Ahad, 20 Julai 2014

Ukraine Rebels: Black Boxes Will Be Returned

Israel steps up eastern Gaza bombardment

GAZA: Angka kematian kini sekurang-kurangnya 425, Lebih daripada 87 maut setelah Israel serang Shejaiya

Gaza: Lebih daripada 87 maut setelah Israel serang Shejaiya
GAZA: Lebih dari 87 orang terbunuh pada Ahad selepas tentera Israel melancarkan serangan di utara Gaza, di mana ribuan lagi melarikan diri dalam ketakutan selepas serangan paling dahsyat di kawasan berkenaan dalam masa lima tahun.

Serangan ini terus mendorong Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk menghentikan gencatan senjata buat sementara waktu untuk membenarkan paramedik untuk membawa mayat dan yang cedera dalam satu perjanjian yang diterima oleh kedua-dua belah pihak.

Kawasan kejiranan Shejaiya menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai dan keadaan menjadi huru-hara. Sementara itu konvoi ambulans bergegas apabila keadaan mula menjadi tenang, kata seorang wartawan AFP.

Ia berlangsung kurang daripada satu jam, di mana pihak Israel menuduh penjuang Hamas melanggar perjanjian dengan memulakan penembakan, dan berkata pasukannya telah "bertindak balas dengan sewajarnya."

Setelah jumlah kematian di Gaza melebihi 425, ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon menuju ke rantau ini atas usaha gencatan senjata dan Presiden Palestin Mahmud Abbas akan  mengadakan perbincangan di Qatar bersama ketua Hamas Khaled Meshaal.

Setakat ini, usaha-usaha gencatan senjata telah ditolak oleh Hamas, yang merupakan kuasa yang dominan di Gaza.

Tidak gentar dengan serangan Israel melalui darat, laut dan udara, ia telah menekankan serangan sendiri yang mengorbankan dua lagi tentera Israel semalam, kata tentera.

'Shejaiya terus diserang'

Serangan Israel ke atas Shejaiya tidak menunjukkan tanda berkurangan, ribuan boleh dilihat melarikan diri selepas serangan Israel meninggalkan mangsa terbaring di jalan raya, seorang wartawan AFP melaporkan.

Rakaman dari kawasan itu menunjukkan asap hitam tebal di langit ketika serangan yang berterusan, menyebabkan sayap timur Gaza dibakar.

Ambulans tidak dapat mencapai banyak kawasan di sepanjang sempadan Israel kerana serangan berat.

60 dead as Israel batters Gaza's Shejaiya

Over 60 dead as Israel batters Gaza's Shejaiya
Over 60 dead as Israel batters Gaza's Shejaiya
 
More than 60 Palestinians were killed Sunday as Israeli forces pounded northern Gaza, sending thousands more fleeing in terror in the deadliest assault on the enclave in five years.
Sunday's bloody toll prompted urgent efforts by the International Committee of the Red Cross to broker a temporary ceasefire to allow paramedics to evacuate the dead and wounded in a deal accepted by both sides.
Inside the ravaged neighbourhood of Shejaiya, there were hellish scenes of carnage and chaos as a convoy of ambulances rushed in to make the most of the calm, an AFP correspondent said.
But it lasted less than an hour, with Israel accusing Hamas militants of firing in violation of the agreement, and saying its forces were "responding accordingly."
As the death toll in Gaza passed 410, UN chief Ban Ki-moon headed to the region to add his weight to truce efforts and Palestinian president Mahmud Abbas was to hold talks in Qatar with Hamas chief Khaled Meshaal.
So far, truce efforts have been rejected by the Islamist Hamas movement, which is the dominant power in Gaza.
Undaunted by the Israeli bombardment by land, sea and air, it has pressed on with its own assaults which killed another two Israeli soldiers overnight, the army said.
As Israel's blistering offensive on Shejaiya showed no sign of easing, thousands could be seen fleeing for their lives after heavy shelling left casualties lying in the streets, an AFP correspondent reported.
Footage from the area showed vast clouds of black smoke billowing into the sky as the shelling continued and Gaza's eastern flank burned.
Ambulances were unable to reach much of the area along the border with Israel because of heavy fire.
But as the ceasefire got under way, a convoy of ambulances entered, with medics seen picking up at least three dead bodies, including that of a man with his intestines hanging out and his head completely destroyed, the correspondent said.

MH17: 'Buk' tak dapat lari

WALAUPUN sisasatan rasmi sedang dijalankan pihak berkuasa, beberapa laporan di laman sosial mengemukakan bukti sekumpulan pemberontak pro-Russia memiliki sistem peluru berpandu 'Buk' atau SA-11 yang mempunyai kemampuan menembak jatuh sebuah pesawat.
Beberapa imej dan video yang muncul di laman sosial dikatakan menunjukkan sistem peluru berpandu ini berada di wilayah Donetsk di timur Ukraine sebelum pesawat terhempas.
Laman web Storyful mengumpul maklumat daripada laman sosial dan wartawan serta pakar media sosial berusaha mengesahkan kesahihan maklumat daripada media sosial itu.

Maklumat yang disahkan dilampirkan ke dalam satu laporan dan Storyful menentukan bahawa ahli kumpulan pemberontak Donetsk People’s Republic sekurang-kurangnya mempunyai akses kepada sistem pembinasa kapal terbang seperti yang digunakan ke atas MH17.
FotoRAKAMAN video oleh Kementerian Dalam Negeri Ukraine mendakwa lori membawa 'Buk' tanpa satu peluru berpandunya. FOTO AP

Laporan Storyful itu juga menjelaskan, walaupun angkatan tentera Ukraine juga mempunyai kemampuan yang serupa, peluru berpandu ditembak dari kawasan dikawal pemberontak pro-Russia.

Laporan dari lokasi nahas di beberapa laman media sosial memberi pandangan awal mengenai kejadian itu serta lokasi sistem peluru berpandu ‘Buk’ di kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak pro-Russia sebelum berlakunya nahas itu.

Maklumat ini muncul seawal 29 Jun daripada akaun Twitter yang berkaitan dengan Donetsk People’s Republic (DPR), @DNRpress yang menunjukkan sistem 'Buk' serta penjelasan “ia berada di kawasan rejimen A1402.”



Tweet yang mengesahkan pemberontak pro-Russia memiliki 'Buk'

Rejimen A1402 bergerak ke kawasan Donetsk pada 2007 dari Odessa dan berpangkalan berhampiran lapangan terbang Donetsk.

Kita Dibuli: Pemberontak larikan 196 mayat nahas MH17

Hrabove (Ukraine): Pasukan tentera pemberontak pro-Russia sudah mengambil 196 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui di kawasan nahas ke lokasi yang tidak diketahui, kata pasukan perkhidmatan kecemasan Ukraine.
Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas.

Pada pagi Ahad, wartawan AP mendapati tiada mayat di kawasan nahas dan pasukan perkhidmatan kecemasan dilihat menyelusuri padang gandum untuk mencari anggota badan dan tentera pemberontak yang bersenjata juga gagal dikesan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Menteri Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, pekerja sukarela di wilayah yang dikawal tentera pemberontak itu dipaksa untuk menyerahkan semua mayat yang ditemui kepada pemberontak bersenjata.

"Kami tidak tahu ke mana mereka membawa mayat itu," kata Bystro.

Seorang pekerja perkhidmatan kecemasan, Alexander Pilyushny, berkata, tentera pemberontak itu mengambil masa beberapa jam untuk membawa semua mayat itu keluar dari kawasan nahas.

Katanya, dia bersama rakan kerja yang lain tiada pilihan selain akur pada arahan kumpulan pemberontak untuk menyerahkan mayat kepada mereka.

"Mereka bersenjata dan kami tidak. Mereka (tentera pemberontak) datang, memasukkan mayat ke dalam lori dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui," katanya. - AP

Fadhilat 10 hari terakhir Ramadan

Is there blood on Putin's hands?

MH17: Rusia digesa henti berdolak--dalik

MH17: Pemimpin politik Australia bersatu beri tekanan kepada Vladimir Putin

KUALA LUMPUR: Seluruh pemimpin politik Australia bersatu mengutuk tragedi yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine serta menggesa Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin untuk menjelaskan peranan Rusia.

