Isnin, 4 Ogos 2014

Hamas says Israel breaches ceasefire with fatal strike on Gaza

Video purports to show Hamas-made sniper rifle used against Israelis

Columnist: Western media is enabling Hamas

China FM urges cease-fire in Israel-Gaza tension

Close Friends: New docs reveal Washington provides intel and cash to Israel

Gaza: Universiti Islam di bom tentera zionis

" Kesian Pemuda UMNO Baru Sedar Peguam Negara Selalu Dok Lena Dan Buat Pendakwaan Terpilih "

Dalam post beberapa hari lalu dengan jelas dah nyatakan sistem keadilan negara kita sememangnya memilih bulu. Hari ini kenyataan tersebut disokong oleh pemuda UMNO.

Tapi kesian tengok pemuda UMNO dan macai BN nih, orang yang duduk PR dah lama tahu dah sistem pendakwaan negara memang pilih kasih, inilah yang orang kata bila dah kena batang hidung baru nak terasa.

Bukan takat peguam negara bro, agensi penguatkuasa semua pun sama dok tidur lena. Benda yang sepatutnya kena dakwa tetapi dibiarkan begitu sahaja, tengok sajalah kes-kes di atas lihatlah sendiri betapa adilnya sistem pendakwaan terpilih negara kita. Semuanya hasil pentadbiran UMNO BN. Bab kalau melibatkan pemimpin PR atau penyokong PR laju ja korang nak ambil tindakan.

Syrian forces attack rebel strongholds near Damascus

Cease-fire begins in Gaza

Israel declares seven hour partial truce

PAS desak buka sempadan Rafah

Kapitalisme, Pasaran Senjata dan Krisis

Oleh Zulkifli Hasan
Tatkala Gaza dihujani bom dan peluru, Amerika dilaporkan terus menyalurkan bantuan kewangan dan senjata kepada Israel. Ahli Kongres Amerika memberikan lampu hijau dan menyatakan sokongan penuh kepada rejim zionis.
Dilaporkan juga bahawa Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong pelan Liga Arab untuk mendesak Presiden Syria Bashar Al Assad supaya berundur dan mengutuk keganasan kezaliman yang berlaku.

Hingga kini dilaporkan ribuan rakyat Gaza dan Syria telah terkorban dan tercedera. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dan kenapa negara-negara ini berbuat demikian. Sudah pasti mereka mempunyai sebab dan justifikasi terhadap tindakan mereka ini. Rusia merupakan pembekal senjata dan rakan dagang utama Syria dalam membekalkan pelbagai jenis senjata kepada rejim Al Assad. Begitu juga di Bahrain, dalam keghairahan media barat mengutuk Iran untuk membangunkan tenaga nuklearnya, Amerika dalam masa yang sama telah membekalkan senjata yang besar jumlahnya kepada Bahrain. Amerika juga pastinya sekutu utama Israel menyalurkan peralatan senjata termodennya dan akan berbuat apa sahaja untuk mengiyakan segala kejahatan rejim zionis. Lihat saja kelengkapan ‘Iron Dome’ Israel yang dibiayai oleh Amerika dengan belanja melebihi USD225 juta. Amerika secara konsisten menjadi penyumbang utama ekonomi dan persenjataan Israel dan ini diketahui dunia.
Krisis merupakan perkara yang sinonim dengan kapitalisme. Bahkan, kapitalisme memerlukan krisis untuk ‘survive’ atau untuk terus relevan. Tanpa krisis, kapitalisme akan runtuh dan tidak akan berfungsi. Itulah antara faktor mengapa berlakunya kitaran krisis ekonomi, krisis kewangan, krisis peperangan dan pelbagai krisis yang lain pada hari ini. Mengetahui perkara inilah, golongan pemodal akan memastikan krisis itu dicipta dan direncanakan secara strategik demi mengaut keuntungan melaluinya. Begitu juga apa yang berlaku pada hari ini khususnya di Timur Tengah. Dengan sumber kekayaan yang melimpah melalui hasil minyak yang menjadi rebutan dunia, golongan pemodal pastinya telah merencanakan pelbagai krisis dan ancaman yang membolehkan produk senjata mereka dilanggani tanpa had. Dalam erti kata lain, golongan pemodal ini mencipta “PASARAN’ melalui krisis dan peperangan.
Dunia telah menyaksikan bahawa abad ke 20 merupakan abad yang paling kejam dalam sejarah manusia dengan dua peperangan dunia, diikuti lebih 30 tahun perlumbaan senjata, perang teluk, perang Afghanistan, Perang Vietnam, Perang Iran-Iraq termasuk konflik dalaman, revolusi dan sebagainya. Program Penyelidikan Keamanan, Cornell Universiti di Amerika telah menganggarkan bahawa seramai 231 juta manusia telah terkorban melalui peperangan dan konflik sepanjang abad ke 20. Di antara faktor utama sejarah tragis manusia ini adalah kesan daripada perdagangan senjata. Perdagangan senjata yang sering kali dilihat sebagai langkah memperkuatkan sistem pertahanan dan perbelanjaan persenjataan atas dasar keselamatan sebenarnya hanya mencetuskan konflik dan pertumpahan darah. Dalam erti kata lain, peperangan telah dicipta bukan hanya kerana ideologi tetapi juga berfaktorkan keuntungan.
Melihat kepada signifikannya isu perdagangan senjata dan agenda para kapitalis pengeluar senjata, artikel ini cuba menelusuri dan meninjau realiti perdagangan senjata termasuk menampilkan aktor-aktor pengeluar senjata dan pelanggan tetap kepada saudagar senjata ini di seluruh dunia. Di samping itu, penulis juga berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan institusi dan badan yang aktif dan komited mengawal dan memantau perdagangan senjata dan juga entiti yang secara komperehensif merekod dan menyimpan data serta statistik perdagangan senjata di seluruh dunia.
Kenali Pengeluar dan Pelanggan Senjata
Adalah tidak mengejutkan bahawa, Amerika merupakan peneraju perdagangan senjata diikuti oleh Rusia, Britain dan Perancis. Maklumat mengenai Perdagangan Senjata dunia boleh diperolehi menerusi Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) sebuah badan bebas antarabangsa berpengkalan di Sweden yang mengkhusus kepada penyelidikan mengenai perdagangan senjata yang memantau dan mempunyai pengkalan data yang komprehensif mengenai perdagangan senjata dunia. Menurut SIPRI, direkodkan bahawa antara 1996-2000 perdagangan senjata dunia dipelopori oleh Amerika, Russia, Perancis yang mewakili 30%, diikuti oleh Britain dan Jerman, 20% dan Belanda, Ukraine, Italy, China, Belarus, Sepanyol dan Israel, 15%. Apa yang menarik dan dalam masa yang sama agak mengejutkan ialah negara-negara pengeluar senjata ini merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu mewakili 85% perdagangan senjata dunia. Sudah pasti fakta ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan dan keadilan dalam Majlis Keselamatan PBB.
Dari aspek pengeluar senjata, terdapat tujuh syarikat utama pengeluar senjata di dunia iaitu Lockheed Martin (Amerika) BAE Systems (Britain), Boeing (Amerika), Raytheon (US), General Dynamics (Amerika), Thomson-CSF (Perancis). Syarikat-syarikat ini secara aktif mempromosi dan membekalkan senjata di seluruh dunia. Terdapat juga individu pengusaha dan pembekal senjata yang beroperasi membekalkan senjata secara penyeludupan. Victor Bout seorang ikon saudagar senjata dunia yang telah membekalkan pelbagai jenis senjata di serata dunia akhirnya telah ditangkap di Thailand dan diekstradisi ke Amerika. Di antara 2005-2009, direkodkan bahawa negara utama pengguna dan yang melanggan senjata ialah Taiwan, Arab Saudi, Turki, Korea Selatan, India, Mesir, Israel, Pakistan, Kuwait, Malaysia, Greece, Singapura dan Algeria. Menurut ‘Congressional Research Service’, institusi yang menjalankan penyelidikan untuk kongres Amerika, nilai perdagangan senjata antarabangsa bagi 2010 sahaja telah mencecah USD35 bilion.

