Rabu, 16 Julai 2014

#FreeAJStaff: 200 days in jail for journalism

'Hamas doesn't care about protecting Palestinians, only about destroying Israel' - MFA spokesperson

Meninggal dunia ketika bertadarus

Pelajar antara ditahan terlibat dadah

Sindiket dadah bernilai RM8.8 juta tumpas

Kumpulan Punk ditahan keran pecah rumah dan kedai

Gesa kedutaan Israel ditutup di Peru

Israel Intensifies Air Strikes

Israeli air strike on car kills three Palestinians

Uncle Sim enggan ambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang membulinya

Uncle Sim enggan ambil tindakan undang-undang terhadap wanitaKUALA LUMPUR: Ketika seluruh masyarakat termasuk pemimpin atasan polis mahu supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap wanita yang bertindak membulinya dalam kejadian di parkir kenderaan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, Isnin lalu.

Namun lelaki warga tua menjadi mangsa bertindak sebaliknya dengan berjanji tidak akan mengambil tindakan undang-undang.

Pesara kerajaan, Sim Siak Heong, 68, memutuskan untuk tidak membuat laporan berhubung kejadian itu sebaliknya memaafkan 'pembulinya' dan sudah berjanji untuk tidak mengambil sebarang tindakan susulan.

Walaupun dia dan isterinya masih trauma dengan kejadian itu, keputusannya untuk tidak mengambil tindakan itu adalah berdasarkan kepada ajaran agamanya yang meminta seseorang itu tidak berbalas dendam serta menyusahkan orang lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi keterangan di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang.

Menceritakan semula kejadian itu, Siak Heong yang memandu kenderaan jenis Toyota Corolla, berkata dia dalam perjalanan pulang selepas berurusan di syarikat insurans berhampiran dan mengambil isterinya di bangunan UTC.

Senjata makan tuan


anakmuda

Kita sedari kecil seringkali diugut – diugut oleh kawan-kawan; diugut oleh guru-guru; malah, bila tiba saat berkhatan bagi kanak-kanak lelaki, Tok Mudim turut mengambil kesempatan mengugut.
Kawan-kawan suka mengugut untuk tidak lagi ajak main bersama jika kita selalu ketinggalan berbasikal. Guru mengugut dengan denda bila kita selalu saja terlupa membawa buku latihan. Tok Mudim dengan pelbagai idea yang entah dari mana dia dapat, dan pelbagai lagi jenis ugutan yang timbul tenggalam sepanjang kedewasaan kita.
Namun, kesemua ugutan-ugutan tersebut sebenarnya berupa larangan-larangan positif yang meransang semangat, agar kita berani mecabar ugutan-ugutan tersebut lalu kekal berani mempertahankannya.
Ingat lagi bilamana kita bersama rakan-rakan lain cuba memanjat pokok mempelam (atau mangga) untuk memulas tangkal buahnya. Buah-buah yang begitu ranum dan hampir masak kuning memang menggiurkan sesiapa saja yang mendongak memandang dari bawah.
Lalu siapa yang akan mengugut dan memarahi kita atas tindakan tersebut? “Hang naik lagi! Naik la lagi! Naik!” Terngiang-ngiang pekik-jerit ugutan ayah berbaur ‘reverse psychology’ dari celah tingkap rumah di saat kita hampir mencapai nikmat kemanisan buah mempelam. Lalu kita turun perlahan-lahan tanda mentaati ugutan tersebut. Larangan dan ugutan-ugutan seperti ini kemudiannya berlalu di sepanjang jalan kita membesar.
Kedua ibu-bapa, sampai ke bilik-bilik darjah, malah menjalar mencapai ke tapak-tapak pasar malam, kita masih mendengar ugutan-ugutan tersebut kepada anak-anak yang membesar.
Tetapi, tanpa kita sedar ia secara perlahan-lahan telah membina teras sifat ingin tahu kita. Ia telah membentuk suatu rasa yang aneh sebenarnya. Rasa ingin tahu di sebalik setiap larangan-larangan yang berupa negatif tetapi membawa roh postif dalam setiap laungannya.
Maka bila berbondong-bondong anak-anak muda menawar diri untuk berkhidmat dan memberi bakti dalam parti Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang sejak kecil telah dimomok dan diugut dengan pelbagai label, mereka ini sebenarnya menterjemahkan sifat ingin tahu tadi yang dibina atas ugutan-ugutan yang diterima sejak zaman lampau mereka dahulu.

Sekali lagi Anwar terkhilaf dalam percaturan politik

Anwar dirundung malang.
Khalid Ibrahim hari ini telah membuat kenyataan muktamad yang beliau akan kekal menjadi MB Selangor sehingga tamat penggal parlimen ke-13. Kenyataan Khalid itu juga merupakan kunci menutup pintu permasalahan di sekitar dirinya yang diasak agar turun takhta MB.

Bagi saya kenyataan Khalid itu bukan main-main. Kenyat
aan itu dibuat dengan penuh sedar dan yakin. Saya percaya beliau sudah mendapat petunjuk baru (moral support yang tinggi) membolehkan beliau membuat keputusan itu. Sekaligus kenyataan Khalid itu menggambarkan dia membelakang dan tidak mempedulikan sesiapa sahaja yang mendesaknya berhenti termasuk Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah atau Azmin Ali dan lain-lain.

Khalid juga tidak peduli kepada amaran diberikan oleh DAP berhubung kedudukannya. Begitu juga beliau tidak peduli kepada desakan beberapa orang Pas Selangor. Dia juga merasa selesa selepas berjaya mengeruhkan suasana hubungan parti-parti PKR menerusi gelagaknya.

