Jumaat, 22 Ogos 2014

Selamat Pulang MH17

Kes Liwat II : Tuduhan Terhadap Anwar Umpama Serangan Terhadap Demokrasi

Kongres Kali Ini Terakhir Untuk Anwar Sebelum Dipenjara.....

Kucing Bermain Di Kaki Ketika Makan - UAI

Israeli police target Palestinian activists

CrossTalk: Gaza’s Resistance

UN: Syrian death toll just over 191,000

Nak demo lagi ke?...cukup-cukuplah!

Aspan Alias
 
Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongress PKR tahun ini merupakan Kongress terakhir bagi Anwar sebelum dipenjarakan yang berkaitan dengan tuduhan meliwat pembantu peribadinya. Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menghakimi rayuannya terhadap ‘conviction’ 5 tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan Mac lepas.
Shamsul berkata yang rakyat akan bangun menentang penghakiman itu dan beliau meminta hakim benar-benar adil dalam membuat penghakiman itu. Bagi beliau jika Anwar masih didapati bersalah, maka itu merupakan penghakiman yang tidak adil. Jika Anwar dilepaskan itu penghakiman yang adil. Jika boleh saya cadangkan jika ada caranya, biarlah Anwar sendiri menghakimkan rayuan beliau sendiri. Ia sudah pasti adil dipandangan Shamsul.
Shamsul membayangkan jika penghakiman itu mengesahkan Anwar ke penjara, rakyat akan marah dan gerakan reformasi akan berulang.  Itu sahajalah perjuangan PKR, untuk menyelesaikan masalah Anwar Ibrahim semata-mata. Selain dari Mahkamah Persekutuan tidak kita ketahui siapa dan apakah badan yang boleh dianggap oleh Shamsul adil untuk membicarakan Anwar ini.
Kalau semua keputusan mahkamah tidak betul, elok kita bertanya keputusan siapa yang betul? Walaupun Shamsul menafikan beliau menekan badan kehakiman, tetapi kenyataan beliau jelas itu adalah satu penekanan. Tidak siapa yang boleh memberikan ‘alternative’ kepada Mahkamah untuk mendapatkan penyelesaian undang-undang.
Tetapi apa pun, tekanan seperti itu tidak mungkin membangkitkan gerakan reformasi seperti dahulu.kerana rakyat tidak lagi berselera untuk memperjuangkan peribadi seseorang sehinggakan meletuskan kekacauan di kalangan rakyat kerana rakyat sekarang mahukan penyelesaian kepada kemelut negara, bukan penyelesaian untuk peribadi seseorang.
Semua tindakan kita itu ada hadnya kerana dengan membangkitkan gerakan reformasi itu melibatkan ramai manusia dan ia bukan lagi gerakan yang direstui oleh ramai. Rakyat mahukan keamanan dan sudah tidak mahu lagi terlibat dengan demonstrasi yang tidak akan memberikan apa-apa kebaikan, baik kepada individu, rakyat mahu pun negara. “Enough is enough” kata seorang penyokong PKR yang telah pernah terlibat dalam siri demonstrasi semasa gerakan reformasi dahulu.
Rakyat mahu memberikan fokus untuk perubahan dan transformasi dan tidak mahu lagi memikul beban dan menjinjing masalah peribadi. Rakyat mahukan perundingan secara politik dalam keadaan yang baik kerana melalui perarakan dan demonstrasi hanya memberikan padah kepada negara.

UMNO perlu bersedia untuk 56-0 jika DUN dibubar kata Zuraida... !!!

Bagi aku kenyataan dari ucapan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ini adalah satu kenyataan bongkak dan takbur serta syok sendiri.

Jika dulu semasa Pilihanraya Kecil Kajang sedang berlangsung Zuraida dengan penuh keyakinan tapi jelas hanya nak bodek Kak Wan berkata, beliau yakin majoriti yang akan diperolehi oleh PKR di KAjang akan melebihi 10,000 dan jauh lebih besar dari PRK13.

Entah berdasarkan mana punya fakta dia guna aku pun tak tahu.. tapi secara asas semua orang tahu mana-mana PRK sekalipun jumlah peratusan pengundi yang keluar adalah lebih rendah dari PRU.

Akhirnya terbukti apa yang Zuraida kata dalam kempen semasa PRK Kajang itu hanyalah auta semata-mata.. atau ayat untuk menyedapkan hati Kak Wan saja..

Bilamana keputusan PRK itu hasilnya.. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi kurang 1,445 undi berbanding PRU13.

Hari ini pulak dia kata “Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN). Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor,"

Cuba tengok keputusan PRU13 yang lalu yang telah dikumpulkan oleh Chor Sniper..


Berapa DUN milik PR yang tergugat dengan penurun 30% sokongan kepada PR seperti yang diumumkan oleh UmCedel baru-baru ini...

Janganlah bongkak sangat Zuraida.. Khir Toyo dulupun cakap macam ni jugak.. akhirnya terkangkang..

Laporan berkaitan..

'Rakyat marah jika DUN S'gor bubar' 

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini.

Keyakinannya itu berdasarkan bacaannya bahawa pembubaran DUN itu mustahil akan berlaku kerana presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti dari 30 orang ADUN.

"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

Bersangka Baiklah Dengan Sultan

Apabila PR akhirnya mencapai konsensus berhubung pengganti Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, sepatutnya semuanya sudah berakhir dan tidak perlu ada sosek-sosek lain lagi berhubung isu itu. Apatah lagi Sultan Selangor sendiri sudah memendekkan pemergiannya ke keluar negara dan akan pulang ke tanahair pada 23 Ogos, semua pihak sepatutnya menunggu saja keputusan dan kebijaksanaan baginda dalam menyelesaikan kemelut ini.

Sama ada Sultan akan menerima Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, menolaknya, mahukan nama lain atau bersetuju dengan pembubaran DUN yang mungkin dicadangkan oleh Khalid, tunggu dan berserah sajalah kerana undang-undang negeri sudah memperuntukkan demikian. Kita sendiri pula sudah menerima sistem sedemikian.

Tetapi nampaknya tidak demikian yang berlaku. Baik sebelum kata sepakat dapat dicapai mahupun selepas bersalam dan berjabat tangan, bukan saja perbezaan pendapat turut terserlah, malah terdapat juga percubaan untuk mempengaruhi Sultan Selangor berhubung keputusan yang bakal dimuktamadkan oleh baginda.

Bermula dengan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang berkeras bahawa hanya satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dan seolah-olah cuba memaksa baginda menerima pilihan itu, ia kemudian berjangkit pula kepada Pas sendiri apabila Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat mempertahankan keputusan partinya mencalonkan nama Azmin Ali sebagai pilihan kedua adalah kerana Sultan Selangor sendiri kononya yang mahukan lebih daripada satu nama dicalonkan.

Apa yang selama ini menjadi rahsia juga akhirnya terdedah bilamana Suhaizan juga mendedahkan bahawa perkara itu diperbincangkan antara Sultan Selangor yang menerima mengadap Presiden Pas, Haji Hadi Awang pada Hari Raya keempat yang lalu.

Pendedahan Suhaizan yang cuba meletakkan pendirian partinya seolah-olah atas kehendak Sultan Selangor, akhirnya memaksa pihak Haji Hadi sendiri tampil menafikan perkara itu sambil menjelaskan isu pengganti Khalid tiada sama-sekali dalam perbincangan antara Sultan Selangor dengan Haji Hadi.

Barangkali atas rasa terlanjur, Suhaizan pula kemudiannya mengatakan kenyataannya telah disalah lapor oleh media.

Azmin : PR Yakin Rampas Pengkalan Kubor

Pakatan bermesyuarat bincang langkah seterusnya untuk Azizah jadi MB

Shamsul Iskandar Persoal Pendapat Wanita Tidak Boleh Jadi Pemimpin

Kongres AMK Kecoh : Sembilan Exco Keluar Dewan

Exco baru AMK boikot ucapan sulung Nik Nazmi

Seramai 16 exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baru dipilih bertindak meninggalkan dewan persidangan sebelum ketua baru mereka, Nik Nazmi Nik Ahmad menyampaikan ucapan sulungnya dalam Kongres AMK lewat petang ini.

