Sabtu, 9 Ogos 2014

Bukan kali pertama MB Selangor dipecat

Pada tahun 1976 Umno juga telah memecat Harun Idris kerana enggan melepaskan jawatan walau selepas mendapat desakan daripada partinya sendiri

selangor-state-assemblyPETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata ini bukan kali pertama dalam sejarah, Menteri Besar Selangor dipecat keahlian partinya, juga bukan kali pertama di Malaysia.
“Pada tahun 1976 Umno juga telah memecat Harun Idris kerana enggan melepaskan jawatan walau selepas mendapat desakan daripada partinya sendiri,” katanya di pejabat PKR.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan daripada partinya.
“Saya berharap Khalid berundur secara baik dan setuju bagi memudahkan proses pertukaran MB Selangor,” katanya.
Hari ini,Tan Kee Kwong telah mengambil pendirian bahawa Khalid telah dipecat dari PKR, berkuatkuasa serta merta.
Menurutnya, Lembaga Disiplin telah meneliti serta mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib Khalid, dan ini telah dibincang dalam Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.
“Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai lalu di mana parti telah sebulat suara memilih Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
“Khalid telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut,” ujarnya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Akar umbi anggap tindakan pecat Khalid tepat

Khalid Ibrahim secara jelas telah melanggar disiplin parti.
sokongSHAH ALAM: Tindakan Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang telah memecat Tan Sri Abdul Khalid dari menjadi ahli seumur hidup PKR merupakan satu tindakan yang tepat dan adil kata Naib Ketua Cabang Kuala Selangor, Nor Azhar Jamil.
Menurutnya, sebagai seorang pemimpin, beliau seharusnya mengutamakan kepentingan ahli-ahlinya sendiri selain tidak melupakan arahan-arahan yang diberikan oleh pihak parti.
“Bagi ahli parti di akar umbi, berita mengenai pemecatan Khalid kami anggap sebagai satu tindakan yang tepat kerana beliau secara jelas telah melanggar disiplin parti.
“Walaupun diberi masa untuk tampil memberi penjelasan, beliau masih enggan dan berdegil untuk melakukan yang demikian.
“Di peringkat cabang pula, Khalid tidak pernah menghiraukan kawasannya serta sering mengabaikan tanggungjawab,” ujarnya sewaktu ditemubual oleh FMT.
Azhar turut menjelaskan bahawa pihaknya menyokong sekiranya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar disiplin tanpa mengira jawatan.
Dalam masa yang sama, beliau turut menjelaskan di peringkat Cabang Kuala Selangor, pihaknya telah menetapkan resolusi untuk sebulat suara menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu.
Selain itu, bagi Azril Idris yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor,  selama enam tahun ini Khalid tidak pernah ambil kisah tentang AMK dicabangnya.
“Selama enam tahun, Pemuda tidak mempunyai apa-apa aktiviti kerana Khalid tidak pernah menghiraukan tentang pemuda,” ujarnya.

Nik Aziz: PAS tak campur PKR pecat Khalid

Pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada kaitan dengan PAS, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
  
"Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini.
  
"PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kota Bharu malam ini.
  
Nik Abdul Aziz juga berkata Majlis Syura Ulama PAS tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
  
"Tidak terima (keputusan Majlis Syura Ulama PAS) itu dia punya pasal," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar (MB) Selangor tidak mempengaruhi PKR dalam isu itu.
  
-Bernama

Fitnah: Dapsy gesa Nasrudin dikena tindakan undang-undang

SHAH ALAM - Pemuda DAP (Dapsy) menggesa tindakan undang-undang diambil ke atas Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi yang dikatakan menabur fitnah terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Ketua Pemudanya, Teo Kok Seong, Nasrudin bukan sahaja gagal meminta maaf kepada Guan Eng malah beliau turut didakwa mengkhianati perikatan PR yang terjalin selama ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasrudin langsung tidak memberi manfaat kepada PR khususnya ketika krisis Menteri Besar yang sedang berlaku di Selangor, malah ia memburukkan lagi imej parti.

“Kelakuan tersebut boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh beliau terhadap persepakatan yang didukung oleh DAP, Pas dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 6 Ogos lalu, Nasrudin melalui sebuah status yang dimuatnaik melalui laman Facebook miliknya mempertikaikan mengapa Guan Eng tidak dikritik oleh pemimpin PR yang lain berhubung projek pembinaan terowong di negeri itu ketika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas berhubung cadangan pembinaan satu lebuh raya di Selangor yang mencetuskan kontroversi.

Kenyataan tersebut telah mengundang kemarahan pelbagai pihak dan beliau kemudiannya diberikan tempoh masa selama 24 jam untuk memohon maaf kepada Guan Eng namun Ketua Pemuda Pas Pusat itu enggan berbuat demikian.

Keengganan beliau untuk berbuat demikian menyebabkan Guan Eng memfailkan saman fitnah ke atas beliau.

Dipecat: Abdul Khalid di beri 14 hari buat rayuan

PETALING JAYA - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan sekiranya beliau merasakan pemecatan itu tidak wajar dan beliau dinafikan
keadilan.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, jika perlu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mendengar rayuan berkenaan.

"Jika Abdul Khalid membuat rayuan, MPP akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuknya.

"Beliau boleh membuat rayuan mulai hari ini," katanya di Ibu Pejabat PKR,  di sini hari ini. 

Terdahulu Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Mesyuarat MPP PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan
kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.

PKR: Khalid sudah hilang kelayakan jadi MB Selangor

MB Bebas: Bola kaki Khalid, kalau dia sayang S'gor, kata Saifuddin

MB akur dipecat PKR, tidak diberi peluang yang adil

Abdul KhalidSHAH ALAM, 9 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan pemecatan beliau oleh Lembaga Disiplin Parti Keadilan (PKR) walaupun tidak diberi peluang yang adil.
Abdul Khalid berkata, beliau akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyanpaikan perkembangan baru itu.
“Saya menerima keputusan PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan itu adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.
“Seperti yang saya nyatakan melalui maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang  saya cabuli,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Lembaga Disiplin tidak memberikan jawapan balas walaupun beliau sudah memohon penangguhan sesi penjelasan dengan mencadangkan tarikh yang sesuai, pada 15 Ogos ini.
“Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya.
“Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj daripada pihak tertinggi parti.

Exco DAP S'gor pertimbang letak jawatan

Tiga orang Exco DAP Selangor mungkin bertindak meletak jawatan susulan keputusan PKR memecat keanggotaan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, DAP akan membincangkan langkah tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

“Selepas beliau disingkirkan, kami tidak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai MB. Kami tidak akan bekerjasama dengan MB yang bukan dari Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Aside from Khalid, the state executive council has 10 members from the Pakatan coalition - PAS has four, while PKR and DAP have three each.

Tiga anggota Exco tersebut adalah Ean Yong Hian Wah, V Ganabatirau dan Exco kanan Datuk Teng Chang Khim.

Pua berkata, CEC juga akan membincangkan kemungkinan bahawa Khalid akan menasihat Sultan agar membubarkan Dewan untuk membolehkan pilihan raya baru diadakan.

Katanya, kemungkinan bahawa pilihan raya negeri diadakan secara mengejut kini lebih besar.

Sementara itu, Exco kanan Iskandar Abdul Samad berkata beliau telahpun menjangkakan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR akan memecat keanggotaan menteri besar itu dari parti.

Katanya, beliau kini berserah kepada PAS mengenai tindakan yang patut dijalankannya.

“Saya telah menjangka Tan Sri Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka.

"Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya,” kata pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Seorang lagi orang kanan menteri besar, Faekah Husin turut berkongsi pandangan sama dengan Iskandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated itu turut membangkitkan bahawa usaha untuk memecat Khalid itu diatur oleh "gerakan" tertentu.

"Bagi saya ini tak mengejutkan. Perkara ini tak mengejutkan apabila melihat daripada momentum dan gerakan yang mereka aturkan.

"Keputusan ini kita dah jangka dan keputusan ini kita dah masukkan dalam salah satu situasi gerak kerja kita," katanya tanpa mengulas lanjut mengenainya.

Manakala Timbalan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo pula menyifatkan pemecatan itu sebagai "satu langkah menuju arah yang tepat".

"Khalid diberikan setiap peluang untuk mempertahankan dirinya. Terdapat proses pengadilan yang terbuka.

"PKR mempunyai segala hak untuk mendisiplinkan anggotanya. Saya rasa kes ini, berdasarkan keadaannya, layak dihukum dengan pemecatan," kata MP Puchong itu.

