Jumaat, 15 Ogos 2014

Rakyat Dan Negara Bersedih: Jet k'jaan UMNO dilihat di bandar percutian Eropah dengan wang rakyat..!!

Maklumat penerbangan dari data yang diperolehi secara umum menyokong dakwaan laman Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti di Eropah, selepas lawatan kerja ke Netherlands untuk menangani isu penerbangan MH17, dua minggu lalu.

Maklumat dari laman penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan pesawat pengangkut VIP Tentera Udara Diraja Malaysia 9M-NAA dilihat di beberapa lapangan terbang Eropah, termasuk di beberapa lokasi yang disebut dalam laporan berkenaan.

Bagaimanapun, tiada data awam yang menyebut identiti individu dalam penerbangan berkenaan.

Data itu juga tidak menyatakan dengan jelas sama ada Najib atau pesawat berkenaan berada di Cannes, France, seperti didakwa.

Pesawat berkenaan boleh digunakan oleh Agong dan ketua kerajaan lain, menteri, timbalan menteri, orang kenamaan asing dan pegawai tinggi kerajaan.

Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan (isteri, Datin Seri) Rosmah (Mansor) berlepas ke Paris”.

“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.

"Dari Sardinia, kumpulan itu berlepas di Rom sebelum kembali ke London,” lapor Asia Sentinel.

Perjalanan itu didakwa berlangusng bermula 1 Ogos, selepas Najib mengadakan mesyuarat dan sidang media bersama mengenai krisis MH17 dengan Perdana Mneteri Belanda Mark Rutte di The Hague pada 31 Julai.

Laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu mendakwa setiausaha akhbar perdana menteri Azlin Alias tidak menjawab pertanyaan mengenai kunjungan itu, seperti didakwa.

“Ia adalah percutian yang dirancang sejak beberapa lama sebelum ini, sebelum tragedi (MH370 dan MH17). Bagaimanapun, lebih menjimatkan jika ia ditunda, melihat kepada apa yang dilalui oleh negara ini,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan Asia Sentinel.

Malaysiakini menghubungi setiausaha akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad untuk mengesahkan dakwaan dalam laporan Asia Sentinel.

Katanya: “PM sedang bercuti,” dan meletak gagang telefon ketika diminta menjelaskan lebih lanjut.

Usaha untuk menghubungi Low juga masih belum berjaya buat masa ini.

Laporan sebelum ini menyebut, Najib sepatutnya berlepas ke Netherlandsa pada 30 Julai, tiba pada 31 Julai untuk lawatan kerja ke The Hagua dan Hilversum.

Bagaimanapun, maklumat FlightRadar24 menyebut, pesawat 9M-NAA berlepas dari Subang Airport on July 28 pada 6.40 petang, ke Bangkok.

Ia berada di Bangkok untuk kira-kira dua hari sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, dengan perhentian singkat selama dua jam di Dubai.

Ia tiba di Amsterdam pada 31 Julai, 8.03 pagi waktu tempatan (2.03 petang waktu Malaysia).

Dua hari kemudian, pada 3 Ogos, pesawat tersebut dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 2.39 pagi waktu tempatan (10.39 petang waktu Malaysia).

Destinasi penerbangan tersebut juga tidak direkodkan, namun kemudian mendarat di Basel, Switzerland, kira-kira empat jam kemudian. Secara purata, penerbangan dari Paris ke Basel mengambil masa satu jam 23 minit.

Tiada rekod menunjukkan pergerakan pesawat tersebut dari Basel untuk tempoh enam hari, sehinggalah ia berlepas dari situ pada 9 Ogos, 9.24 pagi waktu tempatan (3.24 petang waktu Malaysia) ke Sardinia.

Selepas kira-kira tujuh jam penerbangan ke Sardinia, pesawat itu muncul di Rom menghala ke London.

Ia mengambil masa kira-kira 75 minit untuk penerbangan terus dari Sardinia ke Rom.

Walaupun maklumat FlightRadar24 tidak menunjukkan perjalanan Sardinia-Cannes-Sardinia, rombongan itu mungkin menggunakan pengangkutan lain untuk perjalanan itu, atau mungkin perjalanan 9M-MAA dikeluarkan dari rekod.

MB Khalid: Kemungkinan bubar DUN akan dibincang bersama Sultan

SHAH ALAM, 15 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan sokongan 30 ADUN yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baru.
Perbincangan itu bersama Baginda Sultan nanti juga turut membabitkan kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor.
Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata segala keputusan yang akan ditentukan nanti tertakluk kepada budi bicara Baginda Sultan.
“Kita akan melihat apa proses yang berlaku dan ia tertakluk kepada budi bicara Sultan,” kata Abdul Khalid ketika ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)  di sini, hari ini.
Ketika ditanya media , apakah termasuk pembubaran DUN, Abdul Khalid berkata ia akan dibincangkan.
“Kita akan berbincang kesemuanya dengan Sultan,” kata Abdul Khalid.
Sebelum ini, Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor bagi meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid juga mendapat sokongan dari empat Exco Pas untuk meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Namun, semalam, Azizah mengumumkan Pakatan Rakyat mempunyai majoriti 30 Adun yang dinyatak

Husam minta Khalid jangan alatkan Pas

Naib Presiden Pas Husam Musa yang dikenali sebagai tokoh yang "autentik" dan tidak mudah membuat kenyataan mengulas berhubung kemelut di Selangor, akhirnya tampil juga untuk memberi respons terhadap apa yang berlaku. Mungkin beliau sudah tidak boleh "ork" (boleh tahan) dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Dengan penuh berhati-hati Husam telah memberi pandangan jilan kepada Abdul Khalid Ibrahim menerusi surat terbuka kepada Khalid dengan apa yang berlaku yang disifatkan MB bebas itu sebagai telah memperalatkan Pas untuk kepentingan politiknya.

Kata Husam, Khalid sebagai seorang insan gentlemen dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau menumpang Pas dan tahu yang Presiden Pas telah menghulurkan "ranting zaitun" kepadanya saat Khalid kelemasan.

Bekas Exco kanan Kerajaan Kelantan itu tidak lupa menyedarkan Khalid bahawa bekas MB Pakatan Rakyat itu sudah hilang legitimasinya sebagai MB apabila tidak mendapat majoriti di Dewan dan tindakannya terus kekal di kerusi MB mencemarkan institusi raja.

Dalam pada itu Husam berpendapat Pas tidak perlu timbul tenggelam dengan Khalid Ibrahim sehingga mengorbankan prinsip dan namanya yang lebih besar dari Khalid. Pas sebagai sebuah parti politik tidak wajar membeli kuda yang kalah lumba untuk dijadikan alat.

Naib Presiden Pas itu lantas menggesa Khalid agar meletak jawatan secara terhormat sambil mengingatkan meletak jawatan dalam keadaan sekarang bukan berakhir sebuah kerjaya politik. Bagi Husam masa depan Khalid dalam politik masih ada kalau pengudurannya dibuat dengan penuh bermaruah.

"Kerjaya politik itu bukan berakhir dengan meletak jawatan, tetapi kerjayaan politik berakhir bila ia dibuat secara tidak terhormat," demikian tegas Husam.

MB Khalid Tidak Tolak kemungkinan Bubar DUN Selangor.!!!

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
  
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.
  
"Itu (semua keputusan termasuk bubar Dun) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di sini, malam ini.
  
Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada Pas untuk membubarkan Dun pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun Pas iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.
  
Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.
  
Kedudukan terkini Dun Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah Pas dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). - Bernama

Sultan minta Khalid 'tutup mulut' hingga baginda pulang pada 27 Ogos..

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Sultan Selangor telah menasihatkan beliau supaya tidak membuat sebarang kenyataan sehingga  baginda pulang pada 27 Ogos.

"Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

"DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang  baginda berpuashati bahawa saya  mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid dalam satu kenyataan malam ini.

Seterusnya, kata beliau, baginda telah menitahkan beliau supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan menteri besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos ini untuk beliau menghadap baginda.

Sehubungan itu, Khalid menasihatkan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang mendakwa beliau telah mengelirukan baginda Sultan supaya menulis terus kepada baginda untuk mendapatkan penjelasan.

Husam 'serang' Khalid, desak letak jawatan

 
 Barulah dikatan bercakap dengan fakta tidak merapu sebagaimana suara longkang yang lain!

Kurang 48 jam untuk mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membincangkan berkaitan sokongan parti itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, naib presidennya melancarkan serangan pertama terhadap bekas tokoh korporat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Datuk Husam Musa berkata adalah mulia bagi Khalid melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) secara "bermaruah" .

"Apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?" soal Husam yang juga bekas exco kerajaan Kelantan.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Husam yang juga ADUN Salor berkata kenyataan beliau itu "selari dengan pendirian parti" tetapi enggan mengulas lanjut.

Ini mengesahkan kepercayaan bahawa parti itu tidak ragu-ragu supaya Khalid mengosongkan jawatan tetapi mempunyai isu mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB.

