Rabu, 13 Ogos 2014

PAS perlu Pakatan Rakyat demi survival politik - Penganalisis

KUALA LUMPUR: PAS perlu memperincikan langkah seterusnya dalam politik demi survival politik dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL), Dr. Amir Saifude Ghazali berkata, pemimpin PAS perlu melihat masa hadapan sama ada terus bersaing di atas pentas politik negara atau berkubur begitu sahaja.

"Ia perkara biasa dalam politik negara. Persaingan kuasa antara PR dalam pilihan raya sebelum ini. PR harus lihat kenapa Barisan Nasional (BN) menang sebelum ini

"Mereka perlu memperincikan langkah seterusnya, apakah bersaing dengan BN atau tinggalkan BN sebagai kuasa besar," katanya semasa Awani 7.45 pada Rabu.

Dr. Amir mengulas mengenai situasi semasa Selangor selain jangkaan keputusan pertemuan pemimpin PAS pada 17 Ogos.

Jelasnya, perhatian rakyat dilihat lebih tertumpu kepada isu politik Selangor kerana pengaruh negeri itu sendiri dalam menyumbang kepada ekonomi negara.

"Itu gambaran Selangor, ia sebuah negeri yang seolah-olah mewakili negara," ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, pendirian PAS yang tidak mahu menukar Abdul Khalid dilihat gambaran sokongan rakyat terhadap menteri besar berkenaan.

SUA PAS nafi terima borang keahlian Khalid

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan maklumat yang tersebar dalam media sosial yang mendakwa beliau menerima borang permohonan keahlian PAS daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Laporan (tentang dakwaan) itu tidak betul," katanya yang juga pengerusi Harakah kepada Malaysiakini.

Sementara itu, portal Harakahdaily memetik Mustafa mengingatkan ahli dan pendokong PAS supaya tidak terpedaya dengan laporan palsu yang menggunakan nama Harakah ekoran krisis yang berlaku di Selangor.

"Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid.

"Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai.

"Saya tegaskan di sini bahawa laporan berkenaan bukan daripada Harakah, adalah tidak benar sama sekali yang menggunakan nama Harakah termasuk berita-berita kononnya daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain," katanya.

ADUN BN tiada peluang di Selangor kecuali sertai Bebas


Abdul Khalid Ibrahim (tiga dari kanan) bersama Exco yang menyokongnya sebagai Menteri Besar Selangor
Abdul Khalid Ibrahim (tiga dari kanan) bersama Exco yang menyokongnya sebagai Menteri Besar Selangor
Kemelut Kerajaan Selangor semakin menarik apabila seorang sumber mendakwa pentadbiran kerajaan negeri itu semakin pasti bakal diketuai oleh Pas.
Bagaimanapun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar daripada parti Bebas.
Sumber itu memberitahu MalaysiaGazette, tidak akan ada wakil daripada PKR dan DAP juga termasuk Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Selangor.
Kecuali ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti-parti politik itu secara sukarela menjadi ADUN Bebas.
"Kalau ada dalam kalangan mereka yang keluar parti masing-masing, mungkin mereka boleh dilantik menjadi Exco.
"Apapun yang berlaku, memang tidak akan ada ADUN BN dalam senarai Exco," menurut sumber tersebut.
Dalam pada itu, sumber tersebut berkata, Abdul Khalid juga dijangka mengumumkan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
"Yang ini memang pasti, hanya tunggu masa sahaja," tambahnya.

Dr Asri: Politik bukan segalanya

KEHIDUPAN ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik.

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Bahkan dalam Islam, dalam medan perang yang saling bunuh membunuh itu pun, adab dan akhlak yang baik dipertahankan. Disiplin mesti dipatuhi. Dalam hadis:

Apabila Rasulullah SAW mengirimkan pasukan tentera maka baginda bersabda:

“Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama ALLAH, perangilah di jalan ALLAH sesiapa yang kufur dengan ALLAH. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”. (Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir: “Sanad hadith ini Hasan”).

Nilai pejuang rakyat itu apabila dia dapat mendisiplinkan dirinya dan menghiasi diri dengan budi dan sopan yang menyebabkan rakyat menjadikannya ikutan. Justeru itu, kawalan diri sekalipun di hadapan musuh yang hendak membunuh antara nilai peradaban yang diajar oleh Islam.

Lihatlah apa yang ALLAH tegaskan kepada orang Islam yang berperang dengan musuh-musuh yang menyerang dan ingin membunuh mereka: (maksudnya):“Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.(Surah al-Baqarah 190).

Apakah politik kita ini lebih buruk dari medan perang darah sehingga kita hendak berlebih-lebihan dalam tingkah perangai dan budi. Kita jangan lupa apa yang Nabi SAW bersabda: “Manusia yang paling ALLAH benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Orang politik lupa, pengikut yang ‘kurang ajar’ dan tidak beradab itu hari ini mereka biadap dengan musuh politik mereka, esok kebiadapan itu akan dihalakan pula kepada orang yang disokong pada hari ini.


Piawaian

Paling masalah apabila setiap pihak cuba bertindak membalas keburukan dengan keburukan. Jika kita berikan nasihat ‘mengapa awak londeh seluar dan tunjuk kemaluan kepada gambar pemimpin tertentu’, maka akan ada yang menjawab ‘mereka lagi teruk, ada macam-macam lagi yang mereka pun buat’.

Kronologi krisis MB Selangor

kemelut politik
SHAH ALAM - Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
  
27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu.
  
Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.
  
26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008.

Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.
  
26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.
  
22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
  
25 JULAI: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
  
1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
  
4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
  
6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.

NGO bidas McD cuba raih simpati

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membidas McDonald's kerana didakwa memperguna pekerja Melayunya bagi meraih simpati setelah diancam kempen pemulauan ekoran serangan Israel di Gaza.

MTEN berhujah, jika rangkaian makanan segera itu benar-benar mengambil kebajikan pekerjanya, ia harus dibuktikan, memandangkan hanya 6 peratus pendapatannya didakwa diagihkan kepada pekerja.

Ini berlaku, menurut NGO Melayu itu, walaupun secara statistik, jumlah hasil jualan 2014 McDonald's mampu mencecah janaan sejumlah RM1.8 bilion.

“Di manakah pula 94 peratus yang lain disalurkan?” soal Ketua Pegawai Eksekutif MTEN Nizam Mahshar (kanan).

