut menegur tindakan 16 orang anggota exco AMK yang keluar meninggalkan dewan sewaktu ketua baru mereka, Nik Nazmi Nik Ahmad memulakan ucapannya.

Mereka yang bertindak demikian sebelum ini bertanding atas nama AMK Baru – kumpulan yang dikaitkan dengan fraksi timbalan presiden, Azmin Ali.

Katanya, beliau kecewa kerana sikap yang ditunjukkan oleh para exco baru itu tidak menunjukkan kematangan politik.

"Kalau beginilah cara kita berpolitik nampaknya terpaksalah kita berkursus lebih panjang lagi.

Johari Abdul kecewa Shamsul Iskandar tuduh JPP amal politik wang


Pengarah Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR Datuk Johari Abdul kecewa dengan tuduhan mantan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mengatakan pihaknya mengamalkan politik wang. Johari berkata, Pemuda PKR menuduh JPP menghalalkan tindakan itu dan menjadikan keputusan undi cabang terakhir di Pensiangan, Sabah sebagai modal untuk menyerangnya. "Kita terkilan apabila bekas ketua Pemuda PKR menyebut tentang ini seolah-olah memberikan gambaran JPP menghalalkan tindakan yang digunakan pihak tertentu untuk mengaburkan mata kita.  "Percayalah JPP tidak pernah bersikap berat sebelah. Apa yang berlaku dalam pemilihan ini telus dan benar," katanya sebelum mengumumkan barisan kepimpinan tertinggi baru PKR Pusat. Beliau turut terkilan dengan tindakan exco Pemuda PKR semalam yang memboikot ucapan penangguhan Ketua Pemuda PKR baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad dengan meninggalkan dewan. "Saya amat terkilan dan sedih. Nampaknya pemimpin muda terpaksa kursus lebih panjang," katanya. Katanya, mengikut perkiraan JPP, Nik Nazmi masih mendahului pesaingnya, Amirudin Sahri walaupun mendapat bantahan perkiraan undi. "Kalau pun Pensiangan ada undi yang ragu kononnya ia dituduh undi ragu dan buat pemilihan semula... tanpa semua 77 (undi ragu) yang dipertikaikan, Nik Nazmi masih ada majoriti 173 undi," katanya. Sementara itu, Shamsul Iskandar menafikan dakwaan Johari dan

Anwar: PKR tetap kemuka satu nama calon MB

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR hanya akan mengemukakan nama presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru kepada sultan Selangor.

Katanya, PKR mengambil maklum pandangan PAS untuk mengemukakan dua nama kepada sultan, namun partinya itu tetap akan hanya mengemukakan satu nama – Wan Azizah.

“Setakat ini, keputusan kita buat, kekal keputusan telah diambil seminggu yang lalu, iaitu mengambil maklum pandangan PAS tentang dua nama, dan keputusan untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Beliau turut menafikan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat semalam membincangkan mengenai pengakuan berkanun oleh wakil rakyat PAS untuk membuktikan sokongan majoriti ADUN Selangor kepada Wan Azizah.

Katanya, mesyuarat itu sebaliknya hanya membincangkan pandangan jawatankuasa guaman tiga parti, melibatkan para peguam – Asmuni Awi dari PAS, Gobind Singh Deo dari DAP dan R Sivarasa dari PKR.

Tiada calon MB Selangor selain Wan Azizah, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian hanya nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai menteri besar Selangor seperti yang diputuskan Pakatan Rakyat (PR) pada 17 Ogos lalu. Katanya, dakwaan mengatakan PAS masih mahu calon kedua selain Dr Wan Azizah itu tidak berbangkit dan yakin 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor juga akan menyokong presiden PKR selepas keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR). "Saya sudah semak. Tidak ada isu sebab PAS kata mereka akan rujuk kepada mesyuarat tertinggi Isnin ini.  "Tetapi keputusan sudah dibuat. Jadi tidak ada isu," katanya kepada pemberita selepas Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider hari ini parti Islam itu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin untuk membincangkan sama ada mereka mahu menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak. Sumber memberitahu, mesyuarat itu dipanggil sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyokong secara terbuka agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, sebelum Adun Pelabuhan Klang itu dipecat PKR.

Gabungan NGO sokong Khalid serah watikah kpd Sultan

Jantina Hanya Alasan Lantik Pemimpin

UMNO Akan Berkubur Seperti MH17 - Timb. MB Kelantan

Keeping ISIS out of the U.S.

Israel threatens retaliation over boy's death

Massive ball of flame over Gaza as Israel intensifies bombing

Explosions rock Gaza, no end seen to Israel-Gaza militant conflict

Dr Wan Aziah: Our Mission Is Still Unfinished

"Saya Akan Pecat 2 ADUN Jika Ada Kuasa" - Timb. MB Kelantan

Azmin: PAS 'bully' issue in T'ganu can be dealt with amicably

Pakatan met to discuss legal implications of 'Kajang move' - Anwar Ibrahim

Johari dissapointed with youth wing exco

Sultan already home & should pick Azizah but I don't know if that'll happen - PAS MP

Azmin: Report on PAS refusal to support Azizah baseless

Wujud kesepakatan dalam pakatan rakyat - Wan Azizah

PKR hantar Azmin 'runding' kerusi Pengkalan Kubor

Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR di Stadium Melawati,Seksyen 13 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI 
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan membincangkan terlebih dahulu permintaan Dewan Muslimat Pas yang mahu kerusi Dun Pengkalan Kubor dikembalikan kepada Pas selepas dua penggal ia gagal dimenangi calon PKR.

Untuk itu, Anwar berkata, PKR akan menghantar Timbalan Presidennya, Mohammed Azmin Ali bagi mengadakan perbincangan lanjut.

"Kita (PKR) serah pada YB Azmin, Azmin yang akan bincang.

"Memang kerusi itu tradisinya milik PKR, tetapi apabila ianya telah dibangkitkan oleh Pas, cara kita adalah adakan perbincangan," katanya kepada pemberita pada Kongres PKR, di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi mengulas permintaan Ketua Dewan  Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof yang berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini mungkin sudah tiba masanya corak politik di Dun Pengkalan Kubor diberikan nafas baharu.

“Setelah beberapa penggal sebelum ini kita telah memberi laluan kepada PKR untuk bertanding tetapi tidak diberi kemenangan. Bermakna rakyat perlukan selera baharu.

“Pas perlu mengisi tempat itu (Dun Pengkalan Kubor) kerana paling penting adalah untuk mencapai kemenangan dan saya berharap perkara ini dipertimbangkan pihak atasan,” ujar Siti Zailah.

'Isu dengan PAS di T'ganu, K'tan boleh selesai' kata Azmin

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali percaya hubungan PKR dan PAS yang kurang mesra di Terengganu dan Kelantan boleh diselesaikan dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Menurutnya, beliau tetap mendengar dan menghormati keresahan yang dizahirkan dua perwakilan yang membangkitkan perkara tersebut dalam ucapan mereka.

"Kita menghormati pandangan perwakilan yang melahirkan beberapa keresahan, tetapi tanggungjawab kita adalah untuk memastikan Pakatan Rakyat terus kuat dan utuh.

"Saya tak lihat ia sebagai satu masalah nasional. Ia satu masalah terpinggir yang boleh diselesaikan secara muafakat dan menurut pandangan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah pandangan delegasi dlm kongres dan kita tak boleh halang pandangan mereka.

"Saya memberi jaminan perkara yang dibangkitkan tadi khususnya di negeri Terengganu boleh diselesaikan menurut semangat muafakat Pakatan Rakyat," katanya.

Perwakilan: PAS injak, buli PKR di T'ganu

Seorang perwakilan tidak dapat menahan kesedihannya kerana didakwa “dibuli” oleh sekutu mereka, PAS di Terengganu sehingga tidak mampu memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.