Sangka buruk menghancurkan Pakatan

Oleh Timmy Say
Dr Zuhdi: Senario analisis yang pertama:
“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.
“Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

Jika kamu bersangka buruk pada PAS dan Dr Zuhdi Marzuki, ayat yang tertera di aplikasi Whatsapp AJK PAS Pusat yang terbocor di atas sudah cukup bagi kamu menghukum PAS dan Dr Zuhdi sebagai rasis, penipu dan juga pengkhianat kepada undi bukan Islam. Reaksi kamu juga akan sama seperti Dr Hatta Ramli – yang terus membalas mesej Dr Zuhdi dengan nada sinis: “Kerjasama dgn Umno? I’m out” – 13 minit selepas membaca tulisan analisa Dr Zuhdi di Whatsapp itu.
Tulisan Dr Zuhdi ditulis pada 2:25 pagi manakala respon Dr Hatta yang belum tidur ketika itu ialah pada 2:38 pagi.
Apa yang dijawab Dr Zuhdi selepas itu, hanya mereka di Whatsapp AJK PAS PUSAT saja yang tahu.
Bagaimanapun, mari kita membuat analisa beberapa senario respon yang mungkin ditulis Dr Zuhdi, berdasarkan penjelasannya selepas isu ini meletup di media.
Senario pertama:
“Cool Dr (Hatta). Ana hanya sampaikan pendapat sebilangan penyokong kita yang percaya kedudukan Islam goyah di Selangor.”
Jika printscreen yang terbocor itu mengandungi respon Dr Zuhdi di atas, apakah media masih menyerangnya dengan gila-gila seperti yang berlaku ketika ledaknya Whatsapp tersebut?
Senario kedua:
“Hahahaha… itulah feedback yang ana dapat. Ana type balik di sini sahaja. Ana pun tak setuju sebab susah untuk dapatkan satu lagi Adun PKR untuk menjayakan senario ini.”
Bagaimana pula dengan senario kedua? Apakah mereka yang terbaca di atas akan mengangkat Dr Zuhdi sebagai hero pula kerana tidak bersetuju dengan senario pertama, yang mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan di Selangor?
Senario ketiga:
“Tak habis type lagi Dr… letih semalam… itulah pandangan orang yang tak faham politik dan merasa frust pada serangan bukan Islam pada PAS. AJK PAS Pusat tidak akan setuju ini sebab prinsip TGNA dan TGHH adalah kekal di Pakatan Rakyat walau macammanapun. Ini sekadar tulis untuk makluman sahaja.
Apa pula kata mereka yang membaca respon ini? Apakah mereka yang berpandangan buruk pada PAS dan Dr Zuhdi?
Cepat menghukum
Cukuplah dengan tiga contoh senario itu yang selari dengan penjelasan Dr Zuhdi beliau bukan di antara mereka yang setuju untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
Kita sebagai manusia suka cepat menghukum.

Bungkam kritikan terhadap ketidakadilan, Malaysia makin mundur – Gobind Singh Deo


gobind special congress


KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Tindakan menyiasat Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang di bawah Akta Hasutan berhubung kritikannya mempersoalkan ketidakadilan kes kematian Teoh Beng Hock adalah petunjuk bahawa Malaysia semakin mundur ke belakang.
Ketua Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo berkata, tindakan itu menggambarkan kecacatan demokrasi di negara ini apabila cuba menyekat dan membungkam kritikan awam.
“Kita sepatutnya menerima hakikat bahawa negara ini sedang bergerak ke hadapan dari sudut perbincangan awam. Tidak ada yang salah dalam perbezaan pandangan dan pendapat.
“Mendakwa Kit Siang di bawah Akta Hasutan adalah satu langkah yang salah,” katanya, seperti dilapor Malaysiakini.
Terdahulu hari ini, polis mengambil keterangan Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berhubung artikelnya ‘Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock’.
Keterangan Kit Siang diambil pegawai penyiasat ASP Wan Tiew Kwang dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Ibu Pejabat DAP, Jalan Yew berhubung tulisan mengenai kematian Teoh Beng Hock yang diterbitkan laman web The Rocket 16 Julai lalu.
Gobind memaklumkan, beliau telah meneliti keseluruhan artikel terbabit dan tidak menemui sebarang unsur hasutan dalam penulisan tersebut.
Katanya lagi, tidak ada yang salah untuk mengkritik penghakiman, terutamanya jika ia dibuat untuk membetulkan keadaan.

Tiap hari sebar kebencian, Utusan tak payah bermuka-muka -Kit Siang


LKS9


KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Tindakan akhbar Umno Utusan Malaysia menyarankan hukuman dikenakan terhadap bukan-Melayu kerana menghasut adalah tidak masuk akal, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
 Beliau berkata, ia juga sangat ironi kerana akhbar itu sendiri seringkali mengeluarkan artikel berbentuk provokatif dan menghasut kebencian.
 “Ini adalah kemuncak ironi apabila Utusan mengadu wujudnya tindakan terpilih dan siasatan apabila mereka sendiri setiap hari menjadi penerima manfaat terbesar daripada pengabaian tugas oleh agensi penguatkuasaan.
 “Utusan juga terus menikmati ‘imuniti dan impuniti’ atas semua artikel yang berunsur hasutan dan menghasut kebencian kaum serta agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 Tegas Kit Siang,  antara contoh laporan tidak berasas yang pernah dikeluarkan Utusan adalah seperti mendakwa DAP merancang untuk membentuk negara Kristian dan menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri dalam artikel muka depan bertajuk ‘Haram sokong DAP’.
 Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mencabar Utusan supaya menunjukkan bukti pihak berkuasa berat sebelah terhadap bukan-Melayu.
 “DAP akan menyokong penuh apa jua siasatan terhadap pendakwaan atau tindakan terpilih.
 “Kamu juga akan menyokong Siasatan Diraja (RCI) untuk menutup semua kes berat sebelah sejak permulaan pentadbiran Mahathir lebih tiga dekad lalu.
 “Adakah Utusan akan menyokongnya?” soal beliau.