Setelah menjadi sasaran kemarahan orang ramai, Pengarah Pengurusan McDonald's Malaysia Stephen Chew merayu supaya kakitangannya berhenti diganggu kerana kemarahan terhadap perang Israel-Hamas tidak boleh disalurkan kepada rakyat tempatan.

Menceritakan amalan kekeluargaan 12,000 kakitangannya di seluruh Malaysia, Chew juga mengeluh bagaimana mereka diganggu, termasuk melalui demonstrasi di restoran, gangguan melalui telefon dan secara fizikal.

Malah, jelas Chew, terhadap juga kes sehingga menyebabkan kakitangannya takut pulang berhari raya kerana bimbang diganggu, dihina secara terbuka dan disisihkan di masjid.

Kesal keganasan pemboikot

Dalam kenyataannya hari ini, Nizam juga kesal terhadap "keganasan" yang dilakukan pemboikot terhadap kakitangan restoran McDonald’s kerana ia seharusnya menjadi protes aman.

Apakah KHUSYUK Dalam SOLAT? - Ustaz Azhar Idrus

Jamak Maghrib Dengan Isyak - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Perniagaan Cyber Cafe - Ustaz Azhar Idrus

Dulu Suka Curi Selipar, Macamana Nak Pulang Balik? - UAI

Saari Sungip : Satu Tindakan Luar Biasa

Oleh Abu Hassan Adam
Orang putih kata,’ a friend in need is a friend indeed’. Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan ‘menentang arus’ ketika partinya sedang ‘berkira-kira’ untuk membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun ‘meninggalkan’ sahabat lama yang sedang ‘nazak’. Tindakan YB Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.

Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan ‘persahabatan’ yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah merupakan ‘perkara kecil’ berbanding dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998.
“I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it” (Malaysiakini 12 Ogos 2014)
Dan perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan ‘kehidupan baru’ bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat.
Kini nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula ‘goyang’ dengan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB’ bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini’

Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Oleh Mohd Sayuti Omar
Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.


 
 
Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Lim Guan Engan tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Surat panjang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim - Foto Bernama 
Salam Datuk Seri,

Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.
Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri.
Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan?
Atau
Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar?
Kedua-dua objektif itu berbeza.
Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR.
Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP.
Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang.
Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR. Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini.
Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.
Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR.
Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.
Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini.
Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin.
Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid. Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor.

MAS dalam program ‘bellyup dan bailout raksasa’

Dr.Dzulkefly Ahmad
 
Akhirnya apa yang diwar-warkan sedikit waktu dulu tentang MAS akan berlaku. Satu proses pemiliknegaraan atau 'Renationalisation' sebelum dilakukan penstrukturan semula dalam satu tindakan penyelamatan atau “Bailout” yang raksasa. Pemilik utamanya Khazanah Nasional Berhad yang memegang 69% sahamnya, tekad membuat tawaran awam di Bursa Saham bagi membeli selebihnya saham MAS iaitu 31% itu pada harga 27 sen sesaham berjumlah RM1.4 bilion. Harga pasaran kini, dengan nilai aset semasa, dikatakan dalam anggaran 25 sen sesaham. Dengan itu Khazanah bersedia membawa MAS keluar Bursa dan kembali sebagai entiti yang dimiliknegerakan kembali. Tawaran ini dianggap baik bagi pelabur jangka pendek yang sempat membeli sahamnya selepas tragedi MH370 pada harga 15 sen. Bagi ‘stakeholders’ atau pelabur ‘jangka panjang’ mereka mengalami kerugian besar pastinya. Harga saham MAS pernah mencecah RM8 sesaham sebelum penswastaan 20 tahun lalu. Gurauannya, anda perlu 7 saham MAS untuk membayar secawan nescafe tarik. Setelah diswastakan MAS (nyahsenarai), Khazanah berdepan dengan tuntutan kos operasi yang tinggi untuk terus mengurus operasi harian MAS. Khazanah pastinya perlu menyuntik dana baru untuk meneruskan khidmat MAS sebelum langkah 'penstrukturan' dapat dijayakan. Seperkara yang tidak dapat dielakkan selepas ini adalah tentang kos pinjaman. Pastinya juga Khazanah memerlukan 'rakan baru' bukan saja untuk membayar hutang MAS berjumlah RM10 bilion kepada bank tempatan dan RM2.5 bilion dalam bentuk sukuk kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Di samping itu MAS menjalankan tiga kali suntikan dana sama ada daripada ‘stakeholders’ utamanya iaitu Khazanah atau menerbitkan ‘right issue’ sekali gus mengurangkan ‘earning per share’ setiap pemegang saham MAS ini. Sejumlah RM7.25 bilion dijana dalam 7 tahun lalu, dalam pelbagai langkah penjanaan dana ini, terakhir pada Mei tahun lalu (RM3.25 bilion). Sangat parah kedudukan kewangan MAS. Siapa bakal jadi rakan strategik MAS masih tanda tanya. Tidak mudah mencari rakan yang benar-benar memilikki kekuatan sinergi; keupayaan dana, kepakaran teknikal dan strategi bisnes serta pengalaman dan cakupan pengaruh yang luas dan berkesan. Ini adalah antara faktor kritikal kejayaan bagi program pemulihan MAS yang pernah menggondol pelbagai anugerah dan pingat kecemerlangan pekhidmatan antarabangsa. Yang pastinya kreditor yang mahu menagih hutang daripada MAS berdepan hakikat mereka akan diminta mengambil "hair-cut" atau diskaun besar yang terpaksa diberikan kreditor