Rakyat Selangor akan hakimi pemecatan Khalid, kata timbalan ketua Pemuda PKR

Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainuddin mengatakan rakyat akan menghakimi tindakan partinya memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut Khairul, setahun yang lalu, PKR masih menyanjungi Khalid dan mengatakan beliau menteri besar terbaik yang rakyat Selangor punyai. "Biar rakyat nilai dan hakimi nanti apa yang berlaku hari ini sama ada betul atau silap," kata Khairul kepada The Malaysian Insider. "Seperti yang disebut ramai orang, setahun yang lalu, inilah menteri besar terbaik yang pernah dipunyai oleh rakyat Selangor." PKR hari ini memecat Khalid kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, menimbulkan persoalan sama ada masih wujud kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat jam 3 petang tadi memutuskan isu itu. Khalid tidak hadir memandangkan beliau bukan ahli badan pembuat keputusan tertinggi itu, tetapi terdahulu beliau cuba melalui peguamnya menghalang MPP daripada membincangkan kedudukannya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menghantar surat tuntutan supaya PKR tidak membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar Selangor sehingga beliau diberi kesempatan mempertahankan dirinya di hadapan Lembaga Disiplin parti. Pemecatannya bermakna PKR dan PR hilang satu kerusi di DUN dan Parlimen. DAP dijadualkan bermesyuarat esok

MENTERI BESAR TERIMA KEPUTUSAN PKR, AKAN DAPATKAN NASIHAT DYYM SULTAN SELANGOR

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadap saya. Malah, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang telah saya cabuli.


Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan tarikh 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, seterusnya mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut  prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar  mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.


TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

MB Bebas : TS Abdul Khalid masih MB Selangor yang sah.


 PETALING JAYA - Berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi Menteri Besar Selangor yang sah.


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun Abdul Khalid tidak lagi mempunyai sokongan majoriti berdasarkan faktor keputusan DAP dan PKR tidak lagi menyokong beliau.

"Kena faham, dari segi undang-undang tubuh negeri, adalah memang jelas beliau tidak ada majoriti lagi di Dun... kenapa?

"Sebab beliau sudah dipecat dari parti, dan PKR beserta DAP sudah menarik sokongan terhadap beliau.

“Abdul Khalid tidak lagi mempunyai majoriti sokongan Adun Selangor dan sebab itu tidak memenuhi syarat untuk terus memegang jawatan menteri besar, " katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam sidang media sama, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

PKR ambil langkah betul singkir Khalid, kata DAP

DAP mengalu-alukan keputusan mengejut PKR hari ini menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti itu kerana peluang secukupnya sudah diberikan kepada menteri besar Selangor itu. PKR hari ini memecat Khalid kerana mengingkari keputusan parti yang mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru. "Saya berasakan ia satu langkah yang betul. Khalid sudah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya menerusi proses yang berkaitan. "PKR mempunyai hak untuk mendisplinkan ahlinya," kata timbalan pengerusi DAP Selangor dan ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam satu kenyataan hari ini.

Sejarah Politik Malaysia, Tan Sri Abdul Khalid jadi MB pertama dari Bebas...!!

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Sivarasa Rasiah berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah tidak layak menjadi menteri besar kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat PKR.

Ini kerana, mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor seorang menteri besar haruslah mempunyai sokongan majoriti ADUN Selangor, katanya.

"Dari segi undang-undang tubuh, beliau (Khalid) tidak ada majoriti lagi di DUN Selangor jadi jelas beliau tidak lagi memiliki majoriti dan sokongan di selangor.

"Bagi saya dia tidak ada pilihan kalau dia diminta letak jawatan oleh ADUN," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Sivarasa bagaimanapun mengakui bahawa Khalid masih memegang jawatan menteri besar secara sah.

Katanya, Khalid hanya boleh dipecat oleh Sultan Selangor atau melalui undi tidak percaya dari ADUN.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengulas mengenai satu surat injunksi dari peguam Khalid yang dihantar semalam kepada parti.

Beliau menjelaskan, surat itu tiada kaitan dengan isu pemecatan Khalid.

Exco sudah jangka PKR pecat Khalid

Barisan anggota pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun menjangkakan bahawa Majlis Pimpinan Pusat PKR akan memecat keanggotaan menteri besar itu dari parti.

Salah seorang anggota Exco, Iskandar Abdul Samad berkata beliau kini berserah kepada PAS mengenai tindakan yang patut dijalankannya.

“Saya telah menjangka Tan Sri Khalid akan dipecat apabila PAS Pusat menangguhkan tarikh mesyuarat mereka. Saya sekarang hanya menunggu arahan dari parti saya,” kata pesuruhjaya PAS Selangor itu ketika dihubungi.

35 Adun Bersama Anwar Ibrahim, Khalid Dipecat Dari PKR

Datin Seri Wan Azizah dan 35 Adun PKR, DAP dan Pas dijangka menghadap DYMM Tuanku Sultan Selangor esok bagi penggantian Menteri Besar Selangor.
Sebentar tadi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.
Menurut sumber penyingkiran ini dipercayai dibuat setelah PKR berjaya mendapat sokongan 35 ADUN PR untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.
Sementara itu Malaysiakini.com melaporkan pemecatan Khalid dari PKR diumumkan oleh anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan demikian dalam sidang media selepas selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.
Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.
Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.
Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.
Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.
Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.
Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

TAN SRI KHALID IBRAHIM dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.....

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;
• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.


DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

PKR singkir Khalid dari parti


Majlis Pimpinan Pusat PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Beberapa orang sumber parti mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini petang ini, selepas mesyuarat lebih dua jam di ibu pejabat parti itu.

Kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat hadir ke mesyuarat tersebut kecuali Khalid.

Lembaga disiplin parti itu pada hari Selasa lalu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Khalid untuk menjelaskan mengenai tindakannya yang enggan berundur dari jawatan tersebut.

Keputusan agar Khalid berundur dari jawatan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai.

Khalid juga diminta untuk menghadiri pendengaran lembaga disiplin tersebut semalam untuk menjawab beberapa isu, termasuk elaun menteri besar dan langkah penstrukturan semula industri air di Selangor.

Dalam jawapannya, Khalid mendakwa surat tunjuk sebab itu “cacat” dan tidak menyatakan secara khusus tuduhan ke atasnya.

Lembaga tersebut semalam bagaimanapun meneruskan mesyuaratnya tanpa kehadiran Khalid, manakala hasilnya akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

Walaupun PR 'KO', PAS tetap utuh - Nik Aziz

Walaupun PR 'KO', PAS tetap utuh - Nik AzizKOTA BAHARU: Apa jua kemelut politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR) masa ini, ia tidak akan menggugat keutuhan Parti PAS.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz, PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya.

“Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya,” kata Nik Aziz ketika ditemui di kediamannya di Kota Baharu, Kelantan awal hari ini.

“Jadi sekarang ini PR ‘KO’ apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cara cabaran dan rintangan sepanjang zaman termasuk dalam beberapa siri perpecahan dalam kerjasama politik yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Nik Aziz, parti tersebut pernah bersama dengan UMNO sekitar tahun 1970, namun berpecah selepas itu.

PAS juga pernah bersama dengan Semangat 46 dalam angkatan perpaduan ummah (APU) pada tahun 1990 namun berpecah jua.

PAS  juga pernah bersama dengan DAP dan Parti Keadilan dalam barisan alternatif (BA), sekitar tahun 1999, namun selepas itu DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA.

Apa yang menarik, walaupun PAS berpecah dalam kerjasama politik yang dijalinkan, ia masih berdiri teguh dan utuh sehingga kini.

“Saya nak menyebut tentang hak saya sendiri, iaitu PAS Kelantan mengalami bermacam-macam masalah dengan parti lain.

“Kita mula dengan menyertai Barisan Nasional berdasarkan Tun Abdul Razak selepas 13 Mei. Saya dan Tan Sri Datuk Mohamad Asri Muda (bekas Presiden PAS) menyokong kuat masuk UMNO tetapi entah bagaimana kita ditendang keluar namun kita tegap duduk dengan keadaan kita, tidak mengapa berlaku kali kedua dengan Semangat 46. Kita bersama mereka akhirnya dan kita teruskan jua  -- itu sejarah kita,” katanya.

Jangan jadi ayam laga dilumur arang.....

Kata orang lagi tinggi sesebuah pohon kayu itu maka makin terdedah ia dengan cabaran dan dugaan. Apabila ia besar dan tinggi, angin akan berhembus "menempuh" pucuk, dahan, ranting dan batangnya bukan lagi angin sepoi-spoi bahasa, tetapi ia mungkin ribu taufan yang ganas dan garang. Bagi sebatang pohon itulah ujian dan tribulasi kehidupannya.

Sebenarnya tepuhan dan terjahan angin itu bukan disengajakan, melainkan ia adalah sunah dalam kehidupan yang mesti berhadapan dengan cabaran. Hikmat disebalik terjahan dan rempuhan itu menjadi pemangkin kepada keutuhan pohon berkenaan. Itulah natijahnya kalau kita mengerti.

