Rabu, 6 Ogos 2014

Boleh sekat dagangan dengan Israel jika mahu.....kerajaan Munafik Umno ada berani..!!!

 
SHAH ALAM - Malaysia boleh menyekat hubungan dagangan dengan Israel tanpa memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi negara.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, nilai dagangan bukan secara langsung itu terlalu rendah untuk memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Nilai dagangan itu tidak banyak sangat dalam anggaran RM4.8 bilion saja. Jadi, kalau ada sekatan sepenuhnya sekalipun, dari segi ekonominya, nilai itu terlalu rendah untuk memberi kesan yang terlalu signifikan kepada Malaysia.

“Bagi saya, ini bukan satu perkara yang perlu kita bimbang. Paling penting adalah kita menunjukkan tanda protes terhadap kezaliman yang berlaku di sana. Tindakan itu (sekat dagangan) amat bernilai dari segi sokongan moral,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau menegaskan, sekatan itu boleh berlaku sekiranya kerajaan benar-benar mahu melakukannya.

“Saya rasa ini satu lagi perkara melibatkan ‘political will’. Kalau sekiranya nak dibuat, saya pasti ia memang boleh dibuat.

“Kita antara negara yang tidak mempunyai hubungan politik dengan Israel. Ini merupakan satu lagi peluang untuk menunjukkan protes atas kekejaman yang dilakukan.

“Kalau ada kehendak, saya rasa cara itu memang boleh dicari. Kalau nak buat memang boleh buat. Masalahnya kalau ada keraguan antara nak buat atau tidak, maka pelbagai alasan akan timbul,” katanya.

Bagi tahun 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel.

Menteri batal kredit kad HSBC demi Palestin...kerajaan Munafik Umno ada berani..!!!


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membatalkan kad kredit beliau dengan HSBC sebagai tanda bantahan terhadap penutupan akaun pertubuhan Islam yang menyokong Palestin oleh bank itu.
 
Pembatalan serta-merta itu dinyatakan dalam suratnya kepada ketua pegawai eksekutif HSBC, yang kemudian dimuat naik ke Internet.
 
Turut dimuat naik gambar beliau bergaya menggunting kad kredit itu.
 
"(Ini) protes terhadap bank itu yang menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin... saya sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas Israel," tulisnya dalam kapsyen gambar itu.
   
Bernama melaporkan tindakan Ismail Sabri mendapat banyak pujian daripada pengikutnya di Internet dan dikongsi meluas di alam maya.
 
The Guardian pada 30 Julai melaporkan tiga pertubuhan Islam, termasuk Masjid Finsbury Park, menuntut penjelasan daripada HSBC selepas dimaklumkan bank itu bahawa akaun mereka ditutup.
 
Pertubuhan-pertubuhan itu, termasuk Ummah Welfare Trust (UWT) dan badan pemikir Cordoba Foundation diberi notis dua bulan bertarikh 22 Julai atas alasan di luar “kaedah pengurusan risiko kami”.
 
Pemegang amanah masjid Finsbury Park Khalid Omar berkata tiada sebab dinyatakan dan beliau menyifatkannya sebagai kempen Islamofobia terhadap pertubuhan Islam.

Surat tunjuk sebab Khalid tiada cacat cela, kata Surendran

Mempertahankan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin PKR kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang dilabel "cacat" oleh menteri besar Selangor itu, Naib Presiden PKR N Surendran berkata ia lengkap mengikut prosedur dan adil. Katanya, tidak wujud langsung kekaburan atau apa yang didakwa Khalid sebagai tidak spesifik dalam surat tunjuk sebab itu, sebaliknya Khalid diberi peluang mempertahankan dirinya seperti dalam mana-mana proses perundangan biasa. "Kritikan Khalid tidak berasas langsung. Adil mengikut prosedur hanya bermakna dakwaan atas ahli parti yang bersalah dinyatakan dengan jelas dalam surat tunjuk sebab. Ini yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan. "Dakwaan surat bertarikh 5 Ogos 2014 menyatakan Khalid melalui satu kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai 2014 mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. "Bermakna, tiada yang kabur atau kurang spesifik dalam surat itu seperti dakwaan Khalid. Surat itu memberi peluang menerangkan tindakannya, memenuhi kehendak keadilan asasi," kata Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai. Khalid menganggap surat tunjuk sebab itu “cacat” dan meminta notis lebih jelas dan spesifik dikeluarkan kerana ia "tanpa butir relevan serta memadai" bagai membolehkannya menjawab. Kata menteri besar yang dalam proses penyingkiran itu, beliau tidak akan menjawab surat itu "sehingga menerima notis yang sah" walaupun surat tunjuk sebab itu pada asalnya memintanya menjawab sebelum atau pada 8 Ogos. Khalid berkata, apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, menjadi keperluan utama notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan. Katanya, wajar dijelaskan secara bertulis pelanggaran yang dilakukan terhadap mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti atau peruntukan lain di mana hukuman boleh dikenakan terhadapnya. Surendran berkata tiada keperluan memetik peruntukan khusus di bawah perlembagaan parti seperti diminta Khalid dalam suratnya kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Dr Tan Kee Kwong. Mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, Surendran berkata adalah menakjubkan melihat Khalid bersungguh-sungguh berpegang kepada kerusi itu walaupun parti membuat keputusan menukarnya. "Tindakan itu bertentangan dengan semua kebiasaan dan amalan terdahulu dalam demokrasi moden berasaskan parti politik. Pendiriannya tidak bermaruah. Beliau mesti terima keputusan parti dan tinggalkan pejabatnya," katanya.

Selangor dalam bahaya jika saya disingkir - Abdul Khalid

KUALA LUMPUR: "Ianya merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor khususnya."

Itu petikan jawapan surat tunjuk sebab Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat tindakan menyingkirkannya merupakan keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan.

"Ia satu keputusan tidak adil, bukan sahaja kepada saya tetapi terhadap kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat negeri ini.

"Anggapan salah berkenaan kebolehan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dan mengurus sesebuah Kerajaan Negeri dengan baik juga akan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Pada Selasa, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong  meminta Abdul Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Abdul Khalid turut menulis di dalam laman Tweeternya mengenai surat tunjuk sebab berkenaan.

Surat itu perlu dijawab sebelum atau pada Jumaat ini. Abdul Khalid turut mempertikaikan 'hukuman' yang akan dijatuhkan kepadanya dan menyifatkan perlu mematuhi serta menghormati peruntukan Undang-Undang tubuh Negeri Selangor.

"Saya masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Negeri Selangor dan tidak terdapat apa-apa alasan saya seharusnya meletakkan jawatan.

"Ini maksud saya apabila mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang keputusan berkenaan penukaran Menteri Besar Selangor perlu memegang kepada prinsip undang-undang dan tatacara di dalam undang-undang," jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid mahu notis itu menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan.

"Pernyataan secara spesifik perlu dinyatakan secara bertulis, malangnya setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos 2014 dilihat sebagai satu notis yang cacat; tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya untuk menjawab," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menyatakan, 'Langkah Kajang' adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil kepadanya.

Surat Khalid

Surat Khalid

Surat Khalid

Tegasnya, 'Langkah Kajang' tidak pernah dipersetujui selain mengungkit tindakan Lee Chin Cheh yang meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tanpa alasan munasabah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat.

Yakin tak bersalah dorong MB buat laporan SPRM terhadap diri sendiri

SHAH ALAM, 6 OGOS: Lazimnya, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya dibuat bagi menuduh seseorang individu lain melakukan kesalahan rasuah, bukan sebaliknya.
Namun, Pejabat Menteri Besar Selangor  melalui Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Yasid Bidin berbuat demikian terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pengetahuan Menteri Besar itu kerana yakin tidak bersalah.
omak10559734_10203473263124635_5741855128192406416_n“Ini surat aduan salah laku yang dikatakan dilakukan Menteri Besar. Saya sebagai pegawai Menteri Besar rasa bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan kepada SPRM.
“Tan Sri yakin di pihak benar. Perkara ini diserahkan kepada SPRM untuk menentukan dakwaan itu betul atau tidak,” katanya pada sidang media  di pejabat SPRM Selangor, di sini, hari ini.
Tindakan sedemikian dipercayai pertama kali dilakukan ahli politik di negara ini.

Tindakan itu dibuat berikutan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution membuat dakwaan terbuka terhadap Abdul Khalid melalui nota 91 halaman ‘salah laku’.
Bagaimanapun, Saifuddin tidak membuat laporan kepada SPRM sekalipun dicadang Abdul Khalid sendiri.
Kandungan nota 91 muka surat  itu diserah kepada SPRM bagi membolehkan suruhanjaya itu melakukan siasatan.