Hutang MB Selangor: Soalan kepada Azrul Azwar – Mohamed Hadi al-Majwi

Pertama sekali saya bukanlah berminat untuk mengulas krisis Menteri Besar (MB) Selangor dalam ruangan ini. Apa yang ingin saya utarakan ini ialah isu sampingan, tetapi isu ini tidak kurang pentingnya kerana menjadi salah satu sebab tercetusnya kemelut MB Selangor. Isunya adalah mengenai hutang Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap Bank Islam yang didakwa diselesaikan di luar mahkamah dengan penuh keraguan. Saya berkesempatan membaca laporan bertulis yang disediakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) setebal 91 muka surat yang memuatkan dakwaan kes Bank Islam ini. Saya juga sempat mendengar penjelasan pegawai di pejabat MB Selangor iaitu Azrul Azwar Mohd Tajuddin yang diutarakan sewaktu penerangan beliau dalam forum Krisis Selangor: Khalid Belot Pakatan? pada 9 Ogos 2014 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor. Terdahulu sebelum ini, ringkasan penjelasan Azrul disebarkan di laman-laman sosial dan ringkasan itu didakwa ditulis seorang lagi pegawai di pejabat MB Selangor. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkan penulisan ini kerana saya ingin mendengar sendiri apa yang dikatakan Azrul. Saya khuatir kalau-kalau pegawai MB Selangor yang seorang lagi tersalah faham ketika menyalin semula transkrip penjelasan Azrul. Saya berjaya juga melihat rakaman tersebut yang baru dimuatnaik di lama Youtube pada hari ini. Ternyata, apa yang disebut Azrul adalah sama dengan ringkasan penjelasan yang disalin semula. Lalu apa pula persoalannya? Setelah saya mendengar video penjelasan Azrul, saya menjadi lebih keliru dengan alasan yang diberikan, Pertama sekali penjelasan Azrul sama sekali tidak menjawab persoalan pokok yang sebenar tetapi menimbulkan pula keraguan-keraguan lain yang pelik dan menghairankan. Azrul mengatakan Bank Islamlah yang mula-mula menawarkan penyelesaian luar mahkamah kepada Khalid. Apa masalah jika Bank Islam yang mula-mula menawarkan penyelesaian luar mahkamah? Ini bukanlah satu isu pun kerana Bank Islam memang terdedah dengan risiko reputasi jika perbicaraan ini berlangsung sehingga peringkat rayuan mahkamah yang terakhir. Apa yang penting di sini ialah hutang Khalid memang diakui. Jadi memang benarlah beliau berhutang. Cerita hutang ini sampai ke peringkat yang pelik apabila Azrul menyebut perihal sebuah insitusi kewangan Islam dari Timur Tengah (Tidak disebut nama, tetapi di dalam

‎Ke mana arah Pakatan Rakyat, soal Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.  
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 Ogos, 2014.

Krisis kepimpinan di Selangor memusnahkan impian rakyat Malaysia yang diperjuangkan Pakatan Rakyat (PR) sejak memenangi negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) 6 tahun lalu, kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.
Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya di Kuala Lumpur hari ini berkata, lebih teruk lagi apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya bergantung kepada kekuatan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin BN akan tetap menyokong beliau terus berkuasa.
"Tidak dapat dibayangkan Khalid sanggup mendakwa kerajaan Selangor bukan kerajaan PR," kata Lim dalam kenyataannya.

"Adakah 4 anggota Exco PAS akan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) jika tidak menyertai PR dalam Pilihan Raya 2013?" soalnya. Khalid semalam memecat 5 anggota Exco daripada DAP dan PKR, sebaliknya memilih untuk mengekalkan 4 Exco PAS.
Pemimpin DAP dan PKR secara terbuka menggesa Khalid melepaskan jawatannya bagi menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Rakyat pilih kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerajaan Khalid Ibrahim”

SHAH ALAM, 13 OGOS: Rakyat Selangor memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri ini sebagai satu pasukan, bukannya atas kapasiti individu kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dan Kemiskinan V Ganabatirau.
Beliau berkata, tindakan Menteri Besar yang disingkir PKR Tan Sri Khalid Ibrahim memecat lima orang Exco DAP dan PKR serta mengosongkan pejabat adalah tidak sah dan tidak mengikut prosedur undang-undang.
“Kami bekerja mewakili rakyat kerana dipilih oleh rakyat. Kerajaan Selangor adalah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.
“Rakyat memilih Pakatan Rakyat (PR) bukan kerajaan Khalid,” tegasnya ketika dihubungi Roketkini
Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, berkata pemecatan yang dibuat Khalid bercanggah dengan Seksyen 53(2)(b) Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Pemecatan itu katanya, tidak efektif kerana belum mendapat perkenan Sultan Selangor dan Khalid jelas tidak melalui proses berkenaan.
“Beliau sehari suntuk berada di pejabatnya dan kami menerima surat pemecatan pada lewat petang semalam (kelmarin). Bila beliau berjumpa Sultan?

Khalid Ibrahim hina sistem demokrasi negara


dun sel


KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Sekumpulan penggerak masyarakat sivil hari ini menggesa Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletakkan jawatan dengan segera kerana telah menghina sistem demokrasi negara.
“Dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 tahun lalu, pengundi Selangor telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
“Selangor tidak mengamalkan demokrasi presiden, jadi Khalid tidak mempunyai mandat peribadi, bukan saja untuk kekal memegang kuasa, tetapi mengumumkan pemecatan enam Exco DAP dan PKR yang secara langsung mengecam demokrasi serta mengkhianati pengundi.
“Berdasarkan Perkara 53 (6) Perlembagaan Negeri Selangor, Khalid juga telah menghina dan merampas kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor apabila mengumumkan pemecatan Exco,” kata 11 NGO itu dalam satu kenyataan bersama, hari ini.
NGO terbabit juga menyifatkan kenyataan Exco PAS Sallehan Mukhyi yang menyatakan partinya menyokong Khalid secara bersendirian dan bukannya bersama Umno sebagai cacat.
“Kerajaan yang hanya disokong oleh 16 ahli tidak boleh memegang tampuk pemerintahan, ini jelas amat mengelirukan.
“Semua parti termasuk Istana, PR, PAS dan Khalid seharusnya bertindak mengikut Perlembagaan Negeri Selangor, kebiasaan demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan untuk menamatkan krisis ini sekaligus memulihkan kerajaan yang sah,” tegasnya.

Kumpulan NGO tampil tuntut Khalid undur


Sekumpulan NGO hari ini tampil menuntut pengunduran segera Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, yang kini tidak berparti setelah dipecat PKR.

“Setiap ketua kerajaan yang hilang keyakinan partinya patut berundur dengan baik. Khalid patut letak jawatan secara terhormat,” kata NGO itu dalam kenyataan hari ini.

“Khalid tidak mempunyai mandat langsung dan mandat peribadi kerana Selangor bukan negara demokrasi berpresiden.”

