Sabtu, 16 Ogos 2014

Khalid didesak bukti sokongan dalam Dun Selangor

Badrul Hisham Shahrin 
SHAH ALAM - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya memanggil Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor bersidang segera untuk membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, jika Abdul Khalid ingin mempertahankan beliau masih mendapat sokongan majoriti, beliau sepatutnya melakukannya dalam sidang Dun Selangor.

"Kini masanya krisis ini ditamatkan setelah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah berjaya menunjukkan sokongan majoriti Adun Selangor secara bertulis dan fizikal.

"Jika pihak Tan Sri Khalid ingin menafikan, satu sahaja jalan segera dengan membuka dewan untuk menunjukkan dia masih punya sokongan majoriti," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, Chegubard juga mendesak pihak istana supaya memberi laluan kepada penstrukturan semula organisasi pentadbiran kerajaan negeri Selangor bagi mengelakkan ia bermasalah kembali.

"Sistem raja-raja Melayu khususnya pihak istana Selangor perlu bersama rakyat menjadi penyelesai masalah, bukan menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu.

"Pihak istana perlu memanggil menghadap kedua–dua pihak dan selesaikan segera krisis ini," katanya.

Dalam kenyataan itu, Chegubard turut menyalahkan PKR dan PR kerana kegagalan mereka menguruskan krisis politik di Selangor.

Pertemuan Anwar, Hadi bukan untuk surat sokongan

SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan tujuan pertemuan antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah untuk  mendapatkan surat sokongan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, pertemuan tersebut diatur bertujuan demi mengambil kira proses membuat keputusan untuk mengembalikan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat

"Saya hadir mewakili PKR bersama-sama Anwar dalam pertemuan dengan Abdul Hadi dan Mustapha itu.

"Keputusan Anwar untuk terbang ke Kuala Terengganu berjumpa Abdul Hadi bukanlah untuk mendapatkan tandatangan kepada apa-apa surat sokongan tetapi mengambil kira perlunya membawa proses membuat keputusan kembali ke dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.

Pada 9 Ogos lalu, Abdul Hadi  dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali telah bertemu pimpinan tertinggi DAP tanpa dimaklumkan kepada pimpinan PKR.

Ekoran dari pertemuan tersebut, Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan bersama Abdul Hadi bagi memulihkan hubungan antara parti dalam perikatan Pakatan Rakyat.

Akuan Berkanun 30 Adun bukti Khalid telah tiada sokongan

SHAH ALAM - Kesemua 30 Adun PKR, DAP dan dua Adun Pas, Hasnul Baharuddin serta Saari Sungib bakal berdepan dengan implikasi perundangan sekiranya akuan bersumpah menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor itu adalah palsu dan tidak benar.

Peguam NGO Lawyer for Liberty, Afiq M Noor berkata, menurut Seksyen 3 Akta Akuan Berkanun, 1960, menyediakan satu akuan palsu merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dihukum di bawah Seksyen 199 dan 200 Kanun Keseksaan.

"Saya percaya bahawa kesemua 30 Adun yang menandatangani Akuan Berkanun tersebut, telah mengetahui dan maklum akan implikasi perundangan sekiranya mereka menyediakan satu akuan palsu dan tidak benar.

"Nyata Akuan Berkanun yang disediakan oleh 30 Adun tersebut adalah satu dokumen yang serius dan mempunyai kesan di bawah undang-undang," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Edmund Bon yang mengatakan akuan berkanun 30 Adun Selangor itu tidak boleh digunakan sebagai dokumen rasmi dan boleh berubah pada bila-bila masa.

Menurutnya lagi, jawatan Menteri Besar Selangor itu hanya boleh ditukar melalui undi tidak percaya yang dibuat semasa persidangan Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Afiq berkata Akuan Berkanun itu merupakan satu dokumen statutori di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13).

"Menurut Seksyen 2 Akta Akuan Berkanun, 1960 akuan ini hendaklah dibuat di hadapan mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau Notari Awam.

"Akuan tersebut hendaklah dibuat secara sukarela di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Dah 13 hari Najib hilang, mari kita tengok kat mana dia dan kak Ros pergi....

Sekali lagi, rakyat Malaysia berhadapan misteri kehilangan Perdana Menteri, yang sesuai dijadikan karya penulis Singapura Shamini Flint di mana watak utamanya Inspektor Singh tangkas melakukan siasatan.

Blogger pro-Barisan Nasional Syed Akhbat Ali menulis di dalam blog Out-Syed The Box, kehilangan Perdana Menteri itu dari tanahair telah memasuki hari ketiga belas, satu tempoh yang lama bagi sebuah negara ditinggalkan tanpa peneraju.

Kehilangan PM ini menunjukkan masalah yang sering dikaitkan dengan kepimpinan Najib, gemar mendiamkan diri di dalam pelbagai isu, hilang secara misteri dan bersikap “cakap tak serupa bikin” di mana beliau gemar bermewah-mewah sedangkan rakyat dituntut berjimat cermat.

Najib sendiri tidak menafikan bahawa banyak wang diperuntukkan bagi kunjungannya yang diiringi para pegawai, yang didakwa bagi kepentingan negara.

Malah perbelanjaan bagi isterinya yang tidak berstatus pemimpin kerajaan sering dilakukan kerana Perdana Menteri “menyayanginya” dan “risaukan keselamatannya”, mengikut penjelasan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kepimpinan perlukan tindakan, dan pemimpin wajar dilihat melakukan tindakan. Rakyat juga perlu melihatnya bertindak secara jelas.

Sepertimana seorang nakhoda yang mengemudi kapalnya, beliau perlu memegang kemudi agar dapat meraih kepercayaan anak-anak kapalnya.

Selain batang tubuhnya dilihat, beliau juga perlu memimpin melalui teladan dan mengamalkan nasihat yang diberinya kepada para pengikut. Jika tidak orang akan berkata, dia hanya pandai cakap sahaja.

Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun asyik menyepikan diri di saat-saat krisis, atau lebih tepat persis cip coklat popular: “sekejap ade, sekejap tak ade”.

Selain mendiamkan diri secara elegan, Najib juga kerap “hilang” di dalam penjelajahannya yang digelar laman berita Asia Sentinel sebagai “percutian misteri”.

Khalid tiada asas minta Sultan Selangor bubar Dun - LKS



Lim Kit Siang
SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh lagi bersembunyi di sebalik Sultan Selangor daripada kenyataan sebenar sebaliknya beliau perlu tampil menjelaskan tindakannya yang didakwa sengaja mengelirukan pihak istana untuk kekal menjadi Menteri Besar Selangor.

Penasihat DAP di Parlimen, Lim Kit Siang menegaskan Abdul Khalid tidak sepatutnya melepaskan tanggungjawab itu dan mencadangkan mereka yang menuduh beliau supaya menulis kepada Sultan Selangor untuk mendapatkan penjelasan.

“Persoalannya bukan penjelasan daripada Sultan tetapi penjelasan daripada Khalid kerana memberi maklumat palsu kepada Sultan Selangor pada 11 Ogos lalu berkaitan sokongan daripada kalangan Adun Selangor, sedangkan beliau tidak memilikinya.

“Apakah asas Khalid memperoleh sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (Dun) sedangkan 13 Adun PKR dan 15 Adun DAP telah menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mengecam tindakan Abdul Khalid yang mengambil kesempatan daripada keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menyokongnya sebelum pemecatan beliau dari PKR pada 9 Ogos lalu dengan mendakwa 15 Adun Pas Selangor masih berpihak kepadanya.

PAS perlu putus pelantikan MB Selangor dalam kerangka Pakatan, kata PKR

Saya dimaklumkan bahawa selepas mesyuarat di antara Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dengan 13 ADUN PAS dari Selangor semalam, beberapa maklumat yang kurang tepat telah disebarkan melalui whatsapp dan media sosial.

Di antara maklumat yang disebarkan ini termasuklah:
1. Keputusan PAS menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail kononnya adalah atas titah ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor;
2. Dato’ Seri Anwar Ibrahim terbang ke Kuala Terengganu pada hari Isnin, 11 Ogos 2014 yang lalu untuk mendapatkan surat sokongan melantik Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang kemudiannya ditolak oleh Presiden PAS itu
Saya hadir mewakili KEADILAN bersama-sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Mustapha Ali itu. Keputusan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terbang ke Kuala Terengganu berjumpa Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bukanlah untuk mendapatkan tandatangan kepada apa-apa surat sokongan tetapi mengambil kira perlunya membawa proses membuat keputusan kembali ke kerangka Pakatan Rakyat.
Pada hari Sabtu 9 Ogos 2014, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Dato’ Mustapha Ali telah terbang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pimpinan tertinggi DAP tanpa dimaklumkan kepada pimpinan KEADILAN. Di dalam mesyuarat itu, pimpinan PAS itu membentangkan pendapat mereka mengenai pendirian mereka yang menolak pencalonan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan harapan DAP akan bersetuju dengan pendirian mereka.
Setelah dimaklumkan oleh pimpinan DAP mengenai perkembangan ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan jalan memperbaiki hubungan baik di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.
Oleh yang demikian, maklumat yang disebarkan kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membawa surat sokongan di dalam pertemuan itu adalah palsu dan pembohongan yang tidak membantu merungkai kemelut perlantikan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang baru.

