Jumaat, 8 Ogos 2014

Majlis Syura Ulama Pas masih boleh ubah pendirian

Khalid Samad 
SHAH ALAM - Meskipun Majlis Syura Ulama Pas telah membuat keputusan untuk tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seorang pemimpin Pas di Selangor berkata majlis itu masih boleh mengubah pendiriannya itu jika terbukti wujudnya salah laku dalam pentadbirannya.
  
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad berkata, ia berikutan adanya pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas Abdul Khalid termasuk isu berhubung perjanjian penyelesaian pinjamannya dengan Bank Islam.
  
"Sebelum ini, Majlis Syura berkeyakinan Tan Sri Abdul Khalid tidak ada kes dan sebab itu kita menyokong beliau, tetapi apabila adanya tuduhan sebegini, saya mahu beliau beri penjelasan.
  
Abdul Khalid kena bela diri, saya bagi masa sehingga 17 Ogos ini untuk beliau dedahkan bagaimana beliau lenyapkan hutang itu daripada pengetahuan kami (pakatan pembangkang)," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
  
Maklumat mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman itu telah didedahkan oleh PKR dalam laporan setebal 24 muka surat, yang difahamkan telah diedarkan kepada pemimpin dan anggota pakatan pembangkang sejak 5 Ogos lepas.
  
Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata beliau mengetahui mengenai perjanjian penyelesaian pinjaman yang membabitkan Menteri Besar itu selepas menerima laporan itu pada malam 6 Ogos, selepas tamat persidangan Majlis Syura.  - Bernama

Gaza: Korban meningkat termasuk bekas jurucakap Hamas

GAZA: Menteri Kesihatan Palestin, pada Kamis mengumumkan jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan askar rejim Zionis ke Gaza sejak empat minggu lalu meningkat kepada 1,886 orang.

Peningkatan angka itu akibat kematian mereka yang cedera teruk dalam serangan bermula 7 Julai lalu itu.

Antara yang baru bertemu syahid termasuk bekas jurucakap Hamas, Ayman Taha.

Beliau sebelum ini cedera ketika tentera rejim Zionis melancarkan serangan peluru berpandu ke sebuah apartment di bandar Gaza.

Kematian Ayman Taha turut disahkan Briged Izzuddin Al-Qassam dalam satu kenyataan semalam.

Jumaat hari ini merupakan hari terakhir tempoh genjatan senjata tiga hari antara Pejuang Palestin dan Israel yang ditaja Mesir.

Kedua-dua wakil mereka kini berada di Mesir dalam usaha mencapai penyelesaian genjatan senjata lebih lama.

Sejak 30 hari serangan rejim ke atas Gaza, 1,886 warga Palestin gugur syahid manakala lebih 9,800 lagi cedera.

Gencatan berakhir, Gaza kembali diserang Israel

Israel menyerang tebing Gaza dengan peluru berpandu dan meriam buat pertama kalinya dalam masa tiga hari, lapor agensi berita Aljazeera.

Pada masa sama, pejuang Palestin melancarkan serangan demi serangan roket ke arah Israel.

Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas gencatan senjata selama tiga hari berakhir.

Satu serangan udara Israel dilaporkan membunuh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar Gaza - kematian pertama selepas gencatan senjata selama 72 jam, lapor seorang kakitangan perubatan Palestin.

Pada masa sama sekurang-kurangnya enam orang lagi tercedera, lapor agensi berita yang sama.

Sementara itu, BBC pula melaporkan Israel mendakwa serangan ke atas tebing Gaza disambung semula selepas pihak Palestin melancarkan serangan roket terlebih dahulu.

Askar Israel dipetik menyifatkan serangan roket baharu itu sebagai "tidak boleh diterima, tidak boleh ditolak ansur, dan pendek akal".

Agensi Aljazeera melaporkan lebih 30 roket dilancarkan ke selatan Israel selepas gencatan berakhir.

Tiga daripada roket-roket itu berjaya dipintas oleh sistem pertahanan roket Iron Dome.

Tiga askar Israel dilapor tercedera, agensi tersebut memetik kenyataan tentera.

Hamas: Terima syarat atau terus berperang

GAZA: Sayap kanan Hamas Briged Izzudin Al-Qassam, memberi amaran sedia meneruskan pertempuran dengan Israel jika negara haram Zionis itu enggan membebaskan Palestin dari kepungan secara total.

Dalam satu siaran televisyen, mereka mendakwa tidak akan bersetuju dengan mudah untuk genjatan senjata kecuali Israel menerima syarat yang mereka tetapkan.

Kenyataan itu dibuat sebagi mesej kepada deligasi Palestin yang kini berada di Mesir bagi membuat rundingan dengan Israel untuk melanjutkan tempoh genjatan senjata tiga hari yang sepatutnya tamat hari ini.

"Kami merayu kepada delegasi Palestin agar tidak menerima pelan genjatan senjata kecuali kita berpuas hati dengan tuntutan rakyat Palestin," katanya.

“Kami akan memulai serangan ke Israel pada jam 8.00 pagi Jumat setelah gencatan senjata selesain" katanya.

Sementara itu,beribu-ribu penduduk Gaza berarak semalam bagi menyokong tuntutan Briged Al-Qassam dan pasukan rundingan Palestin di Kaherah.

Ahli Majlis Perundangan Palestin Mushir al-Masri berkata, Gaza tetap bersama Hamas walaupun kira-kira 2,000 rakyat syahid dan 10,000 cedera dalam serangan empat minggu oleh Israel.

Beliau menambah bahawa pasukan rundingan Palestin mesti sedar bahawa orang-orang Palestin, yang telah mengorbankan orang kesayangan mereka sesekali tidak akan bersetuju untuk apa-apa perjanjian gencatan senjata kecuali tuntutan mereka dipenuhi.

Berikut adalah 10 syarat genjatan senjata yang ditetapkan Hamas dan rakyat Palestin.

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

Anwar nafi isu MB sama dengan penyingkirannya

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan pihak tertentu yang menyamakan kemelut peralihan jawatan Menteri Besar Selangor dengan timbalan perdana menteri yang dihadapinya pada 1998 lalu.

Anwar menegaskan penyingkiran beliau oleh Tun Dr Mahathir Mohamed sejak 1998 itu bukan sahaja untuk meninggalkan Kabinet bahkan ia dilakukan untuk keluar dari Umno.

"Keputusan untuk menukarkan Menteri Besar Selangor itu telah dilakukan sejak enam bulan lalu dan perkara itu tidak uar-uarkan kepada umum kerana ia masalah dalaman parti.

"Kes saya pula untuk keluar dari Umno dan bukannya untuk memperkuatkan Umno seperti mana yang kami lakukan sekarang," katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu posting Facebook AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang mendakwa krisis di Selangor itu tidak ada bezanya ketika Anwar dipecat kerana tuduhan liwat.

PAS Selangor sokong kekal Khalid sebagai menteri besar, kata Iskandar

PAS Selangor mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat baru-baru ini, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar itu yang ditemui The Malaysian Insider di Bangunan Sultan Azlan Shah di Shah Alam, hari ini berkata, PAS Selangor hanya menuruti keputusan kepimpinan PAS Pusat. “Pendirian PAS Selangor jelas kita nak kekalkan menteri besar, kita tidak berganjak daripada kita punya pendirian, tetapi walau apa pun yang terjadi, kita akan menerima apa sahaja arahan yang dikeluarkan PAS Pusat.  “Kita punya badan utama adalah PAS Pusat, jadi apa yang diarahkan PAS Pusat kita kena ikut, tapi sekarang ini pendirian kita adalah untuk kekalkan (Khalid)," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu. PAS menangguhkan lagi mesyuaratnya berhubung kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor kepada 17 Ogos. Mesyuarat itu sepatutnya berlangsung pada 13 Ogos. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada ahli yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos. "Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya-Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," katanya. Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos pada awalnya ditunda kepada 13 Ogos. Iskandar berkata, pihaknya juga akan menerima apa sahaja hasil keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos nanti. "Tetapi apa-apa arahan daripada PAS Pusat yang akan bermesyuarat 17 Ogos nanti, kita terima... itu sahaja. "Yang akan membincangkan di antara parti adalah PAS Pusat, bukan hak kita untuk bincangkan maka kami akan terima sahaja," katanya. Ketika ditanya tindakan PKR

PRINSIP MANAKAH YANG DIPERSETUJUI OLEH PAKATAN RAKYAT DI DALAM SOAL PEMILIHAN MENTERI BESAR/KETUA MENTERI?

