Selasa, 19 Ogos 2014

Smoke, gas, gunshots: Chaos in Ferguson

Palestinians, Israelis hope 24-hour truce extension leads to sustainable peace

Kelantan Hormati Hari Perkabungan Negara

Dr Dzukefly Ahmad: Isu Menteri Besar Bukan Isu Prestasi, Tapi Isu Visi & Misi Pakatan Rakyat

Nahas; CEO MRT letak jawatan serta-merta...CEO MAS dan PM Umno bila lagi,,,?

KUALA LUMPUR: Berikutan insiden kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta.

Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media di Sungai Buloh hari ini.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan.

"Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya sambil menyatakan kekesalan di atas apa yang berlaku.

Azhar dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif MRT Corp pada 1 September 2011.

Dalam insiden malam tadi, tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Kota Damansara.

Rakyat Selangor kena beri peluang kepada Azizah - Dr Ahmad Tarmizi

Khalid mohon maaf sahaja tidak cukup, kata Abdullah Sani

Pertukaran MB Tidak Perlu Berlaku : Anak Muda Selangor

Orang Luar Tidak Perlu Terhegeh - Hegeh Jadi MB Selangor..!!

Anak Jati Selangor Lebih Layak Jadi MB...

Khalid Cemerlang Sebagai MB Tetapi Tidak Sebagai Ahli Parti

Khalid Ibrahim Akan Letak Jawatan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak...?


Khalid Ibrahim Sedih
Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Menurut sumber terdekat Abdul Khalid yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, Menteri Besar itu dikatakan kecewa dengan perkembangan politik terkini pakatan.
“Tan Sri sangat kecewa dengan pimpinan pakatan rakyat khususnya PAS yang dikatakan belot disaat akhir.
“Namun perletakkan jawatan tersebut hanya melibatkan kawasan parlimen sahaja” ujarnya kepada SuaraTV.
Menurut sumber tersebut bagi jawatan ADUN Perlabuhan Klang, Abdul Khalid perlu mengadap Sultan Selangor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Setakat ini hanya jawatan beliau sebagai ahli parlimen Bandar Tun Razak selain daripada itu saya tidak pasti.
“Mungkin Tan Sri ingin selesaikan isu Selangor dahulu dan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat dan perkenan Tuanku” katanya lagi.
Beliau turut menjelaskan hasil perjumpaan awal dengan kepimpinan PAS sebelum ini, Khalid yakin dapat terus mentadbir kerajaan negeri.
“Dengan sokongan yang diberikan oleh Presiden PAS, Musyidul Am dan sokongan Majlis Ulama PAS, Tan Sri yakin boleh terus berkhidmat sehingga habis penggal.
“Namun atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, sokonagan tersebut ditarik balik di saat akhir” ujarnya lagi.

Berita 'Rodziah lupa diri' tidak berasas, wartawan minta maaf

Saya, Hamdan Othman memohon maaf dia atas tulisan yang tidak benar dan tidak berasas sama sekali mengenai YB Rodziah Ismail yang telah tersiar di laman MalaysiaGazette pada 18 Ogos lalu.
Semua kenyataan yang terkandung di dalam tulisan, "Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR" yang ditulis oleh saya, Hamdan Othman, dan dihebahkan oleh MalaysiaGazette pada 18 Ogos 2014 adalah sama sekali tidak benar dan palsu.
Saya mohon maaf, dan yang benar adalah kenyataan media YB Rodziah Ismail(19 Ogos 2014). Saya kesal diatas laporan tersebut dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Hadi pilih nama Azmin selepas mengadap Sultan, kata Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan keputusan partinya mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif menteri besar Selangor adalah disebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah mengadap Sultan Selangor dan dinasihatkan menghantar dua nama calon. Suhaizan berkata PAS tidak pernah mengkhianati Pakatan Rakyat (PR) seperti yang dituduh terhadap parti Islam ketika kemelut menteri besar di Selangor minggu lepas. "Presiden PAS mempunyai hubungan agak baik dengan istana Selangor."Pada Syawal keempat, beliau dititah mengadap Sultan. Hasilnya, presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini. Suhaizan berkata sekiranya PAS mahu mengkhianati PR, mereka boleh menamakan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri tersebut dengan membelakangkan DAP dan PKR. "PAS boleh sahaja mengemukakan nama dari ahli partinya sendiri sebagai alternatif kepada Dr Wan Azizah. "Namun atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, keputusan itu tidak mungkin dibuat oleh PAS," katanya. Menurut Suhaizan, pemilihan nama Azmin dipertimbangkan selepas presiden PAS bertemu dengan Sultan. "Atas pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin (selepas Dr Wan Azizah) sebagai alternatif," katanya. Mengenai empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang masih bersama dalam pentadbiran Khalid,

Kemelut MB Selangor: Rakyat, ekonomi terkesan

KUALA LUMPUR - Kemelut politik Selangor yang melibatkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja meresahkan rakyat malah boleh memberi kesan kepada ekonomi negeri itu.

Penganalisis ekonomi merangkap Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata ekonomi negeri Selangor mungkin menjadi tidak seimbang berikutan konflik perebutan jawatan menteri besar di negeri termaju di Malaysia itu.

"Kesan terhadap ekonomi Selangor akan berlaku namun hanya bersifat sementara dalam jangka masa yang pendek sehingga pentadbiran baru mengambil alih Selangor kelak," katanya ketika  dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Katanya, keadaan itu bagaimanapun bergantung pula kepada siapa yang akan mengambil alih jawatan menteri besar sama ada terdiri daripada individu yang mahir dari segi ekonomi atau sebaliknya.

"Jika menteri besar yang baharu seorang yang mahir selok belok ekonomi maka keadaan ekonomi Selangor akan kembali stabil namun jika sebaliknya, mereka perlu menubuhkan satu jawatankuasa penasihat khas pula," katanya.

Beliau berkata keadaan semasa politik Selangor ini akan menyebabkan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana mereka akan berasa ragu sehingga mereka mengetahui siapa yang akan menggantikan menteri besar.

Jika pelabur masih berasa kurang yakin dengan pimpinan baru Selangor maka mereka dijangka beralih ke negeri-negeri lain yang lebih stabil keadaan politiknya.

Pakatan perlu kembalikan keyakinan rakyat selepas krisis MB Selangor, kata Kit Siang

Pergolakan dan krisis kepimpinan membabitkan jawatan menteri besar Selangor yang hampir memecahkan gabungan pembangkang itu, mencalar dan melemahkan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang. Ketua Parlimen DAP itu berkata, pemimpin gabungan pembangkang di semua peringkat seharusnya merangka strategi untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap mereka. "Pemimpin PR di semua peringkat di seluruh negara tidak boleh menafikan PR tidak tercalar daripada krisis menteri besar di Selangor yang mencalarkan keyakinan rakyat pelbagai agama dan kaum," kata Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah. "Oleh sebab itu, kepimpinan PR perlu bertemu segera dan kerap merangka strategi bagi mengembalikan keyakinan orang ramai kepada pakatan yang musnah disebabkan krisis menteri besar Selangor." PKR sebelum ini memecat keahlian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR atas alasan beliau sering membuat keputusan membelakangkan keputusan parti. Parti komponen PR itu kemudiannya menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggantikan Khalid. Khalid bagaimanapun enggan berundur, sekaligus memecat enam anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari DAP dan PKR, dan mengekalkan 4 Exco PAS untuk membolehkan kerajaan negeri terus menjalankan urusan mereka. "Bagaimanapun terdapat perbezaan antara krisis yang dihadapi PR ini dalam sejarah enam tahun PR memerintah Selangor dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Lim, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Lim berkata, parti komponen PR adalah sama rata dan mempunyai hak bersuara sama rata dengan menyelesaikan segala perbezaan berdasarkan prinsip perbincangan dan kesabaran yang tinggi. "Jika tiga parti – PAS, DAP, PKR – gagal

Pelihara keluhuran Perlembagaan dengan lantik Wan Azizah


vsivakumar

V Sivakumar

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah layak untuk menjadi Menteri Besar kerana mencukupi semua syarat yang diwajibkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar berkata Dr Wan Azizah melengkapi semua syarat iaitu seorang ADUN Selangor, seorang yang berbangsa Melayu, beragama Islam dan memperolehi sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
“Negara kita mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan, bermaksud perlembagaan mengatasi setiap orang termasuk Raja yang memerintah.
“Perlembagaan telah mengariskan bahawa seseorang ADUN yang mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli lain dilantik menjadi Menteri Besar untuk mengetuai kerajaan negeri tersebut,” kata Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah.
Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata, sokongan kepada Dr Wan Azizah diperolehi daripada majoriti ADUN Selangor dan direstui parti-parti politik yang mendapat majoriti dalam DUN Selangor.
“Oleh yang demikian, Dr Wan Azizah harus dilantik sebagai Menteri Besar Selangor untuk menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat.