Selain Yasid turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Bidin Mustapha Talib.

Saya tiada tetapi nama ada dalam kenyataan media - Amirudin

Saya tiada tetapi nama ada dalam kenyataan media - Amirudin
KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Pimpinan PKR negeri, Amirudin Sahri hairan namanya diselit di dalam kenyataan media KEADILAN Selangor yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam posting Tweetnya yang terbaru, Amirudin hairan kerana kenyataan media itu berbeza daripada draf yang dibincangkan sebelum ini.

Difahamkan, draf yang dibincangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Wan Azizah untuk dibawa ke peringkat perbincangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraida menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

Kenyataan bercanggah itu menyebabkan Zuraida meminta mengguna kenyataan medianya yang diberi selepas kenyataan media yang didakwa palsu diedar.

Menurut kenyataan MPN Selangor, mereka menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun harus mempertimbangkan Azmin berdasarkan sokongan yang diterimanya.

Sementara itu, sumber dalaman DAP memberitahu beberapa ADUN) DAP Selangor berpendapat Abdul Khalid perlu dikekalkan kerana prestasi baiknya menerajui negeri itu.

Boikot Israel 2014 : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) Tahun 2013 Eksport Israel. Ke -11 Terbesar di Dunia!






KERAJAAN MUNAFIK TETAP BERSAMA APCO@ISRAEL

PKR mampu menilik nasib dalam hal MB S'gor

Oleh Hazlan Zakaria
PKR menerima pujian bagi pelbagai perkara – perjuangannya menegakkan keadilan untuk Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, hak rakyat Malaysia yang berdepan pentadbiran berat sebelah BN, dsb – tetapi kini kita temui kebolehan luar biasanya. Pemimpin PKR bukan hanya wira di dalam perjuangan, namun punyai kebolehan mengintai masa hadapan.

Sekurang-kurangnya itu yang boleh disimpulkan apabila melihat dokumen dua mukasurat yang dikeluarkannya semalam – surat tunjuk sebab yang dihantar kepada MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim serta penjelasan 50-mukasurat tentang mengapa beliau perlu disingkirkan. Surat tunjuk sebab tersebut, atau salinannya yang tersebar ke pihak media dan dimuatnaik ke laman media sosial, jelas menarik perhatian kepada sebab musabab mengapa keputusan menyingkirkan Khalid dibuat pada mesyuarat kepimpinan pusat pada 15 Januari lalu. Mesyuarat tersebut bersetuju menggantikan Khalid dengan Anwar.
Alasan bagi Khalid berundur, yang dijelaskan di dalamnya, bersabit dengan Langkah Kajang bagi “membolehkan Anwar dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri (yang dikosongkan bagi DUN Kajang) dan mengambil alih peranan MB”.
Ini menunjukkan bahawa PKR mahu Khalid meletak jawatan bagi memberi laluan kepada ketua umumnya, tanpa mengambil kira alasan lain.
Bagaimanapun, di dalam laporan khas yang dikemukakan bagi menjelaskan keperluan menggantikan Khalid, yang didakwa dihantar PKR kepada PAS dan DAP semalam, alasan lain pula yang timbul berhubung keperluan menyingkirkan MB sedia ada.
Menurut laporan The Malay Mail Online, dokumen tersebut menyatakan bahawa Khalid berdepan pelbagai jenis dakwaan ‘dosa-dosa’ yang menyebabkan PKR dilanda keraguan tentang kredibiliti serta integritinya.
Kiasan yang digunakan amat serius bahkan mungkin dilihat menjurus kepada salahguna kuasa dan amalan makan suap.
Bermula dengan penyelesaian di luar mahkamah berhubung pinjaman bank, pembinaan Lebuh Raya Kidex, krisis bekalan air, perjanjian jual beli tanah bagi Eco World, rancangan menaikkan cukai perniagaan et cetera, et cetera.
“Sebagai parti yang pernah berhadapan pembelotan dari kalangan wakil rakyatnya yang beralih arah, bukan aneh bagi pimpinan Keadilan menyiasat dakwaan seperti itu lantas mengambil tindakan ke atas perwakilannya yang mendatangkan syak wasangka,” kenyataan yang memetik laporan PKR itu berbunyi.
Menariknya, segala ‘dosa dosa’ ini dilakukan selepas tanggal 15 Januari di mana mesyuarat kepimpinan pusat diadakan. Jadi bagaimana PKR boleh mendakwa bahawa Khalid perlu digantikan kerana melakukannya?
Melainkan mereka berkebolehan menilik nasib, bagaimana agaknya mesyuarat kepimpinan pusat pada tarikh tersebut membuat keputusan bagi menyingkirkan Khalid?
Atau mungkin kesalahan-kesalahan ini hanya dikumpul bagi menjejaskan sokongan terhadap Khalid daripada PAS dan DAP buat masa ini.

Walau didesak letak jawatan, Khalid tetap gembira

Saya mesti bekerja dengan lebih cepat.

khalid_ibrahim_picKLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, dengan desakan yang dihadapinya kini membuatkan beliau lebih bersemangat untuk bekerja sebagai Menteri Besar dengan penuh minat dan tanggungjawab.
Menurutnya, desakan itu membuatkan beliau seronok dan menjadi penyebab kepadanya untuk bekerja dengan lebih keras demi rakyat Selangor.
“Atas desakan ini, saya mesti bekerja sebagai Menteri Besar dengan lebih cepat,” katanya sewaktu ditemui media selepas pelancaran projek pembinaan jambatan ke-3 Klang.
Selain itu Khalid turut menjelaskan tentang desakan pemimpin PKR yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Menurutnya, itu hanyalah pandangan mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, Khalid turut menyatakan bahawa beliau sudah membalas surat tunjuk sebab yang diberikan.
“Saya sudah membalas, dan selepas itu, mereka akan ‘download’ surat terbuka untuk pengetahuan ahli PKR,” ujarnya.
Khalid turut menjelaskan bahawa beliau sudah menyerahkan dokumen berkenaan integritinya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Memandangkan Bank Islam sendiri terlibat, saya juga akan menulis surat secara peribadi kepada Bank Islam,” ujarnya.

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat kata Hishamuddin Rais

Menurut Hishamuddin, Khalid tidak lagi mewakili sesiapa dan PKR juga tidak lagi menyokongnya. Hanya tinggal Hadi dan 'Din Ayam' yang setia menyokong Khalid.

PETALING JAYA: Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.
saka hishamuddin rais“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.
“Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?”soalnya.
Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.
“Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di Kajang,” ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.
“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”
Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.

LGE dakwa MP PAS fitnahnya 'ala-Umno'


Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan rasa terkejut terhadap kenyataan anggota Parlimen PAS Nasruddin Hassan yang membangkitkan isu projek terowong RM4.63 bilion yang dikatakan diberi secara rundingan terus.
Dalam kenyataannya hari ini, pejabat Lim Guan Eng itu menyifatkan serangan itu “menggunakan taktik kotor Umno untuk membuat fitnah-fitnah jahat” padanya.
Kenyataan yang dihantar oleh pegawai khas ketua menteri itu, Nor Diana Mohd Zabidi itu bagaimanapun tidak menjawab secara langsung perkara dibangkitkan wakil rakyat Temerloh itu.
“YAB Lim Guan Eng akan menjawab tuduhan tanpa asas tersebut dalam satu sidang akhbar yang dijadualkan berlangsung esok pada jam 12 tengah hari di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.
Nasruddin (atas) membangkitkan bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim “dibantai teruk” dalam isu Lebuh Raya Kidex sedangkan projek terowong bawah dasar laut itu tidak pula disentuh.
Bekas ketua Pemuda PAS itu mempersoal di
mana suara pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini menentang amalan rundingan terus dalam projek kerajaan. Nasrudin juga berkata, projek itu dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk di Pulau Pinang serta membangkitkan kemampuan Pulau Pinang membiayainya ketika bajet defisit terus dicatat untuk tahun keenam.
Isu Kidex antara hujah digunakan PKR untuk menggantikan Khalid dengan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor. -

PKR hanya usul nama Wan Azizah, kata Lim Guan Eng


lgeeeeee


GEORGE TOWN, 6 OGOS: PKR hanya mengusulkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar (MB) Selangor yang baru, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
“Nama yang dicadangkan hanya seorang sahaja oleh PKR, iaitu Wan Azizah. Sehingga hari ini DAP tidak menerima sebarang pencalonan daripada rakan parti dalam Pakatan.
“Kita tidak menerima sebarang pencalonan (yang lain) daripada PKR,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Kata Guan Eng, tidak ada mana-mana pihak lain yang mencalonkan nama lain sebagai MB, namun sekali lagi menegaskan semua pihak perlu mengisytiharkan terlebih dahulu bahawa calon wanita layak untuk memegang jawatan itu.
Dalam kenyataannya minggu lalu, Guan Eng meminta semua parti menerusi Presiden masing-masing untuk menyatakan bahawa mereka tidak menentang mana-mana wanita untuk memegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia.
Beliau merujuk Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang diskriminasi berdasarkan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam sebarang jawatan awam.
Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, ‘…Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina… kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran… yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.”