Apakah kekuatan yang beliau perolehi sehingga beliau yakin dan tetap berdegil mempertahankan kedudukan yang dirasakan hak perbadinya itu. Dari firasat saya pertama beliau mendapat restu Sultan Selangor, kedua mendapat sokongan penuh daripada pucuk pimpinan Pas Pusat, ketiga mendapat green light daripada Mohd Najib Razak, dan keempat menyakini sebahagian daripada rakyat Selangor bersamanya.

Khalid juga tentu mendapat bonus sokongan daripada Umno Selangor.

Dengan perkembangan itu apa lagi yang boleh dilakukan oleh mereka yang inginkan Khalid meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Aziz itu? Apakah akan dikemukakan usul undi tidak percaya kepada Khalid di DUN Selangor? Mengenai hal ini saya sudah memberi peringatan dalam catatan yang lalu. Ia merupakan satu tindakan sangat bahaya seperti mana saya ramalkan apa yang berlaku dengan projek Kajang Move.

Khalid Samad hantar surat mohon hadap Sultan

Khalid Samad 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad telah memohon perkenan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya berkaitan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
 
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor itu berkata beliau telah menghantar surat kepada pihak Istana Selangor petang ini bagi memohon kebenaran untuk majlis menghadap itu.
  
"Tujuan (memohon menghadap) ialah untuk jelaskan kenyataan saya yang sebenar terhadap baginda. Kita tidak boleh berpegang pada laporan akhbar sahaja...kita khuatir kenyataan kita telah disalah tafsir kerana ia (titah sultan) dibuat berdasarkan bacaan daripada laporan akhbar arus perdana.
  
"Mungkin ini semua salah faham," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
  
Sultan Sharafuddin semalam menyatakan rasa kesal dan dukacita terhadap Ahli Parlimen Pas itu yang dilaporkan menerusi media sebelum ini mempersoalkan kuasa eksekutif Mais selain mencadangkan kerajaan negeri supaya kuasa majlis itu dihapuskan.

Sultan Selangor ketika bertitah pada majlis perasmian Masjid Pekan Sepang semalam menegaskan bahawa Khalid sebagai seorang yang bukan anak jati Selangor, sepatutnya melengkapkan diri dengan memahami sejarah dan mendalami undang-undang di Selangor, terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Pesara maafkan wanita pembuli jalan raya

CrossTalk: Gaza Under Siege

Israel warns Gaza residents to leave

Serangan Di Gaza, Skripnya Sudah Dirancang Israel

CDM25: Wanita 'pembuli', mohon maaf

1MDB telah muflis jika tidak kerana muslihat perakaunan


lge001


KUALA LUMPUR, 16 JUL: DAP mempersoal kedudukan kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang nampaknya sekadar bergantung kepada penilaian semula asetnya bagi mengelak daripada jatuh muflis.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Kementerian Kewangan untuk menjelaskan kedudukan 1MDB yang didakwa mencipta keuntungan atas kertas daripada penilaian semula aset hartanahnya.
“1MDB bergantung kepada keuntungan melalui penilaian semula aset sebanyak RM2.7 bilion bagi mencatat keuntungan sebanyak RM778 juta dan tidak menghiraukan kenaikan jumlah keterhutangan yang menjangkau RM42.3 bilion, iaitu hampir mencecah nilai jumlah asetnya sebanyak RM44.7 bilion,” ujar Guan Eng dalam satu kenyataan.
“1MDB sekali lagi menunjukkan bahawa ia tidak menghasilkan keuntungan tanpa mencipta keuntungan atas kertas daripada penilaian semula hartanah,” dakwa Ahli Parlimen Bagan itu.
Menurutnya, bagi tahun kewangan 2013 1MDB mencatat keuntungan selepas cukai sebabnyak RM778.2 juta hasil daripada penilaian semula hartanahnya yang memberikan pulangan RM2.7 bilion.
Tanpa pulangan daripada penilaian semula itu, 1MDB sebenarnya kehilangan RM1.8 bilion.
“Muslihat yang sama turut dilakukan untuk tahun kewangan 2012 apabila 1MDB mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM44.2 juta, hanya selepas membuat pulangan RM599.9 juta daripada langkah penilaian semula aset hartanahnya,” tambah beliau.
1MDB menanggung liabiliti berjumlah RM42.3 bilion, dengan pembayaran tahunan berjumlah RM1.6 bilion, selain kerugian RM1.2 bilion daripada pengambilalihan aset tenaganya. Angka ini jauh lebih besar nilainya berbanding hutang Khazanah sebanyak RM37.4 bilion dan RM4.4 bilion hutang KWSP.

