Ahad, 17 Ogos 2014

Anwar hargai keputusan Pas kekal dalam PR

Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa persetujuan yang dicapai bersama para pemimpin yang lain berkenaan isu Menteri Besar Selangor semasa sidang media di sini, hari ini. - Foto Bernama 
SUBANG JAYA - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan ke atas keputusan Pas untuk mengekalkan kerjasama bersama PKR dan DAP melalui perikatan Pakatan Rakyat.

Bercakap melalui sidang akhbar hari ini, beliau berkata, pihak Pakatan Rakyat sentiasa mengalu-alukan keputusan yang dibuat Pas bagi memastikan kerjasama berterusan antara ketiga parti PKR, DAP dan Pas.

Mengulas mengenai pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor yang bakal diisi Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, beliau berkata, Mohamed Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR bersetuju dengan keputusan yang dibuat bersama rakan pimpinan dalam parti.

"Pihak PKR mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Mohamed Azmin bagi jawatan Menteri Besar Selangor,"

".....Bagaimanapun Mohamed Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu," katanya kepada pemberita di Hotel Empire, di sini, hari ini.
Beliau dalam pada itu turut menyatakan penghargaan ke atas pencalonan Wan Azizah dan Azmin bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh Pas melalui mesyuarat Pimpinan Pas peringkat Pusat hari ini.

Keputusan PAS: Nik Aziz tunggu penjelasan Abdul Hadi

Nik Aziz 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mendengar penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berhubung keputusan parti itu mengemukakan dua nama calon Menteri Besar Selangor.

Enggan mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, Abdul Hadi akan bertemunya esok di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim dan segala-galanya akan dijawab selepas pertemuan itu nanti.

“Saya tidak boleh sebut sebelum beliau (Abdul Hadi) membuat kenyataan kerana itu peraturan, namun saya bersyukur pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut, walaupun mereka lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik,” katanya hari ini.

Menurutnya, beliau tidak mahu penyokong Pas terlalu membicarakan sesuatu isu sehingga boleh merumitkan keadaan.

“Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah memperkatakan itu dan ini yang akhirnya akan merumitkan keadaan, apa pun kita berdoa kepada ALLAH mudah-mudahan Pakatan Rakyat kekal,” katanya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jika Benar Khalid Kasihkan Sultan Selangor, Inilah Masa Membuktikannya

Mesyuarat Pas hari ini telah membuat keputusan paling rasional dalam menyelesaikan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor. Meskipun pendiriannya sebelum ini dipertikaikan banyak pihak sehingga menimbulkan banyak kekalutan, Pas akhirnya sedar pentingnya untuk mengekalkan PR sebagai wadah alternatif kepada rakyat dalam membuat piilihan bagi mentadbir negara ini.

Pengundi yang telah memberikan sokongan 52 peratus undi popular kepada PR dalam pilihanraya umum lalu tentunya lega dengan perkhabaran Pas ingin terus kekal dalam PR kerana jika terbukti gabungan itu boleh menjanjikan lebih banyak kebaikan, sementara BN kekal tidak berubah sepertimana sekarang, mereka hanya perlukan sedikit iltizam dan kekuatan saja lagi untuk memastikan PR pula menjadi pengganti kepada BN.

Keputusan Pas untuk terus kekal bersama PR, menolak Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, menyetujui Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta Azmin Ali sebagai pengganti yang harus ditonjolkan oleh PKR, tentunya dalam lingkungan memikirkan kehendak rakyat yang masih dahagakan perubahan.

Keputsan lain yang dicapai dalam mesyuarat Pas hari ini ialah parti itu tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor serta mengekalkan empat Exconya terus berada dalam kerajaan negeri.

Dengan keputusan Pas hari ini, Khalid Ibrahim sudah tidak mempunyai asas untuk bertahan lagi. Setelah Dr Wan Azizah sebelum ini membuktikan sokongan 30 Adun terhadapnya, Khalid masih cuba berdalih dengan menyatakan sokongan itu harus pula diterjemahkan dalam Dewan Undangan Negeri melalui usul undi tidak percaya terhadapnya, kini semuanya sudah nyata.

Apabila Pas sudah membuat keputusan secara rasmi menolak Khalid sebagai Menteri Besar Selangor, undi menolaknya kini sudah meningkat kepada 43 Adun. Khalid yang menjadi wakil Bebas kini hanya disokong oleh 12 Adun UMNO saja.

Lebih menyedihkan Khalid, empat Exco yang masih kekal dalam pentadbirannya juga secara prinsipnya turut menyetujuinya pertukarannya. Beradanya mereka kekal sebagai Exco hanyalah semata-mata untuk memastikan kerajaan negeri tidak tumbang begitu saja sehingga peralihan dilakukan.

Sidang Media: Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal MB S'gor


Tukar Khalid: Keputusan Majlis Syura, AJK Pusat Pas senada

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh. 
Keputusan Jawatankuasa Pusat Pas yang menamakan calon lain bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor senada dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan sebelum ini yang mahu mengekalkan Abdul Khalid itu diputuskan ketika beliau masih lagi ahli PKR.

"Kami bukan tolak Khalid. Sekarang ini, apabila dia bukan ahli, maka parti kita (Pas) yang duduk dalam PR perlu bersama dengan PR menganggap dia ini bukan lagi calon PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, tidak timbul keputusan bercanggah antara Majlis Syura dan Pas.

"Majlis Syura buat keputusan itu ketika Abdul Khalid masih lagi ahli PKR. Maka ia tidak bercanggah dengan keputusan Pas Pusat.

"Perkara ini telah pun kita bincang dalam parti dan ia tidak bercanggah. Semua pihak bersetuju, Majlis Syura pun bersetuju sebagaimana yang diputuskan," katanya.

Mengulas lanjut soal tindakan Pas mengemukakan dua nama sedangkan PKR telah menamakan Presidennya sebagai calon menteri besar, Nik Zawawi berkata perkara itu adalah hak parti.

"Itu hak parti masing-masing. Kita (Pas) berhak mengemukakan dua calon jadi kita kemukakan dua calon," katanya.

