Sabtu, 2 Ogos 2014

Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel

Kanak-kanak bersuara kutuk kezaliman Israel KUALA LUMPUR - Kekejaman rejim Zionis bukan hanya dikritik hebat oleh golongan belia dan dewasa, malah kanak-kanak turut menyuarakan bantahan melalui perhimpunan yang berlangsung di Dataran Merdeka.

Padang dataran hari ini dibanjiri ratusan kanak-kanak di samping ibu bapa masing-masing sambil memegang poster dan sepanduk.

Tanpa mempedulikan terik matahari dan dahaga, mereka setia berhimpun sehingga ke upacara penutup.

Bagi Solehin al Muhammadi, 9, dia hanya mampu berdoa agar kesemua rakyat Palestin dilindungi dari serangan tentera Israel

Dia yang merupakan kelahiran Palestin turut mengutuk keras serangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza.

"Apa yang dilakukan oleh mereka (Israel) tidak baik, ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terbunuh," katanya.

Mohd Amri Nasir, 9, sanggup mengikut bapanya hanya untuk berhimpun menyokong penentangan terhadap Israel.

Menurutnya, apa yang telah dilakukan oleh rejim Zionis disifatkan sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Bebaskan Palestin, boikot zionis!

Ammam Shahwan
KUALA LUMPUR - Perhimpunan aman Selamatkan Anak-anak Gaza anjuran Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif di Dataran Merdeka hari ini disemarakkan dengan laungan sokongan dan pembelaan terhadap rakyat Palestin.
Rata-rata peserta himpunan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga warga asing berkumpul seawal jam 2 petang bagi menunjukkan sokongan moral terhadap penduduk di Palestin dan membantah serangan Israel ke atas penduduk Gaza.
Seorang warga Palestin, Ammam Shahwan, turut menyertai himpunan aman Gaza hari ini melahirkan rasa syukur terhadap masyarakat Malaysia dan Eropah sering membantu rakyat Palestin dan lantang mengkritik kekejaman Israel.

"Alhamdulillah, kesemua rakyat Palestin tidak kira sama ada golongan muda dan tua amat berterima kasih terhadap sokongan dan bantuan yang dihulur kepada rakyat kami di Palestin.

"Orang Malaysia sanggup tolong Palestin lebih daripada masyarakat Arab sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menurut pelancong asing, Emanuela Botti, kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin merupakan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Gaza adalah sesuatu yang sangat dahsyat, tidak ada sesiapa pun sepatutnya melakukan serangan seperti itu. Kita semua harus lakukan sesuatu untuk hentikan serangan tersebut," katanya.

Walau berbeza agama, dia tetap mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk Gaza di Palestin.

Rakyat Malaysia Perlu Boikot Barangan Israel Berterusan

Gaza in Ruins: Israel strikes university, flattens buildings

'No red lines' as Israel targets mosque in Gaza

Khianati Islam Dan Palestin: Kerajaan UMNO perhalusi keputusan hubungan dagang dengan Israel - Tok Pa

KOTA BHARU: Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.

"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.

"Kita tetap berpendirian tidak menyokong kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, namun dalam soal perdagangan ianya memerlukan kajian dan perbincangan lanjut dengan syarikat berkepentingan," katanya semasa sidang media selepas Seminar Pembangunan Islam Kelantan dan majlis hari raya di sini.

Jelasnya, Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan hampir kesemua negara namun kaedah perdagangan pada masa kini menjadikan sestau komponen tidak dibuat di satu tempat sahaja termasuk di Israel.

"Sebab itu kita akan buat perbincangan sebelum keluarkan kenyataan yang tepat. Perbincangan sedang berlangsung dan memang ada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia yang memerlukan kompenen yang di buat di israel selain ada juga kompenen Malaysia yang di hantar ke Israel.

Gaza: Zionis Laknatullah Masih Ghairah Membedil Termasuk Universiti

KEADAAN Masjid Imam Al Shafaey yang musnah dibedil tentera Israel dalam serangan lewat malam tadi di Bandar Gaza, hari ini. - Foto AP

WARGA Palestin melihat kerosakan yang dialami Masjid al-Omeri yang dibedil tentera Zionis di Jabalia, utara sempadan Gaza, hari ini. - Foto AFP


GAZA CITY: Israel terus membedil Rafah, bandar selatan Gaza dengan pasukan tentera mempertingkatkan usaha mencari seorang askarnya yang dipercayai ditangkap pejuang Hamas ketika serangan memasuki hari ke-26 hari ini.

Tentera Israel berkata, mereka percaya askarnya itu ditangkap dalam serbuan Hamas kira-kira sejam selepas gencatan senjata dilaksanakan, pagi semalam. 


Tentera Hamas bagaimanapun menafikan askar Israel berkenaan, Lefternan Kedua Hadar Goldin, kini dalam tahanan mereka. 


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon serta beberapa pemimpin dunia pula menuntut agar askar Israel berkenaan dibebaskan dengan segera.

Saya yang cadang Wan Azizah jadi MB - Syed Husin


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali memberitahu, cadangan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diberikan olehnya kepada biro politik PKR.

Dalam laman Tweeternya, Dr Syed Ali turut mengakui nama Wan Azizah itu diberikan bukan sahaja untuk jawatan MB Selangor tetapi sudah diberikan untuk menjadi calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang berlangsung pada 23 Mac lepas.

Pada Sabtu, empat pemimpin cabang PKR iaitu R Sivarasa (Subang), William Leong (Selayang), Yew Boon Lye (Klang) dan David Cheong (Kuala Langat) menyatakan sokongan kepada Wan Azizah yang dianggap paling layak menjadi menteri besar.

Mereka turut meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur dari jawatan tersebut bagi menghormati keputusan parti.

Keempat-empat mereka juga meminta anggota PKR menyokong keputusan Majlis Pimpinan Pusat pada 21 Julai lalu yang menamakan Wan Azizah sebagai calon untuk jawatan itu.

Sebelum ini, Wan Azizah turut membayangkan kesediaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus menggantikan Abdul Khalid.

Azizah berkata, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Air: MB Khalid terus dibidas ahli Parlimen PR

Abdul Khalid Ibrahim  
KLANG - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang berdepan isu pertukarannya sebagai Menteri Besar Selangor, kini dibidas pula ahli Parlimen dalam pakatan pembangkang yang menyifatkan keputusannya untuk tidak melaksanakan catuan air kedua di negeri ini sebagai "kurang bijak".

Anggota jawatankuasa DAP Selangor Charles Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang mendakwa krisis air di negeri ini kini telah mencapai tahap darurat, dan tindakan Abdul Khalid itu dilihat semata-mata mahu menyelamatkan kelangsungan politiknya.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas telah menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.

Charles mendakwa paras empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus sumber air kepada seluruh rakyat negeri itu boleh menurun sehingga ke paras 30 peratus selewat-lewatnya minggu depan dan dilihat sebagai tahap kritikal.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi Bernama berkata paras
air semasa empangan utama tersebut belum mencapai tahap kritikal.

Sengsara penduduk Gaza tiada kesudahan

Pro-Gaza protests sweep US, UK, Portugal & Germany

'Hamas terus bertahan'- Pemimpin Kanan Hamas

Thousands rally against Gaza violence at Dataran Merdeka

Sabotaj air: Sistem pendawaian pam dipotong


BESTARI JAYA: Kerajaan Negeri Selangor akan meminta bantuan daripada polis dan Rela untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sekumpulan pihak tidak bertanggungjawab bertindak memotong sistem pendawaian di enam pam di kolam Hang Tuah itu.

Bagaimanapun, Dr Yunus berkata pemotongan itu tidak menggugat pengaliran air kepada penduduk ekoran pendawaian yang dipotong itu adalah dari sungai ke kolam.

“Tiada barang bernilai selain sistem pendawaian dan tidak memberi kesan kepada pengepaman ekoran paip yang dipotong adalah dari sungai ke kolam.

