Selasa, 5 Ogos 2014

Gaza sentiasa di hatiku


AIDILFITRI sudah tiba dan berlalu. Pun begitu, rakyat Malaysia, khususnya umat Islam merayakan hari yang penuh kemuliaan ini bercampur perasaan sedih dan hiba; bila mengenangkan tragedi yang menimpa kita semua - termasuk umat Islam sedunia umumnya.

Belum lagi sembuh Luka akibat kehilangan pesawat MH370, pesawat MH17 pula telah menjadi mangsa peperangan di Ukraine, 298 nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa keadaan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan salam takziah kepada kesemua keluarga mangsa termasuk kakitangan MAS. Kami bersama-sama anda dalam waktu yang sukar ini.

Seluruh dunia juga menyaksikan bagaimana Israel secara ganas dan kejam melakukan terhadap penduduk Gaza menerusi Operasi Perlindungan Sempadan yang dilakukan pada 8 Julai 2014 yang lalu; khususnya kemasukan tentera darat Israel ke Semenanjung Gaza.

Menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, sebanyak 75 peratus mereka yang terkorban adalah orang awam. Peristiwa lebih menyayat hati ialah empat kanak-kanak adik-beradik mati dibom roket Israel Defense Force (IDF) semasa bermain di tepi pantai Gaza pada 16 Julai lalu. Mereka ialah Ahed Atef Bakr dan Zakaria Ahed Bakr, berumur 10 tahun, Mohamed Ramez Bakr, 11 tahun, dan Ismael Mohamed Bakr, 9 tahun.

Sungguhpun konflik Israel-Palestin ini telah berlangsung berdekad lama sejak 1948, pendirian yang tegas perlu diambil oleh pihak kerajaan yang konsisten terhadap pencabulan di tanah Palestin. Wajarlah kita menyingkap kembali peristiwa kedegilan Israel sebagai negara pengganas:

Menurut Jeremy R. Hammond, pakar penganalisis politik Foreign Policy Journal, Israel sekurang-kurangnya telah melanggar sebanyak 79 resolusi Majlis Keselamatan PBB dari tahun 1948-2009. Perlanggaran ini termasuklah beberapa resolusi yang dikeluarkan bagi mengecam tindakan ketenteraan Israel ke atas negara-negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan, Lebanon dan Palestin.

Kalau Anwar yang bersara, bukannya Khalid, banyak masalah selesai.....

Aspan Alias
Dalam posting saya semalam saya telah menyentuh tentang ura-ura setengah pihak untuk mennyokong calon kompromi bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ada perkhabaran yang calon kompromi itu ialah Dr Idris Ahmad, seorang gynecology terkenal. Beliau adalah ADUN Ijok Beliau menggantikan Khalid di kawasan itu setelah Khalid mengambil keputusan untuk bertanding di Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya yang lalu.  PAS dikatakan tidak ada halangan untuk menyokong Dr Idris sebagai pengganti kepada Khalid.
Saya mengenali Dr Idris secara dekat dan saya secara peribadi menganggap beliau merupakan seorang yang baik dan tidak mempunyai apa-apa isu peribadi yang negatif terhadap beliau. Tetapi apakah benar beliau sebagai calon alternatif yang tepat. Pertamanya dalam kekecuhan sebegini mampukah Pakatan Rakyat mencari calon yang secocok dengan semua pihak?
Kita mesti ingat PKR Selangor di ketuai oleh Azmin Ali dan jika pun Khalid mampu di buang, maka Azmin lah dari segi kedudukan dalam parti itu yang sepatutnya di berikan keutamaan menyandang jawatan Menteri Besar itu. Tambahan pula beliau adalah Timbalan Presiden PKR kebangsaan dan jika beliau tidak di pertimbangkan, ia merupakan satu lagi langkah yang tidak adil.
Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Azmin memberikan sokongan terhadap pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Dr Idris di calonkan adakah tindakan itu mampu menyelesaikan kemelut itu? Jika tersalah langkah Idris akan menjadi mangsa dalam perebutan jawatan Menteri Besar ini dan beliau dengan tidak semena-mena akan cedera politik beliau dalam keganasan politik di Selangor ini.
Pertamanya boleh kah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu. Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini. Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan.
Jika pun Anwar bersetuju dengan Idris, bagaimana dengan Azmin Ali? Ramai mengetahui keluarga Anwar tidak bersetuju dalam banyak hal dengan Azmin, tetapi perkara yang tidak boleh dilupakan oleh semua Azmin adalah hulubalang kepada Anwar yang sentiasa bersama mentornya itu dalam apa keadaan sekali pun. Kenapa Wan Azizah tidak berapa gemar dengan Anwar tidak pula kita ketahui. Tidak perlu kita sebut kenapa kerana kita mempunyai masalah yang lain yang perlu di berikan perhatian.

UMNO sedia hadapi sebarang kemungkinan di Selangor..!!

Mohd. Shamsudin Lias
UMNO selaku pembangkang di Selangor memberi isyarat awal pihaknya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan kemelut isu Menteri Besar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias yang juga Ketua Pembangkang mengaku pada portal Free Malaysia Today bahawa, PRN merupakan antara penyelesaian kepada kemelut perlantikan Menteri Besar baharu menggantikan Tan Sri Khalid yang didesak berundur.
"Berbanding keperluan dan kebajikan rakyat di negeri Selangor, PKR lebih mengutamakan kepentingan parti itu sendiri dan ia satu pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat negeri itu.
"Pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu agenda meneruskan legasinya dalam politik," katanya kepada portal seperti yang dipetik akhbar, Malaysia Nanban.
Kata ADUN itu, tidak dapat dinafikan lagi politik berkeluarga dalam PKR berleluasa yang mana, Anwar menjawat jawatan Ketua Umum PKR selain Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala isterinya pula merupakan Presiden PKR selain ADUN Kajang dan akhirnya anak perempuannya Nurul Izzah pula merupakan Naib Pengerusi PKR selain berstatus Ahli Parlimen Pantai Dalam.
Lagipun katanya, isu Menteri Besar yang makin hangat di negeri itu jelas menunjukkan perpecahan yang sedang berlaku dalam PKR yang bakal menyaksikan parti itu terkubur.
"Saya percaya rakyat bukan sahaja di negeri itu malah seluruh negara dapat menyaksikan hakikat tersebut dengan jelas 'Kajang Move' adalah agenda Anwar ke arah jawatan Menteri Besar.
"Manakala menurunkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah agenda tersembunyi Anwar buat masa sekarang," katanya.

6 sebab mengapa Khalid perlu disingkirkan menurut PKR

PKR menyenaraikan enam sebab mengapa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor, untuk meyakinkan PAS dan DAP calon lebih baik‎ diperlukan untuk memimpin negeri terkaya itu. Dalam laporan diserahkan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR), PKR mengatakan integriti Khalid dipersoalkan apabila hutang RM66.67 juta menteri besar penggal kedua itu diselesaikan di luar mahkamah, perjanjian tanah meragukan dengan pemaju, projek Lebuh Raya Kidex, perjanjian penstrukturan air dengan Putrajaya, isu berkaitan kenaikan yuran lesen perniagaan, isu pungutan sampah dan jalan berlubang. Dalam laporan setebal 24 muka surat itu, PKR menyifatkan keputusan penyelesaian luar mahkamah antara Khalid sebagai luar biasa pada ketika pihak Bank Islam mempunyai kes yang kukuh. "Tindakan Bank Islam tidak meneruskan kes yang bakal dimenanginya untuk mengutip hutang daripada si penghutang satu keputusan luar biasa yang sangat jarang berlaku kepada rakyat biasa," kata laporan itu. Menurut laporan tersebut, penyelesaian itu juga dicapai di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas dan diketahui selepas pihak bank menggugurkan pertuduhan di saat akhir pada Februari 2014. Laporan itu juga dipetik berkata setiausaha politik Khalid berjumpa dengan tokoh korporat rapat dengan Umno, Tan Sri Rashid Manaf untuk berunding penyelesaian hutangnya. "Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," laporan tersebut dipetik berkata. Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid terlibat dalam urus niaga jualan tanah meragukan dengan Ecoworld Berhad, syarikat pemaju yang dipengerusikan Rashid sendiri. PKR dalam laporan itu juga mendakwa Rashid sebagai tokoh yang rapat dengan Umno, beliau juga bekas peguam kepada Tun Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan. Selain itu, keraguan juga ditimbulkan ketika penyelesaian tersebut dimeterai di mana ia berlaku pada masa sama "Langkah Kajang" diumumkan. "Sebaik sahaja Langkah Kajang diumumkan, berita mula berlegar berlaku rundingan antara Khalid dengan Bank Islam yang

Lagi Cepat Khalid Dipecat, Lagi Baik Untuk PR - Shahbudin Husin

PKR kini dalam perjalanan untuk berkerat rotan dan berpatah arang dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang terus menujunjukkan kedegilannya serta tidak mahu berundur sebagaimana yang telah diarahkan berbuat demikian. Setelah mengharungi konflik yang agak panjang dan meretakkan hubungan dan hati banyak pihak, PKR akhirnya menghantar surat tunjuk sebab kepada Khalid yang perlu dijawab sebelum 8 Ogos depan.

