Khamis, 31 Julai 2014

Israel PM spokesman defends strike on UN Gaza school

Thousands protest outside Israeli embassy in UK


Gaza: Thousands demonstrate at the Israeli embassy in London


PALESTINE SOLIDARITY CAMPAIGN, 'FREE PALESTINE' LONDON


Satellite footage: Gaza destruction before & after Israel's bombs

'Catastrophe!': UNRWA on Gaza destruction

Hamas Ajak Hezbollah Perangi Israel

GAZA CITY,  - Kelompok Hamas menyerukan agar kelompok Hezbollah dari Lebanon bergabung dalam perjuangan melawan Israel. Pernyataan itu disampaikan pada Rabu (30/7/2014) di hari ke-23 operasi militer Israel yang sudah menewaskan setidaknya 1.300 warga Palestina.

"Kami harap front Lebanon akan terbuka dan kita akan berjuang menghadapi Israel bersama-sama," kata Wakil Kepala Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk seperti dikutip kantor berita Rusia, RIA Novosti.

Abu Marzouk kemudian mengajak Hezbollah, yang kini tengah membantu rezim Bashar al-Assad di Suriah, memerangi Israel dari Lebanon selatan yang berbatasan dengan negeri Yahudi itu.

"Tak perlu diragukan lagi bahwa perlawanan dari Lebanon akan sangat berarti," kata Abu Marzouk yang berdomisili di Kairo, Mesir itu.

Dalam pidatonya pekan lalu, pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah mengatakan kelompoknya akan mendukung perlawanan Gaza terhadap Israel.

UNRWA Christopher Gunness Breaks Down In Tears On Live TV After Attacks On Schools In Gaza

State Dept grilled by press corp offensive over Gaza

Israel vows to destroy tunnels before truce

Gaza: Tiada pilihan selain bertahan

Tarian gedik Zumba Puteri UMNO haram!

Tarian gedik Zumba Puteri Umno haram! PUTERI UMNO akhirnya terpaksa mengalah apabila tarian Zumba yang diperkenalkan pada pilihan raya kecil Kajang bukan Mac lalu difatwakan sebagai haram.
Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Mufti Negeri Sabah, Bongsu Jaafar kepada Timbalan Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah baru-baru ini.
Katanya dalam surat tersebut, orang Islam dilarang dan haram menyertai tarian Zumba kerana terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat dan akhlak Islam dalam tarian tersebut.
Puteri UMNO memperkenalkan tarian tersebut sebagai salah satu bentuk riadah ringan dan mendapat sambutan hangat di kalangan anggota Puteri di seluruh negara.
Bagaimanapun, tarian yang sengaja menampilkan punggung dan dada itu dilihat sebagai keterlaluan dan tidak sopan bagi kebanyakan orang melihatnya.

MAS Ermiyatie bersama beberapa ahli Pergerakan Puteri UMNO.

Pas disaran amal puasa Maryam kata Dr Maszlee Malik

Dr Maszlee Malik 
SHAH ALAM – Selepas percanggahan demi percanggahan kenyataan dalam kalangan pemimpin Pas berhubung isu jawatan menteri besar dan kedudukan Pas dalam PR, parti itu disaran mengamalkan puasa Maryam.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyuarakan pandangan itu selepas melihat Pas terlalu ghairah membuka aib sendiri dan pihak lain.

Malah beliau menasihatkan agar parti itu lebih berdisiplin dalam menggunakan media umum ekoran dibimbangi Pas bakal berdepan krisis dalaman yang lebih kronik pada masa hadapan.

“Kekalutan yang berlaku adalah disebabkan perlakuan-perlakuan tidak profesional di kalangan pimpinan yang terlalu ghairah mendedahkan aib sendiri dan pihak lain di media umum untuk tujuan yang hanya mereka ketahui sebabnya.

“Jika berterusan sikap seperti ini, Pas berkemungkinan besar akan dilanda krisis dalaman yang lebih kronik di masa hadapan. Mungkin pemimpin Pas perlu banyak mengamalkan puasa Maryam, ibu Nabi Isa di dalam hal-hal dalaman parti dan PR,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang didakwa hanya pandangan peribadi, Maszlee menyifatkan masalah itu perlu diselesaikan secara dalaman.

“...Jangan sampai dunia nampak kelemahan mereka,” katanya.

Katanya, tindakan membuka aib masing-masing itu menyebabkan ramai pihak berasa sangsi kemampuan parti itu menjadi alternatif untuk BN.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya Pas dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan di antara satu sama lain di dalam kes di Selangor telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN?,” tambahnya.

KPRU: PKR berhak ganti MB

Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, PKR bertindak dengan bertanggungjawab melalui cadangan untuk menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut badan tersebut, keputusan parti itu tidak boleh dipersalahkan jika Khalid didapati tidak dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pasukannya.

Ia memberi alasan bahawa parti politik yang memerintah berhak untuk menggantikan menteri besar kerana pengundi memilih parti dan bukannya tokoh tertentu seperti dalam sistem pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

“PKR berhak mencadangkan usul untuk menggantikan ketua eksekutif negeri Selangor dengan calon yang lebih sesuai, dan pada masa yang sama, pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri tidak boleh terus menyandang jawatannya,” kenyataan itu dipetik.

Menurut KPRU, langkah berkenaan selari dengan lunas demokrasi dan juga tanggungjawab sesebuah parti untuk melantik calon untuk melaksanakan dasar kerajaan yang sesuai dengan prinsip parti.

Impact on Camera: Moment Israeli shell hits crowded Gaza square

Ustaz says sorry

Wounded children evacuated to hospital after strike on U.N. school

Will Israel reoccupy Gaza?

Gaza fighting strikes market, UN school

UNRWA tertekan dengan situasi di Gaza

Israel kerah penambahan 16,000 askar simpanan

Israel penipu besar, tuduh Malaysia melatih pergerakan Hamas

Gaza: Tiga imam mati syahid

Saya bukan boneka Anwar - Wan Azizah

“Saya bukan boneka atau patung Anwar. Masa saya dilantik Presiden parti dulu pun dia dalam penjara.”
 
Itu jawapan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika dibangkitkan peranan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di belakang semua tugasannya.
 
“Apa juga jawatan yang saya pegang adalah di atas tanggungjawab saya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa termasuk Anwar.
 
“Malah tanpa sebarang jawatan pun, saya masih tetap menjalankan khidmat saya kepada rakyat sebagai Presiden,” kataya pada satu majlis doa selamat di masjid Permatang Nibong di Permatang Pauh pagi tadi.
 