Khalid umum pendirian selepas mesyuarat Pakatan 10 Ogos

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan keputusan berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada Ahad ini.
Beliau berkata surat tunjuk sebab yang dihantar PKR juga sudah dibalas dan berharap parti akan menghebahkannya kepada umum atas dasar ketelusan.
"Saya difahamkan pada 10 Ogos ini ada mesyuarat kepimpinan PR. Saya akan buat kenyataan akhbar selepas mesyuarat itu.
"Saya sudah membalas surat tersebut. Apabila mereka menerimanya, atas dasar ketelusan, mereka akan muat turun surat itu untuk perhatian ahli PKR," katanya daam majlis perasmian pembinaan jambatan ketiga Klang hari ini.
Semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata partinya bersedia kehilangan Selangor jika satu pilihan raya negeri diadakan semula.
Katanya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan kesediaan menerima hakikat kehilangan kerajaan yang berjaya dirampas parti itu daripada Umno-Barisan Nasional (BN) bermula pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
"Bagi mempertahankan prinsip, kita tidak kisah kehilangan kerajaan. Jika itu perlu dilakukan maka ia amat berbaloi, pemimpin datang dan pergi, saya, Anwar.
"Kerajaan kita boleh dapatkan kembali namun tidak sekiranya kehilangan kepercayaan, integriti dalam pentadbiran. Sekali kita hilangkan, ia akan mengambil masa lama, bergenerasi untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat," kata Rafizi.
Khalid berkata, walaupun banyak desakan memintanya berundur, beliau menganggap ia satu cabaran untuk menambah baik prestasi pentadbirannya.
Katanya, apa juga keputusan yang akan diputuskan pada Ahad ini, semuan bergantung kepada DUN selain perkenan Sultan Selangor.
"Saya seronok sebab apa-apa yang saya lakukan memberi azam kepada saya bekerja untuk rakyat negeri Selangor. Oleh kerana desakan sebegini, saya perlu buat kerja lebih cepat, tertib dan betul.

"Saya jadi MB atau tidak, ia akan ditentukan proses seperti dalam enakmen negeri. Sekarang hanya cakap sahaja. Tiada pelaksanaan apa-apa.
"Oleh itu, saya masih bekerja sebagai MB dengan penuh minat dan bertanggungjawab," katanya.
Mengulas mengenai penyelesaian luar mahkamah seperti yang didakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Khalid berkata semua dokumen yang didedahkan parti sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Baik bagi saya untuk tidak mengulas isu itu. Disebabkan Bank Islam terlibat dalam isu ini, saya secara peribadi akan menulis kepada Bank Islam," katanya.
Khalid turut diminta mengulas surat palsu yang diedarkan kepada media mengenai tawaran PKR jika beliau mahu berundur.

Saifuddin nafi keluar surat kepada Khalid, perbuatan berniat jahat

surat palsuKUALA LUMPUR 6 OGOS: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan bahawa beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Perkara itu disahkan Saifuddin kepada Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil hari ini.
“Saya menerima beberapa panggilan media berkenaan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan Datuk Saifuddin kepada Tan Sri Khalid.
“Saya telah menghubungi Datuk Saifuddin dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut. Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; “JKD” merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut,” kata Fahmi dalam kenyataan.
Surat palsu yang kononnya ditandatangani oleh Saifuddin itu bertarikh semalam, 5 Ogos 2014.
Surat itu mendakwa KEADILAN kononnya menawarkan Abdul Khalid bayaran RM30,000 sebulan jika beliau melepaskan jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.
Surat palsu dengan tajuk “Penyelesaian Bersama Langkah Kajang” itu menawarkan imbuhan tersebut buat Abdul Khalid yang akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatannya sekarang.
Ia turut menawarkan Abdul Khalid jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor jika beliau melepaskan jawatan MB.
Sehubungan itu, KEADILAN mengecam pihak yang mengeluarkan surat palsu tersebut.
“Jelas ia berniat jahat dan berusaha untuk menimbulkan syak wasangka dan ingin merosakkan usaha menyelesaikan masalah di Selangor dengan baik dan tertib,” kata Fahmi.
Pagi tadi, sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN bertukar kecoh seketika apabila ada pihak mengedarkan kenyataan media palsu ketika sidang media hampir berakhir.

PKR kecam perang saraf guna surat palsu


Perang saraf antara pihak bertelagah dalam PKR ekoran isu sekitar jawatan menteri besar Selangor semakin rancak dengan penyebaran sepucuk surat yang didakwa dari PKR kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Surat itu, yang disahkan palsu oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, mendakwa PKR menawarkan Khalid bayaran sebanyak RM30,000 sebulan sekiranya beliau melepaskan jawatan menteri besar Selangor.
Surat dengan tajuk “Penyelesaian bersama Langkah Kajang” itu menawarkan imbuhan itu buat Khalid yang akan dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatannya sekarang.
Surat yang dipalsukan dengan tandatangan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution itu turut menawarkan Khalid jawatan pengerusi jawatankuasa penstrukturan air Selangor sekiranya beliau melepaskan jawatan MB.
"Saya menghubungi Datuk Saifuddin (setiausaha agung PKR) dan mendapat pengesahan bahawa beliau tidak mengeluarkan surat tersebut.
"Malah nombor rujukan yang digunakan juga adalah nombor rujukan palsu; "JKD" merujuk kepada Jawatankuasa Disiplin, dan Datuk Saifuddin tidak menandatangani surat jawatankuasa tersebut," kata Fahmi Fadzil dalam kenyataannya.

Notis tunjuk sebab PKR cacat, kata Khalid


SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberi notis tunjuk sebab semalam gara-gara enggan meletak jawatan, akhirnya telah mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR, hari ini.
Melalui surat yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Abdul Khalid menyentuh soal notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya itu yang disifatkan cacat.
“Menjadi keperluan bagi notis tunjuk sebab menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan ke atas saya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan parti serta peruntukan di mana-mana hukuman boleh dikenakan terhadap saya.
“Pernyataan secara spesifik tersebut adalah wajar untuk YB Datuk menyatakan secara bertulis. Malangnya setakat ini notis bertarikh 5 Ogos 2014 itu dilihat sebagai satu notis yang cacat, tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya untuk menjawab,” katanya yang dipetik dari surat tunjuk sebab berkenaan.
Menyentuh soal Langkah Kajang yang dilaksanakan parti itu, Abdul Khalid mengingatkan bahawa ia cuba dilaksanakan sebagai satu arahan oleh parti kepadanya tanpa memberi pertimbangan wajar.
“Sementara menunggu apa-apa notis tunjuk sebab yang sah, saya menarik perhatian YB Datuk bahawa setiap masa material, Langkah Kajang (kononnya dinamakan dan dirujuk YB Datuk) adalah sesuatu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil dengan dan kepada saya.
“Sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan Langkah Kajang ini telah cuba dilaksanakan sebagai satu ‘arahan’ oleh parti kepada saya tanpa memberi perimbangan wajar bahawa tanggungjawab saya sebagai menteri besar juga merangkumi tanggungjawab eksekutif terhadap semua rakyat Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor termasuk menasihati Sultan Selangor,” katanya.

TG Nik Aziz tak berganjak, mahu Khalid kekal MB....

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
  
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
  
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
  
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.
  
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.
  
Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.
  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
  

MB: I'm having fun despite pressure

Pejabat MB Selangor minta SPRM siasat dakwaan salahlaku oleh PKR

Ketua setiausaha sulit buat aduan siasat dakwaan rasuah MB kepada SPRM

Ketua setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini terhadap dakwaan perlakuan rasuah yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR.
Mohamad Yasid Bidin tiba di pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 3 petang tadi sambil dilihat membawa dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, calon ketua pemuda PKR Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi ahli PKR.