PRINSIP PERTAMA

"Apabila sesebuah negeri diserahkan kepada sesebuah parti di dalam Pakatan Rakyat untuk ditadbir (untuk diserahkan jawatan Menteri Besar/Ketua Menteri), tanpa mengira jumlah kerusi yang dimiliki oleh parti itu di dalam Dewan Undangan Negeri, maka parti-parti lain tiada hak untuk menentukan siapakah di antara Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu yang akan dipilih sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri."

PRINSIP KEDUA

"Jika sesebuah parti di dalam Pakatan Rakyat secara bersendirian mampu membentuk majoriti di sesebuah negeri maka parti-parti lain tiada hak untuk menentukan siapakah di antara Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu yang akan dipilih sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri tetapi jika tiada mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat secara bersendirian mampu membentuk majoriti maka parti-parti lain juga ada hak untuk menentukan siapakah di antara Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang akan dipilih sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri (hak bersama)."

PRINSIP KETIGA

"Walaupun sesebuah negeri telah diserahkan kepada sesebuah parti di dalam Pakatan Rakyat untuk ditadbir (untuk diserahkan jawatan Menteri Besar/Ketua Menteri), tanpa mengira jumlah kerusi yang dimiliki oleh parti itu di dalam Dewan Undangan Negeri, parti-parti lain juga ada hak untuk menentukan siapakah di antara Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu yang akan dipilih sebagai Menteri Besar/Ketua Menteri."

TS Khalid Ibrahim hanya perlu jawab satu dari lima kata Khalid Samad

Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan jawapan yang boleh diterima, munasabah, dan bukti yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan terhadapnya akan ditarik semula.

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab hanya satu sahaja daripada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh Lembaga Disiplin PKR.
Menurutnya, jika Khalid dapat menjawab persoalan itu dengan penjelasan yang boleh diterima, munasabah dan disertakan dengan bukti yang lengkap sebelum 13 Ogos ini, pastinya tuduhan yang dikenakan terhadapnya akan ditarik semula.
khalid7“Jika Khalid dapat memberi jawapan berkenaan hutangnya dengan Bank Islam, isu Tropicana dan juga Ecoworld dengan baik, pastinya Majlis Syura turut menyokongnya,” ujar beliau sewaktu sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.
Ianya termasuk adakah benar bahawa baki hutang Khalid dengan Bank Islam yang bernilai hampir RM70 juta pada tahun 2006 dilupuskan setelah sebahagian yang lain dibayar melalui penjualan saham yang dicagarkan oleh beliau kepada Bank Islam?
“Selain itu, adakah benar Khalid tidak membayar dan enggan bayar hutang tersebut sehingga dibawa ke Mahkamah?
“Juga, adakah Khalid pernah berhujah bahawa beliau tidak perlu untuk membayar hutangnya kerana Bank Islam telah melanggar perjanjian yang menurutnya tidak Islamic,” soal Khalid Samad.
Bahkan, Khalid Samad turut mempersoalkan adakah benar terdapat ‘penyelesaian luar mahkamah’ yang dicapai antara Khalid dan Bank Islam, pada Februari 2014, itu pun selepas Khalid hampir-hampir kalah?

'Ini bukan 1998, Khalid bukan seteru saya' kata Anwar

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata situasi yang dialami Tan Sri Khalid Ibrahim kini berbeza dengan keadaan semasa beliau berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tegasnya, menteri besar Selangor itu tidak akan dipecat dengan tidak adil dan menjadi musuh ketat PKR

Katanya, Khalid sendiri sudah mendapat bayangan mengenai rancangan untuk menggantikan menteri besar sejak 15 Januari.

Namun, keputusan akhir akan dibuat secara muafakat di kalangan pemimpin Pakatan, walau Khalid tetap berkeras untuk tidak meletak jawatan menteri besar.

“Saya tidak fikir ianya betul untuk mengumpamakan perisitiwa penuh dendam pada 1998 itu dengan situasi sekarang dan isu yang timbul. Saya tampil untuk melawan Umno, bukan untuk memperteguhkan Umno.

“Bila sampai waktu yang sesuai, sekiranya perlu, say akan jelaskan. Apa yang orang ramai perlu tahu, kita sudah memerhatikan proses mesyuarat kaunseling dan nasihat (dengan Khalid) berlangsung berulang kali,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini, Anwar bukan sahaja menyifatkan Khalid sebagai seorang kawan, tetapi juga seorang saudara.

Forum hangat bincang isu MB Selangor esok

forumSHAH ALAM 8 OGOS: Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) akan menganjurkan satu forum khas bertajuk “Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan Rakyat? ” pada 9 Ogos ini.
Program anjuran LENSA itu akan bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan MCPA, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Sabtu ini.
Program yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini melibatkan beberapa badan profesional tempatan berhubung isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.
Antara ahli panel yang terlibat adalah Pegawai Ekonomi & Kewangan Selangor, Azrul Azwar dan Solidariti Anak Muda Malaysia, Chegu Bard.
Turut hadir Penulis & Kolumnis, Nathaniel Tan, Eksekutif Komunikasi MB Selangor, Shazni Munir dan Lensa Anak Muda Malaysia, Syukri Razab sebagai moderator.
Berikut adalah kenyataan media berkenaan Forum ini:
Hari ini penyelesaian isu kemelut MB Selangor nampaknya masih belum selesai ke penghujungnya. Bahkan terkini sedang rancak diadakan sesi penerangan oleh beberapa pertubuhan NGO dan juga parti politik yang tampak kelihatan begitu jelas mempertahan pendirian bahawa MB Selangor perlu diturunkan segera.
LENSA mengambil pendirian dan tetap dengan prinsip, “Asalkan kepentingan rakyat diutamakan” maka Lensa akan bersama. Persoalannya adalah, sejauh mana isu MB ini pernah dijelaskan secara terus terang dan secara langsung kepada rakyat khususnya rakyat Selangor? Dan yang pihak Lensa ketahui, beberapa penerangan dan penjelasan yang dibuat sebelum ini hanya mengambil kira pandangan sebelah pihak, iaitu mereka yang berpendirian MB Selangor perlu ditukar.

McDonald's Malaysia kesal tindakan memboikot

KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia yang kesal kerana menjadi sasaran boikot berkata ia tidak pernah menyalur hasil jualan, keuntungan dan francais dari restorannya untuk menyokong sebarang perjuangan politik atau konflik di sebarang kawasan di dunia.

"Sementara kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot merupakan keputusan individu, namun kami kecewa McDonald's Malaysia menjadi sasaran tidak adil," katanya dalam satu kenyataan.
  
Ia berkata, sesetengah restorannya menjadi sasaran vandalisme sehingga ia terpaksa menutup operasi pada hari berkenaan.
  
"Realitinya pekerja dan francisor kami tidak membuat sebarang kesalahan dan adalah amat tidak adil kami menjadi sasaran sebegitu rupa," katanya.
  
Dilaporkan penyokong Palestin menggunakan media sosial mengajak pemboikotan 24 jam rangkaian makanan segeranya ekoran serangan tentera Israel di Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 orang.

McDonald's Malaysia menegaskan ia tidak menyokong atau memaafkan konflik yang berlaku di Timur Tengah dan seperti rakyat Malaysia yang lain amat bersimpati kepada mereka yang tidak berdosa di Gaza.
  

Israel renews Gaza offensive as ceasefire over

Why boycott McDonald's?

Kempen Boikot: McDonald's Lengang....

Malaysia Munafiq?

Apakah makna pemimpin tanpa pengikut atau penyokongnya?