Sementara itu, Husam menyoal sama ada Khalid berfikir untuk membubarkan DUN Selangor dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang akan menyusahkan Sultan Selangor.

"Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?" kata Husam.

Beliau turut berkata Khalid boleh mendapatkan perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat.

"Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

K'jaan S'gor milik Pakatan

"Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili Pakatan lagi," katanya.

Exco PAS digesa usul kepada MB Selangor panggil sidang DUN tergempar - Khalid Samad


Post Pic

 SHAH ALAM: Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat Khalid Samad meminta empat Exco PAS yang menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat usul kepada Menteri Besar itu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.
 
Ujar beliau sidang ini membolehkan krisis yang melanda sejak Mac lalu dapat diselesaikan dengan segera sekaligus membuktikan bahawa dakwaan beliau kepada Sultan Selangor sebelum ini.
 
"Saya menyambut baik sekiranya Exco PAS mengusulkan kepada Khalid untuk mengadakan sidang DUN tergempar bagi menyelesaikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.
 
"Dengan adanya sidang DUN ini dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera dan membuktikan dakwaan Khalid Ibrahim sebelum ini yang memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti untuk kekal sebagai MB," katanya kepada Antarapos.
 
Isnin lalu, Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor untuk menyampaikan perkembangan terkini pentadbiran kerajaan negeri selepas beliau dipecat sebagai ahli PKR, Sabtu lalu.

Asri nasihat Anwar atau Khalid bersara politik?

Anwar VS Khalid
SHAH ALAM - Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM),  Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin menasihati seorang ‘ahli politik’ daripada pembangkang agar bersara daripada persada politik.

Asri berkata, suasana kelam-kabut serta kucar-kacir yang berlaku di negeri Selangor sekarang berpunca daripadanya kerana ahli politik tersebut dilihat hanya mementingkan kehendaknya sahaja.

“Demi kehendak seseorang, satu negeri jadi kelam-kabut dan hiruk-pikuk.. cukuplah.. berehatlah daripada politik,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Tulisan Asri ini berkemungkinan merujuk kepada orang kuat daripada PKR, yang merencanakan pertukaran jawatan menteri besar Selangor.

Namun, rencana tersebut terhenti di tengah jalan sehingga menyebabkan suasana politik di negeri Selangor kini menjadi kelam-kabut.

Tempoh 48 Jam Sangat Kritikal Bagi Khalid..!!

TEMPOH 48 jam sangat kritikal bagi Tan Sri khalid Ibrahim; apa kah beliau masih mempunyai sokongan majoriti mudah ADUN Selangor.
Semalam, keadaan adalah turning point kepada beliau (Khalid), apabila dua ADUN Pas hadir pada sidang media Wan Azizah Wan Ismail, ADUN yang dilantik Anwar/PKR untuk menggantikan beliau. Dalam sidang media itu, Presiden PKR itu mendakwa mempunyai sokongan 30 ADUN daripada 56 ADUN Selangor.
Selepas Pas Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua ADUN yang membelot itu, ternyata hanya Hasnul Baharuddin (Morib) yang masih bertegas dengan sokongannya kepada Wan Azizah, manakala Saari Sungip dalam keadaan 50-50; diperkirakan menjelang mesyuarat Pas pada 17 ogos, Saari akan kembali patuh kepada pendirian partinya mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor. Menurut sumber dalaman Pas, besar kemungkinan juga Hasnul mengubah fikiran menjelang mesyuarat Pas tersebut. Jika ini berlaku, maka status quo MB Selangor di mana Khalid mendapat sokongan majoriti mudah akan berterusan.
Keadaan status dua ADUN Pas ini, hampir sama dengan keadaan semasa pertukaran MB Terengganu, di mana satu ketika 3 ADUN Umno keluar parti, namun dalam tempoh 72 jam keadaan kembali kepada status quo.
Dua ADUN Pas yang membelot itu, kemungkinan besar termakan bujukan Anwar; namun selepas tersedar, maka akan kembali kepada pendirian partinya.
Sehingga 17 ogos, kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah dalam keadaan kritikal.

Masih kuatkah PAS selepas 17hb Ogos nanti..??

Prof Dr Mohammad Agus Yusoff
Apabila PKR memulakan Langkah Kajang dan kemudiannya menamakan Datin Seri Wan Azizah sebagai pengganti MB Selangor, PAS tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
PAS cuma memberitahu akan menyatakan pendirian rasmi partinya setelah mesyuarat pada 17 Ogos ini.
http://1.bp.blogspot.com/-2LcQe3Jo24o/T7BShpBGnDI/AAAAAAAAFiw/R0VhgFu26sM/s400/bendera+pas.png Pendirian PAS ini menyebabkan keadaan politik Selangor menjadi panas. Ini kerana kedudukan kerusi yang seimbang antara PKR+DAP dengan MB+BN+PAS yang masing-masingnya mempunyai 28 kerusi.
Ke Mana PAS Setelah 17 Ogos?
Kelmarin dua ADUN PAS telah membelakangi parti mereka dengan menyatakan sokongan kepada DS Wan Azizah untuk menjadi MB. Keadaan ini menjadikan mesyuarat PAS pada 17 Ogos ini sudah tidak relevan lagi kerana kumpulan PKR+DAP+2 ADUN PAS telahpun mempunyai majoriti dari 56 kerusi kesemuanya.

Yang perlu difikirkan sekarang ialah masih kuatkah lagi PAS selepas ini?
Saya tidak lihat PAS akan semakin kuat selepas ini. Sekiranya diadakan pilihan raya dan PAS bertanding sama ada secara sendirian atau bergabung dengan UMNO, maka PAS lah parti yang akan rugi.
Formulanya mudah. PAS telah hilang kepercayaan rakyat yang menyokongnya untuk bersama dengan PR bagi membentuk pakatan pembangkang melawan BN, khususnya dari kaum bukan Melayu dan anak muda yang mahukan perubahan.
Bukan hanya itu. PAS juga kehilangan sokongan ahlinya yang mahukan PAS kekal bersama dengan PR.
Maka, ke Mana PAS Selepas Ini?
Jika PAS mengambil keputusan kekal dalam pakatan pembangkang, belum tentu PAS dapat memulihkan imejnya atau belum tentu PAS diterima kembali. Imejnya tercalar kuat, melainkan kepemimpinan PAS bertukar atau ditukar.
Atas dasar perjuangan PAS yang tidak sama dengan DAP dan PKR, jika PAS rasa sudah cukup kuat, maka buatlah keputusan yang dapat menyelesaikan kemelut PAS dalam PR selama ini.
Pilihan tebaik yang ada pada PAS ialah sama ada bekerjasama dengan UMNO atau kembali sendirian. Dan kita tengoklah pencapaian PAS dalam PRU yang akan datang.
Harapnya apabila PAS tidak lagi bersama dengan PR, PAS tidak jadi macam si luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Khalid Ibrahim cukuplah memperalatkan PAS - Husam

Kurang 48 jam untuk mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membincangkan berkaitan sokongan parti itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, naib presidennya melancarkan serangan pertama terhadap bekas tokoh korporat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Datuk Husam Musa berkata adalah mulia bagi Khalid melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) secara "bermaruah" .

"Apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?" soal Husam yang juga bekas exco kerajaan Kelantan.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Husam yang juga ADUN Salor berkata kenyataan beliau itu "selari dengan pendirian parti" tetapi enggan mengulas lanjut.

Ini mengesahkan kepercayaan bahawa parti itu tidak ragu-ragu supaya Khalid mengosongkan jawatan tetapi mempunyai isu mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB.

Allah selamatkan Selangor dengan 2 Adun PAS, kata AJK Pusat

Tindakan dua Adun PAS menyokong calon menteri besar baharu Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pertolongan Allah, kata AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider. Tindakan dua Adun PAS menyokong calon menteri besar baharu Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pertolongan Allah, kata AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad. Gambar fail The Malaysian Insider. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menganggap tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Selangor dan Pakatan Rakyat (PR).
Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat "ijtihad" (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya akan membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos ini.
"Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa ketika Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur hari ini,

"Tindakan kedua-dua Adun PAS ini saya anggap sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor,” katanya. Semalam Adun Hulu Klang dan Adun Morib bersama-sama 28 lagi Adun PKR dan DAP menyatakan secara terbuka mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid dan mahu Dr Wan Azizah yang merupakan Adun Kajang menjadi menteri besar Selangor yang baharu.
Khalid yang kini merupakan Adun Bebas selepas dipecat PKR, hanya mempunyai sokongan 13 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno, menjadikannya hanya 26 Adun.
Dzulkefly sebelum ini pernah berkata, PR sedang dalam proses memusnahkan diri sendiri dan hanya bantuan Allah (divine intervention) dapat menyelamatkannya.

STPM top scorer applies to study medicine, offered nursing

MB Selangor: PAS tolak Azizah, Dewan Ulama mahu Azmin - Sumber Awani...