Ini sesudai dengan sebuah firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "tidak dikatakan seseorang beriman selaginya ianya tidak diuji". Maksud surah Al Ankabut ayat 2-3.

Ertinya ujian dan percubaan itu akan meletakkan markah keimanan kepada seseorang. Ujian juga sebagai penanda atau pengukur sekuat mana keimanan seseorang. Boleh dianalogikan kepada seorang murid sekolah, tahap kecerdikan dan akalnya tidak diketahui kalau selagi tidak dijalankan ujian ke atasnya.

Ujian dan cabaran adalah pengukuhan dan proses pematangan dalam melayari kehidupan. Bagi sebatang pohon atau sebuah perjuangan (organisasi) angin dan ribut itu adalah pemangkin kepada kekuatannya.

Memahami hakikat itu, apa yang berlaku dalam rumah tangga Pakatan Rakyat sehari dua ini, yang “berjibuh” dengan beberapa isu, adalah ibarat apa yang sedang dilalui oleh pohon yang tinggi itu. Pakatan Rakyat sedang dalam proses pematangan minda dan ujian ke atas kepantasan para ahlinya berfikir dan bertindak. 
Pakatan Rakyat diuji setelah lebih setahun berlalunya PRU. Dalam proses uji kaji ini dapat diketahui sejauh mana ia kental dan utuh sebagai sebuah organisasi yang dicanangkan sebagai penyalin kepada Barisan Nasional (BN).

Selanjutnya ia juga menjadi ujian kesabaran, kepada para pemimpinnya sendiri baik sebagai pemimpin Pakatan Rakyat atau parti-parti gabungan Keadilan, PAS dan DAP.

Bagi para pemimpin pula ia menjadi ujian sejuah mana kecekapan mereka bertindak menyelesaikan masalah. Menguji sejauh mana ketelusan dalam kebersamaan dalam melawan UBN, yang kemudiannya menghindarkan sebuah pakatan seperti PR itu daripada tergelecah ke lembah daripada menjadi punah ranah. Kemelut yang berlaku kini yang agak membimbangkan sebenarnya proses bagi menguji parti itu dan pemimpinnya.

Lumrah sebuah organisasi atau parti politik tidak dapat mengelak berhadapan dengan krisis, perbalahan atau pun percanggahan pendapat yang semua itu dilahirkan atas satu tujuan untuk mencapai kejayaan atau menyempurnakan perjuangan. Tidak ada perbalahan atau percanggahan disengaja untuk memusanahkan apa yang dibina, melainkan semuanya untuk memperelokkannya.

Kenapa berlaku polimek ialah kerana masing-masing ada hak untuk memberi pendapat dan bersuara. Besuara itu pula merupakan kebebasan dan hasil demorkasi tulen yang didambakan. Semua pihak tidak mudah menolak pandangan sebaliknya perlu menerimanya dan dikaji akan sejauh mana kebenaran, pratikalnya atau baik buruknya.

Mental exercise
Justeru bagi penulis keributan atau kemelut yang berlaku di Selangor khasnya dalam Pakatan Rakyat yang didominasikan Keadilan berhubung jawatan MB Selangor bukan sesuatu yang serius melainkan ia sebagai sebuah "mental exercise" sahaja. Rumah Pakatan atau Keadilan masih belum dilanda ribut dan dibaham bah besar, apa lagi mahu roboh melainkan sedikit bergayang kerana ada hembusan angin.

Tanpa sokongan ADUN PAS, Wan Azizah tak mungkin menjadi MB Selangor..

Usaha PKR untuk menggugurkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya jika undi majoriti Adun tidak menyebelahi parti itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, PKR perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 29 undi majoriti, jika mahu Abdul Khalid digugurkan dan diganti dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Selangor ada 56 kerusi Adun, iaitu 15 daripada Pas, DAP (15), PKR (13) dan Umno (12). Berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri, calon baharu yang hendak dilantik perlu mendapat sekurang-kurangnya 29 undi Adun, sebelum mendapat perkenan Sultan untuk memegang jawatan menteri besar.

"Semalam (kelmarin) Majlis Syura Ulama Pas sebulat suara menyatakan pendirian mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Situasi ini menyukarkan lagi jalan untuk PKR mencapai hasrat mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Samsul Adabi berkata, PKR tidak boleh melantik Dr Wan Azizah tanpa sokongan Adun Pas. Oleh itu, peluang untuk Abdul Khalid dikekalkan masih ada.

"Jika keputusan Majlis Presiden PR yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tidak selari dengan keputusan Pas, PR tetap tidak boleh melantik menteri besar baharu kerana tanpa Pas tidak cukup undi majoriti.

"Keputusan sama perlu dicapai kerana pemerintahan PR melibatkan tiga komponen, iaitu PKR, Pas dan DAP," katanya.

Tidak mungkin MH17 ditembak pesawat pejuang - Hishammuddin

Tidak mungkin MH17 ditembak pesawat pejuang - HishammuddinBERA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan tersebar di media sosial yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.

Beliau berkata, sebaliknya hasil risikan dan bukti dikumpulkan daripada penemuan serpihan pesawat malang itu jelas menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari darat ke udara.

"Berdasarkan risikan tentera dan bukti sebahagian serpihan pesawat yang kita temui, tidak mungkin peluru yang digunakan dari udara ke udara tetapi dari darat ke udara.

"Sama ada ia milik Ukraine atau milik pihak pemisah yang dibekalkan oleh pihak Rusia, peluru itu mesti dari BUK System dan hal ini tidak dapat dinafikan oleh pihak Eropah, NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) mahupun Rusia".

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno Bahagian Bera di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ketua Umno Bahagian Bera.

Hishammuddin mengulas laporan media sosial yang mendakwa pesawat penerbangan negara MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas kerana ditembak jatuh oleh pesawat pejuang.

Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini turut mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan kehadiran sebuah jet pejuang Ukraine, Sukhoi 25 (Su-25) yang dikesan terbang pada jarak tiga hingga lima kilometer daripada pesawat MH17 sebelum nahas itu.

Kematian dan kepedulian


-Zairil Khir Johari

Pada hari Kami bertanya kepada neraka Jahanam: “Apakah engkau sudah penuh?”
Ia menjawab: “Masih adakah tambahan?”
israel-gaza-crisisDiangkat daripada Surat Qaaf (50:30), dua baris ayat di atas cukup untuk mencerminkankeseraman dunia hari ini.
Kurang dua minggu lalu, tiga remaja Israel telah diculik dan dibunuh. Sebagai tindak balas, seorang pemuda Palestin telah dibakar hidup-hidup.
Kini, Semenanjung Gaza telah menjadi neraka di dunia. Kematian menggunung saban hari bersama-sama asap fosforus yang menyelubungi langit Gaza akibat serangan bertubi-tubi pencerobohan wilayah Palestin oleh tentera Israel.
Sehingga kini, lebih seribu rakyat Palestin terbunuh manakala ribuan cedera. Dengan bekalan makanan yang kian meruncing dan dikepung pula pada semua sisi oleh laut Mediterranean serta halangan konkrit yang mengular sepanjang sempadan Israel-Mesir, setiap insan Palestin terpaksa hidup dalam ketakutan dan trauma.
Dalam pergolakan Syria pula,satu gabungan kumpulan militan telah mengisytiharkan penaklukan mereka terhadap sebahagian wilayah Syria dan Iraq, dan mendakwa bermulanya era pemerintahan “Khalifah” baru.
Pemimpin militan yang bergelar “Khalifah” kini menguar-uarkandirinya sebagai ketua agama bagi seluruh umat Islam di dunia, meskipun kumpulan beliau bertindak kejam terhadap minoriti Muslim yang berlainan mazhab.
Manakala di sempadan Ukraine-Rusia, kapal terbang penumpang Malaysia telah ditembak jatuh dengan kejam oleh peluru berpandu anti-pesawat, lantasterkorban 298 nyawa insan yang tidak berdosa.
Tiba-tiba, perkara yang kebanyakan kita anggap sebagai perang saudara biasa kini berkemungkinan menjadi pemangkin kepada krisis geo-politik global kedua abad ke-21 ini selepas 11 September 2001. Ekoran daripada itu, White House sudah pun mengeluarkan kenyataan yang mengenalpasti Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai pihak yang “bertanggungjawab” dalam serangan yang tidak masuk akal pada MH17 itu.
Bagi kebanyakan kita, dunia kini seolah-olah dilanda huru-hara. Garis masa Facebook penuh dengan kematian dan kemusnahan – imej mangsa yang dicacatkan dan dibunuh, babak mengerikan kemalangan kapal terbang dan segala jenis teori konspirasi yang cuba mewajarkan apa yang berlaku.
Sebenarnya, satu-satunya perkara yang kita perlu terkejut adalah mengapa kita begitu terkejut. Ambil tiga krisis sebagaimana disebut di atas.
Ukraine bukannya menjadi zon perang dalam sekelip mata. Rusuhan telah berlaku sejak akhir tahun lalu, dituruti oleh revolusi yang menggulingkan presiden sebelumnya.
Berikutan itu, Rusia mula membantu sekutunya dari rejim digulingkan dengan penggunaan kuasa tentera di Semenanjung Crimea. Akibatnya, kemelut kini berlaku antara pemberontak yang disokong Rusia dan kerajaan yang diiktiraf Barat.

