Rabu, 30 Julai 2014

Hanya pandangan peribadi Hadi, tidak mewakili PAS, kata Anwar Ibrahim

Hanya pandangan peribadi Hadi, tidak mewakili PAS, kata Anwar IbrahimBUKIT MERTAJAM: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar sebagai pandangan peribadi yang tidak mewakili PAS.

Ujarnya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, PAS sedia maklum dengan keputusan PKR yang mahu isterinya menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.

Tambahnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar turut hadir pada mesyuarat itu bagaimana pun Hadi tidak hadir kerana tidak sihat.

Tambah Anwar, komen tidak sihat dari akar umbi tentang jawatan menteri besar telah menyebabkan salah faham dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

Sehubungan itu katanya satu mesyuarat bersama Pakatan Rakyat akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu terdekat tersebut.

Dalam pada itu, Anwar turut menyelar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung kenyataan bahawa dirinya merupakan seorang diktator dalam menguruskan pakatan pembangkang.

Anwar kemudiannya meminta PAS menyelesaikan perkara itu.

Pas Pusat tolak permintaan Pemuda Pas

 Mustafa Ali - Foto Sinar Harian oleh Zulfadli Ahmad Zaki 
SHAH ALAM – Pas Pusat hari ini menolak permintaan Pemuda Pas yang menggesa tarikh mesyuarat agung Pas Pusat dipercepatkan.

Mengulas kenyataan tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tarikh 10 Ogos yang dibuat oleh Pas Pusat bagi mengadakan mesyuarat tersebut telah diputuskan dan diumumkan kepada semua ahli mesyuarat.

"....mustahil bagi pihak saya untuk mengubah tarikh tersebut keran ia telah dimuktamadkan.

"Ia (tarikh 10 Ogos) akan kekal kerana semua sudah tahu tarikh tersebut.

“Masing-masing sibuk, jika kita ubah tarikh, mungkin ada yang tidak dapat datang,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat telah menyeru dan meminta Pas Pusat mempercepatkan tarikh mesyuarat bagi membincangkan isu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 10 Ogos nanti.

Menurutnya, tarikh yang dipilih bagi mengadakan mesyuarat tersebut terlalu lewat untuk mengurus krisis yang sedang berlaku.

Sehubungan dengan itu, Pas Pusat meminta Pemuda Pas dan semua pihak agar akur dan menghormati keputusan yang telah ditetapkan.

Hanya kerana WhatsApp, Pakatan bergolak

Oleh Md Izwan
Mungkin kerajaan perpaduan yang selama ini diinginkan Umno dengan PAS menjadi kenyataan angkara satu pesanan WhatsApp.
Rakyat perlu berterima kasih kepada teknologi yang kita miliki sekarang, sekurang-kurangnya kita sudah tahu isi hati pemimpin politik.

Kalau dahulu kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) mungkin mudah dinafikan, mungkin juga ada acara angkat sumpah di masjid untuk menidakkannya.
Itulah lumrah berpolitik, terlepas cakap, minta maaf dan kemudiaannya selesai. Begitu juga ahli politik, hari ini musuh, esok hari mungkin kawan.
Dalam kes PAS, mungkin suatu ketika dahulu Umno adalah lawan mereka, tapi tidak mustahil juga esok mereka berkawan.
Kenyataan Zuhdi mungkin bersifat peribadi, tetapi kerana setitik nila rosak susu sebelanga.
Ketika PR negeri Selangor masih mencari menteri besar untuk diganti, kenyataan Zuhdi pula didedahkan.
Seperti perang psikologi, 10 Ogos ini mesyuarat PAS Pusat akan bergelora. Akan riuh-rendah jika PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada ketika PKR dan DAP sudah menolaknya.
Ketika menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memegang jawatan di GLC Selangor, pelbagai persepsi timbul atas tindakan beliau mempertahankan Khalid.
Bagi rakyat Selangor, pengalaman sama dilalui di Kedah ketika PAS memerintah satu penggal akan dilalui.
Khalid kini bukan lagi menteri besar PKR selepas ditolak parti sendiri, tetapi dengan kenyataan Hadi menggambarkan kini Khalid adalah menteri besar yang dipilih PAS dan mewakili parti bulan tersebut.
Ketika pemerintahan PAS di Kedah, pergolakan dalaman juga berlaku. Ia hampir sama di Selangor, cuma bezanya kali ini langkah awal diambil dengan memutuskan untuk menyingkirkan Khalid.
Cuma pertikaian sekarang adalah siapakah yang akan jadi menteri besar di Selangor, itu sahaja.
Krisis di Kedah, semua pihak tahu cuma biasalah akan ada perkara yang dinafikan. Di Kedah, ahli politik PAS pernah dikurung dalam sebuah sekolah hanya kerana perbezaan pandangan dengan menteri besarnya. Itu tahap berpolitik PAS di Kedah.

Anwar kurang sepucuk surat lagi

Oleh Timmy Say
Strategi umum dulu baru cari jalan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu jalan buntu lagi kali ini. Selepas episod September 16, kali ini ialah Langkah Kajang. Di dalam PKR, sebenarnya taktik yang sama juga digunakan, tetapi ia tidak gagal.
Ini kerana PKR di bawah kawalan penuh Anwar yang berpangkat Ketua Umum.

PRK Kajang
Umpamanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang terpaksa diadakan apabila bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun secara mengejut.
Hendak tak nak, Speaker Selangor Hannah Yeoh menerima peletakan jawatan Lee dan pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas SPR dimaklumkan.
Hanya segelintir sahaja dalam PKR tahu mengenai PRK Kajang yang menjadi loncatan kepada Langkah Kajang. Yang lain terpinga-pinga mencari jawapan, kononnya ini operasi rahsia tertinggi parti.
Tiada apa yang boleh dibuat kerana Lee sudahpun meletakkan jawatan. Sudi tidak sudi, PAS dan DAP kena telan bahawa PRK Kajang harus berlaku meskipun rakyat Selangor tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
Rakan-rakan Pakatan Rakyat dipaksa ‘endorse’ Langkah Kajang dan memberikan sokongan sepenuhnya, termasuklah jentera pilihan raya.
Oleh kerana kerusi itu milik PKR, maka PAS dan DAP menyokong siapa yang dicalonkan PKR.
Itu semangat ukhuwah daripada PAS dan DAP. Tetapi jika diberi pilihan samada Lee perlu letak jawatan mahupun tidak, sudah tentu ada yang menyokong Lee untuk kekal sebagai Adun.
Tapi PKR tidak mahu melalui proses itu, oleh itu mereka mendapatkan Lee untuk meletakkan jawatan terlebih dahulu.
Biarlah seribu yang membantah, PRK Kajang tetap berjalan kerana surat peletakan jawatan Lee sudah ada di tangan. Itu hebatnya taktik politik PKR di sini.
Jawatan menteri besar Selangor
Dalam percubaan menukar menteri besar Selangor, taktik yang sama cuba digunakan oleh Anwar.
Umumkan dahulu, lepas itu baru cari endorsement untuk gantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail – tidak kisahlah pandangan rakyat, pandangan rakan di dalam Pakatan Rakyat mahupun pandangan istana macam mana.
Kerusi MB ini milik PKR, itulah tanggapan mereka. Oleh itu, mereka berhak melakukan apa sahaja dan yang lain kena angguk dan jangan banyak soal.
Soal kebolehan Wan Azizah langsung tidak dibicara. Apakah benda baru yang boleh dibawa tidak diketahui. Dijanji ekonomi negeri boleh bertambah kukuh dengan pertukaran tersebut, tetapi tidak dimaklumkan bagaimana.

PAS S'gor ikrar setia bersama Pakatan

PAS Selangor hari ini memberi jaminan kepada rakannya dalam Pakatan Rakyat ia akan terus kekal dalam pakatan itu "walau dalam apa jua keadaan sekalipun".

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata PAS Selangor tidak tahu menahu perihal anggota Jawatankuasa Pusat PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berbincang melalui rangkaian kumpulan WhatsApp anggota jawatankuasa itu tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor serta mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR sebagai Menteri Besar.
  
"Tidak ada langsung perbincangan tentang perkara itu dan PAS Selangor komited serta setia kepada Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mohd Zuhdi dilaporkan menyuarakan tentang kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno di Selangor dan mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Perbualan itu didakwa terkandung dalam mesej kumpulan WhatsApp antara anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

'Tiada yang lompat'

Mohd Khairuddin berkata PAS Selangor mengekalkan rekodnya yang tidak mempunyai sebarang wakil rakyatnya di Selangor menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN).
  
"Dalam rekod kami, tidak ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kami yang menyeberang kepada Umno atau BN. Dan kami akan mengekalkan rekod ini," katanya.

