Khamis, 17 Julai 2014

Report: Malaysia Airlines flight crashes in Ukraine

(CNN) -- A Malaysia Airlines flight from Amsterdam to Kuala Lumpur has crashed in eastern Ukraine, Russian news agency Interfax reported Thursday.
Malaysia Airlines confirmed that it lost contact with MH17, and the flight's last known position was over Ukrainian airspace, the airline said on Twitter.
The jet is a Boeing 777, according to Interfax.
The plane reportedly went down near the border between Russia and Ukraine.

Breaking: Malaysian jet shot down in Ukraine


A flight tracking website showed that one flight path interrupted in Ukraine [Flighaware.com]
A Malaysian passenger airliner with 295 people on board has crashed in Ukraine near the Russian border, according to officials.
The Boeing 777, flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, was brought down by a buk ground-to-air missle, an interior ministry adviser said.
"280 passengers and 15 crew members have been killed," Anton Herashchenko wrote on his Facebook page.
Malaysian airlines said on twitter that the last known position of the aircraft was over Ukrainian airspace. A flight tracking website showed that one flight path interrupted in Ukraine.
The Interfax news agency said the plane came down 50 km short of entering Russian airspace.
It "began to drop, afterwards it was found burning on the ground on Ukrainian territory," an unnamed source said.
The plane appeared to have come down in a region of military action where Ukrainian government forces are battling
pro-Russian separatists.

A separate unnamed source in the Ukrainian security apparatus, quoted by Interfax, said the plane disappeared from radar at a height of 10,000 metres after which it came down near the town of Shakhtyorsk.
Source:
Al Jazeera and agencies

Malaysia's gang menace

Anwar Ibrahim: Agenda Memertabatkan Rakyat

Anwar Ibrahim: Charting A New Economic Agenda For The Nation

Anwar Ibrahim: Keganasan & Kebiadapan Negara Zionis Israel Sudah Sampai Pada Kemuncaknya

Israeli army video shows foiled Gaza tunnel attack

Gazans stock up on food during temporary truce

Explosions seen over Gaza as ceasefire ends

Musuh sentiasa perhatikan kelemahan Islam

Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim  
Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim
SHAH ALAM – Musuh sentiasa memerhatikan kelemahan umat Islam apatah lagi apabila masyarakat Muslim itu sendiri semakin jauh daripada agama.

Sehubungan itulah kata penceramah antarabangsa, Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim, perpecahan umat Islam di seluruh dunia menjadi sesuatu yang cukup membimbangkan.

“Itulah satu masalah besar. Kita sedih sebab hari ini, umat Islam cukup lemah dan banyak sangat isu yang saya nampak, kita jadi jauh daripada agama kita.

“ALLAH berfirman, kita kena tolak ansur. Titik persamaan antara kita lebih banyak daripada titik perbezaan. Jadi, kalau boleh kita ambil dengan Ramadan tahun ini, kita ambil berkat untuk bersatu padu,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas selesai memberi ceramah ‘Stamina 10 Ramadan Terakhir’ di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan cara umat Islam boleh bersatu bagi menentang rejim zionis Israel.

Khalid Samad sedia 'dihukum'

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akur dengan sebarang keputusan yang bakal diambil Pas termasuk meletakkan jawatan sekiranya Sultan Selangor masih murka dengan penjelasannya berhubung cadangan menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Khalid berkata setakat ini, Pas telah memintanya memberikan penjelasan mengenai cadangan tersebut namun belum dipanggil berjumpa dengan barisan pemimpin tertinggi parti itu.
  
"Setakat ini saya serah pada parti, kalau parti rasa Sultan murka malah terus murka walaupun sudah diperjelaskan dan Pas kata saya perlu letak jawatan untuk kepentingan parti, saya akan letak jawatanlah.
  
"Saya di sini sebab parti yang lantik saya sebagai calon... selagi mana ia akan datangkan kebaikan pada parti, saya akan terus berkhidmat dan berharap salah faham dan salah maklumat yang disyaki punca ia berlaku dapat diperjelaskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  

Polis cari pengunci stereng dalam kes Kiki

Wanita yang bertindak ganas ke atas seorang warga emas Sim Siak Heong, 68, dalam satu insiden kemalangan pada Isnin lepas di bandar ini ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin atau Kiki, 30, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 4 petang tadi dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya serta seorang adik perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.

"Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.

Khazanah alam di Selat Johor diancam kemusnahan akibat Forest City

Aktivis alam sekitar di Johor hanya mampu menggelengkan kepala memikirkan kemusnahan yang bakal berlaku terhadap khazanah alam sekitar di Selat Johor akibat aktiviti penambakan laut secara besar-besaran.
Aktiviti penambakan laut yang dilaksana oleh sebuah syarikat pemaju China dengan anak syarikat kerajaan negeri, menyaksikan jutaan metrik padu pasir dihumban ke laut untuk mewujudkan pulau buatan manusia dinamakan "Forest City."
Kawasan laut di Selat Johor yang bakal ditambak bakal mencecah 5,000 ekar dan inilah yang dikhuatiri oleh aktivis alam sekitar Johor.
Pengerusi Persatuan Pencinta Alam (MNS) cawangan Johor Vincent Chow berkata, aktiviti penambakan laut di bawah projek Forest City itu bakal memusnahkan dua kawasan sensitif alam sekitar di Selat Johor.
Kedua-dua kawasan sensitif alam sekitar di Selat Johor itu dikenali sebagai "Merambong Shoal" dan "Tanjung Adang Shoal", kedua-duanya terletak berhampiran dengan aktiviti penambakan laut itu.
Malah katanya, walaupun aktiviti penambakan laut "Forest City" itu baru sahaja bermula awal Mac lepas, tetapi MNS Johor menganggarkan 15 hingga 20 peratus Merambong Shoal itu telah pun musnah akibat kerakusan aktiviti terbabit
"Kedua-dua kawasan yang kaya dengan hidupan dan mikroorganisma marin seperti plankton diancam kemusnahan daripada akitiviti penambakan laut itu," katanya yang telah melakukan kajian terperinci tentang ekosistem marin di Selat Johor.
Selain kaya dengan hidupan marin dan mikroorganisma, kedua-dua kawasan sensitif alam sekitar itu kata Chow, juga kaya dengan rumpai laut yang dijadikan makanan oleh haiwan semakin pupus iaitu Dugong.

Petronas imbau kenangan Aidilfitri dengan 'Ke Pangkuan Bonda'

KUALA LUMPUR: Sejak dari kecil lagi, kebanyakan dari kita dibesarkan dengan iklan-iklan PETRONAS terutama sekali apabila menjelang Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Hari Kebangsaan.

