Khamis, 7 Ogos 2014

Isu MB : Anwar mahu Wan Azizah dan Dr. Idris - Sumber

Isu MB : Anwar mahu Wan Azizah dan Dr. Idris - SumberKUALA LUMPUR: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tropicana pada pukul 10 pagi Jumaat. ‎

Difahamkan, kesemua ADUN dipanggil untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menariknya kali ini, dikatakan terdapat satu lagi Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Menurut sumber dalaman PKR, perkara ini terbongkar apabila seorang Ahli Parlimen PKR Selangor secara 'tidak sengaja' telah memanjangkan emel seorang kakitangan pejabat Anwar yang menyatakan hal berkenaan.

"Pada masa yang sama, terdapat satu mesej melalui SMS daripada Setiausaha Kerja MPN Selangor yang meminta semua ADUN supaya mengabaikan emel yang tersebar itu dan meminta semua untuk menunggu emel ‎yang 'sebenar dan tulen'.

"Bagaimanapun, pesanan yang ditulis dalam emel pegawai Anwar‎ yang dipanjangkan tersebut menyatakan bahawa ia adalah lampiran yang 'sah dan final' sementara surat bagi Dr. Idris akan menyusul," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Henti kenyataan canggah Presiden PAS – Majlis Syura

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak memandang serius beberapa kenyataan terbuka sebahagian pimpinan parti yang dilihat menyanggahi kenyataan Presiden sebagai ketua parti.

Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.

Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

SPRM: Jangan babitkan kami dengan pergolakan PKR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengingatkan supaya mereka tidak cuba dikaitkan isu pergolakan politik PKR tanpa asas yang kukuh.

Justeru, kata timbalan ketua pesuruhjaya operasinya Datuk Mohd Shukri Abdull, kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bahawa mereka mengamalkan siasatan selektif tidak berasas dan tidak benar.

“SPRM ingin menegaskan bahawa mana-mana aduan atau maklumat yang diterima yang mempunyai asas akan disiasat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa, agama, pangkat, jawatan dan sebagainya,” katanya.

PKR pilih saya jadi MB Selangor, bukan Azmin, kata Wan Azizah

Calon PKR untuk jawatan menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengenepikan cadangan Mohamed Azmin Ali juga perlu dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi negeri itu. "Parti memilih saya, terima kasih," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada program makan malam bersama penduduk Ampang di Selangor. Beliau mengulas laporan beberapa pemimpin PKR Selangor yang mengatakan Azmin, timbalan presiden PKR dan ketua PKR Selangor, juga mempunyai keupayaan memerintah negeri terkaya di negara ini.  Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari dan Ketua Penerangan Selangor Shuhaimi Shafei menegaskan, Azmin patut dinamakan sebagai calon bersama Dr Wan Azizah, memandangkan pengalaman luas beliau dalam parti.

Jangan malukan ‘munafik’, sabar betulkan mereka, kata Nik Aziz kepada Khalid

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan beliau bahawa jangan memalukan golongan "munafik" sebaliknya bersabar membetulkan mereka. Menteri besar Selangor itu berkata Nik Abdul Aziz memberi nasihat itu semasa kunjungannya ke kediaman bekas menteri besar Kelantan itu semasa sambutan Hari Raya minggu lalu. "Saya jumpa Nik Aziz dan beliau berikan nasihat yang terlalu susah untuk saya lakukan.  "Beliau ingatkan dalam politik banyak yang munafik. Saya ingatkan beliau suruh hapuskan munafik tetapi jangan malukan mereka, sebaliknya sabar membetulkan mereka," katanya ketika berucap di hadapan 300 hadirin di kediamannya di Shah Alam. Nik Aziz baru-baru ini tetap bertegas mahu Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor kerana tiada apa-apa kesalahan yang dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Pelabuhan Klang itu.

Khalid will write a reply to disciplinary committe

MB tak pasti hadir lembaga disiplin PKR tapi serah surat jawapan esok

10561839_847380411939806_4203993089898114324_nSHAH ALAM, 7 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyerahkan surat jawapan notis tunjuk sebab kepada PKR sebelum jam 10 pagi esok berhubung isu yang dikemukakan Lembaga Displin PKR hari ini.
Ia berkaitan isu penstrukturan air, elaun baru Menteri Besar, kenaikan cukai lesen perniagaan, pinjaman Bank Islam dan lebuh raya KIDEX.
Abdul Khalid berkata, beliau akan menulis surat itu pada malam ini sebaik selesai majlis ini.
“Saya akan menjawab surat dia malam ini apabila saya habis program ini. Jawapan itu saya akan beritahu akhbar esok.
“Jadi buat masa ini saya tak nak beritahu apa jawapan saya kerana kalau saya bagi tahu jawapan (kepada media), mereka dah tahu jawapan dulu.
“Jadi saya akan beritahu (media) esok,” kata Abdul Khalid kepada pemberita di ‘Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah’ di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, hari ini.
Abdul Khalid berkata beliau tidak pasti lagi sama ada akan menghadap Lembaga Disiplin PKR atau tidak petang esok.
Jelas beliau antara perkara yang disentuh dalam jawapannya nanti termasuklah isu ‘Langkah Kajang’.
Isu ‘Langkah Kajang’ merupakan salah satu isu yang disentuh PKR dalam surat tunjuk sebab terbaru hari ini.

Protes Gaza, McD bimbang keselamatan pekerja

Restoran McDonald di Malaysia mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk melindungi pekerjanya, berikutan kempen dalam talian untuk memboikot rangkaian makanan segera Amerika itu esok.

Tindakan boikot itu dianjurkan oleh penyokong Palestin, yang menuduh McDonald menyalurkan dana kepada Israel, dalam konflik yang sedang berlaku di Gaza sekarang.

Antaranya, pekerja penghantarannya, dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian seragam mereka esok, supaya tidak dikenali sebagai pekerja McDonald.

"Kami telah diminta oleh pihak pengurusan atasan untuk memakai baju-T putih dan seluar berwarna gelap esok," Rahman Masturi (kanan) dari cawangan Jalan Telawi, memberitahu Malaysiakini hari ini.

Penunggang juga diarahkan supaya membuang semua logo di beg 'Cooktek' McDonald kenderaan penghantaran mereka.

McDonald juga akan mengambil langkah-langkah lain di restoran mereka jika sekiranya peserta protes menjadi ganas.

"Jika mereka mahu mengadakan perhimpunan atau protes di hadapan premis itu, kami okay selagi mereka tidak melakukan sebarang kerosakan kepada premis kami atau kakitangan kami," kata seorang pengurus cawangan yang mahu dikenali hanya sebagai Siti.

Menurutnya, pengurus cawangan juga telah diarahkan supaya menutup cawangan mereka jika keadaan menjadi ganas dan membuat laporan polis dengan segera.

Syed Husin: Keputusan siasatan kes sogok JPP diumumkan masa sesuai

pkrSHAH ALAM, 7 OGOS: Keputusan siasatan berhubung kes dakwaan cubaan menyogok Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai, kata Ketua pasukan siasatan kes berprofil tinggi terbabit, Dr Syed Husin Ali.
Syed Husin bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat memberitahu masa sesuai yang dimaksudkan itu.
“Tunggulah masa sesuai nanti kita umumkan,” kata Syed Husin ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Syed Husin juga enggan menjawab sama ada siasatan kes terbabit sudah selesai dan pihak mana yang akan mengumumkannya nanti.
Sebelum ini, ada dakwaan berkenaan cubaan menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014 bagi tujuan mempengaruhi keputusan bantahan yang dikemukakan sebelumnya.
Ekoran kejadian itu, PKR melantik veteran parti itu bagi memulakan satu siasatan menyeluruh kes terbabit.