Anwar: Tiada tanda Pas keluar PR

PERMATANG PAUH - Kepimpinan Pas tidak menunjukkan sebarang reaksi akan keluar dari PR ekoran krisis politik baru-baru ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pas kekal komited kepada PR malah pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah pendirian peribadinya.

Beliau berkata, pendirian dan pendapat sesetengah pemimpin akar umbi Pas juga tidak menggambarkan pendirian rasmi parti itu sekaligus mengurangkan kebimbangan PR akan berpecah.

"Saya kenal sikap Abdul Hadi. Beliau seorang sangat komited kepada PR," katanya kepada media sebelum menghadiri majlis tahlil dan sumbangan duit zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr Afif Bahardin yang juga Adun Seberang Jaya.

Ditanya sama ada pernah bertemu dengan Abdul Hadi selepas mengumumkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau ada menghubunginya pada malam Hari Raya Aidilfitri (Ahad) sebelum Abdul Hadi bertolak ke Terengganu.

"Saya bercakap dengannya melalui telefon pada malam raya. Bermakna komunikasi antara kami masih bagus.

Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini. Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia. Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.  Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu. Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar. Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni.

MH17: Belanda kecam Ukraine dedah maklumat kotak hitam

LONDON - BRITAIN. Tindakan pihak Ukraine yang mendedahkan hasil analisis awal data kotak hitam yang ketika ini masih diperingkat siasatan pihak berkuasa dikecam Belanda.

Dalam laporan sebuah portal hari ini, hasil siasatan yang mengandungi data penuh penerbangan pesawat hanya akan didedahkan Jumaat ini oleh pasukan penyiasat Belanda yang ditugaskan untuk menganalisis data dan maklumat yang diperoleh dari perakam data penerbangan pesawat tersebut.

Namun tindakan Ukraine yang terlebih dahulu mendedahkan hasil siasatan maklumat dan data kotak hitam disifatkan tidak matang.

Menurut jurucakap Belanda, kotak hitam tersebut sepatutnya diserahkan kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) pada 23 Julai lalu selepas data tersebut diserahkan kepada Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pihak kami sudah memperoleh dan menganalisis 50 peratus dari keseluruhan data dan kami masih tidak selesai menyiasat data kotak hitam tersebut.

"Bagaimanapun kita harus pertimbangkan bahawa ada kemungkinan maklumat itu dibocorkan dari pihak Belanda," katanya.

Data yang diperoleh daripada kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas baru-baru ini menunjukkan kapal terbang itu telah ditembak jatuh sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar.

Ustaz apologises for making disparaging remarks

An Ustaz has apologised to Hindus for making disparaging remarks about Hindu deities.

Ustaz+Shahul+Hamid
GEORGE TOWN: A video showing a Muslim cleric insulting Hinduism and Ganesha (the Elephant God) while calling on Muslims to boycott the popular Alagappa brand curry powder, has caused a stir among Hindus nationwide.
Many Penang-based Hindu groups, including MIC, PPP, the Malaysia Hindu Youth Council and the Malaysia Hindu Sangam have lodged reports against Ustaz Shahrul Hamid.
The video went viral on social media and micro-blogging sites on Monday.
The Hindu groups have urged authorities to take firm and stern action against Shahrul.
A demonstration, led by MIC national youth chief C. Sivarajah, was held in Brickfields, Kuala Lumpur today and police reports, lodged.
However, apparently another video recording has gone viral since late yesterday showing Shahrul apologising to Malaysians, especially the Indian community, for his offensive remarks, if any.
Shahrul claimed that the video showing him insulting Hinduism and making his boycott call on Alagappa curry powder was uploaded without his knowledge or permission by certain unknown quarters with bad intentions.
The forum, said Shahrul, was all about “halal and haram” in Muslim life.

Wan Azizah bayang kesediaan ganti Khalid Ibrahim ....

Wan Azizah bayang kesediaan ganti Khalid Ibrahim
BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya membayangkan dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai Menteri  Besar Selangor sekaligus menggantikan Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim.

Azizah yang ceria ketika diminta mengulas kesediaannya menjadi Menteri Besar berkata ia adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu dijaga.

Mengenai dakwaan beliau hanya akan menjadi Menteri Besar boneka sekiranya menggantikan Abdul Khalid, Azizah berkata perkara itu tidak memberi kesan kepada dirinya.

Azizah berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan yang timbul berkaitan suaminya selepas mengumumkan dia akan menjadi Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah menemani suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis tahlil dan sumbangan zakat kepada anak yatim di Masjid Permatang Nibong di Permatang Pauh.

Gaza's sole power station hit by shelling

'15 killed' in Gaza UN school

Selangor PAS loyal to Pakatan

Dr Mohd Zuhdi Marzuki's views are purely personal and Selangor PAS has always been committed to Pakatan Rakyat, says its secretary.

Mohd Khairuddin OthmanPETALING JAYA: The views of PAS central committee member Dr Mohd Zuhdi Marzuki in the leaked WhatsApp message is his own personal opinion and will not affect the party at the state level, PAS Selangor secretary Mohd Khairuddin Othman said today.
Mohd Khairuddin said Selangor PAS had not discussed the matter and had always been committed and loyal to Pakatan Rakyat.
“Dr Mohd Zuhdi’s views are purely personal and will not affect Selangor PAS,” he said in a press statement today.
In the leaked WhatsApp conversation on Monday, Dr Mohd Zuhdi said the party could work with Umno and retain Khalid Ibrahim as Selangor Menteri Besar (MB).
The conversation is alleged to have taken place in a PAS central committee leaders’ WhatsApp messaging group.
Mohd Khairuddin moved to assure Pakatan members that the party would remain in the coalition.
He said PAS had a good track record and its representatives would not cross over to Umno.
The Pakatan leadership had agreed in principle on Wednesday for Khalid to be replaced as MB by Kajang assemblywoman Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam Krisis: Pemuda Pas desak atur mesyuarat segera

 Suhaizan Kaiat 
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mendesak Pas Pusat mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 10 Ogos nanti, dipercepatkan.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, tarikh 10 Ogos yang dipilih bagi mengadakan mesyuarat tersebut terlalu lewat untuk mengurus krisis yang sedang berlaku.

"Rakyat sedang memerhatikan Pas menguruskan masalah dalamannya. Saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan Pas, mereka mampu mendepani masalah yang sedang berlaku.

"Hakikatnya Pas sedang berada dalam keadaan krisis yang meruncing sekarang, Pas perlu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menguruskan konflik atau krisis khususnya yang terhasil daripada kepelbagaian yang wujud," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, analisis senario politik PR di Selangor yang ditulis Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki  di komunikasi Whatsapp grup AJK Pas Pusat bocor kepada umum.

Ekoran pendedahan itu, PKR meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Dr Zuhdi kerana mengutarakan cadangan yang didakwa mengkhianat PR.

Kadar tol CIQ di Johor naik mulai 1 Ogos, rakyat Malaysia paling terkesan


tambak_johor


JOHOR BAHRU 30 JUL: DAP membantah tindakan Kementerian Kerja Raya (KKR) menaikkan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru yang memberi impak negatif terutamanya kepada rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng, Cheo Yee How (Pengkalan Rinting) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya) kadar baru tol ini bakal memberi kesan negatif dan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di Johor Bahru aibat kesan berantai.
KKR pada 25 Julai lalu mengumumkan, kadar baru tol arah ke Malaysia bagi kenderaan daripada kelas 1 hingga 5 masing-masing adalah RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah ke Singapura pula pada kadar RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.
Pakatan Rakyat Johor sebelum ini membantah kenaikan tersebut yang mencecah sehingga 400% berbanding kadar lama sejak Januari 2011 bagi arah masuk dan keluar iaitu RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30.
Menurut kenyataan, kenaikan tol yang bermula 1 Ogos di CIQ, Johor Bahru bertujuan sebagai pampasan atau penyelenggaran EDL (Eastern Dispersal Link)
“Adalah tidak adil kerana mereka yang tidak menggunakan EDL juga terpaksa menanggung tol di CIQ. Manakala mereka yang menggunakan EDL tetapi tidak masuk ke CIQ dan keluar ke Singapura tidak perlu membayar sebarang tol.

MIC kaitkan PAS dengan ustaz 'serbuk kari'

Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields pada jam 1 petang hari ini bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Shahul Hamid.

Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang hadir pada protes itu menuntut PAS menjelaskan sama ada Shahul adalah seorang anggota parti itu selepas beliau didakwa menghina agama Hindu dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Februari lalu.

