Khamis, 24 Julai 2014

Iraq bus attack kills 52 prisoners, nine police

Koresponden Awani ditahan puak pemisah

CNN freelance journalist kidnapped

Algerian PM: Air Algerie AH5017 vanished in E.Mali

Gaza: Israeli shell hits UN shelter 'killing 15 & injuring over 200

UN official confirms attack on Gaza civilian shelter

UN School Used As Shelter Hit by Tank Shell

Israeli shells hit UN shelter in Gaza

Crashed Algerian jet: Latest report

Pesawat Air Algerie AH5017 terhempas di Niger kerana cuaca buruk

Satu penerbangan Air Algerie yang dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers disahkan terhempas hari ini.

Laporan Reuters memetik kenyataan pihak berkuasa Algeria menyebut, pesawat membawa 110 orang penumpang itu disahkan terhempas.

"Saya boleh sahkan ia terhempas," kata pihak berkuasa itu.

Terdahulu agensi itu yang memetik laporan agensi tempatan APS menyebut pihak berkuasa terputus hubungan dengan pesawat AH 5017 selepas ia berlepas dari Burkina Faso.

Syarikat penerbangan persendirian Sepanyol, Swiftair mengesahkan ia terputus hubungan dengan pesawat MD-83 yang dikendalikan Air Algerie, yang menurutnya membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

MH17: Duta Rusia Bohong!


Anda percayakan Rusia dalam saga MH17 ini?


Duta Russia ke Malaysia Lyudmila G Vorobyeva memanggil sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi tadi dan seperti dijangka menunjukkan “sindrom tidak mengaku bersalah”.
Takkan lah beliau hendak memberi butiran lebih banyak daripada yang diberi media Russia.
Walaupun ada beberapa bukti kabur yang menunjukkan pemberontak Russia menjadi dalang kejatuhan MH17, Russia telah menyalahkan Ukraine dan CIA Amerika Syarikat, sedangkan Amerika Syarikat pula menyalahkan Rusia.
Takkan anda lupa, Russia yang menyebabkan wilayah Ukraine bergolak berikutan penaklukan Crimea pada Mac lalu. Anda tentu tahu ia menjadi krisis di Timur Eropah itu.
Takkan anda tak faham lagi sikap Rusia menafikan, menafikan, menafikan segalanya sedangkan bukti berkata pemberontak Russia  yang menembak jatuh burung besi 9M-MRD dengan 298 penumpang dan anak kapalnya.
Semua gambar dan rakaman suara mengatakan pemberontak Russia inilah pembunuhnya sedangkan Russia menafikan tuduhan terhadapnya.
Siapa nak mengaku bertanggungjawab dengan pembunuhan itu kerana bukti-bukti sudah dialihkan daripada tempat kejadian.
Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk hanya ada pembedil mudah alih.
“Jaraknya 5,000m sahaja dan tidak mampu menembak sasaran pesawat berada di udara pada paras 10,060m,” The Malaysian Insider memetik kenyataan Vorobyeva.
Habis dia hendak cakap apa lagi?

Kehilangan Pesawat MH370 Adalah Konspirasi Peringkat Tertinggi & Permainan Pengganas Bertaraf Dunia?

MH370 Mahathir
Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dinafikan figura politik yang gemar membaca dan menganalisa setiap laporan, topik mahupun isu semasa yang berbangkit di Malaysia.
Berita Semasa boleh katakan di sini….Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang terbaik daripada sudut berkata-kata dan hujah yang cuba disampaikan kepada media. Semuanya kerana “ilmu” dan sikapnya yang suka membaca. Ada benarnya dan ada juga “kurang tepat”
Siapa sangka sebuah kapal terbang sepanjang 63 meter boleh hilang begitu sahaja tanpa khabar berita sehingga ke hari ini setelah 4 bulan berlalu setelah aspek teknikal dan faktor manusia digunakan. Tiada langsung.
  • Meletup pun tidak
  • Samada dirampas pun tidak pasti
  • Terhempas pun bukan
  • Tetapi hilang…..hilang di mana sehingga ke hari ini tiada lokasi yang spesifik dan petunjuk yang lebih meyakinkan
  • Bangkai pesawat dan serpihan pesawat Mh370 apatah lagi, jauh sekali untuk dijumpai
  • Semuanya bertitik tolak kepada kemungkinan, mungkin, mungkin dan mungkin
  • Dan kapal terbang MH370 terus kekal misteri

Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Analisa Tun Mahathir?

Misteri Kapal Terbang MH370
Sangat tidak logik bunyi tetapi seluruh dunia umumnya dan industri perbengan dunia telah pun tercacat sejarah di mana pesawat MH370 telah hilang “di dunia” walaupun Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan MH370 telah “berakhir” lautan Hindi (SEPERTI DI SINI). Tetapi masih ramai lagi yang masih sangsi dan sukar untuk mempercayainya. Termausklah Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia
  1. Tun Dr Mahathir ada bertanyakan kepada pakar-pakar penerbangan dunia, semuanya tidak pasti status misteri pesawat MH370
  2. Malah Tun Mahathir sangat yakin pesawat MH370 sebenarnya tidak terhempas pun tetapi Tun Mahathir mengatakan kemungkinan besar Agensi Pusat Perisikan CIA dan syarikat Boeing yang bertanggungjawab dalam tragedi MH370 kali ini
  3. Tun Mahathir mengatakan sesuatu yang membazir wang dan masa mencari kononnya serpihan pesawat Mh370 di lautan Hindi
  4. Tun Mahathir mengatakan sebenarnya pesawat MH370 telah disembunyikan pada ketika ini di suatu lokasi yang tidak diketahui yang mana identiti dan logo MAS telah dibuang
  5. Tun Mahathir mengatakan ada kemungkinan CIA telah “merampas” kawalan kapal terbang MH370 Malaysia Airlines dari jarak jauh sehingga menyebabkan penerbangan autopilot MH370 telah terganggu di udara
Tun Mahathir merasakan pesawat MH370 yang berada jauh di udara pasti akan turun ke permukaan muka samada berjaya mendarat dengan selamat ataupun terhempas, bukannya hilang begitu sahaja tanpa petunjuk dan khabar berita
Apatah lagi dengan sistem komunikasi yang berteknologi tinggi, radio, satelit pengesan dan kamera perakam yang mampu merakam diseluruh pelusuk dunia sepanjang masa dengan jelas pada kapasiti yang besar lebih-lebih melibatkan peralatan tentera termasuk mengesan siapa yang mahu membangunkan teknologi nuklear, bom dan pasang roket
Di zaman ini tidak boleh sembunyi.

Misteri Kehilangan MH370 Terkini : Laporan FlightGlobal

Kapal Terbang MH370 Hilang 
Dan mengejutkan, apabila berdasarkan laporan artikel Flightglobal.com oleh John Croft pada 1 Disember 2006 telah menunjukkan di sini :

Umat Islam wajib bantu Gaza - Qaradhawi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi menegaskan bahawa pejuang dan rakyat Palestin tidak boleh dibiar bersendirian dalam menghadapi rejim Zionis Israel.

Menulis di Twitter beliau, Qaradawi berkata, seluruh dunia khususnya umat tidak boleh hanya berpeluk tubuh melihat rakyat Palestin diratah tentera rejim.

