Jumaat, 1 Ogos 2014

Whatsapp bocor dan asas Pakatan Rakyat


Pakatan-Rakyat
oleh Al-Mustaqeem M Radhi
Dr Zuhdi Marzuki memberi penjelasan yang amat baik berkaitan isu Whatsapp bocor AJK PAS Pusat. Sayang penjelasan panjang beliau tiba terlewat, meskipun sejak awal lagi berulangkali beliau didesak berbuat demikian, antaranya menerusi facebook oleh pemimpin muda PKR Amin Ahmad, bekas calon untuk DUN Kuala Perlis.
Barangkali Hari Raya menyebabkan Dr Zuhdi gagal menjelaskan dirinya lebih awal, padahal itu yang seharusnya dibuat beliau sebaik saja Whatsapp ‘analisis senario’ bocor ke pengetahuan umum.
Whatsapp bocor itu telah merosakkan ‘mood’ raya saya dan mungkin juga Dr Zuhdi sendiri dan banyak orang lain. Namun, mood raya yang rosak bukan persoalan besar, kerana peristiwa politik tidak menunggu masa yang sesuai untuk muncul.
Seperkara yang, pada saya, terang-terangan tidak sepatutnya dilakukan oleh Dr Zuhdi, iaitu memberi penjelasan pendek tidak lama setelah mesej Whatsapp berkenaan bocor. Penjelasan beliau menambah garam ke luka sekurang-kurangnya dengan dua cara.
Pertama, ia mengandaikan bahawa khalayak tidak terbaca atau tidak mampu memahami kata ‘analisis senario’. Dalam ungkapan lain, penjelasan awal itu membuatkan orang merasa beliau menganggap khalayak tolol.
Kedua, entah kerana memang beliau sengaja mengelak, tidak terperasan, atau sibuk dengan Raya, beliau tidak menjelaskan bahagian kedua Whatsapp bocor itu. Bahagian kedua inilah yang lebih dipermasalahkan.
Hari ini, Dr Zuhdi memberi juga penjelasan yang mungkin telah dijangka oleh sebahagian kita – bahawa ‘jentik’ dan ‘sergah’ tidak lain hanyalah sindiran dari pihak beliau terhadap suatu kelompok dalam PAS yang tidak menyukai DAP. Maksudnya, kalau PAS bergabung dengan Umno, mudahlah kelompok tertentu itu memuaskan hati mereka untuk berbuat sesuka hati terhadap DAP dan juga para liyan yang kafir dan bukan-Melayu.
Penjelasan kedua Dr Zuhdi hari ini secara terus-terang mengakui bahawa kelompok itu – kita namakan saja mereka kelompok ‘Yuji’ – sememangnya wujud, anti-liyan* dan bersikap kasar terhadap liyan.

Shahbudin Husin : Hadi Awang Bakal Buat Pusingan U?

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 10 Ogos ini tentunya paling menjadi perhatian. Ini kerana ia akan menentukan sama ada Pas menyokong atau menentang hasrat PKR menukar Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Beberapa hari sebelum ini, Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah mengeluarkan kenyataan peribadinya agar Khalid terus dikekalkan atas alasan tiada apa-apa pengkhianatan terhadap rakyat yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu sepanjang lebih enam tahun perkhidmatannya.

Bagaimanapun kenyataan itu telah menimbulkan kekecohan dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR sendiri. Di dalam Pas, jelas terlihat pertembungan antara golongan ulama yang menyokong kenyataan Haji Hadi itu dengan golongan profesional yang juga kerap disebut sebagai kumpulan Anwarinas yang tetap mahu Khalid digantikan dan menyifatkan kenyataan Haji Hadi itu hanyalah pendapat peribadi saja.

Di dalam PR pula, PKR dan DAP yang sudah lama tidak senang dengan Khalid kerana kepimpinan ala korporat dan menidakkan muafakat yang diamalkan sejak kebelakangan ini serta mahu Dr Wan Azizah segera mengambil alih sebagai ketua kerajaan negeri Selangor, bagaikan tidak percaya dengan kenyataan Haji Hadi itu dan mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.

Ekoran itu, terbocor pula tulisan di whatsapp oleh seorang AJK Pas Pusat dan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki yang bukan saja menyokong kenyataan Haji Hadi, malah membayangkan akan wujudnya kerajaan negeri yang baru di Selangor melalui kerjasama antara Pas, UMNO dan Khalid.

Tulisan itu yang disertai dengan komen bersifat perkauman dan anti gereja telah menyemarakkan lagi perbalahan dalam Pas dan juga PR. Tuduh-menuduh dan saling berbalas kenyataan kian panas sehingga bukan saja Dr Zuhdi yang menjadi kecaman, malah Pas juga dianggap bukan lagi rakan yang betul-betul baik dalam PR.

Meskipun Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kemelut ini tidak akan memecah-belahkan PR, hakikatnya syak wasangka dan saling mencurigai sudah mula bercambah dalam rakan-rakan gabungan PR sekarang ini. Pas yang selama ini diketahui memperjuangkah Islam dan sering melaungkan "Islam For All" rupa-rupanya turut mempunyai benih perkauman dan anti agama lain di dalamnya.

Sami Zeidan interviews Mark Regev and Saeb Erakat

'This is not war, its massacre': 'Protective Edge' is IDF's bloodiest op.

Ceasefire over: Israel strikes Gaza, claims Hamas broke 72-hour truce

Israel siege on Gaza persists despite truce

IDF: Israeli soldier abducted during cease-fire

Quads born on eve of Gaza ceasefire

Palestinian Ambassador: Israel ended cease-fire

Israeli military announces end to Gaza truce

Saudi king labels Israeli offensive in Gaza a war crime

#SupportGaza kanak-kanak terus jadi mangsa kekejaman

Perhimpunan Aman pro-Palestin

'Smell of death' lingers in Shujayea

Israel: Our troops were attacked in Gaza

Gaza Truce Unravels; Israel, Hamas Trade Blame

Hamas 'cannot accept continued Israeli operations'

Israeli strike kills dozens during Gaza 'ceasefire'

Pemuda PR tidak akan benarkan BN tersenyum

Sudah sampai masanya untuk PR membuktikan bahawa PR mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis.

perak_pakatan_300PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat Perak menyeru kesemua ahli Pakatan Rakyat (PR) untuk bersatu dan bertegas, supaya tidak membenarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno bahagia dengan krisis yang melanda PR.
Menurut Ketua AMK Perak, Zafril Mohd Eusoff sudah sampai masanya untuk PR membuktikan bahawa PR mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan mereka.
“8 Mac 2008 merupakan satu hari yang bersejarah untuk negara di mana rakyat telah mencatat tsunami politik dalam sejarah negara kita. Hari tersebut turut membawa suatu makna yang istimewa bagi negeri Perak.
“Pimpinan negeri ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR pertama kalinya duduk bersama-sama dan bersetuju untuk menubuhkan satu kerajaan negeri campuran dan sejurusnya membuka satu landasan politik baru untuk perkembangan politik berdemokrasi,” katanya dalam satu kenyataan bersama Ketua DPP  Perak, Raja Iskandar Al Hiss dan Ketua DAPSY  Perak, Wong Kah Woh.
Jelas Zafril lagi pada tarikh itu juga, PAS dan PKR dapat menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan dan Kedah tanpa wakil daripada DAP serta DAP dan PKR  pula mampu menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor tanpa kehadiran wakil PAS.
“Tanpa situasi di negeri Perak di mana DAP memenangi 18 kerusi, PKR memenangi tujuh kerusi dan PAS memenangi enam kerusi, tidak akan lahirnya PR selepas penubuhan kerajaan campuran negeri Perak.

Faekah menyelar dakwaan Ariff terhadap Khalid

Ariff tidak memahami sepenuhnya proses perlantikan Menteri Besar yang perlu mengikut Perlembagaan Selangor

PETALING JAYA: Pegawai Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyangkal kenyataan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang mengatakan bahawa tindakan Khalid Ibrahim tidak wajar kerana tidak mengikuti arahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya berundur daripada menjadi Menteri Besar sebagai memalukan.
faekah husinTambahnya lagi, Ariff juga boleh menulis diblognya SakmongkolAK47 yang mengatakan bahawa tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencalonkan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor merupakan satu tindakan yang memalukan.
“Ariff tidak memahami sepenuhnya proses perlantikan Menteri Besar yang perlu mengikut Perlembagaan Selangor.
“Memang betul Khalid tidak dilantik oleh rakyat namun Arif juga perlu faham bahawa PR juga tidak mempunyai hak yang mutlak untuk melantik MB di Selangor,” katanya.
Kata Faekah lagi, kenyataan Ariff yang mengatakan Khalid telah tewas dalam pilihan raya parti dan harus mengundurkan diri juga salah.
“Walaupun pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden masih berlangsung, Khalid tetap telah mendapat lebih satu pertiga daripada undi,” jelasnya dalam satu kenyataan.
“Dia (Ariff) juga tidak perlu mempersoalkan tindakan Khalid berjumpa dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” tegas Faekah membela Khalid.

Dr M tukar pendirian, mahu k'jaan UMNO@BN tapis Internet

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kini berpendirian bahawa sudah tiba untuk menapis Internet selepas beliau sendiri menjadi mangsa tapisan internet.

Menurutnya, beliau menyedari perkara itu apabila tulisannya tentang kaum Yahudi tidak dapat disiarkan di Facebook.

"Saya berbuat demikian (ubah fikiran) kerana mereka yang mengawal server menjalankan tapisan mereka sendiri terhadap perkara yang boleh diterbitkan di media alternatif.

"Saya sendiri menjadi mangsa tapisan demikian," katanya.

