Ahad, 27 Julai 2014

Ucapan kepada Penduduk Gaza daripada Cakna Palestin

Aidilfitri yang suram bagi rakyat Palestin, angka kematian cecah 1000 di Gaza

Aidilfitri yang suram bagi rakyat Palestin, angka kematian cecah 1000 di Gaza
KUALA LUMPUR: Masyarakat Palestin di sini akan menyambut Aidilfitri dalam suasana suram susulan operasi ketenteraan Israel di  Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Mohammad Alherbawi berkata sekurang-kurangnya lapan anggota masyarakat Palestin di sini kehilangan keluarga kerana terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

"Jentera perang Israel menyebabkan kami tidak dapat menikmati kegembiraan pada hari yang mulia ini.

"Bagaimanapun, kami masih menyambut Aidilfitri dan berkumpul untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup seperti rakyat di negara lain di dunia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata anggota masyarakat itu akan berkumpul untuk acara kecil-kecilan yang menampilkan ceramah dan sesi khusus untuk kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 3,000 orang Palestin di Malaysia ketika ini, katanya.

Sementara itu, Muslim Imran, yang menetap di Malaysia kira-kira 10 tahun, mengaku bukan mudah untuk masyarakat Palestin menikmati 'kuih raya' apabila rakan senegara mereka dibunuh beramai-ramai oleh rejim zionis.

"Kebanyakan rakyat Palestin di sini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini akan diadakan secara kecil-kecilan atau dibatalkan," kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PCOM.

Hanya agama mampu kawal manusia


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..

KETIKA kita berada di penghujung Ramadan kebiasaannya anak-anak kecil yang paling seronok. Mereka seronok untuk merayakan Hari Raya dengan berpakaian baru, dapat duit raya dan macam-macam lagi.
Mereka suka dan gembira sesuai dengan keadaan mereka yang masih kecil. Namun malangnya ada juga kalangan orang yang sudah akil baligh pun berperangai serupa juga.
Keseronokan bagi mereka kerana tidak perlu berlapar lagi dan tak perlu acap kali berulang alik ke masjid. Lebih malang lagi kalau ada juga orang tua yang berumur turut berfikir macam itu.
Sebaliknya berbeza dengan orang berumur yang menghayati agama, mereka akan risau dan dukacita berada di detik-detik akhir Ramadan kerana peluang untuk menambah pahala akan berakhir.
Apabila berakhir Ramadan habislah peluang menambah pahala berkali ganda yang ditawarkan Allah SWT. Ketika di atas dunia sekarang kita hendak duit untuk membeli segala keperluan hidup. Duit pun tidak sama antara satu negara dengan negara lain.
Begitu juga dengan negeri akhirat, duit berlainan digunakan yang dipanggil pahala. Pahala akan berguna apabila manusia masuk ke dalam lubang kubur sehinggalah kebangkitan semula di Padang Mahsyar kelak.
Di Padang Mahsyar anak, isteri, suami, pangkat dan darjat kebesaran tidak berguna satu sen pun. Apa yang manusia harapkan ialah syafaat daripada Nabi Muhammad saw.
Persoalannya sekarang adakah Nabi Muhammad kenal siapa kita. Ini kerana ketika itu berbilion manusia dibangkitkan sejak zaman Nabi Adam as sehingga Nabi Muhammad saw. Manusia terlalu ramai.
Jadi ketika kita masih bernafas lagi sekarang hendaklah menggunakan sepenuhnya kehadiran Ramadan untuk menggandakan pahala. Intisari kita berpuasa hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Berbeza berbanding dengan amalan solat, orang boleh nampak. Begitu juga memberi zakat, orang lain juga nampak apa yang kita lakukan.

Ramadan ditinggalkan, gerun kebesaran Allah


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar…

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud; “Dan kamu hendaklah menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadan dengan sempurnanya dan cukup mengikut masa dan harinya, dan kamu juga hendaklah membesarkan dan memuliakan Allah dengan takbir, tasbih dan tahmid, kerana mengenangkan kurnia Allah yang tidak terhingga dengan nikmat menjadi orang-orang Islam. Dan mengerjakan ibadat secara Islam supaya kamu termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur”.

Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saudara-saudari yang dikasihi sekalian.

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri setelah kita selesai menunaikan ibadat puasa yang diwajibkan oleh Allah di bulan Ramadan. Bulan kita semua dijemput menjadi tetamu Allah SWT dengan hidangan rohani dan jasmani bagi menguatkan diri kita, jasad dan roh serta menjadi orang Islam  yang bertaqwa kepada Allah SWT. Dengan mengikut segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Bersedia untuk mengikut segala petunjuk yang terkandung di dalam al-Quran Karim dengan beriman dan yakin kepada ketuhanan kebesaran dan kemuliaan Allah SWT, yang tiada tandingan dan tiada bandingan bagi meneruskan perjuangan menegakkan agama Islam ini, supaya menjadi agama yang berdaulat, agama yang memerintah, agama yang sebenarnya membawa rahmat kerana Islam adalah rahmat dari Allah SWT kepada seluruh manusia.

Hukumnya yang adil, hukumnya yang bijaksana dari Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. Islam menjadi penyelamat kepada seluruh manusia sama ada Islam atau bukan Islam. Pelbagai bangsa dan puak sepanjang zaman, tempat kerana Islam adalah ciptaan Tuhan seluruh alam ini. Bukan sahaja manusia, tempat termasuklah masa dan zaman.

Maka, yakinlah kita dengan petunjuk Allah ini setelah kita meninggalkan Ramadan dengan rasa gerun kepada kebesaran Allah SWT. Maka, kita menganggap kuasa-kuasa besar dunia dan pengikut-pengikut mereka yang menghalang cita-cita Islam ini adalah terlalu kecil di hadapan kebesaran Allah SWT. Marilah, kita merasa Izzah, merasa kemuliaan dan kehebatan bersama dengan Islam. Khususnya ketika umat Islam menghadapi cabaran yang menguji mereka apabila saudara-saudara kita seIslam diserang bertubi-tubi di Gaza (Palestin). Dihujani dengan serangan di udara, darat dan laut dalam satu kawasan yang kecil. Mereka tegak bersama dengan Iman dan keyakinan kepada Islam, dan kepada Allah SWT.