Lapor laman portal News.net.au, Ketua Parti Buruh Bill Shorten mengumumkan bahawa pihak pembangkang negara tersebut akan menyokong penuh gesaan agar Putin dihalang terus untuk menghadiri mesyuarat G20 di Queensland, Australia.

Begitu juga dengan Ketua Queensland, Campbell Newman yang berkata bahawa kedatangan Putin tidak dialu-alukan di negara itu jika dia tidak memberikan kerjasama penuh dalam menyelesaikan isu pesawat MH17.

Tulis portal News.au.net lagi, anggota penyiasat yang berada di kawasan nahas kecewa dengan tindakan pemberontak Rusia mengepung tempat kejadian dengan alasan keselamatan.

Namun begitu, kerajaan Rusia menafikan mereka mempunyai hak ke atas pemberontak.

Kerry: 'Moment of truth' for Putin

First video to show "black box" at Ukraine crash site

MH17: Malaysia boleh ambil tindakan undang-undang - Pakar perundangan

MH17: Malaysia boleh ambil tindakan undang-undang - Pakar perundangan
KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai peluang untuk membawa kes nahas pesawat MH17 ke muka pengadilan tetapi amat penting untuk mendapatkan bukti terlebih dahulu mengenai jenis peluru berpandu yang menembak pesawat  Malaysia Airlines (MAS) itu hingga menyebabkannya terhempas selain mendedahkan fakta-fakta lain, kata pakar-pakar perundangan.

Peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Datuk N.Sivananthan berkata untuk berbuat demikian, adalah penting untuk memasuki tapak nahas dengan segera untuk memastikan bukti tidak dicemari.

"Ia membolehkan pemerhatian dari dekat dan mungkin mendedahkan keadaan yang menyebabkan peluru berpandu ditembak serta sebab untuk berbuat demkian.

"Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran semua keluarga mereka yang berada dalam pesawat itu," kata beliau kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta menjelaskan mengenai tindakan undang-undang yang harus diambil oleh Malaysia berhubung dengan insiden MH17.

Sivananthan yang juga Naib Presiden Badan Peguam Jenayah Antarabangsa menegaskan insiden MH17 telah mencabuli Artikel 3 Konvensyen Chicago yang melarang sebarang serangan ke atas pesawat awam.

PBB pertimbang resolusi kutuk serangan MH17

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedang mempertimbangkan satu resolusi mengutuk pihak bertanggungjawab menyebabkan penerbangan MH17 terhempas.

Resolusi itu turut mendesak kumpulan bersenjata yang mengawal kawasan tersebut membuka akses kepada kawasan nahas serta meminta semua pihak di rantau berkenaan bekerjasama dalam satu siasatan antarabangsa, lapor media Australia ABC News.

Resolusi yang dirancang ini bakal dibawa Autralia yang kehilangan kita-kira 37 warganya dalam penerbangan itu menurut laporan tersebut.

Rancangan ini hadir selepas mayat dari penerbangan Malaysia MH17 dilaporkan dialihkan walaupun kumpulan pemisah bersenjata pro Rusia yang mengawal kawasan terbabit tidak memberi jaminan laluan selamat untuk pasukan penyiasat dan penyelamat.

Berita itu turut "mengutuk sekeras-kerasnya tembakan kepada Penerbangan Malaysia MH17... menyebabkan kehilangan tragik 298 nyawa" dan "meminda semua pihak dan pemain di rantau itu menghentikan keganasan ke atas pesawat awam."

Amerika Syarikat dan kuasa lain telah menyatakan kapal terbang itu kemungkinan besar ditembak jatuh Khamis lalu dengan peluru berpandu permukaan ke udara yang ditembak dari daerah pemberontak.

- Reuters

MH17: Hampir 200 mayat ditemui

Operasi pencarian yang diketuai oleh pihak kerajaan Ukraine telah menemui 196 mayat di tapak kemalangan MH17 setakat ini.

Menurut sumber dari Bahagian Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine (SES), seramai 380 petugas telah menyertai usaha pencarian yang meliputi 34 kilometer persegi di selatan Ukraine.

Bagaimanapun, usaha tersebut dijejaskan oleh kehadiran kumpulan pemisah yang dikatakan mengganggu dan menghalang kerja-kerja unit SES.

Sebelum itu, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE melahirkan kebimbangan ke atas bilangan anggota mayat yang masih tinggal di lokasi kemalangan.

Jurucakap OSCE, Michael Bociurkiw berkata kepada pemberita bahawa pihaknya telah ke tapak kemalangan nahas MH17 dan melihat kumpulan pemisah terbabit mengalihkan beberapa mayat ke tempat lain.

MH17: Pemisah didakwa bawa pergi mayat

Pasukan pemisah memaksa pekerja keselamatan untuk menyerahkan 196 mayat ditemuni, dan membawanya ke bandar yang dikuasai kumpulan pro-Rusia, lapor Associated Press.

Sementara itu, Ogranisation for Security and Co-operation in Europe dalam pasukan pemantauan khas dilaporkan melihat mayat berada dalam “beg mayat profesional” dan dibawa ke sebelah jalan oleh “pakar” yang tidak diketahui.

Mayat mangsa tragedi MH17 di dalam gerabak, tidak diketahui destinasi seterusnya


GERABAK yang menjadi tempat simpanan mayat mangsa tragedi MH17 yang diletakkan di stesen Torez, timur Ukraine.
GERABAK yang menjadi tempat simpanan mayat mangsa tragedi MH17 yang diletakkan di stesen Torez, timur Ukraine.

Mayat mangsa tragedi MH17 kini disimpan di dalam tiga gerabak kereta api yang dipercayai mempunyai keupayaan sejuk beku di stesen kereta api di Torez beberapa kilometer dari tempat kejadian di wilayah Donetsk timur Ukraine.
The Guardian menyaksikan ketibaan delegasi Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) iaitu badan pemantau antarabangsa untuk memeriksa gerabak tersebut, sambil diiringi konvoi tentera pemberontak yang sarat dengan senjata.
Sebaik salah sebuah pintu besi gerabak dibuka kelihatan beg-beg hitam yang mengandungi mayat manakala bau mayat menusuk hidung.
"Misi pemantau khas yang sudah tiga hari menguruskan insiden tersebut kini memantau lokasi di masa mayat-mayat disimpan di dalam tiga gerabak, " kata timbalan misi , Alexander Hud.
Jurucakap misi, Michael Bociurkiw menambah: "Tanpa sebarang peralatan adalah mustahil untuk masuk ke gerabak tersebut. Bau di situ sangat teruk."

"Black box" retrieved at Ukraine crash site

MH17 bodies allegedly loaded onto trains

Mother of MH17 victim calls out Putin

MH17 investigators work at "gunpoint"

'Free Palestine!' World marches to protest Gaza victims

Israel expands Gaza ground offensive; no sign of truce

At least 40 dead in Israeli attack on Gaza district - medical officials

Perhimpunan #justice4MH17 Selasa ini

Satu perhimpunan untuk menunjukkan solidariti kepada negara dan mangsa nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak di Ukraine 17 Julai lalu akan diadakan di sini Selasa ini.
Difahamkan perhimpunan yang akan bermula di perkarangan bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji Jalan Ampang 3.30 petang itu bagi menuntut keadilan kepada mangsa tragedi tersebut.
Poster mengenai program tersebut mula disebarkan sejak malam Sabtu.
Sehingga berita ini ditulis, tiada lagi pihak yang tampil mengaku sebagai penganjur perhimpunan solidariti #justice4MH17 itu.
Bagaimanapun dipercayai peserta perhimpunan tersebut nanti akan berarak ke Kedutaan Ukraine di Menara Tan & Tan yang terletak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak Ampang.
Sementara itu, pada Rabu sidang Parlimen tergempar Rabu ini bakal menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang pastinya terkesan dengan tragedi malang yang menimpa pesawat MH17.
Seluruh dunia mengutuk keras tindakan ganas yang telah meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang terdiri daripada pelbagai warganegara.

MAS tamatkan kod MH 17, tukar kepada kod MH19

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghentikan penggunaan kod penerbangan MH17 bagi menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa tragedi itu.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata kod penerbangan baru untuk perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah MH19.

