Isnin, 18 Ogos 2014

Krisis Selangor - Kenapa PAS Terasing?

Kecelaruan dinamisme dalam Pakatan

Rizuan Abdul Hamid 

Pada awal kebangkitan fraksi politik Pakatan Rakyat (PR), saya begitu terpesona dengan dinamisme politik yang dipamerkannya terutamanya di Perak dan Selangor. Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, PR yang ketika itu baru dibentuk, menamakan menteri besar Perak dan Selangor daripada kalangan mereka yang tidak punya kedudukan tinggi di dalam parti mahupun di peringkat negeri atau nasional. Pada saya ini sesuatu yang menarik kerana ia dilihat tidak mengamalkan pemusatan kuasa pada seseorang individu seperti yang biasa diamalkan oleh suatu lagi barisan fraksi politik yang lama berkuasa di tanah air.  Namun kini saya tidak melihat lagi dinamisme itu. Kemelut dan polemik mengenai isu menteri besar Selangor membuatkan jawatan menteri besar dicadangkan kembali dipegang oleh seorang yang mempunyai jawatan tinggi di dalam partai – yakni seorang yang berkedudukan presiden. Bagi saya ini merupakan langkah ke belakang, tetapi terpaksa diambil untuk menyelamatkan keadaan. Kuasa menteri besar yang agak besar membuatkan sesiapapun yang memegangnya agak sukar dikawal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan partai yang diwakilinya. Sememangnya wajar jika kuasa menteri besar harus dihadkan supaya kuasanya tidak membayangi DUN serta majlis eksekutif. Harus kita ingat, walau seorang menteri besar adalah hak semua rakyat, tetapi beliau tetap terikat dengan dasar-dasar partai yang diwakilinya kerana beliau menang atas manifesto partai tersebut. Lalu manifesto tersebut mesti ditunaikannya. Jika seseorang menteri besar tidak lagi mahu menjalankan manifesto yang dirangka oleh partainya, lalu atas keabsahan apa beliau memegang jawatan tersebut? Tidak perlu untuk menunggu sebarang alasan syarie yang lain. Lalu mungkin kerana kemelut seperti inilah yang kembali memaksakan jawatan menteri besar harus diserahkan kepada seseorang yang berkedudukan tinggi di dalam partai. Namun isu polemik menteri besar Selangor masih lagi berjalan dan belum muktamad. Selain itu, PR juga terpaksa bergelut dengan beberapa dinamisme politik lain yang jika tidak dirungkai akan

PAS tawar DAP guna logo dalam PRU13 tidak dilupakan

Sungguhpun PAS akhirnya bersetuju dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu semalam, tindak-tanduk beberapa pemimpin parti masa depan itu menolak keputusan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini masih tidak memadamkan amarah banyak pihak hingga kini. Jeffrrey Chew, aktivis muda DAP Pulau Pinang antara yang berkongsi pendapat peribadi mengenai kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Jeffrrey berkata, beliau sekeluarga tidak pernah lupa setiakawan PAS menawarkan logo parti Islam tersebut untuk digunakan calon DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, semasa Pendaftar Pertubuhan (RoS) cuba mengharamkan DAP.  "Mak saya kata: mana ada parti yang begitu setiakawan sampai sanggup beri logo pastinya untuk calon DAP guna (tanding) masa pilihan raya lepas? "Gerakan tidak akan bantu DAP kerana Gerakan memang mahu RoS haramkan DAP, tetapi, mak saya kata: dia tidak pernah lupa setiakawan PAS dengan DAP masa PRU13 dulu," respons Jeffrrey Chew. Seorang lagi aktivis DAP yang turut berkongsi pendapat adalah Francis Ong Koon Liak, iaitu bekas ahli majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Francis selalu digelar 'Cina PAS' kerana keakrabannya dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Ke mana saja kelibat Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Abang Mat' di Utara Semenanjung Malaysia, di situlah ada Francis dan seorang lagi sahabat, Ahmad Tarmizi Abdullah (Ahli Majlis MPSP). "Bukan saja PAS diuji dengan kesetiaan, sebagai ahli DAP biasa pun, saya turut diuji setiakawan rakan-rakan saya daripada PAS seperti Abang Mat sendiri, di sebalik isu menteri besar Selangor ini. "DAP dan PAS, dan satu lagi PKR nampaknya ada setiakawan untuk menumbangkan kezaliman Umno Barisan Nasional (BN)," kata Francis. Melihat respons kedua-dua ahli DAP Pulau Pinang ini, terdetik saya untuk bertadabbur ayat 216 daripada surah Al-Baqarah, yang bermaksud:"...boleh jadi kamu benci sesuatu kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, boleh jadi kamu suka sesuatu kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu..." Saya pun marah dengan cara peribadi beberapa PAS mengurus konflik kali ini, tetapi cukup tercuit oleh dua respons aktivis muda DAP Pulau Pinang terbabit.

CEO; Ganjaran lebih kecil untuk Nazir Razak

Ketua Eksekutif CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Puncak Niaga Holdings Tan Sri Rozali Ismail antara enam eksekutif penting yang mendapat ganjaran kurang tahun lalu berbanding sebelumnya.

Laporan tahunan majalah Malaysian Business berkaitan ganjaran diperoleh pengarah-pengarah berkata, Nazir, yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, “turun daripada tangga ke-13 sebelum ini ke tangga ke-16”.

“(Beliau) membawa pulang RM9 juta, berbanding RM10 juta pada 2012,” lapor majalah itu dalam edisi terkininya.

Tinjauan itu juga mendapati enam daripada carta 20 teratas pengarah-pengarah yang menerima kurang ganjaran pada 2013.

Selain Nazir dan Rozali (kiri), mereka ialah: Hassan Assad Basma (Bumi Armada Bhd), Datuk Seri Jamaludin Ibrahim (Axiata Group Bhd), Choong Yee How (Hong Leong Financial Group Bhd) dan Tan Sri AK Nathan (Eversendai Corporation Bhd).

Menurut majalah itu, individu mendapat bayaran tertinggi di Puncak Niaga memperoleh antara RM13.5 hingga RM13.55 juta.

Senarai itu diungguli oleh Genting Bhd yang terus memberikan bayaran tertinggi untuk pengarah-pengarah dan eksekutif kanannya.

Bayaran tertinggi kepada individu di Genting dan Genting Bhd hampir RM200 juta pada 2013.

Ia menyenaraikan Tan Sri Lim Kok Thay sebagai eksekutif kanan untuk kedua-dua syarikat itu.

Ia kemudian diikuti oleh IOI Corp, Tropicana Corp dan YTL Corp.

Pakatan Rakyat telus tolak pemimpin bermasalah

Yaakob Sapari.
Ramai yang berkata tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai gelojoh dan tidak memikirkan maruah parti kerana mendedahkan keburukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terutama berhubung isu penjaman Bank Islam.
 
Kenapa tidak diselesaikan secara dalaman kerana isu tersebut menyentuh intergriti pemimpin yang mengetuai sebuah negeri paling maju di Malaysia?
 
"Sebenarnya, kami dalam pakatan pembangkang tidak berniat untuk memburukkan sesiapa tetapi kami tidak akan melindungi mana-mana ahli termasuk pemimpin sekiranya didapati melanggar etika kerja yang membabitkan maruah parti.
 
"Kami dalam pakatan pembangkang mengamalkan konsep telus dan tidak ada sesiapa pun yang dilindungi jika benar-benar didapati bersalah.
 
"Kenapa kita mesti sembunyikan sesuatu yang tidak elok yang dilakukan pemimpin? Tidak kiralah apa kesalahan yang dilakukan, jika salah laku itu memberi imej buruk kepada parti, dia kenalah terima akibatnya," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik, Yaakob Sapari.
 
Beliau yang ditemui secara eksklusif di pejabatnya petang tadi menjelaskan, Abdul Khalid sepatutnya bersikap terbuka dari awal sebelum isu ini menjad besar.