Menurutnya lagi, beliau sendiri sebelum ini terpaksa menukar platform blognya sebanyak tiga kali kerana satu firma antarabangsa enggan memberi perkhidmatan untuk penerbitan blognya.

"Sekatan juga adalah satu bentuk tapisan. Internet ini bukan alternatif percuma kepada media cetak dan elektronik yang dikatakan dikawal oleh kerajaan. Ia tertakluk kepada lebih banyak tapisan berbanding yang diamalkan oleh kerajaan.

"Mereka yang menjadi tuan rumah kepada pelantar dan pelayan ini boleh menapis. Dan ada banyak cara lain tersedia buat pengawal media baru yang berkuasa ini untuk menapis demi kepentingan politik mereka," katanya.

Katanya, beliau berpendirian bahawa akhbar perlu ditapis, dan media baru pula menurutnya menikmati kebebasan yang lebih terhad berbanding media tradisional.

"Tiada kebebasan di media alternatif. Kerajaan dan pemilik server dan platform serta pihak lain boleh menapis media alternatif.

"Kebebasannya lebih terhad berbanding media cetak dan elektronik yang beroperasi dengan lesen kerajaan.

Kejayaan perjanjian air dengan Putrajaya jamin tarif air tidak naik, kata MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan di Putrajaya bagi penstrukturan semula industri air Selangor, hari ini. 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan kadar tarif air di Lembah Klang tidak akan dinaikkan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun akan datang selepas kejayaan penstrukturan semula industri air di negeri terkaya Malaysia itu.
Khalid yang sedang ditekan PKR untuk meletakkan jawatan sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat (PR) menandatangani perjanjian itu antara  kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan di Putrajaya hari ini.
"Dengan termeterainya Perjanjian Dasar Induk ini menandakan rundingan penstrukturan semula industri air Selangor yang sudah diusahakan semenjak 2006 sudah hampir ke penghujungnya dan mencapai kejayaan," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian dengan kerajaan Pusat bagi pelaksanaan penstrukturan semula industri air Selangor dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dianggap sebagai kemenangan untuk rakyat. Walaupun didesak PKR untuk meletakkan jawatan bagi memberikan laluan kepada presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor, Khalid mendapat sokongan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus berkuasa sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin PKR dan DAP.

Jangan biarkan BN miliki senyuman terakhir, kata Pemuda Pakatan Perak

Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak menyeru semua ahli dan pimpinan parti kekal bersatu meneruskan amanah yang diberi rakyat untuk memerintah selepas dipilih pada dua pilihan raya umum lalu. Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua DAPSY Wong Kah Woh dan Ketua Angkatan Muda PKR Perak Zafril Mohd Eusoff berkata inilah masanya bagi semua pimpinan parti menunjukkan kepimpinan parti mampu menangani krisis politik. “Pemuda PR Perak menyeru semua ahli Pakatan bersatu dan bertegas supaya jangan kita membenarkan Barisan Nasional (BN) dan Umno memiliki senyuman terakhir. “Sudah sampai masa PR membuktikan kita mampu dan mempunyai hasrat politik untuk menangani krisis dan cabaran di hadapan kita,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menggariskan 10 sebab mengapa PAS perlu meninggalkan PR selepas wujud cadangan daripada pemimpin parti Islam itu untuk bekerjasama dengan BN. Timbalan Presiden Isma Aminuddin Yahya berkata apa yang dilontarkan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah wakil kepada suara hati ramai pemimpin dan ahli parti itu yang selama ini gelisah dengan tindak-tanduk parti komponen PR lain, tetapi tidak berani bersuara. Pemuda PR Perak berkata sejak enam bulan lalu, parti secara keseluruhannya menghadapi cabaran demi cabaran yang menyinggung keyakinan bukan sahaja di kalangan pengundi malah juga di kalangan ahli parti masing-masing. Katanya, dengan percanggahan yang timbul, wujud persoalan sama ada PR akan kekal bersama dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kita tidak dapat nafikan pelbagai unsur bukan sahaja menguji solidariti kita, malah mengamplifikasikan perbezaan kita. Krisis perlembagaan Perak pada 2008 sememangnya membawa PR ke satu tahap kerjasama lebih tinggi dan mantap. “Pemuda PR yang ditubuhkan selepas krisis tersebut merupakan Pemuda pertama yang ditubuhkan

Bertuah dapat jumpa Nik Aziz - Neelofa

Pelakon jelita yang sudah berhijab, Neelofa melahirkan rasa bertuah kerana dapat bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Gambar pertemuan mereka itu telah dimuat naik oleh Neelofa di laman sosial Instagram miliknya semalam.
Pada gambar itu menunjukkan Neelofa yang juga pengacara televisyen popular sedang berbual dengan Nik Aziz yang juga bekas Mursyidul Am Pas.
Malah kapsyen yang ditulis oleh Neelofa pada gambar tersebut cukup menarik untuk dibaca.
Kapsyen itu berbunyi: lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.
Jelas dan terang, Neelofa berharap pertemuannya dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dipolitikkan.
Apa salahnya kalau kunjung mengunjung sempena Syawal yang mulia. Apatah lagi dapat berbual dengan tokoh yang memiliki ilmu agama yang tinggi.
Dapat juga Neelofa meminta nasihat dan berkongsi ilmu, tambahan pula dia pun telah berhijrah sejak Ramadan lalu.

Jom sokong Hentikan Keganasan Israel di Dataran Merdeka esok


Peluru dibedil sewenang-wenangnya, bom dilontar sesuka hati manakala meriam ditembak tanpa mengira sama ada sasarannya orang awam mahu pun tempat perlindungan yang ditadbir badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
 
Itulah kekejaman rejim Zionis. Itulah matlamat sebenar Yahudi yang mahu memusnahkan sebuah negara bernama Palestin sedangkan wilayah yang dinamakan Israel itu hakikatnya adalah milik Palestin.
 
Bayangkan, konflik terbaru yang kini masuk hari ke 25 mengorbankan majoriti orang awam terutamanya kanak-kanak dan warga emas yang tidak mampu melarikan diri apabila kediaman mereka atau kawasan berdekatan dibedil tanpa ada sekelumit pun rasa belas. 
 
Konflik Palestin - Israel menuntut campur tangan dunia. Kekejaman demi kekejaman ini mesti dihentikan dan hanya dengan sokongan padu dari negara-negara lain di seluruh dunia mampu menghentikan kegilaan dan kerakusan Israel. 
 
Sehubungan itu, anda dijemput beramai-ramai ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur Sabtu ini (esok) untuk membantah dan menghentikan kekejaman Israel yang tidal berperikemanusiaan ini.
 
Perhimpunan aman 'Selamatkan kanak-kanak Gaza' yang dianjurkan oleh Viva Palestin dan Aqsa Syarif ini bermula dari pukul 3 petang hingga 5 petang. Buktikan sokongan anda!

Gaza Truce Unravels; Israel, Hamas Trade Blame

Gaza Death & Destruction: RT talks to Israeli FM spokesperson

Failed State: 'NATO left Libya in chaos'

The legalities of Israel's war on Gaza

Mungkir Janji: Israel tembak mati 8 orang sejam selepas gencatan senjata bermula

Israel tembak mati 8 orang sejam selepas gencatan senjata bermula
GAZA: Israel menembak mati lapan orang di selatan Gaza pada Jumaat, hanya sejam selepas gencatan senjata kemanusiaan selama 72 jam dilaksanakan.

Seorang doktor di hospital yang terletak berdekatan hospital Abu Yusef al-Najjar tidak memberikan sebarang maklumat berkenaan identiti mangsa yang maut.

Namun, katanya mereka mati akibat dibom di timur Rafah selepas seorang koresponden AFP menyaksikan pertempuran sengit di lokasi tersebut.

PAS will remain in Pakatan Rakyat

PAS will stay in Pakatan and all differences can be solved, say Hulu Kelang Assemblyman

Saari_Sungib_300
By Puteri Sabira
KUALA LUMPUR: All PAS leaders are unanimous in their decision to remain in Pakatan Rakyat to serve and carry out the promises made to the people, Hulu Kelang assemblyman Saari Sungib said today.
Saari said having differences in opinion among Pakatan Rakyat members was normal and ways would be found to resolve the issues and stay united.
He said PAS still wanted to remain in the coalition because history has shown that the party obtained big victories under Barisan Alternatif and later Pakatan Rakyat.
“As far as I know, all PAS leaders are unanimous in wanting to remain in Pakatan and we will be collaborating to serve the people like what we had promised before,” he added.
Saari was commenting on reports by DAP MP Tony Pua that PAS would be the biggest loser if the party decided to pull out of Pakatan.
“Leaders have the right to voice their opinion but it has to be done through proper channels to avoid misunderstanding.
“The three parties in the coalition have different ideologies, but we will work together to achieve a consensus to serve better in the future,” Saari added.
However, PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had said that conservative leaders in PAS had been looking to pull out from Pakatan for over a year.
“Even some DAP leaders have predicted that PAS will pull out,” the party’s central committee member was quoted saying.
Saari said people voted for the coalition because Pakatan had promised a fair government.

NGO mahu MBPJ dedah dokumen Kidex segera

NGO Katakan Tidak Pada Kidex (SNTK) memohon agar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendedahkan dokumen dan laporan berhubung projek kontroversi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dengan segera.

SNTK memohon demikian selepas diberitahu oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia melalui satu surat untuk mendapatkan dokumen terbabit dari pihak berkuasa berkenaan.

Surat berkenaan diserahkan kepada kepada Datuk Bandar MBPJ Datuk Alinah Ahmad ketika kunjungan NGO tersebut ke pejabat pihak berkuasa tempatan itu hari ini.

Ahli Jawatankuasa SNTK Mak Khuin Seng ketika ditemui di bangunan MBPJ hari ini berkata, beliau berharap agar MBPJ dapat memberikan dokumen mengenai lebuh raya Kidex itu kepada mereka dalam masa tujuh hari.

Mak dengan nada kecewa berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof telahpun berjanji dan bersetuju untuk memberikan dokumen tersebut kepada SNTK.

DAP sokong wanita jadi MB, minta yang lain ikut

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyatakan sokongan DAP kepada calon wanita menjadi menteri besar Selangor yang baru.

Setelah berminggu-minggu berdiam diri mengenai perkara ini, Lim memberitahu pemberita supaya tidak terganggu oleh isu-isu lain tetapi memberi tumpuan kepada sama ada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail layak menjadi menteri besar.

Wan Azizah dicalonkan untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, seperti yang diumumkan oleh PKR bulan lalu.

"Saya katakan ini sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP. Kami mahu kenyataan ini datang dari semua pemimpin," katanya.

"Gambaran yang diberikan sekarang ialah Wan Azizah tidak kelayakan kerana beliau adalah seorang wanita."

Gerakan cadang pilihan raya negeri Selangor diadakan selesai isu MB


Presiden parti Gerakan Datuk Mah Siew Keong hari ini mencadangkan supaya pilihan raya negeri Selangor diadakan sekiranya isu pertukaran menteri besar Selangor masih gagal menemui jalan penyelesaian. "Buat masa sekarang, saya lihat negeri Selangor perlu membuat pilihan sama ada ingin terus mengekalkan Khalid menjadi menteri besar atau pun mengadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat menentukan siapa yang layak memegang jawatan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perwakilan parti Gerakan Negeri Kedah di Alor Setar. Katanya parti itu melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai menteri besar Selangor bagi meneruskan usaha yang dibuat untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi penduduk Selangor.  Beliau berkata sejak kebelakangan ini Selangor banyak menghadapi masalah seperti bekalan air dan kes denggi, dan Khalid perlu diberi peluang meneruskan usaha mengatasi masalah-masalah tersebut. "Saya risau isu pertukaran menteri besar Selangor ini akan menjejaskan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri itu dan tidak mahu pelaksanaan projek Empangan Langat 2 terganggu. "Masalah ini tidak perlu dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu kerana apa yang penting sekarang adalah untuk menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi penduduk Selangor," katanya. Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas telah menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. Bagaimanapun cadangan itu tidak mendapat sokongan ramai pemimpin

Wajarkah Selangor dijadikan batu loncatan Pakatan ke Putrajaya?

Walaupun tidak dapat dinafikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah pemimpin yang prihatin dengan rakyat, bukan itu sahaja yang menjadi kayu ukur seorang pemimpin yang berkesan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Ogos, 2014.  
Walaupun tidak dapat dinafikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah pemimpin yang prihatin dengan rakyat, bukan itu sahaja yang menjadi kayu ukur seorang pemimpin yang berkesan.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mempersoalkan hasrat Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan negeri pimpinannya sebagai papan lonjakan  ke Putrajaya.
Menurut Khalid, langkah ini “tidak memenuhi hasrat rakyat negeri Selangor”.
Untuk itu, Khalid menyarankan agar pembangkang mendapatkan “mandat baru dari rakyat” dalam pilihan raya akan datang untuk melaksanakan projek Putrajaya melalui Selangor ini.

Kenyataan Khalid ini dibuat samada sebagai alasan untuk beliau terus menguasai kerusi menteri besar Selangor atau kenaifan bacaan politiknya. Apa pun rasional di sebalik kenyataan Khalid ini, Selangor dan juga negeri-negeri lain di bawah PR adalah penting sebagai showcase kepada keupayaan pembangkang mentadbir dan mengurus hal ehwal rakyat berdasarkan acuan baru yang acapkali ia laungkan dalam pilihan raya.
Atas dasar inilah, Selangor amat penting kepada PR. Atas kepentingan inilah, isu kepimpinan negeri Selangor perlu ditangani segera. Dan atas logik inilah, Selangor wajar dijadikan papan lonjakan PR ke Putrajaya.
Kepentingan Selangor kepada Pakatan
Adalah suatu perkara yang lazim bahawa umum hanya akan dapat menerima sesuatu pendekatan atau dasar apabila ianya sudah lama dilaksanakan.
Strategi ‘menawan’ sesebuah pentadbiran tempatan atau wilayah untuk dijadikan modal politik untuk merebut kuasa di peringkat lebih tinggi mungkin agak luar biasa di Malaysia, tetapi ia adalah strategi politik yang popular dalam kalangan negara luar.
Sewaktu Recep Tayyip Erdogan menjadi gabenor Istanbul, beliau melaksanakan pelbagai program yang meningkatkan kualiti hidup warga kota tersebut.
Daripada kejayaan tersebut, beliau dan parti pimpinannya dapat memaparkan visi mereka kepada seluruh warga Turki.
Ini membolehkan beliau melonjak ke tampuk kuasa tertinggi di Turki. Hal yang sama turut dilalui oleh Lee Myung Bak yang menggunakan kejayaan beliau sebagai Datuk Bandar Seoul  (beberapa siri projek penambahbaikan alam sekitar yang meningkat kualiti hidup dan imej bandaraya Seoul menjadi kekuatan kepimpinan beliau) sebagai batu loncatan untuk menjadi presiden Korea Selatan.
Lebih dekat lagi adalah lonjakan kerjaya Joko Widodo (Jokowi) daripada Datuk Bandar Solo ke gabenor Jakarta sehingga dipilih menjadi presiden Republik Indonesia.
Kejayaan Jokowi didorong program-program mesra rakyat marhaen serta sikap tiada toleransi terhadap rasuah dan kelemahan birokrasi yang diamalkan sepanjang beliau memimpin Solo dan Jakarta.
Jadi, apa salahnya PR menjadikan Selangor sebagai showcase kebolehan mereka mentadbir Malaysia berasaskan dasar keadilan sosial, prinsip demokrasi serta tadbir urus yang baik?
Malah, strategi ini wajar disokong agar rakyat dapat membuat pilihan yang lebih objektif dan pragmatik dalam pilihan raya akan datang. Inilah kepentingan Selangor kepada PR.
Apa halnya dengan Khalid Ibrahim?
Masalah yang dihadapi PR ketika mentadbir Selangor adalah memastikan Khalid melaksanakan program yang sudah dipersetujui bersama.
Berasaskan pemerhatian dan perbincangan dengan individu yang berpengetahuan tentang politik Selangor, prestasi Khalid pada penggal pertama hanya bertaraf sederhana.
Ini kerana beliau mengambil masa yang agak lama untuk merencana dan melaksana program-program kerajaan negeri serta kerap dilakukan secara bersendirian tanpa penglibatan pimpinan lain.
Penggal pertama beliau sebagai menteri besar Selangor menyaksikan pelancaran beberapa program dan inisiatif yang menarik, tetapi kurang menjana perhatian umum.
Kelemahan penerangan
Seperti contoh, pelaksanaan program “Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES)” melihat aliran dana yang besar terhadap aktiviti seperti Takaful Kifalah untuk warga tua, bantuan kebajikan untuk keluarga peladang, pelajar dan program mikrokredit.
Satu lagi elemen dalam program MES ialah bekalan air percuma 20 meter padu untuk setiap rumah kediaman di Selangor.
Pada asasnya, MES adalah program yang menguntungkan rakyat, dan Khalid wajar menerima kredit atas inisiatif mesra rakyat kerajaan negeri ini.
Bagaimanapun, Khalid tidak melabur dalam usaha mewar-warkan program ini kepada umum.
Dalam konteks program MES ini, ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk menyalurkan bantuan, tetapi ianya tidak menghasilkan peningkatan sokongan di kalangan kumpulan sasaran.
Anda mungkin mempersoalkan kritikan yang tampak remeh ini, tetapi sedarlah bahawa khidmat kerajaan bukan sahaja perlu dilaksanakan dengan baik, ia juga perlu dilihat rakyat dilaksanakan dengan baik.
Bukankah bagus sekiranya rakyat di Pahang, Perak, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan tahu tentang kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor untuk rakyatnya?
Ia memungkinkan rakyat negeri-negeri lain mendesak kerajaan negeri masing-masing untuk menambahbaik mutu perkhidmatan mereka atau memberi peluang kepada PR untuk melaksanakan program serupa di negeri-negeri ini.
Sampah
Satu lagi inisiatif terkenal Khalid ialah menamatkan kontrak kutipan sampah syarikat Alam Flora Berhad apabila tempoh perjanjian konsesi yang bersifat monopoli ini tamat pada 2011.
Hasrat di sebalik tindakan ini adalah baik kerana ia cuba menamatkan amalan monopoli yang berleluasa semasa pemerintahan BN.
Bagaimanapun, Khalid mengundang kontroversi apabila pelan tindakan alternatif tidak dibincangkan secara terperinci dengan pimpinan tertinggi PR dan pimpinan akar umbi di Selangor.
Akibatnya apabila kontrak Alam Flora berakhir, kemampuan kontraktor-kontraktor kecil yang dilantik menggantikan syarikat ini agak meragukan sehingga menyebabkan kemerosotan mutu perkhidmatan yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Bekalan air
Satu ‘mercu tanda’ Khalid adalah usaha pengambil alihan konsesi bekalan air yang diswastakan oleh BN pada awal tahun 1990-an yang menjadi satu ‘perjuangan’ besar Khalid Ibrahim pada penggal pertama pemerintahannya.
Pada asasnya, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak dapat memenuhi syarat pembekalan seperti yang termaktub di dalam perjanjian dengan kerajaan negeri.
Oleh itu, Khalid mahu kerajaan negeri menamatkan perjanjian tersebut dan perkhidmatan bekalan air dikembalikan semula kepada kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, kerajaan pusat ingin membangunkan loji penapisan air baru yang dinamakan ‘Langat 2’ yang menelan belanja yang tinggi untuk memastikan keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur dapat terus dipenuhi.

Hanya Umno boleh jatuhkan Najib - Kadir Jasin


KUALA LUMPUR: Sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Razak atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.

"Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabarnya.

"Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau tired (letih) dan tidak berminat mencabar Mohd Najib," tulisnya lagi.

Kajang Move bawa PR ke dalam krisis

PKR perlu belajar untuk berunding dengan rakan lain dalam PR sebelum membuat sesuatu keputusan penting

PETALING JAYA: “Tanya ahli PAS, PKR, DAP dan UMNO, ramai yang mahukan MB Selangor kekal. Alasannya MB sekarang tidak amalkan rasuah, telus dan berjaya menambahkan rizab negeri dengan banyak.
Mohammad_Agus_Yusoff_300x200“Apakah alasan di atas sahaja yang perlu kita nilai untuk melihat keberkesanan sesebuah pentadbiran? Mungkin bagi setengah orang, tetapi saya sebaliknya,” demikian diluahkan Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.
Pensyarah kelahiran Machang, Kelantan ini berpendapat berbanding dengan kerajaan negeri BN dahulu, beliau ternyata lebih selesa dengan kerajaan dahulu.
“Waktu itu sampah dikutip tepat waktunya, rumput dipotong tepat waktunya, bandarnya lebih bersih, keceriaan bandar lebih menarik, longkang jarang tersumbat, lampu jalan lebih bercahaya dan jalan berlubang cepat diperbaiki.
“Sekarang ini datanglah ke rumah saya. Tengok sampah, tengok rumput dan tengok jalan. Aduh!,” katanya.
Tambah beliau, isu ini pernah diajukan kepada pemimpin PKR dalam satu forum.
“Bukannya pertanyaan saya yang ditanggapi, tetapi saya yang ditegur. Katanya, soal sampah sarap, jalan berlubang, rumput panjang itu adalah hal kecil.
“Hal besar ialah kita perlu tumbangkan BN kerana rasuah, kronisme, penyelewengan, ketidakadilan, kebebasan media, SPR, kecekapan pentadbiran, hak rakyat dan lainnya,” katanya.
Dalam hal ini, beliau berpendapat bahawa yang bersalah ialah pemimpin PKR yang membuat Langkah Kajang. Bagaimana boleh membuat Langkah Kajang tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan dalam PR?

Isu MB: PKR Kapar nafi setuju keluar kenyataan..jeng..jeng..!!

SHAH ALAM - Ketua Cabang PKR Kapar, Azizi Ayob menafikan bersetuju mengeluarkan kenyataan yang menggunakan namanya bersama empat lagi ketua cabang PKR berhubung isu menteri besar.

Beliau menegaskan tidak pernah bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Satu kenyataan akhbar berkenaan isu Menteri Besar Selangor telah dikeluarkan semalam dengan meletakkan nama saya, selaku Ketua Cabang Kapar sebagai salah satu penama tanpa persetujuan saya.

"Saya dengan ini menafikan kenyataan akhbar tersebut dan menegaskan bahawa saya tidak pernah bersetuju dengan kenyataan tersebut," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan lima ketua cabang PKR menggesa pimpinan tertinggi parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Abdul Khalid yang dilihat semakin jelas membelakangkan parti sejak kebelakangan ini.

Ketua Cabang Tanjung Karang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata,  saranan Abdul Khalid agar Adun PR membuat undi tidak percaya terhadap beliau disifatkan sebagai satu tindakan yang bertujuan memalukan parti dan wajar diambil tindakan.

"Kita sedia maklum, tindakan-tindakan beliau sejak akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Oleh itu, kami gesa pihak pemimpin parti untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau ," katanya dalam sebuah kenyataan.

Dalam pada itu, pihaknya turut meminta kesemua ahli parti untuk menyokong penamaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Menurutnya lagi, Azizah yang selaku Presiden PKR adalah calon yang paling layak  untuk menjadi menteri besar berbanding Adun lain.

Kekalkan kuasa Melayu-Islam antara sebab PAS perlu tinggalkan Pakatan, kata Isma

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menggariskan 10 sebab mengapa PAS perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) selepas wujud cadangan daripada pemimpin parti Islam itu untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN). Timbalan Presiden Isma Aminuddin Yahya berkata apa yang dilontarkan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah wakil kepada suara hati ramai pemimpin dan ahli parti itu yang selama ini gelisah dengan tindak-tanduk parti kompenen PR lain, tetapi tidak berani bersuara. “Saya menggariskan mengapa PAS harus meninggalkan PR; mengekalkan penguasaan Melayu Islam di negara ini yang sangat kritikal ketika pihak musuh berusaha menghancurkan agama Islam dan bangsa Melayu.  “Agenda PAS banyak diseleweng oleh pihak yang berkepentingan dalam parti tersebut. Jika PAS keluar PR, maka mereka akan berjaya kembalikan perjuangan asal seperti yang dipelopori oleh pimpinan awal ke arah mendaulatkan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Zuhdi dalam satu perbualan tertutup berkumpulan menggunakan WhatsApp memberikan senario bagaimana jika PAS mengambil keputusan untuk meninggalkan PR di Selangor. "Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, sudah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB. "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka," tulis Zuhdi melalui perbualan tertutup tersebut. Aminuddin berkata jika PAS meninggalkan PR, institusi ulama juga dapat diperkasakan selepas terdapat segelintir pemimpin dalam parti itu memperlekehkan kelompok tersebut. Katanya, kekeliruan rakyat selama ini juga dapat diperjelaskan kerana ada golongan tertentu yang mempertikaikan hala tuju PAS bekerjasama dengan DAP. “Ia mampu menghentikan serangan oleh musuh Islam yang mengambil kesempatan

Putuskan dahulu jika wanita layak jadi menteri besar, kata DAP

DAP mahu semua parti politik menjelaskan pendirian masing-masing tentang kelayakan wanita untuk dilantik sebagai menteri besar, sebelum mereka boleh bercakap tentang isu lain. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata isu jantina ini patut diselesaikan dahulu sebelum kelebihan dan kekurangan menukar menteri besar Selangor dapat dipertimbangkan. Lim berkata semua ketua parti, termasuklah pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak, patut menyatakan pendiriannya supaya menyokong kepelbagaian dan keterangkuman.  "Janganlah kita hilang tumpuan dengan cadangan menukar menteri besar. Isu utama yang perlu diselesaikan, seperti yang dikatakan (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim, adalah tentangan terhadap wanita dilantik untuk jawatan tersebut. "Ia amat penting bagi semua parti politik menjelaskan halangan jantina ini... jika tidak, kami akan menjadikannya seolah-olah (Presiden PKR Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail tersingkir daripada kelayakan hanya kerana beliau seorang wanita," katanya pada sidang media di pejabat di Komtar hari ini. Lim diminta memberi komen tentang situasi di Selangor berkenaan cadangan untuk menukar menteri besar kini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah, yang merupakan isteri Anwar. Apabila namanya timbul bagi jawatan menteri besar, beberapa kenyataan keluar daripada ahli PAS mengatakan beliau tidak sesuai memegang jawatan tersebut kerana beliau seorang wanita. Penasihat guaman bagi Datuk Mohd Hafarizam Harun memburukkan keadaan lagi apabila mengatakan Dr Wan Azizah tidak boleh dilantik untuk jawatan tersebut kerana beliau datang haid. "Tidak tertulis mana-mana di Perlembagaan wanita tidak boleh menjadi menteri besar... jadi mari kita jelaskan halangan jantina ini dahulu supaya kita dapat menerima dan menyokong menteri besar wanita. "Saya tidak katakan ini sebagai Lim Guan Eng tetapi sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung parti saya," kata Lim. Keputusan untuk menjadikan Dr Wan Azizah menteri besar juga ditentang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Khalid sepatutnya kekal dalam jawatannya untuk mengelak mengkhianati rakyat. Pandangannya juga dikongsi pemimpin

Pemuda PAS beri sokongan kepada Dr Zuhdi, desak tindakan disiplin kepada pengkhianat parti

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terhadap isu paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.

Naib Ketuanya, Hairil Nizam Khirudin berkata, tindakan disiplin harus dikenakan kepada pengkhianat selain melihat isu itu kian parah dan teralih arah.

"Pengkhianat yang mendedahkan rahsia parti tersenyum puas tatkala Dr Zuhdi pula menjadi mangsa yang di kambing hitamkan.

Kami mendesak Jawatankuasa Disiplin PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas kepada pengkhianat ini. Kami juga berharap agar Majlis Syura Ulama agar dapat mengambil perhatian berkenaan gejala membocorkan rahsia yang membabitkan dalam kalangan AJK PAS Pusat," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini.

Dalam pada itu kata Hairil, Pemuda PAS turut mendesak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berhenti memainkan provokasi yang menghentam PAS berhubung isu printscreen diskusi dalaman AJK PAS Pusat yang melibatkan pandangan analisis Dr. Zuhdi.

"Adalah menjadi kebiasaan mana-mana pimpinan dalam PR dan PAS memberikan pandangan peribadi secara bebas dalam mesyuarat atau perbincangan termasuklah memberikan pandangan bersifat andaian bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.

"Dr. Zuhdi menjalankan tugas memberi dan menyampaikan pandangan dan andaian dari setiap sudut melalui dapatan kajiannya. Kemudian, ia terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS untuk mengambil keputusan secara kolektif dan mengikut kehendak majoriti," ujarnya.

Isu MB: Pendirian Pemuda Pas Selangor, pusat tak semestinya sama

Sany Ramzan
“Pendirian Pemuda Pas Negeri dengan Pas Pusat tidak semestinya sama. Ertinya, kalau Pemuda Pas Selangor sokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, belum tentu Pemuda Pas Pusat akan memberi sokongan yang sama.”
Itu jawapan Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas Pusat, Sany Ramzan ketika dihubungi MalaysiaGazette berhubung kontroveri yang melanda Khalid.
“Kami hanya boleh buat kenyataan selepas mesyuarat pada 9 Ogos nanti. Arahan Pas pusat telah dikeluarkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu Menteri Besar.
“Kita tidak akan mencampuri urusan pemuda negeri kecuali melibatkan urusan parti tetapi satu keputusan akan dicapai selepas mesyuarat nanti dan keputusan itu pasti akan dipersetujui oleh semua ahli Pas,” katanya.
Sany bagaimanapun enggan mengulas lanjut bila diajak berbual mengenai jawatan yang akan diserahkan kepada Datin Seri Wan Azizah seperti yang dimahukan oleh Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami diarahkan supaya tutup mulut sehingga mesyuarat selesai,” ujarnya.

BN tetap kalah kalau DUN Selangor bubar - Penganalisis

BN tetap kalah kalau DUN Selangor bubar - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) di atas kertas dilihat masih belum cukup bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat (PR) seandainya berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam tempoh terdekat.

Ia disifatkan berpunca situasi semasa BN Selangor yang masih dalam proses penstrukturan semula pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tahun lepas.

Penganalisis Geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, BN baru bermuhasabah dan masih tercari-cari sokongan pengundi di negeri itu.

"Mereka (BN) sedang muhasabah diri dan mencari ramuan untuk menawan semula Selangor. Walau gelombang perpecahan PR sudah ada, BN masih belum bersedia dan proses penyusunan semula setiap cawangan mereka juga perlu mengambil sedikit masa.

"Bagaimanapun, jika isu ini berpanjangan sedikit lagi, ia mungkin memberi lebih kelebihan kepada BN untuk menyelesaikan beberapa perkara dalaman mereka sebelum menghadapi pilihan raya negeri," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Dr. Mohd. Fuad berkata demikian ketika diminta mengulas isu pergolakan politik PR Selangor, isu menteri besar dan peluang BN untuk merampas semula negeri itu seandainya berlaku pembubaran DUN.

Dalam pada itu ujarnya, BN perlu giat menarik semula pengundi atas pagar yang memberi kepercayaan kepada PR pada PRU ke-13.

"BN harus sedia memberi aspirasi terkini dan perubahan yang ingin dibuat kepada pengundi atas pagar ini...jika tidak mereka tidak akan beralih kepercayaan dan menunggu PRU ke-14 kelak untuk menukar fikiran.

ISMA: Tahniah Dr.Zuhdi kerana mewakili suara hati ramai

Aminuddin turut menggariskan 10 sebab mengapa PAS harus meninggalkan PR.

Mohd_Zuhdi_300PETALING JAYA:  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan tahniah diatas tindakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr.Mohd Zuhdi Marzuki yang mewakili suara hati ramai pemimpin dan ahli parti yang selama ini gelisah dengan tindak tanduk parti komponen Pakatan Rakyat (PR), tetapi tidak berani untuk bersuara.
Menurut Timbalan Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya, beliau yakin bahawa ramai ahli parti lain dan juga rakyat di luar menyambut baik pandangan Dr.Zuhdi, sebaliknya mereka yang takut hilang kuasa sahaja akan merasa tertekan dengan pandangan tersebut.
“Dalam pada masa yang sama, saya bersimpati dengan Dr.Zuhdi yang diserang bertubi-tubi oleh kawan dan lawan, baik dalam media utama mahupun media alternatif.
Namun tidak ada siapa yang menafikan, walaupun di kalangan ahli dan kepimpinan PAS, bahawa kedudukan PAS dalam PR lebih banyak mengundang kerosakan kepada parti daripada kebaikan.
“Walaupun dari segi bilangan kerusi yang dimenangi bertambah namun dari aspek jati diri parti ianya sesuatu yang perlu dimuhasabahkan,” katanya dalam laman web www.ismaweb.net
Aminuddin turut menggariskan 10 sebab mengapa PAS harus meninggalkan PR. Pertamanya adalah kerana agenda yang dibawa oleh PAS sering diselewengkan oleh pihak yang berkepentingan dalam parti tersebut.
“Jika PAS keluar PR maka PAS akan berjaya kembalikan perjuangannya yang asal seperti yang dipelopori oleh pimpinan awal mereka ke arah mendaulatkan Islam di mana bangsa Melayu sebagai tonggak pemerintahan,” katanya.
Selain ia dapat memperkasakan kembali ulamak sebagai tonggak pimpinan parti kerana keadaan sekarang memperlihatkan ulamak tidak lagi dihormati oleh pihak tertentu dalam parti malah dalam sesetengah keadaan ulamak diperlekehkan oleh ahli mereka sendiri.

Khairuddin: “Khalid ahli PKR tapi MB milik semua parti, semua rakyat”

khairuddin othmanSHAH ALAM, 1 OGOS: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira idealogi politik walaupun beliau ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata DAP dan PAS juga sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, selain DAP.
“Abdul Khalid adalah ahli PKR tapi Menteri Besar adalah milik semua parti dan semua rakyat. PAS adalah sebahagian dari kerajaan dan sebahagian lain adalah PKR dan DAP.
“Kita baru setahun melantik Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kenapa terlalu cepat berubah pendirian? Bagi peluang kepada Abdul Khalid memperbaiki keadaan dan kita bantu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Katanya, persetujuan semua parti dalam PR dan pandangan rakyat Selangor perlu diambil kira bagi menyelesaikan kemelut kerusi Menteri Besar, bahkan kegagalan PR mengambil kira pandangan rakyat akan menyebabkan masalah besar dalam PRU akan datang.
Selain itu, katanya, kemelut yang tercetus sejak Langkah Kajang dimulakan juga boleh menimbulkan rasa bosan di kalangan rakyat dan menganggu kelancaran pentadbiran negeri.
“Rakyat akan bosan kalau kebajikan tidak sampai kepada mereka dan rasa diabaikan. Pada waktu itu, rakyat mungkin akan beralih,” katanya.

Zuhdi: Perbualan bocor kerana bantah Langkah Kajang


Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa individu yang membocorkan satu perbualan kontroversi di kalangan anggota PAS Pusat berbuat demikian kerana tentangannya terhadap projek Langkah Kajang.

Tanpa menamakan sesiapa, Zuhdi mendakwa perbuatan itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertindak terhadap beliau.

"Tujuan si pembocor adalah untuk mendesak PAS khususnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang agar mengambil tindakan terhadap saya, kerana saya adalah antara penentang kuat ‘Kajang Move’ yang dicita-citakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Secara tidak langsung juga, mereka yang berada di pihak pembocor memberi tekanan supaya pimpinan PAS bersetuju dengan langkah itu," tulisnya di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa "analisis senario" yang dibentangkannya dalam perbualan di aplikasi WhatsApp yang bocor itu hanyalah satu sindiran, dan tidak mewakili pandangannya sendiri.

Menurutnya, ia adalah olahan semula ke atas perasaan yang disuarakan sesetengah pihak dalam PAS yang merasakan parti itu kini tunduk kepada DAP.

Individu dalam kumpulan perbincangan tersebut juga tahu bahawa ia berunsur sindiran, katanya.

Surat Terbuka buat Pimpinan dan Aktivis Pakatan Rakyat

Pakatan Harapan Rakyat, Namun Sedang Memusnahkan Diri

Dr.Dzulkefly Ahmad
 
Apapun punca rentetan "keberentakan dalaman" sehingga Pakatan Rakyat sedang mengalami fenomena self destruct mode yang berpotensi membawa kepada "berakhirnya koalisi-muafakat politik" ini, Pimpinan Tertinggi mestilah segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini.
Sangat malang sekiranya Pakatan Rakyat berakhir di sini, kerana umum mengetahui bahawa inilah sahaja wadah yang menjadi harapan rakyat untuk menimbang serta menggugat keangkuhan serta kebobrokan penguasa Umno-BN dalam tadbir-urus negara serta PRU14 akan datang.
Tidak mustahil juga Pakatan mampu mengambil pentadbiran negara di Putrajaya.

Justeru itu, berpada-padalah bahkan sebaiknya segera hentikan dalam menyerang serta menembak sesama sendiri kerana kita sedang ditertawakan oleh seteru politik kita.  Mereka bertepuk-sorak serta mempergiat mengadu-dombakan bagi meretakkan lagi keutuhan serta perpaduan Pakatan Rakyat mutakhir ini.
Wajah-wajah saudara di dada akhbar mereka di muka depan! Aneh mengapa mereka memberi ruang kepada saudara...ya... segera sedar dan insaflah... ruang diberi kerana saudara menembak sesama sendiri... amat malang!
Rakyat mengharapkan saudara sementara saudara asyik bercakaran dan dianggap memperjuangkan kepentingan kelompok masing-masing dan bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat dan kepentingan negara!
Itulah persepsi rakyat kini, mungkin saudara tidak setuju dan saudara punya hujah yang kukuh. Ya.. semua kita merasakan punya hujah yang kukuh,tetapi itu persepsi rakyat.
Ayuh saudara-saudaraku bangun dari keasyikan dimamah perangkap kitaran ganas yang memusnahkan ini dengan setiap orang kita berteriak "Cukuplah kehancuran Pakatan Rakyat ini."(Enuf is Enuf of Destroying Pakatan Rakyat!).
Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang atau mengeluarkan Communique untuk hentikan kemusnahan ini (Arrest the Self-Destruction) tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi mengurus tuntutan krisis yang sangat ganas ini.
10 hari adalah terlalu lama dalam politik dan media UBN saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini!
Dikatakan hanya divine intervention mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat, namun saudara juga tahu..."Allah tidak akan mengubah nasib kita kecuali kita sendiri yang mahu mengubahnya" (Mafhum Al-Ayah).

Berhenti musnahkan diri sendiri, Pakatan perlu mesyuarat segera.....

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. – Gambar fail, 1 Ogos, 2014.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata terlalu lama untuk menunggu 10 Ogos dan mesyuarat perlu segera diadakan. 

Seorang lagi pemimpin PAS meminta agar persidangan dibuat segera oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) diadakan  bagi menghentikan 'kemusnahan sendiri' yang dilakukan ahli dan penyokong mereka sekarang.
"Segerakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bersidang untuk 'Menghentikan Kemusnahan' ini (Arrest the Self-Destruction)... tanpa semestinya menunggu melepasi 10 Ogos bagi menguruskan tuntutan krisis yang ganas ini.
"10 hari terlalu lama dalam politik, dan media Barisan Nasional (BN) saban masa memporak-perandakan serta merobek kesepaduan muafakat politik yang kita bina selama ini," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendesak pimpinan PAS mempercepatkan mesyuarat mereka tanpa perlu menunggu 10 Ogos depan untuk bermesyuarat seperti ditetapkan sebelum ini. AJK PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat 10 Ogos ini bagi membincangkan cadangan PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Cadangan itu dikemukakan PKR dalam mesyuarat Majlis Presiden PR pada 23 Julai lalu.
Ekoran cadangan itu, PAS dan DAP dalam satu kenyataan bersama berkata mereka akan membawa balik cadangan ini kepada parti masing-masing.
Menurut Dzulkefly yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), PR sekarang sedang mengalami fenomena "Self- Destruct Mode" atau 'mod memusnahkan diri sendiri' ekoran pertelingkahan dalaman sesama mereka.
"Pimpinan tertinggi harus segera menangani serta mengelakkan kesudahan perpecahan ini," kata beliau dalam satu surat terbuka kepada pucuk pimpinan dan pendokong PR.

Ang Pow Raya UMNO@BN: Kenaikan tol 570% akibatkan kesesakan teruk di Tambak Johor

Keengganan pemandu bas kilang membayar kadar tol baru di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) pagi ini mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di Tambak Johor pagi ini.

Menurut Zaobao Singapura, bas kilang yang membawa pekerja ke Singapura setiap hari, mengadakan "mogok" pada pukul 5 pagi apabila diminta membayar kadar baru tol yang naik 570 peratus.

Keengganan mereka untuk berganjak, mengakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di laluan ke pusat pemeriksaan Singapura.

Ketua cabang PKR Tebrau menulis di facebook yang beliau berada di luar CIQ di mana pemandu bas kilang enggan membayar tol baru, menyebabkankesesakan teruk sejak jam 5 pagi.

Menurutnya, pihak kastam dan polis meminta pemandu bas kilang itu sama ada masuk atau beredar dari situ, tetapi berjanji untuk mengumumkan keputusan mengenai tol baru dalam masa seminggu.

Pemandu bas kilang itu, katanya, menjanjikan protes besar sekiranya keputusan dan pengumuman itu nanti tidak boleh diterima.

Keadaan lalulintas dilaporkan semakin baik pada kira-kira pukul 8 pagi.

Kadar tol naik, Pemandu bas mogok, Tambak Johor sesak teruk

Pemandu bas mogok, Tambak Johor sesak teruk
KUALA LUMPUR: Pemandu bas Malaysia yang membawa pekerja kilang serta kanak-kanak sekolah dari Johor Bahru ke Singapura telah melancarkan mogok pagi ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di Tambak Johor.

Dalam laporan Channel News Asia, mogok tersebut dilancarkan disebabkan kenaikan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) berkuatkuasa hari ini, 1 Ogos yang akan memberi kesan ke atas kemasukan kenderaan dari kedua-dua arah.

Sementara itu, Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) pada 8 pagi memaklumkan bahawa perkhidmatan bas 160, 170, 170X dan 950 ke Johor Bahru telah dihentikan.

Kata penasihat LTA, penggantungan tersebut adalah disebabkan protes yang diadakan terhadap kenaikan kadar tol oleh pengusaha bas Malaysia yang menghalang aliran trafik bas melalui Tambak Johor.

Namun begitu, pada jam 9:40 pagi, LTA melaporkan bahawa bas 160, 170, 170X telah memulakan separuh perjalanan manakala bas 950 telah mula beroperasi sepenuhnya.

Agensi media di Singapura, MediaCorp Hotline dilaporkan telah menerima sekurang-kurangnya lima panggilan mengenai perkara tersebut pagi ini.

Sanusi: Kalau tak tahu, lebih baik diam..!!

Muhammad Sanusi Md Nor
ALOR SETAR - Pemimpin PKR di negeri ini diingatkan tidak mengkritik pemimpin komponen PR yang lain sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar semasa pemerintahan kerajaan PR yang diterajui Pas suatu ketika dahulu.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pendedahannya yang dikeluarkan di media sosial itu adalah benar dan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya sendiri.

Menurutnya, hanya individu yang mempunyai pengalaman dan merasai keperitan ‘menjaga’ PKR semasa zaman pemerintahan Pas di Kedah mampu menceritakan kebenaran situasi pada ketika itu.

“Ini bukan fiksyen, saya lalui sendiri. Saya tahu segalanya siapa yang lompat parti, sebab apa, dan satu dunia tahu cerita ini.

“Kalau depa (mereka) tak tahu baik duduk diam, jangan cakap kita fiksyen, jangan dok perlekeh kita pula terutama terhadap Presiden Pas.

“Ini baru sedikit saya cerita, ada banyak lagi perkara dalaman yang terjadi melibatkan parti itu (PKR), tapi tidak mengapalah saya tak mahu dedahkan lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Sanusi yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, PKR di negeri ini perlu memperkemaskan parti mereka sebelum membuat teguran atau mengkritik komponen PR yang lain terutama Pas.

“Kalau depa (mereka) matang, pi (pergi) bagi elok dulu parti depa, perkemaskan dulu jentera mereka, bagi ada kredibiliti calon-calon, kemudian baru boleh bertengkar (kritik) dengan parti kita (Pas).

“Depa dahulu (semasa pemerintahan Pas) tak mampu pun nak angkat satu jari telunjuk, nak tunjuk siapa calon menteri besar, tapi bila jadi begini depa nak kritik kita pula tak matang dan sebagainya.

Apa salahnya Mohamad Nasir di Kelantan pada 1977?


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanya soalan yang begitu relevan sekali berkenaan krisis menteri besar Selangor: “Apa salah Khalid Ibrahim?”
Soalan beliau ini relevan kerana orang ramai juga tertanya-tanya dan ia gagal dijawab dengan berkesan oleh PKR yang ingin Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur.
Kalau ditanya secara lebih abstrak, soalan itu boleh berbunyi, “Dalam keadaan apakah seorang ketua kerajaan itu boleh dan harus dipecat?” Jawapan sebenarnya bergantung kepada sistem politik.