Kok nak cari pemimpin negeri, pertamannya elok, keduanya pandai

Aspan Alias
 
TS Khalid hari ini lebih tegas dengan mempertahankan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang telah beliau janjikan kepada rakyat Selangor semasa mengangkat sumpah jawatan itu selepas pilihanraya yang lalu. Selama ini semuanya membuat kenyataan dalam ‘riddle’ baik dari Khalid sendoro mahupun dari kumpulan yang ingin menjatuhkan beliau.
Semalam Tuanku Selangor berkata supaya tidak ada sesiapa yang perlu menunjukkan arah kepada beliau terutamanya dalam isu yang beliau mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuk perlantikan Menteri Besar Negeri Selangor itu. Apa yang di titahkan Tuanku Selangor itu semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang semalam, menunjukkan yang Tuanku Sultan mahu masing-masing menjaga lopak masing-masing.
Melantik seorang Menteri Besar itu adalah lopak baginda sendiri dan tidak siapa yang wajar memaksa baginda untuk melakukan yang lain dari apa yang telah diperuntukan untuk baginda. Itu telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh negeri dan jika ada mana-mana pihak untuk merencatkan perlaksanaan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh itu, pihak itu sememangnya mengundang krisis perlembagaan dinegeri itu yang sangat besar implikasinya kepada rakyat Selangor dan Persekutuan kita ini.
Mungkin oleh kerana keyakinan Khalid itulah yang menyebabkan hari ini beliau membuat kenyataan tegas yang beliau akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang terkandung dalam sumpah jawatan beliau mach tahun lepas. Apa yang boleh kita fahami ialah Tuanku Selangor tidak akan melayan kehendak mana-mana pihak yang ingin melakukan apa-apa yang tidak secocok dengan kehendak rakyat Selangor. Biar Selangor menentukan nasib Selangor itu sendiri.
TS Khalid hari ini mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghormati sistem Raja Berpelembagaan Negeri Selangor, tentunya dalam usaha memperkuatkan natijah yang beliau mendapat sokongan kuat dari pihak istana.

Kenaikan harga lesen memandu tidak masuk akal

Kenaikan harga lesen ini akan mendatangkan reaksi negatif dari pelbagai pihak khususnya golongan muda.
PETALING JAYA: Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang, Afzanizam Hashim berkata kenaikan harga lesen memandu kelas B2 dan kelas D adalah sangat tidak masuk akal.
Afzanizam berkata, kenaikan harga lesen ini akan mendatangkan reaksi negatif dari pelbagai pihak khususnya golongan muda.
“SAMM Pulau Pinang menggesa pihak berwajib supaya membatalkan segera kenaikan ini”, tegasnya.
Beliau berkata, pihak kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional harus peka dengan permasalahan anak muda dalam keadaan ekonomi yang gawat dengan kenaikan pelbagai harga barang ketika ini.
“Apakah tabung negara sudah kontang dikerjakan pihak tertentu hingga memaksa rakyat khususnya anak muda mengeluarkan lebihan wang untuk lesen memandu?, soalnya lagi.
Tambahnya, pemimpin negara dilihat bermewahan, malah anak menteri dilihat menaiki Lamborghini yang bernilai lebih RM 3 juta ringgit.
‘Ketika itu juga, anak muda lain dihukum dengan kenaikan kadar lesen baru yang amat membebankan”, katanya.
Ujarnya lagi, SAMM Pulau Pinang akan membantah kenaikan ini dan akan melancarkan kempen bantahan di peringkat Pulau Pinang dalam pelbagai reaksi.

Himpunan besar-besaran solidariti untuk Gaza Jumaat ini



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama NGO islam akan mengadakan himpunan besar-besaran Solidariti Untuk Gaza (S4G) pada hari Jumaat 18 Julai ini.

Menurut Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail, himpunan akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di dua lokasi iaitu di Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji.

"Seterusnya akan bergerak ke kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak.

"Semua parti-parti politik, ngo dan seluruh orang ramai dijemput hadir bagi menyatakan solidariti terhadap penduduk Ghaza yang diserang Israel," katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, orang ramai katanya diseru membawa bersama bendera Malaysia dan Palestin bagi menyatakan kebersamaan Malaysia buat Palestin.

Himpunan dijangka akan dipimpin oleh pimpinan kanan PAS termasuk Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib-naib Presiden DatukTuan Ibrahim Tuan Man, Dato Haji Husam Musa, Solehudin Ayub dan Ketua Pemuda PAS sendiri Suhaizan Kaiat.

Antara NGO yang akan turut serta dalam himpunan ini pula termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Muslim Care, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan lain-lain.

Boikot: Kita Yang Terkesan Bukan Israel kata KJ

Israel Resumes Gaza Airstrikes

Israel-Gaza conflict: No truce, both cite self-defense

Israel targets top Hamas leader

Gazans face water crisis

"Saya tak kan murtad" - Rara


Syefura OthmanSEREMBAN: Syefura Othman, 25, gadis Melayu terbaru yang menyertai parti DAP, membidas kritikan pihak luar dan berkata beliau tidak akan murtad hanya kerana telah menyertai DAP.
“Saya tengok ada orang kata bila saya sertai DAP seolah-olah saya dah lupa asal usul, bangsa dan agama saya.
“Saya tak kan murtad hanya kerana saya jadi ahli DAP. Saya tetap Melayu dan tetap menjunjung Islam.
“Malah ketika ini saya sedang membaca buku Hikayat Merong Mahawangsa.
“Mereka yang melatah bila tengok orang Melayu masuk DAP ini adalah orang yang takut pada bayang-bayang sendiri.
“Saya memilih DAP kerana ia lebih terbuka dan lebih memberi ruang kepada bakat politik anak muda terutamanya golongan wanita,” kata Syefura.
Majlis Buka Puasa DAP SerembanSyefura yang menampilkan imej muslimah memberikan jawapan positif apabila ditanya FMT samaada lebih ramai anak muda Melayu terutama anak gadis yang mahu menyertai DAP selepas melihat langkah Syefura.
“Ya, saya akan membawa lebih ramai sahabat perempuan saya masuk DAP. Sebab sejak saya menjadi ahli ada sahabat-sahabat perempuan saya sudah mula bertanya tentang penglibatan saya serta tentang parti itu sendiri.
“Saya percaya apabila lebih ramai orang Melayu menyertai DAP, maka pengkritik di luar sana tak boleh melabelkan DAP sebagai parti rasis atau parti Cina,” Syefura berkata demikian di majlis Iftar DAP cawangan Seremban bersama kepimpinan PAS dan PKR setempat serta media.
Turut hadir adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook (DAP), Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat Aminuddin Harun dan ADUN Nilai J Arulkumar.