“Jadi ia tidak mengganggu. Bagaimanapun kita melihat perkara ini secara serius kerana operasi ini sangat penting kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di kolam terbabit.

Dr Yunus berkata dalam pengurusan negeri menuju ke kelas pertama, namun disebabkan pemikiran pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pengurusan negeri terjejas.

Apa masalahnya jika wanita jadi MB?


lgeeeeee

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: DAP memberikan sokongan penuh kepada mana-mana wanita untuk diangkat menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri, kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian ketika menyangkal kritikan sesetengah pihak yang tidak setuju Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan MB Selangor atas alasan gender.
Malah, katanya lagi, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada 10 Ogos nanti hanya akan menyentuh tentang kelayakan Wan Azizah semata-mata, tanpa membangkitkan soal gender beliau.
“DAP menegaskan pendirian bahawa wanita layak menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri.
“Kami memandang serius terhadap beberapa pemimpin politik yang membantah wanita sebagai MB hanya kerana gendernya, padahal mereka tiada masalah jika wanita menjadi menteri atau anggota EXCO ataupun seorang doktor.
“Pendapat yang mendiskriminasi seseorang berasaskan gender bukan sahaja bersifat feudal dan ketinggalan zaman, malah turut bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan, ‘…Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina… kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran… yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.”

Hamas: Kenapa Tidak Ada Satu Pun Roket Hizbullah Ditembak ke Israel?

Khabar angin Hamas meminta bantuan Hizbullah memaksa pemimpin Hamas bersuara. Muhammad Nazzal, wakil Hamas di Lubnan, dengan tegas membantah pemberitaan itu. 

Dia mempersoalkan kenapa Hizbullah yang mengaku menjadikan Israel musuh utama mereka. Namun tidak ada satu roketpun dilepaskan kumpulan Syiah itu ke Israel. 

"Kenapa sudah 25 hari perang berlangsung akan tetapi tidak ada satu roket pun kamu lancarkan ke Israel," tegas Nazzal ketika diwawancara wartawan Indonesia, Abdullah onim, Khamis (31/7/2014). 

Nazzal mempersoalkan banyak negara mengaku mujahid, mengatakan Israel sebagai musuh utama, akan tetapi ketika Gaza dihujani roket Israel, mereka masih tertidur lelap. 

"Saya berstatemen begini, bukan bererti kami meminta bantuan daripada Hizbullah dan Iran, tidak sama sekali. Biarlah kami (pejuang Islam Palestin) yang berperang melawan Zionis Israel, kerana ini wajib hukumnya untuk kami membela tanah Palestin, "tegas Nazzal. 

Pencerobohan Israel sudah memasuki hari ke-25 pada Khamis (31/7). Namun Hamas setakat ini baru menggunakan 10 peratus kekuatannya, sementara Israel sudah habis-habisan mengeluarkan 90 peratus kemampuannya. 

NASIB TS KHALID IBRAHIM DENGAN DS ABDULLAH BADAWI HAMPIR SAMA

Kemelut berkaitan dengan penggantian Menteri Besar Selangor sebenarnya adalah suatu perangkap yang tidak diduga kewujudannya.Ramai yang tidak sedar bahawa itu merupakan satu perangkap, menguji ketahanan dan keikhlasan seseoarang pemimpin dalam menentukan arah tuju.
Ramai yang ‘terperangkap’. Namun ramai juga yang dapat melepasi jaringan ini dan boleh dikira agak ‘waras’ dalam sepak terajang politik negara. Yang harus dipuji tentunya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang seolah-olah diam membisu tetapi sebenarnya memerhatikan keadaan itu dengan penuh minat, dan merasakan bahawa lambat laut Pakatan Rakyat sedang menuju kepada kehancuran memandangkan kemelut yang berlaku. Lantas pemimpin tertinggi BN tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh ‘mengeruhkan’ keadaan. Maknanya terus menerus membiarkan suasana sedemikian terus menerus berlalu dan hanya menunggu di garisan penamat.
Persoalannya ialah apakah ‘keadaan’ yang ditunggu oleh pemimpin BN itu akan tiba. Mungkin yang ditunggu tak tiba.
Mungkin Barisan Nasional meletakkan harapan yang begiitu tinggi kepada TS Khalid Ibrahim agar terus menerus berdegil mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor itu. Telah berlegar caka-cakap dan khabar angin yang TS Khalid condong untuk ‘menyeberangi ke sebelah sana’. Walau bagaimanapun tidak ada bukti yang menjurus ke arah itu. Lantas tidak boleh dipercayai dan diyakini.
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa TS Khalid adalah antara tokoh yang agak awal menyertai Parti Keadilan Rakyat walaupun tidak boleh dianggap sebagai pengasasnya. Namun kemasukan TS Khalid dalam PKR telah menambah kekuatan PKR dalam usaha untuk merampas Puterajaya bersama dengan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat. Dan bersetujulah ramai orang sekiranya kemasukan seorang tokoh korporat dalam PKR telah menambah kuat lagi parti berkenaan. Lantas apabila Pakatan Rakyat menawan Selangor dari BN pada 2008, tidak ada tokoh lain yang boleh menandingi ketokohan TS Khalid Ibrahim. PAS, DAP dan PKR bersetuju untuk melantik TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Itu tahun 2008. Pada tahun 2014, TS Khalid Ibrahim masih lagi menjadi Menteri Besar Selangor dan mula dirasakan oleh pihak kepimpinan Pakatan Rakyat bahawa pentadbiran TS Khalid di negeri Selangor sudah tidak begitu berkesan. Itu pandangan pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang dapat melihat dengan jelas apa yang telah berlaku di Selangor.

Hamas nafi ahlinya dilatih di Malaysia

Hamas nafi ahlinya dilatih di MalaysiaKUALA LUMPUR: Kumpulan Hamas telah menafikan beberapa laporan media Israel yang mendakwa ahli-ahlinya telah dilatih di Malaysia pada menjalankan serangan menggunakan payung terjun berkuasa.

"Ini adalah pembohongan dan pengeliruan yang dibuat oleh Israel dan bertujuan untuk memesongkan imej perpaduan antarabangsa dengan perjuangan kami di waktu  kami hadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh mesin perang Zionis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuduhan yang tidak berasas, katanya, adalah satu usaha untuk mengalihkan perhatian dunia daripada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap orang awam kanak-kanak, wanita dan warga tua di Palestin.

Kumpulan itu berkata ia sangat menghargai pendirian berani dan sokongan kemanusiaan yang dijalankan oleh Malaysia untuk rakyat Palestin.

Semalam,  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berkata Malaysia tidak pernah menjalin sebarang kerjasama terutamanya dari segi ketenteraan dengan Hamas atau mana-mana pihak di Palestin.

Menurutnya, setakat ini hubungan dan kerjasama dengan Palestin merupakan hubungan diplomatik, perdagangan, dan kebudayaan sahaja.

Laporan Jerusalem Post mendedahkan seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa

Ribuan sertai ‘Selamatkan Anak-anak Gaza’, bantah pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis

save gaza2KUALA LUMPUR 2 OGOS: Ribuan rakyat pelbagai lapisan membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman ‘Selamatkan Anak-anak Gaza’ membantah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionist.
Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan – Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.
Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.
“Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.
“Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.
“Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum,” kata Hafidzi dipetik Bernama.
Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

'Polis hanya tengok mangsa kemalangan diserang' - ADUN Pandamaran

ADUN Pandamaran Eric Tan menuntut polis Selangor menjelaskan tindakan pasukan itu yang didakwa gagal bertindak dalam dua kes melibatkan mangsa kemalangan yang didakwa diserang oleh orang ramai di tempat kejadian.

“Beliau (Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat) mesti memberi penjelasan mengapa polis tidak bertindak.

“Apa rancangan berliau sebagai ketua polis Selangor yang baru untuk memperbaikinya?

“Saya fikir penambahbaikan ini amat diperlukan segera kerana masyarakat menderita setiap hari,” katanya dalam satu sidang media bersama individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam kes pertama, seorang pemilik syarikat tunda kereta, Ngiam Kee Buh memberitahu sidang media itu berhubung kejadian melibatkan pekerjanya.

Katanya, pekerja itu memberitahunya bahawa tiga orang pegawai polis bertugas di satu pasar Ramadan di berhampiran lokasi kemalangan.

Kemalangan jalan raya itu didakwa melibatkan sebuah Proton Wira yang melanggar tiga buah kenderaan yang diparkir di satu cerun jejambat kerana pemandunya, Lee Keng Long, cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah hadapan yang masuk ke lorongnya.

Ngiam mendakwa polis gagal bertindak ketika sekumpulan individu menyerang pemandu tersebut. Anggota berkenaan didakwa hanya memandang kejadian tersebut selepas ditolak ke sisi oleh penyerang tersebut.

Kita ada kuasa boikot produk Israel-Afdlin

Puluhan ribu membanjiri Dataran Merdeka sebagai tanda solidariti membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. - Foto ihsan warga Malaysia prihatin

KUALA LUMPUR - Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki menyeru seluruh rakyat Malaysia bersatu memboikot semua produk yang menyumbang kepada zionis Israel.

Menurutnya, semua orang berkuasa memboikot dengan wang ringgit yang dimiliki.

"Kanak-kanak di Gaza terus dibunuh. Apa yang kita boleh buat? Boikot. Kita ada kuasa. Dengan wang itu membawa kita ke syurga atau neraka.

"Boikot segala produk yang berkaitan dengan zionis Israel," katanya ketika berucap pada himpunan aman 'Selamatkan Kanak-kanak Gaza' di Dataran Merdeka, hari ini.

Beliau turut mengingatkan ribuan peserta himpunan aman berkenaan bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan.

"Kita nak bagi duit kita itu untuk beli senjata ke?

"Kita ada pilihan. Mungkin kita sudah terbiasa tapi kita boleh buat. Boikot semua barang yang membunuh kanak-kanak di Gaza," katanya.

Israel strikes university in Gaza City

50,000 berhimpun bantah kekejaman Israel di Dataran Merdeka

Kira-kira 50,000 hadirin membanjiri Dataran Merdeka pada petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis di bawah bahang terik matahari. Pengerusi Viva Palestina Malaysia Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang membuat ucapan pembukaan pada perhimpunan itu mengutuk kekejaman Zionis yang menyerang tanpa peri kemanusiaan. "Sejak 66 tahun lalu warga Palestin berjuang mendapatkan semula apa yang dicuri ‎daripada mereka. Tanah, rumah, kampung dan apa yang penting kebebasan dan maruah diri mereka. "Palestin dilabel oleh Nelson Mandela sebagai krisis moden terburuk dunia dan beliau menambah dunia tidak akan bebas selagi Palestin tidak dibebaskan‎," katanya berucap di majlis itu. Semalam, Raja Abdullah dari Arab Saudi mengkritik tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa ekoran serangan agresif Israel, lapor Reuters. Beliau turut menyelar tentera yang dikatakan membunuh orang awam tidak berdosa.

CIQ: MP UMNO minta teksi, bas dikecuali tol

Shahrir Abdul Samad 
JOHOR BAHRU - Ajli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar perkhidmatan teksi dan bas dikecuali daripada membayar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Beliau berkata ia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura selain mengurangkan kesesakan akibat kemasukan kenderaan persendirian dari kedua-dua arah Tambak Johor.

"Saya melihat pelaksanaan tol dan kadarnya bukan merupakan satu masalah, tetapi pengguna perlu diberi perkhidmatan dan penyelesaian alternatif yang perlu diteliti. Perlu diperkasa dari segi perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Beliau diminta mengulas kekecohan yang berlaku di CIQ itu semalam yang dikatakan berpunca daripada pemandu bas kilang yang enggan membayar tol.

Beliau berkata fungsi CIQ perlu dilihat bukan sahaja sebagai pintu masuk ke negara ini tetapi sebagai terminal pengangkutan bersepadu.     

Mengenai kekecohan tersebut, Shahrir berkata ia bersifat sementara yang membabitkan sebilangan kecil pihak yang tidak mempunyai asas untuk membantah kenaikan kadar tol.

Beliau berkata keadaan akan pulih dan dapat diterima apabila pemahaman mengenai pelaksanaan tol itu dilakukan selain kerajaan sendiri mencari jalan penyelesaian alternatif. 

"Perkara ini telah lama diusulkan cuma ia dilaksanakan selepas pengumuman kerajaan untuk mengenakan caj permit kenderaan asing (VEP) baru-baru ini yang sedikit menimbulkan kurang faham," katanya sambil menambah semua agensi terlibat perlu berbincang bagi mencari penyelesaian bersepadu yang lebih munasabah.

Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka turun padang dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung perkara itu.

BN ada peluang kalau Khalid bubar DUN - Noh Omar

BN ada peluang kalau Khalid bubar DUN - Noh
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang untuk menakluk semula negeri Selangor seandainya krisis pertukaran menteri besar berlarutan sehingga berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, BN perlu berusaha mempertingkat sokongan pengundi bukan Melayu untuk memastikan peluang itu menjadi kenyataan.

"Kita mendapat majoriti undi Melayu di Selangor. Apa yang perlu dibuat mencari sokongan pengundi Cina dan India yang tidak memberi sokongan pada pilihan raya lepas.

"Realitinya pecahan Melayu dan bukan Melayu di negeri ini hampir 50-50. Sebab itu dengan apa cara sekali pun kita kena mantapkan perpaduan Melayu dan dapatkan undi bukan Melayu jika berlaku pembubaran DUN," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Noh mengulas kenyataan beberapa penganalisis politik yang menyifatkan BN belum cukup bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR) seandainya berlaku pembubaran DUN Selangor dalam tempoh terdekat.

Ia disifatkan berpunca situasi semasa BN Selangor yang masih dalam proses penstrukturan semula pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

PKR Selayang senarai sebab mengapa Khalid tidak layak jadi MB

Wiliam Leong (tengah) bersama AJK cabang PKR Selayang, Radzuan Abdullah (kiri) pada sidang media menggesa Khalid mengundur di Selayang, Selangor. Foto KUMARA SABAPATTY
Ketua PKR cabang Selayang, William Leong Jee Keen hari ini berkata, pihaknya bersama 28 Ahli Jawatankuasa dalam mesyuarat khas cabang selama 40 minit malam tadi bersepakat mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.
William Leong turut meminta kerjasama Khalid supaya akur menerima keputusan yang telah dicapai Majlis Kepimpinan Pusat Pakatan Rakyat pada 5 Januari lalu serta disahkan semula pada mesyuarat 23 Julai lalu di mana Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengambil alih.
"Jawatan MB bukan hak peribadi Khalid dan tiada terma yang mengatakan beliau akan kekal sebagai MB sepenuh penggal kerana dalam politik parti mesti mengambil kira dari semasa ke semasa apa jua pandangan dan sokongan rakyat.
"Jika seseorang pemimpin didapati hilang kelayakan atau kepercayaan rakyat, maka adalah menjadi tanggungjawab parti menukar pemimpin, tak perlu tunggu penggal tamat.
"Sebab itu kita minta Khalid memikirkan lebih mendalam dan minta nasihat orang lebih layak untuk mengambil keputusan dan berundur.
"Lagipun ramai mendakwa bahawa Anwar gila kuasa kerana tak dapat jadi MB lantik isterinya Wan Azizah, itu sebenarnya tak benar, PKR yang mempunyai 219 cabang dengan hampir 500,000 ahli bukan dipengaruhi satu individu, ini keputusan majlis perwakilan pusat PR," katanya pada sidang akhbar berhubung konflik politik di Taman Selayang Jaya di sini.
Menurut beliau, sebenarnya parti membuat keputusan kerana Khalid gagal melaksanakan manifesto PR yang dipersetujui malah menafikan ia sebagai janji rakyat.
Malah katanya, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) bila ditanya rakyat, Khalid tanpa rasa bersalah memberi jawapan ia adalah manifesto pembangkang yang tiada kena mengena dengan negeri.

Inflasi negara naik 3.3%, rakyat terus terbeban

KUALA LUMPUR 2 OGOS: Kadar inflasi meningkat kepada 3.3 peratus pada Jun 2014 berbanding 3.2 peratus bulan sebelumnya.
harga-naikBank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan menyatakan kategori makanan dan minuman bukan alkohol mencatat inflasi yang lebih tinggi pada 3.5 peratus (Mei, 3.3 peratus) terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga ikan dan makanan laut segar dan sayur-sayuran.
Inflasi dalam kategori minuman alkohol dan tembakau menurun kepada 11.6 peratus (Mei, 14.1 peratus) disebabkan oleh kesan asas, berikutan kenaikan harga tembakau pada bulan Jun 2013 telah luput.
Sementara itu, jangkaan pasaran bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dinaikkan pada bulan Julai telah menyumbang kepada kadar antara bank yang lebih tinggi bagi tempoh matang satu bulan dan lebih.
Dari segi kadar pinjaman runcit, kadar pinjaman asas (BLR) purata bank perdagangan kekal tidak berubah pada 6.53 peratus pada bulan Jun, manakala kadar deposit runcit juga secara relatif stabil pada tempoh itu.
Susulan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada 10 Julai 2014, kadar antara bank bagi semua tempoh matang menjadi lebih tinggi. Kadar pinjaman runcit dan kadar deposit runcit juga telah dinaikkan.
BNM mengenai kadar pertukaran dan rizab antarabangsa, pada bulan Jun, ringgit menyusut nilai berbanding mata wang kebanyakan rakan perdagangan utama Malaysia. Namun, ringgit secara relatif tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Arahan injuksi skandal wang kertas lindungi pemimpin atasan, kata kedutaan Australia

Rabu lalu Wikileaks mendedahkan kes rasuah bernilai jutaan ‎dolar yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Vietnam ditutup selepas kerajaan Australia memperoleh injuksi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014. 
Rabu lalu Wikileaks mendedahkan kes rasuah bernilai jutaan ‎dolar yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Vietnam ditutup selepas kerajaan Australia memperoleh injuksi.

Kebenaran injuksi yang diperoleh kerajaan Australia dalam skandal wang kertas adalah cara terbaik melindungi pemimpin politik kanan daripada kenyataan menghina, kata kedutaan Australia di Indonesia hari ini.
Dalam kenyataannya, kedutaan itu berkata beberapa pemimpin terkemuka Asia Tenggara yang dikaitkan dengan perintah itu pada minggu lepas tidak bermakna mereka akan disabitkan dengan kesalahan.
"Arahan itu untuk menghalang sebarang penerbitan maklumat yang boleh mengaitkkan penglibatan rasuah di kalangan tokoh politik rantau ini."

Kerajaan Australia juga menegaskan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan bekas presiden Megawati Sukarnoputri juga tidak disiasat. "Sebarang pelanggaran perintah akan diambil serius dan dirujuk kepada polis," kata kenyataan itu.
Rabu lalu Wikileaks mendedahkan kes rasuah bernilai jutaan ‎dolar yang melibatkan Indonesia, Malaysia dan Vietnam ditutup selepas kerajaan Australia memperoleh injuksi.
Kes itu menyatakan nama pemimpin dahulu dan sekarang dari Indonesia,Malaysia dan Vietnam, ahli keluarga mereka dan para pegawai kanan yang lain.
Ia juga melibatkan anak syarikat dari Reserve Bank of Australia, iaitu Securency dan Note Printing Australia.
Pekerja daripada kedua-dua syarikat dikatakan merasuah pegawai luar negara di Malaysia, Indonesia dan Vietnam sejak 1999 hingga 2004 untuk memenangi kontrak mencetak wang kertas.

Going Underground: John Pilger talks Gaza, Ukraine & Western media bias

Hamas mahu Amerika lebih adil

Zionis khianati gencatan senjata

Israel terus menggila bantai Gaza

Israel terus menggila, tiada tempat selamat di Gaza

Politik Dajal: Bekalan air Selangor disabotaj lagi, MB gesa polis siasat segera


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa polis melakukan siasatan segera terhadap perbuatan sabotaj bekalan air di negeri itu.

“Bekalan air sekali lagi disabotaj awal pagi tadi. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia lakukan siasatan segera dan hentikan perbuatan khianat yang menjejaskan rakyat ini,” tulis beliau menerusi facebooknya.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi turun padang ke Bestari Jaya mendapatkan gambaran jelas berhubung perkara itu.

Sebelum ini, pasukan bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya diugut sekumpulan samseng bersenjata.

Selangor Kini melaporkan, ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

Rejim Zionist mula sasar Malaysia ekoran sokongan perjuangan rakyat Palestin?

10492201_759041747470667_6327889361438921114_nSHAH ALAM 2 OGOS: Rejim Zionist mula mensasarkan Malaysia sebagai kempen untuk memburukkan nama negara ekoran sokongan padu rakyat negara ini kepada perjuangan pembebasan rakyat Palestin dan mengecam keras tindakan zalim rejim itu.
The Jerusalem Post, iaitu media Israel digunakan menghebahkan propaganda rejim Zionis dengan mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.
Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.
Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.
“Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.
“Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak,” menurut The Jerusalem Post.
Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Large explosion seen in central Gaza

GAZA: Kerajaan digesa adakan Sidang Palimen Khas

GAZA: Lagi 107 rakyat Palestin maut, angka korban melonjak 1,650

GAZAGAZA: Sekurang-kurangnya 107 penduduk Palestin terbunuh and seorang askar rejim Zionist hilang, disyaki ditangkap, berikut kegagalan genjatan senjata yang dipersetujui pada Jumaat antara rejim Zionist dan Hamas.
Angka terbaru itu menyebabkan jumlah korban rakyat Palestin melonjak hampir 1,650 sebahagian besar daripada mereka orang awam, telah terbunuh dalam 26 hari sejak konflik ini bermula.
Serangan berterusan sepanjang malam, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin terkorban di bandar Gaza di Rafah sahaja dalam satu siri serangan udara Israel pada waktu tengah malam sejak (2100 GMT) Jumaat.
Di pihak Israel pula, 63 askar dan tiga orang awam telah terbunuh namun menurut pejuang Hamas angka korban rejim Zionist lebih 100 orang.
Pihak ketenteraan penjajah rejim Zionist mengakui bahawa 25 orang tenteranya terkorban dalam pertempuran dua hari yang terbaru dengan pejuang Palestin.

Twit Khalid keluar parti palsu, tak bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: Penyebaran print screen palsu dari akaun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memberi bayangan beliau akan keluar parti dan menyertai Umno dinafikan oleh Sekretariat Akhbarnya, Arfa’eza Abdul Aziz.

Print screen menerusi laman makro twitter itu bertulis “Tiada yang mustahil untuk Umno..Kita mampu bersama..Tinggalkan yang ‘keruh’..

Ia mula tersebar malam semalam dalam blog-blog, laman sosial Facebook dan mula di retweet di twitter, lapor Selangor Kini.

Arfa’eza ketika dihubungi berkata ia merupakan kenyataan palsu dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini Print Screen palsu. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan penyebaran itu dilakukan pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan ketika ini.

“Ada pihak yang mahu mengeruhkan lagi keadaan sedia ada, oleh itu tindakan seperti ini dilakukan mereka,” katanya.

Pemimpin tertinggi Pakatan komited kukuhkan persefahaman, setiakawan

Walaupun terdapat perselisihan faham di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk menggantikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin tertinggi parti hari ini bersetuju untuk terus bekerjasama dalam memperkukuh ikatan dan menyelesaikan masalah sedia ada. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, PR komited mendepani isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani dan berprinsip dengan berteraskan nilai sejagat yang dikongsi bersama. "Menyedari mutakhir ini timbul perselisihan faham di kalangan anggota parti komponen PR terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian, PR beriltizam mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka dasar bersama kami.  "(Kami) memahami suara dan hasrat rakyat memberikan mandat kepada PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk mentadbir tiga negeri," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini. Semalam, Pemuda PR Negeri Perak menyeru semua ahli dan pimpinan parti kekal bersatu meneruskan amanah yang diberi rakyat untuk memerintah selepas dipilih pada dua pilihan raya umum lalu. Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua DAPSY Wong Kah Woh dan Ketua Angkatan Muda PKR Perak Zafril Mohd Eusoff berkata inilah masanya bagi semua pimpinan parti menunjukkan kepimpinan parti mampu menangani krisis politik.‎ “Pemuda PR Perak menyeru semua ahli Pakatan bersatu dan bertegas supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno memiliki senyuman terakhir.‎ “Sudah sampai masa PR membuktikan kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.‎ Pemimpin tertinggi PR itu juga percaya keutuhan perjuangan yang selama ini didukung parti mampu membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. ‎

PAS kutuk pengedaran surat palsu dakwa keluar Pakatan

Salinan surat palsu yang kononnya ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2014. 
Salinan surat palsu yang kononnya ditandatangani Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

PAS mengutuk pengedaran surat palsu yang kononnya parti itu membuat keputusan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
"Ini adalah kerja musuh PAS dan PR yang cuba untuk memecahkan PAS dan PR," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider yang turut menerima salinan surat palsu itu.
Surat palsu yang menggunakan kepala surat Pejabat Agung PAS dan ditandatangani Mustafa selaku setiausaha agung itu mula disebarkan pagi ini ketika parti Islam itu dan PR sedang berada dalam konflik berhubung isu penukaran menteri besar Selangor.

Surat palsu yang ditujukan kepada ahli dan pimpinan parti Islam itu memaklumkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam membuat keputusan berkenaan. Sebelum ini, mesej palsu yang mengandungi keputusan Dewan Ulama PAS yang memutuskan agar parti itu keluar daripada PR juga disebarkan.
Surat palsu berkenaan mengatakan Mesyuarat Tergempar AJK PAS Pusat pada 5 Syawal bersamaan 1 Ogos semalam membuat keputusan untuk menarik diri daripada PR.

Israel, Hamas blame each other for ceasefire break

Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh, seorang askar Israel hilang semalam

Lebih 100 rakyat Palestin terbunuh, seorang askar Israel hilang

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 107 penduduk Palestin terbunuh and seorang askar Israel hilang, disyaki ditangkap, berikut kegagalan genjatan senjata yang dipersetujui pada Jumaat antara Israel dan Hamas.

Serangan berterusan sepanjang malam, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin mati di bandar Gaza di Rafah sahaja dalam satu siri serangan udara Israel pada waktu tengah malam sejak (2100 GMT) Jumaat.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggesa agar askar Israel yang hilang itu dibebaskan "tanpa syarat" dan juga berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk melindungi orang awam Gaza.

Pertempuran intensif pada hari Jumaat dan awal Sabtu, itu berlaku selepas genjatan senjata yang dirancang selama tiga hari itu, gagal selepas hanya beberapa jam.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Palestin Acjraf al-Qodra , angka kematian di sebelah Palestin telah meningkat kepada 107 manakala 350 orang cedera.

Lima belas daripada mangsa, termasuk lima kanak-kanak berusia antara 3 hingga 12 tahun, datang dari keluarga yang sama, katanya.

Hampir 1,650 rakyat Palestin, sebahagian besar daripada mereka orang awam, telah terbunuh dalam 26 hari sejak konflik ini bermula, kata Qodra. Di pihak Israel pula, 63 askar dan tiga orang awam telah terbunuh.

PAS Sedia Bekerjasama Untuk Kepentingan Rakyat.............

KUALA NERUS – PAS Sedia duduk bersama dengan mana-mana pihak dan berbincang serta bekerjasama demi untuk pembangunan rakyat.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusat Datuk Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata PAS boleh bekerjasama walaupun dengan parti dan mereka yang mempunyai dasar yang berbeza dengan PAS.
“Kita mungkin berbeza parti, berbeza dasar, berbeza pendekatan tetapi dalam perkara yang kita boleh kerjasama, kita wajib bekerjasama.
“Kalau itu yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat, itu sangat di alu-alukan lah. Duduk bersama untuk pembangunan rakyat. Kita wajib bekerjasama kerana bila kita telah dipilih oleh rakyat, kita harapan rakyat,”ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian sebagai kenyataan balas terhadap cadangan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Menurut Ustaz Khairuddin, ‘politik damai’ dan ‘politik bakti’ adalah dalam pendekatan yang diambil oleh PAS dan merupakan politik Islam.
Razif yang hadir pada majlis rumah terbuka sempena hari raya Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika ditemui media berkata kerajaan negeri akan menubuhkan Majlis Perundingan Rakyat pada setiap daerah dan berjanji akan melantik wakil-wakil rakyat PAS sebagai anggota Majlis tersebut.
“Jadi selepas ini kita akan buat, kita telah mewujudkan Majlis Perundingan Daerah, dan insya Allah kita akan gabungkan sekali, termasuk juga pemimpin-pemimpin PAS. Kita akan ajak sekali, dengan kerajaan negeri Terengganu.

Waspada surat palsu pecahkan PAS, PR - Mustafa


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecahbelahkan PR.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa PAS menarik diri daripada PR sebagaimana surat yang tersebar di media sosial adalah palsu.

Tegasnya, surat yang kononnya ditandatangani beliau dengan menggunakan letter head Pejabat Agung PAS berhubung perkara itu merupakan pembohongan semata-mata.

“Seluruh ahli PAS dan Pakatan Rakyat perlu berwaspada dengan usaha jahat seperti itu bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

LET'S GET REAL! Weak Najib little better than a PUPPET & Umno warlords incl Dr M like it that way!

by Simon Neoh 
 
LET'S GET REAL! Weak Najib little better than a PUPPET & Umno warlords incl Dr M like it that way!
I beg to differ with former New Straits Times Press group editor-in-chief, Datuk Kadir Jasin over his observations that Prime Minister Najib Abdul Razak is stronger than his predecessor, Abdullah A. Badawi.
In fact, following the entire episode on the MH17, one cannot help but to say that the pro-Russian separatists, who had no choice but to return the black box, were in fact using Najib just to spite the Western powers. Nothing more, nothing less.
Understandably, when under pressure, the rebels would decide to use the 'weakest link' there is in order to save face and to shame both the United States and the European Union. They knew that even if the black boxes were surrendered to the Russian authorities, the analysis of the recorders would not be seen as credible. Russian president, Vladimir Putin knows this for a fact.
Najib chosen as he was the weakest link
I refrained from sharing this observation, but looking at Kadir's blog, I cannot help but to punch a hole into Najib's ego. There was no special power of persuasion that I see in Najib's latest feat of being able to obtain the black box from the rebel.
If he truly had such persuasive power, then, we should send him to the Middle East to bring about ceasefire between Israel and Hamas in the Gaza region. His, and that of former Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad's service would be of greatest value to the United Nations.
We should also send Najib to Mongolia, where our country's name has been greatly marred by the death of one of its nationals. We need such diplomacy as a nation. Najib can then tell the Mongolian citizens that he truly regrets that Altantuya blasted herself in a planned suicide after being jilted. Nothing more, nothing less, and see if the Mongolians would buy the story.
The Bigger Picture
The bigger picture that all Malaysians should see by now is that, after 22 years in power, Dr Mahathir has turned UMNO Baru into one big 'monster' which is prepared to do almost anything, either directly or indirectly through its agents, just to stay in power.
Most of us will not forget that UMNO was split between Dr Mahathir's faction of Team A, and Tun Musa Hitam and Tengku Razaleigh Hamzah's Team B faction. After being challenged by Musa in 1985, and then by Tengku Razaleigh in 1986, UMNO's Team B is nothing but a weak faction.
I would be surprised if most of UMNO's Team B had not left UMNO to join either Semangat 46, and later joined PAS when Semangat 46 was disbanded, or PKR in 1998 when Anwar was sacked and jailed by Mahathir. What is left of UMNO today is from Team A faction, who kept Mahathir's legacy in tact, but finding it hard to remain relevant to post-Bersih's Malaysia.
A good evidence that UMNO's Team A is stronger than the remnants of Team B is when Abdullah Badawi himself was ousted after Dr Mahathir hit out at him.
Najib is still the prime minister, because no one in UMNO is now commanding the respect and the loyalty that was once earned by Musa and Razaleigh.

