Ahad, 3 Ogos 2014

Kerajaan UMNO tak perlu kaji, putuskan dagangan dengan Zionis Israel

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menghentikan segera hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Kerajaan tidak perlu melakukan sebarang kajian lagi, apa yang perlu dilakukan adalah hentikan segera hubungan dagang.

"Ini satu langkah untuk kita memberi tekanan kepada negara yang zalim itu, selagi kita memberi sumbangan melalui ekonomi Israel akan terus kuat untuk membunuh rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, sikap berlengah-lengah kerajaan dalam membuat keputusan akan mengakibatkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa akan terkorban.

"Kita tidak perlu menjadi penyumbang kepada kematian penduduk Gaza, walaupun kita akui kita tidak terlibat tetapi dengan hubungan dagang ini secara tidak langsung penyumbang kepada keperluan ketenteraan mereka.

"Semakin lama masa diambil, semakin banyak nyawa yang terkorban. Kita gesa hentikan segera dan tiada lagi masa untuk kita duduk berbincang," sambung beliau lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara zionis itu dan akan memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan  dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

Uncut Chronicles: Gaza-Israel War. Deadly July 2014

Strike Kills 10 Near UN School in Gaza

Israeli air strike on U.N.-run school kills at least 10

Pemberi rasuah paling besar di negara ini ialah orang Cina kata Zam

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga ada kroni dan DAP tentunya mempunyai penyokong parti yang mengharapkan peluang besar dalam perniagaan dan keusahawanan di Selangor yang kaya raya.

zainuddinmaidinPETALING JAYA : Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menyimpulkan bahawa DAP begitu marah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana beliau seorang profesional yang sukar untuk di rasuah dan di pergunakan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Zainuddin yang menulis dalam entri di blog zamkata.blogspot.com hari ini berkata pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina.
“Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP dan pada umumnya sama sahaja. Orang Melayu tidak banyak wang untuk merasuah dan malu untuk melakukan sesama sebangsa.
“Pengharapan adalah sama di antara kalangan usahawan dan perniagaan Cina dari DAP terhadap kerajaan pimpinan Khalid.
“Apa gunannya kuasa kalau tidak boleh dibahagikan rezeki antara ahli parti yang akan dapat membalas budi untuk meluaskan dan memperkuatkan parti,” jelasnya.
Tambahnya lagi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam UMNO dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan cukup memahami ‘permainan’ ini.
“PKR juga ada kroni dan DAP tentunya mempunyai penyokong parti yang mengharapkan peluang besar dalam perniagaan dan keusahawanan di Selangor yang kaya raya.
“Mereka mengharapkan segala kemudahan yang di nikmati selama ini oleh kroni UMNO, MCA, MIC dan lain lain parti komponen BN dapat di nikmati oleh mereka juga.
“Namun sikap Khalid yang profesional menyebabkan beliau tidak disukai oleh partinya sendiri,” ujarnya.

SPRM perlu dedah status siasatan skandal mata wang

n_surendranKUALA LUMPUR 3 OGOS : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengemukakan status siasatan berhubung skandal mata wang bernilai jutaan ‎dolar, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Hingga kini, SPRM tidak mengumumkan siasatan yang dibuat pada 2010 terhadap seorang usahawan Malaysia yang didakwa menerima komisyen RM11.3 juta daripada dua firma Australia, sebagai usaha memenangi kontrak mencetak dan membekal mata wang.
Usahawan  tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen daripada anak syarikat firma Reserve Bank of Australia (RBA).
“Saya tak tahu kalau siasatan itu hanya diberitahu kepada pihak Peguam Negara (AG) sahaja dan kemudian mereka terus senyap daripada mengenakan sebarang pendakwaan kepada individu yang terlibat,
“Apa yang sepatutnya SPRM lakukan ialah status tersebut mesti diberitahu dan didedahkan kepada orang awam,” kata Surendran.
Terbaru, laman web Wikileaks mendedahkan pemimpin Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak, serta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam skandal berkenaan.
Turut dinamakan adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Perintah berkurung dilanjut, kerajaan gagal kawal keselamatan Sabah

roland_chiaSABAH 3 OGOS: Isu keselamatan di perairan Sabah masih tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan sehingga terpaksa melanjutkan tempoh bagi perintah berkurung di negeri itu, kata ADUN Inanam, Dr Roland Chia.
Katanya, kegagalan memberi penjelasan kepada rakyat terhadap tahap keselamatan di Sabah  memberi gambaran kerajaan gagal  menangani isu berkenaan.
“Sabah dah 51 tahun merdeka melalui Malaysia, kenapa perintah berkurung terpaksa dilanjutkan tempohnya. Kerajaan nampaknya tak dapat selesaikan masalah ini, dan perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka berbuat sedemikian,” jelasnya ketika dihubungi.
Pada 25 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan.
Keputusan itu dibuat ekoran beberapa kes pencerobohan dan penculikan di kawasan perairan negeri itu yang dilihat semakin membimbangkan.
Terbaru, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut ditembak manakala Konstabel Zakiah Aleip, 26, diculik ketika menjalankan tugas rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.
Dr Roland Chia turut mempersoalkan adakah tempoh lanjutan berkenaan mempunyai kaitan dengan kelewatan pendedahan laporan  Suruhanjaya Diraja mengenai pendatang tanpa izin ke negeri itu, yang mana laporan tersebut sudah dihantar kepada Yang Dipertuan Agung sejak 22 Mei lalu.
“Kita mahu kerajaan jelaskan perkara sebenar, adakah ia ada kaitan dengan laporan pendatang tanpa izin ke Sabah oleh Suruhanjaya Diraja itu, kita tak mahu perkara ini terus berlarutan tanpa penyelesaian yang muktamad,” ujarnya.

'Semua ketua cabang PKR setuju Wan Azizah MB'-Yahya Sahri

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Yahya Sahri menegaskan bahawa kesemua ketua cabang PKR di Selangor telah menerima keputusan parti untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar  yang baru.

Ini turut termasuk Azizi Ayob yang membuat kenyataan nama beliau dipergunakan dalam satu kenyataan media meminta menteri besar sekarang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikenakan tindakan displin kerana mengingkari arahan parti.

"Itu hal 'peribadi' dia (Azizi). Mungkin malam itu dia ditakutkan atau diminta menyokong orang lain.

"Tetapi apa yang saya tahu beliau bersetuju menyokong keputusan parti ketika (kenyataan media) itu dibuat," katanya kepada Malaysiakini.

Khamis lalu, Yahya yang juga ketua cabang PKR  Tanjong Karang mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan kepimpinan tertinggi PKR.

Yahya bersama ketua cabang PKR Sabak Bernam Abu Talip Bujang, Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar)  turut menyeru agar semua ahli PKR termasuk ADUN dan Exco dalam pentadbiran Selangor pada waktu ini mengenepikan perbezaan pendapat serta bersatu hati dalam menyokong ketetapan Majlis Pimpinan Pusat pada 21hb Julai lalu.

Prayers and dreams in Gaza

Facebook tapis imej penderitaan Gaza

Naomi Wolf NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

“Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.

Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’.

Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.

Penduduk Gaza bertahan serangan terburuk Israel


Gaza

KUALA LUMPUR - Berikutan pencerobohan tentera Israel yang bagaikan tidak berkesudahan, penduduk di Gaza tetap bertahan di sebalik bencana buruk itu, kata seorang wartawan Palestin yang tinggal di wilayah yang dikepung.