UiTM: Jika enggan dedah, benarlah kadar dua kali ganda - Rafizi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyambut baik kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh dua orang pemimpin Barisan Nasional baru-baru ini yang turut sama menyarankan supaya perjanjian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) didedahkan kepada umum untuk meyakinkan rakyat bahawa penswastaan UiTM itu menguntungkan rakyat.

Katanya, kenyataan Datuk Paul Low dan Datuk NurJazlan Mohamad yang kedua-duanya diberi amanah meningkatkan ketelusan urusan kerajaan membayangkan mereka sendiri bersetuju bahawa kaedah menswastakan kampus-kampus UiTM pada harga yang cukup tinggi ini boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang, seperti yang telah berlaku dengan konsesi penswastaan penjana bebas (IPP) dan lebuhraya misalnya.

Beliau mendapat beberapa maklumat yang menimbulkan syak wasangka bahawa perjanjian-perjanjian konsesi penswastaan UiTM ini memberi kelebihan kepada pemegang konsesi yang akan merugikan rakyat seperti berikut:

1. Kelengkapan di beberapa kampus yang telah dibina adalah tidak mencukupi dan tidak dibina mengikut keperluan pengajaran UiTM. Ini menyebabkan UiTM terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk melengkapkan kampus ini bagi membolehkan kampus ini digunakan. Contohnya, ada dakwaan bahawa beberapa bangunan kampus UiTM cawangan Jasin tidak mempunyai soket elektrik yang secukupnya kerana tidak termasuk di dalam spesifikasi perjanjian konsesi sehingga menyukarkan ia digunakan sepenuhnya oleh tenaga pengajar UiTM;

2. Klausa perjanjian konsesi penswastaan UiTM turut memperuntukan Pembayaran Tetap (atau dipanggil Availability Charges) seperti mana yang pernah menimbulkan kontroversi di dalam perjanjian konsesi penjana bebas (IPP);

3. Bayaran khidmat penyenggaraan (atau maintenance charge) yang dikenakan oleh pemegang konsesi adalah dua kali ganda lebih mahal dari anggaran kos biasa yang sepatutnya ditanggung oleh UiTM. Saya dimaklumkan bahawa perjanjian konsesi penswastaan UiTM menetapkan bayaran khidmat penyenggaraan sebanyak RM1.05 setiap kaki persegi berbanding anggaran kos biasa yang dinilai/kini dibayar oleh UiTM iaitu di antara 50 sen hingga 60 sen kaki persegi.

Empat penyokong Morsi mati diseksa regim zionis as-sisi dalam penjara


KAHERAH: Empat penyokong Dr Mohammad Morsi -Presiden Mesir yang digulingkan- maut dalam tahanan tiga hari lalu didakwa diseksa dalam penjara.

Mereka yang terbunuh adalah Mahmoud Saad al-Din, Syed Mohamed, Hani Essawi dan Ashraf Shahin yang maut dalam tahanan di balai polis berasingan.

Ketua Kumpulan Hak Asasi Al-Karama, Ahmed Mafrah berkata kesemua penyokong Morsi yang meninggal tersebut mati dalam keadaan 'misteri'.

"Dua daripada tahanan dibunuh mempunyai tanda-tanda penyeksaan pada badan mereka," kata Mafrah.

Manakala seorang lagi, telah meninggal dunia di Alexandria selepas dinafikan hak untuk menerima rawatan Hepatitis C.

Mafrah mendakwa kematian berlaku adalah akibat kecuaian perubatan dan penyeksaan melampau dalam tahanan tentera Mesir.

Adakah wanita tidak sesuai jadi MB?

Oleh Rayner Yeo
Saya merujuk kepada laporan bertajuk “Uzur’ halang Azizah jadi calon MB, kata peguam Umno”.  Mengikut laporan tersebut, peguam Umno, Datuk Hafarizam Harun mengatakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menghadapi halangan dalam menjalankan tugas jika dilantik menjadi menteri besar kerana faktor “keuzuran”.

Pandangan itu disokong oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Shamrahayu Abdul Aziz yang berpendapat bahawa akan timbul kesukaran bagi menteri besar wanita untuk mengiringi sultan dalam majlis rasmi kerana terpaksa duduk berasingan, di samping memberikan alasan bahawa aspek “sensiviti dan pantang larang dalam masyarakat” juga perlu diambil kira. Penulis tidak bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh kedua-dua individu ini. Sebelum menyatakan sebab-sebab penulis tidak bersetuju, ingin penulis sarankan Datuk Hafarizam Harun agar menambah sedikit ilmu pengetahuan  asas tentang “keuzuran” wanita.

Untuk pengetahuan Hafarizam, dengan umur Datuk Seri Dr Wan Azizah sekarang, faktor “keuzuran” tidak lagi terpakai kepada beliau.  Oleh itu, kalau kita hendak menerima apa yang dinyatakan oleh Hafarizam sebagai munasabah sekalipun, faktor ini tetap tidak terpakai dalam situasi yang ingin beliau ulas. Zaman sudah berubah. Tradisi dan protokol lama tidak perlu diikuti secara membuta-tuli. Sebagaimana di United Kingdom di mana lagu kebangsaan “God Save the King” boleh ditukar kepada “God Save the Queen” sekiranya ratu dan bukannya raja yang memerintah, kita juga perlu sesuaikan diri dengan keadaan semasa.