Saudi, Egypt and Israel work together in Gaza attack


The war on Gaza is planned and orchestrated by Israel, Saudi and Egypt, a report by DEBKA-Net-Weekly said yesterday.
According to DEBKA the three-way cooperation has set up the following guidelines for the operation in Gaza:
  1. Israel and the IDF will fight to smash Hamas' military might and downgrade its political influence.
  2. The military operation will come to a close only when all its objectives are achieved.
  3. The three leaders will not permit any outside party, including the US, to interfere in their direction of the war.
  4. The oil-rich Saudi kingdom will cover a portion of the war costs incurred by Israel.
  5. When the war is over, Saudi Arabia and some of the Gulf emirates, led by the UAE and Kuwait, will pay for repairing the damage caused by the fighting in the Gaza Strip.
  6. Saudi Arabia, Egypt and Israel are of the same mind about the absolute necessity to dismantle Hamas' military strength, including its arsenal of rockets and network of assault bunkers.
  7. Once the IDF has destroyed Hamas as a terrorist power, Egypt, Saudi Arabia and the Palestinian Authority will get down to installing a new government and security mechanisms in Gaza City to fill the void left by Hamas' defeat.
"Saudi Arabia's King Abdullah, Egyptian President Fatah Al-Sisi and Netanyahu... [are] in constant communication on the war's progress and confers on its next steps. Our sources reveal daily conferences, and sometimes more, between King Abdullah and President Sisi over a secure phone line," the newsletter said.
DEBKA, thought to have close ties with Israeli intelligence agencies, said the world leaders go to great lengths to ensure their alliance remains undiscovered "given the political and religious sensitivities of their relationship". Fearful of having even their secure lines intercepted, they prefer to send secret missions to visit each other and discuss the ongoing conflict.
"Israel keeps a special plane parked at Cairo's military airport ready to lift off whenever top-secret messages between Sisi and Netanyahu need to be delivered by hand. The distance between Cairo and Tel Aviv is covered in less than an hour and a half," DEBKA explained.
Since the beginning of the Israeli operation which they have dubbed "Protective Edge" Israel has killed 808 Palestinians, and wounded over 5,000, mostly women, children and elderly, according to the Palestinian Ministry of Health.
Israeli sources said that the operation has resulted in the killing of 32 Israeli soldiers and three civilians, while 435 people were wounded, mostly suffering from panic attacks, in addition to 90

Isu MB: Anwar percaya muafakat Pakatan kekal

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya muafakat dalam Pakatan Rakyat akan tetap kekal dalam menghadapi isu sekitar pertukaran menteri besar Selangor.

“Saya percaya semangat muafakat dalam Pakatan akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan hari ini, beliau menegaskan bahawa peralihan itu dibuat sebagai kesinambungan agenda Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan PKR sejak 15 Januari lalu.

Katanya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dimaklumkan perkara itu semenjak Mac 2014 dan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah telah pun dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu.

MB Selangor: Hormati institusi raja, hormat menghormati

SHAH ALAM 27 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan sebagai peneraju Kerajaan Negeri yang terkaya dan termaju, rakyat diseru supaya menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang.
MB dan Sultan berbuka puasa di Masjid di Assam Jawa (3)Abdul Khalid berkata, berdasarkan situasi di negeri Selangor yang penduduknya berbilang kaum dan berbilang agama, di kesempatan ini beliau menyeru setiap warga negeri ini supaya bersikap hormat menghormati, bersikap adil dan tidak menghina adat dan sembahan keturunan atau agama masyarakat lain.
“Diharap agar amalan kunjung mengunjung pada hari-hari perayaan kaum perlu dijayakan oleh rakyat Selangor.
“Mudah-mudahan amalan begini dapat mewujudkan kefahaman yang mampu menghindar sikap prasangka atau perbuatan ‘menghina’ adat dan perlakuan agama dan budaya kaum lain,” kata Abdul Khalid dalam Perutusan Aidilfitri.
Abdul Khalid berkata pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya. Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat dan negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum.
“Saya mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor merakamkan salam takziah kepada ahli keluarga, rakan serta kenalan para penumpang dan anak kapal MH17 dan tidak lupa juga penumpang dan anak kapal MH370.

Khalid Seharusnya Malu Dengan Sokongan Pas, Haji Hadi Menambah Lagi Kecelaruan

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor menjadi bertambah kacau dan caca marba. Jika sebelum ini hanya UMNO yang dilihat cuba menanggguk di air keruh dengan tiba-tiba memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim agar terus kekal di jawatan itu, senario terbaru menjadi bertambah parah apabila Presiden Pas, Haji Hadi Awang juga turut mempertahankan supaya Khakid juga dikekalkan.

Walaupun pendirian Haji Hadi lebih bersifat peribadi dan bukan diputuskan dalam mesyuarat Pas tetapi beberapa pimpinan Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan juga pemangku Ketua Dewan Ulama, Ahmad Yaakob serta Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad sudah pun mula menyokong pendirian Haji Hadi itu.

Tidak mustahil akhirnya pendirian Haji Hadi itu akan menjadi pendirian rasmi Pas walaupun ia nampak berbeza dengan pendirian wakil-wakil Pas yang hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR sebelum ini yang bersetuju dengan hasrat PKR menukar Khalid dan akan mengesahkannya dalam mesyuarat rasmi selepas Hari Raya nanti.

Tetapi dengan Haji Hadi mendahului mengeluarkan kenyataan mahu Khalid terus dikekalkan, beliau bukan saja tidak menghormati pimpinan Pas yang lain, bahkan terlihat cuba memalukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan PR yang lain. haji Hadi jelas tidak matang dan ada agendanya sendiri. Tidak mustahil juga sikap Haji Hadi ini menyebabkan PR diambang perpecahan dan sesuatu yang menggembirakan Najib Razak dalam usahanya mempertahankan Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

Sudah tentu juga pendirian Haji Hadi ini segera dikaitkan sekali lagi dengan kedudukan menantunya, Zaharuddin Mohamad atau Din Ayam yang sejak beberapa tahun lalu bekerja dan diberi jawatan khas dalam sebuah GLC Selangor. Sebagaimana pengaruh Din Ayam dikatakan menjadi punca Haji Hadi merestui tindakan Pas meletakkan calon bertindih dengan PKR di beberapa kawasan dalam pilihanraya umum lalu seperti Kota Damansara, Semenyih dan Sungai Acheh sehingga menyebabkan BN memenangi kerusi itu, kini sekali lagi hal yang sama berlaku.

