Khamis, 21 Ogos 2014

Syria's Chemical Weapons: Mass destruction 1 year after Ghouta

Grief After Deadly Airstrikes in Gaza

Hamas beri amaran kepada syarikat penerbangan

Gambar, video kematian Mat Soh dikongsi ramai di media sosial

Islamic Front: Meet 'Awlaki' a British jihadist in Syria - BBC News

Bersedialah untuk cabaran PRU akan datang – Johari

johari_abdulPETALING JAYA 21 OGOS: Pimpinan KEADILAN sesi 2014-2017 diminta bersatu dan bersiap sedia awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, pimpinan baharu yang menang dalam pemilihan kali ini mempunyai masa depan yang cerah dalam mengharungi segala cabaran dunia politik tanah air.
“Saya harap mereka (pimpinan) yang menang supaya bertaut kembali dalam satu jemaah bagi memperkukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
“Saya yakin bahawa pengalaman pahit dan getir yang dilalui bersama akan membantu proses dalam mempersiapkan diri pada masa depan,” kata Johari.
Beliau berkata demikian selepas mengumumkan senarai penuh keputusan rasmi pemilihan parti untuk tempoh tiga tahun dengan beberapa muka baru diangkat sebagai pemimpin.
Menurut Johari, penglibatan anak muda kian terserlah seolah-olah memberikan kekuatan kepada parti untuk terus bergerak maju bagi membuat persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Dalam pada itu, Johari mengucapkan penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa JPP, Ketua Koordinator Negeri (KKN), pengawas, pembantu, anggota-anggota parti yang menjalankan tugas penuh dedikasi sepanjang proses pemilihan.
“Inilah parti yang bertunjangkan reformasi dan mempunyai pemimpin yang dapat memimpin untuk masa depan,” kata Johari.

ROS didesak tangguh Kongres PKR, siasat penyelewengan pemilihan parti

Ketua Pemuda Pakatan Anak-anak Selangor Sokong Meneri Besar, Iwan Mohamed (dua dari kanan) bersama yang lain menunjukan menunjukkan salinan laporan rasuah dalam pemilihan peringkat tertinggi PKR yang diserahkan kepada Ibupejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Putrajaya pada 21 OGOS 2014. Foto: SAFWAN MANSOR.
Ketua Pemuda Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMED) Norizwan Mohamed hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) supaya campur tangan bagi menangguhkan Kongres Kebangsaan PKR 2014 yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam bermula esok.
Norizwan juga ahli PKR dari cabang Ampang mendakwa, adang unsur penyelewengan, penipuan serta rasuah dalam pemilihan PKR 2014 yang perlu disiasat dan diselesaikan ROS sebelum kongres kebangsaan itu dibenarkan berlansung.
Katanya, mengikut Akta 335 (Pendaftar Pertubuhan) 1966, adalah menjadi tanggungjawab ROS untuk bertindak memastikan semua organisasi dikendalikan berdasarkan perlembagaan (undang-undang) pertubuhan itu.
"Sebelum ini ahli-ahli akar umbi PKR telah membuat hampir 40 aduan penyelewengan dalam pemilihan PKR, namun tindakan ROS amat perlahan dan lembap sangat mengecewakan kami semua.
"Sepatutnya ROS lebih awal lagi memanggil pengurusan PKR bagi memberi amaran atau 'nasihat keras' bagi PKR menangguhkan Kongres Nasional 2014 yang akan mengesahkan secara rasmi semua keputusan yang sebahagian besarnya terdapat penyelewengan dan penipuan.
"Kami merayu kepada ROS supaya mengambil tindakan segera menghentikan Kongres Kebangsaan PKR itu yang akan diadakan esok bagi memberi ruang dan tumpuan terhadap siasatan penipuan dalam pemilihan PKR itu terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini.

Are there liars in PAS?

Those present during Hadi's audience with the Sultan say the MB issue was not discussed.
pasmask300PAS has denied that its President, Abdul Hadi Awang, and the Sultan of Selangor discussed the issue of proposing Azmin Ali as the second candidate for the Selangor Menteri Besar’s job.
According to those who were present when Hadi visited the Sultan, there was no royal directive whatsoever regarding the Selangor Menteri Besar issue. They said it was a Hari Raya visit and it was not for any discussion.
“Azmin’s name was not even mentioned,” one of them said.
This somewhat contradicts what Selangor PAS Youth Chief Suhaizan Kaiat said two days ago, when he sought to explain why PAS eventually settled on proposing Wan Azizah Ismail alone for the post just hours after the party leadership decided that her name be submitted along with Azmin’s.
According to Suhaizan, the initial decision to name two candidates was made as a result of the audience Hadi had with the Sultan. In other words, this was what the Sultan wanted.
It’s anyone’s guess why Suhaizan would announce something that those present during the audience say did not happen. However, Suhaizan is known to be on the side of the PAS liberals, a.k.a. the Anwarists.
But it is also possible that this is a psywar effort to prove to Pakatan Rakyat that Azmin has the Sultan’s blessing and is favoured over Wan Azizah.
Anyway, in two days time we shall see how the Selangor political crisis finally ends and whether this nine-month drama ends the way Anwar Ibrahim would like it to.
Apparently, the Sultan is not too pleased with the way the palace has been dragged into what is a power struggle within PKR and he may make this displeasure known when he returns.
Roslan Bistamam

Kisah Selangor, Ridhuan Tee dan 'darul babi'


TIBA-TIBA sahaja babi menjadi topik hangat di tengah-tengah krisis pertukaran menteri besar Selangor sekarang.

Topik babi ini disentuh dalam penulisan seorang kolumnis Tionghoa, Dr Mohd Ridhuan Tee dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

Ridhuan mendakwa, usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim punyai kaitan dengan cadangan DAP untuk melaksanakan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta di negeri itu.

Beliau mendakwa projek itu dihalang Abdul Khalid dan jika Menteri Besar itu berjaya disingkirkan, projek babi raksasa itu akan menjadi kenyataan di Selangor.

Tidak diketahui dari sumber mana maklumat itu diperolehi Ridhuan. Namun dakwaan mengenainya telah disebar di alam siber ketika krisis MB Selangor memuncak.

Penolong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor, Mohammad Firdaus Babh menganggap dakwaan Ridhuan itu sebagai “jelas melakukan tohmahan dan berniat jahat terhadap DAP”.

"Kenyataan ini tidak menggambarkan pemikiran seorang doktor (falsafah) yang bertaraf profesor,” kata Firdaus membidas tulisan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional itu.

Ridhuan pada 18 Ogos lepas mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Khalid Ibrahim dengan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta oleh DAP yang belum terlaksana.

Ridhuan bimbang jika projek itu dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai “darul babi” dan menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

'Kebimbangan' Ridhuan disokong Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang membangkitkan perkara sama dan mendakwa DAP berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam percaturan jawatan menteri besar.

Ini kerana, dakwa Ibrahim, ketua umum PKR itu akan mengiyakan apa sahaja kehendak DAP.

Projek penternakan babi bersepadu di Kampung Tumbuk, Kuala Langat itu bukan pertama kali dijadikan isu politik.

Ia adalah isu terawal digunakan pemimpin Umno untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat ketika mula mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.

Beberapa siri tunjuk perasaan tercetus daripada cadangan projek itu termasuk di hadapan Bangunan SUK Selangor.

Pada 9 April 2008, sejumlah 200 penduduk daripada Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Tanjung Laut, Kampung Layang, Kundang dan Kampung Indah berhimpun mulai jam 10.30 pagi di hadapan Bangunan SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Selangor untuk membantah projek itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor yang juga bekas Setiausaha Politik MB Selangor.

Tiada nama alternatif daripada PAS jika Sultan tolak Azizah

Baca DOA Laju-laju Lari Tak TAJWID? - Ustaz Azhar Idrus

PAS: Palace had wanted two names

Iskandar rubbishes talk of becoming MB

MP: MB's lawyer denies claim by MB's aide

Pilih Wan Azziah jadi MB Selangor keputusan majoriti PR - Nik Zawawi

KUALA TERENGGANU: Keputusan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dibuat secara kolektif berdasarkan kerjasama dan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian berkenaan diputuskan apabila dua dari tiga parti dalam PR iaitu PKR dan DAP menamakan Isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar ibrahim sebagai menteri besar baharu.

Menurutnya, Majlis Syura Ulama juga mencadangkan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali selepas Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR sekali gus menjadi Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) bebas.