Wakil negeri itu, Azlan Che Mat dengan nada sayu berkata, PKR Terengganu amat kecewa kerana PAS turut merampas kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka dan enggan memberi kerjasama semasa kempen pilihan raya.

"Kami menangis, kerana di dalam PRU yang lepas, kami dimomok, dihinjak-hinjak. Alhamdulillah, walaupun kita diinjak-injak oleh parti Umno kita menang satu kerusi.

"(Tapi) yang kita cukup sedih, cukup menangis, kita diinjak-injak oleh rakan kita PAS Terengganu," katanya dalam perbahasan untuk menyokong Usul Antarabangsa di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.

Beliau seterusnya berharap agar presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya, Azmin Ali dapat membantu memulihkan kerjasama Pakatan di negeri itu.

"Saya minta jangan takut kepada PAS Terengganu, bukan PAS Pusat. Saya minta YB presiden, tolonglah, tolong Terengganu.

Masalah kerjasama

"Kami nak kembalikan semula kemenangan dari tangan Umno untuk Pakatan rakyat tapi kami melihat PAS Terengganu masih tidak bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat," kata beliau.

"Saya ucap taniah kerana dia (Azmin) menang, sebab itu saya minta dia tolong, datang ke Terengganu buat pembetulan balik, atau bantu bentuk satu sekretariat Pakatan Rakyat Terengganu," kata beliau.

PKR Terengganu fed up with PAS

Kongres PKR: Wan Azizah Tempelak Pihak Persoal Gender



SHAH ALAM: Calon Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menempelak pihak yang mempersoalkan isu jantina dalam pemilihan pemimpin, termasuk di peringkat negeri dan nasional.


Bagi mengukuhkan pendiriannya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yakin isu kewibawaan dan kelayakan seseorang adalah kriteria utama yang perlu diberi perhatian.

"Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.

"Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa-paras hanyalah alasan semata," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.

Sebelum ini timbul perbalahan mengenai isu jantina selepas PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka untuk menduduki kerusi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penolakan itu juga pernah disuarakan oleh Exco PAS Selangor, Dr Yunus Khairi yang dilaporkan berkata, parti itu tidak bercadang memilih wanita sebagai menteri besar berdasarkan konsensus Pakatan Rakyat sebelum ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat.

Kongres PKR: Pemimpin 'Gila Kuasa' Ditegur




SHAH ALAM: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditegur supaya tidak bersikap 'gila kuasa' demi kepentingan politik peribadi hingga merosakkan imej parti.
Perwakilan Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, pemimpin tertinggi PKR digesa supaya tidak hanya pandai meminta ahli peringkat bawah mentaati parti, sedangkan mereka berbalah sesama sendiri.

"Jangan kita yang di bawah ini...anggota-anggota parti ini sahaja yang diminta berdisiplin. Ahli bawahan yang tak tidur malam pasang bendera, pasang poster di minta taat setia kepada parti, tetapi yang diatas...jangan kamu pula buat ulah (tidak bertanggungjawab).
"Jangan kamu berebut-rebut, kepada orang bawah kamu katakan 'taat, taat, taat!' 'disiplin, disiplin, disiplin!' tapi yang di atas? Kamu akan dibuang dalam bakul sejarah," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di sini, Sabtu.

Teguran itu dilihat berdasarkan perkembangan terbaharu apabila wujud perpecahan di kalangan kepimpinan tertinggi PKR, termasuk sikap berpuak pemimpin tertentu selepas pemilihan parti baru-baru ini.

Pemilihan PKR menyaksikan wujud kem-kem tertentu, termasuk yang diketuai Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika masih berada dalam PKR.

Mengulas lanjut, Ahmad Nizam menggesa supaya semua pemimpin dan anggota PKR supaya kembali bersatu dan melupakan perbalahan yang timbul ketika pemilihan yang lalu.

PAS Sepatutnya Perkukuhkan Pakatan Rakyat

Oleh Abu Hassan Adam
Sehingga kini kelihatan tindakan yang dilakukan oleh DYMM Sultan Selangor itu amatlah wajar. Baginda masih tidak membuat sebarang kenyataan berhubung dengan pelantikan Menteri Besar baru walaupun bermacam-macam spekulasi dibuat oleh berbagai pihak. Beliau telah menunjukkan ketokohan sebagai ‘pengadil’ yang adil dalam membuat keputusan yang amat penting ini.

Mungkin ramai yang mempersoalkan mengapa baginda masih mengekalkan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan menolak permohonan Dr. Wan Azizah untuk mengadapnya. Ada asasnya. Beliau pada ketika itu mengekalkan TS Khalid Ibrahim memandangkan yang TS Khalid masih mendapat majoriti ADUN Selangor yang menyokong beliau ( mengikut penjelasan yang disampaikan oleh TS Khalid kepadanya). Lantas DYMM terpaksa (mengikut perlembagaan) terpaksa berbuat keputusan sedemikian. Dan baginda menolak permohonan Dr Wan Azizah (pada ketika itu) disebabkan tidak cukup kuat asas Dr. Wan Azizah mahu menggantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Kini Dr Wan Azizah telah mendapat cukup mandat untuk mengadap DYMM Sultan. Untuk membuktikan yang DYMM telah bertindak adil terhadap kemelut di Selangor ini ialah apabila baginda menolak hasrat TS Khalid untuk berjumpa dengan baginda di luar negara ketika baginda sedang bercuti. Dengan sendiri membayangkan bahawa DYMM Sultan sudah mengetahui bahawa TS Khalid sudah hilang sokongan ADUN Selangor dan seharusnya meletakkan jawatan. Namun adab dan tatasusila orang Melayu perlu dipatuhi juga. Tentulah baginda tidak sampai hati untuk menitahkan agar TS Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar di Selangor. Tindakan DYMM amat wajar.
Kemudian timbul pula isu parti PAS mengemukakan dua nama ia itu Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali untuk dikemukakan kepada baginda Sultan untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar. Tindakan sedemikian tentulah amat tidak kena kerana dengan berbuat demikian telah meletakkan DYMM Baginda Sultan dalam dilemma. Itu bermakna mengharapkan pihak DYMM untuk membuat keputusan untuk memilih samada Dr Wan Azizah atau YB Azmin. Itu juga bermakna bahawa telah ‘mempelawa’ DYMM untuk terlibat dalam politik sedangkan kedudukan Baginda adalah sebagai tonggak negeri yang berperanan sebagai pelindung rakyat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Dr. Aziz Bari,"PAS has also made it clear that it will not nominate a candidate for the menteri besar position, so why has Azmin's name entered the mix?...In my opinion, the Sultan of Selangor has a reason to interfere in the state's politics because PAS has opened the door for him," (Malaysian Insider – 23 August 2014)

Pengiktirafan besar ulama dunia kepada PAS

KOTA BHARU: PAS menyifatkan pengiktirafan ulama dunia terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sebagai pengiktirafan besar untuk perjuangan Islam parti itu.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata perlantikan itu juga sebagai pengiktirafan yang jelas kepada parti Islam di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan ke-41 di sini hari ini.

“Kita begitu berbangga apabila Tuan Guru Presiden kita dilantik sebagai orang kedua tertinggi dalam kesatuan ulama dunia,” ujarnya.

Menurutnya, untuk itu beliau menyeru seluruh anggota parti seluruh negara khususnya muslimat mempergiatkan lagi gerak kerja parti ke arah yang lebih baik bagi mencerminkan perjuangan parti itu kepada masyarakat.