"Hari ini saya membuat laporan kepada SPRM berkenaan surat aduan dakwaan salah laku yang dilakukan menteri besar. "Sebagai kakitangan di pejabat menteri besar, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk serahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan," kata Yasid kepada pemberita di Shah Alam.
Katanya, Khalid yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan seperti didakwa Saifuddin. Justeru, perkara itu perlu dibawa kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka.
Beliau berkata, pihak yang mengemukakan dakwaan sehingga hari ini gagal menyerahkan sebarang laporan kepada SPRM. Oleh itu, atas inisiatif sendiri, pihak pejabat Khalid mengemukakan laporan berkenaan.

Gaza: Jom boikot Manchester United!



Dalam keghairahan memboikot zionis Israel, kadang-kadang kita melakukannya tanpa ilmu – maka lahirkan boikot yang beremosi dan bermusim.

Tidak dinafikan tindakan boikot sedikit sebanyak memberi kesan ekonomi kepada zionis dan negara yang menyokongnya. Namun dalam keghairahan itu banyak perkara kita terlepas pandang.

Selain syarikat makanan segera McD yang kini menjadi sasaran boikot, kita diberikan senarai syarikat dan produk yang ada kaitannya dengan zionis dan negara penyokongnya. McD menjadi sasaran utama kerana syarikat ini merupakan restoran makan segera yang paling popular di Malaysia!

Dalam industri sukan pula, salah satu kelab yang sahamnya dimiliki oleh Yahudi ialah Machester United. Walalupun ada kelab lain yang turut dimiliki oleh Yahudi, tetapi kelab ini mempunyai peminat dan pengaruh yang besar di Malaysia.

Suka atau tidak keuntungan kelab ini sudah tentu ada sahamnya kepada negara haram Israel.

Pemilik saham terbesar kelab Manchester United sekarang ini ialah Malcolm Irving Glazer. Walaupun Glazer telah meninggal dunia pada 28 Mei 2014 lalu, kini penguasaan kelab ini diteruskan oleh keluarga Glazer.

Keluarga Glazer merupakan pendatang Yahudi dari Lithuania dan beliau lahir di Rochester, New York,  Amerika Syarikat.

Sidang media PKR Selangor kecoh dua kenyataan berbeza





Akhirnya Terimalah BN Akan Kekal Berkuasa 50 Tahun Lagi...

Isu menukar Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang pada mulanya mungkin disangka ribut dalam cawan serta boleh ditangani dengan baik, kini mula bertukar menjadi taufan yang bukan saja bakal merobohkan kekuatan PKR dan Pas, bahkan seakan menghampiri untuk memusnahkan bahtera PR sendiri.

Jika sebelum ini dalam PKR berpecah antara puak pro Khalid dengan puak yang mahu menyingkirkannya, begitu juga dalam Pas di mana kumpulan ulama mahukan Menteri Besar itu terus dikekalkan manakala golongan profesional yang juga dikenali sebagai puak Anwarinas mahu sebaliknya, perkembangan mutakhir ini memperlihatkan hubungan antara PKR dan Pas tidak lagi semesra dulu.

Tidak ada sesiapa menduga bahawa PKR seperti menyimpan dendam lama dengan Pas apabila dalam usaha berterusannya mahu menyingkirkan Khalid, PKR melalui Rafizi Ramli juga mendedahkan bahawa Pas turut tidak menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebelum pilihanraya umum lalu.

Rafizi sebaliknya mendakwa, sekiranya PR memenangi pilihanraya umum lalu, Pas telah pun mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun, kata Rafizi, oleh kerana PR gagal mendapat kerusi majoriti dalam pilihanraya umum lalu, isu itu tidak pernah lagi dibangkitkan selepas itu.

Pendedahan Rafizi mengenai sikap Pas yang menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri itu adalah bertujuan mewajarkan tindakan parti itu mencadangkan pertukaran Khalid tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Pas. Bagi Rafizi, jika berbincang pun pasti akan timbul masalah kerana sikap Pas yang pada pandangannya kerap tidak berpegang pada janji dan mudah membuat membuat pusingan U di saat-saat akhir.

Mungkin kerana kecewa berterusan dengan sikap Pas yang menyokong Khalid, Rafizi membuat keputusan mendedahkan tembelang Pas sebelum pilihanraya umum lalu yang selama ini menjadi rahsia semua pihak.

Walaupun pendedahan Rafizi itu disifatkan sebagai "bodoh" oleh Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tetapi beliau tidak pula menafikan kebenaran apa yang ditimbulkan oleh Pengarah Strategi PKR itu.

Pada pandangan umum, jika benar pendedahan Rafizi itu, nyata bahawa sikap dan pendirian Pas amat memalukan sekali kerana sebagai entiti yang mengaku berlandaskan Islam dan menjaja nama Allah serta Rasul dalam kempen-kempennya, tetapi perlakuan yang ditunjukkan amatlah bertentangan sama-sekali.

Jika tidak mahu menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri, kenapakah Pas masih sanggup berganding mahu dengan PKR dan DAP dalam PR menghadapi pilihanraya lalu? Bukankah lebih baik keluar saja daripada PR dan bergerak secara sendirian?

Kenapakah juga penolakan terhadap Anwar Ibrahin itu tidak diberitahu secara terbuka kepada ahli-ahli di peringkat bawahan, memandangkan mereka di peringkat akar umbi sebahagian besarnya secara terbuka sudah menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri?

Kemusykilan juga ialah kenapakah, daripada mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menterinya, Pas tidak berani pula meletakkan Haji Hadi Awang, Mat Sabu, Nik Aziz atau Harun Din sebagai tokoh daripada acuannya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri?

SPRM diminta siasat dakwaan salahlaku terhadap MB S'gor

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh kumpulan penyokong Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menyiasat dakwaan mengenai salah laku integriti beliau seperti yang didakwa partinya PKR.

Permintaan terkandung dalam laporan yang dibuat oleh ketua setiausaha sulit beliau, Mohamad Yazid Bidin di pejabat SPRM Shah Alam petang ini.

Mohamad Yazid turut menyerahkan kepada SPRM dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, mereka membuat SPRM membuat siasatan tersebut bagi memastikan sama ada dakwaan terhadap Khalid itu betul atau sebaliknya.

Turut kelihatan ialah kedua-dua setiausaha politiknya Mustapha Mohd Talib dan Azman Abidin, bekas senator Syed Shahrir Syed Mohamud, calon ketua pemuda AMK Khairul Anwar Zainuddin serta beberapa lagi kakitangan dan beberapa ahli PKR.

Boikot: Daripada asyik menafikan, syarikat besar disaran beri bantuan ke Gaza

Boikot: Daripada asyik menafikan, syarikat besar disaran beri bantuan ke Gaza
KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat besar disarankan untuk memberi bantuan kewangan ke Gaza, sebagai satu usaha untuk memenangi hati rakyat yang sedang memboikot produk-produk yang didakwa memberi sumbangan kepada tabung perang Israel.

Cadangan itu dibuat oleh Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zaharuddin Abd Rahman setelah beberapa syarikat mula tampil ke hadapan untuk menafikan memberi hasil jualan mereka kepada pihak Israel.

“Itu lebih mantap. Berilah dalam RM1 juta atau RM2 juta atau secara berkala setiap tahun contohnya.

“Itu lebih mudah memenangi hati masyarakat berbanding hanya membuat kenyataan bertulis menafikan itu dan ini,” kata Zaharuddin menerusi akaun Facebook beliau.

Beliau berkata pemberian tersebut boleh dianggap sebagai satu langkah tanggungjawab sosial korporat (CSR)  yang sangat digalakkan di waktu perlu.

Jenama antarabangsa seperti Tesco Malaysia merupakan antara yang pertama untuk tampil ke hadapan untuk menafikan mereka menyalurkan hasil jualan atau keuntungan daripada pasaraya-pasarayanya untuk tujuan menyokong Israel.

Penyebaran Video Tidak Bermoral: KN Tunggu Laporan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Krisis Politik di Selangor Jejas Ekonomi Negara - Ahmad Maslan

PKR S'gor nasihat Khalid undur cara baik, terhormat

PKR S'gor sedia hadapi pilihan raya negeri, yakin menang

Bekas ketua pemuda Pas gesa Hadi bangkit bela Khalid menerusi GERAK 2


BEKAS Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan hari ini tampil dengan GERAK 2.0 menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bangkit membela Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menurut beliau telah dizalimi dan diaibkan dalam untuk menyingkirkannya dari jawatan Menteri Besar.
 
Ahli Parlimen Temerloh itu menarik perhatian mengenai kebangkitan Pas yang dipimpin oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor membela Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika disingkirkan dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 melalui GERAK.
 
"Pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dipecat dari UMNO oleh Tun Dr Mahathir sedang pada waktu itu, DSAI juga adalah Timbalan Perdana Menteri dengan tuduhan skandal liwat. 
 