MB Selangor: Wan Azizah tetap perlu tunggu keputusan Sultan

Wan Azizah Wan Ismail 
SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan PR sebagai calon menteri besar tetap perlu menanti perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyandang jawatan nombor satu di Selangor itu.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun PR telah memilih calon Menteri Besar Selangor, namun keputusan akhir tetap terletak di tangan Sultan Selangor.

Malah beliau menjangkakan, perjalanan Wan Azizah dalam usaha mendapatkan perkenan Sultan Selangor agak sukar.

“Perjalanan Azizah agak sukarlah sebab sekarang ini, mahu atau tidak, beliau tetap perlu mendapat restu daripada Sultan.

“PR sudah menyatakan sokongan kepada Azizah, jadi, dia kena kemukakan bukti kepada Sultan mengatakan bahawa dia mendapat sokongan majoriti.

“Selepas itu kena tunggu Sultan buat keputusanlah,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini,

KAK WAN, GO FOR IT! Who says a woman cannot be a BETTER MB!

Stephen Ng

KAK WAN, GO FOR IT! Who says a woman cannot be a BETTER MB!There is only one word that can describe embattled Selangor Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim after he was sacked by his party, PKR over a number of issues.
He is DESPERATE.
The main reason, as I see it, is his defiance against the party. Having been such a senior corporate man, Khalid should know that defiance is not acceptable, whether in a commercial or a political organisation.
He had sacked the six Pakatan State Exco for the same reasons, although it was done in a more abrupt manner. Most of us who are watching the entire drama cannot help but ask why Khalid is so desperate as to cling on to the post that was given to him.
He did not even earn it, but it was given to him as a steward or a manager, on behalf of the Pakatan coalition that won the State of Selangor in the last General Election.
Revenge top on Khalid's mind now
At this juncture, even after PAS had decided that it would back Dr Wan Azizah Wan Mansor as the candidate for the post, Khalid's latest attempt to travel as far as Budapest, Hungary is again an act of desperation.
Why does he not wait till August 27 when the Sultan returns? If the Sultan can tarry, why can't he? After all, he had said that this was the Sultan's instruction, when Wan Azizah first received the support of 30 State Assemblymen.
It cannot be denied that there could be some reasons for Khalid to convince the Sultan to dissolve the assembly. The Selangor State Constitution is clear that, if Khalid as MB has lost the confidence of the assembly, the only person he could still turn to is the Sultan.
In my opinion, I do not believe that the Sultan will be that stupid as to be dragged into disrepute because of one man's desperation. With an overwhelming majority that Wan Azizah has commanded from the State Assembly, there is no reason for the Sultan to dissolve the State Assembly.
To dissolve the assembly for the sake of one man will raise a lot of questions on the part of the palace, especially when the support from the assembly is overwhelming for Kak Wan. The Sultan would also not want to complicate matters by rejecting a woman as Menteri Besar of his state, because of the support that is given to her.
Who says a woman cannot be a better MB!

Kadir: Dr M sudah lama sabar pada PM

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini berkata, kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat secara terbuka hari ini selepas “lama bersabar”.

Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, Mahathir mempunyai hak “untuk kecewa dan bersifat kritikal” terutamanya selepas “secara literal” menaikkannya di pada awal penglibatannya.

“Saya percaya Mahathir meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap Najib. Bila Mahathir menjadi PM, beliau jadikan Najib menteri besar (Pahang) termuda dalam sejarah. Beliau sentiasa melindungi Najib,” kata Kadir.

Mahathir hari ini menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Kadir berkata, Mahathir melindungi Najib dalam “keadaan paling buruk”, termasuk ketika terdapat pihak dalam Umno cuba menghalangnya meningkat naik dalam parti itu.

Bubar DUN: Terpulang jika rakyat mahu salahkan PAS - Hadi

Hadi: Keputusan PAS Pusat tak canggah Majlis Syura

Fitnah Liwat II: Polis keluar waran tangkap ke atas peguam Anwar

N Surendran, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes Liwat II, menerima waran tangkap hari ini dan akan dihadapkan ke mahkamah esok. Beliau yang juga ahli Parlimen Padang Serai akan didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menyabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam konspirasi Liwat II. "Polis sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, peguam Anwar dalam kes rayuan Liwat II," kata notis media yang dihantar.  Beliau akan didakwa di mahkamah Jalan Duta. Ketua Pembangkang itu ketika ini dalam proses rayuan kes liwat yang ditetapkan pada 28 dan 29 Oktober sebagai keputusan akhir. Awal hari ini, Anwar mendakwa peguamnya tersebut menerima ancaman daripada Umno yang melancarkan serangan dengan membuat laporan polis ke atasnya, serta disokong media milik kerajaan. Anwar menuduh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan secara peribadi bertemu dengan Najib pada 24 Jun, 2008. Najib juga dituduh menipu apabila pada mulanya mendakwa Saiful hanya bertemu pegawainya dan pertemuan itu hanya berkenaan isu biasiswa. "Kemudiannya, Najib menukar ceritanya dan mengaku berjumpa Saiful di kediamannya. "Pertemuan itu dirancang pegawai khas Najib sendiri, Khairil Annas Jusoh. Malah peguam pendakwa, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga mengakui bersama," katanya. Katanya, lebih jelas lagi wujud konspirasi apabila pegawai polis atasan SAC Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof yang terlibat mendakwanya pada 1998 juga bertemu Saiful selepas pertemuan dengan Najib petang tersebut. "Ini jelas konspirasi berlaku di depan mata kita," kata Anwar. Mac lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya itu, kira-kira 6 tahun lepas. Bagaimanapun, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pihak pendakwaan dalam kes itu, membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000.

Nik Aziz bersyukur Pakatan Rakyat kekal

Ridhuan Tee bimbang S'gor jadi 'darul babi'..!!

Penceramah agama dan kolumnis kontroversi Ridhuan Tee mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi RM100 juta.

Tindakan Khalid yang masih belum melaksanakan projek bersepadu itu menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelarnya “ultra kiasu”, tulisnya di Sinar Harian.

“Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.

“Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam,” katanya.

Dalam tulisan itu, Ridhuan juga mengingatkan pembacanya dengan virus nipah (JE) yang pernah mengorbankan nyawa manusia di negara ini.

“Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam,” tulisnya lagi.

Mengulas krisis pentadbiran semasa Selangor, Ridhuan juga berkata, beliau bersetuju dengan hujah Khalid bahawa kerajaan negeri boleh terus ditadbir walaupun hanya dengan empat exco PAS.

Malah, katanya, kerajaan Selangor boleh berjimat dengan pengurangan exco itu.

“Sudah tentu beban PAS bertambah. Baru buat kerja namanya,” tulisnya lagi.

Beliau juga percaya PAS selepas pilihan raya umum lalu bersetuju anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR menjadi menteri besar Selangor dahulu disebabkan Khalid menjadi pilihan.

“Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan Umno lagi,” kata Ridhuan.

Permohonan MB mengadap Sultan Selangor diluar negara ditolak

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan ada menerima permohonan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap sembah Tuanku Sultan di luar negara bagi memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga baginda berangkat pulang ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi.
“Saya telah menerima permohonan Abdul Khalid untuk menghadap sultan di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di Selangor dan juga kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.
“Permohonan beliau itu telah saya sembah maklumkan kepada baginda dan baginda telah menitahkan supaya Abdul Khalid menunggu sehingga tuanku berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya dalam kenyataan kepada media petang ini.
Sementara itu, Abdul Khalid dalam kenyataan ringkasnya kepada media berkata, beliau menghormati dan akur nasihat sultan supaya menghadap baginda selepas kembali ke tanah air.
Sehingga itu, katanya, beliau dan empat Exco dari Pas akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik.
“Saya juga menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap baginda,” katanya.