"Perubahan ini akan berlaku bermula 25 Julai 2014," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut tiada perubahan kekerapan penerbangan antara dua destinasi tersebut dan jadual penerbangan harian antara kedua ibu negara akan berjalan seperti biasa.

MH17 dipercayai ditembak jatuh peluru berpandu di wilayah Donetz, Ukraine, kira-kira 500km dari ibu negaranya Kiev Khamis lalu.

Tragedi itu mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal yang majoritinya dari Belanda.

Waris mangsa MH17 mahu mayat dibawa pulang

Rohani bersama ahli keluarga Noor Rahimmah yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine ketika di hotel penginapan ahli keluarga itu di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama  
Rohani bersama ahli keluarga Noor Rahimmah yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine ketika di hotel penginapan ahli keluarga itu di Putrajaya hari ini. 
 
PUTRAJAYA - Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas mahu supaya mayat mangsa dibawa pulang dalam apa jua keadaan.

Hasrat itu diluahkan keluarga Noor Rahimah Md Noor, Puan Seri Siti Amirah Prawira Kusuma serta Ariza Ghazalee semasa pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Hotel Marriot Putrajaya di sini hari ini.

Rohani berkata, mereka mahu supaya mayat dari nahas tersebut dapat disemadikan dengan sempurna mengikut ritual serta agama masing-masing.

"Saya jumpa tiga famili, hasrat mereka satu sahaja untuk bawa balik mayat dalam apa jua keadaan supaya dapat disempurnakan mengikut ritual masing-masing," katanya dalam sidang media selepas kira-kira sejam pertemuan itu.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

A memorial to the family of Tambii Jee, lost on MH17

A memorial to the family of Tambii Jee, lost on MH17
When I heard about the Malaysian airliner going down in Ukraine, I was upset, but upset in the way you are when you hear about bad things happening far away.

It was a pity, but at the end of the day, my life was going on, and I had a book signing to get to.  In the evening, I was on Facebook and saw an update from an old friend with whom I taught in Kazakhstan.

She wrote that she was devastated, having known someone on the flight.  I sent her a PM, and she wrote back that the tragedy had claimed a family we’d all known at the QSI school in Atyrau, Kazakhstan, and suddenly the far away terrible story was personal.


tambi
Tambi Jiee, 49, from Kampung Gobielt, was with his wife Ariza Ghazalee, 47, and four children from left – Mohd Afruz, 13, Mohd Afif, 19, Marsha Azmeena, and Mohd Afzal, 17.

I didn’t know the entire family well, but I did teach three of the children. Two, I only saw once a week in music class, but they were very pleasant, well-natured kids. I want to speak more specifically of the boy who was in my homeroom, Afruz, the youngest sibling, to remember him, and to honor him.

Afruz came to my fourth grade class in the middle of the year when his father was brought to Kazakhstan with Shell. He entered school with a handful of other Malaysian boys his age, as the families were brought in at the same time. When I think of Afruz, those first days, I mostly think of his smile.

He was a nine-year old boy coming to a new school in a foreign country filled with kids from all over the world, who all spoke English (which he didn’t speak very well when he entered), and he could have easily been withdrawn or sulky, having to adapt to this strange new world.

But he wasn’t.  As I said, he was always smiling. As the year progressed, and as Afruz became more and more proficient in English, he gained more and more confidence to join in the classroom, it became evident that he had a fantastic sense of humor. All the other kids loved him, and I began to see that it was because his easy-going personality.

All three students were incredibly bright, constantly doing well in school, and pushing themselves to do better. Another friend who taught Marsha, the young daughter in the family, told me that she learned an entire year of math in four months by coming to him for an extra hour each day to do extra work and get extra tutoring.

Ramai Artis Tutup AURAT Bulan Ramadhan Sahaja - UAI

Mencukupkan Bayaran Zakat Ibu Yang Tak Cukup - UAI

Bayar Zakat Dengan Barang Niaga - Ustaz Azhar Idrus

Siapa Kena Bayar Zakat Bila Suami Dipenjara? - UAI

Hukum Bayar Zakat Bukan Di Tempat Cari Rezeki - UAI

Bayar Zakat Ke Tempat Lain - Ustaz Azhar Idrus

Hadis "Tidur Orang Yang Berpuasa Itu Berpahala" - UAI

MH17: Cara petugas penerbangan seluruh dunia beri penghormatan terakhir

MH17: Cara petugas penerbangan seluruh dunia beri penghormatan terakhir
Petugas syarikat penerbangan dari seluruh dunia membanjiri satu laman Facebook dengan curahan hati masing-masing untuk merakam penghormatan dan penghargaan mereka kepada anak kapal Penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Akaun Facebook bernama "A Fly Guy's Cabin Crew Lounge" itu, yang memberi ruang kepada petugas penerbangan dari serata dunia untuk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada anak kapal MH17 yang terkorban dalam nahas itu.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Pesawat Boeing 777 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pihak berkuasa Ukraine mendakwa pesawat itu ditembak jatuh.

Satu catatan bertajuk "Letters of Love to Malaysia Airlines" memuat naik 151 foto sebagai "sebuah album yang mengandungi warkah cinta dan sokongan daripada warga syarikat penerbangan dari seluruh dunia".

"Sejak beberapa hari lepas, pesawat penumpang dari seluruh dunia berlepas ke udara dengan hati yang amat berat. Sesuatu bencana udara tidak hanya menejejaskan syarikat penerbangan terbabit, tetapi juga menjejaskan semangat kami semua. Kami disatukan oleh penerbangan dan petugas syarikat penerbangan dari seluruh dunia berharap saudara kami di Malaysia Airlines tahu bahawa kami berdiri teguh di belakang mereka," kata penulis catatan itu.

Antra penghormatan yang dirakamkan datang daripada seorang anak kapal Air France, yang berbunyi: "Semoga anda semua dibawa terbang dengan sayap malaikat."

Seorang anak kapal Egypt Air pula menulis begini: "Bersemadilah dengan tenang, Petugas Penerbangan Tidak Mati, Mereka Hanya Terbang Lebih Tinggi."

Seorang anak kapal Brussels Airlines pula menulis: "MH17, doa kami mengiringi anda."
Ini pula catatan seorang anak kapal Tame Airlines: "Anda sekali-kali tidak akan dilupakan, MH17. Selama-lamanya di hati kami."

Seorang anak kapal American Airlines menulis begini: "100,000 warga American Airlines mengingati penumpang dan anak kapal MH17. Bersemadilah dengan tenang."

Antara mereka yang membuat catatan di laman Facebook sejurus selepas berita tentang nahas itu berlaku ialah Ineke Muller dari Belanda, dengan tulisannya: "Ya Tuhan, saya kena terbang ke KL esok, tapi saya sungguh sedih. Saya semacam tidak boleh percaya perkara ini berlaku ...saya tinggal di Amsterdam...sungguh sedih sekali!"

Seorang rakyat Malaysia, yang hanya dikenali sebagai Robert Leong pula berkata seboleh-bolehnya, dia menggunakan MAS untuk ke mana sahaja. "Malah, saya baru sahaja menggunakan penerbangan HK-KL-HK (Hong Kong-Kuala Lumpur-Hong Kong) dua hari lepas dan akan berbuat begitu sekali lagi, dengan MAS, pada 5 Ogos ... Tabahkanlah hati, selalulah berlapang dada dan terus mara ke hadapan MAS. Saya akan sentiasa menyokong anda...".

MH17: Siswa harap bomoh & syirik tak berulang

Berikut perkembangan isu berkaitan MH17 hari ketiga dari masa ke semasa:
16.33 Petugas syarikat penerbangan seluruh dunia membanjiri satu laman Facebook dengan curahan hati masing-masing untuk merakam penghormatan dan penghargaan mereka kepada anak kapal MH17, lapor Bernama.
MH17: Siswa harap bomoh & syirik tak berulangAkaun Facebook bernama "A Fly Guy's Cabin Crew Lounge" itu, yang memberi ruang kepada petugas penerbangan serata dunia untuk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untuk menyampaikan ucapan takziah kepada anak kapal MH17.
15:33 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa (PMIUM) meminta agar semua pihak menjadi lebih matang dalam menghadapi tragedi ini.
Presiden PMIUM Khairol Najib Hashim berkata fenomena penyebaran maklumat palsu dan teori konspirasi harus dielak untuk tidak mencemarkan imej negara ini.
Kharol turut meminta agar fokus rakyat terhadap MH17 ini tidak mengalih pandangan daripada krisis kemanusiaan di Gaza antara rejim Zionis dan rakyat Palestin.
"Kita tidak mahu fenomena penyebaran maklumat palsu, hebahan teori konspirasi, bomoh, amalan syirik dan sebagainya kembali berulang dan mencemarkan imej negara.