‘Boss-boss’ Umno jangan terus khayal dengan kepura-puraan

Oleh Nur Jazlan
Ketika ini, lebih 200 juta rakyat Indonesia masih menanti keputusan rasmi siapa yang akan menggantikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sama ada bekas Gabenor Jakarta yang juga seorang peniaga perabot, Joko Widodo atau ringkasnya Jokowi.
Atau bekas Jeneral pada zaman bekas Presiden Suharto, Probowo Subianto yang dapat memberikan saingan sengit dalam pusingan akhir kempen Pilihanraya Presiden (Pilpres) Republik Indonesia (RI) 2014.
Tidak dinafikan Pilpres 2014 adalah yang paling sengit setakat ini, selepas kejatuhan pemerintahan Suharto serta paling mendapat perhatian masyarakat republik berkenaan termasuk rantau Asia Tenggara atau antarabangsa.
Sepanjang tempoh berkempen Pilpres ini juga dapat disaksikan bagaimana Bapak Probowo dapat mengejar populariti Bapak Jokowi yang sebelum itu, meninggalkan beliau agak jauh. Dengan debat kedua-dua calon Pilpres ini, disiarkan secara terbuka sebanyak lima kali ia jelas menguji bukan sekadar strategi berkempen yang diatur pakar-pakar strategi pilihan raya kedua-dua calon tetapi juga amat bergantung kepada ketokohan, kredibiliti serta dinamiknya Bapak Jokowi dan Bapak Probowo.
Saya berpendapat persaingan populariti kedua-dua calon presiden RI ini, amat terbuka terutama sekali kerana perlu melalui lima kali pusingan debat serta ditambah dengan fungsi media sosial yang begitu meluas di Indonesia menyaksikan rakyat negara berkenaan begitu teruja menanti presiden baru.
Mungkin sudah sampai masa pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil iktibar daripada Pilpres RI dengan tampil berdepan dengan rakyat bagi menjawab segala persoalan secara langsung sekaligus dapat meningkatkan keyakinan rakyat.
Apa yang pasti melalui debat terbuka ini, rakyat RI boleh menerima Probowo dan menganggap beliau antara pemimpin yang mampu menerajui republik berkenaan walaupun, ketika menjadi jeneral TNI, beliau dikatakan mempunyai rekod kurang baik membabitkan hak asasi manusia serta jenayah perang.
Betapa ironi sekali dan bertentangan pemikiran rakyat yang mampu melupakan sejarah buruk seorang pemimpin semata-mata disebabkan ketokohan beliau yang terserlah sepanjang kempen pilihan raya, sesuatu yang biasa juga dilihat dalam kancah politik negara.
Walaupun sebelum ini, pemimpin parti pembangkang terutama sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim berulang kali mahukan debat khusus antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilakukan, tetapi sehingga ke hari ini, ia masih belum direalisasikan.
Secara peribadi saya sendiri tidak bersetuju jika debat dilakukan antara ketua pembangkang dengan perdana menteri di luar masa pilihan raya atau waktu berkempen kerana ia tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada rakyat selain menimbulkan suasana “over politicking”.  Ini kerana waktu paling sesuai dalam menilai ketokohan pemimpin sepatutnya dilakukan ketika waktu berkempen.

Surat kebenaran dan ‘rakyat asing’

Sejak kes MP dan Adun kena halau tempohari, ‘surat kebenaran’ kini dah jadi ‘trendy’ di kalangan warga Johor. Mana-mana pergi, kawan akan tanya “ada surat kebenaran tak?” Lucu juga.
Kalau ikut sistem Kangchu dulu, peniaga Cina yang nak masuk Johor untuk tinggal dan berdagang kena ada ‘Surat Sungai’ sebagai lesen untuk masuk Johor.
Kini, wakil rakyat berketurunan Cina pula kena ada ‘surat kebenaran’ nak masuk bazar Ramadhan, bukan untuk berniaga tetapi untuk beramah mesra dan mengedar kurma sebagai menghormati bulan Ramadhan.
Surat Sungai pada masa tu dikeluarkan oleh wakil kerajaan negeri. Tetapi ‘surat kebenaran’ untuk masuk bazar Ramadhan hari ini barangkali dikeluarkan oleh samseng-samseng berlogo UMNO.
Tak lama lepas tu, Tun M tiba-tiba bersuara tentang Johor. Eh, apa kenanya dia ni.
Tun M bimbang keadaan di Johor kelak akan dikuasai oleh orang asing dalam pemilikan hartanah dan populasi sosial.
Sayang juga Tun M pada negeri kawan ya. Tetapi kenapa? Ada kenangan lama atau hajat tak sampai ke Tun?
Kalau faham betul-betul keadaan ni, semua isu di Johor dikaitkan dengan ‘orang asing’. Dari zaman Kangchu hinggalah zaman Wilayah Iskandar.
Momok hantu ‘orang asing’ ni dah jadi macam lagu malar segar. Ulang, ulang dan ulang. Tetapi keadaan di Johor begitu juga.
Bawalah masuk pelabur banyak mana pun, usahawan tempatan yang macam kita ni tetap melukut di tepi gantang. Kenakanlah berapa banyak pun peraturan, nasib anak tempatan belum tentu terjamin. Pendek kata, semua momok orang asing ini bukannya menguntungkan rakyat pun.
Kita rakyat ni dah jadi macam tebusan kuasa elit yang berebut tanah dan ekonomi di Johor. Awak tahu siapa dia kuasa elit ni? Kawan tak tahu.