"Kita tidak ada hak untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh parti lain, kita tidak ada hak selagi kalau kita ada kuasa untuk putuskan benda ini, nescaya kita akan putuskan.

"Kita akan mengatakan bahawa wanita itu tidak sesuai untuk jadi menteri besar, itu dua keadaan yang berbeza, bukan PAS yang mencadangkan benda itu, itu adalah cadangan daripada PR," katanya.

Nik Zawawi turut menyangkal tuduhan pihak yang mendakwa PAS membuat pusingan-U dalam sokongan mereka terhadap Abdul Khalid.

Walapun mengakui kerajasama dalam PR banyak menguntungkan PAS, namun pada masa sama, parti islam itu tidak akan menggadaikan prinsip yang diperjuangkan sejak sekian lama.

Kita semua lebih mulia daripada lembu.....

MSO
Kemelut politik di Selangor turut menganggu percutian Sultan Selangor ke Hungary. Percutian baginda sepatut berakhir 27 Ogos dipendekkan empat hari. Baginda dijangka akan berangkat pulang ke tanah air Sabtu 23 Ogos. Kesediaan Sultan Selangor memendekkan percutian itu menunjukkan baginda mengambil berat kepada masalah kerajaan Selangor dan rakyatnya.


Sultan Selangor
Mulanya MB Abdul Khalid Ibrahim minta perkenan untuk terbang bagi menghadapnya di Budapest, tetapi ditolak. Sultan minta Khalid tidak menemuinya dan kunci mulut tentang Selangor sehingga baginda pulang. Khalid jadi sedikit tersendak dengan penolakan Sultan itu. Berbagai pentafsiran dibuat, mungkin Sultan sudah memahami apa yang berlaku.

Khalid akur dengan titah Sultan itu sampai enggan melayani pertanyaan wartawan dan mengelakkan apa juga spekulasi mengenai masa depan Selangor dan kedudukan dirinya.

Kenapa Sultan enggan menerima menghadap? Boleh jadi juga baginda terkejut dengan pemakluman Khalid kepadanya sebelum ini, kononnya MB bebas itu mendapat majoriti di DUN, tetapi sebaliknya.


Pengakuan 29 orang Adun yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin menyebabkan Sultan Selangor terpaksa membuat pertimbangan semula. Perkembangan itu benar-benar mengejutkan Khalid, dan moral politiknya jatuh jelepak.

Menjelang kepulangan Sultan untuk membuat perhitungan terakhir mengenai kedudukan di Selangor, ia disambut dengan kenyataan "unjuk rasa" oleh beberapa buah NGO yang menyokong Khalid. Mereka menyatakan pendirian mempertahankan Khalid. Tidaklah "setara mana" pembelaan NGO itu, jika diibaratkan pukat ianya pukat kecil yang carik sahaja. Hanya beberapa kerat, itu pun lebih kepada mempertahankan etnik atau pun marga sahaja.

Pembelaan itu tidak menunjukkan datang dari seluruh rakyat Selangor. Perlu disedari penduduk Selangor bukan sahaja terdiri daripada; Melayu, Bugis, Jawa atau Banjar tetapi ia juga ada India, China dan Bangla. Tidak ada pula komuniti Cina dan India yang mengambil pendirian yang sama, mempertahankan Khalid sebagai MB.

Sultan pula senantiasa menyedari bahawa sebagai Raja berpelembagaan dia menjadi payung bukan kepada Bugis dan Jawa sahaja, tetapi kepada Keling, Tionghua dan Orang Asli juga.

Seorang raja akan memberi pertimbangan yang adil dan saksama. Beliau akan mengambil kira semua pandangan dari masa ke semasa. Dalam hal ini walaupun baginda lebih merit kepada Khalid kerana Khalid masih MB, tetapi tidak sesudah berlaku perkembangan terbaru dimana kedudukannya itu kekal? Sebagai Sultan baginda akan berbuat sesuatu yang terbaik dan dapat diterima semua pihak.

Seorang raja yang bijak ada pemikiran sendiri dan membuat keputusan berdasarkan pemikiran waras selepas mendengar pandangan dan nasihat dari semua pihak.

Pandangan anak cucu cicit Datuk Mendaliar atau Patih Karma Wijaya mungkin tidak sesuai dan relevan lagi kerana ia akhirnya mencatatkan sejarah dan kenangan hitam kepada istana.

Isu MB Selangor kini akan menguji kebijaksanaan baginda sepanjang memerintah Selangor. Di sinilah akan menjadi kayu ukur atau kenangan abadi rakyat apakah baginda membuat keputusan berdasarkan akal waras atau pun pengaruh politik sempit. Jadi jangan ada sesiapa mempertikaikan apa-apa keputusan yang baginda putuskan nanti. Jadikan kata nasihat dan pertimbangannya sebagai kata pemutus.

KEMELUT POLITIK DI SELANGOR DIKELIRUKAN LAGI OLEH RIDHUAN TEE

Rakyat Selangor khususnya menunggu dengan penuh debaran tentang keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor mengenai Menteri Besar Selangor. Sebenarnya jika diteliti prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini tidak akan timbul sebarang kekecuhan walau sedikit pun. DYMN Sultan Selangor hanya perlu mengesahkan sahaja pelantikan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid Ibrahim, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi parti pemerintah di negeri Selangor.
Yang menjadi rakyat Selangor agak keliru ialah tentang keengganan dan penangguhan peletakan jawatan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Dan ada pula pasukan NGO yang akan ‘berjuang’ dan mempertahankan kedudukan TS Khalid sebagai Menteri Besar. Ini yang menyebabkan ramai rakyat Selangor ( yang kurang arif tentang selok belok pemerintahan negeri) keliru. Dan yang paling keliru tentulah golongan yang mempertahankan TS Khalid itu. Atas dasar apakah maka TS Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Apakah golongan ini tidak terfikir bahawa sekiranyalah (sekiranya) tuntutan mereka itu dipenuhi dan TS khalid kekal sebagai Menteri Besar, maka segala tindakan mereka itu akan menjadi rujukan kepada peristiwa politik akan datang. Dan pemerintahan negara dan negeri akan menjadi kelamkabut. Dan yang paling malang sekali ialah perlembagaan dan peraturan negara dan negeri seolah-olah sudah tidak berguna lagi. Dan seolah-olah kita akan kembali kepada keadaan pemerintahan negeri ketika James Birch mula-mula datang ke negeri Perak pada awal tahun 1870an dulu.
Ada pula ‘teori’ baru yang dikemukakan oleh sebuah akhbar harian yang meramalkan kemungkinan  ADUN  dari PAS akan dilantik menjadi MB. Tambah mengelirukan lagi.  Sepatutnya akhbar ini telah ‘faham’ bahawa seseorang yang hendak dilantik sebagai MB oleh DYMM Sultan perlu mendapat sokongang majoriti ADUN. Dan dalam hal ini Dr. Wan Azizah telah pun mendapat sokongan 30 ADUN dan tentulah Dr Wan Azizah mempunyai kedudukan yang kuat sebagai MB Selangor. Dan nama Dr Wan Aziah dicadangkan oleh ketiga-tiga pari yang menganggotai Pakatan Rakyat termasuk PAS. Dan mengikut prinsip pemerintahan Raja Berperlembagaan, hanya calon yang dipersetujui rakyat sahaja yang boleh menjadi menteri besar di sesebuah negeri. Berdasarkan kepada keadaan itu tentulah timbul kekeliruan lagi.

Soal pilih MB: Pas nafi istana terlibat

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
SHAH ALAM - Pas hari ini menafikan penglibatan dan campur tangan Istana Selangor dalam proses perbincangan bagi memilih nama pemimpin bagi jawatan menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, tujuan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon kepada pihak Istana Selangor untuk menghadap adalah bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

"Datuk Seri Abdul Hadi telah memohon mengadap Sultan Selangor pada hari raya keempat semperna Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan dari Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor," katanya.

Beliau dalam pada itu mewakili pihak Pas menegaskan bahawa maklumat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat adalah maklumat yang tidak ditulis dengan tepat.

"Menurutnya (Suhaizan), maklumat yang disampaikan dalam kenyataan tersebut seolah-olah menggambarkan wujud titah arahan tertentu oleh Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Datuk Seri Abdul Hadi.

"Maklumat ini tidak tepat dan telah mengundang kekeliruan," katanya lagi.

