Selasa, 12 Ogos 2014

Adun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini. "PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada The Malaysian Insider. "Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan. Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka. "Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama. "Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan," katanya. "PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah. "Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya.

Pakatan retak: DAP, PKR sedia hadapi segala kemungkinan

Sidang Media Tergempar:PKR, DAP desak PAS sertai boikot mesyuarat exco

Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB Selangor

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini.

Demikian menurut Setiausaha Khas kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Lewat petang semalam, Abdul Hadi mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel dekat Kuala Ibai di Kuala Terengganu.

Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai berjaya membawa perkembangan positif.

Usaha media mendapatkan kenyataan daripada Abdul Hadi berhubung pertemuan itu bagaimanapun masih tidak berjaya sehingga kini.

- Bernama

PKR, DAP anggap pemecatan tak adil, rayu PAS tak hadir mesyuarat Exco esok

PKR dan DAP dalam mesyuarat kecemasan mereka malam ini mengatakan tindakan memecat 6 Exco parti tersebut tidak adil dan meminta agar 4 Exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok.

PKR dan DAP menyifatkan pemecatan 6 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak adil, serta merayu 4 Exco PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat esok. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan partinya membantah tindakan menteri besar Selangor penggal kedua yang mereka gugurkan keahliannya pada Sabtu. "Kami PKR membantah tindakan tidak beretika ini," kata Anwar pada sidang media bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas-bekas Exco Selangor yang baru dipecat di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini. 

Enam Exco DAP dan PKR tolak pemecatan, jalankan tugas seperti biasa

 Enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengatakan pemecatan mereka tidak sah dan tetap akan menjalankan tugas seperti biasa. Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim menolak pemecatan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut kerana Sultan Selangor sahaja berhak mengambil tindakan sedemikian. "Pelantikan Exco Selangor dibuat oleh Sultan atas nasihat menteri besar.  "Oleh itu, Sultan sahaja boleh tolak kedudukan Exco," kata Teng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sungai Pinang pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.

DAP minta Exco Pas boikot mesyuarat esok

Lim Guan Eng
PETALING JAYA - DAP meminta Pas turut menunjukkan solidariti dalam PR untuk menghalang keempat-empat Exco Selangor Pas daripada menghadiri Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), esok.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

"Kami rasa pemecatan ini tidak beretika dan tak hormati pinsip demokrasi. DAP dan PKR tak boleh terima pemecatan ini.

"Saya minta Mustafa Ali untuk sampaikan mesej kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas dan tunjuk solidariti kepada PR supaya exco Pas juga tak hadir pada mesyuarat exco," katanya kepada pemberita dalam sidang media tergempar di ibu pejabat PKR, hari ini.

Malah menurutnya, pemecatan lebih daripada separuh exco negeri itu boleh dipertikai dari sudut perundangan.

"Pemecatan exco-exco ini berdasarkan keengganan kedua-dua parti untuk menyokong beliau (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sebagai menteri besar.

"Pemecatan ini tak adil dan boleh dipertikai dalam aspek perundangan. Kita tak faham bagaimana menteri besar boleh buat sedemikian," katanya.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan kelima-lima exco yang dipecat.

Gerakan singkir Khalid jadi senjata makan tuan?

KUALA LUMPUR - Gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diterajui pucuk pimpinan PKR dilihat menjadi 'senjata makan tuan' dan berpotensi menghancurkan PR.

Penganalisis politik berkata, krisis MB Selangor itu membawa implikasi kepada PR seluruh negara, kerana ia menunjukkan sikap sebenar pucuk pimpinan dan nilai ketelusan sebuah parti dalam mencapai matlamat yang diinginkan.

Apakah kegagalan PR mencapai persetujuan dalam isu MB Selangor dengan keengganan Pas bersetuju dengan rakan sekutunya bakal menjadi punca kepada perpecahan PR seperti yang berlaku pada Barisan Alternatif pada 2001 kerana bantahan PKR dan DAP dalam isu hudud?

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata, PR tidak lagi layak mengatakan mereka adalah pemerintah Selangor, ekoran tidak boleh mencapai persetujuan dalam pemilihan ketua.

Tambah beliau PKR tersalah langkah dalam permainan mereka, kerana lawan yang dipilih adalah Abdul Khalid, individu berprinsip yang memberi keutamaan kepada rakyat tanpa mengira 'siapa yang sedang bermain atau menggerakkan buah catur' di hadapannya.

"Saya melihat niat utama Abdul Khalid bukan untuk mempertahankan kerusi MB, namun lebih utama beliau menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana tahap ketelusan yang ada di dalam PR, khususnya di dalam PKR," katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Tarmizi menambah kesilapan yang dilakukan adalah memandang rendah kemampuan Abdul Khalid dalam bidang politik memandangkan beliau lebih ke hadapan sebagai tokoh pentabiran dan pengurusan, ekoran latar belakangnya sebagai tokoh korporat.

"Abdul Khalid tak banyak bermain politik. Tapi beliau lebih kepada rakyat. Beliau tak perlu mengharapkan gaji MB kerana sudah tentu tidak setimpal dengan beban kerja. Jika wang ringgit yang menjadi keutamaan lebih baik beliau kekal dengan dunia korporatnya," katanya.

Pendapat sama diutarakan oleh Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Attory Hussain melihat Pas walaupun tidak menyatakan secara terbuka, isu Abdul Khalid menyebabkan parti itu kini berada dalam kedudukan 50-50 dalam pertaliannya dengan PR.

Exco dipecat tetap mahu masuk pejabat esok

 
Kesemua exco PKR dan DAP yang dipecat oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini akan tetap datang kerja esok selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.

Pakar: MB tiada kuasa pecat exco

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai kuasa untuk memecat anggota exco dengan serta-merta, kata profesor undang-undang Gurdial Singh Nijar.

Menurutnya, ini kerana exco memegang jawatan berdasarkan perkenan sultan Selangor seperti termaktub dalam Perkara 53(7) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Pertama, hanya sultan boleh memecat exco. Menteri besar boleh mencadang, tetapi cadangan itu mungkin boleh diterima atau pun ditolak.

"Justeru, pemecatan serta-merta tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Gurdial merujuk kepada pengumuman Khalid hari ini yang beliau memecat enam orang anggota exco dari PKR dan DAP - menyebabkan kerajaan Selangor kini berbaki hanya empat orang exco daripada PAS.

Khalid semalam berkata perlembagaan negeri menetapkan keperluan minimum empat orang exco sahaja untuk memastikan kerajaan negeri kekal.

Namun, tindakannya hari ini menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat bukan lagi kerajaan negeri di Selangor.

PKR, DAP tuntut PAS boikot mesyuarat exco esok

PKR dan DAP menuntut exco PAS memulaukan mesyuarat exco esok ekoran pemecatan enam exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Khalid pula memecat, apa maksudnya?