Israel guna 2.5 juta peluru, puluhan ribu roket bedil Gaza

GAZA: Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.

Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.

Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.

Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion.

NGO adakan demonstrasi di MRR2 bantah kekejaman zionis

NGO adakan demonstrasi di MRR2 bantah kekejaman zionisKUALA LUMPUR: Lima badan bukan kerajaan (NGO) bergabung menganjurkan demonstrasi aman di kawasan Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) di Gombak dekat sini bagi membantah kekejaman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Lebih 200 anggota Inspirasi Melayu Gombak (IMPAK), Gabungan NGO 1Malaysia, Persatuan Anak Jati Gombak (Paja), Sahabat Ulul Amri dan Kelab Wanita 1Malaysia berhimpun kira-kira sejam serta melaungkan kata-kata bantahan terhadap kekejaman rejim zionis.

Mereka turut mengedarkan pelekat kenderaan yang tertulis 'Boikot Penyokong Zionis' kepada pemandu di kawasan itu.

Presiden IMPAK Zul Azhari Mohamed Juah, ketika berucap pada perhimpunan itu, berkata walaupun mereka terdiri daripada NGO yang kecil namun semangat untuk membantu rakyat Palestin tetap utuh di hati masing-masing.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, beliau berkata inisiatif yang dilakukan adalah sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.

Sehingga kini, hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan kejam tanpa henti Israel di Semenanjung Gaza yang bermula sejak 8 Julai.

Binatang di Gaza juga jadi mangsa kekejaman Israel

Gaza under Siege

The information war over Gaza

Khaled Meshaal: 'Not a war of choice'

Dr Dzulkefly: Abdul Khalid bagai harimau cedera..!!!

Dr Dzulkefly Ahmad  
SEHINGGA 17 Ogos ini atau esok, semua pimpinan Pas khususnya di Selangor diarah untuk tutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang pendirian dan kenyataan terhadap krisis politik di Selangor dan pada masa ini juga mereka perlu patuh kepada keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Namun kurang tiga sebelum tarikh itu, Lajnah Politik Pas pula bermesyuarat dan memutuskan untuk menolak cadangan supaya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.
Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat merangkap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad untuk mengulas lanjut kemelut politik yang dihadapi Pas untuk terus kekal relevan dalam landskap politik di negara ini.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana Pas melihat krisis politik di Selangor memberi kelebihan atau bencana kepada Pas untuk kekal menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor selepas dirampas oleh Menteri Besar dari Adun Bebas, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?


DZULKEFLY: Saya telah nyatakan pada mulanya krisis ini saya sangat tertekan dengan cara kesemua komponen dan pimpinan parti dalam PR mula menembak sesama sendiri.

Ketika itu saya mengeluarkan beberapa kenyataan menyebutkan istilah sebagai PR dalam kemelut memusnahkan PR sendiri.

Lalu saya menekankan betapa pentingnya Majlis Presiden bersidang atau bermesyuarat untuk segera menangani kemelut itu.

Alhamdulillah esoknya itu keluar kenyataan mengingatkan semua pimpinan supaya berhenti daripada menembak sesama sendiri.
Setelah Tan Sri Khalid dipecat, berlaku krisis (pemecatan enam Exco PR Selangor) yang saya istilahkan sebagai ‘ribut yang sempurna’.
Lalu ketika itu juga tindakan parti-parti komponen itu jelasnya nampaknya sedikit berbeza, Pas semacam agak terasing daripada DAP dan PKR.
Tentunya ia telah mencetuskan pelbagai persepsi yang gusar dan khuatir, tidak memahami kenapa Pas mengambil tindakan-tindakan seperti ini.
Saya mahu jelaskan terdapat dua perkara sebagai penjelasan dan pencerahan daripada saya untuk memahami apa yang berlaku.
Pertama saya ingin tegaskan, meskipun dalam tindakan setelah berlaku pemecatan dan Tan Sri Khalid menghadap Sultan Selangor seraya mengatakan bahawa beliau masih mendapat sokongan dan Tuanku memperkenankan Tan Sri Khalid terus memerintah sekaligus PR telah hilang kerajaan ketika itu.
Kerajaan negeri Selangor itu sudah menjadi kerajaan Tan Sri Khalid dan ketika itu jugalah empat Exco dari Pas mengambil pendirian yang agak berbeza.
Undang-undang Tubuh Negeri mensyaratkan sekurang-kurang empat Exco, maka mereka boleh meneruskan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Saya memberikan tafsiran ini meskipun dilihat sebagai satu yang negatif kepada Pas tetapi saya pernah menyebut dalam penulisan awal bahawa dengan ‘campur tangan langit’ sahaja dapat mengelakkan PR daripada hancur apabila pimpinan PR mula menembak sesama sendiri.
Bagi saya langkah ini walaupun tidak nampak sebagai satu cemuhan daripada rakan-rakan dalam PR, saya berani menyatakan bahawa langkah ini sangat penting untuk mengelakkan kerajaan negeri Selangor ini dirampas kuasa mengikut pintu belakang (back door coup d'etat).
Apabila empat Exco kami ini menyatakan sokongan kepada Tan Sri Khalid dengan meletakkan syarat supaya Tan Sri Khalid tidak akan melantik mana-mana Adun dari Umno sebagai Exco, sekiranya berlaku maka mereka akan letak jawatan serta-merta.
Langkah ini saya fikir sangat berani dan konvensional sekaligus mencetuskan pelbagai persepsi terhadap Pas, namun saya berani mengatakan bahawa langkah itu telah menyelamatkan Pas daripada dirampas kuasa oleh Umno.
Saya juga mendengar daripada sumber-sumber sahih bahawa ada pihak mengatakan Umno akan dilantik oleh Tan Sri Khalid untuk mengambil alih kesemua kerusi Exco yang dikosongkan oleh wakil PR itu.
Ketika episod kedua berlaku yang diambil oleh PKR, kita dapati sekali lagi Pas menyelamatkan keadaan dengan pintu depan.
Dua Adun Pas Selangor yang mempunyai komitmen dan keyakinan diri mereka bahawa mereka bertindak dengan semangat dalam lingkungan dasar yang diputuskan dalam Muktamar Pas untuk mengukuhkan PR.
Mereka membuat ijtihad dan mereka berdepan dengan kecaman dan pelbagai tuduhan dari luar dan dalam, maka saya anggap satu tindakan itu tidak konvensional, tidak dijangka dan sangat luar biasa.
Dengan itu sekaligus mengizinkan PR membuka 'pintu depan' kepada apa yang ada pada hari ini nyata menjadi satu cabaran kepada Tan Sri Khalid bahawa kononnya bahawa dia dapat suara ramai (majoriti) dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.
Jadi tinggal 30 suara Adun jelas kepada Tuanku bahawa ia membuka isyarat jelas mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, kita tahu siapa kerajaan di Selangor ini.
Walaupun kenyataan Tan Sri Khalid sangat mengejutkan yang mengatakan bahawa tiada kerajaan PR dan tidak wujud PR di Malaysia kerana tidak berdaftar kononnya.
Selama ini dia (Khalid) berdiri di atas apa ya? Itu perkara yang ditanya oleh rakyat. Sekali gus penafian Tan Sri Khalid itu tidak mengizinkan Sultan Selangor membubarkan Dun Selangor.
Dua perkara itu sangat penting bagi kami dalam Pas yang mahu difahami kerana banyak cemuhan kami terima kononnya kami telah keluar dari PR, kami menyokong orang yang sudah dipecat dan sebagainya.
Politik sangat kompleks bukan boleh dibaca selapis tetapi beberapa lapis, beberapa strategi yang “multipronged”.
Akhirnya yang penting bagi PR ialah melakukan transisi kepada pertukaran Menteri Besar Selangor dan PR kembali memerintah Selangor.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah pendirian Pas tidak konsisten selepas menyokong Tan Sri Khalid kemudian mahu meletak jawatan jika Adun Umno dilantik menjadi Exco?

DZULKEFLY: Sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam, kita juga ada perhitungan-perhitungan, kita boleh terangkan secara jelas, sering kali perhitungan strategik itu yang dilihat dalam tindakan dan amalan kami termasuk pendekatan yang telah kami lakukan.
Saya kira dalam hal sangat penting, akhirnya rakyat boleh lihat dengan apa yang dilakukan oleh empat Exco Pas itu, ia tidak mencetuskan satu keadaan huru-hara.
Ada yang mengatakan boleh saja diMagerankan negeri ini, atau boleh diambil alih atau boleh saja dibubarkan DUN Selangor sekaligus boleh mengundang Pilihan Raya Negeri serta-merta.
Kami mahu tindakan-tindakan kami dilihat dengan segala rendah hatinya, bukannya kami mahu jadi hero, perhitungan kami itu ada asasnya dan terbukti apa yang dilihat pada hari ini.
Kepelbagaian tindakan itu kami berharap akan dapat difahami oleh kawan dan lawan.

