Rabu, 23 Julai 2014

Bayar Zakat Terus Kepada Fakir Miskin Tanpa Melalui Amir - UAI

Buat Solat Sunat Witir Dulu Sebelum Solat Sunat Yang Lain - UAI

Hukum Guna INHALER Ketika Berpuasa - Ustaz Azhar Idrus

Rogol Binatang Bulan Puasa, Adakah Kena Kafarah? - Ustaz Azhar Idrus

UAI: TAZKIRAH RAMADHAN

Regim Zionis El-Sisi larang pesawat Tunisia bawa bantuan perubatan ke Gaza mendarat di Mesir.

 

Gaza health ministry:

Death toll: 666
35 killed today
wounded more than 4200

Taiwan plane crash: Over 40 people killed

Was weather a factor in Penghu Island plane crash?

Dozens feared dead in Taiwan plane crash

Passenger has premonition before crash

Russian TV host blames Ukraine for MH17

EU expands Russia blacklist in the wake of MH17 crash

Rebels 'shot down' 2 fighter jets says Ukraine's defence ministry

Tubuh RCI, bentang kertas putih siasat tragedi MH17 & MH370


teresa


KUALA LUMPUR, 23 JUL: Kerajaan disaran menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan membentangkan Kertas Putih bagi menyiasat tragedi yang menimpa MH17 dan MH370.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim juga mencadangkan RCI dan pembentangan kertas putih bagi kedua-dua tragedi tersebut dilakukan dalam tempoh empat bulan.
“(PSC dan Kertas Putih) adalah bagi menjawab tuduhan palsu terhadap Malaysia Airlines (MAS). Ada media asing cuba menyalahkan juruterbang MH17 yang terbang 200 batu daripada laluan asal, juga kerana memandu dalam zon konflik.
“Saya menyeru kerajaan menafikan semua tohmahan ini di media antarabangsa demi memelihara nama baik juruterbang dan penerbangan kita,” katanya dalam perbahasan sidang khas Parlimen hari ini.
Pada hari kejadian 17 Julai lalu, laluan diguna MH17 diisytihar selamat oleh International Civil Aviation Organisation (ICAO). Malah, pesawat Singapore Airlines dan India Airlines masing-masing terbang pada jarak kurang dari 32 kilometer dan 25 kilometer daripada  MH17.
Dalam kejadian tersebut, Pesawat MH17 yang terbang setinggi 30,000 kaki di atas kawasan berkonflik Ukraine-Rusia ditembak jatuh sehingga mengorbankan 298 nyawa.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengecam serangan tersebut dan mendesak kerajaan mengambil langkah perlu untuk mengheret pelaku jenayah terhadap pesawat MH17 ke muka pengadilan.

MH17: Guna kanun negara hukum penjenayah

Muhyiddin Yassin
Kerajaan akan menggunakan undang-undang jenayah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar wilayah bagi menghadapkan penjenayah yang dikenal pasti menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine Khamis lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, undang-undang yang akan digunapakaikan itu termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984.
Kata beliau, atas nama keadilan dan pembelaan terhadap mangsa nahas MH17, sekiranya benar pesawat ditembak jatuh, Malaysia mendesak agar pihak bertanggungjawab melakukan jenayah kemanusiaan paling hina itu dibawa ke muka pengadilan degan segera dan dijatuhi hukuman berat.
“Tidak dinafikan, dua tragedi nahas udara dalam tahun ini memberi impak amat besar kepada industri penerbangan negara. Belum pun selesai insiden kehilangan pesawat MH370, negara dikejutkan pula dengan nahas MH17.
“Tragedi ini tentunya mencabar kewibawaan negara kerana tindakan dan proses untuk menanganinya bukan suatu yang mudah kerana kedua-dua tragedi ini bukan sahaja melibatkan kemalangan dan kehilangan nyawa, tetapi rakyat negara asing,” katanya menggulung perbahasan usul tragedi malang yang menimpa pesawat MAS MH17 di Parlimen hari ini.
Muhyiddin secara peribadi berkata, sebagai Ahli Parlimen Pagoh, beliau turut bersimpati dengan kehilangan seorang anak Pagoh, Allahyarham Mohd Ali Md. Salim iaitu penuntut ijazah doktor falsafah dalam bidanng Neuropsychopathology di Universiti Erasmus Rotterdam, Belanda yang turut berada dalam pesawat MH17.
Katanya, dalam pertemuan singkatnya dengan keluarga mangsa, beliau dapat merasai kesedihan yang dialami ibu bapa dan keluarga Allahyarham, lebih lagi mangsa satu-satunya anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan menjadi harapan ahli keluarga.
“Saya ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mangsa nahas.

Dewan Rakyat ucap takziah kepada keluarga MH17...

Anggota Parlimen daripada kedua-dua belah pihak pada Rabu menunjukkan kesatuan berhubung tragedi Penerbangan MH17 apabila mereka berdiri dan bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa sebelum bermulanya persidangan khas Parlimen di sini.

Bagi anggota Parlimen yang beragama Islam pula, mereka mengiringinya dengan bacaan al-Fatihah.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili anggota dewan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines itu yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu.

Embedded image permalink
Najib bersalam dgn Anwar, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selepas usul MH17 diluluskan sebulat suara...
Pandikar Amin berkata negara menerima perkhabaran yang amat menyedihkan dan berharap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu tabah serta cekal menerima takdir yang ditentukan.

“Pada Khamis 17 Julai, negara dikejutkan dengan tragedi malang MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Saya dan semua anggota Dewan Rakyat bersedih dengan insiden tersebut. Seluruh Dewan Rakyat mendoakan dan berharap agar semua usaha mencari dan membawa pulang mangsa akan dipermudahkan,” katanya.