Saleh Jadallah berkata serangan yang sedang dilakukan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,700 nyawa penduduk Palestin sejak 8 Julai adalah serangan terburuk pernah dialaminya.

"Tidak syak lagi perang ini adalah yang terburuk pada penilaian saya berdasarkan jumlah kematian, kemusnahan, krisis tenaga, kekurangan bekalan makanan dan jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

"Sebenarnya, tiada tempat yang selamat di Gaza," katanya menerusi email kepada Bernama.

"Penduduk yang tinggal di dalam rumah dijadikan sasaran.

"Jika mereka berlindung di sekolah PBB, mereka akan dihujani peluru berdasarkan beberapa insiden. "Berjalan dan bergerak di jalan menyebabkan mereka terdedah kepada  sasaran, beberapa hari lepas 20 penduduk Palestin terbunuh dekat pasar," kata Saleh, 25, petugas sambilan sebuah organisasi media antarabangsa.

Saleh berkata beliau terselamat dua peperangan yang berlaku dalam tempoh lima tahun namun tidak pasti sama ada beliau akan terus berjaya mengharungi konflik yang sedang melanda ini.

"Isteri dan anak lelaki saya sentiasa bimbang tentang diri saya setiap kali saya keluar bekerja.

Gaza woman gives birth to quadruplets

Displaced Gazans wake up to new day in U.N.-run shelter as death toll soars

Israeli airstrike targets another UN school in Gaza, 10 dead

Two Palestinians from one family killed in Israeli strike in Gaza

Gaza: Anak kembar 4 lahir ditengah konflik

Airstrike Hits UN School in Gaza

Pemuda Umno: Mengapa hanya orang Melayu seperti Kiki didakwa?

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menganggap pihak berkuasa membuat "pendakwaan terpilih" kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Facebook yang menurutnya telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Beliau merujuk kepada tulisan pemuda yang menggunakan nama Kelvin Yip di Facebook, yang berang kerana bacaan ayat suci dialunkan dari sebuah masjid seawal jam 6.45 pagi, dipercayai semasa sambutan hari raya.

Mohd Razlan berkata, pembuli jalan raya Siti Fairrah Ashyikin
Kamaruddin sangat pantas disiasat, didakwa dan dihukum tanpa laporan polis dibuat terhadapnya.

Sama juga dengan kes yang melibatkan pendakwah Ustaz Shahul Hamid segera disiasat selepas dia didakwa membuat kenyataan bersifat perkauman, katanya.

Tetapi, katanya, setelah tujuh hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan polis telah dibuat dan postingnya tersebar luas di laman sosial seperti popularnya Kiki.

"Apa istimewanya Kelvin Yip berbanding Kiki dan  Ustaz Shahul?" katanya dalam satu kenyataan semalam.

"Rata-rata rakyat peringkat bawahan mengadu pada saya dan rakan-rakan lain, kenapa pihak berkuasa begitu fobia berkenaan isu melibatkan orang Melayu terhadap orang Cina tetapi tidak ada langsung tergugat sekiranya orang Cina melakukan penghinaan kepada Islam mahupun orang Melayu.
 

Hina agama lain bertentangan seruan al-Quran - Dr Maszlee Malik

Dr Maszlee Malik
SHAH ALAM – Perbuatan menghina, mempersenda dan memperleceh agama lain atau amalan mana-mana agama adalah bertentangan dengan seruan ayat al-Quran, kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan seorang penceramah bebas, Shahul Hamid Seeni Mohd yang didakwa menghina agama Hindu dan kaum India dalam ceramah agamanya.

Shahul kemudiannya meminta maaf dan berharap diberi peluang untuk memperbaiki diri atas kesilapan tersebut.

“Semua penganut agama di Malaysia perlu sentiasa menghayati prinsip saling hormat-menghormati dalam mengamalkan kehidupan bermuafakat dan harmoni.

Bagi umat Islam, semangat saling menghormati dan persaudaraan yang dianjurkan selari dengan mesej Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam patut dijadikan tema dalam kehidupan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan suasana tegang dan prejudis antara penganut agama.

“Perbuatan menghina, mempersenda dan memperleceh agama lain ataupun pengamalan agama mereka amat bertentangan dengan seruan ayat al-Quran di dalam surah al-An'am (6), ayat 108.

Puteri Umno sasar 800,000 ahli menjelang 2018..!!!

ALOR GAJAH - Puteri Umno menyasarkan untuk meningkatkan keanggotaan pergerakan itu kepada lebih 800,000 orang sehingga tahun 2018 berbanding 390,000 setakat ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan pelbagai usaha yang dijalankan pergerakan itu sepanjang penggal beliau menerajui pergerakan itu.

"Baru-baru ini kita telah melancarkan aplikasi telefon pintar 'PUTERI' bagi memudahkan penyaluran pelbagai maklumat kepada wanita muda dan kita menerima lebih 200 permohonan untuk menganggotai Biro Sahabat Puteri menerusi aplikasi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau juga berkata Puteri telah menubuhkan Biro Sahabat Puteri akhir tahun lepas bagi menarik sokongan golongan muda kepada Umno tanpa mengira jantina dan kaum.

Katanya dalam tempoh dua bulan ini, pergerakan itu berjaya mendapatkan 20,000 anggota.  

Dalam perkembangan lain, Mas Ermieyati berkata, pergerakan itu akan meneruskan program Kembara I.L.M.U (Inspirasi. Latihan. Motivasi. Unggul) anjuran Biro Pendidikan pergerakan itu di seluruh negara.

Hadir perjanjian air: Teng balas kritikan ahli DAP Selangor

Datuk Teng Chang Kim hari ini menempelak partinya sendiri, DAP, kerana mengkritik kehadiran beliau dalam majlis menandatangai perjanjian industri air antara Selangor dan Putrajaya minggu lalu.

Teng yang juga exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan Selangor berkata kritikan itu menunjukkan "ketidakmatangan".

"Saya fikir itu (kritikan) menunjukkan ketidakmatangan mereka (wakil rakyat DAP) dalam politik. Mereka tidak dapat membezakan politik dan pentadbiran. Saya kasihankan mereka," kata beliau kepada Malaysiakini.

Rakan parti beliau, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan ketua publisiti DAP Selangor, Ronnie Liu secara terbuka mengkritik Teng kerana terlibat dan menyokong perjanjian yang belum dipersetujui Pakatan Rakyat.

Ng hari ini meluahkan kekecewaan beliau terhadap Teng di laman Facebooknya kerana hadir bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut, yang didakwa Ng sebagai tidak menghormati parti.

"Adakah beliau (Teng) sudah lupa tanggungjawab terhadap parti," kata Ng.

Liu pula mempersoalkan sama ada Teng mengetahui kandungan dan impak perjanjian tersebut terhadap Selangor, parti dan Pakatan Rakyat.

Nasib PR terjawab dalam tempoh tujuh hari dari sekarang

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kehilangan pesawat Mas MH370 bersama 239 dan bencana menimpa MH17 yang mengecaikan 295 penumpangnya tidak lagi menjadi sebutan dan sesuatu yang difikirkan. Kehilangan MH370 yang sudah memakan masa lima bulan, sudah dipasrahkan begitu sahaja.

Pun begitu juga dengan berkecainya MH17 dimana pengecaman mayat masih dilakukan, tidak lagi menjadi topik perbualan, dan minat ke atas kedua peristiwa itu juga tidak penting.

 Kecualilah waris warah mangsa ke atas kedua-dua kejadian itu. Di desa dan kampung-kampung juga orang tidak ramai menyebut dan mengimbau kepada dua tragedi itu, ia seolah sudah dialpakan dengan meletak ianya sebagai takdir Allah sepenuhnya.

Pemerhatian umum khususnya dalam kalangan orang politik kini ialah kepada senario politik di Selangor, mengenai jawatan MB negeri itu yang diusahakan untuk ditukar ganti dengan muka baru kerana parti (PKR) telah hilang kepercayaan kepada sang MBnya Abdul Khalid Ibrahim. Penungguan orang ramai apakah rancangan untuk menobatkan Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai pengganti Khalid menjadi realiti atau tragedi? Sehingga kini ia masih misteri.

Ataupun keriuhan disebalik menamakan Azizan itu sebagai satu lagi testimoni dilakukan Anwar terhadap sejauh mana kematangan dan kelicitan berfikir orang Malaysia terhadap politik?

Kasus MB Selangor ini berpanjangan, dari sebelum puasa membawa kepada sepanjang Ramadhan dan terheret ke hari ini. Berbagai ulasan, pandangan, tafsiran, tenguran baik dari segi moral politik, undang-undang politik yang menyentuh mengenai masa depan PKR dan Pakatan Rakyat berhubung perkara itu dibuat. Pandangan bukan saja dari sarjana, pemerhati politik tegar, bahkan dari kalangan pemain media baru juga yang ada kalanya sangat dangkal dan cemar mengenai assessment politik turut sama bercakap.

Kewujudan media baru hari ini telah menjadikan isu pertukaran MB Selangor menerawang menjadi kelam kabut serta sangat mencemaskan mereka yang menyayangi Pakatan Rakyat. Ia juga merumitkan keadaan. Musuh PKR dan Pakatan Rakyat tidak perlu berkerja keras lagi dengan meletusnya isu itu. Mereka menjadi serigala atau pun beruang air yang menanti mudiknya anak-anak ikan dari hilir menuju ke hulu di pergentingan untuk ditangkap dan diratah mentah-mentah.

Segala macam nasihat, pandangan, spekulasi tidak mengubah keadaan. Para pemain dan watak utama dalam krisis di Selangor itu terus galak dan excited dengan agenda masing-masing. Ia kontras dengan orang bawah yang bermunajat dan berdoa kepada Allah agar Pakatan diselamatkan. Mereka yang rindukan perubahan ke atas negara obses mengenai hal ini. Para pemimpin seakan degil daripada mendengar segala rintihan dan nasihat.

Khalid walaupu diasak bertubi-tubui dan bertubi-tubi, tetapi tetap tidak mahu mengaku kalah, bahkan dia juga sudah nekad dan mengambil semangat dari slogan atau tagline Lawan Tetap Lawan kandatipun sesama sendiri yang akan membawa menang jadi abu kalah jadi arang. Kesungguhan Khalid jelas apabila mencari suaka politik hingga berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat, sesudah dia mendapat restu daripada presiden Pas.

SALAHKAH DR WAN AZIZAH JADI MB?

Kini DS Dr. Wan Azizah telah ‘tercampak’ semula ke kancah politik tanah air. Mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima keputusan rakyat, khususnya PKR. Dan sudah dijelaskan oleh Dr. Syed Hussein Ali bahawa keputusan untuk meletakkan beliau menjadi MB Selangor bukan ‘mahu’nya. Dan tidak juga kehendak YB DS Anwar Ibrahim sebagaimana yang dituduh dan difitnah oleh berbagai pihak yang datang dari kumpulan penentang Pakatan Rakyat. Kini sudah jelas bahawa pelantikan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor (sekiranya terjadi demikian) bukanlah atas dasar ‘cronisme’ yang diamalkan oleh DS Anwar Ibrahim.
Jikalau aku tidak silap, YB Lim Kit Siang telah menyebut dan ‘meramalkan’ yang Dr. Wan Azizah berkemungkinan menjadi Perdama Menteri wanita pertama. Dan kenyataan YB Lim Kit Siang ini telah disanggah oleh YB DS Zahid Hamidi yang merasakan bahawa YB Lim Kit Siang sedang bermimpi di siang hari. Maknanya bagi DS Zahid apa  yang disebut oleh YB Lim Kit Siang itu tidak akan berlaku. Hanya sebagai bermimpi di siang hari!!..Mustahil..
Ini pandangan masing-masing. Yang penting kuasa Allah akan menentukan segala-galanya. Ada dua faktor yang menyebabkan aku terdorong untuk menyentuh  isu ini.
·      Kenyataan ini terkeluar dari mulut YB Lim Kit Siang dan Dr Syed Hussein Ali, dua orang tokoh veteran yang amat dihormati di Malaysia kerana ketegasan dan tidak ada langsung terlibat dalam kes-kes penyelewengan. Jatuh bangun mereka adalah semata-mata memperjuangkan kesejahteraan rakyat.
·      Liku-liku kehidupan yang dilalui oleh YB Dr. Wan Azizah adalah penuh dengan keperitan dan kegetiran,terutama apabila ‘keseorangan’ menangani keluarga dan rakyat di kawasan Permatang Pauh. Mungkin ada yang ‘tak kena’ ketika beliau menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan Permatang Pauh, namun umumnya mengatakan bahawa beliau berada pada tahap ‘cemerlang’ mengendalikan tugas sebagai wakil rakyat.
Aku yakin bahawa Dr Wan Azizah tidak ‘terkinja-kinja’ untuk dilantik menjadi MB Selangor ini. Bukan Dr Wan Azizah namanya, sekiranya mahu memperagakan diri serta menonjolkan diri supaya dihormati oleh rakyat. Yang aku kenal dan yang aku tahu bahawa keluarga DS Anwar Ibrahim adalah sebuah keluarga yang sentiasa mementing dan ‘membakar’ diri untuk rakyat. Amatlah salah sekiranya tanggapan seseorang sekiranya mengatakan bahawa terlantiknya Dr Wan Azizah ke jawatan MB nanti sedikti sebanyak akan menyelamatakan kedudukan DS Anwar Ibrahim.
Ramai juga yang merasa ragu-ragu dengan kemampuan seorang wanita menerajui sebuah negeri seperti Dr. Wan Azizah. Dan yang beranggapan demikian adalah golongan wanita yang bertaraf wakli rakyat dan CEO. Apakah mereka beranggapan bahawa hanya mereka saja wanita di muka bumi  ini yang layak untuk menerajui sesebuah organisasi dan wanita lain semuanya tidak layak.
Elok aku perturukan tokoh-tokoh wanita dunia yang telah berjaya menerajui sesbuah negara atau negeri.
·      Begum Khaleda Zia, Bangladesh. Isteri kepada President Zia-ur Rahman. Khaleda pernah dipenjarakan sebanyak tujuh kali. Menjadi Perdama Menteri dari 20.3.1991 sehingga 30.3.1996

Tunda kenaikan tol CIQ Johor, runding dahulu dengan rakyat


ciq


KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengarahkan penangguhan kenaikan tol sebanyak 480 peratus di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru, yang mula berkuatkuasa dua hari lalu.
Ia bagi membolehkan rundingan penuh dengan orang ramai, khususnya rakyat Johor dijalankan berhubung perkara itu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
“Proses rundingan awam penuh perlu dibuat (terlebih dahulu), selaras dengan komitmen Najib untuk mendukung prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Beliau sepatutnya sudah menerima maklum balas, bukan sahaja tentang betapa tidak popularnya kenaikan itu, tetapi lebih penting, ketidakadilan yang dirasai penduduk di selatan Johor ekoran kenaikan melampau itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mempersoalkan kenaikan tergesa-gesa kadar ini tanpa memberi peluang kepada orang ramai menyuarakan pandangan.
“Kenaikan diumumkan pada 26 Julai, ia dilaksanakan pada 1 Ogos. Kenapa kenaikan melampau ini dikenakan sebegitu cepat, seolah-olah pihak berkuasa tahu bahawa ia sangat bertentangan dengan kepentingan awam dan ingin melaksanakannya secepat mungkin,” katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu mencadangkan rundingan itu agar mengambil kira, antaranya, isu permit masuk kenderaan (Vehicle Entry Permit, VEP) dari Singapura dan rancangan pengangkutan awam menyeluruh di Johor Bahru, serta perancangan kerajaan sebelum ini untuk mengambil alih Eastern Dispersal Link (EDL) daripada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Blogger Yahudi mahu tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza dipertimbangkan

Seorang blogger Israel dihentikan perkhidmatan dan artikelnya diturunkan dari laman web The Times of Israel dan 5 Towns Jewish Times selepas dia menyeru untuk satu tindakan “pembunuhan beramai-ramai” ke atas rakyat Palestin di Gaza dipertimbangkan, lapor portal berita Haaretz.

Blogger Yochanan Gordon dalam artikelnya bertajuk  "When genocide is permissible" atau “Apabila pembunuhan beramai-ramai itu dibenarkan”, menggesa cadangan itu dipertimbangkan untuk dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

“Sekiranya pemimpin politik dan pakar ketenteraan dapat menyimpulkan bahawa satu-satunya cara untuk mencapai matlamat untuk menyelesaikan konflik ini adalah dengan pembunuhan  beramai-ramai, adakah cara ini (pembunuhan beramai-ramai) seharusnya dibenarkan untuk mencapai matlamat itu?” tanya Gordon dalam artikel itu yang dimuatnaik pada Jumaat.

The Times of Israel menurunkan artikel itu beberapa jam selepas ia dinaikkan dan diterbitkan dengan diganti dengan kenyataan “kami tidak menyokong artikel di blog ini yang menghasut keganasan dan perbuatan jenayah.”

Manakala 5 Towns Jewish Times, yang berpangkalan di Long Island dan diasaskan oleh bapa Gordon turut memadam artikel terbabit.

MB Selangor: Pakatan ada calon alternatif?

BARISAN kepimpinan pakatan pembangkang yang akan menentukan siapa bakal menduduki kerusi menteri besar Selangor 10 Ogos ini. Foto MALAYSIA GAZETTE
“Untuk memuaskan hati semua pihak, Pakatan Rakyat (PR) bakal mencari satu calon alternatif selain Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang terpaksa digulingkan biar dengan cara apa sekalipun.”
Sumber terdekat di pejabat Menteri Besar memberitahu MalaysiaGazette, menamakan calon lain selain Wan Azizah mungkin cara terbaik untuk menangani kemelut yang mengaibkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
“Memang telah ada nama yang dicadangkan dalam PKR tetapi keputusan untuk merestui nama itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat bersama PKR, Pas dan DAP 10 Ogos ini.
“Pada awalnya, nama Timbalan Preside PKR, Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi kebanyakan pemimpin Pas menolak cadangan tersebut. Jadi, Azmin memang tidak mungkin dipilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor,” katanya.
Ujarnya, calon yang dicadangkan itu adalah pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR.

SIMPAN MAKI HAMUN ITU UNTUK SYAITAN YANG DIKENALI

OK, stop perang saudara.  PKR dan PAS banyak buang masa berbalah soal MB Selangor.  Pemimpin kedua-dua parti bertenang sambil terus merayakan Aidil Fitri, kita penyokong bawahan pula bertegang urat soal yang belum diputuskan.  Tapi aku rasa ada hikmahnya kerana bila kita hangatkan alam siber, baru pimpinan sedar bahawa kita sedang memerhatikan tindakan mereka.  Baru kita tahu siapa yang bersungguh-sungguh mahu PR kekal seperti sedia ada, dan ada yang mahu PAS bersendirian dan kita juga tahu ada yang mencadangkan UG "Kerajaan Perpaduan" bersama Amno dikejutkan dari tidur lena mereka.
Tertarik dengan saranan Dr Zul bahawa perbalahan sesama kita harus dihentikan.  Ini soal pendekatan atau 'uslub' untuk perkuatkan PR.  Tentu banyak pandangan berbeza dan masing-masing ada hujah masing-masing.  Bila sudah ada berbagai pandangan, kita patut menggunapakai nasihat Tok Guru Nik Aziz yang menyebut pentingnya patuh kepada 'nakhoda'.  Walaupun nasihat Tok Guru itu untuk jemaah PAS, tetapi nasihat yang baik elok diikuti oleh PKR.  Patuh kepada nakhoda dan parti.  
Jika kita rasa kita tidak perlu kepada nasihat dan kehendak jemaah di dalam parti, elok kita kelyar dari parti memasuki parti lain atau tubuhkan parti baru yang kita boleh jadi pemimpin.
Mudah selesai jika semua patuh kepada kehendak parti walaupun kita rasa kita betul.  PKR telah lakukan segalanya yang telah disarankan oleh Tok Guru Nik Aziz bagi menyelesaikan kemelut di Selangor ini.  Sejak penggal pertama lagi PKR cuba selesaikan dan nasihat kepada pemimpin-pemimpin terlibat di dalam krisis ini, dan akhirnya parti merasakan tiada jalan lain untuk kurangkan masalah ini selain dari melakukan 'islah' di dalam pentadbiran Selangor.

Silap PKR umum pengganti Khalid sebelum masanya, kata Tamrin

Usaha PKR untuk memastikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor sedikit sebanyak merosakkan reputasi PAS dan Pakatan Rakyat (PR), kata Tamrin Ghafar. Beliau yang juga anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba melihat kesilapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mengumumkan pengganti Khalid sebelum tiba pada masanya. “MB Selangor daripada PKR, bukan daripada PAS, tetapi yang mulai retak ialah PAS dan Pakatan. Aneh dan ajaib.  “Apabila Anwar membuat kenyataan bakal pengganti Khalid, itu dia bercakap bagi pihak partinya PKR, bukan bagi pihak Pakatan. “Mungkin pada PAS, kelemahan Anwar ialah mengumumkan nama pengganti MB sebelum 10 Ogos. Mungkin juga kelemahan kita ialah membuat kenyataan umum sebelum tarikh itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid bagi jawatan menteri besar Selangor. Anwar berkata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing. Bagaimanapun, Tamrin tidak meletakkan kesalahan 100% kepada PKR, dengan melihat PAS juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tanpa menyebut kelemahan PAS secara spesifik, beliau merujuk tingkah laku PAS yang dikatakan memungkiri janji pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). “Mungkin kalau itu dikatakan kelemahan, PAS juga ada kelemahannya. Cuba kita renung kembali apa yang berlaku semasa PRU13 yang lepas. “Memungkir janji persetujuan yang dicapai itu bagi saya kelemahan yang susah hendak dilupakan. Selepas (kewafatan) Rasulullah, tidak ada siapa pun yang maksum,”

Noh desak Khalid dedahkan sebab sebenarnya ganti MB..!!!

Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Mungkin ada perkara yang Khalid tidak bersetuju yang kesannya akan menjejaskan kepentingan rakyat.

TANJONG KARANG : Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerana telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bagi penstrukturan semula air.
Menurutnya, Khalid telah bangun dari lena kerana bangkit menjaga kebajikan rakyat Selangor.
noh300“Jangan politikkan isu air ini, kerana isu air ini akan menjejaskan industri-industri, terutamanya pelabur-pelabur di negeri Selangor .
“Selain dari itu, ia juga akan menyebabkan peniaga-peniaga kecil menghadapi masalah,” katanya ketika ditemui media di rumah terbuka beliau di Padang Astaka Tanjong Karang.
Noh turut menjelaskan bahawa cara pemilihan Menteri Besar Selangor berbeza jika dibandingkan dengan cara pemilihan Presiden PKR.
“Di Selangor mempunyai perlembangan tubuh dan undang-undangnya yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak sewenang-wenangnya PKR ingin melantik orang lain menggantikan Khalid,” ujarnya.
Selain itu, Noh turut mendesak Khalid Ibrahim agar mendedahkan sebab dan musabab sebenarnya mengapakah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menggantikan Khalid Ibrahim.
“Mungkin ada sebab-sebab tertentu. Mungkin ada perkara yang Khalid tidak bersetuju yang kesannya akan menjejaskan kepentingan rakyat,” ujarnya.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri turut menjelaskan bahawa Umno negeri akan mengambil pendirian tunggu dan lihat dalam kemelut menteri besar kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
“Mungkin undi tidak percaya terhadap Khalid berlaku, mungkin juga Khalid akan meletakkan jawatannya sendiri, dan mungkin juga Khalid akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor,” ujarnya.
“Walau apapun, kita (UMNO & BN) akan terus bersiapa-sedia bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku.”

Wan Azizah jadi MB, Abdul Khalid tidak diketepi - Tian Chua

Wan Azizah jadi MB, Abdul Khalid tidak diketepi - Tian Chua
KUALA LUMPUR: Pelantikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu merupakan kesinambungan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) pada penggal kedua memerintah negeri itu.

Pada masa sama, khidmat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan akan diserap sebagai antara orang kanan bahagian perancangan ekonomi negeri Selangor.

Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata, isu pertukaran MB juga disifatkan selesai dengan kerjasama dan persetujuan bersama pimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP.

"Saya yakin masalah pertukaran MB dapat selesai dengan proses dan suasana yang baik di dalam PR.

"Walau banyak percanggahan pendapat pemimpin PR sendiri di dalam media, saya nampak ia sebahagian proses perundingan dan yakin kepimpinan dapat selesaikannya dengan baik," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Tian Chua mengulas isu pertukaran Abdul Khalid dengan Wan Azizah yang dijangka berlaku bulan ini.

Bagaimanapun, PAS sebelum ini menyatakan pendirian mahu Abdul Khalid kekal menerajui Selangor selain DAP dilihat mengambil pendirian senyap dan memerhati sahaja.

Bagaimanapun, isu ini menimbulkan pergolakan di dalam PR selepas beberapa pemimpin PAS dan DAP menyatakan pandangan masing-masing yang bersifat kontra dengan keputusan pertukaran jawatan MB itu.

Pas Johor tetap bersama PR

Aminolhuda Hassan
JOHOR BAHRU - Kepimpinan Pas negeri menegaskan bahawa pihaknya akan terus memperkasakan parti berkenaan dan tidak akan sesekali menarik diri keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya tidak akan bertindak sedemikian kerana hanya merugikan Pas mahupun PR berikutan agenda perjuangan mereka sama.

“Saya mahu tegaskan di sini bahawa Pas Johor tetap bersama PR dan akan terus berjuang untuk kebajikan rakyat untuk manfaat seluruhnya. Bahkan kami di PR Johor sentiasa bekerjasama untuk selesaikan isu berkaitan rakyat.

“Jadi, tidak timbul tentang isu Pas mahu keluar dari PR. Sebaliknya kami tetap kukuh dan utuh selaras dengan matlamat penubuhan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengenai Kenaikan bayaran tol di di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di Hotel 11 Century, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pembangkang negeri merangkap Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau; Timbalan Pengerusi Pas negeri, Dzulkifli Ahmad dan Ketua Biro Guaman PKR negeri merangkap Adun Bukit Batu, Jimmy Phua.

Nizar: Isu MB Selangor beri kesan PRU14

Mohammad Nizar JamaluddinIPOH - Pakatan Rakyat Perak menggesa Majlis Pimpinan Pusat parti itu untuk mengadakan perbincangan menyeluruh berhubung isu Menteri Besar Selangor serta mengambil kira pandangan semua pihak supaya krisis berkenaan dapat diselesaikan segera.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut meminta semua pihak supaya bersabar menantikan keputusan Majlis Pimpinan bersabit perkara itu.

Beliau juga meminta ahli-ahli parti mengambil sikap berwaspada terhadap segala percubaan pihak luar untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"PR Perak mempunyai keyakinan tinggi sebaik selesai isu MB Selangor, seluruh pimpinan dan penyokong PR akan membina kekuatan baru.

"Kami akan menghadapi semangat juang yang lebih jitu dan perpaduan yang erat bagi mempersiapkan jentera PRU14 sekali gus mengangkat perjuangan untuk memartabatkan rakyat Malaysia ke tahap tinggi," katanya pada sidang media di Pejabat PR Negeri, tadi.

Pakatan Rakyat Perak mahu isu MB Selangor diselesai secara muafakat

PR PerakIPOH 3 OGOS: Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat perlu mengadakan perbincangan menyeluruh berhubung isu Menteri Besar Selangor serta mengambil kira pandangan semua pihak supaya isu berkenaan dapat diselesaikan segera.
Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semua pihak supaya bersabar menantikan keputusan Majlis Pimpinan bersabit perkara itu.
Beliau juga meminta ahli-ahli parti mengambil sikap berwaspada terhadap segala percubaan pihak luar untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.
“PR Perak mempunyai keyakinan tinggi sebaik selesai isu MB Selangor, seluruh pimpinan dan penyokong PR akan membina kekuatan baru.
“Kami akan menghadapi semangat juang yang lebih jitu dan perpaduan yang erat bagi mempersiapkan jentera PRU14 sekali gus mengangkat perjuangan untuk memartabatkan rakyat Malaysia ke tahap tinggi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Kerajaan Islam perlu hantar tentera bantu Gaza


Raja Ahmad Al Hiss 

SHAH ALAM - Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia (LA PPM) hari ini menggesa kerajaan negara Islam menggerakkan tentera masing-masing bagi membantu tentera Hamas yang sedang berjuang di bumi Palestin.

Pengerusinya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, umat Islam tidak harus berdiam diri di atas kezaliman Israel telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza yang tidak berdosa.

"Dalam perang Israel-Gaza sejak 8 Julai 2014 lalu, pihak tentera Zionis telah mengorbankan 1,450 warga Palestin manakala hanya 61 orang tentera Israel maut. Bantuan ketenteraan oleh Amerika Syarikat terhadap Israel menjadikan rejim itu lebih berkuasa dan membunuh sesuka hati mereka.

"Jika AS sanggup membekalkan senjata dan tentera kepada Israel mengapa pula negara umat Islam tidak boleh membantu saudaranya sendiri mempertahankan bumi Gaza daripada dibedil?" katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses gencatan senjata selama 72 jam antara kedua-dua pihak yang dicabuli oleh Israel hanya 2 jam selepas bermula.