Apa pun jawapan Khalid kepada surat tunjuk sebab itu bukan lagi perkara penting untuk dihalusi oleh PKR tetapi parti itu sudah mempunyai sandaran yang kuat untuk mengambil tindakan terhadapnya. Dengan memberi tempoh sehingga 8 Ogos untuk menjawab manakala Pas pula akan mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos untuk membuat pendirian sama ada menyokong pertukaran Khalid atau mengekalkannya, sangat jelas bahawa sekiranya Khalid terus berdegil, hukuman yang menantinya ialah sama ada dipecat atau digantung keahliannnya.

Jika tidak mahu diambil sebarang tindakan, pilihan Khalid ialah berundur daripada jawatannya.

Dengan senario ini, Pas tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa akur dengan kehendak PKR meletakkan Dr Wan Azizah Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ketika itu akan berakhirlah pertikaian dan kemelut berhubung isu Menteri Besar Selangor, kecuali jika Khalid bertindak balas membubarkan DUN Selangor ataupun kiranya Sultan Selangor menolak perlantikan Dr Wan Azizah.

Sebelum menghantar surat tunjuk sebab ini, PKR sudah pun membangkitkan soal intergriti dan disiplin berkaitan Khalid dengan menghantar nota setebal 50 mukasurat mengenai apa yang didakwa sebagai kemungkinan salah laku dan penyelewengan sepanjang pentadbirannya memimpin negeri itu. Ia bertujuan memberi gambaran, di sebalik kecemerlangannya yang digembar-gemburkan dengan kejayaan meningkatkan rizab negeri sehingga RM3 bilion, ada hal-hal lain yang perlu juga diketahui dan dinilai mengenai kepimpinannya.

Selain penyebaran nota itu bertujuan melemahkan moral dan wibawa Khalid, dalam masa yang sama beliau juga turut dibayangkan kemungkinan bakal dipecat daripada PKR atas alasan ingkar terhadap arahan parti yang mahukannya berundur.

Sebelum ini PKR mungkin beranggapan melalui pelbagai perkara yang dibangkitkan itu, Khalid akan segera mengalah. Namun oleh kerana tidak ternampak tanda-tanda ke arah itu, malah terlihat semakin ghairah untuk melawan, termasuk turut mengadakan solat hajat di kediamannya bagi terus mempertahankan jawatannya, PKR hari ini memutuskan untuk menghantar surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh masa tiga hari saja.

Meskipun tindakan PKR menghantar surat tunjuk sebab dan mungkin memecat Khalid adalah suatu tindakan yang agak kejam, tidak berperikemanusiaan dan melupakan jasa-jasanya selama ini, tetapi membiarkan Khalid berdegil dan beraja dengan jawatannya seolah-olah ia milik peribadinya, adalah juga tindakan yang kejam dan zalim kepada PKR sendiri.

PEMBELA: Ingat kami bola ke, Gani?

Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail hari ini terus diasak kumpulan NGO Melayu selepas didakwa mengamalkan pendakwaan terpilih dalam isu penghinaan terhadap agama Islam, raja-raja Melayu dan perlembagaan persekutuan.

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) hari ini tampil menyelar jawapan Gani yang dilapor meminta perkara itu dirujuk kepada pihak polis.

“Bila jumpa ketua polis, dia minta tanya peguam negara, sekarang peguam negara pula suruh tanya polis, ingat bola ke nak tolak sana tolak sini ,” Pengerusi PEMBELA Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dipetik sebagai berkata oleh ISMAweb.

Laman rasmi NGO lantang Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu juga melaporkan Hafiz sebagai berkata, dalam pertemuannya dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) pada 24 Julai lalu, ketua polis negara sendiri memaklumkan bahawa semua hasil laporan mereka telah dibawa untuk tindakan lanjut Pejabat Peguam Negara.

“Tetapi hari ini bagaimana pula peguam negara boleh meminta untuk bertanyakan pihak polis?

“Adakah ketua polis negara berbohong atau peguam negara yang tidak mahu mendakwa pihak yang bersalah?

“Atau mungkin lebih tepat mereka mempunyai agenda tersendiri yang sedang dilindungi,” beliau dipetik sebagai berkata ketika dihubungi ISMAweb.

Gani: Lebih baik tanya polis

Sinar Harian hari ini melaporkan Gani sebagai berkata “lebih baik tanya polis!" ketika ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak terutama Pemuda Umno yang mempersoalkan sikap berdiam dirinya berhubung kes itu.

'End the occupation!' British woman burns her Israeli passport

Beit Hanoun: 'There's rubble everywhere'

Gaza: 'Scenes of utter devastation'

Boikot: Kerajaan Munafik Masih Berdolak-dalik







Gaza: McDonlad's terkena tempias boikot

KUALA LUMPUR: Siri kempen yang dilakukan oleh rakyat negara ini dalam usaha memboikot produk yang dikatakan menyumbang kepada Zionis nampaknya semakin diperhebatkan.

Hari ini, melalui pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan juga melalui aplikasi 'whatsApp'  orang ramai diajak untuk membiokot McDonlad's pada jumaat ini bermula 7 pagi hingga 7 pagi esoknya.

Rata-rata pengguna Facebook mula mengongsi maklumat tersebut di laman masing-masing dan hampir keseluruhan mereka menyatakan sokongan untuk memboikot produk syarikat berkanaan pada tarikh tersebut.

"Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McDonald's bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada maklumat siapakah yang menganjur kempen tersebut.

Dalam pada itu, dalam usaha orang ramai memboikot, McDonald pula dikatakan akan memberi burger dan air percuma pada Jumaat ini.

Beberapa siri gambar suasana legang di rangkaian restoran makanan segera itu turut dikongsi bersama pengguna Facebook malah ada yang bergambar sambil memegag sepanduk memboikot McDonalds di hadapan restoran berkenaan.

Kekejaman Zionis Isreal terhadap rakyat Palestine terhadap kanak-kanak dan wanita-wanita membuatkan seluruh dunia mengecam dan mengutuk perbuatan zalim mereka itu, akhirnya kemarahan mereka itu diluahkan dengan memboikot produk McDonalds.

Israel merasakan tewas, berundur sepenuhnya dari Gaza

GAZA: Tetera rejim Zionis akhirnya berundur sepenuhnya selepas empat minggu melakukan serangan kejam terhadap penduduk Semenanjung Gaza.

Pengunduran itu dibuat menjelang persetujuan genjatan senjata oleh kerajaan rejim dan Hamas bagi tempoh 72 jam bermula pada pagi Selasa.

"Tentera Israel berundur sepenuhnya dari Gaza pada 08:00," kata jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner.

Bagaimanapun kata beliau, tentera rejim akan mengekalkan kedudukan pertahanan berhampiran sempadan Gaza.

Saksi mendakwa peralatan dan jentera perang Israel dibawa keluar dari jalur Gaza setengah jam sebelum genjatan senjata berkuat kuasa pada jam 8 pagi.

Dalam tempoh sebulan serngan terhadap Gaza, sekurang-kurangnya 1,867 warga Palestin, kebanyakannya orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dan 9,450 cedera.

Israel pula mengumumkan bahawa 64 tentera mereka terbunuh dan 400 yang lain cedera.

Media Palestin melaporkan pengunduran tersebut disambut penuh gembira oleh tentera rejim yang sebelum ini dikatakan dalam tekanan apabila terpaksa berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Brigen Izzuddin Al-Qassam.

Pengunduran ini juga pada hakikatnya adalah kekalahan Zionis yang tidak mencapai apa-apa matlamat melalui serangan kali ini.

Lebih dari itu, kesan daripada serangan ini, Zionis terpaksa berhadapan dengan kecaman antarabangsa sekaligus mampu menjejaskan aspek ekonomi negara haram itu.