Meneroka laluan alternatif, bukan U-turn

SUHAIZAN KAIAT
17 Ogos 2014 yang lalu menjadi satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa. Bagi PAS, ia merupakan salah satu 'historical moment' dalam sejarah panjangnya di pentas politik tanah air.

Keputusan telahpun dicapai. Semua orang sudah tahu.

Namun apa yang penting bagi saya, dinamika yang berlaku dalam PAS sepanjang berinteraksi dengan isu ini adalah pengalaman yang amat berharga khususnya bagi saya sendiri yang baru sahaja diamanahkan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Media pro UMNO - seperti kebiasaannya - terus menerus menggambarkan bahawa keputusan dibuat oleh PAS dalam mesyuarat 17hb yang lalu sebagai tidak 'gentleman'. PAS diwarnakan menerusi media-media mereka sebagai 'membuat U turn' demi mengikut telunjuk DAP. Mentera mereka bahawa PAS berjaya diperalat oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim, itu semamangnya sudah pasti.

Jalan alternatif

Dalam hal ini, saya berpandangan bahawa PAS bukanlah membuat U-Turn khususnya apabila ada yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh Presiden serta Majlis Syuro Ulama' sebelum ini yang ternyata kononnya tidak sejajar keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat 17 Ogos.

Bagi saya, PAS telah mengambil jalan alternatif setelah jalan yang asalnya sudah rosak.

Jalan asal adalah menerima Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Asasnya adalah kemampuan beliau dalam mentadbir Selangor. Berita tentang kelemahan politik Khalid pada pandangan PAS masih bersifat dalaman parti dan ia boleh diperbaiki oleh partinya sendiri. Mengekalkannya dengan penambahbaikkan prestasi politik Khalid jauh lebih rendah risikonya berbanding mengugurkannya. Bahkan kepimpinan utama Pakatan Rakyat juga boleh memberikan cadangan, pandangan serta kritikan kepada PKR menerusi mesyuarat Majlis Presiden PR.

Namun, jalan yg dilalui PAS tidak seperti difikirkan pada awalnya. Masalah yang dihadapi Khalid seperti perbincangan dan pertimbangan panjang pucuk kepimpinan partinya sendiri telah mengakibatkan keahliannya sebagai anggota PKR digugurkan.

Nah, Khalid bukan lagi ahli PKR sekaligus beliau bukan lagi dari Pakatan Rakyat.

Dalam konteks ini, kita perlu sedar bahawa tahalluf siyasi PAS adalah dgn PKR dan DAP, bukan dengan batang tubuh Khalid!

Maka PAS mengambil jalan baru dengan menolak Khalid. Inilah yang saya sifatkan sebagai dinamika PAS dalam membuat sesuatu keputusan. Seperti harusnya sesuatu minuman itu diminum, menjadi terlarang sekiranya kondisi minuman itu bertukar menjadi minuman yang memabukkan.

Jalan baru PAS adalah menolak Khalid dari kerusi MB. Jalan baru ini memerlukan PAS menamakan penganti kepada kerusi MB. Walaubagaimanapun jalan baru PAS tetap ke hadapan bukan U-turn seperti yang digambarkan oleh media pro-Umno.

Dua nama, satu alternatif

Tok Guru Presiden PAS mempunyai hubungan agak baik dengan Istana Selangor. Pada Syawal keempat, beliau dititah mengadap Sultan. Hasilnya, Presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan Dato' Seri Wan Azizah.

Atas pertimbangan-pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin Ali (selepas Wan Azizah) sebagai alternatif.

Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat Selangor akibat isu MB

Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat Selangor akibat isu MBKUALA LUMPUR: Demi mempertahankan integriti, rakyat dan kakitangan awam di Selangor turut terpalit dalam krisis politik yang melanda negeri itu, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

The Malaysian Insider melaporkan, Abdul Khalid memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik.

Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Abdul Khalid dilaporkan turut memetik sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Dalam ucapannya, Abdul Khalid dilaporkan berkata PKNS menjadi tulang belakang pembangunan Selangor dengan membina 11 projek bandar dan perumahan untuk rakyat.

Katanya, pembinaan projek mega bukan lagi keutamaan sebaliknya rakyat lebih mementingkan transparensi, integriti dan tanggungjawab yang diamalkan oleh pentadbiran korporat yang baik.

"Desakan supaya mementingkan tanggungjawab sosial semakin kuat setiap hari. Ia penting untuk negeri mendapatkan kepercayaan daripada rakyat," katanya.

PKNS menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) sejak November 2012 dan mengamalkan Sistem Integriti Korporat (CIS) bagi menggalakkan urus tadbir korporat yang baik dan mengelakkan amalan rasuah.

Najib lemah, teguran Mahathir sangat serius

KUALA LUMPUR: Penarikan balik sokongan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prestasi Perdana Menteri itu dilihat lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi adalah perkara yang sangat serius.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Mahathir itu sangat serius dan perlu dilihat oleh rakyat bukannya hanya dalaman Umno sahaja.

"Apabila prestasi Najib lebih buruk daripada Pak Lah yang pernah diakui prestasi Pak Lah sangat lemah pada suatu ketika dahulu sehingga berlaku proses peralihan yang sangat menyedihkan kerana tekanan.

"Malah kenyataan TPM Muhyiddin yang juga dianggap tikam Pak Lah daripada belakang  kerana Pak Lah memperlihatkan prestasi sangat lemah bukan sahaja dalam pilihan raya umum tetapi kemampuan urus tadbir negara juga sangat lemah.

"Ianya sesatu yang sangat besar perlu jadi perhatian dalam negara kita kerana hala tuju masa depan negara sangat buruk," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz juga percaya dakwaan Tun Mahathir yang pernah didakwa oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa Najib lebih banyak menonjolkan imej peribadi berbanding dengan pencapaian dan prestasi negara.

Tegas Mahfuz, Najib lebih melakukan perkara 'boombastik' untuk dilihat bahawa beliau merupakan seorang yang hebat tetapi bukan untuk negara.

"Misalnya dalam kes MAS sekarang ini yang hanya tinggal saham bernilai 27 sen lebih murah daripada sekeping belacan, masalah campur tangan menteri dalam Bank Rakyat, masalah kenaikan harga barang yang menyusahkan kehidupan rakyat hari ini, nampaknya Najib tidak berjaya menyelesaikan. Apa yang dikatakan transformasi najib hanya mempamerkan kegagalan sahaja," katanya.

Khalid reminds PKNS conference the 'price of integrity'

Hisham: Najib did what Obama, Putin couldn't

CEO MRT Corp letak jawatan, kerana kemalangan ragut nyawa

 
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan ekoran kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa di tapak pembinaan MRT malam tadi.

Mahathir 'pukul' Najib tapi sindir MT Umno

KUALA LUMPUR: Kritikan terbuka Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya bukan sahaja kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) Umno secara keseluruhan.

Setiausaha Umno Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin, berkata seluruh MT Umno sewajarnya memahami bahawa kritikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada mereka selaku pemutus dasar parti.

Ini kerana katanya, amalan dan dasar yang dipakai adalah 'parti menguasai kerajaan' dan MT Umno adalah badan penasihat kepada Najib.

"Dr Mahathir tak nak cakap (terus terang) sahaja sebenarnya. Kalau ikutkan, dia nak cakap suruh MT Umno berhenti sahaja lah.

"MT tidak berfungsi. Najib tak pernah ditegur oleh MT. Ramai orang berkepentingan di dalamnya dan takut untuk menegur Najib," kata beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Mahathir terhadap Najib melalui blognya semalam.

Dalam tulisan itu Mahathir menyatakan beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau juga berkata, terpaksa terus menegur Najib kerana tidak ada pemimpin yang berani menegur Perdana Menteri itu.

"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

"Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima," kata beliau dalam blognya chedet.cc.

Ibrahim Ali sambut 'konspirasi' projek babi

Selepas Ridhuan Tee, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengaitkan pertukaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi di Sepang.

Ibrahim berkata, DAP berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam percaturan jawatan menteri besar kerana ketua umum PKR itu didakwa akan mengiyakan apa sahaja kehendak mereka.

“DAP sedikit sukar dengan TSKI (Kahlid), ie (contohnya) ladang babi di Sepang,” katanya dalam kenyataan melalui SMS hari ini.

Ridhuan, penceramah agama dan kolumnis kontroversi semalam mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Khalid dengan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta yang belum dilaksanakannya.

Ridhuan juga bimbang jika projek itu dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai “darul babi” dan menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

Ibrahim juga berkata, dengan itu lengkaplah 'manapulasi' Anwar apabila berjaya “menambat” PAS melalui dua anggota Dewan Undangan Negerinya “yang taat pada Anwar dan tidak kepada presiden PAS”.

Najib bakal berdepan pertempuran dalaman Umno

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja gagal memecahkan hubungan PAS dan PKR terutama dalam konflik di Selangor tetapi turut berhadapan dengan perpecahan dalaman parti beliau sendiri, Umno.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata teguran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuktikan pentadbiran Najib kini berhadapan dengan masalah dalaman yang amat serius.