"Wanita itu akan diambil tindakan" - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng terhadap seorang pesara yang secara tidak sengaja melanggar kereta wanita tersebut di Kuantan pada Isnin lalu.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara.

Tambahnya lagi, pihaknya telah melihat video tersebut dan wanita berkenaan ternyata menunjukkan sikapnya sebagai seorang pembuli jalan raya dan satu laporan polis akan dibuat terhadap wanita berkenaan.

“Tidak kiralah sama ada lelaki berkenaan ada membuat laporan polis atau tidak, kita akan mengambil tindakan terhadap wanita itu.”

Semalam video seorang wanita di Kuantan yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada seorang lelaki warga emas yang didakwa melanggar keretanya menjadi viral di jaringan sosial.

Hari ini, lelaki warga emas terbabit difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

‘Tarik balik, minta maaf dan tutup mulut!’ – Teo Nie Ching kepada Hafarizam


teo nie ching


KUALA LUMPUR, 16 JUL: Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching mendesak Peguam Umno Mohd Hafarizam Harun agar menarik balik kenyataannya serta meminta maaf kepada semua pihak, terutama golongan wanita.
Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan berhubung kelayakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, yang bersifat diskriminasi dan menghina wanita, katanya dalam satu kenyataan.
“Hafarizam perlu menarik balik kenyataannya, memohon maaf dan tutup sahaja mulutnya,” katanya.
“Kenyataannya bukan sahaja diskriminasi terhadap Kak Wan, malah terhadap golongan wanita secara keseluruhan. Adakah dia tiada langsung rasa hormat kepada ibu dan isterinya?” katanya lagi.
Semalam, Hafarizam membuat kenyataan menyifatkan Wan Azizah tidak layak menjadi MB kerana beliau tidak dapat mengiringi Sultan Selangor ke acara keagamaan ketika datang ‘haid’.
Seakan tidak serik, peguam yang juga pengarah dua buah syarikat yang terlibat dengan Kidex itu tampil ‘mempertahankan’ dirinya, dengan berkata beliau tidak menujukan kenyataan itu kepada Wan Azizah, tetapi kepada wanita secara umum.
Menurut laporan Malaysiakini, beliau menyifatkan kenyataan ‘uzur sharie’ yang digunakan bukan sekadar merujuk kepada ‘haid’ tetapi juga hal-hal lain seperti cuti selepas bersalin.
Menyifatkan kenyataan Hafarizam sebagai jijik dan mengejutkan, beliau mengingatkan Hafarizam tentang tugas asas seorang Menteri Besar, iaitu melaksanakan dasar demi rakyat.

Khalid: Don't invite Allah's wrath for fear of man

Manila in typhoon chaos

Peguam UMNO digesa minta maaf kpd kaum wanita atas kenyataan berbaur seksis

Israel Warns Palestinians in Gaza

Abdul Khalid : "Terus jadi MB hingga habis penggal"

Skandal seks: Sanjeevan mahu burukkan polis, kata IGP

'UiTM will pay twice more in concession deal'

IGP: Garang sungguh dia, ketuk sana, ketuk sini

Khalid mahu kekal MB hingga habis penggal..!!

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertekad untuk kekal menerajui Selangor sehingga pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau mahu mengambil masa bagi menunaikan janji kepada rakyat Selangor, yang memberi kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Ini bulan Ramadhan. Saya dah nyatakan dulu yang saya mahu kekal sampai tamat penggal saya sepertimana saya janjikan kepada rakyat Selangor.

"Saya telah mengangkat sumpah untuk menguruskan negeri ini sehingga pilihan raya akan datang," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco Selangor hari ini.

Katanya lagi, beliau tidak gusar dengan tekanan ke atasnya agar berundur dari jawatan tersebut.

"Saya dah biasa dengan tekanan ini," kata beliau ketika ditanya lanjut mengenai kritikan yang timbul ke atas pentadbirannya, termasuk dari rakan sekutu dan pemimpin partinya sendiri.

Malah, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui bahawa parti itu sedang meneliti isu berhubung kedudukan Khalid sebagai menteri besar.

IGP: Sanjeevan sengaja mahu burukkan polis..!!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menempelak pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sanjeevan yang disifatkannya sebagai sengaja mahu memburukkan nama baik pasukan itu apabila membuat dakwaan salah laku polis tanpa mengemukakan bukti.

Menurutnya, polis menemui Sanjeevan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan video seks pegawainya namun, Sanjeevan enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa polis mengemukakan notis kepadanya untuk menyerahkan bahan bukti.

"Orang ini dia tak ikhlas untuk betulkan keadaan tapi dia bertujuan hendak malukan individu tertentu.

"Apabila saya hantar pegawai saya jumpa dia, dia tak nak kerjasama, dia buat cerita saya membohong.

"Kalau dia tak nak kemukakan pada polis, dia boleh kemukakan pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini.

"Dia cakap sana sini tapi dia tiada bukti yang dia kemukakan.