Seorang kanak-kanak terbunuh, 30 tercedera semasa serangan ke atas Gaza

Seorang kanak-kanak terbunuh, 30 tercedera semasa serangan ke atas GazaGAZA: Seorang kanak-kanak terbunuh manakala 30 lagi tercedera akibat serangan di kem pelarian di Gaza City pada Isnin.

Menurut laporan AFP, yang mengungkap kata-kata pasukan perubatan, serangan itu berlaku hanya beberapa minit selepas genjatan senjata yang diumumkan oleh Israel.

Serangan itu terkena sebuah rumah berdekatan kem pelarian Shati yang membunuh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra kepada AFP.

Pada Isnin , tentera Israel mengumumkan gencatan senjata kemanusiaan satu pihak berkuatkuasa pada 0700 GMT.

Hamas berkata yang pihaknya akan mengawasi gencatan senjata itu, dan akan mengeluarkan amaran untuk masyarakat Gaza berjaga-jaga apabila mereka keluar, selepas gencatan senjata sementara yang dikeluarkan mengakibatkan pertumpahan darah di Semenanjung bergolak itu.

Rejim Zionis di ambang kekalahan

Aman Palestin
Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri.

Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.

Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa  Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada  pelbagai sudut.

“Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

“Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid,” katanya.

Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid.

Pengantin Malaysia 'popular' di Israel


Pengantin Malaysia 'popular' di Israel

SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Gencatan Senjata: Helah Israel Untuk Serang Palestin Lagi Tanpa Melawan

BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan selama tujuh jam di Semenanjung Gaza hari ini, tindakan terbaharu selepas hampir empat minggu konflik Israel-Palestin berlangsung.

Menurut kenyataan tentera Israel, gencatan senjata akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia).

Ia akan dilaksanakan di semua bahagian kecuali di timur bandar Rafah dengan alasan masih ada pertempuran yang berlangsung dan wujud kehadiran tentera rejim di situ.

Bagaimanapun pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai memberikan amaran yang pihaknya akan membalas sebarang serangan sekiranya dilancarkan sepanjang gencatan senjata itu dilaksanakan.

Mordechai juga menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia).

Sementara itu tentera Israel dilaporkan mula mengundurkan sebahagian anggota tenteranya termasuk sejumlah kereta kebal dari Gaza.

Bagaimanapun ia masih melancarkan beberapa serangan udara ke atas wilayah Palestin itu.

Pengunduran dilaksanakan ketika perdana menteri rejim, Benjamin Netanyahu berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan ke atas Gaza walaupun mengambil tempoh lama dan menggunakan sebanyak mana kekuatan yang diperlukan.

Katanya, tentera rejim zionis mencapai kejayaan besar dalam memusnahkan infrastruktur milik Hamas.

Bagaimanapun jurucakap Hamas, Fawzi Barhum berkata Netanyahu keliru terhadap krisis sebenar yang dihadapinya.

Hamas juga kata Fawzi tidak akan mengalah dan meneruskan penentangan terhadap penjajah Yahudi sehingga misi tercapai.

Angka kematian di pihak Palestin kini melebihi 1,775 nyawa dengan mangsa kebanyakkannya adalah orang awam. ~Agensi

Hamas Sangsi Pengumuman 7 Jam Gencatan Senjata Israel

Setelah empat minggu membedil bumi Gaza dan menyebabkan ribuan nyawa tidak berdosa terkorban, tentera Israel secara tiba-tiba mengumumkan akan melaksanakan gencatan senjata selama 7 jam. Gencatan senjata yang akan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) sehingga 1400 (10 malam waktu Malaysia) disifatkan tentera Israel sebagai “gencatan senjata kemanusiaan” .

Namun, media melaporkan bahawa mereka akan melancarkan serangan jika mereka diserang sepanjang gencatan senjata tersebut dilaksanakan.Pemimpin tentera rejim Israel di Tebing Barat dan Gaza Yoav Mordechai juga turut menggesa dua penduduk perkampungan di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira di wilayah Khan Yunis ke selatan Gaza untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia).

Pengumuman itu bagaimanapun diterima dengan perasaan syak dan kesangsian oleh tentera Hamas. Menurut jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan, genjatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Israel adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada pembunuhan beramai-ramai Israel

“Kami tidak percaya kepada gencatan senjata ini, dan menyeru orang-orang kami untuk berhati-hati,” katanya.

Isu MB Selangor: PAS tidak pernah setuju Azmin ganti Khalid

Isu MB Selangor: PAS tidak pernah setuju Azmin ganti KhalidKUALA LUMPUR: PAS tidak pernah menyatakan persetujuan mereka untuk menerima pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber dalaman PAS memberitahu Astro AWANI, nama Azmin dari awal ditolak oleh pimpinan PAS bila isu berkaitan penggantian Menteri Besar Selangor dibincangkan.

"PAS tidak pernah bersetuju kalau Azmin nak dijadikan Menteri Besar Selangor. Setakat ini keputusan perlu tunggu 10 Ogos tapi yang pasti nama Azmin tidak ada dalam senarai.

"Memang ada 'group' dalam PAS yang mahu Khalid ditukar dan ada group yang nak Khalid kekal tapi dua-dua group ni kalau nama Azmin memang mereka tolak," kata sumber PAS itu kepada Astro AWANI.

Sumber dalam PAS itu berkata, sikap parti Islam itu terhadap Azmin sudah lama diketahui dan Timbalan Presiden PKR itu sendiri mengetahui beliau sukar mendapat sokongan PAS.

Sementera itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan laporan yang mengatakan partinya akan menamakan Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Saifuddin berkata PKR PKR tidak ada calon lain menggantikan Abdul Khalid kecuali presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ISMA desak SPRM siasat AG dan IGP

Mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam. 