"Dalam banyak pertempuran dalaman Umno yang melibatkan Dr Mahathir, biasanya kemenangan akan memihak kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Ini jelas memberi gambaran pentadbiran Najib bukan sahaja ada perpecahan dalaman tetapi turut berdepan masa depan yang agak suram," katanya.

Ujar beliau, Najib mengharapkan kejatuhan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu membabitkan jawatan Menteri Besar.

Namun, katanya lagi percaturan terbaik dilakukan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam membuat keputusan menjadikan Pakatan Rakyat lebih kuat dan sefahaman berbanding sebelum ini.

"Kita di dalam Pakatan Rakyat bertambah kuat, tetapi Najib kini berada dalam keadaan serba salah sama ada ingin mengikut kata Dr Mahathir atau meneruskan dasar tranformasinya," sambung beliau.

Suhaizan turut meminta agar Pakatan Rakyat mengambil peluang di sebalik perpecahan di dalam Umno sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Pandangan terhadap survival politik Malaysia Oh Selangorku

Fatini Ismadi


Disklaimer:
Segala pendapat saya di dalam artikel ini adalah hasil analisis saya daripada semua sumber, sama ada daripada penganalisis pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Perlu diingatkan, saya mengikuti perkembangan survival politik Malaysia daripada zaman sebelum gelombang politik PRU12 sehingga kini. Teringin pula rasanya, berkolaborasi dengan saudara Muhammad bin Ahmad Zaid, yang saya kira seawal usia 19 tahun, tetapi sudah lantang dalam mengeluarkan banyak pendapat mengenai situasi politik Malaysia dan dunia.
Segala pembentangan, kajian dasar, ideologi mahupun perjuangan setiap parti cuba saya hadam sebaik mungkin sebelum ini. Saya cuba untuk tidak berat sebelah kepada mana-mana parti politik dan insha allah akan memberi gambaran "menang-menang" dalam menyuarakan pendapat saya. Saya mulai membaca, mengikuti dan menganalisis isu politik Malaysia dan dunia sejak dari tahun 2007 ketika berusia 12 tahun dan sekarang saya merupakan penuntut tahun pertama jurusan Bachelor in Chinese di Beijing Foreign Studies University.

Bismillah Baik, kita mulakan sudut pandang kita dari sejarah kerjasama antara tiga parti yakni PAS, DAP dan PKR. Pada tahun 2004, mereka telah bekerjasama lalu membentuk Pakatan Rakyat. Situasi politik pada masa tersebut tidak terlalu memihak kepada kepada PR tetapi paling kurang mereka berjaya mendapat tempat untuk bersuara di Parlimen. Seterusnya, pada 2008 satu kerjasama antara tiga parti ini berlangsung dengan jayanya, walaupun sebenarnya ideologi untuk ketiga-tiganya ternyata berbeza. PAS dan DAP dilihat sangat bertoleransi mengenepikan ideologi sendiri sementara PKR hakikatnya menjadi pengemudi antara tiga parti. PKR yang memiliki ramai figura politikus yang cukup lantang dan berideologi seperti Sdr. Rafizi Ramli yang bertanggungjawab selaku Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Sdr Saifuddin Nasution Ismail, Sdr. Azmin Ali dan ramai lagi figura tunjang PR yang cukup banyak menaikkan populariti parti mereka umumnya dan PR khususnya.
Walaubagaimanapun, terdapat satu titik persamaan di antara majoriti figura PR di mana kebanyakan mereka merupakan sebahagian daripada MCOBA (Malay College Old Boys). Mungkinkah ini semua seperti satu kebetulan yang ditakdir Tuhan atau perancangan yang panjang. Saya tidak tahu. Lebih ironik, baru-baru keratan akhbar Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika bergelar Menteri Pendidikan Malaysia menyerahkan hadiah peribadi berupa sebentuk cincin kepada Sdr Rafizi Ramli ketika menjadi Pelajar Terbaik SPM MCKK seolah-olah diviralkan semula. Sekiranya benar telahan saya, Anwar mensasarkan Rafizi sebagai anak didik, rantai perjuangan survival politik sudah lama. Nah! Hari ini Rafizi menjadi pengarah strategi PR.
Teknik PR memenangi hati rakyat
Kebobrokan Barisan Nasional dan Umno yang paling utama ialah pimpinan mereka dipilih berdasarkan hierarki. Melihat kepada Tun Abdul Razak, mantan PM Malaysia kemudiannya anak beliau Datuk Sri Najib Razak turut menjadi PM. Jika sifir begini berulang, maka Datuk Sri Hishamuddin Hussein juga dilihat berpeluang apabila bapanya, Tun Hussein juga mantan PM Malaysia. Begitu juga Khairy Jamaluddin, mengambil tempias Tun Abdullah Badawi. Untuk dinyatakan di sini, apabila tokoh Umno dilahirkan daripada keluarga bangsawan, jauh daripada kehidupan rakyat marhaen. Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat membuat keputusan dasar yang bertepatan dengan keperluan rakyat. Lihat saja kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakub, "ayam mahal, tak payah makan ayam". Kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Muhyiddin Yassin, "sistem pendidikan Malaysia tak bagus, hantar anak belajar sendiri di luar negara".
Bobroknya kenyataan seorang (berorang-orang) menteri diguna sebaiknya pimpinan PR. Mereka memikirkan dasar yang lebih dekat dengan rakyat dan ternyata mereka "walk the talk". Walaupun tidaklah pada semua perkara tetapi sekurang-kurangnya, rakyat Selangor menikmati 10 meter padu air percuma, bonus raya, masjid-masjid yang tampak sangat makmur di negeri PR berbanding BN meskipun DAP yang mengepalai negeri tersebut (baca: Pulau Pinang)
Hal ini telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat marhaen mengenai kesungguhan PR membawa idea transformasi negara hingga tak dapat disangkal pihak kerajaan. Pihak kerajaan sendiri mencedok idea transformasi nasional ke arah mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat. Maka, banyaklah gula-gula politik seperti BR1M, BB1M, KR1M dan banyak lagi segera dilaksanakan kerajaan. Hakikatnya, pelaksanaan idea-idea ini menelan belanja berbillion ringgit hingga meningkatkan kadar defisit dalam negara. Pada akhirnya, cukai dan subsidi jugalah menjadi korban, galang ganti pemberian gula-gula politik. Belum lagi melihat kepada nilai ringgit yang dilabur dalam setiap kempen pilihanraya umum (PRU) atau pilihanraya kecil (PRK).
Dimana kekuatan PR?
Kekuatan PR juga sebenarnya terletak kepada sokongan tidak berbelah-bagi golongan anak muda yang mulai bosan dengan corak pentadbiran kerajaan sedia ada yang dirasakan tidak lagi relevan dengan perkembangan dunia hari ini. Fenomena ABU (Asalkan Bukan Umno) menjadi fenomena yang menjadi dalam kalangan anak muda menjelang pilihanraya. Keuntungan buat PR, kempen mereka dijayakan secara percuma golongan anak muda. Tak perlu mengeluarkan t-shirt, topi atau memberikan nasi bungkus, anak - anak muda penyokong mereka sanggup turun berdemonstrasi di jalanan; menentang kerajaan diktator kata mereka. Lihat saja semangat yang ada pada Saudara Adam Adli. Dihentikan pengajian tetapi diangkat sebagai wira kebebasan bersuara. Lantas, kerajaan BN tidak lagi senang duduk. Makanya, menteri-menteri di banyak kementerian dirombak semula. Pada Kementerian Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, tokoh lain Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Sri Khaled Nordin dilihat banyak memberi nafas baru kepada survival politik Umno.
Maka pada Karnival Belia sudah ada penambahbaikan. Aktiviti lagha banyak dikurangkan, diseimbangkan dengan aktiviti kerohanian. Fokus mendekati anak muda semakin ditingkatkan. Banyak program ilmiah semakin menjadi acara bulanan. Semuanya gara-gara idea transformasi mengembalikan sokongan. Di peringkat pentadbiran tertinggi nasional, Najib juga berhempas-pulas membaiki dan meningkatkan segala yang menfokuskan agenda kebajikan rakyat. Beliau juga dilihat semakin kerap turun padang mendekati rakyat walaupun kaedah ini sudah lama dibuat politikus PR.
Kemelut PR
Kemelut PR sebenarnya sudah lama mengakar kuat tetapi mudah diatasi apabila konsep toleransi dan kesepakatan menjadi agenda tertinggi. PAS dengan agenda hududnya lama ditentang DAP. Namun, mereka mampu lagi bekerjasama atas nama tahaluf siyasi (kerjasama antara parti) apabila kebijakkan pemimpin mengatasi situasi sukar ini. Kebersamaan mereka menghadapi dua pilihanraya ternyata mengagumkan rakyat dan kecekapan urus tadbir di negeri mereka juga diisyhtiharkan cukup cemerlang mengatasi negeri kerajaan. Walaupun mendiang Karpal Singh pernah juga tidak sekepala dengan Anwar dalam beberapa hal. Tapi asasnya, kemelut-kemelut ini mereka selesaikan bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut dibuang tepung tak tumpah.
Puncak krisis politik PR

Rodziah lapor polis pada berita 'lupa diri'

Bekas exco Selangor Rodziah Ismail hari ini membuat laporan polis terhadap portal Malaysia Gazette yang didakwa beliau memfitnahnya.

Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada 11:58 pagi ini terhadap artikel bertajuk "Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR" yang disiarkan pada18 Ogos lalu.

Rodziah berkata isi artikel tersebut adalah dusta semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan sengaja mengaibkan beliau.

"Malaysia Gazette dituntut untuk mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepada saya, di laman hadapan portal tersebut, di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam,” kata beliau dalam kenyataannya hari ini.

Tuntutan sama dibuat terhadap penulis artikel itu.

Rodziah berkata beliau akan meneruskan tindakan undang-undang jika tiada permohonan maaf dibuat.

Beliau satu-satunya daripada enam exco PKR dan DAP tidak dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau meletakkan jawatan daripada kabinet Khalid Khamis lalu walaupun masih dialu-alukan oleh menteri besar Selangor itu.

Khalid: Ini harga integriti harus dibayar


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kepada rakyat kerana krisis pentadbiran Selangor.

Beliau berkata beliau kini membayar "harga" kerana menjadi seorang yang berintegriti.

Beliau mengulas demikian ketika dibelenggu kontroversi selepas dipecat PKR dua minggu lalu.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda.

"Saya mengambil keputusan menjadi ahli politik jadi saya kena hadapinya," kata beliau merujuk kehadiran lebih 20 media dalam majlis persidangan integriti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

"Inilah harga integriti," tambah beliau.

Dalam ucapan yang dihadiri kira-kira 100 penjawat PKNS itu, Khalid tidak merujuk kepada kes politik tetapi menyentuh keperluan untuk memegang amanah dengan integriti.

Beliau dalam ucapannya turut memetik hadis yang menyebut, bahawa kehancuran akan tiba apabila amanah tidak lagi dipegang teguh.

Zahid: Dr M harus beri kesetiaan pada Najib


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengingatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa setiap pemimpin mempunyai eranya yang tersendiri.

Dan sekarang, tambahnya, era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Zahid berkata, setiap pemimpin mempunyai era yang sesuai pada suatu-suatu masa dan era ini sesuai untuk Najib.

Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, di zaman media sosial pemimpin politik harus membayar harga untuk “era tanpa sempadan”.

Katanya, seperti semua orang, Mahathir harus menghormati pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan menggesa beliau memberikan kesetiaan kepada Najib.

“Ketika beliau (Mahathir) menjadi perdana menteri, beliau menuntut kesetiaan semua pihak. Saya pasti Najib juga menuntut kesetiaan semua pihak,” katanya.

Hisham: Obama, Putin pun tak semampu Najib....up 3 juta trilion ton..!!!


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kritikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, cara Najib mengendalikan tragedi MH17 membuktikan Najib seorang pemimpin yang "berani" berurusan dengan pemisah Ukraine sehingga membolehkan jenazah mangsa tragedi dibawa pulang.

"Kalau Datuk Seri Najib tak buat tindakan berani untuk berdepan dengan pemisah, tak mungkin saya mampu berdiri hari ini untuk uruskan jenazah-jenazah ini," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Jelasnya, pemimpin-pemimpin seperti presiden Amerika Syarikat dan presiden Rusia juga tidak mampu mencontohi keberanian Najib dalam hal itu.

"Tanya sama ada Obama mampu lakukan, tanya sama ada Putin mampu lakukan.

"Kalau itu tak boleh dinilai orang ramai itu amat menyedihkan," katanya.

Hormati, enggan aibkan Dr M

Jelasnya lagi, beliau bagaimana pun menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.

Penulis buku Malay Dilema alami alzheimer

MSO
Dr Mahathir Mohamad putus akal berhadapan dengan gelagat Najib Razak yang tidak memberi respon kepada teguran dan kritikannya. Mengambil sikap mendiam diri tanpa melayan Mahathir merupakan senjata ampuh buat Najib kini. PM ke-6 itu tidak suka untuk bergaduh dengan Mahathir yang dianggap sebagai datuknya.


Mahathir tersenyum.
Selaku datuk tindakan Najib itu baik kerana tidak mahu bergaduh dan mengheret keadaan menjadi buruk. Najib mungkin sedar sikap atau fiil seorang datuk. Dia marahkan cucunya kerana dia sayang bukan benci. Cuma yang mungkin tidak disenangi Najib kerana si datuk itu ada kalanya terlebih disebabkan penyakit alzheimer (nyanyuk).

Dr Mahathir katanya telah menarik balik sokongan kepada Najib? Dia terpaksa berbuat begitu kerana Najib tidak respons kepada nasihatnya. Alasan Mahathir Najib banyak mengambil sikap mendiam diri, tidak menjawab dan mengambil tindakan ke atas sesuatu. Anih juga sikap Mahathir ini. Apakah dia tidak tahu kebolehan dan kemampuan yang ada kepada Najib?

Sepatutnya sebagai seorang datuk (kakek kata Indonesia), Mahathir mengenali secerat mungkin cucunya itu. Daripada hobi kepada iltizam dalam hidupnya. Dan sebagai pemimpin apakah idealisme Najib. Apakah dia tidak tahu Najib membesar di atas kelopak bunga yang berwarna warni. Tidak pernah merasai kesusahan rakyat dan mempunyai aspirasi untuk membela rakyat. Yang melihat penderitaan rakyat dari dalam kamar berdinding kaca putih.

Yang ada kepada Najib hanya mengenang budi dan bakti ayahnya. Tenguklah sudah berapa kali Najib memuji-muji jasa dan bakti ayahnya. Bukan sekali dia memuji kehebatan dan daya fikir jauh ayahanda, Razak Hussein dalam membela rakyat dengan membangun Felda, kampung baru dan pelan pembangunan sosial yang lain.

Najib mengharap pujian itu akan memberi keuntungan kepadanya. Setidak-tidaknya orang akan meletakan dia mempunyai wawasan dan political will sama seperti bapaknya. Yang dia tidak tahu, tetapi orang lain tahu bahawa bakat kepimpinan yang ada kepada seseorang bapak yang tidak secara automatik akan turun kepada anaknya. Seorang anak tidak mudah untuk mewarisi iman dan takwa daripada seorang bapak yang soleh.

Fizikal bapak, hobi seorang bapak mungkin akan turun kepada si anak, tetapi bukan perjuangan dan idealisme. Idealisme akan terbentuk dalam minda seseorang apabila dia melalui pelbagai liku dalam perjuangan dan dididik sedari kecil. Ia bermula dari alam remaja hingga ke dewasa. Di zaman muda Najib tidak pernah menyertai apa-apa wadah perjuangan atau pun pernah bermain sepak raga lingkung. Jadi macam mana Najib boleh memiliki apa-apa aspirasi dan cita-cita dalam perjuangannya. Jika dia ayam apa yang dimiliki Najib hanya bulu yang rintik sahaja.

Apabila Najib tidak ada bingkai perjuangan (frame) maka beliau tidak dapat melekat atau memasukkan apa-apa gambar atau potret dalam bingkai frame itu. Jadi kosonglah perjuangan Najib. Seorang pejuang mesti adalah idealisme tersendiri yang kemas dan kukuh. Untuk merealisasikan idealisme mestilah ada keberanian dan ilmu cukup untuk melaksanakannya.

Mahathir juga menyentuh yang Najib seorang lemah lembut dan tidak berani untuk bertindak. Kelemahan ini adalah kecacatan kepada Najib. Mengambil sikap playsafe dalam politik sesuatu yang tidak baik dan bakal meletakkan seseorang itu tidak kontrovesi. Najib memang terkenal sebagai seorang yang playsafe dan mendapat jawatan menerusi anugerah. Najib tidak berperang untuk mendapat jawatan. Orang yang tidak pernah berperang tidak akan berani untuk mengambil tindakan.

Chegu Bard: “Apa agenda tersembunyi Tun M kritik Najib?”

www.kualalumpurpost.net_wp-content_uploads_2013_05_najib-mahathirSHAH ALAM, 19 OGOS: Kritikan Tun Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai agenda tersendiri dan bukanlah sesuatu yang ikhlas.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata bekas perdana menteri keempat itu hanya mengambil kesempatan atas kelemahan Najib untuk memperoleh apa yang diinginkan.
Katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard, Tun Mahathir pasti akan kembali menyokong Najib selepas hajat atau permintaannya dipenuhi.
“Ini bukan kali pertama, sebelum ini pun berkali-kali Mahathir mengkritik Najib tetapi kembali senyap bila anaknya dapat habuan, terbaru dia sendiri dilantik sebagai Penasihat Proton.
“Jadi saya fikir kali ini juga sama, adalah benda yang beliau hajati, nanti dah dapat dia diamlah semula.
“Kecuali jika Najib pilih untuk tidak layan dia, Najib pula kemungkinan diturunkan sepertimana Tun Abdullah Badawi,” katanya kepada Selangor Kini.
Beliau dihubungi bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir dalam blognya semalam yang menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Najib yang didakwa tidak berkesan berbanding Tun Abdullah Badawi.
Kata Tun Mahathir, beliau sanggup ‘didera’ atas kenyataannya itu demi menegur Najib yang tidak pernah ditegur penyokong kerajaan.

