Isnin, 28 Julai 2014

Gaza Crisis: 'Accountability & justice for both sides' says UN chief Ban Ki-moon

Gaza fighting eases as Muslims mark Eid

Wrap-up: Lavrov on ‘containing Russia’, Ukraine & MH17 crash

Leaked PAS message: Team up with Umno in S'gor...???


Ram Anand
A leaked screenshot of a conversation on the instant messaging application WhatsApp has inadvertently revealed that PAS central committee leaders have been actively discussing possible scenarios of leaving Pakatan Rakyat.-Mkiini

Aidilfitri hiba di bumi Gaza

Israel's army releases footage allegedly showing detonation of militant tunnel network

Pelampau agama, rasis dilarang masuk Sarawak kata Ketua Menteri

Kisah-kisah peperangan dan pembunuhan antara sesama agama dan sebangsa di negara-negara luar yang terpampang di kaca televisyen dan surat khabar menginsafkan bahawa betapa bernasibnya rakyat Sarawak di Bumi Kenyalang

Tan Sri Haji Adenan Haji SatemKUCHING: Sarawak bertegas tidak akan membenarkan golongan pelampau agama dan politik rasis memasuki negeri ini.
Ketua Menteri Adenan Haji Satem berkata, pendirian tegas itu bagi memastikan elemen-elemen negatif itu tidak menjejaskan keharmonian agama dan sosial di Sarawak.
“Kita mampu mengekalkan keharmonian agama dan sosialnya kerana rakyat mempunyai rasa hormat yang mendalam terhadap rakan-rakan yang tidak seagama dan sebangsa.
“Umat Islam hendaklah terus menunjukkan bahawa mereka sentiasa berpegang kepada keserdahaan atau Wassatiyah dalam setiap aspek kehidupan dan pandangan mereka.
“Konsep Wassatiyah adalah jalan ke arah masa hadapan yang lebih cerah kepada umat Islam di negeri ini dan juga kepada penganut-penganut agama lain,” katanya dalam ucapannya sempena hari raya.
Beliau berkata, keharmonian tersebut terus diperkukuhkan dengan sikap keserdahanaan anak-anak Sarawak dalam pelbagai aspek kehidupan harian mereka.
Menurut Adenan, kisah-kisah peperangan dan pembunuhan antara sesama agama dan sebangsa di negara-negara luar yang terpampang di kaca televisyen dan surat khabar menginsafkan bahawa betapa bernasibnya rakyat Sarawak di Bumi Kenyalang.
“Semangat perpaduan antara rakyat pelbagai agama dan keturunan yang telah dibina bersama di negeri ini menjadi kebanggaan kita. Tidak dinafikan kita mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan, tetapi itu bukan bermakna kita tidak mampu mencapai kesepakatan,” jelasnya.
Usaha untuk mengurangkan jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar

Kemungkinan Pakatan Rakyat berpecah selepas Aidilfitri tinggi - Penganalisis

Kemungkinan Pakatan Rakyat berpecah selepas Aidilfitri tinggi - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Kemelut dalam Pakatan Rakyat dilihat banyak pihak semakin meruncing dan tarikh 10 Ogos nanti akan menjadi penentu kesudahan kerjasama PAS, DAP dan PKR.

Penganalisis politik, Ibrahim Suffian berpendapat, gabungan parti pembangkang itu bergantung nasib kepada keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.

Katanya, keputusan sama ada PAS akan menyokong pendirian PKR untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

"Isu Tan Sri Khalid ini bukan hanya sekadar isu menukar menteri besar tetapi ia juga melibatkan kerjasama antara PAS, DAP dan PKR.

"Kemungkinan akan berpecah itu ada dan sangat besar kerana PAS dilihat tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Jika dalam mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos nanti PAS kekal dengan pendirian mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor, besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, biarpun ada pandangan dalam PAS yang mahu supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya, namun pada akhirnya ia akan bergantung kepada keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, disiplin dalam parti itu sangat tinggi, setiap ahli telah dididik supaya patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh pemimpinnya terutama presiden.

Isu MB Selangor: Bubar DUN hanya rugi duit kerajaan - Syed Ali

Isu MB Selangor: Bubar DUN hanya rugi duit kerajaan - Syed Ali
KUALA LUMPUR: Keputusan meminta semula mandat rakyat Negeri Selangor dengan tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat hanya merugikan masa dan kewangan kerajaan.

Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia sekali gus disifatkan keterlaluan kerana membawa masalah dalaman Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyusahkan rakyat.

"Kita tidak nampak sehingga sampai bubar DUN kerana jika tengok masalah itu hanya kemelut pertukaran menteri besar.

"Kita lihat ia tidak elok dan hanya merugikan masa dan duit kerajaan untuk mengadakan satu pilihan raya negeri semula," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Syed Ali mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membayangkan pembubaran DUN Selangor untuk meminta semula mandat rakyat.

Abdul Khalid turut meminta PR tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.

Jelas Syed Ali, tidak ada sebab untuk PR menukar Abdul Khalid yang disifatkan memberi komitmen cemerlang sepanjang pemerintahannya di Selangor.

