Mesir hanya membuka laluan Rafah tersebut kepada mangsa yang cedera dari Genting Gaza.  
Mesir hanya membuka laluan Rafah tersebut kepada mangsa yang cedera dari Genting Gaza.
KAHERAH - MESIR. Anggota keselamatan di utara Sinai didakwa cuba menghalang konvoi bantuan kemanusiaan untuk memasuki ke Genting Gaza melalui sempadan Rafah, menurut media tempatan, kelmarin.

Jurucakap tentera di pusat pemeriksaan Balloza memaklumkan kononnya mereka terpaksa membuat keputusan itu berikutan situasi keselamatan di wilayah tersebut semakin meruncing.

"Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk membenarkan konvoi bas yang membawa 500 aktivis antarabangsa itu masuk ke Gaza," katanya.

Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mencetuskan pergelutan antara beberapa aktivis dan anggota keselamatan, namun tiada tangkapan dibuat.