Katanya, Anwar tidak sepatutnya dikaitkan sebagai tulang belakang kerjayanya kerana dia sendiri mampu menggalas semua tanggungjawab yang diletakkan di atas bahunya.
 
“Memang dia suami saya tetapi saya bukanlah boneka yang hanya mengikut arahan dia kerana selama dia di dalam penjara, saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ahli politik.
 
“Menyentuh tentang jawatan Menteri Besar Selangor, itu akan menjadi tanggungjawab dan tugas saya apabila parti telah sebulat suara membuat keputusan untuk memilih saya,” katanya.
 

Pakatan Rakyat macam suami isteri tunggu masa bercerai kata Noh Omar

Pakatan Rakyat macam suami isteri tunggu masa bercerai - NohKUALA LUMPUR: UMNO Selangor melihat kemelut menteri besar di negeri itu semata-mata permainan politik Pakatan Rakyat (PR) untuk mengembalikan penguasaan PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia disifatkan tidak perlu diendah sehingga khabar angin perpecahan PR yang hangat tersebar akhir-akhir ini benar-benar berlaku.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya sentiasa bersedia dalam apa juga kemungkinan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Ini semua gimik politik mereka. UMNO ambil keputusan untuk tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

"Mereka ini seperti suami isteri yang bergaduh. Kita tidak campur tangan apa-apa sehingga mereka bercerai. Selepas itu baru kita lihat perkembangan seterusnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Noh diminta mengulas isu pertukaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dijangka berlaku pada Ogos ini.

Pantau ahli, elak cetus perpecahan - Pemuda PAS

SHAH ALAM - Pas Pusat perlu memantau dan memberi amaran ke atas mana-mana pihak dalam parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pas dan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda Pas Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, ia adalah selari dengan usaha dan jaminan Pas yang sentiasa komited untuk bersama Pakatan dalam mengurus tadbir negeri.

"Kalau tidak dipantau dan ditegur, ia akan jadi satu amalan kepada pihak tersebut untuk terus menggunakan aplikasi media sebagai satu saluran untuk memhentam dan menghancurkan parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas analisis Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki melalui sistem aplikasi WhatsApp yang tersebar kepada umum sehingga membawa kepada kontroversi antara Pas dan PR.

Dalam perbincangan WhatsApp itu, Zuhdi melontarkan analisis senario yang menunjukkan Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno.

Israel penipu besar, tuduh Malaysia kata Hamas

Israel penipu besar, tuduh Malaysia
KUALA LUMPUR: Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Pemuda PAS gesa parti siasat maklumat bocor

Pemuda PAS menggesa agar kes perbincangan dalaman PAS Pusat melalui aplikasi WhatsApp yang dibocorkan kepada orang ramai disiasat segera.

"PAS Pusat didesak agar membuka kertas siasatan dalaman terhadap kes 'print screen' maklumat perbincangan dalaman di ruangan Whatsapp AJK PAS Pusat melibatkan mesej dari Dr Zuhdi Marzuki.

"Hukuman yang bersesuaian mengikut lunas-lunas perlembagaan parti perlu diambil segera sebaik sahaja pesalah dikenal pasti," kata ketuanya, Suhaizan Kaiat dalam kenyataan.

Beliau turut menggesa PAS agar memantau dan memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh membawa kepada perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Pada masa sama, beliau menggesa agar semua pihak dalam Pakatan Rakyat menggunakan saluran Majlis Setiausaha atau Majlis Presiden untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, dan bukan melalui media sosial.

Sebelum ini, kontroversi tercetus apabila satu cetakan skrin perbincangan kumpulan WhatsApp anggota jawatankuasa PAS Pusat tersebar.

Perbincangan itu menyaksikan Dr Mohd Zuhdi membentangkan "analisis senario" kemungkinan PAS meninggalkan Pakatan dan mengukuhkan kuasa politik Melayu Islam.

'Akar umbi jelak dengan permainan politik Khalid'

Lima cabang PKR di Selangor membuat tuntutan tegas agar parti menjalankan tindakan disiplin ke atas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Para pemimpin cabang itu mendakwa gesaan itu "mewakili suara akar umbi yang sudah jelak dengan permainan politik ala Umno oleh Khalid".

"Umum sedia maklum, tindakan beliau terutamanya akhir-akhir ini jelas membelakangkan pendirian dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat dan pimpinan tertinggi KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

"Malah pelawaan Khalid agar ADUN Pakatan Rakyat membuat undi tidak percaya terhadap beliau cukup memalukan.

"Oleh itu, kami mewakili suara akar umbi menggesa parti dan pimpinan tertinggi untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Lima ketua cabang tersebut adalah Mohd Yahya Mat Sahri (cabang Tanjung Karang), Abu Talip Bujang (Sabak Bernam), Mohamad Fauzi Ahmad (Sungai Besar), Burhan Aman Shah (Sepang), dan Azizi Ayob (Kapar).

Ini merupakan kali pertama ketua cabang daripada keseluruhan 22 cabang PKR di Selangor mengemukakan pandangan mereka tentang kemelut jawatan menteri besar Selangor.

Dalam kenyataan sama, lima orang tersebut turut menyatakan sokongan terhadap pemilihan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid.

Dari kemelut Selangor ke kemelut nasional: Politik Malaysia di persimpangan

Gabungan Pakatan Rakyat mampu memberikan saingan yang sengit kepada Barisan Nasional menjangkau beberapa pilihan raya, dan kini menjadi rapuh dengan konflik yang semakin timbul antara parti dalamnya. – Gambar fail, 31 Julai, 2014.  
Gabungan Pakatan Rakyat mampu memberikan saingan yang sengit kepada Barisan Nasional menjangkau beberapa pilihan raya, dan kini menjadi rapuh dengan konflik yang semakin timbul antara parti dalamnya. 

Selepas melakar sejarah sebagai sebuah gabungan politik yang mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) kini menghadapi ujian paling getir dalam memastikan kesinambungan pakatan politik yang baru sahaja berusia lebih enam tahun itu.
Keutuhan gabungan ini mulai bergoncang apabila PAS menimbulkan semula isu hudud, sebuah isu yang menganggu gugat politik-centrist dan moderate yang dipromosi PR sejak 2008.
Bibit perpecahan dalam kalangan parti gabungan pembangkang ini menjadi semakin serius apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terbukanya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar kekal sebagai menteri besar Selangor.