Isu MB Selangor: Rakyat marah PAS, risau BN kuasai semula negeri

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor mengundang kritikan hebat di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan akur dengan keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor mengundang kritikan hebat di media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider.Berikutan keengganan pimpinan PAS menerima keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ramai rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka terhadap parti Islam itu di Internet dan memintanya meninggalkan Pakatan Rakyat.
Sebahagian pula mengkritik pakatan yang longgar itu atas “keserabutan” yang berlaku di Selangor, sambil berkata negeri terkaya di Malaysia itu berpotensi dirampas semula Barisan Nasional jika masalah dalam Pakatan tidak diselesaikan segera.
"Ini mungkin hikmahnya – membersihkan Pakatan daripada mereka yang mempunyai visi terlalu kecil yang tidak termasuk Putrajaya," kata seorang pengguna Internet, menggunakan nama @MengoYee di Twitter, merujuk kepada PAS.
@kcwai berkata: "Jadi, Hadi sanggup untuk hilang Selangor kepada BN dalam PRU14, walaupun ada seruan menukar Khalid sebagai MB, sama seperti PAS hilang Kedah?"
Beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Khalid dan keengganannya menukar menteri besar itu.
"Sebaliknya, PAS perlu keluar (dari Pakatan). Dengan itu, pihak yang sederhana boleh terus memastikan Pakatan boleh berjaya. Cukup-cukuplah lawak geng pro-Umno," kata @kcwai lagi.
Pengguna Twitter @oonyeoh bersetuju, katanya: "Tak mengapa. Saya bersedia nak tengok PAS kembali ke zaman dulu sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya boleh memenangi Kelantan."
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum ini keengganan PAS menghormati dan mematuhi pandangan yang disetujui ramai di dalam Pakatan boleh memecahkan gabungan itu.

Bitter Eid for children in Gaza

Mideast cease-fire falls apart

Airstrike Shatters Fragile Calm in Gaza

UN calls for Gaza ceasefire, as death toll surpasses 1,000

Apa itu Impian Malaysia?


impian msia

oleh WAN HAMIDI HAMID

Pada suatu ketika dahulu, sebuah parti politik ditubuhkan. Namanya Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Ia mahu menganjurkan Malaysian Malaysia, satu idea untuk sebuah bangsa yang bersatu, sebuah negara untuk semua warga, tanpa mengira kaum dan agama. Dengan itu Malaysia tidak akan dimonopoli oleh mana-mana kaum, agama atau ideologi, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Idea itu lahir hampir setengah abad yang lalu. Ia mungkin kedengaran lapuk oleh sesetengah orang, malah jelik bagi mereka yang bersifat perkauman. Sungguhpun tujuannya mulia, Perikatan dan penggantinya Barisan Nasional, di bawah kawalan Umno, menerusi media yang dikuasainya, telah menzahirkan idea itu sebagai sesuatu yang jahat, terutama di kalangan orang Melayu.
Halangan
Sehingga hari ini, masih ada orang Melayu yang percaya Malaysian Malaysia adalah percubaan untuk menghancurkan Melayu, walau tiada seorang pun yang pernah menjelaskan secara terperinci bagaimana rancangan jahat itu akan dilaksanakan. Dengan kata lain, ia hanyalah dusta yang ditanam dan disebarkan Umno-BN sejak bertahun-tahun lamanya.
Namun dalam politik, hampir segala-galanya adalah tentang tanggapan. Maka Malaysian Malaysia telah menjadi kata yang kotor, dimuntahkan media milik Umno serta aparat kerajaan yang lain, antaranya kursus bina semangat dan ceramah politik. Malah Malaysian Malaysia telah memulakan jalan bagi Umno BN untuk meluaskan sempadan kawalan mereka dengan mencela kalimah seperti ‘liberal’, ‘sekular’, ‘plural’ dan banyak lagi yang membawa makna kebebasan, demokrasi dan hak.
Akan tetapi, banyak rakyat Malaysia, termasuk Melayu, yang tidak mudah ditakutkan dengan kawalan seumpama itu. Mereka tahu sebahagian pemimpin dalam kerajaan Umno-BN hanyalah cuba mengaut kuasa dengan cara mengukuhkan hegemoni, terutama dengan memperguna, menyalahguna dan mencabul agama serta kaum. Bagi DAP sendiri, ia sudah menderita hampir 50 tahun ekoran fitnah dan tohmah sebagai parti cauvinis Cina dan komunis. Namun, parti itu masih berdiri teguh. Kini, berbanding sebelum ini, anak muda Malaysia menjadi semakin berminat untuk memahaminya. Ramai sudah menyertai, lebih ramai pula yang menimbang untuk menyertainya.