Bagaimana seorang menjadi ketua sebuah kerajaan? Dan kalau seorang berjaya membuat demikian, adakah beliau lupa rakyat yang menyokong dan mengundinya? Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang kini dikepung, percaya soal kerajaan tiada kaitan dengan partinya. Beliau juga merasakan tidak perlu menjelaskan tindakannya kepada parti, atau di luar lingkungan PKR. Kepada siapa Khalid patut bertanggungjawab? Kepada Sultan?  Kepada pengundi yang memilihnya untuk kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang atau rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat atau yang meletakkan kepercayaan terhadapnya sebagai menteri besar? Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad perdana menteri, beliau menekankan jawatan itu adalah kerana beliau juga presiden Umno. Dr Mahathir dilantik perdana menteri disebabkan sokongan parti dan mengambil pandangan parti apabila mentadbir negara. Nampaknya, Khalid tidak berfikir demikian. Dalam suratnya kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong yang dimuatkan di laman web Selangorku, Khalid hari ini berkata surat tunjuk sebab lembaga itu meminta penjelasan untuk lima isu. Persoalan itu merangkum penstrukturan air di Selangor, elaun menteri besar, peningkatan cukai lesen peniagaan, Lebuhraya Kidex dan isu Bank Islam. “Kelima-lima isu itu dibincang oleh kerajaan negeri yang mempunyai kuasa eksekutif di Selangor. “Lembaga Disiplin PKR hanya mempunyai kuasa atas pelanggaran perintah parti dan bukan hal negeri," kata Khalid dalam surat balas itu yang dihantar oleh setiausaha politiknya pagi tadi kepada Lembaga Disiplin PKR. Dalam hal ini, Khalid sudahpun salah. Beliau bertanggungjawab kepada partinya kerana

Pemilihan PKR, ahli Bayan Baru lapor pada ROS

Ahli PKR Cabang Bayan Baru, Prof Madya Dr Zasmani Shafiee menghantar laporan aduan berkaitan proses pemilihan 2014 cabang berkenaan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Pulau Pinang, Seberang Perai Utara hari ini.
  
Beliau berkata, pihaknya telah membuat beberapa aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat Keadilan pada 7 Mei dan menghadiri sesi pendengaran pada 23 Mei.

Bagaimanapun, tiada maklum balas daripada pihak berkenaan sehingga hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghantar laporan aduan tersebut.

Dr Zasmani yang juga ahli seumur hidup PKR, mendakwa pemilihan parti cabang itu pada 4 Mei lepas tidak berlangsung dalam keadaan adil dan sihat.
  
Beliau juga mendakwa ramai anggota yang nama mereka tidak disenaraikan dalam senarai undi juga dibenar mengundi.

Manakala petugas-petugas cabang yang dilantik oleh Pegawai Pengawas, dakwanya, didapati mempengaruhi serta membantu pengundi untuk
mengundi.
  
- Bernama

Nasrudin kata hanya mahu tonjol isu pilih kasih

MP PAS Nasrudin Hassan berkata dakwaan Lim Guan Eng bahawa beliau membuat kenyataan fitnah dan bohong ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah tidak berasas.

Dalam jawapannya kepada Lim hari ini, anggota jawatankuasa pusat PAS itu menjelaskan bahawa beliau menimbulkan dakwaan berhubung projek terowong dasar laut itu untuk menunjukkan seolah-olah wujud layanan istimewa ke atas ketua menteri itu.

Sedangkan, di Selangor, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijatuhkan dengan menggunakan isu projek pembinaan lebuh raya Kidex, kata Nasrudin.

“Kenyataan saya tempoh hari sekadar mempersoalkan kenapa wujudnya perbezaan sikap pada segelintir pimpinan Pakatan Rakyat sewaktu menjadikan isu Kidex sebagai justifikasi untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.

“Sedangkan di hadapan kita terdapat juga isu seperti Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang yang tidak kurang kontroversinya.

“Seolah-olah terdapat sikap pilih kasih dan menangguk di air keruh demi mencapai matlamat tertentu yang sempit.

Kemelut MB: Anwar tak rela lihat hubungan dengan Khalid musnah

“Tan Sri Khalid Ibrahim sudah saya anggap seperti keluarga dan apa pun yang berlaku dalam kemelut ini, hubungan baik kami akan tetap terjaga dan berkekalan.
 
“Saya yakin, sebagai sebuah keluarga, proses pertukaran jawatan Menteri Besar (MB) Selangor kepada Datin Seri Wan Azizah (Ismail) dapat berjalan dengan lancar dan sempurna akhirnya.”
 
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya petang tadi.
 
Jelas Anwar, dia tidak rela melihat hubungan baik yang telah terjalin dengan Khalid sejak bertahun-tahun lalu musnah hanya disebabkan isu jawatan MB Selangor.
 
Sehubungan itu minta Anwar, semua pihak dinasihatkan supaya tidak menyentuh hal-hal peribadi tentang Khalid yang hanya akan membuka aib.
 
“Saya memang tak suka dan memang tak gemar orang bercerita tentang rahsia orang lain apalagi jika apa yang diceritakan itu boleh membuka aib orang.
 
“Antara saya dengan Khalid memang tidak ada masalah yang serius tetapi saya kenal hati budinya. Sebab itu saya yakin kemelut  ini akan berakhir juga pada masa terdekat ini tanpa sebarang masalah,” katanya.
 

NASIHAT UZAR KEPADA PEMIMPIN PR


Israel says Hamas violated Gaza ceasefire

Israel, Hamas Resume Fire After Gaza Truce

Demo boikot McDonald hambar..!!

Keputusan Majlis Syura tak jejas pendirian PKR - Anwar Ibrahim


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, sebentar tadi. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 


PETALING JAYA - Keputusan Majlis Syura Pas yang sebulat suara mahu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dikekalkan tidak akan mengongkong dan menjejaskan pendirian PKR menentukan nasib partinya itu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau menghormati dan mengambil kira semua pandangan pimpinan parti komponen PR itu walaupun akur nasib Abdul Khalid bakal ditentukan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu dalam masa terdekat.

"Sebagai parti sahabat kita ambil kira dan hormati pandangan namum mereka memerlukan penjelasan lanjut pendirian PKR.

"Kita kena tumpu kepada fakta dan perjuangan parti dan bukannya kepentingan peribadi, kerana kita berpegang teguh kepada keputusan MPP pada 15 Januari lalu.

"Walaupn Pas menangguhkan mesyuaratnya pada 17 Ogos ini, namun PKR kena buat keputusan mengikut bidang kuasa kami ke atas Abdul Khalid selaku ahli PKR," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini

Pertemuan '8 mata': Saya cuba cari jalan, kata Mustafa

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyambut baik cadangan pemuda Pakatan Rakyat semalam agar diadakan pertemuan lapan mata membabitkan pimpinan tertinggi ketia-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi merungkai isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Mustafa berkata beliau mengambil maklum cadangan itu dan sedia memikul tanggungjawab untuk cuba mencari jalan agar perkara itu dapat direalisasikan.

"Cadangan pertemuan lapan mata antara pemimpin tertinggi Pakatan satu idea yang baik.

"Saya akan cuba memikirkan jalan agar pertemuan seperti yang dicadang itu dapat diadakan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Teo Kok Seong dalam satu kenyataan bersama mencadangkan pertemuan lapan mata pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Pertemuan lapan mata itu membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang  dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut mereka, krisis dalaman Pakatan Rakyat rentetan isu penggantian Menteri Besar Selangor kini berada pada tahap membimbangkan dan boleh merosakkan masa depan Pakatan Rakyat dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta.

Ianya juga boleh memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang.

Majlis Syura PAS kurang maklumat tentang Khalid, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Majlis Syura PAS yang mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kerana kurangnya fakta sebenar berkaitan menteri besar Selangor itu. Anwar turut menggesa ahli dan kepimpinan parti patuh kepada keputusan parti yang mahu melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. "Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini. "Khalid bukan saja seorang pemimpin PKR dan menteri besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini. Majlis Syura PAS kelmarin berkeras mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar kerana badan tertinggi dalam PAS itu berpendapat tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Adun Pelabuhan Klang itu.