OLEH SYAHREDZAN JOHAN 

Pada hari Isnin, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadap baginda Sultan Selangor dan mendapat perkenan untuk terus menerajui Selangor. Kemudian pada hari Selasa, Khalid bertindak memecat 6 ahli Exco kerajaan negeri Selangor daripada parti PKR dan DAP. Apakah maksud perkembangan terkini dalam krisis politik Selangor? Perkenan Sultan kepada Khalid adalah tindakan yang tepat berdasarkan undang-undang. Ini kerana, ia masih belum dibuktikan atau ditunjukkan bahawa Khalid kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Selangor. Tidak ada bukti kukuh dipersembahkan kepada Sultan tentang dakwaan bahawa Khalid tidak lagi mendapat sokongan. Pemecatan Khalid adalah satu tindakan dalaman PKR yang tidak membawa kesan secara undang-undang kepada kedudukannya sebagai menteri besar. Beban bukti adalah pada pihak yang ingin menyingkirkan Khalid untuk menunjukkan bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan, bukan sebaliknya. Khalid tidak perlu menunjukkan bahawa beliau masih mendapat sokongan. Menurut perlembagaan negeri Selangor, ahli Exco, selain daripada menteri besar sendiri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Sultan. Ini bermakna, kuasa untuk memecat seseorang ahli Exco terletak pada Sultan, bukan menteri besar. Namun dalam menjalankan tanggungjawab dan kuasanya dalam hal memecat Exco, baginda menurut perlembagaan Selangor harus bertindak mengikut nasihat Exco. Oleh itu, menteri besar menasihati baginda dalam hal pemecatan Exco. Tetapi sekiranya surat pemecatan dikeluarkan oleh Khalid dan bukannya baginda, ia mungkin boleh dipersoalkan keesahannya. Seterusnya, pemecatan Exco PKR dan DAP, sekiranya sah sekalipun, tidak bermakna kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sudah jatuh. Pakatan Rakyat masih mempunyai majoriti kerusi di Selangor. Melainkan PAS bergabung dengan Barisan Nasional dan Khalid dan mana-mana Adun lain untuk membentuk kerajaan Selangor baru, maka Pakatan Rakyat masih berhak menjadi kerajaan di Selangor. Akhir sekali, perkembangan ini menjadikan mesyuarat PAS Pusat menjadi begitu penting dalam merungkai kemelut politik di Selangor.

Adakan pilihan raya negeri jika berani, bekas exco cabar Khalid

Bekas exco Selangor dari DAP V Ganabatirau mencabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berdepan pengundi dengan mengadakan sebuah pilihan raya negeri berbanding mengambil jalan mudah memecat ahli Exco. Ganabatirau berkata beliau bersedia untuk menghadapi pengundi dalam sebuah pilihan raya negeri baru dan bertanya kesediaan Khalid untuk melakukan perkara yang sama. "Pemecatan hari ini bermakna beliau tidak memerlukan PKR dan DAP.‎ "Namun saya cabar beliau mengadakan pilihan raya dan berdepan dengan pengundi untuk mendapat mandat baru.‎ "Pada masa ini, beliau menggambarkan dirinya seolah-olah pemimpin yang bersih, telus dan tiada kaitan dengan kerajaan persekutuan," katanya. ‎ Ahli Exco dari PKR Elizabeth Wong pula terkejut dengan pemecatan itu kerana tidak menerima sebarang notis dan hanya mengetahuinya melalui hebahan media.‎ "Ia agak mengejutkan. Ini pertama kali majoriti Exco dipecat seperti ini.‎ "Perkara ini berlaku walaupun kami memberikan komitmen untuk kekal sebagai Exco dan meneruskan pentadbiran negeri semampu kami," katanya.

Mengejutkan, kata exco dipecat Khalid

Bekas exco Selangor menyuarakan rasa terkejut mereka selepas dipecat serta-merta oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan rata-rata berkata belum melihat surat hitam putih mengenainya.

“Mengejutkan. Kali pertama dalam sejarah apabila kebanyakan kabinet negeri dipecat melalui media.

"Saya tidak terima sebarang notis atau surat berhubung perkara ini,” kata Elizabeth Wong.

Beliau dan dua lagi exco – V Ganabatirau dan Dr Daroyah Alwi – masing-masing berkata belum melihat surat pemecatan masing-masing yang dikatakan telah dihantar.

Khalid hari ini memecat enam exco daripada PKR dan DAP selepas mereka mengeluarkan kenyataan bersama untuk kekal sebagai exco tetapi tidak mahu menemuinya kecuali dalam mesyuarat rasmi exco.

Katanya, lima pucuk surat telah dihantar kepada exco terlibat kecuali Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Senarai exco dipecat

DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan

RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar

DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi

GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin

UG: Kerajaan 'Konsensus Nasional' negeri Selangor

MELIHAT kepada kemelut politik negeri Selangor yang berlarutan lebih setahun sejak PRU13 lalu, saya secara peribadi mencadangkan supaya sebuah kerajaan yang berkonsepkan 'Konsensus Nasional' dibentuk di negeri Selangor.

Konsep pembentukan kerajaan berasaskan 'Konsensus Nasional' pernah diuar-uarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah pernah juga disuarakan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan istilah 'Rekonsilasi Nasional'. Perkara ini juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan untuk mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas asas kepentingan (maslahah) rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti.

Semangat 'Konsensus Nasional' ini perlu dihidupkan semula demi mengelakkan kemelut politik negeri Selangor yang berpanjangan sehingga turut boleh menjejaskan rakyat Selangor dan negara Malaysia secara keseluruhannya.

Kemelut politik di negeri Selangor sepatutnya tidak timbul sekiranya pimpinan-pimpinan mengambil sikap mendahulukan kepentingan rakyat seperti penyelesaian krisis air yang merupakan keperluan asasi manusia, pembasmian salah guna kuasa, penurunan kos hidup rakyat, penyediaan rumah mampu milik, penambahbaikan infrastruktur, memerangi jenayah, pencegahan demam denggi dan lain-lain lagi isu berkaitan kepentingan rakyat.

Malangnya terdapat segelintir pimpinan-pimpinan politik lebih suka berpolemik dan berpolitik demi mengutamakan kepentingan individu dan parti.

Kemelut politik ini menyebabkan sebahagian besar rakyat negeri Selangor mulai bosan, malah meluat dengan karenah pimpinan-pimpinan politik. Sepatutnya kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dan kemudian diperkenankan oleh Duli Yang Mulia Sultan Selangor, diberi peluang yang saksama untuk menjalankan tanggungjawab mereka demi menjaga kepentingan rakyat seluruhnya.

Pimpinan-pimpinan politik mempunyai peluang setiap lima tahun sekali untuk menukar kerajaan seterusnya menukar individu-individu yang memimpin sesebuah kerajaan. Sistem penukaran kerajaan dan pemimpin berdasar semangat demokrasi seperti ini akan mewujudkan politik yang harmoni dan stabil.

Malaysia patut mula langkah gerak OIC salur bantuan segera ke Gaza

Nurul-IzzahSHAH ALAM 12 OGOS: Kerajaan Malaysia perlu segera memulakan gerakan melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) untuk mendesak rejim Zionis Israel menghentikan sekatan yang dikenakan ke atas Palestin.
Ia bagi memastikan laluan dibuka agar bantuan kemanusiaan, serta bahan mentah untuk membina semula Gaza dapat dimulakan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata Malaysia perlu memulakan langkah untuk merancang penyaluran bantuan kemanusiaan ini, demi kebaikan rakyat Gaza.
“Sekatan itu mestilah dihentikan untuk membenarkan bahan-bahan mentah ke dalam Gaza bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula bermula.
“OIC juga perlu bertanggungjawab memastikan Israel komited terhadap menjaga keamanan dan keselamatan di wilayah tersebut, bukan sahaja untuk rakyat Israel, bahkan keseluruhan warga Palestin yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan media.
gaza1Nurul Izzah berharap Malaysia vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan hari ini (12 Ogos) di Jeddah yang turut mencari penyelesaian sebenar kemelut lain termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq,
“Malaysia dan OIC wajib mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Yang sedang berleluasa ini dengan segala kekejaman yang berlaku ini perlu dihentikan dengan serta-merta.
“Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia – malah merelakan kezaliman berterusan,” kata Nurul Izzah.