Kekal bersama lewat rendang dan sesawang


selamathariraya

-Dyana Sofya Mohd Daud

Duduk di belakang, saya cuba menyusun kembali buah fikiran apabila ingatan lama kembali menerjah. Abang sulung saya memandu kereta dan kami di Lebuhraya Utara Selatan, dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, Ipoh, untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kini kami empat beradik sudah dewasa, jarang kami berpeluang untuk melakukan perjalanan jauh bersama-sama. Maka, perjalanan kali ini memberi peluang untuk menjengah kenangan lama.
Sebelum bersara, bapa saya yang kuat bekerja tidak akan mengambil cuti awal sebelum Raya. Akibatnya, kami sentiasa tergesa-gesa pulang ke Ipoh pada malam Raya. Namun, saat-saat ‘kalut’ itu hilang serta-merta apabila kami tiba dan disambut dengan aroma rendang yang harum dan mengujakan. Seperti biasa, ibu saya pulang ke Ipoh beberapa hari sebelumnya untuk membuat persiapan.
Selepas menghabiskan hidangan lewat malam Raya yang sudah menjadi tradisi kami, abang dan adik lelaki saya akan membersihkan rumah sementara saya memberi tumpuan pada tugas-tugas di dapur untuk menyediakan lebih banyak kudapan Raya.
Kami sentiasa kurang tidur pada malam raya, namun segalanya menjadi berbaloi apabila kami menyambut ketibaan Raya keesokannya dengan rumah yang bersih, balang cantik yang dipenuhi biskut yang baru dibakar, baju baru yang tersusun cantik dan, paling penting, masakan istimewa ibu saya -juadah istimewa yang merupakan gabungan antara laksa johor dan mee kari.
Ringkasnya, Raya sentiasa menjadi waktu untuk bersama-sama dengan keluarga. Kami mengenang kembali kisah lalu, saling berkongsi perkembangan terbaru, ‘bergaduh’ tentang iklan raya terbaik (tentunya Yasmin Ahmad), menikmati juadah lazat yang dimasak sendiri dan sama-sama berkeringat melakukan acara tahunan membersihkan seluruh bahagian rumah.
Bagi saya, inilah makna keluarga. Sentiasa bersama mengharungi pahit dan manis, saat sukar dan senang. Sama ada untuk membersihkan sesawang pada sudut paling jauh di siling, atau berkongsi sesenduk penuh rendang yang pedas. Paling penting, kita semua bersama dan tiada sesiapa yang dipinggirkan.
Ketika bersama-sama menikmati rendang ibu pada tahun ini, perbualan kami tentulah sudah berkembang. Yasmin Ahmad sudah tiada, dan Teluk Intan ‘berlalu’. Berbanding gosip keluarga seperti selalu, kami sebaliknya berbincang tentang golongan gelandangan di Kuala Lumpur dan bagaimana mereka dihalau dengan penuh biadab, sama ada mereka suka atau tidak. Paling teruk, satu-satunya sumber makanan mereka dinafikan, apabila dapur jalanan yang dikendalikan sukarelawan yang prihatin diarahkan menghentikan kegiatan mereka.

Anwar: Riwayatnya satu peperangan


nw-wd-anwar-20130526210004775146-620x349

- Lim Hong Siang

Pernah seorang sahabat berjenaka bahawa nama Anwar dengan sendiri telah mengisahkan riwayat hidupnya – an-war, maksudnya satu peperangan. Bermula dari seorang aktivis mahasiswa, Anwar memahat nama melalui wadah ABIM, dan kemudian mendaki tangga kuasa dalam UMNO. Selangkah lagi ke puncaknya, Anwar jatuh pada tahun 1998 sebagai banduan di Sungai Buloh.
Sungai Buloh bukan stesen terakhir perjuangannya. Selepas tercetus Tsunami Politik 8 Mac 2008 dengan gelombang “makkal sakti”, Anwar ditampilkan di muka depan majalah Newsweek dengan tajuk “To hell and back” (pulang dari neraka). Anwar dijangka untuk mengecapi puncak kedua dalam kerjaya politiknya. Padahal Anwar hampir melakukannya, sama ada melalui langkah “16 September” pada tahun 2008, atau PRU13 dengan kejayaan merangkul 51% undi popular.
Tidak dinafikan, bahawa langkah politik Anwar sentiasa mencungkil pertikaian, misalnya rampasan kuasa 16 September melalui “penyeberangan” ahli parlimen dari Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat. Taktik politik sebegini kurang selesa untuk pembangkang yang selama ini tidak pernah membayangkan kemungkinan pertukaran kerajaan. Anwar dikritik, lebih-lebih lagi oleh rakan seperjuangannya sendiri, sungguh pun saya kurang pasti sama ada pengkritik ini akan menolak manisan hasilnya jikalau cubaan Anwar berjaya.
Ironinya, pernah juga saya terdengar rungutan bahawa Anwar kekurangan “killer instinct”, sentiasa berlembut hati apabila sampai pada detik saat genting untuk “membunuh” musuhnya. Sifat melepaskan musuh ini sebaliknya telah menyebabkan dirinya cuba dibunuh berkali-kali oleh musuhnya.
Pada masa yang sama, Anwar dilihat terlalu “tergopoh” untuk berkuasa. Dalam pada itu, Anwar juga dilihat sentiasa ragu-ragu ketika bertindak. Beliau cuba berbaik-baik dengan semua orang, tetapi berakhir dengan pengkhianatan orang rapatnya. Kesemua persepsi dan sifat ini semestinya memberi kesan kepada perjuangan Reformasi.
Namun kebanyakan kita selalu terlepas pandang kedudukan Anwar yang cukup “kontradiksi”. Ya, beliau pemimpin tertinggi dalam barisan pembangkang, sepatutnya bertegas untuk memastikan ideanya diterima. Tetapi beliau juga orang yang paling berhutang budi terhadap pemimpin lain. Beliau perlu mengambil kira perasaan orang yang pernah membelanya, sama ada melalui karya buku, perbicaraan di mahkamah, mahupun demontrasi di jalanraya. Tatkala beliau dipersoalkan mengapa masih lembut bahasanya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor, beliau juga “diingatkan” bahawa Khalid Ibrahim adalah satu-satunya nama besar yang berani menziarah Anwar ketika beliau meringkuk di penjara – seolah-olah untuk membayangkan Anwar seorang insan yang tidak mengenang budi.
Dan pernah juga seorang veteran media yang terbelenggu dengan keuzuran mengingatkan saya, “Mahathir berumur 56 tahun ketika menyandang jawatan Perdana Menteri. Pak Lah yang paling tua pun berusia 64 tahun ketika mengambil alih kuasa dari Mahathir. Anwar sudah berusia 66 tahun pada 2013. Lebih-lebih lagi dia pernah menjalani pembedahan. Orang macam kami ini akan merasakan diri tidak mempunyai masa yang lebih untuk menunggu lagi.”

Nasrudin Tantawi musuh dalam selimut PR – Lim Hock Seng


hock sengGEORGE TOWN, 9 OGOS: Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi adalah musuh dalam selimut Pakatan Rakyat, kata Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Lim Hock Seng.
Beliau berkata, serangan Nasrudin ke atas Kerajaan Negeri berhubung pembinaan terowong dasar laut adalah fitnah jahat dan tidak benar sama sekali.
“Saya ingin menafikan dakwaan tidak berasas Nasrudin. Projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang dibuat secara rundingan terus, kenyataan telah dibuat pada 15 Mac tahun lalu.
“Nasrudin telah membuat fitnah jahat. Saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek tersebut dijalankan secara tender terbuka dalam istilah sebenarnya mengikut piawaian serta takrifan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Hock Seng, projek tersebut yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi bahagian utara negeri.
“Betapa besarnya dampak penggerak ekonomi daripada satu laluan boleh dilihat bila Jambatan kedua negeri siap dibina dan dibuka pada 1 Mac 2014 di Seberang Perai Selatan, sekaligus menukar wajah kawasan itu.
“Penerimaan rakyat negeri terhadap projek itu telah diputuskan dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.
“Rakyat telah memberikan sokongan paling besar dalam sejarah negeri dengan mandate undi 68 peratus,” ujarnya.