"Langkah Hadi" ini mencabar kesepakatan dalam PR yang memberi kebebasan kepada parti gabungannya menamakan calon menteri besar bagi negeri yang dipertangunggjawabkan kepada parti tersebut. Menambah ketegangan ini ialah desakan segelintir pemimpin PAS Pusat supaya parti Islam ini keluar terus daripada PR [1].
Jika diteruskan, ‘Langkah Hadi dan PAS’ ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada masa depan politik pembangkang, tetapi juga masa depan politik nasional dan nasib golongan massa.
Banyak penulisan dan komentar di media sosial menawarkan penyelesaian mudah bagi masalah ini.
"Biarkan PAS keluar dari Pakatan", "Tarik balik keputusan untuk gugurkan Khalid" dan "PAS perlu utamakan Islam daripada kepentingan politik" adalah antara saranan yang diajukan.
Ada pula yang lebih suka menunding jari dan meletakkan kesalahan di tangan Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid, Mohamed Azmin Ali atau Umno.
Untuk memahami kemelut Selangor, umum perlu menyelusuri kemajuan yang dicapai pakatan pembangkang dan impak positif yang dibawanya kepada politik nasional dan golongan massa.
Ini adalah apa yang perlu dilepaskan jika PR tumbang. Risiko inilah yang perlu difikirkan PAS dan PR apabila menangani kemelut Selangor dan apa juga isu yang mampu menjejaskan kesinambungan gabungan itu.
Impak terhadap masa depan politik pembangkang
Rekod menunjukkan pembangkang hanya dapat memberi saingan sengit kepada BN sekiranya ia membentuk pakatan politik semasa pilihan raya.
Pakatan ini adalah untuk memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dan pembangkang.
Ini kerana sistem pilihan raya first-past-the-post di Malaysia menjamin hanya parti yang mendapat undi paling banyak akan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat.
Satu contoh yang menarik bagaimana ia beroperasi dapat dilihat di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana BN memenangi beberapa kerusi Parlimen dengan kurang dari 50% undi kerana undi untuk pembangkang terpecah di dalam pertandingan pelbagai penjuru melibatkan PR, parti pembangkang Sabah dan calon-calon bebas.
Dalam sejarah pilihan raya, empat pakatan pilihan raya pernah dibentuk dalam kalangan pembangkang untuk menyaingi BN iaitu Barisan Sosialis pada tahun 1969, Gagasan Rakyat pada tahun 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008.

Nota: Pakatan Rakyat diasaskan selepas Pilihan Raya Umum 2008. Tetapi kerjasama dalam kalangan parti pembangkang utama (PAS, PKR dan DAP) dibentuk dalam Pilihan Raya 2008 untuk memastikan pertandingan dua penjuru antara BN dan pembangkang.
Jadual di atas menunjukkan BN mampu menguasai lebih 80% kerusi Parlimen apabila parti pembangkang gagal memastikan pertembungan dua penjuru dan mesej alternatif yang kuat.
Tetapi apabila pembangkang membentuk kerjasama dalam pilihan raya 1969, 1990, 1999, 2008 dan 2013, ia mampu memberi saingan sengit.

Umno nilai pelbagai sudut cadangan Dr Zuhdi


Umno akan menilai daripada pelbagai sudut sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai cadangan Pengarah Operasi, Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki (gambar) supaya PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang dan membentuk kerajaan negeri dengan Umno. Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata cadangan itu mungkin bersifat peribadi dan tiada hubungan dengan parti PAS. "Kita dah banyak kali mengusulkan dengan PAS daripada dahulu (untuk bekerjasama) tetapi tidak mendapat sambutan yang baik.  "Kali ini walaupun dimulakan dalam kalangan anggota PAS sendiri, terserah kepada pucuk pimpinan PAS untuk menilai suara akar umbi mereka...kita (Umno) tunggu dan lihat," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Masjid Tanah, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perbincangan melalui mesej WhatsApp Dr Mohd Zuhdi dengan anggota jawatankuasa PAS yang mencadangkan agar PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang dan membentuk kerajaan negeri bersama Umno. Ab Rauf yang juga Ketua Umno bahagian Masjid Tanah bagaimanapun berkata Umno sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan pihak yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat. – Bernama,

Keputusan terhadap Zuhdi selepas 10 Ogos

DAP: Dr Zuhdi guris perasaan ahli Pakatan, perlu mohon maaf

Isu MB: Tarikh mesyuarat PAS Pusat tidak akan ditukar

Preacher says sorry for insult to Hindus

US supplies Israel with bombs amid Gaza blitz

Gazans risk lives to feed their families

GRAPHIC: Dead & injured as Israel bombs Gaza market during 4hr ceasefire

Sudah Sampai Masanya Ada Pemimpin Pas Perlu Sertai Perkasa atau Isma - Shahbudin Husin

Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan menolak perjuangan berasaskan bangsa. Bagi Pas, perjuangan bangsa adalah assabiyah dan ditolak oleh Islam. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah berkata, di akhirat nanti, Allah tidak bertanya sama ada kita Melayu, Cina atau India tetapi akan bertanyakan keislaman seseorang itu.

Sebab itu, kata beliau, Islam adalah lebih penting berbanding bangsa.

Salah satu asas penolakan Pas terhadap UMNO ialah kerana UMNO berjuang semata-mata kerana Melayu. Kadang-kadang pula perjuangan UMNO mengenai Melayu melebihi Islam itu sendiri. Dan bagi Pas, apa yang dilakukan oleh UMNO itu tidak betul sama-sekali.

Apabila Pas meletakkan Islam, dalam konteks negara ini yang mana Melayu adalah majoriti, ruang lingkup perjuangan Pas nyata lebih meluas. Ini kerana hampir semua Melayu adalah Islam. Kaum Bumiputera dan bukan Melayu yang beragama Islam juga termasuk dalam perjuangan Pas.

Tidak diragui bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas adalah perjuangan yang menyeluruh, lebih-lebih lagi cita-cita menubuhkan sebuah negara Islam atau negara yang berlandaskan hukum Islam sentiasa bermain di bibir para pemimpin Pas setiap kali mereka berceramah di seluruh negara.

Tidak pernah tergambar di benak sesiapa pun ada di kalangan pimpinan Pas yang bercitra assabiyah, mempunyai sentimen perkauman dan bernaluri rasis, meskipun ahli dan pimpinannya mempunyai latarbelakang yang berbagai. Sama ada kalangan ulama, golongan agama atau profesional semuanya dianggap menerima Islam sebagai asas perjuangan serta menolak elemen berasaskan bangsa.