Katanya, antara tugas penting umat Islam ketika ini adalah menyokong Palestin dengan menyumbang makanan, bekalan perubatan dan juga senjata.

"Islam menganjurkan perpaduan tidak kira berapa banyak jumlah negara-negara Islam yang ada. Pejuang Palestin tidak boleh ditinggalkan sendirian," tulis beliau.

Beliau juga mengutuk sikap negara Arab yang berdiam diri dalam isu Palestin ini.

Malah lebih malang kata beliau apabila melabelkan Hamas sebagai pengganas.

"Melabelkan gerakan Hamas sebagai pengganas adalah satu tragedi," katanya.

Tentera Israel dipecat kerana takut Al-Qassam


KUALA LUMPUR: Media Zionis semalam melaporkan pihak tentera rejim itu terpaksa memecat anggota tenteranya ekoran enggan menyertai serangan ke atas Gaza kerana takut terbunuh di tangan pejuang Palestin.

TV10 Israel melaporkan, puluhan anggota tentera rejim menolak untuk menaiki kenderaan perang untuk memasuki Gaza.

Nama anggota-anggota itu juga disenarai hitam dari menjadi askar untuk seumur hidup.

Sehingga semalam, lebih 30 askar rejim Zionis maut berdepan serangan balas sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam ketika mereka melakukan serangan darat ke atas Gaza.

Israel serang hospital, bekalan perubatan kronik

Occipied Air siar keganasan Israel secara langsung

Tanda sokongan #SupportGaza trending di Twitter

Israel blames Shujayea civilians for not evacuating

Israeli spokesman defends targeting of Gaza hospital: July 21 Interview

Apa maknanya Advokasi OKU dalam Islam?

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF 

TIDAK lengkap rasanya pada penghujung Ramadan ini apabila saya tidak menitipkan sesuatu untuk direnung hasil dari penubuhan Sekretariat Prihatin OKU bersama Parti Islam Semalaysia, PAS. Apa tidaknya, pada bulan Ramadan inilah PAS melakar sejarah tersendiri sebaik tertubuhnya Sekretariat Prihatin OKU pada 22 Ramadhan 1433H bersamaan 11 Ogos 2012.

Sepanjang penubuhan sekretariat yang kini baru saja berumur dua tahun, sungguh saya dan rakan-rakan seperjuangan berasa bersyukur dengan apa yang dilalui. Bukanlah sekadar hasil material yang menjadi ukuran, lebih dari itu melalui sekretariat ini kami kian berpeluang membawa agenda pembangunan golongan Orang Kurang Upaya OKU yang telah diajari oleh Rasul Allah SAW dan ditunjukkan oleh para sahabat RA.

Sungguh kami meyakini betapa Islam itu telah cukup segala macam model dan prinsip-prinsip asas kepada pembinaan insan termasuk golongan OKU. Melalui sekretariat ini kami punyai cukup ruang untuk berkongsi rasa dan keyakinan yang didasari Al-Quran dan Sunnah bersama seluruh umat Islam umumnya dan para pendokong serta penyokong parti yang berteraskan Islam.

Pada ruang yang ada kali ini, ingin saya tumpukan kepada cabaran-cabaran yang bakal ditempuh pada masa-masa mendatang. Sebetulnya kami tidak mampu sekadar bersendirian dalam mencetus perubahan ini melainkan didokong dan disokong bersama oleh seluruh umat Islam.

Cabaran paling utama dalam mencetus suatu anjakan perubahan dalam membangunkan OKU di negara ini ialah kesedaran masyarakat dan OKU itu sendiri kepada potensi dan keupayaan yang ada pada setiap individu OKU. Bahkan cabaran ini turut dipikul oleh para penggiat OKU di tempat-tempat lain. Yang berbeza hanyalah suasana dan bentuk cabaran yang dihadapi.

Justeru, suatu istilah yang disebut “advokasi” bagi menggambarkan keperluan usaha ini telah sedia terbina dalam kalangan penggiat-penggiat masyarakat terutamanya mereka yang terlibat dalam usaha-usaha memelihara hak asasi manusia. Apakah advokasi itu suatu yang baru kepada Islam?

Dalam Surah Aali Imran, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya:

'DBKL tak berhati perut pasang palang besi'

NGO Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengutuk tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memasang palang besi di bangku awam di sekitar kota ini bagi mengelak golongan tidak berumah daripada tidur di struktur tersebut.

Menurut NGO tersebut, langkah itu menjadi batu penghalang kepada rundingan yang sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian dalam isu warga miskin kota dan gelandangan.

Kami menganggap ini tindakan kejam dan tidak bertimbang-rasa serta satu bentuk serangan baru pemerintah terhadap warga miskin kota.

“Organisasi yang prihatin tentang warga miskin kota termasuk Dapur Jalanan Kuala Lumpur sedang dalam perbincangan dan perundingan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.

Tindakan agresif memasang palang besi di bangku-bangku awam ini juga telah mensabotaj usaha semua pihak dalam mencari penyelesaian isu warga miskin kota dan golongan tak berumah.

Dr M: Yahudi lebih teruk dari Nazi Jerman

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyembelihan golongan Arab di semenanjung Gaza oleh tentera Yahudi Zionis menunjukkan golongan itu masih belum mengambil iktibar dari pengalaman getir semasa ditindas Nazi Jerman.

Malah, golongan tersebut bertindak lebih teruk daripada Nazi Jerman, kata Mahathir yang mengutuk kekejaman terbaru rejim Zionis di semenanjung Gaza sejak minggu lalu.

"Ketika Yahudi dianiaya Yahudi oleh Nazi di Jerman mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Namun penderitaan itu tidak menjadikan mereka memahami betapa siksanya penderitaan itu.

"Sebaliknya, mereka bertindak lebih teruk daripada Nazi, tidak mempedulikan langsung penderitaan dan pembunuhan yang dilakukan pada pihak lain," katanya dalam tulisan di blog chedet.cc.

Mahathir berkata, golongan Yahudi itu tidak menghamburkan kemarahan mereka ke atas Jerman dan Eropah tetapi sebaliknya menyerang golongan Arab.

"Tetapi mereka sangat bijak. Membunuh orang Arab lebih mudah dan lebih menyeronokkan," katanya.

Mahathir turut mengutuk golongan Yahudi yang menurutnya bongkak dan penuh dengan tanggapan bahawa mereka lebih baik dari orang lain.

"Orang Yahudi mendakwa mereka adalah golongan yang dipilih oleh Tuhan," katanya yang mendakwa golongan tersebut masih percaya demikian selepas melalui pelbagai bentuk penindasan oleh kumpulan Kristian Eropah.

Tiada belas ihsan, Israel terus bedil Gaza

Kerosakan di Al Shejaeiya, ketika operasi ketenteraan Israel di Bandar Gaza. - Foto EPA  
Kerosakan di Al Shejaeiya, ketika operasi ketenteraan Israel di Bandar Gaza. 
GENTING GAZA - PALESTIN. Gaza terus berdarah hari ini apabila kereta kebal dan pesawat Israel terus membedil tanpa belas, menyaksikan angka korban terus meningkat.

Dilaporkan pada hari ke 16 konflik, 718 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam menjadi korban rejim zalim.