"Pencabulan proses gencatan senjata tersebut amat mengecewakan ramai pihak dan ia menandakan rejim Israel tidak patuh dengan perjanjian antarabangsa.
 

Gaza: Ahli Politik Israel akui Israel kalah dan salah..

Politikus Israel dan pengkaji bidang sejarah Timur Tengah, Gershon Baskin menegaskan, gerakan pejuang Hamas tidak akan menyerah dan tidak akan mengibarkan bendera putih meskipun hanya berbaki seorang pejuang, sepucuk senapang dan sebuah roket.

Para pejuang Hamas akan berjuang menghadapi kematian tanpa rasa gentar dan takut dan mereka lebih siap mati demi negeri, agama dan Tuhan mereka.

Justeru, pertarungan dengan pejuang Hamas sesuatu yang sangat sukar, mereka adalah tentera yang sangat berdedikasi, jurutempur yang tidak takut mati,” demikian dikutip laman theblaze.com, Jumaat (01/08/2014).

Baskin yang pernah menjadi mediator bagi pihak Israel dalam perjanjian pertukaran tentera Gilad Shalit yang ditawan Hamas suatu masa dulu menegaskan Hamas kini memiliki 3000 pasukan yang siap mati membela agamanya.

Mereka sangat yakin dengan perjuangan yang mereka hadapi.

Mereka berjuang membela kampung halaman mereka, siap berkorban agar generasi masa depan hidup bebas, tegas Baskin.

Baskin menambahkan, tidak ada seorang pun di dunia ini yang mengingkari bahawa masalah Palestin memerlukan penyelesaian adil, kecuali Israel sendiri.

Gaza: Angka korban cecah 1,800 & 9 ribu cedera

gaza1GAZA 3 OGOS: Sekurang-kurangnya tujuh orang awam Palestin terkorban hari ini dalam serangan udara terbaharu oleh tentera rejim Israel.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, empat orang terbunuh di Rafah, tiga terbunuh di Jabalia manakala sepuluh lagi tercedera.
Angka kematian sejak serangan bermula 8 Julai lalu telah meningkat kepada 1,719 dan dijangka lebih 9 ribu orang tercedera.
Tokoh pemikir Yahudi Amerika, Noam Chomsky, berkata rejim Zionist melakukan jenayah besar perang apabila terus menyerang dan mengepung semenanjung Gaza.
Chomsky memberitahu Press TV bahawa kekejaman rejim Zionist lebih teruk daripada rejim apartheid di Afrika Selatan.
Beliau juga mengkritik pemimpin Arab apabila menyokong polisi Washington yang pro-Zionist sejak beberapa tahun lepas.
Rejim Israel terus mengabaikan gencatan senjata yang baru beberapa jam bermula.
Satu gencatan senjata kemanusian selama 72 jam antara Israel dan Hamas berkuatkuasa di Genting Gaza bermula 8 pagi semalam (waktu tempatan).
Penyelaras Khas dan wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) di Baitulmaqdis menerima jaminan bahawa semua pihak bersetuju mengadakan genjatan senjata tanpa syarat.
Genjatan senjata bermula pada 8 pagi dan akan berlangsung untuk tempoh 72 jam kecuali jika dilanjutkan.
Selama tiga hari itu segala aktiviti ketenteraan akan dihentikan.
Bagaimanapun, selepas dua jam genjatan senjata itu, kereta kebal Israel mengebom bahagian Timur Rafah.
Selepas kira-kira 20 hari pertempuran di Gaza, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu seperti ‘cacing kepanasan’ apabila rejimnya kehabisan semua aset pertahanan.
Memasuki hari ke-26 semalam, beliau semakin tertekan apabila mula meminta bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

" Memang Dasar Munafik UMNO. Sebelum Ini Tidak Mahu Mengaku. Sekarang Orang Sendiri Yang Buka Pekung "

Sebelum ini ramai malaun-malaun yang menafikan wujudnya usaha dagang bersama Israel. Ironinya yang mengeluarkan bukti dari pihak pembangkang, yang dok nafi nih semua kaki ampu kerajaan.

Sekarang ambik sebiji tempek kat muka masing-masing, Tok Pa sendiri yang mengesahkan adanya usaha dagang dengan Israel laknatullah. Memang dasar munafik.

Orang tak marahlah kalau mengaku jalin kerjasama, ini nafi nafi nafi. Hujung-hujung betul, bila pembangkang keluar bukti Malaysia-Israel ada kerjasama adalah malaun-malaun yang kata ini semua fitnah dari pembangkang terhadap usaha murni kerajaan. Hak tuiiiii. Dasar parti penipu.

KOTA BHARU: Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.
"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.
"Kita tetap berpendirian tidak menyokong kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, namun dalam soal perdagangan ianya memerlukan kajian dan perbincangan lanjut dengan syarikat berkepentingan," katanya semasa sidang media selepas Seminar Pembangunan Islam Kelantan dan majlis hari raya di sini.

Israel sasar Malaysia agenda perangi musuhnya

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan bahawa media Israel secara sengaja mahu mengheret keganasan yang dilancar ke atas Gaza dengan menuduh pejuang Hamas dilatih di Malaysia.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan penafian pihak Hamas atas tuduhan ini menunjukkan Hamas bersikap bertanggungjawab supaya Malaysia tidak terperangkap dengan propaganda Israel.

“Sesungguhnya strategi kelompok Zionis Yahudi yang menguasai politik dan ketenteraan Israel adalah untuk melabelkan mana-mana negara yang menentang Israel sebagai musuhnya yang perlu dikambinghitamkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dengan itu ia mudah mempengaruhi pendukung kuatnya Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan permusuhan ke atas mana-mana negara yang ia mahu.

Tambahnya, adalah sangat jelas badan perisik Israel iaitu Mosad dan CIA sebagai badan perisik Amerika Syarikat sering bekerjasama untuk memporakperandakan dunia dengan konspirasi besar mereka menguasai dunia seluruhnya.

“Kedua badan perisik ini boleh melakukan konspirasi yang paling ekstrem untuk mencapai matlamat mereka  termasuk propaganda media, malah operasi menculik, menyiksa, membunuh dan berperang,” ujarnya lagi.

Oleh kerana itu, kata beliau menghasilkan cerita dan fakta palsu sudah menjadi kepakaran mereka agar cita-cita mereka menundukkan semua negara tercapai.

Menurutnya, untuk menutup segala konspirasi dan kini operasi  keganasan mereka yang sangat tidak bertamadun keatas Gaza dan rakyat Palestin keseluruhannya, Israel dengan sewenang-wenangnya mencari pihak luar yang boleh dijadikan sasarannya.

Rejim Zionis umum anggota tenteranya yang didakwa diculik Hamas telah terbunuh

Rejim umum anggota tenteranya yang didakwa diculik Hamas telah terbunuhBAITUL-MAQDIS: Tentera Israel pada Ahad mengumumkan seorang anggotanya yang hilang sejak dua hari lalu dalam operasi ketenteraan di Gaza, telah terbunuh, lapor AFP.

“Satu jawatankuasa khas IDF (tentera Israel) mengumumkan kematian pegawai infantri Hadar Goldin, yang terbunuh dalam pertempuran di Semenanjung Gaza pada Jumaat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan tentera rejim.

Bagaimanapun jurucakap tentera enggan mengesahkan sama ada mayat tentera terbabit telah ditemui ataupun tidak.

Anggota keluarga Goldin telah dimaklumkan mengenai perkara itu, tambah menyataan itu lagi.

Rejim sebelum ini mendakwa Goldin, 23, telah diculik pejuang Hamas dari briged al-Qassam selepas pergerakan itu memaklumkan ia telah berjaya membunuh tentera Israel dalam satu serangan hendap. Namun ia menafikan telah berjaya menahan Goldin.

“Kami telah terputus hubungan dengan unit pejuang yang melakukan serangan hendap itu dimana kami percaya kesemua mereka telah terkorban dalam serangan tentera rejim termasuk anggota tentera yang dikatakan telah ditawan pihak kami,” kata kenyataan pergerakan itu yang dikeluarkan pada Sabtu.

Dengan perkembangan terbaru ini,  angka kematian di pihak tentera Israel kini adalah 64 orang manakala lebih 1,700 lagi terkorban di pihak Palestin sejak rejim melancarkan serangan kejam ke bumi Gaza pada 8 Julai lalu.

Saifuddin: 'Diam diri lebih baik'

Datuk Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung dakwaan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor Rabu lalu yang menyebut beberapa nama termasuk namanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu dijawab untuk isu tersebut.

"Saya sudah mengambil ketetapan, berdiam diri lebih banyak kebaikannya daripada saya menjawab," katanya ringkas kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya berkemungkinan akan ada sidang media khas berhubung perkara itu, Saifuddin menafikannya.
"Tidak.. pendirian saya jelas, tidak mahu menjawab apa-apa walaupun di mana sahaja, tiada sidang media atau sebagainya," katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi menerusi akaun Facebooknya berkata, kenyataan Saifuddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali
tidak wajar serta berlainan sama sekali.

Utusan dakwa Langkah Kajang PKR hancurkan Pakatan

Langkah Kajang yang diilhamkan PKR bagi membolehkan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akhirnya mengundang perpecahan dalam parti komponen pembangkang itu, dakwa Utusan Malaysia. Pengarang beritanya, Zulkifli Jalil berkata objektif Langkah Kajang kini jelas terserlah apabila matlamat utamanya bukan sahaja untuk memandu PR ke Putrajaya, tetapi apa yang lebih penting untuk menggulingkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. “Konon pada awalnya dimomokkan untuk menjana perubahan dan mengangkat keupayaan negeri Selangor lebih dari apa yang ada sekarang, tetapi akhirnya 'tembelang pecah' untuk menggulingkan Khalid.  “Akhirnya setelah tidak mampu menanggungnya, keluarlah kepala kura-kura yang sebenarnya cukup berkobar mahu meletakkan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) di kerusi menteri besar. “Tanpa mengira soal anak jati Selangor, suka atau tidak rakyat negeri itu serta perkara lebih besar – perkenan Sultan – impian tetap menggunung,” katanya seperti dilapor akhbar milik Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongannya agar Khalid dikekalkan berkata, semua hujah dan pandangan majoriti akar umbi PAS sudah didengar dan kebanyakannya bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya. Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempertahankan Khalid kerana tidak melihat apa kesalahan yang dilakukan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk digugurkan daripada kerusi menteri besar. Menurut Nik Aziz, tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan selepas sepenggal memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas PRU13 lalu. Zulkifli berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berserabut mengenangkan Langkah Kajang yang tidak menjadi selain mendapat tentangan daripada presiden PAS. Katanya, Khalid perlu membaiki kelemahan kepimpinannya secara drastik supaya kesilapan yang berlaku dalam PR sebelum ini tidak berulang. “Kerana 'Langkah Kajang', imej Anwar tercalar teruk. Dimalukan oleh sekutu sendiri, PAS yang menyokong Khalid. DAP sendiri tidak terkata apa. “Anwar sendiri selaku ketua pembangkang mengakui 'Langkah Kajang' yang dicetuskannya mempunyai kelemahan sehingga menjerumuskan PKR ke dalam pelbagai isu,”

Israeli army seals off Rafah in southern Gaza

Umat Islam harus pandai beza antara kritikan dan penghinaan, kata bekas mufti Perlis

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan umat Islam harus bijak membezakan antara kritikan dan penghinaan kerana walaupun terhadap agama lain dibenarkan, ia mesti berada dalam kerangka ilmiah. Bekas mufti Perlis itu berkata, umat Islam tidak boleh menghina agama lain kerana Al-Quran dengan jelas melarang cercaan terhadap sembahan agama lain kerana ia akan mengundang permusuhan kembali kepada agama Islam. "Kita boleh memberikan pandangan kritis Islam terhadap agama lain dengan mengkritik secara akademik tetapi mencerca atau mempersendakan adalah dilarang.  "Ia disebut dalam Al-Quran menerusi surah Al-Anam, 'Jangan kamu mencerca apa yang mereka sembah selain daripada Allah. Nanti mereka akan mencerca Allah secara permusuhan'," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Naib Juara program realiti Pencetus Ummah Shahul Hamid MPH Seeni MD ditahan di rumahnya di Teluk Kumbar pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina agama Hindu. Shahul, 39, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan dibebaskan semula selepas empat jam memberi keterangan kepada pihak polis. Dalam ceramahnya yang dimuat naik di laman YouTube, Shahul menggesa umat Islam agar tidak membeli produk serbuk kari daripada syarikat Hindu seperti Alagappas dan Babas. "Kalau anda pergi ke kilang Alagappas di Permatang Pauh, anda akan dapat melihat patung tuhan mereka di pintu gerbang dengan lidah yang terjelir keluar. "Kenapa lidahnya terjelir? Sebab Dewa itu mesti merasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," kata Shahul dalam ceramahnya di sebuah surau di Shah Alam lima tahun lalu. Asri berkata umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan perlu bijak membezakan antara kritikan dan cercaan. Beliau berkata, kritikan perlu memberi kesedaran kepada manusia agar berfikir secara matang dan tidak boleh berlandaskan penghinaan. "Jika dia kata Islam tidak menyembah berhala kerana Allah tidak mempunyai imej sedemikian, itu OK. Tidak perlulah menyentuh isu rempah ratus kerana perkara itu bukan satu pendekatan ilmiah. "Semua orang perlu berhati-hati. Islam membenarkan kita mengkritik dengan tujuan menimbulkan kesedaran pihak lain. "Tetapi tujuan kritikan dalam Islam untuk menimbulkan kesedaran manusia berfikir secara matang. Bukan sehingga ada yang merasa terhina dengan penghinaan itu," katanya. Bagaimanapun, Asri

Isu MB: Anwar Akui Punca Pakatan Berbalah



PETALING JAYA: Keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diakui menjadi punca perbalahan antara tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR).

Mengakui perkembangan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, ketiga-tiga komponen PR iaitu PKR-PAS-DAP tetap berikrar untuk mengukuhkan kerjasama politik antara mereka.

"Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

"Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Berpecahkah Pakatan selepas 10 Ogos?