Bagaimanapun, kata mereka, Khalid bukan sahaja terus berpaut pada kuasa, tetapi turut memecat exco daripada PKR dan DAP, tindakan yang dianggap mengkhianati demokrasi dan pengundi.

NGO terlibat adalah Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Khalid akan saman jika PKR tak mohon maaf

Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan surat tuntutan kepada Datuk Saifuddin Nasution bagi memaksa setiausaha agung PKR itu memohon maaf dan menarik balik satu laporan yang memburuk-burukkannya.

Surat sepanjang 13 halaman itu dihantar melalui peguam Khalid dari firma Bon Advocates pada Isnin malam dan salinannya disaksikan oleh Malaysiakini hari ini.

Khalid menuntut Saifuddin menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf agar beliau tidak memulakan tindakan undang-undang.

Khalid dipecat daripada parti itu pada hari Sabtu lalu kerana enggan meletak jawatan sebagai menteri besar.

Laporan PKR itu antara lainnya membangkitkan kes hutangnya dengan Bank Islam, penstrukturan semula industri air Selangor, projek lebuh raya Kidex dan kutipan sampah di negeri itu.

Ia turut mempromosi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan kedudukannya sebagai menteri besar.

Salinan laporan tersebut dihantar kepada pemimpin Pakatan termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presisen PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Selangor: BN jangan harap kerajaan campuran

MENYUSULI pemecatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan perkenan Sultan Selangor untuk dia meneruskan tugas sebagai menteri besar, ramai orang atas pagar berharap akan wujud kerajaan campuran Pas - BN di negeri itu.
Ini diimpikan dengan masuknya Khalid sebagai ahli Pas, apa yang dia sendiri kata sedang diberi pertimbangan dan akan membuat keputusan selepas membersihkan diri daripada tohmahan bekas partinya.
Penyokong Pas yang mula muak dengan kongkalikong politik Anwar Ibrahim dan perlahan-lahan sedang meneutralkan diri, pun juga menaruh harapan serupa.
Konflik MB Selangor yang tercetus daripada idea Anwar mahu isterinya menggantikan Khalid menyebabkan Anwar dan PKR hilang legitimasi untuk memperjuangkan isu-isu lain yang lebih penting. Anwar kini dilihat seorang pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.
Mengenai kerajaan campuran, jangan terlalu berharap!
Ia boleh diimpikan tetapi realiti politik tidak semudah itu untuk Pas menerima BN sebagai rakan kongsi membentuk Kerajaan Selangor yang baharu.
Mursyidul Am Pas sendiri adalah penghalang No 1. Lihat kenyataan-kenyataannya selama ini yang begitu mendalam dendamnya kepada Umno selepas parti itu ditendang keluar BN pada 1978. Dan kita pun sedia tahu bagaimana patuhnya pemimpin dan ahli Pas kepada Tok Guru Nik Aziz.
Justeru, apa yang paling hampir akan berlaku ialah 12 Adun Umno - BN Selangor hanya menyokong Khalid terus memegang jawatan MB jika berlaku usul undi tidak percaya terhadapnya dalam sidang Dun akan datang, yang dijadualkan pada November.
Kerajaan campuran, merujuk pada kes di Selangor adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan dengan gabungan anggota Exco daripada Pas dan BN.
Soalnya, apakah Pas atau Khalid begitu terdesak serta tidak mempunyai pilihan untuk melantik barisan anggota Exco yang baharu?

Harimau tua
Harus diingat bahawa Pas pada masa ini pun, tanpa Khalid mempunyai 15 anggota Dun. Dan saya juga percaya, akan ada seorang, dua atau tiga Adun PKR sekurang-kurangnya yang akan mengikut jejak Khalid meninggalkan PKR. Pada masa ini pun sudah terbayang wajah mereka di ruang minda saya namun tidak manislah untuk saya menyebut namanya!
Dalam kenyataannya kelmarin, Muhyiddin Yassin pun sekadar berkata bahawa 12 Adun Umno - BN hanya akan menyokong Khalid terus sebagai menteri besar. Siapa juga pun tahu bahawa itu yang paling mampu boleh dilakukan oleh BN untuk memastikan projek Langat 2 dapat direalisasikan.
Ada juga pandangan dari dalam Umno sendiri, adalah lebih baik untuk pemimpinnya sekadar diam, jangan membuat sebarang kenyataan kerana berdasarkan sejarah silam, sebarang kenyataan sangka baik Umno terhadap pakatan - seperti cadangan
Kerajaan Perpaduan - akhirnya akan balik menikam. Umno dituduh terhegeh-hegeh minta bergabung kerana tidak mampu lagi bertahan!
Justeru, saya terfikir ada baiknya bagi Umno untuk sekadar tunggu dan lihat hingga hingga sampai masa sidang Dun pada November. Pada masa itu, sokonglah untuk Khalid kekal jika benar mahu menyokong.
Apa pun, kenyataan Muhyiddin itu tidaklah sampai menjejaskan. Namun lebih elok berjaga-jaga. Mana tahu kalau-kalau pemimpin Pas nanti ambil langkah buat pusingan U. Bukan tidak biasa!
Apa pun, Umno janganlah bermimpi lebih daripada itu. Analogi saya, kedudukan Umno di Selangor pada masa ini tidak lebih seperti harimau tua. Walaupun lembu gemuk sudah di depan mata, lauk yang paling lazat itu hanya sekadar boleh dilihat, paling lebih dijilat sahaja kerana taringnya sudah tiada.
Pada pandangan saya, tiada pemimpin dalam barisan atas Umno Selangor sekarang yang diyakini rakyat seperti Khalid. Justeru, Khalid janganlah diganggu ataupun diberi sokongan yang tidak ikhlas untuk dia dimangsakan pula pada masa akan datang, selepas jadi mangsa politik PKR.
Lagi pun, Khalid asalnya daripada dalam mangkuk Umno juga, gayanya kurang lebih seperti Umno. sebab itu pada pilihan raya kecil Ijok yang pertama kali dia bertanding pada 2007, dia pernah tersasul meminta penyokongnya mengundi BN. Dia sertai PKR, pun kerana kecewa dengan permainan politik dalaman Umno yang menyaksikan seorang tokoh ekonomi negara sepertinya, tewas di tangan ahli politik kampung dalam perebutan jawatan ketua cawangan di Kuala Selangor.