Aidil Fitri bawa semangat muhibbah, tolak jarum perkauman


lct


KLUANG 28 JUL: Sempena sambutan Hari Raya Aidul Fitri tahun ini, rakyat Malaysia diseru membulatkan tekad untk menolak politik sempit perkauman, kezaliman yang berleluasa, rasuah dan penyelewengan.
Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, Hari Raya Aidil Fitri yang disambut oleh bukan sahaja umat Islam tetapi juga oleh segenap lapisan di negara ini wajar menjadi institusi membentuk semangat muhibbah, bertoleransi dan menolak jarum perkauman.
“Perubahan yang kita perlukan ini hanya dapat dicapai jika kita sebulat suara bersatu hati untuk menolak politik perkauman serta amalan remeh yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat,” kata Chin Tong dalam perutusan Hari Raya Aidil Fitri hari ini.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang berkata, rakyat negara ini sendiri telah merasai kesan langsung akibat kenaikan harga barang, kos pengangkutan dan pelbagai jenis perkhidmatan semakin menyusahkan kehidupan rakyat jelata dan menancam pertumbuhan ekonomi tempatan.
“Yang terbaru, kenaikan mendadak kadar tol CIQ sekali lagi menunjukkan bahawa kerajaan yang ada tidak mempedulikan masalah rakyat.
“Saya amat berharap warga Johor bersama-sama dengan rakyat Malaysia keseluruhannya sedar bahawa kita memerlukan kerajaan yang mewakili kepentingan rakyat, bukannya kroni,” ujarnya.
Sementara meraikan kemeriahan Syawal dalam kesederhanaan, Ching Tong berkata sambutan hari raya tahun ini merupakan detik yang paling mencabar untuk negara berikutan tragedi menimpa Penerbangan Malaysia MH17 dan MH370.

Apa ada dengan raya?


Hari-Raya-Aidilfitri-1-500x300 copy

oleh AEDI ASRI

Bayangkan – aku sedang berbaring betul-betul di tengah traffic light Ampang Park. Lima minit. Sepuluh minit. Lima belas minit. Lampu hijau silih berganti di keempat-empat tiang. Cahaya matahari bersama dingin awal pagi menyapu seluruh badan. Aku hampir terlelap.
Tetapi aku tidak berada di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Aku kini di kampung, dan hari ini Hari Raya pertama.
Jam 3.49 pagi. Aku hampir terlelap, dapat merasakan peralihan daripada ‘sedar’ kepada ‘tak sedar’. Tetapi kembali terjaga selepas salah seorang sepupu terpijak kaki aku, dalam perjalanannya ke tandas.
Aku perlu mengulang kembali semua langkah-langkah yang diperlukan untuk tidur.
Aku memutar kembali kejadian sepanjang hari tadi. Bangun, ke masjid, makan, ziarah kubur nenek, pergi rumah saudara…Apa-apa pun, sepanjang hari adalah tentang makan dan mendengar orang berbual, dengan sekali-sekala  mencelah.
Esok pun sama.
Kampung aku bukanlah ‘kampung’ sangat sebenarnya. Industri minyak dan gas banyak membawa pembangunan (dan bangunan). Ketika musim raya, jalan sesak sama sahaja seperti di Kuala Lumpur. Dengan lori-lori besar yang keluar masuk pelabuhan dan kilang.
Tanpa sungai, sawah padi dan kebun buah. Dan aku tiada masalah pun dengannya.
ii
Hari raya adalah tentang nostalgia. Lagu-lagu raya yang dinyanyikan masih lagi yang lama. Orang belum bosan bercakap tentang amalan yang telah ditinggalkan. Seperti bunyi meriam buluh dan mercun semakin jarang didengar. Kanak-kanak tidak lagi bersungguh-sungguh pusing kampung kumpul duit raya. Biskut moden menggantikan kuih tradisional.
Orang merindukan apa yang kini sudah tiada, atau paling tidak, semakin dilupakan.
Stesen TV tahu tentang ini. Jadi, rancangan-rancangan sempena raya penuh dengan suasana yang tidak lagi berlaku di dunia hari ini. Kad-kad raya yang digantung pada dinding ruang tamu, suami-isteri bergaduh tentang giliran kampung untuk beraya, dan scene klasik – dodol dikacau di halaman rumah.
Padahal kita tidak lagi menghantar kad raya secara pos. Lebuhraya dan Airasia menyelesaikan masalah jarak antara kampung suami dan isteri. Tentang masak dodol, serius aku tak pernah lagi tengok scene ini  dengan mata sendiri.
Apa kata mulai hari ini, kita biarkan sahaja kanak-kanak dengan smart phone mereka?

Minta semula mandat rakyat jalan terbaik tukar MB - Khalid Ibrahim

Minta semula mandat rakyat jalan terbaik tukar MB - Khalid IbrahimKUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat tidak harus memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid, kalau Pakatan Rakyat mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.

"Walaupun rakyat bersetuju bahawa Pakatan terus berkembang tetapi tidak boleh diperalatkan untuk dijadikan batu loncatan kepada Putrajaya.

"Kalau ini nak dijadikan adalah baik meminta mandat semula kepada rakyat Selangor," katanya dalam satu wawancara dengan Selangorkini.

Krisis politik di selangor bermula beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beberapa pemimpin PKR mengkritik pentadbiran Abdul Khalid.

Biarpun Abdul Khalid dikatakan amat cemerlang dalam pentadbirannya pada penggal lepas, namun beberapa pemimpin PKR termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan, Selangor memerlukan seorang menteri besar yang mampu melonjakkan lagi negeri tersebut.