AP melaporkan, Israel pula kehilangan 32 askar sejak 17 Julai apabila ia memperluaskan serangan udara kepada serangan darat ke atas Gaza.

Dua orang awam Israel dan seorang pekerja Thailand turut terbunuh. Tentera Laut Israel dikatakan melepaskan lebih 100 tembakan ke bandaraya Gaza dan utara Gaza.

Pasukan penyelamat dihalang daripada beroperasi di kawasan itu kerana tembakan masih belum reda.

Tangisan Rohingya

Gaza Fighting Rages Amid Cease-Fire Efforts

Israel perhebat serangan ke atas Gaza

Runtuhan Universiti Lambang Kezalimen Israel

‘Boycott Israel’: Pro-Gaza rallies across France

Hamas sticks to demand embargo on Gaza be lifted

Algeria plane confirmed crashed

-Dutch mourn as first MH17 bodies arrive in Netherlands

OSCE finds 'puncture marks' on MH17 fuselage

Exclusive - On ground at MH17 crash site

Exclusive - She saw the plane come down

Perakam kotak hitam MH17 rosak

Mayat MH17 tak sempat dibawa pulang sebelum Aidilfitri

MH17: Assessment at several debris sites of plane crash

Where’s the beef? US media blame game VS Russia’s counter-evidence

MH17: Telefon bimbit, kad kredit mangsa disalahguna

MH17: Rusia akan dikenakan sekatan lebih ketat

MH17: Rusia akan dikenakan sekatan lebih ketatEINDHOVEN: Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan bersedia mengenakan sekatan baru terhadap Rusia ekoran insiden kumpulan pemisah Ukraine, yang dikatakan mendapat bantuan Rusia, menembak jatuh Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 .

Menteri-menteri luar dari blok 28 negara berkata mereka akan bertemu di Brussels hari ini untuk merangka satu senarai baru individu dan entiti Rusia untuk dikenakan sekatan atas peranan Moscow dalam krisis Ukraine.

EU bersetuju untuk mempercepatkan sekatan yang lebih luas dan menimbangkan langkah-langkah lebih sukar selepas pesawat MAS ditembak jatuh di timur Ukraine yang didakwa angkara kumpulan pemisah yang disokong Rusia.

Sementara itu,berpuluh-puluh lagi mayat dari lokasi kemalangan Pesawat MAS penerbangan MH17 akan tiba di Belanda pada Khamis.

Mayat pertama dari lokasi kemalangan tiba di Belanda pada hari Rabu, dalam suasana negara tersebut sedang bersedih dan berkabung susulan nahas MH17 yang membabitkan ramai rakyat negara itu.

193 dari mangsa nahas itu adalah warganegara Belanda dan mereka bersatu dalam keadaan bersedih dan marah akibat kelewatan mayat dikembalikan akibat cara kumpulan pemisah menguruskan kawasan kemalangan, mayat mangsa dan harta benda peribadi.

Sokongan untuk pakatan rakyat jatuh 35 peratus - Pas

Khairuddin Othman
KETIKA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim leka memasang angan-angan untuk menjadikan isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail Menteri Besar Selangor, kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang di Selangor merudum sebanyak 35 peratus sejak setahun lalu.
Merudumnya sokongan kepada pakatan pembangkang secara tidak langsung menaikkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sebanyak 10 peratus!
Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman yang menyifatkan banyak kesilapan dan kelemahan pentadbiran menjadi punca kepada kejatuhan itu.
"Walaupun kita mempunyai kekuatan reserve negeri, perkara ini jangan pandang remeh tentang kestabilan politik di Selangor. Masih ada masa untuk PR memperbaiki semua kelemahan yang tidak disedari.
“Pandangan rakyat perlu diambil kira dan hentikan tumpuan kepada isu-isu yang boleh menimbulkan polimek sehingga menyebabkan rakyat bosan akhirnya,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas isu sama, Ketua DAP Selangor, Tony Pua turut mengakui sokongan terhadap pakatan pembangkang sememangnya sudah makin jatuh tetapi tidak menyangka akan jatuh sebanyak itu.
“Kepimpinan pakatan pembangkang perlu memberi perhatian serius terhadap perkara ini yang dilihat sangat membimbangkan jika dibiarkan berlarutan.
“Sokongan kepada PR masih ada tetapi kita harus memantapkan semula barisan demi memastikan BN tidak mengambil kesempatan dengan kelemahan ini,” katanya.

Rumah SelangorKu untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana

Kerajaan negeri merancang untuk membina lebih banyak projek rumah mampu milik seumpama ini di daerah-daerah lain.
18PETALING JAYA: Projek Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku akan dibina oleh kerajaan negeri Selangor di Sungai Sering, Hulu Klang awal Oktober ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, projek ini telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) manakala kebenaran merancang daripada pihak berkuasa akan diperolehi pada Ogos ini.
“Projek Rumah Selangorku menerima peruntukan kerajaan negeri menggunakan wang rezab negeri sebanyak RM100 juta yang dijadikan modal pusingan.
“Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Khalid lagi, sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.
Khalid turut menjelaskan bahawa projek ini merupakan perintis Rumah Selangorku yang mana kerajaan negeri merancang untuk membina lebih banyak projek rumah mampu milik seumpama ini di daerah-daerah lain.
“Rumah Selangorku ini dibangunkan di atas tanah seluas 33 ekar milik Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan menawarkan dua pilihan keluasan iaitu 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

Jangan peralat rakyat untuk agenda politik – MB Selangor

Copy of nazli-mbSHAH ALAM, 24 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu rakyat Selangor diperalat sebagai batu loncatan ke Putrajaya bagi memenuhi agenda politik pihak tertentu.
Beliau mengakui Pakatan Rakyat perlu bercita-cita untuk terus berkembang dengan menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran untuk ke Putrajaya.
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat perlu memberitahu rakyat yang mungkin tidak memikirkan negeri itu akan dijadikan sebagai alat.
“Kalau ini (asas ke Putrajaya) hendak dijadikan, adalah baik bagi Pakatan meminta mandat semula kepada rakyat Selangor.
“Kita mestilah mempertahankan prinsip. Kita menjalankan reformasi untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya pada temu bual khas bersama SelangorKini.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan untuk menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya ketika memulakan pelan Langkah Kajang.
Bagaimanapun, ia tersekat berikutan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Poll: 80% pilih Abdul Khalid kekal jawatan MB

polltskiSHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri Besar.
Melalui satu ‘polling’ yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.
Setakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dengan ‘caption’ Suara Rakyat Selangor, undian itu turut meletakkan tiga pilihan lain iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali dan pilihan terakhir iaitu semua DUN dibubarkan.
Khalid-Ibrahim-SELANGORWan Azizah hanya beroleh 399 undian (11%), Azmin 75 (2%) sementara 241 lagi (7%) memilih untuk DUN Selangor dibubarkan.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR memutuskan memilih Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk melengkapkan ‘Langkah Kajang’ bagi menggantikan Abdul Khalid, pada 21 Julai lalu.
Pengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menerima reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.
Tinjauan Selangor Kini semalam mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai ‘track record’ cemerlang dan bersih sehingga kini.

Selangor: Khalid umum 2,496 rumah mampu milik RM100j


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pembinaan 2,496 rumah mampu milik pertama Selangor di Hulu Klang dengan modal pusingan RM100 juta.