PAS tolak Azizah, Dewan Ulama mahu Azmin - Sumber
KUALA LUMPUR: Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebut-sebut bakal dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semasa Mesyuarat Jawatankuasa PAS pada Pusat Ahad ini.

Ia dilihat satu keputusan yang sangat signifikan selain beberapa keputusan status dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat exco mereka yang kekal di dalam Kerajaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut dibincangkan.

Menurut sumber dalaman PAS, nama Azmin akan dicadang Dewan Ulama PAS kerana dianggap calon paling berwibawa untuk menyelesaikan krisis Selangor sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili Pakatan Rakyat.

"Dewan Ulama juga dikatakan telah menyatakan pandangan mereka kepada beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan mengenai krisis Selangor dan cadangan menamakan Azmin sebagai menteri besar.

"Ia dikatakan mendapat respon positif dan akan diputuskan pada 17 Ogos ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

‎Dalam pada itu kata sumber berkenaan, laporan beberapa portal mengenai keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS pada Khamis yang tidak bersetuju menamakan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid membuktikan nama Azmin akan 'naik' pada Ahad ini.

Ketua Wanita PKR ingatkan PAS, Islam tak melihat pada jantina

Penafian PAS semalam masih gagal memadamkan spekulasi bahawa parti Islam itu menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan PAS hari ini bahawa Islam tidak melihat pada jantina, tetapi sama ada seseorang itu dapat melaksanakan tugasnya atau tidak.

Katanya, jika benar PAS menolak Wan Azizah kerana jantinanya dan
parti itu mendasarkannya kepada Islam, maka tegasnya, PAS perlu sedar bahawa Islam tidak melihat pada jantina.

Sebaliknya, kata beliau, Islam melihat kepada aspek amanah dan sama ada seseorang itu dapat menjalankan tugasnya atau tidak.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau yakin Wan Azizah dapat menunaikan tugasnya dengan berkesan jika beliau menjadi menteri besar.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menolak pencalonan Wan Azizah tetapi enggan mengulas mengenai sebab-sebabnya.

Bagaimanapun, Mustafa menafikan bahawa keputusan PAS itu kerana Wan Azizah seorang wanita.

Kembalilah kepada demokrasi berperlembagaan


 Memerhati dengan sabar episod demi episod krisis kepimpinan yang berlaku di Selangor ketika ini. Pelbagai karenah dan sikap pemain politik di sana kadangkala membenihkan rasa jelik dan meluat anak-anak muda terhadap peristiwa ini.

SAMM Johor tidak mahu mengulas panjang kemelut yang berlaku ataupun menyebelahi mana-mana pihak. Sebaliknya ingin melihat kemelut ini segera berakhir demi mendepani kepentingan rakyat keseluruhannya.

Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang pelik dalam negara ini. Ia bolehlah dikira sesuatu yang normal untuk seorang pemimpin datang dan pergi. Malahan, amalan demokrasi berperlembagaan juga tidak menyatakan kesalahan untuk proses pertukaran ini dilakukan. Sementara, kerusi menteri besar bukanlah milik mutlak mana-mana individu.

Ketika ini nampaknya kedua-dua pihak  mendakwa mereka mendapat sokongan majoriti. Maka adalah lebih baik kedua-dua pihak bertentangan ini dengan jiwa besar segera mengadakan sidang khas Dewan Negeri Selangor bagi membincangkan perkara ini untuk membolehkan satu keputusan diraih sama ada undi tidak percaya mendapat sokongan atau tidak di dalam Dewan Negeri Selangor. Mana-mana pihak yang tidak dapat sokongan nanti hendaklah bersedia untuk berundur dengan terhormat.

Adalah tidak berhemah apabila kedua-dua pihak hanya menggunakan persepsi dan media massa sahaja untuk menunjukkan tahap sokongan kepada mereka. Ia harus diterjemahkan dengan keputusan di dalam Dewan Negeri Selangor yang mana akhirnya kredibiliti Kerajaan Negeri Selangor di bawah payung DYMM Sultan Selangor itu tidak terus tercalar dengan pelbagai cakap-cakap dan kontroversi.

Ataupun memohon perkenan DYMM Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Negeri  bagi membuka jalan satu Pilihanraya Negeri Selangor diadakan dan rakyat Selangor sendiri akan menentukan kepada siapakah mandat memerintah itu akan diserahkan.

Krisis MB Selangor: Mat Taib kecam PAS lambat buat keputusan

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengecam PAS yang lambat membuat keputusan dalam krisis menteri besar Selangor, ketika Umno sendiri sudah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Muhammad yang juga ahli PAS berkata, parti Islam itu perlu membuat keputusan segera dengan mengambil kira realiti keadaan semasa dalam krisis di Selangor. "Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik. "Buat keputusan lambat-lambat, apa ini? Kita kena ambil realiti hari ini, tidak perlu tunggu 17 Ogos, kita kena fokus apa yang berlaku hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau juga mempersoalkan PAS yang melengah-lengahkan keputusan membabitkan isu di Selangor, walaupun selepas 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar. "Saya fikir mereka lambat dan sudah ketinggalan. Sudah ada 30 yang menyokong," katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib. Muhammad juga menyifatkan tindakan 12 Adun Barisan Nasional menyokong Khalid, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari, satu kesilapan besar buat PAS. "Ini faktor beliau (Khalid) perlu dibuang keluar daripada Selangor, ia satu kesalahan yang serius apabila mendapat sokongan Umno," katanya. Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dibiarkan dan sewajarnya mendapat pertimbangan segera daripada PAS khususnya yang masih tidak menyatakan pendirian. "Itu kesalahan yang besar daripada segala-galanya, kenapa biarkan? Bila disokong Umno menunjukkan Khalid boleh jadi alat kepada Umno," katanya. Beliau juga mengingatkan Pakatan Rakyat (PR), khususnya PAS, supaya bangun daripada tidur dan membuat keputusan segera. "Saya fikir PR perlu jaga daripada tidur saja, perlu bangun dan kembali tadbir Selangor. "Rakyat Selangor sudah mula bosan dengan tindakan kebudak-budakan," katanya. Tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah semalam juga menunjukkan tiada alasan untuk PAS masih menyokong Khalid. "Mereka (PR) sudah dapat 30 majoriti Adun, apa lagi alasan? Tidak ada alasan yang hendak dicari lagi, mereka sudah ada nombor dan perlu hormat mandat rakyat," katanya. Muhammad sebelum ini mengkritik kedegilan

Sacked senior exco member packs up

BN's 'Perak Move' shows Khalid need not wait

Perjuangan hidup mati profesional PAS, 17 Ogos

Tidak banyak perkembangan memberansangkan dalam PAS menjelang mesyuarat AJK PAS Pusat Ahad ini. Golongan profesional yang berusaha untuk meluluskan usul menerima pertukaran Menteri Besar Selangor masih ditentang sengit oleh puak ulama Unity Government (UG) PAS.

Rajuk puak ulama lebih teruk setelah dua Adun PAS Selangor Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin ‘melangkah walak’ menyokong Dr Wan Azizah sebagai MB baru. Kewalakan terhadap ulama dicabar oleh dua Adun berkenaan.

Penasihat punah ranah

Berpalingnya Saari dan Hasnul Baharuddin akan memberi lebih keberanian kepada golongan profesional PAS untuk mengemukakan usul menarik kembali sokongan kepada Khalid di Selangor. Inilah yang sedang diuruskan oleh para penasihat Hadi. Iaitu, bagaimanakah caranya untuk Hadi dan kelompok UG kekal menang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Orang yang memberitahu Hadi kononnya calon dari PKR pengedar pil kuda menjelang PRU lalu adalah orang yang sama menasihatkan Hadi menyokong Khalid. Kalau di Terengganu, Hadi disaman malu oleh calon PKR itu beberapa juta ringgit, dalam hal ini, Hadi pasti akan membuat PAS berpecah selepas 17 Ogos nanti.

Golongan profesional PAS dilapor tidak sabar dengan cara Hadi mentadbir parti itu dan menekan pihak lain mendengar keputusannya. Sedangkan pemahaman politik Hadi hanyalah daripada penasihat yang diragukan tahap mentalitinya, mempunyai kepentingan dengan Khalid dan berniat untuk merapatkan PAS bersama Umno demi ketuanan Melayu.

Tentangan terbuka

Pertemuan dengan Anwar Ibrahim pada 11 Ogos lalu di sebuah hotel di Kuala Ibai sebaik sahaja Umno mengumumkan sokongan tanpa syarat kepada Khalid sepatutnya diguna Hadi bagi menjernihkan keadaan. Sebaliknya, Hadi mendominasi pertemuan itu menghentam Anwar kononnya Ketua Umum PKR itu penyebab huru-hara politik di Malaysia, tidak menyokong pencalonan Tengku Razaleigh sebagai PM menyebabkan PR kalah dalam PRU lalu serta beberapa lagi hujah yang tidak relevan dengan krisis kepimpinan Selangor.