Dewan Muslimat PAS Malaysia juga turut mengucapkan tahniah di atas pengiktirafan itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata apabila Tuan Guru Presiden dilantik Naib Ketua Ulama Sedunia di bawah Sheikh Dr Yusof Qardhawi, ianya memperlihatkan bukan sahaja pengiktirafan terhadap Tuan Guru, sebaliknya juga kepada PAS.

“Ia suatu pengiktirafan yang begitu tinggi terhadap perjuangan PAS di peringkat dunia,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sehubungan itu, Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, berkata semoga tidak ada lagi pihak yang tidak puas hati serta mengkritik pimpinan Tuan Guru dalam parti.

“Ketika dunia mengiktiraf, kita anggota parti sendiri dan rakyat Malysia mengkritik serta masih mengeluarkan suara yang tidak berpuas hati, ianya amat tidak wajar sekali,” ujarnya.

Beri peluang PAS bertanding PRK Pengkalan Kubur - Dewan Muslimat Kelantan

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, mencadangkan supaya pucuk pimpinan PAS negeri itu meletakkan calon parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Kecul (PRK) Dun Pengkalan Kubur yang akan datang.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata berdasarkan rekod pilihan raya yang lepas, calon Pakatan Rakyat berpotensi untuk memenangi semula Dun tersebut sekiranya meletakkan calon PAS.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian muktamar dewan itu ke-41 oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini hari ini.

Muktamar berkenaan diadakan di Putik, dekat sini yang turut dihadiri tetamu jemputan daripada beberapa NGO Islam seperti Abim, Ikram, wakil Hamas Palestin dan muslimat PAS Pusat.

Menurutnya, pengalaman lalu bukan hanya calon PAS yang pernah memenangi Dun tersebut, sebaliknya apabila meletakkan calon PKR mewakili Pakatan Rakyat, undi Dun lebih rendah berbanding peringkat Parlimen.

“Kita melihat ianya tidak begitu seimbang antara pengundi di peringkat Dun dan Parlimen seolah-olah ada sesuatu yang tidak diingini berlaku di situ,” ujarnya lagi.

Katanya, kajian yang dibuat juga rata-rata menunjukkan pengundi inginkan calon dari PAS dicalonkan setiap kali pilihan raya ketika kajian dibuat di peringkat bawah.

“Jadi saya mengharapkan untuk pilihan raya kecil ini pimpinan kita mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan calon kita bagi merampas semula Dun Pengkalan Kubur,” ujarnya yang juga Ketua Muslimat PAS Malaysia.

Wanita KEADILAN: Tolak politik perkauman Umno BN

black logo-01-01SHAH ALAM 23 OGOS: Seluruh perwakilan dan masyarakat di negara ini digesa menolak pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang sering menggunakan isu perkauman sebagai modal politik.
Naib Ketua Wanita Pusat, Sivamalar Ganapathy berkata, sentimen perkauman yang dibawa kerajaan minoriti Umno BN hanya akan meruntuhkan perpaduan kaum di negara ini.
Justeru katanya, rakyat perlu kekal bersama Pakatan Rakyat untuk memacu ke arah kemajuan kerana pemerintahan berdasarkan perkauman langsung tidak mendapat tempat di dalam perjuangan Pakatan.
“Sebuah pentadbiran yang baik tidak akan wujud sebarang agenda perkauman. Pakatan Rakyat contohnya, langsung tidak mengamalkan perkauman.
“Saya sebagai wakil berbangsa India, tapi saya dapat undi daripada pengundi Melayu, Cina, Kadazan, malah Orang Asal juga. Inilah bukti keharmonian dalam Pakatan Rakyat.
“Jadi, kita perlu ada hati yang terbuka untuk terus menolak Umno BN, elakkan perkauman yang terus membawa kehancuran,” tegas beliau.
Sivamalar juga menyeru masyarakat agar tidak sesekali membangkitkan isu perkauman sambil menyifatkan golongan yang selalu memainkan isu tersebut sebagai berpenyakit.
“Saya menyeru kepada seluruh perwakilan dan masyarakat agar tidak membangkitkan isu perkauman. Mereka yang mainkan isu ini sebenarnya ada penyakit hati,” ujarnya dalam Kongres Nasional KEADILAN di Stadium Malawati Shah Alam.
Dalam pada itu, beliau bersama-sama Wanita dan Srikandi turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu yang cuba menghakis kestabilan dalam Pakatan Rakyat dengan memenjarakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Konspirasi memenjarakan Anwar adalah suatu bentuk kezaliman yang akan mengundang gelombang kebangkitan rakyat paling besar. Lawan tetap lawan!” laungnya yang kemudian disambut seluruh perwakilan.

'Apa salah angkat Wan Azizah sebagai MB?' kata perwakilan Wanita

Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan ke-10 2014, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 
SHAH ALAM - "Apakah kita tidak boleh mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai seorang menteri besar wanita pertama di Malaysia? Adakah itu satu kejutan? Pada saya tidak," demikian menurut perwakilan Wanita PKR, Sivamalar Ganapathy ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden PKR hari ini.

Sivamalar berkata, sekiranya Wan Azizah diangkat menjadi Menteri Besar Selangor ianya bakal mencipta sejarah politik tanah air kerana beliau bakal menjadi wanita pertama yang diangkat menjadi menteri besar.

"Ini adalah PKR dan sebuah parti yang memperjuangkan masa depan rakyat. PKR sebuah parti yang sentiasa mencipta kejutan.

"Tidak ada calon yang lebih layak melainkan Wan Azizah. Jika beliau dilantik maka ini akan menjadi satu sejarah kepada negara kita," katanya di Kongres Nasional PKR 2014 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Ucapan Sivamalar itu mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan lain sebagai tanda sokongan.

Terdahulu, mengimbas kembali krisis politik Selangor menyaksikan menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana ingkar arahan parti.

PKR kemudiannya memutuskan nama Wan Azizah bagi menggantikan kerusi Abdul Khalid sehingga membawa kepada satu lagi episod baharu dalam sejarah politik Selangor.

Azizah saran PKR buat persiapan rapi PRN Sarawak

Kita akan membuka ruang dan pilihan untuk rakyat Sarawak membuat perubahan.

undi_300SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan supaya PKR memberi penekanan kepada semua peringkat anggota untuk mula membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang bakal berlangsung selewat-lewatnya tahun 2016.
Pada PRN Sarawak 16 April 2011, Pakatan Rakyat memenangi 15 daripada 71 kerusi DUN Sarawak iaitu 12 kerusi dimenangi DAP dan 3 kerusi PKR. Manakala 1 kerusi dimenangi calon Bebas.
“Walaupun BN memenangi 55 kerusi DUN Sarawak, mereka hanya memperolehi 55 peratus undi popular, berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun hanya 15 kerusi, tetapi berjaya mencapai sehingga 41 peratus undi popular.
“Yakinlah jika kita mempunyai strategi yang baik dan persefahaman yang utuh di kalangan Pakatan Rakyat, insyallah kita akan membuka ruang dan pilihan untuk rakyat Sarawak membuat perubahan,” katanya.
Tegasnya, beliau meminta pihak JPP mengemukakan cadangan ini, dengan mengambil kira juga pandangan daripada akar umbi, khususnya pemimpin di peringkat Cabang dan negeri, diperhalusi dan dibahaskan secara telus dan mendalam untuk dikemukakan kemudiannya kepada Majlis Pimpinan Pusat.
“Saya berharap, kita rapatkan persaudaraan sesama kita dan teruskan iltizam untuk berjuang dan berbakti kepada rakyat.
“Demi rakyat kita bersama, jangan sesekali kita khianati amanah mereka,” ujarnya.