Sokong Khalid urusan dalaman PAS, kata Rafizi

Pengisytiharan sokongan Majlis Syura Ulama PAS kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah "urusan dalaman" parti itu dan PKR menunggu kata putus Jawatankuasa PAS, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Beliau yang juga anggota parlimen Pandan turut berkata PKR tidak mempunyai sebarang urusan untuk masuk campur dalam parti Islam itu.

"Saya fikir ia adalah urusan dalaman PAS. Kita akan tunggu (jawatankuasa) PAS untuk memutuskannya... PAS akan memaklumkan keputusan mereka kepada kami.

"Saya rasa eloklah kita tunggu keputusan itu," katanya sewaktu ditemui pada majlis makan malam bersama penduduk Ampang semalam bagi mengulas keputusan Majlis Syura PAS.

Majlis Syura Ulama PAS melalui Mursyidul Amnya Datuk Seri Nik Abdul Nik Mat dan timbalannya, Datuk Haron Din dalam kenyataan bersama mereka menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar.

Kenyataan itu menyebut bahawa sokongan itu adalah demi kepentingan orang ramai yang melangkaui kepentingan parti dan individu.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sekali lagi telah ditangguhkan ke tarikh 17 Ogos.

Penangguhan itu adalah kali yang kedua selepas mesyuarat sama yang dijadual berlangsung pada 10 Ogos ditangguh ke 13 Ogos.

PKR kaji semua pilihan selesai isu MB, mesyuarat kepimpinan esok

PKR sedang menimbang pilihan menamatkan krisis menteri besar Selangor, termasuk mesyurat utama antara pempimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan juga untuk memastikan semua Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) menyokong pendiriannya. Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar berkata satu mesyuarat kepimpinan utama PKR akan diadakan esok bagi membincangkan semua pandangan mengenai perkara itu selepas PAS berkata ia akan menangguh keputusannya mengenai isu ini hingga 17 Ogos. Beliau berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diberi taklimat mengenai cadangan pertemuan lapan mata yang dicadangkan sayap Pemuda Pakatan Rakyat (PR) iaitu antara Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Khalid sebagai cara terbaik untuk menamatkan krisis. "Kami terbuka kepada idea dan berharap untuk bertemu pada masa terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum meninggalkan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution juga mengesahkan Akuan Berkanun (SD) yang ditandatangani semua wakil rakyat PKR di Selangor hanya langkah persediaan untuk sebarang kemungkinan pada masa depan, tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu. The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya 12 daripada 14 Adun PKR diminta menandatangani kenyataan bersumpah dan menyerahkan kepada Anwar sebelum jam 10 pagi hari ini. Ia tidak

PKR bincang masa depan Khalid esok, kata Lembaga Disiplin

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata mereka sudah terima surat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan akan bincang perkara itu esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, Ogos 8, 2014.Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata mereka sudah terima surat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan akan bincang perkara itu esok. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, Ogos 8, 2014.Lembaga Disiplin PKR hari ini tidak dapat mendedahkan keputusan surat yang dikirimkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR esok.
Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata masa depan Khalid akan dibincangkan bersama pemimpin kanan parti selain ketua cabang juga dijemput memberikan pandangan. "Kita sudah terima (surat Khalid) dan esok kita bincang di MPP. Pandangan kami tidak boleh diberitahu hari ini.
"Lebih baik 3 petang esok kita panggil ketua cabang maka mesyuarat akan diadakan di sana. Pemimpin kanan juga akan hadir," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

‎Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa semua pihak dalam parti berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan bagi membolehkan proses peralihan menteri besar Selangor berjalan lancar.  Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata mesyuarat pimpinan pusat PKR akan berlangsung esok dan semua pandangan dan percanggahan boleh diadakan dalam pertemuan itu.

Pembantaian Palestin: Melangkaui Gaza


Israel launches offensive in Gaza


Sudah tiga minggu sejak pembantaian ini bermula.
Hampir 2,000 rakyat Palestin telah dibunuh dalam konflik Gaza yang masih berlangsung, 80 peratus daripadanya orang awam. Kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Sejumlah 9,000 pula cedera dan hampir setengah juta hilang tempat tinggal.
Israel terus-menerus mensasarkan orang awam. Ia telah mengebom tempat perlindungan, rumah-rumah dan sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Ada debat yang panjang berjela tentang siapa yang memulakan serangan, siapa yang membunuh tiga remaja Israel, siapa yang mula-mula melancarkan roket dan banyak lagi yang seumpamanya.
Israel menyalahkan Hamas kerana mencabuli perjanjian gencatan senjata tahun 2012, menculik dan membunuh tiga orang remaja Israel. Hamas pula menuding jari kepada Israel kerana menahan 50 tawanan Palestin di Tebing Barat, termasuk sebahagian yang pada mulanya dibebaskan dalam persetujuan pertukaran tahanan.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, sekali lagi, tanpa rasa malu hadir menghulurkan bantuan kepada Israel, menyatakan ia memiliki hak untuk mempertahankan diri. Ketika negara seperti Bolivia, Brazil dan Argentina sekeras-kerasnya mengecam Israel, negara lain kelihatan teragak-agak, terutama kerana ia melibatkan Hamas.
Saya bukan peminat Hamas. Namun kita tidak boleh dengan mudah berpaling menyalahkan mereka.
Kebanyakan media Barat memenuhkan ruang berita mereka dengan laporan pembunuhan remaja Israel sebagai penyebab penyembelihan ini. Namun perlu dinyatakan, sehari sebelum kejadian itu, seorang lelaki dan kanak-kanak berusia 10 tahun warga Palestin terbunuh di Gaza akibat serangan udara Israel.
Baru-baru ini, pegawai Israel menyatakan bahawa Hamas tidak bertanggungjawab ke atas penculikan tiga remaja itu, bertentangan sama sekali dengan Perdana Menteri mereka, Benjamin Netanyahu.
Israel sentiasa menyalahkan ketidaksepakatan di kalangan pemimpin Palestin sebagai punca proses perjanjian damai gagal. Namun ia ternyata tenggelam punca apabila Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (Fatah) mencapai kesepakatan pada Jun lalu.

Setahun Rabaah dan Solidariti Rakyat Gaza 14 Ogos

Di saat kita dan umat Islam diselubungi perasaan sedih atas apa yang menimpa ke atas umat Islam di Gaza, maka kita tidak lupakan nasib yang sama menimpa ke atas saudara kita di Mesir.

Setahun yang lalu, Mesir telah kembali kepada sebuah pemerintahan diktator dan kuku besi selepas rakyat menumbangkan rejim Mubarak dalam revolusi 2011. Ianya mengembalikan Mesir kira-kira 60 tahun kebelakang apabila pemerintahan tentera kembali berkuasa dengan berkuasanya Jeneral Abdul Fatah As-Sisi. Setelah keputusan rakyat memilih Dr Mohammad Morsi sebagai Presiden Mesir dalam pilihanraya yang telus dan bersih pada Jun 2012 maka setahun kemudian pilihan rakyat itu dicabuli apabila berlakunya rampasan kuasa pada 3 Julai 2013.

Lebih menyayat hati, para penyokong setia Presiden Dr Mohammad Morsi telah dibunuh melalui siri-siri serangan kejam oleh tentera dan polis, ditangkap dan diseksa dalam penjara serta terlalu banyak kes-kes pelajar dan pekerja yang dipecat kerana sikap tegas mereka menentang rampasan kuasa.

Tanggal 14 Ogos 2013 tarikh yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Mesir. Tarikh tersebut berlakunya operasi besar-besaran menggempur dataran Raba'ah dan Nahdhah, dua dataran yang menjadi simbol kebangkitan rakyat menolak rampasan kuasa. Dua lokasi utama ini menjadi tumpuan para penyokong setia Presiden Morsi berkampung dan berhimpun sejak 47 hari sebelumnya. Dengan pelbagai unit tentera dan polis, mereka telah menggempur dua lokasi ini bermula jam 6 pagi dan berakhir kira-kira 11 jam kemudian yang mengorbankan lebih 2,000 orang. Angka kematian di pihak rakyat awam dikatakan meningkat hampir 5,000 orang setelah mangsa-mangsa yang cedera dirawat di hospital berdekatan Rabaah dibakar hidup-hidup atas arahan pihak tentera.