Tolong henti sakiti kami, kata McD..!!

Pengarah Pengurusan McDonald's Malaysia Stephen Chew merayu rakyat Malaysia supaya berhenti mengganggu kakitangannya ekoran kempen memulaukan kedai makanan segeranya ekoran perang Hamas-Palestin di Gaza.

Katanya mereka boleh memahami perasaan apabila ribuan nyawa yang tidak berdosa terkorban ekoran konflik itu, bagaimanapun kemarahan itu tidak boleh disalurkan kepada rakyat negara ini.

Lebih-lebih lagi, kata Chew, rakyat Malaysia sendiri kini masih bersedih ekoran tragedi nasional yang pelbagai lagi isu yang menimpa negara.

“Kami tidak perlu lagi kepedihan. Kita perlu peluh sebagai sebuah bangsa. Kita perlu mengasihi rakyat Malaysia lain lebih daripada membenci pihak lain,” kata Chew dalam tulisannya.

Sambil menceritakan amalan kekeluargaan antara 12,000 kakitangannya di seluruh Malaysia, Chew juga mengeluh bagaimana mereka diganggu, termasuk melalui demonstrasi di restoran mereka, gangguan melalui telefon dan secara fizikal.

“Sukar untuk melihat bagaimana perniagaan berancai kami terjejas, lebih sukar lagi untuk melihat kehidupan mereka terjejas kerana mempunyai keluarga untuk dijaga. Pekerja kami juga bergenang air mata kerana diancam melalui panggilan telefon,” katanya.

Pemecatan serta-merta Exco Selangor tidak sah, kata pensyarah UM

Pemecatan serta merta 6 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah dan terbatal, kata pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Gurdial S Nijar. Dalam satu kenyataan, Gurdial berkata pemecatan serta-merta itu tidak sah dari segi undang-undang. "Hanya Sultan yang boleh memecat anggota Exco, menteri besar boleh mencadangkan, namun ia boleh diterima atau ditolak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider petang ini. "Pemecatan serta-merta tidak sah dari segi undang-undang," kata Gurdial. Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Khalid memecat kesemua anggota Exco PKR dan DAP. Lima daripada Exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka, sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara. Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan 4 Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor. Gurdial berkata, pemecatan itu tidak sah apabila anggota Exco yang dipecat tidak diberi peluang bersuara. "Hujah Khalid memecat kesemua 6 anggota Exco juga tidak berasas dan ada kelompangan dari aspek perundangan," katanya. Khalid berkata, kesemua 6 Exco dari DAP dan PKR itu membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok yang bertujuan mengurangkan keberkesanan Exco. "Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya Exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor," kata Khalid kepada pemberita. Gurdial berkata, kesemua anggota Exco itu dalam kenyataan yang dipecat hari ini berkata, Khalid tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian, kata 6 Exco berkenaan. Mereka menghormati keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan Khalid sebagai menteri besar, tetapi "ia hanyalah dalam kapasiti peralihan." "Sebarang keputusan Exco perlulah diundi supaya fungsi Khalid dihadkan kepada kapasiti peralihan. "Kami, ahli Exco dari PKR dan DAP tidak akan berjumpa dengan Khalid, kecuali di mesyuarat mingguan Exco untuk

Exco PKR akur dipecat, ikrar setia bersama Pakatan

‘Pakatan on brink of break-up’

The next 24 hours is crucial, says Kit Siang

PETALING JAYA: DAP strongman Lim Kit Siang today warned Pakatan Rakyat that the coalition is on the brink of a break-up.
pakatan_breaks_300“What happens in the next 24 hours in the Selangor MB crisis may upstage the August 17 PAS leadership meeting and set the seal for the irretrievable break-up of Pakatan Rakyat,” he said in a press statement.
He did not elaborate, but observers see tomorrow’s meeting between Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim and the State Exco as a crucial development in the current crisis.
Lim alleged that Barisan Nasional strategists were “working overtime” in a “high powered campaign” to entice DAP and PKR assemblymen in Selangor to go against their parties’ stand on the issue.
“This campaign gains strength with the open support in some quarters for an Umno-PAS unity government,” he added.

Isu MB: Kalau Khalid ketua parti...

Prof Dr Jayum Jawan 
SHAH ALAM – Tiada pertikaian antara urusan kerajaan negeri dengan parti sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan seorang ketua parti.

Menurut Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan, persoalan parti bersetuju atau tidak dengan keputusan kerajaan negeri juga tidak akan timbul.

“Satu urusan parti dan satu lagi urusan kerajaan negeri. Jadi, dua perkara yang berbeza. Tapi tidak jadi persoalan sekiranya ketua kerajaan itu juga merupakan ahli tertinggi parti atau ketua parti.

“Misalnya Wan Azizah (Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah) menjadi menteri besar, persoalan parti bersetuju atau tidak bersetuju tidak timbul kerana ketua parti yang memerintah,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Jelasnya, Abdul Khalid tidak memegang jawatan yang tinggi dalam parti, oleh itu beliau perlu menuruti kehendak parti.

“Sekarang ini, bukan ketua parti, Abdul Khalid itu bukan ketua. Beliau hanya orang bawahan (parti). Beliau tiada kedudukan yang tinggi, jadi, beliau mahu memerintah dengan cara tersendiri tanpa merujuk kepada parti

“Tapi parti mengatakan anda mesti rujuk kepada kita kerana anda wakil kita. Itu masalahnya. Kerana beliau bukan nombor satu dalam parti,” katanya.

Katanya, meskipun parti tidak senang dengan tindakan menteri besar, parti tidak boleh memaksa menteri besar kerana jawatannya itu sah.

“Kalau misalnya, ketua dari BN menjadi Perdana Menteri,  tak timbul soal pengasingan dari segi pentadbiran parti dengan pentadbiran kerajaan kerana orang yang memegang jawatan itu adalah orang yang sama.

Amaran jangan pecah menjelang mesyuarat PAS

Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu.

Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepada Malaysiakini.

State rep on exco sacking: Sultan and Khalid have the power

Akhirnya Pakatan (PR) kehilangan Selangor, Khalid pecat Exco PKR dan DAP

Pakatan Rakyat (PR) hari ini kehilangan kerajaan Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP. Lima daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR Rodziah Ismail berada di luar negara. Tindakan Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.  Tidak diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat mereka tentang isu ini. PAS menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos. Kepimpinan PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat.

Khalid sacks all PKR, DAP exco

Bolehkan speaker undi tolak MB S'gor?

Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibraim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kemungkinan besar akan berlaku apabila masing-masing Khalid dan PKR-DAP membuat dakwaan bertentangan.

Khalid mempersembahkan kepada sultan semalam bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam DUN tetapi PKR dan DAP meragukannya.

Bagaimanapun, mata kini tertumpu kepada speaker DUN Hannah Yeoh, yang juga wakil rakyat DAP, sama ada beliau boleh mengundi atau tidak jika usul itu dikemukakan dalam dewan.

DAP dan PKR, termasuk speaker, mempunyai 28 ADUN, cukup-cukup separuh dewan.

Manakala PAS mempunyai 15 kerusi, Umno (12) dan bebas (Khalid) dengan satu kerusi. Jika mereka membentuk gabungan baru, ini bermakna kelompok kedua juga mempunyai kekuatan sama dengan 28 kerusi.

Justeru, undi speaker, jika dibenarnya, hanya mampu membuatkan kedua-dua pihak seri dan memastikan PAS dan DAP tidak hilang majoriti di Selangor.

Dalam beberapa sistem Westminister, seperti Australia, speaker tidak dibenarkan mengundi walaupun beliau juga seorang ADUN, kecuali jika keadaan seri.