Peguam Khalid hantar notis peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghantar notis peringatan kepada Lembaga Disiplin PKR pagi tadi membantah perbincangan atas kesnya oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) petang ini. Laporan akhbar online melaporkan notis tersebut dihantar peguamnya Edmond Bon kepada Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong sebelum sesi pendengaran terhadapnya dijalankan. Menurut notis itu, mesyuarat tersebut tidak boleh diadakan selagi lembaga disiplin belum selesai menjalankan penyiasatan ke atasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu juga mahu Lembaga Disiplin mendengar penjelasan daripadanya pada 15 Ogos, seperti yang diminta dalam surat yang dihantar Setiausaha Politiknya, Mustafa Mohd Talib kepada Lembaga Disiplin semalam. Akhbar juga melaporkan bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin berkata, Lembaga Disiplin tidak boleh membincangkan perkara itu kerana sebahagian ahlinya berkepentingan dalam kes itu kerana mereka boleh menggantikannya. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata MPP dijadualkan bermesyuarat jam 3 petang ini untuk membincangkan kedudukan menteri besar yang hendak disingkirkan itu. Khalid bertegas mengatakan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin pada 5 Ogos kerana ingkar kehendak parti supaya melepaskan jawatan adalah “cacat” kerana tiada maklumat jelas dan spesifik tentang pelanggaran undang-undang atau perlembagaan parti yang dilakukannya. "Tanpa butir tersebut saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif," kata menteri besar dua penggal yang hendak digantikan oleh PKR dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dalam suratnya semalam, Khalid juga minta diberitahu empat perkara iaitu nama ahli Lembaga Disiplin yang akan bersidang dalam sesi

Kos pilihan raya Selangor cecah RM50 juta jika diadakan semula, kata SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membelanjakan hampir RM50 juta jika pilihan raya Selangor diadakan semula. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2014. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membelanjakan hampir RM50 juta jika pilihan raya Selangor diadakan semula.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membelanjakan hampir RM50 juta jika pilihan raya Selangor diadakan semula, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf.
Aziz berkata pihak SPR perlu mengambil pekerja sementara, membeli dan meminjam peralatan untuk mengadakan pilihan raya serentak di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika dewan dibubarkan.
"Bagaimanapun, kami tiada pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri kerana termaktub di bawah Perlembagaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata jumlah RM50 juta adalah besar dan membayangkan wang pembayar cukai itu sepatutnya dibelanjakan untuk kepentingan awam. Sekiranya diberi pilihan, Aziz memilih untuk tidak mengadakan pilihan raya semula kerana pengundi baru sahaja memilih kerajaan Selangor 15 bulan lepas.
"Tapi sebaik dewan dibubarkan, kami perlu bertindak segera untuk mengadakan pilihan raya," kata Aziz mengulas kemungkinan pilihan raya kecil jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah dalam undi tidak percaya.
Menurut Aziz, keputusan sama ada mengadakan pilihan raya kecil bergantung kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih dan sultan di negeri tersebut.
Aziz berkata dalam pilihan raya kecil Kajang lepas, SPR membelanjakan hampir RM1.6 juta.
"Mengadakan pilihan raya melibatkan belanja mahal tapi SPR sedia menjalankan tanggungjawab di bawah Perlembagaan," katanya.
Khalid kini berdepan tekanan daripada partinya sendiri PKR dan DAP supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Namun, Khalid menerima sokongan daripada PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga membelakangi hasrat partinya dan bertegas untuk kekal sebagai MB hingga tamat penggalnya.
PR meliputi PKR, DAP dan PAS, memiliki 44 kerusi DUN sementara BN mempunyai 12.
Menurut pakar Perlembagaan, undi tidak percaya ke atas Khalid mungkin boleh dilakukan di dalam dewan dan kuasa sultan juga boleh digunakan untuk menentukan sama ada menteri besar Selangor masih menikmati sokongan daripada Adun atau tidak.
Khalid, menteri besar Selangor dua penggal ketika ini hilang sokongan daripada partinya sendiri dan berdepan kemungkinan disingkirkan.

Insaf Buat Maksiat Tapi 'Awek' Tak Nak Insaf! - Ustaz Azhar Idrus

Meninggal Tak Sempat Tunai NAZAR - Ustaz Azhar Idrus

ALLAH Ampunkah Dosa Hambanya Yang SYIRIK? - Ustaz Azhar Idrus

Bisnes Halal Guna Modal Haram - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bersekolah Di Sekolah Kristian - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Merungut Dengan Bala/Musibah - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ibu Bapa Menyakiti Hati Anak - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pegang ANJING Dalam Keadaan KERING - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pegang ANJING Dalam Keadaan KERING - Ustaz Azhar Idrus

Wajibkah NAFKAH Bagi Isteri Yang NUSYUZ? - Ustaz Azhar Idrus

Tak Sebut Mas Kahwin Dengan Betul Masa Akad Nikah - UAI

'Nik Aziz setuju 100% kekal Khalid' kata Datuk Nik Zawawi

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju "seratus peratus" supaya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kekal memimpin negeri itu.

Nik Zawawi berkata demikian bagi menafikan satu laporan portal The Malaysian Insider hari ini yang menggambarkan kononnya Nik Aziz tidak terlibat dengan keputusan Majlis Syura Ulamak pada hari Rabu itu.

Veteran PAS itu berkata, beliau sendiri membaca keputusan mesyuarat badan tertinggi PAS itu di hadapan Nik Aziz dalam satu pertemuan berasingan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaik selepas persidangan Majlis Syura.

Katanya, Nik Aziz tidak menyatakan sebarang penentangan ke atas keputusan tersebut apabila keputusan itu dibacakan dalam pertemuan di kediaman bekas menteri besar Kelantan itu.

"Saya membaca keputusan yang diluluskan oleh Majlis Syura di depannya dan beliau setuju seratus peratus," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Asalnya kita (Majlis Syura) tidak mahu mendedahkan keputusan seperti yang diedarkan kepada media, itu tetapi beliau menyuruh diedarkannya kepada media," katanya lagi.

Kenyataan liar, tidak patut berlaku

Mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura sebelum itu, Nik Zawawi menjelaskan, Nik Aziz juga sempat membincangkan isu menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Nik Aziz meminta izin untuk pulang tidak lama kemudian kerana “sangat letih".

Nik Aziz, yang juga pengerusi Majlis Syura, beredar selepas meninggalkan arahan agar mesyuarat diteruskan, katanya lagi.

Laksana siasatan profesional jika benar ada salah guna kuasa - PSM

PAKATAN RAKYATSHAH ALAM, 9 OGOS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya terburu-buru menukar posisi Menteri Besar sebelum pilihan raya parti itu.
Setiausaha Agung, Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan berpendapat adalah lebih baik jika PKR menunggu keputusan penuh pilihan raya parti seterusnya melantik calon jawatan itu melalui keputusan kongres atau proses lain.
Katanya, penukaran jawatan dan menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terbabit dalam korupsi, salah guna kuasa dan agen Umno boleh disimpulkan hanya sebagai isu perebutan kuasa.
“Ini adalah pandangan peribadi yang meminta menyatakan pandangan saya dan PSM dalam isu ini.
“Daripada tinjauan saya juga, ramai ahli parti yang memberikan hujah bahawa MB perlu ditukar, manakala ramai rakyat yang merasakan MB sudah menjalankan tugas dengan baik, maka ramai yang muak dengan isu ini.
“Oleh itu, Pakatan Rakyat (PR) juga perlu menanggung risiko sebagai parti yang membuat keputusan jika rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka,” katanya melalui laman sosial Facebook.
arutchelvan-psmArulchelvan berkata, PSM juga berpendirian harus menggunakan kuasa rakyat bagi memastikan calon pilihan parti diterima semua pihak jika pihak istana tidak menerima cadangan calon MB.
“Dalam isu ini, saya menyokong penuh kenyataan Dr Kua Kia Soong yang mahukan siasatan dijalankan secara profesional jika benar terdapat salah guna kuasa.
“Satu siasatan yang bebas dan adil harus dilaksanakan dan siasatan harus dikendalikan bukan oleh pihak parti kerana ia mungkin membabitkan ‘conflict of interest’,” katanya.
Mengulas lanjut dakwaan sesetengah pihak bahawa banyak isu tidak selesai di negeri itu, Arul berkata, ia bukan kesalahan peribadi Abdul Khalid tetapi Kerajaan Negeri.
Katanya, hal itu kerana Kerajaan Negeri tidak dapat berfungsi kerana krisis dalaman yang berlaku.
“Selagi krisis dalaman tidak diselesaikan, maka isu pentadbiran dan semuanya akan memberi impak,” katanya.

'Ikut arahan parti macam saya'- Bekas Adun Kajang

Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meneladani beliau dengan menerima arahan parti untuk berundur daripada jawatannya.