Muktamad hanya Wan Azizah dicalonkan MB Selangor

PAKATAN Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyat di Subang.
Azmin Ali yang dicalonkan Pas ke jawatan itu menerima keputusan tersebut.
Berikut kenyataan pakatan rakyat:

Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

17 Ogos 2014

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Alimenegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS


Pakatan Rakyat Hanya Calonkan Wan Azizah Sebagai MB Selangor

 
Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Pakatan lebih kuat selepas krisis MB Selangor, kini beri tumpuan kepada kepimpinan

Adakah terdapat keraguan PAS akan mengambil ketetapan menyokong cadangan agar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kedudukan sebagai menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim? Jawapan ringkasnya adalah “ya”. Dan sepanjang 24 hari lalu sejak PKR secara rasmi mencadangkan nama beliau, gabungan tiga parti – DAP, PAS dan PKR – terikat kepada idea PAS mungkin mempunyai pendapat lain tentang isu menteri besar Selangor itu. Namun, kepimpinan PAS membuat ketetapan hari ini, memutuskan Dr Wan Azizah dan timbalan beliau, Mohamed Azmin Ali, boleh menggantikan Khalid – menteri besar penggal kedua yang dipecat minggu lalu kerana melanggar perintah parti agar meletakkan jawatan.  Para pemimpin dan wakil parti komponen bersetuju keputusan PAS mengukuhkan Pakatan Rakyat yang muncul selepas Pilihan Raya Umum 2008 (PRU12) dan memenangi lebih banyak kerusi dalam PRU13. Mereka juga menyedari kemelut di Selangor yang memudarkan pemerintahan mereka di negeri terkaya di negara ini, secara ironinya bertentangan dengan matlamat Langkah Kajang untuk meningkat dan mengukuhkan kerajaan Pakatan di negeri ini. Episod ini juga menunjukkan wujudnya hubungan antara parti yang sangat erat dan mesra di peringkat ahli pada dua PRU terakhir dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang tidak terkira banyaknya, tetapi di kalangan pimpinan, hubungan ini hanya sekadar rakan sekerja yang saling meragui niat politik masing-masing.

Tahaluf siyasi dengan PKR, bukan Abdul Khalid - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menegaskan tahaluf siyasi parti itu adalah dengan PKR, bukannya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata PAS pernah menyokong Abdul Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan 'Langkah Kajang'.
"Pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit. Namun sokongan itu bertukar setelah Tan Sri Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR.
"Tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Tan Sri Khalid. Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan menteri besar kerana menghormati semangat setia kawan bersama PKR dan DAP," katanya dalam satu kenyataan
petang ini.
Kenyataan itu sebagai menyokong keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi yang menarik balik sokongan terhadap Abdul Khalid dan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta Timbalannya, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Suhaizan juga mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana berjaya mengemudi mesyuarat itu ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.
"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan.," katanya.

Umno Terdesak: Krisis S'gor drama Pakatan main politik luar tabii kata Noh

MB Selangor: PKR tetap namakan Wan Azizah

PKR memutuskan untuk tetap menamakan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon pengganti Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim

Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya hari ini, menurut seorang pemimpin parti itu yang enggan dinamakan.

Ia, menurut sumber itu lagi, akan dipanjangkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, selepas ini.

PKR bagaimanapun akan membenarkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk memutuskan berhubung pencalonan Azmin sebagai calon kedua yang diputuskan PAS hari ini.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping Azizah.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.


Sementara itu, sumber juga mendakwa PKR mencadangkan nama Azizah dikemukakan kepada istana dan jika ditolak barulah nama Azmin dihantar.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan bahawa pemimpin DAP tiada masalah sama ada Azizah atau Azmin dipilih sebagai menteri besar baru.

PAS setuju Wan Azizah jadi MB Selangor, singkir Khalid

DSC_8281KUALA LUMPUR 17 OGOS: PAS secara dasarnya bersetuju Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diangkat sebagai Menteri
Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Persetujuan ini diakui Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai pendirian parti itu berhubung pancalonan wanita sebagai MB Selangor.
Menurut Muhamad, PAS tiada masalah dengan pencalonan Wan Azizah meskipun beliau adalah di kalangan wanita.
Beliau menegaskan, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini tidak membelakangi keputusan Majlis Syura sebelum ini berhubung isu pertukaran MB Selangor.
Katanya, tidak timbul soal kedudukan Abdul Khalid kerana beliau telah dipecat dari KEADILAN.
“Tidak timbul lagi isu Khalid , PAS tidak u-turn atau membelakangi keputusan Majlis Syura dalam keputusan berhubung kedudukan Khalid.
“Khalid bukan lagi ahli KEADILAN, dia telah dipecat oleh partinya,” jelas Muhamad.

Keputusan Pusat: Jawapan TG Nik Aziz


Ya allah. Ini lah kata-kata yang betul-betul berhikmah.


Syed Husin saran Azmin tolak jadi MB jika sokong Presiden

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Husin Ali menyarankan Azmin Ali supaya tidak menerima cadangan Pas yang menamakan beliau sebagai Menteri Besar Selangor selain Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam posting di laman Twitternya, Syed Husin berkata, saranannya itu bersesuaian dengan surat sumpah Azmin dan juga ucapannya dalam sidang media menyokong Presiden PKR.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, katanya, perlu menolak pencalonan tersebut bersesuaian dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
"Ku fikir sebaik2nya Azmin tidak terima cadangan Pas. sesuai dgn surat sumpah n ucapannya dalam sidang media menyokong azizah juga keputsan MPP," kata Syed Husin.
Pas dalam mesyuarat khasnya tadi memutuskan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Keputusan tersebut sekali gus menamatkan penantian pelbagai pihak berhubung kemelut politik di Selangor yang tercetus apabila Abdul Khalid disingkirkan dari PKR berikutan keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah.

Kemelut MB Selangor saksikan kematangan, kecekapan Abdul Khalid..!!

Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor sehingga menyaksikan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan satu episod politik yang menarik perhatian rakyat Malaysia.
 
Selepas dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Khalid tidak berdiam begitu sahaja sebaliknya beliau bertindak memecat enam Exco Selangor daripada parti DAP dan PKR.
 
Tindakan Abdul Khalid itu sedikit, sebanyak telah menjejaskan strategi awal PKR untuk terus berjuang menjadikan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
 
Kemelut dalam pentadbiran Selangor ini dijangka menyaksikan fasa-fasa yang semakin menarik dan mendebarkan.
 