Bagi meneruskan hasrat menggantikan Abdul Khalid, PKR mengatur strategi yang dinamakan 'Langkah Kajang' dengan meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang mengosongkan kerusinya.

Awalnya, Anwar dinamakan sebagai calon mewakili PKR dan Pakatan Rakyat bertanding di kerusi DUN Kajang seterusnya akan mengambil alih tempat Abdul Khalid sebagai menteri besar.

'Langkah Kajang' ini dikatakan bukan setakat Anwar menjadi menteri besar tetapi usaha membuktikan kehebatan Anwar menerajui kerajaan.

Isu MB Selangor: Pakatan Rakyat jangan peralat rakyat kata Umno

Isu MB Selangor: Pakatan Rakyat jangan peralat rakyat
KUALA LUMPUR: Isu perebutan kerusi menteri besar di Selangor disifatkan permainan politik Pakatan Rakyat (PR) yang hanya menyusahkan rakyat di negeri itu.

Tambahan, sikap berdiam diri DAP selain kelantangan PAS pada masa sama dilihat bermotif kepentingan politik parti masing-masing sekali gus menunjukkan tiada kesepakatan sesama mereka.

Beberapa pimpinan UMNO Selangor mahu PR menyelesaikan pelbagai isu rakyat di negeri itu sebelum mengheret rakyat ke dalam isu menteri besar yang sengaja dicipta.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, PAS terutamanya harus berpegang teguh dengan satu pendirian bersama kepimpinan parti mereka.

"PAS respon dari sudut bukan keseluruhan, tiada kesepakatan di antara pemimpin mereka, pendapat parti mereka boleh nafikan dan anggap pendapat peribadi.

"DAP pula berdiam diri seolah-olah ada strategi. Kita nampak mereka mahu menangguk di air keruh. Mereka ada perancangan sendiri. Mungkin DAP mahu cadangkan ada jawatan timbalan menteri besar," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Gaza: SU Agung PBB gesa gencatan senjata dilanjutkan

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengalu-alukan gencatan senjata selama 12 jam dalam konflik Gaza bagi membolehkan sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan.

Pada masa sama beliau turut meminta agar pihak terbabit melanjutkan tempoh gencatan senjata itu kepada seminggu bagi membolehkan rundingan ke arah keamanan yang lebih lama disambung semula.

Ban dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, berkata berdasarkan rakaman imej yang diterima, penduduk Gaza berusaha melaksanakan pelbagai perkara sepanjang tempoh gencatan senjata yang berakhir Sabtu, termasuk mengebumikan mayat.

Keadaan itu kata beliau membayangkan betapa perlunya semua pihak terlibat mengumumkan gencatan senjata selama tujuh hari di Gaza sebagai langkah awal dalam memperbaharui proses politik ke arah mencapai keamanan yang lebih lama, atau setidak-tidaknya melanjutkan tempoh gencatan senjata kemanusiaan yang diumum tersebut.

Ban yang baharu mengakhiri lawatan selama enam hari ke Timur Tengah berkata sudah tiba masanya untuk semua pihak dalam konflik itu menamatkan perang dan mula berbincang.  

Semasa lawatannya, Ban dilapor memberi penekanan akan betapa pentingnya pencerobohan selama 47 tahun dan kepungan ke atas Gaza ditamatkan, selain memastikan keselamatan berasaskan keperluan yang diiktiraf bersama dan mencapai penyelesaian yang membolehkan Israel dan Palestin tinggal sebelah-menyebelah dalam keadaan aman dan selamat.

Jangan suruh saya tabah, kata anak ketua pramugari MH17

Nur Diyana Yazeera Yezli merupakan anak tunggal ketua pramugari pesawat MH17 yang ditembak puak pemberontak pro Rusia 17 Julai lalu. – Gambar Twitter, 28 Julai, 2014.
Nur Diyana Yazeera Yezli merupakan anak tunggal ketua pramugari pesawat MH17 yang ditembak puak pemberontak pro Rusia 17 Julai lalu. 
"Jangan suruh saya tabah. Cakap saja senang, tapi sebenarnya sangat susah," kata Nur Diyana Yazeera Yezli, 15, menggambarkan perasaannya menyambut Syawal tanpa ibunya, Dora Shahila Kassim yang terlibat dalam nahas pesawat MH17.
Nur Diyana dalam akaun Twitter miliknya menyatakan rasa sedih, marah dan hiba kerana sambutan raya tidak lagi sama selepas kehilangan ibunya dalam insiden 17 Julai lalu.
"Ibu, raya tahun ini dan seterusnya tidak akan sama. Saya tidak akan menyambutnya tanpamu.
"Ketika orang lain menyambut raya dengan ibubapa mereka, hari raya bagi saya tidak ada bezanya dengan hari lain," katanya sambil menambah sakit asmanya kembali menyerangnya baru-baru ini.
Remaja itu merupakan anak tunggal ketua pramugari MH17, Dora yang menjadi sebahagian daripada 298 mangsa nahas MAS Boeing 777-200ER ketika melintasi kawasan konflik di timur Ukraine.
Menganggap ibunya sebagai “superhero”, Diyana berikrar untuk meneruskan legasi kerjaya ibunya dan tidak akan membenarkan sesiapa pun lupakan tragedi itu.
Hari ini, beliau meluahkan perasaan marah apabila melihat orang lain menyambut raya bersama sebagai satu keluarga.
"Saya rasa marah melihat semua orang menyambut raya bersama keluarga. Saya tahu saya tidak adil tetapi saya hanya meluahkannya saja," katanya dalam Twitter.
Dora, yang juga ibu tunggal, antara 15 kakitangan penerbangan MAS yang terlibat dalam nahas itu.