Dalam kes Selangor, bolehkah seorang speaker mengundi ketika mempengerusikan dewan?

‎Sehingga 17 Ogos, Selangor diperintah Khalid, PAS dan BN, kata Mat Sabu


Mohamad Sabu mengatakan Selangor kini diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, P‎AS dan Barisan Nasional (BN) sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini. Timbalan presiden PAS itu mengatakan, situasi ini berlaku kerana rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP sudah menyatakan pendirian mereka untuk menolak kepimpinan Khalid sebagai menteri besar Selangor. "Sekurang-kurangnya selama seminggu Selangor akan diperintah Khalid (Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas), PAS dan BN sehinggalah PAS membuat keputusan pada 17 Ogos ini," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Malaysian Insider.  "PKR dan DAP sudah membuat pendirian jelas menolak Khalid, PAS sahaja yang belum," kata Mohamad dengan nada sedih. Hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan partinya akan tetap menunggu sehingga 17 Ogos untuk bermesyuarat walaupun timbul desakan daripada rakan komponen PR agar mesyuarat itu dipercepatkan. "Kena tunggu mesyuarat 17 Ogos baru kita boleh buat pendirian," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum itu menggesa PAS segera menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong atau menolak Khalid yang sudah menerima sokongan BN di Selangor. Jika PAS berkata mereka tidak bersama Umno, ini akan membantu menjelaskan PAS menyokong menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor, tetapi berhasrat menunggu hingga 17 Ogos bagi memutuskan sama ada menyokong calon pengganti pilihan PKR," katanya. "Jika PAS gagal menjelaskan hal ini, ia hanya akan menghakis sokongan popular untuk Pakatan Rakyat dan merosakkan keyakinan pengundi bukan sahaja di

15 Adun PAS perlu beri sokongan penuh kepada Khalid, kata Mohd Amar

Kesemua 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor perlu memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kekal menerajui Selangor sebagai menteri besar. Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sokongan berkenaan selari dengan pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor. "Apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menyokong Khalid dan selagi parti masih belum membuat apa-apa keputusan (lain) mengenainya, dari segi kewajipan wakil rakyat PAS Selangor akan (terus) bersama-sama beliau (Khalid). ; "Arahan juga sudah dikeluarkan kepada exco PAS Selangor supaya kekal dengan jawatan yang ada sekarang," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini. Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat keanggotaannya daripada PKR, Sabtu lalu. Perkenan baginda itu diumumkan sendiri oleh Khalid dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan selepas Majlis Dewan Diraja Selangor mengadakan mesyuarat di Istana Alam Shah, Klang bagi membincangkan antara lain kedudukan jawatan menteri besar. Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah sebagai menteri besar yang mewajarkannya disingkirkan. Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi dalam parti dan segala yang diputuskan majlis itu selalunya tidak akan disanggah oleh anggota mahupun kepimpinan. – Bernama,

Tempoh 24 jam berikut penting untuk masa depan Pakatan, kata Kit Siang

Perkembangan krisis menteri besar Selangor dalam tempoh 24 jam berikut penting untuk kelangsungan masa depan Pakatan Rakyat, kata veteran DAP Lim Kit Siang sambil menyeru pemimpin Pakatan membuat keputusan segera. Katanya, apa yang berlaku dalam masa 24 jam akan datang akan mengetepikan keputusan mesyuarat PAS dijadualkan pada 17 Ogos bagi membincangkan sama ada menyokong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak. "Mesyuarat pimpinan PAS Pusat akan ada kesan kritikal terhadap masa depan gabungan Pakatan yang mempunyai 3 ahli dan berusia 3 tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  "Bagaimanapun, mesyuarat itu mungkin akan diketepikan dengan apa yang bakal terjadi dalam masa 24 jam akan datang yang mungkin akan melengkapkan perpecahan Pakatan Rakyat yang tidak dapat ditebus semula." Beliau memberi amaran kepada pemimpin Pakatan yang Umno sudah mula mengatur langkah untuk memecah-belah Pakatan apabila masuk campur tangan dalam krisis di Selangor. Katanya, pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merupakan petanda gerakan tersebut sudah dimulakan. "Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar," kata Lim. Lim mendakwa pakar strategi Umno-BN mula bekerja bagi mewujudkan keadaan seri dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). "Pakar strategi Umno-BN bekerja lebih masa mengeksploitasi krisis menteri besar Selangor dan mewujudkan senario 12 ahli DUN (Adun) Umno, 15 PAS dan satu wakil bebas yang dan kempen memperkecilkan kesetiaan Adun dari DAP dan PKR untuk mengkhianati pengundi Selangor and parti masing-masing," katanya. Lim berkata usaha tersebut mula mendapat sokongan daripada setengah pihak yang selama ini berhasrat merealisasikan "kerajaan perpaduan" Umno dan PAS. "Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong 'kerajaan perpaduan' walaupun berselindung disebalik terminologi 'konsensus nasional'," kata Lim.

Isu MB: PAS Selangor ikut arahan parti - Iskandar


KUALA LUMPUR: Pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari PAS Pusat berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad berkata pihaknya sabar menunggu PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk menetapkan pendirian parti berhubung kedudukan Abdul Khalid.

"Saya yakin pimpinan dan ahli-ahli PAS akan sentiasa bertindak menurut keputusan-keputusan peringkat tertinggi parti malah Ahli-Ahli Dewan Negeri telah mengangkat sumpah sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum yang lepas supaya sentiasa mematuhi arahan parti," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, buat masa ini exco-exco PAS akan menjalankan tugas mereka seperti biasa selari dengan arahan yang telah dikeluarkan Setiausaha Agung PAS pada 10 Ogos lalu.

Arahan tersebut agar exco kerajaan negeri dari PAS terus berkhidmat di dalam Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Arahan ini adalah selari dengan perkenaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Tan Sri Khalid meneruskan tugas beliau sebagai Menteri Besar," katanya.

Khalid pecat serta-merta semua exco PKR, DAP

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

"Exco telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya mengurangkan keberkesanan exco.

"Oleh itu saya menulis surat kepada sultan meminta supaya exco ini tidak meneruskan kerjanya kerajaan negeri Selangor.

Sultan tidak perkenan Wan Azizah menghadap

Wan Azizah Wan Ismail 
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda telah menerima surat yang telah ditandatangani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad lalu yang memohon agar Wan Azizah menghadap baginda.

“”Surat itu bagi memohon Presiden PKR menghadap Sultan Selangor bagi memberi penerangan dan penjelasan yang telah diputuskan PKR. Surat permohonan itu telah disembahkan kepada Sultan Selangor pada Isnin.

“Baginda menitahkan supaya saya memaklumkan kepada Anwar bahawa baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR atas alasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah pun menghadap banginda berkaitan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, baginda tidak mahu campur tangan dalam soal pemecatan Abdul Khalid dari PKR.

“Sultan Selangor berpendapat bahawa pemecatan Abdul Khalid dari PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Adun Menteri Besar Selangor.

“Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR,” katanya.

Wan Azizah gets royal snub over MB crisis

DAP percaya Pakatan akan berkubur jika...!!!

PAS Selangor sokong Khalid dan mana-mana pengganti sah

PAS meets Khalid to discuss operations with remaining excos

Hadi minta ahli Pas bertenang

Ketika suasana politik Selangor semakin meruncing ditambah kemelut percanggahan pendirian antara parti dalam PR, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil menyeru agar semua ahlinya bertenang.