Israel withdraws as Gaza truce begins

Cease-fire holds in Gaza in early hours

Khalid Samad: Pilihan raya S'gor akan sukar buat PAS....

4 wakil rakyat PAS sedia letak jawatan jika bergabung dengan Umno

umno-dan-pas-565x376SHAH ALAM, 5 OGOS: Analisis senario PAS menjalin kerjasama politik dengan Umno oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan (PPP) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang bocor baru-baru ini tidak mendapat sambutan daripada ahli kumpulan whatsapp AJK PAS Pusat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata terdapat sekurang-kurangnya empat ahli kumpulan itu yang menyatakan pemimpin PAS perlu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing berikutan kemenangan yang diperoleh dalam pilihan raya adalah melalui sokongan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Ini kerana kita menang atas sokongan rakyat terhadap PR, bukan PAS semata-mata. Maka, kekal dalam jawatan itu tanpa kita berada dalam PR adalah dianggap tindakan tidak bermoral dan berbaur pengkhianatan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.
Beliau berkata, fakta itu perlu diketahui rakyat bagi membuktikan PAS tidak pernah berhasrat mengkhianati amanah yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Katanya, kumpulan whatsapp itu dikendalikan seorang kakitangan ibu pejabat PAS bagi memudahkan menyalurkan pelbagai maklumat seperti tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
“Kumpulan whatsapp ini bukan rasmi. Malah, Presiden, Setiausaha Agung dan beberapa pemimpin tertinggi PAS juga tidak menyertai whatsapp ini. Sebarang keputusan diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin tertinggi parti bukan di whatsapp ini,” katanya.
Khalid berkata, analisis senario yang dibocorkan itu juga adalah serangan ke atas PAS dan bukannya kepada Dr Zuhdi sendiri.

MP: PAS sukar jika p'raya baru di S'gor

MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpakasa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor.

Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno.

"Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno.

"Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya.

Khalid sedia dihakimi jika pentadbiran tidak amanah

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan kesediaannya untuk dihakimi atau disemak pihak tertentu sekiranya terdapat beberapa perkara dalam pentadbirannya dilaksanakan secara tidak betul atau tidak beramanah. Bagaimanapun, katanya, semua perkara seumpama itu sepatutnya dibincangkan dengan penuh adab dan tertib kerana beliau sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. "Saya bersedia untuk dihakimi atau disemak. Jadi pada saya itu adalah reformasi yang saya lalui, maknanya kita percaya pada ketelusan dan kebertanggungjawaban," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini wakil rakyat Pelabuhan Klang itu terlibat dengan aktiviti meragukan membabitkan urusniaga jualan tanah di negeri itu. Sementara itu, ketika menjawab dakwaan yang tersebar beliau dipecat daripada PKR semalam, Khalid tegas menafikannya malah menyatakan beliau masih ahli parti berkenaan dan tidak pernah menerima sebarang surat mengenai perkara tersebut.

Pakatan sedia hadapi pilihan raya negeri, kata Anwar


Pakatan Rakyat (PR) sedia menghadapi pengundi bagi mendapatkan mandat baharu memerintah Selangor sekiranya krisis pertukaran menteri besarnya tidak berjaya diselesaikan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengulangi kenyataannya yang PR tidak akan berpecah semata-mata kerana isu calon MB itu, Anwar berkata, beliau yakin isu itu akan diselesaikan dengan baik. "Persefahaman hak lantikan MB Selangor wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga bersetuju hak parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi."Kita yakin isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat PR, sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya negeri," katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana Barisan Nasional hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan lalu. "Sekiranya pilihan raya negeri terpaksa dilakukan, Pakatan bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya. Anwar berkata perpecahan di dalam PR hanya boleh dan akan berlaku sekiranya ada parti komponen yang sanggup berkompromi dalam prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan. "Atas prinsip-prinsip inilah PR dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu," kata Anwar. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008 menunjukkan dengan jelas perjuangan PR yang berpaksikan atas prinsip tersebut diterima baik oleh rakyat. "Dalam usaha murni ini, gabungan PR bersama dengan semua yang menyokong usaha ini bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia. "Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan," katanya. "Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka." Anwar berkata, kekuatan ini tidak boleh

'Khalid mess was started by PKR itself'

Khalid Samad: Siri penjelasan Zuhdi calar imej PAS

Lim minta polis siasat 'Sukaneka Bogel' di Teluk Bahang

Israel undur tentera di Gaza

Israel withdraws ground forces from Gaza as 72-hr truce starts

The Gaza Tunnels

Pakatan tidak akan berkompromi pada prinsip-prinsip dasar - Anwar Ibrahim

Banyak telah diperkatakan semenjak beberapa minggu lalu akan kemungkinan pecahnya Pakatan Rakyat akibat pergeseran di antara PKR dan PAS berkenaan dengan pilihan calon Menteri Besar Selangor.
Ingin saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon Menteri Besar. Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah sekiranya ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.
Atas prinsip-prinsip inilah Pakatan Rakyat dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga telah dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu.
Keputusan PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 telah menunjukkan dengan jelas bahawa perjuangan PR yang berpaksikan di atas prinsip-prinsip ini telah diterima baik oleh rakyat yang rata-ratanya mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, berprinsip dan bersungguh-sungguh dalam membela kepentingan rakyat.
Dalam usaha murni ini, gabungan Pakatan bersama dengan semua yang menyokong usaha ini telah bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia. Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita telah memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan.
Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat telah berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka. Bagaimanapun, perjuangan untuk sebuah kerajaan yang benar-benar bersih dan telus masih perlu diteruskan.
Kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan irihati. Ianya perlu dibina atas iltizam dan kenyakinan, dan inilah kekuatan yang telah mendorong rakan kongsi PR untuk berjuang bersama-sama pada PRU 13 yang lalu.

Ingkar keputusan parti, Abdul Khalid diberi surat tunjuk sebab

Khalid-IbrahimKUALA LUMPUR 5 OGOS: Lembaga Disiplin KEADILAN hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.
Abdul Khalid perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut sebelum atau pada 8 Ogos ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong menjelaskan, mesyuarat khas Biro Politik pada Ahad lalu telah membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid.
Menurutnya, mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 15 Januari lalu bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.
“Mesyuarat Khas MPP pada 21 Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden KEADILAN merangkap Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.
“Namun kenyataan media Khalid pada 22 Julai 2014 secara terang-terangan mengingkari keputusan mesyuarat khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar Selangor,” ujar Kee Kwong.

Selesaikan senario politik di S’ngor secara harmoni – Budi S’ngor

KUALA LUMPUR 5 OGOS: Gabungan NGO-NGO Budaya dan Etnik (Budi) Selangor yang prihatin dengan perkembangan politik mutakhir di negeri itu berharap supaya senario tersebut dapat diselesaikan secara aman dengan semangat setiakawan dan harmoni.
“Kami amat bimbang dengan perkembangan politik yang berlaku di Selangor sekarang.
“Kami harapkan segala kekeruhan dapat dijernihkan semula manakala kekusutan dapat diatasi dengan keharmonian,” kata Pengerusinya, Jamali Salamon pada kenyataan.
Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor dan digantikan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana terlibat dalam isu berkaitan integriti.
Menurut Jamali, setiap individu mesti akur dan patuh kepada amalan peraturan tataetika dan tatakelola seperti parti politik yang mempunyai jawatankuasa, di mana sebarang keputusan jawatankuasa mesti dipatuhi oleh setiap ahlinya.
“Keputusan untuk melucutkan jawatan MB adalah kerana satu agenda yang lebih besar yang telah difikirkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar beliau.
Budi antara badan NGO yang aktif dalam memastikan sokongan rakyat kepada pembentukan Pakatan Rakyat sejak 1999 sehingga 2008 dan seterusnya memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor pada 2013.
NGO yang terlibat adalah Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa), Yayasan Budaya Seni Nusantara, Kelab Seni Budaya Melayu Selangor, Kelab Cetusan Rasa Selangor & Kuala Lumpur, Kumpulan Pendokong Seni Budaya Selangor, Ikatan Sejahtera Jati Selangor dan Kelab Anak Muda Bandar Petaling.

Khalid Ibrahim diberi surat tunjuk sebab...


PKR hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kerana enggan meletakkan jawatan.

Tindakan beliau itu didakwa secara terang-terangan ingkar pada keputusan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 22 Julai yang memutuskan presiden parti sebagai menteri besar Selangor.