Suhaizan pada 19 Ogos lalu telah mengeluarkan satu kenyataan bertajuk 'Meneroka Laluan Alternatif, Bukan U-turn demi memberikan penjelasan kepada semua pihak mengenai keputusan Pas yang menaikkan dua nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali bagi calon jawatan menteri besar pada Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat pada 17 Ogos lalu.

'PAS tak minat kerusi MB Selangor'

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad berkata partinya tidak ada sebarang rancangan untuk menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Sebaliknya, kata beliau, PAS masih berpegang pada konsensus bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR.

"Kita tak bincang (isu PAS jadi menteri besar).

"Kita tak bincang cuma (ikut keputusan) mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR,  jadi kita tak bincang lagi hal ini," katanya.

Iskandar (kanan) yang ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan ulasan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian mengenai isu menteri besar Selangor.

Akhbar itu memetik Sivamurugan sebagai berkata PAS boleh mencadangkan Iskandar sebagai calon menteri besar jika Sultan Selangor menolak dua calon dari PKR dan mahu PAS memberi calonnya.

Iskandar merupakan satu-satunya exco kanan yang kekal dibawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Iskandar bagaimanapun menegaskan bahawa PAS Selangor akan tetap mengikut keputusan PAS pusat.

Beliau berkata semua empat exco PAS akan terus bekerjasama memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor diteruskan.

Bubar DUN antara cadangan MB pada sultan


Semakin dekat dengan tarikh kembalinya sultan ke Selangor, semakin kuat kemungkinan rakyat negeri bakal menghadapi pilihan raya negeri.

Sumber yang rapat dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan salah satu pilihan utama untuk menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

"Pembubaran DUN adalah salah satu dari senario yang akan dicadangkan (menteri besar) kepada sultan.

"Ada beberapa lagi senario yang boleh dipilih oleh sultan," kata sumber tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Antara senario lain yang mungkin terjadi ialah peralihan kuasa yang licin dari Khalid kepada calon pilihan sultan.

Sumber sama turut mengesahkan pertemuan Khalid masih tidak berubah, iaitu 27 Ogos ini walaupun sultan dilaporkan akan pulang lebih awal.

Sementara itu satu sumber kerajaan negeri sebaliknya menyatakan sultan mungkin keberatan untuk membubarkan DUN.

Sultan, Hadi tak bincangkan nama Azmin sebagai MB

PASMEB Desak ROS Campur Tangan Kes Rasuah Malek Husin

Ada Sebab Tertentu JPP PKR Lewat Umum Keputusan Pemilihan

Azmin kekal No 2, tapi pengaruh Wan Azizah melebar

PASMEB Dakwa JPP Terlibat Penyelewengan Pemilihan Pusat

Hari Kebangkitan Rakyat Selangor

Johari: Delay due to thorough process

Kongres PKR bakal jadi 'mesyuarat krisis', kata Kadir Jasin

Young DAP leaders look beyond politics

Yeo Bee Yin, Dyana Sofya and Rajiv Rishyakaran jump head first into social responsibility with Impian Malaysia
PETALING JAYA: DAP today announced the launch of a new website, Impian Malaysia, an initiative by young leaders of the party to expose Malaysians to ways they can help make the country a better place for all.
“This isn’t about politics,” said Damansara Utama state assembly representative Yeo Bee Yin, one of the three leaders of the initiative. The other two are Kampung Tunku assemblyman Rajiv Rishyakaran and debutante Dyana Sofya Mohd Daud.
Yeo_Bee_Yin_300x200The initiative will focus on rural infrastructure projects, educational programmes and activities designed to empower young people.
Impian Malaysia has already begun reaching out to the Orang Asal communities, with the three leaders and a team of DAP interns making their way to Kampung Tual in Pahang, a village 45 minutes into the jungles of Pahang. There they helped construct public toilets, an amenity previously not available in the village.
A Colour Run will be held in Teluk Intan this Sept 16 to celebrate Malaysia Day. The 5km run is open to all interested, though there may be limited slots, depending on response. At the end of the run, participants will be given bags of coloured powder to throw at each other, staining the white running shirts in a plethora of different colours to signify that no matter what colour we are, we are all Malaysians.
More initiatives will be announced by Impian Malaysia soon.

Why is Dr M declaring war on Najib: Is it to do with one of his sons or ROSMAH?


The Tun has come out with guns blazing! This time it is not Musa Hitam; not Anwar Ibrahim; not Pak Lah – but none other than Najib!
Wonder what would Datin Seri Dr. Rosmah’s reaction be, too? Mind you what a prize to boot after returning from a rumored overseas holiday lah.
Humor aside, what is wrong with our former prime Minister?
When he was in power, criticisms were strictly not tolerated. Let us face the truth, when did anyone dare to lash out openly at the Tun like how he is doing to all of his deputies who succeeded him or whom he derailed?
Even Datuk Seri Anwar Ibrahim keeps singing "I forgive him" lah.
When people voiced their disagreements with him he would make sure they are hit where it hurts most. True or not true, politicians?
Today he chooses to run Najib down like a slain soldier in the mud. Why?
What is the agenda
Well it is true that no leaders are liked all the time by all the people. But why is the Tun shooting in the wide open mediascape? What is the agenda?
Some people are saying, “anak dia punya pasal lah”. Others cling to the perception that “it must be Rosmah, siapa lagi”.
But all that is unverified. So to speculate along those lines of thought is as seemingly bad as the way the Tun is pumping his bullets on Najib.

Dr M
The man who created Malaysia's dilemma
Indeed this man is a real dilemma. And born out of that dilemma rests Malaysia’s fate.
We have lost the very ground on which our independence was fought for, won and built upon. We started right with the wisdom of our dearest and late Tunku Abdul Rahman and his team of multiracial leaders.

YES, ROSMAH, JHO LOW & 1MDB included! 7 reasons why Dr Mr decided to withdraw support for Najib

Former premier lists specific reasons for his withdrawal of support for serving PM
YES, ROSMAH, JHO LOW & 1MDB included! 7 reasons why Dr Mr decided to withdraw support for Najib
As long as two to three months before former Prime Minister Mahathir Mohamad publicly attacked his successor, Najib Tun Razak, through his blog, the former premier sent Najib a letter bristling with a list of demands to change his ways.
Mahathir’s irritation has sputtered behind the scenes since before the disastrous May 2013 general election, in which the ruling Barisan Nasional lost the popular vote for the first time in 44 years although it retained its majority in parliament via gerrymandering. Since that time, bloggers deployed by Mahathir have made general attacks on the sitting prime minister, who took office in 2009 with Mahathir’s approval.
But for the first time he personally criticized Najib in his blog, Che Det, saying on Aug. 16 that he had withdrawn support. The campaign against Najib has been mounted now in advance of the November United Malays National Organization general assembly, where it appears Najib has an unassailable position as party president.

Mahathir was scheduled to leave tonight for London, where Najib and his wife Rosmah Mansor have been for the past several days after a holiday that began three weeks ago after Najib’s speech to families of the doomed MH17 airliner, which was brought down by a rocket over disputed territory in Ukraine on July 17.
In the letter to Najib, quoted to Asia Sentinel by a businessman with links to UMNO, Mahathir reportedly listed seven demands. Najib is said to have dispatched Tengku Adnan Tenku Mansor, the secretary-general of the United Malays National Organization, to see Mahathir, asking him to withdraw the letter. Mahathir refused, however, sources say. In the intervening weeks, nothing has happened.
Since Mahathir’s attack, the story has been playing out behind the scenes of the mainstream media, which are controlled by the political parties that make up the national ruling coalition. They have gone black, carrying only praise for Najib without mentioning Mahathir’s assault. Instead, the papers have merely included statements of support for Najib from leaders such as Foreign Minister Hishamuddin Hussein and others without mentioning the reason the support is needed.
Meanwhile the story has lit up the Internet, with independent news portals having a field day while Mahathir’s blogger allies including Rocky’s Bru, Outsyed the Box and others have defended him.
The demands listed in the letter included one that Najib reform the controversial 1MDB sovereign fund, which is deeply in debt after having funded a long string of controversial projects. It is said to be a major scandal sizzling out of sight and involving controversial Chinese playboy Taek Jho Low and Najib’s wife, Rosmah Mansor.
The octogenarian former premier also complained that not enough contracts let by Petronas, the national energy company, were going to build up Bumiputeras, mostly ethnic Malays, but instead were being let to more neutral parties. At one point in October of 2013, Mahathir actually resigned from Petronas, saying his doctors had advised him to slow down. But the real reason is said to have been his anger with Najib’s performance.