Hasnul nafi kenyataan kritik Pas

Hasnul Baharuddin  
SHAH ALAM – Lewat petang semalam, pihak media ada menerima satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh Adun Pas, Hasnul Baharuddin (Morib) .

Namun kenyataan itu disifatkan agak keras kerana dilihat berlebih-lebihan dalam mengkritik parti sendiri dan peribadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Melalui aplikasi WhatsApp, Hasnul dilaporkan menafikan sebahagian kenyataan itu.

“Ada tokok tambah. Saya nafikan kenyataan itu," katanya.

Antara lain kenyataan itu menyentuh soal tindakan Pas yang sengaja melewatkan usaha melantik menteri besar yang baharu .

Ia juga menyebut ‘Hasnul’ mencabar agar tindakan dikenakan ke atas dirinya sebelum beliau membuka aib semua kepimpinan Pas Selangor.

Kenyataan itu turut mendakwa Abdul Khalid suka meninggalkan solat dan kuat berfoya-foya.

Sebelum ini, Hasnul dan seorang lagi Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) mengejutkan Pas apabila menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sedangkan Pas ketika itu menyokong Abdul Khalid kekal.

Bekas ahli PKR bentuk NGO, kecam Wan Azizah sebagai MB Selangor

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada bekas ahli PKR hari ini mengecam cadangan parti reformasi itu melantik presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Timbalan Presiden Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (Grabs) Hanafiah Hussein berkata rakyat Selangor selama ini tidak pernah merestui usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik isteri sendiri sebagai menteri besar. "Wan Azizah, kamu bukan orang Selangor. Jangat ingat kamu boleh jadi MB. Rakyat Selangor tak restu kerana kamu bukan anak Selangor dan dilantik oleh suami sendiri.  "Pelantikan kamu adalah bidan terjun yang disokong Anwar dengan memaksa Lim Guan Eng dan PAS untuk menyokong isteri sebagai MB," katanya pada satu sidang media di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam hari ini. PKR minggu lalu memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana ingkar arahan parti bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru. Bagaimanapun, Khalid sehingga ke hari ini masih menjalankan tugas seperti biasa walaupun tidak mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor selepas Sultan diyakinkan beliau masih mendapat sokongan majoriti. Hanafiah berkata tindakan PKR dan DAP sejak kebelakangan ini yang sering mempersoalkan perkenan Sultan Selangor terhadap Khalid membuktikan mereka tidak menghormati institusi raja di negara ini. Katanya, apa yang cuba
dibangkitkan PKR dan DAP itu jelas cuba mengelirukan rakyat dan sewajarnya mendapat perhatian pihak berkuasa. “Kami dapati banyak perkara dibangkitkan PKR dan DAP membidas keputusan Sultan Selangor. Banyak yang mereka bidas termasuk mengutuk dan menghina institusi raja kerana menyokong Khalid sebagai MB. “Saya nak ingatkan DAP dan PKR, mereka sepatutnya akur

keputusan yang dibuat Sultan Selangor. Kebanyakan pemimpin PKR dan DAP ini bukanlah anak Selangor. Mereka harus tahu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. “PKR dan DAP cuba menghasut rakyat untuk menghuru-harakan kerajaan negeri Selangor. Pihak berkuasa seperti polis perlu siasat perkara ini," katanya dalam perhimpunan yang dihadiri kurang daripada 15 ahli. Sementara itu, Presiden Grabs Mohd Faisal Idris berkata dengan tertubuhnya NGO tersebut maka suara rakyat bawahan akan dapat didengar selepas pentadbiran negeri sebelum ini terjejas dengan kontroversi menteri besar Selangor. Beliau turut menyeru pimpinan negeri agar tidak hanya merujuk krisis perlembagaan di Perak untuk dijadikan kayu ukur menggantikan Khalid dengan menteri besar baru. “NGO ini dicadangkan untuk bercakap mengenai suara arus bawahan yang terdiri daripada orang kebanyakan yang selama ini tidak diberi ruang untuk menyampaikan apa yang terbuku.

Chegubard: Sudah masa pemimpin senior Pakatan berundur

ADUN: Khalid guna media S'gor bagi propaganda diri

'Jika MB Selangor bubar DUN- berlawanan dgn semangat prinsip demokrasi', CM Lim

Khalid Bagai Harimau Cedera - Dr Dzulkefly Ahmad

Krisis S'gor: SAMM minta Istana tak jadi benteng pihak tertentu

SAMM desak Khalid jangan halang sidang DUN S’gor

P'raya S'gor: Dengan PAS, DAP yakin Pakatan menang

MB Khalid ‘pentingkan diri’ jika bubar DUN, kata Guan Eng

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal dilihat "begitu mementingkan diri sendiri" sekiranya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan jelas beliau kehilangan majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata Lim Guan Eng. Setiausaha Agung DAP itu berkata, pembubaran sidang DUN bercanggah dengan prinsip sebenar demokrasi. "Itu menunjukkan beliau sangat mementingkan diri dan membelakangkan prinsip demokrasi, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan mandat rakyat untuk kekal sebagai menteri besar.  "Itu menunjukkan (Khalid) lebih mementingkan kedudukan berbanding hak rakyat dan kedaulatan undang-undang. "Ini ancaman yang sering beliau gunakan untuk kekal sebagai menteri besar," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi ketika ditanya kemungkinan Khalid akan membubarkan sidang DUN dan mengadakan pilihan raya mengejut untuk menamatkan krisis kepimpinan di Selangor. Khalid semalam berkata, sebarang keputusan berhubung perkara itu, termasuk peletakan jawatannya sebagai menteri besar termasuk pelantikan menteri besar baru hanya akan diputuskan selepas pertemuan dengan Sultan Selangor. Lim berkata, jelas dalam undang-undang tubuh di Selangor, sesiapa yang mempunyai majoriti Adun adalah layak untuk dilantik sebagai menteri besar. "Ini dibuktikan ketika krisis Perlembagaan di Perak pada 2009. Menteri besar baru dilantik tanpa membubarkan DUN. Dalam insiden itu, hanya tiga Adun terkesan. "Di Selangor, Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti besar (berbanding Perak). PR menang 44 daripada 56 kerusi DUN, 30 Adun lagi menyokong (Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail) sebagai menteri besar baru," katanya.

Abdul Khalid hanya tinggal satu lagi buah catur......

SELEPAS 30 ADUN menyatakan sokongan kepada Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar, pilihan yang tinggal pada Abdul Khalid Ibrahin sekarang jika mahu kekal di jawatan itu ialah dengan membubarkan dewan.
SELEPAS 30 ADUN menyatakan sokongan kepada Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar, pilihan yang tinggal pada Abdul Khalid Ibrahin sekarang jika mahu kekal di jawatan itu ialah dengan membubarkan dewan.
 
SELEPAS 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyatakan sokongan buat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini hanya tinggal 'pencaturan terakhir' untuk mengekalkan jawatan iaitu membubarkan dewan.
China Press dalam satu analisis melaporkan, Abdul Khalid telah menampakkan keengganan melepaskan jawatan apabila beliau menyatakan dalam Twitter bahawa sokongan majoriti terhadap Wan Azizah perlu dibuktikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Secara asasnya, keengganan Abdul Khalid berundur adalah kerana beliau telah mendapat perkenan Sultan.
"Semasa menghadap Sultan, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dalam DUN Selangor.
"Namun kelebihan Abdul Khalid terhakis apabila sebanyak 30 ADUN menyatakan tidak lagi menyokong beliau."
-
Selepas Wan Azizah mendapat sokongan majoriti, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memohon dengan Istana bagi menghadap Sultan dan cuba mendapat perkenan supaya calon dengan sokongan majoriti dilantik sebagai Menteri Besar.

Kemelut MB Selangor belum ada tanda cerah.....

WAN Azizah masih perlu menunggu lebih lama sebelum dapat menyangdang kerusi Menteri Besar Selangor, ekoran Khalid Ibrahim enggan melepaskan jawatan itu.
Kemelut Menteri Besar Selangor belum menampakkan tanda-tanda cerah apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkeras mahu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala Pas pula mahu calon selain isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WAN Azizah masih perlu menunggu lebih lama sebelum dapat menyangdang kerusi Menteri Besar Selangor, ekoran Khalid Ibrahim enggan melepaskan jawatan itu.Sinchew Daily melaporkan, Pas telah bersetuju supaya Abdul Khalid ditukarkan tetapi parti tersebut tidak bersetuju Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu.
Seorang pemimpin PKR memberitahu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat dan dalam perbualan peribadi bahawa parti pimpinannya menentang pelantikan Wan Azizah kerana dua sebab.
Sebab pertama melibatkan pendirian Sultan Selangor manakala sebab kedua pula berkenaan identiti Wan Azizah sebagai isteri Anwar.
``Pas berpendapat menyokong Wan Azizah tidak lain seperti bersetuju dengan amalan nepotisme, ia dilihat tidak sehaluan dengan budaya politik Pas," kata pemimpin PKR tersebut.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew bagaimanapun mengkritik dakwaan nepotisme yang dibuat Pas ke atas PKR.
Katanya, menantu Abdul Hadi sendiri iaitu Zaharudin telah memegang jawatan pengurus di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.
"Politik seluruh dunia termasuk Malaysia tidak boleh lari daripada apa yang dikatakan sebagai nepotisme," katanya.