Never a dull day in Pakatan’s trial by fire

The chaos in Selangor is keeping the nation waiting with bated breath as PAS decides the fate of Pakatan and the future of Selangorians.

khalid_azizah_300
By Ishmael Lim
A lot can be said about Malaysian politics. Dramatic, hypocritical, dishonest and dirty are adjectives that instantly spring to mind, but what it surely isn’t is `dull’.
Selangor watchers have been on tenterhooks since de-facto PR leader Anwar Ibrahim, proposed the candidacy of Dr.Wan Azizah to replace incumbent Menteri Besar (MB), Khalid Ibrahim.
Nothing sinister in this since Wan Azizah is the president of PKR, and state assemblywoman for Kajang, which makes her eligible. But let us not forget that she is also the wife of Anwar.
Simply put PKR has decided that Selangor needs a new MB to replace the current one and has the right to nominate whomever they wish under their agreement with Pakatan components DAP and PAS.
This would normally happen at the beginning of a five-year mandate or incapacity of the current MB due to illness, death or criminal conviction. But this time it is none of the above.
What’s the problem since its only intra-party musical-chairs, you may well ask? Well Khalid who has some hefty support, just won’t give it up without a fight.
In his corner are the Sultan representing Islam and royalty, UMNO representing the Malays and the big business, and tentatively PAS representing Islam and the Malays (although they would say they are for all).
How this scenario will pan out is anyone’s guess.
This Selangor issue should rightly be a contained Selangor event, but its fallout will have national consequences. This stems from the fact that the six-year-old state government is perceived by the Malaysian electorate as the test model for Pakatan’s nationwide cooperation should they ever wrest Putrajaya from Barisan National.
If Pakatan cannot solve this political imbroglio amicably, then what hope have they of running the federal politics of this nation?
This is the ultimate test of Pakatan’s sustainability. All the ingredients for a trial by fire are in this mixture.Religion, racism, royalty, big business, corruption, cronyism and mismanagement are all present.

BETRAYAL BOMBSHELL: PAS looking for ways to leave PR since a year ago - Nasrudin confirms


KUALA LUMPUR - PAS conservatives have been looking to exit Pakatan Rakyat (PR) for over a year, the Islamist party’s youth chief Nasrudin Hassan Tantawi reportedly said as cracks widen within the opposition pact following a leaked WhatsApp chat this week.
Nasrudin also told Malay daily Berita Harian that PAS was not the only party in the pact to have examined and plotted a draft of possible scenarios that could result should it quit PR.
“Did you know that even DAP, for example, made similar calculations based on the statements of some of their leaders?” the PAS central committee member was quoted saying.
He added: “In fact, some of them even said openly that DAP would leave Pakatan Rakyat if PAS brings the hudud enactment to Parliament, so…”
Nasruddin claimed that the recent outrage voiced by his PR allies following the leaked chat among PAS leaders was merely a pretence.
PAS Research Centre operations director Dr Mohd Zuhdi Marzuki sparked a storm after a controversial message in a private conversation with PAS central committee members on chat platform WhatsaApp was circulated on social media Monday.

Jom Turun: Viva Palestina dan Aqsa Syarif anjur himpunan 'Selamatkan Anak-anak Gaza'

Viva Palestina dan Aqsa Syarif anjur himpunan 'Selamatkan Anak-anak Gaza'
KUALA LUMPUR: Kira-kira 10,000 peserta dijangka akan membanjiri Dataran Merdeka esok (Sabtu) bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza' anjuran Viva Palestina dan Aqsa Syarif.

Perhimpunan tersebut bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Gaza serta mengecam tindakan serangan Zionis terhadap warga Palestin di semenanjung itu.

Menurut wakil Viva Palestina, Shida Shahnan, perhimpunan tersebut adalah bagi menunjukkan soladiriti kepada penduduk Gaza dan mereka mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertainya.

"Jika anda seorang insan, datanglah ke perhimpunan ini untuk menyatakan solidariti. Iaitu solidariti kepada Palestin dan mengutuk tindakan rejim Zionis.

"Ia lebih kepada solidariti dari insan kepada insan lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Shida yang merupakan ahli jawatankuasa Viva Palestina berkata, pada mulanya pihaknya tidak merancang untuk menganjurkan perhimpunan tersebut, namun setelah menyaksikan serangan Israel semakin teruk apatah lagi ketika Hari Raya, mereka berkeputusan untuk mengadakannya.

"Melihat suasana (serangan) di Gaza, kami kehilangan mood untuk menyambut Aidilfitri. Jadi kami berkeputusan untuk menganjurkan protes ini yang dibuat secara ad hoc," jelasnya.

Menurut Shida, perhimpunan ini adalah berdasarkan tujuan kemanusiaan dan bukanlah sebuah perhimpunan keagamaaan seperti yang biasa diadakan selepas solat Jumaat.

"Sebab itulah kami memilih tema 'Selamatkan Anak-anak Gaza'... sebab kami mahu ia neutral dan bukan sebuah program keagamaan.

"Kanak-kanak mampu menyentuh hati kita. Semua bangsa tidak kira agama atau kepercayaan harus hadir ke perhimpunan ini. Kami mahu semua rakyat Malaysia menyatakan suara mereka pada perhimpunan itu nanti," katanya.

Katanya setakat ini Malaysia masih belum mengadakan sebarang protes besar-besaran terhadap serangan Israel ini seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain di dunia.

Selain Aqsa Syarif yang menjadi penganjur bersama, katanya perhimpunan ini juga bakal disertai oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), wakil pemuda-pemuda Kristian, persatuan antara agama dan Mothers of Malaysia.

Selamatkan Anak-anak Gaza
Poster perhimpunan 'Selamatkan Anak-anak Gaza'. Foto ehsan Viva Palestina

Leftenan Hadar Goldin, Sepupu Menteri Pertahanan Israel Diculik Pejuang Palestine..


Seorang askar IDF telah ditangkap oleh pejuang Hamas, lapor IDF hari ini. 

Leftenan Hadar Goldin dilaporkan telah diculik semasa pertempuran yang tercetus apabila pejuang Hamas muncul dari terowong yang sedang diroboh oleh IDF. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata IDF akan terus merobohkan terowong Hamas "dengan atau tanpa gencatan senjata," lapor Haaretz. Jurucakap Unit IDF turut berkata bahawa salah satu pejuang Hamas adalah seorang pengebom berani mati.


Kejadian itu berlaku kurang daripada tiga jam selepas gencatan senjata, yang sepatutnya berlangsung 72 jam. Dua anggota tentera IDF lain, Mej. Benaya Sarel dan Staf Sarjan. Liel Gidoni, terbunuh dalam serangan itu, menurut IDF.

Lima anggota IDF terbunuh dalam serangan mortar pada hari Khamis. Jumlah kematian IDF sejak hari Khamis adalah 66, manakala pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata 1,492 Penduduk Gaza telah meninggal dunia, menurut New York Times.

Mapim: Terimalah hadiah daripada kami, Palestin

Masjid Umar Abdul Aziz yang dibina menggunakan sumbangan rakyat Malaysia kini menjadi masjid paling cantik di Gaza. 
 Masjid Umar Abdul Aziz yang dibina menggunakan sumbangan rakyat Malaysia kini menjadi masjid paling cantik di Gaza.
KUALA LUMPUR – Agaknya jika Malaysia dilanda peperangan, apa keperluan yang paling kita mahukan? Makanan? Ubat? Tempat tinggal?
Bagi penduduk Palestin di Gaza, mereka mahukan masjid.

Kerana di situlah semangat perjuangan mereka dicambah, di situlah jiwa-jiwa para syuhada dilahirkan.

Jadi apabila sembilan daripada puluhan masjid yang musnah dibedil roket rejim Israel semasa Perang Gaza pada 2008-2009 didirikan semula dan diperbaiki melalui sumbangan rakyat Malaysia, kegembiraan rakyat Gaza tidak terungkap dengan kata-kata.

“Mereka jatuh cinta dengan rakyat Malaysia,” menurut Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mohd Azmi berkata, bagi penduduk Gaza, masjid bukan hanya untuk beribadat, tetapi tempat mencari ketenangan dan kekuatan untuk melawan musuh Islam, dan di situlah masa depan Palestin dibincangkan.

“Pernah sekali semasa kami (rombongan Mapim) sedang bersolat Jumaat di sebuah masjid di Gaza, tiba-tiba terdengar bunyi bom digugurkan. Kami delegasi Malaysia terus panik.

“Tetapi jemaah Palestin begitu tenang sekali. Bagi mereka, jika bedilan itu ditakdirkan terkena masjid itu dan mereka terkorban, ia adalah satu kematian yang mulia,” katanya.

Israel cabul gencatan senjata

SEBUAH peluru berpandu milik tentera Israel yang tidak meletup mendarat di sebatang jalan raya di Deir al-Balah, selatan Gaza semalam.


BANDAR GAZA - Gencatan senjata selama tiga hari yang dipersetujui antara tentera Israel dan pejuang Hamas yang bermula semalam hanya bertahan selama beberapa jam selepas sekurang-kurangnya 40 penduduk Gaza terkorban dalam satu serangan tentera Zionis di selatan Rafah.
Gencatan senjata yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkuat kuasa pada pukul 8 pagi waktu Gaza semalam.
Namun, Israel menamatkan gencatan senjata itu beberapa jam selepas ia dikuatkuasakan.
Gencatan senjata itu dicapai selepas berlakunya pertempuran sengit antara para pejuang Hamas dengan tentera Israel.
Namun, Israel dan Hamas saling menuduh sebagai pihak yang menyebabkan gencatan senjata itu gagal dilaksanakan selama tiga hari.
"Pendudukan Israel di Gaza ini yang mencabul gencatan senjata. Pejuang Palestin adalah berasaskan hak untuk mempertahankan diri dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai penduduk kami," kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum dalam satu kenyataan.
Israel berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap pejuang-pejuang Palestin di Gaza yang didakwa mencabul gencatan senjata yang baru beberapa jam dikuatkuasakan.
"Israel akan mengambil tindakan tegas sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Hamas dan kumpulan pengganas di Genting Gaza," kata satu kenyataan tentera Israel.
Setiausaha Negara AS, John Kerry sebelum ini memberi amaran gencatan senjata tersebut bukan satu jaminan bahawa ia akan menamatkan peperangan yang masuk minggu keempat tersebut.
Hampir dua jam selepas gencatan senjata itu berkuat kuasa, kereta kebal Israel membedil satu lokasi di barat Rafah yang bersempadan dengan Isreal dan Mesir yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat penduduk Gaza terkorban manakala 15 lagi cedera.

BEKALAN SENJATA KEPADA ISRAEL: TIDAKKAH BANTUAN KEMANUSIAAN KEPADA GAZA SEPATUTNYA JADI KEUTAMAAN AMERIKA SYARIKAT?

Media antarabangsa melaporkan bahawa Israel memanggil 16,000 orang askar simpanan selepas rejim Zionis itu meminta Amerika Syarikat membekalkan senjata tambahan selesai Gaza dibedil secara berterusan. Lebih malang, laporan media melaporkan Amerika Syarikat telah pun bersetuju untuk membekalkan senjata tambahan; yang bakal digunakan di dalam serangan yang memangsakan lebih 1400 warga Gaza yang mana dilaporkan lebih 85 peratus daripadanya rakyat tidak berdosa termasuk kanak-kanak.
Perkembangan ini amat mengecewakan dan amat membangkitkan kemarahan dunia. Tidakkah sepatutnya keamanan, dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa krisis ini yang menjadi keutamaan bagi Amerika Syarikat?
Pesuruhjaya Tinggi Hak-hak Kemanusiaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay telah pun menyeru kuasa-kuasa dunia untuk menggesa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah perang yang diakukan negara teroris itu; yang melibatkan perlanggaran undang-undang kemanusian antarabangsa; termasuklah kontroversi penggunaan senjata yang diharamkan terhadap rakyat biasa.
Perumahan awam, ambulan, premis sekolah UNRWA dan infrastruktur-infrastruktur utama Gaza termasuk satu-satunya stesen janakuasa juga tidak selamat daripada serangan Israel ini. Navi Pillay menambah; serangan-serangan ini adalah melanggar Konvensyen Geneva. Beliau berkata, “Kita tidak boleh membiarkan sikap tidak bertanggungjawab ini berterusan.”
Sekiranya PBB telah membuat kenyataan bahawa kedua-dua belah pihak telah melakukan jenayah, tidakkah negara yang membekalkan senjata juga sepatutnya dianggap bersalah malah bersubahat dengan jenayah tersebut?
Apakah yang membezakan perbuatan Amerika Syarikat dengan perbuatan Russia yang membekalkan senjata kepada puah pemisah Ukraine (yang didakwa menembak jatuh MH17) -kini mendapat bantahan keras daripada AS? Jelas bahawa AS punyai penanda aras moral yang berbeda buat kedua-dua isu ini.
Isu rampasan dan penjajahan bumi Palestin ini telah berlarutan begitu lama, dan sebuah tindakan yang tegas mesti diambil untuk memastikan keselamatan serta keamanan bagi rantau tersebut. Jelas Amerika Syarikat langsung tidak mempunyai minat untuk memastikan keselamatan serta hak-hak rakyat Palestin terjamin. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kerajaan-kerajaan dunia yang lain untuk bersatu untuk menamatkan krisis kemanusiaan ini.
Dengan persetujuan genjatan senjata oleh Hamas dan Israel yang akan berlangsung selama 72 jam, Malaysia melalui OIC atau NAM perlu segera mengambil peluang untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada wilayah tersebut melalui udara dan laut. Kerajaan Malaysia boleh mengerah pesawat TUDM untuk menyampaikan bantuan sementara peluang ini masih terbuka dan bekerjasama terus dengan Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia dan MAPIM dalam penyaluran bantuan.
Pun begitu, bantuan ini perlu disalurkan secara berterusan dalam satu usaha yang boleh kita gelar sebagai “Gaza Airlift”, seperti mana tindakan Amerika Syarikat melalui pentadbiran Presiden Harry S. Truman yang menghantar bantuan kepada Berlin Barat dalam “Berlin Airlift” apabila sekatan kepada wilayah tersebut dibuat oleh Soviet Union pada tahun 1948. Dalam kesempatan terkini di Gaza, Kalau AS enggan, maka kita wajib bertindak!