"Jika ia benar, PAS mesti mengambil tindakan terhadapnya," kata Saravanan (kiri) yang mendakwa "diberitahu" akan perkara itu.

Satu klip video ceramah Shahul Hamid memaparkan beliau menyeru umat Islam agar tidak membeli serbuk kari daripada pembekal "Hindu" seperti syarikat Alagappas dan Baba's tersebar secara meluas baru-baru ini.

"Jika anda pergi ke kilang Alagappas terdekat Permatang Pauh, akan ada patung (dewi) di pintu masuk dan lidah keluar.

"Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," Shahul berkata demikian dalam video tersebut.

Shahul kemudian memuat naik satu rakaman video permohonan maafnya di Facebook dan menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuatnya pada satu majlis tertutup.

Beliau juga tidak menyangka videonya itu akan disebar meluas dan menimbulkan kontroversi.

Angka kematian Gaza cecah 1,232, Israel tiada respon terima genjatan

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityGAZA, 30 JULAI: Israel yang masih meneruskan bedilan terhadap beberapa kawasan penempatan di Gaza masih tidak memberi sebarang respon terhadap usul gencatan senjata walaupun Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) melahirkan kesediaan untuk menerima cadangan itu.
Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra pula, serangan tentera Israel yang memasuki hari ke-23 hari ini menyebabkan dua kanak-kanak Palestin terkorban termasuk seorang kanak-kanak kurang upaya di Utara Gaza.
Angka korban di pihak Palestin kini terus meningkat menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 1,232 orang awam terkorban dan manakala di pihak rejim Israel pula, 53 askar dan tiga orang awam Israel dilaporkan mati dalam serangan balas termasuk roket dari pejuang Islam. 
Sebelum ini menurut laporan agensi berita AFP, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata, Presiden Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sudah meminta bantuan Amerika Syarikat yang cuba menjadi orang tengah gencatan senjata berkenaan.
Sementara itu dalam satu perkembangan lain, pasukan sukarelawan kemanusiaan daripada pelbagai negara dikatakan gagal memasuki Palestin bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan kepada rakyat.
Bagaimanapun, semua bekalan makanan dan perubatan itu cuba disalurkan melalui beberapa terowong rahsia di sepanjang sempadan negara itu tanpa disertai pasukan sukarelawan terbabit.

Australia peroleh perintah larangan untuk tidak lapor kes rasuah libatkan Malaysia

Australia peroleh perintah larangan untuk tidak lapor kes rasuah libatkan Malaysia
KUALA LUMPUR: Australia telah memperoleh perintah larangan daripada sebuah mahkamah untuk melarang mana-mana pihak di Australia daripada melaporkan  tentang satu kes rasuah antarabangsa yang bernilai berjuta-juta dolar.

Laman Wikileaks yang mendedahkan perintah larangan itu, melaporkan ada pemimpin terdahulu dan sekarang dari Malaysia antara yang dinamakan di dalam kes yang melibatkan Reserve Bank of Australia (RBA).

Perintah larangan bertarikh 19 Jun yang diterbitkan di laman Wikileaks itu, mendedahkan enam nama pemimpin dari Malaysia dan seorang saudara kepada salah seorang pemimpin itu.

Wikileaks berkata pemimpin terdahulu dari Indonesia dan Vietnam, serta saudara-mara mereka dan pegawai kanan turut dinamakan di dalam kes tersebut.

Wikileaks menambah bahawa perintah larangan itu telah diperoleh atas alasan "keselamatan negara" dan larangan itu adalah untuk "mengelakkan kerosakan kepada hubungan antarabangsa Australia".

Penerbit Wikileaks, Julian Assange telah melabelkan tindakan itu sebagai mengaburi mata rakyat Australia dan menuntut penjelasan daripada Menteri Luar Australia, Julie Bishop.

“Dengan perintah ini, yang terburuk dalam ingatan, kerajaan Australia bukan sahaja mendiamkan media Australia, tetapi mengaburi mata rakyat Australia.

Alexander Borodai kembali ke Rusia, orang baru pimpin pemberontak Donetsk

Alexander Borodai kembali ke Rusia, orang baru pimpin pemberontak DonetskKUALA LUMPUR: Pemimpin pemberontak Donetsk, Alexander Borodai yang berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung nahas MH17 dilaporkan telah kembali ke Rusia dan tempatnya kini digantikan oleh orang lain, lapor The Washington Post.

Akhbar itu memetik kenyataan Vladimir Antyufeev yang mengatakan beliau adalah pemangku ketua baru kumpulan pemisah wilayah yang digelar sebagai Republik Rakyat Donetsk.

Laporan The Washington Post itu menyebut Borodai "ke Moscow untuk berunding dengan individu yang tidak dinamakan" dan tidak jelas apakah beliau akan kembali ke Donetsk.

Borodai ialah warga Rusia dan pernah menetap di Moscow. Beliau sebelum ini pernah kembali ke Moscow dan tidak membuat sebarang penyerahan kuasa secara umum.

Belum diketahui sama ada Borodai akan kembali semula dari Moscow kali ini.

Antyufeev pada Isnin menyalahkan kerajaan Ukraine sebagai dalang yang menyekat akses pasukan penyiasat antarabangsa daripada masuk ke lokasi nahas MH17.

NIAT calls for reopening of Zulkifli Noordin case

Ceramah Shahul Hamid: Mengapa penganut Hindu marah?

Kari Hindu, kari Islam: MIC, NGO buat laporan polis

Rahsia Orang Palestin Tidak Gentar Dengan Israel

Gaza families wrestle with the realities of war

End Gaza Genocide! Finkelstein among arrested at pro-Palestine rally in NY

'No unconditiional truce' in Gaza

Erasing Gaza? Israel shell hits another UN school

Israeli army shows tunnel destruction

PAS Selangor tidak tahu analisis Dr Zuhdi, jamin kekal bersama PR

khairuddin othmanSHAH ALAM, 30 JULAI: PAS Selangor memberi jaminan untuk terus memberikan komitmen dan setia terhadap kerjasama yang terjalin bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam konsesus Pakatan Rakyat (PR).
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata pandangan yang dibuat Pengarah Operasi Penyelidikkan Pusat PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah berbentuk peribadi beliau yang tidak pernah dibincangkan PAS Selangor.
“Pas Selangor tidak mempunyai pengetahuan berkenaan pandangan yang dibuat Dr Zuhdi. Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu dan PAS Selangor komited dan setia kepada PR.
“Kami memberi jaminan kepada rakan kongsi dalam PR bahawa PAS Selangor akan kekal setia seperti  pendirian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
dialog zuhdiMohd Khairuddin juga meluahkan keyakinan beliau berkenaan pandangan yang dibuat Dr Zuhdi itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap PAS Selangor.
Katanya, sebelum ini PAS Selangor juga tidak mempunyai sebarang rekod Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti atau mengalihkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Zuhdi dalam kenyataan medianya berkata, kenyataan beliau berhubung isu PAS keluar dari PR seperti yang tersebar baru-baru ini hanyalah respon terhadap permintaan ahli dalam perbincangan kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat yang mahu beliau mengemukakan semua analisis senario yang ada.

Pemuda akui PAS berdepan krisis meruncing

Sewaktu jurang di antara PAS dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat dilihat semakin melebar, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat tampil sebagai pemimpin kanan pertama yang mengaku parti itu kini berhadapan dengan "krisis yang meruncing".

Suhaizan menggesa kepimpinan tertinggi PAS agar bermesyuarat secepat mungkin sebelum 10 Ogos ini untuk menangani perkembangan terkini dalam parti itu.

Menurutnya, tarikh 10 Ogos untuk jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat adalah "terlalu lewat untuk menguruskan krisis yang berlaku".

"PAS tidak boleh berselindung dan berada dalam sindrom penafian. Hakikatnya PAS berada dalam keadaan krisis yang meruncing sekarang," katanya dalam satu kenyataan.

"Rakyat Malaysia sedang memerhatikan PAS menguruskan masalah dalamannya.

"Saya yakin dengan kebijaksanaan kepimpinan PAS mampu mendepani masalah yang sedang berlaku," katanya lagi.

Mesyuarat pada 10 Ogos ini bertujuan membincangkan rancangan untuk menggantikan menteri besar Selangor - satu langkah yang dibantah oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sayap ulama parti itu.

Hadi dan Dewan Ulama PAS menyokong agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.

Kemelut Selangor Dan PR: Ingat Pesanan Almarhum Ust Fadzil Noor

Abdul Hadi 'Hidupkan' Fadzil Noor

PADA suatu malam ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, kehadiran penduruk di daerah Kuala Selangor itu tidaklah begitu besar. Sederhana saja, malah ia mungkin tidak seramai kehadiran kuliah mingguan guru agama di sebuah surau berhampiran.