Rupa-rupanya bukan saja bekas Perdana Menteri, Pak Lah yang kalah dan membiarkan dirinya dipapancaturkan oleh menantunya, Khairy Jamaluddin semasa berkuasa dahulu, Haji Hadi juga dilihat mempunyai kecenderungan yang sama.

Kalulah PKR/DAP campurtangan dalam pemilihan MB Kelantan,cam mana perasan PAS...

Pakatan tidak akan ke Putrajaya selagi Hadi presiden PAS... 

Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, “menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.”

Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya.

"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, pada Jumaat.

Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR.

Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu.

Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS?

Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR.

"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari parti Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya.

Sebelum PRU13 lalu, kerajaan negeri Kedah bergolak apabila timbulnya pergaduhan di antara kem Azizan dan orang nombor dua PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.

Kedua-dua mereka membantah corak kepimpinan Azizan sebagai menteri besar Kedah. 

MH17: Firma guaman di London mahu saman Putin jutaan ringgit

MH17: Firma guaman di London mahu saman Putin jutaan ringgitKUALA LUMPUR: Sebuah firma guaman di London sedang membuat persediaan bagi menyaman Presiden Rusia Vladmir Putin yang didakwa terbabit dalam insiden  menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 yang membawa 298 penumpang pada 17 Julai lalu.

The Sunday Telegraph melaporkan barisan peguam firma McCue & Partners, telah terbang ke Ukraine untuk membincang dan mengkaji apakah bentuk tindakan yang boleh diambil.

Tindakan berkumpulan atau ‘class action’ menerusi mahkamah Amerika Syarikat itu dijangka membabitkan tuntutan jutaan ringgit selain turut mengaitkan beberapa komander tentera Rusia dan ahli politik yang rapat dengan Putin.

“Ada perbincangan mengenai kemungkinan mengambil tindakan sivil terhadap Penerbangan Malaysia, tetapi mereka yang bertanggungjawab bukan sahaja kumpulan pemisah yang melancarkan roket ke arah pesawat MH17 sehingga menyebabkan kematian ratusan nyawa tidak berdosa, tetapi turut sama adalah negara, individu dan entiti lain yang menyediakan mereka dengan kemudahan kewangan dan bahan sokongan serta peralatan untuk melakukannya, “ menurut satu kenyataan yang dikeluarkan firma guaman itu kepada The Sunday Telegraph.

“Pasukan kami ketika ini sedang berhubungan dan bekerjasama dengan rakan-rakan dari Ukraine dan Amerika Syarikat untuk menentukan selain dari Penerbangan Malaysia, sama ada tindakan undang-undang juga boleh dikenakan terhadap mereka yang bersubahat bagi pihak mangsa.

Peralihan jawatan MB Selangor dari kesinambungan Langkah Kajang - Anwar

Peralihan jawatan MB Selangor dari kesinambungan Langkah Kajang - Anwar
KUALA LUMPUR: Peralihan jawatan Menteri Besar Selangor adalah kesinambungan Langkah Kajang yang diputuskan secara muktamad oleh pimpinan KEADILAN sejak 15 Januari lepas.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul  Khalid Ibrahim sendiri telah dimaklumkan semenjak Mac 2014 dan nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dikemukakan secara rasmi kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada minggu lalu.

Jelasnya, semangat muafakat dalam PR akan terus dikekalkan dan seterusnya mendukung perubahan dengan menjana pertumbuhan ekonomi mampan yang lebih prihatin akan permasalahan rakyat.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau hairan kenapa Abdul Khalid mahu digugurkan sedangkan Menteri Besar Selangor itu menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini.

Exco: Samseng bersenjata cuba sabotaj air S'gor

Usaha kerajaan Selangor memastikan bekalan air mentah cukup sepanjang perayaan Aidilfitri didakwa cuba disabotaj oleh sekumpulan samseng bersenjata menyebabkan operasi pengepaman air ke sungai terganggu lima jam.

Exco belia dan sukan, infrastruktur dan kemudahan awam Ahmad Yunus Hairi (gambar sebelah, kanan sekali) berkata, keadaan itu menyebabkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.

Katanya, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan pengendali pam di Bestari Jaya diugut dan terpaksa meninggalkannya atas faktor keselamatan.

“Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas,” kata Yunus.

Katanya, laporan polis juga dibuat di balai polis Bestari Jaya dan kerajaan negeri berharap polis akan meningkatkan keselamatan dan menyiasat secepat mungkin agar ia tidak berulang.

“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,” katanya.

Palestinian leadership striving to find diplomatic solution in Gaza: official

Diplomatic efforts halt in Gazan crisis

Gaza residents discover scenes of devastation

The Pocket Rocket Man & kuasa advokasi

Ketika sukan Olimpik 1968, dua atlit African-American Tommie Smith dan John Carlos menunjukkan aksi protes sewaktu majlis menerima pingat di atas kemenangan mereka.

Protes tersebut dibuat dalam bentuk aksi mengangkat tangan serta menggenggam penumbuk mereka yang dipakai sarung tangan hitam dan mereka mengangkatnya sehingga lagu kebangsaan negara mereka berhenti.

Malah kedua-dua mereka termasuk pemenang pingat perak ketika itu iaitu Peter Norman dari Australia telah memakai lencana hak asasi kemanusiaan yang dilekatkan pada jaket mereka.

Dalam biografinya kemudian, Tommie Smith menerangkan bahawa aksi protes tersebut bukan bermakna “black power” tetapi penghormatan yang dikenali sebagai “human rights salute”.

Ini adalah sejarah yang dikenali sebagai “black power salute” dalam sukan Olimpik yang dianggap sebagai pernyataan politik paling menonjol dalam sejarah moden Sukan Olimpik.

Respon badan utama sukan tersebut iaitu International Olympic Committee sebagaimana dijangka menggantung kedua-dua atlit tersebut dan selanjutnya mereka disingkirkan.

Alasan penyingkiran adalah kerana kedua-dua atlit tersebut telah menyalahi semangat asas sukan Olimpik iaitu dengan mengeluarkan atau menunjukkan aksi pernyataan politik yang boleh mengundang ketegangan dan mengganggu temasya suka berprestij tersebut.

Pada tahun 2008 selepas kedua-dua atlit ini mengharungi pelbagai tribulasi akibat tindakan berani protes mereka tersebut, kedua-dua nya telah menerima anugerah Arthur Ashe Courage Award atas keberanian protes mereka tersebut.