Saya bukan ahli Umno lagi, kata Nakhaie Ahmad

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno suatu ketika dahlu hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan melalui Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi". "Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara. "Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.  Penyataan Nakhaie dibuat sehari selepas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah tidak lagi bersama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak. Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa. Sebelum itu, beliau lari meninggalkan negara ekoran Operasi Lallang yang membawa kepada tangkapan besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang. Ketika di dalam PAS, beliau adalah individu bertanggungjawab menubuhkan Harakah yang sehingga kini menjadi media rasmi PAS. Nakhaie juga menubuhkan Chiness Consultative Council (CCC) untuk dijadikan jambatan antara orang Cina dan PAS pada 1982. PAS kehilangan pemikir besarnya apabila Nakhaie meninggalkan PAS diambang PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah memenangi semula Kelantan pada 1990.

Himpunan 'kasih sayang' konsep Muktamar Muslimat

KUALA LUMPUR: 'Muslimat Prihatin Masyarakat Sejahtera' menjadi tema bagi Muktamar Muslimat PAS Pusat kali ke-57 yang akan berlangsung pada 16 dan 17 September depan.

Bertempat di Sutera Square Johor Bharu, Muktamar Muslimat kali ini dijangka akan dibanjiri hampir 1,300 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Perasmian Dewan Muslimat akan dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu pada 16 September, jam 8.30 malam manakala Muktamar Penuh Muslimat pada keesokanya bermula awal pagi hingga 6.30 petang.

Menurut Pengarah Muktamar Muslimat kali ke-57, Che Azlina Che Harun, orang ramai dijemput untuk mengikuti perasmian muktamar dan menjadi pemerhati pada keesokanya.

Pada malam perasmian itu katanya, Dewan Muslimat turut melancarkan kutipan derma untuk Tabung Gaza.

Sokong Harakah

Kemudian diikuti dengan pelancaran 'Satu Ahli Satu Harakah' yang akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof.

"Ini adalah komitmen daripada muslimat untuk Harakah malah kita sedia maklum ke peringkat kawasan untuk melanggan akhbar parti ini sebagai Smart Synergy dengan Harakah yang banyak membantu parti. Usaha ini sebagai pemula khususnya di kalangan Muslimat," katanya kepada Harakahdaily.

Che Azlina yang juga Setiausaha Muslimat PAS Pusat menegaskan konsep muktamar pada kali ini lebih kepada himpunan 'kasih sayang' bersama-sama untuk bertukar-tukar pendapat dan menambahkan maklumat demi mamajukan Muslimat di masa akan datang.

Isu MB Selangor : Pembetulan

Oleh SUHAIZAN BIN KAIAT
Merujuk kepada rencana saya bertajuk "Meneroka Laluan Altenatif, Bukan U-Turn" pada 19hb Ogos 2014. Saya ingin membetulkan segala tanggapan yang menyatakan bahawa pihak Istana Selangor telah menamakan atau memberi isyarat nama Yb Azmin bin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Justru, sebarang tanggapan berkaitan dengannya adalah tidak benar dan tersasar samasekali daripada maksud rencana tersebut. Semoga penyataan ini akan membetulkan sebarang kekeliruan yang mungkin telah berlaku.

Setiakawan Pakatan mantap...

Oleh SELENA TAY
PIHAK musuh kini menggigit jari apabila mesyuarat AJK PAS Pusat mengambil keputusan menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali sebagai dua nama yang akan dikemukakan daripada KeADILan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.Ini tentu telah menggusarkan dan merunsingkan pihak musuh.

Seperti yang telah berlaku di Perak pada tahun 2009 apabila Nizar Jamaluddin daripada PAS telah kehilangan sokongan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak, calon daripada parti yang mendapat sokongan majoriti Adun telah dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu tanpa pilihan raya negeri diadakan.
Ini bererti wang rakyat boleh dijimatkan dan kes di Selangor sekarang adalah sama seperti kes di Perak.
Dengan ini, kita sebagai rakyat Malaysia pasti mengharapkan supaya situasi politik di Selangor akan kembali kepada normal pada hujung bulan ini dan rakyat Selangor dapat menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-57 tahun dengan semangat yang ceria.
Senario ini juga jelas menunjukkan bahawa PAS mengamalkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat dan mampu membuat keputusan yang bijak untuk mengatasi sesuatu masalah.
Kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS: “PAS selalu akan menilai sesuatu isu dengan teliti sebelum membuat keputusan.”

Mahathir jadi macam Sultan Melaka?

Oleh Subky Latif
TUN Dr. Mahathir telah menarik pula sokongannya kepada Perdana Menteri Najib justeru kelemahan pimpinannya, pada pandangannya merugikan negara. Apabila negara rugi, maka apa lagilah rakyat.
  
Kononnya tidak berbangkit dia hendak menjatuhkan Perdana Menteri itu sebagaimana yang dilakukannya tolong menjatuhkan Perdana Menteri Abdullah Badawi sebelumnya, tetapi setakat ini sekadar menarik sokongan dan kepercayaannya kepada Najib.

 Apa yang akan dibuatnya selepas ini akan kita sama-sama perhatikan. Apakah akan sekali lagi keluar Umno seperti yang dilakukannya dulu?
  
Yang nyata padanya, dia angkat Abdullah Badawi sebagai gantinya 11 tahun, Abdullah telah mengecewakannya. Dia dapat buang orang tua itu. Atas isyarat dan pencerahannya, diangkat Najib sebagai ganti.
   
Najib sebagai ganti itu telah dirancangnya sejak sebelum Abdullah menamakan timbalannya. Pernah Abdullah bersungut, berilah kebebasan padanya memilih timbalan yang juga dikira bayangan sebagai penggantinya kelak.
   
Tetapi Mahathir dipercayai enggan menghadiri jamuan meraikan persaraannya selagi tidak dinamakan Najib sebagai pilihan. Abdullah dikatakan ketika itu lebih berminat kepada Muhyiddin Yassin. Tiada pilihan lagi bagi  Abdullah selain menyetujuinya.
   
Mahathir telah kecewa pemilihan atas Abdullah itu, bukan saja dia dikira lemah, tetapi melawannya. Seolah-olah derhaka padanya. Mungkinlah derhaka itu tidak sampai ke tahap penderhakaan Hang Jebat kepada Sultan Melaka, tetapi ciri-ciri penderhakaan itu ada.
  
Najib telah dijadikan Hang Tuah bagi membuang Abdullah yang berciri Jebat itu. Najib adalah pilihan Mahathir juga. Akhirnya Najib juga tidak sebagai yang diharapkannya, malah dikiranya lebih teruk dari Abdullah. Sudah acap ditegurnya Najib secara sindiran terbuka. Dia tidak mendengar kata juga. Tidak mengikut kata itu seperti derhaka juga kira-kira.
   
Apakah Mahathir sedang menghadapi masalah yang dihadapi Sultan Melaka yang membuang Hang Tuah kerana Hang Tuah difitnahkan oleh golongan Temenggung? Sultan buang Hang Tuah, rampas keris Taming Sari daripadanya serahkan kepada Hang Jebat, samalah seperti memberi mandat kepadanya.