“Isu Menteri Besar Selangor, saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang. Dan minta pertolongan (daripada ALLAH) dengan sabar dan sembahyang. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang orang yang khusuk.( Al Baqarah-45),” tulisnya menerusi laman sosial Facebook.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Abdul Hadi bagi membincangkan isu berkaitan jawatan Menteri Besar Selangor selama hampir sejam di Terengganu.

Difahamkan ia adalah susulan daripada hasil perjumpaan sebelum ini yang mahu pemimpin-pemimpin tertinggi PR mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu berkenaan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar selepas dipecat oleh PKR.

Abdul Khalid dilaporkan menjalankan tugasnya seperti biasa hari ini di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Saya masih mahu PAS bersama Pakatan Rakyat” - Dr Rani

Sehingga 17 Ogos ini, beliau telah diberikan surat arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kemelut Menteri Besar di Selangor.

Dr Abdul Rani OsmanSHAH ALAM: ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman secara peribadi menjelaskan bahawa beliau masih mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
Menurutnya, pihak yang menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukannya PAS, DAP dan PKR tetapi dilakukan bersama-sama sebagai Pakatan Rakyat.
“Saya secara peribadi tak nak Pakatan Rakyat berpecah,” ujarnya sewaktu diserbu oleh media di Lobi SUK.
Dalam pada masa yang sama, Rani turut menjelaskan sehingga 17 Ogos ini, beliau telah diberikan surat arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kemelut Menteri Besar di Selangor.
Rani turut menjelaskan bahawa tujuan beliau hadir ke SUK adalah bagi membincangkan mengenai isu sebuah kuil di kawasannya iaitu Meru bukannya untuk berjumpa Khalid Ibrahim.
“Saya hadir ke sini untuk jumpa Pegawai EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau berkaitan isu kuil di Meru,” ujarnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak sependapat dengan beberapa ahli PAS yang tidak bersetuju wanita diangkat menjadi Menteri Besar.
“Saya tidak setuju dengan perkara tersebut. Kalau tak setuju wanita menjadi pemimpin, kenapa kita meletakkkan Dr Halimah Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Insan,” katanya

Semua Exco PAS bertugas seperti biasa pastikan kepentingan rakyat terpelihara

EXCOSELANGORSHAH ALAM, 12 OGOS: Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai exco Kerajaan Negeri seperti biasa seperti mana yang diarahkan PAS Pusat.
“Saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai exco sehinggalah sekiranya ada arahan baru dari pusat selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos nanti,” kata beliau ketika dihubungi Selangor Kini.
Jelas beliau, langkah itu diambil bagi memastikan kepentingan dan perkhidmatan kepada rakyat di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat dijalankan seperti biasa.
Penjelasan itu dibuat ekoran beberapa pihak yang mahukan Abdul Khalid dipecat sengaja menimbulkan pelbagai andaian ekoran ketiadaan Exco PAS dalam sidang media Abdul Khalid semalam.
Tambah Dr Ahmad Yunus lagi, pihak beliau juga bersedia bertemu Abdul Khalid pada bila-bila masa apabila menerima isyarat dari Pejabat Menteri Besar.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam dan Pemodenan Pertanian, Sallehen Mukhyi berkata, beliau menjalankan tugasnya seperti biasa demi amanah yang diberikan rakyat dan Kerajaan Selangor.
Pembantu Khas Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Kamarulzaman Ahmad Noh pula memberitahu Iskandar Samad turut menghadiri program-program yang sudah diaturkan sebelum ini.

Siapa kata Adun PAS tidak mahu Azizah, soal Adun Meru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman (gambar) menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu. "Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin? "Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain. Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar. Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bersama-sama dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat (PR). "Secara peribadinya saya tidak mahu PAS keluar Pakatan. Kita akan ikut keputusan (PAS Pusat) tapi tidak mahu berpecah," katanya. Ditanya pendiriannya mengenai krisis kedudukan menteri besar Selangor, Rani enggan memberikan sebarang komen. "Saya bukan pesuruhjaya lagi tetapi ada dapat surat 'gag order' tunggu sehingga 17 Ogos nanti," katanya.

PAS tetap tunggu 17 Ogos tentukan pendirian mengenai MB Selangor

PAS akan menunggu keputusan mesyuaratnya 17 Ogos ini sebelum membuat apa-apa pendirian mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas dipecat PKR, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Mustafa (gambar) berkata, sebelum ini Majlis Syura telah membuat pendirian menyokong Khalid ketika beliau masih ahli PKR. "Kena tunggu mesyuarat 17 Ogos baru kita boleh buat pendirian," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini meminta PAS menyatakan pendiriannya ekoran tindakan Umno memberikan sokongan kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. "Jika PAS berkata mereka tidak bersama Umno, ini akan membantu menjelaskan PAS menyokong menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor, tetapi berhasrat menunggu hingga 17 Ogos bagi memutuskan sama ada menyokong calon pengganti pilihan PKR," katanya. "Jika PAS gagal menjelaskan hal ini, ia hanya akan menghakis sokongan popular untuk Pakatan Rakyat dan merosakkan keyakinan pengundi bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh negara," kata Guan Eng. Dalam pada itu, Mustafa berkata, PAS telah mengarahkan semua 4 ahli Exconya agar terus mempertahankan kerajaan Selangor sehingga keputusan baru dibuat. "Saya sudah membuat kenyataan mengenainya dan Khalid tahu semua Exco PAS akan sokongnya buat masa ini untuk mempertahankan kerajaan yang ada. "Ini kerana, Selangor memerlukan sekurang-kurangnya empat Exco untuk membentuk kerajaan," kata Mustafa. Hari ini, khabar angin tersebar tidak ada seorang pun Exco kerajaan negeri Selangor hadir dalam perjumpaan dengan Khalid menjelang mesyuarat Exco esok. "Mereka tak hadir pun saya rasa Khalid dah tahu semua Exco PAS

"Ajar bertawaduk..." pesan Almarhum Ustaz Hassan Shukri


MASIH terngiang-ngiang kata-kata Almarhum Ustaz Hassan Shukri (gambar), bekas Naib Presiden PAS, sewaktu menemani beliau pergi merasmikan mesyuarat agung sebuah kawasan di Perak.

“Ahli PAS ni perlu ditekankan dengan ilmu tasawuf, persoalan sifat-sifat mazmumah dan mahmudah supaya masing-masing ada sifat tawaduk sikit,” katanya.

Ketika itu saya baru menyertai Harakah, penghujung tahun 1980-an. Berlaku sedikit ‘ribut dalam cawan’ dalam Jabatan Penerangan PAS yang dipimpin oleh Ustaz Nakhaie Ahmad yang menjawat Naib Yang Dipertua PAS ketika itu.

Ustaz Hassan membayangkan bahawa pergolakan dalaman itu lebih diburukkan oleh tiadanya sifat mahmudah dalam diri sebahagian individu terbabit. Mungkin masing-masing hanya memacu ego, tiada rasa tawaduk dan hilang sifat memaafkan. Dalam peristiwa ‘ribut’ itu Ustaz Nakhaie keluar daripada PAS dan akhirnya menyertai Umno.

Semua orang mengenali Ustaz Hassan sebagai seorang yang semahunya cuba terbabit dalam apa sahaja konflik dalaman parti. Walaupun ada yang menuduhnya cuba ‘play safe’, hakikatnya beliau adalah tokoh pendamai dalam parti.

ILMU TASAWUF

Apa yang dicetuskan Ustaz Hassan bahawa pentingnya tarbiyah PAS menekankan perihal menanam sifat-sifat mahmudah (terpuji) dalam diri serta menjauhkan sifat mazmuzah (tercela), merupakan kaedah pencegahan terbaik terhadap tercetusnya konflik dalaman parti.