Sarung tangan Gaza

Keberanian ahli-ahli sukan dalam menunjukkan simpati, sokongan dan melaksanakan advokasi kesedaran hak asasi kemanusiaan bukanlah perkara baru dalam sejarah sukan dunia.

Azizulhasni Awang hanya mengulangi sejarah tersebut dengan tema yang lebih kukuh dan di temasya yang lain.

Ketika kecoh Azizulhasni Awang menunjukkan sarung tangannya yang jelas mempamerkan sokongan simpatinya bersama rakyat Gaza.

MH17: Polis antarabangsa dapat akses ke tapak nahas

Kerajaan sudah mendapat persetujuan pemisah Ukraine bagi membenarkan polis antarabangsa ditempatkan di tapak nahas MH17 dan memberikan perlindungan untuk pasukan penyiasat.

Pemimpinnya Alexander Borodai menyatakan persetujuannya ekoran perjanjiannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

“Perdana menteri Najib sudah bercakap dengan perdana menteri Belanda dan Australia, dan tiga negara yang sedang bersedih itu bersetuju bekerjasama secara rapat menempatkan pegawai polis,” menurut kenyataan itu.

Najib pada 22 Julai lalu mengumumkan perjanjian tiga perkara dengan Borodai, iaitu penyerahan kotak hitam MH17 kepada Malaysia, pemulangan mayat mangsa dan jaminan keselamatan kepada penyiasat bebas antarabangsa di tapak nahas.

Gaza truce extension called off

Hamas: Sekarang Israel yang Berteriak Paling Kencang Meminta Gencatan Senjata

Palestina. Anggota Biro Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuq, menyatakan bahwa Hamas tidak akan mundur dengan syarat pencabutan blokade Gaza oleh Israel jika menginginkan gencatan senjata, sebagaimana dikutip Islam Memo (26/7/2014).
Abu Marzuq mengungkapkan tiga pilihan yang diambil agar tercapai gencatan senjata sementara antara pejuang Palestina dan Israel. Pertama, gencatan senjata dengan mediasi Mesir tapi sesuai syarat-syarat yang diajukan pihak Palestina.
Musa Abu Marzuq, anggota Biro Politik Hamas (pal-home.net)Kedua, Israel menghentikan agresi secara sepihak tanpa perundingan dan kesepakatan apapun. Ketiga, DK PBB mengambil alih dan menghentikan aksi saling serang seperti peristiwa agresi Israel pada akhir tahun 2008 silam.
Mengenai pencabutan blokade Gaza sebagai syarat utama gencatan senjata yang diajukan Hamas, Abu Marzuq menyatakan bahwa pihaknya menginginkan rakyat Palestina di Gaza dapat hidup normal seperti bangsa yang lain.
Menurutnya, Hamas dan kelompok perjuangan Palestina yang lainnya siap menerima apapun persyaratan yang diajukan terkait pembukaan perbatasan yang menghubungkan Gaza dengan dunia luar, selama Israel tidak masuk dalam pihak yang mengawasi pengelolaan perbatasan.
Abu Marzuq menekankan bahwa seruan gencatan senjata paling kencang saat ini justru datang dari pihak Israel dan sekutu-sekutunya seperti AS, padahal sebelumnya yang mengancam dan meneror rakyat Gaza dengan serangan darat adalah negara penjajah Yahudi itu sendiri. (islammemo/rem/dakwatuna)

Gaza truce ends

Gaza town in ruins after devastating Israeli attack

Rejim Zionis sambung operasi tidak berperikemanusiaannya di Gaza

Rejim sambung operasi tidak berperikemanusiaannya di Gaza
BAITUL-MAQDIS: Tentera Israel meneruskan serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas bumi Gaza menerusi darat, laut dan udara sekaligus menamatkan gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam yang dicapainya dengan pergerakan Hamas.

Alasan yang diberikan, adalah Hamas didakwa berterusan melancarkan serangan roket sewaktu berlangsungnya gencatan senjata itu, kata tentera Yahudi dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Menurut wartawan AFP, sejurus kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap tentera rejim Peter Lerner menerusi Twitter itu, beberapa letupan dapat didengar di Gaza termasuk di bahagian timur wilayah Palestin itu.

Pengumuman itu dibuat selepas 10 jam kabinet rejim mengundi meluluskan lanjutan gencatan senjata untuk 24 jam.

Cadangan itu bagaimanapun telah ditolak Hamas yang berkata rejim tidak komited untuk mengundurkan tenteranya dari bumi Palestin.

Angka korban di pihak Palestin kini melebih seribu orang sejak serangan besar-besaran dilancarkan tentera Yahudi 8 Julai lalu.

Pakatan bakal berpecah jika parti komponen tak peduli keputusan bersama


KUALA LUMPUR: Isu politik yang paling besar selepas Hari Raya Aidilfitri ialah sama ada sistem dua parti di Malaysia – Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – akan terus kekal berikutan kemungkinan PR akan berpecah kerana bertentangan pendirian.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata PR mungkin berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang telah pun dicapai secara bersama.
“Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat.
“Tanpa PR, Malaysia akan kembali balik kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu,” katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini hari ini.
Selain pergeseran dalam PR, kemeriahan Aidilfitri tahun ini turut dimalapkan dengan tragedi pesawat udara MH17 yang ditembak jatuh oleh pengganas.
Guan Eng berkata beliau bagi pihak DAP sekali lagi merakamkan rasa kepiluan dan kesedihan serta doa kepada keluarga dan kenalan mangsa-mangsa tragedi MH17 serta MH370 yang hilang secara misteri.

Balik Raya: 16 jam ke Kota Bharu, 11 jam Alor Setar

Kesesakan jalan raya teruk dilaporkan berlaku untuk perjalanan ke utara dan Kelantan menjelang hari raya Aidilfitri esok atau lusa.

Perjalanan ke Kota Bharu dilaporkan mengambil masa sehingga 16 jam manakala ke Alor Setar pula 11 jam semalam, lapor Berita Harian.

Kesesakan teruk itu juga menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R), bersahur di stesen minyak dam beratur satu jam untuk mengisi petrol, lapor harian itu lagi.

“Kami sekeluarga terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam untuk ke Kota Bharu, Kelantan dan menggunakan inisiatif lain melalui jalan kampung.