Infrastruktur dan pendidikan rakyat tumpuan Wan Azizah di Selangor

SHAH ALAM 23 OGOS: Calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggariskan beberapa rancangan utama untuk manfaat rakyat di negeri itu.
Wawi lagiBeliau berkata, kemudahan asas rakyat perlu diberi tumpuan selain program-program yang membantu merakyatkan ekonomi negeri.
Wan Azizah berkata, kemudahan asas yang terabai seperti sampah yang terbiar umpamanya mendorong kepada peningkatan kes denggi di Selangor.
“Kita akui Kerajaan Selangor mempunyai dana dan program-program yang membantu merakyatkan ekonomi yang sepatutnya diteruskan.
“Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian ini, kita juga harus prihatin bahawa isu-isu rakyat perlu diutamakan seperti sampah, jalan yang melibatkan peruntukan Marris (Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia) yang tidak dibelanjakan.
“Saya ingin mengesyorkan agar kemudahan-kemudahan asas rakyat Selangor seperti jalan rata yang tidak berlubang, persekitaran yang bersih, longkang dan parit yang tidak tersumbat dan serta bebas aedes terus diwujudkan kerana ini adalah hak rakyat yang memilih kita ke tampuk kuasa,” kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Kongres Nasional KEADILAN ke-10, di Shah Alam hari ini.
Wan Azizah yang juga Adun Kajang dalam ucapannya menambah, Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat sejak 2008 yang patut dijadikan sebuah hab pendidikan dan negeri contoh Pakatan Rakyat perlu meneruskan reformasi pendidikan di seluruh peringkat.

'Parti sahabat PKR curi 'durian' kita' - Perwakilan Kelantan

Bekas calon PKR DUN Pengkalan Kubor Saharun Ibrahim menyalahkan "parti sahabat" PKR di negeri itu yang didakwanya menyebabkan kekalahan mereka dalam pilihan raya umum Mei tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara langsung kepada PAS sekalipun parti itu menguasai di negeri pantai timur itu.

"Oleh kerana ini dalam majlis rasmi dan saya suka menjaga adab sedikit, bolehlah saya ringkaskan kita tidak menang adalah kerana kesilapan teknik yang berkait dengan hubungan kita dengan parti sahabat kita.

"Apa yang kita rancang rupanya tidak berjalan sebagaimana yang dirancang," katanya selaku perwakilan Kelantan ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Kesepuluh parti itu di Shah Alam, hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu ke-13, Saharun Ibrahim tewas dengan Datuk Noor Zahidi Omar.

Beliau mendapat 8,438 undi manakala Noor Zahidi memperolehi 10,174 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 65 undi.

Dalam ucapannya, beliau cuba menggambarkan situasi tersebut dengan mengumpamakan usaha memungut buah durian.

"Ibaratnya memungut buah durian. Kami termasuk saya sudah memungut buah-buah durian yang secukupnya (dan) dibawa ke rumah.

'ADUN PAS perlukan masa tandatangan SD' - Rafizi


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, ADUN PAS Selangor yang masih belum menandatangani akuan berkanun bagi menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak berpendapat bahawa 13 orang ADUN itu langsung tidak mahu menandatangani dokumen tersebut.

Rafizi berkata, beliau yakin wakil rakyat PAS itu mahu membincangkan kandungan surat itu di mesyuarat pimpinan pusat parti itu terlebih dahulu.

"Saya fikir tidak tepat untuk mengatakan ADUN PAS tidak mahu menandatangani (surat akuan bersumpah).

“PAS hanya mahu meneliti kandungan surat itu," kata beliau kepada Malaysiakini ketika ditemui semasa persidangan Kongres Nasional PKR ke-10 di Shah Alam tadi.

Katanya, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sendiri telah menjelaskan bahawa isu tersebut perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat terlebih dahulu.

"Ini bukan keputusan 13 ADUN itu. Setiausaha Agung PAS Mustafa mahu membawa kandungan surat tersebut ke satu lagi mesyuarat untuk penelitian dan persetujuan," kata beliau.

Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Rafizi mengulas kenyataan satu sumber dalam satu laporan Malaysiakini hari ini berhubung tindakan 13 orang ADUN parti Islam berkenaan.

'Laksamana' PKR pertikai tentera sambut mangsa MH17

Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid hari ini mempertikaikan penggunaan tentera untuk menyambut jenazah mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Sebaliknya, katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan sambutan yang sebegitu gah.

Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera kini digunakan dalam acara berkabung seluruh negara semalam.

"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi.

"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.

Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentara dalam sambutan itu.

"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya

PKR MP orders AMK to support Nik Nazmi

PKR admiral: Ceremony for MH17 victims 'excessive'

Jangan ada sabotaj dalaman di Pengkalan Kubor, kata perwakilan PKR Kelantan

Pakatan Rakyat (PR) diingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan apabila melakukan sabotaj dalaman semasa bertanding dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, kata perwakilan Kongres PKR daripada Kelantan Saharun Ibrahim. Saharun berkata, kerusi DUN Pengakalan Kubor disabotaj "parti sahabat" sendiri semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menyebabkan kekalahan kerusi yang ditandingi calon PKR. Katanya, berlaku kesilapan teknikal hubungan antara PKR dengan parti lain dalam PR apabila strategi mereka memenangi kerusi itu tidak berjalan lancar seperti yang dirancang.  "Ibarat kita pungut durian, kami dah pungut durian cukup, saya simpan dalam bilik. Saya kira buah durian, yang saya kutip lebih banyak daripada buah durian pihak sana. "Tetapi apabila PRU kita mendapat durian yang kurang. Saya buka bilik saya lihat rupanya lantai bilik tempat durian sudah dipecahkan oleh orang di kalangan kita sendiri," katanya semasa membahaskan ucapan Dasar Presiden pada Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. PAS pada PRU 2008 menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada PKR tetapi gagal merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) selama dua penggal berturut-turut. Kini, wujud desakan akar umbi PAS yang mahu parti Islam itu mengambil semula kerusi Pengkalan Kubor dan menggesa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti. Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser pada Rabu minggu lalu. Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mempertahankan kerusi itu pada PRU13 lalu dengan majoriti 1,736 undi. Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya, Saharun yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).

Wan Azizah: Kami tak perburuk Khalid

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan bahawa parti itu menjalankan kempen jelajah seluruh Selangor untuk memburuk-burukkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, dokumen setebal 91 halaman yang diedarkan dalam kempen itu juga merupakan fakta dan bukannya sengaja direka-reka untuk menjejaskan integriti Khalid.

"Saya sebenarnya tidak mahu terlibat dengan apa yang orang sebut sebagai kempen memburuk-burukkan ini. Saya rasa ia cuma satu kempen penjelasan, menjelaskan sebab kita perlu mengambil keputusan yang menyakitkan ini.

"Saya rasa rakyat dan pengundi wajar diberikan maklumat ini. Saya tak mahu memanggilnya sebagai kempen memburuk-burukkan, ia bukan begitu.

"Ia bersifat fakta. Kami mahu bentangkan fakta. Kempen memburukkan nama adalah perkara yang dilakukan BN selama ini," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai rakan kepada keluarganya, namun "manusia berubah apabila mendapat kuasa".

"Saya tak tahulah..mungkin apabila kita memegang kuasa, kita berubah," katanya.

Tambahnya, keadaan itu berbeza bagi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya tiada kuasa eksekutif walau menjadi ketua pembangkang.

Perwakilan Pahang: Pemimpin jangan hanya tagih kesetiaan ahli bawahan..!!

Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-10 mengingatkan para pemimpin tertinggi parti bahawa mereka juga akan disingkirkan sekiranya hanya berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa.

Wakil PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata demikian bagi mengingatkan para pemimpin tersebut ke atas empat kelemahan utama yang dikenalpasti melanda PKR pada waktu ini.

Beliau antara lainnya melihat bahawa kewibawaan parti kini merosot, manakala “sendi disiplin parti” juga semakin lemah.