Amin Iskandar

Peminat politik negara ternanti-nanti apa yang akan diputuskan dalam mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini kerana ianya akan mendefinasikan hala tuju politik negara. Apakah PAS akan menyokong keputusan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor? Atau PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor merupakan hak PKR dan akur Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menggantikan Khalid?  Jika PAS mengambil pendirian untuk menyokong keputusan presiden mereka, ini bermakna parti Islam itu sudah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kerana PKR yang mendapat sokongan kuat DAP tidak akan berganjak dengan keputusan untuk menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah. Seperti yang dikatakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat. Dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri, ketua menteri Pulau Pinang itu berkata isu terbesar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan PR berpecah disebabkan kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang dicapai secara bersama. Kenyataan Lim itu membayangkan DAP setia bersama PKR dalam isu untuk menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar dan tidak senang dengan tindakan Hadi yang mengambil pendirian berbeza. “Keputusan terakhir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR sudah menetapkan Dr Wan Azizah sebagai calon PKR untuk menggantikan Khalid, dan tiada keputusan lain selepas itu,” kata seorang pemimpin tertinggi parti itu kepada penulis. PKR dilihat komited dengan “Langkah Kajang” sejak beberapa bulan lalu dan Dr Wan Azizah tidak diletakkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)

Kalau Najib Boleh Jinakkan Ketua Pemberontak Ukraine, Malulah Anwar Tak Boleh Lembutkan Hati Hadi Awang....

Dalam perkembangan terbaru untuk memuaskan hati semua pihak berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, PKR dikhabarkan sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah Wan Azizah yang sebelumnya sudah diputuskan untuk mengambil alih tempat Khalid Ibrahim itu.

Menurut berita yang disiarkan dalam Malaysian Insider, seorang ADUN PKR telah dikenalpasti sebagai calon alternatif itu, namun ia hanya akan didedahkan setelah konsensus antara Pas, PKR dan DAP dicapai.

Sebagaimana yang didedahkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi PKR, calon tersebut bukanlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana Pas memang sudah menolak pencalonan beliau sebagai pengganti Khalid sejak awal lagi.

Dalam usaha menggantikan Khalid Ibrahim sebagai meneruskan Langkah Kajang dan memburu cita-cita menawan Putrajaya menjadi kenyataan, Anwar Ibrahim pada minggu lalu telah memutuskan bahawa PKR bersetuju mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Bagaimanapun, belum pun persetujuan dicapai antara Pas, PKR dan DAP berhubung pertukaran itu, Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan mahu Khalid Ibrahim terus dikekalkan atas alasan tiada pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya sepanjang enam tahun memimpin negeri Selangor.

Tindakan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi itu lantas mencetuskan polemik dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR kerana Pas sepatutnya memutuskan sama ada bersetuju atau tidak dengan penggantian Khalid Ibrahim dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos depan.

Walaupun PKR dan DAP konsisten bersetuju dengan pertukaran Khalid, Pas nampaknya berbelah-bagi mengenainya.

Jalan ke Putrajaya semakin sempit

Sangat jelas kecelaruan sedang di hadapi oleh Pakatan Rakyat sekarang ini.. Setengah dari pimpinan dan ahli-ahli PAS mahukan Menteri besar sekarang kekal dan menyanggah kehendak PKR untuk menggantikan Khalid dengan isteri Anwar Ibrahim. Ada juga yang bersetuju untuk Khalid di gantikan, tetapi bukan Wan Azizah.
Ada yang mahukan PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat dan berangan untuk bersama UMNO dan membentuk kerajaan dengan parti yang berkuasa di Persekutuan itu. Setengah bahagian di Selangor telah mengambil sikap mempertahankan Khalid Ibrahim dan meminta Khalid di kekalkan sahaja sebagai MB sehingga tamat penggal pilihanraya ini.
Diperingkat terrtinggi Pakatan Rakyat pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti pun tidak sehaluan kerana TGHA meminta agar Khalid di kekalkan dan di sokong pula oleh TGNA. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin PKR pusat mengungkit-ngungkit yang PAS menjadi parti yang besar di Selangor kerana sokongan PKR dan DAP.Tidak pula mereka sedar yang PKR dan DAP pun berjaya kerana sokongan PAS juga.
Sesungguhnya PAS mendapat kemenangan yang agak lebih kecil walaupun parti itu menyokong DAP dan PKR dalam pilihanraya yang lalu kerana PAS mendapat kekurangan kerusi dari 22 semasa PRU 2008 kepada 21 dalam pilhanraya yang lalu. Apa yang dikatakan PAS mendapat sokongan DAP itu tidak dapat dikenali kerana DAP telah memainkan isu ALLAH yang telah membuatkan rakan kongsinya PAS menjadi defensif dan kehilangan jumlah kerusi di Parlimen dengan satu kerusi.
Jika berlaku perpecahan diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat ia tidak mengejutkan dan keadaan ini tidak perlu menjadi isu yang menakutkan. Keadaan ini sememangnya satu keadaan yang ‘predictable’ sejak dahulu kerana masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza, dan untuk mengelirukan rakyat mereka mempunyai persefahaman yang hanya boleh diterima oleh semua parti dalam PR. Tetapi isu-isu seperti memperjuangkan kerajaan islam di kutuk dan di persoal oleh DAP misalnya.
Bukan ada segan silunya pimpinan DAP membidas PAS dan memberikan amaran yang DAP tidak akan bersama dalam Pakatan jika PAS masih memperjuangkan untuk membentuk kerajaan islam. Pendekmnya perjuangan yang asas bagi PAS tidak termasuk dalam manifesto pilihanraya umum. PAS sebenarnya telah berkorban begitu banyak kepada DAP sehinggakan perjuangan ‘ultimate’ nya ia itu untuk membentuk kerajaan yang berteraskan islam sentiasa di jadikan alat untuk memberikan amaran kepada PAS walaupun mereka bersama dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa penduduk Gaza padat dengan orang muda?

KEPADATAN penduduk di Semenanjung Gaza telah dipertikaikan, tetapi dalam perbandingan dengan bandar-bandar lain, Bandar Gaza, dengan jumlah penduduk kira-kira 750,000 sudah pasti kawasan bandar yang padat penduduknya.

Menjadi sebab utama kenapa jumlah mangsa yang terlibat dalam serangan Israel adalah penduduk yang padat. Seramai 63 tentera Israel dan kira-kira 1460 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik semasa bermula sebulan yang lalu. Seramai 245 kematian di kalangan kanak-kanak. Tetapi mengapa begitu ramai kanak-kanak? Ia ternyata bahawa terdapat ciri-ciri yang luar biasa mengenai struktur penduduk di Gaza yang menjadikannya satu keluarbiasaan dalam dunia moden.

Pertama, penduduk Gaza ini secara kasar 1.8 juta mempunyai kadar populasi yang luar biasa besar di kalangan kanak-kanak. Angka tahun 2013 daripada Indeks Mundi, sumber internet data nasional, menunjukkan bahawa 43.5 peratus daripada penduduk Gaza berumur 14 atau di bawah, berbanding dengan 32 peratus di Mesir dan 27 peratus di Israel.

Umur median di Gaza adalah 18 tahun, berbanding dengan purata dunia 28 tahun di kebanyakan negara-negara Eropah iaitu kira-kira 40, manakala 30 di Israel. Negara benua Afrika seperti Uganda pula mempunyai median umur 15 tahun.

Jadi mengapa terdapat ramai kanak-kanak di Gaza? Demografi menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa akibat pelbagai faktor. Salah satu darinya adalah wanita Palestin yang bekerja dan memegang jawatan sosial adalah rendah.

"Ia adalah tempat di dunia di mana kurangnya wanita bekerja di luar rumah," kata Jon Pedersen dari Institut Fafo, pusat penyelidikan demografi dan sosial di Oslo, Norway.

Angka terkini dari Biro Pusat Statistik Palestin menunjukkan bahawa hanya 14.7 peratus daripada wanita bekerja.