"Hal ini kerana ianya jelas mempamerkan mentaliti negatif rakyat Malaysia dan mengundang tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap negara kita," kata beliau dalam satu kenyataan.
PAS mahu Duta Ukraine, Rusia dipanggil
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula menegaskan kerajaan perlu memanggil wakil kedutaan Ukraine di negara ini untuk memberi penjelasan insiden tersebut.
Dipetik Harakahdaily, Mahfuz berkata Malaysia sepatutnya tidak tunduk dengan Ukraine kerana kerajaan mereka bertanggungjawab dalam krisis negara itu sehingga melibatkan penerbangan Malaysia.
Beliau juga berharap Rusia dipanggil kerana negara itu menurutnya berada di belakang pemberontakan dan ketegangan antara kedua-dua negara.
Sunderland-Newcastle bersatu

MH17, jangan ada double standard

Oleh Dr Azman Ibrahim
Saya mengambil sedikit masa untuk menulis tentang MH17 dalam keadaan sangat memahami perasaan keluarga yang sedang menunggu ketibaan orang tersayang tetapi akhirnya yang ditunggu tidak kunjung tiba. Perasaan kehampaan dan kesedihan ini teramat saya fahami.
MH17, jangan ada double standard Teringat, ketika saya memaklumkan waktu kepulangan ke tanah air kepada keluarga pada September 1999, hampir seminggu ayahanda dan bonda hampir tidak tidur malam menunggu detik mendaratnya pesawat dari Aman, Jordan di KLIA membawa pulang seorang anak yang 6 tahun di perantauan.
Alhamdulillah, akhirnya yang ditunggu tiba juga.
Pemergian penumpang dan anak kapal MH17 dalam keadaan begitu tragis dengan jasad yang berkecai terlalu memilukan. Sebuah kapal terbang yang terbang pada ketinggian 33,000 kaki di udara bermakna jaraknya dari permukaan bumi sekitar 7 batu. Saya terasa sebak memikirkan bagaimana keadaan di dalam MH17 ketika pesawat tersebut jatuh dengan lajunya dari ketinggian itu lalu terhempas dengan dahsyat ke bumi.
Hakikat ketentuan Allah yang membuatkan air mata saya menitis, semua kita akan mati dan tiada siapa yang tahu di bumi mana kehidupan ini akan berakhir dan bagaimana kesudahan hidup kita.
Saya sangat bersimpati dengan pengurusan MAS di sebalik pelbagai kecaman terhadap mereka. 2 tragedi menimpa dalam masa singkat terlalu berat untuk dipikul. Semalam ketika mendarat di KLIA dari Kota Kinabalu, sambil memerhatikan deretan pesawat MAS yang sedang diparkir, air mata saya menitis lagi.

Kehidupan tetap diteruskan dengan pesawat terus berlepas dan mendarat. Bukan mudah kakitangan yang kehilangan begitu ramai rakan dalam tempoh singkat untuk bangkit mengumpulkan kembali sisa semangat bagi terus bekerja. Kita tahu mereka melakukan yang terbaik. Di sini terlalu ramai orang tidak bersalah dan bergantung rezeki pada setiap kali kapal terbang berlambang wau bulan tersebut pergi dan kembali. Jasanya terlalu besar walau ada ketika reputasinya dicemari tangan rakus yang tamak.

MH17: Rusia kantoi ubah maklumat Wikipedia

Rekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber Twitter  
  • Rekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber Twitter
KERAJAAN Rusia dikatakan telah mengubah beberapa maklumat di Wikipedia mengenai kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang berlaku di timur Ukraine pada Khamis.

'Twitter Bot' yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.

Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".

Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits

Khamis lepas, pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat yang mengatakan ia ditembak jatuh namun kerajaan Ukraine mendakwa, insiden didalangi puak pemisah pro-Rusia.

MH17: Guan Eng cadang Hisham dihantar ke Rusia.....

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan Malaysia menghantar menteri ke Rusia selain Ukraine untuk membantu memudahkan penyiasatan nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.

Beliau berkata Malaysia boleh menghantar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Moscow atau Hishammuddin boleh mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya tak nampak pun mana-mana menteri pergi ke Rusia. Oleh kerana (Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Liow Tiong Lai telah pergi ke Ukraine, kenapa Hishammuddin tidak pergi ke Rusia, kerana anda perlukan (bantuan) kedua-dua negara. Jika Ukraine kata ya, tetapi Rusia tidak berikan respons, (ia) juga
tidak guna.

"Rusia lebih penting kerana Rusia mempunyai pengaruh di rantau itu. Rusia sebuah negara kuasa besar. Kita patut beri penghormatan kepadanya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif berjumlah RM182,100 untuk diagihkan kepada 607 pemandu pemandu teksi dan kereta sewa (Bahagian Seberang Perai).

Insentif itu disampaikan kepada Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang Abd Malek Darus Abd Malek Darus di Dewan Datuk Ahmad Badawi di Butterworth.

ICAO to lead investigation into plane crash in Ukraine

Who fired the Buk missile launcher at MH17?

UNRWA declares emergency in Gaza

Experts slow to access MH17 crash site close to frontline, only OSCE arrived

Tiga lagi mati dalam keganasan Israel di Gaza

Wedeman describes 'a night of horror'

Wedeman sees intense attack on Gaza

Israel mengganas, ribuan tinggalkan timur Gaza

Eastern Gaza shelled throughout the night

MENGAPA MH 17?.............

Apalah malangnya nasib bangsaku Malaysia. Belum pun selesai  dan ‘terurai’ masalah yang dihadapi mengenai  malapetaka yang menimpa MH 370, kita dikejutkan pula dengan kejadian MH 17 pula yang ditembak oleh peluru berpandu dan terhempas di persempadanan Ukraine, Russia. Daripada ribuan kapal terbang yang melalui laluan berkenaan, menagapa MH 17 yang menjadi sasaran. Mengapa kapal terbang kita yang ditembak? Apakah ‘salah’  kita yang menyebabkan kita menghadapi malapetaka yang sebegini? Apakah sengaja pihak terbabit dalam pembedilan itu menghalakan sasarannya kepada kapal terbang kita. Jikalau begitu keadaannya, tentulah kita mempersoalkan pula. Apa salah kita (Malaysia)?
Berasaskan peristiwa, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ ini pastinya rakyat Malaysia akan bermenung jauh, memikirkan nasib malang yang sering menimpa kita pada akhir-akhir ini. Sudah lebih setengah abad aku berada di bumi Malaysia dan tidak pernah pula aku melalui trajedi yang sebegini. Ada terdapat kemalangan kapal terbang yang berlaku di Tanjung Kupang pada awal tahun 1970an, namun peristiwa itu tidaklah seburuk yang berlaku kini. Bertimpa-timpa. Menyebabkan rakyat Malaysia merasa cemas, ‘menunggu’ apakah musibah lain yang akan datang menimpa kita.
Dalam sejarah penerbangan di dunia (setakat pembacaan aku yang agak cetek) hanya Malayisa yang pernah mengalami kejadian malang sebegini. Dalam masa beberapa bulan sahaja dua buah kapal terbang terhempas dan ditembak jatuh.  Yang  senasib dengan kita  ialah syarikat penerbangan dari Korea. Pada 20 April 1978 Korean Air Lines Flight 902 telah ditembak jatuh oleh Soviet Russi a Sukhoi Su-15 berhampiran dengan Mirmansk atas kesalahan melalui ruang udara Russia. Dua orang penumpangnya meninggal dan 107 penumpang yang lain terselamat.
Pada 1 September 1983, sebuah lagi kapalterbang milik Korea Air Lines Flight 007 telah ditembak jatuh oleh Soviet Su-15TM ketika melalui ruang udara Russia berhampiran dengan Pulau Moneron, sebelah barat pulau Sakhalin. Kesemua 269 penumpangnya tidak dapat diselamatkan. Dan dapat dilihat juga bahawa Rusia sememangnya ‘berminat’ untuk menjalankan ‘kerja tembak menambak’ kapal terbang.