Lee berkata Khalid sudahpun maklum dengan arahan untuk berundur seawal Januari tahun ini lagi selepas satu pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia bersetuju untuk melakukannya jika beliau tidak digantikan dengan Azmin Ali," kata Lee kepada Malaysiakini.

Menurut Lee, keingkaran Khalid bermula pada tahun 2009 – setahun selepas Pakatan mengambil alih Selangor – apabila menteri besar itu enggan menurut keputusan parti.

"Malah, kami kecewa sebenarnya dengan ketiadaan sebarang tindakan dari parti terhadap Khalid," kata Lee lagi.

Menurut bekas ADUN itu, Khalid juga mempunyai perangai suka menggambarkan pemimpin PKR lain sebagai individu yang mudah dirasuah – dan ini menyebabkan mereka marah.

Apa sudah jadi dengan Pas?

Parti PAS 
KEMELUT politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, disebabkan sokongan terbuka Pas yang mahu beliau terus dikekalkan.

Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan Pas, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar Pas yang menyokong tetapi Khalid akur dengan kehendak partinya, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.

Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah dan ianya pula seolah-olah saling bahu-membahu serta senada dan seirama, walaupun berlainan parti, kekalutan ini terus berlarutan.

Ketika Presiden Pas, Hadi Awang membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid, parti itu sebenarnya sudah menetapkan tarikh mesyuaratnya pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenainya. Sebab itu, kenyataan Hadi yang mendahului mesyuarat dan bersifat peribadi itu adalah punca segala-galanya.

Kiranya Hadi lebih berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan tanpa bermesyuarat atau sanggup bersabar sehingga 10 Ogos dengan menghormati konsep bermuafakat dalam membuat keputusan, kemelutnya tidaklah berlarutan seperti ini.

Lantaran itu, dalam usaha membendung ianya daripada terus menjadi polemik, dua pemimpin Pas iaitu Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat dan AJK Pas, Dr Dzulkefly Ahmad telah menyarankan agar Pas mempercepatkah tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos yang telah diputuskan sebelum itu.

Hasrat mereka ialah agar segala kurap, kudis dan nanah dapat dibendung lebih awal lagi. Niat kedua pemimpin Pas yang tidak berserban ini adalah baik dan suci.

Namun demikian, Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali tegas menolak saranan yang baik itu dengan alasan jika diubah ia akan mengganggu jadual lain yang telah ditetapkan.

Akhirnya semua orang menunggu-nunggu tarikh 10 Ogos itu, walaupun hari demi hari makin banyak kekalutan dan kekeliruan yang terus berlaku.

Bermula dengan sokongan Tuan Guru Nik Aziz terhadap pendirian Hadi, tersebarnya tulisan di WhatsApp oleh seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang bersifat rasis dan mahu bekerjasama dengan Umno, keputusan Majlis Syura yang juga menyokong pengekalan Khalid, tindakan Pas Selangor dan Dewan Pemuda mengadakan majlis sembahyang hajat di kediaman Menteri Besar dan bermacam-macam rentetan lagi, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih huru-hara.

Industri dosa juga ada sistem multilevel marketing!

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
SAYA tertarik dengan pandangan mengenai budaya baharu ‘langit terbuka’. Sekarang adalah zaman segala maklumat tersebar pantas dan tepat melalui pelbagai aplikasi seperti whatsapp, facebook dan twitter.
Harus sedar tiada rahsia lagi sebaik sahaja sesiapa mula mengetuk papan kekunci. Tiada maaf bagimu apabila ada yang mula mengeluar apa sahaja kenyataan dari lidah tidak bertulang. Tiada ampun bagi yang beraksi gampang. Sekelip mata ia akan tersebar dan akan mula menerima kutukan atau pujian.

Ramai yang menjadi pengguna aplikasi tersebut namun tidak mengubah cara dalam berinteraksi dan berkomunikasi. Maka akhirnya mereka akan dilihat menjengkelkan sedikit demi sedikit oleh khalayak yang pada mulanya menghormati dan menyayangi boleh berubah dalam sekelip mata membenci mereka.

Dalam budaya baharu langit terbuka ini, sesiapa sahaja tidak mampu lagi untuk menyekat, menghalang atau menasihati sesiapa sahaja dari mengeluarkan pandangan; bagaimana jengkel, bengap bahkan sesat sekalipun pandangan tersebut. Mengeluarkan nasihat ‘hentikanlah’ terhadap sebarang polemik di alam maya ini semacam suatu jenayah dalam budaya baharu ini.

Justeru, dalam konteks organisasi Islam sekalipun, para pemimpin organisasi jangan cuba menasihati ahli-ahli supaya menghentikan polemik berkaitan isu dalaman. Bagi pengikut budaya langit terbuka ini, mengarahkan penamatan polemik dalaman organisasi akan lebih mendedahkan pemimpin dan organisasi itu sendiri terhadap pelbagai tanggapan negatif.

“Masyarakat dunia khususnya di Malaysia mesti memahami budaya baharu ini, jika anda gagal memahaminya pasti anda akan kecundang walaupun anda sudah berada di singgahsana kayangan sekalipun akhirnya,” itu intipati penting dalam kata nasihat terhadap golongan yang berinteraksi dengan budaya baharu langit terbuka.

Jika nasihat ini ditujukan kepada seluruh ahli masyarakat dalam konteks pemahaman sekular yang memisahkan antara kehidupan sosial dan hukum hakam agama, mungkin ada ‘rasionalnya’. Tetapi jika ia menjadi unsur nasihat terhadap semua pemegang akidah Islam yang beriman kepada Allah dan hari pembalasan, lebih-lebih lagi kepada ahli-ahli gerakan Islam maka ia suatu penyelewengan.

Hakikatnya, budaya baharu langit terbuka ini tidak tinggi kedudukan daripada budaya Islam yang tidak mengizinkan fitnah, maki hamun, menempelak dengan hawa nafsu, menyindir, menghina, mengutuk, menggelar, mendedah kepincangan persepakatan, lawan melondeh; yang akibatnya terbarai ukhuwah, binasa akhlak, membakar api permusuhan, dendam mendendam sehingga ada yang menyambung permusuhan di luar maya - membelasah secara fizikal, ego, tidak tahu menghormati manusia lain, hilang pertimbangan memilih keutamaan; oleh khalayak itu daripada kelompok ahli-ahli harakah Islamiyah. Maka kerosakan yang lebih teruk ialah imej wadah yang jadi 'taruhan' dalam pilihan raya. Atau jika tidak kerana pilihan raya sekalipun, wibawa wadah Islam tersebut akan musnah serta tidak dihormati lagi oleh masyarakat.

PEMIMPIN MUDA SEPERTI ANAK KERBAU BARU TUMBUH TANDUK

Kemelut politik di Selangor akhirnya akan mendedahkan adanya hikmah yang terselindung. Seorang sahabat sebelum ini telah membertahu aku tentang Surah Al-Imran ayat 200 yang lebih kurang berbunyi,” Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dan mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”
Nampaknya kemelut politik di Selangor tidak akan selesai dalam masa terdekat. Keadaan berlaku sedemikian disebabkan semacam tidak ada keikhlasan di setengah pihak yang bertelagah untuk menyelsaikan isu ini dengan jayanya. Tambah merumitkan keadaan,terdapat pula pihak luar yang septutnya tdak mencampuri urusan politik dalaman Pakatan Rakyat telah cuba pula ‘menangguk di air keruh’. Walaupun sememangnya keadaan ‘keruh’ sedemikian yang diharapkan oleh pihak berkenaan. Ibarat kata orang tua-tua, ‘pucuk dicita ulam mendatang’.
Rakyat memerhatikan dengan penuh minat keadaan kemelut di Selangor ini. Dan kemelut ini juga merupakan ujian yang paling getir terhadap kelangsungan ‘hayat’ politik Pakatan Rakyat bukan sahaja di Selangor tetapi bagi seluruh Malaysia. Menguji ketahanan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (terutama golongan muda) dalam menangani isu yang amat rumit ini. Keadaan telah menjadi begitu rumit yang menampakkan bahawa ia bukan lagi isu penggantian Menteri Besar Selangor tetapi tentang ‘survival’ Pakatan Rakyat itu sendiri.
Sudah nampak bibit-bibit pertentangan (pendapat) antara pemimpin-pemimpin (tua dan muda) dalam perkongsian Pakatan Rakyat itu sendiri. Pemimpin-pemimpin seolah-olah tidak segan silu mengeluarkan pandangan dan pendapat masing-masing walaupun pandangan pribadi itu nanti akan membawa kepada keadaan yang tidak ‘enak’ kepada kelangsungan pakatan. Kadang-kadang apa yang disuarakan oleh setengah pemimpin itu menyentuh isu yang sensitif dan mengecilkan hati pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat.
Dengan sebab itulah DS Anwar Ibrahim telah memberitahu pemimpin-pemimpin muda (terutamanya) agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tdak menambah keruhnya keadaan yang sudah sememangnya ‘keruh’.
"Because of that I avoided answering some of the allegations made by the younger politicians (budak-budak bawah). They sometimes go overboard a little and my advice to them is keep check and focus on the facts and the common party fight. There is no need to turn offensive," Kata DS Anwar. (Malaysiakini 8 Ogos 2014)
Tetapi persoalannya kini ialah sudah banyak ‘kata-kata’ yang sudah terlajak yang amat sukar untuk diundur. Kita sentuh lagi kata orang tua-tua yang mengatakan,’ terlajak perahu boleh diundur dan terlajak kata buruk padahnya’. Yang paling tidak menyenangkan rakyat (Melayu dan bukan Melayu) yang cintakan kewujudan bangsa Malaysia yang tulin ialah kenyataan saudara Zuhdi Marzuki melalui WhatsApp yang membayangkan tentang kemungkinan kerjasama PAS dan UMNO.
Aku semacam setuju dengan pandangan YB Khalid Samad yang mengatakan bahawa, ‘"The image of PAS has been tarnished and non-Muslims will lose faith in PAS,"(Malaysiakini 5 Ogos 2014). Ini yang dikatakan bahawa isu yang wujud dalam kemelut Selangor kini bukan lagi mengenai penggantian MB Selangor, malah telah menjadi isu yang ‘bersimpang sior’. Kenyataan saudara Zuhdi Marzuki seolah-olah akan ‘terpahat’ di hati golongan bukan Melayu yang merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat (PAS) dalam PRU 13 yang lalu. Apakah ‘hati’ golongan ini tidak terguris apabila membaca kenyataan sedemikian. Dan bayangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kepimpinan PAS untuk ‘memulihkan’ keyakinan sedemikian. Tidak mudah untuk memulihkan keadaan sedemikian seperti mana keadaan sediakala.