Microsoft umum kurangkan pekerja minggu ini

Microsoft merancang untuk mengurangkan kakitangannya dalam tempoh lima tahun memandangkan syarikat pembuat perisian itu sedang mengurangkan dan melakukan integrasi telefon bimbit Nokia Oyj.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Satya Nadella berkata, pihaknya dalam persediaan melakukan perubahan di Microsoft dan pengurangan kakitangan itu membabitkan jurutera, pemasaran dan bahagian-bahagian yang bertindih dengan Nokia.
Penstrukturan semula Micrsoft akan diumumkan pada minggu ini - mungkin menjadi perubahan terbesar dalam sejarah organisasi itu selepas mengurangkan 5,800 pekerja pada tahun 2009. Nadella berkata, penstrukturan yang bakal dilaksanakan itu membolehkan syarikat berkenaan lebih fokus dan cekap.
Ketua Pegawai Eksekutif baru itu yang mengambil alih jawatan berkenaan daripada Steve Ballmer sejak Februari lalu mahu menumpukan kepada perisian mudah alih, perkomputeran awan dan perisian produktiviti memandangkan para pelanggan dan ahli perniagaan kurang membeli komputer peribadi untuk memeriksa emel, melayari laman web dan akses data mahupun perisian.
Nadella dilantik menerajui Microsoft selepas Ballmer gagal untuk menghasilkan produk laris, sama ada dalam segmen telefon pintar dan tablet yang kini dikuasai oleh Apple Inc., Samsung Electronics Co. dan pesaing teknologi yang lain.

Amuk kereta kena langgar: Digi mahu bayar kos baik pulih kereta kedua-duanya

KUALA LUMPUR: Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta seorang wanita, di mana video insiden wanita mengamuk terbabit kemudiannya menjadi viral di laman sosial.

Pemandu wanita terbabit dilihat hilang sabar dan menggunakan pengunci stereng untuk memarahi sambil menghentak-hentak kereta milik warga emas terbabit.

Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, mereka akan membayar kos baik pulih kereta lelaki terbabit kerana sifat empati yang ditunjukkannya.

Syarikat telekomunikasi itu juga menawarkan untuk membayar gantirugi kepada wanita terbabit sekiranya dia “dapat memaafkan lelaki warga emas itu”.

Muat naik oleh Digi itu berjaya menarik perhatian ramai secara positif tatkala pelbagai cemuhan negatif dilempar kepada wanita tersebut, yang hampir boleh disifatkan sebagai membuli secara siber.

Digi

Warga emas maafkan wanita mengamuk kereta kena langgar, Polis tetap siasat

Lelaki warga emas maafkan wanita mengamuk kereta kena langgar
KUALA LUMPUR: Lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan pada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebut mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata pesara berumur 67 tahun itu memandu kereta Toyota dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita yang berumur 30 tahun berkenaan di sebuah tempat letak kereta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) daerah tersebut.

“Wanita dan pesara tersebut sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu. Lelaki itu mendakwa wanita tersebut mencekak bajunya dan mengetuk kereta lelaki itu berkali-kali menggunakan pengunci stereng. Walaupun telah dinasihatkan polis untuk membuat laporan polis mengenai ancaman yang dilakukan oleh wanita berkenaan, lelaki tersebut tidak mahu membuat satu lagi laporan terhadap wanita berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.

Abd Aziz turut menjelaskan bahawa polis telah pun mengeluarkan surat saman kepada pesara tersebut kerana kemalangan kecil tersebut namun perbuatan wanita tersebut masih lagi disiasat.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Pil Kuda: Kes saman terhadap Hadi didengar 25 Ogos

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menetapkan dua hari iaitu 25 dan 26 Ogos sebagai tarikh perbicaraan kes saman fitnah bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  
Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Rusita Md Lazim yang turut mengeluarkan perintah terhadap plaintif mengemukakan kenyataan saksi pada tarikh perbicaraan itu.
  
Mohd Shamsul bersama peguamnya Alias Ibrahim hadir di mahkamah hari ini manakala Abdul Hadi selaku defendan dan peguamnya tidak hadir.
  
Pada 23 Februari lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar gantirugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan oleh pihak plaintif.
    

Serangan di Gaza, skripnya sudah dirancang Israel

Azmi 
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini, menyeru seluruh umat Islam bersatu hati untuk membantu penduduk Gaza.

Presidennya, Mohamad Azmi Abdul Hamid berkata, serangan di Gaza sudah dirancang Israel dan bagi menunjukkan solidariti bantahan serangan tersebut, umat Islam perlu bertindak.

"Kita perlu bersatu. Ini bukan satu perang, ini siri penyembelihan, sebelah sini (Palestin) tiada apa, sebelah sana (Israel) ada kelengkapan perang.

"Ini satu petanda apa yang berlaku bagai sudah diatur dalam skrip. Kononya serangan ke atas tiga orang Yahudi, menjustifikasikan serangan untuk menyerang Palestin.

"Sebenarnya mayat mereka telah dijumpai pada hari kedua, mayat itu disimpan, bagi mengangkat rasa marah masyarakat dunia, hari kesepuluh baru mereka war-warkan mayat ditemui.," katanya pada sidang media Pray 4 Gaza, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini.

Katanya lagi, sepanjang 10 hari tersebut Israel berkempen yang mengatakan Palestin bertindak menyerang mereka, sedangkan perkara itu hanya lakonan mereka sahaja bagi menghalalkan serangan ke atas Palestin.

No place for sexism in Malaysian culture

Current comments on why a woman cannot become the next menteri besar in Selangor reek of sexual discrimination. One would have thought this kind of jaded thinking was in the past.