"Rakyat bangkit dan membela DSAI. Mereka tidak anggap ini masaalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. DSAI mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela DSAI ialah PAS," katanya dalam kenyataan di laman facebook beliau hari ini.
Mengaitkan insiden pemecatan Anwar itu, Nasrudin berkata, tahun 2014 menyaksikan pergolakan di Selangor sambil menimbulkan tanda tanya adakah Abdul Khalid akan melalui proses yang sama.
 
"Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) akan diperlakukan oleh DSAI sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau? Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa TSKI dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor? 
 
"Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela TSKI ?
 
"Saya kira , andai TSKI disingkir oleh DSAI dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya Pas yang dipimpin oleh Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela TSKI yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2," katanya.

Apakah Abdul Hadi, Nik Aziz sudah baca laporan PKR?

Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang sebelum ini menyatakan pendirian menyokong Abdul Khalid Ibrahim dan tidak bersetuju MB itu dipecat, mungkin perlu meralat balik keputusannya itu. Penyediaan laporan berhubung keraguan mengenai kredibiliti Khalid sebagai MB Selangor yang disediakan Ibu Pejabat PKR perlu dijadikan sumber rujukan untuk membuat ralat atas pendirian gaduh diambil sebelum ini.


Surat Saifuddin kepada Mustafa Ali.
Abdul Hadi telah mendahului keputusan parti dengan membuat kenyataan terbuka menyokong Khalid terus menjadi MB Selangor dan membantah tindakan memecatnya dari kerusi MB. Abdul Hadi berhujah Khalid tidak melakukan kesalahan dan seorang MB yang amanah. Walhal keputusan berhubung perkara itu sepatutnya dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas pada 10 Ogos seperti mana yang ditetapkan bersama.

Ekoran kenyataan Abdul Hadi yang membingungkan itu, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz juga menyatakan hal sama dengan menyokong pendirian presiden Pas itu. Nik Aziz juga tidak bersetuju Khalid digugurkan. Nik Aziz membuat pendirian itu kerana berpegang kepada kredibili presiden. Kenyataan Abdul Hadi yang mendahului masa dan dianggap melanggar etika berpersatuan itu menimbulkan kontroversi dan kekesalan sesetengah pihak dalam Pas termasuk pucuk pimpinan.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Mahfuz Omar menganggap kenyataan Abdul Hadi itu pandangan peribadi dan bukan keputusan parti. Ulasan Mohamad dan Mahfuz memberi petunjuk mereka tidak berkenan dengan cara Abdul Hadi. Gara-gara kenyataan Hadi yang tidak profesional itu menyebabkan timbul masalah dalam Pas. Berlaku perbalahan antara golongan yang mendokong Khalid dengan golongan yang tidak senang dengan Khalid.

Semalam laporan setebal 24 muka surat sudah dihantar oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kepada Pas menerusi Setiausaha Agungnya Mustapa Ali. Laporan itu juga dihantar kepada Abdul Hadi Awang, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat serta Khalid sendiri.

Laporan itu mendedah ada empat perkara kenapa PKR mengambil keputusan untuk menukarkan Khalid sebagai MB. Pertama ialah berhubung perlupusan hutangnya sebanyak RM66.6 juta dengan Bank Islam yang dilakukan diluar mahkamah dan caranya amat meragukan.

Pucuk pimpinan PKR yang sangat mementingkan soal integriti telah meminta Khalid memberi penjelasan, bagaimana pun penjelasan MB dalam penantian untuk disingkirkan itu dikatakan gagal memuaskan hati pucuk pimpinan mengenai makenisme diambil menyelesaikan hutang itu yang dibuat diluar mahkamah.

Kedua, pensturukturan air di Selangor yang dikatakan merugikan kerajaan Selangor. Penanda-tangani MoU projek Langat 2, menjelang pilihan raya kecil Kajang dikatakan tidak melindungi hak kerajaan Selangor. Dalam hal penstrukturan air ini ia berkisar kepada tiga perkara; i) keadah nilaian bayaran / pampasan kepada syarikat-syarikat pemegang konsensi, ii) jumlah bayaran yang adil kepada syarikat pemegang konsensi dan darimana wang itu diperolehi, dan iii) terma perjanjian dengan kerajaan Persekutuan yang adil kepada rakyat Selangor bagi mengelakkan perjanjian konsensi membebankan rakyat.

'Khalid, berundurlah secara terhormat' - PKR Selangor

PETALING JAYA - PKR Selangor menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut secara baik.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan Lembaga Disiplin PKR yang telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.

Beliau turut menyatakan harapan agar pimpinan baharu di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dapat menyelesaikan krisis kepimpinan yang berlarutan itu.

"Kita amat berharap Abdul Khalid faham, dalam kedudukan politik beliau yang diletak oleh parti sebagai menteri besar dan kita minta beliau dengan cara terhormat untuk mengundurkan diri ," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Jelasnya keputusan menyokong penamaan itu dicapai melalui beberapa siri mesyuarat parti yang dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, 18 ketua cabang, enam ahli Parlimen dan 10 Adun menyokong keputusan itu dengan Mohamed Azmin Ali yang juga Ketua Cabang Gombak dikecualikan.

Tambahnya, selain isu-isu besar termasuk penstrukturan air dan Kidex, Abdul Khalid juga dilihat tidak efektif dalam mengendalikan pengurusan pada tahap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pesta bogel: Chalet diwarta hanya untuk pegawai awam

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal mengapa Chalet yang diwartakan hanya untuk pegawai awam oleh Kerajaan Pesekutuan itu dibenarkan digunakan oleh pihak luar untuk mengadakan pesta sukan bogel.

"Inilah kwsn diwartakan kerjn Persekutuan yg chalet utk pegawai awam shj.Macam mana boleh bagi sama org luar guna...?", tulisnya di Twitter.

Tulisan itu turut disertakan dengan sekeping gambar papan tanda 'Teluk Kampi Trail, Taman Negara Pulau Pinang'.

Di Twitter tersebut, beliau turut diminta oleh pengikut beliau agar mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

Dalam reaksinya, Lim berkata kerajaan negeri telah memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

"Pls give the Forestry Dept n Fed govt Ministry time 2 investigate n rpt.

"Takkan kerjn negeri akan benarkan aktiviti ini, bila kasino pun tak dluluskan?," katanya lagi.

Beberapa blog Umno sejak kelmarin menjadikan satu video berhubung kegiatan berbogel bertajuk ‘Penang Nudist Sports Games 2014 in Teluk Bahang’ sebagai modal untuk menuduh kerajaan Pulau Pinang terlibat dengan aktiviti keji.

Video kontroversi yang tersebar di Internet itu pula menunjukkan aktiviti berbogel termasuk mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka.

Polis kenal pasti 15 peserta sukan bogel

Tujuh rakyat Malaysia adalah antara 15 individu yang dirakam terlibat dalam sukan bogel di Hutan Simpan Taman Negara di Teluk Bahang, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini.

Rahim berkata, polis telah merakam kira-kira 10 kenyataan daripada individu berkenaan untuk membantu siasatan perkara itu, yang rakamannya telah dimuat naik di YouTube.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata, 15 orang itu termasuk tujuh rakyat Malaysia, empat warga Singapura, dua warga Myanmar, seorang warga India dan Filipina.

Menurutnya, pihak polis bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang dalam siasatan tersebut.

Bagaimanapun, Rahim enggan mendedahkan butiran mengenai penganjur acara itu yang dikenali sebagai Penang Nude Sports Games 2014.

Bagaimanapun, beliau berikrar akan menahan mereka yang bertanggungjawab di sebalik penganjuran acara itu.

MP PAS samakan isu MB Selangor seperti kes pecat Anwar 1998

Selain dua tokoh utama PAS mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkir sebagai menteri besar Selangor, seorang lagi pemimpin PAS secara terbuka mahu tokoh PKR tersebut kekal jawatan itu.

Nasrudin Hasan yang juga jawatankuasa PAS Pusat menyamakan kemelut penyingkiran Khalid seperti kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ekoran tuduhan liwat.

Walaupun parti mengarahkan supaya "menutup mulut" berhubung isu pertukaran MB, namun Nasrudin tetap mempersoal kewajaran tindakan itu terhadap Khalid dan wajar dibela sepertimana dilakukan PAS terhadap Anwar.

"Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagaimana Tun Mahathir (Mohamad) melakukannya ke atas beliau?

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa TSKI dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ?

"Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim)?" tulis Nasrudin dalam laman Facebooknya.