Oleh itu, bagi profesional PAS, tidak ada pilihan lain selain menentang Hadi secara terbuka dalam mesyuarat AJK PAS pusat. Teori 22 AJK pro PR dan 14 AJK pro Hadi tidak terpakai sekiranya beberapa ulama mengeluarkan fatwa menyokong Khalid menjelang 17 Ogos ini.

'Aug 17 last chance for PAS to prove loyalty to Pakatan'

PAS exco member: All smooth in Selangor gov't

PAS exco member denies MB discussed staying on till November

'Black ribbon' protesters call for Khalid's resignation

“Teng, Halimah janganlah buka aib pentadbiran Selangor”

Anak muda di Malaysia ingin melihat pemimpin PR bersatu memperjuangkan nasib mereka di masa hadapan dan bukannya membuka aib masing-masing.

suhaizan kayatPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat meminta agar bekas exco Teng Chang Khim tidak lagi mendedahkan aib masing-masing.
Menurutnya, pendedahan demi pendedahan akan mengurangkan keyakinan rakyat dan merumitkan masa depan Pakatan Rakyat (PR).
“Atas rasa hormat saya terhadap rakan-rakan dalam PR, saya memohon jasa baik Teng dan Dr.Halimah Ali agar menggunakan mekanisma dalaman PR untuk menyelesaikan masalah dalaman pentadbiran kerajaan Selangor,” tulisnya di dalam laman Facebook miliknya.
Jelasnya, anak muda di Malaysia ingin melihat pemimpin PR bersatu memperjuangkan nasib mereka di masa hadapan dan bukannya membuka aib masing-masing.
“Rakyat di bawah telah bersusah payah menyokong PR, jangan hampakan harapan mereka,” ujarnya.
Awal hari ini, Teng mula membuka aib dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran Selangor dengan mensasarkan ke atas anggota exco PAS yang masih teguh berdiri disamping Tan Sri Khalid Ibrahim.
Teng mensasarkan serangannya kepada exco hal ehwal pendidikan, Dr.Halimah yang disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik” kerana didakwa berpura-pura tidak tahu mengenai rancangan Khalid untuk membubar DUN

PAS WP: 'Parti telah disuci Allah dari anasir tidak sepatutnya'

Mengulas tindakan dua ADUN PAS memberi sokongan terbuka kepada presiden PKR semalam, PAS Wilayah Persekutuan (WP) dengan nada menyindir berkata, pihaknya bersyukur kerana  "parti itu telah disucikan oleh Allah dari anasir-anasir yang tidak sepatutnya".

"Barangkali inilah hikmah di sebalik penangguhan mesyuarat PAS pusat sehingga 17 Ogos," kata setiausaha badan perhubungan PAS WP, Khairul Anuar Abdul Manap dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan peristiwa ini, katanya, fikrah ahli PAS di semua peringkat menjadi tersangat jelas khususnya ketika mengimbau kembali amaran yang telah dikemukakan oleh para ulama haraki di dalam PAS sebelum ini tentang bahaya kepelbagaian fikrah di dalam satu harakah Islamiyyah.

"Kesatuan di kalangan ahli PAS menjadi semakin kukuh sejurus pihak YB berdua melakukan pengisytiharan (menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Pada peringkat permulaan kami bimbang PAS berhadapan dengan perpecahan dalaman. Lalu Allah menurunkan pertolongan dengan tindakan YB berdua.

"Alhamdulillah kami semakin yakin Allah senantiasa menjaga kumpulan yang menjaga agamanya.

"Tindakan YB berdua juga turut memperkukuhkan kami kepada perjuangan Islam," tegas Khairul Anuar, sambil mendoakan agar kedua-dua ADUN itu diberikan hidayat oleh Allah SWT.

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah tampil di sidang presiden PKR itu semalam untuk menyatakan sokongan mereka kepada beliau sebagai calon menteri besar.

Apakah Anwar akan akur desakan Hadi?

Selain peranan istana, krisis Selangor berlanjutan akibat kegagalan PAS dan PKR memutuskan calon menteri besar pengganti Khalid Ibrahim.

Malam tadi, PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar tetapi PKR terus berdegil untuk memajukan nama presidennya.

Pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu awal minggu gagal angkara tiada persetujuan bersama antara dua parti utama Pakatan Rakyat ini.

Anwar, bersama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, berkeras inginkan Wan Azizah tetapi PAS pula menggesa parti itu mencadangkan dua nama lain selain presiden PKR kepada pihak Istana.

Bagi PAS, sikap Anwar dan Saifuddin ini sejenis “kata dua” yang mematikan rundingan dan pilihan dalam kerjasama Pakatan Rakyat.

Maka, tersebarlah desas-desus bahawa Abdul Hadi hanya bertemu Anwar selama 15 minit, bukannya sejam seperti diuar-uarkan, kerana tidak senang dengan kedegilan PKR.

Alasan sebenar PAS menolak Wan Azizah tidak dapat dipastikan. Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali malam tadi berkata ia bukan kerana Wan Azizah seorang wanita.

Namun, PAS juga dilaporkan berkata ia difahamkan Sultan Selangor tidak memperkenankan Wan Azizah.

Tetapi kini Wan Azizah berjaya menampilkan majoriti mudah apabila mendapat sokongan dua wakil rakyat PAS semalam, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang).

Dengan sokongan itu, beliau mendapat 30 sokongan dalam 56 wakil rakyat negeri itu.

'Curi' dua ADUN PAS

Namun, sokongan dua wakil rakyat PAS membawa implikasi lain. Di sisi PAS, dua wakil rakyat ini terang-terangan melanggar keputusan Majlis Syura dan kenyataan Abdul Hadi yang inginkan semua pemimpin parti menyokong Khalid.

Di sisi lain, PAS tentunya sangat tidak selesa dengan tindakan PKR “mencuri” dua wakil rakyatnya demi mempertahankan pendirian bahawa Azizah satu-satunya calon PKR untuk menteri besar.

Istana mungkin lantik exco Umno jika PAS berundur..!!


Empat orang anggota exco PAS di Selangor memilih untuk kekal dalam kabinet Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengelakkan pentadbiran negeri itu jatuh ke tangan Umno.

Sumber Pakatan Rakyat memberitahu Malaysiakini bahawa istana memberi petunjuk bahawa wakil Umno mungkin dilantik dan satu kerajaan minoriti akan dibentuk sekiranya empat exco PAS itu meletak jawatan.

"Ini adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh PAS namun dikritik keras oleh masyarakat umum dan pemimpin Pakatan,” kata sumber tersebut yang tidak ingin dinamakan.

Umno mempunyai 12 orang wakil rakyat dalam DUN Selangor.

Krisis politik di Selangor kini berlarutan selepas Khalid memecat lima orang exco dari DAP dan PKR yang enggan menyokong beliau dalam krisis tersebut. Seorang lagi anggota exco, dari PKR, mengumumkan meletak jawatan semalam.

PAS dan anggota exconya dalam kabinet Khalid menerima kritikan demi kritikan kerana menyokong kabinet tersebut, sehingga pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu pada 27 Ogos.

Surat terbuka kepada Khalid Ibrahim daripada naib presiden PAS

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menyeret parti Islam itu lebih jauh lagi dalam krisis kepimpinan di Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.
Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.
Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.

Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu. Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.
Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.
Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?
Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?
Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.
Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi.
Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.
Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.
Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.
Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.
Dengan ini, Tan Sri sudah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai menteri besar dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Wang & Kuasa: Jangan babit Umno dalam krisis MB Selangor, kata Noh Omar‎

Jangan babit Umno dalam krisis penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.Jangan babit Umno dalam krisis penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.Badan Perhubungan Umno Selangor hari ini menolak dakwaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS Sallehen Mukhyi yang mendakwa parti Melayu itu mahukan RM3.2 bilion dana negeri melalui lantikan sebagai exco kerajaan negeri.
Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata Umno tidak harus dilibatkan dalam kemelut penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana isu itu melibatkan Pakatan Rakyat (PR).
"Masa bila Umno hendak jadi exco? Siapa yang cakap? Apa kena mengena masalah PR dengan Umno?

"Itu masalah PR dengan krisis menteri besar. Ia masalah sesama mereka. Apa kena mengena dengan Umno," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Sallehen hari ini mempertahankan tindakannya kekal dalam barisan exco bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri.
Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu berkata keputusan 4 exco PAS kekal bersama Khalid adalah sebagai benteng akhir menyelamatkan kerajaan PR.
Katanya, jika mereka daripada PAS meletak jawatan, Umno akan mengambil alih pentadbiran negeri.
"Jika kami memboikot kerajaan negeri, istana akan melantik 4 exco Umno walaupun sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
"Apabila DUN dibubarkan, Umno akan menjadi kerajaan dan dana RM3.2 billion akan berada di tangan mereka," katanya.
Noh berkata, apa jua jalan penyelesaian yang diambil PR untuk menggugurkan Khalid, Umno tidak harus dijadikan sasaran dalam perbincangan mereka.

