Sabtu, 19 Julai 2014

MH17 passenger manifest

The list of MH17 passenger names and their nationalities:
MH17 passengers
MH17 passengers
MH17 passengers
MH17 passengers
MH17 passengers
MH17 passengers
 MH17 passengers
MH passengers

The list of MH17 crew members:
MH17 crew members

Buletin Awani Khas - Apa berlaku jika pesawat ditembak

Inikah kenderaan BUK yang menjatuhkan MH17?

Israeli army says it uncovers militants' tunnel in Gaza

Monitors given only partial access to crash site

Investigators arrive in Ukraine, locals horrified by MH17 bodies at their doorstep

Ukraine, rebels argue over crash site

Gunfire near MH17 crash site

Apa yang terjadi kepada MH17

Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas dipercayai ditembak jatuh.

Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRD telah merekodkan jumlah penerbangan selama 43,000 jam.

Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.




Mangsa MH17 individu contoh

Tambi dan keluarga nya dalam perjalanan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama adik­ beradik dan saudara­ mara di kampung halamannya seperti tahun ­tahun sebelumnya.

famili-MKUCHING: Pekerja Shell yang berasal dari Kuching, Sarawak, Tambi Jiee, 49, yang terkorban bersama isteri dan empat anaknya merupakan individu contoh bagi penduduk Kampung Goebilt kerana sifat pemurah lagi bijak semasa hayatnya.
Mangsa sekeluarga merupakan antara 298 orang termasuk 154 warganegara Belanda, yang berada di dalam pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di kawasan yang sedang di landa pergolakan di timur Ukraine.
Tambi dan keluarga dalam perjalanan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama adik­beradik dan saudara­ mara di kampung halamannya seperti tahun ­tahun sebelumnya.
Kakaknya, Maziah Jiee, 56, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka hasrat allahyarham yang bekerja dengan syarikat milik Shell di Kazakhstan untuk menziarahi adik ­beradik pada Hari Raya Aidilfitri ini, tidak kesampaian.
“Adik (Tambi) terkenal dengan sikap pemurah dan suka bergurau senda sesama adik-beradik serta anak-­anak saudaranya. Setiap kali menjelang Syawal duit raya bukan hanya disedekahkan kepada adik ­beradik tetapi juga kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-­anak yatim di Kampung Goebilt.
Kali terakhir beliau berkesempatan bertemu dengan adiknya itu ialah pada Adilfitri tahun lalu, namun mereka kerap berhubung melalui telefon dan laman sosial.
“Hubungan kami sekeluarga tetap erat walaupun jarang berjumpa kerana anak-­anak gemar berhubung melalui facebook,” katanya yang mengesat air mata kesedihan sambil ditenangkan oleh anaknya, Suryawati Ahmad, 34.

Malaysia negara Islam? - Dr Asri

 M'sia negara Islam? - Dr Asri
Pada tahun 2011, Bulan Disember, semasa menyampaikan ucapan di Oxford, sempena 400 Bible King James, Perdana Menteri UK David Cameron menyebut:
“UK is a Christian country and we should not be afraid to say so.”
Sekalipun dalam penghayatan politik UK, elemen agama Kristian kelihatan amat lemah sehingga David Cameron itu sendiri turut menyokong hak berkahwin golongan gay yang ternyata bercanggah dengan pegangan agama Kristian, namun beliau tetap mengakui nilai agama bagi negara UK.
Semasa masih kecil, saya masih ingat bagaimana kami di sekolah agama sering dibawa berbincang apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara kafir secular? Pada umumnya kami semua difahamkan bahawa negara Malaysia ini sebuah negara sekular. Itulah sifat Malaysia berdasarkan ceramah-ceramah politik yang kami dengar.
Kepercayaan seperti itu masih dianuti oleh ramai golongan yang dikatakan ‘beragama’ dalam negara ini. Mereka melabelkan negara ini sebagai negara kafir ataupun sekular. Dulu ia berlegar dalam kalangan mereka yang minat agama Islam. Hari ini keadaan berubah apabila non-Muslim juga mendakwa hal yang sama, cuma dengan tujuan yang berbeza.
Jika dahulu dakwaan itu bertujuan membangkit semangat agar Islam itu lebih ditekankan pelaksanaannya di Malaysia, kini tujuannya agar elemen Islam itu tidak patut ditekankan dalam pentadbiran Malaysia kerana itu bercanggah dengan sifat negara ini.
Sebelum saya bahaskan tentang sekularisme dalam kerangka kefahaman yang sepatutnya, artikel ringkas kali ini akan bincangkan dulu apakah itu negara Islam?
Sukar
Seperti yang pernah saya sebutkan, apabila jatuh Khalifah di Turki dan kuasa-kuasa Barat menjajah Dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanah air Islam berkembang. Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fekah lama.
Apa yang wujud adalah ‘nation state’ atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri. Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (Islamic state atau negara Islam). Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini.
Dahulu yang ada dalam fekah sarjana silam (sebelum penjajahan) hanyalah istilah dar al-Islam iaitu wilayah Islam. Ini merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh umat Islam dan zahir syiar Islam.
Sementara dar al-harb atau disebut juga dar al-kufr merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh bukan Muslim dan bermusuhan dengan dar al-Islam. Ketiga, dar al-Mu’ahadah iaitu negara bukan Muslim yang membuat perjanjian dengan umat Islam. Dalam erti kata lain nilaian terhadap sesebuah wilayah atau negara itu berdasarkan penguasaan umat Islam ke atas wilayah tersebut, dan wujudnya syiar Islam.
Tariq Ramadan dalam To Be A European Muslim menganggap pembahagian ini sebagai old concepts yang tidak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya ia cetusan ulama di zaman tersebut disebabkan persekitaran politik yang wujud pada tiga kurun pertama dalam sejarah Islam (lihat: Tariq Ramadan, To Be A European Muslim, UK: Islamic Foundation 2002, pg 123-131 ).
Tariq mungkin terpengaruh kepada apa yang disebut oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam Aathar al-Harb fi al-Fiqh al-Islami. Manakala Dr Wahbah al-Zuhaili terkesan dengan apa yang disebut oleh al-Syeikh Abu Zahrah dalam Al-‘Alaqah al-Duwliah fil al-Islam.
Sementara Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Jihad mempertahankan pembahagian tersebut dengan menyatakan pembahagian itu berasaskan al-Quran dan al-Sunnah serta sesuatu yang mantiqi (logikal).(lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, Cairo: Maktabah Wahbah 2009. Ms 882-888).
Ciri
Jadi, jika kita rujuk kepada kitab-kitab fekah terdahulu, secara ringkasnya, dar al-Islam mempunyai tiga ciri utama; pertama; kekuasaan politik berada di tangan kaum muslimin sekalipun majoriti rakyat bukan muslim.
Kedua; zahir padanya hukum dan syiar Islam sekalipun tidak sempurna ataupun sebahagian sahaja seperti hukum hakam kekeluargaan Islam. Zahir syiar seperti azan, Jumaat, jemaah solat, Ramadan dan lain-lain.
Ketiga; kaum Muslimin aman beramal dengan agama mereka sementara ahl-zimmah (rakyat non-Muslim) aman berdasarkan perjanjian mereka. (Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fiqh al-Jihad, 2/889. Kaherah: Maktabah Wahbah)
Adapun soal sejauh manakah komitmen Islam seseorang pemerintah itu, ia diuruskan oleh umat Islam di bawah tanggung jawab menasihati pemerintah iaitu amar makruf dan nahy munkar.