Ilmu tasawuf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah serentak itu menjauhkan diri daripada sifat mazmumah. Ia juga bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar.

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan 10 sifat mahmudah dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' iaitu reda, mahabbah, sabar, ikhlas, taubat, takut, zuhud, syukur, tawakkal dan mengingati mati. Manakala 10 sifat tercela pula ialah marah, hasad, banyak bercakap, bangga diri, cinta kemegahan, cinta dunia, ujub, riyak, bakhil dan banyak makan.

Sewaktu Ustaz Hassan menekankan perlunya ahli PAS mendalami ilmu tasawuf, konflik dalaman PAS hanya sekelumit. Telefon bimbit pun belum muncul ketika itu. Ustaz Hassan sudah merasai kebimbangannya.

Hari ini cabaran dalam jemaah tentu lebih kompleks. Apa saja isu akan disemarakkan melalui media maya yang tiada batasan sempadan. Semua orang boleh bercakap apa sahaja, di mana sahaja tanpa perlu mengukur status dirinya siapa.

SIFAT TERCELA

Apabila membuka saja paparan media sosial maka segala sifat tercela juga terpapar di situ. Sifat angkuh, ego, sombong, marah, hasad semuanya terpancar dengan jelas. Langsung tiada sifat tawaduk.

Ahli-ahli biasa boleh menghentam pemimpin parti di semua peringkat tanpa batasan akhlak. Sindiran, kutukan dan penghinaan kadangkala di luar batas pemikiran yang rasional. Mereka dibelasah tanpa belas kasihan.

Berperang sesama sendiri usah dikira, bahasa yang terpancul semuanya 'menakutkan'.  Kelihatannya seolah-olah Islam yang kita terima hari ini tidak sempurna kerana tiada penekanan akhlak.

Jumlah anggota parti seperti itu mungkin masih di paras minoriti tetapi mereka sangat bermaharajalela di alam maya. Saya tidak merujuk kepada mana-mana ‘kumpulan’, sama sahaja pendukung daripada pandangan mana pun. Macam kata pepatah kita, ‘2x5’, ‘5x2’.

Istana tolak permohonan PKR untuk masuk mengadap?

Difahamkan surat memohon untuk masuk mengadap itu telah ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan pertemuan antara isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga calon bagi menggantikan Khalid.

Sumber yang rapat dengan Istana telah mendedahkan surat itu, yang telah dihantar ke Istana itu semalam, telah ditolak pagi semalam juga.

"Permintaan yang ditulis oleh Anwar adalah untuk mengadakan pertemuan antara Wan Azizah dengan Duli Yang Teramat Mulia Sultan.

"Persoalannya mengapa Anwar yang menulis surat itu, bukannya Wan Azizah sendiri yang menulisnya... ia tidak kelihatan baik, terutama bagi seseorang yang telah disebut-sebut untuk menjadi pengganti Khalid," menurut sumber.

"Mereka (PKR) sepatutnya menjelaskan semuanya berkaitan isu MB itu kepada Sultan Selangor sebelum memecat Khalid, sebelum semuanya menjadi seperti sekarang," kata sumber yang lain pula..

Bacalah apa yang The Malay Mail loporkan ini...

Selangor palace rejects PKR’s request to meet over Khalid sacking

KUALA LUMPUR, Aug 12 ― The Selangor palace has rejected PKR's last-minute bid to meet with the Sultan to explain its reasons for sacking Tan Sri Khalid Ibrahim, likely after finding the party's manner of requesting for audience inappropriate, sources said. 
Malay Mail Online understands that it was Datuk Seri Anwar Ibrahim who had written the letter to seek a meeting between the state ruler and his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is PKR's candidate to replace Khalid. 
Sources familiar with the matter said the letter, which was sent to the palace yesterday, was rejected yesterday morning. “The request, written by Anwar was for Wan Azizah to have an audience with His Royal Highness. 
“Suffice it to say there were questions as to why Wan Azizah did not write the official letter herself... it did not look good, especially for someone who has been tipped to be Khalid's replacement,” a PKR source told Malay Mail Online when contacted. 

PAS supports women leaders, says Rani

4 ADUN PAS sokong Wan Azizah sebagai MB baru, Khalid hilang sokongan.....

Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.
Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.
Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.
Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.
Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.
“Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk,” kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.
Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.
Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.
Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.
Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.

Apabila pembohong dianggap bercakap benar - Dr Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin Aman Razali
Dewan Ulama Pas Pusat dalam tazkirah penerangannya kepada ahli parti itu semalam berkata, masyarakat hari ini lebih mempercayai pembohong, selain suka mengkhianati orang yang amanah.
 
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Ketua Penerangannya, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menjelaskan, sikap sedemikian berlaku kerana masyarakat telah berkiblatkan medium alam maya yang melalaikan seperti laman sosial.
 
Beliau memetik sepotong hadis Nabi Muhammad yang bersabda, "Akan datang kepada manusia tahun-tahun penuh tipu daya, di mana dipercayai para pembohong dan orang yang bercakap benar dianggap pembohong. Pengkhianat diberikan amanah. Orang yang amanah dianggap khianat. Sementara "Ruwaibidoh" berbicara. Baginda ditanya; apa itu Ruwaibidoh? Nabi SAW menjelaskan, "Orang yang bodoh dan dangkal berbicara mengenai perkara besar melibatkan orang ramai".
 
Kata beliau, kesan media baru dengan pemberitaan maya sangat bahaya bagi umat Islam dan masyarakat Melayu masa kini kerana laporan itu dibuat tanpa tapisan dan penyelidikan sehingga menyaksikan pihak yang amanah dihukum pembohong, manakala golongan pembohong pula dianggap bercakap benar.
 
"Di zaman dunia maklumat tanpa sempadan menerusi media maya, pelbagai berita dan tuduhan dengan mudah berlegar dan dipercayai orang ramai. Akibatnya pembohong di alam maya dipercayai perkhabaran mereka, golongan yang bercakap benar pula dipertikaikan kebenarannya dan dianggap berbohong.
 

Tangani isu MB S’ngor penuh hikmah, perkukuhkan Pakatan

Pakatan_rakyat_logo_dan_benderaKUALA LUMPUR 12 OGOS: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Sembilan menyarankan supaya isu pertukaran Menteri Besar Selangor ditangani serta diselesai dengan penuh hikmah selain memperkukuh Pakatan Rakyat di semua peringkat.
“Pimpinan AMK dan DAPSY Negeri Sembilan menyarankan agar semangat serta gabungan Pakatan Rakyat dikukuhkan.
“Isu peralihan MB Selangor serta yang terkini pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai anggota KEADILAN perlu ditangani dengan penuh hikmah,” kata Ketua AMK, Mohd Nazree Yunus dalam kenyataan bersama Ketua DAPSY, Arul Kumar Jambunathan.
Pada peringkat ini, mereka juga menyarankan agar Abdul Khalid memberi kerjasama kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi membolehkan peralihan jawatan itu berjalan lancar tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

PKR kesan kain rentang provokatif persoal PAS

Beberapa kain rentang berunsur provokatif dikesan hari ini yang memaparkan "kenyataan" Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa mengeluarkan ucapan mencabar pendirian sebuah parti dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata beliau telahpun menghubungi MP Pandan itu dan Rafizi menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Menurutnya, beberapa kain rentang, yang tertulis "Berapa ramai lagi pemimpin PAS yang khianat, rasis dan anti-demokrasi? Sila jangan bermuka-muka", telah digantung di Kuala Selangor.