Tarikan utama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya yang mewakili Kuala Selangor, Dr Zulkifley Ahmad.

Suasana yang hambar akibat kupasan penceramah awal bertukar menjadi panas selepas giliran Khalid tiba untuk ke pentas. Khalid yang baru pulang dari sidang parlimen menceritakan pelbagai isu semasa menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Antara yang menarik perhatian ialah kenyataan Khalid bahawa hayat Umno ketika itu sudah sampai ke penghujungnya. Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan parti berkenaan.

Kata Khalid, hayat Umno tidak akan kekal lama kerana kepemimpinannya "telah menekan butang pemusnahan diri" (self destruction).

Kini, selepas PRU ke-13 berlalu, PAS bagaikan tidak mahu ketinggalan untuk menekan butang yang sama.

Satu demi satu tindakan dilakukan kepemimpinan tertinggi parti itu jelas membuat ahli dan penyokong resah dari sehari ke sehari.

Masalahnya, kata seorang ahli PAS, keterlajuran itu bukan sekali dua dilakukan, malah berkali-kali.

"Seolah-olah mereka tidak pernah belajar atau serik," katanya.

Memang secara realitinya dakwaan itu ada benarnya.

Jika dapat diimbas kembali, hanya beberapa hari menjelang PRU 2013, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggemparkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan membuat tuduhan kepada calon rakan sekutunya di Terengganu.

Dakwaan itu tidak dibuktikan di mahkamah, sebaliknya Abdul Hadi yang diperintah hakim membayar ganti rugi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit - sebelum prosedur susulan membatalkan arahan berkenaan.

Kini Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS membuat gempar lagi. Ketika PKR bergelut sesama sendiri untuk menuntaskan pemilihan parti di peringkat cabang dan Pusat, Abdul Hadi nampak tidak berfikir lama menyertai kekalutan itu dengan mengulas isu peralihan kepemimpinan negeri Selangor.

Memang sudah diduga pemerhati bahawa Abdul Hadi akan kekal menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi ia tidaklah sepantas dan senekad itu.

Tanpa menunggu mesyuarat yang dikatakan akan diadakan pada 10 Ogos ini, Abdul Hadi menolak cadangan PKR mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun menteri besar sedia ada sudah tidak diyakini oleh partinya sendiri.

Kekalutan itu semakin mendalam apabila nama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diheret sama sebelum diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat.

Sekadar menambah garam pada luka, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengulas kemungkinan PAS keluar meninggalkan PR. Bagaimana Mohd Zuhdi mempertahankan diri adalah isu kedua.

Dalam keadaan keliru, marah dan bosan, ramai ahli serta penyokong PAS secara spontan terkenang kepada presiden terdahulu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor atau lebih mesra disapa Ustaz Fadzil.

Kehebatan, karisma dan ketajaman fikiran mantan presiden itu memang diakui rakan dan lawan.

Pemimpin kelahiran Kedah berkelulusan Universiti al-Azhar di Mesir itu biasanya sentiasa tenang jika berdepan dengan sesuatu isu.

Beliau dikenali sebagai tokoh berpandangan jauh dan memiliki sentuhan politik cukup memukau, penuh hikmah.

Undian: Majoriti mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor

KUALA LUMPUR: Majoriti pembaca Astro AWANI ingin melihat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor susulan dilema politik yang melanda Pakatan Rakyat.

Menurut undian yang dijalankan oleh Astro AWANI pada Isnin, sebanyak 62.42 peratus orang mahu Abdul Khalid dikekalkan.

Manakala sebanyak 9.11 peratus mahu presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad pula, mendapat sebanyak 4.64 peratus undian manakala timbalan presiden PKR Mohd Azmin Ali pula, hanya mendapat undian sebanyak 4.34 peratus sebagai pilihan untuk menjadi MB Selangor.

Sementara itu, sebanyak 19.49 peratus tidak ingin keempat-empat orang tersebut untuk menjadi MB Selangor.

Peralihan jawatan MB Selangor adalah kesinambungan 'Langkah Kajang' yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lepas, dimana pada akhirnya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon MB Selangor yang baharu.

Hadi Awang Tidak Relevan Lagi Pimpin Pas - Shahbudin Husin

Berikutan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada Pas dan juga PR. Di dalam Pas, ia telah menyerlahkan keinginan sesetengah pihak dalam parti itu yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan mengkhianati rakan-rakan sepejuangannya melalui maklumat whatsapp yang bocor dan tersebar luas sekarang ini.

Di dalam PR pula, tindakan Haji Hadi itu telah meretakkan hubungan PR dan menungkinkan kerjasama antara Pas, PKR dan DAP bakal berkecai.

Secara langsung juga, ia menyerlahkan kelemahan Haji Hadi sebagai presiden parti. Beliau seharusnya sedar bahawa sebagai ketua parti, beliau tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mendahului keputusan mesyuarat, lebih-lebih lagi jika menyedari ia mungkin menimbulkan kontroversi.

Apakah perlunya Haji Hadi bercakap mempertahankan Khalid Ibrahim secara gopoh tanpa mahu menunggu mesyuarat pada 10 Ogos depan? Apakah kepentingan yang ingin dipertahankannya?

Di sinilah terserlahnya kelemahan utama Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor ini, tambahan pula beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 23 Julai lalu.

Melalui tindakan Haji Hadi itu juga, ramai yang kecewa dengan sikapnya itu. Ahli Pas yang mendokong perjuangan bersama PR dengan hasrat utama menumbangkan UMNO, mulai merasa mual dengan perkembangan terbaru ini. Haji Hadi bukan saja dilihat senada dengan UMNO dalam mempertahahkan Khalid, bahkan pembocoran adanya pimpinannya sendiri yang mahu bekerjasama dengan UMNO dengan membentuk kerajaan campuran tidak lebih menunjukkan bahawa menentang kemungkaran yang sering dilaung-laungkan selama ini bukanlah agenda utama sebenarnya.

Soal kedudukan Khalid yang akhir-akhir ini mesra dengan UMNO tetapi ingin dipertahankan oleh Haji Hadi dengan alasan beliau tidak pernah mengkhianati rakyat, jelas menunjukkan Presiden Pas itu tidak belajar daripada kesilapannya mempertahankan Azizan Razak di Kedah dahulu. Ketika itu ramai pimpinan Pas Kedah yang mahukannya menukar Azizan Razak tetapi kerana terus dikekalkan, akhirnya UMNO dapat merampas kembali negeri itu.

Analisis dan senario Dr. Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS

PAS tetap istiqamah dengan perjuangan Pakatan Rakyat mendukung Dasar-Dasar Bersama (Common Policy Framework). 

MP Dzulkefly AhmadPETALING JAYA : Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa analis dan senario yang dikemukakan Dr Zuhdi merupakan suatu pendapat peribadi beliau yang dikomunikasikan melalui media sosial dan ianya bersifat informal.
“PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, namun tidak boleh dipertanggungjawabkan  jika sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum,” katanya.
Tambah beliau, olahan analisis dan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
“Saya ingin jelaskan bahawa senario yang tersebar luas melalui paparan skrin tersebut bukanlah merupakan satu-satunya senario yang dibincangkan dengan kaedah ‘scenario planning’ beliau.
“Pelbagai senario lain yang merangkumi  kemungkinan-kemungkinan termasuk yang paling buruk atau ‘worst case scenario’ juga telah dibincangkan secara sumbang saran,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan PAS tetap istiqamah dengan perjuangan Pakatan Rakyat mendukungi Dasar-Dasar Bersama (Common Policy Framework).

The ‘RM50m reason’ for Kajang Move..??

According to blogger Raja Petra, Khalid refused to be involved in a corrupt deal.

PETALING JAYA: Prominent blogger Raja Petra Kamarudin has dropped a bombshell in his latest article on the Kajang Move, alleging that it was motivated by unhappiness over Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim’s refusal to “play ball” in a deal that involved bribery.
He alleges the bribe was offered to opposition leader Anwar Ibrahim and PKR.
anwar_khalid_300“A certain businessman offered Anwar and the party RM50 million as an inducement for them to influence the Menteri Besar’s decision regarding a certain business deal,” he writes.
“This outraged Khalid, who refused to play ball. Hence they accused Khalid of not being a ‘team player.’”
He says this was the “real reason” for the Kajang Move but did not give any other details about the alleged deal.
As with many of his articles over the years, Raja Petra did not say how he acquired the information he has given in this latest piece.
He contends that the Kajang Move was conceptualised in 2013, “three or four months” after the 13th general election and he dismisses the popular perception that Khalid’s position as the Menteri Besar became untenable in Pakatan Rakyat’s eyes because he had allegedly mishandled issues regarding water concessions, the seizure of the Bibles and the proposal to build the Kidex highway.
He says all the three issues became controversial only after the Kajang Move was launched, that is, with the resignation of the state assemblyman Lee Chin Cheh last January.
Raja Petra has written several articles that are critical of the Kajang Move and has often targeted Anwar for attack.
In this latest article, he blames Anwar for Pakatan Rakyat’s loss of Perak in 2008 and warns that the opposition leader’s alleged machinations may also cause the coalition’s loss of Selangor.