Tiada kenaikan tol 2014: Kerajaan Munafik Umno BN mungkir janji lagi


Muhyiddin umum tiada kenaikan tol tahun ini

Putrajaya memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol tahun ini sebagai sebahagian daripada strategi menangani kos sara hidup yang meningkat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MB Sgor: Pas dijangka akur keputusan PKR

Tiada debaran menunggu keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada 10 Ogos ini kalau perbincangan itu nanti sekadar merujuk kepada kenyataan yang disediakan oleh PKR.
Justeru, dari awal lagi, Pas Pusat dijangka membuat keputusan bersetuju sebulat suara dengan cadangan PKR untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini berdasarkan kenyataan 24 muka surat yang disediakan PKR itu mengandungi salah laku Abdul Khalid sebelum dan selepas memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber, kenyataan bertajuk, “Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor” itu disediakan ibu pejabat Keadilan atas nasihat dan permintaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kononnya, bekas Menteri Besar Kelantan itu mahu PKR memberikan sebab musabab secara rasmi kepada Pas yang mendorong keputusan parti itu untuk menukar MB Selangor.
“Laporan itu disediakan ibu pejabat PKR dan diluluskan pimpinan tertinggi PKR. Ia berdasarkan kesalahan Abdul Khalid yang diperoleh dari rekod dan laporan kerajaan negeri dan pusat, carian umum, rekod rasmi mahkamah, syarikat dan urusniaga, keterangan yang diberikan oleh individu yang terbabit serta laporan media mengenai isu ini,” katanya kepada Malaysia Gazette di Kuala Lumpur.
Menurut sumber itu, alasan utama PKR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melantik isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor yang baharu kerana keraguan integriti Abdul Khalid yang berhutang dengan Bank Islam berjumlah RM59.5 juta.
Akibat hutang itu, katanya, PKR merasakan Abdul Khalid tidak lagi layak menjadi Menteri Besar kerana akan menjejaskan imej dan nama baik pentadbiran kerajaan negeri serta parti.
Sumber itu juga berkata, masalah keberhutangan Abdul Khalid dengan Bank Islam sudah diketahui umum sejak beliau menjadi ahli politik dan Menteri Besar lagi.
“Sebelum tahun 2011, beliau juga pernah berunding dengan Anwar untuk mencari jalan menyelesaikan tindakan Bank Islam terhadapnya secara baik.
“Abdul Khalid dikatakan berhutang ketika menjadi Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad paada tahun 90-an dan Bank Islam pada mulanya meluluskan kemudahan pembiayaan al-murabahah kepadanya untuk membeli saham dalam Kumpulan Guthrie Berhad,” katanya.

Saifuddin Nasution Tegur PAS Dalam Isu MB Selangor

PKR meminta PAS menghormati hak mereka untuk menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor.

"Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor.

Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).

"Apabila pemimpin tertinggi PAS sudah bersetuju, PKR berhak menentukan siapa calon menteri besar Selangor, tidak timbul isu ketua cawangan PAS Selangor atau PAS Selangor setuju atau tidak.

“Sehingga hari ini, PKR hanya ada satu nama sebagai pengganti Khalid iaitu Dr Wan Azizah," kata Saifuddin.

Menurut laporan Sin Chew, Khalid tidak mempunyai bantahan sekiranya Dr Idris dijadikan menteri besar dan Istana Selangor dijangka tidak akan membantah sekiranya Adun Ijok itu dinamakan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tentera Israel umum pengunduran sepenuhnya dari Gaza

Tentera Israel umum pengunduran sepenuhnya dari GazaBAITUL-MAQDIS: Tentera Israel pada Selasa mengumumkan pengunduran sepenuhnya tentera rejim dari Semenanjung Gaza, serentak dengan bermulanya gencatan senjata yang di persetujuinya bersama Hamas yang bermula pada pukul 8 pagi tadi waktu tempatan (0500 GMT).

Tentera Israel bagaimanapun akan hanya berundur ke kawasan di sepanjang sempadannya dengan  Gaza dan mengambil posisi bertahan sepanjang tiga hari gencatan itu, menurut satu kenyataan oleh jurucakap tentera Israel Peter Lerner kepada wartawan.

Penyelesaian terbaik untuk krisis MB Selangor

Oleh Aziz Bari
Ramai orang yang mencari perbezaan yang terbaik. Tetapi dari perspektif perlembagaan ia adalah agak mudah: yang terbaik adalah sesuatu yang paling demokratik.
Yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya. Memandangkan Perlembagaan kita bertujuan untuk melaksanakan cita-cita demokrasi yang agak semula jadi.

Jika kita mengambil contoh "Langkah Kajang" telah mengakibatkan krisis Menteri Besar Selangor telah berlarutan selama kira-kira enam bulan sehingga sekarang. Walaupun PKR telah mencalonkan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara itu nampaknya masih tidak selesai, terutamanya selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mempertahankan Khalid minggu lalu.
Dan perkara itu menjadi lebih rumit apabila Dr Zuhdi Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif untuk pusat penyelidikan Pas, menjangkakan meninggalkan parti Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan Umno-BN. Ini adalah dengan tujuan untuk membentuk kerajaan negeri akan datang.
Ia adalah benar  bahawa Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali telah menjarakkan partinya daripada apa yang dipanggil Zuhdi sebagai analisis senario.
Namun pada hakikatnya, bahawa parti itu telah berkata perkara yang sama berulang kali. Dan ini termasuk Abdul Hadi sendiri.Ini menunjukkan imej ketidaksepakatan dalam kepimpinan Pakatan pada MB seterusnya bagi negeri terkaya di negara ini.
Dan dalam PKR sendiri walaupun keputusan sebulat suara dicapai pada mesyuarat biro politik nama lain telah menjadi buah mulut untuk kerusi panas itu: Dr Idris Ahmad, pakar sakit puan yang kini merupakan ADUN untuk Ijok.
Tidak seperti sistem presiden di mana kerajaan dipilih secara langsung oleh pengundi dalam sistem kita kerajaan dilantik oleh ketua negara. Bahawa walau apa pun hasrat pengundi masih tinggi.
Oleh itu keperluan di pihak ketua negara untuk melantik seseorang yang mendapat sokongan majoriti di dalam pilihan raya. Ini menggariskan prinsip bahawa walaupun kuasa untuk melantik kerajaan adalah mengikut budi bicara di pihak ketua negara ia perlu dilaksanakan dengan cara ia mencerminkan kehendak majoriti.
Ini adalah sebab mengapa Perlembagaan kita - seperti dalam demokrasi Westminster yang lain - yang menetapkan peraturan majoriti dalam proses pelantikan.
Walaupun Idris mungkin lebih diterima ke istana kerana dia puak Bugis dan dia berasal dari Selangor - tidak seperti Wan Azizah yang berasal dari Kedah dan bukan daripada puak itu - apa yang diambil kira dari sudut pandangan Perlembagaan adalah di mana sokongan majoriti ahli parlimen Pakatan di Dewan Undangan Selangor sebenarnya terletak.
Masih tidak jelas jika Wan Azizah mendapat sokongan daripada majoriti ahli parlimen Pakatan. Sehingga kini dia kelihatan mempunyai majoriti PKR dan DAP tetapi ini mungkin tidak cukup untuk membentuk majoriti mudah di dalam 56-anggota dewan.
Dan ditambah dengan kemunculan Idris dan ditambah pula dengan langkah Pas tidak menentu ia lebih berkemungkinan bahawa kita akan melihat “parlimen tergantung" atau seri dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khalid enggan jumpa Wan Azizah?

Arahan biro politik PKR supaya satu pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dijangka tidak akan menjadi kenyataan.

Ini kerana kumpulan penyokong Khalid "keberatan" menurut arahan biro politik yang bermesyuarat hari Ahad lalu kerana berpendapat mesej yang sama akan "diarahkan" kepada Khalid, iaitu "berundur."

"Perjumpaan itu akan digunakan untuk memastikan arahan biro politik supaya Khalid meletak jawatan dipenuhi," kata sumber yang rapat dengan kumpulan menteri besar kepada Malaysiakini.

Ekoran itu, kemelut untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu terus berlanjutan, dengan "serangan berkoordinasi" dilihat bakal mensasarkan Khalid selepas ini.

Ia dijangka menyaksikan pendedahan seterusnya terhadap apa yang didakwa sebagai 'keraguan integriti' Khalid untuk terus memegang jawatan menteri besar.

Semalam Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan isu "keraguan integriti" Khalid merupakan antara sebab beliau diturunkan dari jawatan menteri besar.