Berikutan serangan tentera itu, dataran Rabaah dikawal ketat oleh pasukan militan tentera untuk tidak membenarkan lagi sebarang himpunan diadakan. Rentetan serangan kejam ini ribuan lagi pemimpin Ikhwan Muslimin ditangkap dan beberapa pimpinan utama mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan "mewujudkan bilik operasi Rabaah", satu tuduhan palsu yang direkacipta oleh pihak pendakwaraya. Antara tertuduh ialah Mursyidul Am Ikhwan, Dr Mohammad Bad'ie.

Rejim Zionis gagal hadapi tentangan hebat Hamas

10402800_814065061950497_8455085738996921569_nGAZA, 8 OGOS: Sepanjang tempoh serangan di Gaza, sejak 8 Julai lalu, rejim Zionist dikatakan tidak mencapai sebarang matlamat ketenteraan.
Mereka sebaliknya hanya mewujudkan sentimen kebencian di kalangan penduduk dunia terhadap negara sendiri selepas ribuan penduduk awam di Gaza terbunuh.
Seorang pengulas politik AS, Eugene Michael Jones berpendapat, Israel gagal dalam Operasi Persempadanan Semula yang pada awalnya dijadikan agenda utama.
“Mereka tidak mencapai matlamat, sebaliknya dikecam, dihina dan berhadapan dengan risiko sekatan ekonomi daripada negara luar,” katanya dalam wawancara semalam.
Jones berkata, rejim Tel Aviv hanya menggambarkan diri mereka sebagai individu paling kejam dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai kerana membunuh ratusan penduduk awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata selepas mengepung Genting Gaza.
“Ini adalah penghinaan terhadap mereka. Apa lagi yang ingin mereka lakukan lagi selepas gencatan senjata ini tamat. Kembali membunuh lebih ramai wanita dan kanak-kanak?” katanya.
Beliau berkata, pertubuhan badan dunia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) turut menjejaskan reputasi mereka sendiri kerana hanya membisu dalam menghadapi kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza.
“Apa yang dipertaruhkan di sini adalah kredibiliti organisasi di seluruh dunia seperti PBB dan ICC. Reputasi mereka jelas tercalar selepas gagal menghentikan serangan dan mengheret pesalah ke pengadilan,” katanya.
Sementara itu,  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan mengadakan sidang tidak rasmi eosk bagi mendengar taklimat oleh pegawai kanan PBB mengenai peperangan di Gaza.

WHO: Ebola Outbreak Is a Public Health Emergency

Sultan Selangor Titah MAIS dan JAIS Bebas Dari Pengaruh Politik

Gaza: 21 hari terperangkap dalam terowong bawah tanah

Penyebaran Video Tidak Bermoral - Logik Zainal Abidin Tak Masuk Akal

Polis rakam kenyataan guru muzik sertai sukaneka bogel

Surat Palsu: Taktik Jatuhkan Khalid Ibrahim

Hina Mahkamah : N Surendran Mahu Najib Bertanggungjawab

MB: Surat akuan sumpah undi tidak percaya mungkin palsu..?

MBSHAH ALAM, 8 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan surat akuan sumpah untuk undi tidak percaya kepadanya oleh wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkemungkinan adalah palsu.
Sambil berpendapat ia adalah perkara biasa, beliau berkata terlalu banyak surat palsu dan kenyataan tidak benar dikeluarkan berhubung desakan yang mahukannya berundur dari jawatan sekarang.
“Tiada, itu memang perkara biasa kerana terlalu banyak surat palsu dikeluarkan sekarang,” katanya ringkas ketika mengulas perkara berkenaan di Dewan Jubli Perak hari ini.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi ketika ditemui berkata beliau tidak mengetahui tentang surat akuan bersumpah berkenaan.
Malah katanya ahli Exco lain juga tidak pernah tahu kewujudan surat terbabit dan beranggapan ia adalah surat palsu.
“Saya tidak tahu tentang kewujudan surat ini dan ia mungkin adalah palsu, malah Exco lain pun tidak pernah menerima surat berkenaan,” katanya.
Sebuah portal media melaporkan PKR meminta semua wakil rakyatnya di Selangor untuk bersumpah memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar, dalam usaha untuk mengasingkan penyandangnya Abdul Khalid yang enggan berhenti.

Krisis MB & pertembungan pemikiran dalam PAS

Isu penukaran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sedang hangat diperbincangkan oleh rakyat Malaysia. Bahkan suasana Aidilfitri sebahagian besar rakyat Malaysia yang endah politik turut ditenggelami dek perbincangan isu ini.

Sokongan terbuka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Khalid sehari selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengambil maklum cadangan dari PKR untuk mengangkat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid mencetuskan perbincangan hebat dalam dan luar PAS.

Hujahnya, Khalid bersih dan tidak khianat terhadap amanah kepimpinannya. Justeru, apa perlunya Khalid diganti?

Ramai penganalisis politik menyifatkan tindakan Presiden PAS itu bakal mempengaruhi keputusan mesyuarat PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Ogos nanti.

Belum pun reda isu kenyataan presiden, timbul pula isu 'print screen' analisis senario gabungan PAS, Umno dan Khalid (sebagai Menteri Besar) yang diutarakan oleh Dr Zuhdi Marzuki sebagai alternatif kepada kerajaan baru di Selangor.

Politik berkait rapat dengan soal persepsi. Kesan terhadap insiden 'print screen' ini, persepsi rakyat mula terbentuk bahawa Khalid amat diperlukan oleh PAS bagi menjayakan agenda kerajaan perpaduan Umno-PAS-Khalid di Selangor.

Keadaan bertambah 'panas' apabila perenggan kedua dari mesej Dr Zuhdi dilihat amat berbaur perkauman sehingga tiada unsur hormat terhadap rakan Pakatan khususnya DAP.

Saya tidak berminat untuk berbalas hujah samada Khalid perlu dikekalkan atau diganti. Biarlah 'game' ini terus dimainkan oleh watak-watak utama politikus yang telahpun berbahas panjang bagi menegakkan premis masing-masing.

Bagi saya, krisis MB Selangor ini telah semakin jelas memperlihatkan dua jalur pemikiran dalam PAS yang ada selama ini. Para pendokong idea politik konservatif/lama dan juga pendukung idea politik baru.

Menilai 2 jalur pemikiran dalam PAS

Saya perlu bersikap adil. Jalur pemikiran politik konservatif dalam PAS bukanlah bermaksud mereka ini mundur atau kampungan. Begitu juga sebaliknya dari jalur pemikiran politik baru dalam PAS.

Ini kerana saya amat yakin orang PAS dari jalur mana sekalipun, niat akhirnya hanyalah satu iaitu bagaimana perjuangan mengangkat hukum hakam serta nilai-nilai Islam dapat ditegakkan bagi merealisasikan masyarakat yang rukun, damai dan sejahtera sesuai dengan semangat 'baldatun toyyibatun wa robbun ghafur.'

Namun, dalam 'monotonous' politik tanah air yang didominasi semangat perkauman sempit serta prejudis antara kaum yang begitu tajam hasil semaian Umno/BN, saya sifatkan jalur pemikiran politik konservatif atau politik lama dalam PAS adalah jalur politik yang tidak dapat lari dari melihat solusi kepada permasalahan rakyat menerusi kacamata perkauman.

Ia adalah acuan yang telah dibentuk lama oleh Umno/BN.

Kerana itulah rasa kurang selesa di kalangan sebahagian pimpinan dan ahli PAS terhadap keberadaan rakan tahaluf DAP dan PKR dilihat sebagai satu ancaman kepada PAS selaku sebuah jamaah Islam tanah air.