MAS disaran lagi henti hidang arak

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN 
SHAH ALAM – Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines System (MAS) sekali lagi ditegur agar menghentikan penyediaan arak di dalam pesawat.

Teguran itu dibuat Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin melalui kemas kini status Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga bekas Mufti Perlis membangkitkan persoalan-persoalan tentang cadangan memberhentikan penjualan arak dalam pesawat yang sudah lama dibangkitkan.

“Banyak keputusan yang kerajaan kita buat yang kadang-kala merugikan negara berpuluh dan beratus juta (ringgit).

“Walaupun keputusan sebegitu dibuat atas alasan tertentu. Tidak bolehkah, sejak sekian lama rungutan dan cadangan agar kerajaan menamatkan perkhidmatan arak dalam MAS dilaksanakan?,” tulisnya.

Beliau mengulang kembali cadangan ini selepas meyuarakannya ketika insiden MH370, Mac lalu.

“Berapa kerat manusia yang tidak mahu naik kapal terbang kerana tiada arak? Berapa kerat manusia yang tidak boleh ‘travel’ jika tidak dalam keadaan 'tipsy'?

“Masa MH370 saya telah cadangkan hal ini. Ini MH17, saya mohon cadangkan kepada kerajaan sekali lagi. Hentikan arak dalam MAS moga kita dirahmati ALLAH,” katanya.

KAK LONG CDM 25 @ KIKI AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH PADA ISNIN INI.

Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki Kamaruddin @ Kak Long CDM 25, yang didakwa bertindak ganas dan kasar serta biadap melampau dengan membuli seorang warga emas di Temerloh Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan diambil daripadanya pada Khamis.

"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).
Seksyen 427 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Seksyen 506 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali

Ukraine dakwa pengganas cuba musnahkan bukti nahas MH17

Kerajaan Ukraine hari ini mendakwa kumpulan pengganas pro-Rusia sedang cuba memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menurut portal kerajaan itu www.kmu.gov.ua, pihak berkuasa dimaklumkan kumpulan pengganas sudah memindahkan 38 jasad ke rumah mayat di Donetsk, yang menurut seorang 'pakar' yang bercakap dalam loghat Rusia, untuk dibedah siasat.

Laporan itu juga mendakwa kumpulan pengganas terbabit menghalang komuniti antarabangsa dan pihak kerajaan memasuki kawasan nahas.

"Ini bagi menghalang siasatan dan kumpulan pengganas juga sedang berusaha mendapatkan pengangkut kargo yang besar bagi memindahkan bangkai pesawat ke Rusia," dakwa laporan tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan Ukraine menggesa masyarakat antarabangsa agar mendesak Rusia mengeluarkan kumpulan penyokongnya dari Ukraine.

"Mereka juga harus membenarkan pakar Ukraine dan antarabangsa menjalankan siasatan menyeluruh.

MH17: Pihak bertelagah bentuk zon selamat di kawasan nahas

Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas

Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk dilaporkan bersetuju membentuk zon selamat di kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk di timur negara itu.

Laporan Bernama menyebut, duta Ukraine ke Malaysia Ihor V Humenyyi berkata pihak berkuasa negara itu dan kumpulan pemisah – yang menguasai wilayah berkenaan – bersetuju untuk tidak mengadakan pertempuran di kawasan seluas 400 kilometer persegi untuk membolehkan siasatan berjalan.

“Saya pasti segalanya sudah dijalankan untuk memastikan keselamatan pasukan itu,” katanya yang menambah, pihak berkuasa turut mengutamakan pasukan siasatan dari Malaysia.

Katanya, waris mangsa MH17 akan dibawa ke Kharkiv – beberapa ratus kilometer dari kawasan itu – demi menjaga keselamatan mereka.

Para waris itu akan menunggu di situ bagi menunggu hasil operasi mengeluarkan mangsa dan bahan bukti dari kawasan nahas.

Interpol hantar pakar cam mangsa MH17

MH17 LYLON - PERANCIS. Pasukan Polis Antarabangsa (Interpol) menghantar satu pasukan pakar ke Ukraine bagi membantu mengenalpasti mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 yang terhempas Khamis lalu, lapor agensi berita Agence France-Presse (AFP).

Menurut Interpol, pihaknya telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa Ukraine semalam untuk menghantar pasukan dalam tempoh 48 jam.

"Dengan keadaan mangsa tragedi ini dari beberapa negara, kerjasama antarabangsa penting dalam memastikan ketepatan pengecaman dan pengesahan identiti mangsa supaya keluarga mangsa juga dapat menerima kenyataan," kata Setiausaha Agungnya, Ronald Noble dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Beliau turut memberitahu telah bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine, Arsen Avakov bahawa pihak Interpol akan memberi bantuan selagi diperlukan.