Tun M kritik pemimpin kanan Umno bodek Najib

www.kualalumpurpost.net_wp-content_uploads_2013_05_najib-mahathirSHAH ALAM, 21 OGOS: Hujah beberapa pemimpin kanan Umno yang menyanggah teguran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan mantan Perdana Menteri itu, sebaliknya didakwa lebih kepada cubaan membodek.
Penulis blog politik, Shahbudin Husin, berkata kebanyakan mereka mempersoalkan mengapa Mahathir melakukan teguran itu sambil cuba mengampu Najib tanpa menjawab intipati teguran yang dibangkitkan.
Beliau berkata, kebanyakan teguran yang dibangkitkan Mahathir adalah disebabkan dasar, pendekatan serta perbuatan kerajaan pimpinan Najib merosakkan hubungan antara kaum, ekonomi dan kewangan negara.
812shahbudin_new-buku_penulis“Sekali lagi, baik Zahid Hamidi, Tengku Adnan, Shahidan Kassim atau Hishammuddin Hussein, mereka hanya cuba mempertahankan Najib dan mempertikaikan tindakan Mahathir yang membuat teguran terbuka dengan diselitkan elemen mengampu tanpa cuba menjawab isu dibangkitkan.
“Bagaimanapun, dalam semua kenyataan pemimpin Umno setakat ini, kenyataan Hishammuddin paling menarik kerana menunjukkan betapa tingginya tahap keghairahan beliau untuk mengampu dan membodek Najib,” katanya di blog.
Terdahulu, Mahathir membangkitkan sikap Najib seperti terlalu merendah diri kepada negara jiran, menggunakan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan rakyat, mengabaikan industri tempatan dan menaikkan gaji minimum tanpa mengambil kira kenaikan kos.
Selain kesal kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada keputusan buruk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, Mahathir juga kecewa kerana Perdana Menteri ke-6 itu terlalu lembut, tiada respon, senyap dan tidak bertindak walaupun berhadapan masalah.
Mengulas lanjut, Shahbudin berkata, jika Najib dikatakan lebih hebat daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin kerana berjaya membuat rundingan berhubung tragedi MH17, maka beliau adalah ‘pemimpin nombor satu dunia’ di saat Malaysia mempunyai kadar hutang yang kian meningkat tahun demi tahun.

Peneroka perlu rujuk peguam sebelum tandatangan akujanji

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta para peneroka merujuk kepada peguam sebelum menandatangani sebarang akujanji.

Beliau menyatakan demikian merujuk kepada lebih 500 orang peneroka Felda Palong 8 di Negeri Sembilan diminta menandatangani satu surat akujanji sebagai permohonan maaf atas saman yang difailkan ke atas agensi tersebut.

Surat tersebut dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Palong 8 pada hari Jumaat lalu.

"Kita mengingatkan agar peneroka jangan mudah menandatangani akujanji tersebut kerana mereka mempunyai terma dengan peguam yang dilantik sebelum ini ketika menyaman Felda.

"Kes ini belum selesai dan saya risau ia akan memberi kesan kepada saman tersebut, mereka perlu merujuk kepada peguam untuk mengelakkan sebarang implikasi," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Mazlan turut kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkannya tidak demokratik dari pihak pengurusan Felda.

Katanya, Felda sepatutnya meraikan kepentingan peneroka kerana mereka merupakan pemilik tanah yang mereka usahakan.

"Mana boleh Felda mengenakan tindakan terhadap peneroka, sedangkan peneroka merupakan tuan tanah tersebut.

"Bila peneroka dinafikan hak, mereka cuba berunding dengan Felda dengan isu-isu ketidakadilan yang berbangkitkan tetapi Felda mengganggap remeh dengan isu-isu ini.

Bomba: Rumah Anis Afida sengaja dibakar



KUALA LUMPUR: PAS menggesa agar satu Jawatankuasa Khas (Task Force) ditubuhkan di peringkat Bukit Aman bagi menyiasat perbuatan khianat terhadap Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Cik Anis Afida Mohd Azli yang menyebabkan kebakaran di rumah kediamannya.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal, Mazlan Aliman memberitahu laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuktikan ia adalah berpunca daripada perbuatan yang disengajakan.

"Kita gesa pihak polis agar melakukan siasatan segera terhadap beberapa siri kejadian yang berlaku, ia jelas dibukti adalah perbuatan khianat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kebakaran yang menimpa rumah Cik Anis Afida adalah kes terbaru dari kes-kes sebelum ini dan secara terang menunjukkan bahawa berpunca dari 'molotov cocktail' yang sememangnya sengaja dibakar," jelasnya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sejurus menyerahkan memorandum sebentar tadi.
Kediaman Anis Afida yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor terbakar pada tengah malam 8 Julai lalu beberapa minggu sebelum menjelang Aidilfitri.

Beliau juga merupakan calon PAS bagi kerusi N38 Dun Penawar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurut Mazlan, PAS menggesa agar siasatan dilakukan terhadap seluruhan kes-kes yang menimpa Anis termasuk ancaman batu nisan dan juga kenderaan yang disimbah dengan cat.

Presiden PAS nafi terima titah Sultan mengenai isu MB S'gor

KUALA LUMPUR: Pihak Pejabat Presiden PAS ingin membetulkan maklumat yang telah ditulis secara tidak tepat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat seolah-olah wujud titah arahan tertentu Tuanku Sultan Selangor mengenai isu MB Selangor kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Maklumat yang tidak tepat ini pula telah dipetik oleh media sosial dan arus perdana beberapa hari lalu dan telah mengundang kekeliruan," jelas Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau menjelaskan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi telah memohon mengadap Tuanku pada hari raya keempat sempena Hari Raya Aidil Fitri dan tidak ada sebarang titah arahan daripada baginda mengenai isu MB Selangor.

Senarai nama kumpulan pertama jenazah mangsa tragedi MH17

Senarai nama kumpulan pertama jenazah mangsa tragedi MH17
SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)

Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)

Mengembalikan keyakinan

Oleh Waitee
Kita bersyukur kemelut politik Selangor hampir selesai tanpa menggugat kestabilan negeri Selangor dan mengekalkan pemerintahan yang dipilih rakyat dan penduduk Selangor mengikut lunas undang-undang.
 Bak kata pepatah, betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah sebenarnya yang dihadapi yang terlibat secara langsung supaya perkara itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa mengheret dan mengorbankan rakyat dan negeri seperti menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik, tepung tidak berserakan.
Moga Sultan Selangor menerima cadangan dari PR sepertimana tradisi lantikan MB yang selama ini dilakukan dan peralihan ke MB baru dapat berjalan lancar dan teratur.
Dan Kerajaan negeri dengan barisan kepimpinan baru dapat terus berkhidmat untuk kepentingan rakyat dan meneruskan kecemerlangan kerajaan negeri sejak mengambil alih dari BN pada tahun 2008. MB dan barisan exco baru  harus bekerja keras  memperbaiki kelamahan yang ada, mengurangkan politiking dalaman PKR, dalaman PR dan politiking luaran dengan BN untuk mengembalikan keyakinan rakyat bukan melalui retorik tetapi dengan hasil kerja yang menguntungkan rakyat keseluruhannya.
Walaupun inilah krisis yang paling genting dalam sejarah PR, namun sebenarnya ia merupakan satu proses kematangan berpolitik untuk parti-parti yang bergabung dalam PR.
Gabungan yang baru berumur 6 tahun yang boleh dikira setahun jagung tentunya akan menghadapi krisis demi krisis dan cobaan demi cobaan berbanding dengan Prikatan/BN yang berumur lebih 50 tahun, dan inilah yang akan mengukuhkan persefahaman dan kesepakatan antara parti dalam PR jika krisis ditangani dengan baik.
Perikatan/BN juga melalui banyak krisis dalaman dan saat getir dahulu dan sekarang, cuma sebagai orang lama dengan pengalaman dan pelbagai sumber yang ada, BN dapat menyimpan api dalam sekam dengan baik.
Belum masanya untuk PR berpesta, bukan masanya untuk menuding jari.
Tapi tiba masanya untuk semua parti gabungan PR ikhlas dan berlapang dada untuk mengaku dan merungkai punca masalah, mencari jalan penyelesaian dan mendokumenkan krisis ini menjadi SOP dan panduan untuk meghadapi krisis yang serupa di masadepan agar pisang tidak berbuah dua kali dan PR tidak dipatuk ular yang sama dan di lubang yang sama dua kali.
Pasti akan muncul lagi krisis dan individu seperti Khalid Ibrahim di masa depan dan ketika itu PR bersedia dan tidak goyah untuk menyelesaikan krisis tersebut dengan baik dan pantas.
Pastinya terlalu banyak pengajaran yang dapat dikutip dari krisis yang baru lalu, tapi cukuplah kalau ditampilkan apa yang dilihat dan dimengerti rakyat biasa, kerana merekalah yang akan memilih semula dan memenangkan PR di masa depan.