Khalid perlu letak jawatan, kata pakar perundangan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu melepaskan jawatan menteri besar (MB) Selangor apabila hilang sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semalam, kata pakar perundangan. Gurdial Singh Nijar, yang juga profesor undang-undang Universiti Malaya berkata, sekiranya krisis di Perak pada 2010 dijadikan rujukan, maka Khalid perlu meletak jawatan. "Jawapannya berkisar dengan undang-undang yang ditetapkan mahkamah tertinggi – keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Perak: Nizar lwn Zambry.  "Kemudian, mahkamah memutuskan MB (Nizar) 'perlu mengambil jalan terhormat dengan meletakkan jawatannya dan jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)'," katanya. Keputusan kes Perak juga secara jelas menyatakan walaupun seseorang MB itu enggan meletak jawatan, exco tersebut masih kekal terbubar secara sendirinya. "Jika MB enggan atau tidak meletak jawatannya dan jawatan exco, hakikatnya tetap kekal yang exco terbubar (termasuk MB)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Nijar, berdasarkan rujukan dalam krisis di Perak, Sultan perlu melantik MB baru seperti yang dijelaskan sebelum ini dalam kes mahkamah. "Yang tinggal sekarang ialah Sultan (Selangor) kena bertindak segera dan membuat keputusan berdasarkan undang-undang seperti yang diputuskan Mahkamah Persekutuan dan segera mengambil peranan berkecuali raja berperlembagaan," katanya.

Dua Adun PAS hancurkan harapan Khalid kekal sebagai MB Selangor

Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi implikasi besar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku menteri besar Selangor kerana beliau tidak berpeluang mendapatkan sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk terus berkuasa.
Ia menggagalkan usaha Khalid untuk mengekalkan kerajaannya dengan sokongan Umno dan PAS selepas Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin menyokong Dr Wan Azizah secara terbuka.
Kini, Khalid bersama PAS (13) dan Umno (12) hanya 26 kerusi dan masih minoriti dalam DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi.

Sebelum ini, Khalid hanya memerlukan seorang Adun daripada PKR atau DAP  untuk membolehkan beliau mendapat majoriti dan membentuk kerajaan jika PAS menyokong beliau. Ketika itu, Khalid bersama PAS dan Umno mendapatkan 28 kerusi dan gabungan PKR (13) dan DAP (15) juga mempunyai 28 kerusi.
Tindakan dua Adun PAS Hulu Klang dan Morib menyertai sidang media bersama-sama 28 lagi Adun DAP dan PKR menyokong Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu menggantikan Khalid, mengejutkan parti Islam itu kerana mereka hanya akan membuat keputusan pada 17 Ogos.

Isu MB Selangor : Bubar Atau Undi Tidak Percaya Dun Selangor? Penyokong Khalid Vs Wan Azizah?

menteri besar selangor
Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Bubar Dun Selangor Atau Undi Tidak Percaya Dun Selangor? Penyokong Khalid Vs Wan Azizah? : Ini yang dinamakan politik di Malaysia. Ada masa kekuatan politik yang dimiliki umpama teguhnya bangunan KLCC.
Tetapi kekuatan politik di Malaysia boleh runtuh dalam sekelip mata, sepertimana runtuhnya WTC menyembah bumi sebelum ini. Dalam bahasa politik, satu minggu adalah tempoh yang panjang sebenarnya, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seminggu tersebut.
Hari ini dengan hanya berbekalkan 4 Exco yang minum ditambah Menteri Besar Selangor Malaysia yang terdiri daripada Adun Bebas tidak cukup kuat sebenarnya.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia Khalid Vs Wan Azizah : Cadangan Pakar?

Ramai pakar penganalisis politik di Malaysia meletakkan dua syor untuk dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian kepasa krisis isu Menteri Besar Selangor yang bergolak sekarang ini sepertimana disarankan Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff (Pensyarah Sains Politik UKM), Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Aziz Bari dan juga seorang lagi pakar perlembagaan terkenal, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi supaya :
  • Pertama undi tidak percaya di dewan (Sidang DUN)
  • Tan Sri Khalid semasa menjadi Menteri Besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan (DUN)
Berita Semasa sendiri sudah bosan dengan rentetan isu Menteri Besar Selangor yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini. Masing-masing mempunyai ego dan cara silat tersendiri bagi menyatakan pendirian masing-masing.
Walaubagaimanapun atas nama demokrasi, apabila krisis Menteri Besar Selangor ini semkain memuncak, selesaikanlah dengan segera dengan menggunapakai dua cara ini, Bubar Dun Selangor ataupun laksana undi tidak percaya. Pilih cara antara dua ini. Usahlah mencanang di seluruh pelusuk tanahair yang anda mempunyai sokongan majoriti baik daripada pihak Khalid Ibrahim mahupun Wan Azizah. Cukuplah…..Buktikan melalui saluran yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Isu Menteri Besar Selangor Malaysia : Politik Selangor Bergolak Sampai Bila?

Yang paling pentingnya selepas itu, pastikan calon Menteri Besar Selangor (samada Khalid Ibrahim kekal atau ada calon baru) diperkenan Sultan Selangor. Untuk menjadi MB Selangor, perlu ada perkenan Sultan Selangor walaupun sudah ada majoriti.
Perlu diingat rakyat Malaysia tertumpu kepada krisis Menteri besar Selangor kerana pengaruh politik di negeri tersebut cukup berwarna-warni dan dalam pada masa yang sama sumbangan besar negeri Selangor itu sendiri yang menjadi penumbang utama kepada ekonomi negara.
“Negeri Selangor, ia umpama sebuah negeri yang seolah-olah mewakili negara”

Selamatkan Pakatan Rakyat…

Oleh Mohd Farid Hamlud
Kita berpakat bukan kerana kita, tetapi kerana rakyat. Jadi Pakatan ini adalah pakatan harapan rakyat. Rakyat perlukan pakatan ini, untuk mereka melepaskan diri daripada kezaliman si penguasa. Tindakan zalim si penguasa itu lebih perlu dihentikan.
Alhamdulillah, ada satu cabaran baru buat Pakatan Harapan Rakyat. Kita diajar, konflik itu adalah satu peluang bukan semata-mata masalah, maka dalam konflik Kerajaan Negeri Selangor ini juga, konflik perlu dilihat sebagai peluang. Peluang untuk masa depan yang lebih cerah, saya positif.

Ramai yang menyasarkan kepada peluang untuk "penapisan", tapi saya lebih suka kita sasarkan kepada peluang untuk pengukuhan. Ini kata budak hingusan seperti saya.
Kami anak muda sangat tidak gemar melihat ayahanda, kekanda kami bergaduh. Kami lebih suka kepada perdamaian. Kami memandang tinggi kebijaksanaan kalian untuk mencari titik persamaan yang baik, sekurang-kurangnya untuk menyelamatkan harapan rakyat agar sebuah negara yang adil dan berkebajikan dapat dibentuk bersama. Apa yang kita perlukan ialah sedikit kesabaran, dan kesudian untuk mendengar. Jika kita buka mata, telinga dan dada kita, insyaAllah kita akan nampak hikmah sebenar yang jauh lebih indah dan besar untuk manfaat kita bersama.
PAS pada awalnya menyokong Khalid untuk dikekalkan sebagai MB. Ini adalah pendirian sebelum berlakunya pemecatan. Kerana MB ini adalah amanah rakyat. Adakah kita boleh mengubah, dengan menaikkan atau menurunkan sesiapa yang kita mahu sewenang-wenangnya dari kedudukan MB?
Baiklah, sekarang Khalid bukan lagi sebahagian daripada PR kerana beliau sudah keluar dari PKR. Tali perhubungan beliau dengan PR di Selangor pada ketika ini hanyalah sebagai seorang MB kepada 4 exco daripada PAS.
Jika 4 exco ini menarik diri, maka mungkin tiada lagi hubungan beliau dengan PR dan beliau dengan sendirinya hilang sokongan dan DUN mungkin terbubar disebabkan tiada lagi sesiapa yang bersama beliau. Jika Adun PAS ini tidak hadir, itulah yang akan berlaku.
Malangnya, tindakan Adun PAS yang bersama Khalid dilihat sebagai satu usaha membelakangkan kepentingan PR kerana PR sudah tidak mahu Khalid sebagai MB.