Khalid berkata kerja menanam cerucuk akan bermula bermula Oktober ini selepas mendapat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sementara kebenaran merancang daripada pihak berkuasa akan diperolehi pada Ogos ini.

"Sebanyak 2,496 unit rumah akan dibina yang mengandungi lapan blok dengan setiap blok setinggi 20 tingkat. Projek ini dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.

"Kita menjangkakan proses jual beli Rumah Selangorku ini dapat dilakukan selewat-lewatnya pada Februari 2015 dan penyerahan kunci rumah bagi Fasa 1 dijangka pada Disember 2016," katanya dalam satu kenyataan.

Permintaan pertama untuk Jokowi: Bersihkan udara

Penobatan Joko “Jokowi” Widodo sebagai presiden baru Indonesia mengundang pelbagai harapan.

Bagi DAP, permintaan pertamanya, supaya presiden ketujuh republik itu menyelesaikan masalah jerebu saban tahun yang melanda rantau ini, termasuk Malaysia.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Jokowi patut menghentikan pembakaran haram hutan di Sumatera dan Kalimantan yang mengundang masalah itu.

“DAP menyuarakan hasrat 28 juta rakyat Malaysia yang mencintai alam sekitar seperti Jokowi yang akhirnya dapat memecahkan kebuntuan dan menamatkan pencemaran tahunan yang mengganggu kita sehingga kini,” katanya.

Jokowi dan regunya Jusuf Kalla 'JK' diumumkan memenangi pilihan raya presiden Indonesia 2014 dengan majoriti tipis 53.15 peratus (70,990,832 undi) menewaskan regu Prabowo Subianto-Hatta Rajasa (46.85 peratus atau 62,576,444 undi).

Jokowi, bekas gabenor popular Solo dan Jakarta itu bersama JK akan bertugas secara rasmi pada 24 Oktober untuk selama lima tahun.

Dalam kenyataan hari ini, Lim menyifatkan pilihan raya Indonesia sebagai kemenangan untuk prinsip demokrasi pemerintahan majoriti, menentang rasuah dan membersihkan politik daripada taktik kotor.

“Malaysia harus belajar bagaimana untuk menjalankan proses pilihan raya secara adil dan teratus, yang menghormati prinsip satu orang satu undi,” katanya.

Kenapa Astro anugerah kontrak kepada Syarikat Israel?

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.


Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI

Sumber info dari SINI

Kelantan: Ahmad perlu semak penstrukturan GLC dan rombak badan parti

MSO

Ahmad: jaga jangan kebaikan diinjak-injak.
Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan AhmadYaakub telah mengemaskinikan struktur kepimpinannya dengan melantik atau mengisi beberapa jawatan penting dalam syarikat kerajaan (GLC) di negeri berkenaan. Penyusunan GLC ini merupakan antara langkah diambil Ahmad demi memartabatkan kerajaan yang ditinggalkan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekaligus untuk mencerminkan rupadiri kerajaan pimpinannya.

Penyusunan struktur kerajaan oleh seseorang MB adalah perkara lazim dan ghalib apabila berlaku pertukaran tampuk kepimpinan. Pertukaran itu dibuat untuk memberi kesan pentadbiran yang lebih positif dan efeksyen lagi. Mungkin pegawai atau penasihat politik atau penjawat jawatan di GLC atau perbadanan sebelum ini bertindak cemerlang, tetapi pegawai itu terpaksa ditukarkan untuk mensesuai dengan stail dan inspirasi MB baru yang ada ilham tersendiri dan demi mencapai tahap kejayaan lebih cemerlang lagi. Kata orang sekali bah sekali pasir pantai berubah.



Sebelum ini Ahmad telah membuat sedikit perubahan di Pejabat MB, selain mengensut kedudukan kerusi meja dan sofa tetamu, beliau tidak menyambung perkhidmatan dua setiausaha di pejabatnya; setiausaha akhbar dan setiausaha sulit. Kedua-dua orang setiausaha ini bekerja di era Nik Abdul Aziz Nik Mat jadi MB.

Setiausaha akhbar ketika mengulas kenapa beliau tidak lagi berkhidmnat dengan Ahmad menyebut kerana dia minta berundur. Kenapa berundur, apakah kerana tidak selesa ataupun tidak diperlukan? Jawaban sebenar ada kepada Ahmad Yaakub dan setiausaha akhbar berkenaan. Secara logik apabila seseorang meminta diri untuk berundur, ada dua kemungkinan berlaku, pertama atas kehendaknya sendiri, kedua kerana diminta berbuat demikian. Dalam istilah politik pemecatan selalu dipakai terma berundur atau mengundurkan diri walhal ianya diminta berundur.

Salahuddin Ayub
Jika dilihat kepada kegalakan setiausaha akhbar berkenaan sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha akhbar yang sering diberikan kuasa lebih, tidak mungkin setiausaha akhbar berkenaan berundur secara sukarela, melainkan kerana diminta berbuat demikian kerana jawatan berkenaan sungguh glamour semasa mengadreskan diri.

Biarlah kita tinggalkan persoalan itu, dan saya pun tanpa menyebut-nyebut kenapa sebab setiausaha sulit ditukar ganti. Beberapa bulan sebelum pertukaran berlaku saya sudah dimaklumi oleh seseorang yang rapat dengan MB, yang Ahmad ingin membuat pertukaran setiausaha itu.

Manakala, khabarnya perubahan dan pengemasan dalam GLC juga telah hampir selesai dilakukan. Beberapa pengarah dan juga ahli lembaga pengarah GLC telah ditukargantikan. Sudah ada wajah-wajah baru atau orang jauh dan dekat dibawa masuk untuk bantu tadbir dan urusan kerajaan. Tujuan tukarganti ini sama dengan maksud pemecatan dua setiausaha di pejabat MB itu.

Sekurang-kurang tiga GLC mendapat Ketua Eksekutif baru, PIKNK, PMBK dan juga Kompleks Pertanian Kelantan (KPK). Selain itu pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) juga mendapat pengerusi baru? Pertukaran pengerusi KPK ini katanya setelah syarikat berasaskan kayu dan balak itu dalam keadaan demam kura labi-labi?

Andainya Khalid dapat berkompromi setahun lalu

Oleh Zulkifli Sulong
Pada 11 Julai 2013, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail menunjukkan surat yang diterima daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada saya, iaitu surat melantiknya sebagai ketua staf Pejabat Menteri Besar Selangor. Sebagai ketua staf, semua kakitangan pejabat MB perlu menerima arahan daripadanya.
Serentak dengan kemasukan ketua staf, Khalid melantik dua setiausaha politik baru iaitu Azman Bidin yang membantunya di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Mustapha Mohd Talib bagi menggantikan Faekah Husin yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar atau MBI.

Namun, walaupun ketua staf pejabat menteri besar, pejabat Saifudin diletakkan di tingkat 5 bangunan SUK bukan tingkat 21, iaitu pejabat Khalid. Walaupun tidak lagi menjadi setiausaha politik, pejabat Faekah kekal di tingkat 21.