Bagi pemerhati politik kemelut yang melanda dalam pentadbiran Kerajaan Selangor itu pasti diterjemahkan sebagai agenda politik semasa, sebaliknya golongan korporat pula lebih fokus terhadap kredibiliti Abdul Khalid sebagai seorang ahli korporat yang naif dalam politik.
 
Seorang penganalisis pelaburan yang mengenali Abdul Khalid berkata, kemelut yang berlaku di Selangor telah menyaksikan kematangan dan kecekapan Menteri Besar itu dalam berpolitik.
 
"Pada awal menyertai politik Abdul Khalid sukar untuk berucap di hadapan awam. Kalau kempen politik memang gagal. Ini kerana beliau tidak mampu berkata buruk mengenai orang lain. 
 
"Itu memang sifat Abdul Khalid. Dia hanya tahu bercakap tentang fakta sahaja sebab dia ahli korporat. 
 
"Tetapi sekarang keyakinan Abdul Khalid sebagai ahli politik semakin terserlah tetapi tindak-tanduk beliau dalam berhadapan dengan krisis masih memperlihatkan peribadinya sebagai seorang ahli korporat," kata penganalisis itu.
 
Penganalisis pelaburan yang mengikuti kemelut di Selangor itu menambah, Abdul Khalid masih kelebihan kerana memiliki pemikiran cukup tajam dan tindak-tanduknya masih pantas.
 
"Itulah Khalid. Pada hari-hari biasa beliau akan nampak bersahaja, sentiasa relaks tetapi bertindak pantas dan tuntas apabila berlakunya krisis. Amalan-amalan korporat masih dipratikkan.

Krisis politik Selangor pengajaran buat BN jadi parti lebih baik, kata Muhyiddin

Krisis politik di Selangor boleh dijadikan pengajaran buat Barisan Nasional (BN) untuk menjadi parti yang lebih baik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata apa yang penting ialah BN sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan berterusan dalam menyelesaikan isu rakyat khususnya krisis air di negeri itu. "Mereka tidak boleh selesaikan masalah sehingga berlarutan, tetapi kita tak mahu mengata mereka, mungkin ia satu pengajaran buat kita," katanya.Beliau berucap merasmikan persidangan Perhimpunan Agung ke-38 Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) yang turut dihadiri Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini. Muhyiddin mengibaratkan krisis perebutan kerusi menteri besar di Selangor tidak ubah seperti "drama yang panjang". Krisis yang dilihat berpunca daripada apa yang dipanggil "Langkah Kajang" itu mencapai kemuncak apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR kerana enggan akur pada arahan parti supaya berundur. Bagaimanapun, Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar dan memecat beberapa anggota exco DAP dan PKR yang tidak lagi menyokong pentadbiran beliau. Hari ini, pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas mencalonkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid. Pendirian PAS itu dilihat mengelirukan kerana parti itu sebelum ini menyatakan sokongan kepada Khalid dan mengarahkan empat anggota exco daripada parti itu kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Khalid. – Bernama,

Azmin tunggu mesyuarat Pakatan sebelum ulas keputusan PAS

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak tidak terburu-buru membuat kenyataan berkenaan keputusan PAS Pusat menyerahkan namanya sebagai salah seorang calon diterima menggantikan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Kita tunggu pimpinan Pakatan Rakyat (selesai bermesyuarat hari ini). Biar majlis tentukan dulu, kemudian baru saya beri respon," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. Dia diminta mengulas hasil mesyuarat PAS Pusat pagi tadi memutuskan menerima presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin sebagai calon menteri besar bagi negeri terkaya di Malaysia itu.  Keputusan itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mengatakan ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan PKR petang ini.

Saifuddin: Keputusan PAS tanda setuju Azizah

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, beliau berpendapat keputusan PAS hari ini menandakan mereka bersetuju presiden partinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

Saifuddin berkata, ini kerana parti itu kini terikat dengan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 21 Julai lalu yang hanya menamakan seorang calon.

"Sekarang ini PKR terikat dengan keputusan mesyuarat pada 21 Julai, iaitu mesyuarat MPP yang menamakan Wan Azizah. Dengan satu nama yang PAS angkat, (ia) satu perkembangan baru dan belum ada konsensus Pakatan.

"Saya cuma boleh kata keputusan PAS hari ini beri konsensus bahawa PAS bersetuju (dengan nama) Wan Azizah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat (kiri) yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.


Selain itu, ketika ditanya berhubung pencalonan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai nama baru menteri besar, Saifuddin enggan mengulas.

Bagaimanapun, beliau berharap dengan mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan petang ini dapat memilih satu nama untuk dipersembah kepada sultan Selangor.

"Mengenai Azmin saya tak nak ulas. Yang penting kita nak dapat konsensus. Hari ini (secara) rasmi PAS setuju Wan Azizah sebagai (calon) menteri besar. Jadi kita capai bahawa Wan Azizahlah.

"Saya harap mesyuarat petang ini akan dapat capai kata sepakat untuk angkat satu nama iaitu Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor kepada Sultan," katanya lagi.

'Tarik exco dari kabinet Khalid'

Sementara itu, Saifuddin turut meminta supaya PAS menarik empat exconya daripada terus memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid terima keputusan PAS, terus tadbir hingga keputusan Sultan

sultanSHAH ALAM, 17 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Se-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Dengan perkembangan terbaru itu, beliau akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shahu ntuk memberi nasihat berkenaan langkah seterusnya.
Abdul Khalid berkata, beliau akan meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama empat ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik berkenaan sehingga DYMM Sultan Selangor membuat keputusan muktamad.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di negeri ini.

PAS kekal bersama Pakatan, impian Umno BN ranap

DSC_8299KUALA LUMPUR 17 OGOS: Umno Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyatakan komitmen mereka untuk meneruskan permuafakatan politik bagi mempertahankan Pakatan Rakyat.
Keputusan tersebut jelas meranapkan harapan Umno BN yang mahu melihat permuafakan di antara tiga parti yang mendapat undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu terungkai lantaran krisis pertukaran Menteri Besar (MB) Selangor.
Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu dalam sidang media sejurus selesai mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di ibu negara tengahari tadi menyatakan keputusan itu dicapai setelah mereka berbincang dan mempertimbangkan isu berkenaan.
“PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.
“Ini adalah keputusan sebulat suara hasil dari mesyuarat yang dihadiri oleh hampir kesemua Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat kecuali beberapa orang yang uzur dan berada di luar negara,” jelasnya.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dalam sidang media sama, Muhammad Sabu menegaskan PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor bagi menghormati semangat yang ada dalam Pakatan.