Sehinggalah bocornya tulisan di whatsapp oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikannya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung kemelut politik di Selangor, baru-baru ini, barulah disedari rupa-rupanya wujud juga di kalangan pimpinannya yang meletakkan bangsa dan kaum sebagai asas perjuangan, malah bersikap rasis, perkauman dan cuba bermusuh dengan kaum dan agama lain.

Hanya bermula dengan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang yang mahukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dikekalkan dan ianya kemudian menjadi polemik di kalangan rakan-rakan dalam PR serta perbezaan pendapat di dalam Pas sendiri, Dr Zuhdi yang ingin menyatakan sokongan kepada Haji Hadi, telah menelanjangkan citarasa politiknya yang sebenar selama ini.

Bayi Ajaib Gaza Meninggal Dunia Selepas 6 Hari

Seorang bayi yang dilahirkan dari rahim seorang ibu yang terbunuh akibat serangan Israel di Gaza disahkan meninggal dunia setelah enam hari dia disambut oleh dosktor di Hospital Gaza, demikian lapor Al-Jazeera.

Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan.

Sebelum ini doktor telah pun menjangkakan bayi itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus.

Serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam, lapor media tempatan.

Ibu perempuan tersebut berusia 23 tahun bernama Shayma Al-Sheikh Qanan sedang hamil lapan bulan ketika kereta kebal penjajah zionis 'Israel' menembak rumahnya di pusat Bandar Gaza. Rumah Shayma hancur dan Shayma cedera parah. Suami Shayma, seorang wartawan radio tempatan juga cedera parah dalam serangan tersebut.

"Jenazah Shayma dibawa ke hospital setelah serangan 'Israel' pada awal pagi Jumaat," kata Doktor Fadi Al-Kharti bertugas di hospital Deir Al-Balah. "Kami cuba menyelamatkan nyawanya, tetapi dia meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital," kata Doktor Al-Kharti.

Usaha menyelamat nyawa Shayma semakin sukar kerana dia telah terperangkap di bawah runtuhan rumahnya selama satu jam.

"Kami menyedari terdapat gerakan di perutnya dan menganggarkan bahawa dia hamil 36 minggu," kata Doktor yang melakukan operasi caesar kecemasan untuk menyelamatkan sang bayi. Bayi yang lahir kemudian diberi nama Shayma juga untuk mengenang ibunya.

Senator DAP tak setuju Azizah jadi MB, tapi...

Walau rata-rata pemimpin DAP menyatakan sokongan bulat ke atas rancangan melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, masih timbul lagi suara yang berpendapat sebaliknya.

Laporan Berita Harian hari ini menonjolkan pandangan naib pengerusi DAP, Senator Ariffin Omar yang menyifatkan rancangan tersebut sebagai usaha yang tidak masuk akal.

Menurutnya, kepentingan rakyat harus dititik beratkan dalam pelantikan mana-mana individu bagi mengisi jawatan itu.

Ariffin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa ia adalah pandangan peribadinya dan beliau tetap menyokong jika DAP mahu Wan Azizah dilantik menjadi menteri besar.

“Saya tak buat sebarang ulasan atas kapasiti saya sebagai naib pengerusi DAP.

"Apa-apa sekalipun pandangan saya, jika parti saya sokong (untuk menukar MB), saya akan bersama parti saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam kenyataannya terdahulu yang dipetik dalam laporan Berita Harian, Ariffin juga berkata beliau sebelum ini tidak pernah bersetuju projek “Langkah Kajang” - pengosongan kerusi DUN Kajang untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

"Ini bukan soal politik (pelantikan Wan Azizah), ia soal kepentingan rakyat Selangor, itu yang harus diambil kira.

"Jika dibincang dari sudut politik, ia juga tidak masuk akal," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

PR Selangor tambah majoriti PRU-13, tak sama dengan Kedah

PAKATAN RAKYATSHAH ALAM, 31 JULAI: Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah tidak boleh dijadikan ukuran kepada kejatuhan PR Selangor jika negeri itu tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Hal ini berikutan PR Selangor berjaya memperoleh majoriti lebih besar pada PRU-13 berbanding sebelumnya.
khairuddin othmanSetiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata Kerajaan PR Kedah pula hilang kuasa pada PRU sama.
“Kedah dan Selangor sudah tentu tak sama kerana Kedah hilang dalam PRU-13, sedangkan Selangor masih kekal dengan majoriti lebih besar dalam PRU-13.
“Rakyat menghargai peranan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Khairuddin berkata, kemenangan atau kemerosotan prestasi PR dalam PRU-14 bergantung sepenuhnya kepada kestabilan negeri dan kebajikan yang diturunkan kepada rakyat.
Pada PRU-12, PR berjaya merampas Selangor, Kedah dan Perak daripada Barisan Nasional (BN), namun BN kemudiannya berjaya merampas Perak melalui satu rampasan kuasa kira-kira setahun selepas itu dan turut berjaya merampas kembali Kedah, pada PRU-13 lalu.
Bagaimanapun, Selangor yang diterajui Abdul Khalid berjaya melebarkan penguasaan PR dengan menambah lapan lagi kerusi kepada 44 iaitu kemenangan dua pertiga di Dewan Negeri Selangor.

Shahul Hamid mohon maaf pada penganut Hindu


VIDEO l 2.08 min
Pendakwah Shahul Hamid memohon maaf secara terbuka, terutama kepada masyarakat India, selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina penganut agama Hindu, tersebar luas di Internet.

Bercakap dalam satu sidang akhbar  di Masjid Bandar Perda, Bukit

Mertajam hari ini hari ini, Shahul berkata beliau kesal kerana membuat kenyataan tersebut dan dengan ikhlas memohon maaf kepada semua yang terlibat.

Menurutnya lagi, beliau tidak bermaksud untuk melakukannya ataupun berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman.

Shahul berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, sambil
menambah ia adalah "kali pertama dan terakhir" beliau mengucapkan kata-kata tersebut.