Timbalan Ketua AMK yang baru dipilih Dr Afif Bahardin berkata kesemua exco dari kem AMK Baru itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan ketua AMK di cabang Pensiangan yang sebelum ini memihak kepada regunya Amirudin Shari.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata keputusan terbaru pemilihan di kawasan itu yang menyebabkan calon ketua mereka Amiruddin tewas sedangkan permilihan pertama kemenangan memihak kepada ADUN Batu Caves itu.

"Ia sebab situasi di mana keputusan pemilihan dah jadi banyak kumpulan. Ada beberapa perkara (yang tidak puas hati) termasuk (keputusan) ketua AMK," katanya sambil menegaskan sokongan terhadap Nik Nazmi.

"Bukan mudah untuk bekerja dan nak rapatkan saf semua pihak menjadi satu AMK. Keputusan (Nik Nazmi menang) diumum semalam, jadi ada banyak perkara yang belum selesai," katanya.

Bagaimanapun, Dr Afif yang juga exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata beliau optimis dan yakin perkara itu boleh diselesaikan dalam tempoh segera jika semua pihak dalam AMK duduk berbincang.

"Saya menunggu arahan Nik untuk menyelesaikan perkara ini. Saya menerima keputusan JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti). Tetapi selepas ini kita mahu pemilihan lebih cermat, baik dan memuaskan hati semua pihak," katanya.

Terima keputusan

Sementara itu, Nik Nazmi berkata beliau tidak mahu mengulas mengenai isu teknikal berhubung keputusan di cabang itu dan menggesa semua pihak menerima keputusannya.

"Saya memimpin AMK untuk Malaysia. Musuh kita bukan dalam parti kita, musuh kita adalah Umno-BN," katanya kepada pemberita selepas Kongres AMK ditangguhkan.

Shamsul dakwa wujud politik wang dalam pemilihan

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa terdapat kes politik wang berlaku dalam pemilihan parti yang berlarutan sejak Mei lalu.

Oleh yang demikian, sistem pemilihan parti perlu diperbaiki kerana ia memberi ruang pada amalan seperti itu, yang disifatkannya sebagai “memberi roti pada tikus”.

"Saya ada dengar (wujud) bibit politik wang di mana pada permilihan pertama, kumpulan ini menang, tetapi selepas itu satu kumpulan lain pula menang. Ada elemen beri roti kepada tikus.

Perkara ini yang perlu dibanteras dalam parti kita," kata MP Bukit Katil itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres AMK.

Shamsul ketika ditemui Malaysiakini selepas itu menjelaskan bahawa beliau masih tidak mempunyai bukti kukuh berhubung perkara itu kerana ia masih tidak dilaporkan setakat ini.

Beliau yang memandang serius dakwaan tersebut berkata, beliau sekadar mendengar cakap-cakap bahawa keraguan seperti itu timbul dalam pemilihan di cabang Pensiangan, Sabah.

Tiada bukti

"Misalnya di cabang Pensiangan, kalau sebelum pemilihan yang pertama itu, sokongannya padu kepada Azmin, saya dan pasukan lain.

"Untuk pemilihan yang kedua, mengalih kepada Tan Sri Khalid dan pasukan Khalid. Jadi nampaknya ada sesuatu meragukan," katanya tanpa mengemukakan apa-apa bukti.

Dalam ucapannya terdahulu, Shamsul turut menyeru agar tiga kumpulan yang bersaing dalam pemilihan untuk kembali merapatkan barisan dalam parti.

Beliau turut mencadangkan agar dua calon ketua AMK yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini, Amiruddin Shari dan Nazri Yunus, diberi kedudukan penting dalam struktur tersebut.

Kemelut Selangor jadi tumpuan perbahasan AMK

SHAH ALAM - Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor antara isu yang menjadi tumpuan dalam perbahasan ucapan dasar di perwakilan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) ke-10,  di sini, hari ini.

Perwakilan dari Perak, Md Shahanaz Nazarudin berkata, krisis yang berlaku perlu dijadikan pengajaran agar semua parti dalam PR bersatu menghadapi masalah.

"Kita memuji sikap DAP dan Pas yang membuat keputusan demi kesepakatan PR. Namun, di sebalik isu di Selangor,  saya berpandangan kita sebagai parti yang bermasalah perlu dibantu.

"Bukannya kita dijadikan bola tanggung dan 'smash' kita. Teruskan toleransi seperti pepatah 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh' supaya PR tidak akan berpecah," katanya.

Sementara itu, perwakilan Selangor, Justin Raj menyifatkan kemelut di Selangor perlu diselesaikan segera agar peristiwa hampir sama di Perak pada 2009 tidak berulang.

"Selangor adalah kubu kuat PR dan kita mendapat mandat daripada majoriti rakyat negeri ini. Malangnya, krisis yang berlaku telah dijadikan modal oleh pihak lawan untuk memburukkan PR.

"Kita tak nafikan isu ini telah membuatkan rakyat bimbang dan mengundang persepsi negatif mereka. Oleh itu, kita perlu bertindak dengan matang untuk menyelesaikan masalah ini dengan bijak terutamanya kerana ia turut melibatkan kesucian institusi diraja," katanya.

Nik Nazmi dilantik Ketua AMK

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad 
SHAH ALAM - Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik secara rasmi sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) sesi 2014-2018 dalam Kongres AMK ke-10, di sini, hari ini.

Penyerahan watikah pelantikan beliau diserahkan oleh Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga bekas Ketua AMK bagi sesi 2010-2014.

Dalam ucapannya, Nik Nazmi berkata, agenda pertama yang akan beliau lakukan ialah merapatkan barisan AMK.

"Saya dan saf kepimpinan lain akan beri fokus 100 hari pertama untuk gariskan dasar AMK yang baru. Mana-mana cabang AMK yang lemah terutamanya kawasan tumpuan ditandingi PKR akan kita perkasakan.

"Kita perlu rapatkan saf dan bekerja sebagai satu keluarga AMK. Ini semua usaha untuk menjadikan AMK sebagai sayap parti paling progresif," katanya.

Pada pemilihan parti yang lalu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia yang mendapat 4,509 undi menewaskan  Amirudin Shari  (4,259).

Sementara itu,  jawatan Timbalan Ketua AMK dimenangi Dr Afif Bahardin dan Naib Ketua AMK disandang Raymond Ahuar, Radzlan Jalaludin dan J Sangetha.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Ahli Majlis Pimpinan AMK iaitu Anwar Nekhan, Fasyarini Azahari, Justin Raj, Zafril Eusoff, Izad Buqhary, P Tharmentra, Tamil Selvan dan Ridzuan Basri, Ammar Gazali, Farhan Kamal, Lee Lian Jeng, Halimah Nasoha, Kumaresan Aramugam, Firdaus Yusoff, Sukirman Mustafa, Tangah Jansa, K Nagarajan, Afzainizam Rahman, Ramly Ahmad dan Murnie Hidayah Anuar.

3 tolak 1 jawapannya 0 - Perwakilan AMK

SHAH ALAM: Kebanyakan perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru tahap kesepakatan antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dipertingkatkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Wakil Kedah, Mohd Ridhwan Razali berkata, parti di dalam PR perlu bermuafakat dan berhemah walau pada masa dilanda krisis.

"Tugas mantapkan parti tanggungjawab bersama. Isu Selangor yang hangat diperkatakan sekarang juga kena selesaikan cepat-cepat.

"Itu gunanya muafakat di dalam PR. Jika dalam politik, hasilnya kosong jika satu daripada tiga parti tidak sepakat dalam memutuskan sesuatu isu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua AMK di sini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dalam ucapan dasarnya menyifatkan ahli PKR yang cuba menjadi penghasut agar parti keluar dari PR sebagai 'musuh dalam selimut' yang menjadi punca pergolakan di dalam parti.

Kata Shamsul, golongan ini dilihat tidak mempunyai semangat tokoh terdahulu parti dalam perjuangan membela rakyat.

Dalam pada itu, perwakilan Perak, Mohd Shahanaz Mohd Nazaruddin tidak mahu krisis di Perak pada 2009 terjadi sekali lagi di Selangor.

"Kita tidak mahu kejatuhan PKR seperti di Perak dahulu berulang di Selangor. Kita perlu bersatu hati dan berbincang seandainya ada isu berbangkit yang perlu diselesaikan bersama," ujarnya.