Saifuddin dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaitkan Khalid dengan beberapa perjanjian perniagaan selepas kes hutang beliau dengan sebuah bank diselesaikan di luar mahkamah tahun lalu.

Semalam Wan Azizah menyatakan biro politik mengambil keputusan untuk mengadakan sesi penerangan secara terbuka bagi menjelaskan isu ini kepada rakyat dan agar beliau bertemu Khalid untuk membincangkan nasib beliau.

TS KHALID TERPAKSA MEMBUAT PERHITUNGAN

Mahu tak mahu TS Khalid terpaksa membuat perhitungan untuk mengelakkan perpecahan yang lebih teruk dalam Pakatan Rakyat kecualilah sememangnya TS Khalid mahukan berlaku perpecahan dalam pakatan demikian yang seterusnya membawa perpecahan yang lebih besar dikalangan rakyat Malaysia.
Penyokong dan pengikut setia TS Khalid mendakwa rakyat Selangor begitu marah dengan usaha penyingkiran TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Kita tidak boleh mengambil ‘dakwaan’ sedemikian sebagai satu kebenaran disebabkan bahawa TS Khalid menduduki kerusi Menteri Besar bukan di atas sokongan majoriti rakyat Selangor tetapi hanya mendapat sokongan dari kawasan DUN yang diwakilinya sahaja. Malah TS Khalid seharusnya terhutang budi kepada Pakatan Rakyat yang telah memberikan peluang kepadanya untuk menerajui Selangor buat beberapa ketika. Sebenarnya ‘nyawa’ TS Khalid bergantung kepada Pakatan Rakyat yang melantik beliau ke jawatan itu dengan persetujuan Baginda Sultan Selangor.
Sekiranya ada yang mendakwa bahawa ada rakyat Selangor yang mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor, maka ramai pula yang menyatakan bahawa mereka merasakan bahawa TS Khalid sepatutnya berundur dari jawatan MB itu berasaskan beberapa faktor yang telah mereka ketahui dan didapati terbukti benar. Maka apabila ada pihak yang menyokong dan ada pihak yang menentang sudah tentulah timbul jalan buntu di pihak rakyat Selangor samada memihak kepada yang ‘mahu’ ataupun kepada pihak yang ‘tidak mahu’.
Harus ditegaskan sekali lagi dan sepatutnya difahami bahawa yang boleh menentukan kedudukan TS Khalid adalah jawatankuasa tertinggi Pakatan Rakyat kerana merekalah yang bertanggungjawab memutuskan tentang pelantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor itu. Dan mereka jugalah yang berhak untuk melucutkan jawatan TS Khalid itu.
Persoalan yang sentiasa di suarakan oleh rakyat ialah mengapa proses penukaran Menteri Besar ini mengambil masa yang begitu lama sehinggakan timbul berbagai angkara yang boleh memecah-belahkan parti Pakatan Rakyat. Aku tidak tahu jawapan sebenar melainkan dengan hanya merujuk kepada amalan seni silat yang merupakan budaya yang dipusakai oleh orang Melayu turun temurun. Amat jauh bezanya dengan perlawanan tinju yang dipopularkan oleh Barat. Dalam perlawanan tinju, peninju akan terus menerpa pihak lawan sebaik saja loceng dibunyikan. Tetapi dalam seni silat, ia dipenuhi dengan berbagai gerak geri, berpusing kanan-kiri sebelum menerpa musuh. Beginilah juga caranya ahli politik kita menyelesaikan sesuatu masalah rumit yang sedang dihadapi.

TS KHALID: JANGAN DIJADIKAN ‘PRECEDENT’

Barisan Nasional dilihat agak tertib menguruskan krisis apabila timbul kemelut sebagaimana yang berlaku di Selangor kini. Sekurang-kurangnya ahli parti (UMNO) sentiasa patuh kepada arahan pihak atasan ataupun pengurusan pusat apabila sesuatu keputusan dibuat. Misalnya DS Ahmad Said, bekas Menteri Besar Terengganu  ‘patuh’ kepada pucuk pimpinan apabila diarahkan mengosongkan jawatan berkenaan untuk digantikan oleh orang lain. Tentulah timbul juga perasaan tidak puas hati diatas ‘arahan’ sedemikian, namun dalam beberapa jam sahaja kemelut itu dapat diselesaikan dengan jayanya.
Dan banyak lahi contoh-contoh yang menunjukkan kepatuhan ahli parti UMNO kepada pucuk pimpinan, apabila sesuatu keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan. Pastilah wujud perasaan tidak puas hati. Namun dapat diredakan. Dan akhirnya semuanya berjalan dengan baik. “Biduk lalu kiambang bertaut’. Sekurang-kurangnya dilihat dari mata kasar. Umum tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mungkin rakyat dapat melihat suasana seperti melihat dua ekor itik sedang ‘mengangguk-anggukkan’ kepala di permukaan air sedangkan kaki mereka sedang bercakaran di dalam air (yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat umum). Mungkin begitu keadaannya.
Tidak seperti apa yang berlaku di Selangor apabila kelihatan seolah-olah TS Khalid enggan mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Selangor sedangkan beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi dari parti Pakatan Rakyat yang melantik beliau ke jawatan berkenaan. TS Khalid masih berpaut kepada dahan yang agak rapuh. Dan seolah-olah TS Khalid sudah hilang malu dan aim demi mempertahankan jawatan yang sepatutnya sudah lama dilepaskan.
Sekiranya TS Khalid merasakan bahawa amat perlunya beliau berpaut kepada jawatan berkenaan demi untuk menjaga hati rakyat Selangor yang ‘menyokong’nya, maka tentulah timbul pula persoalan yang mungkin dibangkitkan. Apakah asas dan bukti yang menunjukkan majoriti rakyat Selangor menyokong beliau? Tidak ada ‘referendum’ yang dilakukan untuk meguji sokongan rakyat Selangor sepertimana yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew ketika meminta pandangan rakyat Singapura samada menyokong atau tidak kemasukan Singapura dalam Malaysia suatu ketika dulu. TS Khalid tidak ada asas untuk mendakwa keadaan sedemikian wujud di Selangor.
Sekiranya TS Khalid bersandarkan kepada pandangan TG Haji Hadi Awang dan TG Nik Aziz yang merasakan bahawa TS Khalid tidak perlu ditukar atau diganti, maka asas yang sedemikian juga agak rapuh. Itu hanya merupakan pandangan peribadi mereka sedangkan kepimpinan PAS telah pun bersetuju untuk bersama dengan PKR dan DAP menggantikan TS Khalid dengan pemimpin lain dari PKR.

Azmi Sharom on Khalid: Vote of no confidence could be necessary

'Fresh state election will destroy Pakatan in Selangor'

Tentera zionis serang pusat media

Israel setuju genjatan senjata 72 jam

Israel and Hamas: Will both sides hold their fire?

Gaza: Zionis Israel berundur sebab 497 IDF dah mampos rupanya....

Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.

Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.

Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.

“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.

Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.

Fitnah DAP ‘ejen Singapura’, MB Johor berfikiran cetek


pix liew chin tong 5


JOHOR BAHRU, 4 OGOS: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya menunjukkan fikirannya yang cetek apabila memfitnah DAP sebagai ‘ejen Singapura’ berhubung isu kenaikan 480 peratus kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), kata Pengerusi DAP negeri Liew Chin Tong.
Beliau merujuk poster yang disiarkan di laman Facebook ‘Muafakat UMNO Johor’, yang menyiarkan kenyataan Khalid, “ketika rakyat Johor menyambut baik caj VEP kepada kenderaan asing yang diumum PM, ada pula ‘WAKIL RAKYAT’ Singapura di Johor yang tidak setuju.”
Laman itu juga secara semberono mempersoalkan, “Lim Kit Siang ini Ahli Parlimen untuk Malaysia ke Singapura?”
Chin Tong turut menyatakan rasa kesal dengan cubaan Khaled untuk menimbulkan sentimen perkauman berhubung isu itu.
“Khaled cuba menimbulkan fitnah tidak berasas dan memperlihatkan beliau seorang yang berfikiran cetek. Mentaliti sebegini yang ditunjukkan oleh seorang Menteri Besar adalah amat memalukan.
“Malah, kenyataannya di laman Facebook tersebut juga cuba menimbulkan kekeliruan antara caj VEP (Permit Masuk Kenderaan) dengan kenaikan caj tol CIQ,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara kerajaan Singapura hanya mengenakan caj VEP kepada kenderaan dari luar yang masuk ke negara itu, kenaikan melampau kadar tol di CIQ Johor Bahru melibatkan semua kenderaan, termasuk milik rakyat Malaysia.