Khuatir berpecah, PAS tangguh mesyuarat ke 13 Ogos

Dalam satu langkah yang dilihat untuk mengelakkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah, PAS menunda tarikh mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat yang sepatutnya berlangsung pada10 Ogos ini kepada 13 Ogos untuk mempertimbangkan cadangan PKR berhubung kemelut jawatan menteri besar Selangor.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, penangguhan mesyuarat untuk menimbangkan cadangan PKR menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertujuan untuk disesuaikan dengan beberapa perubahan yang berlaku.
"Kita perlu ubah untuk sesuaikan dengan keperluan semasa," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Penangguhan mesyuarat PAS ini dilakukan selepas  Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat memutuskan Khalid perlu dikekalkan sebagai menteri besar Selangor kerana beranggapan pelantikannya adalah hak bersama parti dalam PR. Dalam satu kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya Datuk Dr Haron Din, mereka berkata: "Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor.
“Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau,” kata kenyataan itu.

Isu MB: PAS tunda mesyuarat 13 Ogos


KUALA LUMPUR: PAS Pusat menunda tarikh mesyuarat kepada 13 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily petang ini.
Bagaimanapun, katanya masa dan tempat mesyuarat tidak berubah.
Sebelum ini, PAS Pusat menetapkan 10 Ogos untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

Pecat keahlian pengkhianat dalam PAS..!!


Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus (DPPKN), Hishamuddin Abdul Karim sangat kecewa dan kesal dengan tindakan segelintir pimpinan PAS Pusat yang mengambil sikap merendah-rendah dan memperlekehkan kredibiliti Presiden PAS di khalayak umum.
431789_611095895585889_1542898406_nMenurut beliau, ekoran pergolakan dalaman PKR berkaitan isu Menteri Besar Selangor, ia turut mempamerkan pergeseran dalaman PAS yang dilihat makin meruncing dan membimbangkan.
Terbaru, melalui forum Krisis Selangor Pakatan Berpecah pada 5 Ogos yang lalu di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor lebih menyerlahkan sikap segelintir pimpinan PAS yang dimaksudkan.
“Penampilan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin sebagai seorang panelis atas tiket PAS yang merendahkan Presiden PAS amat menikam jiwa seluruh penyokong PAS di semua peringkat.
“DPPKN mendesak Jawatakuasa Disiplin dengan lunas-lunas peruntukan yang ada mengambil tindakan proaktif dan tegas termasuk memecat keahlian “pengkhianat” parti yang menzahirkan wajah “musang berbulu ayam”, “duri dalam daging” atau “gunting dalam lipatan” kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan media.
DPPKN juga menggesa Hanifa Maidin dan lain-lain kepimpinan supaya memiliki sikap yang sama dengan barisan kepimpinan PAS Pusat.
“Tindakan ini wajar demi menjaga bahtera ini daripada terus “ditebuk” dari dalam. Keceluparan mulut dan kebiadaban tingkah laku pemimpin seperti Y.B Hanifa Maidin dan lain-lain perlu diubah dengan proses disiplin yang lebih tegas bagi memperkukuhkan perpaduan dan kekuatan PAS,” jelasnya.
Tambah beliau, DPPKN begitu terkejut dengan kenyataan sedemikian rupa lahir dari barisan kepimpinan PAS Pusat. Cukup mengejutkan, dalam pentas terbuka Presiden PAS dihentam oleh salah seorang AJK PAS Pusat.
“Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan segelintir pimpinan PAS amat mendukacitakan pendukung PAS di semua peringkat.
“Perjuangan yang didasari dengan keadilan Islam dan berpedomankan Al-Quran dan As-Sunnah seperti sudah tidak lagi dihayati dengan sebaiknya. Ia memberi kesan yang sangat menakutkan untuk generasi pelapis kepimpinan ummah,” katanya.

Is it game over for Khalid?

If he is sacked from PKR and still wants to remain as the Menteri Besar, he has a few options open to him.

khalid300Tomorrow, Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has to appear before the PKR’s Disciplinary Board, which will decide whether he has breached the party rules and hence should be sacked from the party.
If he does get the sack, Khalid will become an independent state assemblyman.
Can an independent state assemblyman continue as the Menteri Besar? There is nothing in the Selangor State Constitution that says he cannot.
If he doesn’t resign, the only way to get rid of him is to pass a vote of no confidence against him in the Selangor State Assembly.
PKR has 13 votes, assuming that everyone except Khalid votes against him. DAP has 14 votes because the Speaker cannot vote unless it is a casting vote in the event of a tie. So that makes 27 votes and they need 29.
We are assuming, of course, that PAS, which has 15 votes, and Umno, which has 12, do not vote against Khalid. If another two from either PAS or Umno (or both) join the vote of no confidence then Khalid would be out-voted.
Let us assume that they somehow do get the 29 votes. What then?
Pakatan Rakyat still has to request an audience with the Sultan to inform him that a vote of no confidence against Khalid has been successfully passed and ask him to appoint a new Menteri Besar.
While Pakatan Rakyat scurries about trying to get an audience with the Sultan, which may take some time, Khalid still has a few options open to him.
He can try to form a new government with various members of the four parties in the Selangor assembly—Umno, PKR, DAP and PAS. If he can get 28 of them to join him, then he can form his government.

PKR Selangor pula buat hal, mereka mahukan Azmin pula.....

PKR pun terbelah sekarang ini. Sekarang PKR Selangor mahukan Azmin sebagai Menteri Besar jika Khalid diketepikan. PKR sesungguhnya sudah sampai keperingkat cacar-marba dan jika PAS tidak bersetuju untuk meletakkan Wan Azizah. PKR Selangor sendiri mempunyai pendirian yang tidak selari dengan PKR Pusat pimpinan Wan Azizah dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim kerana kenyataan bersama setiausaha PKR Selangor dan ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei telah membuat kenyataan bersama hari ini mahukan Azmin Ali sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim.
Walaupun PKR Selangor mahukan Khalid diketepikan, mereka mahukan Azmin, Ketuanya di Selangor sendiri menjadi pengganti kepada Khalid itu. Saya telah pun menyebut dalam posting yang lepas yang Azmin mempunyai ‘moral standing’ untuk menuntut jawatan Menteri Besar itu kerana selain dari beliau adalah Timbalan Presiden PKR Kebangsaan, beliau juga adalah pengerusi PKR Selangor dan anak jati Selangor sendiri.
Itu sebabnya buat sementara ini untuk mempastikan PKR tidak berpecah maka cadangan PAS untuk mengekalkan Khalid itu merupakan pilihan yang tepat dan PAS tetap dengan pendirian itu seperti yang di zahirkan oleh Jawatankuasa Ulama nya semalam. PAS berpendapat yang Khalid hanya boleh diganti jika terbukti dengan keputusan mahkamah yang Khalid telah mengkhianati mandat rakyat Selangor.
Itu sebabnya telah saya katakan beberapa kali dalam blog kecil saya ini, jika hanya bermain politik dengan ‘intrigue’ politik Anwar semata-mata, PKR akan berhadapan dengan keadaan kerumitan yang tidak akan dapat di selesaikan dengan mudah. Jika bermain politik peribadi yang keterlaluan, PKR khususnya Anwar sendiri akan melalui zaman muramnya, kerana ‘Anwar can’t be lucky all the time’.
Perbezaan pendapat PKR Selangor dengan pemimpin pusatnya akan menambahkan perpecahan diperingkat ‘intra-parti’ nya. Anwar tidak boleh berbangga yang beliau mempunyai penguasaan yang penuh dari pemimpin bawahannya serta ahli-ahli PKR itu keseluruhannya.
Dengan sikap PKR Selangor ini, Anwar tidak memerlukan musuh yang lebih besar lagi, kerana musuh beliau dalam parti beliau sendiri sudah cukup untuk menyekat kemaraan Anwar ke destinasi idamannya, iaitu Putrajaya yang tidak jauh dari tempat ia bermula iaitu di Kajang pada bulan Mac yang lepas.