Sambil menuding kepada para pemimpin tertinggi parti di atas pentas, beliau berkata parti itu juga semakin sukar untuk bertolak ansur, manakala para pemimpinnya juga didakwa dilanda “krisis keperibadian”.

Nizam seterusnya menggesa anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar menjaga tingkah laku mereka dan tidak hanya sekadar menagih kesetiaan pengikut bawahan.

"Yang di atas ini, jangan kamu pula buat 'ulah' (perangai buruk). Jangan kamu berebut-rebutan. Orang bawah, kamu kata 'taat, taat, taat, disiplin, disiplin'.

"(Pemimpin) yang di atas, hubaya- hubaya (berawaslah), atau kamu akan dibuang dalam bakul sejarah," katanya seraya disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menggesa agar PKR Selangor mengerahkan sekurang-kurangnya 200 orang anggota dari setiap cabang untuk hadir ke kongres dan memenuhkan kerusi kosong di dalam Stadium Malawati di Shah Alam.

Jika tidak boleh terima nasihat, elok keluar parti

"Kalau tak boleh terima keputusan atau nasihat, eloklah keluar daripada parti daripada terus menyusahkan orang lain,".
 
Itu kata pembahas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Kedah, Gooi Shioo Loong pada Kongres Nasional Keadilan ke-10 2014 PKR di Stadium Malawati Shah Alam pagi tadi.
 
Katanya, tidak guna menjadi ahli parti jika semangat setia dan kesepakatan sudah tidak wujud dalam diri.
 
"Saya bercakap secara umum dan tidak menuju kepada sesiapa kerana ini adalah berdasarkan prinsip yang perlu ada dalam diri setiap orang.
 
"Dalam apa juga perkara, jika kita sudah tidak sehaluan sehingga sukar untuk menerima nasihat, adalah lebih baik kita mengundur diri," katanya.
 
Menyokong saranan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail supaya semua ahli parti bersatu dan berbaik-baik, Shioo Loong berkata, biarpun parti dilanda pelbagai isu, keyakinan ahli terhadap parti ini masih tinggi.
 

Selangor perlu seorang 'ibu' macam Wan Azizah - Perwakilan PKR Selangor

Selangor perlu seorang 'ibu' macam Wan Azizah - Perwakilan PKR Selangor
SHAH ALAM: Selangor bukan sahaja memerlukan seorang menteri besar baru tetapi seorang 'ibu' yang dapat menjaga negeri dengan penuh kasih sayang.

Perwakilan Selangor, Abu Talib Bujang berkata, kerana itu pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor dilihat bertepatan dan membantu dari pelbagai aspek termasuk pembangunan negeri sendiri.

"Selangor memerlukan seorang ibu, sebagai contoh, kita tengok kepentingan ibu jari, walau apa pun terjadi ia tetap menyokong jari-jari lain dalam setiap kerja.

"Kita andaikan jari kelengkeng sebagai akar umbi, dan jari-jari lain sentiasa membantu ibu jari," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres PKR ke 10 di Stadium Malawati di sini.

Wan Azizah di dalam ucapannya turut menyentuh beberapa isu melibatkan hal Selangor termasuk menekankan keperluan peningkatan keupayaan pendidikan di UNISEL, KUIS dan pusat latihan di bawah kelolaan negeri.

Jelas Abu Talib, kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin jelas apabila masuk penggal kedua penatdbirannya.

"Kita perlu beri maklumat betul kepada semua agar rakyat tidak salah anggap. Apabila masuk penggal kedua, Abdul Khalid kata ada banyak duit tetapi apa guna jika tidak dibelanjakan kepada rakyat.

"Tengok sahaja Stadium Malawati tempat kita berkongres ini, air pun tidak ada, tandas gelap dan tidak terjaga," ujarnya.

Dalam pada itu, perwakilan Kelantan, Profesor Saharun Ibrahim menjelaskan, PKR patut diberi peluang meletakkan calon untuk membuktikan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Kaptalisme kroni lebih segar di Malaysia

Wan Azizah menyarankan bahawa lebih banyak pinjaman mikrokredit berkadar rendah diwujudkan di Selangor khasnya dan Malaysia amnya untuk membantu golongan wanita dan usahawan muda.

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ketidakseimbangan pendapatan serta himpitan ekonomi akibat dasar-dasar kurang mesra rakyat terus menjadi ciri utama ekonomi negara di mata pelabur asing.
azizah_300Menurutnya, perangkaan Bank Dunia 2014 menunjukkan bahawa di Malaysia, golongan berpendapatan 20 peratus teratas memiliki 52 peratus kekayaan negara, manakala golongan berpendapatan 20 peratus terbawah hanya memiliki 5 peratus.
“Bandingkan ini dengan negara serantau yang jauh lebih besar seperti Vietnam dan Indonesia, di mana golongan berpendapatan 20 peratus teratas hanya memiliki 44 dan 41 peratus.
“Ternyata kaptalisme kroni lebih segar di Malaysia,” katanya di majlis Kongres Nasional PKR ke-10.
Tambahnya, tahun hadapan, rakyat akan terus dihimpit melalui GST yang akan dilaksanakan.
“Kita akan terus membantah kerana ia membebankan rakyat.
“Untuk memastikan golongan muda mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik, kualiti pendidikan harus ditingkatkan.
Lebih banyak inisiatif-inisiatif seperti ‘upskilling’ perlu diwujudkan untuk menambahkan kemahiran graduan-graduan tempatan supaya mereka mudah menyesuaikan diri dengan keperluan pekerjaan yang sentiasa berubah-ubah dan juga untuk membuka peluang pekerjaan baru kepada mereka,” jelasnya.
Katanya, beliau juga menyarankan agar lebih banyak pinjaman mikrokredit berkadar rendahdapat diwujudkan di Selangor khasnya dan Malaysia amnya untuk membantu golongan wanita dan usahawan muda.
” Ini dapat membantu menjana ekonomi golongan berpendapatan rendah disamping menaiktaraf perniagaan peniaga-peniaga kecil.
“Kita akui kerajaan Selangor mempunyai dana dan program-program yang membantu merakyatkan ekonomi negeri dan ia sepatutnya diteruskan,” ujarnya.
Jelas Azizah lagi, sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian ini, kita jua harus prihatin terhadap isu-isu rakyat yang perlu diutamakan seperti masalah sampah dan jalan yang melibatkan peruntukan MARRIS yang tidak dibelanjakan.
” Selangor juga mencatat peningkatan kes denggi sehingga 338 peratus yang menjadikan kes negeri itu mempunyai kes denggi paling tinggi dalam negara dengan jumlah 29972 kes.

Dalam usia muda, KEADILAN mampu ubah politik negara

black logo-01-01SHAH ALAM 23 OGOS: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) baru menjangkau usia 15 tahun, tetapi berjaya memberi kesan besar dalam lanskap politik negara.
Perwakilan Kedah, Gooi Shia Loong berkata, perubahan besar itu tidak pernah dilihat sepanjang tempoh hampir 57 tahun lalu sejak negara mencapai kemerdekaan.
“KEADILAN masih muda, tapi kita telah saksikan perubahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini,” kata Gooi yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Negeri.
Tambah Ahli Parlimen Alor Setar itu, suara rakyat dalam pilihan raya lalu yang menyaksikan Umno BN tidak lagi menguasai undi popular memberi bukti rakyat lebih meyakini Pakatan Rakyat yang juga dianggotai PAS dan DAP.
“Keyakinan rakyat berhubung kemampuan BN tadbir negara merosot dalam pilihan raya lalu.
“Jatuhnya BN di lima negeri (pada 2008), dan hilang majoriti itulah bukti kita lebih diyakini,” kata Gooi.