Sementara itu, perwakilan Selangor, Justin Raj pula mengakui krisis yang melanda negerinya dilihat menyakitkan dan proses menyelesaikannya turut disifatkan rumit.

Bagaimanapun jelasnya, ia akan diselesaikan dalam masa terdekat dan akan diperbetulkan mengikut kehendak kepimpinan parti.

Wan Azizah masih tunggu jawapan istana

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail masih menunggu jawapan sama ada beliau akan diterima masih menghadap sultan Selangor.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pagi tadi, Wan Azizah berkata pihak istana mengesahkan menerima permohonan itu.

"Datuk (Mohamad) Munir (Bani) memaklumkan permohonan itu sudah dipanjangkan kepada baginda dan kami sedang menunggu jawapan," katanya, merujuk kepada setiausaha sulit Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ini adalah permohonan kedua selepas istana menolak surat permohonan pertama yang ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permohonan pertama itu ditolak kerana sultan menyatakan bahawa baginda sudahpun dimaklumkan mengenai krisis politik Selangor oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas tentang tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadap Sultan Selangor berkenaan isu MB, Wan Azizah berkata perkara itu hanya diketahuinya selepas ia berlangsung.

Namun, beliau mengetahui mengenai pertemuan tersebut sebelum ia dilaporkan di media, dan menganggapnya sebagai ziarah sempena sambutan Syawal.

"Rasanya beliau (Hadi) mengadap Sultan pada Hari Raya ketiga atau keempat (dalam bulan) Syawal.

"Jadi ia mungkin satu perjumpaan sempena Hari Raya. Bila jumpa masa Hari Raya, kita tak perlu maklum pada orang lain," kata ADUN Kajang itu.

Tindakan Hadi mengadap Sultan itu meniupkan spekulasi bahawa Wan Azizah bukan calon yang menjadi pilihan pihak istana untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Wan Azizah berkata, ia hanya spekulasi yang dibangkitkan oleh individu tertentu, sedangkan beliau sendiri masih belum mendapat kepastian sebenar dari baginda.

Berikut adalah sedutan daripada wawancara pagi tadi:

Malaysiakini: Adakah terdapat sebarang halangan untuk Datuk Seri menjadi MB?

Wan Azizah: Kita ada penguasa negeri di negeri kita ini. Tuanku (Sultan Selangor) adalah pemerintah tersebut dan baginda adalah pemerintah negeri yang sangat berpendidikan.

MH17: PAS ucap terima kasih kepada k'jaan, MAS



SEPANG: PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk sama-sama melakukan solat ghaib buat mangsa MH17 yang baru tiba di sini hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar juga mengingatkan semua khususnya ahli PAS turut mengadakan majlis tahlil buat mereka yang terkorban dalam tragedi pada 17 Julai lalu itu.

Mahfuz yang ditemui di pekarangan Kompleks Bunga Raya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menguruskan penghantaran mangsa kepada keluarga masing-masing.

"Terima kasih juga kepada semua pihak iaitu MAS, polis, tentera, khususnya yang berada di Ukraine dan terlibat dalam penyiasatan serta pasukan yang menguruskan jenazah,"katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, ahli keluarga mangsa perlu meneruskan kehidupan mereka seperti biasa walaupun telah kehilangan orang yang tersayang dalam nahas itu.

"Bagi pihak PAS dan Ahli Parlimen PAS, kami mengucapkan takziah kepada kaum keluarga mangsa dan apa yang penting mereka harus meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kehilangan orang yang tersayang,"katanya.

Senarai Penumpang MH17 & Latar Belakang




BERIKUT adalah senarai penumpang MH17 dan latar belakang:


Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
Mabel Anthonysamy (P)

Matthew Yehezkiel Sivagnanam (L)

Paul Rajasingam Sivagnanam
- Eksekutif IT berkhidmat dengan Shell Malaysia, terbang bersama isterinya Mabel dan anak Matthew Yehezkiel, 10 tahun.

Tambi Jiee (L)

Ariza Ghazalee (P)

Mohd Afif Tambi (L)

Mohd Afruz Tambi (L)

Mohd Afzal Tambi (L)

Marsha Azmeena Tambi (P)

Tambi Jiee

Berumur 49 tahun, dari Sarawak, bersama isterinya Ariza Ghazalee, 47, dan empat orang anaknya, Mohd Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan pulang dari Kazakhstan transit melalui Amsterdam.
Keluarga ini pulang dari Kazakhstan, untuk menetap di Malaysia di mana sebelum itu Tambi telah bertugas selama kira-kira tiga tahun sebagai pekerja Shell.

Shaliza Zaina Dewa (P)

Saudara kepada penyanyi tempatan Hattan, Shaliza Zaina, 45, telah menetap di Melbourne dengan suaminya, rakyat Belanda dan dikurniakan tiga anak berusia lapan, 12 dan 15 tahun. Pulang dari bercuti di Belanda, Shaliza dan keluarganya telah merancang untuk singgah di Kajang, Selangor, selama seminggu bagi meraikan Hari Raya bersama keluarganya sebelum kembali ke Australia.

Subashini Jeyaretnam (P)

Kaela Maya Jay Goes (P)

Subashini, yang lebih dikenali sebagai Shuba Jaya, aktres seni persembahan dari Kuala Lumpur bersama suaminya Paul Goes dari Belanda dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas membawa anak perempuan mereka Kaela, berusia 21 bulan, melawat nenek dan datuknya di Belanda untuk pertama kalinya.

Karamjit Singh Karnail Singh (L)

Karamjit adalah penasihat keselamatan yang berkhidmat dengan syarikat ExxonMobil. Dia telah berkhidmat di pelantar minyak Usan di Nigeria. Karamjit, 54, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Mohd Ali Mohd Salim (L) 

Senarai Anak Kapal MH17 & Latar Belakang




BERIKUT adalah senarai nama anak kapal MH17 dan latar belakang:


1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, Juruterbang

Kapten Wan Amran dari Kuala Kangsar, Perak, diingati sebagai seorang yang baik hati dan suka beramal serta suka berjenaka, kata anak saudaranya, Nur Suraya Dusuki, 29.
Dia telah memandu pesawat Boeing selama lebih dari 20 tahun dan merancang untuk menunaikan haji pada akhir tahun ini. Kapten Wan Amran meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki, berusia sembilan dan tujuh tahun.

2. Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45, Juruterbang

Kapten Eugene Choo dari Seremban adalah seorang lelaki yang merendah diri dan sentiasa mesra, kata rakan-rakan dan jiran-jirannya.
Bekas pelajar SM Ibrahim, Sungai Petani, Kedah, ini adalah seorang penunggang tegar. Kapten Eugene meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki, berumur 13 dan 10 tahun.



3. Ahmad Hakimi Hanapi, 29, Pembantu Juruterbang

Ahmad Hakimi dikatakan seorang yang tenang, sangat baik dan suka membantu. Walaupun gemar berjenaka, Hakimi sentiasa bersikap lembut, tidak pernah menaikkan suaranya walaupun berhadapan dengan keadaan tertekan.

4 Muhd Firdaus Abdul Rahim, 27, Pembantu Juruterbang

Muhd Firdaus telah mencapai impian zaman kanak-kanaknya untuk menjadi seorang juruterbang apabila dia memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines (MAS). Dia meninggalkan seorang isteri dan seorang anak lelaki.

5. Mohd Ghafar Abu Bakar, 54, Penyelia Penerbangan

Mohd Ghafar adalah ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Indah, Ampang, di mana dia tinggal. Dia diingati oleh kawan-kawannya sebagai seorang yang berprinsip, soleh dan baik hati.

6. Dora Shahila Kassim, 47, Ketua Pramugari

Dora Shahila, seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai ibu yang sangat rapat dengan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Diyana Yazeera, yang sedang menuntut di Seremban. Diyana kerap menulis Tweet tentang betapa dia amat rindukan ibunya yang disifatkan sebagai 'superhero' sejak kemalangan itu dan dia sentiasa mengirimkan doa untuk Dora.