Sebaik saja melaporkan diri di pejabat MB, Saifudin diberikan tugas sebagai koordinator Projek Pembangunan Luar Bandar oleh Khalid. Walaupun agak pelik, Saifudin menerima dengan baik tugasan itu dan memberikan fokus mengambil hati dan minda (heart and mind) penduduk di lima kawasan Parlimen luar bandar yang gagal dimenangi Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Banting. Walaupun bertembung sedikit dengan exco PAS yang menjaga pembangunan desa, Saifudin cuba mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan amanah berdasarkan pengalamannya sebagai Pengurus Tabung Tok Kenali ketika beliau bertugas di Kelantan sebelum itu.
Namun beliau tidak boleh bertahan lama. Tidak sampai sebulan selepas itu, beliau terpaksa meninggalkan pejabatnya. Yang sedihnya, beliau terpaksa 'lari malam' apabila keluar dari pejabat MB tanpa salam.
Majlis pelancaran projek pertama yang beliau uruskan terpaksa diboikot kerana segala apa yang beliau rancang dan susun tidak boleh dilaksana dan dihentikan oleh Khalid atas 'nasihat' para pegawai kanannya.
Ketika itu, Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Saifudin sebagai 'jambatan' antara partinya iaitu PKR dengan Pejabat MB. Ini kerana, PKR sangat tidak berpuas hati dengan Pejabat MB Selangor sedangkan Khalid adalah MB daripada PKR.

Malaysia Sudah Mewah, Masih Perlu Belajar Dari Indonesia?


jokowi

oleh WAN HAMIDI

Apabila disebut perkataan Indonesia, yang timbul dalam fikiran kita biasanya adalah: pembantu rumah, pekerja asing, percutian di Bali atau Medan atau Bandung, kesesakan lalu lintas di Jakarta, dan “kacau-bilau” politik.
Tidak ramai antara kita yang mengaitkan Indonesia dengan budaya ilmu, kesenian dan kesusasteraan, sejarah tamadun, kematangan politik sejak awal abad lalu dan keberanian serta kesungguhan menentang penjajahan dan kejayaan mencapai kemerdekaan melalui perjuangan revolusi.
Malah tidak ramai antara kita yang sedar rukun negara Indonesia yang digelar Pancasila, atas prinsip Bhinneka Tunggal Ika (bersatu walau berbeza), sedikit-sebanyak memastikan tidak wujud ketuanan mana-mana kaum atau agama, walaupun 90% penduduknya adalah umat Islam.
Kita sudah mewah?
Apakah kita orang Malaysia sudah merasa diri serba cukup, serba kaya dan serba mewah yang hanya melihat Indonesia sebagai sebuah negara miskin yang cuma mampu mengeksport buruh dan pembantu rumah ke negara kita?
Apakah kita orang Malaysia menjadikan “kemewahan” kita (kerana mampu menggajikan pembantu rumah) sebagai kayu ukuran tidak ada apa yang boleh kita pelajari dari negara jiran kita itu walaupun ia kaya dengan sejarah, budaya dan tamadunnya?
Atau apakah kita sebenarnya masih leka hidup dalam dunia sempit ciptaan pentadbir yang bernama Barisan Nasional di mana kita tidak sedar minda kita dikongkong melalui:
  • Kawalan ketat ke atas media massa yang memerlukan lesen dan permit, dan sentiasa dipantau badan pengawas bernama Kementerian Dalam Negeri
  • Kawalan ketat ke atas sekolah, maktab, kolej dan universiti yang mana propaganda Barisan Nasional yang dikuasai Umno yang mewarisi politik penjajah Inggeris (pecah perintah mengikut kaum dan agama) dijadikan nadi pendidikan;
  • Kawalan ketat ke atas agama yang dijadikan hegemoni untuk menguasai kaum majoriti dan menakutkan kaum-kaum minoriti melalui hegemoni Umno dalam agensi pentadbir, mahkamah dan pelbagai aparatus pentadbir.

Kerajaan perlu desak ICAO tingkat peranan, elak tragedi MH17 berulang


Teresa kok 2


KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Kerajaan perlu mendesak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) agar meningkatkan peranannya dengan mengeluarkan amaran penerbangan di kawasan bergolak bagi memastikan tragedi seperti menimpa MH17 tidak berulang.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim menegaskan, Malaysia sebagai ahli ICAO seharusnya dimaklumkan tentang keadaan sesuatu ruang udara sama ada ia selamat atau tidak dan diberikan amaran jika situasi berbahaya.
“Walaupun laluan diambil MH17 merentasi udara Ukraine adalah tepat, tetapi selepas kejadian (MH17)i, syarikat penerbangan tempatan harus lebih berhati-hati dan menghindari ruang udara negara kawasan peperangan.
“Memandangkan Malaysia ialah ahli, maka ICAO sepatutnya mengeluarkan amaran penerbangan kepada semua anggotanya,” katanya dalam perbahasan usul Mesyuarat Khas Parlimen, semalam.
Menurut Ahli Parlimen Seputeh itu, antara laluan yang perlu dielakkan selepas buat masa sekarang termasuk ruang udara Iraq dan Afghanistan kerana ISIL dan Taliban turut mempunyai peluru berpandu.

MH17: Malaysia tersepit di antara Amerika dan Rusia

Belum pun tragedi MH370 pudar dari ingatan, negara berdepan musibah yang hampir sama sekali lagi apabila pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas jatuh di Ukraine, dipercayai akibat ditembak dengan peluru berpandu.
Selepas berdepan cabaran getir mengimbangi kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan China, pemimpin negara kini berdepan cabaran baharu dasar luar, apabila AS dan Barat segera menunjukkan kecenderungan untuk mempersalahkan dan menghukum Rusia.

Rusia bertanggungjawab memberi sokongan kepada pemisah di Ukraine, dan pemisah Ukraine didakwa   menembak pesawat MH17 itu. Semua ini bakal terjawab selepas siasatan dijalankan nanti, sekiranya siasatan dapat dijalankan dengan berkesan.
Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak kini menghadapi satu ujian besar dalam dasar luar negara, yang akan menentukan corak hubungan Kuala Lumpur dengan kuasa-kuasa besar AS dan Rusia, yang kedua-duanya penting kepada Malaysia.
Kuala Lumpur perlu tidak dilihat sebagai hanya menuruti kehendak AS yang mahu menghukum Rusia, dan pada masa sama tidak boleh dilihat takut dan tidak mampu bertegas dengan Rusia.
Hubungan dagang dengan AS sentiasa berada di tahap yang tinggi, dan Malaysia terlibat dalam perjanjian keselamatan dengan AS dan dikira sebagai salah sebuah negara sekutu.
Malaysia juga perlu mengekalkan hubungan baik dengan Rusia, yang menjadi pengimbang kepada kuasa AS dalam poltik global dunia hari ini, dan pada masa sama merupakan rakan dagang yang masih banyak ruang boleh diterokai.
Pilihan dan langkah Putrajaya dalam hal ini – dan juga MH370 yang masih berlangsung - akan memberi kesan besar kepada hubungan Malaysia dengan kuasa-kuasa dunia terbabit. Malaysia mesti memilih tindakan yang tepat.

MH17: Jasad tak dapat dibawa balik sebelum raya kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Reuters  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di Kuala Lumpur, hari ini. 
 