“Saya ingatkan dengan melalui jalan kampung keadaan jalan semakin lancar, tetapi sama juga seperti melalui lebuh raya,” seorang pengguna Khairizan Sabtu, 48, dipetik sebagai berkata.

Hadiah Hari Raya Terakhir Tanpa GST

Kerajaan mengumumkan kadar baru tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu.

Kadar tol baru arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70, RM14.70, RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80, RM10.20, RM13.60, RM3.40 dan RM5.50.

Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90, RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30


"Kadar tol baru di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya.

Menurut beliau, kutipan tol tersebut akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut.

Bantuan perubatan tiba di Gaza

Bantuan ubat-ubatan yang disalurkan kepada mangsa peperangan di Gaza. 
SHAH ALAM - Sebanyak 16 lori yang membawa bantuan berupa ubat-ubatan kepada mangsa kekejaman rejim Zionis berjaya di bawa masuk ke Gaza setelah tempoh gencatan senjata sementara diumumkan kelmarin.

Pengerusi Lembaga Amanah Aqsa Syarif, Prof Madya Doktor Hafidzi Mohd Nor berkata, ubatan tersebut adalah hasil sumbangan daripada pelbagai persatuan perubatan yang disenaraikan di bawah gabungan Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA).

Menurutnya, bantuan yang disalurkan kepada mangsa peperangan di Gaza termasuk peralatan perubatan untuk situasi peperangan yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 “Kebanyakan keperluan perubatan yang diterima termasuk alat pembedahan dan yang paling utama ialah kelengkapan pemindahan darah (Intravenous Line) kerana kebanyakan mangsa di Gaza kehilangan banyak darah.

“Bantuan ubatan dan kelengkapan tersebut akan diserahkan kepada Kem Kesihatan di Gaza untuk diagihkan kepada hospital yang terjejas,” katanya.

Namun, katanya, sukarelawan seperti doktor dan pegawai perubatan masih belum dibenarkan masuk akibat pihak Mesir yang menghalang mereka di sempadan pintu Rafah.

“Hanya bantuan ubatan sahaja yang berjaya masuk ke Gaza dalam tempoh beberapa jam gencatan senjata dan pekerja kemanusiaan masih belum boleh menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas,” katanya.

Kemeriaan Aidilfitri, penderitaan rakyat di Gaza jangan dilupai

10580023_758877944153714_5770116902554277006_nSHAH ALAM, 27 JULAI: Sambutan Aidilfitri di negara ini kebiasaannya berlangsung meriah sejurus tibanya bulan mulia Ramadan dan suasana makin hangat menjelang 10 malam terakhir.
Lokasi seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) dan Jalan Masjid India sudah pastinya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara untuk membeli belah.
Warga kota sudah pastinya akan bersesak di lebuhraya menuju ke destinasi halaman masing-masing sehingga mengakibatkan perjalanan memakan masa lebih daripada kebiasaan.
10496142_820764804609453_6167058382260708496_oNamun disebalik kemeriahan dan kegembiraan yang kita lalui, suasana berbeza menyelubungi penduduk negara bergolak Palestin yang kini sedang bertarung nyawa mempertahankan tanah air tercinta.
Bumi Gaza bermandikan darah sejak minggu pertama Ramadan dengan mengorbankan ramai nyawa kanak-kanak dan wanita terus menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis yang sentiasa memilih bulan Ramadan untuk membuat serangan.
Pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, dalam keadaan serangan yang dilancarkan rejim Zionis masih belum reda, sudah pastinya rakyat Gaza tidak membuat sebarang persiapan menyambut Aldilfitri ditambah dalam keadaan yang menyukarkan mereka untuk keluar rumah.
“Tidak ada persiapan kerana tidak boleh keluar rumah. Kalau perang tidak tamat tidak ada raya,” katanya dalam satu temubual khas kepada Selangor Kini.
Secara lazim katanya, suasana Ramadan lebih meriah berbanding sambutan Aidilfitri di Gaza.
Namun, budaya membeli belah dan membuat persiapan Aidilfitri tidak ditinggalkan dan kanak-kanak merasakan keterujaan untuk menyambut kemeriahannya.
Katanya, setiap kanak-kanak lelaki akan membeli senapang dan bermain kejar-kejaran di jalanan.
“Lazimnya Ramadhan lebih meriah dari Raya (Aidilfitri) di sini.

Hamas: Rejim Zionist patut keluar Gaza jika mahu gencatan senjata

gazaGAZA, 27 JULAI : Pergerakan Hamas di Genting Gaza menolak gencatan senjata kemanusiaan tentera Israel meskipun ia dilanjutkan selama 24 jam untuk menghentikan seketika pertempuran di wilayah itu.
Sebaliknya Hamas yang menguasai Gaza berkata pihaknya hanya akan menerima gencatan senjata jika tentera Israel meninggalkan wilayah berkenaan, lapor Reuters.
Hamas dilaporkan mahu menamatkan sekatan Israel-Mesir di Gaza sebelum bersetuju untuk menghentikan permusuhan.
Sebelum ini, Menteri Israel memberi isyarat bahawa perjanjian menyeluruh untuk menamatkan konflik selama 20 hari dengan Hamas yang menyebabkan sekurang-kurangnya 1,050 penduduk Gaza terbunuh “masih jauh”.
Pada Sabtu, ratusan penduduk Gaza mengambil kesempatan memenuhi jalan-jalan utama sejurus gencatan senjata dikuatkuasakan dengan ada di antaranya kembali ke rumah masing-masing bagi memeriksa kesan kemusnahan akibat serangan rejim zionis dan membeli makanan untuk disimpan.
Israel menerusi Operasi Perlindungan Sempadan terus menggempur Gaza dari darat ke udara serta menyerang kepentingan awam dengan mendakwa Hamas menyembunyikan senjata mereka di situ.
Konflik itu setakat ini telah membunuh lebih 1,000 penduduk Gaza dengan kebanyakan jumlah terkorban adalah orang awam.
Kira-kira 46 buah sekolah, 56 buah masjid dan tujuh hospital turut tidak terkecuali menjadi bedilan tentera Israel.

Perutusan raya DAP bimbang Pakatan pecah

DAP hari ini menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku perpecahan Pakatan Rakyat ekoran kegagalan sebuah komponennya menghormati janji dan keputusan bersama.