Photo: Nampak? Dia ada di mana-mana Najib berada hatta dalam parlimen Malaysia di mana Najib sedang buat persidangan tergempar membincangan insiden nahas MH17. Sebab tu tidur hanya dapat 4jam sehari.
Nampak? Dia ada di mana-mana Najib berada...
Pandikar Amin kemudian meminta anggota Parlimen berdiri dan menghadiahkan al-Fatihah atau bertafakur selama seminit bagi bukan Islam.

Pesawat jenis Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dilapor terhempas Khamis lalu di Donetsk, wilayah yang dikuasai pemberontak Ukraine tidak jauh dari sempadan Rusia. – BERNAMA

Bodies of Malaysia Jet Victims Leave Ukraine

Plane with first coffins of Malaysian airliner victims leaves Ukraine

CrossTalk: MH17 Spin

Fighting Rages Amid Mideast Truce Push

Israel keeps up Gaza assault; diplomats seek ceasefire

Israel action in Gaza 'could be war crimes' says UN's Navi Pillay

Islam Terancam: Bekas ketua hakim ‘penipu, rasis dan ekstremis’, kata Lim Guan Eng

 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika ia di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2014.  
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika ia di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu. 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana menuduh agama Islam terancam di negeri tersebut.
Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis, ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.
"Malah, kami beri lebih banyak peruntukan kepada orang Islam berbanding BN buat hingga Gerakan serang kami. Itu Umno kata kami abaikan Islam?" katanya kepada The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.
Lim berkata kenyataan sedemikian bermotif politik, malah Gerakan dan Umno yang bersama dalam BN juga tidak konsisten dengan pendirian mereka.
"Mengapa ada perbezaan? Gerakan kata kami beri terlalu banyak dan Umno kata lain pula," katanya.
Abdul Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.
Katanya, ramai rakyat bukan Islam di Malaysia mahu agama mereka diberikan status yang sama.
Antara lain katanya, bekas mufti Pulau Pinang memberitahu susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.
“Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

'Khalid tak berharga sesen pun pada Anwar' kata Ibrahim Ali..!!!


Langkah PKR menggantikan menteri besar Selangor menggambarkan ia dibuat kerana Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berguna lagi kepada parti itu, kata Datuk Ibrahim Ali.

Veteran politik itu membangkitkan tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menggantikannya dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun Khalid berkata akan menjalankan tugas sehingga pilihan raya akan datang.

“Maknanya Khalid Ibrahim tidak berhasrat untuk berhenti atau diganti. Ini bermakna Anwar guling Khalid kerana tanduk tidak berguna lagi.

“Seolah-olah Khalid tidak berguna dan mahu dibuang begitu saja. Malunya Khalid. Tak ada harga satu sen pun pada Anwar,” kata bekas anggota parlimen Pasir Mas itu.

Ibrahim berkata, apa yang berlaku dalam pentadbiran Selangor kini seperti kes di Kelantan pada penghujung 70-an yang menyebabkan darurat diisytihar.

Pada masa itu, katanya, Presiden Datuk Asri Muda mahu memecat Datuk Mohd Nasir sebagai menteri besar Kelantan sehingga menyebabkan krisis besar.

“Saya bimbang hal sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid berkeras tidak mahu berudur secara terhormat,” katanya.

Angka kematian serangan Israel ke atas Gaza kini 639 orang

Anwar: Mana suara lantang kerajaan isu keganasan Israel?

Anwar
KUALA LUMPUR 23 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pendirian tegas kerajaan dalam mengutuk keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Bercakap dalam sidang khas Parlimen berhubung isu MH17, Ketua Umum KEADILAN itu hari ini sekali lagi mengulangi kecaman terhadap rejim zionis yang sehingga kini mengorbankan 636 nyawa.
Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh itu turut menyatakan harapan supaya konflik kemanusiaan tersebut dapat dihentikan segera.
“Saya guna ruang ini untuk mengutuk keras perbuatan Israel dan menuntut keganasan itu dapat dihentikan segera.
“Kerajaan perlu keluar kenyataan tegas bagi mengutuk tindakan Israel itu,” kata Anwar.
Terdahulu, MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa usul berhubung konflik di Gaza dapat dibahaskan sekali dalam sidangtergempar Parlimen berkenaan tragedi MH17.

Bas rentung, 39 penumpang terselamat

Seramai 39 penumpang dan dua pemandu nyaris maut selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan rentung dalam kebakaran tengah hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di Km32, Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.
  
"Sebaik menyedari bahagian enjin bas berasap dan terbakar pemandu bas terbabit sempat memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum segera mengarahkan kesemua penumpang agar turun daripada kenderaan berkenaan.
  
"Hasil tindakan pantas itu kesemua 39 penumpang dan dua pemandu bas dua tingkat terbabit sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama di Kuantan hari ini.
  
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kerosakan pada bahagian enjin bas, bagaimanapun siasatan terperinci sedang dilakukan.

- Bernama

Dewan Rakyat sebulat suara lulus usul kutuk tindakan kejam tembak jatuh MH17

Sebulat suara lulus usul kutuk tindakan kejam tembak jatuh MH17
KUALA LUMPUR: Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di timur Ukraine yang mengorbankan 298 nyawa, pada 17 Julai lepas.

Usul itu menyaksikan kesemua anggota Parlimen yang hadir menzahirkan sentimen senada untuk menyokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Seramai 22 anggota Parlimen terdiri daripada 12 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 10 wakil rakyat pembangkang membahaskan usul itu pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang mula bersidang 10 pagi ini.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di wilayah Donetsk, di timur Ukraine, pada Khamis lepas.

Kerajaan Ukraine percaya pesawat malang itu ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Tangguh dulu ucap tahniah kepada Jokowi, kata Prabowo

Tangguh dulu ucap tahniah kepada Jokowi, kata Prabowo
Pasukan kempen Prabowo Subianto menggesa pemimpin dunia supaya menangguhkan dulu ucap tahniah kepada Joko Widodo sehingga selepas bekas jeneral itu menyelesaikan tuntutannya berhubung proses pemilihan presiden Indonesia di mahkamah.