Khalid disaran wujud konsesus Selangor

kemelut politik
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disaran mewujudkan Konsensus Selangor yang baharu berbanding memilih untuk menganggotai mana-mana parti politik, demikian menurut seorang penganalisis politik.
  
Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata dalam menghadapi kemelut isu pertukaran Menteri Besar ketika ini, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi mendapatkan majoriti Yang Berhormat (YB) untuk menyokongnya.
  
"Abdul Khalid sepatutnya mewujudkan satu Konsensus Selangor yang baharu dengan menjadikan Pas sebagai teras kerajaannya sementara Umno sebagai kuasa tambahan selain memujuk beberapa lagi YB untuk turut serta dalam konsensus politiknya.
  
"Lebih baik beliau tidak menyertai mana-mana parti sama ada Pas mahu pun Umno, tetapi bertindak mendapatkan sokongan YB atas kapasiti kepercayaan terhadap beliau sebagai individu yang masih boleh bekerja," katanya kepada Bernama.
  
Abdul Khalid, pada Sabtu lepas dipecat oleh PKR kerana enggan mematuhi arahan parti untuk meletak jawatan dan memberi laluan kepada Presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Namun, Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar setelah mendapat perkenan Sulan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin.
  
Menyifatkan jika Abdul Khalid berjaya mendapatkan konsensus itu sebagai satu platform baharu politik Selangor, Md Shukri berkata: "Demi kepentingan rakyat, Abdul Khalid perlu mengetuai kerajaan gabungan antara parti di Selangor yang melibatkan Umno, Pas dan juga YB bebas untuk membina kestabilan negeri itu.

Hadir mesyuarat exco kerana amanah rakyat - Sallehen

SHAH ALAM: Exco daripada PAS, Ustaz Sallehen Mukhyi menolak kononnya parti itu tidak lagi menghiraukan Pakatan Rakyat apabila keempat-empat exconya hadir dalam mesyuarat minggu bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi tadi.

Menurutnya, tidak sepatutnya timbul soal muafakat dalam hal itu kerana apa yang dilakukan adalah berdasarkan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat.

Sebaliknya, kata Adun Sabak itu, segala persoalan berkaitan hubungan antara komponen Pakatan Rakyat adalah urusan pimpinan pusat.

"Soal muafakat ini kita serah kepada pimpinan pusat, saya tiada komen.

"Kerja saya adalah meneruskan arahan daripada PAS Pusat sendiri sehingga 17 haribulan ini. Kalau ada apa-apa keputusan baharu, akan dibuat pada hari itu," ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri.

Tiga exco lain yang turut hadir ialah Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam).

Pas Mula Tunjuk Kuasa!!


Walaupun tindakan Pas dalam kemelut politik Selangor terus mengeliru dan membingungkan banyak pihak, hakikatnya parti itu sedang mengambil langkah berhati-hati dalam tindakan yang bakal diambilnya. Kadang-kadang ia juga dilihat seperti mahu menunjuk kuasa yang ada padanya. Dan sementara itu, semua pihak kena bersabar dan bertenang sehingga tarikh 17 Ogos depan di mana Pas akan bermesyuarat dan akan menentukan pendiriannya.

Dalam tempoh sehingga 17 Ogos, Pas akan terus dilobi, dipujuk, dirayu dan diyakinkan agar membuat sesuatu keputusan yang memihak kepada mereka yang berkepentingan itu.

Sejak Khalid memecat enam Exco daripada PKR dan DAP, empat ahli Exco yang lain yang terdiri daripada Pas telah dirayu agar menunjukkan solidariti dengan tidak menghadiri mesyuarat Exco pada hari ini. Kes yang berlaku di Perak pada 2009 di mana semua ahli Exco bersatu mempertahankan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar ditimbulkan kembali untuk memperingatkan Pas.

Pas bagaimanapun tidak memperdulikan cadangan solidariti itu, sebaliknya terus hadir dalam mesyuarat Exco dan kemudian bergambar saling menjulang tangan bersama Khalid Ibrahim. Tentunya momen itu tambah menyakitkan hati PKR dan DAP kerana Pas dianggap sudah tidak lagi sehati sejiwa dan selenggang sehayun dengan rakan-rakannya dalam PR.

Di ketika yang sama, segera tersebar desas-desus bahawa Khalid juga bakal melantik tiga Exco daripada UMNO untuk mengukuhkan lagi kerajaannya yang sehingga ini hanya berdiri atas perkenan Sultan Selangor semata-mata. Dari segi majoriti, moral politik dan hukum akal sekali pun, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid sebenarnya sudah pun berakhir.

Ini kerana Khalid hanya mendapat sokongan yang pasti daripada 12 ADUN UMNO saja. 13 ADUN PKR dan 15 ADUN DAP sudah hilang kepercayaan terhadapnya. Pendirian ADUN Pas pula hanya akan diketahui pada 17 Ogos nanti. Pendirian Pas yang dipegang Khalid sebagai memihak kepadanya adalah pendirian lama ketika beliau masih ahli PKR sedangkan kini sudah menjadi ADUN Bebas.

Secara sahnya, hanya 12 ADUN saja yang menyokong Khalid ketika ini.

Dari segi pentadbiran pula, hanya empat Exco saja lagi bersamanya. Itu pun sehingga 17 Ogos depan saja. Jika pada tarikh itu, Pas membuat keputusan terus bersamanya, kekallah empat Exco itu bersamanya tetapi jika sebaliknya, Khalid tidak mempunyai Exco lagi bersamanya.

PAS tidak akan tuntut jawatan kosong exco



Post Pic
SHAH ALAM: PAS tidak akan menuntut ADUN PAS dilantik untuk mengisi enam kekosongan kerusi exco Selangor, kata Pesuruhjaya PAS negeri itu, Iskandar Abdul Samad.
 
"PAS tidak akan menuntut ADUN-ADUN PAS dilantik sebagai exco," ujarnya melalui aplikasi WhatApps kepada Antarapos.
 
Semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memecat enam exco yang mewakili DAP dan PKR kerana didakwa cuba 'mengurangkan kecekapan' badan tertinggi itu.
 
Tindakan itu diambil setelah tiga exco masing-masing DAP dan PKR mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menganggap Khalid sebagai menteri besar “peralihan” sementara menunggu perlantikan calon baru Pakatan Rakyat untuk  mengisi jawatan itu.
 