"Saya telah memberi jaminan kepada Arsen Avakov bahawa Interpol akan memberikan bantuan berterusan selagi ia diperlukan," katanya.

Semua ini mungkin kerana kerajaan 47% yang tak berkat?

Senioriti buat Azmin paling layak jadi MB.....

Senioriti buat Azmin paling layak jadi MB
KUALA LUMPUR: Pengalaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sejak 1999 di Selangor dijadikan asas kukuh namanya dicadangkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Itu hasil ‎pertemuan di antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua ADUN, Ahli Parlimen dan Ketua-Ketua Cabang Negeri Selangor di Ibu Pejabat PKR pada malam Jumaat.

Menurut sumber, pertemuan itu sekali gus menyelesaikan teka-teki siapa pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tiada pilihan lain selain melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

"‎MPN Selangor yang diketuai ADUN Batu Caves yang juga Setiausaha MPN Selangor, Amirudin Shari mencadangkan nama Azmin sebagai MB yang baru berdasarkan pengalaman Azmin sebagai ADUN Selangor paling senior sejak 1999.

‎"Tambahan, pengalaman Azmin dalam Kerajaan dan sebagai pembangkang serta kesetiaannya yang teruji dalam perjuangan diyakini dapat menguruskan pentadbiran Negeri Selangor dengan efektif dan memperkukuh kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor," katanya.

‎Jelasnya, cadangan MPN Selangor kepada Anwar dilihat menjawab spekulasi bakal MB baru bagi menggantikan Abdul Khalid.

‎Dalam pada itu, sumber memberitahu, isu penerimaan PAS dan DAP terhadap Azmin bagaimanapun tidak dibangkitkan malam tadi selepas mereka bersetuju nama Azmin untuk menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

MH17: Kita Masih Tidak Tegas

A Kadir Jasin
TERIMA kasih kepada masyarakat antarabangsa dan pemimpin dunia kerana peduli kes penembakan jatuh pesawat MH17 milik MAS di sempadan Ukraine-Rusia Khamis lalu.
Pada hari Jumaat Presiden Amerika, Barrack Obama menyifatkan peristiwa itu sebagai “outrage of unspeakable proportions” dan mengisytiharkannya sebagai amaran keras kepada pemimpin Eropah.
Igor Girkin, bekas pegawai Tentera Rusia "mengaku" tembak MH17
Apa yang Obama tidak lakukan secara terbuka dan tersurat adalah menuduh Rusia terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. Namun beliau berkata, pemberontak pro-Rusia di Ukraine mustahil mempunyai keupayaan untuk menembak jatuh sebuah pesawat yang sedang terbang di paras 33,000 kaki tanpa bantuan atau campur tangan Rusia.
Di negaranya sendiri Obama dikritik dan dikutuk kerana membuat kenyataan sambil lewa mengenai penembakan jatuh MH17 beberapa jam selepas ia berlaku. Ini memaksa beliau membuat kenyataan lebih tegas semalam.
Di pihak kita pula, saya tertanya-tanya adakah pemerintah kita cukup tegas, keras dan pantas? Adakah kita membawa kes itu ke persada antarabangsa, khususnya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Saya berharap dan berdoa begitulah.
Pada malam kejadian, saya menghantar SMS kepada seorang pengarang di New Straits Times bertanya apakah  Wisma Putra telah memanggil Duta Rusia dan Duta Ukraine.
Saya kecewa dengan  tindakan lembik (terlalu diplomatik) pemerintah kita dalam hal ini. Pemerintah kita sepatutnya dari awal lagi membuat kenyataan tegas dan keras meminta campur tangan PBB dan agensi-agensi penerbangan antarabangsa serta mengutuk mana-mana negara yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perbuatan ganas itu.

Isu Gaza juga perlu dibincang dalam Sidang Khas Parlimen

gazaSHAH ALAM, 19 JULAI: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa usul berhubung konflik di Gaza dapat dibahaskan sekali dalam Sidang Parlimen tergempar berkenaan tragedi MH17.
Beliau berkata, Gaza juga adalah satu lagi tragedi kemanusiaan yang memerlukan perhatian pihak antarabangsa.
Katanya, Malaysia perlu memperlihatkan ketegasan dalam isu keadilan, keamanan dan hak kemanusiaan terutama negara adalah calon kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Pakatan Rakyat (PR) sudah lama mahu membawa usul ini, namun tidak dilayan kerajaan. Konflik di Gaza sehingga kini meragut ratusan nyawa termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua,” katanya dalam satu kenyataan.
MH17 aSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17, pada 17 Julai lalu.
Beliau dalam perutusan khas yang disiarkan RTM 1 berkata, sidang tergempar itu adalah bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.
Katanya, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas serta tidak bertanggungjawab itu.
Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityPesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan ditembak jatuh di Timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, konflik di Gaza sehingga kini mengorbankan ratusan orang awam dan puluhan kanak-kanak selain ribuan lagi cedera, yang mana kebanyakannya akibat dibedil askar Zionis.
Tentera Zionis juga sejak semalam sejurus tragedi MH17 mula melancarkan serangan darat ke atas bumi Gaza.
Walaupun dikecam masyarakat dunia, sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat bagaimanapun memberikan restu kepada mereka.
Dalam kenyataannya, Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry ketika menelefon Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengatakan sokongannya terhadap hak Israel untuk mempertahankan diri daripada serangan ‘pihak pengganas’.

110 cedera,12 ditahan dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa

110 cedera,12 ditahan dalam pertempuran di perkarangan Masjid Al-Aqsa
BAITULMAQDIS: Lebih dari 110 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada Jumaat.

Manakala 12 orang lagi ditahan ketika pertempuran kata jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld lapor Ma'an News.

Kata Rosenfeld kepada Ma'an, perusuh Palestin ‘bertopeng’ telah membaling batu kepada pegawai ketika pertempuran.

Ketika kejadian, tentera Israel telah menyerang kawasan suci itu dengan melepaskan bom tangan serta menembak peluru keluli bersalut getah.


Foto oleh Ma'an News
Gambar ketika pertempuran -  Foto oleh Ma'an News

Gambar ketika pertempuran -  Foto oleh Ma'an News
Yang tercedera dihantar ke Klinik Al-Alqsa - Foto oleh Ma'an News

Wartawan dan pasukan paramedik telah dipaksa keluar dari kawasan berkenaan ketika pertempuran tercetus.