Mengimbau gerakan membela Anwar sewaktu krisis pemecatan dengan penubuhan GERAK yang diketuai Presiden PAS ketika itu Fadhil Nor, Nasrudin berkata sokongan yang sama perlu ditunjukkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PKR Selangor backs Azizah as MB

Forum 'Krisis Selangor' hangat pula dengan isu hina wanita

Hanipa Maidin: Saya sayang presiden tapi lebih sayang PAS

PAS mahu Ku Li jadi PM jika Pakatan menang PRU-13

Rafizi: PAS, DAP bantah hasrat PKR gugur Khalid pada 2013

DAP: S'gor sepatutnya lebih baik dari Pulau Pinang

Rafizi: Biar hilang S’gor asalkan Khalid disingkir

Sidang media MPN sokong Wan Azizah jadi kelam-kabut, Azmin turut dinamakan calon MB...!!

PETALING JAYA - Sidang media di ibu pejabat PKR kecoh gara-gara satu kenyataan yang diedarkan atas nama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.

Kenyataan yang diedar bertajuk 'MPN Selangor Cadang Dua Nama Untuk Selesai Kemelut MB' itu jelas bertentangan dengan sidang media yang sedang berlangsung ketika itu.

Sidang media yang dikendalikan wakil-wakil Adun Selangor dan wakil-wakil cabang PKR itu menyebut tentang sokongan mereka terhadap cadangan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurut kenyataan yang disebar itu, MPN Selangor menghormati sokongan beberapa pimpinan kepada Wan Azizah namun berpendirian PKR harus membenarkan seorang lagi nama diangkat iaitu Mohamed Azmin Ali.

Gara-gara percanggahan itu, semua media bangkit untuk meminta penjelasan daripada Adun Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang mengetuai sidang media tersebut.

Pada awalnya beliau dan wakil-wakil lain enggan memberi sebarang kenyataan namun selepas sidang media selesai, pihak media berjaya mendapatkan kenyataan daripada Zuraidah.

"Pihak kami tidak keluarkan kenyataan itu dan kami tidak tahu (siapa yang edar).

"Tapi kami akan siasat perkara ini," katanya.

Ku Li PM: Rafizi buat kenyataan bodoh, kata setiausaha agung PAS

PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider. Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. "Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Selangor : Biar p'raya jadi langkah terakhir kata Umno

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berharap pilihan raya negeri Selangor menjadi penyelesaian terakhir kepada krisis jawatan menteri besar Selangor.

Menurut Ahmad, pilihan raya itu akan terus menyumbang kepada ketakstabilan politik yang sudah berlarutan di negeri itu buat beberapa ketika.

"Itu pilihan terakhir agaknya. Tentu ia ganggu kestabilan politik rakyat," kata Ahmad pada sidang media di Kelana Jaya, pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan tentang kemungkinan berlakunya pilihan raya di negeri itu bagi sebagai jalan keluar kepada krisis sekarang ini.

Namun tegasnya, Umno dan BN tetap bersedia untuk menawan Selangor.

"Kalau selesai cepat bagus, tapi kalau tak selesai sampai perlu ada pilihan raya kecil negeri, kita sentiasa positif dan bersedia untuk menawan (Selangor)," katanya.

Sidang media MPN Selangor kecoh..!!

Sidang media MPN Selangor kecohPETALING JAYA: Sidang media untuk mengumumkan pendirian Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor kecoh apabila satu kenyataan media berasingan MPN bercanggah dengan isi sidang media yang diberi Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dikeluarkan.

Kenyataan itu didakwa meminta nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali‎ dicadangkan bersama nama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk dicalonkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi PKR untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Bagaimanapun, sidang media yang diberi Zuraidah menyatakan sokongan kepada Wan Azizah.

Penjelasan sebenar mengapa KEADILAN putus tukar MB Selangor

Penjelasan tersebut adalah sebagaimana surat Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan salinan kepada DAP dan KEADILAN seperti di bawah:  

RUJUKAN  KAMI:            SUA2014/SKR/0050
RUJUKAN ANDA:           -
TARIKH:                         4 Ogos 2014
Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
TELEFON: +603 7885 0530
FAKS: +603 7885 0531
E-MAIL: ibupejabat@keadilanrakyat.org
LAMAN  WEB: www.keadilanrakyat.org
YBhg Dato’ Mustafa Ali
Setiausaha Agung
Parti Islam Se-Malaysia
Pejabat Agung
No 318-A
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
YBhg Dato’,
PENCALONAN YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR
SaifSaya mendoakan perjuangan kita terus mendapat petunjuk dan rahmat Allah SWT demi harapan rakyat yang kita pikul bersama.
Berikutan perbincangan berterusan  mengenai keputusan KEADILAN mencalonkan YB Dato’ Dr Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, saya telah mengunjungi beberapa  pimpinan termasuklah YBhg Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Haji Mohamad Bin Sabu, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato’  Haji  Husam  Musa sepanjang minggu lepas. Pada akhir  pertemuan  yang diadakan  saya memahami ada keperluan untuk KEADILAN memberikan beberapa penjelasan dan menerangkan isu berbangkit yang mendorong kepada keputusan KEADILAN mencalonkan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Sesuai dengan semangat itu, untuk mengelakkan pelbagai tohmah  dan versi yang berlainan yang sampai kepada pimpinan PAS sehingga menimbulkan  kesukaran untuk mengetahui apakah sebab sebenarnya keputusan KEADILAN untuk menukar Menteri Besar Selangor dibuat, bersama-sama ini saya sertakan laporan ringkas berserta  rujukan yang berkenaan yang merumuskan beberapa  peristiwa dan tindakan yang menjadi antara sebab musabab utama KEADILAN secara konsensus mengambil keputusan menggantikan kepimpinan Menteri Besar Selangor sedia ada.
Saya memohon jasa baik YBhg Dato’ untuk memanjangkan laporan ini kepada keseluruhan AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos 2014 mengenai perkara ini. KEADILAN  juga akan menghantar terus laporan ringkas berserta  rujukan ini kepada kesemua YDP PAS Kawasan dan kesemua wakil rakyat PAS di seluruh negara agar perkara in dapat difahami seadilnya.
Saya berdoa agar perkara-perkara yang diketengahkan di dalam laporan ringkas ini dapat dihadam sepenuhnya oleh pimpinan PAS di setiap peringkat demi kebersamaan dan kepentingan mempertahankan Pakatan Rakyat.
halaman 1 dari 3
!
Selamat menyambut bulan Syawal dan wassalam.
Yang menjalankan amanah
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN
Salinan Kepada:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
YBhg Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS
YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
YB Saudara Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP
YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
YAB Saudara Lim Guan Eng
Setiausaha Agong DAP
YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor
Ahli Majlis Pimpinan  Pusat KEADILAN AJK PAS Pusat
halaman 2 dari 3
!
Ahli CEC DAP
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat
ADUN Pakatan Rakyat
YDP PAS Selangor
halaman 3 dari 3
IBU PEJABAT KEADILAN
KEPUTUSAN MENGGANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR
Mukasurat
1 dari 24
LATAR BELAKANG
KEADILAN telah mencapai persetujuan sebulat suara di dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bersidang pada 21 Julai 2014 untuk menggantikan Menteri Besar Selangor sedia ada iaitu YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Persetujuan sebulat suara itu juga mencalonkan YB Dato‟ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.
Keputusan ini kemudiannya dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai
2014 dan dimaklumkan secara rasmi kepada PAS dan DAP. PAS dan DAP di dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu bersetuju pada dasarnya bahawa prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah dari KEADILAN1.
DAP telah menyatakan sokongan  secara terbuka kepada pencalonan  YB Dato‟ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail2  sementara PAS akan membincangkan pendirian dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 10 Ogos 2014.

Rafizi dedah kronologi hutang Khalid Ibrahim


2rafizi_khalid_300PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan punca yang mendorong PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat Selangor, khususnya ahli PKR sendiri.
Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta keistimewaan untuk membuat pinjaman dari Bank Islam berjumlah RM214.7 juta bagi membeli saham tersebut.
“Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Jelas Rafizi lagi, oleh kerana Khalid tidak dapat membayar hutang tersebut, pada tahun 1998, Khalid telah menulis surat kepada Bank Islam.
“Surat pertama ditulis pada 16 Oktober 1998 dan surat kedua ditulis pada 20 Oktober 1999. Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.
Pada tahun 2001, disebabkan tidak dapat membayar hutang tersebut, Khalid kemudiannya telah menandatangani satu perjanjian dengan Bank Islam bagi membuat penstrukturan semula hutangnya yang berjumlah RM214.7 juta itu dengan cara menjualkan sahamnya kepada Bank Islam.
Penjualan saham itu adalah sebagai cagaran kepada Bank Islam dan sekiranya Khalid gagal membayar seperti yang sepatutnya, Bank Islam akan menjual saham tersebut bagi melunaskan hutangnya.
Pada tahun 2003, beliau masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut dan pada tahun 2003 atau 2004, Bank Islam telah menjual sahamnya. Setelah dijual, ia masih lagi tidak mampu untuk membayar hutang yang dipinjam sebanyak RM214.7 juta itu dan masih berbaki RM59.5 juta setakat 13 November 2006.
“Anda kena faham satu perkara, bahawa kita sedaya upaya cuba untuk tidak cerita kerana ia tidak elok,” katanya yang juga menjawab persoalan rakyat mengapa isu pertukaran Khalid dimulakan pada awal tahun ini dan bukannya selepas PRU13.