Peralihan kuasa perlu segera, penuh tertib – Teng Chang Khim


teng-chang-khim
SUBANG JAYA, 15 OGOS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang Datuk Teng Chang Khim menyeru agar peralihan kuasa di Selangor diadakan dengan segera, penuh tenang dan tertib.
Ia berikutan 30 Adun Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan mereka kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru dalam satu sidang media semalam.
Perkembangan itu menjadikan Wan Azizah mendapat sokongan lebih empat Adun berbanding Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan jumlah tersebut tidak termasuk Adun PAS yang masih belum menyatakan pendirian mereka.
“Bagi pihak DAP, kesemua 15 Adun kami memberi sokongan penuh kepada Wan Azizah untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar.
“Dengan sokongan majoriti ini, saya menyeru agar peralihan kuasa dapat dibuat dengan kadar yang segera, dan dengan penuh tenang dan tertib,” katanya kepada Roketkini.com.
Beliau yang juga bekas Exco kanan kerajaan negeri itu juga meminta agar rakyat Selangor terus bersabar dengan kemelut yang berlaku, dan menjamin ia akan selesai tidak lama lagi.

Sebuah kata dan bukan paksaan untuk Pas

MSO

Mungkin catatan ini ramai yang tidak mahu ianya ditulis begini kerana ia boleh menyenak hati dan menyebakan dada. Tetapi untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tidak lalai kemudian akan kecewa berat, elok kalau saya membuat catatan ini sebagai persiapan.


Ahli Pas mahukan pendirian yang tegas.
Allah s.w.t. sediri meminta kita mempersiapkan diri untuk mati. Dan dunia ini sebenarnya adalah lebuhraya kepada kematian, maksudnya untuk kembali semula kepadanya. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Atas prinsip bahawa berterus terang itu lebih baik daripada segala-galanya ia perlu diluahkan, juga bagi mengelakkan perut terus kembung.

Sebaliknya pula catatan ini menggembirakan setengah pihak yang lain. Mereka menerimanya dengan perasaan terbuka dan rasa mujur yang tinggi. Mereka tidak perlu berkerja kuat. Kalau mereka seorang petani, seperti mereka menanam ubi kayu (species ubi yang mudah hidup dan berisi). Mereka perlu meriba tangan dan menanti ubinya membesar selepas "memekong" benih ke dalam semak. Ubi kayu akan tumbuh dan berisi walaupun tanpa batas.

Begitulah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat waktu ini, ia memberi kesempatan dan peluang baik kepada UBN khasnya Umno. Mereka memerhati dengan penuh minat tanpa banyak campur tangan. Sebab itu Mohd Najib Razak yang kebetulan yang sedang berdukacita atas kejadian kapal terbang Mas hilang dan jatuh tidak banyak komen. Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi juga tidak rancak memberi komen, melakukan provokasi dan tidak perlu "menyucuh karak" (pasang api) dipunggung Pakatan Rakyat agar ia terus berkobar dan terbakar.

Pakatan Rakyat sudah dikenakan api dan ia sedang membakar diri, hanya menanti hangus saja.

Bagi Umno Pakatan Rakyat telah ada tanggungjawab tersendiri untuk membesarkan perbalahan mereka atau sebaliknya menutup perbalahan mereka. Jadi Umno hanya perlu mendiamkan diri sahaja dan memerhati percakaran Pakatan Rakyat khasnya Pas dengan PKR bagaikan serigala memerhati perbalahan anak-anak kambing menunggu mana yang cedera untuk dibahamnya.

Saya katakan tadi catatan ini mungkin tidak sedap didengar dan menggerunkan. Tetapi saya perlu memberitahu kerana ianya tanggungjawab saya selaku penulis dan pemerhati kerdil. Saya ada tanggungjaab sosial yang tidak perlu pun diupah. Sebenarnya saya kesian kepada rakyat yang menjadi penyokong dan ahli parti, Pas dan PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Bagi saya mereka ikhlas dan sangat pemrih serta akan pasrah kepada takdir yang dilakarkan pemimpin masing-masing. Mereka juga sanggup berkorban masa, tenaga dan harta benda. Sebagai pemberi jasa dan bakti mereka tentu mengharap imbuhan dalam bentuk kemenangan. Apapun perjuangan dan bila mendapat kemenangan rakyat hanya dapat bertepuk tangan, tidak lebih daripada itu.

Mereka yang melihat dengan mata ikan kering terhadap kemelut hari ini meletakkan kesalahan apa yang berlaku kini sepenuhnya kepada musuh parti mereka. Mereka sama sekali tidak cuba menyalahkan peranan atau sikap para pemimpin mereka yang haloba dan egois. Keadaan inilah saya berasakan rakyat seakan tertipu dan teraniaya. Maka perlu saya memberi pendangan dengan mendedahkan apa yang ada menurut firasat saya dan diketahui untuk dijadikan pertimbangan.

Biarlah saya bercerita untuk pengetahuan umum dari pengamatan kolam fikir saya. Saya tidak memaksa untuk mempercayainya, tetapi sebagai bahan renungan pada pagi yang mulia ini agar kita (rakyat penyokong dan ahli parti) tidak terlalu teraniaya dan tertipu dengana apa yang berlaku. Tidak tertipu hidup-hidup dengan pemainan politik penuh bernafsu dan berlambang-lambagan dan dihiasi dengan ayat-ayat Tuhan dan Nabi.

Exco PAS kekal bukan kerana Khalid.....!!

Exco Selangor dari PAS Sallehen Mukhyi menegaskan beliau dan tiga lagi exco dari PAS tidak pasti berapa lama mereka terus kekal sebagai exco dalam pentadbiran negeri.

ADUN Sabak itu berkata, mereka kini memilih kekal sebagai exco berdasarkan ketetapan PAS yang menyokong pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita (kekal) sehingga bila tak tahu - boleh jadi sehingga habis penggal iaitu pada pilihan raya umum akan datang atau sehingga parti minta kita berhenti," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui wartawan di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri tengahari tadi.

Menurutnya, tindakan mereka kekal dalam kerajaan Selangor juga tiada kena mengena dengan faktor sama ada mereka menyokong Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim atau tidak.

Wang & Kuasa: Kami mahu selamatkan dana RM3.2 bilion Selangor dirampas Umno, kata exco PAS‎

Seorang lagi exco PAS Selangor hari ini mempertahankan ‎tindakannya kekal dalam barisan exco bagi menghalang Umno mengawal sumber kewangan negeri.
Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam, Sallehen Mukhyi berkata keputusan empat exco PAS itu sebagai benteng akhir menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau turut menggesa orang ramai tidak melihatnya sebagai pengkhianat kerana berdasarkan Perlembagaan negeri hanya empat exco diperlukan bagi membolehkan kerajaan negeri berfungsi.

Empat exco tersebut adalah Iskandar Abdul Samad, Dr Halimah Ali, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen.‎Awal hari ini, Exco PAS Dr Halimah Ali menafikan beliau dan tiga rakan sejawatnya daripada PAS berkonspirasi dengan Khalid untuk melengahkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Tiada perbincangan seperti itu. Jika Khalid ada berbincang dengan exco lain, itu saya tak tahu," katanya.

Lantik MB Baharu atau Bubarkan Dewan




Wan Azizah dapat sokongan majority ADUN.
Semalam, nona Wan Azizah tampil membuat deklarasi bahawa dia disokong oleh 30 ADUN PR. Ini bererti Wan Azizah mempunyai sokongan majority yang nyata.  diatas kertas, Khalid hanya ada 26 orang penyokong. 
2 hari sebelumnya, Khalid sudah istihar dia ada sokongan majority.  Siapa yang bercakap benar? Wan Azizah tampil dengan bukti, Khalid muncul dengan cakap kosong. Agak nya, Khalid ingat, percakapan nya sudah memadai.  
Azizah nyata lebih jantan dari Khalid. Dia ada bukti. Khalid cakap kosong. Makna-nya, Khalid Ibrahim  bukan sahaja durhaka kepada Sultan Selangor tapi dia membohongi Sultan.
Perkenankan Wan Azizah mengadap atau bubarkan dewan.
Jika precedent yang berlaku di Perak suatu masa dahulu dikira sebagai prinsip untuk diikuti, maka Wan Azizah sepatut nya diistiharkan sebagai MB. Dalam keadaan semua pihak peduli sangat mengenai harga dan kos menjalan PRU negeri, perkenan supaya Azizah dijadikan MB adalah cara yang paling kos efektif. 
Tapi proses political blackmail yang dilakukan oleh kerajaan Najib keatas Perak dahulu dikondem oleh ramai orang sebagai unconscionable dan tidak constitutional.  Dan Sultan Perak yang dahulu telah dicemuh dan dihina kerana tindakan nya. perkara ini semua orang tahu. Rakyat mesti ingat, pihak yang menyebabkan seorang Sultan terdedah kepada cemuhan dan penghinaan ialah politik UMNO.
Kali ini, kita mempunyai peluang untuk membetulkan imej Sultan Melayu sebagai mata-air keadilan- yakni Sultan Selangor memperkenankan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Tidak kira ianya akan berharga RM50 juta untuk dijalankan. Ianya penting untuk mengesahkan bahawa penyelesaian yang kita ambil ialah penyelesaian yang demokratik dan ianya suatu langkah untuk memulihkan imej Sultan Melayu yang dikotorkan oleh politik.
Saya rasa jalan terbaik ialah membubarkan dewan undangan dan biarkan natural selection process dilakukan. Yang baik tetap akan menang. Tentulah UMNO tidak akan takut untuk berdepan dengan PRU Selangor dan Khalid Ibrahim sebagai seorang anak jantan tentu tidak takut juga untuk mensahihkan kejantanan nya. Kita pun hendak tahu jugak, atas parti apa Khalid mahu bertanding nanti? dalam konteks inilah Rafizi mengistiharkan bahawa, jika PRU Selangor berlaku dan jika rakyat yang memilih mahu menghukum PR, biarkanlah.
Siapa durhaka?
Bila wan Azizah mengistihar secara public, bahawa dia mempunya sokongan majority, apa yang sudah dilakukan oleh Khalid? 2 hari yang lalu, Khalid mengadap Sultan Selangor dan mengistihar depan raja negeri Selangor bahawa dia memimpin kumpulan majority. Saya pun hairan bagaimana Khalid menjastifikasikan dakwaan nya dan lebih menghairankan pula, tidak ada penasihat Sultan Selangor yang mencadangkan percakapan Kahlid itu mesti di buktikan.