Pihak medik memberitahu bahawa lebih daripada 110 orang yang cedera tiba di klinik Al-Aqsa dan beberapa lagi telah dipindahkan ke hospital Makassed.

Pengarah Al-Aqsa, Omar al-Kiswani dan Menteri Berkuasa Palestin Adnan al-Husseini telah ditembak dengan peluru bersalut getah di kaki dan paha masing-masing.

Manakala ahli Lembaga Pengarah Wakaf Islam di sana, Abdulatheem Salhab dan Fayez an-Obaidi telah ditembak dengan peluru getah di dada.

Warga Malaysia pemilik restoran terkenal di Rotterdam terbunuh dalam MH17

Belanda
Foto Jenny Loh (kiri) dan suaminya Fan Shun-po yang diambil daripada satu program memasak di YouTube

Pemilik dua buah restoran Cina terkenal di Rotterdam yang berasal dari Malaysia adalah antara mereka yang terbunuh dalam nahas pesawat penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia.

Jenny Loh, 54, yang disebut kini warganegara Belanda, menaiki pesawat itu bersama ibu dan suaminya, tukang masak Fan Shun-po, lapor laman web akhbar The Algemeen Dagblad (AD) di Belanda.

"Ibu bapa saya sudah tiada," kata anak tunggal pasangan itu, Kevin, seperti dipetik oleh akhbar berkenaan.

Dim Daily
Restoran Dim Daily milik Jenny Loh

Menurut akhbar itu juga sanak saudara serta kenalan keluarga itu berhimpun di sebuah restoran milik pasangan itu untuk menunggu pengesahan tragedi yang berlaku pada Khamis.

"Saya perlu nampak tabah, demi keluarga," kata Kevin.

"Kalau saya pun runtuh, bagaimana dengan mereka?"

Sebuah media di Belanda memaparkan melalui salurannya di YouTube suasana di perkarangan sebuah restoran itu pada Jumaat yang penuh dengan bunga yang diletakkan oleh pelanggan restoran itu.

PEMIMPIN PAS DILARANG MEMBUAT KENYATAAN SENDIRI - PRESIDEN

"Jangan kaitkan SAMM dengan parti politik"

NORAZIZI
SEREMBAN - “Jangan kaitkan SAMM dengan parti politik,” tegas Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan, Norazizi A Aziz bagi menafikan khabar angin kurang menarik membabitkan organisasi itu, baru-baru ini.

Khabar kurang menyenangkan mula bertiup kencang apabila Syefura Othman, 25, yang merupakan ahli SAMM Selangor membuat keputusan untuk menyertai DAP, kerana menganggap parti terbabit sebagai ‘cool’ dan bersifat terbuka.

Secara tidak langsung, ada pihak mula membawa mulut kononnya ini merupakan isyarat bahawa Penyelaras SAMM Kebangsaan, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard akan melompat ke DAP, ekoran penggantungan keahliannya oleh PKR.

“Perlu diingat, SAMM adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) dan bukannya berbentuk parti politik. Cuma, tidak dinafikan, dalam kalangan ahli SAMM memang ada yang bergiat aktif dalam politik sama ada pro kerajaan atau pun pembangkang.

Perintah berkurung 12 jam sehari di Pantai Timur Sabah sehingga 2 Ogos

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.
  
Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.
  
Beliau berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
  
"Memandangkan keadaan keselamatan di perairan di beberapa daerah di Sabah dalam keadaan terancam dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta mengganggu kehidupan ekonomi masyarakat setempat berikutan berlakunya pencerobohan pengganas Sulu, maka pihak polis memutuskan untuk menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan terlibat.
    
"Kuasa untuk saya isytihar perintah berkurung adalah di bawah Seksyen 3 (1) Akta Polis 1967. Kuasa saya, (perintah berkurung) ini tidak melebihi 24 jam.
  
"Tetapi saya sudah menulis kepada menteri dalam negeri dan menteri bersetuju memberi tambahan tidak melebihi 14 hari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Dengan pengisytiharan perintah berkurung berkenaan, Jalaluddin berkata tiada
sesiapa pun, kecuali anggota keselamatan dan orang yang diberikan pengecualian yang boleh berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan dari jam 6 petang hingga 6 pagi.
  
Beliau berkata mana-mana orang, selain anggota keselamatan yang perlu memasuki atau melalui kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung perlu mendapat permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah (OCPD) di kawasan mereka berada.
  
Turut hadir Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun.
  

Raja – rakyat, jangan berbalah dalam publik

Oleh Subky Latif
APAKAH perbezaan pandangan antara Sultan Selangor dan Anggota Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam masyarakat terbuka satu amalan demokrasi yang sihat yang digalakkan?
  
Mungkin bagi ketua negara/negeri itu Presiden/Gabenor perkara biasa perbezaan pandangan antaranya dengan individu/rakyat, tidak dikira melanggar pantang larang dan adab kerana ia dibenarkan dalam demokrasi dan demokrasi mengiranya sihat.
 
Tetapi ada pandangan berbeza kalau di khalayak ramai Raja dan indivdu/rakyat berbeza pandangan secara terbuka sekalipun amalam demokrasi dijunjung tinggi oleh semua.
   
Hal antara Sultan Selangor dan Khalid yang dilihad dalam media, tidak dikehendaki berlaku dalam publik secara terbuka, sama ada ia daripada pihak Khalid mahu daripada pihak Sultan. Bukan Khalid saja tidak dikendaki membuat penjelasan terbuka atas apa yang dihadapinya, Sultan juga tidak dikira berbuat betul menegur individu secara terbuka.
   
Tiada mana-mana peraturan dan adab Raja tidak dikehendaki menegur amalan rakyat yang dikira perlu ditegur sebagai sifatnya pemerintah tertinggi, Raja boleh menegur tentang amalan membazir untuk berbuka puasa, menyatakan susah hati tentang pengambilan rasuah, tentang apa jua yang dikira buruk yang patut dibaiki.
   