Jika tak mahu Anwar jadi PM kenapa Pas bergabung?

ISU menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang pada mulanya mungkin disangka ribut dalam cawan serta boleh ditangani dengan baik, kini mula bertukar menjadi taufan yang bukan saja bakal merobohkan kekuatan PKR dan Pas, bahkan seakan menghampiri untuk memusnahkan bahtera PR sendiri.

Jika sebelum ini dalam PKR berpecah antara puak pro Abdul Khalid dengan puak yang mahu menyingkirkannya, begitu juga dalam Pas di mana kumpulan ulama mahukan Menteri Besar itu terus dikekalkan manakala golongan profesional yang juga dikenali sebagai puak Anwarinas mahu sebaliknya, perkembangan mutakhir ini memperlihatkan hubungan antara PKR dan Pas tidak lagi semesra dulu.

Tidak ada sesiapa menduga bahawa PKR seperti menyimpan dendam lama dengan Pas apabila dalam usaha berterusannya mahu menyingkirkan Abdul Khalid, PKR melalui Rafizi Ramli juga mendedahkan bahawa Pas turut tidak menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU13 lalu.

Rafizi sebaliknya mendakwa, sekiranya PR memenangi PRU13 lalu, Pas telah pun mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, kata Rafizi, oleh kerana PR gagal mendapat kerusi majoriti dalam PRU13, isu itu tidak pernah lagi dibangkitkan selepas itu.

Pendedahan Rafizi mengenai sikap Pas yang menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri itu adalah bertujuan mewajarkan tindakan parti itu mencadangkan pertukaran Abdul Khalid tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Pas.

Bagi Rafizi, jika berbincang pun pasti akan timbul masalah kerana sikap Pas yang pada pandangannya kerap tidak berpegang pada janji dan mudah membuat membuat pusingan U di saat-saat akhir.

Mungkin kerana kecewa berterusan dengan sikap Pas yang menyokong Abdul Khalid, Rafizi membuat keputusan mendedahkan tembelang Pas sebelum PRU13 yang selama ini menjadi rahsia semua pihak.

Walaupun pendedahan Rafizi itu disifatkan sebagai "bodoh" oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tetapi beliau tidak pula menafikan kebenaran apa yang ditimbulkan oleh Pengarah Strategi PKR itu.

Pada pandangan umum, jika benar pendedahan Rafizi itu, nyata bahawa sikap dan pendirian Pas amat memalukan sekali kerana sebagai entiti yang mengaku berlandaskan Islam dan menjaja nama ALLAH serta Rasul dalam kempen-kempennya, tetapi perlakuan yang ditunjukkan amatlah bertentangan sama sekali.

Sidang media Zuraida tidak sah! - Shuhaimi

Sidang media Zuraida tidak sah! - Shuhaimi
KUALA LUMPUR: Sidang media Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Ketua Penerangan MPN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.

Tegasnya, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN Selangor.

"Kita setuju Wan Azizah mempunyai semua kelayakan politik dan akademik untuk memimpin sebuah kerajaan namun pimpinan tertinggi KEADILAN harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi ADUN dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai calon kedua Menteri Besar.

"Kami akur dengan keputusan hanya satu nama dibawa ke mesyuarat PR untuk diperhalusi sebagai calon menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi berharap agar diberikan ruang untuk mengemukakan nama tambahan," katanya kepada Astro AWANI di sini.

Pada Rabu, sidang media untuk mengumumkan pendirian MPN Selangor kecoh apabila satu kenyataan media berasingan MPN bercanggah dengan isi sidang media yang diberi Zuraida dikeluarkan.

Kenyataan itu didakwa meminta nama Azmin‎ dicadangkan bersama Wan Azizah untuk dicalonkan kepada MPP untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraida menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

POLITIK MALAYSIA: KEPENTINGAN DIRI MENGATASI PERJUANGAN

Tentulah ramai yang merasa kagum dengan tindakan Baroness Sayeeda Warsi, Menteri Kanan Pejabat Kementerian Luar Britain yang membuat pengumuman meletakkan jawatan serta merta sebagai membantah kegagalan David Cameron (Perdana Menteri Britain) untuk mengutuk penderitaan di Gaza. Berbanding dengan tindakan para pemimpin di negara kita yang hanya berani ‘berkorban’ memotong kad kredit bank yang berkait rapat dengan Yahudi, tetulah amat jauh bezanya seperti panggang dari api.  Ataupun kita dengar cakap yang berdegar-degar dari pemimpin kita yang mengutuk Israel tanpa tindakan konkrit dan berkesan ‘mengiringi’ cakap-cakap yang berdegar-degar itu.
Rakyat Malaysia tidaklah meminta pengorbanan pemimpin sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Jepun atau Korea apabila berhadapan dengan sesuatu krisis. Rakyat Malaysia tidak pula mengharapkan seseorang pemimpin Malaysia itu membunuh diri sekiranya terdapat kegagalan dalam usahayan mencari penyelesaian dan menyelesaikan masalah. Rakyat Malaysia hanya mahu seseorang pemimpin itu betul-betul bertanggungjawab di atas kegagalan yang dilakukan.
Mungkin agaknya disebabkan budaya bangsa kita yang tidak begitu mementingkan ‘accountability’ dan ‘pertanggungjawaban’ telah menyebabkan apa yang dilakukan dilaksanakan dengan ‘sambil lewa’ tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada sesuatu kegagalan itu. Lihat sahaja apa yang telah terbukti melalui sistem audit negara. Tahun demi tahun pembaziran dan ketirisan berlaku yang dilakukan oleh para pemimpin kita, samada pemimpin politik atau pun pemimpin pentadbiran badan pelaksana. Saban tahun terus berlaku dan akan terus berlaku tanpa ‘di empang dan disekat’.
Keadaan ini ada juga kaitan dengan sikap yang terlampau mementingkan diri dan sekali gus mengenepikan prinsip perjuangan untuk memajukan bangsa dan negara. Disebabkan sikap yang sedemikianlah maka apa saja yang dilakukan oleh para pemimpin kita, seolah-olah meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan perjuangan memajukan bangsa dan negara.
Rakyat Malaysia umumnya memerhatikan perkembangan kemelut politik di Selangor dengan penuh minat. Rakyat selama ini telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk memulihkan keadaan negara yang sudah begitu lama berada di bawah cengkaman Barisan Nasional. Rakyat merasakan telah ternampak ‘cahaya baru’ yang boleh dan akan menerangi alam Malaysia yang akan diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat.
Tetapi nampaknya, menjaga kepentingan diri dan ‘periuk nasi’ ini bukan sahaja menular dikalangan ahli politik UMNO (BN), malah telah juga mula kelihatan diamalkan oleh setengah ahli Pakatan Rakyat. Dengan beberapa pendedahan telah menampakkan bahawa ahli Pakatan Rakyat juga tidak ‘sunyi’ daripada melakukan sesuatu demi untuk menjaga diri terlebih dahulu.