“Semangat setiakawan perkukuh perjuangan PR”

Semangat ini juga perlu untuk terus memastikan sokongan dan mandat dari rakyat.
pkr_300SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata persaudaraan dan setiakawan di dalam PKR perlu terus dipraktikkan dalam PR supaya gabungan itu mampu mencorakkan masa depan Malaysia yang lebih toleran, adil dan demokratik.
“Kita dengan rakan-rakan daripada PAS dan DAP punyai masa depan bersama, seiring dalam lanskap politik negara.
“Pakatan Rakyat yang wujud hari ini bukan dizahirkan atas kehendak mana-mana individu, bukan untuk kepentingan kelompok tertentu dan bukan juga atas kehendak sebuah parti politik.
” Ia lahir dari dorongan dan kehendak rakyat yang berbilang kaum, agama, pegangan dan cara hidup,” katanya dalam majlis Kongres Nasional PKR yang ke-10.
Tambah beliau, selagi kita berpegang pada dasar ini, insyaallah, rakyat akan terus bersama kita.
“Saya percaya semangat setiakawan sebeginilah yang akan terus memberikan kita sokongan dan mandat rakyat.
“Semangat ini jugalah yang akan terus memperkukuhkan perjuangan kita untuk menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang. Insyaallah,” jelasnya.
“Atas dasar kemanusiaan inilah perlu kita cerapkan kembali hubungan baik sesama ahli parti dan lenyapkanlah segala perasaan kurang senang yang tercetus semasa musim pemilihan yang lalu.

Perwakilan Kedah sokong Wan Azizah jadi MB Selangor

black logo-01-01SHAH ALAM 23 OGOS: Naib Pengerusi KEADILAN Kedah, Gooi Hsiao Leung menyelar sesetengah pihak yang beranggapan wanita tidak layak diangkat menjadi Menteri Besar (MB).
Beliau yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan tersebut menjelaskan ramai pemimpin hebat telah dilantik dari kalangan wanita.
“Di Malaysia, ramai wanita dilantik memegang tanggungjawab besar.
“Kita ada Gabenor Bank Negara wanita yang menguruskan hal kewangan negara, malah kita ada ramai wanita yang dilantik menjadi hakim.
“Ini tahun 2014, jika ada yang fikir golongan wanita tak layak jadi Menteri Besar, itu adalah karut,” tegasnya.
Berucap pada Kongres Nasional KEADILAN kali ke-10 itu, Gooi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar turut menyatakan sokongan perwakilan dan anggota parti dari Kedah terhadap pencalonan Presiden KEADILAN.
Jelasnya, Wan Azizah adalah calon berpengalaman yang layak dan mampu meneruskan perjuangan parti.
“Kalau Umno Pulau Pinang boleh pilih Ketua Pembangkang wanita, kenapa seorang yang lebih berpengalaman tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar?” soal Gooi yang memenangi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi penggal 2014-2017, baru-baru ini.

GE-13 Pengkalan Kubur candidate: Our ally stole our 'durians'

PKR: Value Malaysian talents or other countries will

PKR to close ranks after 'most divisive' polls, unfazed by Nik Nazmi incident

If all goes well & there's no sabotage, Azizah is the MB - Latheefa

PKR leaders told to behave if they want loyalty

Jangan ada 'kuda tunggangan' dalam Wanita PKR

Kongres PKR
SHAH ALAM - Wanita PKR diingatkan supaya tidak lagi menjadi 'kuda tunggangan' pihak tertentu demi wang ringgit.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir wanita yang sanggup menabur fitnah dan mencaci lawan demi meraih sokongan ahli dan mendapatkan undi.

“Ada juga yang sanggup menjadi 'kuda tunggangan' pihak tertentu demi wang ringgit. Wanita PKR harus ikhlas dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab setelah diberi kepercayaan oleh ahli yang memilih.

“Kita harus tenggelamkan politik durjana yang berpaksikan wang ringgit dan jawatan penting sebagai imbuhan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional Wanita PKR di Stadium Melawati, di sini, semalam.

Katanya, ramai kalangan wanita parti itu bersemangat bertanding bagi merebut jawatan, namun setelah menang ada di antara pemimpin yang gagal mengadakan mesyuarat agung wanita cabang.

"Ini menunjukkan pemimpin gagal mematuhi etika berorganisasi dalam parti yang akhirnya gagal menunaikan tanggungjawab diberi pihak akar umbi.

“Kalah menang adat bertanding. Saya mahu wanita kembali bersatu ibarat biduk berlalu kiambang pun bertaut,” katanya.

Zuraidah turut mengingatkan, Wanita PKR perlu berikrar, bekerja keras, berdisiplin dan bekerja penuh komitmen serta merangka strategi berkesan bagi menentukan kemenangan parti dan PR menjelang PRU14 akan datang.

‎PAS bincang sama ada sokong Wan Azizah sebagai MB Selangor Isnin‎ ini

PAS akan memutuskan sama ada untuk menghantar surat kepada Sultan Selangor untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya pada Isnin, kata sumber parti. Mereka berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diberitahu tentang pendirian terbaru PAS tentang calon menteri besar Selangor semasa mesyuarat semalam. "Kami akan bertemu lagi kerana keputusan awal kami adalah mencalonkan dua orang. Kini kepimpinan Pakatan memutuskan hanya Dr Wan Azizah sahaja calon, oleh itu kami akan bertemu lagi," seorang sumber PAS memberitahu The Malaysian Insider hari ini.  PAS pada 17 Ogos sudahpun mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. PR bagaimanapun memutuskan supaya hanya Dr Wan Azizah sahaja yang diletakkan sebagai calon.

Wan Azizah bidas kritikan beliau tak layak jadi MB Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas kritikan yang menganggapnya tidak layak menjadi menteri besar Selangor hanya kerana statusnya sebagai "orang luar" dan seorang wanita.
Dr Wan Azizah berkata, kredibilitinya sebagai pemimpin politik sejak 15 tahun lalu tidak patut dipertikaikan, selain pernah menjadi ketua keluarga semasa suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama 6 tahun.
"Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai, biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.

"Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di  Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Pakar: Tiada asas kuat untuk bubar DUN Selangor

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tiada apa boleh dilakukan sekiranya sultan Selangor mengambil keputusan membubarkan DUN Selangor minggu depan.

Pensyarah undang-undang itu berkata, sultan berkuasa untuk berbuat demikian walaupun beliau tidak tepat jika menurut amalan undang-undang sistem Westminster.

"Kalau katakan Isnin ini sultan bubar DUN. (Kita) Tak boleh buat apa-apa," kata beliau dalam Forum Krisis Selangor : Isu Perlembagan dan Demokrasi di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, sultan sebagai ketua negeri harus melihat amalan di negara Komanwel lain yang menuntut pemerintah memainkan peranan "mengatasi politik" dan tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik atau pentadbir.

Ini penting kerana menurut beliau, situasi di Selangor kini tidak memberi asas yang kuat untuk membolehkan DUN dibubarkan.

"Situasi yang membenarkan pembubaran DUN adalah seperti berlakunya parlimen tergantung.

(Krisis) ini tidak bermakma baginda boleh membuat keputusan sesuka hati. Baginda perlu melihat amalan di negara Komanwel lain.

"Sebagai ketua negeri, baginda harus dilihat mengatasi politik," hujah beliau.

Justeru Aziz menganggap sultan sepatutnya memberi kata putus dengan tegas ketika Khalid menghadap baginda pada 11 Ogos lalu, selepas menteri besar itu disingkirkan dari PKR.

"Pada pandangan saya itulah permulaan apa yang berlaku sekarang.

"Keadaan akan menjadi berbeza sekiranya baginda bertindak dengan tegas pada 11 Ogos itu.

"Sekiranya semua mengikut buku (undang-undang) keadaan akan jadi jauh lebih mudah," kata beliau.