Mereka juga bertekad untuk tidak berjumpa dengan Khalid kecuali pada mesyuarat rasmi exco “untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing.”
 
Iskandar dalam pada itu menegaskan kesemua empat exco PAS yang ada akan meletakkan jawatan jika Khalid bertindak melantik ADUN Umno untuk mengisi kekosongan tersebut.
 
"Kami akan keluar dari kerajaan jika ADUN Umno dilantik sebagai exco.
 
"PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat. PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.
 

Khalid Samad - PAS beri MB cukup masa gantung sendiri

MP Shah Alam mahu PAS perbetulkan keadaan di S'gor

Sokong MB S'gor: Khalid Samad ucap tahniah kepada TPM

PAS tak perlu beri jawapan segera kepada PKR-DAP, tunggu 17 Ogos - Azman Shapawi

Post Pic
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan sesekali tunduk kepada desakan daripada mana-mana pihak termasuk PKR-DAP berhubung arah tujunya dalam pergolakan politik di Selangor sambil menegaskan pendirian parti itu akan diketahui pada 17 Ogos ini.
Menurut bekas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani, pucuk kepimpinan parti perlu bertenang kerana bukan satu keperluan untuk memenuhi desakan komponen Pakatan Rakyat itu.
 
Ini kerana tegas beliau, keputusan yang bakal diputuskan nanti akan menentukan arah perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
"Sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman seperti PAS ini, saya rasa PAS tidak perlu rasa tertekanlah dengan tekanan dari DAP atau PKR untuk membuat satu jawapan segera.
 
"Sebab kita perlu satu jawapan yang betul-betul konkrit selepas dibincang dan dibahaskan dalam mesyuarat yang penuh dalam mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini," katanya kepada Antarapos.
 
Justeru kata Azman Shapawi, parti tidak perlu melayan desakan PKR-DAP.
 
"Saya rasa PAS tidak perlu jawab dengan segera sebab kita perlu kepada keputusan yang penuh pada 17 Ogos ini dan memang keputusan awalnya Syura Ulama untuk mengekalkan Tan Sri Khalid.
 
"Keputusan itu sebenarnya kita dah buat awal dah Syura Ulama punya pandangan, belum lagi ada tekanan daripada DAP pada masa itu," katanya mengulas desakan terbaru daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
 

PAS bukan parti hingusan - Nasrudin

Jangan sesekali mengugut dan beri kata dua kepada PAS

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menyatakan pendiriannya supaya tidak mewujudkan pertembungan dengan pihak istana berhubung dengan isu perlantikan Menteri Besar dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh institusi Raja.
Menurutnya, ini juga adalah konsensus PR dan beliau menegaskan tiada pembentukan kerajaan dengan Umno akan berlaku kerana ia mengkhianati semangat pemuafakatan PR.
nasrudinhassan“Sementara itu, PAS juga mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti.
“Jangan sesekali mengugut dan beri kata dua kepada PAS. PAS bukan parti hingusan di persada politik tanah air yang mudah untuk dibuli sedemikian rupa,” katanya.
Tambahnya lagi, PAS mesti memberikan sepenuh komitmen untuk menjaga kerajaan negeri sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat.
“Jangan porak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dengan elemen sabotaj dan lainnya.
“Saya mendoakan agar keadaan kembali pulih dan PR kembali berjuang dengan cara yang betul. Polemik yang sedang berlaku di Selangor menjadi ujian besar kepada PR,” ujarnya.

Nasrudin: Jangan ugut PAS, tunggu 17 Ogos

MP Temerloh, Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan hari ini menggesa agar paksaan dan sikap memberi kata dua selepas membuat keputusan sebelah pihak dijauhi dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sikap demikian boleh menyebabkan "sesuatu pakatan itu terjejas malah retak dan pecah apabila tiada lagi persefahaman dan persepakatan".

"Kalau nak berpakat janganlah memaksa. Amalkan mesyuarat bersama sebelum buat keputusan.

"Sikap bagi kata dua adalah suatu budaya peras ugut politik yang sangat kotor. Manakan tidak, setelah membuat keputusan lalu mengugut supaya dipatuhi keputusan tersebut sedang ia tidak dimusyawarah terlebih dahulu," katanya.

Walapun tidak merujuk kepada sesiapa secara langsung, kenyataan itu dibuat selepas Naib Presiden PKR, N surendran pagi tadi menggesa PAS agar membuat keputusan berkenaan krisis di Selangor dengan segera.

Surendran berkata PAS tidak perlu menunggu sehingga mesyuarat AJK Pas Pusat pada 17 Ogos ini untuk membuat keputusan.

"Sementara PAS mengamati senario ini sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos 2014 nanti, usahlah mengugut dan beri kata dua kepada PAS.

"PAS bukan parti hingusan di persada politik tanahair untuk dibuli sedemikian rupa," kata Nasrudin menerusi laman Facebook beliau.

‎Istana hantar notis pemecatan rasmi exco DAP, PKR

Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan menerima notis penamatan tugas mereka daripada pihak istana hari ini. Exco DAP, V Ganabatirau yang dipecat bersama 4 anggota Exco semalam ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan perkara itu. "Pejabat saya sudah menerima surat penamatan tugas sebagai Exco secara rasmi daripada istana," katanya kepada The Malaysian Insider di Shah Alam hari ini.  Wakil istana itu dipercayai menyerahkan surat penamatan tugas kepada semua anggota Exco yang terlibat. Kesemua mereka yang dipecat juga dipercayai menerima notis berkenaan, kecuali Elizabeth Wong, kerana pejabatnya berkunci. Ganabatirau juga dipercayai mula mengemas untuk mengosongkan pejabatnya. Menteri besar Selangor itu semalam memecat serta merta 6 exco DAP dan PKR; Datuk Teng Chang Kim (Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan), Rodziah Ismail (Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita), Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram), Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar), Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) dan Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin). Khalid bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau memberikan peluang kepada Rodziah sekiranya terus menyokongnya sebagai ketua eksekutif negeri. Khalid berkata, beliau masih menganggap Rodziah sebagai Exco yang sah dan akan menunggu pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu selepas beliau pulang daripada luar negara. "Saya hendak tunggu beliau kembali dan akan buat keputusan. Jika beliau bersetuju bekerjasama dengan ahli Exco yang ada

Portfolio lima Exco dipecat diputus esok kata Khalid

kemelut politik
SHAH ALAM - Portfolio lima Exco PKR dan DAP yang kosong ekoran pemecatan mereka semalam akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTEN) esok, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun ujar Abdul Khalid, kesemua portfolio yang dikosongkan itu akan digalas oleh keempat-empat Exco Pas sedia ada menerusi satu jawatankuasa khas yang bakal dibentuk nanti.