‘Rizab Selangor RM3 Billion, Punca Semua Berebut Nak Jadi MB’


Faekah Husin 1

Kemelut politik Selangor mendapat perhatian ramai, sejak dua minggu ini. Ramai yang masih tertanya-tanya isu sebenar kemelut berkenaan walaupun pelbagai penjelasan sudah diberikan Parti PKR dan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenainya.
Berikut adalah wawancara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai kemelut berkenaan.
Beliau mengisytiharkan keluar PKR selepas Abdul Khalid dipecat. Ikuti temu bual bersama dengan pakar rujuk utama Abdul Khalid dan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar ini, selain pernah berkhidmat dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wartawan: Apakah sebenarnya berlaku dalam krisis MB Selangor ini serta punca utama Abdul Khalid dipecat dan mahu digantikan dengan Datin Seri Dr Wan Azizah?
Faekah: Jika saya boleh rumuskan secara ringkas, krisis ini tercipta apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tanpa sebarang sebab munasabah dan hanya lebih setahun selepas pakatan pembangkang yang diterajuinya di Selangor menang besar, lebih tiga perempat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Seperti majoriti masyarakat Malaysia, punca utama sebenarnya masih menjadi teka-teki kepada kami. Hanya mereka yang tahu jawapannya.

S: Bagaimana dengan pemecatan MB Selangor sebagai ahli PKR, adakah saudari berasakan ini taktik kotor parti selepas MB enggan meletak jawatan?
J: Memecat keahlian seseorang daripada mana-mana parti politik adalah hak parti. Persoalannya, adakah pemecatan berkenaan sudah melalui due process berlunaskan prinsip common sense dan natural justice yang sememangnya hak setiap insan. Sekiranya due process tidak dihormati, agak sukar untuk dinafikan ada unsur berniat jahat. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana Abdul Khalid sudah menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan untuk dilakukan siasatan berkenaan pemecatan ini. Biarlah Pendaftar Pertubuhan menyiasat dengan telus dan bebas.

S: Bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranannya dalam pentadbiran Khalid terutama selepas beliau dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor?
J: Matlamat asal pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor untuk memanfaatkan sebaik mungkin kepakaran, pengalaman dan keupayaannya dalam pelbagai bidang, terutama berkaitan ekonomi seperti pelaburan, perdagangan antarabangsa dan kewangan. Ada beberapa projek yang dirujuk oleh Anwar dan berjaya, namun saya tidak pasti projeknya.

S: Apakah alasan yang diberikan PKR untuk menyuruh Khalid berundur sebagai MB? Apa yang mereka mahukan?
J: Fakta terpesong dan dakwaan tidak berasas menghampiri fitnah yang dijadikan alasan menggesa Abdul Khalid meletak jawatan terkandung dalam surat bertarikh 4 Ogos 2014 mengenai pencalonan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar kepada PAS berserta kertas ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’. Alasan lain dinyatakan dalam surat tunjuk sebab daripada PKR kepada Abdul Khalid bertarikh 5 Ogos 2014 yang menyatakan bahawa pada 15 Januari dan 21 Julai 2014 Pimpinan Pusat telah memutuskan bahawa Menteri Besar Selangor hendaklah digantikan dengan Dr Wan Azizah. Namun, pada 22 Julai 2014, Abdul Khalid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan selagi proses dan tatacara pelantikan MB tidak dilaksanakan secara teratur serta tertib. Seterusnya, alasan sama diberikan pada surat jawapan kepada Notis Tunjuk Sebab; surat penjelasan daripada Abdul Khalid kepada PKR bertarikh 6 Ogos 2014. Rujuk juga surat balasan kepada Jawatan Surat Tunjuk Sebab dari PKR kepada Abdul Khalid bertarikh 7 Ogos 2014.

S: Berdasarkan perkembangan semasa, sudah ada sokongan daripada PAS yang mengikut PKR dan DAP untuk menyingkirkan Abdul Khalid sedangkan PAS Pusat belum buat keputusan mengenai beliau?
J: Agak jelas hampir seluruh kepemimpinan PAS sama ada pada peringkat Pusat atau negeri Selangor telah menyatakan sokongan terbuka kepada Abdul Khalid terutama Mursyidul Am, Majlis Syura, Presiden dan Pesuruhjaya Selangor meskipun tidak dapat dinafikan ada segelintir yang bersetuju dengan cadangan PKR dan DAP.

S: Apakah janji parti kepada Abdul Khalid ketika mereka menamakan semula beliau sebagai MB selepas pilihan raya umum lalu. Adakah Tan Sri mungkir janji atau Anwar dan PKR kurang senang dengan tindak-tanduk beliau?
J: Saya tiada pengetahuan mengenai janji yang dimaksudkan. Namun, apa yang penting janji Abdul Khalid kepada rakyat Selangor bahawa kerajaan pimpinan beliau akan meneruskan corak pentadbiran dengan konsep ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ dan ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’. Ini termasuk menyelesaikan isu penstrukturan industri air di Selangor dengan mengembalikannya kepada rakyat Selangor. Malah telah ada pelan strategi untuk membolehkan semua rakyat Selangor yang membayar bil air memperoleh saham dalam syarikat air yang akan dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.

S: Benarkah dakwaan meyatakan saudari sebenarnya ‘mastermind’ Abdul Khalid?
J: Saya amat terharu dengan dakwaan sesetengah pihak yang kononnya sayalah mastermind bagi semua langkah dan gerak politik Abdul Khalid. Saya anggap ia satu pujian dan antara penghormatan terbesar dalam karier politik saya! Hakikatnya, kami sentiasa bekerja secara berpasukan tanpa seseorang pun boleh mengambil kredit. Dasar kami adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat berdasarkan lunas Islam dan dan prinsip Rukun Negara dan paling utama jangan memperkecil kemampuan Abdul Khalid. Dia adalah individu Melayu yang mengetuai gerakan Dawn Raid ke atas Guthrie pada masa kebanyakan kita masih di bangku sekolah dulu.

S: Bagaimana saudari melihat isu ini dikaitkan dengan teori ‘badi MB Selangor’ yang dijatuhkan dengan pelbagai isu?

Anak jati @ Macai bantah pelantikan Wan Azizah...

Sekumpulan remaja yang menggelarkan diri mereka 'Anak jati Selangor', berkumpul di pintu masuk utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pemilihan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor. Gambar: ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR
Sekumpulan remaja yang menggelarkan diri mereka 'Anak jati Selangor', berkumpul di pintu masuk utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pemilihan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Seramai lapan anak muda yang mendakwa anak jati Selangor berhimpun secara aman di pintu masuk utama ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, tengah hari ini.
 
Perhimpunan setengah jam itu diadakan sebagai membawa mesej dari rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang, bahawa mereka tidak mahu orang luar dilantik sebagai Menteri Besar.
 
Menurut wakil kumpulan itu, Mohd Kamal Habsi, kehadiran mereka tidak mewakili mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi politik.
 
"Kami rasa tercabar apabila sultan kami dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dipermainkan oleh pihak berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu menukar Menteri Besar sedia ada kepada orang luar yang berkepentingan,” katanya ketika ditemui di luar pagar bangunan SSAAS.
 
Menurut Mohd Kamal, mereka mengutuk keras apa yang berlaku di negeri itu dan memberi amaran kepada pakatan pembangkang, walaupun suara mereka kecil, tetapi mewakili sebahagian besar rakyat jati Selangor.
 
Mereka membawa kain rentang dan plakat bertulis, 'Kami mahu anak Selangor”, 'MB Selangor untuk anak Melayu Selangor', Perkara 53 (3) menjelaskan MB Selangor mestilah warganegara secara kuatkuasa undang-undang dan bukan bernombor IC 71”.