Dipecat PKR sebab Pas tolak Khalid

KUALA LUMPUR - Pas menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjawat jawatan Menteri Besar Selangor kerana beliau bukan lagi ahli PKR.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, kini sudah tidak timbul soal Abdul Khalid selepas keahliannya dalam PKR telah ditarik.

"Sudah tidak timbul lagi soal beliau (Abdul Khalid) kerana dia sudah dipecat partinya.

"Dia bukan lagi ahli PKR. Kita tahaluf siyasi dengan parti bukan dengan individu," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat khas jawatankuasa Pas Pusat, hari ini.
Pas hari ini mengumumkan dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Namun ketika ditanya pemberita sebab mencalonkan nama lain sedangkan PKR telah pun menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar, Mohamad tidak menjawab dengan jelas.

Beliau terus diasak soalan sama berulang kali dan akhirnya beliau memberitahu perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat PR, petang ini.

PAS Kekal Dalam Pakatan Rakyat : Berakhirkah Krisis Politik Selangor ?

Oleh Prof Dr Mohammad Agus Yusoff

PAS telah membuat keputusan menyokong dua ADUN dari PKR menjadi MB Selangor dan kekal dalam PR. Akan tenangkan politik Selangor dengan keputusan PAS ini? Harapnya tenanglah. Sudah berminggu rakyat gelisah suasana ini. Untuk tenang, maka tiga pilihan yang ada.
Pertama, secara berprinsip MB sekarang meletakkan jawatan. Kedua, PR bolehlah memulakan langkah seterusnya untuk mengadakan undi tidak percaya di lantai Dewan atau membuktikan dakwaan mereka kepada Tuanku Sultan bahawa mereka telah mempunyai majoriti.

Ketiga, BN turut mengakui bahawa PR mempunyai sokongan majoriti dan membiarkan PR membentuk kerajaannya lagi. Persoalannya, apakah semudah itu?
Pastinya tidak semudah itu kerana ia banyak bergantung kepada tindakan MB sekarang seterusnya. Beliau masih mempunyai pilihan untuk menasihati Sultan bagi membubarkan Dewan. Beliau masih boleh ke mahkamah untuk mendapat keputusan autoritatif tentang kesahihan pemecatannya dalam PKR dan juga kesahihan penggugurannya sebagai MB.
Saya harap MB sekarang ini tidak mengambil tindakan sejauh itu, biarpun mempunyai hak politik berbuat demikian.
Apakah Kesan Keputusan PAS untuk Kekal dalam PR?
Saya fikir ramai yang lega dan berpuas hati dengan keputusan PAS hari ini. Tahniah PAS kerana masih memahami aspirasi penyokong PR. Tahniah PAS kerana masih memahami struktur politik Malaysia yang majmuk masyarakatnya.
Cuma, mengapa begitu lambat membuat keputusan ini? Saya tahu jawapannya ialah untuk mengajar DSAI dan PKR yang membuat Langkah Kajang dan menamakan MB baru tanpa perundingan. Yang saya tidak faham ialah mengapa membiarkan rakyat gelisah berminggu lamanya.
Selepas ini Apa Pengajarannya?
Apapun keputusan hari ini, kedudukan PKR dan PAS tercalar. PAS merupakan parti yang mempunyai akar umbi yang kuat, tetapi lambat memahami real politik negara. PKR parti yang perasan kuat, tetapi sebenarnya tidak mempunyai jentera kerja pun di peringkat bawah.

Sidang media PAS isu MB Selangor

Ikut undang-undang, Khalid perlu undur sekarang, kata pensyarah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini. Professor Gurdial Singh Nijar (gambar) dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut. Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.  "Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan," kata Gurdial. "Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan." Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB.

Pas Selangor terima keputusan Pas Pusat

Mohd Khairuddin Othman 
PAS Selangor pada hari ini menerima dan akan taat kepada keputusan yang telah diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pusat sebentar tadi iaitu menggantikan seorang Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kita akan terus bekerja dengan mana-mana menteri besar yang ada termasuk yang bakal akan dilantik nanti atas perkenan Sultan Selangor kelak.

"Pas Selangor akan menjunjung titah Sultan Selangor dan seluruh kepimpinan pas serta ahlinya sangat menjunjung kasih ke bawah Sultan Selangor.

Pas Selangor yakin ada hikmah yang sangat besar di sebalik keputusan yang telah dibuat dan kita tegas meminta agar semua adun pas serta kepimpinan parti di semua peringkat agar akur kepada keputusan yang dibuat termasuk mentaati tatacara parti yang ada.

Pesuruhjaya telah mengarahkan agar semua anggota Exco Pas, Adun, Ahli Majlis serta JKKK untuk terus fokus kepada memperkukuhkan kerajaan PR dan menjaga agar kebajikan rakyat terus terbela.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha Pas Selangor
17 Ogos 2014

Isu MB: Transkrip penuh sidang media PAS Pusat

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan dua nama calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali sebagai menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu diumumkan PAS pada sidang media selepas Mesyuarat PAS Pusat di pejabat agung parti itu pagi ini.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan wartawan kepada Pimpinan PAS Pusat yang dijawab oleh Timbalan Presiden PAS Mahamad Sabu dan Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali selepas membacakan keputusan PAS pada sidang media hari ini.

Wartawan: Kenapa PAS tidak letak nama (Tan Sri) Khalid Ibrahim?

PAS: Sudah tidak timbul soal Khalid Ibrahim, dia telah dipecat oleh partinya. Maka tidak timbul lagi nama khalid Ibrahim.

Q: Bagaimana dengan empat exco PAS?

A: Mereka akan terus berkhidmat.

Q: Bagaimana dengan dua Adun PAS yang sokong Wan Azizah.

A: Kita akan siasat kenapa boleh jadi begitu.