Kalau Shaari Dan Hasnul Dianggap Khianat Pada Pas, Haji Hadilah Pembuka Jalannya




Marah benar kumpulan pro ulama dalam Pas kepada Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang telah secara terbuka tampil menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah bersama 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR semalam. Kedua-dua mereka dituduh derhaka dan khianat kepada Pas kerana mendahului parti dalam bertindak sedangkan Pas akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk membuat pendirian mengenainya.

Pas Selangor yang empat Exconya kini menjadi tiang kepada Khalid paling marah dengan tindakan dua Adun berkenaan lantas memberi notis 24 jam untuk menarik balik sokongan yang telah diberikan kepada Dr Wan Azizah atau bakal menghadapi tindakan disiplin.

Di media-media sosial pula, beberapa pemimpin Pas lain turut melontarkan kecaman terhadap Shaari dan Hasnul dengan antaranya menyatakan mereka berdua adalah kekotoran yang harus dibersihkan dan ada pula yang mengaitkan tindakan itu kerana diberikan tawaran yang membuatkan "air liur meleleh" jika menolaknya.

Tidak diketahui sama ada notis ugutan yang dilontarkan oleh Setiausaha Pas Selangor, Mohd Kharuddin Othman itu dilayan atau "masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri" saja bagi Shaari dan Hasnul tetapi yang menjadi perbualan ramai juga ialah sejak bila Pas membudayakan taktik ugutan ini?

Sebelum ini Exco Selangor, Solehan Mukhyi juga memberi ugutan kepada Khalid Ibrahim bahawa empat Exco Pas akan menarik diri dan meletakkan jawatan kiranya wakil daripada UMNO dilantik sebagai Exco menggantikan wakil daripada PKR dan DAP yang telah dipecat.

Setelah Khalid akur dengan ugutan itu dan memberi jaminan tidak ada rancangan melantik Adun UMNO sebagai Exco, kini sekali lagi taktik ugutan digunakan, tetapi kepada dua Adun Pas pula. Bagaimanapun sehingga tempoh 24 hampir berakhir, tidak ternampak tanda-tanda dua Adun berkenaan "kecut perut" dengan ugutan itu dan sokongan kepada Dr Wan Azizah telah, akan atau bakal ditarik balik.

Berbanding dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali yang akan menyiasat berhubung tindakan Shaari dan Hasnul manakala Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat pula mencadangkan kedua-dua Adun berkenaan dipanggil untuk mengetahui kedudukan sebenarnya, tindakan Pas Selangor nyata amat emosional, terburu-buru dan tidak matang.

Dalam masa yang sama, notis ugutan itu juga dipersoalkan ramai sama ada ia hanya kenyataan peribadi Setiausaha Pas Selangor berkenaan atau keputusan mesyuarat Pas Selangor?

Namun demikian, tindakan kedua Adun berkenaan yang tampil secara terbuka dan menandatangani akun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah menambahkan lagi gelora dalam Pas. Parti itu terus berkecamuk, berbalah dan bersimpang siur menjelang mesyuarat pada 17 Ogos ini.

Krisis Selangor: 'Kepercayaan rakyat pada Pakatan terhakis'

Pengarah badan kaji selidik bebas Merdeka Center Ibrahim Suffian berpendapat, krisis politik di Selangor banyak menjejaskan keyakinan rakyat negeri itu ke atas Pakatan Rakyat.

Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini berkata, rakyat Selangor kecewa dengan permainan politik yang berlaku di negeri itu.

Ibrahim berkata, peluang Pakatan pastinya terjejas teruk sekiranya pilihan raya baru diadakan di Selangor.

“Saya tidak tahu dengan pasti sejauh mana kesannya ke atas peluang Pakatan, tapi ia tidak akan memberi kesan positif.

“Lagi pula, ramai yang masih belum jelas dengan perkembangan yang berlaku,” katanya.

Ibrahim percaya Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertangungjawab untuk meletak jawatan agar krisis ini tidak berpanjangan.

Beliau juga mengesahkan dengan bahawa keputusan kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center berhubung krisis tersebut akan dikeluarkan pada minggu depan.

Pandangannya itu turut dikongsi oleh beberapa orang pengalanisis politik.

Sokong Azizah: Saari akan beri penjelasan

SHAH ALAM – Salah seorang Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) yang menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mengesahkan akan memberi penjelasan kepada partinya terhadap keputusannya itu.

Menurutnya, tindakan menghadiri sidang media PKR itu sebagai bukti bahawa PR masih memiliki sokongan majoriti di Selangor.

“Saya akan beri penjelasan (kepada Pas). Sokongan saya tengah hari tadi (semalam) adalah bertujuan agar 30 Adun yang tampil pada sidang media tadi (semalam) adalah bukti PR memiliki sokongan majoriti,” katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Beliau memberi maklum balas kepada pihak Sinar Harian Online melalui aplikasi Whatsapp ketika ditanya pandangannya terhadap tuntutan agar beliau memberi penjelasan kepada parti atas pendiriannya itu.

Namun, beliau masih belum menerima sebarang notis dipanggil Pas pusat untuk memberi penjelasan.

“(Pas Pusat sudah hubungi?) Belum ada notis lagi,” katanya.

Seorang lagi Adun Pas yang turut menyokong tindakan tersebut adalah Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Khalid sudah hilang sokongan majoriti, jangan panjangkan kemelut – Syahredzan Johan

 Seramai 30 Adun Selangor menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Lebih penting lagi, 30 Adun Selangor menyatakan mereka menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Majoriti Adun Selangor hilang kepercayaan terhadap Khalid. Bak kata Inggeris, “the game is up”.Mengikut precedent di Perak, hilangnya kepercayaan majoriti terhadap seseorang menteri besar boleh ditentukan menurut cara-cara lain di luar Dewan Undangan Negeri (DUN). Maknanya, Sultan boleh menerima pengakuan 30 Adun ini dan tidak perlu menunggu ia dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Kita tidak tahu cara apa yang Sultan akan terima. Tetapi, sama ada Sultan akan mengiktiraf akuan sumpah 30 Adun ini sebagai bukti hilang sokongan atau Sultan mahu ia ditentukan dalam DUN, tidak mengubah reality, Khalid tidak mempunyai majoriti lagi. Keenganan beliau berundur hanyalah satu tindakan melengah-lengahkam apa yang pasti akan berlaku. “Delaying the inevitable”. Khalid masih boleh berdegil. Masih boleh enggan untuk mengundur diri tetapi, lambat laun, sama ada sekarang atau apabila DUN bersidang nanti, kehilangan kepercayaan majoriti ini akan diterima Sultan. Kalau adapun legitimasi politik pada Khalid sebelum ini untuk terus memegang tampuk kuasa, ia lenyap apabila terbukti beliau hilangan kepercayaan. Ya, memang selepas hilang kepercayaan, Khalid masih boleh memohon supaya DUN dibubarkan. Ada termaktub dalam Perlembagaan Selangor tetapi tidak perlulah sampai ke situ. Rakyat tidak punya selera melalui Pilihan Raya Negeri. Bukannya kerajaan bertukar tangan seperti di Perak, kerana Pakatan Rakyat (PR) masih punya majoriti di Selangor. Sudah-sudahlah mengheret rakyat dalam perkara ini. Rakyat sudah letih. Berundurlah demi menyelesaikan kemelut ini yang sudah berlarutan terlalu lama.