Iklan-iklan tersebut memberi kesan yang mendalam kepada kita kerana ia menyentuh kenangan-kenangan indah serta semangat perpaduan di antara kaum dan juga keindahan budaya dan tradisi setiap kaum.

Hari ini, Petronas sekali lagi melancarkan sebuah kempen sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Filem web selama tiga minit itu mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.

ani
Riuh: Watak utama, Ani sedang menangkap ayam bersama keluarganya. Foto ehsan Petronas

Penonton juga dibawa mengimbau suasana sambutan Hari Raya sewaktu kanak-kanak dan gelagat masing-masing ketika rumah dipenuhi ahli keluarga dan saudara-mara.

Menurut Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Norliza Kamaruddin, iklan Hari Raya itu mengingatkan masyarakat Malaysia supaya menghargai adat resam dan warisan serta kepentingan hubungan kekeluargaan.

SAMM minta PKR serius terhadap pembocor maklumat biro politik

Salah seorang dari Facebooker tersebut yang telah didapati bersalah perlu digantung

badrul hisham bukit amanPETALING JAYA: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham meminta PKR supaya memandang serius mengenai pembocor maklumat biro politik yang terus bebas.
Menurutnya, pada 28 Mei 2014 saya telah menghantar surat mengenai aduan berkenaan maklumat yang dibocorkan ke media sosial termasuk mengandungi maklumat sulit peribadi saya.
“Dokumen yang bocor itu ialah keratan minit mesyuarat biro politik yang dibocorkan oleh beberapa facebooker yang dikenali sebagai Penyokong Keadilan Raya yang diketuai oleh Azmin Ali.
Tambahnya yang dikenali juga sebagai Chegubard, parti perlu memandang serius perkara ini dan bukan sahaja facebooker itu perlu digantung tetapi wajar dicari siapa anggota biro politik yang membocorkan maklumat dan dokumen mesyuarat sulit parti kepada umum secara sengaja dan sedar.
“Jika ini didiamkan, beberapa lagi maklumat sulit akan terus tersebar termasuk jatuh ke tangan musuh,” jelasnya.

Gelandangan simbolik pembangunan tidak seimbang

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

PEMBANGUNAN sewajarnya menjadi proses pembentukan penyusunan masyarakat ke arah meningkatkan martabat dan kualiti manusia.

Pembangunan yang kurang seimbang hanya membawa kepada keciciran segelintir penduduk yang kurang bernasib baik.

Membangunkan sumber material semata-mata tanpa mengambil kira nasib rakyat akan menatijahkan peminggiran dan berlaku jurang miskin dan kaya yang semakin luas.

Isu gelandangan yang dibangkitkan baru-baru ini adalah simbolik kepada ketidakseimbangan pembangunan di Kuala Lumpur.

Gelandangan ini terdiri daripada mereka yang benar-benar miskin tegar, tersisih daripada keluarga, warga emas, menghidapi penyakit fizikal dan mental, dan tiada pekerjaan.

Mereka harus dikategorikan berdasarkan punca gelandangan dan diselesaikan menurut solusi-solusi tertentu.

Berdasarkan maklumat terbaru, pihak DBKL akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di sekitar Kuala Lumpur seperti konsep Anjung Singgah yang dibangunkan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat, pihak kementerian termasuk pihak berkuasa negeri dan pertubuhan bukan kerajaan boleh mengenal pasti mekanisme khusus untuk projek selamatkan golongan gelandangan seluruh negara.

Antara yang boleh dicadangkan oleh DPPWP ialah pelaksanaan projek pembangunan tanah wakaf untuk tujuan sosial dan kemudahan umum.

Sikap rasis Umno goda ahli PAS, kata Mat Sabu

PAS mengambil berat terhadap segelintir anggota partinya yang tergoda dengan Umno hasil politik kaum oleh BN.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS bimbang dengan perkembangan itu ekoran peningkatan undi Melayu pada pilihan raya umum ke-13 tahun lalu.

"Kita mesti berusaha untuk memecahkan usaha ini. Kami bimbang ada di kalangan ahli kami dan penyokong yang terpengaruh dengan sikap rasis Umno khususnya bila mereka sentiasa memainkan isu Melayu," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu menasihatkan rakan sekutu khususnya DAP supaya tidak terperangkap atau terheret dengan permainan rasis Umno.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata DAP tidak boleh membenarkan parti itu dituduh mempertahankan kaum Cina sahaja yang didakwanya salah satu "sikap rasis terancang" oleh Umno.

Beliau mengemukakan contoh beberapa kes usaha terancang itu seperti sebarang percubaan mengganggu tanah rizab Melayu di pulau mutiara itu yang boleh mencetus kemarahan memandangkan ketua menteri adalah Cina dari DAP.

Menurut Mohamad, keadaan itu lebih teruk berlaku di Johor dan banyak kawasan yang didiami orang Melayu yang miskin tetapi tidak menjadi isu kerana menteri besarnya Melayu.

MERDEKA CENTER: RAKYAT SELANGOR AMAT GEMBIRA PRESTASI TSKI SEBAGAI MB SELANGOR.

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sering diasak melepaskan jawatan menteri besar Selangor, hasil kajian Merdeka Center menunjukkan rakyat negeri itu gembira dengan prestasi kepimpinannya.

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim berkata kajian yang dijalankan dari 16 Mei hingga 6 Julai tahun ini menunjukkan 54% responden bersetuju kerajaan negeri berada pada hala tuju yang betul manakala 28% lagi berkata sebaliknya.

"Sebanyak 72% responden berpuas hati dengan kualiti hidup dalam masyarakat manakala 25% lagi tidak.

"Seramai 3,472 responden berpandangan kerajaan negeri berada pada hala tuju yang betul manakala 12% memuji pentadbiran negeri dan 11% lagi gembira dengan pembangunan pesat negeri," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini.

Kajian yang dijalankan ke atas 6,436 responden itu meliputi 8 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan 56% Melayu, 29% Cina dan 14% India.

Pemikiran Zionis tidak boleh dijangka - Nadir Al-Nuri

Seorang pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, namun  serangan dihentikan, penduduk Gaza tidak boleh menjangkakan apakah pemikiran tentera Zionis yang seterusnya.

Penduduk Gaza boleh menjadi mangsa pada bila-bila masa.

“Dalam masa lima jam ini tidak banyak yang boleh dilakukan, di sini tidak ada tempat untuk berlindung,” tambah Nadir.

Dalam serangan ini wanita dan kanak-kanak menjadi sasaran. Tentera Zionis tidak ada rasa simpati atau peduli kali ini.

“Mereka memang mensasarankan serangan ke atas orang awam dalam jumlah yang begitu banyak. Ini menyebabkan orang ramai takut pergi ke masjid untuk bersolat,” kata Nadir.

Pada permulaan peperangan, disebabkan tentera Israel mensasarkan orang awam, maka ramai yang takut untuk pergi ke masjid dan bersolat.

Nadir juga berkata, selepas waktu Isyak tiada sesiapa atau kenderaan yang keluar. Mangsa mendapat makanan yang dibekalkan daripada NGO tempatan, manakala bekalan air didapati daripada tangki-tangki air di rumah.

'Kiki' ditahan untuk bantu siasatan khianat dan ugutan jenayah

'Kiki' ditahan untuk bantu siasatan khianat dan ugutan jenayah
KUALA LUMPUR: Wanita pemilik kereta Peugeot 208 yang mengamuk dan merosakkan kereta seorang lelaki warga emas menggunakan pengunci stereng di tempat meletak kenderaan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan telah ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan penahanan dan berkata bahawa penahanan wanita berusia 30 tahun tersebut dilakukan pada jam 5 petang tadi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan.

“Wanita itu tampil ke IPD Kuantan untuk membantu siasatan kami dan kami terpaksa menahannya buat sementara dan sama ada akan direman atau tidak akan bergantung kepada hasil siasatan ini,”.

Difahamkan, wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

Semalam, pesara kerajaan, Sim Siok Hong, 67, telah memberi keterangan di IPD Kuantan.

Pada insiden yang berlaku pada Isnin lalu itu, wanita tersebut naik berang apabila seorang pesara kerajaan berumur 67 tahun yang memandu kereta Toyota secara tidak sengaja melanggar keretanya dari belakang.

"Kalau Hebat Sangat, Bubar DUN Selangor Dan Tandinglah Atas Tiket BN"

Kemelut politik di Selangor dan isu pertukaran Menteri Besarnya sudah mula memasuki episod yang memual dan merimaskan. Rakyat dan pemerhati politik sudah mulai bosan dengan situasi yang berlarutan itu. Semua keadaan ini berpunca daripada dua sebab iaitu kedegilan Khalid Ibrahim yang merasakan jawatan itu miliknya selagi mahu serta kegagalan pimpinan PR bertindak tegas serta pantas menyelesaikannya.

Pertukaran jawatan Menteri Besar adalah perkara biasa. Blog ini sudah menulis sebelum ini bahawa pertukaran itu telah banyak kali berlaku sebelum ini dan tiada yang peliknya bila Khalid Ibrahim pula mahu ditukarkan. Dalam hal ini, Khalid haruslah sedar beliau dipilih oleh parti dan seharusnya akur bila diminta untuk berundur. Janganlah menganggap jawatan, kediaman dan kereta rasmi dan pelbagai kemudahan lainnya sebagai hak milik peribadi.

Amatlah memalukan apabila pemimpin UMNO yang sering dikaitkan dengan kronisme, nepotisme dan amalan-amalan tidak baik boleh menerima apabila ditukarkan tetapi Khalid yang kononnya sarat dengan perubahan dan reformasi tidak mahu akur dengan pertukaran.

Tindakan beliau berkeras bahawa akan terus memegang jawatan sehingga akhir penggal di sebalik desakan kian bertubi-tubi mahu menukarnya, bahkan diingatkan oleh Anwar Ibrahim juga agar jangan menjadikan jawatan Menteri Besar milik peribadi, tidak lebih menunjukkan sikap tamak dan tidak faham hukum politik dalam jiwa Khalid sendiri.

Tindakannya melompat dari satu dahan ke satu dahan mencari perlindungan juga menunjukkan jiwa kacaunya mahu menpertahankan jawatan itu. Kenapa hanya ketika ini mahu berbaik-baik dan hadir majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri, Najib Razak? Mengapa baru sekarang juga teringat mahu menjemput Presiden Pas, Haji Hadi datang ke kediamannya untuk berbual-bual politik walaupun sudah jam 11 malam?

Hadi penghalang utama Pakatan singkir Khalid?

Hadi penghalang utama Pakatan singkir Khalid?Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berhubung keperluan Langkah Kajang diteruskan dan harapan PKR untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor sebelum Aidilfitri sukar direalisasikan kerana halangan utama Pakatan Rakyat (PR) sekarang adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua pembangkang itu tahu, tanpa sokongan Hadi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berjaya disingkirkan walaupun PKR dan DAP bersetuju bekas pemimpin korporat itu kini menjadi beban kepada PR dan mungkin menyebabkan mereka kehilangan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Walaupun PAS Selangor juga sebulat suara mahu Khalid digantikan dengan pemimpin yang boleh bekerja secara berpasukan, mereka tidak akan berbuat apa-apa sekiranya Hadi tidak memberi restu.
Sejak dari mula lagi Hadi tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang pada awalnya mahu menjadikan Anwar sebagai menteri besar di negeri terkaya itu tetapi akhirnya gagal kerana terhalang dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Liwat II.

Seorang aktivis kanan PR memberitahu The Malaysian Insider, Hadi secara peribadi tidak suka Anwar kerana sejak zaman mudanya lagi, kedua-dua tokoh itu sering bersaing sebagai pemimpin Islam.
“Kalau Datuk Fadzil Noor masih menjadi presiden PAS, langkah politik Anwar akan menjadi lebih mudah kerana beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Anwar,” kata aktivis yang enggan dikenali itu, merujuk kepada bekas presiden PAS yang merapatkan hubungan parti Islam itu dengan Anwar selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998 dan kemudian meninggal dunia pada 2002.
“Hadi cemburu dengan Anwar kerana Anwar lebih diiktiraf sebagai pemimpin Islam dari Malaysia oleh masyarakat antarabangsa kerana kefahaman dalam politik antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris.
“Sebab itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beberapa pemimpin PAS bertemu Ku Li untuk tawar jawatan perdana menteri jika Pakatan menang,” katanya merujuk kepada pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor.

Menteri Umno jawab Rafizi isu pinjaman Deepak

Sebelum ini saya diminta dan dinasihatkan oleh Bank untuk tidak memberi komen mengenai perkara ini kerana terikat dengan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 yang tidak membenarkan mana-mana pihak bertanggungjawab untuk mendedahkan maklumat peribadi dan butiran pinjaman mahupun peminjam.

Namun memandangkan perkara ini sudah menjadi hebahan umum saya terpanggil untuk menjawab bagi menerangkan perkara sebenar dan menghentikan spekulasi dan tohmahan yang diasah menjadi modal politik pihak tertentu.

Pertamanya saya ingin menjelaskan:

• Pinjaman yang disebutkan itu bukanlah satu pinjaman tanpa faedah atau pinjaman percuma yang diberikan atau diluluskan oleh saya kepada individu tertentu.

• Ia adalah pinjaman lama yang telah diluluskan sebelum saya memikul tanggungjawab sebagai seorang menteri.

• Jumlah 32 juta yang dinyatakan adalah jumlah baki pinjaman (bukan pinjaman baru) dari jumlah pinjaman asal yang termasuk cas keuntungan dan kos pentadbiran yang lain.

• Pinjaman ini diklasifikasikan sebagai ‘non performing loan’ maka pihak pengurusan mempunyai tanggungjawab kepada pemegang saham untuk mendapatkan sebanyak mungkin baki pinjaman untuk mengelakkan ataupun mengurangkan kerugian dengan sebaik mungkin.

• Semua keputusan adalah dibuat adalah berdasarkan nasihat dan pandangan yang diterima oleh pihak pengurusan.

• Penstrukturan adalah amalan biasa dalam industri perbankan dan tiada apa-apa yang luar biasa dalam penstrukturan pinjaman ini juga.

Pinjaman tidak berbayar 'non performing loan'

Terdapat dua pilihan iaitu untuk tindakan mahkamah atau penstrukturan pembayaran.

Sebelum pihak bank membuat tindakan mahkamah beberapa perkara perlu diteliti iaitu:

Chegubard: Apa status kes Azmin?


Badrul Hisham Shahrin 

PETALING JAYA - Ketua cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang digantung keahliannya oleh parti itu menggesa Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) mendedahkan hasil siasatan kes rasuah membabitkan jawatan calon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Badrul Hisham atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard menyerahkan memorandum ke pejabat PKR hari ini, ingin tahu status siasatan bersabit aduannya ke atas Azmin memandangkan ia sudah banyak kali dibuat namun tidak ada sebarang maklumat diterima berkenaan aduan itu.

"Pada 5 Jun, saya telah menghantar satu aduan, mendesak siasatan dan penjelasan segera mengenai cubaan merasuah JPP yang tersebar.

"Tarikh tersebut ialah tarikh setelah dua minggu tersebarnya berita mengenai Pengerusi Panel Bantahan JPP membaling wang dalam Mesyuarat Biro Politik kerana menurut maklumat yang tersebar, wang tersebut adalah wang yang cuba disogok oleh seorang calon Timbalan Presiden," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Rakyat Selangor puashati dengan kepimpinan Khalid - Teng Chang Kim

Rakyat Selangor puashati dengan kepimpinan Khalid - Teng Chang Kim
KUALA LUMPUR: Hasil kajian Merdeka Centre menunjukkan rakyat negeri Selangor berpuashati dengan prestasi kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim.

Malaysian Insider melaporkan, Teng berkata hasil kajian yang dijalankan dari 16 Mei hingga 6 Julai menunjukkan 54% responden bersetuju kerajaan negeri berada pada hala tuju yang betul manakala 28% lagi berkata sebaliknya.

"Sebanyak 72% responden berpuas hati dengan kualiti hidup dalam masyarakat manakala 25% lagi tidak.

"Seramai 3,472 responden berpandangan kerajaan negeri berada pada hala tuju yang betul manakala 12% memuji pentadbiran negeri dan 11% lagi gembira dengan pembangunan pesat negeri," Teng dipetik sebagai berkata oleh Malaysian Insider.

Merdeka Centre melakukan kajian ke atas 6,436 responden itu meliputi 8 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) membabitkan 56% Melayu, 29% Cina dan 14% India.

Antara PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Kiki bukti pemandu wanita panas baran, tweet Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: Baru lebih seminggu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi dengan kenyataan "Hidup Hitler"nya, dia kembali tunjuk belangnya di laman sosial Twitter.

Kali ini, subjek yang menarik minatnya ialah wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, Siti Fairrah Ashykin atau lebih dikenali sebagai Kiki.

Bung menulis beliau pernah berkata pemandu wanita adalah panas baran dan kenyataan itu yang dikritik ramai, telah dibuktikan oleh Kiki.



Pada tahun 2011, Bung mendakwa cara pemanduan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus mengundang kemalangan.

Beliau berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup menunjukkan isyarat tangan sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

'Pembuli' CDM 25 dakwa tiada niat pukul warga emas, mohon maaf pada semua.


Kiki Serah Diri
Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai Kiki, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta di Kuantan Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dilaporkan, Kiki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Dalam insiden itu, Kiki yang memandu kereta Peugeot putih bertindak membuli pesara yang terlanggar keretanya.

Dia bagaimanapun sudah pun memohon maaf dan mengakui kesalahannya kepada Sim Siok Hong, 67, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada petang hari kejadian.

Op Selamat Safety Campaign launched

PASMEB lapor SPRM skandal PJ Sentral

Chegubard Dedah Azmin Pernah Burukkan Parti Guna Media

Govt building strong case against YSLM


Negara Terkecil Hanya Saiz Sebuah Rumah?

Khalid Samad: Ampun Tuanku, tapi patik tak faham...

Hasan: Let rakyat decide if I was wrong on Deepak


Nowhere to Go During Airstrikes in Gaza

Cathay Pacific Airways Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

Here are the world’s top 10 airlines, as voted by flyers between August 2013 and May 2014:
cathay1. Cathay Pacific Airways
2. Qatar Airways
3. Singapore Airlines
4. Emirates
5. Turkish Airlines
6. ANA All Nippon Airways
7. Garuda Indonesia
8. Asiana Airlines
9. Etihad Airways
10. Lufthansa

World’s best low-cost airline
airasia1. AirAsia
2. AirAsiaX
3. Norwegian
4. Jetstar Airways
5. IndiGo
6. easyJet
7. WestJet
8. Virgin America
9. Jetstar Asia
10. Scoot

World’s best cabin crew
garuda1. Garuda Indonesia
2. Cathay Pacific Airways
3. Singapore Airlines
4. Asiana Airlines
5. Malaysia Airlines
6. Qatar Airways
7. EVA Air
8. ANA All Nippon Airways
9. Thai Airways
10. Hainan Airlines

World’s best in-flight entertainment: Emirates
Best airline for Cabin Cleanliness: Asiana Airlines
Best regional airline: Bangkok Airways
Best transatlantic airline: Lufthansa
Best transpacific airline: ANA All Nippon Airways
World’s best First Class cabin: Singapore Airlines
World’s best Economy cabin: Asiana Airlines
- AFP Relaxnews

'MAIS bukan personaliti kedua Sultan Selangor' - Aziz Bari

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bukanlah personaliti kedua Sultan Selangor tetapi hanya membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai ketua agama Islam.

Oleh itu, kritikan ke atas MAIS tidak semestinya bermaksud sebagai kritikan ke atas sultan, kata Aziz dalam satu emel kepada Malaysiakini.

“Terutamanya apabila tindakan yang diambil oleh MAIS melanggar perlembagaan persekutuan dan mencamuri hak orang bukan Islam,” katanya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari Selasa lalu menyatakan kemurkaan ke atas MP Shah Alam Khalid Samad kerana mencadangkan untuk menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Bagaimanapun, Khalid berhak membangkitkan kebimbangannya, bahawa beliau mengkritik MAIS dan bukannya sultan, kata Aziz.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa usaha untuk menghapuskan kuasa MAIS melalui pindaan mungkin bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Lebih baik jika MAIS dibawa ke mahakmah untuk semakan kehakiman untuk melihat jika tindakannya masih dalam ruang lintup kuasa berkanunnya.

“Ini harus dilakukan di mahkamah sivil, bukan di mahkamah syariah,” katanya lagi.

Khalid Samad mohon ampun tapi keliru..

MP Shah Alam Khalid Samad hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya tentang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun menjelaskan yang beliau "keliru" sebab di sebalik kemurkaan baginda.

Jelasnya, cadangannya untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah untuk memelihara nama baik Sultan seandainya sebarang kritikan dilemparkan kepada agensi itu.

"Saya minta maaf dan ampun sekiranya apa-apa yang saya sebut dan tulis sebelum ini memberi gambaran sedemikian rupa terhadap Duli Yang Maha Mulia.

"Niat di sebalik pindaan yang saya cadangkan bukan hendak cabar Sultan, bukan hendak biadab dengan Sultan tetapi saya hendak jaga nama baik Sultan," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Ditanya wartawan sebab beliau menggunakan perkataan 'sekiranya' dan 'jika' dalam permohonan beliau, Khalid menjelaskan, "Kerana saya tidak faham di mana yang saya telah mencabar kuasa baginda".

Etnik Uyghur ditangkap tanpa sebab, dibunuh kejam

_76196776_450960539Nasib etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, China disifatkan jauh lebih malang, berbanding penduduk di Gaza ekoran kekejaman dan penindasan terhadap mereka yang berlaku hampir setiap hari hanya kerana mengamalkan ajaran Islam.
Exco Undang-undang Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail, berkata pihak berkuasa China sentiasa mengadakan kawalan ketat di kawasan tumpuan seperti masjid, universiti dan sekolah untuk memastikan tiada yang melanggar peraturan ditetapkan kerajaan itu.
Beliau berkata, jika suku kaum itu didapati melanggar peraturan, maka mereka akan dibawa ke balai polis untuk diseksa dan berkemungkinan dibunuh dengan kejam.
“Polisi kerajaan China adalah kita tidak akan tahu ke mana mangsa ini dibawa, bahkan kalau dijatuhkan hukuman juga tiada siapa yang akan tahu.
“Kalau kita lihat daripada konteks penindasan, memang berlaku kekejaman di dua wilayah itu cuma bezanya kalau di Xinjiang ia berlaku setiap hari tetapi di Gaza sekurang-kurangnya (penindasan) berlaku pada waktu tertentu.
“Rakyat Gaza boleh hidup dengan aman, cuma ketika Ramadan sahaja berlakunya serangan bom tetapi kalau mengikut laporan daripada ahli misi bantuan di sana, Gaza jauh lebih aman,” katanya dalam sesi temubual khas yang turut dihadiri Naib presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama Selangor Kini, dekat sini, hari ini.

Dari MB wanita pertama ke PM wanita pertama

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan

Tanggal 15 Julai 2014, masyarakat Malaysia, khususnya golongan wanita amat tersinggung dengan kenyataan peguam Umno Mohd Hafarizam Harun bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar (MB) atas sebab ‘keuzuran sharie’ seseorang wanita.

Kenyataannya yang berunsur diskriminasi terhadap wanita dikecam sekuat-kuatnya oleh masyarakat sivil dan juga pemimpin Pakatan Rakyat, malahan rakan sekerjanya dalam BN dan Umno pun tidak berpihak dengan kenyataan ‘cauvinis lelaki‘ sebegini.

Sesungguhnya, nama peguam Umno tersebut pun dikenali sebelum mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat wanita, kerana dialah pengarah syarikat dan juga pengerusi masing-masing dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Construction and Engineering Sdn Bhd yang memiliki Kidex Sdn Bhd.

Seperti yang umum sedia maklum, pembinaan lebuh raya Kidex sepanjang 14 kilometer dengan anggaran kos RM2.2 bilion yang menimbulkan kontroversi dan perdebatan hangat kebelakangan ini telah pun dianugerahkan kepada konsortium Kidex pada akhir tahun lalu.

Alangkah tidak langsung memeranjatkan sekali pun Mohd Hafarizam Harun tiba-tiba tampil untuk menghalang Dr Wan Azizah, yang terkenal dengan nama Kak Wan, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menerajui negeri Selangor.

(Dakwaan itu turut dibangkitkan Rafizi Ramli kelmarin dan ditolak Hafarizam atas alasan, ulasannya hanya sebuah tafsiran undang-undang dan dakwaan pengarah strategi PKR itu "tidak relevan, tidak berkaitan dan menyimpang". - Editor )

Bagaimanapun, kenyataannya secara tidak langsung menyalakan cahaya harapan bahawa masyarakat Selangor berkemungkinan bakal menyambut kelahiran seorang MB wanita pertama yang sudah tentu akan mencorakkan arena politik negara ini.

Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin menyarankan kepada pihak pimpinan Pakatan, agar tidak mengabaikan kemungkinan MB wanita pertama ini turut bakal membuka lembaran baru dalam sejarah dengan menerajui tampuk pemerintahan Putrajaya sebagai Perdana Menteri (PM wanita pertama di Malaysia, sekiranya Pakatan berjaya dalam perjuangannya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Jantina bukan halangan

MB wanita pertama ini bukan sahaja satu wawasan di mana jantina bukan lagi suatu halangan bagi mana-mana individu berwibawa untuk terus mara ke hadapan, khususnya dalam sebuah masyarakat yang mana kuasa pimpinan secara konvensyennya didominasi oleh lelaki.

ORANG MELAYU TERGUGAT?.......

Ada dua tiga ‘kerat’ NGO yang terpekik dan terlolong ‘ke sana ke mari’ mengatakan bahawa orang Melayu dalam keadaan tergugat. Terancam oleh kaum lain di Malaysia, terutama oleh kaum Cina. Dan  yang peliknya ada juga ‘pengikut’nya yang turut bersetuju dengan kenyataan NGO dua tiga ‘kerat’ itu. Lebih anih lagi apabila ada diantara ‘pengikut’nya terrdiri dari golongan yang boleh dikategorikan golongan terpelajar. Pensyarah university misalnya yang seolah-olah tidak dapat berfikir dengan rasional ‘ menapis’ samada kenyataan sedemikian betul atau tidak.
Aku agak setuju sekiranya dikatakan bahawa orang Melayu masih mundur berbanding dengan kaum lain di Malaysia. Itupun bukan semata-mata disebabkan oleh kaum Cina. Orang Melayu itu sendiri yang patut dipersalahkan disamping pihak kerajaan yang juga patut dipersaalahkan. Tetapi untuk menyatakan bahawa orang Melayu tergugat dan terancam di negara ‘kepuk padi’ ini, aku kurang bersetuju. Sekiranya dikatakan bahawa orang Melayu tergugat, pastilah ada pihak yang menggugatnya. Dan jikalau dikatakan orang Melayu dalam keadaan terancam, maka tentulah ada kumpulan yang mengancamnya.
Jikalau dikemukakan persoalan ini kepada NGO-NGO berkenaan pasti dengan tidak berfikir panjang mereka akan mengatakan bahawa orang Cinalah yang menggugat dan mengancam kedudukan orang Melayu di Malaysia. Inilah ‘paradigm’ yang sentiasa mereka gunakan untuk menarik perhatian orang Melayu yang agak ‘ketinggalan’ dalam merasionalisasikan sesuatu keadaan. Mereka akan menggunakan ‘fear paradigm’ untuk menarik simpati orang Melayu. Mungkin juga mereka telah mendapat ‘upah dan ganjaran’ untuk menaja ayat yang mengatakan bahawa ‘orang Melayu sedang terancam dan tergugat’. Mungkin….
‘Kenyataan’ yang masih ‘laku’ untuk ‘ditaja’ kini ialah kenyataan yang boleh menakut-nakutkan orang Melayu. Mereka tahu bahawa orang Melayu semenjak zaman berzaman boleh diugut dan ditakutkan. Dengan cara itulah orang Melayu akan mencari ‘tempat untuk berlindung’. Ringkasnya orang Melayu akan bersatu dan mencari ‘musuh’ yang sama untuk dimusuhi.

Dua watak dalam menghadapi bukan-Melayu dan bukan-Muslim


muslim

oleh HANZALAH MIZI

Di suatu petang, sewaktu angin Ramadhan sepoi-sepoi bertiup, fikiran saya menerawang jauh mencipta dua watak yang berkongsi agama tetapi mempunyai dua dimensi pemikiran yang berbeza. Saya namakan dua watak itu ABU dan BAKAR:
ABU melihat bahawa tuntutan non-Muslim dan badan seperti Comango adalah ancaman kepada ISLAM, kerana itu mereka patut diperangi. BAKAR pula melihat tuntutan mereka adalah implementasi kefahaman mereka terhadap budaya, agama, dan ideologi yang mereka fahami, maka mereka sepatutnya diberikan kefahaman dan dipandu lebih dekat kepada Islam.
ABU melihat non-Muslim di Malaysia sebagai musuh Islam yang sedang berkonspirasi untuk melemahkan ISLAM dan patut ditentang. Sedangkan BAKAR melihat non-Muslim walaupun cenderung untuk menyebarkan agama yang mereka anuti tetapi mereka adalah mad’u (sasaran dakwah) yang patut didekati dan diberi kefahaman dalam suasana rahmat kasih-sayang sambil memperkukuh usaha dakwah orang Islam.
ABU melihat umat Melayu-Muslim lemah, jadi non-Muslim dan non-Melayu patut ditekan dari mempersoalkan hak istimewa mereka supaya melayu Islam boleh bernafas. BAKAR juga melihat umat Melayu-Muslim lemah, tetapi dia percaya pemerkasaan mesti bermula dari Melayu-Muslim sendiri, bukannya menuding jari kepada pihak lain. Kelemahan ini juga sepatutnya ditangani dengan seruan kesatuan dalam roh kasih-sayang dan bukan dengan pendekatan provokasi yang boleh membawa kepada perpecahan.
BAKAR melihat bahawa “agama Islam sebagai agama persekutuan” diperjuangkan sebagai mesej keamanan dan jaminan kepada agama dan bangsa lain, sedangkan ABU menggunakan pendekatan yang bertentangan yang berbaur ancaman kepada non-Muslim.

Tunaikan janji izinkan Pakatan lawat gelandangan di Sungai Buloh – Dr. Ong Kian Ming


okm


KUALA LUMPUR, 17 JULAI: DAP menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim supaya memenuhi janjinya untuk membenarkan Ahli Parlimen PR melawat hunian untuk gelandangan di kem Desa Bina Diri (DBD), Sungai Buloh.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, sehingga kini Rohani masih belum memberikan respons terhadap surat yang dihantar beliau pada 23 Jun lalu berkenaan lawatan ke DBD.
“Pada 7 Julai, saya berhubung dengan setiausaha sulit Rohani, iaitu Reza Rizvy Ahmad, dan mengulangi permintaan tersebut.
“Walaupun Menteri telah berjanji, seperti disiarkan dalam akhbar The Star, untuk mengalu-alukan lawatan kami (Ahli Parlimen PR), sehingga hari ini saya belum mendapat sebarang maklum balas positif daripada beliau mahu pun setiausahanya,” jelas Kian Ming.
Menurut beliau lagi, lawatan itu amat perlu dibuat kerana beberapa laporan mengatakan para gelandangan ditahan tanpa kehendak dan keinginan mereka.

Wanita boleh jadi pemimpin, tidak wajib solat sebelah Sultan, kata pengkritik

Kenyataan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mengaitkan 'keuzuran' sebagai halangan seorang wanita menjadi menteri besar disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita, kata pengkritik, sambil menegaskan bukan syarat wajib pemimpin menunaikan solat di sebelah Sultan.
Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyelar Hafarizam sebagai seorang yang dangkal dan merendahkan martabat wanita.
"Kenyataan peguam itu yang wanita tidak layak menjadi menteri besar bukan saja tidak berasas daripada segi perundangan, malah berbau diskriminasi gender serta terlalu dangkal," katanya kepada The Malaysian Insider.
Maszlee berkata, pada waktu negara Islam moden mengiktiraf peranan wanita, sikap Hafarizam dilihat menafsir undang-undang dengan jumud.
"Tidak terbayang pada zaman yang moden ini, di mana wanita menjadi perdana menteri dan presiden di negara maju dan negara umat Islam, masih terdapat mereka yang mentafsirkan undang-undang dengan sedemikian jumud," katanya.
Katanya, tidak ada undang-undang dalam negara menghalang seorang wanita menjadi pemimpin tertinggi negara sekalipun.
"Hakikatnya, tiada halangan bagi wanita untuk menjadi menteri besar, ketua menteri, malah PM di Malaysia, sama ada daripada sudut Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang tubuh negeri," katanya.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas tindakan menggunakan agama oleh Hafarizam bagi menyokong hujahnya wanita tidak boleh menjadi MB.
"Orang politik jangan soal tentang agama. Politik adalah politik, agama serah pada orang agama," katanya.

Gaza Diserang: Malaysia munafik, harus mengaku berdagang dengan Israel, kata SAMM

Pemimpin Malaysia munafik kerana tidak berani mengaku menjalinkan hubungan dagang dengan Israel melalui penghantaran produk minyak sawit ke Pelabuhan Ashod dan Haifa di negara berkenaan, kata Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.
Badrul berkata, ketika pemimpin negara mengajak rakyat bersedih, kerajaan Malaysia sendiri menghantar sejumlah besar minyak sawit untuk kegunaan negara berkenaan, malah Malaysia adalah rakan dagang utama Israel.
"Kerajaan hari ini munafik, hipokrit, kita ajak rakyat menderma untuk Palestin, tapi kita hantar kapal besar untuk bantu ekonomi Israel.
"Kitalah punca, kita antara rakan dagangan utama, kalau kita hentikan Israel akan ada masalah," katanya pada sidang media di pejabat ahli Parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur, hari ini.
Badrul turut menunjukkan bukti penghantaran kapal laut minyak sawit dari Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor ke Pelabuhan Ashod pada 3 Julai lalu.
"Penghantaran minyak sawit itu dijangka sampai 21 Julai depan," katanya yang juga dikenali sebagai Chegubard.
"Tiada apa lagi yang diharapkan, SAMM hanya mengharapkan kerajaan berterus terang kepada rakyat, negara ini sebenarnya pro Israel dari dulu, kini dan selamanya selagi Umno memerintah," katanya.

Wacana memartabatkan ekonomi ummah - Anwar

Palestinian-American Teen Returns Home to US

Kidex bukan penyelesaian, hanya beri keuntungan kepada kroni

IGP berang, NST cuba bahayakan nyawa polis diculik

Rosmah bergurau senda dengan wartawan bermuka masam..ha...ha..ha..!!

Rosmah nasihatkan suami mesti buat isteri gembira..ha..ha..ha..!!!

Rosmah: Beli 2 pasang baju raya, 3 tin biskut cukup...ha..ha..ha..!!!

Rara yakin DAP bukan parti perkauman


Rosmah: Jangan boros sangat belanja raya....ha.ha..ha..!!!

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menasihatkan orang ramai tidak berbelanja dengan boros untuk menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri hujung bulan ini.

Katanya, walaupun banyak jualan murah sedang berlangsung di ibu kota, Rosmah menasihatkan wang sumbangan daripada MRCB yang disampaikannya disimpun untuk pendidikan anak dan perubatan.

“Jadi janganlah boros sangat, nak beli baju raya, satu dua pasang cukup.

“Satu pasang RM60, dua pasang jadi RM120. (Wang) yang lebih kita simpan,” katanya dalam majlis sumbangan Ehsan MRCB sempena Ramadan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

Beliau juga berharap penerima sumbangan itu akan menghargainya dan berbelanja secara sederhana.

Wanita PKR tempelak Hafarizam isu haid

Pemimpin Wanita PKR menempelak kenyataan Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun yang membayangkan wanita tidak boleh menjadi menteri besar Selangor kerana 'uzur syar'ie' walaupun Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak meletakkan syarat jantina bagi jawatan itu.

Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menganggap kenyataan Hafarizam itu mewakili "sikap zaman batu dan ketinggalan zaman" memandangkan terdapat contoh pemimpin wanita yang mentadbir negara seperti di Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Turki.

"Sikap zaman batu ini menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

"Kedatangan haid ialah satu perkara semula jadi dalam kehidupan wanita. Tiada yang salah atau kotor dengan kitaran ini yang membenarkan kehidupan baru dibawa ke dunia ini," katanya lagi.

Hafarizam dilapor berkata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor dengan membayangkan kesukaran jika beliau mengiringi Sultan Selangor dalam majlis keagamaan ketika dalam haid.

Mengulas lanjut, Zuraida - yang akan mempertahankan jawatan ketua Wanita PKR - berkata semua sekatan dan larangan terhadap wanita haid yang biasa diamalkan hanyalah perbezaan tafsiran ulama.

"Sudah tentu, kehidupan peribadi sesiapapun tiada kaitan dengan keupayaan wanita untuk menjadi menteri besar atau mengiringi Sultan pada majlis rasmi," katanya.

Bahan persendaan

Siapa lagi mahu masuk DAP?

HAMBALI AKRAM

SEBELUM fenomena Dyana, calon Melayu yang bertanding mewakili DAP dalam pilihan raya di Teluk Intan baru-baru lalu, telah ada wakil rakyat Melayu dalam DAP.

Cuma, penyertaan Dyana yang mewakili orang muda dan generasi baru anak Malaysia membuka lembaran baru dalam suasana politik di Malaysia. Terkini, seorang lagi sicantik manis menempa nama sebagai ahli baru Melayu DAP iaitu Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara.

Tindakan mereka boleh dinilai daripada pelbagai sudut, namun penyertaan mereka ke dalam mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi kecuali dasar pasti tersebut hanya untuk kaum tertentu sahaja seperti Umno, MCA dan MIC.

Selain mereka, ramai lagi anak muda Melayu telah menyertai DAP – walaupun propaganda hebat Umno-BN yang menggelar DAP sebagai parti chauvinis Cina!

Gagal selesai isu jawatan MB, buka peluang parti lawan - Prof Agus

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus YusoffSHAH ALAM, 17 JULAI: Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menasihatkan individu yang bercita-cita tinggi menjadi Menteri Besar Selangor dengan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk lebih bertenang dan menyelesaikan krisis jawatan itu secara damai.
Agus berkata, kegopohan berbuat demikian hanya merugikan dan tidak mustahil jawatan yang diidamkan beberapa individu itu terlepas ke parti lawan.
“Selesaikan dulu krisis MB ini secara baik. Jangan gopoh. Nanti MB sekarang (Khalid Ibrahim) nasihatkan Tuanku Sultan supaya bubarkan DUN, semuanya terlopong nanti.
“Jika Tuanku setuju bubar DUN, entah-entah selepas itu, yang jadi MB bukannya Wan Azizah atau Azmin, tetapi Noh Omar.
“Dalam politik semuanya mungkin,” selorohnya dalam satu entri bertajuk Siapa MB Selangor? di akaun Facebooknya.
Sebelum ini, gambar banner dengan ucapan ‘Tahniah Azmin Bakal MB Baru’ tersebar luas di media sosial.
Banner yang tertera logo Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dipercayai dipasang di beberapa tempat dari persimpangan Sentul ke Gombak.

Jemput Kiki CDM25 ke studio, peminat kecam Facebook Era

rasydanSHAH ALAM, 17 JULAI: Pelayar laman sosial menjadikan Facebook stesen radio swasta utama negara, Era.fm sebagai medium serangan terbaru meluahkan rasa tidak puas hati selepas stesen radio berkenaan menjemput Kiki CDM25 membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kebanyakan mereka bengang dengan tindakan berkenaan kerana didakwa cuba untuk mempopularkan Kiki walaupun sudah bertindak kasar membuli pesara kerajaan.
Rusydan Badawi dalam reaksinya mencadangkan supaya stesen radio Era.fm menjemput seorang warga Myanmar yang popular dengan video bacaan al-Quran yang kini ditahan pihak berkuasa Malaysia
fatin“Apa kata jemput pulak budak Burma (Myanmar) yang sedang ditahan 6 bulan di jel sebab duduk Malaysia lebih tempoh. Sedap sikit dengar corong radio orang mengaji,” katanya
Pemilik akaun Facebook, Nur Fatin dalam reaksinya meminta Era.fm menghentikan tindakan mengangkat individu tidak bermoral dan ditolak sebagai ‘artis popular segera’.
“Stop making immoral & ignorant person into some famous instant-artist. She doesnt deserve this Era Fm,” katanya.

Ikram seru ahli ke himpunan Solidariti Gaza esok

KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Himpunan Solidariti Gaza yang akan berlangsung jam 1.30 petang esok.

Perhimpunan akan bermula dari Masjid Tabung Haji dan Masjid As-Syakirin, KLCC dan bergerak ke bangunan Kedutaan Amerika.

Perhimpunan itu adalah anjuran beberapa buah organisasi termasuk IKRAM.

"Perhimpunan ini diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kezaliman rejim haram Israel yang menyerang bumi Gaza dan membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa," ujar Setiausaha Agungnya, Nahar Md Nor dalam satu kenyataan.

Katanya, rumah dan bangunan penduduk Gaza hancur dan musnah akibat pengeboman yang dilakukan di kawasan penempatan rakyat Palestin.

Tambahnya, perhimpunan bagi mengutuk dan membantah tindakan pengganas Israel telah diadakan di seluruh dunia.

"IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk turun berhimpunan pada hari Jumaat ini bagi menyatakan bantahan kepada rejim Israel," katanya.

Perhimpunan itu juga, kata beliau adalah bagi menunjukkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Mari kita buktikan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin!" ujarnya lagi.

MP Yahudi keluar kenyataan kontroversi mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh

MP Yahudi keluar kenyataan kontroversi mahu semua kaum ibu rakyat Palestin dibunuh

Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan kontroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.

“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.

Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.

“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.

Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera.

Malaysia Boleh: 'Pembuli jalanan' jadi rebutan stesen radio hari ini

Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin, yang lebih dikenali sebagai Kiki adalah tetamu hangat yang dinanti di sekurang-kurangnya empat stesen radio hari ini.

Pagi ini beliau ditemubual oleh stesen radio Melayu Era FM, stesen radio Cina My FM serta dua stesen radio Inggeris Hitz dan Fly FM.

Dalam panggilan telefon Fly FM kepada Kiki, wanita 30 tajun itu mengakui beliau tidak menjangkakan insiden itu akan menjadi tersebar luar.

Selasa lalu sebuah video dikesan menunjukkan Kiki memaki hamun seorang pesara Sim Siak Hong, 68, dan memukul keretanya dengan kunci stereng selepas kenderaan mereka bertembung.

"Semuanya telah selesai bila saya buat laporan polis. Uncle (Sim) pun kata dia tak akan buat laporan polis atas apa yang saya buat.

Kiki turut mengakui insiden itu adalah "kesilapan paling besar dalam hidupnya" dan menjelaskan beliau terlalu emosional ketika itu.

Beliau berkata salah satu punca kekecewaannya ialah kereta itu merupakan hadiah hari jadinya kepada diri sendiri.

"Ia ada nilai sentimental dan menunjukkan bagaimana saya bekerja keras untuk membina syarikat saya. Sebab itu saya sangat marah ketika itu," kata beliau.

Bung: 'Panas baran' Kiki buktikan saya benar

Baru sahaja reda kontroversinya berkaitan Hitler dan kemenangan Jerman dalam Piala Dunia, anggota Datuk Bung Moktar Radin sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia.

Juga melalui Twitter, anggota parlimen Kinabatangan itu berkata, insiden pembulian jalanan terbaru melibatkan Fairrah Asyikin Kamaruddin atau Kiki membuktikan pandangannya sebelum ini berhubung sikap pemandu wanita.

“Saya pernah dikecam apabila berkata kebanyakan pemandu wanita panas baran.. ia telah dibuktikan oleh... Kiki. CDM25...,” tulisnya.

Bung tidak lama dulu pernah mencetuskan kontroversi kerana mengkritik cara pemanduan kaum wanita.

Wang tebusan: Zahid, IGP beri versi bercanggah

Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara hari ini memberi versi yang bercanggah mengenai tuntutan wang tebusan yang dilaporkan dibuat oleh kumpulan bersenjata yang menculik seorang anggota polis di Pulau Mabul, Sabah baru-baru ini.

Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mengesahkan kumpulan yang menculik Konstabel Zakiah Aliep, 26, menuntut wang tebusan RM10 juta.

Beliau bagaimanapun, menegaskan kerajaan tidak akan melayan tuntutan wang tebusan bagi membebaskan anggota polis yang diculik itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan sebuah akhbar hari ini mengenai tuntutan wang tebusan tersebut.

Menurutnya, laporan itu adalah khabar angin semata-mata dan ia membahayakan keselamatan anggota pasukannya.

Kassim Ahmad gagal usaha batal tuduhan JAWI

Mahkamah Rayuan hari ini tidak membenarkan permohonan penangguhan oleh Kassim Ahmad bagi menghentikan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya atas tuduhan mempersendakan Islam.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Md Raus Sharif berkata panel hakim sebulat suara tidak membenarkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ia tidak ada bidangkuasa untuk mendengar semakan kehakiman berhubung tindakan JAWI terhadap Kassim yang berusia 81 tahun.

Bagaimanapun, Hakim Md Raus membenarkan pendengaran rayuan itu pada 24 Julai.