'US 'proof' so unprofessional - social media propaganda' - Frmr WSJ Editor

MH17: Thirteen dead in violence near plane crash site

95% American-made: Where do Israel's bombs & bullets & come from

UN Security Council Calls for Gaza Cease-fire

Pakatan mungkin berpecah selepas Aidilfitri, kata pemimpin PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.
Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinannya yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.
Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.
"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.
"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur.
Menurut pemimpin PAS itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.
Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.
"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.
"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.
"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.
"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.
"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Hamas setuju gencatan senjata kemanusiaan 24 jam

Gaza baby delivered from dying mother

Analysing Israel's pretext for Gaza offensive

10 reasons why PAS wants Khalid

Here are ten reasons why PAS thinks Khalid is the preferred leader for  the post of Selangor Menteri Besar.

khalid_pas_flag_300Why complicate a simple situation? As far as PAS sees it, the reasons are crystal clear as to why Khalid Ibrahim should remain as Selangor’s Menteri Besar.
1. Some Muslims cannot accept a woman such as Dr Wan Azizah Wan Ismail as an imam. In fact, some even consider it haram. The Amina Wadud controversy in the US is a good example as it almost triggered a riot. Imam in this context means leader, not just the person leading a congregation in prayer. In regards to Imam (or Ayatollah) Khomeini, he was an imam of a nation, not an imam of prayers.
2. PAS is also worried that if Dr Wan Azizah takes over, it will not be she who will be running the state but those behind her. Dr Wan Azizah has never demonstrated any management skills. This is true from the time she was helming the party in 1999. It was always the number two who ran things hence should she be Menteri Besar, it will be number two who will be running Selangor as well.
3. Some PAS leaders, if not most, consider Anwar Ibrahim guilty of the charge of sodomy. For the sake of Pakatan Rakyat’s solidarity they will not say so openly but privately they will make this view known. Hence they will not support any plan of Anwar’s.
4. Most PAS people are royalists – they consider the Sultan the head of Islam, akin to a Caliph. Hence they will never defy him as doing so will mean they are defying the Head of Islam. PAS knows the Sultan wants Khalid to remain as Menteri Besar and as such, they will support the Sultan’s choice.

NGO desak Khalid ikut arahan parti

Proses menamakan calon MB serta proses mengugurkan MB bukan hak rakyat, ianya adalah hak parti pemerintah.

khalid ibrahimPETALING JAYA: Ikatan Prihatin Selangor (PRIHATIN) menuntut agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim rela hati untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut Pengerusi PRIHATIN Datuk Mat Ghazali Abd Rakim gesaan ini adalah selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana Khalid merupakan anggotanya, serta keputusan parti lain di dalam Pakatan Rakyat.
“Dalam mesyuarat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah sebulat suara bersetuju menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Maka berdasarkan keputusan ini  PRIHATIN mengesa agar Khalid akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PKR dan PR,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Dalam pada masa yang sama, PRIHATIN memohon agar Khalid tidak mengheret rakyat dalam kancah politik dalaman parti politik.
Selain itu amalan sistem demokrasi di Malaysia adalah dengan memberi kuasa kepada rakyat untuk mengundi dan memilih wakil rakyat, parti atau gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti berhak menubuhkan kerajaan.
“Parti yang memerintah mempunyai hak mutlak menamakan ketua kerajaan. Khalid menjadi Menteri Besar Selangor (MB) adalah melalui proses iaitu bila nama beliau dicadangkan oleh PR, seterusnya mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan MB.

Pertukaran Khalid: Anwar dedah cerita sebenar

Pertukaran jawatan Menteri Besar ini merupakan kesinambungan Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lalu.
 
anwar ibrahimPETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya semangat muafakat dalam Pakatan Rakyat akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat.
Menurutnya, pertukaran jawatan Menteri Besar ini merupakan kesinambungan Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lalu.
“Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa jawatan Menteri Besar yang baru akan digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Walaubagaimanapun, cadangan daripada PKR itu telah mendapat tentangan daripada pucuk pimpinan dalam PAS.
Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan setelah sepenggal beliau memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu.
Katanya, persoalan sama ada Khalid wajar digugurkan kerana kelemahan pentadbiran perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat sebelum isu pengganti dibincangkan.
“Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai,” katanya yang kecewa bulan Ramadan dijadikan masa untuk berpolemik.

