Isnin, 11 Ogos 2014

Khalid beri maklumat serong kepada Sultan Selangor, kata pemimpin PKR

Khalid bersekongkol dengan Umno? tanya MPP PKR

Khalid perlu buktikan dapat sokongan majoriti - Aziz Bari

Abdul Aziz Bari 
SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mendapat sokongan majoriti sebelum kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun telah mendapat perkenan sultan.

Menurut pakar undang-undang dan perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari, Abdul Khalid perlu mendapat sekurang-kurangnya 29 sokongan Adun sebelum merujuk fasal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Betul dari segi undang-undang , bukan saja Undang-undang Tubuh malah dalam Perlembagaan turut dinyatakan. Beliau boleh lantik tidak kurang dari empat tapi tidak lebih 10 (Exco). Maknanya, kalau dah ada empat orang, sudah boleh lah (mentadbir).

“Tapi sebelum itu, kena ada majoriti sokongan Adun iaitu sekurang-kurangnya 29 sokongan dan kedua baru boleh lantik yang empat orang itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam sidang media khasnya hari ini, Abdul Khalid menyebut bahawa Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan supaya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), mesti sekurang-kurangnya empat orang ahli ataupun sehingga 10 orang ahli.

“Oleh kerana Pas telah menyatakan sokongan dan telah memberitahu media bahawa keempat-empat ahli Pas akan bersama-sama dalam Exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan saya, maka saya boleh meneruskan mesyuarat Exco kerajaan negeri,” kata Abdul Khalid.

Namun menurut Aziz Bari, sekiranya PR dapat mengemukakan 29 Adun yang menolak Abdul Khalid, Abdul Khalid perlu berundur dari jawatan menteri besar.

“Sekarang ini terpulang kepada PR untuk buktikan kenyataan Khalid tidak betul atau tidak menyatakan keadaan sebenar.

“Selagi PR berdiam dan tak kata apa-apa atas dakwaan Khalid, beliau akan tetap duduk di situ. Itu boleh dinafikan kalau ada 29 Adun yang kata mereka menolak Khalid,” katanya.

Senada dengan beliau, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan turut menyuarakan perkara sama.

All eyes on Hannah Yeoh

AUGUST 11 — Questions are being raised about Khalid Ibrahim's RM70 mil debt that was settled out of court and the links to Umno perhaps via the Selangor water asset restructuring deal with Federal Government and the land deal with Tropicana/Dijaya.
Now let's ask ourselves. Why would Umno or proxies spend RM70 mil on Khalid Ibrahim?
In 2014, under the water asset restructuring deal between the Federal and State Government in 2014, the State's investment arm Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) offered RM5.58bil to Puncak and Syabas. Both companies are often linked to Umno by Pakatan Rakyat.
But did you know that in 2010, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) offered Puncak Group a total of RM6.079 bil (RM1.936b for Puncak, RM4.143b for SYABAS)?
So, if it was about making money, why didn't the Umno-linked water concessionaires accept the higher offer from SPLASH whose shareholders include Gamuda, KDEB and Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah's The Sweet Water Alliance?
Till today, only three out of four water concessionaires in Selangor have accepted the takeover offer from KDEB. SPLASH rejected the offer because KDEB is offering them only about 10 per cent of their net asset value and Khalid Ibrahim is firm on this.
Why, Hannah? Why did Khalid Ibrahim do that?
As early as April 2013, BN Selangor Deputy Chairman Mohd Zin Mohamed had raised questions on the 1,172 acres of land deal between Permodalan Negeri Selangor Bhd and Dijaya Corporation Bhd. He asked why did the State rush the transaction and suggested that the sale should have been RM100 per square foot, instead of the transacted price of RM25 per square foot.
Why, Hannah? Why did Khalid Ibrahim do that?
Three days after the General Election in May 2013, DAP expressed support for Khalid Ibrahim to be retained as Selangor Menteri Besar for a second term. The party said “Tan Sri Khalid Ibrahim should be recognised for his integrity and stewardship of Selangor.”
Fast forward to today, what is DAP saying about Khalid Ibrahim?

Selangor's Select Committee of Competency, Accountability and Transparency (SELCAT) has a lot of work to do. It is amusing to see PKR HQ talking about Khalid Ibrahim's integrity but not SELCAT. It is also mind boggling how Khalid Ibrahim's debt settlement is being linked to Umno when Umno has been talking about Khalid Ibrahim’s issues all these while.
So what is the truth on Khalid Ibrahim, Hannah?
Someone must go down in this political mess and it won’t be Hannah Yeoh. It is clear that PKR and DAP have decided to abandon Khalid Ibrahim and Anwar wants Khalid Ibrahim to accept the decision and move on.
But will Hannah Yeoh abandon Khalid Ibrahim?

Penganalisis: Letak jawatan jika tidak sokong MB

Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui negeri itu disarankan membuat keputusan terhormat dengan meletak jawatan, demikian pendapat beberapa penganalisis politik.

Mereka berkata, tindakan itu paling wajar dilakukan, khususnya untuk exco daripada PKR memandangkan parti itu yang bertanggungjawab memulakan kempen untuk menyingkirkan Abdul Khalid daripada kerusi Menteri Besar.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, exco berkenaan tidak sewajarnya bermain teka-teki berhubung pendirian mereka dalam isu berkenaan.

"Mereka daripada PKR dan DAP perlu menghormati pendirian parti yang terang-terangan mahu menyingkirkan Abdul Khalid, jadi tidak adil untuk mereka menyatakan akan berkhidmat untuk rakyat pula sebagai alasan kekal sebagai exco," katanya.

Ahmad Marthada berkata, exco berkenaan juga perlu sedar bahawa mereka dilantik oleh Abdul Khalid atas kapasiti sebagai MB, yang kini bergantung kepada sokongan daripada Pas dan parti lawan, Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Kedudukan Abdul Khalid selaku menteri besar mulai goyah apabila beliau diminta parti untuk mengosongkan kerusi itu, dan PKR mencadangkan agar jawatan itu diberikan kepada presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Krisis itu meruncing apabila Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang dipecat daripada PKR pada Sabtu lalu, yang menyebabkan kedudukan terkini Dun Selangor menjadi Pas  (15), DAP (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1).

Ahmad Marthada juga berkata, cabaran kepada Abdul Khalid kini adalah untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada Dun, supaya dapat memberi kelegaan kepada pihak yang terlibat dalam insiden itu, termasuk kepada rakyat, yang semakin bosan dengan 'drama' ini.

BN sokong kedudukan MB Selangor dikekalkan

Agenda Awani: Krisis Menteri Besar Selangor

Krisis Selangor: Anwar jumpa Abdul Hadi di Terengganu

Anwar jumpa Abdul Hadi di Terengganu 
 Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini. 
 
KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustapa Ali, ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.
"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu Menteri Besar Selangor.

Nasib Khalid makin jelas ditangan Pas

MSO

Sultan beri perkenan terus jalankan tugas MB.
Hari ini kemelut politik dalam PKR Selangor yang merebak ke dalam Pakatan Rakyat sudah hampir ke kemuncaknya dan sudah menampakkan denai-denai penghabisan. Puak yang mendokong Khalid Ibrahim mungkin merasa lega apabila Majlis Dewan Diraja Selangor telah menasihatkan Sultan Selangor supaya memberi laluan kepada Khalid untuk terus jadi MB Selangor.

Dengan mempercayai bahawa Khalid masih mendapat kepercayaan Adun Selangor, Sultan Selangor memberi perkenan supaya Khalid terus menjadi MB Selangor. Tetapi perkenaan itu tidak merupakan sesuatu yang muktamad dan sahih. Ia mungkin berlaku setakat beberapa hari sahaja, paling lama sehingga Pas mengadakan mesyuarat jawatankuasanya yang dijangka 17 Ogos setelah ditunda sebanyak dua kali, 10 dan 13 Ogos.

Pengakuan Khalid kepada Sultan Selangor kononnya dia mendapat kepercayaan Adun Selangor meragukan kerana tidak ada bukti jelas atau pun sebarang pernyataan bertulis. Khalid hanya beranggapan dia mendapat sokongan ahli Dewan dengan berpandukan kepada kenyataan akhbar kononnya empat Exco daripada Pas kekal bersamanya serta pengakuan media yang 12 Adun Umno menyokongnya sebagai bukti beliau masih mendapat sokongan.

Tidak ada apa-apa surat pernyataan yang ditanda tangani oleh ke empat Exco Pas itu menunjukkan apa yang didakwa oleh Khalid tidak sahih. Agak menghairankan juga macam mana Sultan boleh mempercayai Khalid tanpa ada bukti nyata? Barang kali inilah dikatakan budibicara.

Jika dihitung angka-angka yang disebut Khalid itu ini bermakna hanya 16 orang Adun sahaja yang menyokongnya semantara 39 orang Adun lagi masih menjadi tanda tanya. 39 Adun itu 15 daripada DAP, 13 daripada PKR dan 11 daripada Pas. Sekiranya 39 Adun ini tidak menyokongnya macam mana beliau boleh mempersembahkan kononnya beliau mendapat sokongan ahli Dewan? Bukankan itu satu penipuan atau mempermainkan sultan?

DAP telah menyatakan yang kesemua 15 Adun mereka hilang kepercayaan kepada Khalid. Persoalan kini apakah 13 Adun PKR dan 11 Adun Pas menyokong Khalid atau pun tidak?

Secara gantlemannya Khalid tidak layak untuk memaklumkan kepada Sultan yang beliau masih mendapat sokongan ahli Dewan kerana tidak ada pernyataan bersurat berhubung sokongan berkenaan. Kemusykilan juga timbul berhubung hal ini sejauh manak pihak Istana atau Sultan mempertimbangkan keadaan ini yang masih dalam samar-samar ini? Apakah pihak Istana juga berpihak kepada Khalid?

INILAH MASA PAS NAK JADI HERO...ATAU SILAP CONGAK...

Betul lah tindakan Anwar pecat Khalid . Kalau Umno sokong Khalid bermakna ada udang disebalik mee.Sebab itu Umno sokong Khalid. Kalau Umno pakat dengan Pas , Umno umum dulu , Silap Umno umum dulu, Masa inilah PAS nak tunjuk hero. PAS tak boleh buat apa. Semua kena kelentong.
Umno meeting 1 jam saja. Mustahil meeting 1 jam kalau agenda dah dirancang rapi.
Kalau Pas tak tarik break...pas eksiden parah...kalau Pas ikut PKR dan DAP ...PAS jadi hero. Inilah masa Pas nak jadi hero semula . Kalau Pas nak terjun lobang tong taik sebagaimana penyokong kata kepada Anwar...sila kan.......yang tak cerdik dok salah Anwar gila kuasa.Siapa yang gila kuasa kalau Umno dan PAS bersatu???...Kalau Pas teruskan...pas pasti berpecah. Ini real politic.

PKR dan DAP hari ini berkata, penjelasan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada sultan Selangor bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai meragukan.

Mereka justeru menuntut Khalid membuktikan sokongan yang didakwanya itu dengan memanggil sedang dewan bagi membuktikan untuk usul undi percaya bagi membuktikannya mendapat sokongan PAS dan Umno.

Dalam kenyataan bersama Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, mereka berkata Khalid kini telah hilang kepercayaan 28 ADUN apabila kedua-dua parti itu secara terbuka tidak menyokong ADUN Pelabuhan Klang itu.

Malah, kata mereka, PAS pula hanya akan membuat keputusan selepas bermesyuarat pada 17 Ogos depan dan Khalid kini hanya boleh mempunyai sokongan majoriti daripada 12 ADUN Umno.

MB BEBAS DISOKONG OLEH ADUN PAS & BN JADI KERAJAAN UG TERBENTUK DI SELANGOR!!!

SEHINGGA 17HB OGOS ADUN-DUN PAS MASIH MENYOKONG TSKI......

HARI INI BN MENYOKONG PENUH ADUN-ADUNNYA MENYOKONG TSKI.....

PKR & DAP TERPERANGKAP.....UG BERJAYA AKHIRNYA.....??? 


Situasi ‘The Enemy Of My Enemy Is My Friend’ Di Selangor



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dari Barisan Nasional di Selangor kesemuanya menyokong Menteri Besar tanpa sebarang syarat.

Dengan kenyataan itu, dilihat telah wujud kerjasama tidak langsung antara parti PAS dan UMNO dalam usaha menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan mengetuai pentadbiran kerajaan negeri.

“BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor tanpa syarat serta ikhlas,” katanya.

Tindakan Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengeluarkan kenyataan media berhubung kedudukan Khalid hanya melibatkan PKR dan DAP tanpa PAS petang ini juga memperlihatkan PAS disisihkan dari PR di Selangor.

Langkah terbaik kini adalah untuk PAS terus bersama Khalid dan BN juga memberikan sokongan padu kepada beliau.

Ini secara tidak langsung mewujudkan suasana The enemy of my enemy is my friend (musuh kepada musuh adalah rakan saya) di negeri berkenaan.

Situasi itu terguna pakai untuk PAS, BN dan Khalid secara serentak.