Akhirnya, wacana penggabungan PAS-Umno dilihat memiliki potensi yang akan menguntungkan perjuangan PAS atas terma kuasa politik Melayu-Islam.

Khalid: Tuduhan tak munasabah, tak adil

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Lembaga Disiplin PKR mengemukakan permintaan tidak munasabah kerana meminta beliau menjelaskan lima tuduhan ke atasnya dalam masa singkat.

Tuduhan itu juga tidak adil kerana diberi tempoh yang amat singkat – kurang 24 jam – untuk menjawab tuduhan yang tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci, kata Khalid.

Perkara itu merupakan antara alasan utama dalam jawapan kepada notis tunjuk sebab ke atasnya, yang diutuskan kepada lembaga tersebut hari ini.

“Jika notis tunjuk sebab tersebut tidak menyatakan, antara lainnya tuduhan dan perlanggaran mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti oleh saya, ini bermakna secara prima facie, tiada apa-apa salah laku disiplin yang telah dilakukan oleh saya dan tiada apa-apa salah laku disipliln yang boleh didengar oleh Lembaga Disiplin.

“Tanpa sebab-sebab tersebut, saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif,” katanya lagi.

Beliau merujuk kepada permintaan lembaga tersebut agar beliau menjelaskan mengenai lima perkara – penstrukturan industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman bank Islam dan cadangan projek lebuh raya Kidex.

Selangor: Pas Seharusnya Percepatkan Mesyuarat, Bukan Melewatkannya

Kemelut politik di Selangor sekarang pada asasnya berpunca daripada dua sebab iaitu pertama, kedegilan Khalid Ibrahim tidak mahu berundur apabila diarahkan oleh parti dan kedua, disebabkan sokongan terbuka Pas yang mahu beliau terus dikekalkan.

Jika hanya Khalid yang berdegil tetapi tidak mendapat sokongan Pas, sudah lama ianya selesai. Begitu juga jika sekadar Pas yang menyokong tetapi Khalid akur dengan kehendak partinya, ia tidak akan menjadi kalut sehingga sekarang ini.

Disebabkan adanya kedua-dua sebab itulah dan ianya pula seolah-olah saling bahu-membahu serta senada dan seirama, walaupun berlainan parti, kekalutan ini terus berlarutan.

Ketika Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid, parti itu sebenarnya sudah menetapkan tarikh mesyuaratnya pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenainya. Sebab itu, kenyataan Haji Hadi yang mendahului mesyuarat dan bersifat peribadi itu adalah punca segala-galanya.

Kiranya Haji Hadi lebih berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan tanpa bermesyuarat atau sanggup bersabar sehingga 10 Ogos dengan menghormati konsep bermuafakat dalam membuat keputusan, kemelutnya tidaklah berlarutan seperti ini.

Lantaran itu, dalam usaha membendung ianya daripada terus menjadi polemik, dua pemimpin Pas iaitu Ketua Pemudanya, Suhaizan Kayat dan AJK Pas, Dr Zulkifli Ahmad telah menyarankan agar Pas mempercepatkah tarikh mesyuarat daripada 10 Ogos yang telah diputuskan sebelum itu.

Hasrat mereka ialah agar segala kurap, kudis dan nanah dapat dibendung lebih awal lagi. Niat kedua pemimpin Pas yang tidak berserban ini adalah baik dan suci.

Namun demikian, Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tegas menolak saranan yang baik itu dengan alasan jika diubah ia akan mengganggu jadual lain yang telah ditetapkan.

Akhirnya semua orang menunggu-nunggu tarikh 10 Ogos itu, walaupun hari demi hari makin banyak kekalutan dan kekeliruan yang terus berlaku.

Bermula dengan sokongan Tuan Guru Nik Aziz terhadap pendirian Haji Hadi, tersebarnya tulisan di whatsapp oleh seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang bersifat rasis dan mahu bekerjasama dengan UMNO, keputusan Majlis Syura yang juga menyokong pengekalan Khalid, tindakan Pas Selangor dan Dewan Pemuda mengadakan majlis sembahyang hajat di kediaman Menteri Besar dan bermacam-macam rentetan lagi, semuanya menjurus kepada keadaan yang lebih huru-hara.

Pas jadi berpecah, PKR juga retak dan PR yang diharapkan mampu memberi cabaran kepada BN turut sudah hilang rentaknya di mata umum. UMNO dan BN hanya senyum memerhati wayang percuma ini.

PAS dan DAP tolak Dr Idris, Azmin jadi pilihan

KUALA LUMPUR: Usaha PKR menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak mendapat sokongan PAS dan DAP.

Sumber dalaman Pakatan Rakyat memberitahu, PAS dan DAP tidak menerima pencalonan Dr Idris kerana Adun Ijok itu juga dilihat hanya akan menjadi boneka kepada tokoh-tokoh tertentu dalam PKR.

DAP dan PAS kini dikatakan lebih selesa untuk menerima Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tokoh-tokoh penting dalam PAS dan DAP lebih menerima Azmin berbanding Wan Azizah dan Dr Idris untuk menggantikan Tan Sri Khalid.

"Ramai yang sangka PAS dan DAP tidak boleh terima Azmin tetapi dalam politik macam-macam perkara boleh berlaku.

"Azmin jauh lebih kredibel berbanding Wan Azizah dan Dr Idris, jadi bagi PAS dan DAP, lebih baik Azmin dipilih menggantikan Tan Sri Khalid," kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Seorang pemerhati politik menjangkakan akan ada usaha dikalangan pemimpin PKR yang tidak sehaluan dengan Azmin untuk memastikan sama ada Wan Azizah atau Dr Idris dipilih menggantikan Abdul Khalid.

'Saya tiba-tiba jadi selebriti'-Dr Mohd Zuhdi

'Saya tiba-tiba jadi selebriti' SHAH ALAM - Selepas menjadi sasaran kritikan banyak pihak gara-gara paparan skrin mesej perbincangan kumpulan WhatsApp AJK Pas Pusat yang bocor kepada umum, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki akhirnya buka mulut.

Akui tidak mahu ke depan pada awalnya, beliau akhirnya terpaksa akur untuk tampil memberikan penjelasan.

Menurut Dr Zuhdi, apa yang tersebar hanyalah senario yang difikirkan mungkin berlaku sekiranya Pas keluar dari PR.

"Apa yang saya nyatakan itu tidak lahir daripada diri saya kerana saya bukan salah seorang yang menyokong usul untuk keluar dari PR dalam perbincangan itu. Yang memberi usul itu orang lain... yang menyokong orang lain.

"Cuma saya memberikan beberapa senario yang boleh berlaku. Sekiranya kita keluar apa yang berlaku," katanya ketika berucap pada Majlis Solat Hajat Perdana 'Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah', malam tadi.

Menurutnya, sejak namanya menjadi 'selebriti' segera, segala tingkah lakunya mendapat perhatian.

"Tapi apabila dibocorkan perbincangan itu, saya tiba-tiba jadi selebriti. Sampaikan isi Facebook saya pun dikeluarkan.

"Bak kata orang, kalau saya berdehem, orang akan tanya, dehem saya itu untuk Tan Sri Khalid ke untuk Datuk Seri Anwar?," katanya berseloroh.