Isu Khalid, permulaan Anwar mengarah ke 'political oblivion'



Pakatan Rakyat sedang mengarah kepada perpecahan. Lim Guan Eng pun telah menyatakan kebimbangan Pakatan akan berpecah kerana situasi politik dalam Pakatan Rakyat sangat panas dan membimbangkan. Perpecahan sememangnya satu perkara yang mudah berlaku jika masing-masing di kuasai oleh ‘greed, anger and foolishness’ mereka. Ketiga-tiga elemen ini merupakan racun berbisa dan ia tidak akan membawa sesiapa kemana-mana selain dari kegagalan dan kehancuran.
Apa yang buruknya, usaha setengah pihak untuk menolak rakan seperjuangan tidak mengambil kira masa dan keadaan. Perkara ini menjadi hangat dalam bulan Ramadan bulan yang Mubarak bagi kita orang Islam ini. Apabila ketamakan menguasai diri, tolak menolak dan pancung memancung dilakukan dalam bulan tersuci agama kita.
Kenapa dan mengapa Khalid yang dianggap terbaik diantara Menteri Besar dalam sekelip mata di tonjolkan kelemahan oleh parti dan pemimpinnya sendiri.  Kenapa jika benar pun ada kelemahannya, tidak adakah baiknya dan kenapa tergesa-gesa untuk menurunkannya? Jika Khalid tidak baik dipandangan partinya khususnya oleh Anwar, kenapa dari awal selepas pilihanraya yang lalu tidak pula di sekat Khalid menjadi Menteri Besar.
Persoalannya kenapa, seperti yang diakui Anwar yang ‘Kajang Move’ itu adalah satu perancangan untuk menurunkan Khalid dan beliau yang berkehendakan jawatan penting itu. Kalau sudah tersekat dengan undang-undang kenapa pula memilih isteri sendiri untuk dijadikan Menteri Besar. Tidak bolehkah diambil orang lain seperti Azmin atau yang lain yang lebih beliau percayai. Langkah menempatkan isteri sendiri untuk menjadi MB itu menunjukan yang Anwar tidak ada siapa yang beliau percayai termasuk Azmin sendiri.
Lantaran sudah difahami oleh banyak pihak Anwar adalah pemain politik untuk diri sendiri sahaja. Lebih dari itu beliau mahukan semua kehendaknya mesti di turuti oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan DAP. Jika di turuti politik Anwar kita akan melihat agenda lain tidak termasuk dalam pemikiran beliau termasuk untuk membina politik yang baik dalam negara ini.
Apa yang diragui oleh LGE tentang sistem dua parti yang sudah terbina ini? Mungkin sistem dua parti itu akan merosakan perjuangan PAS kerajaan pengaruh pihak yang menentng tentang Islam sudah mula menunjukan sikap bermaharajalela dalam Pakatan sistem dua parti itu.
Anwar bukannya berminat untuk apa-apa sistem pun, yang penting kemahuan beliau tercapai dan semua pihak dalam PR mesti menuruti kehendak beliau. Untuk mencapai cita-citanya Anwar sanggup menyembelih rakannya sendiri dan beliau lakukan segala usaha penyembelihan ini dalam bulan yang Mubarak ini tanpa segan dan silu.

Jangan buat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin

ABD SHUKUR HARUN 

TIDAK dapat dibayangkan bagaimana dengan tiba-tiba Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dihina dan dilemparkan pelbagai tuduhan oleh sesetengah ahli parti sendiri berikutan ketegasan beliau mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Seingat saya, sepanjang 30 tahun lebih di dalam PAS, belum pernah terjadi hal demikian dan tidak pernahpun membayangkan akan terjadi hal seperti itu, tetapi telahpun terjadi.

Berikutan kenyataan tegasnya menyokong Tan Sri Abdul Khaid Ibrahim itu pelbagai andaian dan tuduhan dibuat terhdap Presiden PAS. Ada yang mengatakan kononnya ini isyarat bahawa PAS akan bersendirian, yakni akan berpisah dengan dari Pakatan Rakyat.

Ada pula yang berteori bahawa perkembangan ini akan membuka peluang PAS untuk menghidupkan kembali apa yang dinamakan ‘Kerajaan Perpaduan’, iaitu kerjasama PAS dengan Umno.

Semua tuduhan dan andaian ini sama sekali tidak berasas, malah ia menggambarkan bacaan dan pemikiran politik pihak yang mereka-cipta ini sangat naïf, suatu andaian yang penuh kecelaruan dan tidak berasas.

Saya dapat memahami kesedihan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad terhdap perbuatan sesetngah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan prasangka terhadap pemimpin PAS sendiri. Dalam twitternya, beliau sendiri tidak pernah menyangkan hal seperti ini berlaku.

Secara lojik bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat dan tidak ada siapapun yang boleh menghalangnya. Ini sewajarnya difahami oleh semua pihak walaupun sudah ada usaha PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak projek Langkah Kajang.

Rundingan selanjutnya oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada 10 Ogos ini juga sama sekali tidak boleh menafikan hak Presiden PAS untuk membuat kenyataan menyatakan pendiriannya.