Fitnah Liwat II: Anwar dakwa Umno ganggu peguamnya dalam usaha seretnya ke penjara

Serangan Umno terhadap peguam saya  satu usaha JAHAT untuk ganggu rayuan Fitnah II Pada 14hb Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 28 dan 29hb Oktober 2014 untuk mendengar rayuan saya terhadap sabitan Fitnah 2 oleh Mahkamah Rayuan. Ini merupakan usaha terakhir saya mengikut undang-undang terhadap sabitan Fitnah 2 yang tidak adil dan berbaur politik.
Sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara telah membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran, peguam saya dalam kes rayuan Fitnah 2. Antara lain, pimpinan tertinggi Umno seperti Mukhriz Mahathir telah secara terbuka meminta semua bahagian Umno untuk membuat laporan polis, manakala rencana dalam Utusan Malaysia telah meminta tindakan serta-merta dikenakan ke atas peguam saya.
Alasan kempen ugutan terhadap peguam saya ini ialah kerana di dalam satu sidang media selepas pengurusan kes rayuan beliau telah membangkitkan isu bahawa dakwaan terhadap saya adalah satu konspirasi politik yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.
Peguam saya mempunyai hak dan tugas untuk menyebut tentang keterlibatan Najib dalam konspirasi Fitnah 2 untuk memenjarakan saya. Keterlibatan Najib dalam konspirasi ini merupakan salah satu pembelaan utama saya sewaktu kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi; dan akan dibangkitkan dengan menyeluruh sewaktu rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober 2014.

Bukti keterlibatan Najib adalah jelas dan memeranjatkan. Najib telah bertemu penuduh, Saiful, pada 24 Jun 2008, iaitu dua hari sebelum Saiful mendakwa kejadian tersebut berlaku.
Apabila beliau disoal mengenai hal ini, Najib pada mulanya telah berbohong dengan berkata hanya pegawai beliau bertemu penuduh, kononnya berkaitan isu biasiswa. Namun kemudian, Najib telah mengubah ceritanya dan mengaku telah bertemu Saiful di kediamannya.
Pertemuan tersebut telah dirancang pegawai khas Najib sendiri, iaitu Khairil Anas. Peguam peribadi Najib, yang sekarang menjadi pendakwa kes terhadap saya, iaitu Shafee Abdullah juga telah mengaku yang beliau turut hadir di dalam pertemuan itu.
Pegawai kanan polis, SAC Datuk Rodwan, yang terlibat dalam konspirasi Fitnah 1 pada 1998, juga telah bertemu Saiful pada malam yang sama. Saiful telah turut menghubungi KPN Musa Hassan. Musa cukup terlibat dalam konspirasi 1998 di mana beliau bertindak sebagai pegawai penyiasat.
Ini jelas satu konspirasi!
Dengan mengabaikan kesemua fakta ini, mahkamah rayuan telah mensabitkan saya pada 7 Mac 2014, beberapa hari sebelum bermulanya kempen PRK Langkah.
Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib dalam konspirasi ini.
Dalam kenyataan saya dari kandang tertuduh yang saya bacakan dalam perbicaraan, saya telah sebut:
“Keseluruhan proses ini adalah satu konspirasi oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak untuk menghapuskan saya dari persada politik dengan sekali lagi mencuba untuk memasukkan saya ke penjara.”
“Najib Razak melakukan apa yang dibuat mentornya dahulu, iaitu dengan menggunakan keseluruhan kuasanya melalui media, polis, Pendakwa Raya dan mahkamah untuk merosakkan proses keadilan dan menghapuskan saya dari persada politik.”

Rumah penduduk Kg Chubadak siap 70 peratus, simbol ‘kubu’ hak peneroka

ChubadakSHAH ALAM, 18 OGOS: Kerja pembinaan semula rumah penduduk Kampung Chubadak yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa hari sebelum menjelang bulan puasa lalu kini hampir 70 peratus siap dibina.
Antara rumah terbabit, melibatkan kediaman keluarga Saiful Asyraf, 27, yang sudah didiami keluarga itu sejak beliau lahir lagi.
Saiful berkata pembinaan rumah itu merupakan simbol pertahanan kepada hak peneroka bandar yang mula mendiami kampung terbabit sejak lebih 30 tahun lalu.
“Pada masa ini dua buah rumah dinaikkan, rumah saya dan jiran saya Mak Cik Waheda.
“Penduduk lain, ada yang mahu melihat perkembangan selanjutnya dan ada juga yang dah tawar hati,” kata beliau ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
kg_chubadak_wahidah_1_1606Saiful juga menganggap rumah yang dibina semula itu sebagai simbol pertahanan terakhir hak peneroka bandar kampung itu daripada pencerobohan pihak berkuasa.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan rumah yang masih dalam pembinaan dirobohkan semula pihak DBKL.
Saiful memberitahu setakat ini beliau sudah menghabiskan kira-kira RM2,000 bagi pembinaan rumah barunya itu.
“Kebanyakkan guna bahan binaan yang boleh dipakai semula seperti zink, papan dan lain-lain.
“Saya cuma beli simen, pasir dan bayar upah tukang saja dan yang lain-lain dibuat secara bergotong royong bersama penduduk kampung,” ujar beliau.
Beliau juga menerima sumbangan daripada PAS kawasan sebanyak RM1,000 bagi membantu meringankan bebannya itu.

Krisis MB Selangor dan masa depan Pakatan

Oleh Ameen Hussaini Mohd Salleh
PAS sudahpun membuat keputusan dan keputusannya ialah menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baru dan turut mencalonkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. Apa pun keputusan ini menyelamatkan permuafakatan Pakatan Rakyat (PR) yang hampir roboh.
Berdasarkan keputusan ini nampaknya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa meletakkan jawatannya sebagai MB setelah kehilangan sokongan daripada ketiga-tiga parti komponen PR.

Kalau dilihat secara bigger picture, ini menyelamatkan PR dari segi jangka panjang. Jika tidak PAS kemungkinan akan keluar daripada PR dan seperti kata Husam Musa akan kembali pada tahun 80-an dan berjuang secara bersendirian.
Umno pastinya melopong dan kecewa dengan keputusan ini kerana mereka menangguk di air keruh. Saya teringat kata-kata Allahyarham Fadzil Noor yang menyebut apabila musuh sokong kita pasti ada yang tidak kena. Begitulah nampaknya gambaran terhadap Khalid. Mungkin ada tindakannya yang membelakangkan parti dan menguntungkan musuh seperti kes hutangnya dengan Bank Islam dan penyelesaian kemelut penstrukturan semula pengurusan air Selangor.
Apa pun dengan keputusan PAS ini, nyawa MB beliau sudah di penghujung dan Selangor hampir pasti akan mendapat MB baru.Harapan kita ialah krisis ini akan berakhir dengan baik dan kerajaan akan berfungsi seperti biasa.

Sultan tells Khalid no need to meet him overseas

The palace received a request from Khalid to have an audience with the Sultan, who is currently in Budapest.
sultan selangorPETALING JAYA: The Sultan of Selangor has told Khalid Ibrahim that he does not have to travel overseas to meet him over the MB issue.
In a statement today, the sultan’s private secretary,Mohamad Munir Banir said he received a request from Khalid to have an audience with the Sultan, who is currently in Budapest, Hungary.
He also revealed that the Sultan had turned down the request.
“I conveyed the request to his highness but the ruler told Khalid to wait until he returns home on Aug 27,” he added.

Hadi: Terserah kepada Sultan Selangor

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada Sultan Selangor sama ada memperkenan atau sebaliknya Datuk Seri Dr  Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Musyidul Am Pas, Abdul Hadi berkata, parti boleh mengemukakan sesiapa sahaja sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun keputusan akhir tetap berada di tangan Sultan.

Ujarnya lagi, Pas menerima apa sahaja keputusan Sultan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Tapi kita berharap perkara seperti itu tidak berlaku," katanya.

Abdul Hadi bertemu dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bagi menjelaskan keputusan yang dibuat mesyuarat Pas Pusat semalam.

Dalam mesyuarat lebih sejam itu, Pas Pusat yang sebelum ini menyokong kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat pusingan U dengan bersetuju Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicalonkan untuk menjadi menteri besar yang baharu.

PKR bagaimanapun memutuskan hanya Wan Azizah akan dicalonkan bagi menggantikan Abdul Khalid bagi jawatan itu.