Sistem kerajaan berpresiden (Presidentialism) Mengikut sistem kerajaan berpresiden – yang hanya boleh wujud dalam republik – ketua kerajaan (sama ada presiden atau gabenor) dipilih berasingan daripada badan perundangan, kongres.
Ketua kerajaan dan kongres mempunyai tempoh jawatan tetap dan tidak terikat kepada pihak lain.
Oleh itu, ketua kerajaan hanya boleh dipecat dalam keadaan sangat luar biasa seperti melakukan jenayah atau terlibat dalam skandal besar.
Pemecatan ini dilakukan oleh kongres dan proses itu dinamakan “impeachment”.
Satu contoh tidak asing adalah “impeachment” Presiden Gus Dur oleh Majlis Perwakilan Rakyat (gabungan kedua-dua dewan bawah dan atas Kongres Indonesia) pada 2001 dalam beberapa jam selepas beliau mengeluarkan perintah presiden untuk mengisytiharkan darurat, pembubaran Dewan Perwakilan Rakyat (dewan bawah) dan pilihan raya baru dalam masa setahun.
Presiden/gabenor tidak boleh dipecat atau digulingkan oleh jemaah menterinya kerana mereka ini dilantik olehnya dan tidak mendapat mandat daripada rakyat. Dalam kata lain, semua menteri dalam sistem kerajaan berpresiden adalah kakitangan presiden/gabenor dan bukan rakan sejawat atau setarafnya.
Sistem kerajaan berparlimen (Parliamentarianism)
Sistem kerajaan berparlimen – yang menjadi pilihan tunggal sistem kerajaan yang boleh digunapakai untuk monarki berperlembagaan – beroperasi atas logik yang sangat berbeza sekali.
Ia tidak mempunyai dua pilihan raya berasingan untuk kuasa eksekutif dan kuasa perundangan.
Pilihan raya diadakan untuk memilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Undangan. Negeri (DUN) dan mereka ini pula akan memilih sesama sendiri yang menjadi ketua kerajaan (perdana menteri/menteri besar/ketua menteri).
Ketua kerajaan kemudian memilih ahli-ahli jemaah di kalangan rakan-rakan sejawatnya di Parlimen/DUN. Dalam erti ini, Parlimen (badan perundangan) seolah-olah menjadi “badan pemilih” (electoral college) kepada kerajaan (badan eksekutif).
Mengikut logik ini, Parlimen boleh menjatuhkan kerajaan itu bila-bila masa sahaja dengan undi tidak percaya dalam Dewan. Apabila ini berlaku, ketua kerajaan ada dua pilihan. Pertama, letak jawatan dan beri laluan untuk pemimpin yang lain – sama ada daripada parti yang sama atau lain – untuk membentuk kerajaan lain. Kedua, mohon restu ketua negara (raja atau presiden) untuk membubarkan Dewan supaya rakyat boleh mengemaskinikan mandat mereka.
Mekanisme pembubaran dewan sebelum tamat penggalnya ini penting untuk melindungi kerajaan daripada peras ugut segelintir wakil rakyat. Oleh kerana badan perundangan  menjadi penobat badan eksekutif, maka pengundi juga akan memikirkan senario pembentukan kerajaan dalam memilih wakil-wakil rakyat. Ini menjadi satu asas untuk politik kepartian (party politics) dalam kerajaan berparlimen, di mana kerajaan bertanggungjawab melalui disiplin parti.
Pengundi memilih sesebuah parti atas dasar dan programnya, kemudian dengan fleksibiliti munasabah, parti mengambil bahagian dalam Parlimen dan mungkin kerajaan berasaskan dasar dan programnya.
Oleh kerana kerajaan berparlimen ini sebenarnya berasaskan parti, maka perubahan ketua kerajaan itu boleh berlaku dalam parti, dan tidak semestinya menjadi perihal antara parti yang perlu diputuskan dalam Dewan.
Dalam kata lain, penggunaan undi tidak percaya oleh rakan-rakan separti adalah sesuatu tidak normal. Mengikut semangat sistem Parlimen Westminster yang menjadi asas sistem politik kebanyakan negara komanwel, pertukaran ketua kerajaan itu malah boleh dimulakan di kabinet.
Ini kerana perdana menteri/menteri besar/ketua menteri bukanlah bos kepada menteri-menterinya, tetapi adalah rakan setaraf (peer) kepada mereka sungguhpun diunggulkan. Beliau dikatakan “yang terutama antara yang setaraf” (first among equals atau dalam bahasa latin, “primus inter pares”).
Dalam rekaan sistem ini, semua menteri Kabinet bukan sahaja rakan sekerja kepada ketua kerajaan tetapi juga bakal pengganti dan pesaing potensinya. Pertukaran ketua kerajaan maka bukanlah pengkhianatan dalam era feudal dahulu, malah salah satu mekanisme metabolisme untuk parti pemerintah.
Kerajaan berparlimen macam bola sepak
Daripada segi praktis, ketua kerajaan di bawah sistem kerajaan berparlimen sememangnya boleh dipecat tanpa melakukan apa-apa kesalahan, kerana pemecatan itu bukanlah “impeachment” dalam sistem presiden yang bermaksud berlakunya jenayah, skandal atau salah laku yang besar.
Di United Kingdom, Margaret Thatcher dicabar sebagai pemimpin Parti Konservatif dan perdana menteri United Kingdom pada 1991 oleh seorang bekas menteri Michael Heseltine.

Awas dengan politik kepalsuan – Ismail Hashim Yahaya

Dalam merenungi isu penggantian Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hati nurani seakan berkata bahawa di sebalik pelbagai kenyataan dan pernyataan sama ada yang tersirat dan tersurat, sesungguhnya bergeraknya apa yang dinamakan mesin-mesin kepalsuan di sebalik politik kepalsuan ini.
Jika diteliti dan mempunyai kefahaman yang mendalam, realiti sosial politik kini diambil alih oleh model realiti atau simulasi realiti yang diciptakan untuk menyembunyikan realiti yang sebenarnya.
Media menjadi pentas penciptaan realiti ini, bahkan realiti sosial seakan-akan dikuasai oleh mesin-mesin simulasi: mesin media yang menghasilkan pelbagai bentuk politik kepalsuan: kepuraan-puraan, manipulasi, putar belit, topeng-topeng dan mainan belakang tabir.

Contohnya kalau dahulu semasa Khalid memerintah ramai kalangan mereka yang membenci, mengutuk dan mengkritik beliau. Dan kadang-kadang kritikan dan kutukan tersebut dirasakan tidak berasas sekalipun. Tetapi sekarang kalangan yang mengutuk dan mengkritik inilah yang memuji dan membodek Khalid bagai nak rak. Mereka ibarat telunjuk lurus kelinking berkait.
Mereka ini mendendangkan irama politik kepalsuan dengan penuh kepuraan, putar belit, menggunakan topeng-topeng dan seperti dijelaskan di atas mainan belakang tabir.
Seorang tokoh pasca modernis dari Peranchis, Jean Baudrillard dalam bukunya Simulations (1981) mendefininasikan istilah simulasi ini sebagai “….penciptaan model-model kenyataan yang tanpa asal-usul dan realiti: realiti hiper.
Apa yang diungkapkan itu sebagai suatu model realiti sepintas lalu yang kelihatan nyata tetapi sesungguhnya tidak mengambarkan kenyataan sebenar.
Sebaliknya ia menyembunyikan kenyataan yang hakiki seperti ingin memporak-perandakan penyatuan Pakatan umpamanya dengan mengambil kesempatan di air yang keruh.
Di dalam wacana politik kepalsuan ini, apa yang dimaksudkan dengan simulasi ialah penciptaan realiti melampaui yang harus dilihat dalam konteks putar belit kenyataan, penggelabuan atau pemalsuan realiti.
Sedapat dan sebolehnya realiti atau hakikat itu cuba dikelabui atau dibunuh sehingga mencetuskan situasi chaos atau kacau bilau atau simulasi kacau bilau.
Ini dapat diertikan kewujudan suatu realiti yang melampau yang tidak lain adalah realiti palsu kerana manusia yang wujud bertindak dengan penuh kepura-puraan atau seolah-olah berjuang dengan sepenuh hati dan ikhlas (munafik tulen).
Contohnya seolah-olah wujudnya permusuhan antara parti-parti dalam Pakatan atau Pakatan bergolak; seolah-olah wujud pertikaian antara ahli-ahli parti (melalui kenyataan melalui media sosial); seolah-olah ada kebencian antara ahli parti dalam Pakatan.
Apa yang menjadi nyata atau kenyataan itu ditutup oleh tanda kenyataan (signs of real) sehingga antara model dan kenyataan tidak dapat dibezakan lagi.
Ini kerana simulasi tidak lagi menggambarkan realiti sebagaimana adanya, realiti yang dihasilkan oleh simulasi adalah realiti yang melampaui atau disebutkan realiti hiper (melampaui + realiti).
Ini bermakna realiti tersebut tidak dapat dinilai berdasarkan ukuran-ukuran rasional atau moral sekalipun kerana nilai realiti itu sudah tiada.
Dalam hal ini politik kepalsuan yang dikuasai simulasi sangat bergantung kepada politik pertandaan dan politik citra.

Menjawab Rafizi Ramli, Anthony Loke dan Tony Pua – Mohd Zuhdi Marzuki

Hampir 20 tahun yang lalu, ketika Samuel Huntington mengemukakan teori tentang ‘Pertembungan Peradaban’ (The Clash of Civilisation), yang menuduh Islam agama yang sering berkonflik, saya adalah seorang yang menjadi penentang kuat menolak teori tersebut.
Pada ketika itu, saya mendukung usaha yang dilakukan oleh guru saya Profesor Osman Bakar untuk menolak teori Huntington, sebaliknya memperkenalkan Agenda Dialog, yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih harmoni dan menghargai nilai kemanusiaan.
Agenda Dialog ialah satu usaha untuk mencari titik-titik persamaan antara peradaban khususnya yang berkaitan dengan nilai sejagat dan menghormati titik-titik perbezaan yang biasanya berkaitan dengan kepercayaan beragama.