Hormati pengorbanan semua pihak dalam Pakatan - Wan Azizah

SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta agar semua pihak mengeratkan persaudaraan dan setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang berucap pada Kongres Nasional PKR Ke-10 hari ini turut meminta agar pengorbanan semua pihak sebelum ini harus dihormati dan disanjungi.

"Tanpa pengorbanan mereka mana mungkin kita berupaya mencorakkan masa depan Malaysia yang lebih toleran, adil dan demokratik.

"Kita dengan rakan-rakan daripada PAS dan DAP punyai masa depan bersama, seiring dalam lanskap politik negara," ujarnya pada kongres yang diadakan di Stadium Malawati di sini. Hadir sama ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan AJK PAS Pusat, Khalid Samad.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat yang wujud hari ini bukan dizahirkan atas kehendak mana-mana individu, bukan kepentingan kelompok.

"Ia bukan juga atas kehendak sebuah parti politik. Ia lahir dari dorongan dan kehendak rakyat yang berbilang kaum, agama, pegangan dan cara hidup.

Desak kerajaan bentang laporan RCI Sabah kepada umum

black logo-01-01SHAH ALAM 23 OGOS: Memandang serius isu keselamatan di Sabah, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar kerajaan membentangkan laporan lengkap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk penelitian awam.
Jelas Presiden KEADILAN itu, gesaan tersebut memandangkan isu keselamatan adalah hak rakyat yang harus dipelihara dan ditangani kerajaan dengan sewajarnya.
“Saya memandang serius tentang kelemahan kerajaan dalam menangani aspek keselamatan rakyat di Sabah, sehingga tercetusnya insiden Lahad Datu dan siri penculikan baru-baru ini.
“Keselamatan rakyat Malaysia di tanah air ini mesti terjamin dan kerajaan wajib memberikan yang terbaik kepada rakyat.
“Sehubungan itu, KEADILAN mendesak supaya laporan lengkap siasatan RCI bagi pendatang tanpa izin di Sabah yang bakal dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dibuka untuk penelitian awam,” gesa Wan Azizah lagi.
Beliau juga turut menggesa agar hak kerakyatan diberikan kepada warga yang bermastautin di Sabah sejak 30 tahun lalu.
“Kita juga menggesa kerajaan supaya mengambil kira dan memberikan hak yang sewajarnya kepada mereka yang sudah bermastautin dalam negara kita secara sah sejak 30 atau 40 tahun yang lalu,” kata Wan Azizah.

Wan Azizah yakin BN tumbang di PRN Sarawak

black logo-01-01SHAH ALAM 23 OGOS: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin Pakatan Rakyat mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak jika strategi dirancang dengan lebih teliti.
Keyakinan itu katanya berdasarkan undi majoriti yang diperolehi dalam pilihan raya umum (PRU) lalu di mana Pakatan memperoleh 41 peratus undi majoriti walaupun hanya memenangi 15 daripada 71 kerusi di negeri tersebut.
“Walaupun BN memenangi 55 kerusi DUN Sarawak, mereka hanya memperolehi 55% undi popular, berbanding dengan Pakatan Rakyat, walaupun hanya 15 kerusi, tetapi berjaya mencapai sehingga 41% undi popular.
“Saya yakin jika ada strategi dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat, kita mampu untuk melakukan perubahan untuk rakyat.
“Untuk itu, reformasi parti perlu diperkukuh, serta keberkesanan dalam setiap strategi yang dirancang oleh parti perlu dipertingkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Kongres Nasional KEADILAN ke-10 di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April 2011, Pakatan memenangi 15 daripada 71 kerusi DUN iaitu 12 kerusi dimenangi DAP dan 3 kerusi KEADILAN manakala 1 kerusi dimenangi calon Bebas.

Jantina, umur dan rupa bukan alasan pilih pemimpin - Wan Azizah

Jantina, umur dan rupa bukan alasan pilih pemimpin - Wan Azizah
SHAH ALAM: Jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata-mata dalam kriteria memilih pemimpin di peringkat parti, negeri atau negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, rakyat harus jelas ciri pemimpin yang mempunyai kelayakan, wibawa dan amanah perlu dipilih untuk menjadi seorang pemimpin.

"Kita harus jelas bahawa isu kepimpinan ini bukan suatu perkara yang dipandang remeh oleh Islam.

"Saya mengerti dan biasa melalui pahit maung dalam memimpin, sama ada sebagai pemimpin sebuah parti yang baru semenjak penubuhannya 15 tahun yang lalu sehingga kini, dan juga sebagai seorang ketua keluarga ketika Anwar dipenjarakan selama enam tahun," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Lebih 3,000 perwakilan dan pemerhati daripada wakil-wakil di peringkat Cabang, Majlis Pimpinan Negeri (MPN), AMK, Wanita dan angota-angota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyertai Kongres PKR kali ini.

Dalam pada itu kata Wan Azizah, semua perwakilan diminta melenyapkan perasaan kurang senang atau sebarang krisis yang timbul semasa pemilihan baru-baru ini.

"Atas dasar kemanusiaan kita cerapkan kembali hubungan baik sesama ahli parti dan lenyapkanlah segala perasaan kurang senang yang tercetus semasa musim pemilihan yang lalu.

"Segala kudrat, keringat dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh setiap ahli parti semenjak penubuhan parti perlu kita hargai," ujarnya.

Tambahnya, perwakilan juga harus sentiasa sedia memperkukuh persaudaraan selain terus menentang rasuah dan penyelewengan.

Azizah as MB: Still a long way to go, snap polls a real possibility - Rafizi

Azizah: Party election process will be improved on

Azizah urges PKR not to be swayed by BN media

Lantikan Wan Azizah tidak bersifat nepotisme

Dr Wan Azizah Wan Ismail 
MUNGKIN pendapat peribadi saya ini akan dipandang serong, sedangkan ini sekadar pendapat peribadi yang telah terbuku di benak.

Timbul sedikit keberanian malam ini untuk pendapat ini dikongsi bersama.

Menabalkan/melantik/memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, atau Adun atau presiden parti bukan bersifat NEPOTISMA sepertimana pendapat segelintir.

Beliau seorang pemimpin yang muncul ketika negara berdepan satu detik hitam yang mengubah landskap politik tanahair.

Tanpa mengambil kira walaupun sebelumnya beliau hanya seorang surirumah atau doktor mata atau sesiapa pun, beliau muncul dengan keberanian.

Bukan nak bermadah dengan modal 'tangan yang menghayun buaian', hakikatnya beliau seorang pemimpin, yang telah dan sedang memimpin.

Wan Azizah juga telah meninggalkan tanggungjawab kecil (dalam soal kekeluargaan) untuk menggalas tanggungjawab lebih besar, bukan sekadar membela si suami semata-mata tetapi membela seorang pemimpin yang ketika itu turut dibela oleh sebilangan besar masyarakat termasuklah Pas dan DAP.

Sepengetahuan saya, NEPOTISMA itu lebih kepada memberi suatu kelebihan/jawatan kepada ahli keluarga ketika sedang berkuasa, yang boleh ditakrif sebagai 'conflick of interest' - menggunakan kuasa yang ada untuk melantik ahli keluarga ke suatu jawatan.

Beza memang berbeza, Wan Azizah tidak dilantik (ke suatu jawatan) ketika Anwar berkuasa.

Wan Azizah lahir dari sebuah krisis pada tahun 1998, pusing ke seluruh dunia mohon bantuan di atas isu penindasan dan ketidak-adilan.

Beliau memilih untuk bersama gerakan, bukan memilih untuk berdiam ketika itu.

Boleh saja Wan Azizah berdiam hingga Anwar dibebaskan, itupun jika dibebaskan.

Kini, Wan Azizah yang sama diangkat menjadi calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah: Kembali kukuhkan saf terus berbakti kepada rakyat

SHAH ALAM, 23 OGOS: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan ahli PKR supaya bersatu dan mengukuhkan parti untuk terus berbakti kepada rakyat.
Katanya agenda reformasi parti perlu diperkukuhkan dan langkah-langkah meningkatkan keberkesanan parti dan kemahiran anggota perlu ditingkatkan.
“Penekanan kepada aspek disiplin, latihan dan keupayaan teknikal, strategik, penerangan dan jaringan maklumat dari pimpinan ke peringkat akar umbi perlu dimulakan dari sekarang,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden Kongres PKR Ke-10 di sini hari ini.
Beliau berkata, semasa proses pemilihan terdapat beberapa aspek atau kelemahan yang harus dipertingkatkan bersama terutama sekali oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
“Pertama infrastruktur, kedua kelengkapan dan aset, ketiga aspek ketertiban dan keempat aspek tarbiyah yang agak kurang di kalangan anggota dan pemimpin.
“Saya meminta pihak JPP mengemukakan cadangan ini, dengan mengambil kira juga pandangan daripada akar umbi, khususnya pemimpin di peringkat Cabang dan negeri, diperhalusi dan dibahaskan secara telus dan mendalam, untuk dikemukakan dapatannya kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
“Akhir kata, rapatkan persaudaraan sesama kita dan teruskan iltizam kita untuk terus berjuang dan berbakti kepada rakyat. Demi Rakyat kita bersama, jangan sesekali kita khianati amanah mereka,” jelasnya yang turut disambut dengan laungan ‘Reformasi’.

Ukhuwah perpaduan langkah ke Putrajaya – Wan Azizah

drwanazizahSHAH ALAM 23 OGOS: Perpaduan dan ikatan persaudaraan sesama ahli perlu diperkukuh bagi mengorak langkah ke Putrajaya, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan ke-10 2014 pagi ini berkata, persaudaraan sesama ahli adalah teras kepada kekuatan Pakatan Rakyat.
“Atas dasar kehidupan, kita mahu terus eratkan perhubungan tanpa mengambil kira sebarang perbezaan bangsa dan warna kulit.
“Kita mahu persaudaraan dan jalinan ini diteruskan bagi membuka ruang kepada corak masa depan negara yang lebih terjamin. Seiring juga pertalian yang kukuh dalam Pakatan Rakyat ke arah menuju ke Putrajaya,” kata Wan Azizah disambut laungan ‘Reformasi’ kira-kira 3,000 perwakilan seluruh negara.
Tegasnya, persengketaan dalam kalangan ahli perlu dilenyapkan memandangkan banyak insiden yang mencemar imej parti.
“Lenyapkan perkara kurang senang seperti yang berlaku terutama semasa pemilihan yang lalu.
“Rapatkanlah persaudaraan untuk terus berjuang. Kalau kita terus bercakaran, ingat kembali tujuan penubuhan parti. Demi rakyat kita bersama, moga Allah beri kita kekuatan,” kata Adun Kajang itu lagi.
Wan Azizah turut menyatakan solidariti terhadap kezaliman ke atas negara Islam khususnya di Gaza, Palestin.
Beliau mengingatkan supaya masyarakat dan anggota parti supaya lebih menghargai detik kehidupan dengan menyesali apa yang berlaku di negara luar sekaligus mengambil iktibar.

Wan Azizah bidas kritikan beliau tak layak jadi MB Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kredibilitinya sebagai pemimpin politik sejak 15 tahun lalu tidak patut dipertikaikan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2014. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas kritikan yang menganggapnya tidak layak menjadi menteri besar Selangor hanya kerana statusnya sebagai "orang luar" dan seorang wanita.
Dr Wan Azizah berkata, kredibilitinya sebagai pemimpin politik sejak 15 tahun lalu tidak patut dipertikaikan, selain pernah menjadi ketua keluarga semasa suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama 6 tahun.
"Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai, biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.

"Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di  Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

PKR gantung ahli sokong kumpulan pro-Khalid

PKR memberi surat tunjuk sebab kepada empat anggotanya yang didakwa terlibat bersama kumpulan pro-Khalid yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor dalam satu sidang media Rabu lalu.

Lembaga Disiplin PKR juga memutuskan keanggotaan mereka digantung serta merta sehingga siasatan selesai ekoran didakwa terlibat bersama Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) dan NGO lain dalam sidang media itu.

Mereka ialah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari cabang Pasir Mas, Nasaruddin Mohamad (Cabang Sepang), Abdul Rahim Abdul Wahab (Cabang Selayang) dan Rosmah Suly dari cabang Batu.

"Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai," kata Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataannya hari ini.

Presiden PKR: JPP akan atasi kelemahan pemilihan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah yang timbul dalam perjalanan pemilihan parti itu.

Katanya, pemilihan yang berlarutan lebih lima bulan itu antara lainnya berpunca dari kelemahan dari segi infrastruktur, kelengkapan dan aset, dan tatatertib anggota serta pemimpin parti.

"Semasa proses pemilihan, terdapat beberapa aspek atau kelemahan yang harus kita tingkatkan bersama.

"Ini parti kita kita kena baiki bersama," kata beliau dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.

Pemilihan PKR yang bermula sejak April lalu hanya diketahui keputusannya minggu ini.

Dalam tempoh itu, pelbagai kes dakwaan pergaduhan, penipuan, dan tuduhan rasuah timbul dalam proses pemilihan di sebahagian besar dari 218 cabang PKR seluruh negara.

Wan Azizah: S'gor sepatutnya guna rizab tunai

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sepatutnya menggunakan sebaiknya dana negeri untuk projek penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan asas untuk rakyat.

Beliau mensasarkan pentadbiran Selangor bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering dikritik kerana tidak melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan raya walaupun mempunyai rizab tunai yang besar.

Ini termasuk kritikan berhubung wang penyelenggaraan Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (Marris) yang tidak digunakan sepenuhnya Khalid.

"Jika kemudahan asas untuk rakyat negeri diabaikan, wang simpanan tidaklah begitu beri makna

"Kita akui kerajaan Selangor mempunyai dana dan program-program yang membantu merakyatkan ekonomi yang sepatutnya diteruskan.

"Sungguhpun kita berbangga dengan pencapaian ini, kita jua harus prihatin bahawa isu-isu rakyat perlu diutamakan – sampah, jalan yang melibatkan peruntukan Marris, yang tidak dibelanjakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Kongres Nasional PKR 10 di Shah Alam hari ini.

Kongres 2014: Wan Azizah mula ambil berat tentang Selangor

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula mengambil berat tentang Selangor ketika beliau dicalonkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon menteri besar untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dr Wan Azizah dalam ucapan Dasar Presiden Kongres PKR menyentuh beberapa isu yang sebelum ini menjadi keluhan rakyat Selangor, antaranya mutu pendidikan Universiti Industri Selangor (Unisel), pinjaman mikrokredit dan peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang tidak dibelanjakan kerajaan negeri dengan baik.
"Saya ingin mengesyorkan agar kemudahan-kemudahan asas rakyat Selangor seperti jalan raya yang tidak berlubang, persekitaran yang bersih, longkang dan parit yang tidak tersumbat dan persekitaran yang bersih serta bebas Aedes terus diwujudkan kerana ini adalah hak rakyat yang memilih kita ke tampuk kuasa," katanya di hadapan ahli PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Desakan kuat daripada akar umbi dan pemimpin PKR yang  mahu Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor selepas parti menyingkirkan Khalid. PAS minggu lalu dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusatnya turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, akan tetapi PR hanya mahu Dr Wan Azizah sahaja sebagai calon tunggal untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah