Jumaat, 18 Julai 2014

MH17: Sidang Parlimen Tergempar, Bendera Separuh Tiang Hingga Isnin

  • Malaysia tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17 sehinggalah terbukti benar-benar sahih dan dapat disahkan - PM Najib
  • Kerajaan rakam ucapan takziah dan belasungkawa juga simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa-mangsa tragedi MH17 - PM Najib
  •  Tragedi MH17: Kerajaan putuskan bermula malam ini sehingga Isnin depan, bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh negara - PM Najib
  • Tragedi MH17: PM Najib putuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu
  • MH17: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, malah tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab - PM Najib

MH17: PM Ukraine jamin siasatan adil

Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine akan memastikan siasatan mencari punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) di Ukraine pada Khamis, dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

Menurut portal Kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua , Yatsenyuk juga memberi jaminan akan membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan.

"Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine berusaha memastikan siasatan yang adil dan menyeluruh terhadap punca nahas pesawat dan membawa pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan," kata portal itu.

Yatsenyuk turut menyampaikan ucapan takziahnya berikutan nahas itu.  Beliau berkata rakyat Ukraine juga amat  terkejut dengan tragedi itu.

Ukraine tubuh unit respons krisis

Ukraine telah menubuhkan unit respons krisis di kedutaannya di Malaysia berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Duta Ukraine di Malaysia Ihor V. Humennyi berkata unit sama turut ditubuhkan di Kementerian Hal Ehwal Luar Ukraine.

Beliau berkata tugas unit itu adalah memberikan maklumat kepada anggota keluarga mangsa tragedi itu dan menyelaraskan interaksi dengan kedutaan dan konsulat yang ditauliahkan di Ukraine.

"Kami berkerja 24 jam dan kami dengan mudah akan menjawab sebarang soalan yang anda ingin ajukan kepada kami," katanya semasa ditemu bual oleh Bernama TV dalam program 'Bernama Today' di sini hari ini.  

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Anatarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Unit respons krisis di Malaysia boleh dihubungi di talian 03-21669552, 016-2614707 dan faks 03-21664371 atau e-mel emb_my@mfa.gov.ua dan Kedutaan Ukraine di Belanda (telefon: +31(70)3626095, faks:+31(70)3615565, e-mel emb-nl@mfa.gov.ua, embukr@wxs.nl.

Unit sama boleh dihubungi di Ukraine di talian (044)2796206, 2381657, faks: (044)2531124 atau e-mel ke cons_vor2@mfa.gov.ua.    

Rusia dakwa tiada kemampuan tembak jatuh MH17, kata Najib

Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini menegaskan negaranya tiada kuasa untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata berdasarkan perbualan telefonnya bersama Putin sebentar tadi, presiden Rusia itu faham kehendak Malaysia dan akan menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan siasatan memulakan tugas.
"Mengikut presiden Putin mereka tiada kuasa untuk menembak jatuh pesawat MH17.
"Dalam pada itu presiden Ukraine mempunyai pendapat berlainan, beliau kata mengikut kerajaan Ukraine pesawat itu memang ditembak jatuh dengan misil darat ke udara," katanya pada satu sidang media di Angkasapuri malam ini.
Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.
MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.



Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini menegaskan negaranya tiada kuasa untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata berdasarkan perbualan telefonnya bersama Putin sebentar tadi, presiden Rusia itu faham kehendak Malaysia dan akan menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan siasatan memulakan tugas.
"Mengikut presiden Putin mereka tiada kuasa untuk menembak jatuh pesawat MH17.

"Dalam pada itu presiden Ukraine mempunyai pendapat berlainan, beliau kata mengikut kerajaan Ukraine pesawat itu memang ditembak jatuh dengan misil darat ke udara," katanya pada satu sidang media di Angkasapuri malam ini. Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.
MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. – 18 Julai, 2014.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rusia-dakwa-tiada-kemampuan-tembak-jatuh-mh17-kata-najib#sthash.N8Bpr6tz.dpuf
Presiden Rusia Vladimir Putin hari ini menegaskan negaranya tiada kuasa untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata berdasarkan perbualan telefonnya bersama Putin sebentar tadi, presiden Rusia itu faham kehendak Malaysia dan akan menggunakan pengaruhnya bagi membolehkan pasukan siasatan memulakan tugas.
"Mengikut presiden Putin mereka tiada kuasa untuk menembak jatuh pesawat MH17.

"Dalam pada itu presiden Ukraine mempunyai pendapat berlainan, beliau kata mengikut kerajaan Ukraine pesawat itu memang ditembak jatuh dengan misil darat ke udara," katanya pada satu sidang media di Angkasapuri malam ini. Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.
MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rusia-dakwa-tiada-kemampuan-tembak-jatuh-mh17-kata-najib#sthash.N8Bpr6tz.dpuf

Rusia tidak akan terima kotak hitam MH17

Rusia tidak akan terima kotak hitam MH17
KUALA LUMPUR: Rusia menegaskan ia sama sekali tidak akan rancangan untuk menerima kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, kata Menteri Luarnya Sergei Lavrov.

"Biar apapun yang dikatakan oleh Kiev, kami tidak ada rancangan untuk mengambil kotak (hitam) itu. Kami tidak akan rancangan mahu melanggar kelaziman (antarabangsa) yang sedia ada dalam keadaan kejadian seperti ini," kata Lavrov dalam satu wawancara dengan televisyen di Rusia.

"Kami mahu pakar antarabangsa tiba ke lokasi nahas secepat mungkin supaya mereka boleh mendapatkan segera kotak hitam itu."

Kawasan kejadian terletak dalam wilayah yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Republik Rakyat Donetsk yang pro kepada Rusia.

Sebelum ini, kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam penerbangan MH17.

Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik MAS itu juga dilaporkan dijumpai pekerja penyelamat.

Najib terima panggilan Putin, Ban Ki Moon...Hebatkan arahan dia tuu..!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian, dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.

Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.

Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.

Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu.

Rosmah hantar pesan pada Putin: Telefon Najib....Hebatnya Dia..!!!

Rosmah Mansor berpesan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin supaya menghubungi suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung tragedi MH17.

Laporan ringkas melalui portal Sin Chew Daily menyebut bahawa Rosmah menyampaikan pesanan itu menerusi seorang kawannya yang rapat dengan Putin (kanan).

Laporan itu menyebut Rosmah berharap Putin akan menelefon Najib untuk menjelaskan isu berkenaan bagi menenangkan rakyat Malaysia yang berang dengan insiden itu.

Bagaimana pun, laporan Sin Chew itu tidak menyebut tempat kenyataan Rosmah itu dibuat.

Laporan Bernama menyebut Rosmah menghadiri satu acara Wanita Umno di Kuala Lumpur awal hari ini namun, agensi itu tidak menyebut tentang pesanan tersebut.

U.S.: Pro-Russian separatists likely shot missile

'Saya sepatutnya naik MH17' - Anak Khoo Kay Kim

'Saya sepatutnya naik MH17' - Anak Khoo Kay KimKUALA LUMPUR: Anak sulung kepada sejarawan terhormat, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim adalah antara penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia.

Aktivis budaya dan penulis bebas, Eddin Khoo sepatutnya menaiki pesawat itu untuk pulang ke tanahair selepas menyaksikan bolasepak Piala Dunia 2014 di Brazil bersama dua orang rakannya.

"Saya sepatutnya terbang laluan KL-Amsterdam-Rio; Rio-Amsterdam-KL.

"Penerbangan yang ditempah untuk balik ialah MH17, berlepas dari Amsterdam (pada) 17.07.2014.

"Tiket dan invois penerbangan itu masih saya simpan," tulis Eddin di Facebook.

Eddin, 44, bagaimanapun membatalkan kunjungan ke Brazil itu kerana beberapa hal termasuk masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

"Saya telah melalui banyak pengalaman di luar alam nyata sepanjang hidup saya tetapi yang satu ini membuatkan saya terpempan," katanya.

Eddin turut merakamkan takziah, ingatan dan doa kepada keluarga semua korban nahas penerbangan MH17.

MH17: Hasrat co-pilot pulang beraya tidak kesampaian


Ahmad Hakimi Hanapi

KOTA BHARU  - Hasrat seorang pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, untuk pulang beraya di kampung halaman, di Kedai Melor di sini, tidak kesampaian selepas maut dalam nahas udara di sempadan timur Ukraine malam semalam.

Mangsa Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang berkhidmat selama empat tahun bersama syarikat penerbangan terbabit, meninggalkan seorang balu dan anak lelaki tunggal berusia setahun.

Datuk mangsa, Daud Abdul Kadir, 80, berkata, cucu ketiga dari empat beradik itu merupakan seorang yang ceria serta sering mengambil berat soal keluarganya.

“Tahun ini dia beria-ia untuk pulang ke kampung dan pada malam Rabu lalu, dia ada menelefon neneknya untuk bertanya khabar mengenai kami sekeluarga dan keadaan rumah yang diubah suai hasil wang yang diberikannya.

“Kami amat gembira dengan perkhabaran itu, namun terkejut menerima berita mengenai nahas udara yang melibatkan cucu saya, selepas menerima panggilan telefon dari anak di Kuala Lumpur kira-kira 11 malam semalam.

Senator Belanda antara korban MH17

Berikut perkembangan hari pertama insiden melibatkan MH17 di timur Ukraine lewat malam tadi:




7.18pm: Senator Belanda antara terkorban dalam nahas MH17.

“Parlimen Belanda mengesahkan seorang senatornya Prof Willem Witteveen antara yang meninggal dunia,” menurut tweet Financial Times hari ini.

5.31pm Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual menyampaikan perutusan khas MH17 di RTM1 pada 8.10 malam ini

4.45pm: Menteri pengangkutan Liow Tiong Lai dalam sidang medianya di Hotel Sama-sama, Sepang antaranya berkata:
  • Jika dakwaan Amerika Syarikat dan Ukraine bahawa MH17 ditembak jatuh benar, ia melanggar undang-undang antarabangsa.
     
  • Kerajaan Ukraine bertanggungjawab menyiasat insiden pesawat terhempas dan memaklumkan perkembangannya kepada waris penumpang, seperti garis panduan Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO).
     
  • Malaysia diundang dalam pasukan siasatan dan akan menghantar dua orang wakil.

TRAGEDI MH17 & MH370: SEBUAH KELUARGA YANG KEHILANGAN ANAK DAN MENANTU DALAM PENERBANGAN MH370, TURUT KEHILANGAN 2 LAGI DALAM TRAGEDI MH17

Suatu tragedi telah melanda sebuah keluarga di Australia dua kali berturut-turut yang berkaitan dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang telah kehilangan empat ahli keluarganya melalui penerbangan-penerbangan MH370 dan MH17.

Irene dan George Burrows, dari Bileola, Queensland, masih berkabung akan kematian dan kehilangan anak mereka Rodney dan isterinya Mary selepas pesawat yang mereka naiki MH370 telah hilang tanpa kesan di Lautan Hindi Selatan pada bulan Mac lalu, dan kini perlu menambah kesedihan kerana cucu tirinya Maree Rizk dan suaminya Albert adalah diantara 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Pasangan itu dalam perjalanan pulang dari bercuti di Eropah.

MH17: Malaysia perlu bawa pulang kotak hitam

Kenapa pesawat komersil dibenarkan guna laluan udara bergolak? - Pakar Aeroangkasa

Rescuers comb through debris at Malaysia Airlines crash site

Ustaz Ahmad Jailani: Kerakusan Zionis, Amerika & Sekutunya

Israel calls up 18,000 military reservists, ground offensive to widen.

Israeli tanks move into Gaza in ground offensive

Israeli army footage shows ground troops entering Gaza

Israeli rockets strike near AP office in Gaza city

Twenty-three Palestinians, Israeli soldier killed in Gaza ground offensive

MH17: Transit, punca warga negara 41 penumpang tak disahkan

Did this man fire the missile at MH17?

Exclusive: Ukraine Ambassador on MH17

MH17: Graphics of the BUK missile that shot down the plane

Pesawat Asia berhenti guna laluan MH17 ditembak sejak berbulan lepas, lapor AFP

Beberapa negara Asia berhenti menggunakan laluan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.
Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.
"Kami berhenti terbang merentasi Ukraine atas faktor keselamatan," kata jurucakap Asiana Lee Hyo-Min yang dipetik daripada agensi berita, Agence France-Presse (AFP).
Korean Air juga menukar laluan ke 250km selatan Ukraine "kerana keadaan politik tidak stabil di wilayah tersebut, kata pegawainya, dipetik daripada AFP.
Jurucakap Qantas juga berkata mereka menukar laluan merentasi Ukraine sejak beberapa bulan lalu.
Hari ini, syarikat penerbangan Thailand, Thai Airways International (THAI) mengumumkan penukaran laluan tidak merentasi negara bergolak tersebut.
Terkejut dengan insiden tersebut, MAS hari ini juga mengumumkan menukar semua laluannya di Eropah ke laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam.
Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.

MH17: "Seperti ada kuasa melindungi kami, berkata jangan naik pesawat"

MH17: "Seperti ada kuasa melindungi kami, berkata jangan naik pesawat"
Seorang warga Scotland bersama isteri dan anaknya terselamat daripada nahas penerbangan MH17 selepas gagal mendapatkan tiket untuk menaiki pesawat berkenaan, lapor The Telegraph.

Barry Sim, seorang pekerja syarikat minyak, sepatutnya menaiki pesawat yang malang itu. Beliau bagaimanapun terpaksa menukar penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur selepas tiada tiket untuk isteri dan anaknya.

Mereka yang mengaku sangat setia dengan Malaysia Airlines dan selalu terbang dengan syarikat penerbangan negara itu kemudiannya memilih menaiki pesawat syarikat penerbangan Netherlands, KLM biarpun isteri Barry mendakwa suaminya itu tidak gemar terbang dengan KLM.

Ditanya reaksinya terhadap nahas itu, Sim berkata: "Rasa kecut perut. Jantung berdebar-debar."
Isterinya, Izzy Simm pula berkata "ada kuasa yang melindungi kami dan seperti berkata 'jangan naik penerbangan itu."

Dalam pada itu, Barry berkata beliau akan meneruskan rancangan menaiki penerbangan KLM yang telah ditempah kerana baginya "pisang tidak mungkin berbuah dua kali" dan "hidup mesti jalan terus".

MH17: MAS guna ruang udara Ukraine bukan untuk jimat minyak

MAS guna ruang udara Ukraine bukan untuk jimat minyak - Liow Tiong LaiKUALA LUMPUR: Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 menggunakan laluan ruang udara Ukraine bukan kerana mahu menjimatkan minyak, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tiong Lai berkata MAS telah menggunakan laluan tersebut sejak bertahun-tahun lamanya dan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak memaklumkan sebarang ancaman bahaya di laluan tersebut.

"Ia tidak benar," laluan itu telah diguna sejak berpuluh tahun oleh MAS dan banyak pesawat lain.

"15 daripada 16 pesawat Asia menggunakan laluan itu. Itu memang laluan yang diberikan ICAO.

"Mereka tidak memaklumkan apa-apa kepada kami mengenai laluan itu," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Mengulas keputusan MAS tidak menggunakan laluan tersebut hari ini, Tiong Lai berkata keputusan itu dibuat kerana laluan tersebut sudah ditutup oleh pihak berkuasa negara tersebut.

"Laluan tersebut sudah ditutup," katanya.

Serah kes nahas MH17 kepada Majlis Keselamatan PBB

Biarpun Malaysia boleh bersuara berhubung nahas MH17 yang menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal terbunuh namun berisiko sama ada pandangan dan pendapat negara didengar atau tidak oleh Ukraine.
Sehubungan itu, adalah lebih wajar isu nahas ini disiasat, dibincang dan diselesaikan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh Rusia, China, Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
"Malaysia memang boleh bersuara kerana pesawat MH17 milik kita tetapi adakah Ukraine akan mendengar?," kata Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr. Azmi Hassan.
Perkara itu perlu diambil kira memandangkan negara itu sedang bergolak.
Berikutan itu, lebih baik nahas ini dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu memandangkan pergolakan yang berlaku turut berpunca daripada kegagalan dan kelemahan kuasa-kuasa besar menyelesaikan masalah yang melanda Ukraine.

Berikutan Tragedi MH17, Majlis Rumah Terbuka Wajar Dibatalkan Tahun Ini

Semalam dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MAS, MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine. Tiada penumpang yang terselamat daripada kemalangan tersebut dan ini menjadikan dunia lebih bersedih dengannya. Rakyat Malaysia pula yang dihantui dengan kehilangan misteri MH370 sejak 8 Mac lalu yang masih belum ditemui sehingga ini, tentulah lebih berganda kesedihannya.

Sehingga ini belum dapat dipastikan bagaimana puak militan Ukraine boleh menembak pesawat yang hanya membawa orang awam ini. Mungkinkah mereka tersalah tembak kerana menyangka MH17 itu pesawat yang dinaiki oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin berikutan dilaporkan warna dan lakaran luar kedua-dua pesawat itu hampir sama?

Mungkinkah juga laluan yang digunakan oleh MH17 itu merupakan zon bahaya, walaupun dibenarkan untuk dilalui. Sebagaimana yang diakui oleh Hishammuddin Hussein, laluan itu adalah yang dibenarkan dan beberapa syarikat penerbangan lain juga melaluinya, tetapi ada syarikat penerbangan yang tidak mahu mengambil risiko, lalu menggunakan laluan yang lain.

Selain tragedi MH17 ini juga berlaku pada tarikh 17 Julai yang mungkin suatu kebetulan atau Tuhan ingin menunjukkan sesuatu kepada umatnya di dunia ini, terutama di Malaysia, tidak pernah juga mana-mana negara mengalami tragedi kehilangan pesawat sebanyak dua kali dalam tempoh hanya empat bulan saja. Sekali lagi apakah petanda Tuhan menurunkan ujian ini? Atau mungkinkah ianya suatu bala umum kepada kita?

Melalui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan kini MH17 pula membawa 298 penumpang, bermakna seramai 525 nyawa telah terkorban yang diakibatkan oleh pesawat MAS. Sekaligus kejadian ini menjadikan MAS yang sedia merudum prestasinya kerana mengalami kerugian yang teruk sejak beberapa tahun lalu, terus dirundung malang.

MAS tentunya akan terus mengalami kerugian dan kehilangan penumpang daripada seluruh dunia, tetapi yang lebih malang lagi ialah kemungkinan kehilangan keyakinan yang lebih berpanjangan. Dengan itu, memulihkan kegemilangan MAS selepas ini adalah tugas yang amat-amat sukar kepada kerajaan dan juga pengurusannya.

Bencana MH17: Mari muhasabah diri pemimpinku

BELUMPUN kesedihan rakyat Malaysia kehilangan pesawat MH370, kini rakyat Malaysia diuji lagi sekali dengan bencana yang menimpa pesawat MH17.

Bencana yang menimpa ini merupakan sebahagian daripada rentetan lain termasuk pencerobohan Pantai Timur Sabah yang masih belum menunjukkan tanda-tanda berakhir. Bermula daripada kemasukan segerombolan pihak bersenjata dan berterusan dengan siri penculikan.

Kita kehilangan beberapa orang anggota keselamatan – isteri menjadi balu, anak menjadi yatim, ibu kehilangan anak dan sebagainya – semua insiden ini memberikan kesedihan bukan sahaja kepada keluarga yang terbabit, malah rakyat Malaysia secara amnya.

Jauh sebelum itu, negara kita juga dilanda musibah yang sehingga kini masih tiada jawapan – kematian misteri yang membabitkan Altantuya, Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbani Mohamed, Norita Samsuddin dan mungkin banyak lagi. Kesemuanya memberi kesan yang mendalam terhadap keluarga terbabit.

Kotak hitam kedua MH17 dilapor ditemui

Reuters melaporkan bahawa pekerja penyelamat telah menemui kota hitam kedua pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine semalam.

Manakala akhbar Rusia, Pravda, pula melaporkan 121 mayat dijumpai dari lokasi kemalangan.

Akhbar itu memetik angka itu dari perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Sementara itu, kedutaan Ukraine di Malaysia menafikan negara terbabit mempuyai sebarang peranan dalam nahas MH17 dan sebaliknya menuding jari kepada "pengganas pro-Rusia dan senjata buatan Rusia".

"Kami tidak mengecualikan bahawa pesawat ini juga diserang dan kami ingin menekankan bahawa pada sepanjang masa apabila menjalankan operasi anti-pengganas, sistem pertahanan udara bagi Angkatan Tentera Ukraine tidak pernah digunakan," kata kedutaan itu dalam kenyataan akhbar.

Ribuan demo di Kedutaan AS, bantah rejim Zionis


KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini berhimpun di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyatakan bantahan terhadap kezaliman sekutunya rejim Zionis Israel yang sedang meratah nyawa rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Himpunan anjuran Pemuda PAS Malaysia bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam itu bermula di sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan Masjid As-Syakirin, KLCC sebelum berarak ke bangunan kedutaan.

Rata-rata mereka membawa kain rentang dan plakad mengutuk kekejaman tentera rejim yang membunuh rakyat Palestin tanpa perikemanusiaan.
Mereka turut berarak sambil menjunjung bendera Palestin bersaiz besar.
Antara mereka yang hadir adalah Naib Presiden PAS, Datuk Tuanb Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Abd Samad dan juga Dr Riduan Mohd Nor.

Tuan Ibrahim ketika ucapannya memberitahu keganasan yang berlaku di Gaza adalah kerana sokongan yang diberikan Amerika kepada Israel.

Jelasnya, Israel tidak akan berani bertindak sedemikian rupa jika tidak ada kuasa besar dunia yang berada dibelakang sambil memberi bantuan senjata kepada negara zionis itu.

"Kita mohon Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan dalam isu keganasan ini dan jika gagal Setiausaha Agung PBB digesa meletakkan jawatan dengan segera.

"Kita juga meminta seluruh dunai menghantar bantuan kepada penduduk Palestin agar Israel takut serta menghentikan kezaliman yang dilakukannya," ucapnya.

Beliau bersama wakil MAPIM dan IKRAM telah masuk menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika melalui Ketua Keselamatan Kedutaan.

Gaza: PBB perlu bertanggungjawab

Ribuan demo di Kedutaan Amerika, bantah kekejaman Zionis

Mesir & Turki Digesa Bantu Gaza, Berhenti Jadi Sekutu AS

U.N. chief 'regrets' escalation of Israel, Palestinian hostilities

Netanyahu on Israel ground operation in Gaza

Israel: Significant Expansion of Gaza Offensive

Israel: Gaza Assault on Several Fronts

IDF Night Vision Footage of ground op invasion into Gaza

MH17: No confirmation on black box

Wartawan: Russia dalangi pemberontak Ukraine

Keluarga mangsa MH17 diminta tidak ke Ukraine

Adakah lelaki ini yang menjatuhkan MH17?

Wartawan Ukraine: Lokasi MH17 terhempas sangat bahaya

MH17: Senjata Yang Digunakan Menembak Pesawat Malang Itu


Bulk 1-2, Roket era Soviet Union, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh MH17 pesawat MAS yang membawa 295 penumpang termasuk krew yang berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam Belanda pada pukul 12.14pm waktu setempat  laluan Kuala Lumpur, yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport pada pukul 6.10 pagi Jumaat di tembak jatuh di udara Ukarine berdekatan kampung Hrabove pada kira-kira 3.36 pagi pada Jumaat. Kesemua penumpang tiada yang selamat.

Ruang Udara Ukarine, memang merbahaya ekoran konflik antara pemisah yang Pro Moscow dengan kerajaan Ukraine. Laluan yang ditempoh MH17 sebenarnya adalah kawasan selamat untuk dilalui menurut Agensi Penerbangan Sivil Antarabangsa. MH17 memang bernasib malang, kerana pesawat itu terkena di bahagian ekornya semasa mahu meninggalkan ruang udara Ukraine.

MH17: Lima ahli keluarga Datin Siti Dina dalam pesawat

DATIN Siti Dina bersama keluarganya di Hotel Marriot Putrajaya untuk sesi taklimat MAS berhubung tragedi MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal. Foto FAREEZ FADZIL, 18 Julai 2014.
DATIN Siti Dina bersama keluarganya di Hotel Marriot Putrajaya untuk sesi taklimat MAS berhubung tragedi MH17 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal. 

BAYANGKAN betapa luluhnya perasaan Datin Siti Dina apabila dimaklumkan pesawat MH17 yang membawa lima ahli keluarganya terhempas di sempadan Rusia.
"Saya terkejut selepas mendengar berita tentang pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine malam tadi menerusi panggilan daripada salah seorang kawan saya selepas berita nahas itu dilaporkan dalam CNN," katanya yang tidak dapat menahan air mata ketika bercakap kepada media di KLIA pagi ini.
Wanita berusia 60-an itu memberitahu, anak perempuannya Sherliza Zaini, 45, bercuti di Belanda bersama suaminya yang juga warga negara tersebut dan tiga anak mereka masing-masing berusia 15,12 dan 8 tahun.
"Sherliza dan suaminya melawat ibu bapa mertuanya di Amsterdam sambil bercuti bersama anak mereka dan malam tadi mereka berlepas untuk pulang ke kampung halaman di Melbourne menaiki MH17.
"Mereka sepatutnya mendarat di KLIA pagi ini yang merupakan transit sebelum ke Melbourne," keluh sambil menitiskan air mata di pekarangan Anjung Tinjau di KLIA sebentar tadi.
Katanya, kira-kira pukul 12.30 malam tadi beliau menerima panggilan daripada rakan sebelum dimaklumkan mengenai insiden nahas MH17 dilaporkan dalam berita antarabangsa CNN itu.
Katanya, beliau yang terkejut dengan berita itu terus menghubungi salah seorang ahli keluarga menantunya di Amsterdam yang kemudian mengesahkan kelima-lima ahli keluarga itu selamat menaiki pesawat MH17 malam tadi.

Nenek tiri Najib antara mangsa nahas MH17

Talking headlines: Tabloids, TV, McCain blame Putin for Malaysia MH17 tragedy

MH17: Hasrat pulang ke tanah air tak kesampaian


MH17: Ibu pilu, anak, cucu dikhuatiri maut

MH17: Akhbar Rusia lapor 121 mayat ditemui


Berikut perkembangan hari pertama insiden melibatkan MH17 di timur Ukraine lewat malam tadi:



2.50pm Seramai 121 mayat dilaporkan ditemui di tapak MH17 terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, menurut Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine, lapor akhbar Rusia Pravda.

2.05pm: Kedutaan Ukraine menafikan negara itu mempunyai peranan dalam tragedi MH17 dan menyalahkan “pengganas pro-Rusia dan senjata buatan Rusia”.

1.52pm: Saksi memberitahu, pasukan penyelamat menemui kotak hitam kedua daripada MH17, lapor Reuters.

1.50pm: Pesawat MH17 (B777-200 dengan nombor pendaftaran 9M-MRD) mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik.

Penyelenggaraan terakhir pada 11 Julai, menurut kenyataan Malaysia Airlines.

1.20pm: Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai melawat anggota keluarga penumpang MH17 di pusat pelawat KLIA.

Beliau yang baru pulang daripada China pagi ini tidak bercakap kepada media.

Beberapa syarikat penerbangan mula mengelak laluan Ukraine.

Menteri nafi ditembak kerana laluan larangan

1.15pm Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan, lapor Bernama.

Beliau berkata laluan sama digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan "spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar."

12:44pm Pemuda PAS hari ini mempertikaikan tindakan Malaysia Airlines memasuki ruang udara kawasan konflik bersenjata yang berisiko tinggi.

Igor Girkin dalang tragedi MH17?

Igor Girkin 
KIEV - UKRAINE. "Kami sudah beri amaran-jangan terbang di laluan udara kami". Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh seorang Komander Kumpulan pemberontak Ukraine pro-Rusia, Donetsk People's Army, Igor Girkin melalui akaun laman sosialnya VK.com iaitu Facebook versi Rusia.

Igor yang mahu dikenali sebagai Strelkov berkata, kumpulannya mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkutan tentera yang mana ia sebenarnya sebuah pesawat komersial yang membawa 298 penumpang termasuk krew kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur.

"Pesawat itu baru saja dijatuhkan sekitar Torez (Donetsk Oblast). Ia di sana sekarang di belakang Progress Mine,” katanya seperti yang dipetik melalui sebuah portal.

Stelkov dan kumpulannya, Donetsk People's Army, dipercayai tersalah tembak pesawat itu yang disangka mereka milik tentera Ukraine.

Pada 29 Jun lalu, dalam satu laporan yang disiar olek Kyiv Post, kumpulan terbabit mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mengambil alih satu kem tentera Ukraine di mana peluru berpandu Buk milik tentera Ukraine yang menjadi simpanan tentera turut dirampas semasa proses pengambilalihan tersebut berlaku.

MH17: Passenger who missed flight "given a second chance"

Jangan biar Ukraine, Rusia sentuh kotak hitam MH17 kata KJ

Kenyataan Khairy Jamaluddin di laman mikro Twitter 
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.

"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak diperiksa Rusia mahupun Ukraine.

"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang  nahas MH17.

"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.

"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya.

MH17: Pemimpin Pakatan gesa tubuh badan siasatan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Para pemimpin Pakatan Rakyat menggesa badan siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan bagi menyiasat tragedi MH17 yang terhempas akibat ditembak di wilayah Ukraine dan mahu pihak yang bertanggung jawab dibawa ke muka pengadilan.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga 298 mangsa terbabit, mereka turut menggesa kebajikan keluarga mangsa diberi perhatian oleh Penerbangan Malaysia (MAS) dan pihak berkuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media melahirkan rasa terkejut dan kesedihan yang mendalam terhadap nasib yang menimpa pesawat MH 17.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan krew pesawat terbabit terutamanya 23 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu.

Menurut Anwar, walaupun dilaporkan pesawat Boeing 777-200 MAS itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara di zon konflik di Ukraine, tidak dapat dipastikan siapa yang bertanggung jawab.

Sehubungan itu, beliau mengutuk tindakan ganas itu dan menggesa pihak berkuasa antarabangsa mengadakan siasatan bebas dan menyeluruh serta membawa dalang yang bertanggung jawab ke muka pengadilan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap tragedi ini.

PKR juga, tambah beliau berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuklah puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17, akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa.
 
"Seluruh keluarga PKR merakamkan salam takziah kepada kesemua keluarga mangsa tragedi ini, dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa seluruh rakyat bersatu di belakang Perdana Menteri dan menyokong penuh gesaan beliau agar keadilan ditegakkan segera terhadap dalang tragedi tersebut.

MH17: Ukraine salahkan pengganas pro-Rusia


Berikut perkembangan hari pertama insiden melibatkan MH17 di timur Ukraine lewat malam tadi:




2.05pm: Kedutaan Ukraine menafikan negara itu mempunyai peranan dalam tragedi MH17 dan menyalahkan “pengganas pro-Rusia dan senjata buatan Rusia”.

1.50pm: Pesawat MH17 (B777-200 dengan nombor pendaftaran 9M-MRD) mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik.

Penyelenggaraan terakhir pada 11 Julai, menurut kenyataan Malaysia Airlines.

1.20pm: Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai melawat anggota keluarga penumpang MH17 di pusat pelawat KLIA.

Beliau yang baru pulang daripada China pagi ini tidak bercakap kepada media.

Beberapa syarikat penerbangan mula mengelak laluan Ukraine.

Menteri nafi ditembak kerana laluan larangan

1.15pm Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan, lapor Bernama.

Beliau berkata laluan sama digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan "spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar."

12:44pm Pemuda PAS hari ini mempertikaikan tindakan Malaysia Airlines memasuki ruang udara kawasan konflik bersenjata yang berisiko tinggi.

12.35pm: Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang sekurang-kurangnya untuk tiga hari sebagai tanda berkabung atas tragedi MH17.

12.30pm: Menurut sepupunya, penerbangan malam tadi sepatutnya yang terakhir untuk juruterbang pesawat MH17 Kapten Wan Amran Wan Hussin sebelum memulakan persediaan untuk hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 50, berkata Wan Amran bercadang membawa isteri dan dua anaknya kembali ke kampung halaman di Kuala Kangsar.

'Sistem peluru berpandu hidup sebelum terhempas'

12:20 pm: Kerajaan Amerika Syarikat membuat kesimpulan bahawa MH17 ditembak peluru berpandu walaupun penembaknya belum dikenal pasti, lapor CNN.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, sistem radar melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

AS yakin MH17 diserang, tapi keliru siapa dalang

HASIL siasatan yang dilakukan ke atas data satelit di negara Ukraine mendapati pesawat MH17 sememangnya telah diserang dan diletupkan di udara ketika mengambil laluan berhampiran sempadan Rusia untuk ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.

Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

Agensi keselamatan Ukraine dedah perbualan telefon tembak jatuh MH17

KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu

Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Major:  Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.

Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines  atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?

Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.

“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung.

DMPP desak kerajaan siasat segera tragedi MH17


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia mengharapkan Kerajaan Malaysia membuat siasatan segera dan terperinci ekoran tragedi kapalterbang Malaysia Airlines System (MAS) MH17 yang didakwa ditembak dan terhempas di Timur Ukraine, semalam.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof menegaskan Kerajaan Malaysia khususnya Menteri Pengangkutan mesti bertanggungjawab mencari jawapan segera jika benar dakwaan MH17 itu ditembak.

Beliau juga mahu langkah-langkah keselamatan diambil Kerajaan Malaysia diumumkan bagi memastikan tragedi itu tidak berulang di masa akan datang.

"MH17 merupakan tragedi hitam selepas MH370 hilang dari radar dan rakyat masih belum mendapat jawapan yang jelas daripada kerajaan," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, tragedi MH17 cukup menyayat hati dan menjadi ujian yang cukup besar terhadap negara dan keluarga mangsa terlibat serta rakyat Malaysia.

MH17: Siasatan mesti seluruh, heret pesalah ke muka pengadilan

Wan AzizahKUALA LUMPUR 18 JULAI: KEADILAN menggesa Kerajaan Malaysia supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden pesawat MH17 dan mereka yang bersalah perlu diheret ke muka pengadilan.
“KEADILAN juga berharap masyarakat antarabangsa khususnya di Rusia dan Ukraine, termasuklah puak pemisah pro-Rusia di kawasan terhempasnya pesawat MH17, akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat dan penyelamat antarabangsa,” kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan.
Seluruh keluarga KEADILAN merakamkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ini.
“Negara kita dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita tragis di pagi Jumaat, Ramadan ke-20, berlakunya kemalangan terhadap pesawat MAS, MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dilaporkan terhempas di sempadan Ukraine-Rusia malam tadi.
“Dengan doa agar kita semua sabar dan tabah dalam menghadapi saat yang cukup getir dan penuh dugaan ini,” kata Wan Azizah lagi.

MH17 Chronology: Boeing-777 crashes over E. Ukraine battle-zone, blame game begins

Hamas says Israel 'ignoring occupation'

Israel begins Gaza ground invasion

CNN camera captures airstrike in Gaza

Ismail Menk: Allah uji M'sia dengan cara hebat

MH17: Anak sulung Kapt Wan Amran mula menangis

MH17: Hati ibu luluh lihat cebisan pesawat, enam sekeluarga 'pulang' selamanya

Hati ibu luluh lihat cebisan pesawat, enam sekeluarga 'pulang' selamanya
KUCHING: Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk becerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.

Beliau berkata anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti.

Menurutnya pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperolehnya awal pagi Jumaat dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen.

MH17: Footage conversation yang berlaku lepas pemberontak tembak kapal terbang MAS


Journalist: 'Bodies turned inside out'

MH17 - Families mourn tragedy

MH17: Suasana pilu keluarga menunggu di Anjung Tinjau

MH17: Satu pembunuhan beramai-ramai, kata Anwar

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang didapati bertanggungjawab ke atas tragedi yang menimpa pesawat MH17.

“Kami mengutuk perbuatan ini yang disifatkan sebagai salah satu keganasan dan menggesa pihak berkuasa antarabangsa untuk menjalankan siasatan penuh serta bebas bagi membawa mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini ke muka keadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan telah ditembak dengan menggunakan peluru berpandu jenis Buk anti-aircraft system.

MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.

MH17 Crash - Anwar

We are shocked and deeply saddened by the tragic news of the crash of Malaysian Airlines Flight MH17 from Amsterdam to Kuala Lumpur with 298 people on board.
Our deepest condolences go to the relatives and loved ones of the passengers and crew who perished in this horrific mid-air disaster. In particular to the families of our 43 Malaysians who have lost their lives, we share their sorrow and bereavement and pray for strength to get through this tragedy.
While it has been reported that the Boeing 777-200ER MAS jetliner was shot down by a surface to air missile over the conflict zone in Ukraine, it has not been established who is responsible.
Regardless of that, we condemn this act of terrorism and urge the international authorities to conduct a full and independent investigation and to bring to justice the perpetrators of this mass murder.
Meanwhile, we call on MAS and our Malaysian authorities to do their utmost in handling the disaster and in particular to be utterly sensitive to the feelings and totally responsive to the needs of the families and loved ones.
This is yet another national tragedy and our moment of deep grief and sorrow.

Anwar Ibrahim
Opposition Leader, Malaysian Parliament
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat

Setiausaha Agung PBB gesa siasat insiden MH17

Ban Ki-moon 
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon merakamkan takziah dengan tragedi pesawat MAS terhempas di Ukraine, dan menggesa penyiasatan penuh dilakukan terhadap tragedi itu.
  
"Saya memantau dan mengikuti perkembangan laporan-laporan, bersama-sama dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PBB di New York pada Khamis, seperti dipetik oleh laman web PBB www.un.org.
  
Beliau berkata tidak perlu bagi penyiasatan penuh dan telus peringkat antarabangsa.
  
"Dengan ini, saya merakamkan takziah kepada keluarga dan orang tercinta mangsa dan rakyat Malaysia," katanya.
  
Pesawat MAS, MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Nama & Gambar Penumpang MH17 Didedahkan, Suasana Hiba Di KLIA

Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat mengesahkan terdapat kira-kira 298 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat MH17 dan bukannya, 295 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dari pelbagai negara dan 15 anak kapal warganegara Malaysia.

Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Warganegara beberapa penumpang masih belum dikenal pasti.