Ahli PAS jangan menangguk di air keruh, ikut arahan Presiden

Hadi PASHAH ALAM, 16 OGOS: Semua ahli PAS diingatkan supaya tidak menangguk di air keruh dan perlu mendengar segala arahan yang akan dibuat secara rasmi oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Iskandar Abdul Samad selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dalam satu kenyataan berkata, semua ahli parti Islam itu perlu merujuk arahan daripada Presiden dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat imej parti.
“Saya difahamkan ada mesej yang mengaitkan saya sebagai pemberi arahan (untuk melakukan tindakan) kepada ahli yang lain. Perkara itu jelas tidak benar.
“Saya mengingatkan kepada ahli PAS, supaya merujuk arahan rasmi daripada Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor sahaja,” katanya menerusi laman Facebook.
Kenyataan Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu dipercayai bersangkut paut dengan kemelut politik di Selangor yang membabitkan jawatan Menteri Besar yang masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Halimah adalah salah seorang daripada empat exco PAS yang memilih untuk kekal dalam pentadbiran Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.
Empat Exco berkenaan masih meneruskan tugas seperti biasa sehingga Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat dan menetapkan pendirian berhubung krisis di Selangor, esok.

Isu MB S'gor: Keputusan PAS esok, umum atau tidak

Mohamad, Tuan Ibrahim dan Muhammad mengabadikan foto bersama peserta konvoi motor berkuasa tinggi selepas majlis perasmian.
 
TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta semua pihak menunggu sehingga esok berhubung pendirian parti itu terhadap kemelut itu Menteri Besar Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada PAS perlu mengumumkan atau tidak siapakah yang dinamakan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran krisis yang berlaku kini.

"Tunggu esok, perlu umum atau tidak, itu hal rumahtangga PAS," ujarnya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2014 di padang awam Taman Temerloh Jaya, di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan Man dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mohamad pada sidang media itu enggan menjawab beberapa andaian mengenai kemelut Menteri Besar Selangor selepas PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.

Ekoran pemecatan itu, PKR telah memilih presiden parti yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid untuk jawatan Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat esok bawa berita gembira bagi Pas, PR

Salahuddin Ayub KOTA BHARU - Beberapa jam sebelum mesyuarat di peringkat pusat diadakan Pas memberi gambaran keputusan yang akan dicapai esok adalah membawa berita baik kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, keputusan terbabit adalah usaha  menyelamatkan  parti.

"Dalam isu di Selangor walau apa pun cabaran kita akan selesaikan esok dengan baik," katanya ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kelantan hari ini.

'Umno tak mahu campur pentadbiran S'gor'

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu tidak ingin mencampuri pentadbiran negeri Selangor bawah Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan ADUN Umno menyertai kabinet Selangor sebagai anggota exco.

"Kita tak masuk campur urusan pentadbiran Selangor. Kita serahkan kepada mereka (pentadbiran sedia ada)," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa wakil Umno mungkin dilantik ke kabinet Khalid untuk membentuk kerajaan minoriti, sekiranya empat exco PAS sedia ada meletak jawatan.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan, Khamis.

Tengku Adnan juga menegaskan bahawa Umno menyokong Khalid kerana tidak mahu isu bekalan air terus dijadikan modal politik PKR.

Saya tidak setuju Wan Azizah jadi MB bukan kerana wanita, kata bekas mufti Perlis

 Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain. “Saya tidak pernah kata setuju Dr Wan Azizah jadi menteri besar Selangor. Ada beberapa sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan. “Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh menjadi MB menurut Islam, bahkan mereka kata dalam semua urusan.  “Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri besar perlu dinilai semua,” katanya menerusi blog DrMaza.com. Hadis Rasulullah yang menyelar kaum wanita untuk diangkat sebagai pemimpin perlu dilihat dalam konteks yang sebenarnya dan tidak boleh disandarkan secara umum, kata beliau. Bekas mufti Perlis itu berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya. Semalam, sebuah blog Pena Minang menerangkan secara terperinci mengapa wanita tidak sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin menerusi perspektif Islam. Hujah yang diutarakan oleh M Afifuddin menerusi portal itu turut menyandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari berkenaan dan memberikan pandangan secara menyeluruh mengenai perspektif wanita

Salahkan PAS jalan mudah dalam krisis Selangor, kata bekas pemimpin PAS

Menyalahkan PAS atas keretakan dalam Pakatan Rakyat adalah jalan mudah, tetapi PKR dan DAP juga tidak melakukan secukupnya untuk menyelamatkan pakatan itu daripada berpecah, kata bekas wartawan dan pemimpin PAS Subky Abdul Latif. Beliau berkata, krisis menteri besar Selangor boleh menyebabkan berpecahnya pakatan antara PKR, PAS dan DAP berikutan perbezaan pendapat dalam penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukannya. "PAS masih suka PR," tulis Subky dalam laman sosial Facebook pada 14 Ogos.  "Ia hanya tidak bersetuju dengan pemecatan menteri besar Selangor sama seperti bagaimana PKR dan DAP tidak bersetuju dengan hudud." Bagaimanapun, beliau berkata, menyalahkan semua itu kepada PAS sahaja tidak wajar. "Jika PR berpecah, adakah ia hanya kesalahan PAS? Kalau memang berpecah, apa yang Datuk Seri Anwar Ibrahim/PKR lakukan untuk mengelakkan perpecahan dan apa yang Lim Kit Siang lakukan untuk menyelamatkan PR?" Beliau merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP Lim Kit Siang. Kedua-dua mereka mengkritik PAS kerana mengambil masa untuk membuat keputusan mengenai isu MB itu. "Semua tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan PR," kata Subky. "Menyalahkan PAS adalah suatu kerja yang mudah. Menyelamatkan PR adalah tanggungjawab semua orang." Beberapa pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan sokongan mereka kepada Khalid sebelum dipecat dari PKR kerana menentang perintah parti untuk meletakkan jawatan sebagai MB dan memberi laluan kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Walau bagaimanapun, PAS berkata bahawa ia hanya akan mengumumkan keputusan rasmi sama ada ia akan menyokong Khalid atau tidak selepas mesyuarat jawatankuasa pusat yang dijadualkan esok. Ini tidak diterima baik oleh pemimpin PR yang lain, termasuk beberapa pemimpin dari PAS yang menyelar

Kenyataan PAS WP Berkenaan Pembersihan Parti Disanggah

Sanggahan ini tidaklah terlalu akademik, tetapi lahir secara sepontan selepas saya membaca laporannya dalam Malaysiakini.

SU Perhubungan PAS WP berkata; tindakan dua ADUN PAS Selangor menyokong Wan Azizah menjadi proses penyucian PAS daripada anasir tidak sepatutnya, iaitu golongan yang memiliki kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

[1] Bagi saya kenyataan ini bernada sombong, menafikan sumbangan orang lain kepada PAS, berasa diri dan kumpulan sendiri lebih bersih daripada orang lain, salah tafsir terhadap maksud perjuangan serta tidak melihat keperluan perjuangan PAS dalam jangka masa panjang.

[2] Sepatutnya orang PAS menerima sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada PAS. Kelainan sikap dan tindakan tidak sepatutnya menjarakkan mereka daripada PAS. Kelainan itulah yang menjadikan PAS istimewa dan kukuh serta berdayasaing untuk meneruskan perjuangan.

[3] Usah menafikan sumbangan orang lain dan berasa orang lain menjadi perosak jamaah. Tindakan mereka menyokong Wan Azizah bukan sokongan kepada individu tetapi sokongan kepada aspirasi PR. Oleh kerana PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai MB, dan PAS memang mahukan MB daripada PR, maka sokongan itu adalah selari dengan aspirasi itu.

[4] Kepelbagaian fikrah itu apa sebenarnya? Kesatuan fikrah pula apa ertinya? Adakah kesatuan fikrah itu maksudnya semua orang mesti mempunyai idea yang sama dalam sesuatu perkara atau situasi? Kepelbagaian dalam semua perkara adalah fitrah. Dunia ini maju kerana kepelbagaian. PAS boleh bertahan sehingga kini juga kerana kepelbagaian.

[5] Apa salahnya bekas orang IRC atau JIM masuk PAS? Teruk benarkah fikrah mereka? Jika kita boleh menerima bekas orang Umno untuk masuk PAS, mengapa kita memandang serong kepada orang JIM atau IRC? Jika kita boleh menerima orang bukan Islam sebagai ahli PAS, mengapa kita memandang serong kepada orang Islam sendiri?