Khalid: Saya akur nasihat Sultan Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati dan akur nasihat Sultan Selangor supaya beliau menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.

"Sehingga itu, saya dan barisan exco akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah baginda dan menghindar membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap baginda.

Sebelum ini, Istana Selangor menyatakan bahawa Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Baginda menitahkan agar Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

Cabaran pasca 17 Ogos lebih besar kepada Pakatan, kata ahli Parlimen PAS

Kemelut sebelum mesyuarat pimpinan PAS Pusat dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) semalam seharusnya dijadikan pengajaran malah cabaran lebih besar menunggu selepas ini, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS itu berkata, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil pemimpin PR sewaktu perselisihan mengenai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan ia wajar dilihat dalam kerangka lebih besar. "PR perlu memperbaharui diri mereka dengan meneruskan agenda nasional dan rakyat serta mengurangkan politiking sehingga merugikan maslahat yang lebih utama.  "PR gagal menggunakan kepakaran pengurusan konflik malah membiarkan kepercayaan rakyat kepada mereka tergugat. “Kemunculan kes awalan bahawa penentuan jawatan yang perlu dipersetujui oleh ketiga parti tidak diserahkan hanya kepada parti penjawat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, mesyuarat ahli Jawatankuasa Pimpinan PAS Pusat menamakan dua calon pengganti Khalid, iaitu Presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali. Bagaimana pun, mesyuarat Majlis Pimpinan PR kemudiannya menyenarai pendek Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, dan akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor selepas keberangkatan pulang baginda dari luar negeri. Mujahid berkata antara pengajaran yang boleh ditimba sepanjang krisis MB itu adalah setiap parti dalam PR tidak sepatutnya memaksa parti lain menerima agendanya tanpa dibahas secara lumat dan mendapat konsensus atau kompromi. Katanya, dapat diperhatikan juga muncul trend khusus dari pemimpin pelapis yang mahu keluar dari kepompong lama pimpinan PR dan membawa beban sejarah mereka dalam menyelesaikan masalah. “Masa depan PR diperhatikan oleh rakyat dan sejauh mana konsensus PR dapat dipertahankan antara tiga parti untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN). “Seperti yang saya katakan, semua kita perlu melihat menjangkau sekadar PR lawan BN tetapi mula berfikir membina semula asas negara ini dan menumpukan kepada faktor yang menghancurkan

Sidang Media: Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS

Sultan tolak permohonan Khalid menghadap di luar negara

Istana Selangor menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

"Saya telah menerima permohonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap DYMM Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di Negeri Selangor dan juga kedudukan beliau sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Walau bagaimana pun Baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Munir dalam satu kenyataan hari ini.

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

Dr M kecewa pilih Najib jadi PM

Eight pro-Khalid @ Macai demonstrators show up outside state building

TG Nik Aziz harap tiada pilihanraya baru di Selangor

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Kota Baharu.

"Saya telah mendengar penjelasan daripada Presiden PAS dan Setiausaha Agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankuasa PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di Kota Baharu.

Abdul Hadi dan Mustafa juga turut hadir dalam sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Abdul Aziz telah membuat keputusan menyokong penuh Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Semalam, Jawatankuasa Kerja PAS pusat itu turut mencadangkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali bagi sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Politik Sindir: Ayam sabung Pas kini jadi ayam daging........

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang dikenali dengan cadangan menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor hari ini tidak senang dengan keputusan Pas terbaharu mengenai kemelut MB.
Menurutnya, keputusan mesyuarat Pas semalam pun gagal dipertahankan Pas kepada Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyindir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu secara sinis sebagai ayam sabung Pas yang kini menjadi ayam daging Anwar.
"Ayam sabung Pas sudah menjadi ayam daging Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," ujarnya dalam status FBnya hari ini.
Menurut Mohd. Zuhdi, Pas Pusat telah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR.
"Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.
"Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada Pas Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan Wan Azizah. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?," soalnya.

Selangor MB crisis: Pakatan lawyers up

Krisis Selangor dedah hubungan renggang Pakatan, kata penganalisis

Krisis menteri besar Selangor akan berakhir namun apakah yang menjadi penyebabnya krisis demi krisis merenggangkan tiga parti berbeza ideologi dalam Pakatan Rakyat (PR), kata penganalisis. Seperti krisis membawa rang undang-undang persendirian hudud pada April, krisis menteri besar Selangor melihatkan satu usaha dalaman PAS bagi menjernihkan hubungan bersama PR. Penganalisis berkata, usaha itu digerakkan pemimpin pro-PR yang berdepan dengan golongan yang berpandangan idealisme parti sudah banyak dikorbankan ketika bersama PR.  Bagaimanapun, PAS berjaya bekerjasama dengan DAP dan PKR memberi petanda baik parti komponen PR kini sedar kepentingan bertolak ansur dan meraih situasi menang-menang ketika berdepan krisis. Namun, jika PAS dan PR gagal menyelesaikan kemelut dalaman ini, mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat untuk terus ke Putrajaya. Kerajaan negeri Kelantan melalui ahli Parlimen PAS pada April bercadang membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen dengan mendapat kerjasama ahli Parlimen Umno. Rancangan itu mengundang perselisihan di antara PAS dan PR. Pemimpin PR seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjangkakan PR akan berpecah jika perkara itu tidak dapat diselesaikan. Tiga bulan kemudian, Majlis Syura PAS menyatakan pendirian bertentangan dengan PR apabila menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. Sekali lagi, pemimpin seperti Lim meramalkan PR akan berpecah dan mahu PAS menyatakan pendiriannya segera ketika kemelut menteri besar Selangor semakin memuncak. Ramalan Lim tidak menjadi kenyataan. Tetapi, PAS pula dilihat sebagai sebuah parti yang selalu bercanggah dengan PR. Penganalisis politik Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin berkata pendirian yang diputuskan PAS semalam penting supaya wujud situasi menang-menang. “Ada pandangan yang lahir dari dalam PAS sendiri dan ada juga yang diberikan PR. Semua ini mesti seimbang. Ia merupakan proses rundingan,” kata Shaharuddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau percaya menjadi satu keperluan bagi PAS mencadangkan dua nama pengganti Khalid iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali. “Jika hanya satu nama, akan ada perkara berbangkit di kemudiannya. Dengan dua cadangan nama calon jelas wujud tolak ansur,” katanya. Sebelum ini wujud spekulasi mendakwa terdapat sebilangan pemimpin PAS yang tidak bersetuju jika Dr Wan Azizah menggantikan Khalid. Mereka bimbang Dr Wan Azizah tidak dapat mentadbir secara bebas kerana suaminya merupakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada juga yang mencadangkan Adun PAS diberikan peluang menjadi menteri besar Selangor kerana parti Islam itu mempunyai bilangan kerusi DUN yang lebih banyak berbanding PKR. Pandangan ini bercanggah dengan mereka yang percaya kerusi menteri besar perlu diserahkan kepada PKR sebagaimana yang diputuskan sebelum ini. Shaharuddin berkata, bagi memenuhi permintaan yang pelbagai, rundingan semalam mencapai kata sepakat. Seorang lagi penganalisis, Wan Saiful Wan Jan berkata mencadangkan dua nama tidak menjadi masalah walaupun PKR hanya mahukan Dr Wan Azizah. "PAS melakukan perkara betul dengan memberikan dua nama. Dengan mencadangkan satu nama akan membuka ruang kepada pertuduhan nepotisme," kata Wan Saiful yang merupakan ketua

Tidak timbul lagi soal sokong Khalid - Presiden PAS

KOTA BHARU: Presiden PAS menjelaskan Majlis Syura sebelum ini menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memandangkan ketika Menteri Besar Selangor masih lagi sebagai ahli PKR.

“Maka masalah itu sekarang tidak timbul lagi,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya tuduhan penyelewengan terhadap Khalid belum lagi dapat dibuktikan kata beliau itu adalah perkara lain.

Jawatankuasa PAS Pusat semalam memutuskan PAS menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.