Khalid minta ROS campur tangan pemecatannya

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dan meneliti proses pemecatan beliau dari PKR.

Kata beliau, walaupun undang-undang ROS tidak membenarkan urusan pertubuhan termasuk parti politik dibawa ke mahkamah, namun beliau akan menggunakan saluran itu.

"Saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah, tapi saya akan juga meminta Pendaftar Pertubuhan untuk melihat kepada tatacara bagaimana pertubuhan-pertubuhan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasrat beliau untuk meneruskan tindakan mahkamah ke atas PKR selepas memecatnya tanpa memberi peluang untuk memberi penjelasan.

Jumaat lalu, Abdul Khalid telah meminta Lembaga Disiplin PKR menangguhkan sesi pendengaran berhubung dakwaan salah laku dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos.

Bagaimanapun katanya Lembaga Disiplin meneruskan sesi pendengaran itu tanpanya pada Sabtu lalu dan memutuskan supaya keahliannya digugurkan serta-merta.

Abdul Khalid dipecat dari keahlian PKR kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Isu kedudukan Menteri Besar Selangor - Awani

Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?

PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyatkah atau sudah bersama UMNO di dalam isu Khalid Ibrahim?

PAS juga dilihat tidak betul dari segi "masa". Begitu cepat Tuan presiden dan Majlis Syura memberikan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tetapi terhegeh-hegeh untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos2014 ini setelah dianjakkan dua kali, pertama pada 10 Ogos kemudian kepada 13 Ogos 2014.

Dan lebih memalukan apabila PAS kini tersenarai di dalam kelompok yang menyokong Khalid bersama-sama UMNO bukan bersama-sama rakan-rakan PR sekalipun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali menyatakan: PAS masih bersama Pakatan Rakyat!

Jika PAS bersama PR, Khalid telah berdusta dengan Sultan menyatakan beliau mendapat sokongan majoriti ADUN dan hari ini juga sebenarnya Khalid sudah tersungkur.-GB

Kit Siang gesa Adun PR Selangor nyata pendirian selepas BN sokong Khalid

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) menyatakan pendirian dalam krisis menteri besar Selangor susulan sokongan terbuka Barisan Nasional (BN) kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Penasihat DAP itu berkata, pendirian tersebut "penting dan mustahak" untuk 43 Adun PR menyatakan pendirian mereka, khususnya 15 Adun PAS. "Dengan pengumuman sokongan 12 Adun BN kepada Khalid oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sangat penting dan mustahak untuk mendapatkan pendirian 43 semua Adun Pakatan daripada PKR, DAP dan PAS dalam isu ini," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Lim berkata faktor masa adalah penting pada ketika situasi krisis menteri besar dan politik Selangor bergerak dengan pantas. "Semua proses membuat keputusan politik perlu dipercepatkan jika Pakatan tidak mahu dilihat tidak mampu respon kepada perubahan politik yang pantas," katanya. Muhyiddin dalam satu majlis di Putrajaya berkata, BN akan memberikan sokongan penuh kepada Khalid tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani. Menurut Muhyiddin, perkara berkenaan sudah dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di luar negara dan BN akan menyokong kepimpinan Khalid jika usul tidak percaya diadakan. Khalid hari ini mendakwa beliau masih menteri besar dengan sokongan empat exco kerajaan negeri daripada PAS dan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan negeri. Katanya, Sultan Selangor mahu beliau terus kekal sebagai menteri besar selepas baginda diyakinkan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) masih menyokong kepimpinannya. Khalid kini berdepan penolakkan daripada PKR dan sudah dipecat pada Sabtu lalu.

Rodziah tuntut permohonan maaf daripada Sinar Harian

rodziah-ceramah-biru-01SHAH ALAM, 11 OGOS: Exco Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail menuntut Sinar Harian mengemukakan permohonan maaf berhubung artikel bertajuk: Surat Akuan Undi Tidak Percaya Mula Tersebar yang ditulis, pada 9 Ogos lalu.
Beliau berkata, permohonan maaf berkenaan perlu dibuat di muka hadapan akhbar itu dan di semua laman sosial medianya dalam masa 24 jam.
“Merujuk kepada tulisan akhbar Sinar Harian 9 Ogos 2014, bertajuk: Surat Akuan Undi Tidak Percaya Mula Tersebar, saya menuntut Sinar Harian memohon maaf bertulis kepada saya kerana tulisan itu mengandungi kenyataan yang tidak benar berkenaan saya dan mengelirukan umum sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap saya.
“Saya akan meneruskan tindakan undang-undang, termasuklah tindakan undang-undang jenayah, jika pihak Sinar Harian gagal berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

PR Perlu Namakan MB Selangor Yang Baharu Untuk Tangani Krisis Perlembagaan

Dun-SelangorBERSIH 2.0 hari ini berpendirian bahawa Pakatan Rakyat perlu dengan kadar segera menamakan Menteri Besar yang baharu dari kalangan mereka untuk menangani dan menamatkan krisis perlembagaan yang sedang melanda Selangor.

BERSIH 2.0 terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan dengan kedudukan beliau di Selangor. Kami ingin mengingatkan bahawa kemelut yang timbul hasil perdebatan berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah pun menyebabkan timbulnya krisis perlembagaan di Selangor hari ini. Maka yang demikian, untuk menyelesaikan kemelut dan memecahkan kebuntuan ini, Pakatan Rakyat melalui sidang kaukus ADUN Pakatan Rakyat perlu segera menamakan Menteri Besar yang baharu.

Berikut adalah pendirian penuh BERSIH 2.0:

1.    Badan Eksekutif dalam sistem berparlimen seperti yang diamalkan di negara ini perlu berfungsi sebagai sebuah pasukan yang seia dan sekata. Tidak wajar sebuah kerajaan atau badan eksekutif dianggotai oleh ahli yang bercanggahan dari segi kedudukan politik. Pengekalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya menyebabkan berlaku krisis perlembagaan disamping menafikan hak rakyat Selangor untuk mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan berfungsi sepenuhnya.

2.    Seorang Menteri Besar perlu ditentukan oleh parti politik atau gabungan yang mendapat majoriti di dalam pilihan raya, bukan sebaliknya. Maka dengan itu, Pakatan Rakyat di Selangor bertanggungjawab memanggil sidang kaukus yang perlu dihadiri oleh kesemua 43 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, yang telah pun membentuk majoriti 2/3 DUN bagi melantik ketua ADUN yang baru dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar. Pakatan Rakyat kemudiannya boleh mengemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu secara rasmi untuk perkenan Sultan.