[6] Jangan berasa hanya diri kita paling bagus, paling bersih dan paling berjasa kepada jamaah. Juga jangan berasa hanya kita yang sayangkan jamaah, sementara orang lain semuanya perosak jamaah. Itulah perasaan ujub yang tidak selari dengan akhlak pejuang Islam.

Khalid adu pada ROS kes dipecat dari PKR

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memfailkan aduan pada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas tindakan PKR yang memecat keanggotannya dari parti tersebut.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, aduan yang difailkan melalui Bon Advocates itu menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR melanggar perlembagaan parti.

Sekiranya benar melanggar perlembagaan parti, pendaftaran parti itu mungkin dibatalkan, dakwa Utusan.

Peguam New Sin Yew dalam laporan itu mendakwa Khalid gagal mendapat maklumat mengenai keanggota lembaga disiplin yang mendengar kesnya.

Katanya, lembaga itu perlu terdiri daripada enam orang.

"Kita minta ROS siasat. Jika jumlah yang hadir tidak cukup, maka mereka secara sengaja melanggar perlembagaan parti,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar milik Umno itu.

MB Selangor: "PAS kenalpasti calon alternatif"

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu sudah menyenaraikan beberapa lagi nama yang sesuai untuk calon menteri besar Selangor.

Laporan Berita Harian menyebut, Mustafa berkata nama berkenaan bagaimanapun tidak boleh diumumkan sebelum jawatankuasa pusat PAS bermesyuarat esok.

Calon berkenaan sebagai alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditegaskan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut.

"Memang ada beberapa nama dalam fikiran kita yang dilihat sesuai, tetapi namanya saya tidak boleh sebut sekarang, kena tunggu mesyuarat parti," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Beliau juga mengulangi pendirian PAS bahawa arahan agar empat orang exconya kekal dalam kabinetr Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bagi memastikan Pakatan Rakyat terus mentadbir Selangor.

Justeru, beliau menuntut agar DAP dan PKR menjelaskan sikap parti itu yang berang apabila PAS mengambil tindakan demikian.

"Kita juga kena tanya dia (PKR dan DAP) atas dasar apa mereka marahkan PAS," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar sama.

AJK PAS Pusat akan bermesyuarat esok bagi menentukan pendirian mereka berhubung krisis politik di Selangor.

Khalid salah guna dana negeri sebar propaganda peribadi, kata Adun DAP

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyalahgunakan dana negeri untuk tujuan propaganda peribadi dalam krisis kepimpinan sekarang. Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Adun Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru) dalam sidang media bersama mereka hari ini berkata, Khalid menyalahgunakan media seperti Selangorkini dan TV Selangor untuk kepentingan peribadinya bagi mempromosi diri beliau masih layak menyandang jawatan MB. "Sejumlah RM50 juta digunakan setiap minggu untuk penerbitan media di bawah Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB)," kata Rajiv. CCSB merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Selangor yang bertanggungjawab menerbitkan laman Facebook dan Twitter Media Selangorku, termasuk akhbar Selangorkini dan laman YouTube TVSelangor, dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Mereka berkata CCSB seharusnya berhenti mempromosi Khalid memandangkan beliau tidak lagi menerima mandat sebagai MB setelah 30 Adun menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pengganti beliau. "Sebagai GLC kerajaan negeri, kami berharap CCSB menghentikan laporan berat sebelah kepada Khalid dan menentang PKR, DAP untuk menggantikan beliau. "Jika mahu meneruskan laporan dalam keadaan yang sensitif seperti ini, laporan mereka perlu neutral pro atau menentang Khalid," kata Yeo. "Mereka perlu memberikan liputan kepada Dr Wan Azizah, calon menteri besar baru yang dipersetujui 30 Adun," katanya. Mereka menyebut beberapa laporan Selangorkini dalam edisi terbarunya, termasuk "Sokong berdasarkan prestasi bukan parti", "Kecemerlangan MB tedbir negeri, Yayasan Selangor mahu terap konsep sama", dan "Bukan parti tapi kepentingan rakyat lebih utama", memetik beberapa tokoh dan penganalisis politik tanah air. Yeo turut menambah, sekiranya laporan media kerajaan negeri masih bersifat berat sebelah, mereka akan menghantar akhbar berkenaan untuk dikitar semula. "Dahulunya kami menerima akhbar ini dan mengedarkannya di kawasan Dewan Undangan Negeri

Dewan Negeri Selangor kaji cara tentukan sokongan untuk Khalid, kata sumber

Dewan Negeri Selangor sedang mengkaji pelbagai pilihan yang ada untuk membolehkan satu mesyuarat tergempar diadakan bagi menentukan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai sokongan majoriti atau tidak, kata sumber.
Menurut sumber yang biasa dengan Perlembagaan Negeri dan perintah tetap, dalam keadaan biasa, menteri besar yang menasihati Raja untuk mengadakan mesyuarat dewan.
"Dalam kes ini pula, MB yang sepatutnya berhubung dengan Sultan adalah subjek yang hendak dibincangkan. Oleh itu, kita perlu mengkaji dan menafsir perlembagaan dan perintah tetap bersama dengan kes undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider tanpa mahu dinyatakan namanya.

Beliau berkata, perkara ini rumit kerana Sultan berada di luar negara dan tidak pasti sama ada Majlis Sultan Selangor boleh bertindak dengan ketidakhadiran baginda. Sultan dijangka pulang pada 27 Ogos.
Sumber itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang dibuat oleh Speaker Hannah Yeoh untuk  memanggil mesyuarat bagi memecahkan kebuntuan politik berikutan pemecatan Khalid oleh PKR seminggu yang lalu.

Semoga Doa Untuk Selamatkan PR Selangor Dimakbul Allah


Sepanjang minggu lepas ramai telah mendoakan semoga Allah selamatkan Kerajaan PR Selangor. Dengan berbagai andaian, senario yang menakutkan telah dinukil oleh beberapa pimpinan dan penganalisis politik. Namun akhirnya, segala ketakutan dan kerisauan dilenyapkan dengan diambil beberapa tindakan oleh watak tertentu yang semestinya diilhamkan oleh Allah SWT.

MENUTUP PINTU BELAKANG MENGHALANG UMNO RAMPAS KERAJAAN
Untuk mengelak terbentuknya ‘kerajaan minoriti’ antara UMNO dan TSKI sepertimana yang kononnya telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor (menurut TSKI), maka PAS mengekalkan ‘sokongan’ buat masa ini untuk TSKI. Empat Exco PAS kekal sebagai Exco dan jaminan diberi bahawa tidak akan ada Exco tambahan dari PAS mahupun UMNO. Empat orang Exco adalah jumlah Exco minima yang perlu dilantik untuk membentuk kerajaan. Sekiranya jawatan ini dikosongkan oleh exco PAS, maka kononnya TSKI akan meminta pekenan Sultan untuk melantik 4 orang Exco baru dari UMNO sambil mengekalkan beliau sebagai MB. Ini boleh dilakukan atas alasan parti PR masih berbalah satu sama lain berhubung calon MB sehingga tiada yang mendapat sokongan majoriti.

Maka tindakan PAS mengekalkan 4 exco mereka dan ‘sokongan’ mereka terhadap TSKI telah memintas kemungkinan ini. Atas tindakan 4 exco PAS dan PAS Selangor menutup ketat pintu belakang kepada UMNO menyertai atau mengambil-alih kerajaan Negeri Selangor, saya ucapkan tahniah.

MEMBUKA PINTU DEPAN UNTUK MASUKNYA KEMBALI KERAJAAN PR
Sambil pintu belakang ini ditutup rapat, tindakan dua ADUN PAS menzahirkan sokongan kepada DSWA sebagai MB Selangor telah membuka pintu depan seluas-luasnya untuk PR mengambil kembali kerajaan Selangor melalui pintu depan. Hakikatnya kerajaan yang terbentuk sekarang bukan kerajaan PR tetapi kerajaan TSKI yang mendapat sokongan ikhlas dan tanpa syarat; serta disokong UMNO/BN walaupun Exconya dari PAS. Keutamaan adalah untuk mendapatkan kembali kerajaan yang telah dibawa-lari pengkhianat PR, iaitu TSKI.

Dengan sokongan dua ADUN PAS, maka PR boleh kembali berkuasa dan tiada alasan munasabah untuk menghalang DSWA mengangkat sumpah menjadi MB dan dengan itu menegakkan kembali kerajaan PR Selangor. Ini adalah kerana terbukti sudah bahawa DSWA memperolehi sokongan majoriti ADUN di DUN Selangor.

Dengan itu terbukti juga bahawa TSKI telah menipu DYMM Sultan Selangor dengan dakwaan beliau mendapat sokongan majoriti. Seharusnya setelah terbukti TSKI seorang penipu dan telah menipu Sultan, maka TSKI beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai MB secara baik dan bertanggung-jawab. Kecuali jika ada agenda tertentu?

MENIDAKKAN KEPERLUAN UNTUK DUN DIBUBARKAN
Sekiranya tiada mana-mana pihak mendapat sokongan majoriti, perletakan jawatan oleh TSKI boleh menyebabkan DUN dibubarkan sekiranya diminta oleh TSKI sebagai MB. Oleh yang demikian, Keperluan membubar DUN pada ketika ini telah tidak lagi releven.