KUALA LUMPUR - Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia tidak berkemungkinan dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di sini hari ini. - Bernama

Laksana referendum, biar rakyat pilih MB, kata NGO

Ahli Lensa Anak Muda Malaysia bercakap kepada media pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 24 Julai, 2014.Ahli Lensa Anak Muda Malaysia bercakap kepada media pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 24 Julai, 2014.Pungutan suara harus dijalankan di Selangor bagi membolehkan pandangan rakyat diambil kira berhubung isu pertukaran menteri besar, kata Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Ketua Eksekutif Lensa Safwan Anang berkata meskipun pungutan suara itu tidak mempunyai kuasa daripada aspek perundangan, kerajaan Selangor bagaimanapun akan memulakan demokrasi baru apabila rakyat turut dibenar bersuara.
"Referendum ini juga akan menjadi mercu tanda kepada sebuah demokrasi baru yang dimulakan pemimpin Selangor," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) Selangor juga tidak boleh menafikan hak rakyat Selangor untuk bersuara kerana keputusan yang dibuat di peringkat pentadbiran negeri akan memberi kesan kepada rakyat.
"Lensa memerhatikan akibat culas mendengar suara rakyat, kerajaan negeri Selangor sudah beberapa kali menerima respon dingin daripada rakyat berhubung beberapa isu yang berlaku.
"Isu Kidex misalnya, pentadbiran negeri bukan saja culas menjalankan pungutan suara rakyat, malah konsultasi umum juga tidak dijalankan secara berkesan," katanya.
Safwan berkata, krisis dalaman parti merupakan lumrah dan pasti akan berlaku, malah pergeseran antara parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) juga tidak pernah reda sejak penubuhan pakatan itu.

Selesai isu MB secara tertib atau hilang Selangor, kata Khalid

Isu menteri besar Selangor perlu diselesaikan dengan tanggungjawab untuk memastikan keyakinan rakyat dipulihkan dan Selangor kekal bersama Pakatan, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Isu menteri besar Selangor perlu diselesaikan dengan tanggungjawab untuk memastikan keyakinan rakyat dipulihkan dan Selangor kekal bersama Pakatan, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) menyelesaikan isu menteri besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti bagi memastikan PR tidak terjejas khasnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Khalid berkata, beliau harap isu pertukaran menteri besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tanggungjawab sekali gus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini.
“Sudah tentu kalau perkara ini tidak diselesaikan dengan penuh tertib dan adab akan menjejaskan bukan saja PR di Selangor tetapi PR dalam PRU14 akan datang.
“Saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib, bertanggungjawab dan mengikut lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.
“Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran negeri Selangor iaitu yang menjadi menteri besar,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama akhbar rasmi negeri itu, Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar pada Isnin.

Kajian krisis Selangor bukti UMcedel tidak berat sebelah, kata penganalisis

Krisis menteri besar Selangor antara punca penurunan sokongan rakyat negeri itu kepada Pakatan Rakyat, menurut laporan kajian UMcedel. Gambar fail The Malaysian Insider.Krisis menteri besar Selangor antara punca penurunan sokongan rakyat negeri itu kepada Pakatan Rakyat, menurut laporan kajian UMcedel. Gambar fail The Malaysian Insider.Kajian penurunan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) tidak berat sebelah.
Penganalisis menyifatkan tindakan menyingkir Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Redzuan Othman sebagai tidak wajar sebaliknya menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengawal universiti bagi mengekalkan pengaruh mereka.
Pengkaji bebas Ibrahim Suffian berkata, UMcedel menjalankan tugas dengan baik di bawah seliaan Redzuan dan tidak sepatutnya memecatnya.
"Saya boleh terima keputusan ini kerana politik yang berterusan masih tidak selesai selepas berbulan-bulan.
"Jadi keputusan ini membuktikan kebenarannya," kata Ibrahim, pengarah firma kajian Merdeka Center.
Ibrahim berkata, kajian UMcedel yang dijalankan setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei 2013 menggambarkan sentimen rakyat di Selangor.
Kajian yang dijalankan UMcedel dari 10 hingga 19 Mei menunjukkan sokongan kepada Pakatan di Selangor jatuh kepada 35% daripada 50% yang direkodkan pada September 2012.
Penurunan itu disumbang kontroversi dan pertikaian membabitkan jawatan menteri besar yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk penggal kedua.

Rasa simpati: PERKASA buat kutipan untuk bantu Kiki CDM25

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.


Kiki
Muat naik status Facebook PERKASA. 

Petubuhan itu turut berkata, tabung tersebut dilancarkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh Kiki.

Kiki turut dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 240 jam selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu menerusi video yang menjadi viral di Facebook dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

Zam: Bagaimana jika Kiki Cina?


Apakah yang akan berlaku jika pihak dihukum dalam kes seperti pembulian jalan raya terkenal melibatkan Siti Fairah Asyikin Kamaruddin berbangsa Cina?

Perkara itu ditimbulkan oleh bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai reaksi kepada hukuman mahkamah kepada Siti Fairah atau Kiki dalam kesnya dengan warga emas Sim Siak Heong.

“Saya mengucapkan tahniah di atas kepantasan pihak berkenaan membawa kes ini ke mahkamah dengan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas tertuduh tetapi saya terfikir bagaimanakah reaksi akhbar akhbar Cina, media sosial Cina, parti parti perkauman Cina, NGO Cina jika yang terhukum itu seorang Cina.

“Tidakah mereka akan meanggap hukuman itu sebagai bersifat perkauman kerana melihatnya sebagai suatu kes yang kecil sahaja,” kata Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.

Dalam blognya, Zainuddin berkata, hal itu tidak mustahil berbangkit jika menimbangkan Teoh Beng Hock yang dibangkitkan DAP Lim Kit Siang sebagai pembunuhan.

“Jika sekiranya tindakan terhadap kes kecil Kiki bagitu cepat maka berapa tahunkah lagi tindakan akan diambil terhadap kes besar Lim Kit Siang setelah siasatan dijalankan terhadapnya di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Justeru, soal Zam, adakah ketua polis negara akan membiarkan siasatan kes itu dijadikan isu politik yang berpanjangan sehingga menimbulkan ketakutan peguam negara untuk mengambil tindakan atau “melewat-lewatkannya sehingga ia dilupakan ingatan umum”.

“Ini adalah imej popular peguam negara,” katanya lagi.

Kotak hitam MH17 kini dianalisis di Britain

OSCE kesan tusukan di badan pesawat MH17

Jokowi: Perjalanan dari setinggan ke istana Indonesia

PERUTUSAN AIDILFITRI MENTERI BESAR KELANTAN 1435H/2014M

Pembebasan Azhar kejayaan untuk rakyat, bukti perhimpunan aman ikut perlembagaan

azhar achil 1SHAH ALAM, 24 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengucapkan tahniah kepada penyelaras bersama SAMM Selangor, Azhar Achil yang dibebaskan Mahkamah Sesyen Klang.
Penyelaras bersama SAMM Selangor,  Khairool Anyar Al-Megat, berkata mahkamah akhirnya mengisytiharkan beliau tidak bersalah lantas dibebaskan secara mutlak selepas hampir setahun dibicarakan.
Katanya, keputusan itu wajar dijadikan ‘precedent case’ pada semua perbicaraan membabitkan Akta Perhimpunan Aman.
“Pembebasan Azhar adalah satu kejayaan untuk rakyat, membuktikan perhimpunan aman adalah dibenarkan mengikut perlembagaan.
“Rakyat wajar berhimpun secara aman di sebarang lokasi tanpa tertakluk dengan undang-undang pra-kemerdekaan,” katanya dalam kenyataan media.
Mengikut Akta Perhimpunan Aman, Azhar dituduh kononnya menganjurkan himpunan haram di Dataran Tonggak, Sungai Besar, pada Jun 2013.
SAMM Selangor turut mengajak seluruh rakyat Malaysia menolak akta yang tidak berpelembagaan itu.

Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB

Pemuda PAS Selangor mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar dengan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baru mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata Pakatan Rakyat tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan beliau mentadbir negeri itu hingga ke tahap lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

“Tindakan menukar menteri besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana.

“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya.

Tanpa menamakan individu yang dimaksudkan, Syarhan mengingatkan pihak yang bersungguh dalam "gerakan" menukar menteri besar supaya tidak gopoh kerana "ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang".

"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini," katanya.

Sementara itu, Pemuda PAS Selangor juga menyokong kenyataan Pesuruhjayanya Iskandar Samad yang mahu Khalid kekal jawatannya.

Presenting two perspetives on Hamas

Can Israel and Hamas co-exist?

MH17: Belanda beri penghormatan negara

MH17: Proses menyaring, melabel mayat dijangka selesai menjelang esok

MH17: Proses menyaring, melabel mayat dijangka selesai menjelang esokKHARKIV: Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat.

Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada Rabu.

Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada Rabu.

Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu.

Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat.

Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada Rabu untuk pengecaman.

Militan Pro-Rusia mengaku menembak jatuh penerbangan MH17

KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”

Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.

Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.

Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.

“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.

Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.

“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.

Ketua pemberontak Ukraine akui puak pemisah pro-Rusia miliki peluru berpandu BUK

Ketua pemberontak Ukranie mengesahkan puak pemisah pro-Rusia memiliki peluru berpandu anti pesawat seperti yang dimaklumkan Washington telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 dan ia kemungkinan besar berasal dari Rusia.
Bercakap kepada Reuters, Alexander Khodakovsky, komander Batalion Vostok, perkara itu diketahui buat kali pertama ketika pesawat malang itu ditembak di timur Ukraine memandangkan puak-puak pemberontak tidak memiliki sistem peluru berpandu BUK dan tidak menolak telah menghantarnya semula bagi menghapuskan bukti.
Sebelum nahas berkenaan, para pemberontak memang mahu mendapatkan peluru berpandu BUK, yang boleh menembak jatuh pesawat yang berada pada kedudukan tinggi.
Bagaimanapun, sejak nahas MH17, kumpulan utama puak pemisah di Republik Donetsk telah berulang kali menafikan memiliki senjata tersebut.
Sejak pesawat berkenaan ditembak jatuh dengan mengorbankan 298 nyawa, isu yang paling utama dibincangkan ialah siapa yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu di kawasan pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak pemisah pro-Rusia.
"Saya tahu BUK tiba dari Luhansk. Semasa saya diberitahu BUK dari Luhansk di bawah bendera LNR," katanya yang merujuk kepada Republik Rakyak Luhansk, operasi kumpulan pemberontak utama di Luhansk, satu daripada dua wilayah sepanjang Donetsk, lokasi berlakunya nahas MH17.
"Saya tahu mengenai BUK. Saya dengar mengenainya. I rasa mereka sudah menghantarnya balik untuk menghapuskan bukti.

Abdul Khalid: “Saya akan terus bekerja sehingga tidak jadi MB

mbKUALA SELANGOR, 24 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah bertitah kepada beliau supaya dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Menteri Besar Selangor.
“Saya jawab pada Tuanku Sultan, akan terus bekerja sehingga tidak menjadi Menteri Besar,” katanya.
Abdul Khalid berkata demikian selepas selesai Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kampung Assam Jawa, di sini, semalam.
Ketika ditanya isu desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan beliau meletak jawatan, Abdul Khalid memberitahu akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu sama dalam masa terdekat.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberitahu PAS dan DAP akan membawa cadangan PKR bagi menggantikan Abdul Khalid kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Gaza: Angka korban meningkat ke 715 orang


GAZA: Jumlah korban di Gaza terus meningkat mendadak ekoran serangan bertubi-tubi pasukan tentera rejim Zionis Israel yang masuk hari ke 18 hari ini.

Dalam serangan awal pagi ini, 20 lagi rakyat Palestin termasuk empat kanak-kanak gugur syahid dibedil askar rejim menjadikan jumlah korban sehingga kini meningkat kepada 715 orang.

Perkara itu disahkan Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan awal pagi ini yang turut menyebut 31 lagi cedera dalam serangan pagi tadi.

"Sekurang-kurangnya 715 orang terbunuh dan 4550 cedera dalam serangan berterusan Israel setakat ini," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qodra

Beliau berkata, sebahagian besar daripada kematian di Gaza berlaku di bandar Khan Yunis timur Khuza'a.

Al-Qodra berkata, dalam serangan pada Rabu semalam, 81 penduduk Gaza terbunuh dan lebih 526 yang lain cedera.

Menurut beliau lagi, rekod kematian menunjukkan sekurang-kurangnya 170 adalah kanak-kanak, 79 wanita dan 37 orang tua menjadi mangsa korban tentera rejim Zionis sejak serangan 7 Julai lalu.

MENUNGGU LAILATUL QADAR

Biar aku berterus terang supaya apa yang yang akan aku tulis dan ceritakan nanti dapat diketahui oleh anak-anak zaman ini. Mungkin anak-anak zaman ini ada diberitahu atau dikisahkan oleh ibu bapa mereka tentang kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh ibu mereka. Mungkin ada ibu bapa yang suka menceritakan kisah-kisah lama kepada anak-anak terutama pada waktu makan malam. Tetapi ada juga ibu  bapa kini ( yang tinggal di bandar) yang terlalu sibuk dengan tugas mencari rezeki sehinggakan tidak ada masa untuk berbual dan berbicara dengan anak-anak.
Aku yakin bahawa apa yang aku alami ( dalam soal kemiskinan dan penderitaan) adalah juga pengalaman yang dialami oleh kebanyakan ‘anak-anak kampung’ yang hidup dalam tahun-tahun 1950an dan 1960an. Pada kali ini tentulah penumpuan aku tentunya kisah suka dan derita yang dialami oleh ‘anak-anak kampung’ pada bulan Ramadan.
Hampir seluruh ‘anak-anak kampung’ di kampung aku akan bersetuju sekiranya aku katakan bahawa peluang kami untuk menikmati lauk ayam adalah pada waktu-waktu tertentu dalam kehidupan seharian kami. Ibu ku ada memelihara ayam dan itik, namun ayam yang dipelihara oleh ibu bukan untuk dimakan oleh keluarga tetapi untuk dijual. Ayam yang dipelihara oleh ibuku selalu juga bertelur. Tetapi telurnya bukan untuk kami makan tetapi untuk dijual sebagai tukaran untuk membeli ikan bilis di kedai Pak Alang Ibrahim.Begitu jugalah dengan peliharaan itik. Bukan untuk dimakan dagingnya tetapi untuk dijual telurnya. Dengan hasil jualan itulah dapat menampung pendapatan keluarga disamping dapat menambah pendapatan bapa yang kerja hariannya sebagai penoreh getah.
Seingat aku ada ‘beberapa peristiwa’ sahaja yang memberikan peluang aku menikmati lauk dari daging ayam. Antaranya ialah  di majlis khenduri ataupun apabila dikunjung oleh keluarga dari jauh  ( dari Kuala Lumpur misalnya) ataupun pada Hari Raya Aidilfitri. Oleh kerana Hari Raya Aidiladha dianggap ‘tidak begitu penting’ maka tidak perlulah disembelih ayam dan memadai dengan lauk udang atau kerang sahaja. (Pada ketika itu harga makanan laut masih lagi murah berbanding dengan harga daging dan ayam).