Jurucakapnya, Tantowi Yahya berkata pihaknya masih belum menyerah kalah dan akan memfailkan tuntutan di Mahkamah Perlembagaan.

"Prabowo tidak pernah menarik diri daripada proses pilihan raya. Beliau hanya menarik diri daripada proses penjumlahan undi," kata Tantowi dalam satu sidang media di Jakarta seperti dipetik oleh Jakarta Globe.

Menurut akhbar itu, sidang itu yang turut disertai oleh peguam kempen diumumkan pada Selasa malam untuk menjelaskan apakah Prabowo sudah menarik balik pencalonannya.

Prabowo dalam kenyataan kepada wartawan hanya beberapa jam sebelum pengumuman rasmi keputusan pemilihan presiden mengumumkan beliau menarik diri daripada proses pengiraan undi.

Pengumumannya itu kemudian ditafsirkan oleh banyak pihak sebagai membatalkan pencalonannya.


http://www.astroawani.com/news/show/tangguh-dulu-ucap-tahniah-kepada-jokowi-kata-prabowo-40540
Joko Widodo pada Selasa diumumkan oleh suruhanjaya pilihan raya Indonesia sebagai pemenang pemilihan presiden.

" Gambar Askar Israel Yang Mampos Dan Cedera Parah. "





Nerakalah tempat puak-puak nih, dan akan kekal selamanya di sana. Baru tahu erti sedih bila kematian rakan-rakan dan family, tetapi yahudi laknatullah yang mampos nih lupa bahawa golongan merekalah yang telah merampas dengan zalim tanah Palestin dan membunuh beribu-ribu kanak-kanak dan ibu-ibu yang tidak berdosa.

Pengakuan askar Israel sendiri yang mengatakan mereka seumpama bertempur dengan hantu apabila melawan pasukan Bridget Al-Qassam. Tunggulah kebinasaan kaum kamu wahai Yahudi laknatullah.

Gaza: 2 Tentera Israel terbunuh ditembak sniper

Pasukan Israel bersiap serang Gaza (Foto: Reuters) 
  GAZA - Tentera Zionis Israel kembali menjadi korban pertempuran di Gaza. Dua orang tentera Israel dilaporkan terbunuh akibat ditembak oleh penembak tepat atau sniper.
 
Kedua tentera Israel itu mati pada Selasa 22 Jul 2014 malam waktu setempat. Menurut laporan Surat Kabar Haaretz, mati nya dua prajurit ini menambah total jumlah kematian tentera Israel  di Gaza menjadi 30 atau lebih.
 
Laporan Haaretz menambahkan, salah seorang tentera yang terbunuh diketahui bernama Kapten Dmitry Levitas. Dia diterjang peluru sniper. Demikian diberitakan ITV, Rabu (23/7/2014).
 
Sebelumnya, seorang tentera Israel dilaporkan  hilang di Jalur Gaza. Hal ini terjadi usai terjadinya pertempuran mematikan yang terjadi di Jalur Gaza pada akhir minggu lalu.
 
Pegawai pertahanan Israel mengatakan, tenteranya hilang usai pertempuran mematikan di Gaza terjadi pada minggu  lalu. Namun, tidak jelas apakah tentera tersebut masih hidup atau sudah mati atau ditawan.

Gaza: Obama akan hantar 2,000 tentera ke Semenanjung Gaza bagi membantu Israel

Rabu, hari ke 16 'Operation Protective Edge' dilancarkan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terhadap penduduk Gaza menyaksikan ststistik kehilangan jiwa dipihak mereka semakin meningkat..

Lagi dua orang IDF mati dalam pertempuran dengan Hamas menjadikan jumlahnya meningkat kepada 29 orang dan seorang lagi dilaporkan hilang..

Wednesday, the 16th day of Operation Protective Edge. The IDF death toll is at 29, with another soldier MIA and claimed by Hamas to be in their hands (dead or alive). 
US Secretary of State John Kerry and UN Secretary-General Ban Ki-moon are in the region, but a ceasefire does not appear close. 
Prime Minister Benjamin Netanyahu says the operation will continue until sustained quiet is achieved for Israel and Hamas’s terrorist capabilities greatly degraded. 
Some foreign airlines are suspending flights to Israel after a rocket hit a home in the Tel Aviv area. IDF-Hamas fighting in Gaza remains intensive, Hamas is still trying to carry out attacks in Israel through tunnels, and rockets are still being fired ~ The Times of Israel

Briged Izzuddin Al-Qassam pula melaporkan statistik kejayaan mereka di medan peperangan hari ke-15(Hari Selasa);

MH17: 'We're not terrorists' says local priest in eastern Ukraine

MH17: Ayuh bersama kita muhasabah

PAS desak k'jaan tegas tangani MH17

Nurul Izzah cadang bawa kes MH17 ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Nurul Izzah cadang bawa kes MH17 ke Mahkamah Keadilan AntarabangsaKUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mencadangkan Malaysia menggunakan platform Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk tindakan susulan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, minggu lepas.

Katanya, meskipun Malaysia belum menganggotai mahkamah itu, namun terdapat peruntukan yang membolehkan kes terbabit dibicarakan di sana.

Beliau mengambil contoh insiden pesawat penumpang Iran Air Penerbangan 655 yang ditembak jatuh pada 1988 oleh tentera Amerika Syarikat, dibicarakan di mahkamah itu sekalipun Iran bukan negara anggota, dan berjaya diselesaikan.

"Laluan yang diambil (dalam kes Iran Air) pada masa itu memberi sedikit panduan tentang apa yang kita akan buat dalam masa pendek dan masa panjang.

"Setakat ini, Malaysia telah tunjuk yang kita tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar. Tapi pada masa yang sama kita harus jelas dengan tindakan seterusnya," katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi yang menimpa pesawat MAS, MH17 pada mesyuarat khas Parlimen di sini hari ini.