Kalau Bukan Mahu Najib Letak Jawatan, Apakah Mahathir Nak BN Kalah Pilihanraya?

Tulisan Mahathir diblognya yang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak dan mengumumkan penarikan balik sokongan yang diberikannya selama ini, pasti akan mencetuskan krisis baru dalam UMNO. Setelah PR berjaya menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini, virus perpecahan nampaknya merebak kepada UMNO pula.

Susulan pendirian terbarunya itu, Mahathir malam tadi menjelaskan, apa yang dilakukannya kini bukanlah bertujuan mahu memaksa Najib meletakkan jawatan, sebaliknya hanya kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi kerajaan yang tidak menguntungkan negara yang dilakukan Perdana Menteri.

"Ini juga bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfatkan negara...ketegangan kaum dan agama meningkat dan orang tidak lagi hormat kepada Perlembagaan negara.

"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respon, senyap...ada masalah tapi tidak mengambil tindakan," demikian Mahathir menghuraikan pendiriannya.

Jika diperhalusi apa yang dilakukan Mahathir ini ialah beliau hanya mahukan Najib berubah. Beliau tidak mungkin ada maksud lain kerana tiada apa-apa lagi yang kurang dalam hidupnya. Walaupun semua musuh-musuh politiknya sebelum ini berakhir dengan penyingkiran atau perletakan jawatan, dalam usia mencecah 90 tahun ini beliau barangkali juga sudah letih dengan agenda menamatkan karier seseorang yang tidak sehaluan dengannya.

Agenda beliau kali ini hanyalah mahukan Najib berubah, keadaan negara menjadi lebih baik dan BN terus memerintah negara ini.

Soalnya, mahukah Najib berubah?

Dan bagaimana pula kalau Najib tidak mahu berubah?

Sejak dari awal mengambil alih tampuk kerajaan pada 2009, perkataan berubah adalah sering menjadi basahan mulut Najib. Beliau selalu memperingatkan agar semua peringkat UMNO segera berubah, jika tidak mahu rebah. Malangnya dalam banyak tindakan yang dilakukannya, perubahan yang diharapkan terlalu minima. Malah Najib juga banyak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Abdullah Badawi.

Meskipun keputusan pilihanraya 2013 menyaksikan reputasi BN lebih teruk daripada 2008, Najib terlihat kukuh dalam persada UMNO berikutan beliau pandai menjaga Ketua-Ketua UMNO bahagian seramai 191 orang dengan tawaran jawatan, kedudukan dan projek. Sebab itu, tidak hairan Najib mempunyai kabinet paling besar, puluhan penasihat bertaraf menteri daripada kalangan pimpinan UMNO, manakala selebihnya diberikan kedudukan dalam agensi, GLC dan sebagainya.

Wanita DAP sokong penuh Wan Azizah sebagai MB Selangor


Chong-Eng-MAIN


GEORGE TOWN, 19 OGOS – Wanita DAP menyokong penuh penamaan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Wan Azizah dilihat layak menyandang jawatan tersebut lantaran peranan besar yang dimainkan sewaktu era awal gerakan Reformasi selain terbukti mampu mengharungi krisis.
Ketua Wanita DAP Chong Eng dalam kenyataan menyokong konsensus Pakatan Rakyat menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut berharap agar semua pihak dapat menghormati keputusan tersebut.
“Walaupun penyertaan wanita masih sangat rendah di peringkat kepimpinan kerajaan, namun saya percaya kita akan berjaya mencapai kejayaan yang bermakna, sedikit demi sedikit,” ujar beliau.
“Di Pulau Pinang misalnya, kita mempunyai banyak wanita yang dipilih dan dilantik sebagai pembuat keputusan di peringkat Kerajaan Tempatan sebagai Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran bagi kedua-dua MPPP dan MPSP,” tambahnya yang juga Adun Padang Lalang.
Menurutnya lagi, seorang wanita yang berkeyakinan dan berilmu mampu mempengaruhi dan membawa perubahan positif kepada keluarga, masyarakat sekeliling dan negara.

Khalid mohon maaf ‘susahkan rakyat’ dalam krisis MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama. – Gambar fail, 19 Ogos, 2014. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar. Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama. "Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.  "Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Isu Saari, Hasnul: S'gor serah pada PAS pusat


PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan terhadap dua ADUN parti itu yang memberi sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad berkata PAS pusat telah meminta laporan mengenai tindakan dua ADUN tersebut- Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

"Kami biarkan PAS pusat untuk ambil tindakan terhadap (dua ADUN) itu.

"Sebenarnya PAS pusat dah minta pada hari kejadian dan saya dah serahkan pada setiausaha PAS Selangor untuk siapkan laporan," katanya ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa mahu memanggil dua ADUN tersebut dan mengarahkan Iskandar menyediakan laporan penuh mengenai isu itu.

Ku Nan minta Dr M jangan tegur Najib secara terbuka


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

Tengku Adnan berkata, selaku setiausaha agung parti yang pernah berkhidmat kepada tiga perdana menteri, beliau berharap Dr Mahathir dapat berjumpa secara peribadi untuk memberi teguran.

"Kita hormat apa jua cadangan yang diutarakan oleh Tun (Mahathir). Hanya saya minta pada Tun, kalau boleh jangan terlalu terbuka.

"Kalau ada masalah pada parti dan pimpinan, datang berjumpa dengan presiden. Kalau presiden tiada, naib presiden ada, saya pun ada.

"Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose. Ini masalah parti," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kritikan Dr Mahathir kepada Najib untuk pemilihan Umno tahun ini, kata bekas menteri

Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah cabaran kepada pewakilan akar umbi menjelang Perhimpunan Agung Umno November ini, kata bekas menteri kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin.
Bekas menteri penerangan itu berkata, kenyataan Dr Mahathir itu bertujuan menyeru akar umbi supaya berani dan mengkritik perdana menteri daripada sekadar membodek.
"Ini adalah suatu strategi Dr Mahathir yang akan membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan di permukaan dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa  terumbang-ambing dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di negara sendiri.

"Gelombang ini diharap akan melanda Perhimpunan Agung Umno," kata Zainuddin dalam tulisan blog terbarunya di zamkata.blogspot.com. Dalam tulisan terbarunya bertajuk "Apakah tujuan Mahahir tarik balik sokongan pada Najib?", bekas menteri kabinet itu berkata kritikan Dr Mahathir dibuat ketika semua Umno bahagian akan menjalankan mesyuarat sebelum perhimpunan yang dijadualkan November ini.
Beliau yang juga bekas ketua pengarang akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata, tujuan kritikan tersebut bagi mencabar semua ahli Umno termasuk pemimpin supaya tampil ke depan untuk menyatakan rasa tidak puas hati.
Sebaliknya, beliau berkata semua perwakilan perlu berani untuk membidas Najib secara terbuka ataupun semasa mesyuarat bahagian mahupun semasa perhimpunan nanti.
Menurutnya, langkah Dr Mahathir itu mampu memberi kesedaran dan mampu menjadi gelombang kuat, menekan Najib yang sedang bergelut dalam krisis antarabangsa dan usaha untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Namun, Zainuddin tidak menolak penyokong setia Najib, antaranya Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis akan mempertahankannya sedaya upaya.
"Tetapi suara Dr Mahathir adalah arus di bawah yang menunggu masa dan saat akan membadai menjadi ribut dan taufan di permukaan yang kelihatan tenang.

Dr Mahathir kritik kerana Najib tidak mendengar, lambat ambil tindakan, kata Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini bersetuju dengan kritikan yang dilontarkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan perdana menteri tidak cukup pantas mengatasi masalah negara. Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata satu persatu masalah yang menimpa negara adalah kerana tiada tindakan segera daripada Najib yang mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. “Dr Mahathir memberi isyarat supaya Najib lebih peka. Mungkin Dr Mahathir menyuarakan pandangan akar umbi dan bukan sekadar pandangannya sahaja, kerana banyak yang tidak puas hati dengan prestasi (Najib) dan sebagainya. “Saya setuju kerana beliau tidak cukup mendengar. Rakyat tuntut beliau lebih tegas, ada tindakan segera. Tetapi beliau dilihat tidak boleh memenuhi. Tidak pantas. Itu menjadi masalah yang berlonggok-longgok,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Semalam, Dr Mahathir menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan Najib kerana prestasinya lebih buruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, penarikan sokongan itu dibuat kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur. "Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya,

Tengku Adnan: 'Dont be so open with criticism'

Khalid hadir kerja, enggan bercakap dengan wartawan

Kenapa Pakatan Rakyat perlu dipertahankan

Oleh HARIS ZALKAPLI
SEJAK tahun 1990, parti-parti pembangkang di Malaysia mula merapatkan kerjasama dalam meng hadapi Barisan Nasional, dalam pakatan-pakatan yang lebih kohesif dan meyakinkan.
Bermula tahun 1990, PAS dan parti-parti pembangkang Semangat 46 dan tiga parti kecil Melayu bersatu menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah, APU, yang sempat bertanding dalam dua pilihan raya umum.