Tukar MB: Risiko hilang S'gor berbaloi, kata Rafizi

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata risiko kehilangan Selangor itu berbaloi asalkan PKR berjaya menukar menteri besar yang kurang berintegriti.

Beliau berkata PKR tidak mempunyai kelebihan seperti ahli yang ramai atau kewangan dan hanya memiliki kelebihan integriti.

"Biarlah kami hilang Selangor sekalipun asalkan kami tidak khianat kepercayaan rakyat terhadap kami," kata beliau selepas sebuah forum di Kuala Lumpur semalam.

Rafizi mendedahkan betapa PKR sebenarnya memang mahu menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejurus selepas memenangi 34 dari 56 kerusi Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13 tahun lalu tetapi dibantah oleh rakan sekutunya DAP dan PKR.

Hal itu juga diakui beliau menyebabkan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali marah kerana sepatutnye beliau yang dilantik sebagai menteri besar.

Bagaimanapun Rafizi berkata hal ini berlaku kerana "PKR sentiasa mendengar konsensus bersama Pakatan Rakyat."

"Keputusan tukar ADUN itu hak PKR tapi keputusan tukar menteri besar itu adalah milik Pakatan.

"Kalau ada seorang ADUN yang DAP dan PAS setuju kita dah dapat menteri besar baru dua tahun lalu," kata beliau.

Sukar dapat konsensus

Anggota Parlimen Pandan mengakui kesukaran mendapat konsensus dan persetujuan dari parti lain terutamanya PAS menyebabkan PKR melakukan "Langkah Kajang" awal tahun ini secara solo pada awalnya.

Pegawai MB S'gor bersemuka dengan Rafizi

Seorang pegawai pejabat menteri besar Shazni Munir Mohd Ithnin tampil bersemuka dengan Rafizi Ramli di sebuah forum di ibunegara malam tadi di mana pengarah strategi PKR itu menjelas sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditolak.

Di hadapan kira-kira 300 hadirin yang rata-rata menentang Khalid, Shazni  bertanya kepada Rafizi bagaimana keputusan menukar Khalid diputuskan pada bulan Januari sedangkan penyelesaian luar mahkamah kes hutangnya dengan bank Islam hanya berlaku pada bulan Februari.

Beliau merasakan ianya pelik untuk PKR menjadikan kes penyelesaian hutang itu sebagai sebab utama untuk menolak Khalid kerana tiada bukti jelas dan konkrit kerana menurutnya ia hanya bersandarkan kepada persepsi semata-mata.

"Tolong beritahu adakah ia hanya andaian," tanya Shazni dengan hadirin bersorak menyokong Rafizi.

Rafizi kemudianya mengakui kaitan antara Khalid dan seorang peguam yang rapat dengan Umno hanya disahkan minggu lalu menerusi kenyataan seorang setiausaha politik menteri besar itu sendiri.

"Kerana buat keputusan Langkah Kajang  itulah berlaku rentetan tindakan yang dibuat itu timbulkan keraguan integriti beliau (Khalid).

"Kepada Shazni, penyelesaian hutangnya berlaku dua minggu selepas itu, mana satu andaian jahat? Mana satu yang lebih masuk akal? Kerana hal itu beliau percepatkan perjanjian dan penyelesaian luar mahkamah," kata Rafizi.

Rafizi turut ditujukan soalan oleh beberapa hadirin lain mengapa Khalid masih diberi peluang bertanding sekiranya Pakatan sebelum ini telah mengesyaki beliau.

ANWAR IBRAHIM 'DERITA RAKYAT'

Kantoi Lagi: Senjata Makan Tuan, Media Umno Kantoi Isu Pesta Bogel Pulau Pinang..Surat..!! Mana Surat..??

TAYANGLAH VIDEO LUCAH sekalipun bau busuk kamu juak2 UMNO tidak akan pernah hilang. Porno dan seks ni 'makanan' harian mereka.. MACAI UMNO BELUM JAWAB PERSOALAN NI!!!

Bukankah lokasi yg disiarkan itu adalah tempat yang telah diwartakan oleh Kerajaan Pusat / Persekutuan hanya untuk pegawai2 awam sahaja? Persoalannya bagaimana orang luar boleh masuk? Siapa yg izinkan sedangkan ianya telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan?

Media paling awal yg keluarkan pun media UMNO.. So?? Atau sebenarnya ada orang UMNO tumpang sekaki event tu??

Surat mana? Mana surat??

Tukar MB menerusi pilihan raya?

SHAH ALAM - PR sudah bersedia menghadapi pilihan raya mengejut negeri jika ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika pilihan raya terpaksa diadakan, PR sudah bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong PR.

"Rakyat perlu diyakinkan. Jika keputusan sukar perlu dibuat, ia akan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

"Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil...kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik," katanya.

Beliau berkata, persefahaman mengenai hak lantikan Menteri Besar Selangor telah wujud dalam kalangan pimpinan PR.

"Situasi ini sama. PKR juga pernah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri dan persefahaman ini wajib dipatuhi.

"Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan segelintir pimpinan kecil PR yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas dan mereka ini perlu dikenakan tindakan disiplin," katanya.

Bagaimanapun Anwar tetap yakin, isu Menteri Besar Selangor ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik sesuai dengan semangat PR.

"(Isu ini) sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya atau pilihan raya.

Kahak pekat untuk Zionis

DALAM dunia kanak-kanak, mungkin kita pernah jumpa watak seorang adik yang manja tetapi jahat lagi berperangai pembuli. Sebagai anak manja, tiap kemahuannya mesti dituruti, tidak boleh dibantah atau dilarang. Kalau dia mahukan hak orang, pun juga mesti diberi.

Jika tidak, dia akan rampas, pukul atau buli. Akan tetapi apabila mangsanya bertindak balas, dia akan segera berlari mendapatkan abangnya, berlindung di bawah ketiak si abang dan akan mereka-reka cerita konon dia yang disakiti.

Dalam dunia hari ini, itulah Israel, satu bangsa dan kini negara yang boleh berbuat apa sahaja kekejaman yang di luar batas kemanusiaan terhadap orang tetapi tidak boleh dibalas.

Hanya jika jarinya sahaja yang dilukakan, balasannya adalah bunuh dan pembunuhan itu tidak hanya melibatkan si pelaku bahkan seluruh keluarga, bangsa dan negara orang yang melakukannya.

Bagi mereka, orang lain adalah goyem atau binatang tetapi jangan sekali-kali bangsa mereka dikritik atau ditegur, sekalipun perbuatan jahat mereka yang lakukan itu terang-terangan.

Sesiapa yang mengkritik mereka, pantas dituduh anti Semitik dan seluruh dunia yang sudah dipengaruhi oleh 'adik manja' akan mengecam orang itu semahu-mahunya. Tun Dr Mahathir antara yang pernah jadi sasaran mereka!

Semitik merujuk kepada kelompok bangsa yang menjadi asas kepada kelahiran bangsa lain di seluruh dunia. Mengikut Genesis (5:32, 6:10 dan 10:21) Semitik adalah daripada keturunan Shem bin Nuh, seorang daripada tiga anak Nabi Nuh AS. Daripada keturunan inilah bersambungnya zuriat manusia yang bertebaran ke seluruh dunia hingga hari ini. Dan Semitik bukannya bangsa Yahudi sahaja bahkan juga bangsa Arab dan beberapa bangsa teras lain.

Namun kerana bongkak dan takbur Yahudi, dunia hari ini diajar dan dipengaruhi untuk terima hanya orang Yahudi sahaja bangsa Semitik dan sebarang kritikan terhadap mereka dianggap sebagai anti Semitik, seolah-olah sesiapa yang mengkritik itu kurang ajar atau menderhaka kepada satu bangsa mulia yang jadi penyambung zuriat manusia.