MH 17: Dunia berkabung, kuasa dunia bertembung

DR MUJAHID YUSOF

SUDAH jatuh ditimpa tangga, luka lama belum sembuh, luka baru pula muncul, demikianlah perasaan tidak terungkap walaupun dengan kiasan bahasa.

Negara berkabung sebelumnya pada kehilangan MH370 yang hingga saat ini tidak muncul-muncul dan kini MH17 pula dikatakan menjadi sasaran peluru berpandu di kawasan yang menjadi rebutan.

Pada saat rakyat Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia dan lain-lain yang menjadi mangsa korban berkabung, kuasa besar pula bersedia untuk bertembung.

Tiada siapa yang menafikan kuasa besar sebenarnya tidak peduli apa yang berlaku kepada mangsa, apa yang mereka pentingkan adalah perimbangan kuasa mereka di Eropah Timur dan meneruskan dasar ‘proxy war’ untuk terus berkuasa.


Lanjutan Perang Dingin

Amerika selepas Perang Dunia ke-II berhadapan dengan peperangan ideologi antara  ‘komunis’ Russia dan ‘liberal’ Amerika.

Dunia dibahagikan melalui tirai besi antara pengaruh komunis Russia dan liberal kapitalis Amerika. Suasana ini melahirkan apa yang dinamakan sebagai ‘perang dingin’ bermula tahun 1946.

Dasar Amerika Syarikat adalah untuk membentuk keadaan bertahan atau berkawal (containment) dan bersedia bila-bila masa untuk berperang (roll-back).

Amerika dan sekutunya mewujudkan Nato (North Atlantic Treaty Organization) untuk mengimbangi penguasaan komunis di Eropah Timur. Russia mewujudkan Pakatan Warsaw bagi mengumpulkan negara-negara Eropah Timur yang tunduk kepada ketuanannya.


Peperangan Proksi

Dalam mengekalkan dasar ‘containment’ dan perluasan komunis berlaku beberapa ‘proxy war’ yang pada matlamatnya adalah untuk memenuhi kehendak pihak yang lebih besar iaitu Amerika dan Rusia.

Namun permainan ‘cold war’ ini berubah langkah apabila Soviet Union runtuh dan Rusia menjadi persekutuan (federation) dan negara-negara bawah kuasa Soviet menuntut autonomi.

Begitu juga salah satu negara yang besar terbentuk di bawah keruntuhan ini iaitu Ukraine. Ukraine yang memiliki tapak senjata nuklear ketiga terbesar semasa era Soviet Union bersetuju untuk menyerahkan dalam program perjanjian penyerahan senjata nuklear dengan syarat ia diberi kemerdekaan sebagai sebuah negara yang bebas.

MH17: Tiada perjanjian lain dengan pemisah - TPM

Muhyiddin menegaskan tiada perjanjian lain dengan ketua kumpulan pemisah Aleksander Borodai.

Beliau mengulas soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) sama ada puak pemisah menuntut sesuatu balasan daripada Malaysia.

Beliau menyifatkan kejayaan Najib berrunding dengan kumpulan pemisah sebagai 'diplomatic coup' dan ia dilakukan berasaskan pengawasan di kawasan terhempas.

"Ia dilakukan dengan cara yang bijak oleh perdana menteri," tegas Muhyiddin.

"Tidak ada deal (perjanjian). Tidak ada deal lain, itu yang PM beritahu saya. Yang ada hanya tiga perjanjian yang digariskan," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat khas yang akan dianggotai oleh pihak polis diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam dan agensi-agensi lain yang berkaitanan untuk membolehkan siasatan dimulakan segera.

Menurutnya lagi, siasatan atau tangkapan terhadap penjenayah yang terlibat, hanya akan dilaksanakan sekiranya terdapat kerjasama dan komitmen sebenar daripada negara dan pihak yang berkaitan.

"Bagi maksud menghadap penjenayah yang dikenalpasti ke muka pengadilan, Malaysia akan menggunakan undang-undang jenayah Malaysia yang mempunyai bidang kuasa jenayah luar. Ini termasuklah Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 1984.

MH17: Suasana di lokasi menyayat hati


TINJAUAN wartawan dan jurugambar di sekitar lokasi pesawat MH17 terhempas jelas kelihatan serpihan pesawat berselerakan dalam kawasan ladang gandum.
Malah kawasan itu juga boleh diibaratkan seperti medan peran ekoran di kawal ketat oleh tentera pemisah yang beruniform lengkap dengan senjata.
Terselit sama ada di celah-celah serpihan itu ialah barang milik mangsa yang jelas dapat dilihat seperti kasuk, selipar, beg dan pakaian yang berselerakan di sekitar kawasan berkenaan. Malah peralatan keselamatan dalam pesawat juga kelihatan bertaburan seperti topeng oksigen, jaket keselamatan dan sebagainya.
Malah kehadiran kanak-kanak dalam pesawat ini terlihat pada barang-barang permainan seperti patung beruang dan pakaian yang bertaburan.
Berada di lokasi ini sambil memikir saat-saat terakhir 298 penumpang dan anak kapal di dalamnya cukup hati. Kesedihan dan rasa pilu terus menerpa sebaik sahaja menjejakkan ke lokasi tragedi yang mana barang-barang kenangan milik mangsa dapat dilihat bertaburan bersama serpihan pesawat.
TENTERA bersenjata yang berada dan bersiap sedia sebarang kemungkinan yang akan berlaku ketika di lokasi kejadian trajedi MH17 trajedi di Ukraine ketika tinjauan di Grovova, Ukraine.

TENTERApemisah mengiringi anggota pasukan penyiasat di lokasi tragedi MH17 di Grovovo.