Senarai penumpang dan anak kapal mengikut negara adalah seperti berikut:

Belanda - 154
Malaysia - 43 (termasuk 15 kru dan dua bayi)
Australia - 27
Indonesia - 12 (termasuk seorang bayi)
United Kingdom - 9
Jerman - 4
Belgium - 4
Filipina - 3
Kanada - 1

Belum dikenal pasti - 41

MAS kini dalam proses memaklumkan kesemua ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

Fokus utama syarikat penerbangan itu adalah bekerjasama dengan pasukan kecemasan dan pihak berkuasa serta menggerakkan sistem sokongan penuh untuk menyediakan semua keperluan kepada ahli keluarga mangsa.

MAS akan menggerakkan 'Go Team' ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan untuk membantu ahli keluarga penumpang. MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Malaysia Airlines juga menggerakkan "Go Team" ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.

"Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands).



Senarai Nama Anak Kapal & Gambar Penumpang Pesawat MH17 Didedahkan


Insiden pesawat MH17 terhempas di Ukraine ini benar-benar mengejutkan ramai pihak. Terkini, tersebarnya di laman Twitter dan Facebook senarai awal nama penumpang Malaysia dalam pesawat MH17. 
Beberapa keping passport penumpang ditemui di lokasi pesawat terhempas. Namun ada yang mempertikaikan mengapa passport yang ditemui itu masih berada dalam keadaan yang sempurna. Namun, sebuah passport milik rakyat Malaysia, Sanjid Singh, telah dipaparkan dalam LIFE NEWS sekaligus membuktikan kesahihan senarai nama yang tersebar di atas adalah benar.
Gambar seorang anak kapal pesawat MH17 pula mula tersebar di laman Twitter. Azrina Binti Yakob, beliau adalah anak kapal pesawat MH17.
Gambar di bawah pula adalah gambar salah seorang penumpang pesawat MH17.

Tragedi Pesawat MH17

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Baru empat bulan yang lepas kita telah diduga dengan tragedi MH370 yang hilang. Pesawat itupun belum kita jumpai sampai sekarang.
Kini, kita diduga pula dengan pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia. Ya Allah, bala apakah yang menimpa negaraku ini?
Semoganya kita semua bersatu kukuh menghadapi tragedi ini. Buat sementara kita lupakan dahulu perbezaan politik yang begitu membelah bangsa kita.
Harapan saya empat.
Pertama, jangan memberi komen yang menyentuh sensitiviti keluarga mangsa. Kedua, MAS dapat memberikan maklumat yang tepat dan cepat kepada keluarga mangsa. Ketiga, jika berlaku pembatalan penerbangan disebabkan tragedi ini, MAS dapat menyediakan perkhidmatan yang baik kepada penumpang yang terkandas. Keempat, kita tidak membuat spekulasi dan andaian sehingga boleh menimbulkan kekeliruan kepada keluarga mangsa dan rakan yang lain.
Takziah kepada keluarga yang terlibat. Al-Fatihah.

MH17: Family Of Six Among Those On Board

Pic:FacebookPic:FacebookKUCHING : They are supposed to be home to break fast with their family but instead, their lost will be mourned.
"They are supposed to be home by 4pm but knowing what happened to their flight shatters me. My daughter and her family, lost in a blink of an eye," said 72 year old Jamilah Noriah Abang Anuar when met at their home.
Jamaliah is the mother of Ariza Ghazalee, 42 who is among the passengers in flight MH17 crashed in the Ukraine earlier today.

The Families That Should’ve Been On MH17

MISSING flight MH17 turned out to be a lucky escape for one Scottish family.
Barry and Izzy Sim had been booked to travel on Malaysia Airlines flight MH17, which has been shot down on the Russia-Ukraine border, killing 298 people including 27 Australians.
But the couple, who were travelling with their baby, rebooked to a later flight with another airline after learning the flight was full, the UK’s Telegraph reported.
They have spoken about their shock at hearing the tragic news.
“You get this sick feeling in the pit of your stomach,” Mr Sim said. “We started getting butterflies. Your heartbeat starts going.
“There must have been someone watching over us and saying ‘you must not get on that flight’.”
Izzy Sim said they learnt of the tragedy on the way to the airport.
“Coming to the airport in the taxi I was just crying ... I feel like I’ve been given a second chance.”
Her husband says he’s OK about getting on their flight with KLM, while Izzy is worried about the danger of another crash.
“In my mind lightning never strikes twice in the same place so I am still philosophical that you get on the flight and you go about your life,” he said. “I know my wife doesn’t feel like that. Probably the last thing she wants to do now is fly, especially to Kuala Lumpur.”
They aren’t the only people to have narrowly avoided disaster.
One Adelaide woman who flew back into the city this morning told ABC Radio she twice came close to being on the fatal flight.

Najib & Hishammuddin's Step Grandmother On Board MH17

THE World has been put into shock today by the story of Malaysian Airlines Flight MH17 going down in Eastern Ukraine on Thursday.
 
As more details on the crash comes to surface, perhaps a more shocking detail to come out is one of the passengers on board the flight happens to be the step-grandmother of both Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Minister of Defence Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
 
According to a source close to the families of both leaders (whom are cousins), one of the passengers on board was Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma. She is the second wife to Tan Sri Mohd Noah.
 
Tan Sri Mohd Noah happens to be the father to Tun Raha (Najib's mother) and Tun Suhaila (Hishammuddin's mother).
 
Below is a photo of Puan Sri Siti Amirah with Tan Sri Mohd Noah:


A photo of Datuk Seri Najib (right) and Datuk Seri Hishammuddin (left) making phone calls to international leaders at the KLIA Operations Room:
- mD