"PKR mengecam provokasi musuh-musuh politik yang cuba menggunakan situasi yang ada di Selangor pada waktu ini untuk mengangkat agenda politik perkauman sempit mereka.

"Hentikanlah permainan politik kuno sebegini!" kata Fahmi dalam satu kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, kata Fahmi, pihaknya telah mengarahkan anggota parti menurunkan kain rentang yang dianggapnya "penuh fitnah jahat".

PAS perlu nyata pendirian, bersama Umno sokong Khalid atau tidak, kata DAP

DAP mendesak rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) mereka, PAS supaya menyatakan pendirian dalam krisis di Selangor, sama ada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim atau tidak. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pendirian tersebut sangat penting kerana Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan sokongan kepada Khalid, tetapi PAS belum lagi. "PAS perlu segera menyatakan pendirian sama ada mereka menyokong keputusan Umno atau tidak dalam memberi sokongan tidak bersyarat kepada Khalid untuk terus menjadi menteri besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. DAP dan PKR sudah menyatakan pendirian menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi PAS masih belum membuat keputusan rasmi. Lim berkata, jika PAS menyokong pendirian Umno, ia adalah isyarat jelas berakhirnya kesepakatan dalam PR di peringkat negeri dan nasional. "Jika PAS enggan menyokong pertukaran menteri besar dengan pilihan calon PKR, ini akan menjadi petanda kepada perpecahan dan berakhirnya kesepakatan PR di peringkat negeri dan nasional," katanya. Bagaimanapun, jika PAS menyatakan mereka tidak menyokong Umno, ia akan menjadi isyarat PAS bersetuju menggantikan Khalid dengan MB baharu. "Jika PAS berkata mereka tidak bersama Umno, ini akan membantu menjelaskan PAS menyokong menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor tetapi berhasrat menunggu hingga 17 Ogos bagi memutuskan sama ada menyokong calon pengganti pilihan PKR," katanya. Umno tidak memiliki majoriti dalam Dewan

Teng: Saya masih lagi Exco Selangor

Exco Selangor Datuk Teng Chang Kim dari DAP menegaskan beliau masih lagi Exco Kerajaan Selangor.

Beliau yang ditemui di lobi bangunan Sekratariat Kerajaan Negeri hari ini berkata masih tidak ada arahan dari DAP untuk beliau meletakkan jawatan.

"Saya ikut arahan parti, kalau (suruh) letak jawatan letak jawatanlah. Saya masih dibayar gaji sebagai Exco," kata beliau kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan akan menemuduga Exco secara individu untuk mengetahui kesanggupan mereka bekerjasama dengan beliau.

Khalid juga berkata bahawa mereka boleh meletak jawatan sekiranya tidak ingin menyertai pasukan beliau.

Menurut menteri besar itu, beliau hanya memerlukan empat orang Exco untuk menjalankan pentadbiran.

Teng yang dilihat rapat dengan Khalid selama ini menafikan telah bertemu dengan menteri besar untuk membincangkan sama ada untuk mengekalkan jawatan exco atau tidak.

"Tidak hari ini, saya tidak bertemu menteri besar untuk itu. Saya bermesyuarat dari jam 9 pagi hingga sekarang," kata beliau.

Sementara itu seorang lagi Exco Elizabeth Wong (kanan) hanya berdiam diri ketika ditemui pihak media.

Beliau hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media yang menunggu sejak pagi di lobi bangunan pejabatnya dan terus beredar menaiki kenderaan.

Bagaimanpun seorang pegawainya menyatakan Wong hanya ke pejabatnya untuk bekerja dan bukannya bermesyuarat.

Isu MB: Lajnah politik PAS mesyuarat Khamis ini

KUALA LUMPUR: Lajnah Politik PAS Pusat akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor yang sedang mendapat perhatian semua pihak ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Mustafa, mesyuarat tersebut akan diadakan pada sebelah malam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

"Lajnah politik akan mesyuarat dahulu apada 14 Ogos ini untuk bincang isu MB," kata beliau.

Keputusan mesyuarat lajnah politik pada kebiasaannya akan dibawa kepada mesyuarat PAS Pusat.

Mesyuarat PAS Pusat pula telah ditetapkan pada 17 Ogos ini bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor tersebut.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di Terengganu itu turut dihadiri Mustafa sendiri, Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Penyelidik PAS cadang k'jaan campuran di S'gor

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki menggesa Pakatan Rakyat mengambil jalan tengah dengan menubuhkan kerajaan campuran dengan BN demi merungkai krisis dalam pentadbiran negeri Selangor.

Beliau berpendapat bahawa langkah itu boleh dilaksanakan dengan mengekalkan menteri besar sebagai ADUN bebas dan memberi tanggungjawab bersama kepada pembangkang di negeri itu.

Langkah itu berdasarkan konsep perdamaian 'konsensus nasional' antara BN dan Pakatan yang giat dibincangkan selepas pilihan raya umum sebelum ini.

Zuhdi berkata, konsep perdamaian itu juga merupakan pertimbangan utama oleh Majlis Syura Ulamak PAS dalam memutuskan sokongan untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

“Perkara ini juga menjadi intipati penting kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan untuk mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, atas asas kepentingan rakyat perlu didahulukan daripada kepentingan individu dan parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Zuhdi dalam kenyataan di Facebook berkata, BN di Selangor boleh diberi tanggungjawab khusus seperti kuasa semak dan imbang.

"Pewujudan kerajaan tersebut ialah dengan mengekalkan menteri besar sebagai ADUN bebas dan barisan exco yang sedia ada, menjadikan BN sebagai pembangkang yang mesra kerajaan.

Saya tidak akan letak jawatan, kata Teng Chang Khim


Exco DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebaliknya akan terus bekerja mengikut arahan parti. "Saya tidak akan letak jawatan. Parti suruh saya terus bekerja," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memberi kata dua kepada exco PKR dan DAP supaya meletakkan jawatan jika tidak lagi mahu bekerja dengannya yang dipecat daripada parti sendiri.  Khalid berkata, beliau masih boleh meneruskan pentadbiran sendiri dengan sokongan empat exco PAS iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Sallehen Mukhyi.

Penjelasan kontroversi pinjaman Bank Islam

BN sokong Khalid demi kepentingan rakyat S'gor, kata MCA

Selangor Umno: Khalid is rightful MB

SPRM: Kes Khalid hanya disiasat jika membabitkan rasuah

DAP's senior exco member to continue working with Khalid

SPRM sedia siasat dakwaan salah laku Abdul Khalid

SPRM sedia siasat dakwaan salah laku Abdul KhalidKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan salah laku melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika benar ia ada kaitan dengan kes rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata kes itu bagaimanapun diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk mengkaji kes berkenaan.

"Tugas saya menyiasat semua kes. Sesiapa yang membuat aduan, kami akan proses. Jika ia rasuah, kami akan siasat," katanay semasa sidang media sebelum mengadakan mesyuarat dengan ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, pejabat Menteri Besar Selangor meminta SPRM menyiasat Abdul Khalid mengenai sebarang tuduhan salah laku pentadbiran oleh PKR ke atasnya.