Timb Perdana Menteri menggulung Usul MH17 | Sidang Parlimen Khas

Azalina: Kita tak takut Putin, Ukraine atau puak pemisah

Siti Zailah: Kita tak mahu mati dalam keadaan maksiat

Isu MB: PAS, DAP beri keputusan selepas Aidilfitri

Nurul Izzah: Iktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

MH17: Kerajaan digesa siasat dakwaan Russia bekal senjata kepada pemisah


lge


KUALA LUMPUR, 23 JUL: DAP menggesa kerajaan mencari jalan terbaik bagi mengesahkan spekulasi bahawa Russia telah membekalkan senjata berat kepada puak pemisah di Donetsk, Timur Ukraine, yang menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pengesahan itu perlu dibuat kerana beberapa laporan menyebut bahawa Russia telah menghantar tentera mereka membantu puak pemisah tersebut.
“Kita harus mengesahkan jika Russia turut bertanggungjawab membantu puak pemisah melancarkan roket yang menjatuhkan MH17.
“Kita tidak boleh takut-takut menggunakan apa sahaja pengaruh yang ada untuk memberi tekanan demi mendapatkan kebenaran,” katanya dalam perbahasan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Bagan itu turut mendesak kerajaan menangguhkan pembayaran pembelian 18 pesawat Sukhoi dari Russia jika benar mereka terlibat dan tidak mahu memberi kerjasama penuh dalam usaha mengesan penjenayah.
“Malaysia telah membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi 30-MKM bernilai US$ 900 juta (RM3 bilion) pada bulan Ogos 2003. Pesawat ke-18 dan yang terakhir, baru sahaja dihantar pada bulan Ogos 2011.
“Jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran untuk pesawat-pesawat ini, kita harus bersedia menangguhkannya, jika perlu,” ujarnya.

Guan Eng: Kami akan terus guna penerbangan MAS

UK to decode MH17 black boxes, Interpol identifies bodies

MH17: PAS gesa kerajaan sedia pasukan peguam terbaik

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan agar kerajaan menyediakan pasukan peguam terbaik dalam mengumpul maklumat dan membawanya ke  Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi ketika membaca usul bagi sidang Parlimen Khas meminta agar Peguam Negara mengumpulkan segala bukti dan maklumat bagi tindakan lanjut.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar ketika membahaskan usul tersebut memberitahu kerajaan perlu memastikan persiapan dikendalikan oleh barisan peguam yang terbaik dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

"Terlalu banyak kes yang tidak menyebelahi negara ini apabila ia dikendalikan Peguam Negara, lihat bagaimana kehilangan Pulau Batu Putih sebelum ini.

"Kita tidak mahu ia berulang lagi, kerajaan perlu pastikan kita mempunyai barisan peguam terbaik untuk mewakili negara ini," jelas beliau.

Beliau yang turut membawa amanah Presiden PAS kerana tidak dapat hadir atas faktor kesihatan turut menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri.

"Mewakili PAS mengucapkan takziah kepada 298 orang mangsa akibat kekejaman anti kemanusiaan yang telah berlaku kepada penumpang dan anak kapal MH17.

MP PAS bangkitkan isu arak dalam MAS

MP Rantau Panjang Siti Zailah Yusof (kanan) meminta kerajaan supaya mengambil perhatian berhubung persoalan hidangan arak dan pramugari yang tidak menutup aurat dalam pesawat MAS.

"Kita tidak mahu mati dalam keadaan maksiat. (Kerajaan perlu) ambil berat perkara yang menjadi asas syariat (Islam).

"Harap ia diberi perhatian oleh kerajaan. Jangan pandang kecil walaupun dengan kecanggihan teknologi, ia tidak dapat halang kuasa Allah," katanya.

Isu MB Selangor: PAS bincang keputusan PKR lepas raya

KUALA LUMPUR: PAS dan DAP akan membawa keputusan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail  sebagai Menteri Besar Selangor ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing.

Bagi PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat parti selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

Sementara itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan memainkan peranan dalam hal ehwal di peringkat negeri Selangor sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.

"Saya tidak akan ada apa-apa jawatan, dan saya akan lepaskan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor kerana ramai lagi yang lebih layak," katanya.

MP DAP Raub bahas Usul MH17 | Sidang Parlimen Khas

MP PAS Rantau Panjang bahas Usul MH17 | Sidang Parlimen Khas

MP PAS Tumpat bahas Usul MH17 | Sidang Parlimen Khas

MP DAP Seputeh bahas Usul MH17 | Sidang Parlimen Khas

MP PKR Selayang bahas Usul MH17 | Sidang Parlimen Khas

Isu MB Selangor: Anwar ikut perlembagaan negeri- Aziz Bari

interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawanKUALA LUMPUR 23 JULAI:  Keputusan KEADILAN berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
“Apa yang KEADILAN buat betul, yakni putuskan siapa yang parti mahu jadi MB dan kemudian bentang dalam pimpinan Pakatan Rakyat
“Ini memberi signal kepada istana yang akan membuat lantikan- siapa yang mempunyai sokongan majoriti dalam dewan sebagaimana yang disyaratkan oleh UUT negeri,” ujar Aziz.
Beliau mengulas dakwaan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memahami perlembagaan negeri berhubung isu berkenaan.
Dalam kenyataannya, Noh mendakwa ketua pembangkang itu menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kedudukan menteri besar.
“Dia (Noh) yang tak faham. Calon MB mestilah seorang ahli dewan undangan negeri yang mempunyai sokongan majoriti dalam dewan,” kata Aziz kepada Keadilan Daily.
Sebaliknya, katanya,  situasi itu tidak sama seperti berlaku di Terengganu baru-baru ini, apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said dipaksa meletak jawatan dan beberapa Adun mengiisytihar keluar Umno.
“Dalam kekecohan itu Umno-BN kehilangan majoriti. Mengikut perlembagaan, kerajaan pimpinan Umno-BN itu patut letak jawatan kerana ketika itu Pakatan mempunyai majoriti. Tapi sayangnya ia tidak berlaku,” katanya.
Menurut Aziz, keadaan sama berlaku di Selangor pada 1997, apabila Menteri besar waktu itu, Tan Sri Muhammad Taib terpaksa meletakkan jawatan kerana ditahan di Australia.
Penggantinya, Datuk Abu Hasan Omar ketika itu masih menjadi menteri kabinet dan perletakan jawatan tersebut mengambil masa yang lama.