Tanpa menamakan parti atau perkara dirujuk secara langsung, DAP membangkitkan isu bagaimana keputusan majlis tertinggi Pakatan “ditidakkan begitu sahaja”.

“Isu politik yang paling besar selepas hari raya Aidilfitri ialah sama ada sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan mungkin pecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji kepada keputusan yang telah pun dicapai secara bersama.

“Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam majlis pimpinan tertinggi Pakatan boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival Pakatan akan terus terguggat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau dipercayai merujuk kepada pendirian pemimpin kanan PAS yang tidak nampak keperluan untuk menukar menteri besar Selangor yang dicadangkan oleh PKR.

Memaknai Aidilfitri


HariRaya

oleh EDRY FAIZAL

Penghujung Ramadan merupakan tempoh paling mencabar bagi umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya berketurunan Melayu. Secara idealnya mereka diharapkan bersedih dengan pemergian Ramadan, namun pada masa sama mood gembira perayaan semakin menguasai suasana.
Hampir saban tahun sepertinya pertembungan paling utama menjelang Aidilfitri adalah antara “yang sepatutnya” dan “yang kebiasaannya”. Di satu sudut masyarakat berdepan dengan Aidilfitri sebagaimana kebiasaan saban tahun, penuh keraian dan keramaian. Di satu sudut lagi ada kumpulan mahukan Aidilfitri dalam bentuk yang sangat ideal, segala kebiasaan-kebiasaan menyakitkan matanya kerana tidak cocok dengan ideal yang difahaminya.
Ada yang bahagia dengan suasana riang dan ria Hari Raya, ada yang rasa semput di dada melihat umat manusia terlalu bergembira. Masing-masing dengan makna Aidilfitri tersendiri. Apakah makna sebuah Aidilfitri?
Ketika mencari makna Hari Raya Aidilfitri pula, rata-rata umat Islam di Malaysia sudah mahir dengan jawapan mengikut skema pemarkahan, “Aidilfitri bermaksud kembali ke fitrah”. Fitrah bagaimana? Fitrah manusia itu bentuknya derita atau menggembirakan? Apakah bererti sebuah makna kalau tidak dapat dirasa?
Makna secara harfiahnya pula lebih mudah, sepertimana diterjemahkan saudara-saudara Muslim di Filipina, id al-fitr adalah Hari Raya Berbuka Puasa. Ya, tidak semua dari generasi yang galak menggunakan perkataan ‘iftar’ ketika Ramadan nampak kaitannya dengan ‘fitr’ dalam Aidilfitri.
Pencarian makna boleh jadi melelahkan. Makna yang diajarkan kadangkala tidak dapat dilihat dan dirasa dalam pengalaman dan pengamalan budaya. Sehingga akhirnya seolah-olah harus buat pilihan. Tinggalkan kebiasaan sekeliling demi menyambut maknanya yang lebih transenden.
Barangkali apakah itu Aidilfitri sangat bergantung kepada penyambutnya.

Ustaz Ahmad Yakob | Kuliah Jumaat 25 Julai 2014

TGNA | Kuliah Jumaat 25 Julai 2014

Khalid: Maaf & terima kasih, Tuan Guru

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan terima kasih terhadap sokongan dan “pencerahan” oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana menyatakan sokongan pada pentadbirannya.

Membahasakan Nik Aziz (bawah) dengan “Tuan Guru”, Khalid dalam kenyataannya turut memohon maaf kerana isu pertukaran menteri besar Selangor secara langsung dan tidak langsung memberi kesan di penghujung Ramadan.

Khalid berkata, 10 hari-hari terakhir Ramadan sepatutnya diisi dengan ibadah tetapi kini “terpaksa disulami dengan kemelut politik”.

“Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku,” katanya.

Khalid juga berjanji, sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan pastikan pentadbiran Selangor diurus dengan sebaik-baiknya sebagaimana mandat yang diberikan rakyat sejak 2008.

Beliau juga berjanji akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri memperoleh keberkatan Allah.

Nik Aziz hari ini tampil menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Khalid, sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid dalam pilihan raya umum lalu, Nik Aziz berkata beliau tertanya-tanya, salah apakah Khalid hingga ingin digugurkan.

Antara trajedi di KEDAH & SELANGOR... Apa Presiden PAS mahukan..??

Mugabe Robert ·
Apa yang sebenarnya PKR ingin lakukan ialah pencegahan awal sebelum lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku. Kalau ikut cara TGHH, dua (2) negeri terlepas iaitu Terengganu dan diikuti dengan Kedah (kedua2nya hanya sepenggal). Bagi kes Kedah umum sudah mengetahui krisis dan kemelut antara MB dengan exco tetapi TGHH selaku Presiden berlepas tangan dan tidak mahu campurtangan kononnya untuk menjaga hati hingga menjadi barah. Akhirnya Kedah terlepas semula kepada UMNO.
Begitu juga dengan kes Selangor. Bagi awal penggal pertama TS Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang kerana kebajikan rakyat terjaga, dasar dan polisi Pakatan Rakyat terpelihara kerana Tan Sri Khalid tegas dan segala tindak tanduknya selari dengan dasar Pakatan Rakyat.

Namun segala-galanya mula berubah apabila memasuki penggal kedua apabila kes hutangnya mula menghantui hidupnya. Penyelesaian hutangnya sebanyak RM70 juta telah diselesaikan diluar mahkamah tetapi segala syarat dan termanya tidak dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan. Ditambah lagi dengan isu2 berikut:
1. Pada penggal pertama Tan Sri Khalid begitu bertegas dalam isu penstrukuran semula air dan menolak mentah2 projek Langat 2. Tapi apa sudah jadi pada penggal kedua? Secara tiba2 Tan Sri Khalid telah menandatangani MOU dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkannya kepada pucuk kepimpinan malah para exconya tidak diajak berunding. Bermakna beliau telah membuat keputusan bersendirian dan membelakangkan pimpinan parti sendiri dan PR. Maka terkial-kial Datuk Seri Anwar untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam isu MOU ini;

Isu MB: Saya sokong kenyataan Presiden - TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu.

"Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.

Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden.

"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.