DAP lancar ‘ombak twitter’ pada PM, desak batal kenaikan tol CIQ Johor


DAP_lancar_kempen_banta_kenaikan_tol_CIQ_Johor


JOHOR BAHRU 30 JUL: Satu kempen dilancarkan hari ini bagi membantah kenaikan tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru melalui mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Najib Razak di laman sosial twitter.
Kempen tersebut dilancarkan melalui inisiatif Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng, Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya) akibat kenaikan kadar baru yang diumumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 25 Julai lalu.
Rakyat Malaysia digalakkan menyalin mesej dan membuat kiriman ke laman twitter masing-masing dengan ayat: “@NajibRazak Batalkan Segera Kenaikan Kadar Tol di CIQ, JB. #CIQTOLHIKE”.
“Kami menyeru agar Perdana Menteri boleh memberi arahan dengan cepat dan jelas agar membatalkan kenaikan cukai tol ini sebelum 1 Ogos 2014.
“Kami juga melancarkan Kempen Twitter kepada Perdana Menteri, di mana seruan dibuat agar rakyat menghantar mesej Twitter terus kepada beliau agar beliau mengambil tindakan untuk membatalkan cadangan kenaikan tol tersebut,” kenyataan tiga Adun Pakatan Rakyat Johor itu dipetik.
Dalam pada itu menurut kenyataan, bantahan melalui surat rasmi turut dihantar kepada Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya dan Datuk Ir. Ismail Md Salleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pekerja terbeban dengan kadar baru tol tambak Johor

Gaza terus dibedil di sebalik gencatan senjata

Masjid musnah akibat bedilan Israel

'Stop Massacre in Gaza': Germans protest Israeli attacks

Aqsa Syarif: Bantuan kemanusiaan di Gaza

Israel and Gaza: Inside the conflict

Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor - Wan Azizah



PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.

PAS khianati slogan ‘PAS for all’, kata Bersih

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 2.0 menggesa PAS supaya berhenti bersikap perkauman dan mengenepikan hak masyarakat lain demi mencapai cita-cita politik mereka, merujuk kepada perbualan pemimpin parti itu dalam WhatsApp yang didedahkan kepada umum. Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, sifat perkauman itu langsung tidak mencerminkan slogan “PAS for all” yang digunakan semasa pilihan raya. "PAS mengkhianati idea mereka sendiri apabila menyentuh isu perkauman. Parti itu nampaknya lupa kepentingan rakyat yang telah mengundi mereka," katanya dalam kenyataan bersama hari ini. Turut menyatakan pendirian sama timbalan pengerusi Bersih 2.0 Dr Ahmad Farouk Musa, bendahari Masjaliza Hamzah dan ahli jawatankuasa (AJK) badan bukan kerajaan (NGO) itu yang lain. Katanya, sifat perkauman juga mencabuli Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan syarat pemisahan antara kaum demi memastikan pentadbiran berjalan lancar dan mengekalkan hubungan antara masyarakat tanpa menyebut mana-mana kaum. NGO itu turut mengutuk pemisahan kaum yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menekankan keharmonian dan keamanan antara semua rakyat Malaysia. "Rakyat Malaysia dikenali sebagai satu bangsa dan bukan dibezakan melalui warna kulit. "PAS dan parti politik lain yang berasaskan perkauman perlu segera berhenti bersikap perkauman hanya untuk meneruskan agenda politik masing-masing," katanya. Perbualan kumpulan

WhatsApp Bocor: PKR, DAP Tidak Bijak



PETALING JAYA: Kelantangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengkritik PAS yang menjadi rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) dianggap sebagai tindakan yang tidak bijak. Penganalisis politik PAS, Dr Kamarul Yusoff juga berkata, kepimpinan PKR dan DAP turut bertindak tidak profesional kerana mencampuri urusan dalaman parti lain.
"Sejak akhir-akhir ini, kedengaran (pemimpin PKR dan DAP) meminta PAS mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
"Meminta parti rakan mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pemimpinnya adalah satu bentuk campur tangan tidak wajar yang boleh menyentuh sensitiviti parti tersebut," katanya melalui posting terbaharunya di laman Facebok pada Khamis.
Beliau mengulas mengenai reaksi pemimpin PR seperti Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menggesa supaya PAS mengambil tindakan sewajarnya Mohd Zuhdi.
Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.
Menerusi mesej paparan skrin yang disebarkan itu, Mohd Zuhdi memberi analisis senario bagaimana PAS boleh membentuk kerajaan negeri Selangor baharu dengan kerjasama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, milik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan satu kerusi tambahan milik Adun PKR.

'Lelaki Terkaya Di Dunia' Tawar Bayaran Balik Kepada Pelabur




KUALA LUMPUR: Peserta skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kontroversi kendalian Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina layak menuntut kembali bayaran balik jika mahu membatalkan pelaburan mereka.

Perkara itu dimaklumkan pengedar kanannya, Jessy Lai.

"Mereka mempunyai masa sehingga 14 Ogos untuk membatalkan keahlian.

"Hanya bawa kad pengenalan, kita akan ambil gambar serta klip video anda menyatakan sebab-sebab mahu batalkan dan kami akan memberikan bayaran balik secara terus," kata Lai menerusi sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun beliau berkata, bayaran balik hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah memperkenalkan mana-mana ahli baru kepada kumpulan itu.

Baru-baru ini Zhang menjadi topik berita selepas papan iklan wajahnya dikesan di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal manusia terkaya di dunia.

Malah berdasarkan iklan dalam lawan web syarikat itu, orang ramai dikatakan boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengisytiharkan skim MLM yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.

Malaysia tidak pernah latih pejuang Hamas - Wan Junaidi

Malaysia tidak pernah latih pejuang Hamas - Wan Junaidi
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, bukan sahaja latihan, kerajaan juga tidak pernah membenarkan sebarang unsur pusat latihan seumpama itu diwujudkan di negara ini.

"Mustahil ada latihan seumpama itu di negara ini, komen pejuang berkenaan itu tidak benar malah tidak wujud sama sekali di negara ini.

"Tidak kira apa jenis perjuangan termasuk dikategori perjuangan baik untuk melawan Israel, kita tidak pernah membenarkan atau memberikan kelulusan untuk latihan sebegini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Wan Junaidi diminta mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Unicef gesa konflik di Gaza dihenti segera

Unicef
KUALA LUMPUR - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menggesa semua pihak bertindak dengan waras dan menamatkan konflik di Gaza, terutama demi kesejahteraan kanak-kanak.
  
Pengarah eksekutifnya Anthony Lake berkata, Unicef juga berharap petugas bantuan kemanusiaan dibenarkan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya sebelum lebih banyak insan tidak bersalah menjadi korban dalam konflik itu.
  
" Apakah harapan yang masih tinggal bagi kanak-kanak ini dan golongan mereka jika orang dewasa tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing melindungi mereka. Apakah perangai yang akan diwarisi kanak-kanak ini apabila mereka dewasa kelak?" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di New York dan dihantar kepada Bernama di sini hari ini.
  