Kenyataan rasis: DAP mahu Zuhdi minta maaf

Tony Pua 
PENGARAH Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia ke atas pendapat beliau yang bersifat rasis dan ekstremis.

Berikutan kontroversi yang terbangkit seteleh mesej WhatsApp Dr Mohd Zuhdi dalam grup AJK Pas Pusat  terdedah secara meluas, beliau telah menjelaskan bahawa beliau “tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.”

Beliau berkata “semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam Pas yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur."

Rakyat Malaysia tidak mempertikaikan langkah Dr Mohd Zuhdi mengkaji sama ada Pas patut berada di dalam ataupun keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian Dr Mohd Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR juga tidak merupakan tumpuan kritikan.
Itu merupakan hak ahli Pas.

Walaupun ramai akan berasa kecewa jika Pas memutuskan pendirian untuk bercerai dengan PKR dan DAP, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan analisa beliau dan bukannya pembentangan analisa tersebut.

Yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej beliau bahawa selepas penceraian daripada PR, "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah ALLAH, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”

‘Analisa’ Dr Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah.

Dr Mohd Zuhdi berpendapat bahawa antara faedah penceraian adalah ia dapat “kembaliankan semula kuasa politik Melayu Islam”.

Pemuda PAS mahu parti selesai konflik dalaman segera

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyeru parti itu supaya segera menyelesaikan krisis hubungannya dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum harapan rakyat melihat mereka menguasai Putrajaya terkubur. Suhaizan berkata, tidak dinafikan PAS kini berada dalam keadaan krisis yang meruncing, dan kegagalan menguruskan krisis dengan berkesan sehingga ke akar umbi parti akan menyebabkan isu ini terus berulang-ulang. "Pemuda juga amat bimbang jika krisis atau konflik ini tidak diurus dengan baik, ia akan memberi ruang kepada musuh PAS, khususnya Umno, menggagalkan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya dalam PRU14 bagi meneruskan agenda perubahan dalam urus tadbir dan tatakelola Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  Beliau turut mendesak supaya PAS Pusat mengadakan mesyuarat segera kerana tarikh 10 Ogos itu baginya terlalu lewat untuk menguruskan krisis yang sedang berlaku. "PAS tidak boleh berselindung dan berada dalam sindrom penafian. "Hakikatnya PAS sedang berada dalam keadaan krisis yang meruncing sekarang." katanya.

Isu MB Selangor: Pandangan Hadi & Nik Aziz bukan peribadi, jangan khianati PAS.....


Post Pic

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS menyifatkan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sewajarnya didokong ahli dan barisan kepimpinan parti itu.
 
Malahan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan pandangan Nik Abdul Aziz itu memperkukuhkan kenyataan awal presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Dalam keadaan sekarang keputusan asal yang dipegang oleh PAS yang perlu diwar-warkan kepada semua ahli dan kepimpinan kita iaitu tiada isu pertukaran menteri besar," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau juga mengingatkan kepimpinan PAS agar berpegang teguh keputusan mesyuarat parti iaitu bersetuju mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Mohd Khairuddin turut menegaskan kenyataan Abdul Hadi pada Jumaat lalu bukan pandangan peribadi tetapi keputusan rasmi parti berteraskan Islam itu.
 
"Itulah keputusan yang kita buat setelah kita bermesyuarat (sebelum ini), selagi tidak ada mesyuarat yang terbaru untuk mengubah pandangan itu maka setiap ahli dan pimpinan mesti bercakap yang sama iaitu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid.
 
"Tetapi apa yang dilontarkan presiden PAS itu bukan pandangan peribadi, itu keputusan parti dan tuan guru Nik Abdul Aziz pula menegaskan dengan keputusan parti itu," katanya mengulas anggapan umum mengenai kenyataan nombor satu PAS itu.
 
Abdul Hadi dalam kenyataannya mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
 
Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Abdul Hadi berhubung polemik jawatan tersebut sebagai pandangan peribadi dan bukan keputusan rasmi parti itu.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Nik Abdul Aziz mempertahankan pendirian Abdul Hadi yang memberi sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.
 
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata PAS perlu meletakkan keutamaan ketaatan kepada presiden walaupun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan parti itu berhubung polemik yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
 
Ahli wajib patuh pandangan Hadi sehingga mesyuarat 10 Ogos
 
Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus ini juga menyelar sikap beberapa pemimpin PAS disifatkan tidak menghormati Abdul Hadi kerana menganggap kenyataannya sebagai pandangan peribadi.
 
"Ia bukan peribadi, sangat jahat dan khianat pimpinan PAS yang mengatakan pandangan presiden itu adalah pandangan peribadi.
 
"Saya rasa orang yang bercakap demikian meletakkan jawatan kerana bersikap khianat kepada presiden PAS," katanya.
 
Tegas beliau, barisan kepimpinan PAS wajar patuh kepada keputusan parti mengekalkan Abdul Khalid awal tahun ini.
 

Pakatan tak akan berpecah kerana krisis Selangor, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengatakan pendapat pemimpin akar umbi PAS bukannya pendirian rasmi parti tersebut, sekaligus mengurangkan kebimbangan Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah. "Saya kenal sikap pemimpin seperti (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi Awang. Beliau sangat komited kepada PR. "Jadi saya sangat optimistik," kata Anwar di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.Beliau berkata komen tidak sihat dan tidak sesuai dari akar umbi tentang jawatan menteri besar Selangor menyebabkan salah faham, namun beliau yakin pakatan tersebut masih kukuh dengan kepimpinan PKR, DAP dan PAS melihat kepada gambaran lebih besar bersama-sama. "Kami sudahpun melalui susah senang bersama dengan prinsip seperti toleransi," katanya. "Saya tidak melihatnya sebagai satu perpecahan."

Gelandangan: Hilangkah nilai kemanusiaan kita?

Gambar Hiasan 
BERMATLAMATKAN sifar gelandangan menjelang tahun 2020, yang berbaki enam tahun dari sekarang, ramai pihak menjangkakan hasrat itu agak mustahil untuk dilaksanakan kerajaan.

Hari ini, warna-warni kehidupan di kota seperti Kuala Lumpur yang penuh dengan cabaran dan rintangan, boleh merebahkan sesiapa sahaja tidak kira latar belakang kehidupannya.

Ini kerana tuntutan hidup semasa yang menyaksikan kos sara hidup yang tinggi di ibu kota boleh memungkinkan seseorang individu itu menjadi gelandangan dan pengemis.

ISU DENDA

Usaha kerajaan untuk menjadikan negara sifar gelandangan wajar dipuji kerana ia akan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif serta bersih kepada warga kota dan pelancong khususnya.

Pun begitu, di sebalik hasrat murni kerajaan untuk menghapus atau sekurang-kurangnya meminimumkan jumlah gelandangan daripada terus meningkat, pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengenakan denda kepada pemberi derma sebanyak RM150, mendapat bantahan dan reaksi pelbagai daripada banyak pihak.

Ada di kalangan masyarakat mempersoalkan langkah tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam iaitu amalan bersedekah untuk membantu golongan yang
memerlukannya adalah sangat dituntut.

Ketua Pegawai Eksekutif Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Ahmad Fazrin Yahaya berkata dalam hal denda, kerajaan sebenarnya bertujuan memberi amaran kepada kumpulan dermawan agar tidak memberi derma kepada golongan itu dalam dua kilometer radius di Bukit Bintang bagi menyekat kebanjiran golongan gelandangan
daripada terus meningkat.
|
"Kerajaan tidak kata sesiapa yang menderma di mana jua akan didenda. Apa yang dibicarakan ialah dalam lingkungan dua kilometer radius (di Bukit Bintang).

Kalau di tempat lain, boleh sahaja nak beri makanan atau menderma. Tindakan ini bukanlah zalim," katanya kepada Bernama.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berpandangan isu denda yang ingin dilaksanakan kerajaan berkemungkinan memberi imej buruk kepada kerajaan seolah-olah tidak 'berperikemanusiaan'.

"Ini akan menjadi isu buat pembangkang untuk menyerang kerajaan kononnya kerajaan bertindak zalim tanpa melihat apakah implikasi buruk dan baik terhadap perlaksanaan denda ini," katanya.
 