Israeli army releases Gaza video

Barisan bakal perdana menteri Malaysia

Barisan bakal perdana menteri MalaysiaZAHID, Shafie, Hishammuddin, Khairy, Mukhriz, Anwar, Hadi, Lim Kit Siang dan Ku Li. Satu daripada dua tiga nama di atas besar kemungkinan jadi perdana menteri, paling kurang timbalan perdana menteri, “all being well ,of course”, tegas Speaking. Yang lain berangan sahaja. Apa pun jangan cepat putus harapan, selagi bernafas ada harapan! Keghairahan sesetengah amat sukar dimengerti. Beyond belief, really. Tetapi ada kemungkinan juga “a dark horse” akan menjelma, yakni calon di luar dugaan.
Kewajipan paling berat seorang presiden dan (perdana menteri) mesti pikul, madah Presiden Lyndon Johnson, “is not to do what is right, but to know what is right” - bukan melakukan apa yang baik dan betul tetapi mengetahui sesuatu itu wajar dan saksama dalam tindakannya. Berdasarkan rekod dan pengalaman dan tanggapan rakyat, siapa antara mereka yang nama saya sebutkan tadi layak menggantikan Najib Tun Razak apabila masanya tiba?
Saya tidak senaraikan Muhyiddin Yassin kerana dia sendiri telah berkata berkali-kali - jika kita percaya cakapnya - dia tidak minat jadi PM bahkan berura-ura berhenti sebagai Timbalan PM. Kalaulah ini benar what and who is stopping him? Andainya Muhyiddin teruskan “hasratnya” siapa penggantinya di antara tiga Naib Presiden Umno yang paling qualified; mempunyai kapasiti, abiliti dan potensi yang Malaysia boleh berbangga di luar lurah, desa dan kampung kita?.

Mengikut kolumnis The Star, Joceline Tan, walaupun Najib tersasul, yakni sukar menyebut perkataan “proliferation” dua kali di depan Barack Obama, dia, Najib, petah bercakap dalam bahasa Inggeris dan bahasa Inggerisnya lebih baik daripada Obama. Najib bercakap Queen’s English sementara Obama berbicara dalam loghat American English. Kolumnis itu disokong oleh Alwi Che Ahmad, Adun Kok Lanas, kawan baik Tan yang mendakwa: “I am proud to be a Malay but I am also proud my Prime Minister did not speak English like a Malay (tersirat seperti Muhyiddin, Zahid, Shafie, Dr Mahathir dan bekas bos Alwi sendiri, Badawi?”)
Sepupu Najib pula, Hishammuddin Hussein Onn, seperti PM dianggap bercakap Queen’s English hasil pendidikan di England semasa mereka masih budak. Ramal Tan peranan Hishammuddin dalam peristiwa MH370 “has put him back into the running for the top job”. Yakni kepetahannya dalam bahasa Inggeris telah meletakkan kembali Hishammuddin sebagai seorang bakal perdana menteri. Peristiwa MH370 menunjukkan betapa pentingnya pemimpin kita fasih bahasa Inggeris.
Adakah ini bermakna peluang Zahid dan Shafie tipis jadi PM kerana keduanya menggunakan bahasa Inggeris loghat Melayu dan tidak idiomatik? Saya kira tidak. Benar bahasa Inggeris mustahak tetapi ilmu, akhlak, amanah, senang didekati dan tidak bongkak mesti didahulukan. Apa pun perwakilan dan pemimpin Umno menentukan siapa PM dan siapa TPM. Populariti atau 'likeability' pada akhirnya akan menentukan siapa berjaya. Memang bagus dan ideal kalau PM dan TPM bahkan menteri, timbalan menteri juga setiausaha politik harus boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan sempurna – di tahap yang diterima dalam kampung global. Lihat sahaja tidakkah memalukan kita kalau pemimpin kita bercakap Inggeris seperti Yingluck Shinawatra? Sungguhpun elit Thai ''embarrassed'' mendengar dan melihatnya tetapi Yingluck menang dua kali pilihan raya umum dan memimpin negara itu. Seboleh-bolehnya kita cari dan memilih calon yang bahasa Inggeris dan Melayunya baik tetapi lebih utama, pada saya, moral, kejujuran, abiliti dan senang didekati dan tidak sekali munafik serta bersalin muka tiap waktu.

Isu MB: PR salah tafsir, kata Iskandar

Iskandar
SHAH ALAM - Pas Selangor menzahirkan rasa lega dan bersyukur dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan sudah menjelaskan beberapa kekeliruan.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah tersalah tafsir dengan kenyataan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu.

“Ayat tersebut telah disalahtafsirkan sebagai PR telah meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Walhal seperti yang disebut oleh kenyataan itu hanya bermaksud menerima cadangan dan akan membawa perkara itu ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Beliau berkata, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.

Hadi ‘checkmate’ Anwar dengan pertahan Khalid sebagai MB, kata Utusan

Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor tetapi hasratnya dihalang presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2014.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor tetapi hasratnya dihalang presiden PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider,
Utusan Malaysia melalui suara kolektif pengarangnya, Awang Selamat, hari ini menyokong penuh tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.
Awang Selamat berkata, hujah presiden PAS yang menolak cadangan PKR menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dengan menyatakan menteri besar Selangor tidak pernah mengkhianati rakyat merupakan satu tamparan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
‎"Awang menyokong presiden PAS, Hadi Awang yang mempertahankan Khalid sebagai menteri besar.
"Umpama permainan catur, Hadi 'checkmated' Anwar. Penolakan rakyat dan banyak pihak dalam isu bukan sahaja terhadap Dr Wan Azizah malah kepada Anwar," katanya dalam tulisan di edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Utusan Malaysia mendakwa kerakusan ketua umum PR itu yang ingin melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor merupakan percaturan peribadi yang memakan diri.
"Disebabkan kerakusan untuk menempatkan isterinya sebagai menteri besar atas percaturan peribadi, Anwar berdegil mengumumkan perkara itu kerana yakin usahanya akan berjaya.
"Ternyata strategi beliau makan diri. Bukan sahaja rakyat akar umbi di Selangor menolak, ahli PKR turut kecewa dengan menuntut mesyuarat agung luar biasa, yang Anwar tentunya tidak berani adakan. Lebih mengejutkan PAS, parti sekutu pakatan pembangkang turut membantah," katanya.
Hadi membuat kejutan pada Jumaat apabila menyatakan sokongan terbuka agar Khalid dikekalkan walaupun Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan hak PKR.