Nasharuddin Tantawi Yang Pemalu Dan Memalukan

Ahli Parlimen Temerloh, Nasharuddin Tantawi dilihat sebagai antara pemimpin Pas yang "pemalu" kerana tidak pernah bersuara di Parlimen memperjuangkan isu-isu rakyat atau mendedahkan apa-apa salah laku yang melibatkan UMNO dan BN. Malah di ketika rakan-rakannya, pemimpin muda daripada PKR dan DAP sentiasa bangkit dengan satu demi satu isu serta pendedahan demi pendedahan, suaranya menyokong juga hampir tidak kedengaran.

Beliau nampaknya selesa menjadi watak yang diam, kaku dan pasif saja. Namun, di sebalik watak "pemalu" menyerang UMNO dan BN itu, suaranya menyerang rakan sendiri dalam PR boleh dianggap berbisa juga.

Sebelum ini beliau bangga menjadi antara pemimpin Pas yang miskin, lalu tanpa diminta oleh sesiapa mengisytiharkan kedudukannya yang tidak berharta apa-apa sebelum pilihanraya lalu, tetapi apabila kemudian diketahui sudah memiliki kereta mewah Vellfire sebaik bergelar YB, kecaman dan serangan terhadapnya oleh ahli Pas sendiri mulai meningkat.

Lebih dahsyat lagi, ketika Haji Hadi Awang terlantar sakit di Turki, Nasharuddin juga merintih kesedihan kerana mendakwa tidak mampu dari segi kewangan untuk menziarahi presiden partinya sendiri yang dirawat di sana, sebaliknya hanya mampu menitipkan doa agar cepat sembuh saja.

Tindakan beliau itu mendapat persendaan paling banyak sehingga ada yang menyarankannya menjual saja kereta mewah yang dimilikinya itu jika benar sayang kepada Haji Hadi dan perjuangan Pas yang suci murni itu.

Ketika demam Piala Dunia sedang berlangsung, beliau pernah merayu agar diadakan gencatan senjata dalam menyerangnya serta menumpukan kepada pertandingan bolasepak yang sedang berlangsung. Malangnya, selepas itu pun beliau tetap selesa berdiam diri meski serangan, kecaman dan persendaan terhadapnya sentiasa ada.

Dalam usahanya mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, Nasharuddin semalam bersuara meluahkan kononnya berlaku ketidakadilan kerana Khalid dibantai berkaitan Lebuhraya Kidex sedangkan Lim Guan Eng tidak dikata apa-apa berhubung Projek Lebuhraya Tunnel di Pulau Pinang yang menelan belanja RM4.6 bilion yang juga disakwaya dilakukan secara rundingan terus.

Nasrudin undang Lim ke majlis hari rayanya

Selepas penafian Lim Guan Eng, anggota Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan kini dilihat 'menarik brek' sebentar dan mengundang ketua menteri Pulau Pinang itu ke jamuan Aidilfitri di rumahnya di Kuantan pada Sabtu.

Nasrudin juga berkata hanya akan menjawab penafian Lim berhubung dakwaan amalan tender terus terhadap projek terowong dasar laut negeri itu esok kerana sibuk mengurus persiapan jamuan.

“Kepada rakan-rakan dan wartawan yang menghubungi saya, tunggu esok deh ,” tulisnya dalam Facebook hari ini.

“Saya ambil kesempatan di sini sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengundang semua rakan-rakan termasuk YAB Lim Guan Eng ke majlis kesyukuran dan jamuan Aidilfitri di kediaman kami, Taman Pelindung Perdana Beserah, Kuantan pada 9 Ogos 2014 (Sabtu) ini.”

Lim hari ini mendakwa Nasrudin berbohong dan memberi tempoh 24 jam untuk beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan undang-undang.

'Kenyataan pro-Azmin bukan palsu'

Dua pemimpin kanan PKR Selangor hari ini mendakwa bahawa kenyataan yang dilihat sebagai "pro-Azmin" yang diedarkan ketika sidang media parti itu semalam bukan kenyataan palsu.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei (kanan) dan Setiausaha PKR Negeri, Amirudin Saari mendakwa kenyataan itu telah dipersetujui oleh PKR Negeri dalam mesyuarat sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, kenyataan tersebut yang sepatutnya dibacakan oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dalam sidang akhbar semalam.

Kenyataan media itu menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid.

"Selain berpengalaman luas dalam pentadbiran Kerajaan di peringkat Persekutuan selama 15 tahun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri, beliau juga merupakan ADUN yang paling berpengalaman dalam PKR," kata kenyataan itu.

Sebaliknya, Zuraida membaca kenyataan lain yanng menyebut 12 daripada 14 ADUN PKR, 18 ketua cabang dan enam ahli parlimen PKR Selangor menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Manakala kenyataan "pro-Azmin" itu diedarkan kepada pihak media sejurus selepas Zuraida selesai membaca kenyataannya.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila pihak media meminta penjelasan daripada Zuraida, yang mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenyataan kedua itu.

"Itu bukan kenyataan kita. Kenyataan rasmi kita seperti yang saya katakan di sidang media tadi," kata Zuraida (kiri) ketika dikerumuni wartawan semalam yang mahukan penjelasan mengenainya.

Sejak selepas pilihan raya umum pada Mei lalu, Azmin mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan beliau untuk jawatan menteri besar Selangor, kira-kira enam bulan sebelum "Langkah Kajang" diumumkan.

Malaysiakini difahamkan mereka yang setia kepada Azmin dikatakan kini berdepan dengan tekanan supaya menyokong Wan Azizah.

Mereka termasuk Zuraida Kamaruddin yang juga timbalan pengerusi PKR negeri dan bekas exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar yang merupakan tulang belakang Azmin di Selangor.

Spying virus infects smartphones, mimics regular software update

Lebanon's army extends ceasefire with rebels

Kesan bedilan rakus zionis ke atas Gaza

Gaza families rush to bury dead

Billions needed to rebuild Gaza

UN says Gaza deaths have 'shamed the world'

Boikot barangan Israel: Jangan emosional, kata menteri

Nasruddin tarik balik pembohongan atau jumpa di mahkamah - LGE

Aktiviti 'bogelisme' turut diadakan di Kedah, Johor, Pahang dan Perak...!!

Aktiviti berbogel atau nudism yang mengambil tempat di Telum Kampi, Taman Negara Pulau Pinang telah mencetuskan kontroversi besar di negara ini.
Namun aktiviti 'bogelisme' tersebut sebenarnya tidak terhad di Teluk Kampi, malahan ia juga pernah mengambil tempat di negeri-negeri lain.
ktiviti 'bogelisme' tersebut sebenarnya tidak terhad di Teluk Kampi, malahan ia juga pernah mengambil tempat di negeri-negeri lain.'Bogelisme' merujuk kepada aktiviti sekumpulan manusia tanpa mengira umurnya beraktiviti tanpa berpakaian.
Sinchew Daily melaporkan, rancangan realiti Amerika Syarikat iaitu Naked and Afraid pernah membuat penggambaran bertema Pain Forest di Taman Negeri Royal Belum, Perak.
Dalam rancangan itu, seorang lelaki yang merupakan anggota bomba telah hidup selama 21 hari dalam hutan dengan seorang ibu tunggal, kedua-duanya dalam keadaan bogel.
Sebelum itu pula, rancangan realiti bogel dari Denmark iaitu Robison Ekspeditionen pula pernah membuat penggambaran di pulau-pulau sekitar Mersing, Johor.
Selain itu, satu lagi rancangan realiti berkonsepkan bogel turut dirakamkan di Kuala Tahan, Pahang iaitu dalam kawasan Taman Negara.
Sementara itu, tinjauan Sinchew Daily mengenai 'bogelisme' di blog mendapati terdapat artikel yang mencadangkan tempat sesuai untuk aktiviti berbogel di Malaysia.
Daripadanya, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi di Kedah disenarai sebagai tempat menarik untuk aktiviti 'bogelisme'
Kawasan pantai yang panjang dan kesepian Teluk Kampi pula menjadikan kawasan dalam Taman Negara Pulau Pinang itu menjadi pilihan utama penggemar aktiviti 'bogelisme'