ustaz_abdullah_zaik_0905_840_570_100PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di minta untuk menyiasat Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan kegagalan mereka untuk mengambil tindakan terhadap kes menghina agama atau kaum di negara ini seperti yang didedahkan media tempatan.
Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman, mereka seolah-olah mengamalkan pendakwaan terpilih apabila melibatkan kes penghinaan yang dilakukan oleh orang bukan Islam.
“Berapa banyak kes sehingga hari ini yang tidak di ambil sebarang tindakan jika ianya melibatkan orang bukan Islam. Sebaliknya jika orang Islam dan Melayu yang melakukan perkara itu, dengan pantas dan segera diadakan siasatan.
“Jadi apakah sebenarnya yang menghalang Ketua Polis Negara dan Peguam Negara daripada tanggungjawab ini sehingga menyebabkan mereka yang bersalah dilindungi?” soalnya.
Abdullah turut menjelaskan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh akhbar tempatan dan portal media mengenai kes penghinaan terhadap agama yang masih belum diambil tindakan.
“Contohnya seperti pemilik akaun ‘Facebook’ Smallfield Benjamin, Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee yang kesnya sehingga kini masih tergantung, begitu juga kes penyanyi rap Namewee yang sudah lebih tujuh tahun masih tiada tindakan di ambil ke atasnya,” ujarnya.
Selain itu Abdullah turut menerangkan bahawa, Pengerusi Pertubuhan Seni dan Budaya dan pemilik akaun ‘Facebook’ David Orok, pemilik akaun Facebook Kwang Yung, dan yang terkini Kelvin Yap serta ramai lagi yang terlibat masih bebas tanpa di ambil sebarang tindakan.
Dalam pada itu, status 30 laporan polis yang dibuat ISMA ke atas parti chauvinis DAP dan pemimpinnya Lim Kit Siang juga sehingga kini masih tiada maklumbalas mahupun tindakan di ambil oleh pihak yang berkenaan.
“Ini berikutan Lim Kit Siang telah memfitnah ISMA semasa himpunan di Dataran Merdeka sempena ulang tahun pertama PRU13 pada 4 Mei lalu dan ucapan tersebut telah disiarkan di youtube pada 7 Mei 2014,” katanya.

Pakatan sending wrong signals to public

The spat among the parties in Pakatan Rakyat is creating a doubt among the people whether the opposition coalition can pose a serious challenge to the ruling government.

KUALA LUMPUR: The bickering in Pakatan Rakyat over the menteri besar issue has made the opposition vulnerable and is not posing as a credible alternative to the ruling government, Hindraf chairman P Waythamoorthy said today.
Waythamoorthy said a united opposition was essential to maintain a proper check and balance against the current administration.
“The recent spat between the parties is seeding a lack of confidence among the public,” he said in a press statement today,
HindrafHe added that the in-fighting seems to be a clash of personalities and personal agendas rather than what should be aspired for the public.
Waythamoorthy said a public pressure organisation like Hindraf was there to ensure that the political parties from either side of equation maintained their drive based on the will of the people as opposed to individual glories.
He said a loose alliance like the Pakatan Rakyat was built on the consensus of a civil society that had been evolving and accepted by the current generation.
He added that although the Pakatan parties had different sets of political ideologies, they had to arrive at a consensus for the common good of the public.
“This current episode seems to be a constructive political attempt to remove the current Selangor Menteri Besar, which not only robs the community of a viable opposition but creates doubt on the ability Pakatan if they are to come into power,” said Waythamoorthy.
He said the Pakatan parties should get their act together and continue to participate in the political front as a credible and viable opposition.

Desakan Khalid berundur berterusan, kini di peringkat ketua kampung

Penduduk Kampung Baru Cina kecewa dengan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan masalah rakyat di Selangor dan meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail segera diangkat sebagai menteri besar baru. Tiga ketua kampung dalam satu kenyataan hari ini berkata banyak rungutan rakyat tidak diendahkan Khalid sepanjang menjadi menteri besar. “Gaya kepimpinan Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran negeri. “Khalid mempamerkan pimpinan solo yang memaksa rakyat mengikut keputusannya dan tidak mendengar pendapat rakyat bawahan,” kata Ketua Kampung Baru Pasir Penambang, Tanjung Karang Lim Eng Wan, Ketua Kampung Baru Sasaran Sungai Buloh Lee Boon Huat dan Ketua Kampung Baru Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor Sow Eng Wan. PKR hari ini menegaskan Khalid perlu ditukar dengan Dr Wan Azizah kerana Adun Pelabuhan Klang itu mempunyai masalah "keraguan integriti" dalam isu penyelesaian hutang dengan sebuah bank. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa urusan perniagaan bernilai ratusan juta ringgit melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju berlaku selepas penyelesaian hutang itu dan penjelasan yang diberikan Khalid tidak memuaskan. Katanya, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor

Khalid nafi tuduhan Saifuddin, cabar PKR lapor SPRM


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. "Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution.  "Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar. "Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia," katanya. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa. "Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya," katanya. Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. "Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya," katanya. Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan

‘We are all Gaza’: West bank rises up against Israel

Israel akui kekuatan Hamas

Mostofa Ayoub
"Airmata saya mengalir dan bulu roma saya meremang apabila mendapat khabar Israel kini semakin sukar untuk berhadapan dengan pejuang Hamas di Palestin. Itulah antara berita paling menggembirakan yang saya nantikan sejak zionis Israel menyerang penduduk Gaza 26 hari lalu.”
Itulah suara Mostofa Ayoub, seorang pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berasal dari Trinidad.
Katanya, walaupun dia bukan rakyat Palestin namun doa dan harapan untuk melihat negara yang menjadi mangsa kekejaman Israel itu kembali aman sentiasa dibibirnya.
"Saya dan rakan beragama Islam yang belajar di negara ini memang sentiasa mengikuti perkembang yang berlaku di Gaza.
"Setiap hari kami berdoa agar Israel berhenti daripada menyeksa rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya.
Katanya, dia mendapat khabar tokoh perunding dan penganalisis Israel, Gershon Baskin mengakui pergerakan Hamas sukar dikalahkan dan hampir mustahil tentera Israel mampu memusnahkan pergerakan tersebut melalui ahkbar, Jewish News.
Laporan tersebut mengatakan bertempur dengan pejuang Hamas merupakan situasi yang sukar kerana mereka adalah tentera yang sangat berdedikasi dan tidak takut mati kerana berjuang demi kebebasan tanah air dan masa depan generasi mereka.
"Menariknya, laporan akhbar itu menyebut pejuang Hamas tidak akan menyerah diri dan tidak akan mengibarkan bendera putih, meskipun hanya tinggal seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah roket.
"Saya amat terhari apabila dinyatakan pejuang Hamas akan berjuang sehingga mereka terkorban (syahid) tanpa rasa gentar atau takut kerana mereka bersedia untuk mati demi agama dan negara (Palestin)," katanya.

Tentera Hamas tidak takut mati

Pejuang Hamas tidak akan serah diri dan tidak akan mengibarkan bendera putih, meskipun hanya tinggal seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah roket.
askar hamasPETALING JAYA: “Pergerakan Hamas sukar dikalahkan dan hampir mustahil tentera Israel mampu memusnahkan pergerakan tersebut.”
“Bertempur dengan pejuang Hamas merupakan situasi yang sukar kerana mereka adalah tentera yang sangat berdedikasi dan tidak takut untuk mati kerana mereka berjuang demi kebebasan tanah air dan masa depan generasi mereka,” akui Gershon Baskin, salah seorang kolumnis akhbar Jerusalem Post.
Menurut beliau, pejuang Hamas tidak akan menyerah diri dan tidak akan mengibarkan bendera putih, meskipun hanya tinggal seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah roket.
“Mereka akan berjuang sehingga  terkorban (syahid) tanpa rasa gentar atau takut kerana mereka bersedia untuk mati demi negara, agama dan Tuhan mereka,” katanya.
“Hamas tidak boleh dimusnahkan kerana Israel tidak boleh menghancurkan hak penduduk Gaza yang sah untuk hidup bebas, sama seperti penduduk Yahudi yang mahu hidup aman tanpa diganggu oleh pergerakan Islam itu,” katanya.
Tambah beliau, Hamas hanya meminta sekatan ekonomi ditarik balik, kawasan menangkap ikan yang lebih luas, penarikan semula sekatan gaji ke atas pegawai Palestin dan mengiktiraf pucuk pimpinan (Hamas) yang dipilih penduduk Gaza.