7. Azrina Yakob, 41, Ketua Pramugari 

Hari Perkabungan Negara: ‘Hari ini bukti kita semua anak Malaysia’ – Lim Guan Eng


Hari Perkabungan Negara Penang


GEORGE TOWN, 22 OGOS: Walaupun masih dibelenggu rasa sugul dan dukacita, rakyat seharusnya menjadikan tragedi hitam MH17 sebagai iktibar, terutama dalam memastikan keakraban dan perpaduan sesama rakyat pelbagai kaum di Malaysia.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan harapannya itu ketika berucap dalam Majlis Perkabungan Negara peringkat negeri pagi tadi.
Majlis tersebut diadakan di ruang legar Komtar, serta dihadiri barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang.
“Saya berharap kejadian ini dapat diambil iktibar dan pengajaran. Oleh itu, amat wajar untuk kita mengelak daripada sebarang kezaliman bagi memastikan keakraban dan perpaduan di antara semua bangsa dan kaum terutama di Malaysia (agar) dapat bersama ke arah pembangunan negeri dan Malaysia.
“Hari ini kita telah buktikan bahawa kita semua anak Malaysia yang sehati, sejiwa dan sedarah,” katanya lagi.
Sememangnya, kehilangan ini dikongsi seluruh rakyat Malaysia apabila seluruh negara bertafakur selama seminit pada jam 10.54 pagi tadi sebagai penghormatan terakhir kepada 20 jenazah korban tragedi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bendera DAP akan dikibarkan separuh tiang di semua pejabat dan Pusat Khidmatnya di seluruh negara sempena Hari Perkabungan Negara, hari ini.
Guan Eng menyifatkan Hari Perkabungan Negara ini sebagai hari yang amat menyedihkan, bukan sahaja bagi keluarga mangsa, malah kepada seluruh rakyat.

Pelakon Lelaki Berlakon Watak Perempuan - Ustaz Azhar Idrus

Kahwin Keturunan..Kahwini Perempuan Kerana 4 Perkara - UAI

Berlakon Watak 'MURTAD' - Ustaz Azhar Idrus

Yang Haram Tetap Haram Walau Dalam Pakatan - Nik Zawawi

Tak perlu PRN, hanya sidang DUN boleh selesaikan isu MB - Kadir Jasin

Wanita PKR giat rekrut ahli baru

SHAH ALAM - Wanita PKR akan kembali melancarkan program mereka untuk merekrut ahli-ahli baru dalam rangka menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, program untuk meningkatkan keahlian parti itu tergendala buat seketika.

"Sebelum ini kita sudah lancarkan. Kita beri hadiah-hadiah lumayan kepada mana-mana yang berjaya merekrut ahli paling ramai.

"Ini bukan malasah hadiah. Apabila kita rekrut anggota yang baru, insya-ALLAH, automatik dia akan jadi pengundi kita dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada sesi penangguhan di persidangan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanitanya, Haniza Talha menyeru semua Wanita PKR agar segera merapatkan saf dan membaiki hubungan sesama sendiri yang bermasalah ketika pemilihan lalu.

Katanya, musuh mereka bukan sesama ahli sebaliknya, BN.

"Musuh kita bukan di depan ini, bukan di dalam dewan ini tapi musuh kita adalah BN.

Tiada disiplin patuhi keputusan punca krisis MB

Shamsul Iskandar Mohd Akin 
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata salah satu punca krisis kerusi Menteri Besar Selangor berlanjutan adalah kerana tiadanya komitmen pemimpin PR untuk mematuhi keputusan yang dicapai.

"Bertitik tolak daripada kekalutan yang berlaku dalam krisis Menteri Besar Selangor, Pemuda PR membuat gesaan diadakan pertemuan lapan mata antara pemimpin-pemimpin utama PR dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mencari penyelesaian segera kepada krisis Menteri Besar Selangor.

"Jika diteliti, krisis ini dilihat  berpunca daripada tiadanya komitmen kepada proses musyawarah  dan disiplin untuk mematuhi keputusan yang dicapai," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas lanjut Iskandar berkata, walaupun krisis Menteri Besar Selangor sedikit sebanyak telah  'menggoyangkan' kesepakatan dalam Pakatan Rakyat namun beliau percaya krisis ini tidak kekal lama, dan situasinya akan pulih seperti biasa.

Siapa yang mulakan krisis Selangor?

Oleh Nathaniel Tan
Saya mempunyai satu soalan yang mudah. Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng masih memuji Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, adakah anda fikir orang ramai akan mempunyai keraguan tentang integriti menteri besar ini?
 Soalan ini membuatkan saya berfikir tentang sama ada kita membentuk pendapat kita secara bebas, atau sama ada kita membentuknya dengan tujuan mewajarkan kedudukan bos, wira atau orang yang kita kebetulan gemari.

Tidak dinafikan ada yang akan rasa saya jatuh ke dalam kategori kedua, dan itu adalah nyata hak mereka.
Bagaimanapun perasaan saya adalah Pakatan Rakyat menyedari adanya kerosakan yang serius berikutan krisis Selangor, dan mengambil jalan yang lebih mudah dengan memesongkan sasaran ke arah seorang yang menjadi sasaran kempen memburuk-burukkan besar-besaran – mungkin juga kerana beliau bukan jenis yang melawan.
Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming adalah seorang kenalan lama dan seorang yang bijaksana. Pada hari Isnin, beliau menulis sebuah artikel dalam The Star yang bertanyakan kepada Khalid: Adakah ianya berbaloi?
Saya rasa adalah berbaloi buat Khalid untuk berpegang kepada prinsip-prinsip beliau. Kita akan meneroka sebabnya di dalam rencana ini.
Perenggan ketiga rencana Ong menanyakan beberapa soalan marah, pada dasarnya membayangkan bahawa Khalid merupakan punca keseluruhan krisis ini. Kesimpulan soalan-soalan ini: Berbaloikah untuk hampir memecahbelahkan Pakatan?
Saya dapati ini sedikit lucu, memandangkan saya pada dasarnya bertanya soalan yang sama terhadap Anwar. Dalam penilaian saya yang tidak seberapa, Anwar yang sanggup mengorbankan Pakatan untuk menjadikan isterinya Menteri Besar Selangor.
Sama ada Anwar berhak atau tidak untuk meneruskan jalan ini, saya kira bergantung kepada sama ada anda berfikir yang Khalid adalah korup ataupun tidak.
Seperti yang saya telah tulis sebelum ini panjang lebar, terdapat dua kemungkinan. Sama ada Anwar mencipta kempen untuk menjatuhkan Khalid kerana kontroversi berkaitan Khalid, atau Anwar mencipta kontroversi berkenaan Khalid kerana beliau mahu menjatuhkan Khalid, dan menggantikannya dengan Menteri Besar yang lebih menurut perintah.
Ong menunjuk kepada dua kes secara khususnya: perjanjian air, dan kes Bank Islam. Saya telah menulis mengenai kes-kes ini dan banyak lagi, dan cuba yang terbaik untuk tidak menjadi radio buruk, tetapi bagi menghormati artikelnya, saya akan merumuskan beberapa perkara.
Khalid percaya bahawa ada nilai yang adil untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor. Anwar dan Rafizi Ramli seolah-olah bersimpati dengan penyokong lama mereka, Wan Azmi Wan Hamzah dan pandangannya bahawa syarikat konsesi air beliau, SPLASH memiliki nilai 10 kali ganda lebih tinggi dari apa yang Khalid percaya.
Saya telah berkata bahawa jika Anwar boleh berjanji bahawa MB baru Selangor tidak akan membayar lebih dari RM250 juta untuk membeli SPLASH, ini akan membuktikan bahawa motivasi mereka untuk menggantikan Khalid adalah optimis.
Sudah tentu, baik Anwar mahupun mana-mana penyokong beliau tidak dapat berjanji sebegini, atau menjawab apa-apa soalan sekitar isu ini. Semua orang dengan sengaja tidak menghiraukannya
Saya percaya Khalid merasa bertanggungjawab kepada rakyat Selangor. Kewajipan itu termasuk menghalang kroni dari menjarah wang negeri. Untuk menetapkan harga pembelian yang adil bagi syarikat konsesi air, Khalid menandatangani perjanjian dengan kerajaan persekutuan.

Rakyat Masih Keliru Dengan Kemelut Politik Di Selangor

Oleh Abu Hassan Adam
Rakyat Selangor khususnya menunggu dengan penuh debaran tentang keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor mengenai Menteri Besar Selangor. Sebenarnya jika diteliti prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak akan timbul sebarang kekecuhan walau sedikit pun. DYMN Sultan Selangor hanya perlu mengesahkan sahaja pelantikan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi parti pemerintah di negeri Selangor. 