APU bertanding dalam pilihan raya umum tahun 1990 dan 1995, dengan PAS mendapat ke me nangan besar berjaya menguasai Kelantan dan kemudian mengekalkannya. PAS kekal menguasai Kelantan hingga ke hari ini, yang satu punca utamanya ialah kerjasama dalam APU. Pada masa sama, Semangat 46 bekerjasama dalam Gagasan Rakyat yang anggota termasuk parti-parti yang kini membentuk Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Rakyat Malaysia, PRM, yang sebahagian besar ahlinya telah menyertai Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.
APU dan Gagasan Rakyat walau bagaimanapun ialah dua pakatan yang berbeza walaupun ber gerak secara seiringan dalam dua pilihan raya umum.
Selepas dua pilihan raya umum, hayat APU berakhir apabila Semangat 46 berpecah dengan ahli-ahlinya menyertai Umno bersama pemimpinnya Tengku Razaleigh Hamzah dan juga PAS.
APU mencatat sejarah berjaya menghadapi dua pilihan raya umum, dengan agenda yang sederhana dan dianggotai partiparti yang tidak banyak berbeza dari sudut ideologi dan identiti.
Kemudian, pada pilihan raya 1999, ekoran peristiwa politik yang bermula September 1998, PAS bersama parti-parti pembangkang lain menubuhkan Barisan Alternatif.
Barisan Alternatif menggabung kan PAS, Parti Keadilan Nasional, DAP dan PRM dalam satu pakatan.
Dalam pilihan raya umum tahun 1999, Barisan Alternatif ber tanding sebagai satu pakatan pilihan raya dengan meyakinkan, membawa satu manifesto bersama.
Tetapi kemudian, perbezaan pandangan parti-parti terbabit ter utama PAS dan DAP menjejaskan kesepakatan Barisan Alternatif, sehingga akhirnya DAP menarik diri pada 2001.
Selepas itu, Barisan Alternatif wujud dalam keadaan yang tidak sempurna, kerana sebuah parti yang penting kepada pakatan itu telah keluar, dan akibatnya tidak menampakkan gabungan itu sebagai apa yang dipersembahkan pada awal penubuhan.
Walaupun dalam pilihan raya umum berikutnya nama Barisan Alternatif masih didengari, hakikatnya ia tidak sama dengan pakatan yang dibayangkan pada tahun 1999, dan menunjukkan pakatan itu gagal mencapai kesepakatan dalam hal yang asas.
Secara praktiknya, Barisan Alternatif berakhir apabila DAP menarik diri, dan gabungan ini sebenarnya hanya berjaya melalui satu pilihan raya bersama.

Azizah boleh jadi MB, tiada isu jantina

SHAH ALAM - Tidak timbul isu jantina yang dapat menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pakar perundangan, Dr Azmi Sharom berkata, walaupun kandungan berkaitan syarat pelantikan menteri besar dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 hanya menyebut perkataan 'he' (kata ganti nama bagi lelaki dalam Bahasa Inggeris) untuk merujuk individu yang akan dilantik, ia sebenarnya merujuk kepada kedua-dua jantina.

"Dalam mana-mana perlembagaan sekalipun, walaupun ditulis 'he' ia adalah termasuk golongan wanita.

"Jadi, tiada apa-apa yang boleh menghalang mana-mana wanita sekalipun untuk mereka memegang jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, tiada masalah untuk Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar baharu kerana beliau memenuhi kriteria di bawah undang-undang negeri itu.

Menurutnya, lebih penting, Dr Wan Azizah memperoleh kepercayaan Dun dan itu sudah cukup untuk melayakkan beliau memegang jawatan terbabit.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood turut menyokong pandangan Azmi berhubung penggunaan perkataan 'he' dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Beliau berkata, bahasa asal mengikut perkara 52 di bawah undang-undang itu menyebut ‘he’ namun jika dirujuk Akta Tafsiran, ‘he’ digunakan secara am dan boleh juga termasuk 'she' (kata ganti nama bagi wanita dalam bahasa Inggeris).

"Kalau calon menteri besar seorang wanita, peruntukan sedia ada dan tafsiran mengikut Akta Tafsiran membenarkan beliau dilantik sebagai menteri besar.

"Bagaimanapun, harus diingat bahawa proses lantikan tidak semudah yang dipaparkan oleh undang-undang bertulis kerana undang-undang itu sebagai rujukan dan akhirnya menjadi penentu setiap kesahihan sesuatu keputusan," katanya.

Nik Ahmad berkata, dalam proses pemilihan menteri besar, Sultan menentukan calon yang paling sesuai menurut pandangan baginda dan oleh itu, parti politik perlu memastikan calon tersebut mendapat persetujuan Sultan.

Peguam Anwar didakwa menghasut...

Naib Presiden PKR N Surendran hari ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jika didapati bersalah, naib presiden PKR itu berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara maksimum atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

MP Padang Serai itu dituduh menghasut berhubung kenyataannya berkaitan dengan tuduhan Liwat 11 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amin, yang mewakili pendakwaan, meminta ikatjamin ditetapkan pada RM10,000.

Bagaimanapun, peguam M Puravalen dan Latheefa Koya memberitahu mahkamah bahawa Surendran adalah ahli Parlimen dan seorang peguam, jadi jumlahnya haruslah nominal.

‎Media arus perdana, blog, senyap Dr Mahathir kritik Najib

Akhbar utama Malaysia hari ini senyap berkenaan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran dan polisi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meskipun beberapa pemimpin yang rapat dengan bekas perdana menteri itu berkata ia sudah bermula sejak beberapa bulan lalu. Kebanyakan blogger pro-Umno juga tidak memberikan sebarang kenyataan, dan hanya blog Out Syed The Box milik Syed Akhbar Ali membincangkan penarikan balik sokongan Dr Mahathir terhadap Najib. Kurangnya liputan berkenaan berita itu berkemungkinan disebabkan pengarang mereka mendiamkan diri terhadap segala kritikan yang diterima perdana menteri, lebih-lebih lagi Dr Mahathir dalam blognya semalam mengkritik penyokong kerajaan yang tidak menegur Najib. "Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya, chedet.cc. "Ini kerana penyokong kerajaan tidak menegur pemimpin mereka." Syed Akbar, blogger ternama pro-Umno menyuarakan kenyataan Dr Mahathir, Najib menunjukkan prestasi yang lebih teruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meletakkan jawatan pada 2009 selepas diserang Dr Mahathir. "Ketika Dr Mahathir menggesa Badawi meletak jawatan, ramai yang menyertainya. Itu kali pertama blogger Umno memainkan peranan penting untuk menurunkan perdana menteri yang lesu," kata Syed Akhbar dalam blognya, semalam. "Sekarang ini, seluruh negara sedar Najib menjadi lebih teruk daripada Badawi." Laporan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, pemimpin Umno Kedah mendakwa Dr Mahathir mula rasa tidak puas hati dengan pentadbiran Najib berlarutan sejak 4 bulan lalu. "Ahli parti yang pergi berjumpa beliau sudah pasti akan mendengar kritikannya terhadap bagaimana Najib mengurus keadaan,” kata pemimpin Kedah itu yang tidak mahu dinamakan. Desakan untuk Najib

Bolehkah Dun Selangor dibubar?

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Ramai yang bertanya saya tentang soalan di atas? Saya menjawab Dun Selangor boleh dibubarkan dan juga tidak boleh dibubarkan bergantung bila Dun itu ingin dibubarkan. Ulasan saya dalam kolum ini hanya semata-mata dari persepektif undang-undang dan amalan demokrasi berparlimen ala wesminster.

Mengapa saya kata boleh dibubar Dun Selangor dan mengapa saya kaitkan dengan masa? Pada hemat saya Dun Selangor boleh dibubarkan selepas Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) dipecat dari bekas partinya, PKR sehingga tempoh sebelum dua orang Adun dari PAS iaitu Adun Hulu Kelang dan Adun Morib menyatakan secara terbuka bahawa mereka menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) sebagai Menteri Besar Selangor bersama-sama 28 orang Adun lain dari DAP dan PKR.

Dalam tempoh masa yang saya nyatakan tersebut keadaan Kerajaan Selangor amat tidak menentu di mana wujudnya seorang MB iaitu TSKI yang tidak berparti dan juga tidak mendapat sokongan majoriti di dalam Dun Selangor. Dalam masa yang sama juga tidak juga wujud mana-mana calon dari mana-mana parti politik di Dun Selangor yang mendapat sokongan majoriti Adun-Adun untuk ditabalkan menjadi MB Selangor yang baru menggantikan TSKI.