Calonkan Kamarudin Jaffar untuk PRK Dun Pengkalan Kubor

Oleh Hadi al-Majwi
Pakatan Rakyat (PR) wajar mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor untuk mengukuhkan kerjasama politik di antara PAS, Keadilan dan DAP.PRK kali ini juga penting buat Menteri Besar (MB) Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob atas dua sebab.
Pertama, ini adalah PRK pertama di Kelantan setelah beliau menjadi MB menggantikan Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua, Dun Pengkalan Kubor sendiri berjiran dengan Dun MB iaitu Pasir Pekan. Kedua-duanya terletak di bawah parlimen Tumpat yang diketuai MB selaku Yang Dipertua PAS Tumpat.
Sejauh manakah pengaruh MB baru ini dapat membantu PR untuk memenangi semula Dun Pengkalan Kubor?
Umum mengetahui yang Kelantan dilanda "krisis yang tak nampak" berikutan gaya pentadbiran MB baru yang dilihat tidak menawarkan apa-apa yang menarik untuk rakyat, di samping isu kedudukan Datuk Husam Musa yang menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan.
Dun Pengkalan Kubor itu sendiri merupakan satu Dun yang menarik.
Pemenangnya bersilih ganti antara PAS, Umno, Berjasa dan Semangat 46 sehinggalah pada tahun Pilihanraya Umum (PRU) 2008 PAS menyerahkan kerusi ini kepada Keadilan untuk ditandingi.
Tetapi Dun ini gagal dimenangi Keadilan pada PRU 2008 (tewas majoriti 100 undi) dan Keadilan tewas lagi dengan majoriti yang lebih besar pada PRU 2013 (tewas majoriti 1,736 undi).
PRK kali ini akan menyaksikan adakah PAS masih budiman untuk terus menyerahkan kerusi Pengkalan Kubor kepada Keadilan untuk ditandingi atau PAS mahu mencuba nasib meletakkan calonnya di situ.
Sementelah Keadilan juga tidak pernah menang di situ, maka tidak salah bagi PAS untuk kembali berpencak setelah kali terakhir menang di Pengkalan Kubor pada PRU 1999.
Siapa pun calon PR bagi Dun Pengkalan Kubor, calon itu mestilah winnable yakni boleh menang.
Penulis tidak dapat melihat calon lain yang boleh mengisi ciri-ciri boleh menang ini melainkan Ahli Parlimen Tumpat selama empat penggal iaitu Datuk Kamarudin Jaffar.
Kamarudin terbukti sangat popular dan sudah 'menjejak kaki' di parlimen Tumpat sejak PRU 1995.
Selaku calon Barisan Nasional (BN), beliau tewas tipis di tangan Allahyarham Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood.
Namun begitu, setelah menyertai PAS pada tahun 1999, beliau diberi kepercayaan PAS untuk bertanding di parlimen Tumpat dan menang dengan majoriti besar iaitu 10,442 undi.
Apabila kerajaan negeri pimpinan PAS dilandai badai pada PRU 2004, beliau tetap kekal menang (walaupun majoriti kurang menjadi 1,820 undi) dan menjadi salah seorang daripada enam ahli parlimen PAS yang terselamat pada penggal itu.

Gaza: Israel terus serang 2,049 gugur syahid


GAZA: Tamat sahaja genjatan senjata yang dilanjutkan lima hari sehingga Selasa lalu, Israel melanjutkan semula serangan ke atas Gaza.

Bom-bom dan roket Israel meledak di kota Gaza bermula Selasa malam yang menyaksikan jumlah korban terus meningkat.

Serangan yang dimulakan pada 7 Julai lalu masuk hari ke-47 semalam menyaksikan angka korban syahid mencecah 2,049 dan 10,224 lagi cereda.

Tepat jam 1 pagi pada Rabu, pesawat-pesawat tempur Zionis menggempur wilayah utara Rafah. Beberapa warga Gaza cedera selepas kediaman mereka dibom di Timur Khan Younis.

Hamas mendakwa, serangan terbaru ini menunjukkan betapa Israel nekad untuk membunuh warga Gaza sehingga mengenepikan rundingan genjatan senjata yang sedang diusahakan kedua-dua pihak di Mesir.

Israel sebelum ini memanggil balik wakil perunding mereka di Mesir dengan menyalahkan Hamas.

Hamas bagaimanapun menyifatkan alasan Israel itu hanya sandiwara semata-mata untuk terus menyerang Gaza.

Pemilihan 2014: Rafizi, Shamsul terpilih, Fuziah, Surendran tewas Naib Presiden

Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya.

Antaranya ialah bekas parti naib presiden, Fuziah Salleh yang gagal mempertahankan jawatan itu, dan N Surendran, yang sebelum ini merupakan naib presiden yang dilantik.

Naib presiden yang baru terpilih ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian Chang berjaya berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Seorang lagi pencabar Azmin - Tan Sri Khalid Ibrahim - terkeluar daripada saingan bagi jawatan tersebut selepas dipecat dari parti kerana didakwa enggan meletakkan jawatan menteri besar Selangor.

Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad pula terpilh sebagai ketua AMK yang baru, manakala Zuraidah Kamaruddin berjaya mempertahankan jawatan ketua Wanita.

Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Pengarah Pemilihan PKR yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk  Johari Abdul di ibu pejabat parti itu hari ini.

Senarai baharu pimpinan KEADILAN 2014-2017

pemilihan keadilan 2014PETALING JAYA 21 OGOS: KEADILAN hari ini mengumumkan senarai baharu Majlis Pimpinan Pusat bagi penggal 2014-2017.
Keputusan Pemilihan 2014 itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat, Datuk Johari Abdul pada sidang medianya di ibu pejabat parti pagi ini.

Berikut adalah senarai tersebut:
Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan Presiden: Mohamed Azmin Ali
Naib Presiden:
1. Nurul Izzah Anwar
2. Tian Chua
3. Shamsul Iskandar
4. Rafizi Ramli
Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
1. Latheefa Koya
2. Hee Loy Sian
3. Fariz Musa
4. Elizabeth Wong
5. Ali Biju
6. Yaakob Sapari
7. Shuhaimi Shafie
8. S Manikavasagam
9. Azmizam Zamanhuri
10. Siti Aishah Shaik Ismail
11. Yunus Jamhari
12. Leong Jee Keen
13. Zakaria Hamid
14. Roland Chia
15. Khalid Jaafar
16. G Manivanan
17. M Ravi
18. Abdullah Sani
19. Gooi Hsiao Leung

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK): Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Ketua AMK: Dr Afif Bahardin
Naib Ketua AMK: 
1. Raymond Ahuar
2. Radzlan Jalal
3. J Sangetha

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita: Haniza Talha
Naib Ketua Wanita:
1. Dr Daroyah Alwi
2. G Sivamalar
3. Norsham Abu Samah

Nama Azmin tak dibincangkan antara Sultan, Hadi kata exco Pas

Nama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Sultan Selangor dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Exco Hal Ehwal Islam Selangor Sallehen Mukhyi.

Sallehen turut mengesahkan pertemuan antara Sultan Selangor dan  Abdul Hadi yang dilaporkan pada Hari Raya Aidilfitri yang keempat, tidak menyebut nama Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.

"Nama beliau (Azmin) tidak disebut dalam pertemuan itu," kata beliau kepada Malaysiakini ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Pada Selasa lalu Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan Abdul Hadi yang juga MP Marang dititah menghadap Sultan Selangor.

Hasil pertemuan itu, PAS mencadangkan satu nama alternatif bagi calon menteri besar perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, Sallehen dilapor mendedahkan Istana menolak nama Wan Azizah dan mengesahkan pertemuan itu menjadi sebab mengapa PAS tidak menyokong Wan Azizah.

Menurutnya, PAS tidak setuju Wan Azizah bukan disebabkan beliau perempuan, tetapi kerana parti itu dimaklumkan oleh Istana bahawa Istana tidak memperkenan presiden PKR itu.

Presiden PAS perlu tegas hapus parasit dalam parti kata Hasan Jati......?

Presiden PAS perlu tegas hapus parasit dalam parti - Hasan Ali
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta bertegas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki beliau sebagai Presiden PAS untuk menghapuskan golongan parasit dalaman daripada terus menghancurkan parti itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ketika memetik laporan Utusan Malaysia berkata, tanpa ketegasan itu, suara dan perjuangan ulama di dalam PAS akan tenggelam kerana 80 peratus daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat telah dikuasai oleh golongan berkenaan.

Beliau berkata, krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan bagaimana pengaruh kumpulan parasit itu yang terdiri daripada golongan profesional berjaya menenggelamkan suara ulama sehingga PAS terpaksa patuh kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Saya rasa selama ini Presiden PAS terlalu berlembut. Beliau sepatutnya menjadi pemimpin yang lebih tegas dan tahu bagaimana caranya menjinakkan pemimpin bawahannya untuk memastikan dasar parti tidak lagi tersasar.