Semua teguran itu adalah bersifat umum, tidak dibuat atas mana-mana individu sekali teguran itu khusus untuk individu tertentu. Tetapi Raja itu dikira bijaksana jika tidak menegur seseorang secara terbuka.
     

Teresa saran Bung Mokhtar dihantar kursus kepekaan gender


Teresa param


KUALA LUMPUR, 19 JUL: Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mencadangkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim supaya menghantar Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin ke kursus kepekaan gender.
Ini berikutan komen Bung di laman twitter kelmarin bahawa insiden buli di jalanraya melibatkan Fairrah Asyikin Kamaruddin, yang dikenali sebagai Kiki, membuktikan pandangannya sebelum ini berhubung sikap pemandu wanita yang panas baran.
“Saya cadangkan Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat menghantar Bung Moktar Radin menghadiri kursus kepekaan gender,” kata Teresa Kok dalam satu kenyataan.
Bung Mokhtar dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac 2011 dilaporkan berkata, cara pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
Fairrah Asyikin Kamaruddin atau Kiki adalah wanita yang bertindak kasar ke atas seorang warga emas, Sim Siak Heong, 68, dalam satu kemalangan antara dua buah kenderaan pada 14 Julai lalu di Kuantan.
Video pertelingkahan sepanjang lebih 2 minit itu kemudiannya dimuatnaik di laman Youtube dan menerima kecaman rakyat Malaysia, menyebabkan pelakunya meminta maaf secara terbuka dan dilaporkan media arus perdana.
Menurut Teresa, perbuatan Bung Mokhtar menggunakan insiden itu untuk menjustifikasikan hujahnya sebelum ini adalah bukti bahawa sikapnya yang sering memandang rendah terhadap kaum hawa.

Ketika politik Malaysia ‘Bung-kus’


bung mokhtar

oleh MUSTAFA K ANUAR

Selepas Jerman menewaskan Brazil 7-1 dalam separuh akhir Piala Dunia baru-baru ini, Ahli Parlimen Barisan Nasional Bung Mokhtar Radin memuji Hitler di laman twitternya. Kalau orang politik perlukan peringatan: Hitler adalah diktator Nazi yang bertanggungjawab atas penyembelihan berjuta-juta orang Yahudi, gipsi, komunis, homoseksual, golongan kurang upaya dan beberapa kumpulan lain antara 1941 hingga 1945.
Penghapusan etnik besar-besaran itu dilakukan berdasarkan falsafah perkauman pemimpin Jerman itu untuk memartabatkan bangsa Aryan yang beliau anggap agung dan murni.
Jadi, seperti yang dapat kita lihat, kegirangan Bung (yang sebelum ini terkenal dengan isu ‘bocor’) itu adalah hal yang sangat malang. Bukan sekadar malang, malah ia adalah suatu yang benar-benar keterlaluan, justeru tindakan memuji sang Fuhrer yang jelik memberikan kesan besar. Maka tidak hairanlah, duta Jerman ke Malaysia terpaksa mengecam Ahli Parlimen Kinabatangan, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula menjarakkan dirinya daripada kenyataan melampau itu.
Bung kemudian menyatakan maaf, tetapi keikhlasannya amat diragui oleh banyak pengkritiknya.
Seperti banyak lagi politikus dan penjawat awam jenis ‘asal boleh’ yang lain, kecabulan politik Bung telah menyebarkan nama busuk Malaysia ke seluruh dunia – kerana sikap meremehkan Holocaust adalah sama teruk dengan sikap tidak peka terhadap nasib penduduk Palestin di Gaza yang dihenyak secara kejam oleh kuasa tentera Israel.
Namun keceluparan Bung itu bukan hanya disebabkan oleh kecuaian atau penyanjungan terhadap Hitler secara bebal. Ia adalah gejala keadaan sosial dan politik Malaysia yang semakin buruk.
Semangat perkauman, misalnya, semakin merebak dalam beberapa tahun ini. Luahan perkauman di ruang awam senada dengan ideologi politik yang dipegang sesetengah individu dan puak seperti Perkasa dan Isma.

Wanita sebagai pemimpin?

oleh NOR MISWARY
pakatan wanita
Dalam banyak-banyak urusan di rumah, tidak upaya kita nafikan, ibu kita telah banyak memainkan peranan mereka dengan sangat berkesan. Dari bangun tidur sampai sebelum tidur semula, tiada ibu, rumah tidak akan berfungsi sepenuhnya. Bayangkan ketika ibu tiada gencatan senjata dengan ayah, bawah tudung saji sudah tentu-tentu kosong. Dari mengurus soal membasuh, sampailah baju seluar itu digosok untuk dipakai semula oleh ayah dan anak-anak, urusan ibu tak pernah tertinggal.
Dalam soal menentukan menu juadah berbuka hari-hari sekarang ini pun, ibu jualah yang membuat keputusan. Keputusan yang jarang-jarang sekali mengecewakan. Walaupun menentukan menu itu kelihatan seperti soal yang remeh, tapi ayah sebagai orang lelaki pun kadang-kadang gagal menentukan seleranya sendiri.
Pengalaman penulis sendiri melihat kelaziman tersebut mengesahkan betapa ibu manusia paling boleh dipertanggungjawabkan dalam soal pendidikan anak-anak dan pengurusan keluarga. Ke mana suaminya ketika itu kita boleh persoalkan dalam tulisan yang lain. Namun setakat itu sahajakah peranan seorang ibu yang seperti yang dijanji Tuhan sebagai keredhaan-Nya hanya selepas mendapat keredhaan ibu?
Sejak kita bersekolah sampailah ke peringkat universiti malah sehinggalah ke persekitaran kita bekerja; kita dikelilingi oleh begitu ramai kaum Hawa yang sangat menakjubkan ini.
Jadi untuk apa kita khuatirkan jika mereka ini boleh menjadi pemimpin besar negara atau sekadar bermula sebagai menteri besar sesebuah kerajaan negeri. Kita telah mempercayai mereka sejak berkurun dari sekecil-kecil perkara, maka kemampuan mereka untuk perkara-perkara yang lebih besar usah pula kita pertikai.
Memetik pandangan tokoh ulama Islam dunia Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, memilih wanita sebagai pemimpin termasuk ke jawatan tertinggi seperti Perdana Menteri adalah sesuatu yang menjadi keharusan dalam dunia hari ini.