MH370 & MH17: Kenapa MAS dan Kerajaan UMNO masih berkeras...!!!



DAP bukan parti Cina, peluang lebih cerah, kata Rara

Syefura Othman atau Rara bercakap mengenai wawasan dan impiannya dalam menyertai parti DAP ketika ditemubual, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Julai, 2014.Syefura Othman atau Rara bercakap mengenai wawasan dan impiannya dalam menyertai parti DAP ketika ditemubual, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Julai, 2014.Secara tiba-tiba nama Syefura Othman, 25, atau lebih dikenali sebagai Rara mula menjadi bualan hangat berikutan keputusannya untuk menjadi ahli seumur hidup parti DAP, minggu lalu.
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap wanita muda yang tampil dengan imej bertudung itu mengenai keputusannya memilih DAP, parti yang ebih sinomim dengan kaum Cina.
Namun, Rara berkata, beliau tidak pernah melihat DAP sebagai parti Cina sebaliknya mengagumi polisi parti berkenaan yang disifatkan begitu terbuka dan stabil berbanding PKR mahupun PAS.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, salah satu matlamatnya dalam parti itu adalah untuk menarik lebih ramai Melayu supaya stigma DAP hanya khusus kepada parti Cina dapat dihakis.
"Saya rasa DAP lebih terbuka dan stabil berbanding PKR dan PAS, kerana itu saya memilih parti ini, kalau parti yang lain nampak masalahnya namun tidak pada DAP.
"DAP juga banyak memberi peluang, kalau ramai-ramai Melayu masuk DAP mereka akan diberi peluang bersuara dan melontarkan pendapat. Jadi orang kita akan nampak sebenarnya parti ini tidak hanya terlalu fokus kepada kaum Cina saja," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Rara yang mencuri perhatian ramai kerana dianggap mempunyai pakej sempurna cantik dan bijak itu berkata, beliau melihat peluangnya dalam arena politik lebih cerah dengan menyertai DAP.
Katanya, contohnya ialah pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

PKR lebih perlukan Khalid daripada Anwar, kata Utusan Umno

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih diperlukan di Selangor berbanding Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Utusan Melayu. Gambar fail The Malaysian Insider.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih diperlukan di Selangor berbanding Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Utusan Melayu. Gambar fail The Malaysian Insider.Akhbar Utusan Malaysia menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sehingga akhir penggal 2018 walaupun mendapat tekanan kuat daripada ketua umum partinya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berundur.
Melalui tulisan Awang Selamat, akhbar milik Umno itu yakin Khalid tidak mudah dibuli Anwar kerana majoriti rakyat Selangor menyokongnya berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahupun Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali.
Katanya, Khalid lebih diyakini daripada segi integriti, reputasi dan akhlak sebagai pemimpin.
"PKR boleh kehilangan Anwar tetapi implikasi besar menanti jika ketiadaan Khalid di Selangor sebelum waktunya.
"Teruskan mentadbir Tan Sri, rakyat Selangor bersama anda," katanya hari ini.
Akhbar milik Umno itu berkata, semakin ramai pemimpin pembangkang termasuk daripada PKR tidak gentar lagi kepada Anwar yang sudah lemah cengkaman.
Menyifatkan isu kedudukan menteri besar sebagai 'bom jangka,' katanya Anwar kini adalah liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Utusan Umno terus nyata sokongan pada Khalid..!!

 
 Utusan Malaysia menzahirkan sokongan kepada menteri besar Selangor yang semakin ditekan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatan menteri besarnya.

Dalam ruangan pojok Awang Selamat yang menjadi lidah pengarang akhbar itu, Khalid dinyatakan sebagai pemimpin yang berani bersuara mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Awang turut merujuk kepada laporan perjumpaan Anwar dengan ketua cabang dan wakil rakyat PKR Selangor semalam bertujuan mengganti Khalid dengan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkan Awang sebagai 'presiden boneka'.

"Atas kertas beliau mendapat sokongan rakyat Selangor. Malah Khalid lebih popular berbanding Anwar, Wan Azizah dan Azmin di negeri itu.

“Dari segi integriti, reputasi dan akhlak pemimpin, menteri besar Selangor itu lebih diyakini," tulis Awang dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang turut menyatakan cengkaman Anwar dalam pakatan pembangkang dan partinya sendiri sudah lemah dan menyeru agar Khalid terus berdegil dan kekal sehingga tamat tempoh pentadbiran beliau sebelum pilihan raya umum depan.

Israel poised to expand ground offensive

Gaza truce: Is Egypt an honest broker?

Ukraine: Gambar buktikan BUK dari Russia

DAP mohon sidang tergempar MH17 turut bincang misteri MH370

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Menyambut baik sidang tergempar Parlimen diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Rabu depan, fokus perbahasan tidak harus berkisar berhubung bencana MH17, tapi juga kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mesyuarat tergempar Rabu ini perlu mempunyai dua usul berasingan kerana dalam tempoh kurang lima bulan, dua kali bencana udara menimpa Malaysia oleh syarikat penerbangan sama yang meragut 537 nyawa daripada 10 negara.
“Terdapat perbezaan besar antara bencana MH370 yang melibatkan kehilangan 239 penumpang bersama anak kapal dan MH17, 298 penumpang serta anak kapal.
“Pertama, MH17 adalah satu jenayah kejam terhadap kemanusiaan dan MH370 pula masih kekal sebagai misteri walaupun melibatkan usaha mencari terbesar dan paling lama (masih berjalan) dalam sejarah’,” katanya dalam satu kenyataan.
“Keluarga, saudara dan rakan-rakan mangsa MH17 sudah mengetahui pengakhirannya biarpun masih menuntut keadilan terhadap pelaku jenayah yang menembak pesawat terbabit, tapi dalam kes MH370, pengakhiran belum terjawab.
“Pengumuman Najib 24 Mac lalu bahawa M370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi terbukti merupakan ‘pengakhiran tanpa pengakhiran,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

MH17: Lokasi nahas tidak terkawal, jadi tumpuan `pelancong'

PELANCONG... Seorang lelaki mengambil gambar serpihan MH17 menggunakan telefon bimbit ekoran kegagalan pemberontak pro-Russi mengawal kawasan itu. - AFP
PELANCONG... Seorang lelaki mengambil gambar serpihan MH17 menggunakan telefon bimbit ekoran kegagalan pemberontak pro-Russi mengawal kawasan itu. - AFP
LOKASI di mana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 jatuh setelah ditembak di ruang udara Ukraine seolah-olah menjadi satu tarikan `pelancong' apabila orang ramai datang untuk melihat dari dekat termasuk mengambil gambar serpihan-serpihan pesawat untuk simpanan mereka.
Pada masa sama beberapa mengsa masih melekat pada kerusi tempat duduk mereka, ada pula mayat yang robek, hancur yang keadaannya cukup mengerikan.
Dalam satu kawasan rumput yang terbakar yang penuhi dengan serpihan-serpihan pesawat terbaring lima mayat yang seperti diperonyok dalam satu timbunan.
Kira-kira 200 kakitangan daripada Kementerian Kecemasan Ukraine pula kelihatan mengutip mayat dari kawasan padang untuk dimasukkan ke dalam plastik beg hitam yang akan dihantar untuk bedah siasat dan untuk mengenal pasti mangsa.
Namun, sejak tragedi itu pada tengah hari Khamis lalu, kawasan itu telah menjadi tumpuan orang ramai yang datang melihat dari dekat tregedi itu.
Walaupun kawasan itu dikawal ketat oleh pemberontak, namun penduduk tempatan bebas bergerak hingga ke lokasi di mana serpihan utama pesawat berada.
Ada yang mengambil kesempatan menggeledah bagasi milik mangsa dan mencuri barangan berharga.

MAYAT yang masih terlekat pada tempat duduk pesawat dilonggok bersama bagasi yang ditemui.