"Abdul Hadi perlu menggunakan kuasanya sebagai Presiden dan itu bukanlah satu masalah kerana jika tidak, para pemimpin yang tidak menyokongnya akan mengambil kesempatan sehingga berlaku seperti sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini yang menyifatkan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai kemuncak toleransi dan setiakawan PAS dalam pakatan pembangkang.

Saya tidak ada kena mengena dengan Langkah Kajang - Azrul Azwa

Laporan polis yang dibuat oleh Azrul
Laporan polis yang dibuat oleh Azrul
Azrul Azwa Ahmad Tajudin terkejut besar apabila namanya dikaitkan dalam dokumen Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang: Selangkah ke Putrajaya yang tersebar di internet baru-baru ini.
Menyifatkan tuduhan itu sangat serius, Azrul yang sudah membuat laporan polis semalam menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci bagi mengenal pasti dalang dan tujuan pihak yang tidak bertanggungjawab di sebalik fitnah dan tohmahan itu.
"Gila ke apa mengaitkan nama saya dengan serangan ekonomi Malaysia. Dalam dokumen itu hanya nama saya dikaitkan, yang lain-lain nama NGO dan pertubuhan.
"Apa agenda pihak terlibat ni. Memang gila, tuduhan ini sangat serius seolah-olah saya bertanggungjawab untuk melumpuhkan ekonomi negara.
"Ingat saya ni hebat sangat ke? Mereka ini telah menjejaskan nama baik dan reputasi saya sebagai warga negara yang bertanggungjawab," katanya kepada MalaysiaGazette di si i hari ini.
Azrul Azwa bertegas tidak tahu menahu atau mempunyai sebarang kaitan dengan perancangan Langkah Kajang atau mana-mana intipati lain yang terkandung dalam dokumen Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang: Selangkah ke Putrajaya.
Dokumen tujuh muka surat itu tersebar di laman sosial sejak awal pagi semalam, antara lain menyebut Azrul Azwa dan Institut Rakyat akan bekerjasama dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan ISIS melancarkan serangan ekonomi untuk melumpuhkan ekonomi Malaysia.
Dalam laporan polis itu, Azrul Azwa Azrul Azwa juga menjelaskan beliau tidak lagi bersama Institut Rakyat sejak 1 April lalu.

MAHATHIR'S REAL DILEMMA: 'I am not like any other Malays'

Stephen Ng
MAHATHIR'S REAL DILEMMA: 'I am not like any other Malays'
I have said before, and I am going to say it again - the reason why I hate UMNO for what it is today is because of one man, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.
It was when Tun Abdullah Badawi was prime minister. He was criticised by the mamak former prime minister, who himself had to step down after facing a lot of pressure from all quarters to resign.
When he saw Pak Lah bringing Barisan Nasional to the next level beyond his own ability to achieve in his 22 years tenure as prime minister, he could not stop whacking Pak Lah.
The old man started spewing his venom, and that was the first time when I saw the wickedness in this old troublemaker during Tunku Abdul Rahman's time.
Umno became a 4-letter word under Dr M
The good name of UMNO, which was the result of Tunku's good work, had gradually turned into a four-letter word with the Mamak's daily venom spewed out against Pak Lah. Later, it was all the fitnah's that I saw being done against Pakatan leader, Anwar Ibrahim.

How the maverick is at it again on his so-called chosen one. When he was whacking Pak Lah, he said Najib Abdul Razak was a better candidate to be prime minister.
Now, he is singing a different tune. Although most of us agree that Najib is not worth his salt as a leader with his kangkung comments and One Ringgit chicken, I do not agree that the Mamak should start his tirade on another prime minister.
No doubt Najib is substandard but didn't Dr M know this when he backed Najib to oust Badawi
While I beg to differ with Defence Minister, Hishamuddin Hussein who said that Najib had done what Barack Obama or Vladimir Putin could not do, I believe the Russian separatists did not even know who Najib was. But, just to spite Obama and the rest of the world, they chose to give in to someone of lesser importance. At least, I know that both Obama and Putin did not pick up a chicken and said that he could still find chicken sold at one Ringgit a bird!
The response given by the Russian separatists comes to me as no surprise since we have read that Moscow taking on the black box would not help to save their credibility given that the whole world would not have believed in their own analysis.
This was not necessarily an achievement by Najib. We Malaysians are not stupid. I did not want to voice this out until Hishammuddin used the same illustration to boost his cousin. If Najib is so good, we should be sending him to Gaza and Israel, and also to the other war zones. Besides, we also need to improve our country's image in countries like Mongolia, Mozambique and Singapore.
Mahathir's own dad a new migrant to M'sia, yet he backstabs the other minorities
After all, which of Mahathir's successor can he see things eye-to-eye? If he could not see things eye-to-eye with former Singapore Prime Minister, Lee Kuan Yew over his crooked bridge, Australia's former prime minister, Bob Hawke (or was it Paul Keating?) who called him a recalcitrant, and United States of America's former vice-president, Al Gore, who walked out on him, how can Mahathir ever work with anyone?
Locally, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, and Anwar Ibrahim -- all of them have lots of things to say about this mamak.

Pakatan tunggu tukar MB sebelum selesaikan isu air, Kidex

Pakatan Rakyat (PR) masih lagi belum bertemu jalan penyelesaian berhubung kontroversi penstrukturan industri air dan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), meskipun ianya merupakan antara punca Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin digugurkan sebagai menteri besar Selangor. Khalid menulis surat kepada Sultan Selangor selepas perkembangan terbaru sejak beliau hilang keyakinan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) namun akan terus mentadbir negeri terkaya itu sehingga Sultan kembali ke tanah air minggu depan. "Belum ada keputusan. Kita tidak tahu kandungan perjanjian (air) yang ditandatangani," kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kepada The Malaysian Insider dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Ditanya tindakan selanjutnya, Pua berkata: "(Kita akan) tunggu hingga MB baharu (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) berjaya dilantik." Penstrukturan air Selangor diputuskan pada 1 Ogos, selepas Perjanjian Dasar Induk (HOA) ditandatangani di antara negeri itu dan Putrajaya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili dan Khalid menandatangani perjanjian berkenaan yang merangkumi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh dan penstrukturan terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani pada 26 Februari lalu. PKR memecat keahlian Khalid pada 9 Ogos kerana ingkar arahan Majlis Presiden PR agar menangguhkan perbincangan berkenaan pembinaan Langat 2 dan melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam mengemaskini isu air di negeri berkenaan. Beliau turut digugurkan selepas enggan berganjak daripada jawatan menteri besar dan enggan menangguhkan kenaikan kadar elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor seperti arahan Majlis Presiden PR. Jawatankuasa Disiplin PKR berkata, Khalid juga gagal memberikan penjelasan memuaskan mengenai penyelesaian luar mahkamah hutangnya bernilai RM67 juta kepada Bank Islam. Kesungguhan Khalid meneruskan projek Lebuhraya Kidex juga dikatakan membelakangkan keputusan parti untuk menilai semula projek berkenaan kerana bertentangan dengan manifesto PR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sementara itu, Selve Sugumaran naib pengerusi kumpulan anti Kidex yang dikenali sebagai Say No To Kidex (SNTK) berkata, beliau akan menulis surat kepada menteri besar baharu sebaik saja dilantik. "Kami akan maklumkan kepadanya salah satu komitmen Pakatan ialah Kidex