Chegubard: DAP Lebih Stabil Berbanding PKR

Wan Azizah dijangka ambil alih jawatan MB S'gor..!!

PKR dipercayai sudahpun mencapai kesepakatan untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas sambutan Aidilfitri.

Keputusan itu timbul selepas tekanan bertubi-tubi dari sekutunya dalam Pakatan Rakyat dan ahli parti,

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai sudah bertemu dengan pemimpin parti di Selangor semalam, dan mencadangkan isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Menurut akhbar China Press, Anwar berkata PKR sudah memutuskan untuk menggantikan Khalid.

Menurut sumber parti, Anwar berjaya mendapat sokongan pemimpin-pemimpin partinya selepas berjaya meyakinkan biro politik PKR berhubung pilihannya itu.

Sumber sama mendakwa Anwar memilih Wan Azizah untuk "menstabilkan" parti, yang dilanda siri kontroversi selepas mengaakan pemilihan secara terus buat kali kedua tahun ini.

"Siapa yang berani lawan Anwar? Mereka mungkin merungut di belakangnya tetapi di di depannya, mereka semua pak turut," kata sumber itu yang enggan dinamakan.

Kerajaan Rusia sunting maklumat MH17 di Wikipedia

KUALA LUMPUR: Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.

Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.


MH17, Rusia, Wikipedia
Laporan asal mengenai suntingan yang dilakukan kerajaan Rusia. -foto ASTROAWANI/portal Telegraph
 
Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.

MH17 jadi liputan utama dunia

MH17

Dibunuh pada ketinggian 33,000 kaki, lapor akhbar Daily Mirror United Kingdom antara akhbar yang membuat liputan berkenaan insiden MH17.


KUALA LUMPUR: Berita pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai ditembak oleh puak pelampau di Ukraine dekat sempadan Rusia mendapat liputan hebat seluruh dunia.

Insiden malang yang mengejutkan negara pada 17 Julai itu turut menjadi tajuk muka hadapan bagi hampir kesemua akhbar-akhbar utama dunia.

Beberapa akhbar seperti New York Post, New Post Times, The Daily Mirror, The Guardian, akhbar Sepanyol El Pais, akhbar Rusia Kommersant, akhbar Jerman Die Welt dan banyak lagi memainkan tajuk pesawat MH17 sebagai berita utama.

MH17: Baki empat penumpang dikenalpasti warga Belanda

Penerbangan Malaysia mengesahkan baki empat penumpang yang belum dapat disahkan sebelum ini adalah warga Belanda.

Ini menjadikan jumlah rakyat Belanda terbabit dalam nahas pesawat MH17 seramai 192 orang.

- Bernama

AS berusaha kesan penembak jet MH17

MH17 Imej satelit menunjukkan kepulan asap yang ditinggalkan peluru berpandu yang menembak pesawat MH17 Malaysia Airlines. Pengesan inframerah turut merakam saat-saat pesawat itu meletup.

Penganalisis AS menghadapi soalan sukar sewaktu meneliti maklumat risikan dan cuba untuk menentukan pihak mana yang menembak peluru berpandu itu dan alasan berbuat demikian, serta dari mana asalnya ia datang.

Penilaian AS, yang dibentangkan duta Samantha Power kepada Majlis Keselamatan PBB, Jumaat semalam, mendapati "kemungkinan pesawat itu dijatuhkan oleh peluru berpandu darat-ke-udara SA-11 yang dioperasikan oleh puak pemisah Ukraine di lokasi di timur Ukraine".

Pegawai US berkata pihak berkuasa sedang menentukan siapa yang bertanggungjawab menembak peluru berpandu buatan Rusia itu, sama ada petugas Rusia membantu serangan itu dan bagaimana senjata itu jatuh ke kawasan dikuasai pemberontak Ukraine yang didukung Moscow.

Wajibkah Bapa Bayar Zakat Untuk Anak Dah Baligh? - UAI

Zakat Kepada Orang Miskin Atau Fisabilillah..Mana Lebih Afdhal? - UAI

Perlukah Qadha PUASA & SOLAT Yang Ditinggalkan Semasa KOMA? - UAI

Beri Makan Orang Sakit Yang Tak Mampu Berpuasa - UAI

Zakat Fitrah Bayar Banyak Kali - Ustaz Azhar Idrus

Solat Tarawih Niat Qadha Solat Subuh - Ustaz Azhar Idrus

Macamana Nak Dapat LAILATUL QADAR? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai BAJU RAYA - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pegang-pegang Isteri Ketika Puasa - Ustaz Azhar Idrus

Eyewitness accounts of the MH17 crash

Lim Guan Eng: Justice for the victims MH17

Hari Lebaran bagi Yuriah Tanzil sepi tanpa adiknya

Usaha cari mangsa MH17 - AMARAN, ini adalah visual mayat

Visual terawal selepas MH17 terhempas di Grabovo

Global anger intensifies over downed Malaysia Airlines jet

Pesawat MH17 terkena bedilan SA-11, kata Amerika

CNN at MH17 crash site as day breaks

US demands Russia de-escalate Ukraine crisis

Kumpulan bersenjata halang pemerhati ke lokasi nahas MH17

Dunia curah simpati kepada mangsa MH17

Tragedi MAS: Najib sudah layak letak jawatan PM

Tragedi menimpa negara apabila pesawat Mas MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh dan berkecai sesuatu yang tidak mungkin terlupa dan akan tercatat dalam buku sejarah selama-lamanya. Ia akan menjadi trauma kepada setiap orang yang akan terbang melintasi di ruang udara negara yang sedang berkonflik.


Najib perlu ambil risiko.
Bagi negara pula kemalangan yang berlaku 17 Julai 2014 itu dilihat sebagai kemalangan berganda, kerana empat bulan sebelum ini pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang tidak dapat dikesan hingga kini.

Kejadian itu adalah rekod dalam sejarah penerbangan dunia belum pernah berlaku dimana-mana dan dialami mana-mana negara tragedi udara bersambungan. Makanya kejadian malang itu memberi signifiken yang sangat penting kepada pemimpin nombor satu negara ini, kerana kebetulan dua kejadian malang mega itu berlaku semasa beliau berkuasa sebagai PM.


Iya, kejadian itu bukan atas pintaan rakyat dan ia dirancang seperti mana kejadian-kejadian berdarah yang melukakan negara sebelum ini seperti Memali, al Maunah, atau pun pencerobohan Lahad Datu ataupun pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Kejadian itu jauh tidak bermoral kepada negara daripada kemalangan dua buah pesawat Mas itu. Tetapi kejadian-kejadian domestik itu tidak menjadi perbualan dan kajian seluruh dunia kerana kejadian seumpama itu adalah kelaziman di mana-mana negara. Ertinya gema kejadian itu tidak melantun jauh ke segenap penjuru alam.

Tengku Razaleigh.
Berbeza dengan apa yang berlaku ke atas dua buah kapal terbang Mas itu, ia menjadi perhatian  dan mengejutkan dunia. Semua mata dunia tertumpu kepada Malaysia sambil bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia? Orang persoal tahap profesionlisme negara dan integriti pemimpinnya. Justeru sebagai perdana menteri Najib harus mengambil risiko dan tanggungjawab moral dan politik atas apa yang berlaku walaupun di luar kotak fikir dan kudrat tadbirnya.

Najib telah pun membuat tindakan segera ke atas kejadian malang itu. Semalam dia telah mengarahkan agar sidang khas parlimen diadakan untuk mengutuk kejadian itu serta menggesa badan dunia seperti PBB bertindak. Selain itu arahan juga dibuat agar bendera Malaysia dinaikan separuh tiang sebagai belasungkawa kepada mangsa. Apa dilakukan Najib tidak mencukupi.

Tujuan sidang khas parlimen itu boleh dipertikaikan. Siapakah yang hendak dikutuk sedang belum diketahui siapa yang bertanggungjawab. Kutukan tanpa mengetahui si pelakunya samalah dengan budak melastik burung secara rambang ke dalam semak. Ia tidak mengena mana-mana burung hanya terkena ranting kayu. Kutukan akan bermakna kalau Malaysia sudah mengetahui siapa yang bertanggungjawab. Apakah kutukan akan dilakukan kepada dua pihak yang sedang berkonflik, Russia dan Ukraine?

MH17: Siapa punya angkara?

Nahas MH17: Siapa punya angkara?
KIEV - Angkara siapa? Seluruh penduduk dunia kini terarah kepada tragedi nahas pesawat MH 17, Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat malang membawa 283 penumpang dan 15 kru itu dikatakan ditembak kumpulan pemberontak pro-Russia di Donetsk iaitu wilayah pemberontak Ukaraine.

Sejurus kejadian itu, Ukraine dan Rusia saling menuding jari menuduh antara satu sama lain untuk bertanggung jawab terhadap kejadian itu.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu.

Ukraine tuduh Rusia

Sejurus kenyataan itu dikeluarkan, kemelut antara Kiev dan Moscow menjadi lebih teruk.

Tuduhan itu dikuatkan lagi apabila pesawat malang berkenaan dipercayai terhempas di perkampungan Grabovo, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Russia iaitu kawasan di mana pemberontak pro-Rusia bergiat aktif dan mendakwa pernah menembak jatuh pesawat lain.

Tuduhan demi tuduhan dilemparkan Ukraine apabila Presidennya Anton Gerashchenko dalam Facebooknya berkata, pesawat B777 itu dipercayai terhempas berhampiran Donetsk dan  ditembak menggunakan sistem anti-pesawat Buk oleh pengganas dengan sengaja.

Selain itu, ada juga tuduhan mengaitkan cubaan Ukraine untuk menyalahkan kumpulan pemberontak pro-Rusia  secara konsisten.

Ukraine dikatakan menembak pesawat berkenaan untuk melabelkan kumpulan pemberontak pro-Rusia sebagai pengganas.

Tuduhan itu penting bagi membuka mata dunia bagi menyalahkan Rusia di atas segala kemelut yang berlaku di negara berkenaan selepas  negara kuasa besar itu berjaya menghasut rakyat di Crimea berpisah dari Ukraine.

Kesan daripada pemisahan ini wujud kumpulan menggelar diri mereka sebagai kumpulan pemberontak Pro-Rusia.

Namun, secara logiknya sistem anti-pesawat Buk itu hanya dimiliki tentera dan kumpulan pemberontak pro-Rusia juga dikatakan tidak memiliki aset pertahanan canggih.

Terdapat juga andaian bahawa, tentera Ukraine dikatakan tersilap sasaran apabila mengandaikan pesawat MH17 yang ditembak itu adalah pesawat Ilyushin Il-96-300PU iaitu pesawat rasmi bawa Presiden Rusia Vladimir Putin.

Ini kerana reka bentuk MH17 dan Ilyushin Il-96-300PU tidak jauh beza terutama corak pada badan pesawat.

Gaza akan jadi kubur tentera rejim Israel - Hamas


KUALA LUMPUR: Hamas mengingatkan rejim zionis Israel bahawa Gaza akan menjadi perkuburan kepada tentera negara haram itu.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan demikian semalam, sehari setelah rejim Israel melancarkan serangan darat ke Gaza.

“Kami memperingatkan Israel terhadap perang darat,” katanya kepada bilik berita Lebanon Al-Mayadeen TV.

Ini, jelasnya seperti operasi yang akan memungkinkan Hamas untuk membebaskan tahanan mereka yang masih berada di penjara Israel.

"Kami akan menangkap tentera Israel dan lakukan pertukaran tawanan berikutnya atau Gaza akan menjadi kuburan bagi tentara penjajah, dan ini bukan slogan. Waktu akan mengungkapkan untuk si pengecut Netanyahu. Dia akan membayar harga yang mahal," tegasnya dipetik daripada portal eramuslim.

10 lagi penduduk Gaza terkorban dibedil rejim zionis

Serangan tentera rejim zionis Israel yang memasuki hari ke-12 membunuh 10 lagi penduduk Gaza melalui bedilan dari udara awal pagi ini.

AFP yang memetik jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra melaporkan tujuh orang terkorban di luar sebuah masjid di Khan Yunis, di selatan Gaza.