World vision loses sponsored children

Renewed Violence Taking Toll on Gaza Residents

Israeli spokesman says truce covers 'tunnel operation'

No mention of Gaza 'tunnel operation' in truce pact

Gaza sees scenes of catastrophe

Red Crescent director's eyewitness report from Gaza

Shujayea residents return after shelling

Arab regimes give Hamas the cold shoulder

Attack on Gaza: The truce that was not

Palestinian youths 'executed' in Gaza town

Dagangan Malaysia RM2.87b, putuskan hubungan dengan Israel - Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar sekali lagi merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar bertindak berani dengan memutuskan hubungan perdagangan dengan Israel yang pada tahun 2010 sudah pun bernilai RM2.87 billion.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menggesa masyarakat dunia agar membuat tindakan yang sama bagi keamanan sedunia.

Katanya, usaha yang giat perlu dilakukan untuk memecahkan tembok sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang lain, yang kini dianggap sebagai penjara terbuka terbesar di dunia.

“Sikap mendiamkan diri oleh negara-negara Islam yang lain seperti Mesir dan Arab Saudi tidak boleh kita ikuti, apalagi biarkan berlanjutan,” tegasnya yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Media antarabangsa melaporkan bahawa Israel memanggil 16,000 orang askar simpanan selepas rejim Zionis itu meminta Amerika Syarikat membekalkan senjata tambahan selesai Gaza dibedil secara berterusan. Lebih malang, laporan media melaporkan Amerika Syarikat telah pun bersetuju untuk membekalkan senjata tambahan; yang bakal digunakan di dalam serangan yang memangsakan lebih 1,400 warga Gaza yang mana dilaporkan lebih 85 peratus daripadanya rakyat tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

Perkembangan ini amat mengecewakan dan amat membangkitkan kemarahan dunia. Tidakkah sepatutnya keamanan, dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa krisis ini yang menjadi keutamaan bagi Amerika Syarikat?

Pesuruhjaya Tinggi Hak-hak Kemanusiaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay telah pun menyeru kuasa-kuasa dunia untuk menggesa Israel bertanggungjawab ke atas jenayah perang yang diakukan negara teroris itu; yang melibatkan perlanggaran undang-undang kemanusian antarabangsa; termasuklah kontroversi penggunaan senjata yang diharamkan terhadap rakyat biasa.

Perumahan awam, ambulan, premis sekolah UNRWA dan infrastruktur-infrastruktur utama Gaza termasuk satu-satunya stesen janakuasa juga tidak selamat daripada serangan Israel ini. Navi Pillay menambah; serangan-serangan ini adalah melanggar Konvensyen Geneva. Beliau berkata, “kita tidak boleh membiarkan sikap tidak bertanggungjawab ini berterusan”.

Sekiranya PBB telah membuat kenyataan bahawa kedua-dua belah pihak telah melakukan jenayah, tidakkah negara yang membekalkan senjata juga sepatutnya dianggap bersalah malah bersubahat dengan jenayah tersebut?

Apakah yang membezakan perbuatan Amerika Syarikat dengan perbuatan Russia yang membekalkan senjata kepada puah pemisah Ukraine (yang didakwa menembak jatuh MH17) - kini mendapat bantahan keras daripada AS? Jelas bahawa AS punyai penanda aras moral yang berbeda buat kedua-dua isu ini.

Amerika bekal peluru kepada Israel untuk serang Gaza

Amerika Syarikat (AS), Rabu lalu mengesahkan telah menjual bekalan peluru dan bom mortar kepada Israel.

Jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby dalam kenyataannya berkata, tentera Israel meminta bekalan pelurunya dipenuhi semula pada 20 Julai lalu dan Jabatan Pertahanan AS meluluskan pembelian itu tiga hari kemudian.

"AS sentiasa komited terhadap keselamatan Israel dan itu merupakan kepentingan untuk membantu sekutu kuat Washington membangunkan dan mengekalkan keupayaan pertahanan yang kuat.

"Penjualan bekalan peluru dan bom mortar kepada Israel memenuhi tujuan hubungan antara kedua-dua negara," katanya tanpa menjelaskan sama ada White House terlibat dalam keputusan menyalurkan bekalan peluru yang lain.
US replenishes Israeli ammunition supplies while calling for ceasefire 
The United States confirmed Wednesday it had restocked Israel's supplies of ammunition, hours after condemning an Israeli attack on a United Nations school in Gaza
But while both the White House and the State Department condemned the shelling of the UN-run school in the Jabalia refugee camp in northern Gaza in which at least 16 Palestinians were killed, neither would assign blame to staunch US ally Israel. 
"Obviously nothing justifies the killing of innocent civilians seeking shelter in a UN facility," deputy State Department spokeswoman Marie Harf acknowledged, in some of the toughest US comments since the start of the 23-day fighting in the Gaza Strip. 
"Innocent Palestinians seeking refuge in these schools should not have shells dropped on them, should not come under attack." 
The UN agency for Palestinian refugees UNRWA said Israeli forces had hit the school, which had been sheltering some 3,300 Palestinians. 
But despite heated exchanges with reporters, Harf stressed that "we don't know for certain who shelled this school, we need to get all the facts." 
National Security Council spokeswoman Bernadette Meehan also condemned "those responsible for hiding weapons in United Nations facilities in Gaza" and warned of rising fears that thousands of Palestinians who have been told by Israel to leave their homes increasingly had nowhere to go in the blockaded narrow coastal strip. 
UNRWA has reported finding rockets in two of its schools since the beginning of the Israeli assault, but specified that the schools where the weapons were hidden had not hosted any refugees. 

Pakatan cari calon alternatif MB Selangor ganti Khalid, dedah sumber

 Pakatan Rakyat (PR) sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor, dedah seorang pemimpin tertinggi, satu langkah dilihat untuk memuaskan hati semua pihak. Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.  “Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira. Mata tertumpu kepada Adun Melayu-Islam PKR Selangor yang dilihat rapat dengan Anwar. Bagaimanapun sumber mendedahkan, Anwar yang juga ketua umum PKR tidak dapat menerima calon alternatif untuk jawatan menteri besar Selangor kerana masih memegang keputusan majlis pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan Khalid dengan isterinya, Dr Wan Azizah. “Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Khalid dan juga Pakatan,” kata sumber itu lagi. Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS. Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak. Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar. Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar. PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah

Apa salahnya jika Wan Azizah dilantik menjadi menteri besar?

Muhammad Nazreen

Desas-desus berkenaan pertukaran menteri besar Selangor, dan jika berhasil, Datuk Seri Dr Wan Azizah bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim semakin menghampiri kenyataan. Soalan yang sering dibangkitkan adalah: Layakkah Wan Azizah menjadi menteri besar Selangor? Serangan bertubi-tubi sedang ditujukan kepada Wan Azizah. Kritikan terhadapnya datang daripada pelbagai sudut. Tidak kurang juga dengan tuduhan lantikannya sebagai pengganti MB Selangor adalah usaha mengekalkan dinasti keluarga Anwar-Azizah, dituduh sebagai “boneka” kepada Anwar Ibrahim dan lebih parah lagi, dia dianggap tidak layak kerana statusnya sebagai seorang perempuan. Ramai lupa Wan Azizah merupakan ketua pembangkang setelah PKR, PAS dan DAP mencatat kemenangan bersejarah di dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. Kenapa tidak timbul pula soal beliau tidak layak untuk mengetuai pakatan politik pembangkang, berikutan kejayaan mencipta sejarah besar menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen Malaysia? Semasa Parti Keadilan Nasional (PKN) ditubuhkan pada tahun 1999, beliau dipilih untuk mengetuai gelombang politik baru, sudah tentu tanpa Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara. PKN bermula sebagai pakatan politik yang kecil, namun atas usaha bersama PAS dan DAP di dalam Barisan Alternatif (BA) berjaya merampas Terengganu dan mengekalkan Kelantan. Tanpa kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin utama, tidak mungkin mereka berjaya mencipta kemenangan kecil di dalam pilihan raya umum 1999. Wan Azizah juga satu-satunya wanita yang pernah menjadi presiden kepada parti politik yang terpenting di Malaysia. Semasa PAS, PKR dan DAP hampir lumpuh berikutan kekalahan besar pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum 2004, Wan Azizah berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pauh walaupun