Jawatankuasa kerja Pas tidak perlu mesyuarat lagi 10 Ogos ini

Oleh Mohd Sayuti Omar
Berita dari Kota Bharu mengenai keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas sedikit tidak menyenangkan apabila majlis itu membuat keputusan menyokong Abdul Khalid Ibrahim agar terus menjadi MB Selangor. Ketetapan itu mengecewakan PKR dan DAP sudah diduga awal-awal apabila kurang 24 jam sebelum majlis itu bermesyuarat di Putik Kota Bharu, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pediriannya menyokong pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Khalid dikekalkan sebagai MB. 

Suara Nik Aziz dilihat sebagai suara keramat dalam Pas satu penerimaan yang tidak berpelembagaan. Walaupun tidak semua pandangan dan pendirian Nik Aziz betul dan tepat baik dari segi agama dan politik, tetapi ahli Pas yang taksub menganggap kata-kata Nik Aziz sebagai benar.

Keputusan mesyuarat MSU seperti mana dilaporkan, Khalid adalah MB Selangor dan tindakan terhadapnya tidak boleh diambil selagi dia tidak disahkan menyalahi syariat oleh undang-undang seperti SPRM dan mahkamah.  Pas bertegas dalam soal ini dan utuh menunjukkan parti itu paling Islamik.

Laporan setebat 24 muka surat berhubung integriti Khalid (kerayuan menyelesaikan hutang bank RM70 juta) yang disediakan PKR dan telah dikirimkan kepada Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Mustapa Ali tidak memberi apa-apa kesan dan menjadi petunjuk kepada MSU bagi menyuluh keperibadian Khalid. Kunjungan Khalid kepada Nik Aziz dan kunjungan Abdul Hadi dan Mustapa Ali kepada Khalid telah memuktamadkan segala cerita.

Jadi kerja PKR adalah sia-sia sahaja dan langsung tidak dipandang oleh MSU ualama itu dan elok laporan itu dibangkul sampahkan.

MSU mengambil pendirian Khalid tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan secara perundangan. Begitulah idealis sekali MSU ulama dalam membuat penilaian terhadap Khalid atau kasus kali ini tanpa langsung mengambil pendekatan siasah dan dilihat dari sudut implikasi politiknya. Ketelusan MSU Pas itu mungkin boleh dipuji tetati, kebijaksanaanya boleh dipersoal dan dipertikaikan.

Apa yang diputuskan oleh MSU itu sudah tentu ia juga akan menjadi keputusan atau dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa kerja Pas pada 10 Ogos ini. Keputusan MSU itu seakan ianya perlu diguna pakai oleh jawatankuasa kerja. Itulah taktik disebalik kenapa MSU bersidang lebih awal dan pelik daripada biasa, mengadakan mesyuarat sebelum jawatankuasa kerja bermesyuarat membincangkan soal MB Selangor dan implikasi politik terhadap Pakatan Rakyat itu.

Tindakan songsang ini sekali lagi dilihat mentauladani apa yang dilakukan oleh presiden parti yang membuat pendirian bertentangan dengan keputusan parti dan membingungkan pemerhati parti. Selalunya MSU menjadi pemantau atau penyemak kepada keputusan dibuat jawatankuasa kerja Pas terutama dalam soal-soal berhubung dengan syariat seperti mana disebut dalam Fasal 8 (1) (a), (b) dan (c).

Semua berhak berkongsi kuasa di Putrajaya, termasuk PAS dan DAP

Oleh Aspan Alias
Nampaknya PKR akan memecat Khalid Ibrahim dari PKR kerana Khalid dianggap melakukan ‘insubordination’ terhadap partinya sendiri. Beliau akan tetap menjadi Menterei Besar sementara ini dan beliau akan jadi Menteri Besar bebas, tanpa parti. Seandainya PAS bersekongkol untuk bersama Khalid seperti yang di syaki oleh PKR maka PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat lagi. Jika itu berlaku kepada PAS maka PAS bolehlah meneruskan perjuangan asal parti itu tanpa mengenepikan sebahagian dari perjuangannya semata-mata untuk menyesuaikan dengan kehendak rakan kongsinya DAP.

Tidak terkejut jika berlaku landskap politik baru dalam Selangor dan negara. Jika ini berlaku apa juga ‘consequence’ nya cita-cita Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya akan bertambah jauh dari kenyataan. Maknanya cita-cita Pakatan Rakyat untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri gantian tidak akan dan mustahil untuk di capai. Tidak kira PAS yang akan kalah atau PKR yang akan kalah kenyataannya Anwar sudah tidak lagi berupaya untuk menjadi Perdana Menteri, jawatan igauannya sejak beliau sebelum menyertai UMNO lagi.
Segala usaha telah dilakukan oleh Anwar sehingga membawa rakyat berarak dan berdemonstrasi di seluruh negara dan berusaha dengan politiking yang tidak pernah dijangkakan itu hanya akan membuktikan yang beliau dan penyokongnya selama ini hanya membuang masa dan waktu sahaja. Kepada penyokong-penyokong setianya mereka akan kecewa kerana hakikat yang ada beliau amat sulit untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
Mungkin ramai dikalangan mereka yang menyokong Anwar itu masih berada dalam ‘denial syndrome’ hakikat yang akan terpaksa mereka terima Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri jika keadaan sekarang tidak berubah dan tidak mempunyai ‘delineation’ politik yang baru. Orang seperti saya amat bersetuju jika keunggulan perpaduan hendak di capai, semua pihak perlu melalui pengorbanan sebenar.
Semua pihak wajar merasakan nikmat berdemokrasi. Yang saya maksudkan DAP sendiri wajar berada dalam kerajaan yang berbentuk baru ini. Begitu juga PAS dan PKR. Tetapi adakah kewajaran ini dapat terlaksana jika masih ada pimpinan yang mahu merebut jawatan dengan kekerasan demokrasi. Jika Anwar dengan ‘intrigue’ politiknya sekarang ini berjaya ke Putrajaya beliau tidak akan dapat menyatukan kerana mengambil kuasa secara ini tidak akan dapat sokongan semua pihak untuk menyusun semula negara yang sedang bercelaru sekarang ini. Anwar tidak akan mendapat sokongan semua pihak kerana yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah semuanya.