Gambar tunjukkan peluru berpandu dibawa ke Rusia

 
Ukraine mendakwa pasukan antirisikan asingnya mempunyai bukti bergambar yang menunjukkan pasukan pemisah yang disoko9ng Rusia sebagai pihak bertanggungjawab dalam insiden MH17.

Ketua perkhidmatan keselamatan jabatan kaunterintelijennya Vitaliy Nayda mendakwa gambar menunjukkan dua sistem peluru berpandu BUK-M1 daripada Ukraine menyeberangi ke Rusia pada 2 pagi (waktu Ukraine) pada 18 Jun – sehari selepas MH17 ditembak.

“Satu daripadanya mempunyai set penuh empat peluru berpandu, selainnya – tiga peluru berpandu,” katanya.

Menurut laporan Pusat Media Krisis Ukraine malam tadi, ia merupakan usaha puak pemisah untuk mengelakkan daripada dikesan.

Nayda berkata, tiga BUK-M1 buatan Rusia ditempatkan di wilayah Ukraine yang dikawal kumpulan pemisah ketika pesawat MH17 terhempas.

MH17: Rusia 'buat bodoh'?

Putin dan Obama saling tuding jari sejak kelmarin. - Foto EPA  
Putin dan Obama saling tuding jari sejak kelmarin. 
KETIKA negara dunia heboh dengan nahas MH17 di Ukraine, Rusia hanya berdiam diri dan kurang mengeluarkan kenyataan.

Menerusi media, seluruh negara antarabangsa dilihat bersimpati dengan nasib Malaysia termasuk Amerika Syarikat yang menawarkan diri untuk membantu siasatan.

Namun, kekecohan tragedi itu tidak sedikit pun mengganggu Rusia yang merupakan suspek utama dalam punca nahas yang dipercayai dilakukan kumpulan pro-Russia seperti digembar-gemburkan media.

Presiden Rusia, Vladimir Putin seolah-olah melihat kejadian itu sebagai perkara kecil apatah lagi yang menjadi mangsa adalah pesawat milik negara kecil bernama Malaysia.

Kenyataan itu boleh disokong apabila Presiden itu semalam lebih menumpukan perhatiannya kepada konflik di Gaza. 

Kelmarin, beliau bersetuju dengan Presiden Iran, Hassan Rohani untuk berbincang cara mengakhiri konflik di Gaza yang sebelum ini beliau sekadar menjadi pemerhati.

Tuntutan itu dilakukan selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan akan melakukan serangan darat dan mengaku tugasan itu tidak boleh dilakukan berseorangan terutamanya untuk berhadapan dengan Hamas.

Putin dalam dilema

Kini, Putin dalam dilema sama ada meneruskan sokongan terhadap kumpulan pemberontak pro-Rusia atau berhadapan kemarahan negara antarabangsa dan sekatan ekonomi.

Dua minggu sebelum nasib malang menimpa MH17, Putin bertindak memindahkan semula tenteranya termasuk kereta kebal dan peluru berpandu dari sempadan negara itu.

Beliau juga menjauhkan diri dari kumpulan itu sejak Ukraine memilih Presiden baharu, Petro Poroshenko.

Tindak itu jelas menjadi perhatian dunia termasuk menerima padah sekatan ekonomi di timur Eropah.

The BUK stops with Putin

It's incredible that the Russian-backed Donetski rebels could have mistaken MH17 for a military aircraft.

By Ishmael Lim
putin_2980216cIt is puzzling that the International Civil Aviation Organisation (ICAO) would direct civilian aircraft to stay clear of Crimea (which is no longer experiencing armed conflict since it joined Russia in April) but allow them to fly over the Donetsk region of eastern Ukraine, albeit above 31,000 feet.
ICAO, you are severely lagging. It’s time to shake up your management and sack some of your well paid advisors.
The bunch of ragtag bandits calling themselves separatists may be better supplied in Vodka than simple field equipment for their secession war with Ukraine, but their Russian advisors and sponsors ought to have known that when you allow monkeys to play with bombs, there may be no zoo left to take Little Petr to.
So when the Donetski rebels claim to have mistaken a Boeing 777 for a Ukrainian military craft, I have to say “BUK you.” Where were your field binoculars, Comrades? Didn’t you think to ask your Ruskie handlers for a pair?
How high is 33,000 feet? We are told this is the altitude MH17 was flying when it was downed by a BUK (pronounced “boog”).

Tiada pihak akui jumpa kotak hitam MH17

MH17 Crash: "It's so bad, it's so sad"

Pemisah Ukraine kawal rapi usaha kumpul mayat

Pemerhati OSCE tiba di lokasi nahas MH17

Officials: 'Buk sent back to Russia'

Sepatutnya naik MH370 dan MH17, pelumba Terengganu Cycling Team dua kali elak tragedi

Sepatutnya naik MH370 dan MH17, pelumba Terengganu Cycling Team dua kali elak tragedi
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Belanda dua kali terselamat daripada tragedi apabila dia menukar tiket penerbangan MH370 dan MH17 yang sepatutnya beliau naiki kepada penerbangan lain pada saat akhir.

Maarten De Jonge, seorang pelumba basikal untuk Terengganu Cycling Team (TSG) dari Oldenzaal di Belanda berusia 29 tahun berkata, dia sepatutnya menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada Mac lalu untuk ke Taiwan untuk satu pertandingan namun menukarnya kepada penerbangan lain untuk mengelakkan transit.

Dalam satu lagi ‘keajaiban’, dia juga sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, yang dipercayai terhempas setelah ditembak berhampiran sempadan Ukraine-Rusia pada 17 Julai lalu.

De Jonge bagaimana pun menukar tiket penerbangan tersebut untuk mengambil pesawat pada hujung minggu bagi menjimatkan duit.

Dalam satu kenyataannya dalam bahasa Belanda kepada stesen penyiaran RTV Oost, De Jonge berkata: “Ia amat sukar dibayangkan. Saya bersedih untuk penumpang dan keluarga mereka, namun saya bersyukur yang saya terselamat.”

Apakah malapetaka MH17 lebih tragis daripada MH370...

Malaysia Airlines plane MH17 crashes near Ukraine's border with Russia.
Bincang tragedi MH370 sama selain daripada MH17...

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mencadangkan sidang tergempar Parlimen Rabu ini membahaskan kedua-dua kemalangan – kehilangan MH370 dan tragedi MH17.

"Sebagaimana MH17, kehilangan MH370 juga memerlukan penilaian sepenuhnya yang tidak memerlukan sehingga pesawat itu ditemui – yang mungkin seminggu, sebulan atau setahun," kata Lim hari ini.

"Atas dasar itu, sidang tergempar Parlimen Rabu ini memerlukan dua usul berasingan, bukan membahaskan tragedi MH17 Khamis lepas yang mengorbankan 298 nyawa saja, tetapi juga kehilangan MH370 133 hari lalu yang mempunyai 239 penumpang di atasnya."

Katanya, kerajaan perlu membentangkan kertas putih berasingan untuk kemusnahan berganda itu dan menyokong jawatankuasa terpilih pimpinan pembangkang untuk menyiasat kedua-dua kemalangan itu.

Malam tadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen 23 Julai ini untuk mengecam pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.

"Kami mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab ini dan sebagai perdana menteri saya memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membahaskan usul ini," katanya.

Beliau juga mengumumkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang sehinggalah Isnin ini bagi menghormati mereka yang terkorban dalam kejadian ini.

Tambahnya, sehinggalah bukti kukuh terdedah, tidak akan ada sikap salah menyalah kepada mana-mana pihak terlibat walaupun sudah tersebar keyakinan bahawa pesawat yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu ditembak jatuh.

"Saya tidak ragu-ragu malam tadi untuk segera menyambut pengumuman Perdana Menteri itu," kata Lim hari ini.

"Walaupun ia adalah amat malang selepas banyak permintaan saya untuk diadakan perbahasan Parlimen khas mengenai bencana MH370 itu tidak menerima sebarang jawapan oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein."

Selepas kehilangan MH370 pada 8 Mac, Pakatan Rakyat berulang kali mengemukakan usul untuk membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan kejadian itu, termasuk keselamatan, pengendalian kerajaan terhadap tragedi itu, dan siasatan.

Tetapi Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu kerana sudah ada penyiasatan dijalankan ke atasnya.

Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee juga menolak usul Anthony Loke dari DAP untuk membahaskan isu ini kerana tidak ada notis diberikan.

Kedudukan pesawat MH370 tidak diketahui sehingga kini.

Bulan lepas, pencarian berpindah ke kawasan barat daya selatan Lautan Hindi, setelah dicari dengan rapi di kawasan timur laut. – tmi 

Sementara itu Malaysia Airlines menerbitkan senarai kesemua 283 orang penumpang dan 15 orang anak kapal pesawat MH17, yang terhempas di timur Ukraine, dipercayai akibat tembakan peluru berpandu.

Senarai penuh di sini




Apa sudah jadi dengan Malaysia...

Sudah bertahun Malaysia cuba membina imejnya sebagai "Truly Asia" atau Asia yang sebenar dan juga sebagai Harimau Asia.

Sekarang negara ini menghadapi tragedi dan masalah baru dan meletakkan dirinya terkenal di seluruh dunia yang sukar untuk ditolak – negara bencana penerbangan atau the 'nation of airline disasters', lapor media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ).

Awal pagi Jumaat semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercakap kepada rakyat melalui media dan disaksikan oleh dunia, sambil berkata: "Ini adalah hari tragik, yang sudah menjadi tahun tragedi untuk Malaysia."

Kehilangan sambung menyambung untuk Penerbangan Malaysia (MAS) - MH370 yang hilang pada 8 Mac dan belum ditemui sehingga kini dan sekarang MH17 yang ditembak di Ukraine menyebabkan jumlah kehilangan atau kematian 537 orang – mengejutkan dan menyedihkan Malaysia.

Tidak ada sesiapa yang berkata kehilangan kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain tetapi masing-masing menggelengkan kepala dengan apa yang berlaku ini, lapor WSJ.

"Sangat susah untuk bertanya, apa yang berlaku kepada kita?" tulis bekas editor sebuah akhbar Datuk A Kadir Jasin dalam blognya semalam.

"Mengapa kita mengalami terlalu banyak perkara buruk dan tragedi dalam suasana yang sangat cepat pula," tulis Kadir.

Tambah beliau,"Saya bimbang ramai antara kita yang jadi kebas dan tidak boleh lagi menunjukkan emosi. Namun hati kita masih berdoa untuk keluarga penumpang dan anak kapal MH17."

Kekecewaan menyebabkan ramai rakyat Malaysia bertanya apakah nasib mereka sudah berubah, lapor WSJ.

"Saya fikir ramai yang masih terkejut," kata pengkaji Ibrahim Suffian. 

MH17: Polis Belanda, Indonesia ambil contoh DNA waris

MH17: Polis Belanda, Indonesia ambil contoh DNA waris
KUALA LUMPUR: Polis Belanda pada Sabtu mengerahkan anggotanya mendapatkan sampel DNA daripada waris penumpang pesawat penerbangan MH17 serta maklumat lain yang boleh membantu mengenalpasti mayat mangsa, lapor AFP.

"Kami mengirimkan 80 anggota penyiasat (pada pagi Sabtu), berdua-dua untuk pergi ke 40 alamat," kata jurucakap forensik polis Belanda, Ad Kraszewski seperti dipetik oleh agensi berita itu.

Usaha itu akan dilakukan sepanjang beberapa hari akan datang sehingga semua sampel DNA daripada waris kesemua 193 penumpang warga Netherlands dapat dihimpunkan.

Pesawat Malaysia Airlines yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lepas membawa 298 orang penumpang dan anak kapal. Jumlah penumpang Belanda adalah yang paling ramai.

Pasukan polis itu juga akan jadi orang perantara untuk ahli keluarga penumpang itu bertanya soalan mengenai proses pengecaman mayat. Mereka akan memberikan maklumat perkembangan terkini "sehingga mayat dibawa balik ke Belanda dan diserahkan kepada keluarga," kata Kraszewski.

Pasukan polis itu mengumpulkan maklumat identiti seperti ketinggian, warna rambut dan tanda-tanda khusus seperti parut atau tatoo. Laporan AFP itu menyebut ada tiga jenis pengecaman yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu cap jari, rekod pergigian dan DNA.

MH17: Selangor sedia bantu ringan beban waris

MH17PETALING JAYA, 20 JULAI: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk memberikan sumbangan bagi meringankan beban waris penumpang pesawat MAS MH17.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, perkara itu dicadangkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dan akan dibawa ke mesyuarat exco Rabu ini.
Katanya, segala keputusan akan dimaklumkan oleh Tan Sri Abdul Khalid selepas mesyuarat berkenaan.
“Kita ucapkan takziah disebabkan benda yang tidak pernah kita sangkakan berlaku, tiba tiba berlaku. Ini merupakan musibah kedua yang teruk berlaku kepada MH.
“Walaupun mungkin reputasi MAS (Syarikat Penerbangan Malaysia) menurun sedikit, tapi saya menyeru rakyat Malaysia supaya kembali bersatu untuk mendoakan supaya MAS kembali pulih dari segi prestasi dan sudut persepsi masyarakat antarabangsa kepada perkhidmatan mereka,” katanya kepada Selangor Kini.
Kejadian kemalangan pesawat MH17 merupakan kejadian kedua yang dialami MAS dalam tempoh empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370 pada Mac lalu apabila ditembak jatuh oleh pasukan pemberontak di Kiev.
Tambah Adun Batu Tiga lagi, Kerajaan Malaysia perlu melihat kembali punca negara menjadi sasaran mutakhir ini dan kembali memperbaiki reputasi negara di mata dunia serta membawa dalang perkara ini ke muka pengadilan.

‘Nobody on MH17 would have felt anything’

The SA-11 missile - known as a Grizzly - that hit the doomed Malaysian Airlines flight is designed to pulverise aircraft on impact.

bodies movedKIEV: The 298 passengers and crew aboard MH17 will have been oblivious to the horror as a shrapnel-based missile instantly shredded the doomed plane, experts claim.
The SA-11 missile – known as a Grizzly – that hit the doomed Malaysian Airlines flight is designed to pulverise aircraft on impact.
It will have perforated the plane at various points, ignited the fuel, and taken out the engines and the wings within a split second – meaning the people aboard would have been unconscious almost instantly.
The surface-to-air missile hit the Boeing 777 with such force that residents in the area claim to have seen bodies falling from the sky ‘like rags’.
Justin Bronk, research analyst at the Royal United Services Institute (RUSI), told MailOnline: ‘An SA-11 missile is designed to shred aircraft.
‘The extent at which the remains of the aircraft are spread across a large area seems to confirm that.
‘The missile is programmed using a tracker to get within a metre of the target then let off a ring of shrapnel, which will enter the aircraft at various points.
‘The shrapnel will have hit the wings, the engines and the fuel tanks, igniting the fuel.
‘A large aircraft like that is highly pressurised to allow humans to breathe at that altitude so it will have exploded instantly.
The missile

MH17 and the failure of soft diplomacy

Like it or not, Malaysia has been drawn into Putin's dysfunctional world order.

by John Ling
Vladimir-Putin-said-condolences-over-the-incident-Malaysia-Airlines-MH17When Barack Obama became the 44th president of the United States, he had done so on the back of a campaign that promised hope and change.
Among other things, Obama called for a “reset’” in relations with Russia. This would be the cornerstone of his new administration—a radical approach in soft diplomacy, one designed to defuse tensions with America’s former adversary and pave the way for warmer ties.
This was a monumental undertaking, but with a young and vibrant president now in the White House, it looked like it might actually have a chance of succeeding.
In Geneva in March 2009, we witnessed what appeared to be an initial thawing in relations between America and Russia. Secretary of State Hillary Clinton met with Foreign Minister Sergei Lavrov, and with the cameras of the world looking on, she presented him with a big red button made out of plastic. The word “reset” was prominently stencilled on it, accompanied by a Russian translation.
However, in an unfortunate gaffe—perhaps an omen of things to come—Clinton’s aides messed up the Cyrillic words on the button.
Instead of “perezagruzka”, which would have been the correct translation, the one that was used was “peregruzka”, which meant “overcharged”.
It was an embarrassing mistake, but Lavrov, being a good sport, laughed off the error.
Around the same time, President Obama noted that Vladimir Putin had recently stepped down as president of Russia, and in his place Dmitri Medvedev had ascended to the highest office in the land.
Like Obama, Medvedev was a former academic and of a similar age.
Naturally enough, Obama perceived the new Russian president to be a transformational figure, and it was in that spirit that he wrote a secret letter and instructed a trusted aide to hand-deliver it to Moscow.
In the letter, Obama expressed a willingness to make American concessions in return for Russian goodwill. In an age of wireless communication, this unorthodox approach was a throwback to simpler times. Nothing short of remarkable. In Malaysian culture, we might call this “giving face”.
Natural fit