Dengan korban terbaru itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh tentera zionis meningkat kepada 306 orang sejak serangan yang bermula 8 Julai lalu.

Sementara itu dilaporkan, hanya seorang tentera dan orang awam negara haram itu terbunuh.

MH17: Kita sasaran teori konspirasi?

 
SAYA sedang menelaah buku Deadly Mist lewat malam semalam ketika telefon berkicau memberitahu Malaysia dilanda musibah terbaharu.

INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN!

Pesawat MAS Boeing 777 yang bawa 298 nyawa, ditembak jatuh di Ukraine.

Mungkin kerana terlalu dipengaruhi Jerry D Gray bahawa ada manusia tamak kuasa yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh berjuta-juta nyawa tidak berdosa untuk kuasa dan wang, saya teringat kenyataan PM Najib siangnya bahawa beliau baharu sahaja menerima panggilan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kata Najib, beliau telah memberi jaminan kepada Abbas bahawa Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis yang kini sedang kemaruk darah di Gaza.

Lalu tanpa diminta oleh sesiapa, fikiran saya langsung merangkumkan kedua-duanya - tulisan Jerry D Gray yang saya baca dengan kenyataan Najib mengenai Palestin/ Gaza.
Apakah tragedi di sempadan Ukraine - Rusia itu episod paling baharu dalam teori konspirasi?

Saya yakin Israel dan juga kuasa-kuasa besar yang menjadi pelobi Zionis tidak suka dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin. Bukan sahaja kerajaannya, pasukan sukarelawan kita juga cukup aktif di Gaza.

Apakah kerana itu, kita jadi sasaran mereka?

Saya curiga kalau yang merancang tragedi ini adalah ejen asing yang dihantar masuk ke dalam kumpulan pemisah Ukraine dengan tujuan mahu mengalih perhatian dunia terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza.

Ya, ini hanya andaian saya tetapi andaian bukan sesuatu yang mustahil. Dan saya juga tidak menafikan saya mungkin telah dibawa ke alam mimpi oleh Jerry D Gray, seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpaling tadah dan kini aktif membongkar rahsia New World Order (NWO) daripada persekongkolan pemimpin negaranya dengan Zionis.

Akan tetapi, kalau kita perhalusi, talian untuk mengaitkan tragedi MH17 dengan teori konspirasi, tidaklah terlalu halus.

Bila Kena Keluarga Sendiri, Bawa Usul Untuk Bahas Di Parlimen...MH370 dan Gaza ditolak ..!!!

Parlimen bahas nahas MH17 Rabu ini

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat Khas untuk membahaskan usul mengenai tragedi nahas pesawat MH17 akan diadakan pada Rabu ini mulai 10 pagi, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam kenyataannya, Pandikar Amin berkata, beliau selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua ahli-ahli Dewan mulai hari ini (semalam)," katanya.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - Bernama


MH17: Nenek Tiri Najib, Hishammuddin Antara Mangsa Nahas

SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Mohd Noah adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila.

Mohd Noah yang juga datuk kepada kedua-dua pemimpin negara itu meninggal dunia pada 1990.

Siti Amirah, 83, dalam perjalanan sendirian ke Jogjakarta, Indonesia untuk menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

"Beliau seorang wanita yang baik hati dan cantik. Beliau juga suri rumah yang menjaga datuk saya dengan baik. Kami memanggilnya 'ibu'," kata jurucakap keluarga itu, Datuk Dr Faridah Abdullah pada Jumaat.

Dr Faridah, yang juga Pengerusi Yayasan Mohammad Noah berkata, Siti bercuti ke Amsterdam bersama anaknya dari perkahwinannya yang pertama.

Tambah beliau lagi, anak Siti sepatutnya bersama ibunya, bagaimanapun gagal mendapat tiket untuk penerbangan sama.

"Beliau ada keluarga sendiri di Amsterdam dan sering berulang alik ke sana dan ada kalanya melawat negara ini kerana menyayangi Malaysia," kata Dr Faridah.
-mstar
ULASAN GB

Maaflah tajuk yang GB gunakan... keras sedikit.. namun, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Sewaktu tragedi MH370 dahulu apabila diminta supaya kes itu dibahaskan di Parlimen, ianya ditolak mentah oleh kerajaan. Berjurai airmata ahli keluarga mangsa mendengar keputusan kerajaan pada saat itu.

Kini, apabla terkena "batang hidung" dan ahli keluarga sendiri, Najib sendiri menandatangani surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat untuk membincangkan kes MH17.

Dan ia mendedahkan juga satu hal: terbukti speaker hanya menjadi pak angguk.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, sekalipun yang bodoh-bodoh atau yang buta mengenainya cuba menyangkal dan cuba menyembunyikannya.

Namun Allah itu tetap Maha Adil! Airmata anda akan berjurai sepertimana anda juraikan airmata orang lain. Anda akan rasai sendiri apa yang anda telah lakukan terhadap orang lain.

MAS hilang penentang sajian arak dalam penerbangan dengan hancurnya MH17

Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.
Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.
"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui sosial media.
Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.
Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.
Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.

Masa depan MAS suram, penumpang dijangka merosot, kata WSJ

Nasib Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kini bergantung kepada cara syarikat tersebut mengendalikan tragedi MH17 yang berlaku di timur Ukraine kerana dijangka akan mengalami krisis pengurusan dan penerbangan.
MAS kini kehilangan dua pesawat membabitkan 537 nyawa dalam tempoh empat bulan, jumlah terbesar dicatatkan sejarah syarikat penerbangan dalam masa yang singkat, lapor The Wall Street Journal (WSJ).
Insiden penembakan pesawat Boeing 777 di timur Ukraine itu terjadi selepas MH370 dilaporkan hilang secara misteri pada 8 Mac lalu, menyebabkan satu dunia mencari pesawat yang masih belum ditemui sehingga sekarang.
"Ini pertama kali industri penerbangan mendengar tragedi berlaku dua kali dalam jangka masa pendek.
"Pesawat itu berada di tempat yang salah pada masa yang salah," kata pakar pengurusan krisis di Hill Knowlton Strategies di Singapura.