Kemelut Politik Selangor: Bapa Borek Anak Rintik

A Kadir Jasin

NASIB kita Labu. Ingatkan bila ada Pembangkang yang kuat, Kerajaan pun lebih terbuka, berjaga-jaga, telus dan lurus.
Rupa-rupanya dua kali lima. Walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Pembangkang pun sama. Baru dapat sikit saja kuasa, sudah naik tocang, hilang akal, rebut kuasa, kumpul harta.
Itulah gambaran yang terbit daripada krisis kepemimpinan Pakatan Rakyat di Selangor yang semakin keliru dan lucu.
Kerana perebutan kuasa dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berupa parti terkecil dalam PR Selangor, pekung di dada didedahkan.
Setelah gagal memujuk, mendesak dan mengasak Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, mengundurkan diri, PKR kini mengancam menggunakan taktik gasak pula.
Daripada laporan media massa, nampaknya ada pihak dalam PKR yang bersedia mendedahkan pekung di dada semata-mata untuk menjatuhkan Abdul Khalid dan membuka jalan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB baru.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, yang berupa pengikut setia Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, dilaporkan sebagai berkata parti itu akan mengemukakan “dosier” 40 muka mengenai dakwaan salah laku oleh Abdul Khalid kepada kepemimpinan tertinggi PR.
Rupa-rupanya pemimpin PR pun tidaklah sebersih kain putih seperti yang cuba mereka gambarkan setiap kali mereka membelasah BN.
Kalau betul dalam dokumen rahsia itu ada tuduhan salah laku oleh Abdul Khalid maka dalam almari PR pun ada rangka-rangka bergantungan!

Abdul Khalid Tiru Anwar?

Inilah nasib kita Labu. Walhasil balik asal, itu pasal tak hasil.
Apa yang Anwar buat, Abdul Khalid tiru. Kalau kita masih ingat, pada tahun 1998 pun Anwar enggan letak jawatan dan undur diri.
Jadi kita janganlah terperanjat kalau Abdul Khalid juga mengamalkan strategi yang serupa, iaitu menunggu disingkir dan bukan meletakkan jawatan. Bapa borek anak rintik.
Alasannya mudah saja. Kalau letak jawatan, beliau akan hanyut begitu saja dan akan ada orang yang percaya beliau telah melakukan sesuatu yang buruk seperti yang dibayangkan oleh Saifuddin.
Tetapi kalau beliau mempertahankan kedudukan dan dipecat, beliau akan dianggap hero oleh sesetengah pihak dan dihormati manakala yang lain pula menganggap beliau mangsa konspirasi dan memberi simpati.

Bayang-Bayang Yang Menggerunkan

Anwar sudah nampak “spectre” – bayang-bayang yang mengerikan – sekiranya hal ini terjadi apabila beliau menyebut mengenai kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) terpaksa diadakan sebagai penyelesaian mutakhir.

PKR arah Khalid jawab 6 isu dalam perbicaraan disiplin esok


Lembaga Disiplin PKR menetapkan Jumaat ini untuk mendengar penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan beliau mendengar arahan parti agar meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Tan Kee Kwong juga meminta Khalid menjawab 5 lagi isu iaitu penstrukturan air, elaun baharu menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan, pinjamannya dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kidex. Khalid diminta menghadiri perbicaraan itu jam 3 petang esok di ibu pejabat PKR atau alternatifnya sebelum jam 12 tengah hari pada Sabtu. "Dengan ini dimaklumkan, Khalid diminta hadir ke sesi pendengaran Lembaga Disiplin pada 8 Ogos di Ibu Pejabat PKR. "Sekiranya tarikh tersebut tidak sesuai, Lembaga Disiplin mencadangkan tarikh lain iaitu sebelum jam 12 tengahari pada 9 Ogos," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Khalid semalam melabelkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR sebagai “cacat” dan meminta satu notis yang lebih jelas dan spesifik dikeluarkan. Sambil menegaskan tidak akan menjawabnya sehingga menerima notis yang sah, menteri besar Selangor yang dalam proses penyingkiran itu sebaliknya menjelaskan mengenai "Langkah Kajang". Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelanggaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya. "Sementara menunggu notis tunjuk sebab yang sah, saya ingin menarik perhatian, pada setiap masa material, 'Langkah Kajang' adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil dengan dan kepada saya," katanya. Tan berkata selain kenyataan media yang dibuat Khalid pada 22 Julai lalu, Adun Pelabuhan Klang itu turut diminta memberikan penjelasan beberapa perkara lain.

Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR

Lembaga disiplin PKR mengarahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung isu kontroversi yang menyebabkan timbul gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatan tersebut.

Pengerusi lembaga tersebut Tan Kee Kwong berkata Khalid perlu menghadiri mesyuarat lembaga disiplin itu di ibu pejabat parti, jam 3 petang esok.

Arahan itu muncul selepas lembaga tersebut menerima jawapan Khalid ke atas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan pada hari Selasa lalu.

Khalid antara lainnya akan ditanya mengenai kandungan kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai.

Selain itu, menteri besar itu juga akan ditanya mengenai penstrukturan semula industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan, hutang peribadinya dengan Bank Islam dan juga cadangan projek lebuh raya Kidex, kata Tan dalam kenyataannya.

Khalid diberi kelonggaran untuk hadir pada tengahari, Sabtu, sekiranya tidak dapat hadir dalam sesi esok, kata Tan.

Isu jawatan MB boleh rosakkan masa depan PR

SHAH ALAM - Barisan pimpinan PR dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disaran mengadakan pertemuan untuk membincangkan penyelesaian kemelut politik di Selangor.
 Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, krisis dalaman yang melibatkan jawatan Menteri Besar Selangor boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara ini.

"Krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang.

"Segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berpendapat, pertemuan antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Abdul Khalid mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

"Pengalaman Pas menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan Menteri Besar pada tahun 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.

"Kami yakin krisis ini mampu diselesaikan di antara mereka berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan yang mereka miliki," katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, pihaknya berharap barisan pimpinan PR dan Abdul Khalid menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak beliau.

Kit Siang: Pakatan lebih penting dari Khalid

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kelangsungan Pakatan Rakyat perlu lebih diutamakan berbanding masa depan politik Tan Sri Khalid Ibrahim.

MP Gelang Patah itu menegaskan demikian melalui satu kenyataannya yang menyebut, tarikh 10 Ogos bukan tarikh penentu untuk masa depan Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi ia lebih penting bagi masa depan Pakatan Rakyat.

Katanya, keputusan mesyuarat penting oleh DAP dan PAS pada hari itu akan menentukan sekiranya Pakatan dapat meneruskan agendanya di Malaysia.

“Hari Ahad, 10 Ogos bukanlah hari penentu yang apa sangat bagi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai meneri besar Selangor, tetapi lebih penting bagi Pakatan Rakyat yang berusia 10 tahun...,” katanya.

Beliau juga melihat bahawa keyakinan masyarakat ke atas Pakatan Rakyat banyak terjejas selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu memutuskan agar menteri besar Selangor ditukar.

Perkembangan ini juga disifatkannya sebagai krisis paling buruk sejak gabungan parti itu ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.

Kenyataannya itu muncul susulan pergeseran yang berlaku di kalangan pemimpin PKR, dan juga penentangan terbuka dari PAS ke atas rancangan menyingkirkan Khalid dari jawatan menteri besar.

Dedah penyelesaian Bank Islam, urusniaga Ecoworld atau saman- Rafizi

Saya sedia maklum tindakan pegawai-pegawai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu laporan oleh KEADILAN yang menyenaraikan urusniaga-urusniaga yang menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau.
Urusniaga-urusniaga ini bersabit penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai di antara Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hutang RM70 juta yang perlu dibayar oleh beliau.
Saya senaraikan garis masa urusniaga-urusniaga penting yang menjadi asas kepada penyiasatan KEADILAN terhadap integriti beliau iaitu:
1. Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah
2. Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan
3. Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf
4. Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad
5. Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai

Isu MB: Fahami keputusan Syura

ABD SHUKUR HARUN

SELEPAS Majlis Syura Ulama PAS memutuskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, selaras dengan pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang, sikap semakin jelas dan teguh.