Pakatan tidak akan ke Putrajaya selagi Hadi presiden PAS

Amin Iskandar@Black
Tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor membuktikan beliau tidak peduli dan tidak kisah dengan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang membuat keputusan bersetuju agar Khalid digantikan PKR dihadiri pemimpin kanan parti Islam itu seperti timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli jawatankuasa (AJK) Pusat Dr Hatta Ramli.
Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada media pada 23 Julai lalu, Majlis Pimpinan PR menyatakan mereka sudah sebulat suara bersetuju, “menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.”
Isyarat yang diberikan presiden PAS itu kepada umum adalah beliau tidak peduli dengan keputusan PR dan timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda dan AJK parti itu tidak layak mewakili pandangan partinya.
"Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, pada Jumaat.
Kenyataan Hadi juga merupakan satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana PR sudah bersetuju kerusi menteri besar Selangor merupakan milik PKR.
Apabila PR bersetuju kerusi menteri Selangor itu milik PKR, PAS tidak seharusnya campurtangan siapa pun calon yang bakal diletakkan di negeri terkaya itu.
Bayangkanlah jika PKR dan DAP campurtangan dalam pemilihan kerusi menteri besar di Kelantan atau di Kedah dahulu, bagaimana perasaan PAS?
Sebagai respon balas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan menteri besar Kedah dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN) selepas sepenggal diperintah PR.

Nik Aziz: Apa salah Khalid Ibrahim?

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tampil menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Sependapat dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Aziz membangkitkan soal prestasi cemerlang Khalid memimpin Pakatan Rakyat negeri dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan menteri besar?” soal Nik Aziz.

“Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihan raya umum yang lepas, prestasi Pakatan di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi menteri besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan.”

Shujayea - Massacre At Dawn

Truce gives Gazans chance to assess damage

Thousands at Peace Rally in Tel Aviv

Protesters in Europe show anger over Gaza

Protesters across Europe denounce Israel's Gaza offensive

Palestin: Hukum letup diri harus, kata Dr Maszlee

Hamas calls Israel truce terms 'unacceptable'

Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

Melayu, kenapa kau nak jadi Arab?

SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?

Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu -- bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu -- kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".

Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."

Israel akui kehebatan pejuang Hamas

Briged al-Qassam membuat kejutan dengan melakukan strategi baharu peperangan. 
KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap

Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh.

Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila  senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.

Hari Raya Aidilfitri: yang perlu dan yang jangan dilakukan

Hari Raya Aidilfitri: yang perlu dan yang jangan dilakukan
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

'No more' salam-salam bukan mahram


'No more' salam-salam bukan mahram

MAKLUMLAH, bila saudara mara sudah berkumpul, semua main redah je bersalam.

Antara alasan popular, "dia dah hulur, terpaksa la salam".

Peluang ini biasanya suka diambil orang lelaki. Atau mungkin mereka sudah terbiasa dengan amalan bersalam sesama lelaki dan perempuan.

Mungkin kita boleh tukar amalan sebegini. No more salam-salaman sesama lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Kerana Nabi sudah memberi amaran. Sabda  Nabi Muhammad SAW,

لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ

“Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.” (riwayat Thabrani dalam Mu’jam Al Kabir 20: 211. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini shahih)

Amaran ini sangat keras. Lebih baik ditusukkan besi ke kepala dari bersalam lelaki dan perempuan.

Berani ke tusuk besi kat kepala?

 Haram berjabat tangan lelaki & wanita bukan mahram

Baru-baru ini ada orang bertanya hukum lelaki bersalaman dengan perempuan bukan mahram. Saya kira perkara ini telah dijawab berulang kali sejak dahulu lagi.
Secara ringkasnya, menyentuh wanita bukan mahram; bersalam, tepuk bahu, jentik telinga, apatah lagi memegang, memeluk dan sebagainya, ia merupakan perbuatan yang haram. Tidak kira kita bersalam dengan pemimpin atau orang bawahan, rakyat bersalam dengan pemimpin, pemimpin bersalam dengan rakyat.
Perkara ini perlu difahami, ia datang dari syariat. Ia adalah perkara agama. Ia bukan perkara di mana jika masuk parti A boleh salam, masuk parti B tidak boleh salam. Ia bukan sekejap boleh dan sekejap tidak boleh. Ini adalah perkara agama dan ia mesti dipraktikkan pada setiap masa dan keadaan.
Ini bukan jumud dan ini bukan ekstrim, tetapi ini adalah prinsip Islam. Kadangkala orang kita apabila datang isu kalimah Allah mereka akan bertegas. Ya, dalam konteks Malaysia, kalau perkataan tersebut disalah gunakan maka akan berlaku kesalahfahaman. Berlaku salah faham kerana kita tidak mendidik anak-anak kita atau sistem pendidikan kita dengan ilmu agama yang cukup mantap. Kita bukan mengatakan sistem pendidikan tidak betul, tetapi kekurangannya ada dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Jadi dalam keadaan sekarang saya berani kata 80% kalau kalimah Allah itu digunakan sewenang-wenangnya seperti dalam risalah yang saya tengok dengan mata saya sendiri judulnya berbunyi “Allah maha pengasih”. Tetapi di bawahnya dia menceritakan tentang Jesus. Kalau disebarkan risalah seperti itu kepada anak-anak yang masih tidak tahu membezakan yang benar dan salah, dia akan menganggap itu sebahagian daripada agamanya. Namun perkara itu masih lagi terbuka kepada perbincangan.
Tetapi isu-isu yang serius seperti merayakan perayaan non-muslim, isu bersalaman lelaki dan wanita bukan mahram, ini adalah isu yang serius. Wujud di sana dalil-dalil dan nas-nas yang qat’i.
Saya tertarik membaca ulasan Syaikh Muhammad Amin Al-Syanqithi dalam Adwa-ul Bayan apabila dia membahaskan tentang menyentuh perempuan bukan mahram.
Hukumnya dimaklumi haram dan beliau membahaskan sebab dan hujahnya melalui beberapa sudut;
Pertama, kerana dalilnya jelas.

Bahtera yang ada nakhodanya - TGNA

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?

Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya? Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan?

Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

 PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.

Can Malaysia Airlines survive?

War on Gaza: Complicated by Egypt?

Report: Mortars fired from Gaza

Gaza: Why is Rafah crossing so important?

Funerals held for two Palestinians killed in West Bank clashes

Kerry Lays Out Ceasefire Goals for Gaza

Gazans stock up on food during truce