Selangor: 'P'raya baru undang kehancuran Pakatan'- Dr.Wong Chin Huat

Pakatan Rakyat akan hancur sekiranya pilihan raya negeri yang baru diadakan di Selangor, kata penganalisis politik Wong Chin Huat.

Wong percaya perkara itu akan berlaku bukan disebabkan rakyat akan mengundi BN sebaliknya kerana mereka tidak akan peduli untuk keluar mengundi.

"Kemudian, anda juga akan mempunyai pihak ketiga, yang hadir dan memecahkan undi dan oleh itu, anda membolehkan BN kembali berkuasa," kata Wong dalam forum tentang krisis menteri besar Selangor malam tadi.

Dalam forum itu juga Wong turut membangkitkan isu yang sama di Kelantan pada 1977 apabila  menteri besar pada ketika itu, Datuk Muhammad Nasir dituduh melanggar arahan parti.

Wong berkata Muhammad Nasir diminta meletakkan jawatannya, tetapi beliau enggan berbuat demikian maka berlakulah pilihan raya negeri setahun kemudian yang menyaksikan Umno kembali menawan Kelantan.

"Lihat sahaja Kelantan. PAS akhirnya hanya tinggal dua kerusi," kata Wong.

Penduduk Chubadak nekad bina semula rumah dirobohkan DBKL

chubadak3Peneroka Kampung Chubadak Tambahan nekad membina semula rumah mereka yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.
Penduduk terbabit, Saiful Asyraf, berkata hal itu berikutan Kampung Chubadak Tambahan sudah menjadi tanah kediaman mereka sejak dahulu lagi.
“Di sinilah kami dibesarkan. Di sinilah kampung kami. Jadi walau apa pun kami akan bina semula rumah kami di sini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, baru-baru ini.
Saiful berkata, kerja pembinaan akan dilaksanakan secara gotong royong penduduk kampung yang akan dimulakan selepas umat Islam meraikan sambutan Aidilfitri
“Kami mengupah tukang upah yang mahir sebagai ‘kepala’ dan dibantu penduduk kampung secara gotong royong.
“Bahan binaannya pula, kami gunakan kayu dan papan terpakai yang masih boleh digunakan semula, manakala simen serta batu-bata saja kena beli,” katanya.
Katanya, dia sekeluarga turut menerima bantuan RM1,000 daripada Muslimat PAS, sekali gus meringankan beban mereka.

Utusan salah lapor kenyataan Bersih, serlah reputasi buruk dan perkauman


tuntutan bersih pix


KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memberi gambaran salah mengenai kenyataan media gabungan itu berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihanraya berasaskan kaum.
Bersih 2.0 dalam kenyataannya hari ini berkata, editor berita Utusan Malaysia Zulkiflee Bakar dinasihatkan untuk membaca sekali lagi kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi gabungan itu pada 31 Julai 2014.
Zulkiflee dilaporkan menulis di Utusan Malaysia semalam bahawa Bersih 2.0 menuduh parti PAS sebagai rasis, selain mendakwa PKR dan DAP berkomplot dengan Bersih 2.0 memberi tekanan agar tindakan dikenakan ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
“Tidak menghairankan memandangkan reputasi media milik UMNO dan ideologi mereka yang memperjuangkan kaum atas segala-galanya. Ketiadaan pengesahan fakta tidak pernah menghalang Utusan daripada menyiarkan cerita mereka,” kenyataan Bersih 2.0 dipetik.
Tambahnya, peguam Utusan dalam satu perbicaraan sebelum ini pernah berhujah bahawa ‘jika akhbar perlu melalui seluruh proses untuk menentukan apa yang benar, butir-butir, mereka tidak akan dapat melaporkan berita itu pada hari berikutnya” dan tidak mempunyai ‘kelapangan masa’ untuk memeriksa fakta dalam setiap laporan.
“Malah, Utusan telah didapati bersalah di mahkamah kerana membuat laporan yang tidak disahkan dalam beberapa kes dan terpaksa membayar beribu-ribu ringgit pampasan kerana fitnah,” kata Bersih 2.0 dalam kenyataannya.
Dalam pada itu Bersih 2.0 menegaskan, tidak ada ayat dalam kenyataannya menuduh PAS sebagai parti rasis, melainkan teguran kepada parti itu kerana mempertimbangkan kaum sebagai asas strategi persempadanan kawasan pilihan raya.
“Kami menegur PAS kerana mengkhianati janji sendiri bahawa ia sebuah parti untuk semua,” kenyataan Bersih 2.0 dipetik.

Aziz Bari: S'gor perlu p'raya baru...


Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah mungkin berdepan masalah dalam melantik menteri besar yang baru dari PKR.

Beliau menimbulkan pendapat tersebut berdasarkan pandangan bahawa integriti penyandang jawatan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim kini dipersoalkan oleh anggota parti itu.

Abdul Aziz berkata, Sultan Selangor mungkin dituduh mengamalkan pilih kasih terhadap pihak tertentu dalam PKR sekiranya baginda menggunakan budi bicaranya untuk melantik seorang menteri besar baru dari parti tersebut.

Justeru, cara terbaik untuk merungkai masalah itu ada dengan menjalankan pilihan raya negeri, kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

"Dalam senario ini sukar untuk Sultan melantik MB baru.

"Sukar untuk menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti dalam dewan negeri.

"Malah PKR sendiri nampaknya berpecah-belah dengan puak Azmin belum memberikan sokongan (kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).

"Cara lebih baik adalah membiarkan rakyat menentukannya menerusi pilihan raya negeri," katanya dalam satu kenyataan.

Difitnah: Aman Palestin ambil tindakan

Aman Palestin 
SHAH ALAM – Badan yang giat membantu Palestin, Aman Palestin menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menuduh badan tersebut tidak amanah.

Menurut satu kenyataan di laman Facebooknya, Aman Palestin menerima pelbagai aduan tentang fitnah yang tersebar itu.

“Aman Palestin menerima pelbagai aduan daripada banyak pihak berkenaan fitnah yang tersebar berkenaan pertubuhan ini terutamanya berkenaan penyaluran dana dan sumbangan.

“Antaranya, Aman Palestin menyalahgunakan derma, derma yang disumbangkan melalui Aman Palestin tidak sampai kepada rakyat Palestin, Aman Palestin tidak amanah mengurus dana dan sebagainya,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihaknya meminta agar orang ramai membantu mengirimkan paparan skrin kepada Aman Palestin sekiranya ada menerima sebarang sebaran fitnah tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Mohon kerjasama dan bantuan daripada sahabat-sahabat yang ada menerima sebarang sebaran fitnah atau tuduhan terhadap Aman Palestin melalui laman-laman sosial untuk menghantar ‘screenshot’ atau ‘printscreen’ kepada kami.

“Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang mula-mula menyebarkan fitnah berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Aman Palestin menegaskan bahawa operasi dan gerak kerjanya sehingga kini tidak pernah bertentangan dengan undang-undang negara.

“Petugas-petugas media dan sukarelawan dari pelbagai latar belakang yang berkesempatan menyertai misi-misi Aman Palestin sama ada ke Gaza, Lubnan, Tebing Barat dan Syria adalah saksi bahawa sumbangan orang ramai sampai kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