Di atas senario yang saya nyatakan itu bagi saya jika Y.M Sultan Selangor diandaikan memperkenankan permintaan dari TSKI, jika ada permintaan tersebut dibuat, untuk Dun Selangor dibubar ia bukanlah suatu yang salah di sisi undang undang dan Perlembagaan Negeri Selangor kerana jelas wujudnya keadaan yang tidak menentu tentang status Kerajaan Selangor yang memang mewajarkan pembubaran Dun Selangor. Dan jika itu berlaku bagi saya ia bukan salah Y.M Sultan sebaliknya salah Pakatan Rakyat kerana mereka gagal mencapai satu persetujuan atau konsensus dengan kadar segera bagi mencalonkan calon yang mendapat sokongan majoriti untuk menjadi MB Selangor menggantikan TSKI.

Sebenarnya ramai penganalisa politik dan undang-undang merasa hairan mengapakah dalam keadaan TSKI telah dipecat dari partinya Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk melantik calon pengganti TSKI sekaligus meletakkan sebuah kerajaan yang asalnya diperintah oleh Pakatan dengan kekuatan dua pertiga majoriti tiba-tiba berisiko tinggi untuk dibubarkan begitu sahaja. Dan jika itu berlaku Pakatan hanya berhak menyalahkan dirinya sendiri.

Jadilah batu bata yang mengukuhkan

SITI ZAILAH MOHD YUSOF

Segala puji-pujian hanya  kepada Allah, Dewan Muslimat PAS Malaysia bersyukur  berakhirnya kemelut yang melanda apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat telah membuat keputusan  mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat yang bersejarah itu sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Dato'Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Yb Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, sekaligus menamatkan  spekulasi dan menjawab segala persoalan rakyat di semua peringkat.

Jentera muslimat berdiri teguh serta wala' dan taat menerima setiap keputusan yang kami yakin berasaskan kebijaksanaan, musyawarah dan istikharah kepimpinan.

Tuan Guru Presiden pernah menyebutkan, islam ini besar dan luas. Masing-masing ada penjuru, pastikan islam itu menang dipenjuru masing-masing. Bahtera kita besar dan pelbagai penumpang yang ada. Uruskan perbezaan dengan hikmah. Banyakkan muhasabah diri dan teruskan bergerak kehadapan mengajak masyarakat kembali kepada Allah s.w.t.

Kepada semua pimpinan PAS, PKR dan DAP disemua peringkat renungilah kata-kata Dato'Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

"Bila disebut Kelantan bukan negerinya tapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran ialah qalbu (hati) manusia. Kita mesti jaga qalbu (hati) manusia, kerana qalbu (hati) ini sengaja Allah s.w.t. ciptakan untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita jaga qalbu (hati) manusia, automatik terjaga habis, ekonomi manusia, sosial manusia, budaya manuia dan aqidah manusia...."

Azizah the first woman MB but Rosmah - the first de-facto woman PM

Mariam Mokhtar
The people who doubt Dr Wan Azizah Wan Ismail’s suitability as Selangor menteri besar (MB) and who claim that Malaysia is not ready to accept a woman to govern either the state, or the nation, are wrong. Step forward, the self-appointed ‘First Lady of Malaysia’ (FLOM), Rosmah Mansor.
In the past, many people, especially those from Umno Baru, despised the FLOM because they believe that she was masquerading as the FLOM when she was really the prime minister. Najib Abdul Razak, they said, is her proxy. So, are the critics of Wan Azizah afraid that the top echelons of political power will become too crowded with women? So, who are the groups which are sabotaging Wan Azizah?
Many people claim they want change, but when faced with opportunity for change, which is to have Wan Azizah as the MB, they develop cold feet. They fear uncharted waters. Dr Wan Azizah is not unfit to be MB, but Malaysians are afraid of change.
The trouble also lies with the indecisive politicians, in Umno Baru, BN, Pakatan and PAS, and the conservative people who want to retain our patriarchal society.

The people who currently hold the reins of power know that when Wan Azizah turns the country around, they will be in trouble. They know they will lose power, status and wealth, and be punished for their past crimes.
The men who fear a woman at the top are probably afraid that a woman will show up their weaknesses.
The rakyat is fed up with the current administration which puts in minimal effort to help uplift the lives of women. A few years ago, Najib nominated himself as the women, family and community development minister but failed to bring any meaningful changes for Malaysian women.
Najib could not even force himself to sack his predecessor for her role in the National Feedlot Corporation (NFC) scandal. Was he afraid of what she could do to him? An honest person can never be conned. Likewise, a person who has nothing to hide does not fear the skeletons tumbling out of his closet.
Malaysians want something done about the many crimes against women - the gang rapes, the child marriages, the increase in domestic violence, the abuse of maids, sometimes by women themselves, women being infected by HIV/Aids by their husbands, women who are abandoned by their polygamous husbands, the abandoned babies and the single mothers with no lifeline.
Why are Malaysian men, principally Malay men, averse to women holding senior and important roles in society, especially in politics?
Are they afraid that women in power might behave like the wife who has discovered her husband’s cheating and will curtail both his nocturnal and extracurricular activities? Will the Malay men fear that Wan Azizah may force a complete overhaul of the syariah law, in Malaysia, to gain more protection to Malay women?

‘Priority to her husband’s needs’?
Do Malay men have the same opinion as the vice-president of the Obedient Wives’ Club (OWC), Rohaya Mohamad , who in 2011 said that women should be “high class whores in bed” to prevent their husbands from straying. Perkasa’s Ibrahim Ali certainly thinks so. He said, “From a Muslim perspective, the wife has to drop all of this (cooking, etc). She must give priority to her husband’s needs.”
If only Rohaya realised the struggles of Malayan fathers, grandfathers and great-grandfathers, who in the early 1900s, valued education. They fought for the right of education for their daughters. They did not think that to become whores was the full extent of an education. They wanted to empower their daughters.
The trouble with Wan Azizah is that compared with other Umno Baru women, she is educated, well-travelled, sophisticated and squeaky clean; but that does not stop people from making up lies about her, like former PKR Youth secretary Lokman Nor Adam, who jumped like a frog to Umno Baru and defamed Wan Azizah with claims that she led an extravagant lifestyle and had a penchant for expensive suits.

APAKAH KRITIKAN TUN MAHATHIR ITU MASIH ‘LAKU’?

Ramai yang mempersoalkan tentang apakah kritikan yang disuarakan oleh Tun Mahathir masih boleh diterima oleh ahli UMNO khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Ringkasnya apakah apa yang dilakatakan oleh Tun itu masih ‘laku’ seperti dulu ataupun hanya seperti ‘mencurahkan air di daun keladi’ sahaja. Bagi aku apa yang disuarakan  oleh Tun itu bukan soal ‘laku’ atau pun tidak tetapi apakah yang penting bagi aku dan juga rakyat Malaysia umumnya ialah tentang betul atau tidak tentang apa yang disuarakan oleh Tun itu.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia  berfikiran rasional dan terbuka. Janganlah disebabkan ‘marah’ atau ‘benci’ kepada seseorang maka kita terus tidak mengakui dan mengiktiraf apa sahaja yang disuarakannya. Itu tidak betul. Aku perhatikan itu merupakan suatu trend kini dikalangan rakyat Malaysia. Kecondongan kepada sesuatu aliran pemikiran telah menyebabkan seseorang itu terlampau ‘taksub’ sehinggakan terlalu sukar baginya untuk mengalihkan paradigmanya.
Sekali imbas merenung kenyataan dan krkitikan Tun terhadap  pentadbiran DS Najib menyebabkan bukan sahaja aku yang tertanya-tanya, tetapi ramai lagi rakyat di Malaysia yang mungkin juga tertanya-tanya. Apakah semua Perdana Menteri tidak betul dalam menjalankan pentadbiran di negara kecuali dia (Tun)? Apakah semua Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri ‘dibawahnya’ bodoh-bodoh belaka. Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar Baba, DS Anwar Ibrahim adalah bekas Timbalan Perdana Menteri di bawah beliau. Hanya Tun Ghaffa Bara yang boleh ‘bertahan’. Tun Musa Hitam dan DS Anwar Ibrahim telah ‘dibuang’ oleh Tun Mahathir.
Tun Abdullah Ahamd Badawi dan DS Mohd. Najib boleh dikatakan sebagai ‘anak didik’ beliau. Lantas apabila Tun merasakan yang dia sudah tidak diperlukan lagi sebagai Perdana Menteri ( pengakuan beliau sendiri) beliau telah melantik Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Lama kelamaan, Pak Lah ‘tak kena’ juga kepada Tun Mahathir. Lantas Pak Lah juga mengundur dari menerajui pentadbiran negara. Kini giliran DS Mohd Najib pula. Kenaikan DS Najib ke ‘takhta’ Perdana Menteri ada kaitannya juga dengan peranan yang dimainkan oleh Tun Mahathir. Mungkin atas mengenangkan jasa Tun Razak yang ‘menyelamatkan’ beliau dari terus menerus berada di ‘wilderness’, dan kemudian ‘mencampakkan’ beliau semula di arena politik negara, maka Tun Mahathir agak ‘terhutang budi’ kepada Tun Razak dan tentunya akan mebalas budi bail Tun Razak itu. Kini Tun Mahathir sudah mula merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh DS Naib ‘tidak kena’ juga.
Tetapi apakah semuanya salah tentang apa yang disuarakan oleh Tun Mahathri itu kepada pentadbiran DS Najib sekarang. Aku rasa ada juga betulnya kritikan yang disuarakan oleh Tun itu walaupun bagi setengah peihak tentunya amat tidak setuju dengan kritikan Tun itu.