Tak akan dipecat hanya kerana sokong Wan Azizah, kata bekas AJK Disiplin PAS

ahmad awangKUALA LUMPUR 15 OGOS: Hanya kesalahan pentadbiran sahaja, itu respon bekas ahli majlis syura PAS Ahmad Awang.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dua Adun PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor semalam.
Ia bukan kesalahan besar dan tidak akan menyebabkan mereka dipecat, kata Ahmad yang juga bekas anggota jawatankuasa dispilin PAS.
“Ia lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan PAS bergabung dengan semua pihak termasuk Umno dalam kerajaan konsensus nasional di Selangor, yang juga belum dibuat keputusan oleh parti,” katanya lapor The Malaysian Insider.
Sebelum ini, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, sekiranya kedua-dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.
Ahmad yang juga bekas Naib Presiden, menyeru PAS merujuk kepada kes terdahulu sebelum mengambil tindakan.
Antaranya, apabila PAS memutuskan keluar daripada Barisan Nasional tetapi ada pemimpin PAS ketika itu, termasuk Datuk Mohamad Nasir, enggan berbuat demikian.
“Hasilnya PAS memutuskan memecat beliau kerana kita jelas membuat arahan keluar tetapi dia mahu kekal,” katanya.

Teng: Contohi Perak, tak perlu bubar DUN

Bekas exco Selangor dari DAP, Teng Chang Khim menggesa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencontohi krisis menteri besar yang berlaku di Perak pada tahun 2009.

Menurutnya, krisis itu menyaksikan pertukaran menteri besar berlaku tanpa perlunya sidang khas untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap menteri besar.

Katanya, Khalid juga boleh meletak jawatan tanpa perlu membubarkan DUN

"Satu-satunya pilihan buat beliau adalah meletak jawatan atau membubarkan DUN.

"Permainan kini sudah tamat buat beliau.

"Menurut kes Perak, tidak perlu pembubaran, tak perlu keperluan begitu," kata Teng pada sidang media di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tengah hari ini.

'Tiada cara lain, lantik Wan Azizah segera' - Aziz Bari

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata sultan Selangor kini perlu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar memandangkan presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti anggota DUN.

"Mengikut undang-undang, pembubaran (DUN) bukan lagi satu pilihan sekarang. Saya berani menyebut bahawa (pembubaran) juga bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.

"Tidak perlu lagi buang masa dan wang bila majoriti sokongan di pihak Wan Azizah.

“Undang-undangnya jelas, sultan mesti lantik Wan Azizah untuk membolehkan pentadbiran negeri kembali norma;,” katanya.

Wan Azizah semalam mendedahkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 orang ADUN, termasuk dua dari PAS untuk membolehkan beliau dilantik ke jawatan menteri besar.

ADUN Kajang itu juga berkata, ADUN berkenaan juga hilang keyakinan ke atas pentadbiran menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kenyataan itu mengundang cabaran dari Khalid agar Wan Azizah membuktikan perkara itu melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Undi Tidak Percaya Atau Bubar: Dua alternatif mampu tangani kemelut MB Selangor

kemelut politik
Pembubaran Dun dan undi tidak percaya, antara alternatif yang mampu menangani kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof berkata, kedua-dua tindakan yang selari dengan prinsip demokrasi negara ini perlu dilakukan bagi menyelesaikan kemelut politik Selangor selepas melalui beberapa episod termasuk penyingkiran enam Exco PKR dan DAP beberapa hari lalu.

“Walaupun bagi saya, pilihan raya negeri tindakan terbaik, namun sebagaimana kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia perlu dielakkan kerana akan menelan kos tinggi (RM50 juta) jika diadakan, selain turut membosankan rakyat.

“Berasaskan prinsip demokrasi, jika ada krisis sebegini, tiba di satu tahap, dua tindakan perlu dilakukan, sama ada melalui undi tidak percaya di Dun atau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika masih menjadi menteri besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Minda, di sini, semalam.
Dalam pada itu, mengulas isu kerajaan campuran di Selangor, Mohammad Agus berkata, Pas akan berpecah dan menjadi parti paling rugi jika mengambil keputusan bergabung dengan Umno.

“Jika Pas keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menyokong Abdul Khalid untuk bergabung dengan Umno, sekali gus membentuk kerajaan negeri, saya rasa itu sukar kerana Pas pasti akan berpecah,” katanya.

Mohammad Agus berkata, mustahil untuk sampai ke tahap penggabungan parti, lebih-lebih lagi sudah ada Adun Pas yang secara terbuka membuat pengakuan tidak akan mendukung kerjasama antara parti itu dan Umno.

Umno winning war against rakyat

The people are always the victim in political showdowns

iloveBN300Pakatan is a new entity, and if it were a human, it would be a teenager. The coalition survived its teething problems and the terrible-toddler phase of child development. The behaviour of Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim is like that of a recalcitrant child. Those of you who are parents will know what it is like to live with a truculent teenager.
The truculent teenager is a devil to live with. He refuses to listen because, in his opinion, “I do not have to listen to anything anyone tells me.” He is challenging in many ways. He has odd ideas about food. His taste in fashion is peculiar. He hogs the bathroom for hours, grooming himself. He is difficult to live and work with. He does not communicate with words, but grunts his disapproval or simply shrugs his shoulders. He disappears at weekends and does not tell his parents what he gets up to. In short, he has an attitude problem.
One political pundit said, “We trained our eyes on Azmin Ali, thinking that he would be the one to fail the party. In the end, it was Khalid, who quietly betrayed everyone.”
Nik Nazmi wrote in a Malaysian online newspaper that, in 2006, many people were shocked when Khalid was appointed as PKR’s treasurer. “Despite the fact that he had previously sought office in Umno as a division chief, supreme council member and branch chief (all unsuccessfully), he was largely known to most Malaysians as a corporate captain.”
PKR is at fault for not vetting their candidates properly and not ensuring that they are scrupulously clean. It is better to have no candidate than to have one with an Umno Baru genetic make-up. Is it any wonder that the electorate complains about Pakatan politicians being carbon copies of Umno Baru? Pakatan is faced with the difficult job of undoing the mess created by PKR’s generosity.
The casual observer will have made four glaring observations.
If you or I were to default on a loan, the bank would legally seize our assets, be it house, land, car, or furniture, and sell them to recoup the loan. Khalid allegedly settled a personal debt of RM60 million with Bank Islam. Why can’t the banks be as generous to us? Even loan sharks call in their debts.
For decades, Selangor had few problems with water, but under Pakatan rule water has suddenly been made into a political tool.

Hadi mungkin punca Pakatan dan PAS berpecah, kata Edge Review

Penghalang paling besar kepada agenda penting Pakatan Rakyat (PR) di Selangor ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang – ulama yang tinggi semangat juangnya tetapi tidak begitu meyakinkan di peringkat negara, lapor The Edge Review hari ini. Tambahan pula, menurut laporan itu, makin ramai takut kedudukan Hadi sebagai 'rakan yang tidak membina” dalam gabungan Pakatan boleh menyebabkan perpecahan di dalam partinya sendiri, PAS. Katanya, PAS satu-satunya pihak bertanggungjawab membantutkan rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menukar menteri besar Selangor.  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR pada Sabtu kerana ingkar menurut perintah parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih tugasnya. Namun, menteri besar dua penggal yang tersungkur itu setakat ini berjaya berpegang pada kedudukannya sekarang, kata The Edge Review, terima kasih kepada sokongan presiden PAS itu. Bagaimanapun, sokongan Hadi itu boleh membawa kepada keretakan di dalam gabungan pembangkang, berkemungkinan memecahkan perhubungan enam tahun antara PKR, PAS dan DAP. "Gabungan kami selama ini bekerjasama dengan baik kerana semua rakan mengambil pendirian yang sederhana, selari dengan aspirasi rakyat Malaysia. "Bagaimanapun, dengan meningkatnya ketegasan golongan konservatif dalam PAS, gabungan ini jadi semakin rapuh," kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua. “Ahli biasa dalam PAS tak mahu tinggalkan gabungan ini," kata

Makin Panas:Teng mula buka pekung dalam pentadbiran S'gor

Krisis politik Selangor memasuki episod baru hari ini apabila bekas exco Datuk Teng Chang Khim mula membuka pekung dalam pentadbiran Selangor dengan melancarkan serangan ke atas anggota exco PAS yang masih setia pada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau mensasarkan serangannya pada exco hal ehwal pendidikan, Dr Halimah Ali yang disifatkannya sebagai “tidak boleh dipercayai dan munafik” kerana didakwa berpura-pura tidak tahu mengenai rancangan Khalid untuk membubar DUN.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga membangkitkan isu pemberian peruntukan untuk sekolah persendirian Cina di Selangor yang didakwanya dilengah-lengahkan oleh anggota exco tersebut.

Dakwanya, bermula dari tahun 2009, empat sekolah Cina persendirian di Selangor mendapat peruntukan automatik dari kerajaan negeri sebanyak RM2 juta setiap tahun.

Namun bermula tahun ini, dakwanya, sekolah-sekolah itu diminta mengisi borang untuk mendapat peruntukan tersebut dan dikenakan pelbagai syarat.

"Ada beberapa contoh sebelum ini, antaranya sekolah-sekolah Cina persendirian dijanjikan peruntukan (dari kerajaan negeri) tetapi beliau melengah-lengahkan pemberian peruntukan itu," kata Teng.