Nurul Izzah: Dedahkan perincian hubungan dagang Malaysia-Israel

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini berkenaan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang mengatakan kerajaan sedang menilai semula atau memutuskan hubungan dengan syarikat-syarikat multinasional dari China, Amerika dan Jepun yang mempunyai perniagaan di Israel, sebagai respon terhadap keganasan yang berlaku di wilayah Gaza.
Saya merasakan keputusan ini mengalih perhatian terhadap hakikat bahawa wujudnya hubungan perdagangan antara syarikat-syarikat Malaysia dengan Israel – hakikat yang tidak diketahui umum sehinggalah pengakuan Menteri terkini.
Menurut laman web Biro Statistik Israel, pada tahun 2011, Malaysia telah mengeksport hasil sawit, kelapa dan lain-lain minyak sayuran bernilai kira-kira USD$19.41 juta, hasil koko bernilai USD$8.67 juta dan hasil getah bernilai USD$11.54 juta antara lainnya.
Kerajaan perlu memberikan penjelasan, adakah hasil bumi Malaysia juga ada dieksport terus kepada Israel dan syarikat manakah yang terlibat dalam mengeksport hasil bumi Malaysia ke negara Zionis tersebut.
Kerajaan perlu mengambil contoh daripada Kerajaan Chile, yang telah menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas mereka, sebagai bantahan ke atas keganasan Israel.
Chile telah lama mempunyai hubungan yang istimewa dengan Palestin. Negara tersebut telah lama mempunyai populasi Palestin Kristian yang terbesar, sehinggakan mereka mempunyai kelab bola sepak mereka sendiri.Selepas keganasan Israel yang bermula 8 Julai lepas, sebuah delegasi pelbagai parti parlimen mereka telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Luar mereka untuk menuntut tindakan ke atas Israel[2].
Pentadbiran Michele Bachelet telah mengutuk sekeras-kerasnya keganasan Israel ke atas Gaza, dan selepas rundingan dengan ahli kongres  Patricio Vallespin, juga mengumumkan kerajaan Chile turut menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas mereka.
Naib Presiden Senat, Eugenio Tuma juga menegaskan bahawa mereka akan membawa bantahan mereka ke Persatuan Bangsa-bangsa bersatu, dan menuntut Israel untuk menghentikan pembunuhan orang awam di wilayah-wilayah Palestin.
Selain daripada Chile, kerajaan Bolivia juga secara rasmi telah melabel Israel sebagai “Negara Pengganas”, berikutan jenayah perang yang dilakukan ke atas Gaza. Ecuador, El Salvador dan Brazil juga telah mememanggil kembali Duta Besar mereka ke Israel.
Tindakan-tindakan sebegini jelas menunjukkan solidariti bersama warga Palestine, di atas Nama kemanusiaan harus dicontohi oleh negara-negara yang lain bertamadun.
Berikutan dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri itu tadi, saya ingin meminta kementerian agar dapat menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel, dan komoditi-komoditi yang didagangkan.
Sebuah garis masa daripada pihak kementerian untuk sebarang keputusan atau tindakan ke atas Israel, termasuk berkenaan hubungan dagang ini perlu dibuat untuk tindakan segera dan tepat pada masanya diambil.
Kerajaan juga perlu mengkaji semula posisi Malaysia dalam mengadakan perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, yang merupakan penaja utama keganasan Israel ini.
Perkara ini perlu diambil kira, sebelum perjanjian seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani.

Gaza: 10 wartawan terbunuh, 38 cedera dalam serangan Israel


GAZA: Sepuluh petugas media terbunuh dan 38 yang lain cedera sejak empat minggu serangan Israel ke atas Gaza, maklum sumber-sumber rasmi Palestin, hari ini.

Selain itu lebih daripada 1,800 orang, termasuk 401 kanak-kanak dan 238 wanita, terbunuh dan kira-kira 9,500 cedera sejak serangan tentera zionis 7 Julai itu.

Askkar rejim mensasarkan serangan ke atas hospital, sekolah, masjid, dan pusat-pusat media di Gaza.

Sementara itu Kesatuan Radio dan Televisyen Palestin memaklumkan, 12 pusat akhbar disasarkan dalam serangan Israel, manakala 16 rumah wartawan di bom.

Berikut adalah petugas media yang terbunuh dalam serangan Israel:

1- Sameh Al-Aryan - El-Aqsa TV

2- Rami Reyyan - Palestinian News Network

3- Ahid Zakkut - Palestine TV

4- Bahaddin Gurayb - Palestine TV

5- Muhammed Zahir - Risale Media Institution

6- Izzet Al-Diheyr - Menbar el-Hurriye Radio

7- Abdurrahman Abu Hin - Kitap Channel

8- Khalit Hamad - Continue Production Company

9- Hamid Sehab – Media 24

10- Necla Al-Hajj - Freelance Journalist and Activist


Berikut pula adalah petugas media yang cedera.

1- Mahmoud el-Kassas – Palestinian Media Network

2- Ridvan Es-Suveyke - El-Menar Agency

3- Yakub Abu Gulve - Freelance Photo Reporter

4- Mahmud el-Luh – Radio Voice of the People

Selangor: Noh tidak bijak kalau hendak menangguk di air keruh

Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata pihaknya sedia menghadapi apa saja kemungkinan berkaitan dengan perkembangan di Selangor kini. Nampaknya Noh sedang memerhati penuh minat terhadap apa yang sedang berlaku. Ada tiga kemungkinan yang sedang dihisab oleh Umno, pimilihan MB baru, diadakan pilihan raya semula ataupun undi tidak percaya terhadap Khalid.


Noh Omar
Cara Noh bercakap semacam parti itu konfiden sahaja akan mendapat manfaat daripada kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku itu. Secekap mana Umno hendak menangguk di air keruh kali ini atau menahan lukah di pergentingan, sama-sama kita perhatikan.

Untuk pengetahuan Noh apa dirasakan itu tidak semudah itu. Salah satu kemungkinan itu akan berlaku, dan mungkin juga tidak berlaku namun ia bukan bererti akan memberi untung laba besar kepada Umno Selangor. Noh dan Umno jangan mengharap hujan kerana terdengar guruh di langit.

Apa yang menimpa Pakatan Selangor kini usahlah Noh berangan-angan tinggi akan dapat merampas semula kerajaan negeri Selangor. Ada beberapa perkara yang Noh perlu lakukan sebelum memasang angan-angan itu. Noh kena perkemaskan Umno dahulu. Umno Selangor kini dalam keadaan demam masih belum kebah lagi. Kekuatan Umno tidak dapat dipulihkan selepas kehilangan darah dan tenaga hingga kehilangan kerajaan negeri 2008.

Situasi dihadapi Umno Selangor tidak menentu. Noh sendiri goyah dan tidak konsisten. Satu masa beliau menyerang Khalid dan kini cuba mengubah taktik dengan memuji kerja Khalid sebagai MB sebagai elok. Budak-budak kecil pun tahu taktik itu, ia adalah taktik lama. Bebuat begitu meyerlahkan niat buruk dan sikap oportunis. Bukankah sebelum ini Noh kerah para janda untuk menyerang Khalid? Dah lupakah?

Makanya adalah baik kalau Noh bercakap bagaimana hendak memulihkan kekuatan Umno. Keyakinan rakyat kepada Umno daripada mencari peluang hendak menyambar dari keadaan yang berlaku. Kalau pun berlaku pemilihan MB baru, apa yang Umno dapat lakukan? Umno sendiri tidak mempunyai tokoh berwibawa untuk jadi MB. Itulah masalahnya.

Orang-orang jenis Noh tiak layak untuk jadi MB Selangor. Sejarah MB Selangor semuanya orang mempunyai diplomasi tinggi dan bukan panas baran.

Saya tidak kisah digelar 'boneka' - Dr Wan Azizah

Saya tidak kisah digelar 'boneka' - Dr Wan Azizah
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah  Wan Ismail yang dinamakan sebagai calon pengganti jawatan Menteri Besar Selangor dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kisah sekiranya digelar ‘boneka’.

Lapor New Straits Times (NST), Dr Wan Azizah juga akan melantik pemimpin de facto PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat, sekiranya beliau mengisi jawatan itu nanti.

“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,” Azizah dipetik berkata pada satu perhimpunan parti itu di Klang malam tadi.

“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,” Wan Azizah dipetik berkata.

Anwar katanya mempunyai pengalaman untuk membimbing dan menasihatnya dengan mengambil contoh pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi Qatar, lapor NST lagi .

Anwar sebelum ini mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan  Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus mengekalkan jawatan itu sehingga akhir penggalnya.