Pengganti Khalid berdepan tugas sukar

 Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM - Siapa pun yang dilantik menjadi Menteri Besar Selangor baharu akan berdepan tugas sukar untuk memastikan legasi ditinggalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mampu diteruskan dengan baik.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, jika benar Abdul Khalid terpaksa melepaskan jawatan, penggantinya akan dibayangi oleh kecemerlangan Abdul Khalid.

Menurutnya, keupayaan Abdul Khalid memacu ekonomi negeri itu berjaya memberikan rizab sehingga RM3 bilion kepada Selangor dan beliau disifatkan rakyat antara Menteri Besar Selangor paling berjaya dalam mentadbir negeri.

“Pengganti Abdul Khalid bukan sahaja mempunyai tanggungjawab memastikan rekod lebih baik tetapi berhadapan dengan penilaian tinggi daripada rakyat,” katanya.

Menurut Sivamurugan, kelebihan Abdul Khalid yang merupakan ‘orang ekonomi’ secara tidak langsung berjaya memanfaatkan sepenuhnya kekayaan bumi Selangor berbanding pemimpin yang berteraskan pegangan politik.

Beliau berkata, Abdul Khalid berjaya memastikan wang negeri tidak dibazirkan, sebaliknya digunakan untuk melaksanakan beberapa program dengan lebih baik dan cekap.

Keputusan Pas tak dipengaruhi parti lain

Zulkefly-Mohamad-Omar
SEREMBAN - Keputusan Pas menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bukan sekadar menjaga hubungan baik dalam PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Zulkefly Mohd Omar berkata, keputusan itu dibuat sendiri pimpinan Pas Pusat tanpa pengaruh DAP dan PKR.

“Keputusan meletakkan dua nama, iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin, adalah bagi membolehkan Sultan Selangor membuat pilihan.

“Kita hormati rakan parti dan keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama pemimpin Pas dan itulah pendirian kita,” katanya, semalam.

Menurutnya, PR mempunyai majoriti di Selangor dan tidak mungkin melakukan pembubaran Dun.

“Abdul Khalid seharusnya menyerahkan kepada PR bukannya terus memegang kerusi menteri besar kerana beliau sudah hilang sokongan dan kepercayaan parti.

“Jika Abdul Khalid mahu membubarkan Dun, bermakna beliau sudah mengkhianati rakyat,” katanya.

Exco PAS: Tiada istilah ingkar

Halimah
SHAH ALAM - Tindakan meneruskan tugas dan bekerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bermakna Exco Selangor dari Pas ingkar dengan keputusan parti itu.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, beliau dan rakan Exco Pas yang lain hanya menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya akan terus bekerja dengan Abdul Khalid sebagaimana arahan parti sebelum ini, kemudian berserah kepada parti dan titah Tuanku Sultan Selangor mengenai kedudukan (exco) selepas ini," katanya ketika ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini keempat-empat Exco Pas itu sedang menunggu pucuk pimpinan parti PR untuk membentangkan perkara itu kepada sultan.

Beliau akui ketika ini tidak ada masalah untuk mereka bersama Abdul Khalid atas dasar sebagai anggota exco selain patuh kepada pucuk pimpinan parti.

Najib mungkir janji mansuh Akta Hasutan, kata pengkritik

Masyarakat sivil dan peguam hak asasi manusia melahirkan kekecewaan mereka apabila seorang lagi ahli politik akan didakwa mengikut Akta Hasutan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk memansuhkan akta berkenaan. Mereka berkata, kebelakangan ini sudah menjadi lumrah Putrajaya menggunakan undang-undang "purba" untuk menyekat perbezaan pandangan pemimpin pembangkang dan individu yang lantang melontarkan kritikan. Mereka berkata rekod hak asasi manusia di Malaysia akan terus menerima kecaman jika undang-undang ini dengan mudah digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara dan menyuarakan pendapat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.  Peguam Gobind Singh Deo berkata dakwaan terhadap Naib Presiden PKR N Surendran di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini merupakan satu lagi contoh Putrajaya mengambil kesempatan menyalahguna undang-undang tersebut. "Perdana menteri berjanji untuk memansuhkan undang-undang ini, tetapi apa yang kita lihat adalah yang bertentangan. Lagi dan lagi pemimpin pembangkang didakwa," katanya selaku pengerusi biro guaman kebangsaan DAP. Gobind berkata, Najib gagal berpegang kepada janjinya untuk menjadikan Malaysia "negara demokrasi terbaik" dunia. Katanya, kes Surendran melihatkan sistem keadilan jenayah di Malaysia yang menyedihkan. Polis mengambil keterangan Surendran di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju malam tadi selepas menyerahkan waran tangkap dan didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Timbalan Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata,

Dr M: Najib lembut dan diam mengenai isu-isu kritikal

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "terlalu lembut" dan sering berdiam diri terhadap isu-isu penting di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya, adalah antara sebab beliau menulis di di blognya yang mengkritik Najib (kanan) pagi ini.

"Beliau terlalu lembut dengan semua... kadang-kadang tak respons, dan hanya berdiam diri.

"Apabila ada masalah pun dia tidak ada ambil tindakan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak meminta Najib berundur.

"Saya tidak meminta beliau untuk berundur, saya mengatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan dasar-dasar beliau," katanya.

Mohd Najib Hilang Sokongan Dr Mahathir

A Kadir Jasin

TAJUK rencana terbaru (Tun) Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada 18 Ogos amat ringkas. Menegur.
Tetapi sesiapa saja yang membacanya akan mendapati bahawa ia lebih daripada teguran.
Ia berupa kritikan paling tajam dan paling terbuka terhadap anak didiknya sendiri, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak.
Antara lain, Blogger Che Det menulis: “24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.”

Hari-hari gembira: Dr M pendidik dan pelindung Mohd Najib
Saya langsung tidak terperanjat dengan rintihan Dr Mahathir itu.

Ke mana pun beliau pergi dan di mana pun beliau berada, pelbagai pihak "mengadu" mengenai tindak-tanduk Mohd Najib yang kabur dan kacau. Hatta cuti di Eropah baru-baru ini pun menjadi satu misteri.
Meminjam ungkapan bahasa Inggeris, “the PM deserves every word that Dr Mahathir hurled at him.
Saya ditanya oleh portal berita Malaysiakini dan Malaysian Insider mengenai kecaman Dr Mahathir itu.
Wassalam.

Sekarang Dr Mahathir pula bersuara lantang mengkritik Najib

Masalah bukan sahaja dihadapi oleh PR dan PKR serta PAS. Seperti biasa masalah besar juga  yang dihadapi oleh Najib, Perdana Menteri kita yang suka membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit yang sejemput itu. Najib tidak terjumpa dengan penyelesaian untuk mentadbir negara kita.
Terakhir sekali Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan beliau terhadap Najib untuk terus memimpin negara ini. Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi.
Dr Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk ‘performances’ nya dari Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.
Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan UMNO dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.
Tetapi apa tindakan Dr Mahathir sekarang? Adakah Dr Mahathir mempunyai calon gantian kepada Abdullah, seperti PR sedang tercari-cari gantian kepada kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor? Setidak-tidaknya Anwar dipihak Pakatan Rakyat telah berjaya untuk mencari pimpinan gantian kepada Khalid, iaitu isterinya sendiri. Anwar tidak tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak, termasuk PAS, dan beliau telah berjaya ‘mengembilikan’ parti islam itu dan beliau boleh perlakukan apa sahaja kepada PAS melalui agen-agennya dalam PAS itu sendiri.
Tetapi untuk memilih gantian dengan cadangan Dr Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihan Dr Mahathir tidak pernah pilihan yang betul. Mula-mulanya beliau pilih Musa Hitam, tetapi Musa Hitam tidak betul kepada beliau. Selepas itu pilih Ghaffar Baba tetapi akhirnya Ghaffar Baba tidak layak untuk meneruskan hasratnya hendak menjadi pengganti beliau.
Dipilihnya Anwar dan meminta Anwar menggugurkan Ghaffar, tetapi apabila Anwar menjadi Timbalannya, beliau dapati Anwar telah melakukan kerja yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pemimpin Islam katanya. Anwar pula telah didapati sentiasa melakukan ‘insubordinations’ terhadap pimpinan beliau, maka Anwar ditendang dengan alasan yang beliau tahu dari awal lagi.