Atas sebab itulah, sesiapa yang menentang mereka, boleh dibunuh begitu sahaja. Goyem atau binatang kepada orang yang bukan daripada kaum mereka bukan sekadar tanggapan atau gelaran tetapi menjadi akidah dan pegangan.

Yahudi adalah bangsa, juga agama. Orang daripada bangsa lain tidak boleh menganut agama Yahudi kerana mereka berpegang bahawa hanya bangsa mereka yang manusia dan paling istimewa. Bangsa pilihan tuhan. Itulah satu-satu yang seumpamanya di dunia!

Tetapi orang Yahudi, ada juga yang menganut Kaballah, satu pegangan baharu yang bermula ketika era Perang Salib I. Kaballah bertuhankan Lucifer iaitu Iblis dan didakwa sebagai mazhab baharu dalam agama Yahudi tetapi pegangan dan sembahan mereka berbeza dengan Yahudi Ortodoks. Zionis adalah cabang kepada Kaballah sama seperti Iluminati.

Jika Yahudi hanya untuk bangsa Yahudi, Kaballah sebaliknya terbuka untuk semua kaum. Orang Islam sendiri ada yang menyertai Kaballah sama ada dalam keadaan sedar atau tidak melalui ritual yang disamarkan menerusi jenama Freemason.

Analisis ringkas perang di Gaza (Ramadhan-Syawal 1435H)

AQSA SYARIF

PERANG di Gaza bukanlah satu fenomena baru. Sejak Hamas berjaya menguasai sepenuhnya wilayah seluas 360 km persegi itu pada tahun 2007, Gaza telah menjadi sasaran utama Zionis Israel dalam usaha mengekang kebangkitan intifada Palestin. Israel menyerang Gaza untuk mengingatkan rakyat Palestin bahawa kebangkitan mereka akan hanya berakhir dengan kematian anak-anak dan isteri mereka. Israel akan memastikan kebangkitan mereka terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.

Perang baru yang tercetus di Gaza pada 10 Ramadhan lalu (8 Julai 2014) – Perang Asfim Ma’akul (nama yang diberikan pejuang Hamas) atau Operation Protective Edge (nama yang diberikan rejim Zionis Israel), merupakan yang ketiga seumpamanya dalam tempoh 6 tahun.

Perang pertama - Perang Furqan atau Operation Cast Lead, berlaku pada Disember 2008 dan berlarutan hingga Januari 2009. Perang kedua - Perang Hijaratus Sijjil atau Operation Pillar of Clouds, berlaku pada November 2012. Dalam ketiga-tiga perang ini, Zionis Israel telah membuat provokasi dan mencipta alasan untuk menghalalkan serangannya ke atas Gaza.

Provokasi dan Justifikasi Israel Melancarkan Perang Baru

Media antarabangsa rata-rata mengaitkan insiden kehilangan 3 remaja Yahudi di Hebron, Tebing Barat pada 12 Jun lalu sebagai punca kepada serangan terbaru Israel ke atas Gaza. Israel pantas menuduh Hamas sebagai dalang di sebalik insiden ini sungguhpun tanpa bukti kukuh lantas melancarkan Operation Brother’s Keeper selama 18 hari (13-30 Jun 2014) yang menyaksikan lebih 13 orang rakyat Palestin terkorban, 1,000 cedera dan lebih 600 orang ditahan (60% adalah ahli dan pemimpin Hamas). Hebron dikenakan perintah berkurung sementara 2,100 rumah dan premis digeledah. Kerugian dianggarkan mencecah hampir 3 juta dolar Amerika.

Operasi Brother’s Keeper mendedahkan muslihat sebenar Israel memulakan perang pada hari ini iaitu untuk memberikan tekanan kepada Hamas dan menggagalkan perdamaian Hamas-Fatah. Kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian as-Shati’ pada 23 April lalu bagi menamatkan perseteruan mereka dan berusaha ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin.

Perdamaian ini menyebabkan Israel hilang rakan damainya (Fatah) dan meningkatkan kemungkinan pengukuhan kedudukan Hamas. Tembelang Israel akhirnya terbongkar apabila siasatan mengesahkan bahawa 3 remaja Yahudi yang hilang dan kemudian dijumpai mati itu bukan angkara Hamas.

Namun, Israel mendapat momentum baru apabila price-tag attack kumpulan ekstremis Yahudi yang ingin membalas dendam kematian 3 remaja Yahudi yang hilang sebelum ini berakhir dengan kematian tragis remaja Palestin, Muhammad Abu Khdeir, 16 tahun yang diculik dan dibakar hidup-hidup. Insiden ini telah menaikkan kemarahan penduduk Palestin yang bertindak balas melancarkan rusuhan di seluruh Tebing Barat dan serangan roket dari Gaza. Respons ini telah dijadikan justifikasi oleh Israel untuk melancarkan perang baru ke atas Gaza seperti yang kita lihat pada hari ini.

Israel Sasar Keluarga dan Kanak-kanak untuk Lemahkan Sokongan Rakyat ke atas Hamas Sejak hari pertama Perang Asfim Ma’akul, tentera Zionis Israel dilihat sengaja mensasarkan serangan ke kawasan penempatan awam yang menyaksikan banyak keluarga dan golongan kanak-kanak terkorban.

Setakat hari ke-20 (27 Julai 2014), Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa Israel telah mensasarkan serangan ke atas 52 keluarga Palestin yang mengakibatkan 285 korban. Antara keluarga yang menjadi sasaran Zionis Israel ialah keluarga al-Astal (15 orang, Khan Younis), al-Batsh (17 orang, Bandar Gaza), Abu Jame (26 orang, Khan Younis), Siyam (11 orang, Rafah) dan al-Hilw (11 orang, al-Shujaiyyah).

Statistik setakat hari ke-28 (4 Ogos 2014 bersamaan 3 Syawal 1435H) menunjukkan 426 daripada 1,865 (22.8%) jumlah korban dan 2,877 daripada 9,563 (30%) jumlah mereka yang cedera adalah dari kalangan kanak-kanak. Malah hampir 70% yang tercedera dijangka akan menderita kecacatan kekal kesan penggunaan senjata haram oleh Israel.

Jika statistik ini tidak cukup menjadi bukti Israel sengaja mensasarkan kanak-kanak, insiden pengeboman 4 orang kanak-kanak di pantai (16 Julai), 3 orang di atas bumbung rumah (18 Julai) dan 8 orang di taman permainan (28 Julai/1 Syawal) sudah cukup untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Statistik sehingga hari ini juga menunjukkan 475,000 orang warga Gaza kini terpaksa menjadi pelarian sama ada akibat rumah musnah atau bimbang menjadi sasaran serangan Israel. Serangan Israel setakat hari ke-28 telah memusnahkan 10,604 buah rumah, 24 buah hospital, 188 buah sekolah, 134 buah masjid, 22 pertubuhan kebajikan, 8 buah pusat sistem kumbahan dan 6 buah universiti. Kerugian setakat ini dianggarkan mencecah 5 bilion dolar Amerika (RM15.5 bilion).

Wewenang Israel Dalam Tempoh Gencatan Senjata

Keluar fatwa boikot produk Zionis

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa bagi mewajibkan umat Islam memulau semua barangan dan produk keluaran syarikat Yahudi Zionis.

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, kaedah pemulauan atau boikot merupakan cara berkesan yang pernah dilakukan Rasulullah SAW ketika baginda mentadbir Madinah.

“Baginda SAW mengarahkan umat Islam membina pasar raya sendiri bagi meninggalkan pasar raya Qainuqa’ yang dimonopoli kaum Yahudi pada masa itu.

“Oleh itu tekanan yang sama perlu dilakukan seluruh umat Islam, bahkan menjadi kewajipan ulama, mufti mengeluarkan kenyataan rasmi memulau barangan Yahudi Zionis,” katanya di sini.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan Malaysia perlu memutuskan segera hubungan dagang dengan Yahudi Israel walau dalam apa jua bentuk sekalipun.

Kata beliau hentikan segera penjualan minyak sawit kepada Israel.

“Kami menuntut kerajaan Malaysia jangan hanya sekadar menyalurkan sumbangan kepada rakyat Gaza, sedangkan dalam masa yang sama melantik APCO sebagai penasihat kerajaan,” katanya.

Kelmarin Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui ada syarikat multinasional mempunyai hubungan dengan Israel.

Pada 2013 Biro Statistik Pusat Israel menyebut Malaysia merupakan destinasi ke-11 eksport terbesar negara Zionis tersebut yang bernilai RM4.8 bilion.