KERAJAAN DERMAWAN
 
Ahmad Fazrin berkata adalah amat dangkal bagi mana-mana pihak yang menyatakan kerajaan bertindak zalim hanya semata-mata menyekat pemberian derma kepada golongan gelandangan dalam zon sifar gelandangan dua kilometer radius di Bukit Bintang.
 
Kerajaan kita amat terkenal dengan sikap suka menderma kepada warganegara dan juga bukan warganegara sebelum ini dalam apa juga isu dan dalam isu gelandangan ini, kerajaan terpaksa bertindak demi kemaslahatan umat dan ia dibenarkan dalam agama Islam," katanya.

Mengambil contoh isu jihad di Palestin, Ahmad Fazrin berkata kerajaan mempunyai sebab untuk tidak membenarkan rakyatnya berjuang di Palestin meskipun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Adakah kita akan kata kerajaan tidak membenarkan jihad dan menolak hukum Allah?, katanya.  

Kenyataan Dr Zuhdi tiada kaitan Pas Selangor

SHAH ALAM - Pas Selangor mendakwa tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki melalui sistem aplikasi Whatapps yang telah dibocorkan baru-baru ini.
 
Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi merupakan analisis dan pendapat peribadi yang diputuskan oleh dirinya sendiri.
 
"Tidak ada sebarang perbincangan terhadap sebarang isu seperti yang dinyatakan beliau.
 
"Pas Selangor masih komited dan setia kepada Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Kelmarin, sebuah paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK Pas Pusat mengenai isu di Selangor tersebar luas melalui pelbagai aplikasi media massa.
 
Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno.
 
"Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak memberi kesan kepada Pas Selangor dan ia datang dari beliau sendiri.
 
"Kami jamin kepada rakan PR, kami tidak ada rekod yang menunjukkan Adun kami menyertai Umno atau BN," katanya lagi.
 

Kemelut politik Selangor dan implikasinya terhadap PAS

Kemelut politik Selangor menganggu ketenteraman Ramadan dan perayaan Aidilfitri tahun ini. Bagi politikus, pengamat dan penganalisis politik, kemelut ini bakal menjadi bahan perbincangan hangat ketika menjamah hidangan rumah terbuka raya.

Ada dua naratif politik yang terbit daripada kemelut ini: 1- Kedegilan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) untuk menurut konsensus partinya untuk memberi laluan kepada calon menteri besar yang lebih sesuai menerajui Pakatan Rakyat (PR) di Selangor; dan 2 - sokongan terbuka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kepada Khalid tanpa mendapatkan persetujuan partinya, dan pada masa yang sama membelakangkan semangat kesepakatan dalam gabungan pembangkang itu.

Penulisan ini tidak akan meneliti merit atau kritikan langkah menggugurkan Khalid kerana keputusan tersebut sudah pun dibuat oleh PKR, sebaliknya ia mengupas implikasi “Langkah Hadi” terhadap parti Islam yang dipimpinnya. Langkah Hadi dalam kemelut politik Selangor bukan sahaja mempunyai impak yang besar terhadap hala tuju politik negeri termaju di negara ini, tetapi juga masa depan politik nasional.
Ini kerana langkah Hadi ini mampu menggangu kesinambungan PR sebagai gagasan politik alternatif yang mampu memberi saingan sengit terhadap Barisan Nasional (PR) seperti yang dibuktikannya dalam dua pilihan raya umum lepas.
Jika Hadi membiarkan pertimbangan peribadinya mengatasi semangat kesepakatan dalam PR, aspirasi majoriti masyarakat Malaysia untuk menyaksikan perubahan di bawah kepimpinan gabungan politik alternatif ini sudah pasti akan terkubur.
Lantas, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Hadi dan PAS?
Adakah parti Islam ini akan berkompromi untuk mencapai matlamat politik yang lebih besar bersama PR, iaitu untuk merampas Putrajaya?
Adakah kemelut Selangor ini membuka jalan kepada parti Islam ini untuk menarik diri daripada PR dan membuat pakatan politik baru dengan Umno?
Berikut adalah lima senario yang kemungkinan berlaku rententan daripada kemelut di Selangor ini.
Senario 1 – PAS kekal dalam PR apabila Hadi menarik balik sokongannya terhadap Khalid
PAS perlu ingat dan sedar bahawa ia dapat menjadi antara sebuah parti pembangkang yang kuat hasil kerjasama yang dibentuknya dengan PKR dan DAP.
Malah, majoriti rakyat Malaysia meletakkan harapan terhadap gabungan ketiga-tiga parti ini untuk membawa pembaharuan di negara ini.
Momentum perubahan yang berlaku pada 2008 dan 2013 dijangka akan berterusan dalam pilihan raya umum yang akan datang sekiranya PR mampu mengukuhkan kerjasama dan mengotakan janji-janji pembaharuan mereka.
Atas kesedaran inilah, pimpinan PAS pusat akan mendesak Hadi untuk menarik balik sokongannya terhadap Khalid dan akur dengan keputusan yang dibuat PKR.
Ini adalah kesefahaman yang dibentuk dalam PR sejak gabungan politik ini dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Parti politik yang diberi kepercayaan untuk mengisi jawatan menteri besar di negeri-negeri yang berada dalam kuasa PR mempunyai hak mutlak untuk menamakan pemimpin mereka tanpa campur tangan parti gabungan lain.
Justeru, PKR dan DAP tidak masuk campur dalam pemilihan menteri besar di Kelantan dan Kedah atas semangat menghormati pilihan PAS sebagai peneraju gabungan PR di kedua-dua negeri tersebut.
Jadi, mengapa PAS hendak menjadi rakan gabungan yang ingkar dan mengamalkan double standard dalam konteks kerusi menteri besar Selangor?

Israel still blames Hamas for deaths of three teens

Gaza: Apakah pemimpin Islam dijangkiti penyakit bacul?

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut Idulfitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

"Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?" tanya beliau dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sama sekali tidak dapat menerima keadaan yang terus dideritai warga Gaza setelah keganasan Israel berlarutan sejak 8 Julai lalu.

Setakat semalam 1,053 orang kebanyakannya warga awam dan lebih 300 orang kanak-kanak terbunuh, lebih 6,000 orang cedera.

Bukan sahaja umat dan pemimpin Islam seluruh dunia kelihatan kaku untuk bertindak ketika keganasan itu bermula pada awal Ramadhan, malah ia berlarutan sehingga ketika umat menyambut IdulfFitri, rakyat Gaza dihujani bom dan mortar setiap jam.

Apakah pemimpin Islam di seluruh dunia menjadi dayus sehingga membiarkan keadaan ini berterusan tanpa sebarang usaha untuk menghentikan pembunuhan massa terang-terangan atau melakukan suatu tindakan drastik menghantar tentera dari semua negara-negara Islam untuk mempertahankan bumi Gaza dan melindungan nyawa orang awam Gaza?

Selama mana lagi umat Islam harus menunggu? Adakah masyarakat antarabangsa hanya mahu menjadi penonton dan terus menghitung bilangan nyawa yang terbunuh setiap hari berita disiarkan dalam media?

Australia sembunyi kes rasuah profil tinggi libatkan Malaysia‎, dedah Wikileaks

Kes rasuah antara tiga negara ini merupakan penutupan yang terbesar dilakukan oleh kerajaan, kata penerbit WikiLeaks, Julian Assange. 

Australia memberi arahan senyap ke atas kes rasuah berjuta-juta dolar yang melibatkan Reserve Bank of Australia (RBA), Malaysia, Indonesia dan Vietnam melalui perintah mahkamah, lapor WikiLeaks hari ini.
Kes tersebut menamakan pemimpin dahulu dan kini dari Malaysia, Indonesia dan Vietnam serta saudara mara dan pegawai kanan mereka.
Skandal ini juga melibatkan anak-anak syarikat RBA – Securency dan Note Printing Australia.

Pekerja dari kedua-dua syarikat didakwa merasuah pegawai di Malaysia, Indonesia dan Vietnam sejak 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak pencetakan wang kertas. "Ini merupakan penutupan yang tidak disangka oleh pihak berkuasa Australia mengenai kes yang berprofil tinggi dan bernilai berjuta-juta dolar," kata penerbit laman sesawang anti-rahsia itu, Julian Assange.
Alasan keselamatan negara diberikan pihak berkuasa Australia bagi mengelakkan laporan ke atas kes ini, untuk melindungi hubungan antarabangsa Australia.
Akhbar The Age dalam laporannya pagi ini berkata tiada lagi organisasi Australia yang dibenarkan memaparkan dokumen tersebut ataupun kandungannya. Ia melaporkan kata-kata Julian Assange tanpa apa-apa butir terperinci.
Assange berkata perintah mahkamah tersebut dikeluarkan berikutan pendakwaan rahsia tujuh eksekutif kanan daripada dua anak syarikat tersebut.
WikiLeaks mendedahkan 17 individu dalam senarai sekatan itu termasuk perdana menteri dahulu dan sekarang di Malaysia.