Adapun kenyataan Presiden PAS itu tidak ada sebarang isyarat – secara tersurat atau tersirat – bahawa PAS tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Maka sebarang andaian ke arah itu, walau dalam apa cara dan hujahpun, hanyalah memberi peluang kepada musuh Pakatan untuk memecah-belahkan Pakatan. Hendaknya perkara ini mesti dihindarkan.

Sangat aneh untuk melihat lingkaran isu ini di mana secara jelas ialah masalah antara PKR dengan Tan Sri Khalid yang dicetuskan dalam Projek Langkah Kajang, iaitu PKR hendakkan menggantikan MB itu dengan tokoh lain.

Dejavu, PAS lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan pada PAS dulu

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR (gambar) hilang kepercayaan partinya seperti Mohamad Nasir dari PAS pada 1977. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2014.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR (gambar) hilang kepercayaan partinya seperti Mohamad Nasir dari PAS pada 1977. 
Begini kisahnya: Menteri besar sebuah negeri yang ditadbir satu kerajaan pakatan telah hilang keyakinan partinya sendiri yang mahu beliau ditukar.
Beliau tidak mahu letak jawatan dan partinya, yang menguasai Dewan Undangan Uegeri (DUN), mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya. Dua puluh wakil rakyat dari partinya mengundinya keluar, tetapi 14 wakil dari partinya bertindak keluar dewan kerana tidak setuju dengan penyingkirannya.
Namun, menteri besar masih enggan menyerahkan takhta, sebaliknya mahu DUN dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya negeri diadakan. Kekecohan tercetus dan darurat diisytiharkan.
Tidak. Ini bukan tentang Selangor pada 2014, tetapi Kelantan pada 1977.
Menteri besar itu bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, tetapi Mohamad Nasir dari PAS.
Tetapi situasinya seakan hampir sama.
Seperti Khalid hari ini, Nasir hilang kepercayaan partinya – PAS. Dan seperti Khalid hari ini, Nasir tidak disokong oleh ahli partinya, tapi ahli parti rakannya – Umno dan MCA.
PAS menjadi mangsa pada 1977 kerana rakannya (Umno dan MCA) enggan mematuhi prinsip pakatan di mana parti yang layak mendapat jawatan menteri besar akan dapat hak penuh untuk menamakan calon pilihannya.
Pada 2014, PKR ialah mangsanya apabila presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang lakukan kepada PKR apa yang Umno lakukan kepada partinya sendiri pada 1977.
Di sinilah ironinya, kerana pemimpin PAS selalu katakan mereka tidak akan lupakan atau maafkan Umno atas apa yang ia lakukan di Kelantan 37 tahun lalu.
Hilang ingatan di sini nampaknya menjadi satu kemudahan politik (“political convenience”).
Tapi, bagaimanapun, mungkin Hadi bukan hilang ingatan, tetapi memutuskan untuk mengikut skrip 1977 Kelantan pada 2014 untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor dari parti rakan.
Sesetengah ahli PAS menganjurkan 15 wakil rakyatnya di Selangor boleh bergabung dengan Khalid, seorang lagi wakil rakyat PKR mungkin, dan 12 wakil rakyat Umno, bagi membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di negeri terkaya di Malaysia ini.
Tetapi, adakah semua dalam PAS Selangor akan setuju? Mahukah mereka bekerjasama dengan Umno? Dan mahukah PAS ikut jejak langkah Umno dan menegaskannya kepada PKR seperti apa yang Umno lakukan kepada PAS pada 1977?

Mufti: ‘Maaf zahir dan batin’ lebih afdal berbanding ‘salam kosong-kosong’

SHAH ALAM 28 JULAI: “Maafkan saya…kosong-kosong ya”.
Itulah ungkapan yang sering kita dengar dewasa ini setiap kali Syawal menjelma.
Walaupun ungkapan yang dianggap mengikut peredaran masa itu tidak menjadi satu kesalahan untuk diucapkan, namun ia dianggap sebagai satu ‘amalan’ yang longgar jika mengikut syariat Islam sebenar.
selamat-hari-raya-2012-emozacMufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata adalah lebih afdal jika umat Islam bersalaman pada hari raya sambil melafazkan ucapan ‘maafkan saya zahir dan batin’ berbanding hanya’ kosong-kosong’ kerana tidak melambangkan keikhlasan dalam memohon kemaafan.
“Dalam Islam kita panggil musafaha iaitu berjabat tangan sambil kita lafazkan kata meminta maaf dan memohon agar semua kesilapan serta kesalahan kita pada individu tertentu dimaafkan.
“Perkataan maaf itu sebaiknya dilafazkan sebagai tanda kita minta lupakan peristiwa lampau, jangan ada parut sekalipun dan buka lembaran baharu,” katanya dipetik Bernama.
Muhammad menarik perhatian apabila berkata memohon dan memberi kemaafan bukan hanya ketika Hari Raya, sebaliknya amalan mulia itu wajar dilakukan pada setiap masa.
Nabi Muhammad SAW sendiri meminta ampun daripada Allah SWT sebanyak 70 kali setiap hari, kata Mufti Kelantan itu.