Isu MB Selangor: DAP & PAS putus masa terdekat

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dan mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

“DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR,” menurut kenyataan bersama tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

MH17: Solat ghaib selepas selesai kafan di Amsterdam

Kerajaan Malaysia boleh mengisytiharkan solat ghaib dilakukan bagi jenazah Muslim yang terkorban dalam nahas MH17 selepas mayat mereka selesai dimandi dan dikafankan oleh petugas Malaysia di Amsterdam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam kenyataan medianya, Jamil yang juga MP Jerai berkata solat ghaib berlaku jika jenazah berada di negara atau negeri lain sama ada ia terletak jauh ataupun dekat.

"Walaupun setelah jenazah sampai di KLIA (Malaysia), tiada tegahan untuk umat Islam mengadakan solat jenazah (secara hadir) sekali lagi.

"Bagi umat Islam yang berada di negeri/ di tempat berjauhan, tetapi tidak berkesempatan untuk bersama-sama melakukan solat tersebut secara hadir, maka mereka boleh melakukan solat jenazah ghaib di tempat masing-masing," katanya.

Seramai 43 penumpang Malaysia termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine itu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah penumpang Muslim yang menaiki pesawat malang itu.

PR sokong penuh usul MH17

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat hari ini memberi sokongan penuh kepada usul khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan usaha kerajaan dalam menangani tragedi nahas MH17 yang ditembak jatuh dengan membawa mereka terlibat ke muka pengadilan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam insiden berdarah itu sambil menyifatkannya sebagai perbuatan jenayah kerana telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak bersalah.

"Pakatan Rakyat amat komited kepada apa-apa ketetapan kerajaan untuk mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pelaku.

"Saya menggesa siasatan yang telus dan terbuka dan tidak ada sekatan maklumat kepada awam demi mengelak sebarang spekulasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menggesa kerajaan Malaysia memastikan bahawa tiada pihak dibenarkan menceroboh kawasan siasatan kerana dikhuatiri akan mencemari lokasi kejadian.

AG diarah kaji nahas MH17

KUALA LUMPUR - Malaysia menyifatkan tindakan menembak jatuh pesawat komersial MH17 pada awal pagi 18 Julai lalu merupakan satu perbuatan zalim dan bertentangan serta melanggari prinsip dan undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan kejam itu telah melanggari Convention on International Civil Aviation yang telah diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Resolusi 1067 (1996).

"Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine.

"Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan itu dengan insiden berkenaan.

"Ia membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat," katanya ketika membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Islam terancam: Bekas Ketua Hakim buat fitnah, kata Lim

Apa perjalanan proses penyerahan mayat mangsa MH17 kepada keluarga?

KUALA LUMPUR: Sebahagian mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang kini berada di Kharkiv untuk diterbangkan ke Belanda bagi proses mengenal pasti identiti mangsa menandakan permulaannya fasa yang mungkin agak panjang sebelum kesemua mayat-mayat itu dapat diserahkan kepada ahli keluarga dan waris.

Kesemua mayat tersebut diserahkan kepada Pasukan Penyiasat Forencik Kebangsaan Belanda (LTFO) yang akan mengetuai proses pengecaman.

Apa yang dilakukan di lokasi nahas?

Kesemua mayat dan cebisan yang dikumpul di sepanjang jalan untuk memudahkan proses pemindahan. Jasad-jasad itu kemudian disimpan di dalam gerabak sejuk berhampiran Torez, yang terletak di lokasi nahas.

Gerabak sejuk tersebut kemudian meninggalkan Torez dan tiba di Kharkiv petang ini, di mana kesemua mayat akan dipindah dan diterbangkan ke Eindhoven, Belanda untuk proses pengecaman identiti mangsa.

Apa yang dilakukan di Kharkiv?

Satu laluan udara secara terus akan dibuat dari Kharkiv ke Eindhoven di mana jasad-jasad mangsa akan diterbangkan dalam beberapa fasa melalui beberapa penerbangan.

Sebuah pesawat C-130 Hercules milik Belanda dan Boeing C-17 milik Australia akan digunakan dalam usaha membawa mangsa ke Eindhoven.

Penerbangan pertama yang membawa beberapa mayat dijangka tiba lewat hari ini.

MH17: Pembekal senjata patut dikenakan tindakan tegas

UKRAINE-RUSSIA-POLITICS-CRISIS-MALAYSIA-NETHERLANDS-PLANEKUALA LUMPUR, 23 JULAI: Pembekal senjata yang menembak jatuh pesawat MAS MH17 Khamis lalu patut dihadapkan ke muka pengadilan.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, beliau memandang serius perkara berkenaan selain menyokong usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Pendirian DAP amat jelas bahawa kita sokong usul ini kerana dalam masa genting saya rasa kita harus bersatu sebagai satu negara untuk menunjukkan kepada dunia kita mengecam sekeras-kerasnya tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Kita nak tunjuk kepada pembunuh mereka juga perlu dibawa ke muka pengadilan.
Pembekal senjata api juga perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada media di Lobi Parlimen.
Jelas Setiausaha Agung DAP itu, parti berkenaan turut menyokong usaha kerajaan membawa pulang mayat secepat mungkin selain kejayaan mendapatkan semula kotak hitam pesawat.
Dalam sesi perbahasan usul mengecam serangan terhadap pesawat MH17 di Dewan Rakyat, Seramai 10 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan 12 Ahli Parlimen Barisan Nasional dipilih untuk berbahas.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Kiki sudah dijatuhkan hukuman, Pemuda Umno ugut bakar ibu pejabat DAP dibiarkan?