Dr. Zuhdi: Taati Khalid hingga mandatnya tamat

Anggota jawatankuasa PAS pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terus mengkritik rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor sekarang.

Terkini, Zuhdi menerusi tulisan pada laman Facebook-nya menyeru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Tegasnya, ia selaras dengan satu hadis Nabi yang menyeru umat Islam mentaati pemimpin "selagi tidak disuruh kepada maksiat".

"Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadith itu panduan.

"Berikan mandat kepada dia, walaupun ada perkara yang kita suka dan ada perkara yang tidak suka, selagi mana dia tidak menyeleweng dan rasuah.

"Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain," tulisnya.

Abdul Hadi 'Hidupkan' Fadzil Noor


PADA suatu malam ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh, kehadiran penduruk di daerah Kuala Selangor itu tidaklah begitu besar. Sederhana saja, malah ia mungkin tidak seramai kehadiran kuliah mingguan guru agama di sebuah surau berhampiran.



Tarikan utama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan rakannya yang mewakili Kuala Selangor, Dr Zulkifley Ahmad.

Suasana yang hambar akibat kupasan penceramah awal bertukar menjadi panas selepas giliran Khalid tiba untuk ke pentas. Khalid yang baru pulang dari sidang parlimen menceritakan pelbagai isu semasa menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Antara yang menarik perhatian ialah kenyataan Khalid bahawa hayat Umno ketika itu sudah sampai ke penghujungnya. Tidak banyak yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan parti berkenaan.

Kata Khalid, hayat Umno tidak akan kekal lama kerana kepemimpinannya "telah menekan butang pemusnahan diri" (self destruction).

Kini, selepas PRU ke-13 berlalu, PAS bagaikan tidak mahu ketinggalan untuk menekan butang yang sama.

Satu demi satu tindakan dilakukan kepemimpinan tertinggi parti itu jelas membuat ahli dan penyokong resah dari sehari ke sehari.

Masalahnya, kata seorang ahli PAS, keterlajuran itu bukan sekali dua dilakukan, malah berkali-kali.

"Seolah-olah mereka tidak pernah belajar atau serik," katanya.

Memang secara realitinya dakwaan itu ada benarnya.


Jika dapat diimbas kembali, hanya beberapa hari menjelang PRU 2013, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggemparkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan membuat tuduhan kepada calon rakan sekutunya di Terengganu.

Dakwaan itu tidak dibuktikan di mahkamah, sebaliknya Abdul Hadi yang diperintah hakim membayar ganti rugi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit - sebelum prosedur susulan membatalkan arahan berkenaan.

Kini Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS membuat gempar lagi. Ketika PKR bergelut sesama sendiri untuk menuntaskan pemilihan parti di peringkat cabang dan Pusat, Abdul Hadi nampak tidak berfikir lama menyertai kekalutan itu dengan mengulas isu peralihan kepemimpinan negeri Selangor.

Memang sudah diduga pemerhati bahawa Abdul Hadi akan kekal menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi ia tidaklah sepantas dan senekad itu.

Tanpa menunggu mesyuarat yang dikatakan akan diadakan pada 10 Ogos ini, Abdul Hadi menolak cadangan PKR mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun menteri besar sedia ada sudah tidak diyakini oleh partinya sendiri.

Kekalutan itu semakin mendalam apabila nama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diheret sama sebelum diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat.

Sekadar menambah garam pada luka, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengulas kemungkinan PAS keluar meninggalkan PR. Bagaimana Mohd Zuhdi mempertahankan diri adalah isu kedua.

Dalam keadaan keliru, marah dan bosan, ramai ahli serta penyokong PAS secara spontan terkenang kepada presiden terdahulu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor atau lebih mesra disapa Ustaz Fadzil.

Kehebatan, karisma dan ketajaman fikiran mantan presiden itu memang diakui rakan dan lawan.


               

Pemimpin  kelahiran Kedah berkelulusan Universiti al-Azhar di Mesir itu biasanya sentiasa tenang jika berdepan dengan sesuatu isu.

Beliau dikenali sebagai tokoh berpandangan jauh dan memiliki sentuhan politik cukup memukau, penuh hikmah.

Lapan lagi terbunuh di selatan Gaza, kematian melebihi 1,240 orang

Lapan lagi terbunuh di selatan GazaKUALA LUMPUR: Lapan lagi orang terbunuh di selatan Gaza, awal Rabu, menurut pasukan perubatan, pada hari ke-23 pertempuran di antara Israel dan Hamas, lapor AFP.

Menurut jurucakap pasukan perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra, kesemua mangsa itu berasal dari satu keluarga.

Kematian mereka membawa angka kematian rakyat Palestian melebihi 1,240 orang, kata Qudra.

Setakat ini, lima puluh enam rakyat Israel telah terbunuh, di mana 56 merupakan askar Israel manakala tiga lagi merupakan orang awam.

Israel turut menyerang tiga masjid di bandaraya Gaza City, menurut pasukan keselamatan.

Bedilan roket ragut dua nyawa di Gaza

Bedilan roket ragut dua nyawa di Gaza
GAZA CITY - PALESTIN. Bedilan roket Israel awal pagi tadi menyebabkan dua kanak-kanak Palestin terkorban ketika konflik Gaza memasuki hari ke-23 hari ini.
 
Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, serangan di utara Gaza itu menyebabkan seorang kanak-kanak kurang upaya berusia 11 tahun terkorban.
 
Manakala bedilan berikutnya berlaku di kawasan pantai mengakibatkan remaja perempuan berusia 16 tahun maut, lapor AFP.
 
Ekoran serangan itu, angka korban rakyat Palestin kini mencapai kira-kira 1,232 orang.
 
Sementara itu, setakat ini, 53 askar rejim dan tiga orang awam Israel dilaporkan mati dalam serangan balas termasukan roket dari pejuang Islam.

GAZA: PERANG HARI KE 23 , 110 TENTERA ZIONIS TERBUNUH !!!


Aman Palestin

Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan kepada gerakan Hamas telah mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya membunuh 110 orang tentera Zionis sejak hari pertama peperangan iaitu sejak 7 Julai yang lalu.

Mereka memberitahu wartawan Anadolu semasa dalam talian telefon pagi tadi : "Sesungguhnya pejuang- pejuang kami meneruskan operasi menggempur pihak musuh di pinggir sempadan Gaza, dan mereka telah membunuh sejak permulaan perang darat lebih dari 110 orang tentera Zionis dan ratusan lagi tercedera" .

Briged Al-Qassam telah menunjukkan kemampuan mereka pada hari ke-22 peperangan mereka di Gaza ( Hari Isnin semalam) dengan membunuh 19 orang tentera Zionis dalam 3 operasi berbeza. Dimana 10 orang daripada mereka dalam operasi penyusupan ke belakang barisan musuh di timur bandar Gaza, 6 yang lain dengan bedilan mortar yang dilancarkan terhadap kumpulan tentera Zionis di timur Khan Younis, selatan Gaza, dan 2 yang terakhir dalam pertempuran yang sengit yang berlaku antara pejuang Al-Qassam dengan tentera Zionis di utara Gaza.

Sumber : Anadolu Agency


Gambar | Gaza 10.06 am | Perang Hari ke-23

Gambar memaparkan tentera ZIonis sedang memindahkan rakan mereka yang tercedera di Gaza semalam.