Sama ada dipersetujui oleh pihak lain atau sebaliknya, itu adalah hak masing-masing. PAS yang berusia 60 tahun mempunyai kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan PAS menyelesaikan masalah ini bukan sekadar pure-politik parti tetapi melalui pendekatan syarak.

Iaitu seperti kata Mursyidul Am PAS bahawa pelantikan Tan Sri Khalid adalah hak bersama parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan menteri besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor.

“Jika ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak berautoriti seperti SPRM atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulama bersedia menilai kembali kedudukan beliau,” katanya.

Majlis Syura Ulama PAS juga menegaskan sekali lagi PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama PR.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat petang kelmarin yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), pusat konvensyen PAS dekat Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan.

Keputusan Majlis Syura Ulama itu bertentangan dengan keputusan PKR yang mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Rafizi: Khalid patut saman, bukan bawa pada SPRM

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim patut mendedahkan terma penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam yang ditimbulkan parti atau menyaman pihak berkaitan.

Rafizi berkata, tindakan membawa isu itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hanya meningkatkan keraguan terhadapnya kerana badan itu sukar bertindak seperti dalam isu NFC sebelum ini.

“Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan PKR kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau,” katanya.

Semalam setiausaha sulit Khalid, Mohamad Yazid Bidin (kanan), membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat dakwaan “isu integritinya” seperti didakwa PKR.

Difahamkan, ia bertujuan untuk membersihkan nama Khalid daripada dakwaan salahlaku tersebut.

Kelmarin, PKR mengeluarkan dokumen 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, yang membongkar "keraguan munasabah" terhadap Khalid, terutamanya dalam itu penyelesaian hutang itu.

Pemimpin kanan PAS dan Majlis Syura – badan tertinggi dalam parti Islam itu – sekarang berpendirian Khalid patut dikekalkan, berbeza dengan pandangan PKR dan DAP.

'Enggan bersumpah di mahkamah?'

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata, cara terbaik untuk membersihkan nama Khalid boleh dibuat dengan mendedahkan perjanjian dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang RM70 juta secara tiba-tiba.

Rafizi juga menggesa Khalid menjelaskan kenapa syarikat orang tengah dalam rundingan itu – seorang peguam yang dikaitkan dengan Umno – mendapat manfaat beratus juta ringgit daripada kerajaan negeri.

Boikot Israel: RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

RAMLY BurgerSHAH ALAM, 7 OGOS: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.
Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.
Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.
ramlySafrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.
“Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.
“Macam Radix Fried Chicken (RFC) dengan KFC tu…ok je…ramai orang beratur kat RFC tu nak makan,” katanya.
Namun, terdapat cadangan kepada premis Ramly supaya mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka kerana masyarakat tempatan sedia untuk memberikan sokongan terhadap produk terbabit.
“Kat Bukit Tinggi Klang ade satu outlet Ramly..pernah mkn..kena tingkatkan kualiti dengan kualiti servis,” cadang Syed Lan.
Harga hidangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan pelbagai pilihan yang sesuai untuk semua peringkat golongan, selian ditawarkan dalam set lengkap.
Ramly Food Processing Sdn Bhd mula diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap hasil cetusan idea juga hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih serta bermutu.
Produk bumiputera itu terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Boikot Israel: 11 syarikat perlu dijauhkan

KEMPEN BOIKOT BARANGAN ISRAEL | Keprihatinan terhadap rakyat Palestin telah berkembang di seluruh dunia, bukan hanya semata-mata di dunia Islam.
Boycott-logo.png1_-700x325
 
Ia telah meningkat secara mendadak susulan beberapa siri peristiwa ngeri yang berlaku pada tahun ini di Negeri Palestin.

Dengan perdebatan yang semakin meningkat tentang bagaimana orang ramai boleh membantu, ramai cendekiawan dan aktivis politik berkata cara terbaik ialah melalui boikot, penjualan dan sekatan (BDS). Kempen BDS meliputi semua produk Israel: Ia adalah satu taktik yang luas bertujuan untuk memberi tekanan kepada negara itu sendiri untuk berubah. Ia juga tertumpu khas kepada syarikat-syarikat yang benar-benar terlibat dalam membuat keuntungan besar daripada dasar penjajahan negara yang dilaknat itu. Syarikat-syarikat ini mungkin akan termasuk dalam pemulauan itu (BDS) tidak lama lagi! 
 
1. Volvo
 
volvo
 
Syarikat gergasi automobil ini telah dikritik kerana membekalkan peralatan untuk meroboh dan meratakan rumah Palestin. Lebih menarik lagi, pengilang automobil dari Sweden ini juga memegang kepentingan 27% dalam Merkavim, bas yang digunakan untuk mengangkut tahanan Palestin ke dan dari penjara Israel! 
 
2. Hewlett Packard
 
hp
 
Slogan Hewlett Packard ialah “If you’re going to do something, make it matter.” Bagi rakyat Palestin ia pasti itu amat berharga. Syarikat gergasi berteknologi menghasilkan EDS Israel, yang membekalkan sistem komputer untuk Angkatan Pertahanan Israel dan menghasilkan peralatan berteknologi tinggi seperti Sistem Basel, sistem permit biometrik yang mengawal pergerakan pekerja Palestin melalui pintu masuk di Gaza dan Tebing Barat.
 
Peralatan HP juga digunakan oleh penjara Israel dan tentera. Tambahan lagi syarikat itu juga telah melabur dalam pembangunan teknologi penempatan haram, yang mengambil bahagian dalam Projek Bandar Pintar di bandar Ariel. 
 
3. Intel
 
intel
 
Kilang Intel beroperasi di Kiriyat Gat, tapak bekas kampung-kampung Palestin di Iraq al-Manshiya dan Faluja. Menurut ahli sejarah Israel Benny Morris dalam perang tahun 1948-1949 penduduk kampung-kampung ini telah diusir keluar, sejajar dengan pelan strategik Israel.
 
Intel, pemproses yang boleh didapati di kebanyakan komputer di dunia, dilaporkan melabur $ 2700000000 untuk menaik taraf loji Kiryat Gat di mana ia menghasilkan cip baru yang akan membuat komputer lebih ringan dan lebih cepat. Yang membawa jumlah pelaburan di Israel kira-kira $ 10 bilion, ditambah ia juga telah memberi manfaat kepada lebih daripada $ 1 bilion dalam bentuk geran kerajaan Israel. 
 
4. Motorola
 
motorola
 
Penyokong BDS telah mensasarkan syarikat gergasi telekomunikasi Motorola kerana menyediakan peralatan pengawasan di sekitar penempatan Israel, bersama-halangan pemisahan Israel yang dibina dan di sepanjang sempadan Israel-Gaza. Selain itu, syarikat multinasional Amerika ini telah menandatangani perjanjian $ 100 juta setahun dengan Israel untuk telefon pintar direka khas untuk tentera dan anggota keselamatan. 
 
5. McDonald’s
 
mcdonalds
 
Syarikat makanan segera JUNK FOOD terbesar di dunia ini telah lama disasarkan oleh kumpulan Pro-Palestin kerana sumbangan besar mereka kepada Dana Syarikat Yahudi. Melalui Suruhanjaya Israel, maka Dana Yahudi ini “berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel; memantau dan apabila perlu, respons kepada liputan media Israel”. 
 