UMNO WP bantah DAP 3SHAH ALAM, 23 JULAI: Tindakan polis yang pantas membawa Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin atau Kiki ke muka pengadilan adalah wajar, namun hairan belum ada sebarang tindakan diambil terhadap kumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang merusuh di Ibu Pejabat DAP, dua bulan lalu.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, berkata sikap berat sebelah itu dipertikaikan kerana mengambil tindakan berbeza terhadap kelakuan jenayah yang dilakukan oleh orang awam dan yang dilakukan oleh anggota parti pemerintah.
“Dalam masa lebih kurang satu minggu, Kiki yang bertindak ganas setelah kereta barunya digesel dan video perilakunya tersebar ke seluruh negara, terus disiasat, didakwa dan diadili.
“Beberapa persoalan timbul, kenapa begitu pantas pihak polis bertindak dalam keadaan bukti terhad. Tetapi masih belum bertindak terhadap perusuh-perusuh Ibu Pejabat DAP meskipun banyak laporan berita dan dokumentasi dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kiki, wanita pemilik kereta Peugeot 208 yang mengamuk dan merosakkan kereta seorang lelaki warga emas menggunakan pengunci stereng di tempat meletak kenderaan Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan ditahan polis untuk membantu siasatan.

Besi halang gelandangan tidur di bangku awam

Pihak berkuasa Kuala Lumpur didakwa memasang besi di bangku orang ramai sekitar ibu kota, bagi menghalang gelandangan tidur di atasnya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, beliau melihat sendiri gambar warga miskin kota terpaksa memaksa diri masuk ke celah-celah besi itu untuk bermalam.

“Saya tidak pernah menyangka senario yang begitu menyayat hati ini akan terjadi di Kuala Lumpur,” kata wakil rakyat DAP itu.

“Perbuatan memasang besi-besi ini langsung tidak berhati perut, malah menampakkan betapa zalimnya pihak berkuasa di Kuala Lumpur yang tidak menyantuni golongan yang tidak bernasib baik dan hidup di jalanan.”

Dalam kenyataannya hari ini, Lim menyifatkan tindakan itu berhati batu dan tidak berperikemanusiaan, tambahan lagi pada bulan Ramadan.

“Saya menggesa pihak DBKL menanggalkan besi-besi tersebut serta merta, dan berhenti menzalimi warga miskin kota.

“Sewajarnya mereka mencontohi bagaimana Kanada melayani warga gelandangannya, tanpa melayan mereka seperti sampah,” katanya.

Selesaikan isu MB secara berhemah, elak keyakinan rakyat merudum

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XLSHAH ALAM, 22 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) diingatkan menyelesaikan isu Menteri Besar Selangor dengan tertib serta penuh berhemah dengan persefahaman tiga parti berhadapan cabaran itu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.
Hal ini berikutan kepercayaan pengundi di Selangor boleh merudum apabila PR sendiri memberikan gambaran perjuangan lebih mementingkan agenda politik berbanding memelihara kepentingan rakyat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau berharap isu pertukaran Menteri Besar seperti yang dimahukan beberapa pihak PKR dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab sekaligus memulihkan keyakinan rakyat ekoran isu ini.
“Sudah tentu kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab akan menjejaskan bukan sahaja PR di Selangor tetapi PR di PRU-14 akan datang.
“Jadi oleh sebab itu saya berdoa harap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib, bertanggungjawab dan mengikut lunas-lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.
“Ini kerana Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu orang yang akan mengepalai pentadbiran Negeri Selangor iaitu yang menjadi Menteri Besar,” kata Abdul Khalid dalam wawancara ekslusif bersama Selangor Kini di Pejabat Menteri Besar pada Isnin lepas.
Abdul Khalid juga berkata kerajaan sebelum ini berjaya membuktikan peningkatan sokongan yang diterima dari rakyat Selangor apabila berjaya meningkatkan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 lalu.

Jika Wan Azizah Hanya Boneka, Bukankah UMNO Patutnya Gembira?

Sejak nama Dr Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai bakal pengganti Khalid Ibrahim mengisi jawatan Menteri Besar Selangor, bermacam-macam ulasan yang cuba menafikan kelayakannya menyandang jawatan tersebut mula kedengaran daripada kumpulan pro UMNO dan BN.

Antaranya, beliau dikatakan tidak layak sebab wanita, tiada pengalaman mentadbir, hanya boneka kepada Anwar Ibrahim, beza bagaikan bumi dan langit dengan Khalid Ibrahim, bakal mengundang penolakan rakyat dan bermacam-macam lagi.

Hampir semua ulasan itu kelihatan memperlekeh kemampuan Dr Wan Azizah, manakala yang lain pula melihat ianya hanyalah keputusan peribadi Anwar yang semata-mata berdasarkan kepentingan diri dan keluarganya sahaja.

Memang diakui sebelum ini Khalid adalah pemimpin yang baik dan jika dibandingkan dengan semua Menteri Besar Selangor daripada BN sebelumnya, beliaulah yang paling berhemah, berjimat, tidak boros serta dapat memenuhkan rizab kewangan negeri sehingga mencecah RM3 billion.

Masalah yang timbul ialah kerana jajaran kepimpinan Khalid sejak kebelakangan ini tidak lagi seperti dulu terutama dalam isu air, Bible dan lebuhraya Kidex sehingga beliau semakin kehilangan sokongan daripada rakan-rakan pimpinan PR sendiri.

Khalid ditakrif bukan saja mengamalkan kepimpinan ala korporat dan tidak lagi mementingkan muafakat sesama rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah seperti berwajah pro UMNO, BN dan kerajaan Pusat dalam beberapa keputusannya.

Sepertimana yang disebut oleh Anwar, penggantian Khalid dengan Dr Wan Azizah ialah untuk memastikan kestabilan dan membolehkan PR melangkah dengan lebih baik menghadapi cabaran akan datang.

Tetapi jika UMNO dan BN melihat Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang lemah, tidak berwibawa, tiada keupayaan, boneka Anwar dan bakal mengundang penolakan rakyat Selangor, kenapakah mereka membantahnya?