Selain itu mesyuarat itu juga menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengisi jawatan tersebut.

Bercakap pada sidang media bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini katanya, ketika keputusan Majlis Syura menyokong Khalid masih lagi sebagai ahli PKR, namun sekarang tidak lagi.

“Malah Khalid dilaporkan menghargai keputusan dibuat PAS semalam,” ujarnya.

Ditanya apa nasihat PAS kepada Khalid, katanya beliau hanya menyatakan pandangannya apabila dapat berjumpa dengan Menteri Besar nanti dan bukan kenyataan melalui media.

Mengenai cadangan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hanya mencadang nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kata Presiden PAS, Majlis Presiden Pakatan menghargai pencalonan dibuat PAS menggantikan Khalid.

“Majlis Pimpinan mengambil maklum Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali diputuskan sebagai cadangan mengisi jawatan menteri besar.

Exco jelas sebab PAS tak sokong Azizah sebelum ini

Seorang exco PAS mendakwa parti itu mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana dimaklumkan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak diperkenan Sultan Selangor.

Ditemui wartawan di Shah Alam hari ini, Sallehen Mukhyi yang juga ADUN Sabak berkata hal itulah yang menjadi sebab mengapa PAS tidak menyokong Wan Azizah sebelum ini.

"Kami dah memperjelaskan dalam kenyataan sebelum itu, memang kita tak setuju Wan Azizah bukan kerana dia perempuan, tapi kerana kita dimaklumkan (oleh) Istana bahawa Istana tidak memperkenan Wan Azizah," kata Sallehen.

Tengah hari semalam, PAS mengumumkan keputusannya dengan mencalonkan Azmin menjadi menteri besar di samping calon sedia ada Wan Azizah, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di sebelah petang, gabungan pembangkang itu bersetuju Wan Azizah sebagai satu-satunya nama yang akan dihantar kepada Sultan Selangor.

Ini kerana Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa bersetuju menurut keputusan parti dan akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar.

Beberapa pemerhati politik menjangkakan Sultan akan meminta nama lain untuk dicadangkan kepada baginda dan menolak Wan Azizah.

Sallehen bagaimanapun tidak mahu memberi komen lanjut perkara itu.

Beliau berkata ini mungkin peluang menunjukkan kepada Sultan bahawa Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Tapi boleh jadi ini satu percubaan dibuat secara rasmi untuk hantar nama Wan Azizah, jadi selepas daripada itu saya tak boleh komen," katanya.


Sementara itu, ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad pula berkata, beliau juga menghormati keputusan Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sebenarnya PAS mencadangkan Azmin kerana kita dapat maklum dari pihak istana kemungkinan istana tak sanggup terima Wan Azizah. Atas dasar itu kita cadangkan nama Azmin sekali.

"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
 

Exco PAS: Khalid tak perlu letak jawatan sekarang

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu meletakkan jawatan beliau sebagai menteri besar pada waktu ini, kata Exco Selangor dari PAS Sallehen Mukhyi.

ADUN Sabak itu berkata sebaiknya Khalid meletakkan jawatan selepas Sultan Selangor kembali dari luar negara hujung bulan ini bagi mengelakkan masalah kepada pentadbiran negeri.

"Bagi saya dalam suasana kemelut politik ni, kita tak boleh untuk heret rakyat dalam keadaan kerajaan terpaksa dihentikan.

"Saya fikir biarlah masalah politik diselesaikan politik, sementara kerja untuk rakyat dijalankan seperti biasa," kata beliau ketika ditemui di Shah Alam hari ini.

Semalam Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, sebelum itu, PAS pada tengah harinya telah mencalonkan satu lagi nama iaitu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk dicalonkan sebagai menteri besar di samping Wan Azizah.

TG Nik Aziz terima keputusan Pas Pusat, yang penting Pakatan Rakyat kekal.


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk  Mustapa Ali di sini, hari ini.
"Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.

Pas Pusat dalam satu keputusan yang sudah dijangka semalam membuat pusingan U apabila turut bersetuju supaya Abdul Khalid berundur daripada jawatan menteri besar.

Pas bagaimanapun menamakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai seorang lagi calon untuk menggantikan Abdul Khalid.

Namun, PKR pada sidang media berasingan petang semalam memutuskan, hanya Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi menggantikan Adun Pelabuhan Klang itu.

Mahathir Akan Terus 'Menekan' Najib

Sudah agak lama sebenarnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menegur kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak. Mungkin disebabkan banyak isu-isu lain yang timbul seperti kehilangan pesawat MH370, tragedi MH17 dan pertukaran Menteri Besar Selangor menyebabkan Mahathir tidak bersuara mengenai Najib.

Lantaran itu, barangkali ramai yang beranggapan bahawa Mahathir kini sudah mulai akur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan Najib. Tambahan pula dalam beberapa majlis berbuka puasa sebelum ini dirakamkan pula kemesraan antara kedua mereka itu.

Tetapi dalam tulisan terbaru Mahathir dalam blognya yang bertajuk "Menegur", bekas Perdana Menteri itu jelas memberi isyarat bahawa akan terus menegur dan mengkritik kepimpinan Najib.

Sambil mengimbas tindakannya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dan kritikannya kepada Abdullah Badawi sebelum ini, Mahathir tetap berpendapat bahawa jika seseorang pemimpin itu tidak ditegur, mereka barangkali tidak sedar dengan kesilapan yang dilakukannya.

Beliau juga membawakan dua kisah zaman silam bagaimana pengampu dan datuk-datuk yang kerjanya hanya mengampu dan mengiyakan saja semua perkataan dan perbuatan raja, akhirnya telah membawa malu kepada raja setelah disedari semua yang dilakukan selama ini adalah salah.

Dua kisah yang ditulis oleh Mahathir dalam blognya seperti menyindir Najib dan mereka yang dekat dengannya lantaran Mahathir mengetahui bahawa ada orang-orang tertentu telah menyampaikan kepada Najib bahawa beliau telah memburuk-burukkan pemerintahan Perdana Menteri.

Tidak menyangkal hakikat itu, malah Mahathir juga menyebut beberapa teguran yang pernah dilakukannya sebelum ini terhadap Najib serta alasan berbuat demikian.

Di akhir tulisannya, Mahathir menegaskan sekali lagi, "jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur" dan "bukan saya tidak sayang pemimpin tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya."

Dr Mahathir tarik balik sokongan kepada kerajaan Najib

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak ambil iktibar kekalahan dalam PRU13. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak ambil iktibar kekalahan dalam PRU13. Gambar fail The Malaysian Insider.Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini beliau terpaksa menarik balik sokongan dan terpaksa mengkritik kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana prestasinya lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya. Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri dalam PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.
"Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan daripada Abdullah.
"Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara," katanya menerusi blog popularnya itu.

Bubar Dun Selangor kata Dr Samsu Adabi

Samsu Adabi Mamat
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memohon segera kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membubarkan Dun bagi memastikan beliau dapat berundur daripada kerusi itu secara terhormat.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Pusat Pengajian Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, pembubaran Dun merupakan perkara paling adil diberikan kepada rakyat Selangor.

Menurutnya, tindakan Pas yang telah membuat keputusan untuk terus kekal dalam PR menyebabkan Abdul Khalid hilang peluang untuk terus memegang kerusi nombor satu Selangor itu.

“Melalui hasil tinjauan umum dan reaksi daripada rakyat Selangor, mereka secara jelas masih mahukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Untuk memberi situasi menang-menang terutama kepada rakyat Selangor, maka pembubaran Dun adalah yang paling tepat dilakukan Abdul Khalid.

“Isu kos pilihan raya negeri (PRN) tidak lagi menjadi masalah kepada rakyat Selangor malah jika dibubarkan Dun, itu adalah antara yang dimahukan rakyat Selangor untuk menghukum PR yang mempermainkan kepercayaan mereka pada PRU13 yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, PRN akan menentukan sejauh mana krisis itu memberikan kesan terutama sokongan rakyat kepada PR.