Pecat Khalid oleh akal cerdik, PAS pula berakal

Subky Abdul Latif

Seperti yang pernah saya tulis sebelum Presiden PAS Ustaz Hadi Awang membuat kenyataan mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, betapa PAS akan ikut kemahuan PKR tentang kedudukan menteri besar Selangor. Suasana berubah berikutan kenyataan Ustaz Hadi dan disokong oleh Mursyidul Am itu, akhirnya keputusan PAS adalah seperti pandangan awal saya dulu, iaitu menerima keputusan PKR. Masalah dalaman Pakatan Rakyat selesai dengan keputusan terbaru itu. Sama ada PAS setuju atau tidak setuju dengan keputusan PKR itu, soal PAS keluar dari Pakatan Rakyat tidak berbangkit. Sejak PAS bersetuju dengan tahaluf siyasi membentuk Pakatan Rakyat, tidak pernah ia memikirkan untuk keluar Pakatan. Malah dalam pendirian awal presiden PAS dan Mursyidul Amnya mempertahan Khalid itu tetap mereka mahu Pakatan dikekalkan. Sikap PAS tentang Pakatan Rakyat tidak berganjak, cuma ia berbeza pandangan tentang satu isu. Pebezaan itu tidak menyebabkan pandangan dan keperluan Pakatan goyang dan patut memecah dan menamatkan riwayat Pakatan. Kecuali dua sekutunya lagi – DAP dan PKR – tidak mahu bersama PAS. Itupun mereka tidak boleh pecat PAS, melainkan membentuk muafakat lain tanpa PAS. Seperti kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum memecat Khalid dari PKR, pendirian PAS atas isu itu pada masa itu tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat. Dan saya amat yakin dengan kenyataan Anwar itu, bahawa beliau tidak akan membiarkan keputusan PAS itu boleh menamatkan Pakatan Rakyat. Pakatan itu adalah hasil usahanya dan dia akan gunakan kepintarannya bagi menyelamatkan Pakatan tidak kira PAS boleh menerima kemahuan PKR atau tidak. Katakanlah, andainya hingga akhir PAS bersama Khalid juga, Anwar tetap pertahankan Pakatan dan mahu PAS tetap bersama. Masa depan politik negara dan perubahan yang diperjuangkan adalah memerlukan Pakatan atau apa jua muafakat yang PAS adalah bersama. Semua yang dimimpikan oleh penubuhan PKR dan pemerintahan yang anjal yang disarankan oleh DAP mudah dicapai dengan penyertaan PAS. Menolak kerjasama PAS bagi mencapai hasrat Buku Jingga sekali pun berbeza pandangan tentang isu MB Selangor adalah tidak bijak. PAS hanya pertikai pembuangan Khalid, tetapi tidak pernah menyoal kepintaran mengadakan Pakatan Rakyat. Sekarang isu Khalid itu bagi Pakatan

Harapan cerah wakil Pas jadi MB...?

Harapan cerah wakil Pas jadi MB
SEMUA sedia maklum bahawa Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sukar untuk mempertahankan jawatan beliau kerana kurang sokongan dalam Dun.

Setelah Pas kembali menyokong PR dan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kini hanya tinggal masa untuk PR menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan baginda.

Proses pelantikan menteri besar ini dilihat tidak akan menghadapi masalah jika sultan memperkenankan Dr Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Sultan mungkin memperkenankan calon tunggal PR itu kerana Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang mempunyai sokongan majoriti daripada adun PR di Selangor.

Malah, tindakan PR yang menetapkan pendirian hanya mencalonkan satu nama juga akan menjadi faktor penting kepada proses ini.

Namun, apa akan jadi jika nama Dr Wan Azizah ditolak Sultan Selangor? Siapakah yang layak dan berkebolehan untuk menggantikan Abdul Khalid bagi meneruskan pentadbiran cemerlang beliau sejak 2008.

Selain Dr Wan Azizah, PKR masih mempunyai calon alternatif bagi jawatan tersebut, individu tersebut adalah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

Jika nama Dr Wan Azizah ditolak, PKR pastinya akan melobi nama Azmin untuk menjadi menteri besar kerana beliau merupakan pemimpin PR Selangor yang paling senior dan berpengaruh.

PKR dilihat tidak akan mengalah dan menyerahkan jawatan menteri besar kepada Pas mahupun DAP.

Walaupun kini PKR hanya mempunyai 13 kerusi Dun berbanding 15 kerusi masing-masing oleh Pas dan DAP, PKR tidak dengan mudah menyerahkan kerusi panas tersebut kepada orang lain.

Ini kerana, Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia yang masih mempunyai rizab lebih RM3 bilion disebabkan pentadbiran cemerlang Abdul Khalid sejak lima tahun lalu.

Jika dilihat, ketika PR menang di Selangor pada PRU13 lalu, pemilihan Abdul Khalid sebagai menteri besar dibuat atas persetujuan semua pihak termasuk Pas.

Keistimewaan Muktamar PAS ke-60 di Johor Bahru

 Kita amat bersimpati dan dapat merasakan bagaimana cabaran hebat dihadapi oleh PAS Negeri Johor dalam membuat persiapan sebagai tuan rumah untu Muktamar PAS Kali Ke-60 bulan depan.

Ini memandangkan betapa sulitnya bagi PAS untuk memndapatkan pelbagai dewan besar dan kecil untuk mengadakan muktamar tersebut, memandangkan negeri Johor diperintah oleh Umno/BN.

Tetapi akhirnya, dapat juga menyewa tapak untuk muktamar tersebut iaitu di Taman Sutera Utama, Skudai. Muktamar PAS Pusat berlangsung dari 18 hingga 20 September, demikian menurut Timbalan Pengarah 2 Muktamar PAS Kali Ke-60, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Bagi dewan-dewan pula akan bermula 16 hingga 17 September dan ketiga-tiganya akan berlangsung di lokasi berbeza. Muktamar Dewan Muslimat akan berlangsung di tapak yang sama dengan Muktamar PAS Pusat di Taman Sutera Utama. Muktamar Dewan Ulamak akan diadakan di sebuah hotel di kawasan Kulai dan Dewan Pemuda akan menggunakan sebuah dewan perniagaan Cina di Kota Tinggi. Tempat Muktamar Dewan Pemuda agak jauh sikitlah dari tapak dewan Muktamar PAS Pusat, lebih kurang dalam 40 km. Muktamar ketiga-tiga dewan akan berlangsung selama dua hari bermula selasa dan akan berakhir hari Rabu dan muktamar PAS Pusat akan bermula pada hari Khamis dan berakhir pada Sabtu.

Kita menghargai, malah benar-benar mengertikan bagaimana usaha gigih pihak Panitia  Muktamar PAS Ke-60 baik dari PAS Pusat, mahupun dari Perhubungan PAS Negeri Johor untuk menyempurnakan persiapan himpunan besar itu. Ini memandangkan Negeri Johor bukan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka kita sewajarnya memahami kesulitan dari pelbagai sudut yang dihadapi panitia.

Maka itu, saya kira para tetamu, perwakilan dan pemerhati dapat memahami segala konstrain yang ada. Mungkin ada kedapatan keadaan tidak selesa di sana sini dan sebagainya, namun dengan semangat perjuangan PAS/Pakatan Rakyat bukanlah keselesaan yang penting. Tetapi yang lebih utama ialah dapat berkumpul untuk meneneruskan kelansungan perjuangan PAS, lebih-lebih lagi di negeri Johor, sebuah negeri yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno/BN.

Kebiasaannya di muktamar yang lalu, selain perjalanan muktamar, kita akan fokus kepada ekspo dalam bentuk perniagaan. Tapi kali ini kita nak lebih kepada mempromosikan produk-produk daripada negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Menurut Khairul Faizi, muktamar kali ini akan memperlihatkan konsep PAS Untuk Semua atau PAS For All. Dari segi persembahan dan penampilan supaya PAS dilihat mewakili semua kaum dan agama.

Kita menjemput daripada negeri Pakatan Rakyat sendiri untuk hadir mempromosikan produk dari negeri masing-masing. Contohnya dari Kelantan mereka akan bawa produk pelancongan, makanan dan sebagainya.

Kita juga, katanya, berbincang dengan Selangor supaya Selangor dapat membawa produk melalui PKNS dan sebagainya supaya mereka boleh bersama-sama mempromosikan produk dari negeri-negeri lain.

PAS Negeri Johor yang kini di bawah pimpinan Pesuruhjaya, saudara Aminolhuda Hassan tentunya dengan penuh semangat dan kerja keras untuk menjayakan muktamar kali ini.

Menurut Khairul Faizi, muktamar kali ini akan memperlihatkan konsep PAS Untuk Semua atau PAS For All. Dari segi persembahan dan penampilan supaya PAS dilihat mewakili semua kaum dan agama.

Negeri selatan tanah air itu, bukan lagi sebagai kubu kuat Umno/BN, apabila dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu, PAS memenangi empat buah kerusi Dun - DAP 13, PKR 1 dan PAS 4. Kerusi yang dimenangi PAS ialah Maharani (Muhd Taslim), Sungai Abong (Sheikh Ibrahim Saleh), Puteri Wangsa (Ustaz Abdullah Husein) dan Parit Yaani (Aminolhuda Hasan).

Tentu saja para muktamirin yang akan datang ke muktamar di Johor Bahru nanti akan menyaksikan manifestasi kebangkitan PAS di negeri paling selatan tanah air itu.