Beliau berkata, konflik terbaru di Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 245 kanak-kanak terbunuh.
  
Di samping itu, petugas kesihatan yang berusaha menyelamatkan nyawa, hanya berbekalkan sedikit air, tenaga elektrik dan ubat-ubatan yang amat sedikit, katanya.

Sementara itu, sebagai respons kepada konflik yang sedang melanda Gaza, UNICEF Malaysia melancarkan "Gaza Children's Appeal".
  

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'

Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Perlukah Pas kekal dalam Pakatan Rakyat? - Dr Mohammad Agus

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff  
MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.

Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.


Tepatkah alasan Pas tersebut?

Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.


Perlukah Pas menyertai BN?

Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

'PAS mungkin dilenyapkan dari Selangor jika sokong Khalid' -DAP

'PAS mungkin dilenyapkan dari Selangor jika sokong Khalid'
KUALA LUMPUR: DAP berharap agar PAS akan mengutamakan semangat Pakatan Rakyat (PR) untuk mengotakan janji-janji kepada rakyat Selangor, daripada bertikam lidah tentang krisis Menteri Besar yang melanda negeri itu.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata sokongan PAS untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor akan menyebabkan parti itu dilenyapkan sepenuhnya dari negeri itu.

"Sekiranya PKR dan DAP mahu Abdul Khalid digantikan tetapi PAS inginkan Abdul Khalid mengekalkan jawatannya, exco kerajaan negeri tidak akan berfungsi lagi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.

"Dalam situasi sebegini, Abdul Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

"Sekiranya ini berlaku, maka semua parti PR akan rugi. Kita terpaksa menanggung kerugian yang besar, tetapi tidak ada pihak akan mengalami kerugian yang lebih daripada PAS," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua yang mengaku bahawa PR mengalami kekurangan keyakinan yang besar ekoran krisis Menteri Besar, desakan PAS untuk menyokong Abdul Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah.

Pua turut berkata, ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno.

"Kalau PKR dan DAP hilang tiga peratus undi Melayu dan 10 peratus undi bukan Melayu, tujuh daripada 30 kerusi DUN akan hilang termasuk Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek.

"Dengan itu, PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi.

Husam mahu Zuhdi bertanggungjawab atas analisis WhatsApp terbocor

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran terbocornya tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat. Bagi Husam, PAS tidak boleh diseret dalam masalah ini dan Zuhdi perlu mengambil tanggungjawab jamaah dan bertindak sewajarnya tanpa perlu parti itu mengambil tindakan atas implikasi tersebarnya kenyataan itu. "Memang pihak yang membocorkan tulisan dalaman itu juga salah, tetapi tanpa ada pihak yang menulis sedemikian rupa, ini tidak akan berlaku," kata Husam kepada The Malaysian Insider. Bagi Husam, penyataan senario itu merupakan satu hal, tetapi yang terlalu besar untuk dipikul PAS adalah istilah rasis yang digunakan dalam tulisan itu. "Dengan perkembangan yang berlaku kebelakangan ini termasuk yang (kenyataan) ini, hancur segala yang dibina oleh PAS selama ini," katanya. Husam mengulas kebocoran tulisan analisis senario Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp yang kini tersebar luas. Menurut Husam, beliau bukan sebahagian daripada perbincangan WhatsApp itu. Perbincangan WhatsApp yang tersebar itu mendedahkan Zuhdi menulis: "Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB. "Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," tulis Zuhdi yang pada masa sama mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku melalui akaun Facebook. Menurut Husam, analisis senario ini bertembung dengan sikap parti itu dan juga Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di samping merosakkan jambatan yang dibina dengan pihak luar. "Dalam kes di Terengganu ketika krisis Datuk Seri Ahmad Said dengan BN, kita ambil pendirian tidak akan memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno untuk melompat menyertai PAS. Jadi analisis ini sudah bertentangan dengan pendirian PAS selama ini," kata Husam mengulas cadangan dalam analisis itu yang sedia menerima pihak Umno untuk bekerjasama dengan PAS. Menurut Husam, paling teruk adalah istilah digunakan untuk menyerang pihak luar yang selama ini bekerjasama dengan PAS. "Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh dan tidak mengaitkan PAS dalam hal ini," kata Husam. Sementara itu, AJK PAS Pusat Nasruddin Hassan yang turut serta dalam

Sekolah PBB di kem pelarian jadi sasaran serangan Zionis Israel

Enam lagi maut dalam serangan udara di Khan Younis

Gaza's 'miracle' baby dies after six days

Israel bedil sekolah UNRWA

Anggota keluarga mencari cebisan mayat di bilik darjah yang dijadikan kem perlindungan.
GAZA - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 20 terbunuh selepas Israel memperhebatkan serangan darat dan udara dengan membedil sebuah sekolah milik  Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Jamaliyah, kelmarin.

Serangan ganas itu dilancarkan selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa menemui sejumlah senjata di beberapa sekolah dan pusat penempatan sementara sebelum ini.

Seorang petugas di pejabat PBB yang enggan dikenali berkata, dua bilik darjah yang dikelolakan oleh Badan Bantuan dan Petugas PBB musnah sama sekali.

“Sasaran itu dilancarkan di kem perlindungan penduduk Palestin. Selepas bedilan itu, kami lihat penduduk mencari cebisan mayat dan membawa keluar mayat berlumuran darah. Ramai anggota keluarga menangis dan pengsan apabila melihat mayat anak dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PBB, Chris Gunness mengutuk keras serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.

“Ini adalah pusat perlindungan dan sekolah. Serangan ini adalah pelanggaran hak dan mencabuli perjanjian PBB. Mereka juga memusnahkan harta benda milik PBB dan serangan ini amat melampau,” katanya, dipetik dari laporan  AFP/ IB Times.

Abdul Khalid masih selamat, masih dapat sokongan.....

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu membubarkan Dun Selangor memandangkan beliau memiliki sokongan teguh daripada sebahagian pemimpin PKR, DAP dan BN, selain sokongan Pas serta istana.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, walaupun PKR dan DAP berhasrat menggulingkan Abdul Khalid daripada terus memegang jawatan nombor satu Selangor, namun mereka tidak mampu berbuat demikian kerana sokongan kuat ini.

“Walaupun kedua-dua komponen (PKR dan DAP) tak mahukan Abdul Khalid tapi mereka tidak mampu singkirkan beliau begitu sahaja. Sokongan Pas, istana dan juga sebahagian PKR dan DAP masih memihak kepada kepimpinan Abdul Khalid, bukan semua tolak,” katanya, semalam.