Surendran: Did Khalid tell Sultan the whole truth

Does the Sultan know Khalid has lost the support of the majority of state assembly members, and must resign in accordance to Article 53(6) of the state constitution?
selangor state assembly and sultan selangorPETALING JAYA: Vice president of Keadilan N Surendran wants to know if Khalid Ibrahim has told the Sultan the whole truth about the situation in Selangor.
Surendran said that there is still doubt as to whether Khalid communicated to the ruler “that on August 14 he had lost the confidence of the majority of members of the state assembly.”
Surendran also wanted to know if Khalid had mentioned “that he is ready to tender his resignation as required by Article 53(6) of the state constitution.”
“Khalid was constitutionally duty-bound to communicate the above to the Sultan. Did he do so?” Surendran said in a statement.
Surendran posed this question in response to the Menteri Besar’s claims that the Sultan of Selangor has instructed Khalid “not to make any decision/announcement” until his return on August 27.

Selangor Crisis: The Movie

The cast of Pakatan actors keep going and going, even though the director is yelling “cut, cut, cut!”
selangor saga300 
How many more ways are there to relate to this Selangor saga?
The main stars of this movie have yet to show any sign of fatigue, even as the Selangor electorate who have been sucked into this whirlwind want an end to it.
Embattled Menteri Besar (MB) Khalid Ibrahim appears unperturbed by PKR president Wan Azizah’s declaration that she has 30 supporters for her cause.
On Thursday, Selangor state assemblymen Saari Sungib and Hasnul Baharuddin of PAS decided to break away from the constraints of party protocol to pitch in their support for Wan Azizah. They run the risk of severe action from PAS’ disciplinary board now.
At a media conference attended by PKR and DAP bigwigs, they said that this was their last ditch attempt to end the stalemate that was ripping the Pakatan coalition apart, and that they were prepared to face the music.
Yesterday PAS vice president Husam Musa came out with an impassioned plea to Khalid to stop using PAS as his tool to stay in power.
Husam said Khalid’s unilateral decision to sack all Exco members from the council except PAS’s four was suggestive to the public that PAS had already thrown its support behind him when the reality couldn’t be farther from the truth, as the Central Working Committee (CWC) had yet to decide on anything.
Meanwhile, CWC member Dzulkefly Ahmad described the actions of the two maverick PAS assemblymen in supporting Wan Azizah as a godsend to save the Pakatan pact and the government of Selangor.
Khalid must have surmised that he wouldn’t have to fend off a no-confidence motion against himself until the State Assembly begins its third session in November.

Tan Sri Khalid Ibrahim dah hidu sesuatu ke ni?

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

"Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri, Sabtu malam.

Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada PAS untuk membubarkan DUN pada November ini.

Pada Khamis, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.

Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Kedudukan terkini DUN Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

'Wan Azizah tiada pengalaman mentadbir' kata Umno

Mampukah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan tugas, tanggungjawab serta amanah sebagai Menteri Besar Selangor?

Persoalan ini disuarakan penganalisis dan pemerhati politik yang sangsi dengan keupayaan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang itu untuk memikul tugas menerajui Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa Dr Wan Azizah pernah mempermainkan kepercayaan rakyat apabila presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 26 Ogos 2008.

"Dalam pentadbiran parti (PKR) itu sendiri, corak kepimpinan parti beliau dipengaruhi 'pihak ketiga' dan bukan ideanya," kata Tun Faisal ketika ditemui selepas wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV, baru-baru ini.

Oleh itu, kata beliau rakyat, terutamanya warga Selangor, perlu berfikir secara matang dalam menilai kemelut politik yang melanda negeri itu, termasuk perebutan jawatan menteri besar.

Beliau berpendapat Abdul Khalid lebih berkemampuan mentadbir Selangor berdasarkan rekod pentadbirannya sejak lebih lima tahun lepas, lebih-lebih lagi apabila kini beliau terus mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menduduki jawatan itu.

"Berbanding Abdul Khalid, Dr Wan Azizah tiada langsung pengalaman mentadbir," katanya.

Beliau berkata Abdul Khalid juga seorang pemimpin yang lebih mengutamakan rakyat daripada parti dan perkara ini terbukti dalam isu air di Selangor apabila bersetuju bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2).

MB Selangor: Pas tidak akan letak calon

Khalid Samad 
IPOH - Pas tidak akan meletakkan calon dari parti berkenaan untuk merebut jawatan Menteri Besar Selangor demi menghormati kehendak PKR dan DAP.

Mengulas lanjut, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,​ Khalid Samad berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui bersama sejak 2008 lalu dan tidak ada sebab untuk ianya diubah.

Malah menurutnya, seandainya nama-nama yang bakal dicalonkan Pas kelak, ianya akan hanya melibatkan nama calon PKR itu sendiri termasuklah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Kita hormati kehendak PKR dan DAP bahawa jawatan menteri besar itu hendaklah datangnya daripada kalangan PKR. Kita pun terima sebagaimana yang kita persetujui sejak 2008.

“Azmin Ali mungkin salah satu nama. Kalau pas nak cadangkan pun mungkin kita akan letak dua tiga nama;  Azmin ke, Dr Idris Ahmad ke, tetapi nama Wan Azizh  juga akan berada dalam senarai calon-calon yang dikemukakan Pas.

“Bagi saya, saya sendiri sokong Wan Azizah saja yang dicalonkan kerana dia adalah presiden parti dan tak salah untuk dia diletakkan sebagai calon menteri besar,” katanya lagi di sini sempena menghadiri Majlis Makan Malam ‘Lawan Tetap Lawan’ di sini, malam tadi.

Azmin Ali pun okay, malahan lebih dari okay ..!!

Kenapa PKR meletakkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid semua orang tahu sebabnya. Kenapa PKR tidak meletakan Azmin Ali, pengerusi PKR Negeri Selangor ke jawatan itu pun semua orang tahu. Sebagai seorang yang mengetuai parti di Selangor Azmin sebenarnya adalah orang yang ‘legitimate’ untuk mengambil alih Khalid jika benar Khalid tidsak lagi mendapat sokongan dari Dewan Undangan. Malahan ramai bertanya kenapa selepas pilihanraya ke13 dahulu Azmin tidak di bawa ke Istana untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar itu?
Jika Anwar dan PKR menganggap Khalid sudah sesuai lagi dan perlu di ganti, mencadangkan Wan Azizah itu juga merupakan sature ‘misadventure’ bagi PKR. Keadaaan di Selangor tidak kan kembali seperti dahulu kala lagi. Azmin bukannya seorang sakit atau mengidapai penyakit  mental atau sebagainya. Azmin sihat dan segar bugar. Beliau adalah Ketua PKR Selangor dan juga seorang Ahli kepada Dewan Undangan Negeri Selangor.
Azmin merupakan seorang arkitek pembinaan PKR dan beliau bukan calang-calang orang untuk tidak di pertimbangkan kepada jawatan ini. Nasib Azmin yang tidak di pandang oleh pucuk pimpinan PKR ini juga adalah diatas pertimbangan politik peribadi seseorang atau keluarga seseorang itu.
Bukan tidak ada desakan untuk Azmin di tempatkan ke jawatan itu. Kenapa hendakan Wan Azizah juga? Tetapi persoalan itu hanya boleh di jawab oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya sahaja. Jika kita sebut sebabnya yang benar, nanti kita akan di nafikan kebenaran itu.
Ada yang membuat spekulasi supaya meletakkan Dr Idris, ADUN Ijok sebagai calon kompromi. Jika semua pihak termasuk Azmin bersetuju Dr Idris mungkin calon kompromi yang sesuai. Tetapi Dr Idris sebagai seorang yang saya kenali agak rapat adalah orang baik dan orang baik semata-mata bukannya pilihan yang tepat. Kita bukannya mencari orang baik, tetapi pemimpin yang baik.
Kalau hendak mencari setakat orang baik, mungkin bilal dan imam di mana-mana masjid di Kuala Selangor dan Tanjung Karang ada yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim ini.