Beberapa pembantu dari pejabat Abdul Khalid menyerahkan laporan PKR yang mengaitkan isu rasuah MB Selangor itu kepada SPRM.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Abdul Khalid, Mohd Yazid Bidin enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Chang Khim, Elizabeth, Ahmad Yunus temui Abdul Khalid


Abdul Khalid Ibrahim tiba di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk menemui barisan Exco untuk membincangkan kesediaaan mereka menyokong dan bekerjasama dengan beliau.
Abdul Khalid Ibrahim tiba di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk menemui barisan Exco untuk membincangkan kesediaaan mereka menyokong dan bekerjasama dengan beliau.
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, Elizabeth Wong dan Dr. Ahmad Yunus Hairi antara Exco terawal yang dipercayai menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pagi ini.
Chang Khim yang merupakan ADUN Sungai Pinang tiba di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 8 pagi disusuli Elizabeth (ADU Bukit Lanjan) tiba pada pukul 10 pagi dan Ahmad Yunus (ADUN Sijangkang) 20 minit kemudian.
Chang Kim dari DAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Elizabeth (DAP) adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor manakala Ahmad Yunus (Pas) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
Abdul Khalid Ibrahim dijadual menemui barisan Exco bagi membincangkan kesediaan mereka menyokong dan bekerjasama dengan beliau.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor itu tiba di lobi pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah tepat pukul 9.30 pagi, setengah sejam sebelum pertemuan itu bermula.
Kemunculan Abdul Khalid disambut oleh sebilangan besar mengamal media yang berada di lobi sejak awal pagi lagi.

Kerajaan Pakatan masih boleh diselamatkan?

MSO

Azmin diterima baik oleh Pas, hadir rumah terbuka Pas.
Dewan Undang Negeri (DUN) Selangor masih boleh diselamatkan dan pilihan raya semula Selangor boleh dielakkan, duit kerajaan juga boleh selamat sekiranya kesemua pihak bertelagah bertafakur sekejap mencari kejernihan dan kemurian untuk semua. 
Paling utama, ialah dipihak Pas dan PKR. DAP akan akur sahaja kerana parti itu dilihat tidak banyak kuasa tawar menawar. Sekiranya kedua pihak ini berlunak dan ikhlas dalam politik mereka, keadaan yang meruncing dan gawat kini boleh diselamatkan.
Abdul Khalid Ibrahim kini sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kesaktian peribadi lagi apabila beliau telah dipecat daripada PKR. Beliau kini persis sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa, hanya menanti arahan selanjutnya ke mana dan bagaimana untuk dikebumikan. Laluan atau perkenaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam hanya bersifat sementara bagi sementara menanti saat pengkebumian akan dilakukan. 
Keputusan kini adalah ditangan Pas dengan pertimbangan daripada PKR. Sekiranya kedua pihak ini membuat pertimbangan yang baik, dengan penuh rasa "mahabbah" dan kasih sayang kepada Pakatan Rakyat serta mengambil kira perasaan ahli dan pendokongnya, sudah pasti jasad politik Khalid akan dapat dikubur segera. 
Sebaliknya kalau Pas dan PKR tidak dapat kata sepakat, apa lagi berkeras antara satu sama lain untuk merebut pesaka ditinggalkan Khalid, ia menyebabkan jasad MB Selangor itu terus terbiar dan keadaanya akan membusukkan seluruh negara.
Semalam Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan telah terbang ke Terengganu. Anwar terpaksa juga memijak negeri yang alergik baginya itu untuk berjumpa dengan Abdul Hadi Awang. Pemergian dan kunjungan Anwar itu tentulah berkisar kepada perkembangan di Selangor. Agak kontrakdik sedikit dalam hal ini. Kalau sebelum ini Abdul Hadi bersama Mustapa Ali mengunjungi Khalid Ibrahim dirumahnya, tetapi kini Anwar yang berbuat seperti mana Abdul Hadi dan Mustapa Ali lakukan itu. Begitulah dunia politik bila keadaan terdesak soal protokol diketepikan.
Sehingga sekarang ini tidak ada apa-apa kenyataan akhbar dari kedua pihak hasil pertemuan itu. Hanya ada sedikit berita mengatakan Anwar sebagai berkata pertemuan itu sangat bagus. Apakah konteks kebagusan dimaksudkan Anwar itu? Apakah beliau dijamu dengan kueh raya oleh Abdul Hadi kerana mungkin kebetulan Abdul Hadi baru selesai berpuasa enam dan mengadakan sambut mini hari raya? 
Atau pun kebagusan itu menunjukkan ada responsif politik yang baik daripada Presiden Pas itu. Tidak dapat didugakan apakah yang bagus itu. Cuma daripada apa yang sampai ke telinga saya sebelum ini dan dibagitahu oleh orang yang rapat dengan Abdul Hadi, Pas bersikap menyokong Khalid atas kerana Pas tidak senang kalau Dr Wan Azizah Wan Ismail dijadikan pengganti Khalid.
"Enta cuba tuliskan yang Pas bukan tidak suka kalau Khalid dipecat, tetapi Pas tidak boleh menerima kalau Dr Wan Azizah dijadikan penggantinya. Bukan soal nepotims tetapi soal kredibiliti Dr Wan Azizah." Itulah kata dan pesan orang yang rapat dengan Abdul Hadi kepada saya menjelaskan situasi dan delima yang berlaku dalam Pas.
Dengan mengambil kira apa dimaksudkan itu, mungkin yang disebutkan Abdul Hadi kepada Anwar dalam pertemuan itu, "bagus" yang disifatkan Anwar itu, masih ada jalan untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan di Selangor dan mengelakkan pilihan raya semula diadakan. Kalau pilihan raya semula diadakan belum tentu Pakatan Rakyat dapat mengekalkan Selangor.

Selangor perlukan Menteri Besar yang 'real', bukannya 'Rubber Stamp'

Kewibawaan Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar tergugat dipandangan ramai. Beliau yang telah di cadangkan oleh partinya untuk menjadi Menteri Besar tidak tahu adat dan adab untuk memohon mengadap Tuanku Sultan. Jika beliau yang hendak mencerahkan keadaan dengan Ketua Negeri itu, beliaulah yang sepatutnya menulis surat itu, bukannya Anwar Ibrahim kerana beliau akan menjadi Ketua Kerajaan yang akan bernaung di bawah Tuanku Sultan. Bagaimana seorang yang mahu menjadi Menteri Besar, tidak berupaya menulis sendiri surat kepada Tuanku Sultan.
Jika kita hendak berpolitik pun takkanlah kita hendak buang budaya dan adat. Di sini Wan Azizah telah menunjukkan yang tuduhan ramai pihak yang beliau akan hanya menjadi ‘rubber stamp’ kepada Anwar itu sebagai benar dan ia amat mudah di yakini oleh sesiapa. Apatah lagi sifat ‘domineering’ Anwar itu telah di applikasikan oleh Anwar dalam isu menulis surat Kebawah Duli Tuanku.
Selepas ini apa pula yang PKR akan kata Ke Bawah Duli Tuanku kerana menolak surat dari Anwar itu. Tuanku pula yang salah? Selepas itu siapa pula yang salah? Jika ada yang memberikan komen seperti ini lagi, mereka yang salah? Jadi siapa yang betul kepada PKR? Menyalahkan kerja salah mereka juga adalah salah oleh Anwar dan PKR?
Sesungguhnya jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar, Menteri Besar yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim. Pusat untuk membuat keputusan penting bukan di Bangunan Sultan Sallahuddin Aziz Shah di Shah Alam tetapi di Segambut. Itu sebabnya politik sekarang bertambah bercelaru.
PKR sentiasa menyalahkan orang lain, tetapi semua langkah mereka sumbang dan sentiasa tidak kena. Apa sebabnya menjadi begini? Jawabnya senang. Ia adalah di sebabkan yang ‘they are not meant to be there’. Mereka tidak mempunyai ‘attribute’ sebagai pemimpin sejati, tetapi pemimpin yang amat ‘superficial’. ‘They are faked leaders’.