Q: PAS telah menolak Wan Azizah seblum ini tetapi hari ini PAS dah buat U-turn?

A: Tidak ada U-turn

Q: Adakah keputusan ini persetujuan bersama atau ada undian?

A: Persetujuan bersama dan sebulat suara.

Q: Dengan keputusan ini adakah ia tidak selari dengan keputusan Majlis Syura yang mahukan TSKI sebagai MB?

A: Tidak timbul. Sebab TSKI dipecat partinya.

Q: Bagaimana hubungan PAS dengan DAP sekarang?

A: Petang ini kita ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jam 5 petang ini.

Q: Kenapa tidak TSKI?

A: Kita tahaluf siayasi dengan parti bukan dengan individu.

Q: Ada yang mengaitkan Umno dalam isu ini.

A: Itu tidak betul, tidak betul

Q: Keputusan hari ini adakah dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

A: Tidak ada.

Q: Adakah PAS bersedia jika ada Pilihan Raya Negeri?

A: Tidak timbul perkara itu sekarang. Kami masih 2/3 majoriti.

Q: Selepas Azizah adakah PAS cenderung kepada Azmin.

A: Kita kemukakan dua nama. Tidak timbul soal ini. Kita akan mesyuarat petang ini. Petang ini kita akan tentukan dalam mesyuarat PR .

Q: Umno hendak tengok Pakatan Rakyat berpecah?

A: Ya...kalau bukan itu (tujuannya) bermakna bukan Umnolah.

Khalid mohon menghadap, tunggu nasihat sultan

Tan Sri Khalid Ibrahim menerima dengan hati terbuka keputusan PAS mencalonkan dua nama sebagai penggantinya sebagai menteri besar Selangor dan akan memohon menghadap sultan Selangor ekoran perkembangan terbaru itu.

“Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama empat ahli MMKN (exco) daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini,” katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat yang dinantikan-nantikan pagi ini, PAS mencalonkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengganti Khalid di samping nama sedia ada Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Parti itu juga memutuskan empat exconya di Selangor akan tetap kekal dalam kabinet Khalid buat masa ini dan mereka tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor daripada PKR.

Khalid terima keputusan PAS, akan jumpa Sultan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini. Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini. "Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya. "Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan. Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar. Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pakatan capai konsensus dengan keputusan PAS hari ini, kata Setiausaha Agung PKR

Para pemimpin PAS selepas mesyuarat jawatankuasa agung tentang isu menteri besar Selangor  berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.  
Para pemimpin PAS selepas mesyuarat jawatankuasa agung tentang isu menteri besar Selangor berakhir hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.

PKR menyambut baik keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini dan menyifatkan kini Pakatan Rakyat sudah mencapai konsensus apabila PAS menamakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor di samping Mohamad Azmin Ali.
"Bagi saya Pakatan sudah mencapai konsensus apabila PAS mencadangkan Dr Wan Azizah kerana sebelum ini PKR dan DAP sudah mencalonkan beliau.
"Walaupun PAS juga namakan Azmin, ia masih tertakluk kepada pandangan PKR dan DAP kerana kedua-duanya hanya bersetuju dengan satu nama sahaja sebelum ini, iaitu Dr Wan Azizah," kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat Majlis Pimpinan  Pakatan Rakyat petang ini akan membuat keputusan mengenai cadangan PAS itu selepas DAP dan PKR membuat keputusan mereka. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat petang ini di sebuah hotel dekat Subang Jaya sebelum mengadakan sidang media kira-kira jam 6.30 petang ini.
Bagi Saifudin, keputusan PAS hari ini menamakan Dr Wan Azizah dan Azmin juga bermakna PAS menarik balik sokongannya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberikan sebelum ini.
"Jadi Khalid tidak ada lagi legitimasi untuk terus kekal sebagai menteri besar," kata beliau.
Beliau juga berkata, keputusan 30 Adun Selangor termasuk dua dari PAS sebelum ini juga membuat keputusan yang sama.

“Nama Umno langsung tidak disebut dalam mesyuarat”- Bang Mat

Walaubagaimanapun siasatan terhadap dua ADUN yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor akan tetap diteruskan.

Pakatan Mat SabuKUALA LUMPUR: PAS tidak akan bergabung dengan Umno, kata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurutnya, sewaktu perbincangan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, mereka langsung tidak membincangkan isu untuk bergabung dengan Umno dan seterusnya menamatkan spekulasi yang bemain di minda ramai.
“Mesyuarat bermula pada 10.05 pagi dan tamat pada pukul 12.30 minit tengah hari  namun nama Umno langsung tidak disebut dalam mesyuarat,” katanya dalam satu sidang media di sini.
Ujar beliau lagi, PAS tetap akan menyiasat dua ADUN yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
“Ini kerana mereka telah melakukan keputusan sendiri dan membelakangi keputusan tertinggi kepimpinan PAS yang sebelum ini menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB,” ujarnya.

Hadi nominated Azizah, Azmin as new MB

PAS Selangor exco to continue working with Khalid for now

PAS pusat akan siasat ADUN sokong Azizah

Sidang Media: PAS calon Azmin, sokong W. Azizah ganti Khalid, 4 Exco kekal bertugas, komited dalam Pakatan.