Beliau turut menjelaskan, perebutan kerusi Menteri Besar Selangor telah menjadi punca merebaknya percakaran dalaman antara Pas dan PKR sehingga memberi gambaran berlaku kepincangan dalam pakatan pembangkang.

“Sekarang isu dipindahkan kepada PKR dan Pas dan kemelut ini membuka ruang lebih luas kepada Abdul Khalid.

“Media sosial kebelakangan ini juga menampakkan bagaimana masing-masing cuba mempertahankan kapten mereka, PKR dengan Anwar Ibrahim manakala Pas dengan Hadi Awang dan juga Nik Aziz,” katanya.

Can a new MB make a difference?

Can things be done differently if Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim is replaced with Wan Azizah?

wan_az_300
By Izhar Moslim
A question raised by almost all Selangorians is what would Dr.Wan Azizah Wan Ismail do differently to solve the issues in the state if she comes to power.
I believe it is also in the minds of top Selangor politicians like DAP MP Ong Kian Ming, who has been noticeably silent on this matter.
Often Pakatan Rakyat leaders talk about Menteri Besar Khalid Ibrahim not being able to manage the water and Bible issues properly but what guarantees are there that the governance will be different if a new MB is sworn in?
It also begins to prove that Pakatan is indeed fragile and I do not even want to imagine what will happen if they are the ones managing the country.
Politicians, especially in the Opposition camp, often get away with high-level statements but what we need are concrete and detailed solutions.
For instance, the Federal government is committed to the 10-point solution in managing the polarities of the Bible issue.
Of course, it does not make everyone happy but this is the kind of detailed solutions on issues that is expected to come out from them.
Let it be clear the 10-point solution was by an Umno-led BN Federal government. The people in Selangor know clearly that Umno has no control over what and how the state government is being run by seasoned politicians like Anwar Ibrahim and Khalid.
Do not drag Umno into the political mess that has been created in Selangor all because of one powerful political family.
Stephen Ng wrote an open letter to Khalid and said “What you and the others should have done was make a strong stand once and for all”.

PR boleh hilang Selangor

Dr Jeniri Amir
SHAH ALAM –  Kemelut terkini dihadapi PR dalam isu kerusi Menteri Besar Selangor perlu diselesaikan segera, kata Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir.

Katanya, jika dibiarkan berlarutan terlalu lama, PR bakal berdepan risiko kehilangan Selangor seperti mana krisis yang melanda negeri ditadbir mereka, Kedah, satu masa lalu.

Beliau berkata, PR sepatutnya menjadikan isu itu pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan sama, sehingga menggambarkan pimpinan tertinggi parti tiada kesepakatan dan tidak mampu menangani krisis dalaman mereka.

“Ini beri gambaran yang amat buruk kepada rakyat, bukan sahaja di Selangor, malah seluruh negara terhadap keupayaan PR yang dikatakan menjadi pengganti BN di masa hadapan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, lebih membimbangkan jika lewat ditangani secara bijaksana dalam waktu terdekat akan menimbulkan keretakan yang amat besar dan mungkin kesudahannya berlaku perpecahan komponen PR.

PAS kalah besar jika Selangor adakan pilihan raya mengejut, kata DAP

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PAS akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2014.  
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PAS akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar. 

Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami 'kekalahan besar' sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.
Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata memandangkan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid, sementara PAS bersama dengan sokongan Umno inginkan Khalid kekalkan jawatannya, oleh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.
"Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut."

PAS enggan dengar cakap ‘orang luar’ ambil tindakan terhadap Zuhdi, kata Mustafa Ali

PAS tidak akan mengikut telunjuk “orang luar” parti yang mendesak agar tindakan disiplin diambil terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang didakwa mengemukakan cadangan mengkhianati Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Mustafa Ali. Setiausaha agung PAS itu berkata, tindakan ke atas ahlinya hanya akan dibuat berdasarkan laporan dalaman oleh kalangan anggota parti dan bukannya pihak lain. "Saya tidak baca apa benda dia punya alasan. Kita tidak ambil tindakan daripada orang-orang luar cakap.  “Tindakan disiplin dibuat berdasarkan laporan dalam kalangan ahli PAS sendiri,'' kata Mustafa seperti dilaporkan Utusan Malaysia, mengulas mengenai desakan PKR dan DAP agar parti Islam itu bertindak terhadap Zuhdi selepas tersebarnya mesej WhatsApp perbincangan dalaman parti itu. Menurut Utusan Malaysia, Mustafa menjelaskan beliau belum mengetahui punca sebenar PKR dan DAP meminta PAS bertindak terhadap Zuhdi. Beliau berkata, tidak timbul persoalan PAS meninggalkan PR yang turut dianggotai PKR dan DAP kerana pendirian rasmi parti dan pemimpin termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah jelas, Umno tetap lawan politik mereka. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat tentang senario yang dijangka berlaku sekiranya parti itu keluar daripada PR menggambarkan kewujudan unsur-unsur khianat dalam kalangan pimpinan tertinggi parti tersebut dengan sikap bermuka-muka. Menurut Rafizi, pendapat dan sentimen yang dinyatakan oleh Zuhdi dalam mesej yang dipercayai dibocorkan oleh seorang pemimpin PAS itu bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai parti tersebut dalam PR. Rafizi meminta agar tindakan disiplin diambil ke atas Zuhdi apabila beliau mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan PR dan rakyat yang mengundi parti itu serta gabungan pembangkang itu. Selain Rafizi, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kenyataan Zuhdi sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Sementara Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-Muslim,

Dramatic video of Gaza market attack

European officials alarmed by rise in anti-Semitism

US supplies Israel with bombs amid Gaza blitz

Isu MB: Situasi Selangor-Kedah tidak sama

Muhammad Sanusi Md Noor 
ALOR SETAR - Situasi kemelut yang berlaku di Selangor tidak sama dengan krisis yang pernah berlaku dalam PR di Kedah, malah perbandingan antara kedua-duanya juga tidak setara.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang menjadikan krisis di Kedah di bawah pentadbiran PR sebelum ini sebagai contoh terhadap situasi yang berlaku di Selangor sama sekali tidak wajar serta berlainan sama sekali.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, pendedahan yang dibuat secara terbuka di Facebook bukan bermaksud mahu memanjangkan kemelut melanda Selangor tetapi mahu menunjukkan keadaan sebenar Pas Kedah banyak berkorban untuk menjaga hubungan baik antara rakan pakatan sepanjang tempoh menerajui tampuk pemerintahan negeri.

