kemelut politik
POLITIK Selangor mencipta sejarah kerana buat kali pertamanya seorang Adun Bebas menjadi MB.

Maka, persoalannya, apakah beliau mempunyai legimitasi untuk kekal sebagai MB?

Dari segi undang-undang, jawapannya ya. Beliau masih mendapat perkenan Tuanku, mempunyai empat Exco untuk membolehkan kerajaan berfungi dan belum ada undi tidak percaya yang dibuat ke atas beliau di Dewan.

Namun, dari dari segi moral politiknya, legitimasi MB tersebut telah hilang.

Apatah lagi, tadi pagi Presiden PKR mengumumkan beliau telah mempunyai sokongan majoriti 30 ahli Dewan daripada 56 semuanya.

Justeru PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat Pas pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

Yang relevannya mesyuarat Pas pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan BN atau bersendirian dalam politik negara.

Apa Seterusnya?

Bagi membuktikan PKR mendapat sokongan majoriti ahli Dewan, maka PKR hendaklah memohon perkenan Tuanku untuk mengadap bagi membuktikan hal ini.

Jika ini tidak berlaku, maka cara lain yang boleh dibuat ialah dengan MB menasihati Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan atau Speaker mendapat perkenan Tuanku untuk mengadakan sidang khas Dewan bagi menentukan sokongan majoriti ahli Dewan.