"Portfolio itu kita akan bincangkan dengan Exco sedia ada (Pas).

"Ada cadangan supaya satu mesyuarat bersama dibentuk supaya pengurusan kerajaan negeri dapat dibuat dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor, di sini, hari ini.

Lima portfolio menjadi kosong apabila Abdul Khalid semalam memecat tiga Exco wakil daripada DAP dan dua wakil PKR. Mereka ialah Datuk Teng Chang Khim, V.Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong Keat Ping serta Dr Daroyah Alwi.

MP: PAS sudah beri masa pada Khalid

MP PAS Khalid Samad berkata parti itu sudah memberi masa secukupnya untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

Katanya, sebelum ini timbul persoalan mengenai sebab Khalid Ibrahim perlu dipecat dari jawatan menteri besar.

Namun, tindakan terbaru Khalid Ibrahim menyebabkan penyokong dalam parti dan pengundi di Selangor sendiri kehairanan, kata Khalid Samad.

“Beliau tidak setia pada Pakatan Rakyat dan apabila (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) menyokongnya tanpa belah bagi, menyebabkan timbul lebih banyak tanda tanya.

“Jadi, walau (PKR dan DAP) marah dan cuba menekan PAS agar membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan yang berlaku kini akan membantu kami membuat keputusan yang betul,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau memohon maaf kerana Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bertemu pada 17 Ogos untuk membincangkan krisis pentadbiran Selangor.

Kemelut Selangor: Jangan terpedaya laporan Harakah palsu

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan laporan dan berita yang menggunakan nama Harakah berhubung kemelut yang melanda negeri Selangor kini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menjadi mangsa laporan palsu itu kononnya beliau telah menerima borang permohonan keahlian parti daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Contoh laporan guna nama Harakah yang tidak betul itu ialah kononnya saya telah menerima borang permohonan menjadi ahli PAS daripada Tan Sri Khalid. Ini memang tidak betul dan sangat mengelirukan orang ramai," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Menurutnya, ekoran tersebarnya laporan Harakah palsu itu melalui media sosial, beliau telah dihubungi oleh pihak media untuk mengulas berita yang tidak betul itu.
"Saya tegaskan di sini bahawa laporan berkenaan bukan daripada Harakah, adalah tidak benar sama sekali yang menggunakan nama Harakah termasuk berita-berita kononnya daripada pemimpin tertinggi PAS yang lain," tegasnya yang juga Pengerusi Harakah.
Justeru, beliau mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS agar berwaspada dan tidak perpengaruh dengan laporan palsu yang mengelirukan itu.

'Exco akan bincang kedudukan penasihat ekonomi S'gor kata Khalid

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor akan ditentukan selepas beliau berbincang dengan empat Exco PAS.

Beliau, ketika ditanya soalan tersebut, kelihatan tenang dan tersenyum.

"Itu akan dibincangkan oleh Exco," kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor bergaji RM1 pada 2010 sebagai salah satu penambahbaikan kepada pengurusan negeri.


Istana tolak Wan Azizah, PKR cuba nasib sekali lagi - Sumber

Istana tolak Wan Azizah, PKR cuba nasib sekali lagi - SumberKUALA LUMPUR: Selepas gagal cubaan pertama menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, PKR mencuba nasib sekali lagi, tetapi kali ini dengan surat yang ditulis dan ditandatangani sendiri Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Surat permohonan menghadap terdahulu yang ditulis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak pihak istana atas alasan tidak mengikut prosedur.

Menurut sumber dalaman PKR, surat terbaharu akan dihantar dalam masa terdekat dan diharap mendapat reaksi positif daripada pihak Istana Selangor.

"Hari ini, PKR akan tulis surat sekali lagi kepada istana. Surat yang sama, tetapi kali ini Wan Azizah yang tandatangan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Selasa memaklumkan dalam kenyataan media bahawa pihak istana memberi perkenan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar selain tidak menerima permohonan menghadap Wan Azizah dalam surat yang ditulis Anwar.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR.

Ujar sumber itu lagi, surat yang akan dihantar dan ditandatangani Wan Azizah kepada Istana Selangor itu bertujuan sama seperti surat yang dihantar Anwar sebelum ini.

"Kali ini ia ditandatangani Presiden PKR dan dilihat lebih formal untuk dibawa ke peringkat istana.

MB Selangor benar Kongres PKR berlangsung di Shah Alam, blog pro-Umno cuba gagalkan...!!!

Walaupun PKR bertindak memecatnya dari parti, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih membenarkan Kongres Tahunan PKR diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Ia sekali gus menafikan dakwaan di blog pro-Umno yang mendakwa beliau menghalang usaha PKR menempah stadium tersebut untuk mesyuarat pada 22 hingga 24 Ogos ini.

"Kita benarkan untuk adakan konvensyen di stadium (Malawati)," kata Khalid kepada pemberita sewaktu ditemui di Shah Alam.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata parti tersebut masih belum menerima apa-apa maklumat berhubung pembatalan tempahan itu.

"Kita tidak ada menerima apa-apa notis pembatalan (tempahan stadium)," katanya.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang staf pengurusan stadium yang enggan dinamakan.

Menurutnya, pihak stadium tidak pernah menerima apa-apa arahan untuk membatalkan tempahan stadium bagi kongres itu.

Saman Fitnah: Zahid Hamidi minta maaf pada MP DAP

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menarik balik kenyataan fitnah terhadap Utara Tony Pua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menggambarkan anggota parlimen Petaling Jaya itu sebagai penjenayah pada 2011.

Zahid membacakan kenyataan terbuka di mahkamah dan Pua bersetuju menarik balik samannya terhadap Zahid dan akhbar Umno Utusan Malaysia, yang menyiarkan kenyataan itu.

“Saya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat kepada defendan kedua (Utusan) sebagai menghormati plaintif.

“Saya kesal kerana memburukkan reputasi plaintif,” katanya.