Baik kerajaan Umno hapus GST bukan tutup Facebook

FacebookSHAH ALAM, 9 OGOS: Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung cadangan Kerajaan Pusat untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook.
Tinjauan Selangor Kini mendapati ada yang menyokong, namun ramai membantah dan ada juga mencadangkan laman sosial alternatif disediakan.
“Lebih baik cadangkan kabinet berkeras tutup pusat aktiviti judi dan pusat hiburan yg ‘serve arak’,” kata Eric Draven.
tutupFB2“Ramai sokong GST dihapuskan, kerajaan nak hapuskan ke tak,” soal Rizal Rodzuan.
“Nak tutup boleh, tapi mesti digantikan dengan satu aplikasi lain yg seakan Facebook ni supaya senang kita mengikuti perkembangan dunia terutama isu palestin dan isu-isu semasa,” cadang Haswandy Mahuddin pula.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Chee,k berkata Kerajaan Pusat sedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran aduan penyalahgunaan laman berkenaan.
Memetik laporan Bernama, Shabery bagaimanapun berkata, jumlah aduan aduan yang diterima sekitar 2,000 sahaja berbanding jumlah akaun di negara ini yang mencecah angka 15 juta.
“Jika orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat perkara itu tetapi ia satu pendekatan yang radikal.
“Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun, aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik”, katanya dipetik Bernama.

Jangan terikut-ikut dengan cerita media baru-Ustaz Datuk Ahmad Yakob


KUALA TERENGGANU: "Kita mesti mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tuntutan berjamaah," kata pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Menurutnya, tidak patuh kepada ketua adalah permulaan sifat munafik seseorang seperti mana yang diucapkan oleh sahabat Nabi s.a.w, Abu Darda' r.a.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Nerus kali ke-54 di pusat tarbiah PAS kawasan, Pekan Batu Enam pagi ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan ahli-ahli PAS supaya tidak terikut-ikut dengan pelbagai cerita melalui media baru.
"Jangan terikut-ikut dengan cerita media baru. Saya menyeru untuk kita semua berhati-hati apabila melayari internet supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh mengelirukan masyarakat dan jamaah," ujar beliau lagi.

Isu MB Selangor: PAS tangguh mesyuarat bawa lebih mudarat, kata penganalisis

Keputusan PAS menangguhkan mesyuarat membincangkan nasib Tan Sri Khalid Ibrahim hanya satu taktik mendapatkan lebih sokongan untuk menteri besar Selangor itu, bagaimanapun ia mungkin hanya merugikan pakatan pembangkang, kata penganalisis. Kata mereka, taktik itu akan lebih memudaratkan Pakatan Rakyat (PR) yang sedang berhadapan kemungkinan berpecah akibat sokongan pimpinan PAS untuk menteri besar dua penggal itu. Penganalisis politik Khoo Kay Peng berkata masa seminggu yang ditangguhkan itu akan lebih memudaratkan Pakatan kerana apabila isu ini dipanjangkan, ia hanya menambah lagi keretakan yang wujud dalam PR. "Sudah tentu ia lebih memudaratkan. Kalau mereka tidak buat keputusan secepat mungkin, akan buka lebih ruang untuk kegiatan melobi. “Semua orang akan membuat lebih banyak kenyataan. Dan akan menjadi sangat susah untuk ditarik balik,” katanya kepada The Malaysian Insider. PAS semalam menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusatnya ke 17 Ogos, seminggu selepas tarikh asalnya, untuk membuat keputusan berkenaan cadangan PKR menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar (MB) Selangor. "Kenapa hendak tangguh? Saya pasti ini bukan kerana mereka tidak boleh mencapai keputusan. Besar kemungkinan mereka hanya hendak pastikan ada sokongan untuk Khalid,” kata Khoo. Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian setuju yang kumpulan pro-Khalid dalam PAS akan menggunakan lebihan masa ini untuk melobi pandangan mereka di kalangan ahli parti. "Itu sudah pasti. Mereka yang menyokong Khalid boleh gunakan waktu ini untuk mengumpul lebih ramai suara menyokong pandangan mereka,” katanya. Ulama PAS, diketuai Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, mengumumkan Majlis Syura Ulama mahu Khalid dikekalkan sebagai MB, manakala kumpulan yang lebih progresif dalam parti Islam itu mahu beliau disingkirkan. Sokongan terbuka presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk Khalid membentuk jurang lebih besar dengan PKR, yang bertegas PR sepakat kerusi ketua negeri

DAP bidas Nasruddin tiru skrip Umno, persoal setiakawan PAS dalam Pakatan


Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi dibidas DAP hari ini kerana dilihat meniru skrip Umno apabila mempertikaikan pembinaan terowong di Pulau Pinang baru-baru ini. Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membidas tindakan wakil rakyat PAS itu yang didakwanya mengulang skrip lama yang sebelum ini dipakai Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menyerang pentadbiran Lim Guan Eng. "Serangan dan fitnah terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam isu terowong dasar laut yang menghubungkan Bagan Ajam dan Persiaran Gurney nampaknya sama sahaja dengan gaya serangan yang dilakukan Umno dan BN," kata Lip Eng. Kenyataan Nasrudin itu juga dipersoalkan ketika BN sendiri tidak lagi membangkitkan isu tersebut, katanya. "Malah, Umno dan BN serta pesuruh-pesuruhnya sendiri pun tidak menyerang aspek ketelusan projek itu." Lip Eng juga mendesak Nasrudin supaya jangan masuk campur urusan negeri lain, sebaliknya memfokuskan di negeri Pahang, kawasan Parlimen yang diwakilinya. "Kenapa Tantawi pula begitu gigih menyerang dan mempersoal rakan politik sendiri? "Susah sangatkah untuk memeriksa fakta daripada rakan-rakan Pakatan Rakyat terutamanya rakan-rakan PAS di Pulau Pinang? Adakah Umno dan BN di Pahang sudah begitu suci dan cemerlang hingga Tantawi harus memilih untuk menghalakan serangan ke Pulau Pinang?" soalnya. Lip Eng juga mempersoalkan tindakan Nasrudin ketika Pakatan sedang berdepan saat getir waktu ini, khususnya krisis yang melanda di negeri Selangor menggugat persefahaman antara satu sama lain. "Saya terkejut dengan tindakan Nasrudin yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur, di saat fitnah-fitnah lain sedang mengancam silaturrahim Pakatan Rakyat," kata ahli DAP itu dalam satu kenyataan hari ini. Membangkitkan soal setiakawan Nasrudin dan PAS dalam Pakatan, Lip Eng berkata mereka sepatutnya menjaga hubungan dan bukannya mengeruhkan keadaan lagi. "Seharusnya kita saling menjaga hubungan setiakawan, bukannya membangkitkan fitnah-fitnah yang sudah lena," kata beliau. Dia juga menyeru PAS membantah kenyataan Nasrudin tersebut, kegagalan melakukannya akan mengikis komitmen terhadap persaudaraan dalam Pakatan.