Gaza: 10 lagi rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel, jumlah kini 1822 orang

10 lagi rakyat Palestin terkorban dalam serangan Israel, jumlah kini 1822 orangBAITUL-MAQDIS: Sepuluh lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu tentera rejim Israel pada awal Isnin, menjadikan angka korban di pihak Palestin kini meningkat kepada 1,822 orang, lapor pasukan perubatan Palestin.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza,  Ashraf al-Qudra berkata lima terbunuh di Jabalia, ke utara Gaza, tiga di kejiranan Zeitun dan Sheikh Radwan di bandar Gaza, seorang di Nuseirat di tengah Gaza dan seorang kanak-kanak terbunuh di bandar Rafah.

Tentera Israel dikatakan telah telah melancarkan serangan keatas 4,686 sasaran di Semenanjung Gaza sejak konflik itu bermula pada 8 Julai lalu.

Pada masa yang sama, 2,560 serangan roket dan mortar didakwa telah dilancarkan oleh pejuang Palestin ke arah Israel, kata jurucakap tentera Israel, dengan 556 daripadanya berjaya ditampan sistem pertahanan Iron Domenya.

Turut dilaporkan terbunuh dua orang awam Yahudi dan seorang buruh dari Thailand dengan 64 anggota tentera rejim disahkan terbunuh di pihak rejim.

Dr. Mujahid: PR lahir generasi pemimpin yang membuka minda baru

PR perlu terus kukuh dan menyegarkan proses kematangan demokrasi dalam memperjuangkan pilihanraya bersih.
mujahid300PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, Pakatan Rakyat (PR) adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.
Dr. Mujahid mengakui PR mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar yang kadangkala ianya tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri tetapi beliau tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika PR berpecah dan terus tiada di persada politik negara ini.
“ PR telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.
“ PR telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihanraya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo,” katanya di dalam laman Faceboknya.
Tegasnya lagi, politik Malaysia tidak pernah menyaksikan berlakunya satu peralihan paradigma politik yang besar melainkan dengan PR apabila politik merentas kaum diterjemahkan dalam peti-peti undi.
“Pengundi tidak lagi memilih dan mengenal calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.
“Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara,” jelasnya.
Katanya lagi, beliau menyeru agar seluruh kepimpinan PR menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.

Chegubard dilepas tanpa dibebaskan tuduhan anjur perhimpunan

Bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (tengah) dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan anjur perhimpunan tanpa kebenaran. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin (tengah) dilepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan anjur perhimpunan tanpa kebenaran. Gambar fail The Malaysian Insider.Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Ketua PKR cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, tahun lalu.
Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han dan peguam Michelle Yesudas yang mewakili tertuduh.
Terdahulu, dalam prosiding hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes itu, Tan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan keputusan Mahkamah Rayuan, yang menggugurkan pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout  505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lalu.

Bila Malaysia akan serah Rizalman kepada New Zealand.....!!


Akhbar New Zealand Herald pada Ahad mempersoalkan bila kerajaan Malaysia akan menyerahkan Muhammad Rizalman Ismail kepada negara itu untuk diadili selepas menghadapi dakwaan cubaan merogol seorang warganya. Melalui ruangan pendapat editor, akhbar itu berkata, New Zaland menuntut penjelasan mengapa proses menghantar kembali pegawai waran II itu masih tiada sebarang perkembangan. "Awal bulan lalu, Malaysia memberikan komitmen untuk mengembalikan Rizalman ke New Zealand dan berkata keadilan perlu ditegakkan. "Namun, diplomat itu kemudiannya dimasukkan ke hospital tentera bagi menerima rawatan psikiatris dan dibebaskan lebih seminggu lalu. Namun dalam masa terdekat tiada tanda dia akan kembali ke New Zealand," kata akhbar berkenaan. Kes itu menjadi topik utama media Malaysia dan New Zealand apabila Rizalman pulang ke Malaysia atas imuniti diplomatik walaupun dia ditahan pada 9 Mei atas cubaan merompak dan merogol. Dia didakwa di mahkamah keesokan harinya. Pada Ahad 6 Julai, hari Rizalman sepatutnya dihantar pulang, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian. Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan satu lagi ujian psikologi ke atasnya kerana dia kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan. Akhbar berkenaan berkata, Menteri Luar New Zealand Murray McCully dan pegawainya juga masih tidak memberikan sebarang kenyataan jelas tarikh sebenar Rizalman akan dihantar untuk dibicarakan di Welington. "Adakah Rizalman kini cuba mendapat ekstradisi?" soal akhbar berkenaan. Rizalman didakwa menyerang Tania Billingsley, 21, di kediamannya. Mangsa mendakwa, suspek meninggalkan negara itu di luar kehendaknya dan dia merasakan pihak berkuasa New Zealand tidak bersungguh-sungguh dalam mengendalikan kesnya.

MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan

MCA sifatkan Nazri 'terlalu angkuh' kerana tuduh parti itu tidak relevan
KUALA LUMPUR: MCA pada Ahad membidas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana melabel parti itu sebagai 'tidak lagi relevan' dan tiada arah.

Nazri membuat kenyataan tersebut selepas parti itu mengkritiknya atas sokongannya kepada kerajaan Pulau Pinang yang melarang warga asing menjadi tukang masak di warung sekitar negeri itu.

Sambil menyifatkan Nazri sebagai 'terlalu angkuh', Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri.

"Pertama sekali, Nazri sebagai seorang menteri sememangnya terdedah kepada kritikan oleh sesiapa pun. Ya, kita akui MCA kalah (pada Pilihan Raya Umum ke-13) tetapi kita tidak pernah putus asa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Katanya, MCA telah bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat Malaysia serta masyarakat Cina khususnya. Ujar beliau, Nazri tidak seharusnya berkata demikian kerana suatu hari nanti beliau mungkin memerlukan bantuan MCA.

Chong berkata, Nazri sepatutnya meneliti cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu terlebih dahulu sebelum menyokongnya secara buta tuli.

"Bukan bermakna kami menyokong warga asing menjadi tukang masak di Pulau Pinang, tetapi (Nazri) sepatutnya memahami isu itu terlebih dahulu," jelasnya.

Bagi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker pula, beliau menyifatkan tindakan Nazri itu sebagai agak keterlaluan dan mengingatkan menteri kanan itu supaya lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

Rasuah: Pendapat Zainuddin Maidin tidak rasional dan tidak matang kata MCA

Rasuah: Pendapat Zainuddin Maidin tidak rasional dan tidak matang kata MCAKUALA LUMPUR: MCA hari ini telah melabelkan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai seorang yang mempunyai pendapat berbahaya, tidak rasional dan tidak matang ekoran kenyataannya bahawa pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah kaum Cina.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata menyalahkan sesuatu kaum berdasarkan pendapat seperti itu adalah salah.

“Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi dan di dalam setiap kes rasuah, ada pemberi dan penerima.

“Bagaimana Zainuddin akan rasa sekiranya ada orang mendakwa bahawa masyarakat bukan Cina yang berkuasa di Malaysia adalah penerima rasuah yang paling tinggi di negara ini kerana mereka tiada wang?” katanya di dalam satu kenyataan media hari ini.

Chai berkata Zainuddin mungkin sedang cuba untuk melanjutkan kerjaya politiknya yang semakin pudar atau sedang mengejar publisiti murahan dengan menggambarkan dirinya sebagai pejuang hak-hak Melayu.

“Oleh itu, dia cuba memperkecilkan kaum lain sama seperti ISMA dan PERKASA. Perbuatan seperti ini tidak boleh diterima di dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

“Saya nasihatkan dia untuk berfikir panjang sebelum berkata apa-apa,” katanya.

Gaza, PBB dan rumah sembelihan




IBU pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, menjadi tempat yang terkait dengan hampir semua konflik menumpahkan darah di seluruh dunia.

Ada keputusan untuk memulakan tindakan ketenteraan diputuskan di sini, terutama yang melibatkan kuasa-kuasa ahli tetap Majlis Keselamatan, seperti yang terbaharu, di Libya semasa kebangkitan pemberontak menentang Muammar Gaddafi.

Keputusan Majlis Keselamatan itu memberi mandat menguatkuasa zon larangan terbang akhirnya membuka jalan kepada konflik lebih dahsyat, dan pertumpahan darah berterusan hingga ke hari ini, walaupun alasannya ialah menghalang pembunuhan oleh pemerintah.

Di PBB juga, di dewan Majlis Keselamatan, tindakan-tindakan terhadap kekejaman Zionis Israel terhalang daripada dikenakan tindakan, akibat perlindungan daripada Amerika Syarikat, salah satu anggota tetap Majlis Keselamatan.

Israel sejak lama dulu dibiarkan melanggar dan mencabul resolusi Majlis Keselamatan, dan tetap akan dilidungi oleh AS. Malah, resolusi yang kritikal terhadap Israel mudah diveto oleh AS, yang kini menjadi satu senarai paling panjang veto oleh ahli Majlis Keselamatan.

Majlis Keselamatan terlibat dan bertanggungjawab dengan pertumpahan darah apabila meluluskan resolusi untuk melaksanakan tindakan ketenteraan. Tindakan ketenteraan ini pula hampir pasti didorong oleh kepentingan kuasa-kuasa besar.

Saifuddin: PKR hanya calon Azizah bagi MB S'gor

Cara selesai hutang RM66j punca PKR tukar MB

Palestin: Angka korban meningkat kepada 1,822

Israel calls limited truce amid global fury

Enam sekeluarga terbunuh dalam serangan Israel

10 terbunuh di sekolah PBB ketika tentera Israel berundur

Majlis Sejenak Bersama To' Guru | TGNA

Gazans cope with visible and invisible damage

Gaza: 1,788 rakyat Palestin terbunuh, Israel isytihar gencatan senjata 7 jam


Israel berkata akan menghentikan serangan pada kebanyakan tempat di Semenanjung Gaza hari ini bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan dan membenarkan ratusan rakyat Palestin yang menghadapi perang empat minggu itu kembali ke rumah masing-masing.
 
Pengumuman yang dibuat pertama kali kepada media Palestin itu disambut meragukan oleh Hamas kerana dibuat selepas bantahan keras Washington terhadap serangan Israel di tempat perlindungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang mengorbankan 10 nyawa.
 
“Jika gencatan senjata ini dicabul, tentera akan membalas tembakan semasa tempoh gencatan senjata ini,” kata seorang pegawainya, seperti dilaporkan Reuters.
 
Menurutnya lagi, timur Rafah kini satu-satunya kawasan bandar yang masih kekal dengan kehadiran tentera dan kereta kebal, yang ditarik balik atau dipindahkan ke sempadan Gaza pada hujung minggu.
 
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata, mereka tidak percaya dengan pengisytiharan sebelah pihak itu dan mendakwa ia hanya bertujuan mengalihkan pandangan daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan.
 
Israel melancarkan serangan bermula 8 Julai. Ia disasarkan daripada udara, laut dan serangan darat hingga ke bandar-bandar yang padat penduduk.
 
Pihak berkuasa Gaza berkata, sehingga kini, 1,788 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awan, terbunuh dan kira-kira 3,000 rumah mereka hancur.

Rejim Zionis berundur...

Beberapa kereta kebal turut berundur dari sebahagian kawasan di Genting Gaza. TEL AVIV - ISRAEL. Sebahagian pasukan tentera darat Israel termasuk kereta kebal mula berundur dari beberapa kawasan di Genting Gaza sehari selepas rejim Zionis melancarkan gelombang kedua keganasan yang telah meragut lebih seratus nyawa di wilayah itu.

Menteri Pertahanan Israel, memaklumkan mereka hanya akan meneruskan operasi untuk memusnahkan baki lebih 30 terowong rahsia milik Hamas.

Saksi di utara Gaza mengesahkan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilihat meninggalkan kawasan terbabit secara serentak.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu kononnya mereka bersedia untuk melancarkan semula operasi tersebut jika ia mengancam keselamatan Tel Aviv.

Netanyahu dengan angkuh berkata operasi ketenteraan ke atas Genting Gaza akan diteruskan walaupun ia mungkin mengambil masa lama dan terpaksa menggunakan kekuatan tentera lebih besar.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan Netanyahu sebenarnya keliru dengan krisis yang dicipta sendiri olehnya.
Pengunduran Israel itu membuktikan dakwaan beberapa pihak bahawa rejim Zionis kini kehabisan aset ketenteraan dan tindakan tersebut sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan mereka, laporan dipetik dari AFP.

1 Malaysia, 1 Israel...Apco...Pengkhianat Islam..!!!

 
ANDA 'WAJIB' BERBANGGA & BERSYUKUR KERANA UNDI ANDALAH KITA MASIH BERSATU & BERSAMA2 DGN AMERIKA SYARIKAT KUNCU & PENDOKONG TERKUAT ISRAEL..

Tanpa UMNO-BN siapalah ISRAEL...
Tanpa UMNO-BN tiadalah UMNO-APCO

Apa bezanya tiada hubungan diplomatik TETAPI ADA HUBUNGAN DAGANG !!! Hanya MACAI saja yg sanggup jilat & makan rumput sampai mati..

Rujuk Kabinet Sebelum Boikot Barangan Israel Kata Menteri Umno..!!