Selamatkan Pakatan Rakyat…

Mohd Farid Hamlud

Kita berpakat bukan kerana kita, tetapi kerana rakyat. Jadi Pakatan ini adalah pakatan harapan rakyat. Rakyat perlukan pakatan ini, untuk mereka melepaskan diri daripada kezaliman si penguasa. Tindakan zalim si penguasa itu lebih perlu dihentikan. Alhamdulillah, ada satu cabaran baru buat Pakatan Harapan Rakyat. Kita diajar, konflik itu adalah satu peluang bukan semata-mata masalah, maka dalam konflik Kerajaan Negeri Selangor ini juga, konflik perlu dilihat sebagai peluang. Peluang untuk masa depan yang lebih cerah, saya positif. Ramai yang menyasarkan kepada peluang untuk "penapisan", tapi saya lebih suka kita sasarkan kepada peluang untuk pengukuhan. Ini kata budak hingusan seperti saya.  Kami anak muda sangat tidak gemar melihat ayahanda, kekanda kami bergaduh. Kami lebih suka kepada perdamaian. Kami memandang tinggi kebijaksanaan kalian untuk mencari titik persamaan yang baik, sekurang-kurangnya untuk menyelamatkan harapan rakyat agar sebuah negara yang adil dan berkebajikan dapat dibentuk bersama. Apa yang kita perlukan ialah sedikit kesabaran, dan kesudian untuk mendengar. Jika kita buka mata, telinga dan dada kita, insyaAllah kita akan nampak hikmah sebenar yang jauh lebih indah dan besar untuk manfaat kita bersama. PAS pada awalnya menyokong Khalid untuk dikekalkan sebagai MB. Ini adalah pendirian sebelum berlakunya pemecatan. Kerana MB ini adalah amanah rakyat. Adakah kita boleh mengubah, dengan menaikkan atau menurunkan sesiapa yang kita mahu sewenang-wenangnya dari kedudukan MB? Baiklah, sekarang Khalid bukan lagi sebahagian daripada PR kerana beliau sudah keluar dari PKR. Tali perhubungan beliau dengan PR di Selangor pada ketika ini hanyalah sebagai seorang MB kepada 4 exco daripada PAS. Jika 4 exco ini menarik diri, maka mungkin tiada lagi hubungan beliau dengan PR dan beliau dengan sendirinya hilang sokongan dan DUN mungkin terbubar disebabkan tiada lagi sesiapa yang bersama beliau. Jika Adun PAS ini tidak hadir, itulah yang akan berlaku. Malangnya, tindakan Adun PAS yang bersama Khalid dilihat sebagai satu usaha membelakangkan kepentingan PR kerana PR sudah tidak mahu Khalid sebagai MB. Padahal, apa yang mereka lakukan ialah meneruskan urusan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor yang diamanahkan Sultan, hasil mandat yang diberikan rakyat. Dalam masa yang sama, mengelakkan berlakunya pembubaran DUN disebabkan MB sudah hilang sokongan. Pembubaran DUN adalah satu malapetaka bagi PR di saat simpulan yang sedang semakin berselirat ini masih belum dirungkai. Melulu sering menjadi sebab

Bila ulama bermain kayu tiga....

Abu Juhayman


Sejak 1980-an, satu doktrin yang menjadi qudus dalam PAS ialah kepimpinan ulama. Ia adalah satu konsep yang diambil dari aliran Syiah.
Asal usulnya ialah konsep wilayatul faqih  yang dikemukakan Khomeini.
Konsep ini digunakan dalam PAS dengan andaian golongan ulama adalah golongan paling berilmu dan wara' dan itu harus menjadi pemimpin.

Golongan berpendidikan sekular hanya patut memainkan peranan sokongan. Namun, pengalaman menunjukkan ada di antara golongan ulama tidak bebas dari berlaku curang dan bermain kayu tiga.
Ini nyata berlaku sejak PAS mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP, pada mulanya dalam Barisan Alternatif dan kini dalam Pakatan Rakyat.
Kemelut MB Selangor menunjukkan PAS tiada sikap setiakawan terhadap kawan-kawannya dalam PR. Sebaliknya, sebahagian ulama PAS nyata bersedia mengkhianati rakan-rakan dalam PR.
Satu persoalan yang timbul sejak krisis MB Selangor ialah sama ada PAS akan kekal dalam PR.
Setakat ini pendirian rasmi kepimpinan PAS ialah mereka akan kekal dalam PR.
Sebenarnya ini adalah persoalan yang salah. Persoalan yang harus ditanya ialah sama ada PKR dan DAP masih mahu PAS bersama PR? Pendirian PAS nyata meragukan dan didorongi kepentingan peribadi.
Di antara faktor yang mempengaruhi pendirian PAS dalam isu MB Selangor ialah kedudukan menantu seorang ulama PAS yang diambil bekerja salah sebuah syarikat milik negeri Selangor.
Ulama ini merasakan terhutang budi pada Khalid Ibrahim. PAS nampaknya bermain kayu tiga dengan rakan PRnya semata-mata kerana kepentingan keluarga ulama ini.
Sebenarnya, ia bukanlah kali pertama ulama PAS bermain kayu tiga. Selepas PRU ke 12 pada tahun 2008, PAS membelakangkan rakan-rakan PRnya dan mengadakan rundingan sulit dengan Umno untuk bergandingan memerintah Selangor.
Setiausaha Agong PAS mungkin akan mengatakan ini kenyataan bodoh tetapi dia tidak akan menafikannya sebagaimana dia tidak menafikan hasrat PAS menjadi Ku Li sebagai Perdana Menteri jika PR memenangi PRU ke 13 yang lalu.
Setiausaha Agong PAS tahu ini benar kerana dia sendiri menyertai rundingan yang diadakan dengan Umno. Ini adalah fakta, bukan andaian, spekulasi atau desas-desus sahaja.
Kali kedua ulama PAS bermain kayu tiga ialah apabila mereka sekali lagi membelakangkan rakan-rakan PR dan memutuskan untuk menolak Awnar Ibrahim dan memilih Ku Li sebagai calon Perdana Menteri.

Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka - UMNO ganti.....

WALA' DALAM BERJAMA'AH - YB DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Sidang DUN tergempar perlu perkenan Sultan, kata exco Selangor

 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Sallehen Mukhyi menggesa pihak tertentu agar memahami perlembagaan negeri sebelum mendesak Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa berkata Khalid perlu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memanggil semua Adun untuk hadir ke sidang berkenaan. "Khalid kalau hendak adakan sidang DUN tergempar, beliau perlu membawa kepada Sultan Selangor. Kalau baginda tidak berkenan sidang DUN tergempar itu diadakan, maka perlu tunggu (ikut jadual sidang DUN sedia ada). "Buat masa ini, sidang DUN akan berjalan mengikut jadual dan tiada perbincangan dengan menteri besar (mahu adakan sidang DUN tergempar)," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Khalid dalam satu kenyataan semalam berkata Sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya dan mengarahkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga 27 Ogos ini. Katanya, Sultan Sharafuddin berpuas hati beliau mempunyai sokongan majoriti Adun ketika menghadap baginda Isnin lalu dan menggesa mana-mana pihak yang mendakwa beliau sengaja mengelirukan baginda boleh memohon untuk menghadap baginda bagi mendapatkan penjelasan. Sultan Selangor pada Isnin memperkenankan Khalid kekal sebagai menteri besar yang sah selepas yakin dengan penjelasannya, walaupun maklum Adun Pelabuhan Klang itu sudah dipecat daripada PKR minggu lalu. Khalid pada keesokannya memecat 5 Exco PAS dan DAP selepas mereka membuat pendirian enggan bekerjasama dengannya, malah mahu mengehadkan kuasa vetonya dalam mesyuarat Exco. Pemecatan itu mendapat perkenan Sultan

PAS tidak patut jadi ‘yes man’ dalam mesyuarat esok, kata Utusan Umno

Akhbar Utusan Malaysia memberikan 5 pilihan untuk PAS dalam menghadapi krisis Selangor, dan menegaskan PAS tidak patut menjadi 'yes man' dalam mesyuaratnya esok, tulis seorang wartawan kanannya Zulkeflee Bakar melalui akhbar itu hari ini. Pilihan itu adalah: Tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Tetap menolak Dr Wan Azizah dan mencalonkan nama lain Menyokong Khalid untuk membubarkan DUN Menyokong Dr Wan Azizah dan terus menjadi 'pak turut' Tidak membuat keputusan, menanti langkah politik Khalid Bagi Utusan yang merupakan akhbar milik Umno, sepatutnya PKR dan DAP menghormati pendirian PAS untuk membuat pendirian rasmi esok serta mengelak mana-mana Adun PAS mendahului keputusan parti. Tetapi seperti biasa, kata Utusan, sejak menjalin tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, PAS sentiasa sahaja ‘diarahkan’ untuk memenuhi apa juga kehendak politik kedua-dua parti itu. Dalam bahasa mudah, "Kalau mereka buat tidak apa, kalau PAS buat tidak boleh," tulis wartawan itu. Seterusnya Utusan menghasut dengan berkata, "Namun apa pun keputusan yang dibuat, PAS harus memastikan ia tidak membuka ruang supaya wujud lebih ramai kelompok yang tidak menghormati resam berjemaah, bersedia tunduk biarpun sudah dikecam oleh PKR dan DAP, mengesahkan PAS sememangnya ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang serta sanggup maruah sebagai parti Islam dipijak semata-mata mahu memburu kuasa." Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut esok bagi menentukan pendirian mereka. Ia disifatkan oleh banyak pihak sebagai terlalu lambat sehingga ramai ahli dan pemimpinnya tidak sabar menunggu keputusan PAS. Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang kini menyertai parti Islam itu juga menyifatkan PAS lambat dalam tindakannya. "Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik. "Buat keputusan lambat-lambat, apa ini?