Khalid: Lembaga Disiplin PKR tidak ada bidang kuasa

Khalid menyimpulkan tidak ada pelanggaran yang di lakukan beliau dan Lembaga Disiplin PKR tidak ada bidang kuasa untuk mempersoalkan urusan pentadbiran negeri Selangor.

khalid_Tan_Tee_300PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari menjawab kepada notis tunjuk sebab yang ditujukan kepada Datuk Dr Tan Tee Kwong sebagai Pengarah Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Surat jawapan itu di hantar oleh Setiausaha Sulit MB Selangor, Mustafa Mohd. Taib pada jam 10:20 pagi tadi.
Tidak ada pelanggaran Perlembagaan Parti
Di dalam surat itu, Khalid mempersoalkan kenyataan Tan Tee Kwong yang masih lagi mahu menegakkan bahawa isi dan maksud Notis Tunjuk Sebab bertarikh 5 Ogos itu jelas.
Menurut Khalid, notis itu tidak menyebut tuduhan dan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan Parti yang telah beliau langgar.
Oleh itu, Khalid membuat kesimpulan bahawa tidak ada pelanggaran makanya tidak ada salah laku, bererti tidak ada salah laku yang boleh di dengar oleh Lembaga Disiplin.
Khalid juga berpendapat, Lembaga Disiplin terkhilaf dalam pernyataan di dalam Notis Tunjuk Sebab tersebut.
Notis terlalu singkat
Khalid juga menyatakan bahawa notis yang diberikan kepada beliau untuk hadir di sesi pendengaran pada 8 Ogos jam 3:30 petang diterima beliau kurang dari 24 jam sebelum waktu sesi itu dijadualkan bermula dan beliau menganggap itu sebagai tidak adil dan tidak munasabah.
5 perkara tambahan
Khalid juga menyatakan rasa terkilannya kepada Tan yang meminta beliau menjawab melalui notis tunjuk sebab tentang 5 perkara tambahan iaitu penstrukturan air selangor, elaun baru MB Selangor, kenaikan cukai bagi lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan cadangan Lebuhraya KIDEX.
Khalid berpendapat bahawa ini adalah tidak adil kerana notis tunjuk sebab yang diterimanya tidak pernah merujuk kepada 5 perkara tersebut.
Khalid juga mempersoalkan kenapa 5 perkara tambahan ini dikaitkan dengan ‘Langkah Kajang’ di dalam notis tunjuk sebab kerana 5 perkara yang disebutkan ini di rancang sebelum ‘Langkah Kajang’ berlangsung.
Bukan bidang kuasa Lembaga Disiplin PKR

Sultan ingatkan JAIS dan MAIS jauhi politik

Terdapat segelintir ahli politik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu berkaitan agama Islam dan mempersoalkan tindakan MAIS dan JAIS sebagai agenda politik mereka.

sultan300SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua warga kerja Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam agenda politik mana-mana parti.
Hal ini kerana baginda mahu MAIS dan JAIS kekal sebagai institusi yang berkecuali dan menumpukan fungsinya dalam memartabatkan agama Islam di Selangor.
“Pada masa sekarang, terdapat segelintir ahli politik yang mahu mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu berkaitan agama Islam dan mempersoalkan tindakan MAIS dan JAIS sebagai agenda politik mereka,” titah baginda sewaktu Majlis Perjumpaan Bersama Pegawai dan Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.
Dalam pada masa yang sama, baginda turut menitahkan agar setiap pegawai dan kakitangan hendaklah mematuhi segala arahan yang disampaikan oleh pegawai atasan.
“Jika ada sebarang kemusykilan, keraguan atau bantahan hendaklah disuarakan dengan cara berhemah seperti perbincangan atau musyawarah.
“Beta tidak mahu ada pegawai dan kakitangan JAIS yang bertindak bersendirian secara membuta tuli tanpa merujuk kepada pihak atasannya, kerana ia akan memburukkan imej institusi agama Islam di mata masyarakat,” titah baginda.
Bukan itu sahaja, baginda turut menitahkan supaya pihak JAIS bertindak dalam lingkungan tugas yang melibatkan kesalahan terhadap isu-isu agama Islam sahaja tanpa menggangu tugas dan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan seperti penguatkuasaan terhadap rumah-rumah urut dan sebagainya.
“Ini bagi menggelakkan tohmahan terhadap JAIS yang mengambil tindakan bukan di dalam bidang kuasa mereka dan lebih menumpukan kepada perkara-perkara yang remeh sedangkan isu-isu yang lebih besar tidak diberikan keutamaan.

Pekerja McDonald's: Jangan hukum kami......!!


Pekerja McDonald's: Jangan hukum kami

Salah seorang pekerja McDonald’s di Melaka mengakui mereka cukup terkesan akibat kempen boikot yang dibuat pelanggan restoran makanan segera itu.

Katanya, pelanggan Melayu amat berkurangan sejak kempen memboikot dilakukan.

“Memang dahulu ada kempen boikot tetapi hanya sementara... apa nak buat kak, mereka tak nak makan McDonald’s lagi.

“Kadang-kadang ada yang malu nak membeli di kaunter dan beli di laluan pandu lalu,” katanya.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakan menerima tempias kerana disindir masyarakat berikutan bekerja di restoran itu.

Katanya, masyarakat tidak boleh memandang serong pekerjaan mereka kerana ia adalah punca pendapatan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Bagaimanapun, dia tidak berfikir untuk berhenti kerja kerana sudah lama berkhidmat di restoran itu.

Seorang juruwang McDonald's di Kelantan yang enggan dikenali mengakui perubahan mendadak kekurangan jumlah pelanggan amat dirasai, namun terpaksa meneruskan kerja seperti biasa.

“Saya tahu situasi ini berlaku disebabkan kempen memboikot yang dilakukan seluruh negara, apa pun kami kena kerja,” katanya.

Tinjauan di negeri itu juga mendapati, masyarakat bukan Islam turut sama menyokong usaha memboikot McDonald’s.

Malah, restoran itu yang sebelum ini menjadi pilihan pelajar berkumpul dan membuat perbincangan bukan lagi tumpuan kerana ada yang memilih untuk ke kedai makan biasa sebagai ganti.

Sementara itu, seorang pekerja McDonald’s di Perak berkata, rakyat negara ini bebas membuat pilihan dalam isu boikot namun mempersoal mengapa restoran itu menjadi sasaran utama.

Seorang lagi rakan sekerjanya beranggapan usaha memboikot McDonald’s berdasarkan kepada persepsi individu.

“Sebenarnya kami sendiri tidak tahu menahu kebenaran tentang saluran dana kepada Israel. Cuma baca di laman-laman sosial,” katanya.

Rasa takut pakai uniform kerja

“Kami hanya bekerja mencari rezeki, bukannya menyokong Israel."

Demikian luahan rasa sebahagian pekerja McDonald’s di sekitar Negeri Sembilan yang mula merasa terkesan dengan kempen boikot terhadap produk makanan segera berkenaan.

Konsisten lumpuhkan ekonomi rejim Zionis

SENAI – Pertubuhan Halal Muslim Malaysia (PHMM) menggesa umat Islam supaya peka dan konsisten dengan memboikot pelbagai produk mempunyai kaitan dengan Israel dalam usaha melumpuhkan kegiatan ekonomi rejim berkenaan.

Naib Presidennya, Kamal Arifin Abdul Rahman berkata, boikot yang perlu dibuat secara berterusan itu sekurang-kurangnya menghalang mereka memperoleh dana untuk menzalimi umat Islam di Palestin.

Menurutnya, umat Islam di negara ini perlu bersatu padu dan mengambil serius perkara itu demi membela umat Islam yang tidak berdosa di Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

“Penglibatan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) lain serta kerajaan sendiri juga penting untuk menunjukkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman rejim Israel ini yang tanpa henti-henti dilakukan hingga membunuh ramai umat Islam di Palestin.

“Saya kira, jika kita ramai-ramai bersatu dan memboikot produk ada kaitan dengan Israel ini, pasti mereka turut terkesan.

"Bayangkan berapa ramai umat Islam di negara ini dan seluruh dunia bertindak tidak mahu membeli produk mereka.

“Ini adalah tidak mustahil. Cuba kita gandakan jumlah berapa ramai yang turut serta boikot dan berapa lama mereka boikot. Pasti terkesan dan terjejas juga ekonomi mereka,” katanya.

Kamal Arifin yang juga Pengerusi PHMM Johor berkata, beberapa langkah boleh diaplikasikan sebagai mekanisme untuk memastikan kempen boikot terhadap produk keluaran Israel berjaya.

“Saya sarankan umat Islam di Malaysia bertukar kepada produk keluaran tempatan termasuk yang dihasilkan oleh umat Islam sendiri dan ini secara tidak langsung dapat memperkasakan ekonomi umat Islam.

Kempen boikot menjadi, McDonald's lengang

Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI 
 Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini.  
 
SHAH ALAM - Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.

Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.

Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.

Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.

"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.

Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.

Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.

Gaza rocket fire towards Israel resumes as ceasefire expires

Dr Zuhdi: Kajang Move punca kritikan terhadap Anwar

MB Selangor terima nasihat Tuan Guru Nik Aziz

PAS Pusat tunda lagi mesyuarat bincang isu Khalid ke 17 Ogos

'Ahli Pas jangan cakap tak tentu fasal' - Tok Guru

Nik Aziz (tengah) bersalaman dengan ahli Pas dan orang ramai yang menghadiri Majlis Aidilfitri Pakatan Rakyat di Kota Bharu, semalam 
 Nik Aziz (tengah) bersalaman dengan ahli Pas dan orang ramai yang menghadiri Majlis Aidilfitri Pakatan Rakyat di Kota Bharu, semalam
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati ahli-ahli Pas supaya tidak mengeluarkan kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti sehingga boleh dipolemikkan mana-mana pihak.

Menurutnya, setiap keputusan mesyuarat atau perbincangan melibatkan pimpinan tertinggi parti itu haruslah dihormati serta diumumkan oleh mereka yang dipersetujui menjadi jurucakap mesyuarat tersebut.

“Setiap mesyuarat ini ada kaedahnya, saya tidak boleh jadi jurucakap, kita ada setiausaha. Dalam hal mesyuarat semalam (kelmarin), Setiausaha, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ada ke rumah saya selepas waktu Maghrib dan memberitahu keputusan mesyuarat kerana saya hanya menghadiri mesyuarat tersebut untuk setengah jam pertama sahaja.

“Bagi saya, keputusan itu sangat menarik namun biarlah diumumkan beliau (Nik Muhammad Zawawi). Kita ada peraturan, tidak boleh semua orang bercakap sahaja, walaupun langit terbuka, bumi terbuka, saya mahu perkara ini dijadikan contoh dan ikutan kepada orang Pas supaya tidak ada yang bercakap tidak tentu fasal,” katanya kepada media, semalam.

Kenapa saya kritik Anwar? - Dr Zuhdi

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyebut dua alasan kenapa beliau bertindak mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu kerana sebagai ahli Pas, beliau tidak boleh berdiam diri melihat serangan hendap ke atas peribadi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin yang telah dikenalinya sejak berada di UK lagi .

Malah beliau mendakwa serangan-serangan peribadi tersebut yang disiarkan sebuah portal berita sebelum ini dipercayai bersumberkan orang sekeliling Anwar.

"Saya kritik Anwar disebabkan dua perkara. Pertama, saya dimaklumkan, ada suatu bentuk serangan-serangan hendap yang dilakukan ke atas peribadi Tuan Guru Presiden dan Raja Idris. Bahawa mereka inilah yang pertahankan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) disebabkan kepentingan peribadi. Ini dilakukan melalui sebuah portal berita online.

"Melalui wartawan yang menulis, berita itu datang (sumber) dari orang sekeliling Anwar. Sebagai ahli Pas, saya tak boleh berdiam diri. Apakah apabila kita serang semula, kita dituduh tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR? Serangan itu masih berterusan sehingga ke hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Solat Hajat Perdana 'Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah' di sini, malam tadi.

Alasan kedua Anwar dikritik adalah kerana keputusan Langkah Kajang yang disifatkan memperjudi kepercayaan rakyat Selangor kepada PR ekoran tidak mampu bersabar untuk menuju ke Putrajaya.

Khazanah bayar RM1.4 bilion ambil alih MAS sepenuhnya

Khazanah Nasional membayar RM1.4 bilion bagi mengambil alih syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sepenuhnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Khazanah Nasional membayar RM1.4 bilion bagi mengambil alih syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines sepenuhnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Malaysia Airlines System Bhd (MAS) hari ini berkata pelabur milik negara Khazanah Nasional akan menawarkan 27 sen bagi setiap saham dalam syarikat itu yang tidak memiliki, berjumlah hampir RM1.4 bilion bagi pengambilalihan sepenuhnya syarikat penerbangan  bermasalah itu.
Khazanah, yang memiliki 69.37% saham daripada MAS, akan menjalankan kajian semula yang komprehensif dan penyusunan semula syarikat penerbangan itu, yang mengalami dua bencana pesawat pada tahun ini, kata MAS dalam satu kenyataan selepas mengumumkan penggantungan semua sahamnya.
Kenyataan itu berkata, Langkah untuk mengeluarkan MAS daripada penyenaraian di Bursa Saham Malaysia  disebabkan prestasi kewangan yang tidak menggalakkan syarikat penerbangan itu, setelah mencatatkan kerugian bersih bagi tempoh tiga tahun yang lalu.

Pemilikan swasta akan membuka ruang kepada Khazanah memperkenalkan struktur modal yang sesuai bagi MAS memenuhi "keperluan pembiayaan yang besar" dalam beberapa tahun akan datang, dan mengekalkan operasi di tengah tahap hutang, kata kenyataan itu. – Reuters

Saham MAS digantung, Khazanah bakal umum rancangan penyusunan semula korporat

Saham  MAS digantung, Khazanah bakal umum rancangan penyusunan semula korporatKUALA LUMPUR: Saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) digantung hari ini, dan sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional yang memegang 69 peratus saham dalam syarikat itu berkata ia bakal melaksanakan rancangan penyusunan semula korporat bagi syarikat itu.

Pada ketika ini, butiran pelan penyusunan semula itu masih belum diumumkan, tetapi berita pengasingan bahagian kejuruteraan sebagai entiti tersenarai berasingan atau suntikan ekuiti oleh Khazanah kini tersebar.

Harga saham pra-penggantungan MAS semalam ialah 24 sen setelah menurun sebanyak 23 peratus tahun ini.

Bloomberg melaporkan bahawa lembaga syarikat itu akan bermesyuarat petang ini untuk membincangkan hala tuju syarikat.

MAS yang terjejas teruk akibat dua tragedi utama tahun ini – kehilangan pesawat MH370 dan tragedi penerbangan MH17 – tambah tertekan setelah sekian lama menanggung kerugian.

MAS kini mempunyai kadar /pelupusan tunai sebanyak RM5 juta setiap hari, menurut laporan oleh Maybank IB, yang dikeluarkan pada 23 Jun.

Should US intervene in Iraq?

Obama Authorizes Airstrikes in Iraq

Obama authorizes airstrikes against ISIS

Obama benarkan serangan udara di Iraq

Obama benarkan serangan udara di Iraq
WASHINGTON: President Barack Obama pada Khamis mengumumkan untuk membenarkan serangan udara Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Pada masa yang sama bantuan kemanusiaan dikurangkan bagi mengelakkan pembunuhan beramai-ramai atau genosid oleh pihak pelampau Islam terhadap golongan minoriti.

"Kita akan bertindak dengan berhati-hati dan bertanggungjawab untuk mencegah potensi berlakunya pembunuhan beramai-ramai" kata Obama merujuk kepada serangan terhadap golongan minoriti Yazidi yang dikepung.

"Oleh itu, saya membenarkan serangan udara disasarkan jika perlu untuk membantu tentera di Iraq kerana mereka berjuang untuk mematahkan kepungan dan melindungi orang awam yang terperangkap di sana" kata Obama.

Sama ada serangan udara sudah bermula ataupun tidak, belum dimaklumkan.

Namun Obama telah mula mengurangkan bekalan makanan dan air kepada penduduk Iraq yang sudah mula melarikan diri.

"Awal minggu ini, seluruh Iraq bersedih menuntut perhatian dunia, tidak ada satu bantuan pun yang datang. Hari ini Amerika datang untuk membantu," kata Obama.

"Apabila kita berhadapan dengan situasi yang begitu ramai rakyat  tidak bersalah terlibat, apabila kita diminta untuk membantu ole hkerajaan Iraq sendiri serta apabila kita mampu untuk membantu, maka saya percaya bahawa Amerika Syarikat tidak boleh menutup mata” katanya.

Obama, turut memberitahu bahawa beliau tidak akan mengerahkan semula pasukan tentera darat ke Iraq.