Kan sekarang ramai orang tengah boikot barang-barangan dari israel. Apa2 perkhidmatan atau product yang dikaitkan dengan israel sedang dikempenkan untuk diboikot. Antara yang sering menjadi bahan kempen boikot di Malaysia ialah MCDONALD'S.

Tapi sekarang kempen boikot diperluaskan kepada barang-barangan NESTLE dan juga pasaraya TESCO.

Susu.
Milo.
Product biskut Nestle antara yang terkesan dalam kempen boikot.

Begitu juga dengan pasaraya TESCO.

Apabila kempen2 BOIKOT dilakukan ke atas pasaraya TESCO, maka orang akan memilih untuk pergi ke PASARAYA lain sebagai ALTERNATIF.

MCDONALD's jangan cakap la. Sampai jatuh saham dorang dibuatnya. Meskipun penafian demi penafian dibuat namun nampaknya penjelasan2 itu tidak dapat menyakinkan rakyat Malaysia secara amnya.

Dan berikut adalah apa yang dikatakan oleh menteri.



Kenyataan disampaikan oleh menteri MITI iaitu DS Mustafa.


Malaysia perlu merujuk kepada jemaah menteri sebelum membuat sebarang kenyataan atau keputusan untuk menolak serta memboikot penggunaan produk atau barangan yang dikeluarkan Israel. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata perkara itu memerlukan penelitian serta perbincangan secara terperinci dan kerajaan kini sedang memperhalusi setiap aspek sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan. -BH-

Yang menjadi tanda tanya ;

1. Boikot adalah hak peribadi masing2 kerana ia melibatkan wang dan usaha sendiri.

2. Kenapa pula sebelum boikot kita perlu rujuk kepada jemaah menteri?

3. Sejak bila urusan peribadi kita ialah sesuatu yang berhak ditentukan oleh mana2 menteri?

Tak pelik ka?

Kalau pun orang boikot, so?

Kenapa menteri perlu sibuk?

Semangat Malaysia dan PAS


pakatan rakyat johor pemimpin

oleh HOWARD LEE

Saya ditanya oleh seorang sahabat dari UK ketika bersembang politik di Facebook, “Is there such a thing as Malaysian spirit?” Adakah wujud sesuatu yang boleh disebut sebagai Semangat Malaysia? Beliau masih menunggu jawapan saya.
Keghairahan untuk memperkuatkan muafakat di antara semua warga Malaysia yang dijalinkan melalui kefahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian yang dinikmati kita; serta meraikan persamaan yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan perbezaan di antara kita; solidariti dan perpaduan tanpa mengira kaum dan agama – semua ini adalah asas yang boleh mempastikan penyempurnaan pembinaan tamadun bangsa Malaysia. Bagi saya, walapun ringkas, inilah Semangat Malaysia. Yang penting juga, inilah semangat panduan perjuangan Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini, seluruh Malaysia telah menyaksikan suatu pembongkaran yang menimbulkan persoalan sama ada PAS ikhlas, komited malah bersetuju dengan tafsiran Semangat Malaysia yang saya huraikan. Walaupun pada awalnya selepas saya menerima screenshot Whatsapp, pada 1 syawal tadi, saya amat beremosi dan geram, tetapi selepas pemikiran yang lebih mendalam saya berpendapat pembongkaran itu amat bagus untuk PAS dan juga Pakatan Rakyat.
Ini tidak bermakna saya tidak berani mengutuk PAS dan hendak membela parti itu sekadar untuk memelihara kepentingan politik parti mereka, parti saya dan diri saya sendiri. Ia tidak bermakna saya tidak mengecam dan membantah pemikiran di sebalik senario itu. Tambahan lagi, DAP di kesemua peringkat telah membuat pendirian yang jelas bahawa analisa senario yang dihuraikan oleh Dr Zuhdi itu suatu yang bercanggah dengan semangat Malaysia serta melanggar prinsip seperjuangan Pakatan Rakyat.
Pengakuan harus juga dibuat bahawa ada di antara penyokong dan anggota DAP yang mungkin masih mementingkan pegangan etnik (ethnocentric) dan kurang Semangat Malaysia; tetapi bezanya adalah golongan ini tiada dalam pucuk pimpinan tertinggi DAP. Pemikiran sebegitu dan juara-juaranya, melalui proses evolusi dan demokrasi dalaman parti, telah pun lama disingkirkan.
Jikalau sesiapa sebelum ini tidak menyangkakan kewujudan golongan ini, individu atau kumpulan itu haruslah diberi pengiktirafan sebagai pihak yang tidak begitu memahami lumrah dan fitrah politik tanah air kita. Isu yang memerlukan tumpuan bukan wujudnya golongan ini tetapi wujud atau tidak hasrat untuk mengurangkan pengaruh dan perwakilan mereka dalam mekanisme pembuatan keputusan.

Munafik: Henti segera dagangan Malaysia-Israel..!!

DESAKAN banyak pihak sejak akhir-akhir ini supaya Malaysia menghentikan hubungan dagangan dengan Israel ada asasnya.

Hakikatnya, bagi 2013, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion), seperti laporan Biro Statistik Pusat Israel.

Tetapi, tidak mudah untuk mengelakkan perdagangan dengan Israel, terutama dalam dunia hari ini, memandangkan semua negara saling berkait antara satu sama lain.

Perkara ini diakui Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, yang juga pakar ekonomi Islam, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kita (Malaysia) tidak ada hubungan langsung dengan Israel, tetapi syarikat multinasional yang beroperasi di sini mungkin ada, contohnya syarikat barangan elektronik yang membuat pemasangan di sini.

“Kita tidak ada kuasa untuk halang mereka berhubung dengan Israel,” katanya.

Rangkaian perdagangan global juga semakin rumit kerana syarikat dari Israel, yang menyedari kedudukan negara itu tidak diiktiraf banyak negara lain, sudah lama ‘mempelajari’ cara untuk menembusi pasaran luar termasuk negara yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan mereka.

Antara pendedahan terbesar berhubung perkara ini dibuat dalam laporan agensi berita Bloomberg pada akhir 2011.

Siasatan Bloomberg itu melaporkan syarikat Israel, Allot Communications menghantar alatan pemantauan internet ke pengedar di Denmark, RanTek.

Setibanya di sana, pekerja RanTek membungkus semula dan membuang label pada produk itu untuk menyembunyikan negara asal produk itu.

Mereka kemudian menghantarnya ke Iran, negara yang sering mengecam rejim Zionis tanpa diketahui pihak berkuasa di Israel dan Iran.

Dan di bawah undang-undang Denmark, penjualan itu adalah sah.
Menurut laporan akhbar Israel, Haaretz pada 2012, realitinya, banyak syarikat negara itu yang mula mencari pasaran dunia ketiga, termasuk negara yang tidak mesra Zionis selepas dunia Barat berdepan pelbagai krisis ekonomi.

“Negara-negara ini dikatakan mempunyai ramai peminat terhadap teknologi dan produk Israel tetapi disebabkan sensitiviti politik, pelekat ‘Buatan Israel’ perlu dibuang dan dokumen penghantaran perlu dikeluarkan dari negara ketiga, sama ada Turki atau Eropah,” menurut laporan Haaretz.