3.    Dengan nama calon yang dikemukakan melalui lantikan kaukus ADUN Pakatan Rakyat tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan kini jelas boleh menentukan ADUN yang benar-benar secara sah mendapat sokongan majoriti dalam kalangan mereka, seterusnya layak dan perlu diperkenankan menjadi Menteri Besar seperti yang digariskan di dalam Artikel 53(2) Perlembagaan Negeri.

4.    Kami memohon Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi ruang kepada proses ini mengambil tempat di Dewan Undangan Negeri. Adalah penting bagi DYMM Sultan dari kalangan Raja Berperlembagaan untuk tidak diheret ke dalam pergelutan politik partisan yang hanya akan mencemarkan imej dan nama baik DYMM.

5.    Setiap pihak dan parti yang terlibat perlu mengambil langkah segera dalam menangani krisis ini secara bijak dan mengikut Perlembagaan. Kepentingan rakyat Selangor, kelangsungan Raja-raja Berperlembagaan, dan keutuhan kerajaan Negeri perlu diutamakan berbanding mana-mana kepentingan peribadi, mahupun kepentingan parti, individu atau badan institusi.

Ditandatangani oleh

Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:

Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).

Noh nafi pakat dengan Khalid, PAS...kami hanya turut perintah sokong Khalid..!!

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau tidak pernah bertemu dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau pimpinan PAS berkenaan krisis menteri besar Selangor.

Ini termasuk dakwaan Umno bakal mendapat kerusi exco dan bergabung dengan pimpinan PAS di bawah Khalid.

"Never, never, never! Saya sebagai pengerusi perhubungan Umno tak pernah sekali berjumpa Khalid atau PAS untuk berbincang.

"Hal (jawatan) exco itu kita tak tahu. Itu dah terlalu jauh. Kita sedar Umno ni kumpulan minoriti (dalam dewan). Ada 12 ADUN saja," kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat Umno Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai khabar angin ADUN Umno Selangor dan PAS akan berpakat memberi sokongan majoriti ahli dewan negeri kepada Khalid.

Timbalan Pengerusi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata BN menyokong Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, tanpa syarat dan ikhlas.

'Ikut arahan bos'

Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

Apabila ditanya pendapat peribadi beliau mengenai pemecatan Khalid, Noh berkata beliau hanya mengikut arahan pucuk pimpinan.

Undian sulit atau undi tidak percaya jadi penentu

KUALA LUMPUR: Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam krisis pertukaran Menteri Besar Selangor tidak menghalang beliau terus mentabdir negeri, malah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan terbaharu.

Ramai pihak berpendapat dengan perkembangan ini, Abdul Khalid yang kini menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Pelabuhan Klang bakal mengetahui nasibnya menerusi dua kaedah iaitu undian sulit di hadapan Sultan dan juga usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Abdul Khalid dipecat daripada parti pada 9 Ogos kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sejak 13 Mac 2008.

BAKAL MENGULANGI SEJARAH PERAK

Penganalisis politik berpendapat meskipun mendapat perkenan Sultan untuk mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar, namun Abdul Khalid tidak boleh berasa selamat kerana ia bersifat sementara.

Perkembangan muktahir ini menjadikan Selangor, negeri kedua selepas Perak yang mengalami pergolakan politik memuncak pada 2009, sehingga memaksa campur tangan Sultan.

Pada ketika itu, Perak yang dipimpin PAS tumbang selepas pergolakan hebat di dalam pakatan PAS-DAP-PKR menyaksikan tiga ADUN mereka umum keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang mesra Barisan Nasional (BN).

Tiga ADUN tersebut ialah ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP, ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-duanya daripada PKR.

Berikutan itu, Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah memerintahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota EXCO negeri meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta, dan kegagalan berbuat demikian, jawatan itu dianggap kosong.

Pun begitu, pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat menjelaskan kes di Selangor adalah berbeza dengan kes di Perak.

"Di Perak ia melibatkan soal ADUN yang keluar parti dan menyokong BN manakala di Selangor, Abdul Khalid dilantik secara sah memegang jawatan Menteri Besar cuma beliau dipecat keanggotaannya daripada PKR," katanya kepada Bernama.

UNDIAN SULIT

Umpama krisis politik di Perak yang diselesaikan menerusi undian sulit di hadapan Almarhum Sultan Azlan Shah, kaedah yang sama juga mungkin digunapakai dalam menyelesaikan kemelut politik di Selangor.

Khalid seeks to clear his name

He'll consider joining another party, but only after addressing PKR's allegations against him.

khalid_ques_300SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim intends to address the various accusations that PKR has levelled at him before deciding which party he should join.
“I’ll consider joining another party,” he said, “but before that I will cleanse myself from the accusations made by PKR.”
He was speaking to reporters after meeting the Sultan of Selangor to brief him on the latest political developments in the state.
He said there had been no indication so far of a move to take a no-confidence vote against him.
Khalid also said the Selangor Constitution only requires four people to form the State Executive Council and he was confident that the four PAS members in the current council would remain.
He said the other excos could remain if they accept his leadership, but “if they don’t want to work with me, they can resign.”
Khalid was sacked from PKR on Saturday under multiple allegations of misconduct. The Sultan today gave his approval for him to continue as Menteri Besar.

Lawyer questions validity of Khalid’s sacking

Edward Bon says PKR disciplinary board decided Khalid's fate without convening a hearing.

PETALING JAYA: Doubts have been cast on the validity of the PKR Disciplinary Board’s procedures in the sacking of Khalid Ibrahim from the party.
In a letter to the board’s chairman and the PKR President, Khalid’s lawyer, Edmund Bon, questioned whether the party’s constitutional rules were correctly followed in Khalid’s expulsion.
Edmund_Bon_300The board, chaired by Tan Kee Kwong, fixed August 9 as the date for hearing Khalid’s case. But in a letter dated August 8, Khalid asked for clarification of the “nature of the charges” against him and requested a postponement of the hearing.
Bon proceeded to send Tan a second letter dated August 9, which was received by Tan at around 11 a.m. In this letter, he said his client was awaiting the board’s reply to his request.
Bon said he did not receive any replies whatsoever.
Bon asserted that the board arrived at its decision without convening a hearing and with his client “in absentia”.
He also noted that Tan, who is himself under inquiry for alleged mismanagement of funds under the Skim Mesra Usia Emas, proceeded to make recommendations to the Central Executive Committee to sack Khalid.
He stressed the importance of recognising that the time taken from the issuance of the show cause letter to the actual sacking of Khalid was fewer than five days, with little chance for him to defend himself.
Bon requested the names of those in attendance at the Central Executive Committee meeting and how they voted as well as information on the composition of the disciplinary board that deliberated on the issue.

"Saya mahu bersihkan nama daripada tohmahan' kata Khalid


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan menyertai mana-mana parti politik termasuk Pas selepas beliau dipecat dari PKR, Sabtu lalu.

Bagaimanapun Abdul Khalid berkata sebelum mempertimbangkan tawaran tersebut, beliau perlu membersihkan namanya daripada tohmahan yang menyebabkan pemecatannya itu.

"Itu pun (tawaran sertai Pas) akan dipertimbangkan tetapi saya mesti membersihkan diri saya daripada tohmahan-tohmahan oleh PKR sebelum saya membuat apa-apa keputusan," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan bahawa Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahamd Yakob berkata, Pas sedia menerima Abdul Khalid sebagai ahli parti itu.

Menurut laporan itu, Menteri Besar Kelantan itu berkata pintu keahlian Pas sentiasa terbuka untuk Abdul Khalid yang telah dipecat daripada PKR pada Sabtu lalu kerana masalah disiplin.

Buktikan ada sokongan, PKR, DAP desak Khalid panggil sidang DUN tergempar

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar. Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan. "Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini. Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan. "Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi. "Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya. DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu. Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor. "PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya. Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi. "Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau. "Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka

Khalid jumpa Exco PKR, DAP dan PAS esok

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan khas bersama Exco Kerajaan Negeri esok bagi mengetahui pendirian mereka terhadap kepimpinannya.

Menurut Abdul Khalid, pertemuan itu akan melibatkan Exco dari PKR dan DAP untuk bekerjasama dan memberi kepercayaan kepada beliau bagi mengendalikan mesyuarat Exco dan menerajui kerajaan negeri selepas PKR memecat keahliannya.

“Saya akan bertemu dengan wakil dari PKR dan DAP esok untuk mengetahui persediaan mereka untuk bekerja dengan saya," kata kepada pemberita di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Abdul Khalid juga menegaskan, mana-mana Exco yang tidak boleh bekerja dibawah pentadbirannya dinasihatkan untuk meletak jawatan.

"Saya akan terus menjalankan tanggungjawab dan jika mereka (Exco) tidak setuju dengan saya, mereka yang patut pergi," katanya.

Tony: Khalid support not possible

Tawaran Sertai PAS : Khalid Sedia Pertimbang

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini


Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.
Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.
Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."
Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.
"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.

'Independent MB' Khalid may consider PAS after clearing name

Khalid: Buktikan saya tiada sokongan majoriti

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sesiapa yang mendakwa beliau tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) haruslah membuktikannya atau membuat laporan kepada Sultan.

"Itu untuk pihak lain cuba (buktikan). Cuba (buktikan) sama ada menteri besar dapat sokongan penuh atau sokongan majoriti.

"Dia boleh buat begitu (berkata saya hilang sokongan) dengan buat laporan kepada Sultan. Buat masa sekarang Sultan tak terima laporan saya tiada sokongan majoriti," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, Khalid berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat sebagai ahli PKR.

Khalid dipecat oleh parti itu Sabtu lalu kerana tidak mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dari ADUN Selangor dan layak menjadi menteri besar.

Beliau berkata Sultan Selangor telah bersetuju dengan penjelasan beliau dan memperkenankan beliau meneruskan tugas sebagai menteri besar ketika ditanya mengenainya.

"Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

Undi tidak percaya terhadap Khalid tidak perlu melalui sidang DUN - Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.

"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid

"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.

"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, PKR dan DAP dalam satu kenyataan bersama hari ini mendesak Abdul Khalid membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mendapat sokongan seperti yang nyatakan kepada pihak istana adalah benar dengan memanggil sidang DUN.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu mendesak supaya satu sidang DUN dipanggil untuk dibuat undi tidak percaya.

"YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari Adun PAS dan UMNO," kata kenyataan tersebut.

Abdul Khalid dalam sidang medianya hari ini menjelaskan beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai menteri besar.

TPM: Umno S'gor sokong Khalid tanpa syarat......

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor tanpa syarat serta ikhlas, lapor Bernama.

Semua ADUN BN Selangor akan sokong Khalid Ibrahim jika ada usul undi tidak percaya di sidang DUN nanti - TPM Muhyiddin Yassin

Sokongan terhadap Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor mengambilkira kebajikan dan nasib rakyat Selangor - TPM Muhyiddin Yassin

BN Selangor sokong status Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor tanpa syarat serta ikhlas - TPM Muhyiddin Yassin

'I can lead Selangor without PKR and DAP'

Khalid: Sultan has consented for me to stay on

TAN SRI KHALID IBRAHIM PERLU BUKTIKAN SOKONGAN MAJORITI DEWAN


Dun-Selangor-300x202
KEADILAN dan DAP mengambil maklum kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
KEADILAN dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Ini bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.
PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini.
Oleh yang demikian, kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.
Dengan penolakan terbuka KEADILAN dan DAP, itu juga bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan dari 12 ADUN UMNO.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP mendesak supaya:
  1. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa. Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO;
  1. UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau. Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

KEADILAN dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor
11 Ogos 2014

PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam krisis politik Selangor

Mengikut ‘insider’ DAP Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan TGHA untuk menyelesaikan masalah yang sudah berpanjangan di Selangor. Di Selangor sekarang Menteri Besarnya ada tapi tidak berparti hasil dari pemecatannya tiga hari yang lepas. Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat secara automatik gugur di Selangor bersama dengan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) dari Pakatan Rakyat sendiri.
Sekarang ini kerajaan Selangor ialah kerajaan Khalid Ibrahim. Sementara Khalid di ketepikan, Khalid boleh membentuk dan memilih Exconya sendiri dan tidak dapat kita ketahui samada memecat Khalid sebagai ahli PKR itu adalah jalan penyelesaian yang betul.
Oleh kerana Khalid tidak berparti lagi maka pada lojiknya Khalid boleh menyertai PAS atau DAP. Tetapi jika pun Khalid memilih  mana-mana parti, PAS adalah parti yang paling hampir untuk di sertai Khalid. Tindakan Anwar mahu berjumpa TGHA itu pastinya merupakan perjumpaan yang sangat penting kerana pada Anwar dan kita semua, penyelesaian sangat perlu didapati bagi menentukan untung nasib Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor.
Pakatan Rakyat sudah retak seribu dan apa caranya untuk menghilangkan keretakan ini terpulang kepada 'wisdom' kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang ini. Sebagai sebuah ‘coalition’ yang longgar diantara parti-parti dalam Pakatan tanggungjawab setiap parti terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat itu tidak lah permuafatan yang kukuh. Ia merupakan setakat persefahaman diantara ketiga-tiga parti itu sahaja dan tidak ada perjanjian yang kukuh dan muktamad diantara mereka.
Buat masa ini, perhubungan diantara PAS dan PKR sudah sampai ketahap perpisahan kerana itu sahaja yang boleh menyelesaikan perselisihan kedua-dua parti ini. Sekarang ini lestari kehidupan rakyat Selangor adalah isu terpenting sekali. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan bagi menguruskan kerajaan bagi rakyat Selangor ini.
Jika demi kepentingan rakyat berbilang kaum di Selangor ini terlindung dari bahang pergaduhan diantara pemimpin dalam PKR ini, maka adalah tanggungjawab parti seperti PAS untuk melakukan tindakan yang drastik dan jangan di biarkan rakyat Selangor terjejas kehidupan mereka.
Nampaknya PAS merupakan parti yang berkebolehan untuk memainkan peranan untuk menyelesaikan dengan mengutamakan rakyat Selangor dahulu dan lupakan untuk menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang rakus untuk mendapatkan kuasa.

Krisis makin meruncing, ada ADUN mahu sertai Abdul Khalid?

KUALA LUMPUR: Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

"Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti," kata sumber itu.

Kenali Ahli Dewan DiRaja Selangor


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor telah diadakan di Istana Alam Shah, Klang, pagi tadi.

Ahli-ahli Dewan DiRaja Selangor dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda berkenan melantik Ahli Dewan DiRaja Selangor dalam satu istiadat yang telah diadaka di nBalai Tengah Istana Alam Shah, Klang pada 18 November 2013.

Pelantikan mereka berkuatkuasa mulai 1 Disember 2013 hingga 30 November 2016.

Empat Ahli Ex-Officio Dewan DiRaja Selangor yang menerima watikah pelantikan adalahTengku Bendahara Selangor, Tengku Azman Shah; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Empat ahli waris yang lain, lima Orang-Orang Besar dan tujuh Orang Tua-Tua turut menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan DiRaja Selangor.

Empat ahli waris itu ialah Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah; Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah; Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah.

Antara Orang-Orang Besar itu termasuk Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Tengku Shahruddin Shah; Engku Setia Lela Bestari, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda; Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Paduka Putra Tengku Azman Shah; Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Datuk Paduka Raja Tan Sri Wan Mahmood Pa’wan Teh dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Klang, Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir.

Bagi Orang Tua-Tua pula termasuk Datuk Setia Abdul Halim Abdul Rauf; Tan Sri Ambrin Buang; Jeneral Tan Sri Mohd Hashim Mohd Ali; Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Tan Sri Setia Ismail Adam; Datuk Setia Ramli Mahmud dan Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar.

Mesyuarat Dewan Diraja tak sentuh bubar Dun

KUALA LUMPUR: Majlis Dewan Diraja Selangor yang bermesyuarat hari ini tidak menyentuh isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid yang dipecat oleh PKR Sabtu lalu berkata, ini kerana beliau tidak meminta pembubaran itu dibuat.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut memperkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar sehingga ada perkembangan baharu berlaku.

Ini kerana Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari PAS.

Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (Exco) akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.

“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Panas: Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan Khalid

Datuk Seri Anwar Ibrahim terkedu sejurus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa sultan Selangor berpuas hati dengan penjelasannya bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar menjawab tweet sebuah portal berita yang melaporkan perkembangan itu, hanya dengan menulis dua tanda soal “??”.

Menjawab soalan sultan, Khalid hari ini menjelaskan, di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota dewan negeri.

Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya memperkenannya terus memegang jawatan menteri besar.

Berikut beberapa reaksi segera di Internet berhubung keputusan terkini istana:

Datuk Ahmad Maslan, Ketua penerangan Umno
Sultan Selangor sudah memberi perkenan agar Tan Sri Khalid terus jadi MB Selangor. Episod amat menarik. Adakah PKR dan DAP akan mohon "sembah derhaka"?

Latheefa Koya, peguam dan pemimpin PKR
Amboi tebalnya kulit. Orang pecat dia, dia pula suruh exco letak jawatan!

Abdul Rahman Dahlan, menteri perumahan
Ekoran majoriti ADUN Selangor menyokong TSKI (Khalid), Pakatan tak boleh dakwa Khalid tiada kesahan jadi MB. Pakatan sebenarnya tiada kesahan membentuk kerajaan.

Isu MB: Di mana silap langkah PKR?

Memecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR tidak cukup untuk menyingkirkannya daripada kerusi menteri besar Selangor, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz memberitahu Malaysiakini, PKR “silap” apabila tidak membuktikan bahawa Khalid hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu sebelum memecat anggota DUN Pelabuhan Klang itu.

“PKR buat silap apabila tidak teruskan usaha menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 29 daripada 43 anggota Pakatan dalam dewan menentang Khalid,” katanya.

“Pemecatan mungkin menggambarkan penarikan sokongan tetapi tidak cukup untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatannya,” katanya.

Kedudukan Khalid, Umno S'gor bermesyuarat hari ini

Umno Selangor akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan perkembangan terkini dalam isu kedudukan menteri besar Selangor.

Ini ekoran keputusan Sultan Selangor yang perkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

"Perkembangan itu baru berlaku hari ini. Kita belum ada apa-apa perbincangan setakat ini," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong kedudukan Khalid untuk kekal sebagai menteri besar, beliau berkata: "Kita tunggu arahan dari kepimpinan parti."

Abdul Shukor memberitahu Malaysiakini demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid yang berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal menjadi menteri besar, selepas menghadap baginda hari ini.

Sebelum itu, Dewan Diraja Selangor bermesyuarat membincangkan perkara berkaitan kedudukan Khalid selepas beliau dipecat sebagai ahli PKR Sabtu lalu.

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi, iaitu DAP (15), PAS (15), BN (12) dan PKR tinggal 13 kerusi selepas memecat Khalid dari parti itu.

Ambiga: Siapa sebenarnya sokong kamu Khalid?

Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim menamakan siapa sebenarnya yang menyokongnya sebagai menteri besar, seperti didakwanya.

Dalam reaksi terhadap pengumuman Khalid bahawa sultan Selangor memperkenannya kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR, Ambiga mahukan pihak itu dinyatakan.

“Tan Sri, untuk kepentingan rakyat Selangor, sila namakan pihak dalam dewan (negeri) yang kamu kata sokong kamu,” tulisnya di Twitter.

“Walaupun dengan sokongan PAS, ia (dewan) masih tergantung,” katanya.

Kedudukan kerusi terkini dalam PKR kini seperti berikut: PKR (13), DAP (15), PAS (15), Umno (12) dan bebas (1).

Khalid tak perlu exco PKR, DAP..!!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP.

Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco.

"Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco," kata beliau.

PAS Selangor semalam memberitahu exco mereka akan terus bekerjasama dengan Khalid kerana tiada masalah dengan pentadbiran beliau.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula hari ini berkata, exco mereka akan menjalankan tugas seperti biasa bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sehingga keputusan baru dibuat.

Empat orang exco PAS ialah pesuruhjayanya Iskandar Ab Samad, timbalan pesuruhjaya Sallehen Mukhyi, Dr Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali.

Khalid menyatakan pentadbiran negeri tidak bermasalah kerana memperoleh cukup sokongan dari penjawat awam Selangor.

"Pentadbiran negeri bukan pentadbiran politik, pentadbiran negeri ditadbir oleh exco dan disokong serta dilaksanakan penjawat awam.

"Oleh itu saya tak nampak ada masalah atau kekurangan kecekapan," kata beliau.

DUN Selangor tergantung jika PAS, Khalid, Umno bergabung, kata Rais Yatim

Bekas menteri Kabinet Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) tidak menolak keadaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tergantung berlaku sekiranya PAS dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bergabung dengan Umno. Perkiraan Rais itu mengambil kira situasi apabila PAS bersama Khalid menyertai Umno sekali gus menjadikan mereka memiliki 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), sementara PKR dan DAP juga memiliki 28 Adun. Bagaimanapun, beliau yang juga pakar Perlembagaan berkata, situasi tersebut tidak memberikan masa depan yang baik kepada rakyat Selangor, khususnya untuk menangani isu berbangkit seperti air, perumahan dan lain-lain. "Kalau diteruskan kedudukan Khalid, senario ini tidak akan memberi masa depan yang diharapkan rakyat Selangor. Isu air sekarang memerlukan kerajaan negeri yang tangkas dan efisien sekali gus memerlukan majoriti kuat. "Kalau 28-28, bagaimana hendak mendepani isu air, perumahan dan Bajet yang harus dibentangkan hujung tahun ini. Kita tidak nampak kerajaan negeri di bawah Khalid boleh meluluskan rang undang-undang kewangan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini. Rais berkata, walaupun terdapat beberapa Adun yang melompat menyertai gabungan PAS dan Barisan Nasional (BN), ia masih tidak mencukupi kerana tidak memiliki majoriti dua pertiga. "Katakan juga ada seorang dua `lari' kepada gabungan PAS-BN, menjadikan 30 Adun pula. "Namun ini masih belum kukuh sebab kalau hendak pinda Perlembagaan perlukan majoriti dua pertiga, kecuali jika pinda undang-undang yang hanya memerlukan majoriti biasa," katanya. Rais berkata, Sultan memiliki kuasa untuk memilih menteri besar di negerinya sendiri. "Di bawah Perkara 53 Raja boleh melantik seseorang menteri besar dalam kalangan Adun, asalkan mengikut pendapat baginda orang berkenaan beroleh sokongan majoriti anggota DUN. "Dalam pada itu, jika dipetisyen untuk undi tidak percaya terhadap Khalid oleh sebilangan Adun, setiausaha Dewan perlu menetapkan usul memanggil sidang yang perlu didengari. "Jika undi tidak percaya diusulkan dan jumlahnya melepasi 28 undi menyebabkan Khalid kalah, maka Tuanku boleh mengambil perkara ini mengikut kuasa DUN untuk membubarkannya. "Sebaliknya juga Tuanku boleh menolaknya atas alasan teknikal," katanya. Khalid ketika ini ditolak partinya dan baru dipecat PKR pada Sabtu. PKR terpaksa mengambil langkah tersebut selepas usaha mereka mendesak Khalid berundur gagal. DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi. Khalid juga bertegas masih menteri besar yang sah di Selangor dan menunggu keputusan Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat bersama Majlis Diraja negeri hari ini.

Exco tak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan. Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.  Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri. "‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang untuk bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

Sultan Sharafuddin perkenan Abdul Khalid kekal Menteri Besar

SHAH ALAM, 11 OGOS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.
Abdul Khalid berkata, beliau sudah memaklumkan kedudukan terkini selepas pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertemuan pagi tadi.
Katanya, Sultan Sharafuddin perkenan beliau meneruskan tugas sebgaai menteri besar selepas Abdul Khalid menjelaskan masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota Exco)akan bersama Kerajaan Negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh meneruskan ketuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
Pagi tadi, Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin dalam mesyuarat Majlis Dewan Penasihat Diraja Selangor di Istana Alam Shah, Klang.
Mesyuarat itu bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai menteri besar selepas PKR memecat keahliannya secara serta merta, pada 9 Ogos lalu.
Abdul Khalid berkata, beliau akur dan menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.

Sultan Selangor perkenan Khalid kekal sebagai MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan terus menjalankan tugasnya sehingga akhir penggal walaupun dipecat PKR. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas memberi penjelasan kepada baginda pagi tadi. "Saya jelaskan bahawa di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli dewan. "Justeru Tuanku berpuas hati dengan penjelasan dan perkenan untuk terus pegang jawataan menteri besar Selangor. "Sehingga ada perkembangan terbaru saya akan terus jalankan tugas," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, hari ini.

MB puas hati dengan mesyuarat Majlis Penasihat Diraja Selangor

khalidKLANG, 11 OGOS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat  Majlis Penasihat DiRaja Selangor.
Abdul Khalid berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang, di sini,  hari ini.
Beliau berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang di sini hari ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan mesyuarat ini,” katanya ketika ditanya pemberita yang mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi tadi.
Beliau yang kelihatan ceria bagaimanapun enggan menjelaskan perincian mesyuarat terbabit.
Menurut Seketariat Akhbar Menteri Besar, Abdul Khalid akan mengadakan sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jam 2.00 petang ini.
Mesyuarat yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu berlangsung selama kira-kira lebih dua jam.
Mesyuarat itu diadakan bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Dipecat: Khalid hantar notis guaman kepada PKR

Peguam yang mewakili Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan parti apabila memecat beliau.

Dalam satu notis guaman yang dialamatkan kepada Presiden PKR,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong (kanan) yang bertarikh semalam, peguam dari firma Bon Advocates mahu pihak parti mengemukakan maklumat mengenai siapa yang menghadiri mesyuarat lembaga disiplin Sabtu lalu.

Menurut mereka, lembaga disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah melanggar perlembagaan PKR, dalam Perkara 41 yang dibaca bersama Perkara 9.

Untuk ini, mereka mahu pihak parti menamakan mereka yang menghadiri mesyuarat MPP, yang menganggotai lembaga disiplin PKR, dan bagaimana mereka mengundi.

Mereka seterusnya menyatakan bahawa tindakan untuk memecat Khalid dalam tempoh lima hari selepas mengeluarkan surat tunjuk sebab, tanpa memberinya peluang untuk menjawab, juga melanggar prinsip keadilan asasi.

Firma guaman itu menyatakan bahawa mereka terkejut dengan cara dan sikap tergesa-gesa jawatankuasa pusat PKR dan Lembaga Disiplin itu, bertindak.

Menurutnyak, tindakan itu mengesahkan bahawa PKR tidak mengamalkan prinsip-prinsip" keadilan asasi "dan bahawa keputusan untuk memecat anak guamnya telah dibuat dengan tujuan untuk mempengaruhi sentimen orang awam atau gabungan Pakatan Rakyat (terutama PAS) untuk memaksa penyingkiran anak guamnya daripada jawatan menteri besar Selangor.

Khalid: Saya amat berpuas hati hasil mesyuarat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau amat berpuas hati dengan hasil mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenainya ketika ditemui petugas media ketika beredar dari perkarangan Istana Alam Shah kira-kira jam 12 45 tengah hari ini.

"Saya amat berpuas hati dengan hasil mesyuarat tadi," katanya kepada pemberita yang menunggu di pintu masuk istana itu.

Sebaliknya, beliau yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan membentangkan keputusan mesyuarat itu dalam sidang media jam 2 petang ini.

Sebelum itu, ekoran disingkirkan daripada PKR, Khalid hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya itu.

Khalid tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan dijadual mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.

Lebih 50 wartawan dari pelbagai media dalam dan luar negara memenuhi kawasan jalan hadapan istana.

Setengah daripada mereka menuju ke Klang setelah menanti di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam sejak jam 8 pagi lagi.

Ekoran isu yang dibincangkan, maklumat yang diperolehi Malaysiakini menyatakan Khalid tidak menghadiri mesyuarat itu walaupun menjadi ahli atas kapasitinya sebagai menteri besar.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Aziz memberitahu media bahawa satu sidang media akan diadakan pada jam 2 petang ini di pejabatnya.

Beliau berkata Khalid bersantap bersama Sultan dan ahli Dewan Diraja Selangor yang lain sebelum terus bergerak ke pejabatnya bagi mengadakan sidang media.

Khalid bakal memaklumkan hasil mesyuarat hampir dua jam yang bermula sejak jam 10 pagi tadi, dalam sidang akhbar itu.

Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa

KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, ini kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Bank Islam mulakan tawaran penyelesaian luar mahkamah - Azrul Azwar

islamic-bankKUALA LUMPUR, 11 OGOS: Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.
Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya pada tahun 2008 iaitu sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor.
Katanya, disebabkan rundingan itu tidak berjaya, maka kes itu dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan untuk dibicarakan.
“Selepas menghubungi pihak menteri besar, beliau datang ke ibu pejabat Bank Islam di Bukit Damansara dan ada beberapa siri perbincangan serta rundingan tetapi nampaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan pada masa itu.
“Sebab itu ia dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan selepas rundingan pertama untuk capai kesepakatan itu gagal.
“Sehingga awal tahun ini, kes berkenaan tidak lagi disebut di mahkamah disebabkan dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, baru-baru ini.
azrul_bimbAzrul berkata, selepas beberapa kali kes itu dibawah ke mahkamah, akhirnya Bank Islam bersetuju supaya kes berkenaan diselesaikan melalui tawaran skim perjanjian jual beli (BBA) yang dihidupkan kembali sebuah institut perbankan Islam dari Timur Tengah.
Katanya, kaedah yang dianggap sebagai kontroversi daripada sudut kontrak perbankan Islam itu hanya diterima di beberapa buah negara di rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
“Syarikat perbankan Islam itu berjumpa dengan pihak terbabit dan menawarkan satu kertas kerja, yang mana mereka akan membayar jumlah dihutangkan Tan Sri Abdul Khalid kepada Bank Islam bagi mengelakkan impak besar kepada industri perbankan Malaysia dan BBA jika kes itu gagal menang.
“Institusi ini cuba hidupkan BBA, jadi masing-masing setuju dan Tan Sri Abdul Khalid hanya perlu bayar sedikit sahaja nilai hutang itu,” katanya.

Anwar masih tidak dapat surat yang diperlukan

Timmy Say

Surat peletakan jawatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih jauh daripada tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR. Yang ada kini hanyalah surat memecat Khalid daripada PKR. Bagaikan satu pokok yang dicantas akarnya, Anwar dan PKR mengharapkan sokongan kepada Khalid akan layu dan akhirnya, ini dapat memaksa beliau untuk berundur daripada kerusi menteri besar Selangor. Meskipun demikian, kerusi MB Selangor masih tidak kosong. Objektif Anwar dan PKR Objektif Anwar dan PKR ada tiga: Pertama, membuang Khalid sebagai MB Selangor. Kedua, melantik isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid. Dan ketiga, mencapai objektif satu dan kedua tanpa melalui pilihan raya negeri. Surat pemecatan Khalid hanya membawa PKR selangkah ke arah mencapai objektif pertama. Tetapi, langkah tersebut juga berpotensi menggagalkan semua objektif yang ingin dicapai Anwar dan PKR kerana ia juga membawa mereka selangkah mendekati pilihan raya negeri. Khalid masih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor dan dengan itu, masih layak menjawat menteri besar Selangor jika beliau masih mempunyai sokongan di DUN Selangor. Jika PKR gagal mendapatkan sokongan secukupnya di DUN Selangor, maka Khalid akan kekal memerintah. Sebaliknya pula, Pakatan Rakyat (PR) terpaksa menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri kalau Khalid memilih untuk membubarkan DUN daripada meletak jawatan. Jika diberi pilihan, penulis percaya PKR akan memilih membuat undi tidak percaya di DUN Selangor terhadap Khalid daripada terus memecat beliau. Oleh kerana tidak mendapat angka yang mencukupi, PKR mengambil langkah drastik memecat Khalid, lebih-lebih lagi apabila Majlis Syura PAS membuat ketetapan untuk bersetuju menukar Khalid hanya jika beliau didapati bersalah atas tuduhan dikemukakan PKR. Dengan memecat Khalid, PKR seolah-olah memaksa PAS untuk menyokong calon lain selain Khalid untuk menjadi menteri besar Selangor. Takkan PAS masih hendak menyokong seorang yang bukan lagi ahli PR sebagai menteri besar? Ditambah dengan perkiraan PAS juga ingin mengelak daripada hilang kuasa akibat pilihan raya negeri, maka PKR fikir ini satu langkah yang wajar meskipun rakyat melihat keseluruhan episod ini dengan meluat sekali. PKR mungkin tersilap kira untuk objektif kedua