Pencalonan Wan Azizah: Keputusan dalam kerangka Pakatan perlu dipertahan

IMG_4282KUALA LUMPUR 17 OGOS: Proses membuat keputusan di dalam kerangka Pakatan Rakyat berhubung pertukaran Menteri Besar Selangor perlu dipertahankan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Kata Saifuddin, tidak adil sekiranya isu ini dijadikan pertembungan di antara KEADILAN dan PAS semata-mata, sedangkan keseluruhan kepimpinan DAP dan 15 Adunnya juga menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baharu.
“Persoalan Menteri Besar Selangor ini seharusnya telah lama diselesaikan berdasarkan prinsip muafakat dan saling menghormati dalam Pakatan Rakyat. Seharusnya kesepakatan dapat dicapai pada mesyuarat Majlis Pimpinan 23 Julai lalu, malangnya ia terpaksa ditangguhkan.
“Pakatan Rakyat sejak 2008 belum pernah melanggar prinsip menghormati hak parti masing-masing untuk mengemukakan nama calon Menteri Besar dan Ketua Menteri mereka. Tidak timbul soal parti lain mengusulkan nama lain yang pasti ditafsir melanggar etika ini dan mungkin melaga-lagakan pimpinan dalam parti sekutu,” jelasnya dalam kenyataan.
Beliau turut menyangkal maklumat palsu yang disebar melalui whatsapp dan media sosial, selepas mesyuarat di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 13 Adun PAS Selangor kelmarin.
Jelas Saifuddin, maklumat yang disebarkan termasuklah keputusan PAS menolak pencalonan Wan Azizah kononnya atas titah Sultan Selangor.
“Kami sedar bahawa penolakan terhadap pencalonan Datuk Seri Wan Azizah sebenarnya telah berlaku lama sebelum berita kononnya titah ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor ini mula disebarkan.
“Umum mengetahui bahawa penolakan tersebut oleh sebahagian pimpinan PAS dibuat kerana beliau adalah seorang wanita.
“Sehingga kini, pimpinan tertinggi PAS masih lagi belum memberi alasan yang jelas kenapa beberapa pimpinan PAS terus membuat
kenyataan terbuka menolak pencalonan Wan Azizah walaupun Jawatankuasa PAS Pusat belum bersidang,” ujarnya.

PAS setuju Khalid diganti, komited dengan Pakatan

Sebulat Suara: PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin, 4 Exco kekal bertugas

KUALA LUMPUR: Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

Terkini: Pas cadangkan Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai pengganti Khalid Ibrahim, 4 Exco kekal

PAS hari ni telah mencadangkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ia bagi menggantikan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya (PKR) 9 Ogos lalu.

Selain itu, PAS turut mencadangkan empat ahlinya supaya terus berkhidmat sebagai Exco dalam kerajaan negeri Selangor, namun tidak menuntut jawatan Menteri Besar sebagai tanda komited terhadap Pakatan Rakyat (PR).

PKR pada 22 Julai lalu yang telah menamakan Wan Azizah sebagai calon baru bagi jawatan tersebut yang turut disokong oleh DAP.

Mesyuarat yang berlangsung sekitar jam 10 pagi di Pejabat Agung PAS tadi dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Ia dikatakan menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor selain penanda aras bagikerjasama ketiga-tiga parti dalam PR.

Faekah: Dokumen anti-MB seperti '50 Dalil' Anwar

Dokumen pembongkaran masalah “integriti” Tan Sri Khalid Ibrahim oleh PKR agak mirip dengan buku 50 Dalil kenapa Anwar Tak Boleh Jadi PM, kata bekas setiausaha politiknya Faekah Husin.

Dossier (dokumen) yang dikeluarkan oleh OKR sebagai alasan untuk menjadikan pemecatan Abdul Khalid sebagai sah dan halal, agak mirip dengan 50 Dalil yang dikeluarkan suatu ketika dahulu,” katanya dalam wawancara dengan Berita Harian.

Buku kontroversi tulisan Khalid Jafri itu dikeluarkan menjelang pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Faekah, kini ketua eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, juga dilapor berkata, Khalid justeru tiada pilihan selain membersihkan namanya.

Perkarangan Pejabat Agung PAS sesak


KUALA LUMPUR: Hampir 200 ahli PAS termasuk petugas media sedang memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut untuk menunggu keputusan PAS Pusat berhubung kemelut di Selangor.

Ketika ini, mesyuarat AJK PAS Pusat sedang berjalan bermula jam 10 pagi tadi.

Kelihatan Unit Amal sedang mengawal pintu masuk utama Pejabatan Agung PAS.

Para petugas media juga tidak dibenarkan masuk kecuali Ahli mesyuarat PAS Pusat sahaja.

Ahli PAS turut memenuhi perkarangan ini bagi menyatakan sokongan kepada pucuk pimpinan PAS bagi mencari penyelesaian terbaik dalam kemelut MB Selangor ini.

Difahamkan sidang media akan diadakan jam 12.30 tengah hari ini.

Keputusan dicapai sebulat suara di mesyuarat PAS, Alhamdulillah, kata ahli mesyuarat

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijangka panas hari ini berjalan dengan lancar serta harmoni dan berjaya diselesaikan dalam masa tidak sampai satu jam setengah. Menurut seorang ahli mesyuarat itu, presiden PAS berjaya mengendalikan mesyuarat dengan baik dan keputusan dicapai dengan sebulat suara dan tamat jam 11.30 sekejap tadi. "Alhamdulillah, mensyuarat berjalan dengan lancar dan keputusan dicapai sebulat suara. Presiden PAS mengendalikan mesyuarat dengan baik," kata seorang ahli mesyuarat ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Khalid bakal tubuh parti politik baru, kata Faekah..!!

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor. Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. "Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.  "Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat. "Tidak tepat mengatakan Khalid begitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan menteri besar hendaklah dilakukan secara teratur, tertib dan berhemah," katanya dalam satu wawancara yang diterbitkan Berita Harian hari ini. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat hari ini bagi menyatakan pendirian sama ada mahu terus mengekalkan Khalid sebagai menteri besar atau menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru. Majlis Syura PAS yang bermesyuarat tempoh hari mahu Khalid dikekalkan kerana tiada apa-apa bukti yang disabitkan Khalid melakukan penyelewengan dalam tugasnya sebagai menteri besar.

Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS hari ini

Semua mata tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini yang bakal menentukan apakah Pakatan Rakyat dan parti itu sendiri kekal atau PAS mengambil jalan sendiri meninggalkan Pakatan Rakyat. Para pemimpin PAS mula sampai ke Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur mulai jam 9 pagi manakala presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Haji Mohamad Sabu sampai menjelang jam 10 pagi apabila mesyuarat bermula. Hari ini sepatutnya kumpulan riben hitam, kumpulan pendesak "Kempen Kembalikan Selangorku" turut berhimpun di perkarangan pejabat PAS itu. Namun kempen menampal reben hitam di ibu pejabat PAS Jalan Raja Laut pada 17 Ogos 2014, pukul 9 pagi ditangguhkan kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. "Kami meminta maaf jika penangguhan ini menyebabkan kesulitan orang ramai," kata kenyataan Cheng Fui Lien dan Faisal Mustaffa, Penyelaras Bersama "Kempen Kembalikan Selangorku". Namun begitu, mereka berharap penangguhan ini dapat memberi masa yang lebih panjang kapada Jawatankuasa Pusat PAS untuk mempertimbangkan kontroversi menteri besar Selangor supaya keputusan yang munasabah boleh dihasilkan. "Sila menghormati pilihan pengundi Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13

Kemelut S'gor: Mesyuarat PAS Pusat pagi ini jadi penentu

KUALA LUMPUR: PAS Pusat mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang mahu ditukar oleh PKR.

Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

Mesyuarat paling penting berlangsung pagi ini untuk masa depan PR..!!

BAHANGNYA sudah dirasai sejak minggu lepas, dan semakin memuncak menjelang beberapa hari lalu.

Hari ini, mesyuarat paling penting sejak penubuhan PR akan berlangsung, menentukan hala tuju pakatan itu yang sudah berdiri teguh bersama sejak pilihan raya umum 2008.

Bukan hanya untuk isu kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bergantung kepada sokongan Pas, tetapi Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini akan turut menentukan kedudukan PR di peringkat nasional.

Dalam mesyuarat itu, Pas akan membincangkan dan seterusnya menyatakan pendirian berkenaan sokongan terhadap Abdul Khalid ataupun tidak.

Pas juga akan membuat keputusan sama ada menyokong keputusan PKR dan DAP untuk meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid atau sebaliknya.

Jika Pas tidak bersetuju dengan Dr Wan Azizah, dan lebih dramatik lagi, jika Abdul Khalid menyertai Pas dan parti itu bertegas mahu beliau dikekalkan, ia mungkin membawa kepada keretakan lebih teruk dalam pakatan itu.

Namun, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub semalam seolah-olah memberi gambaran keputusan yang akan dicapai dalam mesyuarat hari ini akan membawa berita baik kepada Pas dan PR.

“Dalam isu di Selangor walau apa pun cabaran kita akan selesaikan esok dengan baik,” katanya ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan, semalam.

Beberapa ahli Jawatankuasa Pas Pusat juga melahirkan harapan agar mesyuarat hari ini dapat menyelesaikan isu kepimpinan di Selangor dengan baik.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, semua pimpinan dan ahli Pas perlu menerima keputusan hari ini sebulat suara.

PAKATAN DALAM ‘DILEMMA’

Teringat aku kepada lirik lagu,’Seri Sarawak’ – ‘hendak ku bawa perahu ku sempit, nak ditinggalkan tak sampai hati’.
Begitulah gambarannya keadaan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini apabila berhadapan dengan kemelut politik di Selangor. Walaupun isunya ialah berkaitan dengan pertukaran Menteri Besar Selangor, namun isu yang leBih besar yang menyelubungi Pakatan Rakyat sekarang ialah kedudUkan parti PAS dalam Pakatan itu. Secara umumnya dikatakan bahawa PAS masih mahu berada dan teguh dalam Pakatan, namun secara ‘tersembunyi’ seolah-olah PAS sudah mahu meninggalkan Pakatan dan menacri ‘kekasih’ lain sebagai ‘teman hidup’.
Terakhir isu yang menjadi ‘duri dalam daging’ ialah keengganan PAS untuk menerima cadangan PKR untuk melantik Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Ditanyakan sebab dan mengapa PAS tidak menerima pelantikan itu, tidak pula dinyatakan sebab-sebabnya. PAS tidak pula menyatakan dengan jelas sebab-sebabnya, melainkan dengan menyatakan bahawa mereka memerlukan calon lain. Dan PAS menafikan tentang penolakan itu berasaskan yang Dr. Wan Azizah adalah calon wanita.
DAP semenjak dari awal lagi sentiasa bersama dengan PKR dalam keadaan ‘susah dan senang’. Malah DAP sudah dianggap sebagai rakan yang paling setia mengahadapi kemelut ini. DAP juga sebulat suara menyokong pencalonan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor berasaskan prinsip pakatan dan setiakawan yang sebenar. Dan seolah-olah DAP terus memegang prinsip bahawa sesiapa sahaja yang diputuskan oleh parti berkenaan terus diterima.
Ini tidak pula bermakna bahawa PAS bukan merupakan rakan yang setia. Seeingat aku semenjak tahun 1998 lagi ( ketika bermulanya sejarah hitam negara yang membabitkan pemecatan dan terpenjaranya DS Anwar Ibrahim) PAS adalah merupakan rakan setia yang memperjuangkan idealisme ‘Reformasi’ ke arah pembentukan negara Malaysia yang adil. Ketika itu PAS juga sentiasa bersama ‘susah dan senang’ besama-sama dengan PKR dalam arus ‘Reformasi’.
Melihatkan kepada kemelut politik di Selangor kini rakyat mula ‘terpinga-pinga’ melihatkan dua peristiwa yang begitu ‘anih’ yang amat sukar difahami oleh mereka.

Salahuddin bayang keputusan beri harapan baru untuk PR

Salahuddin bayang keputusan beri harapan baru untuk PR
PENGKALAN CHEPA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub membayangkan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan hari ini dijangka membawa keputusan gembira dan harapan baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan isu Menteri Besar di Selangor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan ke 55 di Pengkalan Chepa.

“Berdasarkan pengalaman PAS yang telah enam dekad di persada politik tanah air dan bukan sekali dua kita hadapi ujian seperti ini, namun saya yakin esok (hari ini) hari gembira dan besok hari yang akan memberi harapan baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat dan khususnya kita dapat selesaikan isu di Selangor,” ujar Salahuddin Ayob selaku Naib Presiden PAS.

Katanya dalam mesyuarat tersebut semua ahli jawatankuasa boleh memberikan pandangan masing-masing dan berbincang bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Keputusan yang bakal dibuat nanti merupakan pendirian PAS dan semua ahli parti perlu akur dengan ketetapan yang dibuat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membuat sidang media selepas mesyuarat berkenaan yang dijangka bersidang jam 10 pagi.

Debaran nanti hasil mesyuarat Pas

MSO

Beberapa jam saja lagi kita semua akan dapat jawaban dan penentuan daripada Pas berhubung kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat di Selangor yang kini sudah merebak dan membusuk ke seluruh negara. Jam 10:00 pagi ini Pas akan bermesyuarat bagi menentukan hala tuju Pas dan juga mencari penyelesaian kepada kemelut yang berlaku kini.