“Pembubaran Dun merupakan tindakan wajar dilakukan Abdul Khalid terutama untuk menghukum rakan lamanya dalam PR setelah apa yang dilakukan parti gabungan itu kepada Abdul Khalid.

Exco: 'No' to Wan Azizah not because she's a woman

Empat Exco Pas masih bersama Khalid

Walaupun Pas Pusat memutuskan menyokong pelantikan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu, di samping menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai calon kedua, namun empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari Pas Selangor akan terus memberi kerjasama kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Perkara ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi kepada wartawan di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, pagi ini.
 
Beliau berkata, walaupun pada dasarnya mereka tidak bersetuju dengan pelantikan Presiden PKR itu sebagai Menteri Besar, tetapi apa sahaja tindakan seterusnya bergantung kepada arahan parti.
 
"Sehingga hari ini parti belum mengeluarkan apa-apa arahan terbaru kepada saya dan tiga lagi rakan Exco dari Pas berhubung kerjasama kami kepada Abdul Khalid.
 
"Oleh itu, saya menganggap selagi parti tidak keluarkan sebarang arahan, kerjasama kami yang dimeteraikan minggu lalu untuk terus menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan diteruskan," katanya.
 
Beliau berkata, kerjasama mereka dengan Abdul Khalid hanya akan berakhir sehingga berlaku pelantikan Menteri Besar baharu oleh pakatan pembangkang.
 
Katanya, beliau tidak menganggap kedudukan Abdul Khalid ketika ini sebagai tidak mempunyai kuasa eksekutif, kerana yang akan menentukannya ialah sultan.
 
"Apa pun (keputusan) mesti dari Tuanku Sultan. Tunggu baginda balik dari bercuti.

Nasrudin Tantawi dakwa telefon bimbit digodam

Saya tidak pernah SMS apa-apa mesej berkait keputusan Mesyuarat PAS Pusat pagi tadi (semalam). Ini adalah satu lagi fitnah.

nasruddin hasanPETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan bahawa telefon bimbitnya telah digodam sehingga menyebabkkan beberapa kekeliruan telah berlaku.
Menurutnya, pada malam semalam, beliau telah menerima mesej (SMS) bertalu-talu bagi bertanyakan mengenai perkara itu.
“Beberapa rakan wartawan menghubungi saya bagi mengesahkan mesej yang beliau terima, yang kononnya diterima daripada saya.
“Sedangkan saya tidak pernah hantar apa-apa mesej berkait keputusan Mesyuarat PAS Pusat pagi tadi (semalam). Ini adalah satu lagi fitnah,” tegas Nasrudin melalui status Facebook miliknya.
Pihak FMT sendiri turut menerima mesej tersebut yang dihantar pada jam 7.41 malam semalam.
“Presiden kecewa masa ‘meeting’ tengah hari tadi balik terus dan tidak pergi sidang media. Wajah sebenar Anwarinas kian jelas dalam PAS. PAS kini lebih takut pada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan DAP dari Allah. Jahanam PAS kalau terus begini,” tulis mesej tersebut.

Isu MB: Exco yakin ada hikmah disebalik keputusan PAS Pusat

Dr YunusSHAH ALAM, 18 OGOS: Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi percaya ada hikmah disebalik keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.
Hal ini berikutan, lazimnya ahli mesyuarat PAS dibenarkan memberikan pelbagai pandangan dari semua sudut sebelum apa-apa keputusan diambil.
“Ada hikmah di sebalik keputusan ini. Saya fikir ini yang terbaik.
“Biasanya dalam mesyuarat PAS kita menerima apa-apa pandangan dari ahli tidak semestinya majoriti itu jadi keputusan.
“Biasanya kita beristiqfar dan membuat keputusan yang terbaik dan dapat diterima semua pihak,” kata Dr Ahmad Yunus kepada wartawan selepas merasmikan penutupan Kejohanan Perahu Layar Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) – KFC Open Regatta 2014 semalam.

Ayam sabung PAS sudah jadi ayam daging Anwar dan Guan Eng, kata Dr Zuhdi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki meneruskan kontroversi apabila kali ini dipercayai mengkritik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk hanya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti Islam itu turut menamakan Mohamed Azmin Ali. Zuhdi sebelum ini terkenal dengan mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terbocor dilihat mengkritik timbalan presiden PAS itu yang dikenali dengan gelaran "ayam sabung PAS." "Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng," tulis Zuhdi melalui akaun Facebooknya hari ini. "PAS Pusat sudah sebulat suara mencalonkan dua pimpinan PKR. Keputusan sebulat suara ini pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP. "Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan DSWA. Tak akan perkara itu pun tak boleh buat?" tulisnya di Facebook hari ini. Semalam PR berkata hanya akan menghantar satu nama iaitu Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor baharu untuk menggantikan Khalid yang sudah dipecat partinya. Keputusan itu dibuat selepas calon kedua yang dicadangkan PAS, Azmin menolak dirinya dicalonkan, memandangkan terikat dengan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah. PAS sebelum itu memutuskan untuk kekal dalam PR dan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Dr Wan Azizah menggantikan Khalid dalam satu mesyuarat yang dikatakan sebagai penentu kepada masa depan gabungan pembangkang. Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Azmin sebagai calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor. PAS juga mengambil ketetapan mengekalkan empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) mereka dalam pentadbiran Selangor. Dalam respon balas Khalid kepada keputusan PAS, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)

Aziz Bari: Pulangkan yang 'dicuri', Khalid

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menegaskan, berdasarkan perkembangan terbaru kemelut politik Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain daripada meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ini kerana, menurut Aziz, keputusan Khalid untuk menghadap sultan Selangor adalah tidak wajar.

Aziz berkata, sokongan majoriti yang diperoleh oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar pada Khamis lalu telah membolehkan ADUN Kajang itu menjadi pengganti menteri besar.

"Khalid akan berjumpa dengan sultan dan nak tunggu nasihat sultan. Tak ada apa boleh buat dah. Dia dah macam pencuri. Kau sekarang nak (kena) pulangkan balik benda yang kau curi daripada tuan dia.

"Tak ada pilihan. Pilihan dari segi perundangan ialah dengan meletakkan jawatan serta-merta," katanya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut menjadi ahli panel Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat.

Khalid semalam menerima dengan hati terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran perkembangan terbaru itu.

Kata Khalid, sehingga sultan belum membuat keputusan muktamad, beliau akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat exco daripada PAS dan akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik tersebut.

Bercakap dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang, Aziz turut mengkritik tindakan PAS yang kekal meletakkan empat exconya bawah pentadbiran Khalid.

Exco PAS masuk k'jaan 'haram'?

Jelasnya, kerajaan yang ditadbir Khalid kini merupakan sebuah kerajaan haram memandangkan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak mempunyai majoriti yang cukup.

PAS exco members to continue working with MB

Jawab Aziz Bari: Orang politik selalu tukar acara

MSO

Keputusan yang diambil oleh parti agama, Pas semalam masih menjadi sebutan dan percakapan umum. Ada berbagai-bagai versi mengenainya. Ada yang merasa lapang dada dan penuh kesyukuran dengan keputusan dibuat Pas itu, ada yang menerimanya sebagai "buah masam atau kelat" sahaja.

Saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai keputusan yang diambil oleh Pas itu. Catatan ini terpanggil apabila membaca laporan tentangan singgungan bekas pensyarah UIA, Abdul Aziz Bari yang menyinis Pas dengan mengatakan keputusan dibuat Pas semalam tidak bermakna lagi.

Lebih terpanggil apabila beliau meminta Pas kalau tidak pandai bermain bola Pas harus belajar.Agak menikam jantung sedikit.

Dari segi signifikennya memanglah mesyuarat Pas semalam itu tidak memberi makna kalau ianya dilihat untuk membendung kemelut MB Selangor itu bagi menyatakan sokongan kepada PKR, kerana isu Khalid sudah selesai apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mendapat majoriti. Tetapi dari konteks lain keputusan mesyuarat itu masih relevan dan penting.