NAJIB DAN ROSMAH BERCUTI SAKAN ....RAKYAT DISURUH BERKABUNG DAN BERJIMAT..!!!

Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

Ini suatu pertuduhan yang cukup serius ..

Jika apa yang dihebahkan ini sahih dan kenyataan maka amat malang sekali kerana diajak rakyat berkabung tetapi diri sendiri berseronok bercuti diluar negara.

Mohon respon dari pihak berkenaan demi pencerahan dan kebenaran... Jangan biarkan rakyat terpingga-pingga mencari kebenaran.

Senyap ertinya setuju apa yang diperkatakan ..

Beri ulasan dan komen pastikan tidak menghina kebijaksanaan rakyat berfikir dan menilai situasi dan isi sebab kini informasi dihujung jari.

Wujud jawatan kuasa boikot barangan zionis Israel - TGNA


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong seratus peratus tindakan boikot barangan zionis Israel yang kini sedang mengganas dan bermaharaja lela di bumi Palestin.

Bagaimanapun menurutnya, jenis barangan boikot perlu dikenal pasti oleh satu jawatankuasa yang ditubuh khas dalam mengenali produk Israel atau yang sekutu dengannya.

Katanya, dengan memboikot produk Israel bererti umat Islam khususnya di seluruh dunia dapat mengurangkan kekuatan rejim Israel.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan di Balai Seni Lukis  Kelantan untuk menyaksikan pameran kartun Gaza, semalam. (Foto atas oleh UKMB)

Pada masa yang sama, menurutnya umat Islam tanpa mengira bangsa setiap kali selepas solat mendoakan keselamatan umat Islam di Gaza dan semoga Allah memberikan petunjuk-Nya.

Beliau turut menyalahkan pihak Arab dari segi sejarahnya kerana membiarkan tanah Palestin itu dirampas zionis Israel walaupun telah mengetahui ia hak milik masyarakat itu.

“Kalau Yahudi nak tumpang duduk juga, duduk sama-sama dengan Arab tak boleh nak jadikan hak sendiri sehingga menghalau yang hak macam tu," ujarnya.

Pas benteng terakhir PR Selangor..!!

Sallehen Mukhyi
SHAH ALAM - Exco Pas meletakkan diri mereka sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan kerajaan PR menerajui kepimpinan Selangor.

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi berkata, beliau dan tiga rakan Pas yang masih berkhidmat dalam Kabinet Selangor harus bekerjasama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat perkenan Sultan kerana bimbang akan diganti dengan exco baharu.

“Kalau tidak bekerjasama dengan Abdul Khalid sebagai menteri besar yang diperkenan oleh Tuanku, maka nanti baginda akan pilih orang lain yang boleh bekerjasama dengan Abdul Khalid untuk jadi Exco Selangor.

“Kita tidak tolak kemungkinan Umno yang akan naik jadi exco kalau kami enggan bekerjasama dengan beliau.

"Sebab itu kita merasakan, kalau bercakap dalam konteks PR, boleh jadi kita (Pas) benteng terakhir untuk pertahan kerajaan pakatan rakyat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ketika ditanya pendapatnya berhubung kelancaran pentadbiran Kerajaan Selangor yang dikemudi Abdul Khalid ketika ini, Sallehen mengakui  tidak ada sebarang perubahan, malah ahli majlis juga dikekalkan seperti sedia ada.

Dalam pada itu, Sallehen seolah-olah memberi bayangan bahawa pertukaran menteri besar akan dilaksanakan PR, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mesyuarat Pas esok.

“Bagi kita soal Abdul Khalid bukan faktor...bila parti minta kita untuk terus bekerja maka kita bekerja.

Musim jual beli pemain dan politikus

Mahdzir Ibrahim


Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di tiga negeri Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sangat memberangsangkan iaitu Negeri Sembilan, Perak dan Johor. Tanpa perlu berselindung atau memuji, DAP menang 100% di Perak dan Nengeri Sembilan dan Johor hanya gagal 1 kerusi saja.
Bagi PKR dan PAS, ketiga-tiga negeri ini tidak cukup menyumbang, namun peningkatan itu ada, lebih-lebih lagi di Johor. Maka secara objektifnya agak mudah, PKR dan PAS mesti kerja lebih padu lagi dan DAP pula jangan goyang kaki, kena terus kekalkan momentum kerja. Kerja pula haruslah secara berpasukan.
Namun, bukan ini yang ingin saya sampaikan di sini. Bagi saya, sedikit atau banyak kerusi PR di negeri BN, ia hanya akan jadi statistik semasa. Selangor, sebagai negeri yang mempunyai majoriti PR, tetapi dilihat tidak bekerja secara berpasukan. Ini negeri yang diperintah PR, bagaimana pula di negeri BN yang mana PR sebagai pembangkang tetapi memiliki jumlah kerusi yang signifikan?

Seperti juga dengan sukan bola sepak, di atas kertas nama pemain dan reputasinya hebat tetapi berlainan sekali apabila bola mula bergolek di atas padang. Jurulatih bola saya sewaktu dalam pasukan sekolah mengajar serangan yang baik banyak bergantung pada pertahanan yang mantap. Dan untuk bertahan, kena bermula di barisan hadapan (serangan). Ini teori beliau.
Saya masih ingat, di peringkat separuh akhir, pada separuh masa pertama pasukan sekolah saya mendahului dua gol kosong. Dalam kejohanan itu sekolah saya adalah pasukan pilihan kerana menjadi juara dua kali berturut-turut dalam kejohanan yang lalu.
Maka tahun itu kami dijangka menjuarainya sekali lagi buat kali ketiga berturut-turut, apatah lagi dalam perlawanan itu kami sudah di separuh akhir dan mendahului dua gol kosong ketika berdepan dengan pasukan yang agak lemah. Waktu rehat separuh masa pertama, kami sudah berpelukan gembira tanda sudah yakin akan kemenangan dan sudah tidak sabar ke akhir.
Tetapi apa yang berlaku dalam separuh masa kedua hingga wisel penamat, pasukan kami tewas 3-2. Pengalaman pendek dan kecil ini saya kongsi kerana PR pada suatu ketika, berada di landasan yang sangat baik untuk menempa perubahan, namun itu menjadi sejarah dan tidak perlu dikisahkan lagi.

‘Tweet’ hina Sultan Selangor, Perkasa Selangor buat laporan polis

Sultan jenis apa ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri'

IMG-20140815-WA0011PETALING JAYA: Penolong Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor, Mohamed Durrany Izam telah membuat laporan kepada pihak berkuasa ekoran terdapat satu penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, laporan tersebut dilakukan di balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada jam 8.00 malam bertarikh 15 Ogos 2014.
Beliau menjelaskan, pada jam lebih kurang 5.00 petang sewaktu berada di Ibu Pejabat Perkasa Selangor, beliau telah membuka laman sosial Twitter dan didapati pengguna Twitter yang menggunakan ID @hakarim51atau dikenali sebagai Hassan Karim telah memuat naik ‘tweet’ yang telah menghina Sultan.
Hassan Abdul Karim merupakan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang kini telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hassan telah memuat naik status dengan menyatakan ‘Sultan jenis apa ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri’.
Bukan itu sahaja, pengguna Twitter itu juga telah menyatakan bahawa kerajaan Khalid di Selangor sekarang adalah haram, exco pun haram, keputusan mesyuarat pun haram, gaji pun haram dan mempersoalkan sama ada pihak istana menyokong benda haram ataupun tidak.

Wan Azizah boleh jadi Menteri Besar Selangor

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima kenyataan bersumpah 30 Adun menyokong beliau.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, ini kerana, undi tidak percaya tidak semestinya perlu dilakukan di dalam dewan.

“Jika benar Dr Wan Azizah ada 30 Adun yang menyokongnya, beliau boleh mempersembahkan sokongan majoriti kepada Sultan melalui akuan bersumpah. Dalam isu sokongan majoriti, tidak mungkin Sultan tidak benarkan Dr Wan Azizah menghadap.

“Sekiranya Sultan berkenan menghadap dan bersetuju menerima akuan bersumpah itu, baginda akan minta menteri besar letak jawatan dan memecat semua exco,” katanya, semalam.

Sekiranya situasi itu terjadi, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada pilihan selain melepaskan jawatannya atau memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dun.

“Namun, dalam keadaan sekarang, semuanya terpulang kepada budi bicara baginda untuk bubar atau tidak.

"Sama ada Abdul Khalid memohon bubar Dun sebelum atau selepas Dr Wan Azizah diperkenan menghadap, keputusan tetap terletak kepada baginda untuk setuju atau tidak.

“Jika baginda tidak berkenan bubar Dun selepas bersetuju dengan kenyataan bersumpah 30 Adun, maka Sultan boleh menerima cadangan PKR untuk melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu,” katanya.

Kelmarin, Dr Wan Azizah mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenan baginda seperti yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Beliau juga memohon untuk mendapatkan pandangan Sultan Selangor sekiranya ada keperluan Speaker Dun mengadakan persidangan untuk memuktamadkan proses pertukaran menteri besar.