Yang menjadi rakyat Selangor agak keliru ialah tentang keengganan dan penangguhan peletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Dan ada pula pasukan NGO yang akan ‘berjuang’ dan mempertahankan kedudukan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Selangor ( yang kurang arif tentang selok belok pemerintahan negeri) keliru. Dan yang paling keliru tentulah golongan yang mempertahankan TS Khalid itu. Atas dasar apakah maka TS Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Apakah golongan ini tidak terfikir bahawa sekiranyalah (sekiranya) tuntutan mereka itu dipenuhi dan TS khalid kekal sebagai Menteri Besar, maka segala tindakan mereka itu akan menjadi rujukan kepada peristiwa politik akan datang. Dan pemerintahan negara dan negeri akan menjadi kelamkabut. Dan yang paling malang sekali ialah perlembagaan dan peraturan negara dan negeri seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Dan seolah-olah kita akan kembali kepada keadaan pemerintahan negeri ketika James Birch mula-mula datang ke negeri Perak pada awal tahun 1870an dulu.
Ada pula ‘teori’ baru yang dikemukakan oleh sebuah akhbar harian yang meramalkan kemungkinan ADUN dari PAS akan dilantik menjadi MB. Tambah mengelirukan lagi. Sepatutnya akhbar ini telah ‘faham’ bahawa seseorang yang hendak dilantik sebagai MB oleh DYMM Sultan perlu mendapat sokongang majoriti ADUN. Dan dalam hal ini Dr. Wan Azizah telah pun mendapat sokongan 30 ADUN dan tentulah Dr Wan Azizah mempunyai kedudukan yang kuat sebagai MB Selangor. Dan nama Dr Wan Aziah dicadangkan oleh ketiga-tiga pari yang menganggotai Pakatan Rakyat termasuk PAS. Dan mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan, hanya calon yang dipersetujui rakyat sahaja yang boleh menjadi menteri besar di sesebuah negeri. Berdasarkan kepada keadaan itu tentulah timbul kekeliruan lagi.

Takkan kenyataan SetPol Presiden PAS bawa isyarat Sultan Selangor kena tipu sekali lagi?

 
(Dari kiri) Datuk Nik Zawawi Nik Salleh (Setiausaha MSU), Datuk Mustapha Ali, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Bekas Presiden MCA) dan Dr. Ahmad Shamsuri Mokhtar dirakam dalam satu pertemuan berasingan dulu, sebelum polemik MB Selangor meledak kini.

 BJ Zainulfaqar

PRESIDEN PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula dilaporkan memohon untuk mengadap Sultan Selangor untuk menjernihkan kemelut di Selangor kini, dalih Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
"Pejabat Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Sdr Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda PAS Malaysia) seolah-olah wujud titah arahan tertentu oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," dalih Ahmad Shamsuri.
Sebelum ini, telah saya menulis bahawa  30 ADUN sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar yang baru bukti Tan Sri Khalid Ibrahim bohong Sultan.
Geng Bas Sekolah seakan mengikut telunjuk Umno BN kerana mahu Khalid Bebas kekal sebagai Menteri Besar.
Apabila Abdul Hadi dipertikai kerana mendahului musyawarah PAS dengan mempertahan peribadi Khalid, pro Geng Bas Sekolah berdalih Sultan Selangor tolak nama Dr Wan Azizah.
Sebelum PAS Pusat bermusyawarah, Geng Bas Sekolah perkuda Majlis Syura Ulamak (MSU) demi menutup kelemahan Abdul Hadi, klip rakaman suara Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya seakan membongkar pembohongan jijik mereka.
Mula-mula Abdul Hadi mengikuti telunjuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali atau 'Cikgu PA' menolak nama Dr Wan Aziah.
Selepas 'kawtem' dengan Geng Bas Kilang dari PKR, Abdul Hadi sekali lagi diheret oleh Cikgu Pa untuk membawa nama Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali sebagai 'nama kedua' sebagai calon Menteri Besar, sungguhpun mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum itu telahpun sebulat suara membawa nama Dr Wan Azizah sahaja.
Khalayak bertanya, "kenapa PAS tidak seperti MPPR membawa nama Dr Wan Azizah sahaja?", Abdul Hadi dilaporkan berdalih,"tanya Sultan....tanya istana..."
Apapun kebenaran yang cuba disembunyikan oleh Geng Bas Sekolah, kenyataan seumpama Abdul Hadi itu mampu membawa isyarat bahawa bukan PAS yang tidak suka depan Dr Wan Aziah, tetapi, istana yang tidak suka Presiden PKR berkenaan untuk diperkenan sebagai Menteri Besar yang baru.
Isyarat Abdul Hadi itu sekaligus membawa isyarat seolah-olah Sultan Selangor sendiri tidak suka Dr Wan Azizah.

Isu MB: Salah lapor, Khalid timbang saman akhbar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang menyalah petik kenyataan beliau berhubung kuasa Sultan dalam perlantikan Menteri Besar Selangor.

Menurut Khalid, beliau secara peribadi tidak mengeluarkan kenyataan mempersoal kuasa mutlak Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar seperti dilaporkan media.

Sebaliknya, beliau hanya menyatakan pandangan awam dari pengguna internet.

"Media salah petik kenyataan saya. Saya berkata itu pandangan pengguna internet. Bukan pandangan saya.
"Hakikat bahawa saya sebut PAS beri dua nama jelas menunjukkan saya tiada masalah dgn amalan memberi dua nama tu dan saya sebut "ada pandangan...." Bila ditanya pandangan siapa, maka saya jawab "di alam maya, luar sana, ahli akademik, Tun Mahathir," katanya kepada Harakahdaily.
Jelasnya beliau lagi, beberapa media telah membetulkan semula laporan mereka selepas ditegur termasuk The Malaysian Insider dan Malaymail.
"Tapi New Straits Times (NST) dan Free Malaysia Today (FMT) masih mengekalkan yang tidak betul.

"Saya memberi peluang kepada mereka untuk membetulkan laporan mereka. Jika tidak, saya akan mengemukakan notis saman," katanya.

Semalam beberapa media melaporkan kononnya Khalid menyatakan bahawa Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar.

Laporan itu didakwa dibuat Khalid pada satu sidang media semalam.

Idea sanggup hilang Selangor adalah pemikiran sasau, gelojoh

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pakatan Rakyat (PR) harus menolak idea menjadikan kemenangan yang diperoleh di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu sebagai korban bagi menyelesaikan isu kemelut Menteri Besar yang sedang melanda negeri itu.
PAKATAN RAKYATNaib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata hal itu berikutan idea berkenaan bukan sahaja tersasar daripada objektif penukaran menteri besar negeri terkaya itu, bahkan adalah satu idea yang sasau.
“Dalam krisis Menteri Besar Selangor, ada yang menyuarakan kesediaan untuk kehilangan negeri itu dan ada pula yang mahu Dewan Negeri Selangor (DNS) diubarkan. Ini semua adalah pemikiran yang sasau dan tersasar.
“PR mempunyai majoriti dua pertiga di DNS. Kita mempunyai tanggungjawab terhadap pengundi yang memberikan undi, kepercayaan dan amanah mereka kepada kita.
“Jadi, kalau kita ikuti saranan yang rela kehilangan Selangor atau mahu DNS dibubarkan, kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka; ibarat peniaga buluh kasap, dapat hujung, pangkal lesap,” katanya.
Shamsul berkata demikian dalam ucapan dasar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Kongres sayap PKR yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.
Shamsul berkata, pihak yang mengeluarkan saranan sedemikian itu adalah golongan yang gelojoh untuk menonjolkan diri sendiri.
“Perubahan dan krisis seperti ini sememangnya mencabar tetapi kita harus bersabar menghadapi kepayahan dan mencari penyelesaian terbaik, bukan lari daripada landasan perjuangan,” katanya.
Beliau juga menyifatkan suara sumbang yang menggesa PKR keluar daripada PR atau berusaha menyingkirkan salah satu parti komponen sebagai bisikan syaitan.