Orang Islam di Penang happy saja,yang tak happy tu gang mangkok hayun UMNO dan kroni2nya...

Bekas ketua hakim ‘penipu, rasis dan ekstremis’...

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana menuduh agama Islam terancam di negeri tersebut.

Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis, ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.

"Malah, kami beri lebih banyak peruntukan kepada orang Islam berbanding BN buat hingga Gerakan serang kami. Itu Umno kata kami abaikan Islam?" katanya kepada The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

Lim berkata kenyataan sedemikian bermotif politik, malah Gerakan dan Umno yang bersama dalam BN juga tidak konsisten dengan pendirian mereka.

"Mengapa ada perbezaan? Gerakan kata kami beri terlalu banyak dan Umno kata lain pula," katanya.

Abdul Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.

Rebels down two Ukrainian jets near MH17 crash site

The pilots from both jets managed to parachute out, there are no further details about their condition. 

pro-russia-rebels-shoot-down-ukrainian-military-plane-killing-all-49-aboardKIEV: Pro-Russian rebels on Wednesday shot down two Ukrainian fighter jets in the insurgent-held area where Malaysia Airlines flight MH17 was downed, the Ukrainian military said.
“Terrorists have shot down two Ukrainian SU-25 jets,” the press office for Kiev’s military campaign against the insurgents said in a statement.
The planes were hit by missiles fired by rebels close to the village of Dmytrivka, some 45 kilometres (25 miles) south-east of the MH17 crash site towards the Russian border, as they were providing air support for government infantry, the statement said.
The pilots from both jets managed to parachute out, it said, giving no further details about their condition.
A spokesman for the self-proclaimed Donetsk People’s Republic told AFP its fighters had shot down the two aircraft.
An AFP crew trying to reach the scene were turned back by rebels who fired shots near their car some 10 kilometres from Dmytrivka.

Rebel commander says fighters had BUK missile system

A rebel leader acknowledged for the first time that the rebels did possess the BUK missile system and said it could have been sent back subsequently to remove proof of its presence.

Rebel commander Alexander Khodakovsky of the so-called Vostok battalion - or eastern battalion - speaks during an interview in DonetskDONETSK: A powerful Ukrainian rebel leader has confirmed that pro-Russian separatists had an anti-aircraft missile of the type Washington says was used to shoot down Malaysia Airlines flight MH17 and it could have originated in Russia.
In an interview with Reuters, Alexander Khodakovsky, commander of the Vostok Battalion, acknowledged for the first time since the airliner was brought down in eastern Ukraine on Thursday that the rebels did possess the BUK missile system and said it could have been sent back subsequently to remove proof of its presence.
Before the Malaysian plane was shot down, rebels had boasted of obtaining the BUK missiles, which can shoot down airliners at cruising height. But since the disaster the separatists’ main group, the self-proclaimed People’s Republic of Donetsk, has repeatedly denied ever having possessed such weapons.
Since the airliner crashed with the loss of all 298 on board, the most contentious issue has been who fired the missile that brought the jet down in an area where government forces are fighting pro-Russian rebels.
Khodakovsky accused the Kiev authorities for provoking what may have been the missile strike that destroyed the doomed airliner, saying Kiev had deliberately launched air strikes in the area, knowing the missiles were in place.
“I knew that a BUK came from Luhansk. At the time I was told that a BUK from Luhansk was coming under the flag of the LNR,” he said, referring to the Luhansk People’s Republic, the main rebel group operating in Luhansk, one of two rebel provinces along with Donetsk, the province where the crash took place.
“That BUK I know about. I heard about it. I think they sent it back. Because I found out about it at exactly the moment that I found out that this tragedy had taken place. They probably sent it back in order to remove proof of its presence,” Khodakovsky told Reuters on Tuesday.
“The question is this: Ukraine received timely evidence that the volunteers have this technology, through the fault of Russia. It not only did nothing to protect security, but provoked the use of this type of weapon against a plane that was flying with peaceful civilians,” he said.
“They knew that this BUK existed; that the BUK was heading  for Snezhnoye,” he said, referring to a village 10 km (six miles) west of the crash site. “They knew that it would be deployed there, and provoked the use of this BUK by starting an air strike on a target they didn’t need, that their planes hadn’t touched for a week.”

Malaysia Hebat: Bina jalan penduduk miskin guna dana sendiri

Projek menaiktaraf jalan ke kampung-kampung telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh pada tahun 1999 namun projek itu telah terbengkalai.

pitasKOTA KINABALU: Setelah menunggu lebih daripada 10 tahun untuk jalan berturap yang dijanjikan dan akhirnya sia-sia, penduduk tujuh komuniti terpencil luar bandar di sini akhirnya memutuskan untuk membina jalan dengan dana yang dikumpul  mereka sendiri.
Maklin Masiu yang bercakap bagi pihak penduduk kampung berkata bahawa projek menaiktaraf jalan ke kampung-kampung yang terjejas telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh pada tahun 1999 tetapi projek itu telah ditinggalkan selepas hanya beberapa kilometer dibina.
Namun demikian, usaha penduduk meneruskan pembinaan jalan tersebut mengalami kesukaran setelah dua minggu ia bermula, kekurangan tenaga kerja dan masalah kekangan wang mulai terasa.
“Kemajuan kerja adalah lebih perlahan daripada apa yang direncanakan kerana kekangan kewangan. Ini kerana kita bergantung sepenuhnya kepada hasil kutipan dari pintu ke pintu untuk wang diesel,” katanya.
Beliau merayu kepada rakyat yang prihatin untuk menyumbang ke arah membantu penduduk di tujuh buah kampung ini bagi mendapatkan ‘jalan impian’ mereka.
Menurut beliau, penduduk kampung daripada Kampung Mandamai, Kampung Konon, Kampung Perupok, Kampung Dowokon, Kampung Pinapak, Kampung Maliau Pusat dan Kampung Maliau Layung telah menubuhkan jawatankuasa dan memulakan kutipan dana dari pintu ke pintu untuk pembinaan jalan itu.
Penduduk kampung dari tujuh komuniti luar bandar yang kebanyakannya petani, telah menyumbangkan apa mereka miliki kepada dana untuk pembinaan jalan raya berkenaan. Mereka juga bernasib baik kerana menerima bantuan daripada penyumbang-penyumbang yang menyediakan mesin dan peralatan untuk membantu pembinaan jalan raya.
Berjalan kaki atau guna pengangkutan sungai