Hari Raya muram untuk pembangkang

Juhaidi Yean Abdullah

Ramai pemimpin Pakatan Rakyat tidak ceria pada Hari Raya tahun ini. Mereka tidak dapat bergembira seperti orang lain. Mereka saling mengata, tuduh menuduh dan menghentam satu sama lain. Ketika umat Islam lain berqiamulail sepanjang 10 malam terakhir Ramadan, pemimpin PR berjaga malam untuk merancang dan berstrategi menjatuhkan sesama sendiri. Banyak masa dan tenaga diguna untuk bermesyuarat bagi meredakan keadaan dan mencari jalan penyelesaian kemelut yang dihadapi. Dalam pada itu, ada pemimpin yang menuntut partinya keluar pakatan pembangkang, ada juga yang memberi amaran gabungan parti pembangkang itu boleh berpecah jika masalah antara mereka tidak dapat diselesaikan. Cukup ironis, gabungan parti politik yang kononnya kuat, hebat dan mampu memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia sedang bergaduh besar dan mungkin di ambang perpecahan hanya 15 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Semua strategi gagal, tidak menjadi.Paling kecoh ialah PKR. Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli adalah dua individu paling dibenci ramai pemimpin dan penyokong pembangkang sendiri. Pelbagai rancangan dan manipulasi politik mereka tidak dimaklumkan kepada pemimpin lain dalam PKR, mahupun PAS dan DAP. Lebih teruk, hampir semuanya gagal dan tidak menjadi, lalu menimbulkan pelbagai masalah. Untuk menutup satu masalah, mereka timbulkan masalah lain. Inilah punca masalah dalam PKR dan pembangkang tidak putus-putus. Antara yang bengang ialah kumpulan pro-Azmin Ali, yang marah kerana timbalan presiden PKR itu dua kali kena ‘main’, iaitu ketika Anwar memastikan hanya nama beliau dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden PKR bagi mengelak Azmin menang jawatan itu dan apabila nama Azmin tidak disenaraikan sebagai calon menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Diberitakan rombongan Azmin sudah jumpa Anwar dua kali, tapi Anwar berkeras dan guna kuasa ‘veto’nya untuk menyekat pencalonan Azmin bagi memberi laluan kepada isterinya. Azmin, yang mendapat sokongan dua naib presiden, ketua AMK, ketua wanita dan lebih separuh 20 ahli Majlis Tertinggi PKR, dikatakan hanya menunggu masa untuk mengorak langkah dan ‘melanggar’ Anwar, jika perlu, bagi survival politiknya. Turut marah ialah kumpulan pro-Khalid Ibrahim yang ditekan pelbagai cara, diugut dan dihina di khalayak. Ada antara mereka yang digantung keahlian, diboikot dan dibuang parti. Semata-mata kerana mempertahankan ketua mereka daripada menjadi mangsa Anwar dan Rafizi, yang mahu Khalid letak jawatan segera sebagai MB Selangor. Walaupun mengakui ‘Langkah Kajang’ rekaan Rafizi sudah gagal, Anwar tetap dengan hasrat menjatuhkan Khalid. Menurut Anwar, Khalid boleh terus jadi MB hanya dengan satu syarat: buang Faekah Hussin. Bekas setiausaha politik kepada Khalid dan kini ketua eksekutif MB Selangor Incorporated, Faekah adalah pengkritik Anwar dan Rafizi yang tegar. Beliau menentang banyak rancangan jahat Anwar dan pertikai motif Rafizi yang dilihat gila kuasa. Berbekal semangat ‘lawan tetap lawan’, Khalid

PAS mahu Adun Ijok jadi ‘calon kompromi’ MB Selangor

Dr Idris Ahmad.Pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor, lapor akhbar berbahasa Cina. Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR). Akhbar tersebut melaporkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mempunyai bantahan sekiranya Dr Idris dijadikan menteri besar dan Istana Selangor dijangka tidak akan membantah sekiranya Adun Ijok itu dinamakan. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih pilihan mereka untuk menggantikan Khalid. Dr Idris yang mempunyai klinik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi dan dihormati pemimpin PKR dan menyertai politik semasa gerakan reformasi dulu. Pemimpin PAS juga mengharapkan pemilihan Idris yang berasal dari Selangor akan melembutkan kedegilan Khalid untuk terus kekal berkuasa. Sin Chew melaporkan, pemilihan Dr Idris akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai pemimpin negeri terkaya Malaysia itu. Laporan tersebut mengatakan, kebimbangan utama PKR adalah tentangan daripada penyokong Timbalan Presiden PRK Mohamed Azmin Ali. Pada Sabtu, The Malaysian Insider memetik sumber mengatakan terdapat usaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah untuk jawatan tertinggi Selangor itu. Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS. Sumber itu turut memberitahu The Malaysian Insider, nama Azmin turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS. “Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira. Krisis menteri besar Selangor

Undi Khalid keluar, bukan lempar skandal, kata penganalisis


Penyebaran skandal bukan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor, kata penganalisis dan Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menggunakan undi di kalangan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk memaksa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan itu. Penganalisis di sebuah forum awam di Kuala Lumpur malam tadi turut membahaskan kesesuaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar di negeri terkaya dalam negara itu kerana ia akan menjurus kepada dakwaan kronisme dan nepotisme – kritikan yang sering dilemparkan kepada pesaingnya, Barisan Nasional (BN). Saintis politik Dr Wong Chin Huat berkata PR juga mungkin boleh kehilangan Selangor jika undi tidak percaya diadakan sekarang atau jika pilihan raya negeri diadakan.  Bukan strategi sahih Ahli panel forum itu mengkritik keputusan PKR semalam untuk mendedahkan laporan lebih 50 halaman yang dikatakan mempunyai butiran terperinci ‘isu integriti’ dengan Khalid. Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata ia adalah strategi yang salah dalam keadaan sekarang. Rakyat akan persoal mengapa letak dia sebagai calon menteri besar jika integritinya terjejas, kata Ketua Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan.“Jika anda mula mendedahkan pelbagai perkara sekarang, nanti rakyat akan tanya mengapa anda mencalonkan dia sebagai Adun dan menteri besar? “Saya harap PAS dan PKR tidak menggunakan penyebaran skandal untuk mendesak Khalid berhenti,” katanya di majlis forum bertajuk “Krisis MB Selangor dan Cara Maju ke Depan” anjuran Gabungan Bertindak Malaysia. Wan Saiful berkata, PKR boleh menggunakan kaedah dalaman parti untuk membolehkan Khalid mematuhi keputusan yang dibuat untuknya mengundur diri dan ini termasuk mendisiplinkan beliau atau memintanya meninggalkan parti. Ini kerana kedudukan Khalid sebagai Adun dan menteri besar terikat dengan statusnya sebagai ahli PKR. Dalam sistem berparlimen, pemegang kuasa dipilih oleh ahli parti, bukan secara langsung dipilih pengundi. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam berkata parti akan mengedarkan laporan kepada pemimpinnya dan sekutu PR iaitu PAS dan DAP mengenai butiran terperinci beberapa kes yang mempersoalkan integriti Khalid. Antara yang disentuh dalam laporan itu ialah penyelesaian hutang Khalid bernilai RM66.67 juta dengan Bank Islam, yang diselesaikan di luar mahkamah, selain penjualan tanah kepada pemaju Eco World pada kadar di bawah paras harga pasaran. Khalid kini mendapat tekanan daripada partinya PKR dan DAP untuk meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau bagaimanapun mendapat sokongan beberapa orang dalam PAS

Kemelut MB Selangor: Letak jawatan atau dipecat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diarahkan menemui Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail secara serta-merta untuk menjelaskan sebab enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Keingkaran Abdul Khalid berbuat demikian akan menyebabkan dirinya dianggap sebagai melanggar disiplin parti dan akhirnya boleh dipecat daripada PKR.
 
Setiausaha Politik Abdul Khalid, Azman Abidin ketika dihubungi Sinchew Daily bagaimanapun berkata, Abdul Khalid hanya dijadualkan untuk menemui Wan Azizah.
 
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah menyediakan surat penjelasan setebal 50 muka surat untuk diberi kepada DAP dan Pas bagi menjelaskan punca Abdul Khalid perlu berundur.
 
Wan Azizah pula akan berada di Klang pada malam Isnin untuk memberi taklimat berhubung kemelut melibatkan Abdul Khalid.

Imej PKR paling keji jika Khalid dipecat

Khalid Ibrahim
"Jika usaha untuk mengguling Tan Sri Khalid Ibrahim agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dilakukan dengan memecat keahliannya, imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berada pada tahap paling keji dan buruk,".
Suka atau tidak, itulah pandangan ahli PKR yang menyampaikan berita hasil mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam semalam.
Ahli yang enggan dikenali itu menjelaskan, walaupun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengatakan tidak ada menyebut perkataan pecat, namun bayangan ke arah itu sangat jelas.
"Itulah jalan yang paling mudah untuk memastikan Khalid melepaskan jawatannya dalam masa terdekat ini untuk memberi laluan kepada muka baru.
"Sebenarnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan Khalid kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah diminta supaya mengundur diri secara sukarela," katanya.
Tambah beliau, Anwar kini bingung memikirkan kedudukan Khalid lebih-lebih lagi apabila Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyatakan sokongan terhadap Khalid supaya mengekalkan jawatannya.
Pendirian kedua-dua pemimpin Pas itu memungkinkan berlakunya 'perpecahan' dalam pakatan pembangkang tetapi Anwar sebelum ini telah menolak dakwaan itu bahawa tidak ada tanda-tanda perpecahan dan semua pihak komited terhadap semangat kerjasama pakatan pembangkang.