Wan Azizah akui penerimaan istana mungkin halangan jadi MB


Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa penerimaan istana terhadapnya adalah halangan untuk beliau menjadi menteri besar Selangor yang baru.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, Wan Azizah berkata pihak istana mungkin mempunyai 'pilihannya' sendiri yang mungkin akan dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.
Walaupun kedengaran optimis, beliau pasrah dengan perkara itu dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat pertimbangan.
Berikut adalah sedutan daripada wawancara pagi tadi:

Malaysiakini: Adakah terdapat sebarang halangan untuk Datuk Seri menjadi MB?
Wan Azizah: Kita ada penguasa negeri di negeri kita ini. Tuanku (Sultan Selangor) adalah pemerintah tersebut dan baginda adalah pemerintah negeri yang sangat berpendidikan.
Dan saya fikir, baginda mungkin ada 'pilihannya' yang tersendiri. Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri menetapkan pemimpin yang disokong majoriti akan mentadbir negeri.
Justeru, perkara ini pastinya akan dipertimbangkan oleh Tuanku dengan sewajarnya.

Nurul: My mum is better than Khalid

There was strong support for Wan Azizah at the PKR Wanita Congress with Nurul Izzah taking the lead.

nurul wan azizah300SHAH ALAM: PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said her mother, Wan Azizah Wan Ismail, will be a better menteri besar than Abdul Khalid Ibrahim because of her caring nature to listen to problems.
“All leaders should show empathy, which is a vital quality,” she told a press conference after launching the PKR Wanita Congress in Stadium Melawati Shah Alam today.
Nurul Izzah said her mother would be able to solve the problems of Selangorians.
Nurul Izzah said she supported her mother after her father, Anwar Ibrahim, was thrown behind bars in 1999.
“The most difficult time for me was when my father was in jail. My mother carried out her duties well as party president and a mother to six children,” she said.
However, she added that the final decision on the menteri besar fiasco was up to Pakatan Rakyat.
Nurul Izzah said it was common to have differences in opinion in the coalition but collaboration among the leaders was important.
PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin said Wan Azizah was the first woman opposition leader in the Dewan Rakyat and there should not be any doubt on her capability to lead.

Pengundi Selangor cenderung Wan Azizah jadi MB, kata Merdeka Center

Pengundi Selangor cenderung Wan Azizah jadi MB, kata Merdeka Center
BANGI: Pengundi di Selangor cenderung mengekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang sebagai penyelesaian kepada krisis Menteri Besar negeri itu, kata satu kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion and Research.

Kaji selidik itu juga mendapati pengundi di Selangor cenderung untuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jadi menteri besar berbanding Timbalan Presiden, Azmin Ali atau calon daripada PAS atau UMNO.

Hasil kaji selidik itu mendapati 57 peratus pengundi di Selangor sedia "memberi peluang" kepada Pakatan Rakyat untuk kembali memerintah. Hanya 29 peratus mengatakan mereka tidak akan memilih Pakatan Rakyat manakala 15 peratus tidak pasti.

"Pada pandangan kami, biarpun perkembangan politik di Selangor meredakan angin pengundi Selangor terhadap Pakatan Rakyat, tinjauan mendapati sentimen menolak Barisan Nasional masih kuat.

"Ini bermakna Barisan Nasional masih akan berdepan dengan cabaran besar biarpun Pakatan mengalami krisis keyakinan dan prestij di kalangan pengundi di Selangor sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," kata badan penyelidik itu dalam satu kenyataan.

Majoriti responden juga iaitu 46 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih baik berbanding semasa Selangor di bawah pentadbiran BN. Pada masa sama, 36 peratus menyatakan keadaan sama saja dan 15 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih buruk.

Kaji selidik ini melibatkan 808 pengundi berdaftar di Selangor yang terdiri daripada 50 peratus responden Melayu, 34 peratus Cina dan 16 peratus India - angka yang mencerminkan pecahan pengundi di negeri itu.

Wan Azizah still awaiting reply from sultan

Pendakwaan Anwar, Surendran bukti undang2 perkakas penguasa zalim

AzminSHAH ALAM 22 OGOS: Pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II adalah serangan kepada institusi demokrasi yang sepatutnya menegakkan keadilan dan proses undang-undang, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
“Ia bukan sahaja dilakukan kepada Anwar Ibrahim sebagai seorang individu tetapi juga sebagai Ketua Pembangkang yang merupakan bahagian integral dari sistem demokrasi,” katanya.
Azmin berkata, N Surendran yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 baru-baru ini juga merupakan tindakan Umno bagi menghalang Ahli Parlimen Padang Serai itu menjadi peguam untuk membela Anwar.
“Langkah ini adalah serangan terhadap pembela keadilan dan proses undang-undang,” tempelak Azmin.
Surendren ditahan pada 18 Ogos lalu dan didakwa keesokannya berkaitan ulasan beliau mengenai kes Fitnah II membabitkan Anwar.
“Apabila undang-undang tidak lagi mempunyai roh keadilan, maka undang-undang telah menjadi alat dan perkakas kepada penguasa rakus dan zalim,” sambung Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Beliau juga mengingatkan anggota Angkatan Muda supaya tidak alpa dan tidak mengambil mudah terhadap perkara ini demi masa depan Pakatan Rakyat.
“Apabila generasi ini pasif, maka masyarakat tersebut tidak akan dinamis, tidak mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru yang datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongress AMK ke-10 di Shah Alam, hari ini.

Kongres kali ini terakhir Anwar sebelum dipenjara, kata pemuda PKR

Kongres kali ini terakhir Anwar sebelum dipenjara, kata pemuda PKRKetua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin (gambar) membayangkan Kongres Tahunan parti itu kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Oktober atas dakwaan meliwat bekas pembantunya.
Shamsul berkata, tindakan berkenaan adalah kezaliman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang bakal mencetuskan kebangkitan "Reformasi" seperti pada 1999 ketika ketua pembangkang itu dipenjarakan.
"Itu adalah resepi kemarahan rakyat, bagaimana reformasi bermula, rakyat marah," katanya dalam ucapannya sempena Kongres Tahunan Ke-10 Pemuda PKR di Shah Alam hari ini.
"Tindakan zalim seperti ini, BN akan menghadapi tindakan sukar, protes besar-besaran akan kita gerakkan," katanya, menambah tindakan menghukum Anwar itu bercanggah dengan "citarasa politik" masa kini.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, beliau bukan bertujuan menekan Mahkamah Persekutuan, sebaliknya hanya meminta sistem penghakiman meneliti dokumen perbicaraan dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman.
"Bukan kita mahu beri tekanan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi mereka perlu teliti dengan lengkap dokumen Mahkamah Tinggi," katanya.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Zuraida: Walau Khalid menteri besar terbaik...

 Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin SHAH ALAM - Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang menteri besar yang terbaik, namun sekiranya parti mahukannya turun, beliau perlu menghormati keputusan itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang tetap berdegil meskipun telah ditolak.

"Kita turun padang dan jelaskan kepada rakyat untuk jelaskan kenapa (penolakan Abdul Khalid).

"Akhirnya, orang yang sokong Abdul Khalid pun faham bahawa dalam parti politik, walaupun anda 'the best man, the best MB' tapi apabila parti mahu anda turun atau meletakkan jawatan, anda patut hormat," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR, hari ini.

Katanya, Abdul Khalid sepatutnya faham keputusan parti itu dan meletakkan jawatan dengan aman.

"Secara peribadi, kebanyakan daripada kami kecewa dengan apa yang dia (Abdul Khalid) buat selepas apa yang kita telah beri...jawatan MB, peluang untuk apa yang dia telah lakukan sebagai MB untuk parti.

"Dia sepatutnya faham dalam parti politik, apabila parti menunjukkan orang lain, dia sepatutnya meletakkan jawatannya dengan aman. Itu yang kita harap dia buat. Kami sedih hingga terpaksa melalui sampai ke tahap ini dan melakukan semua ini," katanya.

Tinjauan: Wan Azizah calon pilihan utama jadi MB

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon pilihan utama untuk mengisi jawatan menteri Besar Selangor, demikian menurut hasil kajiselidik Merdeka Center.

Manakala hanya enam peratus responden yang mahukan calon alternatif, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, menerajui negeri itu, diikuti oleh calon PAS yang mendapat 12 peratus.

Yang menariknya, 15 peratus daripada responden lebih suka menteri besar dari Umno berbanding dengan Azmin, ataupun calon PAS.

Dalam kajiselidik membabitkan 808 pengundi di Selangor, 25 peratus daripada responden berkata mereka mahu Wan Azizah menjadi menteri besar.