“Saya terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar itu semalam (kelmarin) kerana sama sekali tidak setuju mereka menjadikan krisis berlaku di Kedah sebagai contoh terhadap apa yang berlaku di Selangor.

“Situasi tidak sama, di Kedah kerusi PKR sedikit dan masalah kerap berlaku apabila wakil rakyatnya kerap lompat parti hingga turut menggugat kepercayaan penyokong.

Namun kita (Pas) sentiasa mencari jalan untuk menolong mereka mengatasi masalah serta berusaha menutup kekurangan yang timbul,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Sanusi berkata, krisis dalaman berlaku dalam PR Kedah khususnya Pas lebih kepada perumpamaan ‘ribut dalam cawan’ kerana masih menunjukkan taat setia kepada parti berbeza dengan PKR calon yang lompat parti lebih selesa bergerak bebas atau condong kepada Umno.

“Mereka (PKR) bukan berdiam diri, mulia atau baik hati tidak campur tangan dari berbicara siapa patut menjadi MB pada masa itu sebaliknya tumpuan utama parti itu lebih kepada usaha untuk menambah bilangan kerusi termasuk meminta DAP memberi laluan kepada mereka meletak calon PKR di kawasan DAP atas dasar rakan pakatan.

“Namun situasi yang berlaku di Selangor sebaliknya kerana pemimpin PKR diminta letak jawatan sebagai menteri besar walaupun tidak mempunyai masalah (seperti lompat parti seperti di sini),” katanya.

Isu MB Selangor: UMNO Selangor tunggu reaksi PAS, Sultan ada kuasa elak PRN

Isu MB Selangor: UMNO Selangor tunggu reaksi PAS, Sultan ada kuasa elak PRN
KUALA LUMPUR: UMNO Selangor akan memutuskan sama ada akan memberi sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam undi tidak percaya selepas memerhatikan apakah PAS akan membuat undi berbeza dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, kata ketua pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

Malay Mail Online melaporkan, pemimpin UMNO itu berkata pihaknya akan memutuskan perkara berkenaan bila tiba masanya kelak.

"Bila tiba masa, kami akan putuskan sama ada memberikan undi kami atau menyokong (Khalid)," katanya kepada Malay Mail online.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri, Shamsudin berkata Barisan Nsional (BN) Selangor telah bersiap sedia untuk berdepan situasi tersebut.

"Kami telah bersedia, kami telah membuat persiapan untuk perkara ini....masalah ini (krisis MB) telah memakan masa yang lama dan memberi kesan kepada negeri," katanya.

Dalam laporan yang sama, Malay Mail Online turut memuatkan pandangan Profesor Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Syahredzan Johan mengenai krisis politik yang melanda Selangor

Syahredzan berkata desakan untuk melakukan undi tidak percaya kepada Abdul Khalid akan memberi risiko kepada Pakatan Rakyat terutama PKR kerana parti itu tidak mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

"Tiada jaminan jika mereka desak diadakan undi tidak percaya, semua dari DAP dan PAS akan menyokong," kata Syahredzan.

Kenapa tangguh dakwaan rasuah bekas setiausaha politik pemimpin Umno, soal peguam

Para peguam berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tanggungjawab moral menerangkan kepada orang ramai jika beliau memutuskan untuk menggugurkan sebarang pendakwaan terhadap individu walaupun ianya tidak dituntut undang-undang.

 Hampir enam bulan berlalu sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan siasatan terhadap bekas setiausaha politik dituduh menyalahgunakan dana RM 1.1 juta daripada tiga yayasan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat miskin. SPRM sudah menyerahkan hasil siasatan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi sehingga hari ini masih tiada apa-apa tindakan sehingga menyebabkan beberapa peguam mempersoalkannya. Para peguam berkata, sebarang penangguhan terhadap pendakwaan kepada mana-mana individu akan menimbulkan keraguan terhadap usaha kerajaan untuk memerangi rasuah di kalangan mereka yang rapat dengan kekuasaan. Mereka berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tanggungjawab moral menerangkan kepada orang ramai jika beliau memutuskan untuk menggugurkan sebarang pendakwaan terhadap individu walaupun ianya tidak dituntut undang-undang. Para peguam mengulas penangguhan untuk mendakwa bekas setiausaha politik pemimpin Umno dan seorang pengarah syarikat dengan tuduhan rasuah. Peguam Datuk Baljit Sidhu yang mengikuti dengan dekat kes ini mengatakan SPRM memulakan operasi terhadap dua orang itu pada September tahun lepas. Pada Februari kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, tetapi dipulangkan semula kepada SPRM untuk siasatan lanjutan. Namun difahamkan, kertas siasatan itu dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara tidak lama selepas itu. “Peguam Negara sekarang harus membuat keputusan sama ada meneruskan dengan pendakwaan atau menggugurkan kes kerana kekurangan bukti,” kata Baljit. Beliau berkata, adalah lebih baik jika Gani bersedia untuk menyatakan pendirian yangjelas jika memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan. "Semua kes jenayah melibatkan kepentingan awam dan Peguam Negara secara moralnya wajib menjelaskan jika enggan meneruskan pendakwaan, kerana ia membabitkan individu yang berkait dengan ahli politik terkenal," katanya. Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, timbul persoalan penangguhan dakwaan yang terlalu lama selepas SPRM selesai menjalankan siasatan. "Melengahkannya akan menimbulkan persoalan sama ada wujud campur tangan politik atau layanan istimewa apabila membabitkan personaliti yang berkaitan dengan kerajaan pemerintah," katanya. Paulsen berkata, Peguam Negara perlu bertindak pantas dan tegas dalam kes ini demi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap SPRM dan sistem keadilan. SPRM memulakan siasatan pada September lalu selepas setiausaha politik kepada seorang ahli

UN condemns deadly attack on Gaza UN school

Gaza market bombed during Israel army 'pause'

Graphic Video: 15 Killed at Gaza UN School

Yet more missiles rain down on Gaza as death toll nears 1300

Israeli attack on UN school in Gaza: 'It is an abomination'

Explosions rock Gaza City, shatter cease-fire.

Israeli official: We do not want this war

Dershowitz: "That's just wrong"

Is there anywhere in Gaza that's safe?

US Support for Israel

Why did Hamas reject Palestinian proposal for cease-fire?

U.S. resupplying Israel with ammunition

Israelis explain why they don't want another cease-fire

Hamas films deadly tunnel attack