6. Coca-Cola
 
coca-cola
 
Pengeluar minuman ringan terbesar di dunia ini mempunyai banyak jenama minuman berkarbonat lain di bawahnya termasuk Sprite, Fanta dan Schweppes yang menyokong kuat negara haram Israel. Selain itu Coca-Cola Israel juga memiliki ladang tenusu di penempatan Israel diduduki Shadmot Mechola di Lembah Jordan dan sebuah kilang di zon industri Katzerin di Golan Heights.
 
Pada tahun 2009 syarikat itu telah menganjurkan majlis khas di ibu pejabat dunia Coca-Cola untuk menghormati Brigadier-Jeneral Ben-Eliezer. Eliezer dituntut oleh kumpulan Pro-Palestin sebagai jenayah perang, semasa Perang Enam Hari unitnya bertanggungjawab bagi pelaksanaan lebih 300 tawanan perang Mesir. Di bawah Sharon, Ben-Eliezer berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan mempengerusikan pembunuhan beramai-ramai di Jenin. 
 
7. Danone
danone
 
 
Hampir 2 dekad yang lalu Danone membuka kemudahan R&D di Israel – Institut Danone. Tidak cukup menghairankan bahawa syarikat Perancis ini juga memiliki saham 20% daripada syarikat makanan kedua terbesar Israel, The Strauss Group. 
 
8. Estee Lauder
 
estee-lauder
 
Konglomerat Amerika, rumah kepada jenama besar seperti DKNY, Tommy Hilfiger, MAC, Clinique dan lain-lain lagi telah disasarkan oleh aktivis BDS kerana aktiviti pro-Israel oleh pengerusinya, Ronald Lauder. Lauder juga merupakan Presiden Kumpulan Wang Yahudi Negara (JNF) – sebuah agensi separuh kerajaan yang berfungsi mengesahkan pendudukan Israel di tanah Palestin. Malah terdapat sebuah kumpulan Amerika berpusat mengetuai boikot di negara ini dengan kempen “Estée Slaughter”. 
 
9. Marks and Spencer
 
m&s
 
Sejak permulaannya M&S telah dikaitkan kepada Zionisme. Sebuah buku M&S oleh Lord Marcus Sieff – Pengerusi M&S – di dalamnya ada dipetik bahawa salah satu objektif asas M&S adalah untuk membantu pembangunan ekonomi Israel (Pengurusan: Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). Satu artikel di dalam Laporan Jerusalem bertarikh 2000/05/06 M&S menyokong Israel dengan kira-kira $ 233,000,000 dalam perdagangan setiap tahun.
 
Tambahan pula pada tahun 1998 Sir Richard Greenbury, Ketua Pegawai Eksekutif Marks & Spencer, menerima Anugerah Jubli oleh Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Ini adalah penghormatan yang paling tinggi pernah diberikan oleh “negara Israel” sebagai mengiktiraf individu-individu dan organisasi, yang melalui pelaburan dan hubungan perdagangan, dalam mengukuhkan ekonomi Israel. 
 
10. Starbucks
 
starbucks
 
Hubungan rapat syarikat ini dengan negara Israel antara yang paling lama. Mereka meningkat naik apabila Howard Schultz seorang Zionis aktif – pengasas, pengerusi, presiden dan ketua pegawai eksekutif Starbucks telah diberi penghormatan oleh Dana Baitulmuqaddis Aish daripada HaTorah di “The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award” kerana khidmatnya kepada negara Zionis “memainkan peranan penting dalam mempromosikan pakatan rapat antara Amerika Syarikat dan Israel”.
 
Starbucks dengan bangganya memaparkan anugerah itu di laman web syarikat di bawah bahagian ‘anugerah dan penghargaan’ bagaimanapun, sekali pemulauan itu mula berlaku, anugerah itu secara misteri hilang dari laman web!
 
 
11. Nestle
nestle
 
Syarikat multinasional Switzerland ini mempunyai bahagian yang besar dalam kontroversi dan kritikan kerana membantu Israel. Untuk aktivis Pro-Palestin salah satu masalah utama mereka dengan syarikat makanan dan minuman ini adalah hakikat bahawa ia membeli 51% saham dalam pelaburan Osem pada pertengahan 90-an. Osem Investments adalah sebuah syarikat berasaskan Israel yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran dan pengedaran produk makanan di Israel dan di luar negara.
 
Pada tahun 1998, Peter Brabeck – bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nestle menerima Anugerah Jubli (penghormatan tertinggi yang ditawarkan oleh negara Israel) dalam mengiktiraf usaha syarikatnya untuk menyokong negara Israel.
 

Guan Eng bagi tempoh 24 jam untuk Nasrudin minta maaf

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan jika beliau gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat kerana mengeluarkan kenyataan tanpa asas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang. Lim berkata, Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu. "Nasruddin mempunyai 24 jam untuk menarik balik penipuannya dan membuat permohonan maaf kepada saya," kata Lim di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini. Lim berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Nasruddin sekiranya beliau gagal berbuat demikian kerana "penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro Umno dan Barisan Nasional (BN)". Katanya, jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya.

10 Ogos bukan hari penentu Khalid tetapi Pakatan, kata Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyatakan mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini penentu hala tuju Pakatan Rakyat, bukan nasib Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan 10 Ogos bukan hari penentuan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tetapi hari penentuan masa depan Pakatan Rakyat (PR). Lim yang juga ketua Parlimen DAP itu berkata dua minggu selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat 23 Julai lalu, PR menghadapi krisis yang paling teruk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 April 2008. "Bolehkah PR bertahan dengan krisis keyakinan ini," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah.  Lim berkata, jika semua pemimpin PR sama da DAP, PAS atau PKR terus dipandu dasar bersama, ia akan mampu berdiri lebih kuat untuk menggantikan Umno/BN dalam PRU14. "Atau alternatif yang terlalu dahsyat adalah untuk melihat PR akan ditolak ke dalam nota kaki sejarah Malaysia," katanya. PAS menetapkan 10 Ogos untuk membincangkan isu menteri besar Selangor selepas PKR menyatakan secara rasmi mahu menukar Khalid kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Namun belum sampai tarikh itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudiannya disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid sebagai MB Selangor. Semalam Majlis Syura Ulama PAS juga mengambil pendirian sama iaitu menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor sehinggalah dibuktikan beliau bersalah oleh SPRM atau mahkamah.

Wan Azizah mahu PR bersatu

Wan Azizah Wan Ismail SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa semua ahli PR bersatu dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian menamatkan kemelut politik yang melanda Selangor.

Menurutnya dalam sebuah kenyataan hari ini, rakyat kini menuntut politik lebih matang dan progresif dari kesemua pemimpin PR.

“Saya mengikuti perkembangan isu-isu politik terkini. Nada dan ritma perbincangan di kalangan ahli-ahli keluarga PR pada kala ini seakan menampakkan emosi yang tidak begitu positif.

“Kita semua perlu ingat dan sedar, Pakatan Rakyat yang telah wujud sejak 2008 adalah manifestasi dan penzahiran harapan rakyat.

"Rakyat mengharapkan suasana politik yang lebih positif, yang berasaskan nilai dan aqliah,” katanya.

Tambah Wan Azizah, dengan persepakatan yang ada, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada parti malah turut membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PKR tetap dengan pendirian untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, keputusan tersebut mendapat tentangan keras daripada beberapa pemimpin tertinggi Pas.

Anwar juga dikatakan telah menempelak tindakan beberapa pimpinan tertingggi Pas yang membantah keputusan sebulat suara yang dicapai menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan PR, 23 Julai lalu.