Ucapan Anwar bahas usul kutuk tragedi MH17

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
anwarTan Sri Yang Di-Pertua,
1) Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk membahas Usul Khas dari Perdana Menteri berkenaan tragedi nahas Pesawat MH17 yang dilaporkan ditembak dan terhempas di daerah Grobovo, Donetsk (Timur Ukraine), 50km dari sempadan Rusia pada hari Khamis, 17 Julai 2014. Sudah tentu saya akan mulakan dengan  ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas tragedi malang ini.
2) Saya juga ingin menzahirkan sokongan kami dari Pakatan Rakyat kepada segala usaha kerajaan dalam menangani tragedi ini dengan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Perbuatan jenayah ini bukan sahaja perlu dikutuk malah perlu dikecam kerana ianya melibatkan mereka yang tidak berdosa.
3) Kami di dalam Pakatan Rakyat amat komited kepada apa-apa ketetapan kerajaan untuk mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pelaku.
4) Saya menggesa siasatan yang telus dan terbuka dan tidak ada sekatan maklumat kepada awam demi mengelak sebarang spekulasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
5) Kerajaan Malaysia perlu memastikan bahawa tidak ada pihak dibenarkan menceroboh kawasan siasatan dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian kerana kawasan sekitar itu masih dilaporkan tidak selamat.
6) Saya juga memuji tindakan kerajaan dalam rundingannya dengan Ketua Republik Rakyat Donetsk, Alexander Borodai bagi mendapatkan kotak hitam yang menjadi perkara mustahak dalam penyiasatan nahas pesawat MH17 ini.
7) Perlu suatu tindakan undang-undang yang telus bagi memastikan keadilan diperolehi bagi setiap mangsa dan juga untuk memastikan agar tidak ada lagi nyawa yang terkorban di masa hadapan.
8) Ruang keadilan menerusi ICC (International Criminal Court) perlu diterokai sekiranya terbukti sesetengah individu yang didapati bersalah menembak jatuh MH17,manakala sekiranya terbukti sebuah negara yang bersalah, ICJ (International Criminal Court) perlu digunakan. Dalam kejadian pesawat awam ditembak oleh kuasa ketenteraan sesebuah negara, ICJ selalunya digunakan

Godaan dan politik


d3

oleh Dyana Sofya Mohd Daud

Saya tidak akan memulakan artikel ini dengan menyembunyikan hakikat bahawa kebanyakan orang, lelaki dan juga wanita, mencuba sebaik mungkin untuk kelihatan menarik dan menyenangkan. Saya juga tidak akan memohon maaf kerana turut melakukannya.
Pastinya penampilan mempengaruhi keyakinan dan emosi kita. Maka, usaha dan rutin yang ketat yang diamalkan seseorang bagi mengekalkan penampilan fizikal perlu dilihat sebagai bukti disiplin dan tekadnya untuk menzahirkan profesionalisme, serta tanda kepada komitmen terhadap kehidupan seharian, termasuk berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan apa yang kita percaya.
Baru-baru ini, media memainkan apa yang kini dikenali sebagai fenomena ‘awek cun’ dan DAP digambarkan giat merekrut wanita muda dan cantik.
Perhatian media ini tentunya membantu menarik lebih banyak perhatian kepada parti dan dasar yang ia perjuangkan. Ia membuka peluang kepada penggerak parti untuk menjelaskan kepada golongan muda yang celik politik perkara-perkara yang mampu ditawarkan oleh DAP kepada mereka. Pada masa yang sama, ia juga telah mencetuskan tidak sedikit kontroversi.
Malangnya, sesetengah pihak menanggapi peningkatan penyertaan wanita muda dalam politik sebagai suatu budaya ikut-ikutan untuk meraih populariti. Keadaan ini sangat mengecewakan. Lebih teruk, ada yang merasakan DAP menggunakan strategi ‘godaan’ demi menarik minat orang ramai.
Hal ini menampakkan realiti di negara kita, bahawa bila saja wanita yang menarik dan yakin-diri memutuskan untuk menyahut cabaran dan bertekad untuk melakukan perkara yang tidak sanggup dilakukan banyak orang lelaki, perkara pertama yang dilihat masyarakat adalah rupa-parasnya. Masyarakat umumnya patriarkal dan cenderung memandang wanita secara juling. Dalam keadaan ini wanita sudah merasa cukup payah untuk membuatkan masyarakat mereka secara serius, maka bertambah payah lagi apabila kami terus-terusan dinilai berdasarkan rupa.

MH17: Konflik Rusia-Ukraine jangan halang Malaysia cari keadilan


LGE-pc-tamil Foundation reg issues of tamil schools in malaysia-7626

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Perbalahan politik dan ketenteraan antara Ukraine dan Russia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk Malaysia menuntut keadilan.
Dalam perbahasan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata Malaysia perlu memanggil Duta Rusia dan Ukraine untuk memberi penjelasan berhubung insiden MH17 yang terhempas di Ukraine.
“Kita tidak berminat dengan peperangan antara dua negara. Kita hanya mahu keadilan ditegakkan.
“Sebab itu usaha kita tidak boleh terhalang akibat perbalahan mereka. Jangan kerana dua gajah berperang, kancil tersepit di tengah,” kata Guan Eng dalam perbahasan di Dewan Rakyat.
Ukraine, sebuah negara bekas Kesatuan Soviet di semenanjung Crimea kini seolah-olah menjadi gelanggang pertarungan antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia.
Penganalisis politik antarabangsa membayangkan pertembungan ini memungkinkan cetusan gelombang kedua perang dingin selepas keruntuhan Kesatuan Soviet lebih 20 tahun dahulu.
Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan serangan hendap yang dilakukan terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 adalah sangat tidak berperikemanusiaan.
“Kami mengecam keras pembunuhan yang tidak berhati perut ini. Perbuatan terkutuk ini adalah umpama haiwan bertopengkan manusia dan perlu segera dibawa ke muka pengadilan,” kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.