Saya menggunakan umur muda saya untuk mengusahakan perkara itu, walaupun biasanya umur muda seseorang dicorakkan oleh pemikiran radikal dan ekstrim. Saya terlibat membantu penganjuran siri Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban yang diterajui oleh Profesor Osman Bakar, termasuklah satu persidangan yang bertemakan ‘Islam and Confucianism’.
Di samping itu, saya juga menghadiri beberapa siri wacana yang turut disertai oleh tokoh kontroversi seperti Dr Nurcholis Majid dan Profesor John Esposito, sebagai usaha melangsungkan Agenda Dialog tersebut.
Berikutan siri-siri persidangan dan wacana itu, Kementerian Pendidikan kemudiannya memperkenalkan satu kurikulum wajib di universiti-universiti tempatan dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas).
Kurikulum Titas ini bertujuan untuk membawa generasi muda Malaysia yang terpelajar menghargai empat peradaban besar dunia yang mereka warisi, di samping menjadikan mereka generasi yang menghargai keharmonian hidup dan menolak unsur-unsur melampau.
Ketika Titas mula diperkenalkan, saya terlibat menyumbangkan fikiran dalam membina kurikulum tersebut. Saya bersama-sama dengan Profesor Chandra Muzaffar, Profesor Hashim Musa dan beberapa rakan yang lain menulis Bab Pertama Buku Teks Titas berkaitan dengan ‘Pengenalan kepada Peradaban’ dan Bab Terakhir berkaitan dengan ‘Cabaran-cabaran Peradaban Masa Kini’.
Harapan yang tinggi diletakkan agar kurikulum ini akan melahirkan generasi muda Malaysia yang berusaha ke arah memupuk keharmonian kaum dan menghindarkan ekstrimisme.
Apabila Anthony Loke beberapa bulan yang lalu melahirkan pandangan prejudis terhadap kurikulum Titas ini seterusnya menyarankan Titas tidak lagi menjadi kursus wajib di universiti, saya adalah antara mereka yang tertanya-tanya adakah beliau mendapat gambaran yang betul tentang latar belakang kursus Titas ini?
Apabila Profesor Chandra Muzaffar ditamatkan kontrak perkhimatan, saya menggantikannya mengajar satu kursus dalam program Sarjana Dialog Peradaban. Sekali lagi saya meneruskan peranan mempromosikan Agenda Dialog terutama kepada bakal pemegang ijazah sarjana yang bakal menjayakan kurikulum Titas di seluruh negara.
Saya juga terlibat menyelia pelajar-pelajar ijazah tinggi dan ijazah dasar termasuk mereka yang mengkhusus dalam Sarjana Dialog Peradaban. Kesempatan mengajar Titas dan Sarjana Dialog Peradaban memberi peluang kepada saya memperolehi ramai anak murid dari pelbagai kaum yang bilangannya mungkin menjangkau ribuan.
Mereka yang pernah menjadi murid saya, boleh melihat sendiri sikap saya yang konsisten terhadap hubungan harmoni antara kaum dan saling faham-memahami antara peradaban.
Saya bukanlah seorang ahli politik, dan jauh sekali untuk menjadi selebriti politik. Saya hanya seorang akademik yang menyumbang fikiran kepada orang politik, supaya politik negara ini akan lebih menghargai keharmonian kaum dan mengelakkan ekstrimisme.
Menjelang PRU 2004, saya pernah dijemput membentangkan satu kertas kerja tentang peranan Masyarakat Madani, sebagai salah satu langkah menyediakan Manifesto Barisan Alternatif.
Dalam pembentangan itu, saya menekankan sekali lagi Agenda Dialog, dan peranan Masyarakat Madani sebagai elemen penting mencapai peradaban Malaysia. Meskipun demikian, peranan Masyarakat Madani ini tidak boleh lari dari garis panduan agama sesuai dengan perkataan ‘Madani’ itu sendiri berkaitan rapat dengan peranan agama sebagai asas pembinaan sesebuah peradaban.
Semenjak saya berperanan sebagai penyumbang fikiran kepada orang politik, saya pernah beberapa kali duduk sepentas dengan Rafizi Ramli. Saya pernah duduk sepentas dengan beliau dalam wacana sumbang saran penyediaan budget kerajaan negeri Selangor beberapa tahun lalu.
Kami diminta membincangkan tajuk bagaimana memperkasakan demokrasi di Selangor. Dalam wacana itu, saya sekali lagi menyebut tentang kepentingan peranan Masyarakat Madani sebagai rakan kongsi kepada kerajaan negeri ke arah mencapai sebuah pemerintahan yang bertatakelola baik (good governance).

Pendedahan Sanusi 'fiksyen' pengalaman semata-mata

Pendedahan Sanusi 'fiksyen' pengalaman semata-mata ALOR SETAR - Tindakan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan kemelut yang melanda pakatan pembangkang di negeri itu dalam Facebook disifatkan sebagai 'fiksyen' berdasarkan pengalaman sendiri.

Ketua Penerangan PKR Kedah, Dr Azman Ismail berkata, setiap pemimpin di dalam PR mempunyai persepsi sendiri terhadap parti masing-masing namun ia perlu menggunakan cara yang betul untuk menyuarakannya.

Menurutnya, semasa pemerintahan Pas di Kedah, parti-parti lain di dalam PR juga mempunyai pandangan dan pengalaman tersendiri namun tidak perlu didedahkan kepada umum sebaliknya  menggunakan saluran yang betul seperti perbincangan.

“Itu hanya perspektif dia sendiri. Dia bercakap berdasarkan pengalaman dia. Kita juga ada pandangan kita tapi tak perlu didedahkan kepada semua.

“Itu semua fiksyen semata-mata. Kenyataan seperti itu tidak membantu semua pihak malah ia hanya merosakkan imej PR. Kalau pemimpin matang tak akan bagi komen seperti itu seperti pemimpin tertinggi Pas yang lain (Datuk Mahfuz Omar) sebelum membuat kajian.

“Kita bukan lagi parti amatur tapi sudah profesional dan mentadbir beberapa negeri. Kita kena matang dan tidak mengikut emosi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Justeru, Azman berkata, tindakan membalas kenyataan yang dilakukan beberapa pemimpin PR itu tidak wajar dilakukan di media sosial kerana rakyat akan menilai tindakan tersebut sekaligus memberi impak kepada diri sendiri.

“Saya tak salahkan sesiapa atau sebelah pihak sahaja. Kita sebagai pemimpin kena matang dan tidak beremosi serta perlu menggunakan perkataan yang sopan.

17 dari 22 Cabang PKR Selangor sokong Khalid kekal sebagai MB Selangor?

Dalam PKR Selangor terdapat 22 Cabang keseluruhannya.. oleh itu apabila hanya 5 Cabang yang mahukan Tan Sri Khalid dikenakan tindakan disiplin ini bermakna lagi 17 Cabang yang ada menyokong Khalid Ibrahim..

Kalau setakat 5 Cabang tu saja.. nak jadi apa?.. Anwar pasti akan bertanya nanti dari kesemua 5 Cabang itu berapa yang benar-benar aktif?

Kalau mesyuaratpun tak tentu hala.. ahli pun langsung tak bertambah, tak payah buang masalah!

Nak buat kerja tu biarlah semuanya sepakat.. ini tidak nak mendesak tapi mendesak sebagai suara minoriti, nak jadi apa?

Punca sebenar apa agaknya yang menjadikan isu MB Selangor ini bertukar dari isu tempatan menjadi isu nasional?

Rasanya isu ini tak akan meleret-leret jika tindakan yang sewajarnya diambil dan dilaksanakan oleh Presiden PKR dan Ketua Umum dua tahun selepas PRU12 ketika pentadbiran Tan Sri Khalid mula dipertikaikan ramai pemimpin PKR Selangor..

Ianya juga mungkin tidak akan menjadi isu sebegini haru biru jika Tan Sri Khalid tidak dilantik semula sebagai MB Selangor sebagaimana yang telah dijanjikan bila ianya diusulkan oleh kebanyakkan pemimpin PKR Selangor kepada Presiden dan Ketua Umum..

Entah siapalah yang nasihatkan Ketua Umum dan Presiden PKR itu untuk kekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal yang kedua..

Sekarang.. dari dua pilihan PKR hanya ada satu lagi pilihan.. pilihan apa?.. bila ada masa aku tulis..

Laporan berkaitan..

Cabang PKR Selangor menggesa parti itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran tindakannya sejak akhir ini yang membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat PKR serta pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

APAKAH ADA ‘TANGAN’ YAHUDI YANG MELAGAKAN KITA DI MALAYSIA

Apakah rakyat Malaysia tidak terfikir bahawa di negara kita Malaysia pun ada ‘tangan-tangan Yahudi’ yang merancang dan melaga-lagakan bangsa kita supaya berpecah supaya senang ditakluki oleh kuasa asing yang berminat untuk menguasai negara kita. Mungkin kita tidak terfikir kerana kita amat selesa kini dengan keadaan negara kita yang kononnya dalam keadaan aman dan damai. Namun dalam suasana ‘aman dan damai’ itu sedarkan kita bahawa seolah-olah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ ke atas rakyat negara ini, supaya matlamat akhirnya ialah kehancuran kepada negara.
Seingat aku, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah Malaysia wujudnya ‘batu api’ yang sentiasa cuba ‘memanaskan’ isu hubungan kaum antara Melayu dan bukan Melayu dan antara Islam dengan bukan Islam seperti yang berlaku kini. Tidak pernah. Akhir-akhir ini ternampak dengan jelas elemen yang cuba mengadu domba, mengapikan perbalahan antara Melayu dan bukan Melayu ini. Seolah-olah usaha sedemikian nampaknya berterusan, lepas satu, satu.
Walaupun ada wujud perasaan ketidakpuasan antara satu kaum dengan kaum lain itu, namun tidak dinyatakan dengan jelas berbanding dengan sekarang. Sentiasa tersimpan demi untuk menjaga hati dan perasaan kaum lain yang mungkin terguris dengan kenyataan yang sensitif. Beberapa tahun kebelakangan ini, hal untuk menjaga hati dan perasaan orang lain (kaum lain) semacam tidak dipedulikan. Masing-masing mementingkan diri sendiri.
Ada terdapat dua tiga kerat golongan NGO yang sentiasa mendabik dada, seolah-olah merekalah jaguh yang mewakili kaum Melayu, yang akan sentiasa mempertahankan orang Melayu dan beragama Islam sehingga ke titisan darah terakhir (konon!!). Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka langsung tidak menggambarkan rasa hormat mereka kepada kaum-kaum lain yang ada di negara ini yang juga merupakan rakyat Malaysia sejati mengikut perlembagaan Malaysia.
Sememangnya ditegaskan oleh Perlembagaan Malaysia mengenai hak keistemewaan orang Melayu kerana syarat demikian menjadi tukaran dengan pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu yang ingin bermastautin di Tanah Melayu. Itu merupakan perjanjian kemerdekaan. Dan dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Dan diterima dengan senang hati oleh golongan bukan Melayu ( yang tahu tentang sejarah Malaysia).
Selepas 50 tahun merdeka, senarionya tentulah berubah dan keadaan bangsa Malaysia juga berubah. Peristiwa 13 Mei 1969, walaupun pahit untuk dikenangkan, tetapi telah memberikan berbagai pengajaran dan ingatan kepada rakyat Malaysia. Peristiwa itu telah menjadi ‘sempadan’ bagi bangsa Malaysia untuk terus maju berlandaskan perpaduan yang kukuh dan utuh. Sepatutnya Peristiwa 13 Mei 1969 diwar-warkan sebagai peristiwa yang telah mengubah ‘landskap’ hubungan antara kaum di Malaysia. Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang kukuh. Sepatutnya begitu.