Aziz tidak boleh melihat dari sudut akademik semata-mata tetapi kena memahami semangat dan juga seni politik. Kalau semuanya dilihat dari kaca mata akademik, politik itu tidak akan hidup seperti mana ia hidup, penuh dengan gelora, ribut, taufan dan tipu daya. Disebabkan seorang akademis melihat politik dengan mata akademik mereka sering gagal atau kecewa. Politik ala-ala Malaysia ini tidak pantas untuk akademis.

Kenapa saya menyatakan keputusan dibuat Pas itu masih bererti, kerana keputusan semalam telah meredahkan kegelisahan ramai orang sebelum ini. Dengan mencapai keptusan sebulat suara terhadap beberapa resolusi dibuat bermakna Pas masih akur kepada maufakat dalam membuat keputusan. Pas masih mengambil kira kepentingan Pakatan Rakyat daripada melayan suara orang-orang tidak mukalaf dalam politik.

Misalnya isu mengenai pencalonan Dr Wan Azizah, Pas mengambil keputusan kontroversi atau bertentangan dengan naluri Presiden dan Majlis Syura Ulamak (MSU), kerana Pas menghormati rakan dalam Pakatan (PKR). Pas telah meletakkan kekejapan Pakatan Rakyat lebih daripada kepentingan lain. Abdul Hadi boleh pertahankan keputusannya dalam mesyuarat semalam walaupun mesyuarat itu akan berkebut, tetapi atas rasa kepentingan politik bersama beliau akur dan rela dipersendakan.

Muhyiddin, isu Selangor pengajaran buat Umno....

Oleh Timmy Say
Walaupun Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.
Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian PAS diketahui semalam.
Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, PAS dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan PAS iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.
Dakwaaan PAS menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian PAS semalam.
Dakwaan bahawa PAS berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.
Geng yang menuduh PAS tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.
Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, PAS tetap dengan komitmen bersama PR.
PAS tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.
Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.
Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya samada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.

Majlis himpunan bulanan jabatan S'gor dibatalkan

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diadakan di Dewan Jubli Perak di Shah Alam pada 8 pagi ini dibatalkan pada saat akhir.

Pejabat Menteri Besar memaklumkannya jam 7.40 pagi tadi menerusi emel kepada media dan wartawan yang bertugas.

Emel tersebut bagaimanapun tidak menyatakan sebab spesifik pembatalan saat terakhir itu.

"Program Perhimpunan Bulanan yang dijadualkan pada pagi Isnin 18 Ogos anjuran Yayasan Selangor dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan," kata sekretariat akhbar dalam satu kenyataan pagi tadi.

Sementara itu sumber dari pejabat Menteri Besar menyatakan majlis itu dibatalkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi lewat malam semalam tanpa memberitahu sebab.

Para wartawan bagaimanapun masih menanti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di perkarangan bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri.

Semalam, Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersetuju agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar menggantikan Khalid.

PAS patut terus bersama Pakatan Rakyat - Khalid Samad

PAS patut terus bersama Pakatan Rakyat - Khalid Samad
KUALA LUMPUR:
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad menegaskan keputusan PAS untuk terus bersama Pakatan Rakyat adalah relevan.

Jelasnya, ia adalah satu tindakan yang betul setelah meneliti perkara ini daripada segenap sudut.

"Kita buat tindakan yang betul. Kita lihat dari sudut berbeza. Saya akan lakukan apa yang perlu dilakukan," ujarnya semasa menjadi salah seorang panel wacana "Krisis Selangor: Kenapa PAS Terasing" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun mengakui masalah dalaman PKR menyebabkan PAS agak terasing dalam membuat keputusan mengenai pendirian parti terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ia berikutan parti PAS tidak akan membuat sebarang keputusan sambil lewa berhubung isu berkenaan.

"Dia (Khalid Ibrahim) tahu PKR tak sokong dia. Dia tidak lapor pada Datuk Seri Anwar tapi lapor setiap dua minggu sekali pada pimpinan PAS sehingga beri gambaran PAS tiada masalah dengannya.

"(Malah) exco-exco PAS diberi layanan baik berbanding exco PKR sehingga beri gambaran PKR yang bermasalah dan bukannya Khalid," ujarnya.

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB


kemelut politik

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

“Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain),” katanya.

Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.

Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.

Khalid perlu berundur sekarang, tidak perlu mengadap Sultan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan pertemuan dengan penjawat awam di Shah Alam pagi ini, urusan wajib beliau sejak menjadi menteri besar Selangor pada 2008. Dengan alasan munasabah juga, beliau hilang sokongan PAS untuk terus kekal memerintah. PAS kini bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu. Khalid mengetahui hilang sokongan tersebut dan semalam berkata akan mengadap Tuanku Sultan Selangor untuk memutuskan nasibnya. Masalahnya, Sultan Selangor hanya kembali daripada bercuti minggu depan. Tetapi mengapa tunggu Sultan untuk tentukan masa depannya? Kenapa berselindung di sebalik protokol istana? Apabila pemimpin hilang sokongan majoriti seperti jelas berlaku ke atas Khalid dalam tempoh beberapa minggu ini, langkah terhormat adalah dengan meletak jawatan dan memberikan seseorang yang memiliki kepercayaan mengambil alih. Malah, Khalid juga sudah memecat empat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) DAP dan PKR daripada pentadbirannya hanya kerana tidak mendapat sokongan mereka. Beliau perlu mengambil keputusan sama ke atas exco PAS. Ini akan menyebabkan beliau hilang minimum empat exco untuk memerintah negeri terkaya dalam negara tersebut. Sokongan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) saja tidak memadai.

'Beliau berjaya dalam lakonannya' - Khalid Samad

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad menyifatkan permainan licik Menteri Besar Selangor menyebabkan Pas berjaya diasingkan dalam membuat keputusan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Dakwa Khalid, tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pandai memberikan 'gula-gula politik' menyebabkan Pas melihat beliau sebagai tokoh yang bersih.

"Beliau ini (Abdul Khalid) hebat, kita termakan, beliau tahu dirinya telah ditolak PKR beliau cuba kaburi Pas.

"Hendak selamatkan dirinya dia beri pelbagai kelebihan kepada Pas, dalam pada itu apa-apa yang berlaku di Selangor beliau tidak lapor kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau lapor kepada Pas," katanya pada forum 'Krisis Selangor: Mengapa Pas Terasing' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, malam tadi.

Jelasnya, disebabkan faktor itulah Pas terus mendokong Abdul Khalid sehingga keputusan terbaharu dicapai semalam.

"Abdul Khalid berjaya dalam lakonannya, tetapi keputusan hari ini (semalam) menunjukkan siapa sebenarnya Abdul Khalid," katanya.

Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai "Langkah Kajang" pula, Khalid berkata kesemua rakan dalam PR bersetuju mengenainya.

Pertahan tindakan parti, PR - Pemuda PAS

Mohd Khalil Abdul Hadi 
CHANGKAT JERING - Pemuda Pas mempertahankan tindakan parti itu mengambil masa dalam menyatakan pendirian berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan PKR sebelum ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Khalil Abdul Hadi berkata, Pas mengambil langkah sewajarnya dengan tidak membuat keputusan terburu-buru yang mungkin merugikan parti itu dan PR sekiranya hanya pertimbangan akal diambil kira.

Menurutnya, selaras keputusan dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pagi semalam, Dewan Pemuda Pas berdiri teguh di belakang parti dan PR bagi penyelesaian terbaik dalam menangani krisis negeri Selangor.

“Pendirian diambil Pemuda Pas adalah jelas iaitu menyokong keputusan parti meneruskan kerjasama dalam PR.

“Keputusan Pas tangguh pendirian sebelum ini tepat berikutan ia melibatkan kepentingan banyak pihak dan perlu mengambil masa untuk parti membuat kajian dari segenap sudut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Perak kali ke-31 di Markas Pas di Air Kuning, di sini, semalam.