Malaysia pasaran berpotensi bagi Israel

Dalam dunia perniagaan, perdagangan antara Israel dengan negara Islam bukan rahsia.
Banyak syarikat Israel mengeksport produk ke Arab Saudi, selalunya dilakukan melalui anak syarikat Israel yang berdaftar di AS, untuk mengambil manfaat daripada hubungan kuat antara AS dan Arab Saudi.

Negara Teluk yang kaya juga menjadi lokasi tarikan untuk perniagaan Israel, seperti Dubai, Abu Dhabi dan Qatar.

Namun, hubungan perdagangan Israel menjangkaui rantau Timur Tengah.

DAP: Adakah kenaikan tol JB sah?


Ketua Pembangkang Johor Boo Cheng Hau mempersoalkan sama ada kenaikan tol  di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) menghala ke Singapura sah.
 
Beliau membangkitkan sama ada ia diluluskan oleh kabinet dan diwarta berdasarkan undang-undang, bawah Seksyen 7(1) Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.
 
Tarif tol CIQ berkuat kuasa pada 1 Ogos selepas notis kurang seminggu dikeluarkan, mengakibatkan bantahan besar pemandu bas  mengakibatkan kesesakan lalulintas teruk di Tambak Johor.
 
Menurut Zaobao Singapura, bas kilang yang membawa pekerja ke Singapura setiap hari, mengadakan "mogok" pada pukul 5 pagi apabila diminta membayar kadar baru tol yang naik 470 peratus.
 
Keengganan mereka untuk berganjak, mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di laluan ke pusat pemeriksaan Singapura.
 
Sementara itu, Boo turut menolak cadangan anggota Parlimen Johor Bahru Shahrir Samad bahawa pengecualian tol untuk bas dan teksi boleh mengurangkan kesesakan di kompleks CIQ.
 
Katanya, kesesakan jalan raya tidak boleh dikurangkan dengan kenaikan tol sebelum pengangkutan awam berfungsi dengan baik, terutamanya keret aapi MRT dan LRT yang menghubungkan Johor Bahru Central dan Jambatan Kedua dengan Woodlands dan Tuas.

Pengusaha teksi JB-Singapura dapat RM6 sehari lepas tol CIQ naik

Peningkatan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor terlalu membebankan pengusaha teksi Johor Baru ke Singapura apabila hanya memperoleh pendapatan sekitar RM6 untuk sekali perjalanan.
Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Tuan-tuan Punya Teksi Kereta Sewa Johor Baru ke Singapura A  Wahab Hashim berkata, jumlah berkenaan adalah pendapatan bersih yang diperoleh kira-kira 174 pengusaha teksi di bandaraya itu sekiranya pulang ke Johor tanpa penumpang dari Singapura.
"Saya tidak boleh nak kata apa-apa, kenaikan itu terlalu mendadak," katanya kepada The Malaysian Insider di Johor Baru.

Wahab berkata, bagi perjalanan Johor Baru ke Singapura, setiap penumpang akan dikenakan bayaran RM15, manakala kadar rata untuk sebuah teksi kereta sewa adalah RM60 sekali perjalanan ke Singapura. Kos perjalanan perkhidmatan teksi termasuk bahan api, tol di CIQ dan bayaran trip di Singapura adalah RM33.65 untuk perjalanan ke Singapura.
Penumpang dari Singapura pula perlu membayar tambang $SD40 (RM102.40) sehala untuk perjalanan ke Johor Baru.
"Kami tidak mendapat sebarang pendapatan sekiranya tidak pulang membawa penumpang dari Singapura," katanya dan menambah, mereka terpaksa menunggu hingga 10 jam untuk mendapatkan penumpang di Singapura.
"Kami juga terpaksa meredah kesesakan lalu lintas kira-kira tiga jam sebelum dapat menyeberangi Tambak Johor,” katanya.
Seorang pengusaha teksi kereta sewa yang ditemui The Malaysian Insider mengakui perkara itu, dan berkata pendapatan mereka turut terjejas dengan kenaikan kadar tol di samping kesukaran mendapatkan penumpang.
"Paling banyak trip kami dari Johor Baru ke Singapura hanya dua kali perjalanan.
"Bayangkan jika kami hanya mendapat satu trip, apa yang kami dapat," katanya yang enggan dikenali.
Katanya, peningkatan kadar tol baru sehingga 400% itu juga begitu mendadak, malah ada antara pemandu teksi kereta sewa yang tidak mengetahui perkara itu kerana masih lagi bercuti sempena Aidilfitri.
"Ini pun ramai lagi yang tidak tahu, saya sendiri terkejut kerana notis yang diberikan terlalu singkat,” katanya.

Tiada masalah wanita jadi MB jika layak, kata bekas mufti Perlis

Tidak ada masalah melantik wanita jadi menteri besar di sesebuah negeri, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Tidak ada masalah melantik wanita jadi menteri besar di sesebuah negeri, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak menjadi masalah untuk melantik wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan.
Bekas mufti Perlis itu berkata, dalam konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya.
“Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan," katanya kepada Sinar Harian Online.

“Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah,” katanya. Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri.
Asri berkata, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku.
“Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki.
“Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya.

Bahaya DENGKI - Ustaz Azhar Idrus

PBB hairan Israel terus bedil sekolah perlindungan

Erdogan: Israel "will drown in the blood they shed"

Bloodshed at UN school in Gaza

Hamas ikrar perangi Israel



EMPAT jenazah kanakpanak disimpan di dalam peti sejuk ais krim di sebuah rumah mayat di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.



BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas kelmarin berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dan sehingga matlamat mereka tercapai walaupun peperangan tersebut menyebabkan lebih 1,760 penduduk Palestin terkorban.
"Kami akan meneruskan perjuangan sehingga matlamat kami tercapai," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.
Beliau berkata demikian tidak lama selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa berjaya melemahkan Hamas sejak konflik berkenaan tercetus pada 8 Julai lalu.

BEBERAPA orang lelaki memeriksa mangsa-mangsa serangan tentera udara Israel di luar sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Rafah, Semenanjung Gaza semalam.


"Netanyahu keliru dan itu menunjukkan bahawa dia sebenarnya berdepan dengan krisis," tambahnya.
Dalam pada itu, satu delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir semalam bagi mengadakan perbincangan dengan para pegawai Mesir bagi mencari satu gencatan senjata di Gaza.
Kata sumber, delegasi itu diketuai pegawai kanan Hamas, Ezzat al-Rishq tetapi Israel tidak menghantar sebarang wakil dalam perbincangan tersebut. - Agensi

Religious roots of Middle East Conflict

Red News, Blue News: P.R. war in Mideast

Bias in Mideast coverage

How social media affects Mideast coverage

"I do not know what they will do, kill me or kill my family"- Israeli youth

Can diplomacy still end the Gaza crisis?

Gaza hospitals unable to cope with casualties