Bagaimanapun, 32 peratus lagi tidak pasti siapa yang mereka mahu untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Manakala baki lima peratus enggan memberi respons.

'Rakyat marah jika DUN S'gor bubar' - Zuraida

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa rakyat Selangor akan bangkit mempertahankan negeri itu sekiranya DUN dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Malah, ia akan menyebabkan Umno kehilangan semua kerusi, kata Zuraida dalam ucapan penggulungannya di kongres Wanita PKR di Shah Alam hari ini.

Keyakinannya itu berdasarkan bacaannya bahawa pembubaran DUN itu mustahil akan berlaku kerana presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat sokongan majoriti dari 30 orang ADUN.

"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

“Dan kalau nak pilihan raya negeri, Umno perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

"Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan Umno akan sifar di Selangor," katanya dalam ucapan tersebut dengan penuh bersemangat.

Beliau juga menasihati para perwajkilan agar tidak menghiraukan sebarang spekulasi berhubung pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru.

Menurutnya, ada cakap-cakap yang mendakwa sultan Selangor meminta satu lagi nama alternatif untuk dicalonkan sebagai menteri besar.

"Janganlah dengar spekulasi di luar. Ada yang kata sultan tak terima orang perempuan, sultan tak terima Wan Azizah dan nak ada dua nama.

"Kalau sultan betul-betul tolak, kita tolak. Kita ganti dengan nama kedua. Tak jadi isu," katanya lagi.

Perwakilan AMK bawa agenda 'rapatkan saf'

Kebanyakan para perwakilan di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggunakan peluang untuk berucap hari ini dengan membawa agenda sama – bagi merapatkan saf dan meningkatkan kerjasama dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat.

Agenda itu terserlah, lebih-lebih lagi ketika PKR kini sedang bergelut dalam mengurus isu perebutan kerusi menteri besar, yang kini disandang Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tambahan pula, rakannya PAS tidak memberi sokongan bulat ke atas rancangan PKR untuk melantik presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

Turut diperhatikan, para perwakilan tidak membangkitkan isu sokongan pada Khalid.

Hal ini antara lainnya dapat dilihat melalui ucapan wakil Gopeng, Mohd Shahanaz Mohd Nazaruddin yang bimbang dengan imej PKR di mata rakan komponen dalam Pakatan.

Katanya, beliau tidak ingin PKR dipandang rendah seperti ketika krisis politik di Perak pada 2009, dan mahu gabungan parti itu “kembali bergabung dan sepakat”.

Bimbang dipandang rendah

"Dalam erti kata yang lain, saya memohon agar parti yang dalam Pakatan Rakyat, kalau kami ada masalah, apa yang berlaku dalam PKR, jangan (permainkan kami).

"Kita mesti membantu dan bersikap toleransi supaya tidak berlaku pepecahan. Bersatu teguh, bercerai roboh," katanya ketika membahaskan ucapan dasar ketua AMK dalam kongres itu petang ini.

Mohd Shahanaz berkata, PKR Perak dipandang rendah apabila dua orang ADUN parti tersebut berpaling tadah dan seterusnya menyebabkan pentadbiran negeri itu jatuh ke tangan BN.

Shamsul cadang anggota AMK calon PRK Pengkalan Kubor

black logo-01-01SHAH ALAM 22 OGOS: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin bakal mencadangkan beberapa nama calon di kalangan anggota AMK untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor nanti.
“Kita akan cadangkan kepada pimpinan. Kita senaraikan nama calon daripada Angkatan Muda sebagai calon baru DUN Pengkalan Kubor,” katanya ringkas pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK.
Jelas Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, cadangan tersebut bagi membuka ruang kepada golongan muda untuk memimpin di peringkat yang lebih tinggi.
Sebelum itu, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat buat masa ini belum memutuskan calon untuk PRK itu.
Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan mampu mengambil alih kerusi tersebut dalam PRK kali ini.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Noor Zahidi, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, 20 Ogos lalu.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lalu, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon KEADILAN, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Kerusi DUN Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan Parlimen Tumpat.
Berikutan itu, PRK bagi DUN tersebut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Ia merupakan PRK ketujuh selepas PRU pada Mei tahun lepas.

BN tersungkur lebih awal jika Anwar dipenjara

samSHAH ALAM 22 OGOS: Barisan Nasional (BN) pasti akan tersungkur lebih awal jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, demikian peringatan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Perdana Menteri Najib Razak.
Peringatan ini ekoran pertuduhan Fitnah II membabitkan Ketua Umum KEADILAN itu akan terus didengar pada hujung Oktober ini.
“Mungkin ini Kongres yang terakhir untuk Datuk Seri Anwar, jadi mari kita manfaatkan kongres ini untuk memberi sokongan dan gerakan dengan memberi amaran kepada Najib dan Barisan Nasional.
“Kalau kamu (Najib) penjarakan Anwar, kita akan turunkan BN dengan lebih awal,” kata Shamsul ketika menyampaikan ucapan dasar beliau yang terakhir selaku Ketua AMK pada Kongres Nasional AMK kali ini.
Beliau yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden berkata, kebangkitannya bersama AMK berikutan kemarahan rakyat terhadap tindakan zalim kerajaan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat.
“Apa yang kita zahirkan itu mewakili kemarahan rakyat kerana itulah yang berlaku sejak 1998 dan ia mengulangi sejarah bagaimana
reformasi itu bermula, yang akhirnya membangkitkan kemarahan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10, menyebabkan BN berasa tergugat.

Jangan jadi 'musuh dalam selimut' PKR - Shamsul

Jangan jadi 'musuh dalam selimut' PKR - Shamsul
SHAH ALAM: Ahli PKR yang cuba menjadi penghasut agar parti keluar dari Pakatan Rakyat (PR) disifatkan menjadi 'musuh dalam selimut' yang menjadi punca pergolakan di dalam parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, golongan ini dilihat tidak mempunyai semangat tokoh terdahulu parti dalam perjuangan membela rakyat.

"Apa gunanya berjuang jika tidak menjaga keutuhan sesama kita di dalam PR.

"Pemimpin terdahulu yang jauh lebih luas pengalaman dalam politik sudah lama memberi teladan tentang kepentingan bersama dalam satu pakatan yang kuat," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di sini.

Persidangan Kongres AMK diadakan di Dewan Bankuet, Wisma MBSA sementara persidangan Kongres Wanita bertempat di Stadium Malawati.

Kongres PKR ke-10 hari ini dimulakan dengan Kongres AMK dan juga Wanita Keadilan dan akan diikuti oleh Kongres Pimpinan Pusat pada Sabtu dan Ahad.

Katanya yang juga juga naib presiden PKR yang baru, setiap ahli perlu menyemai sikap tawaduk dan merendah diri untuk mengakui hakikat dan membuat pengubahsuaian.

Jelasnya, ia menuntut tahap keberanian dan disiplin yang tinggi selain menyifatkan tidak ada kebaikan dalam mempertahankan sesuatu hanya semata-mata kerana ego dan bersikap keras tanpa ruang untuk tolak ansur.

Zuraida: Umno will lose all its seats if snap polls called

Azmin: No 'major obstacles' to capture Pengkalan Kubor seat

Azmin outlines 'vision' for Selangor

Azmin: A united coalition needed to defeat BN

PKR not too concerned with RoS summon

Wan Azizah helmed PKR from 'mosquito to dragon'

Nurul Izzah: Women can become leaders in Islam

Zuraida: Wanita PKR must be brave, reject money politics

Shamsul: 'Satan' wants Pakatan break-up

Azmin: Charges against Anwar an ‘assault on democratic institutions’

Semua 12 Adun BN akan bersama Abdul Khalid - Budiman


Budiman Mohd Zuhdi
"Kami dari Barisan Nasional akan meyertai Tan Sri Khalid Ibrahim jika dia kekal sebagai Menteri Besar (MB) Selangor demi kebajikan rakyat.”
 
Itu jawapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi berhubung kedudukan Abdul Khalid yang kini keseorangan dalam Kabinet negeri jika Sultan Selangor mahu beliau dikekalkan sebagai MB.
 
"Semua 12 ADUN BN telah sepakat untuk bersama Abdul Khalid tanpa syarat seperti yang dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
 
"Dia (Abdul Khalid) bukan lagi mewakili mana-mana parti dan sebagai MB, dia perlukan anggota dewan untuk membantunya menguruskan negeri.
 