Rakyat Menanggung Biawak Hidup Lagi..

Malaysian Airline System Bhd (MAS) hari ini berkata Khazanah Nasional akan menawarkan 27 sen bagi setiap saham dalam syarikat itu yang tidak memiliki, yang berjumlah hampir RM1.4 bilion, untuk menjadinya sebagai syarikat milik penuh kerajaan.
Menurut Reuters, Khazanah, yang memiliki 69.37 peratus MAS, akan menjalankan kajian semula yang komprehensif dan penyusunan semula syarikat penerbangan itu, yang mengalami dua bencana pesawat jetnya pada tahun ini, kata MAS dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penggantungan urusniaga sahamnya.
Langkah untuk menyahsenarai MAS dari bursa saham Malaysia adalahdisebabkan oleh prestasi kewangan syarikat penerbangan itu yang tidak menggalakkan, setelah mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh tiga tahun yang lalu, katanya.
Pemilikan penuh itu akan membuka ruang untuk Khazanah  memperkenalkan struktur modal yang sesuai bagi MAS untuk memenuhi "keperluan pembiayaan yang besar" dalam beberapa tahun akan datang, dan untuk mengekalkan operasi di tengah-tengah tahap hutang yang tinggi, kata kenyataan itu.

Patah tumbuh hilang berganti, tetapi jangan di patahkan semata-mata untuk mengganti

Pepatah kita ada menyebut, ‘patah tumbuh hilang berganti’. Maksud pepatah ini, jika patah, ia boleh diganti dengan yang lain, tidak kira samada ia dari jenis yang sama atau yang lain. Tetapi yang patah itu tetap akan berganti. Tetapi pepatah itu tidak menyebut pula samada untuk mengganti dengan yang lain  yang ada boleh di patahkan. Maksudnya yang patah boleh di ganti tetapi jangan pula sengaja di patahkan semata-mata untuk mengganti.
Itulah yang berlaku di Selangor. PKR sengaja cuba untuk mematahkan Khalid semata-mata untuk di gantikan dengan Wan Azizah. Sesungguhnya sebab Khalid hendak di ganti ini bukan kerana isu air, Kidex atau yang lain. Isu-isu ini keluar sebelum ‘Kajang Move’ berlaku. Malahan Anwar sendiri mengakui melalui media yang Khalid telah di beritahu yang beliau akan di gantikan dengan beliau sendiri melalui Kajang Move yang mana beliau sendiri sepatutnya bertanding dan mengambil alih jawatan MB itu dari Khalid.
Semasa Anwar memberi tahu Khalid itu, tidak wujud pun isu-isu yang kita dengar sekarang yang menyebabkan Khalid di panggil oleh jawatan disiplin parti untuk menjawab pertuduhan salah laku beliau sebagai Menteri Besar. Kajang Move itu tidak lain dari agenda Anwar sendiri. Anwar mahukan jawatan itu kerana sebab yang ‘obvious’ dan di ketahui ramai. Tetapi ada masalah pula, kerana Anwar telah di sabitkan dengan kesalahan melakukan sodomi maka kes ini tidak melayakkan beliau bertanding.
Itu sebabnya Anwar mahukan isterinya untuk menggantikan dirinya untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim. Begitu rapat beliau dengan Azmin Ali, Anwar tidak percaya dengan Azmin kerana beliau tahu Azmin bukannya mudah untuk di kawal. Yang beliau boleh kawal tentulah isterinya sendiri yang juga Presiden PKR.
Anwar tidak mahu apa-apa bentuk ‘circumvention’ terhadap gerakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan akan menggunakan jawatan MB Selangor untuk menyelesaikan masalah undang-undang yang beliau sedang hadapi. Sebenarnya kalau dari segi moral persahabatan, Anwar sepatutnya mengambil Azmin sebagai Menteri Besar dari awal lagi. Tetapi beliau mengambil Khalid Ibrahim kerana Khalid bukan serapat dengan beliau seperti Azmin justeru mudah untuk di alih dan di anjak seperti yang mahu dilakukan terhadap Khalid sekarang ini.

Kecewa peribadi Hadi diserang....

Kecewa peribadi Hadi diserang
KUALA TERENGGANU - Muslimat Pas Terengganu kecewa dengan pelbagai tohmahan dan serangan ke atas peribadi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tetap berpegang teguh dengan keputusan bersama mesyuarat lalu untuk mengekalkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, pihaknya yakin ketegasan Presiden Pas adalah bagi menggalas amanah rakyat yang memberi sepenuh kepercayaan kepada PR pada PRU13 lalu.

Menurutnya, Abdul Hadi sewajarnya tidak bersetuju dengan cadangan PKR, yang secara melulu mencadangkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Saya menyarankan ahli Pas dari pelbagai peringkat untuk memberi thiqah (kepercayaan) dan wala’ (ketaatan) kepada kepimpinan yang dipilih. Sesungguhnya, pimpinan tertinggi inilah mewakili suara ahli Pas keseluruhannya, bukan hanya mewakili pandangan peribadi pimpinan.

“Ketahuilah, tiada kepimpinan tanpa ahlinya dan tiada ahli tanpa ketaatan. Kita berdoa agar segala caci-maki, dakwaan dan kata nista akan dihapuskan.

“Berpegang teguhlah pada ikatan jemaah Islam demi menjaga kesucian perjuangan ini. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hikmah di atas segala ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Sementara itu, Pas Kawasan Dungun memutuskan agar Jawatankuasa Disiplin Parti mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berikutan tindakannya mengkritik kenyataan Presiden Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, kenyataan Mohamed Hanipa dalam satu program pada 5 Ogos di Selangor, baru-baru ini, memberi kesan kepada kepercayaan ahli terhadap Presiden Pas.

Minimum 29 undi majoriti gugur MB Selangor

PKR perlu mendapatkan 29 undi majoriti menggugurkan jawatan Abdul Khalid. - Gambar hiasan. SHAH ALAM - Usaha PKR untuk menggugurkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya jika undi majoriti Adun tidak menyebelahi parti itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, PKR perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 29 undi majoriti, jika mahu Abdul Khalid digugurkan dan diganti dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Selangor ada 56 kerusi Adun, iaitu 15 daripada Pas, DAP (15), PKR (13) dan Umno (12). Berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri, calon baharu yang hendak dilantik perlu mendapat sekurang-kurangnya 29 undi Adun, sebelum mendapat perkenan Sultan untuk memegang jawatan menteri besar.

"Semalam (kelmarin) Majlis Syura Ulama Pas sebulat suara menyatakan pendirian mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Situasi ini menyukarkan lagi jalan untuk PKR mencapai hasrat mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.

Samsul Adabi berkata, PKR tidak boleh melantik Dr Wan Azizah tanpa sokongan Adun Pas. Oleh itu, peluang untuk Abdul Khalid dikekalkan masih ada.

"Jika keputusan Majlis Presiden PR yang akan diadakan dalam tempoh terdekat tidak selari dengan keputusan Pas, PR tetap tidak boleh melantik menteri besar baharu kerana tanpa Pas tidak cukup undi majoriti.

"Kami Bersamamu Ayah Chik"-DR AZMAN IBRAHIM

DR AZMAN IBRAHIM


SAAT selesai kuliah pagi Jumaat semalam 8 Ogos 2014, sebagaimana temujanji yang telah diatur, Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu membuat kunjungan hormat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertempat di kediaman Tok Guru di Rusila.

Tok Guru yang melangkah keluar dari masjid usai menyampaikan kuliah ditunggu di kiri dan kanan jalan oleh jemaah yang nampaknya merindui susuk tubuh ulama haraki ini.

Sebaik sahaja memasuki kediamannya, Tuan Haji Zaihan, Setiausaha Sulit Tok Guru memaklumkan, Tok Guru nak berbaring dan berehat seketika. Mungkin terlalu keletihan dan belum sihat sepenuhnya.

Saya kata, "Tak apalah... kalau Ayah Chik keletihan, kami datang semula. Berikan peluang Ayah Chik berehat."

Ternyata rehat Ayah Chik tak lama. Lebih kurang 10 minit, rombongan kami dijemput masuk. Ketika bersalaman dan mencium tangannya, saya memaklumkan, kami dari Lujnah Kebajikan PAS Negeri. Tok Guru sambut dengan wajah keletihan tapi tetap ceria dan bersemangat.

"Terima kasih datang ziarah saya. Semalam Ustaz Abu Bakar Abdullah mari. Saya ingat masih dia Ketua Kebajikan."

Setelah lebih kurang setahun saya mengambil alih tanggungjawab sebagai Ketua Kebajikan Negeri dari pimpinan sebelum ini Cikgu Haji Husin Ismail dan sebelumnya dipimpin oleh Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah, inilah kali pertama Jawatankuasa baru Lujnah Kebajikan membuat kunjungan hormat kepada Tok Guru.