Teta teki orang ramai ialah apakah keputusan yang akan diambil dan dibuat oleh Pas kelak. Ia juga dilihat penting kerana mesyuarat pagi ini bakal menentukan masa depan Pakatan Rakyat. Rakyat di luar sana menanti dengan penuh debaran. Mereka yang mempercayai Pakatan Rakyat satu pakatan keramat yang boleh meruntuhkan Umno-Barisan Nasional (UBN), sangat berharap Pas tidak akan mengambil keputusan memeranjatkan.

Apa yang mereka harapkan Pas akan kekal bersama PKR dan DAP bagi memantapkan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan UBN sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Pemerhati dan pendokong Pakatan Rakyat yakin dalam PRU ke-14 kelak UBN akan runtuh dan jatuh. Keyakinan ini berpandukan kepada pencapaian memberangsangkan dua pilihan raya lepas, dimana kedudukan atau "jihal" Pakatan semakin menyerlah.

Atas hakikat itulah juga rakyat menjadi sayang kepada Pakatan Rakyat. Kalau Pakatan Rakyat terpaksa direlaikan mereka sedih, kesal dan amat mengecewakan. Mereka merasakan sokongan yang diberikan sejak hampir 10 tahun lalu sia-sia sahaja. Kehancuran Pakatan Rakyat akan memberi kekuatan baru kepada UBN dan parti itu akan terus tenggala tanah "tigatujuhkosong" ini sesuka hati dengan rakusnya.

Hendaknya mesyuarat Pas pagi ini memberi keyakinan baru kepada semua pendokong dan rakyat. Keputusan bakal diambil juga akan meletak semula keyakinan rakyat kepada Pas sebagai parti agama dan Melayu sebagai mengganti Umno. Beberapa keputusan atau pendirian pemimpin Pas sebelum ini ada sedikit melukakan dan menyedihkan. Tetapi ia tidak bermakna akan membawa kemudaratan. Pas boleh menyelamatkan keadaan dengan memutuskan sesuatu yang adil dan saksama. Selamanya Pas bermusyawarah berlandaskan prinsip dan hukum agama.

Persoalan yang menjadi tanda tanya dan dinantikan hari apakah Pas akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat. Persoalan ini rasanya tidak perlu diragui sekiranya kenyataan dan jaminan diberikan pemimpin Pakatan Rakyat boleh dipercayai. Tidak ada mana-mana pemimpin Pas yang menyatakan mereka ingin meninggalkan Pakatan Rakyat. Dua Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub memberi jaminan agar jangan bimbang dengan kesetiaan dan kesungguhan Pas bersama Pakatan Rakyat. Manaka Husam Musa pula memberi peringatan yang Pakatan Rakyat perlu dipertahankan.

Cuma kalau ada pun yang mahu Pas meninggal Pakatan Rakyat dan bersedirian keluar dari pendokong atau ahli parti yang tidak mukalaf.

Pas tidak seharusnya menerima pandangan dan cadangan daripada mereka yang tidak mukallaf. Mereka yang mahukan agar Pas meninggalkan Pakatan dan bergabung dengan Umno, adalah mereka yang berkepentingan. Mereka yang seronok dengan kedudukan yang sedia ada dan mahu mengekalkan kedudukan itu. Mereka membuat perhitungan mudah sekiranya Pas bergabung kuasa dengan Umno, maka kedudukan dan jawatan yang mereka sandang kini akan kekal.

Penyokong Hadi berkumpul di pejabat PAS


Sekumpulan kira-kira 50 orang, kebanyakannya penyokong PAS dan Unit Amal, berkumpul di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Antara mereka memegang plakad mengaku sebagai anggota PAS dan menyatakan sokongan pada presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokongan itu dinyatakan menjelang perhimpunan jawatankuasa pusat parti itu yang akan bermula pada 10 pagi ini bagi menentukan calon menteri besar Selangor pilihan mereka.

Selangor: Cuaca sejuk politik panas

KUASA ALLAH sejak beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri, Selangor dibasahi hujan lebat. Beberapa hari berikutnya juga hujan membasahi bumi dan cuaca terasa sejuk dan nyaman. Tetapi politik di Selangor panas membara.

Dua suasana yang berbeza dan kontra ini menyebabkan rakyat resah gelisah dan ada rasa tak tentu arah.

Kepanasan bahang politik itu semakin terasa apabila Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat oleh Lembaga Disiplin PKR. Tetapi kemudiannya kekal sebagai MB Selangor setelah mendapat perkenan Sultan Selangor. Isu MB Selangor terus panas membara apabila Abdul Khalid memecat enam Exco dari PKR dan DAP serta-merta. Pecat-memecat berlaku.

Manakala PKR menganggap pemecatan itu tidak beretika. Seterusnya, PKR dan DAP desak Pas memulaukan mesyuarat Exco. Selain itu, diberitakan Datuk Seri Hadi Awang gagal dipujuk dalam pertemuan antara PKR dan Pas.

Menambahkan lagi kepanasan politik Selangor apabila pada awalnya 15 Adun Pas menyokong Abdul Khalid, empat daripada Exco Pas bertugas macam biasa iaitu mengikut keputusan Majlis Syura. Selagi keputusan Majlis Syura itu tidak berubah mereka tetap menyokong Abdul Khalid.

Suasana bertambah panas lagi apabila BN dikatakan menyatakan pendirian menyokong Abdul Khalid untuk  terus menjadi MB dan menerajui Selangor. Sementara itu, Abdul Khalid failkan saman terhadap Malaysian Insider.

Bertambah panas lagi apabila ada pihak mengesyorkan bentuk kerajaan campuran di Selangor. Penyelesaian ini dapat mengelak pilihan raya semula yang mengorbankan dana dan wang rakyat yang banyak.

Terbaharu, menambahkan lagi panas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dakwa dapat sokongan majoriti 30 Adun menyokongnya selepas dua Adun Pas membuat pusingan U. Manakala Khalid cabar Azizah minta buktikan melalui undi tidak percaya di Dun Selangor. Pas tetap berkeras menolak Wan Azizah sebagai MB dan beri kata dua kepada dua Adun yang menyokong Wan Azizah.