Rara: I'm not a pretty bimbo

Hannah Yeoh: No need to compare me to former speaker Teng

Gaza residents attack Red Cross office over lack of assistance

West Bank authorities criticised over security

Bashar, al-Maliki punca ketegangan di Syria - Dr Mazlee

SUNNAH DI AIDIL FITRI


Sunnah di Aidil Fitri

1) Menghidupkan malamnya dengan beribadah. Imam Syafie - malam raya, doa tidak ditolak.

2)Mandi sunnah. Bermula tempoh mandi dari pertengahan malam lagi, dan disunnahkan dilewatkan sehingga hampir pergi solat hari raya.

3)Mencukur bulu-bulu, mengetip kuku dan mengemaskan janggut.

4)Berwangi-wangian dan berhias, samaada bagi yang hendak ke masjid mahupun yang tidak, samaada yang bersolat mahupun tidak, dewasa dan kanak-kanak.

5)Memakai pakaian yang terbaik. Tidak mesti berwarna putih.

6)Segera ke masjid untuk menunaikan solat.

7)Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.

8)Bersarapan sedikit sebelum keluar menunaikan solat hari raya.

9)Memperbanyakkan takbir bermula dari terbenam matahari hingga sebelum menunaikan solat hari raya.

10)Mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kaum muslimin.

Kaifiah Solat Hari Raya

Selamat Menyambung Aidil Fitri Dan Semoga Anda Diberkati.... Insyaallah

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI. Kami dengan rendah hati ingin memohon seribu kemaafan jika ada salah-silap yang  disedari mahu tanpa diluar kesedari kami. Di bulan yang mulia ini marilah kita ruangkan sedikit masa buat renungan saudara-saudara kita di Gaza, Mesir dan di seluruh dunia yang disembelih tanpa tanpa belas kasihan.

Semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T. dengan rendah diri kerana siapalah kita untuk menyatakan, aku dah buat semua yang disuruh dan hindari segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. Aku memberi derma kepada semua anak yatim tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tetapi renunglah dengan mata hati kita adakah apa yang aku lakukan itu adalah ikhlas tanpa mengetahui apa itu ikhlas. Sama-sama kita renungkan bersama tanpa ada prasangka buruk..... Insyaallah.

Kepada yang baru pulang ke kampung, pihak kami doakan agar selamat sampai ke kampung halaman yang dicintai bak kata orang-orang tua 'hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri' lebih baik duduk negeri orang. Bila hujan jer kaya raya kita duk kutip emas. Tapi apa kan daya hujan yang ditunggu kat negeri Selangor tak turun-turun, Jangan pula ada yang terasa, sekadar gurauan sahaja agar terpancar sedikit senyuman selepas mencuka disebabkan trafik sesak di semua jalan keluar dari Kuala Lumpur. Jangan lupa baca doa naik agar selamat perjalanan kita.... Insyaallah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Perutusan Eidulfitri 1435 Hijrah - Anwar Ibrahim

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar.
Wallillailhamd.

Segala puji kita panjatkan ke hadrat Ilahi, setelah sebulan Ramadhan diharungi, kini bulan mulia Eidulfitri bakal dirai.
Mewakili keluarga besar KEADILAN, saya merakamkan ucapan Salam Eidulfitri buat seluruh muslimin muslimat di Malaysia. Semoga Allah SWT menerima segala amat ibadah yang telah kita imarahkan sepanjang Ramadhan yang berlalu.
Ramadhan yang bakal meninggalkan kita seharusnya dimaknai seperahimnuhnya dengan ibadah yang telah dikerjakan untuk mencapai redhaNya, di samping kita terus disaran memupuk ukhuwah sesama manusia khususnya kalangan mereka yang tidak berkemampuan dan dihambat penderitaan. Inilah falsafah agung di sebalik Ramadhan: kita memperkukuh iktikad dan rohani ke derajat taqwa.
Ramadhan kali ini kita turut dikejutkan dengan penderitaan saudara seagama di Gaza, akibat kezaliman regim Zionis Israel yang semakin angkuh dan biadap. Demikian juga kekejaman gerombolan di Ukraine yang mengorbankan anak kapal serta penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17. Dunia Islam terus dilanda malapetaka – di Syria, Iraq dan Afghanistan. Kita meneruskan ikhtiar melalui doa dan munajat, agar pertolongan Allah SWT dapat mempermudahkan keadilan tertegak, insyaAllah.
Pastinya Syawal yang menjelang harus kita lapisi dengan penuh rasa syukur dan penuh keinsafan. Madrasah Ramadhan yang telah diimarah harus mensiap siagakan kita dengan penghayatan Rabbani agar ukhuwah insani terus diperkukuh, ketaqwaan padaNya kekal ampuh. Roh Islami terus kita sematkan demi mencapai kemenangan, sebagaimana firman Allah SWT di dalam ayat 48 Surah Al-Fath Ayat 1-2:

Last Iftar Makkah Ramdan 2014-1435

Twenty members from same Gazan family killed

Israel, Hamas Trade Fire Despite Truce in Gaza

Is the US changing course on Gaza?

Middle East propaganda war

Takbir Hari Raya Almarhum Ustaz Asri Rabbani

Hamas accepts 24-hour Gaza humanitarian truce