Tiada ruang untuk M'sia silap pasca MH17, kata kolumnis Bloomberg

Kerajaan Malaysia tidak mampu untuk membuat kesilapan dalam bertindak balas terhadap kejadian tembakan pesawat MH17, walaupun ia tidak patut dipersalahkan dalam tragedi yang melibatkan 298 nyawa itu, kata seorang wartawan yang berpangkalan di Tokyo.
Tiada ruang untuk M'sia silap pasca MH17, kata kolumnis BloombergMenulis di Bloomberg, William Pesek berkata syarikat pengangkutan negara yang bermasalah itu memang sudah menjadi topik jenaka pelancong antarabangsa.
"Tidak sepatutnya ada lagi ruang untuk bergurau selepas nahas ini atau kemungkinan syarikat penerbangan itu tidak dapat hidup lagi - sekurang-kurangnya tidak tanpa diselamatkan kerajaan.
"Syarikat ini jadi bahan kritik ngeri pada tahap maksimum, sesuatu yang tidak mampu lagi dikawal di zaman Internet dan media sosial ini," kata Pesek dalam komentari pertamanya sejak pesawat Boeing 777 itu terhempas di timur Ukraine Khamis lalu.
Kejadian itu yang kedua menimpa MAS, selepas ia menjadi tumpuan dunia apabila pesawat MH370 hilang tidak dapat dikesan bersama 238 penumpangnya selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
Sambil menyifatkan kejadian MH370 sebagai "kajian kes ketidakcekapan dan keterpencilan kerajaan", Pesek berkata semua pandangan sekarang bertumpu kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kesudiannya bekerjasama dengan siasatan atas insiden itu.
"Kalau pun tiada unsur kecuaian pada pihak MAS minggu ini, kewibawaan siasatan itu dan kesudian kerajaan Najib bekerjasama dengan penyiasat luar - ujian yang ia gagal semasa MH370 – akan jadi sangat penting," katanya.
Ini bukan kali pertama Pesek memberi komen yang keras terhadap kerajaan Malaysia.
Dia menghentam cara Putrajaya menangani kes MH370 sebelum ini dan buat perbandingan antara tindakan Malaysia dan tindakan Korea dalam menangani tragedi feri tenggelamnya pada pertengahan April, mengorbankan 300 orang.

MH17 dan ‘Kiki CDM 25’

Tiada yang lebih menyedihkan bagi negara daripada berita tentang penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 - dikatakan ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
Apa lagi apabila peristiwa malang itu berlaku pada ketika umat Islam menjalani ibadah Ramadan dan akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Siapa yang dapat menyangka pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang dan anak kapal “dilibatkan” dalam konflik kuasa-kuasa besar dunia.
Pada ketika ini seharusnya, rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang politik dan kepercayaan bersatu sebagai rakyat satu negara dalam berdepan dengan tragedi malang menimpa MH17.
Tetapi pada masa sama masih ada sesetengah pihak jahil cuba mengambil kesempatan politik dengan menyalahkan syarikat penerbangan negara dan pihak berkuasa di atas apa yang berlaku.
Kita harus ingat, laluan penerbangan MH17 disahkan selamat di atas 10,000 meter dan pesawat MAS itu tidak terbang di ruang udara yang terlarang sepertimana penilaian awal Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Mencari kesalahan memang mudah berbanding memberi bantuan bagi meringankan beban pihak berkuasa, syarikat penerbangan dan ahli keluarga mangsa.
Siapa pun yang memerintah negara ini sudah tentu tidak menyangka MH17 akan ditembak apabila melalui kawasan udara Ukraine sepertimana tidak menyangka MH370 hilang pada 8 Mac lalu.
Sudah tentu menteri pengangkutan baru seperti Datuk Seri Liow Tiong Lai akan “terkujat” menjawab soalan daripada ratusan wartawan seluruh dunia seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika berdepan dengan krisis kehilangan MH370.
Rabu depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang Parlimen tergempar mengenai tragedi malang MH17 dan inilah peluang bagi ahli politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mampu bersatu dalam isu melibatkan negara.
Takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal terlibat, semoga solidariti yang diberikan rakyat Malaysia dan rakyat dunia dapat mengubati kesedihan dialami.
Keganasan Kiki
Jika insiden malang tidak menimpa MH17, sudah tentu negara masih membincangkan tentang keganasan seorang wanita bernama Siti Fairrah Ashykin @ Kiki yang memandu kereta Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM 25 terhadap seorang pemandu tua apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang.

MH17: Siapa dalang jadi persoalan

MH17: Siapa dalang jadi persoalanKIEV - Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh peluru berpandu di Grabove, timur Ukraine terus mencetuskan persoalan tentang siapakah pihak sebenar yang bertanggungjawab atas kematian 298 penumpang serta anak kapal terlibat.
Kumpulan pemberontak pro-Rusia yang menguasai timur negara ini, dipercayai menjadi dalang utama insiden tersebut apabila Amerika Syarikat dalam satu sesi luar biasa memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa pihaknya percaya Rusia bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.
Presidennya, Barack Obama pula walaupun secara terus enggan menyalahkan Moscow, beliau menyatakan Rusia bertanggungjawab terhadap situasi bergolak di timur Ukraine yang membawa kepada insiden tersebut.
Ukraine dalam pada itu, hari ini mendakwa, Moscow cuba membantu kumpulan pemberontak pro-Rusia memusnahkan bukti di lokasi pesawat MH17 terhempas.
Menurut laporan portal berita hindustantimes.com yang memetik kenyataan kerajaan Ukraine, 38 mayat yang dikumpulkan oleh kumpulan pemberontak telah dibawa ke rumah mayat di bandar Donetsk yang dikuasai pemberontak untuk proses bedah siasat.
Jelas laporan berkenaan, kumpulan pemberontak turut menghalang pasukan penyiasat Ukraine dan pemantau antarabangsa, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) memasuki lokasi kejadian selain mencari lori untuk membawa serpihan pesawat ke Rusia.
Wakil syarikat penerbangan antarabangsa, media dan penyiasat juga dikatakan menghadapi kesukaran dan perjalanan yang mencabar untuk tiba di lokasi kejadian pesawat MH17 ditembak jatuh jatuh.

MH17: Kami Telah Ingatkan, Jangan Terbang Di Langit Kami. - Menteri Donetsk

Igor Girkin
Igor Girkin, tokoh pemberontak pro Russia yang mendakwa dirinya sebagai menteri dari Republik Rakyat Donetsk sesumbar bahawa pihaknya yang telah menembak jatuh pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines di wilayah udara sempadan Ukraine.

Melalui akaunnya di laman VK.com (Facebook versi Rusia), menteri yang menggunakan nama Igor Strelkov itu menulis. "Kami telah mengingatkan anda, jangan terbang di langit kami."

Anehnya, dia mengira yang ditembak oleh pasukannya adalah pesawat milik Ukraine. "Sebuah pesawat telah dibuat jatuh di kawasan sekitar Torez," tulisnya lagi.

"Ini adalah video yang membuktikan 'burung' lain telah jatuh. 'Burung' itu tidak jatuh di penempatan, jadi tidak ada orang yang tidak bersalah terluka," tulis Strelkov lagi.

Namun, seperti dikutip Mashable.com, Strelkov memadam sesumbarnya itu selepas mengetahui pesawat yang jatuh adalah pesawat komersil berpenumpang 295 orang.

Saat pemimpin tinggi lain dari kumpulan ini dihubungi, Alexander Borodai menafikan pihaknya berada di balik menembak. "Kami tidak punya senjata seperti itu (untuk menembak jatuh pesawat)." ujarnya langsung menutup telefon. (IH)