Penasihat undang-undang Utusan Shirat Anuar juga membacakan kenyataan yang berkata, ekoran penarikan balik yang dibuat Zahid, defendan kedua dan ketika turut menarik balik artikel itu tanpa syarat.

Pua memmfailkan saman fitnah pada Januari tahun ini dengan menamakan Zahid, ketika itu menteri pertahanan, dan Utusan.

Krisis S'gor: Exco ke mahkamah jika cara politik gagal

MB belum bincang dengan Sultan lantik wakil Umno sebagai exco..!!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau tiada rancangan untuk membuat lantikan baru bagi menggantikan exco DAP dan PKR yang dipecatnya semalam.

Katanya, cadangan melantik exco daripada Umno juga tidak ada buat masa ini.

"Buat masa ini belum buat keputusan, sebenarnya keputusan untuk menambah penyertaan ahli exco perlu mendapat perhatian dan kelulusan sultan.

"Itu tidak ada (cadangan lantik Exco Umno), saya akan berbincang dengan ahli-ahli exco yang bersama saya dan juga saya akan membuat perbincangan dengan DYMM Sultan Selangor.

"Buat masa ini, perkara ini tidak berbangkit," kata beliau, dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor di Shah Alam hari ini.

Khalid hari ini mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dengan kehadiran empat anggota exco PAS

Khalid : S'gor bukan k'jaan Pakatan, 'tak daftar'

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bukanlah kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia gabungan itu bukan badan berdaftar.

Menurut beliau nama itu tidak penting kerana ADUN Selangor terdiri daripada parti berlainan.

"Kita ada nama DAP ada, PAS pun ada dan PKR pun ada, Umno juga ada.

"Kalau kamu ambil perkara itu begitu (merampas kerajaan Pakatan Rakyat sebagai MB bebas), tapi kamu perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu badan yang berdaftar," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Sacked excos ordered to vacate office

MB: Sacked five violated pledge

Khalid: Rodziah boleh kekal jadi exco jika...

Sallehen: I'm still with Pakatan

Krisis MB: PKR, DAP mohon menghadap Sultan

SHAH ALAM - Pimpinan tertinggi PKR dan DAP akan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan tentang pelucutan lima wakil mereka sebagai Exco Selangor semalam.

Bekas Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pemecatan yang dilakukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim semalam tidak sah dan tidak mengikut artikel 53 (2) B Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

PKR: PAS, nyatakan pendirian sekarang juga

PAS tidak perlu menunggu sehingga mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini untuk menyatakan pendirian mereka tentang krisis menteri besar Selangor, tegas Naib Presiden PKR N Surendran.

MP Padang Serai itu berkata parti itu perlu membuat pendirian "sekarang" juga untuk bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Menyifatkannya sebagai "saat-saat genting" untuk PAS, Surendran berkata PKR dan DAP amat berharap agar rakan sekutu mereka "menegakkan pilihan demokratik" bersama dalam menghadapi krisis itu.

"Sebarang pilihan yang dibuat selain ini akan teramat merugikan PAS sebagai sebuah parti politik kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Surendran, impian dan harapan rakyat agar terzahirnya sebuah negara yang bebas daripada rasuah, kronisme dan penindasan BN kini "berada di persimpangan".

"PAS perlu bersama DAP dan PKR sekarang," katanya.

MB: Exco dipecat kerana langgar sumpah setia

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau memutuskan untuk memecat lima orang anggota Exco Selangor kerana melanggar sumpah setia dan aku janji yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah jawatan.

Jelasnya, kenyataan lima orang anggota Exco itu jelas melanggar sumpah taat setia kepada Sultan Selangor dan menteri besar, katanya.

Oleh itu, kesemua Exco itu tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat Exco untuk memantau beliau.

"Kenyataan ini sekaligus bercanggah dengan sepuluh aku janji dan sumpah kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

MB: Rodziah boleh kekal jadi exco jika...

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata exco PKR Rodziah Ismail masih dialu-alukan untuk meneruskan khidmat dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Menteri besar itu berkata beliau masih menunggu ADUN Batu Tiga itu kembali dari luar negara untuk membincangkan perkara itu.

"Tunggu dia (Rodziah) kembali dari luar negara dan kita akan buat keputusan.

"Jika dia pilih untuk bekerjasama, dia akan teruskan (Exco)," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Khalid sebelum ini menjelaskan bahawa beliau masih belum menulis surat kepada Rodziah kerana ADUN PKR itu masih berada di luar negara.

MB: Pemecatan Exco PKR & DAP sah mendapat perkenan Sultan

SHAH ALAM, 13 OGOS : Pemecatan kesemua ahli Exco daripada PKR dan DAP yang berkuatkuasa serta-merta semalam adalah sah dan mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor berkenan untuk membatalkan pelantikan kesemua Exco berkenaan atas nasihat beliau yang dilakukan secara bertulis.
Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga mengadakan mesyuarat secara biasa dengan korum mencukupi iaitu seramai empat orang Exco dan tiga pegawai ex officio terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.
“Tindakan ini mematuhi dasar Undang-undang Tubuh Negeri yang menetapkan sekurang-kurangnya empat anggota Exco untuk mentadbir negeri secara sah.
“Kita berpendapat lima Exco tidak boleh meneruskan tugas mereka setelah mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersama Menteri Besar, hanya menghadiri MMKN dan mematuhi kehendak parti.
“Kenyataan itu bercanggah dengan 10 aku janji dan sumpah setia yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

PAS MASIH DALAM PAKATAN RAKYAT.



PAS akan keluar dari kerajaan jika ADUN UMNO dilantik sebagai Exco.

PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat.

PAS akan menjaga kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Kami masih membawa semangat Pakatan Rakyat dan berpegang kepada prinsip-prinsipnya.

PAS juga tidak akan menuntut ADUN-ADUN PAS dilantik sebagai Exco.

PAS telah membuat satu pengorbanan besar dengan terus berada di dalam kerajaan. Kami lakukan supaya perancangan dan program-program kerajaan dapat diteruskan. Supaya rakyat tidak kerugian akibat dari kemelut ini.

Kami juga mahu memastikan UMNO tidak mengambil kesempatan di dalam keadaan sekarang.

Tetapi kami menghadapi risiko dituduh telah mengkhianati Pakatan Rakyat.
Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor