Ahad, 10 Ogos 2014

Laluan mencabar Khalid jika kekal MB Bebas

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
KUALA LUMPUR - Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka terus berdepan laluan mencabar jika tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan nombor satu di negeri itu.
  
Abdul Khalid, tokoh politik yang 'muncul' dalam arena politik menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok pada 2007, antara lain perlu menghadapi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor khususnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah "menyahkan" beliau daripada kepimpinan politik Selangor.
  
PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu semalam.
  
Selepas pertama kali dilantik sebagai MB Selangor pada 13 Mac 2008, ABdul Khalid sekali lagi mengangkat sumpah meneruskan jawatan itu pada 6 Mac 2012, selepas Pakatan Rakyat (PR) gabungan Pas-PKR-DAP kekal menawan negeri itu pada PRU13.
  
Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata beliau akan berhadapan masalah untuk mendapat sokongan majoriti dewan, jika terus menjadi MB atas kapasiti Adun Bebas.

"Walaupun secara teorinya beliau masih boleh menjadi MB, namun dari sudut praktikal, beliau akan menghadapi banyak masalah untuk melicinkan pentadbiran negeri kerana masalah daripada mereka yang tidak bersetuju dengannya.
  
"Sebarang perbincangan berkaitan peruntukan kewangan atau undian penting seperti kelulusan dasar negeri sukar untuk memperoleh undi dua per tiga dewan, menyebabkan konflik ini perlu diselesaikan dengan memikirkan kesan jangka panjang," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Kedudukan terkini kerusi Dun Selangor selepas Abdul Khalid dipecat daripada PKR semalam ialah PAS (15), DAP (15), PKR (13), Barisan Nasional (BN)(12) dan Bebas (1).
  
Hanya Pas sahaja menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai MB, manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyatakan parti itu menyokong usaha menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  
Meskipun berhadapan dengan laluan sukar di Dun, Ahmad Marthada melihat Abdul Khalid mempunyai sokongan kuat masyarakat kerana sebilangan besar mereka masih mahukan khidmatnya yang berani membelakangkan kepimpinan parti demi kepentingan rakyat, khususnya dalam isu air.

Isu MB: Pimpinan PAS dan PR tunggu tarikh 17 Ogos

KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS dan PKR hari ini mengambil sikap tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkembangan terkini kerajaan Selangor ekoran pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim oleh PKR semalam.

Masing-masing menyatakan akan menunggu tarikh 17 Ogos ini yang mana  PAS Pusat akan bermesyuarat bagi melihat apakah jalan penyelesaian seterusnya merungkaikan isu Menteri Besar Selangor itu.

"Saya rasa sebulan ini 'mood' raya dan kita kena raya. Hari ini hari raya dan wartawan jaga mood hari raya, jangan bercakap selain dari hari raya. Lepas Syawal kita bercakap insyallah,"kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar sebaik sahaja diserbu wartawan di rumah terbuka PAS hari ini.

Begitu juga dengan pandangan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebaik diajukan soalan oleh media berkenaan Tan Sri Khalid, beliau turut memaklumkan agar sama-sama tunggu pada tarikh itu nanti.

Azmin Ali yang turut menghadiri jamuan Rumah Terbuka PAS hari ini juga enggan mengulas lanjut berkenaan kemelut di Selangor.

"Keputusan dah buat kita ikut proses yang ada. Saya dijemput oleh PAS untuk hadir jamuan hari ini, jadi saya hadir pada hari ini untuk jamuan. Ok ya terima kasih semua,"kata Azmin yang ingin terus berlalu dari kepungan media.

Media yang sudah menjangkakan bahawa pimpinan Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut berhubung kemelut di Selangor, namun pelbagai persoalan yang ditanya termasuklah apa yang mereka makan dalam jamuan itu.

Doa TS Khalid Untuk DS Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Umum mengetahui persengketaan antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keengganannya untuk melepaskan jawatan tersebut.

Namun, hari ini sempena hari kelahiran Anwar yang ke-67, Abdul Khalid tetap menyampaikan ucapan dan mendoakan agar Anwar panjang umur.

“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semoga dikurniakan umur yang panjang untuk istiqamah dengan agenda reformasi dan perjuangan rakyat,” tulisnya di laman sosial Facebook, sebentar tadi.

Jika ayam tidak berkokok, hari akan siang juga

Saya amat yakin yang untuk mendapatkan pembaharuan dan kebaikan, kita perlu melalui yang terburuk. Apabila keadaan menjadi terlalu buruk maka kebaikan akan mendatang. Apa hikmah yang akan mendatang yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu. Bagi kita yang penting ialah untuk mencari jalan dan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk diri kita, ia juga yang terbaik bagi negara dan rakyat yang ramai.
Isu di Selangor tentunya salah satu dari perkara yang saya sebutkan tadi. Mesti ada yang kecundang, malahan apa yang berlaku kini membolehkan pembersihan diri bagi pemnimpin-pemimpin yang sedang bergolak sesama sendiri sekarang ini.
Besok kita akan mendengar apa keputusan PAS dalam menentukan sikapnya berhubung dengan isu yang di hadapi oleh Pakatan Rakyat Selangor. Jika di nilai dari keputusan awal, Dewan Ulamak PAS tetap tegas dengan keputusan untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar dan ia perlu di hormati oleh ahli-ahlinya terutamanya dikalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan negerinya di Selangor.
Amat janggal jika PKR meminta semua ADUNnya taat dan setia kepada parti maka tentulah tidak menyalahi moral jika ADUN-ADUN dan ahli-ahli PAS juga menghormati kepimpinan partinya itu. PAS sudah biasa bersendirian dan parti itu masih wujud, malahan PAS tidak lagi parti yang bertompok-tompok sokongannya tetapi parti itu berada di mana-mana dalam Semenanjung Malaysia ini.
PAS nampaknya tegas dengan pendirian dan ia tetap akan mengambil keputusan berdasarkan kepada keputusan yang di ambil oleh Dewan Ulama nya. PKR tidak boleh marah dengan keputusan itu kerana dalam politik ini banyak keputusan di ambil bukan setakat dengan apa yang tersurat, tetapi yang lebih baik lagi ialah keputusan yang berdasarkan apa yang tersirat.
DAP dan PKR mungkin mengkritik PAS kerana tidak bersama dalam isu Khalid ini, tetapi PAS juga boleh memberikan alasan yang ahli-ahli Pakatan Rakyat juga wajar menghormati apa yang diminta oleh PAS. Jika tidak bertemu keserasian diantara kedua pihak berpisah bukannya tindakan yang tidak baik. Jika tidak mahu pertelingkahan yang berterusan maka perpisahan itu adalah wajar berlaku.
Dalam isu Selangor ini tidak ada pihak yang sepatutnya memaksa mengambil keputusan yang berat bagi PAS untuk mengambilnya. Walaupun banyak keputusan yang di ambil oleh PAS dalam banyak hal tidak berapa selesa, tetapi adalah tidak betul memaksa PAS membuat keputusan yang tersangat berat bagi PAS untuk bersama. Tekanan terhadap PAS oleh Anwar begitu kuat sehinggakan PAS sendiri terutamanya dikalangan ulama PAS sudah sampai ketahap yang mereka tidak dapat menerimanya lagi.
PAS tidaklah begitu tegas terhadap kemahuan Anwar ini, malahan selama ini PAS telah memberikan Anwar begitu banyak laluan dalam banyak perkara. Tetapi jika PKR dan Anwar mengambil kelembutan PAS itu sebagai kelemahan yang boleh di ambil kesempatan, itu adalah satu sikap yang sangat tidak bermoral. Hanya kali ini PAS mengambil keputusan dengan tegas takkan lah sampai menganggap PAS sebagai pengkhianat kepada Pakatan Rakyat pula.

Krisis Selangor dan masa depan Malaysia


Selangor-Pakatan


-Liew Chin Tong

Krisis Selangor telah merebak dan tidak lagi menjadi krisis Selangor semata-mata. Krisis Selangor kini sudah menjadi krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Lebih daripada itu,persoalan tentang masa depan timbul: Adakah Pakatan Rakyat akan kekal dalam format yang sama selepas ini?
Saya menonton rakaman video ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu program solat hajat di kediaman rasmi beliau bersama beberapa orang tokoh PAS melalui KiniTV, dan saya mengakui merasa terkilan selepas menontonnya.
Khalid berkata bahawa beliau tidak ingin menyebut tentang politik semacam adanya batasan politik dengan pentadbiran kerajaan negeri. Sejak dilantik sebagai Menteri Besar pada tahun 2008, beliau mengulangi bahawa dirinya seorang ahli korporat dan bukan ahli politik, dan beliau serah kepada orang politik untuk bermain politik, supaya dirinya dapat memberi tumpuan terhadap kerja pentadbiran.
Apa yang mengusik saya adalah Khalid berhujah dalam kerangka Islam-bukan Islam, bahawa kerajaan beliau adalah kerajaan Islam dan kerajaan pimpinan orang Islam yang tidak boleh dipersoalkan dan terutamanya tidak harus dipertikaikan oleh DAP (yang dianggap sebagai parti mewakili bukan-Islam).
Walaupun ramai terpengaruh dengan hujah bahawa politik boleh diasingkan daripada pentadbiran, pandangan sedemikian hanya akan menafikan hak rakyat yang memilih kita dalam pilihanraya. Di seluruh dunia, kuasa penjajah dan kerajaan kuku besi memisahkan politik daripada pentadbiran supaya mereka boleh menguasai sumber-sumber awam tanpa mengambil kira suara rakyat jelata.
Oleh kerana proses pendemokrasian negara kita tidak berkembang seperti Indonesia, “politik” masih ditafsirkan dalam makna negatif oleh kebanyakan orang. “Politik” dianggap kotor, sebaliknya “pentadbiran” adalah sesuatu yang suci.
Dalam kerangka ini, Khalid menolak pandangan, cadangan dan teguran sepanjang tempoh enam tahun beliau menyandang jawatan Menteri Besar Selangor. Saya tidak berkata bahawa semua pandangan, cadangan dan teguran terhadap Khalid semestinya betul dan baik, kerana sememangnya ramai yang tidak berniat baik.
Tetapi kita tidak boleh mengabaikan prinsip-prinsip dalam sistem politik yang sedang kita amalkan. Kerajaan Malaysia dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya. Selepas pilihanraya, parti atau gabungan parti yang memenangi kerusi terbanyak diberikan mandat untuk melantik di kalangan mereka seorang ketua kerajaan dan juga jemaah menterinya.
Ketua kerajaan yang dilantik mesti menjalankan tugas beliau dengan fahaman bahawa asas jawatan beliau adalah parti yang melantiknya. Asas kuasa parti dalam perlantikan ini adalah sokongan rakyat. Hujah bahawa pentadbiran boleh terpisah daripada politik sebenarnya tidak berasas.

Kawalan keselamatan bangunan SUK Selangor dipertingkatkan

Kerajaan negeri Selangor mengetatkan kawalan keselamatan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam bagi mengelak insiden tidak diingini, dicetuskan pihak tertentu susulan kemelut jawatan menteri besar. Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohammed Kushrin Munawi berkata arahan kawalan keselamatan itu dikeluarkan pihaknya yang turut melibatkan pemantauan secara berterusan di kawasan bangunan pentadbiran kerajaan negeri. "Arahan dikeluarkan supaya keselamatan bangunan SUK ini diperketatkan untuk pastikan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. "Ini kerana kita khuatir jika ada pihak tertentu cuba bertindak di luar kawalan (berkaitan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor)," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Kursus Perdana Haji peringkat Negeri Selangor 1435 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah-langkah kerajaan negeri susulan pergolakan jawatan Menteri Besar Selangor setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keanggotaannya oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong ketika mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkata keputusan pemecatan itu dibuat sebulat suara berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Selain itu, katanya, Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, termasuklah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan ADUN Selangor. Khalid menyertai PKR pada 2007.

DAP arah Exco teruskan tugas sementara MB baharu dilantik

Zuraida: Khalid penderhaka yang belum masuk neraka

Azmin: Who says I don't support Azizah?

PAS excos won't quit Selangor gov't

Saya harap Khalid Ibrahim merayu, kata Khalid Samad

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara, Shah Alam hari ini. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menyatakan beliau masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta daripada PKR semalam.‎ Beliau – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2014. 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis 'Kursus Perdana Haji' di Masjid Negara, Shah Alam hari ini. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menyatakan beliau masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta daripada PKR semalam.‎ 

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad menunjukkan simpati terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menasihatinya membuat rayuan kepada PKR supaya keahlian dalam parti dikekalkan.
Menyifatkan keputusan PKR itu sebagai mendadak, beliau berkata Khalid masih punya ruang untuk membuat rayuan selepas dipecat serta merta semalam.‎
"Saya pun masih terkejut dengan pemecatan Khalid daripada parti. Keputusan tersebut mendadak.

"Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini," kata ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di Taman Melewar, Gombak, hari ini. Khalid  berkata, ‎pihaknya bagaimanapun tidak akan masuk campur isu dalaman PKR dan akan menunggu keputusan rasmi mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos ini.
"Kita tunggu sampai 17 Ogos ini, tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim sudah dipecat daripada parti sebab sebelum ini Majlis Syura tidak mendapat keputusan atau laporan penuh berhubung isu ini," katanya.

Azmin nafi rebut jawatan MB Selangor dengan Wan Azizah

Mohamed Azmin Ali bercakap kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos,  2014.  
Mohamed Azmin Ali bercakap kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mena‎fikan wujud perebutan jawatan menteri besar Selangor antara dirinya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Siapa kata? Jangan buat spekulasi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka PAS di Taman Melewar, Gombak, di sini hari ini.
Mengulas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim‎, Pengerusi PKR Selangor itu berkata tindakan diambil demi menyelamatkan parti dan Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam krisis ini kita kena bersatu padu, ini yang kita jalankan. Pastikan semua keputusan diambil untuk menyelamatkan parti dan PR. "Pada saya, itu keutamaan sekarang ," katanya sambil meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pemimpin PR untuk menyelesaikan isu ini.
Kekecohan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya berlaku pada Rabu lalu apabila kenyataan media  menyokong Azmin diangkat sebagai menteri besar diedarkan.

Pas jangan pecah gara-gara Khalid

Apabila PKR telah menggunakan kuasa perlembagaan yang ada kepadanya untuk memecat Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, Pas sudah tidak ada hak lagi untuk mempertahankan Khalid dalam konteks dia ada hubungan dengan Pakatan Rakyat. Khalid kini bukan lagi warga Pakatan Rakyat. Dia adalah ahli bebas yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti. Posisi Khalid dari segi politik dengan Pas samalah dengan kedudukan Inchek Ibrahim Ali di Pasir Mas.

Bagi orang yang berfikir secara logik dan menghormati perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tidak akan memperdulikan lagi kepada Khalid. Hak dan tanggungjawab itu sudah tidak ada. Sebahagian pimpinan Pas sebelum ini mempertahankan Khalid. Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sampai membuat mesyuarat di Kota Bharu untuk mempertahankan Khalid.

Sebelum mesyuarat, Presiden Pas telah membelakangkan keputusan konsensus majlis presiden mengumumkan sokongan terbuka kepada Khalid. Ia diturut bantu oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz juga mempertahankan Khalid.

Kini kerja-kerja Pas untuk mempertahankan Khalid sudah pun berakhir. Seperti dikatakan tadi dari sudut peraturan sebuah organisasi Khalid tidak ada kaitan apa-apa dengan Pas. Mungkin atas sifat manusia (kawan atau jiran) mungkin orang Pas boleh bersimpati kepadanya tetapi bukan dalam konteks politik.

Tanggungjawab dan fungsi berorganisasi ini patut difahami oleh semua orang. Jangan ada kekeliruan pula ada yang mengatakan pemecatan Khalid itu sebagai satu kezaliman. Kepada sesetengah penyokong Pas yang menyayangi Khalid  mungkin kerana termakan buah tangan perlu faham hakikat ini. Tidak apa-apa kezaliman atas pemecatan itu melainkan ia proses politik yang biasa sahaja.

Semasa Hassan Akidah (Hasan Ahli) dipecat oleh Pas satu masa dahulu, apakah ada mana-mana pihak daripada PKR atau DAP mempertikaikan tindakan Pas memecat Hasan Akidah itu. Walhal pemecatan Hasan Akidah itu dibantah oleh segelitir ahli Pas. Mereka menganggap pemecatan itu sebagai tidak adil dan zalim.

Tetapi tidak ada mana-mana pemimpin PKR mempertikaikan tindakan Pas itu. Kenapa? Sebabnya mereka memahami bahawa urusan memecat Hasan sebagai ahli Pas itu adalah sebagai hak mutlak Pas. Rakan Pas perlu menghormati keputusan Pas itu sebagai urusan rumah tangganya walaupun Hasan itu adalah rakan karib mereka. Kenapa pula bila PKR pecat Khalid ada orang Pas yang iseng mempertahankan Khalid? Dimanakah logik dan asasnya?

Mereka yang bersolat hajat di rumah Khalid kerana mempertahankan Khalid juga wajar menghentikan tindakan mereka. Tindakan mereka membela dan mempertahankan Khalid sudah tidak relevan lagi. Bahkan tindakan itu diketawakan kerana ia satu aksi politik yang dangkal.

Setelah dipecat PKR, Khalid pula dijangka memecat 3 EXCO dari PKR dan 3 DAP .!!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR tidak mungkin tergesa-gesa memohon perkenan Sultan Selangor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya diadakan pilihan raya negeri.

Beliau masih kekal sebagai menteri besar, itu fakta termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Lagipun, Lembaga Disipin PKR memberikan Khalid tempoh 14 hari untuk merayu keputusan memecatnya yang berkuat kuasa Sabtu.

Jangan lupa, beliau hanya dipecat dari PKR manakala tiada kaitan dengan DAP serta PAS.

Jika DAP dan PAS bersetuju dengan keputusan pimpinan PKR yang sudah hilang kepercayaan terhadap Khalid, kedua-dua parti itu perlu menyatakan secara rasmi dengan perakuan Adun parti masing-masing sama seperti dilakukan Adun-Adun PKR.

Semalam PKR meminta Adun yang mewakili parti membuat akuan sumpah menolak Khalid dan menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Setakat ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad menegaskan akan merujuk perkembangan terbaru politik negeri itu kepada PAS Pusat.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, parti itu juga kan memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

Antara cadangan parti itu adalah meminta tiga Adun yang dilantik Exco meletak jawatan kerana tdak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai Menteri Besar.

PASMEB: “Ini bukan demokrasi tapi diktator”

pasmebSHAH ALAM, 10 OGOS : Pakatan Anak-anak Selangor yang menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan terus menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memegang jawatan orang nombor satu di negeri itu.
Pengerusi PASMEB, Mazli Saring, berkata sokongan itu akan tetap diteruskan walaupun Abdul Khalid menyertai parti lain.
Katanya, sebagai rakyat dan pengundi  mereka mempunyai hak untuk memilih parti yang diinginkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas dan memberi sebarang kenyataan dengan lebih lanjut ekoran menghormati nasihat daripada pihak menteri besar untuk tidak memberi sebarang kenyataan dan mengadakan aktiviti sementara Majlis Dewan Diraja Selangor berbincang kedudukan jawatan itu esok.
“Atas kesempatan itu, kami dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak,” katanya ketika ditemui di kediaman Menteri Besar, di sini.
PASMEB mula berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar untuk menyatakan solidariti atas pemecatan beliau oleh partinya sendiri.
PASMEB juga dikatakan tidak bersetuju di atas pemecatan itu.

Khalid nasihat Pasmeb batal demo

Sebahagian peserta yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor dan mengutuk tindakan Anwar Ibrahim di depan kediaman rasmi Abdul Khalid hari ini. - Foto Sinar Harian oleh RAZIATUL HANUM A.RAJAK
SHAH ALAM - Demonstrasi Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) yang dijadual hari ini terpaksa dibatalkan penganjur selepas mendapat nasihat daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Pasmeb, Mazli Saring berkata, Abdul Khalid memaklumkan kepada pihaknya agar tidak mengadakan sebarang aktiviti ataupun mengeluarkan sebarang kenyataan media buat sementara waktu.

Menghormati perkara tersebut, Pasmeb menangguhkan demonstrasi yang dirancang diadakan di depan kediaman rasmi Abdul Khalid jam 2 petang tadi.

"Kami terima nasihat tersebut jam 1 petang tadi tentang keadaan semasa.

"Semua aktiviti dan kenyataan media dihentikan sehingga diberitahu kelak.

"Kami minta maaf kepada pihak media yang menanti sejak tadi," katanya kepada pemberita, ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau mewakili Pasmeb bertegas menyatakan bantahan terhadap keputusan PKR memecat Abdul Khalid.

PSM: Pecat MB, Lembaga Disiplin PKR laksana ‘penghakiman kangaroo’

arutchelvan-psmSHAH ALAM, 10 OGOS: Pemecatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai ‘penghakiman kangaroo’ ekoran keputusan terburu-buru Parti Keadial Rakyat (PKR).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan menyifatkan pemecatan itu tidak sah atau ‘penghakiman kangaroo’ kerana tertuduh harus diberi hak membela diri terlebih dahulu sebelum proses pemecatan dilakukan.
“Saya pernah kendalikan banyak kes pemecatan. Tertuduh diberi hak membela diri kerana kalau tidak, ia adalah prooses pemecatan tidak sah atau pnghakiman kangkaroo,” katanya melalui laman Facebook.
Arul berkata, seharusnya semua pihak menunggu keputusan gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan jika salah baru PKR mengeluarkan Abdul Khalid daripada parti itu.
“Sekarang Abdul Khalid seperti mangsa perebutan kuasa dalaman PKR. Cara terburu-buru ini menjadikannya mangsa dan hero, bahkan yang penting bukan orang dalaman tahu tetapi perspektif rakyat luar,” katanya.
Beliau berkat, parti yang baik akan dapat menyelesaikan masalah kecil dalam perbincangan dan masalah besar dalam kongres serta memberikan amaran dahulu.
Katanya, PKR juga seharusnya memandang serius sentimen rakyat yang menyokong Abdul Khalid dan ahli PKR yang memilih beliau sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, Faekah Husin turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Abdul Khalid itu diatur ‘gerakan’ tertentu.

'Jangan demo dulu, pesan Khalid'

Satu demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sepatutnya diadakan hari ini dibatalkan atas arahan menteri besar Selangor itu sendiri.

Menurut Pengerusi Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) Mazli Saring, program yang dirancang diadakan pada jam 2 petang dibatalkan selepas beliau mendapat panggilan daripada Khalid pada jam 1 petang.

"Program hari ini sepatutnya diadakan. Tetapi kita dapat satu nasihat daripada menteri besar.

"Atas kesempatan ini, kita dinasihat supaya tidak buat sebarang kenyataan media atau program sehingga diberitahu kelak," katanya kepada media.

Exco PAS tak akan keluar dari kabinet Khalid

Exco Selangor daripada PAS tidak akan meletak jawatan atau berhenti dari bekerjasama dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita akan teruskan kerja seperti biasa. Tidak ada kata nak berhenti. Business as usual (berkerja seperti biasa).

"Saya ulang balik pendirian kami sama seperti Majlis Syura sebelum ini tiada masalah dengan Khalid," kata pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad.

Katanya, sekiranya perjalanan pentadbiran negeri terganggu kerana tiada exco maka rakyat Selangor akan menyalahkan Pakatan Rakyat.

"Masalahnya kalau tak beri kerjasama yang jadi mangsa ialah rakyat.

"Kita akan terus berjalan seperti biasa kena fikir (tentang imej) Pakatan Rakyat sekarang ini," kata beliau ketika ditemui di majlis sambutan hari raya PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata tiga exco DAP Selangor mungkin bertindak meletak jawatan susulan keputusan PKR memecat keanggotaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Keputusan DAP terkini pula hari ini bagaimanapun memutuskan exconya kekal bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri semasa proses pertukaran menteri besar.

Iskandar mendedahkan beliau menerima arahan dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk tidak meletak jawatan selepas DAP mengeluarkan kenyataan itu semalam.

Beliau yang juga exco kanan Selangor berkata PAS Selangor akan terus mengikut arahan parti yang menurut beliau sehingga kini masih tiada masalah dengan Khalid.

"Sekarang ini memang sepertimana kita kekal dengan pendirian kita dan pendirian majlis syura. Kita semua dah tau pendiriannya," kata beliau.

'Khalid mesti kekal bersama Pakatan'

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad mahu Khalid kekal dalam Pakatan.

Menurut beliau Khalid memberi sumbangan berguna selain banyak berjasa dalam Pakatan Rakyat.

"Khalid sepatutnya dikekalkan dalam Pakatan. Saya harap beliau merayu kepada PKR dalam tempoh 14 hari ini, " kata beliau ketika mengulas pemecatan Khalid.

'Bila PAS & PKR saling londeh melondeh...'

Kegagalan PAS dan PKR yang kini saling londeh melondeh sesama sendiri dalam isu krisis menteri besar Selangor menimbulkan kesangsian sama ada mereka mampu menjadi alternatif sebenar kepada BN.

Perkara itu dibangkitkan penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik (bawah) hari ini.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya PAS dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan antara satu sama lain.

“Di dalam kes di Selangor (ia) telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Maszlee melihat krisis itu menjadi ujian paling getir untuk menguji sejauh mana “politik baru” yang ingin dibawa oleh Pakatan, dalam keadaan tiada pihak dominan dalam gabungan mereka.

Katanya, walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya daripada PAS yang bertindak menyalahi keputusan itu.

“Malah, dalam sesetengah insiden, terdapat pemimpin bawahan parti-parti Pakatan yang akan menggunakan media umum untuk menunjukkan bangkangan mereka terhadap kesepakatan majlis presiden,” katanya.

Katanya, perkara itu menyebabkan ramai pihak yang telah meletakkan harapan kepada Pakatan pada dalam pilihan raya umum lalu dan akan datang “keliru, hampa dan kecewa”.

PAS Selangor sedia hadapi pilihan raya mengejut

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya akan bersedia bila-bila masa jika berlakunya pilihan raya negeri mengejut ekoran krisis kedudukan menteri besar di negeri itu. Namun beliau optimis krisis itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa perlu diadakan pilihan raya negeri. "Saya tidak fikir sampai ke tahap itu, tetapi berada dalam politik kena sentiasa bersedia hadapi pilihan raya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS Pusat di Taman Melewar di Gombak, hari ini. Katanya, pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak akan menjejaskan kerja pentadbiran negeri yang akan diteruskan seperti biasa. Iskandar turut menolak dakwaan Exco PAS akan meletakkan jawatan sebagai tanda solidariti kepada Khalid. "Pentadbiran perlu diteruskan. Tidak adil kepada rakyat jika Exco PAS meletakkan jawatan," katanya yang mengulangi pendirian PAS Selangor selari dengan keputusan Majlis Syura dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“JIKALAU TIDAK BERADA ADA TAKKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH”

Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR. Tentulah sudah begitu lama isu kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini. Jikalau keseluruhan kepimpinan ‘berani’ membuat keputusan demikian, tentulah ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian. Sekiranya ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran rasional pula ingin juga mengemukakan soalan. Apakah keseluruhan pimpinan PKR itu tidak dapat menilai antara yang betul denga yang salah. Ataupun apakah keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah tidak sedemikian caranya. Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti adalah ‘keadilan’ kepada semua. Tentulah tidak timbul isu ‘kezaliman’ apabila hukuman  dikenakan ke atas TS Khalid.

jikalau kita berfikir secara rasional, maka inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti, ‘accountability’ dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak. Tindakan PKR ini mungkin ‘merunsingkan’ juga setengah pihak yang merasakan bahawa tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan. Ini yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah.

Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan ‘bebanan’ yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut di Selangor ini. TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut ini. Yang tentu menyedihkan lagi ialah ‘maruah’ dan ‘harga diri’ TS Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah ‘berdegil’ dan terus ‘berpaut’ kepada ‘dahan yang rapuh’ itu. Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang ‘sisa-sisa’ hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas.

Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan merupakan jawatan ‘turun temurun’ seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah ‘disuruh’ berhenti dari jawatan berkenaan. Dato’ Abu Hassan Omar yang pernah juga ‘diarah’ meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing. Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah ‘ada udang disebalik batu?’ dan peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘jiakalu tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah’. Apakah begitu keadaannya yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini?

TS Khalid masih tidak mahu mengalah…

Pas tidak kisah jika terpaksa keluar PR - Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahmad Yakob Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.
"Seandainya kita (Pas) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan Pas ini bukan mudah.
"Keputusan Majlis Syura Ulama Pas telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia  merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.
Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama Pas telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.
Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

PAS terus bersama Pakatan walaupun PKR pecat Khalid, kata Mustafa Ali


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.
"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.
Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam).

Exco DAP Selangor kekal sehingga Khalid diganti, kata Guan Eng

 Tiga Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) kerajaan negeri Selangor DAP tidak akan meletakkan jawatan walaupun parti itu tidak lagi mengiiktiraf Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar yang sah selepas pemecatannya dari PKR. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketiga-tiga mereka akan kekal sepanjang tempoh peralihan sehingga menteri besar baru dilantik. "Exco tersebut akan kekal jawatan mereka kerana dilantik Pakatan Rakyat.  "Mereka bertanggungjawab sebagai exco negeri dilantik Pakatan, dan Khalid tidak lagi mewakili Pakatan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dengan ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP hari ini. DAP memiliki tiga exco dalam kerajaan negeri Selangor, iaitu Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V Ganabatirau. Lim berkata percaturan peralihan diperlukan untuk memastikan pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu diteruskan sehingga menteri besar baharu dilantik. Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata semalam exco DAP mungkin akan letak jawatan daripada kabinet negeri selepas penyingkiran Khalid. "Selepas disingkir, kami tidak lagi mengiiktiraf status Khalid sebagai menteri besar. Kami tidak akan bekerjasama dengan menteri besar bukan daripada Pakatan," kata beliau dipetik daripada portal Malaysiakini semalam. Kepimpinan DAP dan 15 Ahli Dewan Undangan (Adun) mereka menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid. Lim berjanji kerajaan PR Selangor akan kekal dan stabil serta masih

Khalid mesti undur diri dengan cara terhormat, kata naib presiden PKR

Tan Sri Khalid Ibrahim mesti meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dengan cara yang terhormat selepas dipecat daripada PKR semalam, kata Naib Presiden PKR N Surendran. Katanya, cara yang wajar, biasa dan mengikut perlembagaan ialah ketua kerajaan negeri yang tersingkir itu mengumumkan yang beliau akan menghantar surat peletakan jawatan kepada Sultan dengan segera mungkin. Khalid dalam kenyataannya semalam menyifatkan tindakan pemecatannya 'cacat dan salah di sisi undang-undang' kerana tidak berpeluang melalui proses perundangan sebenar menjawab tuduhan ke atasnya yang didakwanya kabur.  Surendran berkata tuntutan Khalid yang dalam keadaan terdesak itu cuma satu cubaan mengalihkan pandangan kerana gagal menjelaskan alasan bertindak membantah keputusan parti untuk menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Bantahannya secara terbuka, terang-terangan dan tidak boleh diterima." Katanya tuduhan atas Khalid di dalam surat tunjuk sebab yang diberi PKR adalah jelas dan beliau juga diberi peluang untuk menjawab dan menjelaskan keadaannya berasaskan prinsip keadilan dan kesaksamaan. Menurut pertuduhan itu, Khalid membantah keputusan parti yang dibuat 21 Julai supaya presiden parti Dr Wan Azizah mengambil alih tempatnya sebagai menteri besar. "Lembaga Disiplin PKR dalam keputusannya mendapati atas satu sebab itu sahaja, Khalid layak untuk dipecat," katanya. Surendran berkata lembaga turut mendakwa Khalid mengingkari keputusan parti dan majlis pimpinan Pakatan dalam beberapa isu lain seperti disenaraikan dalam surat yang dihantar kepada Khalid pada 7 Ogos. "Adakah Khalid rasa parti tiada kuasa mendisiplinkan ahlinya yang membantah keputusan pimpinan pusat?" soalnya. Surendran mengingatkan Khalid, sebagai ahli biro politik dan majlis pimpinan,

PAS Terengganu Berdiri Teguh Bersama Presiden

Kemelut Jawatan Nombor Satu Selangor

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 08 Ogos 2014

Majlis Penasihat DiRaja bermesyuarat esok bincang isu MB

‘Pakatan k’jaan sah di S’gor, semua 3 exco DAP kekal’

DAP sokong PKR gantikan Khalid

Ahli Bebas tidak boleh jadi Menteri Besar - Zuraida

Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini calon Bebas menjadi Menteri Besar, melainkan berlaku di Selangor.
 
Katanya, selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilucutkan keahlian sebagai anggota PKR petang semalam, beliau sepatutnya meletakkan semua jawatan termasuk Menteri Besar kerana tidak lagi mewakili parti.
 
Sambil membidas Abdul Khalid yang enggan melepaskan jawatan itu dengan alasan pilihan dan kehendak rakyat, Zuraida berkata, pelantikan Menteri Besar dibuat oleh barisan kepimpinan parti, bukan pengundi.
 
"Calon untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipilih oleh parti. Selepas itu, baru giliran rakyat pilih atau buat keputusan untuk beri kemenangan atau kekalahan kepada calon berkenaan. 
 
"Begitu juga bab Menteri Besar, yang memilih dan melantiknya adalah parti, bukan rakyat. Rakyat hanya memilih dia menang sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Kelang dan Parlimen Bandar Tun Razak.
 
"Yang pilih dia jadi Menteri Besar ialah kepimpinan parti. Sekarang parti tidak lagi memerlukannya. Dia patut dan wajar letak jawatan," katanya pada ceramah politik penjelasan isu semasa negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.
 
Kira-kira 500 hadir pada ceramah yang turut menampilkan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.
 

Pintu PAS terbuka untuk Khalid, kata MB Kelantan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim boleh menyertai PAS selepas dipecat dari PKR, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS. "Terpulang kepadanya untuk menyertai PAS memandangkan beliau bukan lagi ahli PKR sekarang," katanya selepas menghadiri majlis Hari Raya anjuran Perbadanan Ekonomi Negeri Kelantan di Kota Baru. "Tetapi, apa pun kita perlu tunggu hasil pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menghadap baginda untuk mendapatkan nasihat bagi langkah seterusnya," kata Ahmad dipetik The Star Online hari ini.

Khalid Dipecat PKR: Bertenang & tunggu arahan, kata Pemuda PAS

Pemuda PAS menggesa anggotanya bertenang, menunggu arahan rasmi dan bersedia untuk sebarang kemungkinan dalam menghadapi isu pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim oleh PKR.

“Jangan bertindak secara sendirian dan menambah sulit terhadap krisis yang sedang berlaku,” kata ketuanya Suhaizan Kaiat.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan menegaskan keputusan mesyuaratnya semalam yang bersetuju menyokong usaha memperteguh Pakatan Rakyat seperti dipertegas Majlis Syura Ulama.

Dewan itu juga menyatakan kesediannya menjadi pendamai kepada krisis yang sedang berlaku.

Suhaizan juga menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan pentadbiran negeri berada dalam keadaan tidak stabil, seterusnya dimanipulasi pihak tertentu dengan mewujudkan kekacauan yang mendorong ke arah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru beliau mencadangkan sebuah jawatankuasa bagi menangani krisis melibatkan menteri besar Selangor dibentuk segera.

“Berdasarkan pengalaman krisis Kerajaan Negeri Perak tahun 2009, masa adalah terlalu pantas pada waktu ini. Masa boleh menjadi pedang kepada Pakatan.

Saifuddin: Kami sedia ditentang Khalid

 Datuk Saifuddin Nasution Ismail 
SHAH ALAM - PKR sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan dan penentangan yang bakal dikemukakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bercakap kepada media semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak Abdul Khalid bebas memilih untuk menentang PKR jika itu yang dimahukan dan pihaknya tidak akan menghalang sebarang langkah undang-undang yang mungkin diambil Abdul Khalid.

"Ini negara demokrasi, tidak ada sesiapa boleh sekat mana-mana peguam untuk ambil tindakan ke atas parti," katanya.

Peguam mewakili Abdul Khalid telah menghantar surat peringatan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR agar tidak membincangkan kedudukan Menteri Besar Selangor itu dalam mesyuarat petang semalam.
 
Surat itu diserahkan oleh peguam Edmund Bon kepada Pengerusi badan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pagi semalam.
 
Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata surat itu menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dibincangkan sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan terhadap Abdul Khalid.

"Pihak kami sudah bersedia dan sentiasa bersedia," kata Saifuddin ketika ditemui Sinar Harian Online.

Tidak jujur punca Khalid ditolak

Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian  
SHAH ALAM - Ketelusan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemerintahan dan politik mungkin masih boleh menyelamatkan karier politiknya, ujar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, jika Abdul Khalid memilih langkah menerangkan secara terbuka mengenai isu-isu yang dibangkitkan ke atas beliau selama ini, mungkin pihak PKR masih boleh merundingkan segala masalah yang dihadapi demi mencari penyelesaian yang lebih baik.

"Pemecatannya dilakukan dengan serta-merta kerana bimbang integriti parti akan terjejas disebabkan kepincangan pemerintahan dia (Abdul Khalid). Cara dia (Abdul Khalid) kadang-kadang kurang disenangi, dia susah untuk berjumpa, kadang-kadang susah untuk dibawa berbincang. Tapi setiap kali berlaku perselisihan memang kita akui kesilapan dan perbetulkan semua bersama-sama dia.

"Sekiranya berlaku jujur dalam soal penjelasan hutangnya sebanyak RM70juta, mungkin beliau tidak akan dibuang jawatan," katanya dalam ceramah Penerangan Isu Semasa Negeri Selangor, malam tadi.

Rafizi mendakwa, Abdul Khalid tidak pernah menafikan beliau berhutang dengan Bank Islam dan pernah mengaku beberapa kali beliau sememangnya bertanggungjawab untuk membayar hutang-hutang yang diambil di bawah pembiayaan Bank Islam.

"Bank Islam mempunyai hujah yang kukuh untuk memenangi kes di mahkamah yang akan memaksa Abdul Khalid membayar baki hutangnya. Abdul Khalid cuba menimbulkan keraguan bahawa pembiayaan al-bai bithaman ajil yang disediakan oleh Bank Islam tidak memenuhi syariah sepenuhnya.

"Atas hujah itu, Abdul Khalid cuba mendapatkan arahan mahkamah untuk membatalkan perjanjian pinjaman yang ditandatangani sebelum itu dengan Bank Islam.

"Jika hujah Abdul Khalid  diterima bermakna semua pinjaman yang dibuat di bawah kaedah perbankan Islam yang diambil oleh semua rakyat di negara ini, maka pinjaman rakyat Malaysia juga perlu diisytiharkan tidak sah dan terbatal. Ini termasuk pinjaman rumah dan pelbagai pinjaman lain yang banyak dibuat oleh rakyat kebanyakan di bawah kaedah perbankan Islam," katanya

Isu Politik Selangor – Dr Maszlee Malik

Krisis di Selangor merupakan ujian paling getir untuk menguji sejauh mana "politik baru" yang ingin dibawa Pakatan Rakyat benar-benar mapan. Berbeza dengan Barisan Nasional yang ternyata mempunyai "taiko" iaitu presiden Umno dan parti utama, iaitu Umno sendiri menjadikan koalisi BN lebih utuh dan tersusun walaupun mereka masih mengamalkan politik lama berdasarkan pembahagian kaum. Di dalam PR ternyata koalisi politik baru mereka tiada individu dan parti yang paling dominan.
Walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, namun seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya dari PAS yang akan bertindak menyalahi keputusan majlis presiden.
Malah, di dalam sesetengah insiden, terdapat pemimpin bawahan parti-parti PR yang akan menggunakan media umum untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap kesepakatan majlis presiden. Hal ini menyebabkan ramai pihak yang meletakkan harapan kepada PR pada PRU13 yang lalu dan PRU14 yang akan datang menjadi keliru, hampa dan kecewa.

Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya PAS dan PR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh-melondehkan dan juga telanjang-menelanjangkan di antara satu sama lain di dalam kes di Selangor membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN.

Forum Krisis Selangor: Alasan tidak tepat, nota 91 halaman terbukti hilang kredibiliti

Anwar mahu jumpa Hadi bagi tentukan masa depan Pakatan

S’gor royal council to discuss MB's position

Nilai Khalid di mata ahli Dewan dan Sultan -Dr. Shamrahayu Abd Aziz

Dr. Shamrahayu Abd Aziz
Adakah dipecat dari parti politik menjadikan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri secara automatik hilang kelayakan dan wajib melepaskan jawatan? 
 
Adakah keadaan ini dikira sebagai suatu "keadaan mendesak" (extraneous circumstance) yang memaksa menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri meletak jawatan atau meminta Sultan atau Yang di-Pertuan Agong membubar Dewan.
 
Dalam konteks undang-undang perlembagaan negara kita, seorang menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri layak dilantik dan kekal dalam jawatan sekiranya dia adalah seorang ahli Dewan dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan, bukan parti politik yang dia mendapat tiket atau menang pilihan raya.
 
Hakikat undang-undang di Malaysia, menteri besar, ketua menteri atau perdana  akan kekal memegang jawatannya sehinggalah hilang kepercayaan majoriti AHLI DEWAN. 
 
Hilang kepercayaan setakat keputusan mahkamah di Malaysia ini boleh berlaku dalam dua keadaan. 
 
Pertama, sekiranya ada undi tidak percaya secara formal dalam Dewan (Kes Stephen Kalong Ningkan) dan kedua, bila "keadaan mendesak" (extraneous circumstace) (Kes Datu Amir Kahar). 
 
Ada beberapa keadaan lain dalam konvensyen atau amalan perlembagaan, iaitu, kerajaan gagal mendapat sokongan meluluskan rang undang-undang penting; kerajaan gagal melaksana polisi penting dan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri gagal mendapat kepercayaan ahli dewan setelah meminta ahli Dewan menunjukkan kepercayaan mereka. 
 
Dalam kemelut Selangor, sekiranya dipecat parti politiknya adakah menteri besar masih kekal sebagai menteri besar?

Wujudkan Jawatankuasa tangani krisis MB Selangor

Berdasarkan pengalaman krisis Kerajaan Negeri Perak tahun 2009, masa adalah terlalu pantas pada waktu ini. Masa boleh menjadi pedang kepada PR 

krisisPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan yang tidak stabil.
Pemuda PAS sangat khuatir ruang ini akan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka dengan mewujudkan kekacauan dalam Negeri Selangor agar Dewan Undangan Negeri dapat dibubarkan
“Justeru dicadangkan Jawatankuasa Krisis MB Selangor perlu diwujudkan segera oleh PR bagi menangani masalah yang akan berlaku.
“Pemuda PAS mendesak agar konflik ini dapat ditangani dengan segera secara harmoni melalui majlis Presiden PR,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Suhaizan, setelah berlaku pemecatan ini, maka cadangan Pemuda PR untuk mengadakan pertemuan 8 mata sudah menjadi pertemuan 6 mata.
“Pemuda PAS difahamkan bahawa semangat pertemuan ini telah dan akan dilaksanakan oleh pimpinan utama PR.
“Pemuda PAS bersedia menerima apa juga arahan melalui kepimpinan tertinggi PAS bagi menyelesaikan kemelut ini,” jelasnya.
Katanya lagi, beliau memberi arahan kepada semua anggota pemuda PAS di seluruh Negara agar bertenang, bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan dan tunggu arahan dari Pejabat Pemuda PAS Malaysia.
“Jangan bertindak secara sendirian dan menambah sulit terhadap krisis yang sedang berlaku.
“Dalam mesyuarat Pemuda PAS Malaysia pada sabtu 9 ogos yang lalu Pemuda PAS Malaysia telah bersetuju menyokong usaha memperteguh PR seperti yang dipertegaskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) dan bersedia menjadi pendamai kepada krisis yang sedang berlaku,” ujarnya.

Zuraida Kamaruddin: Khalid dipecat kerana derhaka kepada parti

Kalau tidak mahu ikut undang-undang parti buat parti sendiri, jadi Menteri Besar sendiri

Zuraida-KamaruddinSHAH ALAM: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin berkata pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana beliau derhaka kepada partinya.
Zuraidah menuduh Khalid sebagai derhaka kerana ingkar mengikut arahan partinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Dalam situasi ini parti memilih Presiden PKR bukan pilih Ah Chong atau Ane.
“Ini derhaka namanya, tetapi belum masuk neraka lagi,” katanya dalam ceramah penerangan isu semasa negeri Selangor di Dewan Teratai, Seksyen 19.
Tambah Zuraida, beliau bercakap mengenai etika sebagai anggota parti harus mengikut undang-undang parti.
“Kalau tidak mahu ikut undang-undang parti buat parti sendiri, jadi MB sendiri.
“Apa susah, selepas ini Khalid bebas, buat parti bebas ikut pilihanraya. Tengok boleh menang ke tidak?” jelasnya.
Ujarnya lagi, Khalid mestilah mempunyai sikap merendah diri kerana beliau tidak akan menjadi MB sekiranya parti tidak mencalonkannya.
“Cukup lah lima tahun untuk Khalid mentadbir Selangor dengan caranya tersendiri. Beri laluan kepada orang lain.
“Namun Khalid tetap berdegil, dan enggan berundur untuk digantikan tempatnya dengan Wan Azizah. Ini memperlihatkan sikap Khalid sebenar.
“Jika inilah caranya, kita perlu menyokong tindakan parti membuat tindakan sedemikian kepada Khalid,” katanya.

Penasihat diraja bincang kedudukan MB esok

Majlis penasihat diraja kepada sultan Selangor akan membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Khalid berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan oleh badan itu di Istana Kayangan esok bagi membincangkan perkara itu ekoran pemecatan Khalid oleh PKR semalam.

Khalid juga berkata beliau “dinasihatkan” peguamnya untuk tidak membuat kenyataan lanjut berhubung perkara itu.

Khalid hari ini bertemu dengan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di masjid negeri di Shah Alam untuk merasmikan kursus haji peringkat negeri.

Selepas acara itu beliau memberitahu pemberita akan mengadap sultan esok selepas majlis berbincang bagi menentukan pendirian istana dalam isu itu.

Khalid tidak menunjukkan tanda-tanda akan merayu terhadap keputusan PKR.

Katanya, keutamaannya sekarang untuk berkhidmat kepada negeri sebagai menteri besar.

Saya masih MB Selangor, tunggu keputusan Majlis Penasihat Raja-Raja esok, kata Khalid

Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan masih menjadi menteri besar Selangor walaupun selepas PKR memecatnya semalam dan akan meneruskan tugas seperti biasa. Khalid berkata tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga selesai mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja esok dan tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada PKR. "Saya akan meneruskan tugasan sebagai menteri besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat sebarang kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja yang ditetapkan pada Isnin, 11 Ogos 2014," kata Khalid selepas menghadiri majlis di Masjid Negeri Shah Alam bersama Sultan Selangor. Khalid berkata tindakan undang-undang juga akan diambil bagi mencabar keputusan partinya. "Saya juga dinasihatkan peguam supaya tidak membuat sebarang kenyataan agar tidak mengganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang," katanya. Beliau bagaimanapun membidas tindakan pemecatan tersebut kerana bertentangan dengan perlembagaan parti. "Saya mengulangi kenyataan bahawa saya menerima keputusan PKR walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti," katanya. Mengenai sama ada akan membuat rayuan kepada PKR selepas dipecat, Khalid berkata masih menunggu sehingga mesyuarat esok selesai.

Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan majoriti, kata Anwar

 Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu krisis menteri besar Selangor diselesaikan segera agar pentadbiran kerajaan negeri dapat berjalan dengan baik. Anwar yang hadir di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, tempat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu akan bermesyuarat hari ini juga, mendesak agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar menghormati keputusan parti dan beliau sudah hilang kepercayaan majoriti. "Pendirian kami jelas, tetapi kita harus bergerak ke depan. Saya sudah berbincang dengan PAS dan DAP, kita harus selesaikan masalah ini segera supaya pentadbiran negeri dapat berjalan dengan berkesan.  "Saya fikir menteri besar sudah kehilangan kepercayaan parti dan majoriti dan beliau harus menghormati keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat 90 minit dengan pimpinan DAP.

Penyokong Azmin perlu sokong Wan Azizah – Yahya Shahri

Yahya Sahri
“Memang ada penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali yang berdegil mahukan Ahli Parlimen Gombak itu menjadi Menteri Besar, tetapi saya mintalah supaya mereka bertenang dan terima Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP).”
Begitulah permintaan ahli MPP, Yahya Sahri dalam pertemuan eksklusif bersama MalaysiaGazette di Petaling Jaya malam tadi.
Kata Yahya, ahli tidak boleh memperkecilkan kemampuan Wan Azizah malah perlu yakin bahawa Presiden PKR itu mampu melakukan yang terbaik jika menjadi Menteri Besar Selangor.
“Beliau bukan calang-calang orang. Dari segi pengalaman, beliau telah melalui pelbagai cabaran getir sejak penubuhan PKR lagi.
“Dari sudut akademik, beliau adalah pelajar pintar yang pernah mengharumkan nama negara ketika menuntut di luar negara,” ujarnya.
Jelasnya lagi, jika Khalid dianggap terbaik, Wan Azizah akan jadi yang lebih terbaik.
“Saya yakin lebih ramai pelabur yang akan melabur di Selangor jika Wan Azizah menerajui negeri ini malah akan membangun lebih pesat lagi,” katanya.
Bercakap tentang Azmin,Yahya menjelaskan Adun Bukit Antarabangsa itu juga bukanlah orang yang calang-calang.

Wan Azizah sedia jadi MB walaupun tiada pengalaman

Wan Azizah Wan Ismail
“Saya tidak ada pengalaman, tetapi saya sedia memikul tanggungjawab dan amanah rakyat,” kata Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
 
Beliau juga berkata, jawatan tidak penting baginya, kerana yang diutamakan parti ialah perjuangan dan sokongan padu daripada rakyat serta barisan kepimpinan bagi membawa tahap politik dan kerajaan negeri yang lebih baik.
 
Berucap menyampaikan ceramah politik mengenai penjelasan isu semasa negeri Selangor di Seksyen 19, Shah Alam malam tadi, Dr. Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang memberitahu, setiap masalah yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.
 
“Cuma bagaimana dan cara manakah penyelesaian itu hendak dilakukan, terletak kepada kepimpinan parti. Saya mengikut saja kehendak parti kerana perjuangan kita adalah untuk rakyat, bukan individu,” katanya.
 
Jelasnya, beliau cuba bangun dan bangkit melawan kezaliman sejak suaminya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap serta dipenjarakan oleh UMNO tahun 1998, demi menegakkan keadilan.
 
"Memanglah ramai yang nak bersama kita (PKR), kalau tidak kita tidak sampai ketahap apa yang ada hari ini," katanya.
 
Dr. Wan Azizah berkata, beliau turut tertanya-tanya apa yang berlaku di Selangor kerana beliau sendiri tidak pasti dengannya. 

Azizah: Ini bukan nepotisme

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dicalonkan partinya untuk jawatan Menteri Besar Selangor, mengakui tidak mempunyai pengalaman secukupnya untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.

Namun, katanya pertukaran menteri besar perlu dilakukan di Selangor ketika ini bagi menambah baik semua dasar kerajaan negeri di samping mengekalkan dasar lama yang memberi manfaat kepada rakyat.     

"Bagi saya, pertukaran  menteri besar tidak penting, yang lebih penting adalah amanah yang dipegang kita," katanya dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa di negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Pada 21 Julai lepas, Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara memilih Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Dr Wan Azizah, isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menepis dakwaan pihak tertentu bahawa pencalonannya itu bersifat nepotisme.
  
"Ini bukan nepotisme sebab saya pernah dilantik oleh Anwar mengetuai gerakan reformasi semasa suami saya berada di penjara pada 1998," katanya. 

Shazni Munir: Alasan tidak tepat, nota 91 halaman terbukti hilang kredibiliti..!!

shaznihqdefaultKUALA LUMPUR, 10 OGOS: Nota 91 halaman yang disediakan pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung ‘salah laku’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap ‘hilang krebiliti’ berikutan alasan yang dinyatakan di dalam dokumen berkenaan tidak tepat.
Kenyataan itu adalah merujuk kepada penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta yang didakwa membabitkan perbincangan antara Abdul Khalid bersama tokoh korporat, Tan Sri Rashid Manaf sebagai orang tengah.
Mengulas dakwaan itu, Eksekutif Komunikasi Menteri Besar Selangor, Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Abdul Khalid dan Rashid seperti yang dilaporkan kononnya berlaku sejak Januari tahun ini.
Katanya, perkara itu dinafikan sendiri Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Bidin sebaik sahaja dokumen itu didedahkan secara terbuka oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini.
“Kami di pejabat Menteri Besar Selangor bertanyakan terus kepada Azman sama ada betul atau tidak berlaku pertemuan untuk membincangkan pelupusan hutang Bank Islam dan beliau menafikan ada menyebut berlakunya perjumpaan dan perbincangan tentang perkara itu.
“Maknanya nota 91 halaman yang disediakan secara susah payah ini langsung hilang kredibiliti apabila sumber paling utama sendiri menafikan bahawa berlaku perjumpaan sulit atau khusus untuk membincangkan penyelesaian hutang Bank Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, semalam.
Shazni berkata, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Saifuddin terhadap Abdul Khalid perlu dipandang serius berikutan maklumat dan data yang diperoleh sama sekali tidak sahih.
“Rashid Manaf tidak berjumpa Abdul Khalid untuk membincangkan soal hutang. Ini bermakna Saifuddin hanya membuat satu tuduhan yang tidak benar kemudian terus menghukum orang itu,” katanya.

Ceramah PKR hentam Khalid malam tadi

Beberapa jam selepas memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pimpinan tertinggi PKR muncul di ibu negeri Selangor bertemu rakyat  dan buat pertama kalinya, tidak mengkritik kerajaan BN.

Seramai 400 hadirin di Seksyen 19 Shah Alam yang kebanyakannya penyokong PKR sebaliknya mendengar ucapan pemimpin kanan parti menceritakan  "masalah-masalah" menteri besar sejak 2008 yang kini perlu digantikan.

Kebanyakan mereka memberi reaksi terkejut dan bersetuju apabila mendengar satu persatu kesalahan Khalid sepanjang pentadbiran negeri dari masalah jalan berlubang dan sampah sehingga dakwaan beliau bekerjasama dengan tokoh yang rapat dengan Umno untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

MP Ampang Zuraida Kamaruddin memanaskan malam dengan menyatakan kegagalan Khalid menyelesaikan masalah jalan raya dan air di kawasan beliau.

Beliau yang turut dijangka mempertahankan jawatan ketua wanita PKR pada pemilihan parti ini menyindir Khalid kerana bersikap sombong dan membelakangkan parti dalam pelbagai isu.

"Kita bukan pilih "acong" atau "ane" mana jadi  presiden. Ini Presiden parti pun beliau (Khalid) tidak mahu layan," kata beliau diikuti dengan gelak tawa dan sokongan daripada hadirin yang hadir.

Zuraida berkata Khalid bertindak sombong apabila menyatakan beliau menjadi menteri besar kerana rakyat dan kini melupakan parti.

Beliau mengesyorkan agar Khalid menubuhkan parti baru jika ingin terus menjadi menteri besar.

"Saya MP Ampang kalau parti tak letak saya di Ampang adakah saya jadi YB di Ampang?

"Kalau tak nak ikut parti, baik dia buat parti sendiri jadi menteri besar sendiri.

"Tapi, boleh menangkah?" kata beliau dibalas dengan laungan "Tidak!" oleh hadirin.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pengarah strategi parti Rafizi Ramli mengulang kepada hadirin mengapa Khalid patut diturunkan dengan masalah hutang Bank Islam beliau.

Bagaimanapun hadirin sedikit kecewa kerana Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diberitahu sepatutnya datang tidak muncul.

Saifuddin ketika ditemui wartawan selepas ceramah menyatakan Anwar sedang menemui "seseorang yang amat penting."

Drama PKR boleh dijangka, nasib Abdul Khalid di tangan PAS - Noh

Drama PKR boleh dijangka, nasib Abdul Khalid di tangan PAS - NohKUALA LUMPUR: ‎Kemelut politik kerusi Menteri Besar Selangor sudah boleh dijangka dengan klimaks drama adalah pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR serta-merta pada Sabtu.

Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun jalan cerita sudah sampai ke penghujung kerana skrip tersebut memang sudah ada, masih ada episod baru yang lebih mengujakan iaitu pendirian PAS mengenai kedudukan Abdul Khalid.

"Episod seterusnya terletak pada PAS. Sama ada mereka terus sokong Abdul Khalid seperti mana pendirian mereka sebelum ini atau menarik balik sokongan mereka.

"Pada masa yang sama, sekiranya mereka ikhlas, mereka boleh mempelawa Abdul Khalid menyertai parti itu kerana kedudukan menteri besar yang kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  bebas," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Pada Sabtu‎, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid dari PKR kerana beberapa alasan termasuk mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memilih Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaharu.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, Majlis Syura Ulama PAS tetap dengan keputusan tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Penyokong Khalid mungkin demo susulan pemecatan

Satu gerakan dinamakan Pakatan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb) merancang untuk mengadakan demonstrasi bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim susulan pemecatan beliau dari PKR.

Pengerusinya, Mazli Saring berkata demonstrasi sedemikian tidak mustahil kerana ia diteladani daripada Ketua Umum PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kemungkinan ada demonstrasi itu ada kerana ia dari tahun 1998 yang telah diajar oleh ketua umum (Anwar Ibrahim) sendiri.

"(Kita lihat) bagaimana dia boleh (berdemonstrasi) mendesak (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir untuk berundur," katanya kepada wartawan selepas forum bertajuk "Khalid Ibrahim Belot Pakatan?" di Kuala Lumpur semalam.

Beliau bagaimana pun belum menetapkan tarikh dan tempat demonstrasi itu akan diadakan.

Menurutnya, pertimbangan itu bergantung kepada keputusan Khalid dalam masa terdekat.

Menurut Mazli, beliau melihat Khalid mempunyai dua pilihan - sama ada membubarkan dewan undangan negeri Selangor atau pun mempertimbang untuk menyertai PAS.

Pada penghujung forum juga, beberapa orang hadirin yang menyokong Khalid mengangkat sepanduk kertas manila dengan tulisan menyatakan sokongan kepada Khalid.

Di antara tulisan yang terdapat pada kad manila itu adalah "Kami rakyat bersama MB TSKI", "Jangan PKR permainkan rakyat Selangor", "Rakyat Selangor akan balas dalam PRU", dan "Doa rakyat Selangor dizalimi, diterima Allah lebih berkuasa".

Khalid sanggup bubar DUN?

Peguam Syahredzan Johan berpendapat, pemecatan Khalid tidak menjejaskan kedudukan sebagai menteri besar selagi  mendapat sokongan majoriti di DUN.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dijangka akan menggerakkan usaha untuk meraih sokongan dari kesemua 43 orang wakil rakyatnya, termasuk golongan yang setia dengan Khalid.

Pakatan seterusnya boleh mengemukakan usul tidak percaya ke atas Khalid di DUN apabila ia mendapat jumlah sokongan secukupnya, kata Syahredzan.

Khalid mesti cepat

Khalid bagaimanapun boleh mengatasi keadaan ini dengan memohon kepada sultan Selangor untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya baru diadakan, katanya.

"Beliau boleh memohon membubarkan Dewan tanpa mendapat undi tidak percaya atau apa-apa sokongan dari majoriti,” katanya lagi kepada Malaysiakini.

Jika itu pilihannya, Khalid perlu menjalankan usaha tersebut secepat mungkin kerana Malaysiakini difahamkan, baginda akan berangkat untuk kunjungan dua minggu di luar negara selepas majlis dengan menteri besar itu esok.

Walaupun raja muda boleh membubarkan DUN ketika pemergian baginda, Syahredzan berpendapat keadaaan itu mungkin tidak berlaku.

Rafizi: Pimpinan PAS paling banyak buat aduan ke atas Khalid

A tale of two menteris besar

The cases of Khalid Ibrahim and Nizar Jamaluddin: a study in contrasts.
By Koon Yew Yin
khalid nizar300When the political history of Malaysia for this period is written I am sure that special attention will be given to the role of two state political chiefs—the Menteri Besar of Selangor, Khalid Ibrahim, and his erstwhile counterpart in Perak, Nizar Jamaludin, and their handling of the political crises that emerged during their tenures.
Firstly it should be noted that both Menteris Besar helped make political history in that they and their Pakatan Rakyat colleagues captured power in the two prized states from the ruling Barisan Nasional coalition.
Secondly, much was expected of them in not only providing leadership that would be a change from the corrupt and anaemic state governments that preceded them but also in helping the coalition government of Pakatan become a serious contender for national power.
Today, we are seeing the impact of these two political leaders on the development of their states as well as on the Pakatan coalition.
Nizar, as is well known, had to go through a baptism of fire in which the Menteri Besarship was stolen from him with the crossover of three of the elected Pakatan assemblymen to the Barisan side.
During his brief stint in office, Nizar provided Perakians with a rare quality of leadership. Honest, fearless and non-racial, he led the way in introducing far reaching reforms to the state. These included the conversion of leasehold land to freehold titles at an 80% discount on premiums for all new and planned villages, the distribution of 1,000 ha of land to the state’s nine Chinese independent schools, free water (for the first 20 cubic meters), an allocation of RM40.9 million for allowances to religious supervisors and teachers, an allocation of land plots for the Orang Asli and others.
What remains imprinted in the memory of Perakians was also the way he dealt with the prolonged political crisis between late 2008 and early 2009. He could have feathered his own nest by doing a quiet deal with BN or by crossing over to the Barisan side. Or he could have looked around for scapegoats to explain the loss of power, including pointing the finger of blame at those in DAP or PKR.
To his credit, he never did so. What he did instead was to hold Pakatan in the state together and to show to Perakians as well as Malaysians that PAS leaders such as him were committed to the coalition’s reformist and common policy framework—to the extent that he was accused of being anti-monarchy and anti-Malay. In the process of doing so, we can see that Nizar consistently placed the wellbeing and higher interest of the coalition above all else, including his own party’s and his own individual self interest.

Will DAP hand Selangor to Umno?

If all the current Exco members resign, Khalid may have to offer their jobs to Umno.

DAP002DAP’s Central Executive Committee (CEC) meeting today will most likely discuss Menteri Besar Khalid Ibrahim’s sacking from PKR. The only course of action open to DAP would be for its three Exco members to resign because it is untenable for them to serve under a non-Pakatan Rakyat Menteri Besar.
We can expect the same from the three PKR Exco members. And if PKR and DAP put pressure on PAS, then the four PAS Exco members may also resign.
This means Khalid would be left without a government because the government here means the Exco.
Khalid would then be forced to appoint new Exco members from among the 12 Umno state assemblypersons. The Sultan would definitely approve the appointments, or else Selangor would be without a government.
The next State Assembly meeting will be in November, which will be when a vote of no confidence can be passed against Khalid if this is what Pakatan Rakyat is planning.