Sumber : وكالة شهاب


Kejar status sosioekonomi punca ramai tertipu skim cepat kaya, kata pakar

Mengejar kedudukan tinggi dari segi sosioekonomi adalah antara faktor ramai rakyat di negara ini mudah terjerumus dalam skim pelaburan cepat kaya. Biarpun ada yang menyedari peluang yang ditawarkan oleh skim itu agak mustahil untuk diterima dek akal, namun kerana mahu cepat kaya dengan jalan mudah, mereka hilang pertimbangan berdasarkan prinsip 'tidak cuba tidak tahu'. Disebabkan prinsip itu, mereka akhirnya terpaksa membayar harga yang tinggi kerana semua orang tahu tidak ada jalan mudah dalam meraih kekayaan, kata pakar perunding psikiatri Universiti Malaya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari.  "Lebih menyedihkan ada juga antaranya terpaksa menggadai banyak harta untuk meneruskan kehidupan," katanya kepada Bernama. Menurutnya, jika ada yang kaya dengan modal kecil, kes sedemikian hanya satu dalam sejuta. Beliau mengulas kewujudan skim cepat kaya di negara ini yang tetap mendapat sambutan masyarakat sekalipun media berulang kali melaporkan tentang mangsa-mangsa yang terpedaya dan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. Terbaru, media mendedahkan tentang skim YSLM yang diasaskan oleh seorang lelaki warga China, Zhang Jiang yang mendakwa dirinya bakal menjadi orang terkaya di dunia. Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan siasatan dan mendapati syarikat tersebut tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta tidak memiliki lesen daripada kementerian untuk menjalankan perniagaan jualan langsung. Sementara itu pakar psikologi, Dr Meriam Omar Din melihat fenomena tersebut berpunca daripada kejahilan mangsa terhadap 'matematik perniagaan'. "Kebanyakan mereka ini tidak faham asas-asas perniagaan, pelaburan dan percaya pada skim yang ditawarkan berdasarkan testimoni (orang lain)," kata bekas pensyarah psikologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu. Sejarawan Negara Prof Emeritus

Kami tak ingin pemimpin rasis seperti Zuhdi dalam Pakatan, kata DAP

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2014.  
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa agar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin. 

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki digesa supaya meminta maaf kepada rakyat kerana mengeluarkan pandangan bersifat perkauman dalam mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang dibocorkan di media sosial sejak kelmarin, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej Zuhdi berbunyi: "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini".

Pua berkata, analisis itu jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis apabila hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu bagi Zuhdi mudah dijentik dan disergah.

"Isunya bukan sama ada perbincangan Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

"Isunya ialah Zuhdi membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.

"Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan," kata Pua dalam satu kenyataan malam tadi.

Pua berkata, Zuhdi perlu sedar tentang pemikiran sempitnya dan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Syefura: DAP more open to youths

Hannah Yeoh experiences surge in public attention as state speaker

Obama announces new sanctions against Russia

Shelling hits two residential buildings in Donetsk

Obama: New sanctions are not the start of new Cold War

As war rages on, Iran tries to reignite ties to Hamas

Israeli rockets hit Gaza's largest refugee centre

Is Hamas' Al Aqsa channel news or propaganda?

Apakah PBB begitu takut dengan rejim Israel?

KUALA LUMPUR: PBB dan seluruh komuniti antarabangsa termasuk negara-negara OIC boleh dianggap turut terbabit dalam 'genocide' yang sedang berlaku di Gaza sekarang kerana melengah-lengahkan tindakan ke atas Zionis Israel.

"Kekejaman luar batasan kemanusiaan boleh dilihat dalam kematian begitu ramai kanak-kanak dan wanita serta orang tua yang dianggarkan adalah lebih separuh daripada keseluruhan angka kematian itu," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

PAS sekali lagi mengecam tindakan zionis Israel atas kekejaman luar kemanusiaan yang dilakukannya  yang sudah masuk hari ke-21 dengan angka kematian dalam kalangan rakyat Palestin sudah mencecah 1,300 orang.

Pada waktu kenyataan ini dibuat, rejim paling kejam dalam sejarah itu yang menyamai Nazi sewaktu Perang Dunia ke-2, sedang membedil orang awam dan penempatan awam di seluruh Gaza dengan menggunakan pesawat drone, kereta kebal dan peluru berpandu.

PAS amat hairan kenapa Setiausaha Agung PBB tidak membuat apa-apa untuk menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan oleh regim Zionis itu.

Ini dalam keadaan Ketua Bahagian Hak Asasinya, Navi Pillay, yang mencadangkan supaya rejim Israel dibawa ke mahkamah jenayah perang kerana melakukan tindakan yang mencabuli protokol hak asasi manusia PBB itu sendiri.

Kita terkejut dengan sikap membisu SU Agung PBB ketika mana Israel menyerang bangunan dan sekolah kelolaan PBB di Gaza sejak awal serangannya ke atas Gaza.

PBB dan seluruh komuniti antarabangsa termasuk negara-negara OIC boleh dianggap turut terbabit dalam “genocide” yang sedang berlaku di Gaza sekarang kerana melengah-lengahkan tindakan ke atas Zionis Israel.

PKR dapatkan bantuan Nik Aziz dalam krisis Selangor

Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengunjungi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru manakala Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan mengunjungi beliau hari ini.

Krisis berlaku di Selangor, namun tumpuan beberapa hari lepas berada di rumah sederhana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan apabila pemimpin PKR cuba mendapatkan bantuan Mursyidul Am PAS itu untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat (PR) daripada berpecah. Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengunjungi Nik Aziz di Kota Baru manakala Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan mengunjungi beliau hari ini. PR berada di persimpangan berhubung isu menteri besar Selangor dan apabila mesej WhatsApp Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terbocor dan ada anggotanya meminta parti Islam itu keluar daripada gabungan pembangkang itu.  Nik Aziz sebelum ini menyokong secara terbuka presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan Khalid kekal sebagai menteri besar. Hari ini Saifuddin akan bertemu Nik Aziz dengan harapan pemimpin PAS itu akan berubah fikiran dalam menyokong Khalid. "Saya akan pulang mengunjungi keluarga isteri saya di Kelantan esok dan sempena itu juga saya akan mengunjungi Tok Guru Nik Aziz," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider. Saifuddin mempunyai hubungan yang agak istimewa dengan Nik Aziz. Minggu lalu ketika tersebar berita kononnya Nik Aziz meninggal dunia, Saifuddin bersama-sama Nik Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kota Baru. "Ketika saya berjumpanya minggu lepas, kami berbual tentang politik tanah air. Kelihatan Tok Guru (Nik Aziz) tidak berapa tahu sangat kerana dia keluar masuk hospital sahaja. "Tetapi kenyataan Tok Guru semalam begitu komprehensif sekali.

Jika persetujuan itu membawa keburukan, elok jangan di laksanakan

WhatsApp salah seorang pemimpin tinggi PAS yang telah bocor yang mahukan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sedang menjadi isu besar yang di gunakan oleh PKR dan DAP terhadap PAS. Isu ini menambahkan kebarangkalian perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan dari isu usaha Anwar mahu menukar Menteri Besar Selangpr dengan isterinya sendiri.
Ini isu yang agak besar ‘consequence’ nya jika ia tidak ditangani dengan cepat dan betul.  Apakah dia tindakan yang betul dan tepat itu biarlah masing-masing pihak menentukannya kerana perbezaan dan pertelingkahan dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat sekarang bertambah besar. Kita tidak tahu apa yang tepat kepada PKR dan PAS mahu pun DAP.
Tetapi pandangan yang tidak sepertinya dari orang seperti saya tindakan yang tepat itu ialah dengan membatalkan sahaja niat Anwar meletakan isterinya itu sebagai MB Selangor. Biarkan ‘status quo’ berjalan seperti biasa. Parti ada hak untuk menentukan siapa Menteri Besar selepas pilihanraya umum yang akan datang. Tetapi keadaan ini payah untuk diperbetulkan lagi kerana setiap pemimpin dalam Pakatan dan yang terakhir sekali ialah serangan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Seremban, Loke terhadap PAS semalam.
PKR dan PR sudah tiada masa untuk menumpukan terhadap isu negara. PKR dan DAP sedang menumpukan masa dan tenaga mereka untuk menegakkan benang basah mereka sambil mendesak PAS mengambil tindakan terhadap Mohd Zuhdi Marzuki, pengarah 'operation research centre’ PAS yang memberikan respond kepada whatsApp rahsia seorang pemimpin tertinggi PAS.
Walaupun Zuhdi tidak menyokong tindakan keluar dari PR tetapi beliau mempunyai imaginasi yang jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, PAS boleh kekal sebagai pemegang kuasa tetapi kali ini bersama UMNO dan Khalid pun diterima oleh UMNO jika dijadikan Menteri Besar terus-terusan. Kenyataan Zuhdi yang ini merupakan cara untuk mengekalkan kuasa politik Melayu dan Islam dan dengan kuasa yang diperolehi dengan undi kemenangan yang simple dalam DUN Selangor itu boleh menyelesaikan banyak masalah orang Melayu Islam.
Kuasa ini boleh dikekalkan dengan melakukan perubahan kawasan pilihanraya tahun hadapan yang memberikan keuntungan kepada Melayu, dan ia tentulah memberikan keuntungan kepada PAS juga. Ramai dikalangan pemimpin PKR dan DAP begitu berang dengan kenyataan Mohd Zudi ini dan mahu PAS mengambil tindakan terhadap pengarah operasi ‘research Centre’ PAS ini.