"Kami bukan mengambil kesempatan atas kemelut ini tetapi apa yang kami buat adalah semata-mata untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terperlihara," katanya ketika ditemui di Sabak Bernam malam tadi.

Krisis politik Selangor peluang perkukuh PR

Azmin Ali  
SHAH ALAM - PKR tidak melihat pergolakan politik PR khususnya di Selangor sebagai krisis sebaliknya ia merupakan peluang kepada perikatan itu untuk memperkuatkan kerajasama politik antara Pas dan DAP.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, krisis pertukaran Menteri Besar Selangor perlu dilihat dengan positif dan ia tidak sesekali melemahkan PR.

"Dalam krisis itu kita lihat sebagai peluang dan bukannya kelemahan dengan melakukan muhasabah.

"Saya percaya kita (PR) akan muncul lebih bertenaga dalam PRK Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pergolakan politik di Selangor yang dilihat sebagai kelemahan pengurusan PKR untuk menyingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Dalam pada itu, Azmin menegaskan ahli dan pimpinan parti itu perlu patuh dan menghormati keputusan parti khususnya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

"Ganti tetap ganti, kita kena ganti dengan seseorang yang lebih baik dan kita telah menyatakan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal kami," katanya lagi.

GST jerumus isi rumah kepada miskin tegar

gstSHAH ALAM, 22 OGOS: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa kelak bakal menjerumus lebih banyak isi rumah ke dalam kelompok miskin tegar, di samping merendahkan kuasa membeli rakyat Malaysia. 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata golongan suri rumah antara yang terkesan dengan GST berikutan mereka bertanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarga.
Katanya berdasarkan statistik tahun 2013, seramai 3.37 juta wanita Malaysia dikategorikan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa dan pengorbanan mereka menguruskan keluarga tidak boleh diperkecilkan. 
“Harus diingat bahawa bagi suri rumah tangga yang menguruskan perbelanjaan keluarga, sudah pasti isu seperti GST yang akan diperkenalkan pada tahun 2015 akan memberikan kesan yang amat mendalam.
“Sebagai sebuah parti politik yang prihatin akan kesusahan yang bakal dihadapi rakyat, kita perlul memikirkan cara untuk memastikan hanya impak minima dirasai, terutama bagi golongan suri rumah dan ibu tunggal,” katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 200 hadirin pada Kongres Nasional Tahunan Wanita 2014 di Stadium Malawati Shah Alam, di sini, hari ini.

Malaysiaku Minda Merdeka

Muhammad Muhammad Taib
Saya sedang berada dalam kereta menuju ke Taiping pagi ini untuk menyambut rombongan bermotor Jelajah Merdeka yang akan tiba di sana kira-kira jam 8 30 pagi ini.

Motosikal-motosikal berkuasa tinggi ini dilepaskan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu di Temerloh pada 16 Ogos yang lepas.

Kesemua 15 mereka akan bergerak dari Temerloh ke Trengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan kembali ke Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan di sambut oleh Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 malam.

Apa yg kita nak sibuk-sibuk bermotor ke seluruh negara? Tak ada ke kerja lain yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan?

Bila saya dilantik oleh Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar untuk mempengerusikan JK Sambutan Kemerdekaan Makaysia ke-57 tahun ini 2014 anjuran PAS, saya fikir kita ada satu aspek yang sangat penting berkaitan kemerdekaan ini. Yakni aspek berkaitan minda atau lebih tepat jiwa.

Jiwa yang kukuh dan kuat boleh memberi keyakinan pada otak untuk menggerak seluruh anggota untuk melakukan sesuatu.

Jiwa yang lemah akan menyebabkan otak akan menjadi lemah atau 'demotivated'.

Melalui siri perbincangan dalam banyak kali mesyuarat jawatankuasa persiapan, maka salah seorang ahli, Suhaimi melontar kan idea slogan "Malaysiaku Minda Merdeka"

Saya berperdapat slogan Malaysiaku Minda Merdeka ini sangat releven dengan keadaan pemikiran dan sikap orang-orang kita pada ketika ini.

Tanpa mempunyai minda yang merdeka orang kita akan terus berada di dalam alam fikiran "kebergantungan" kepada org lain.

Ianya tidak baik dan membawa seseorang itu menjadi mundur ke belakang.

Orang Jepun, German punyai minda yang hebat. Kekuatan minda mereka menjadikan mereka sangat berjaya membina negara mereka.

Kita masih dibelengu oleh dasar pemerintah BN yang sejak mula-mula merdeka 1957 hinggalah ke hari ini yang mengamalkan dasar subsidi yang terus menerus melemahkan minda dan jiwa orang kita.

Minda yang lemah dan jiwa yangg lemah tidak memungkinkan orang kita bangun dan bingkas bergerak apatah lagi hendak bersaing dngan bangsa-bangsa maju di dunia.

Isu MB: PAS T'ganu syor dua ADUN S'gor dipecat

PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibupejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis menteri besar negeri itu.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti, lapor Bernama.

Sebelum ini, katanya, PAS juga telah memecat beberapa pemimpin kanan parti berkaitan dengan masalah moral dan disiplin.

Ini juga, katanya, akan menjadi satu pengajaran kepada semua supaya tidak mengabaikan parti dalam apa jua krisis yang mungkin timbul, tetapi sebaliknya, harus memberi kesetiaan penuh kepada parti.

Satiful Bahri memberitahu pemberita demikian di majlis sambutan hari raya PAS Terengganu semalam.

Dua ADUN PAS itu - Sa'ari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Kuasa Sultan: Kenyataan Khalid bukan pendirian PAS

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bahawa pengguna internet (netizen) berpandangan Sultan Selangor tidak sepatutnya diberi kuasa mutlak melantik menteri besar, bukan menggambarkan pendirian PAS.

Sebaliknya kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kenyataan Khalid itu hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan rasmi parti.

"Ini tidak menggambarkan pendirian PAS. Ia hanya pandangan peribadi beliau.

"Pendirian PAS adalah, apa yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, di mana Tuanku merupakan kata pemutus dalam perlantikan menteri besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam sidang medianya semalam berkata, netizen kini sudah mula memberikan pandangan sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Katanya, komuniti netizen mula membangkitkan perkara itu ekoran krisis menteri besar di Selangor selepas PAS menyerahkan dua nama kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau mendakwa bukan sahaja pengguna internet, malah ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut berkata seperti itu.

Kongres AMK: Solidariti kepada Gaza, MH17, MH370

 
SHAH ALAM - Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menunjukkan tanda solidariti terhadap kepulangan 20 jenazah mangsa MH17 yang ditembak jatuh ke tanah air, penderitaan penduduk Gaza dan kehilangan pesawat MH370.

Selepas ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali majlis berhenti seketika untuk bertafakur.

Selepas bertafakur, Azmin serta Exco AMK turun dari pentas utama untuk menandatangani kain rentang yang tertulis "Pray For MH17, Gaza, MH370".

Dalam pada itu, hampir keseluruhan ahli tertinggi AMK memakai selempang Gaza bagi menzahirkan sokongan terhadap penderitaan penduduk di sana.

Mereka turut memakai pakaian berwarna hitam bagi menunjukan mereka 'meraikan' hari berkabung negara pada hari ini.

Ketua Wanita PKR kecewa politik wang dalam pemilihan parti

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kecewa dengan ahli sayapnya yang menggunakan taktik "kotor" apabila mengamalkan politik wang semasa musim Pemilihan PKR 2014. Zuraida berkata, beliau kecewa apabila ada yang sanggup menabur fitnah dan mencaci lawan demi meraih sokongan ahli parti dan undi. "Kita sanggup menjadi kuda tunggangan pihak tertentu demi wang ringgit dan kata-kata manis yang menjanjikan bulan dan bintang," katanya dalam ucapan dasar Kongres Wanita PKR di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.  Katanya, Wanita PKR perlu ikhlas mengejar jawatan dan amanah semasa menjalankan tugas setelah diberi kepercayaan oleh ahli yang memilih. "Selaku pemegang jawatan tinggi dalam parti dan sayap Wanita, kita seharusnya menenggelamkan politik durjana yang berpaksikan wang ringgit dan jawatan penting sebagai imbuhan," katanya.