By Janarthani Arumugam
sexism300NGO EMPOWER is extremely shocked by yet another slammer on women’s human rights.
UMNO lawyer, Mohd Hafarizam Harun made a sexist, distasteful and disrespectful comment against PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail by saying she should be barred from becoming Selangor menteri besar due to her menstrual period.
Yet again women are being discriminated against and relegated as secondary to men due to their biological make up.
The point here is not whether Wan Azizah eventually agrees to or even becomes a possible candidate for the menteri besar’s post – she should not be discriminated against based on her biological make up.
She, like any other female or male, should be given the equal opportunity to present herself as a candidate as no where in the Selangor Constitution or Federal Constitution, is it stated that no woman or female is barred from becoming a menteri besar.
His (Hafarizam) misogynistic comment extends to dehumanising Dr. Wan Azizah as being “unclean”, not able to sit together with the Sultan, and not being able to pray and read the Quran, among others, just because she is a woman having her menses.
Even worse, his statement was concurred by Dr Shamrahayu Abdul Aziz, a lecturer from UIA who further added fuel to the sexist comment by saying that perhaps Selangor is not ready for a female menteri besar.
Making such misogynistic comments reflects sexist prejudices and a patriarchal ideology, which form the basis for discrimination against females in our society.

Ex Women's Minister Najib Razak must sack Umno lawyer for shocking 'menses' comments

Ex Women's Minister Najib Razak must sack Umno lawyer for shocking 'menses' comments
Umno legal advisor Mohd Hafarizam Harun should just retract his remarks, apologise to all and shut up.
His statement is not only a discrimination against Kak Wan, but it is also a discrimination against the entire womankind!
His statement that women are unfit to be MB because of confinement after birth is shocking and disgusting. Does he have any respect towards his own mother and the mother of his children?
I would like to remind Hafarizam, what people want from their Menteri Besar, is to carry out pro-rakyat policies. Hafarizam’s statement that women are unfit to be MB because they cannot accompany the sultan at religious functions shows that he completely misunderstands the role and duty of a Menteri Besar.
In regards to his statement that a country would not prosper if led by women, I would like to advise him to look at Germany and Angela Merkel.
And he is too short-sighted and refuse to look beyond Malaysia, I would like to say the current governor of Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz will be another good example.

wan azizah
Tan Sri Dr Zeti was named by Global Finance magazine as one of the world's best central bank chief in 2009. In 2013, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz has again been accorded “Grade A” among the heads of central banks for the 10th time by the Global Finance magazine. Who say women cannot be good leader?

PKR: Surat buktikan menteri terbabit dalam pinjaman Deepak

Video perempuan caci lelaki berusia jadi trending

Dr Maszlee Bidas! Dakwaan Zaini Bahawa Basyar & Iran Bantu Persenjataan Hamas

Menteri UMNO kantoi salahguna kuasa jadi macai penjual carpet!!

Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.

Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Setelah meneliti dokumen-dokumen ini, saya berpendapat bahawa ia bukan sahaja menjadi bukti campur tangan Menteri di dalam pengurusan Bank Rakyat, malah memberi gambaran betapa besarnya jumlah hutang Deepak Jaikishin dengan Bank Rakyat dan bagaimana dia telah mendapat layanan istimewa dari Bank Rakyat selama ini.

Bermula dari hari ini, NOW akan mendedahkan dokumen ini satu persatu untuk menjadi bukti terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Datuk Mustafha Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat kerana saya percaya ada asas yang kukuh telah berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Bersama-sama ini saya sertakan surat dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Datuk Mustafha Razak yang mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa yang bertentangan dengan amalan biasa pentadbiran pinjaman Bank Rakyat setelah satu pertemuan diadakan di antara menteri, wakil Bank Rakyat dan Deepak Jaikishen pada 30 Januari 2014.

PAS Selangor bidas pihak guna nama PAS, gesa henti polemik tukar MB

PAS-for-All
SHAH ALAM, 17 JUL: PAS Selangor membidas pihak yang sengaja menggunakan dan mengaitkan nama PAS Selangor dalam kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.
Hal ini berikutan PAS Selangor tidak pernah menyatakan pendirian kepada mana-mana pihak kononnya menyokong Menteri Besar negeri ini ditukar.
“PAS Selangor mendapati ada pihak yang menggunakan nama PAS Selangor berhubung suatu pendirian yang tidak benar.
“Pas Selangor memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengeluarkan kenyataan atas nama PAS Selangor bagi mengaut keuntungan politik.
“Kita memberi peringatan kerana hanya Pesuruhjaya, Ketua Penerangan dan Setiausaha Perhubungan Negeri sahaja yang berkuasa membuat pendirian rasmi Pas Negeri Selangor” kata Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor kepada Selangor Kini di sini, hari ini.
Jelas Mohd Khairuddin PAS Selangor sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi menyatakan pandangan dan pendirian jelas berhubung isu itu.
Kata beliau lagi, polemik menukarkan Menteri Besar yang baru harus dihentikan kerana tindakan itu tidak mempunyai asas yang kukuh.
“Buat waktu ini kedudukan negeri sangat jelas iaitu Menteri Besar Selangor adalah Tan Sri Khalid Ibrahim dan kita harap dihentikan polemik yang boleh menggangu pentadbiran kerajaan negeri,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Dulu Takut Anwar Jadi MB, Rupanya Dengan Isterinya Pun UMNO Takut Juga

UMNO nampaknya bukan saja takut Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi turut takut jika isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan nombor satu kerajaan negeri itu. Jika Anwar sebelum ini dihalang melalui proses mempercepatkan kesnya di Mahkamah Rayuan, bahkan bersidang juga sehingga jam 7 malam, Dr Wan Azizah juga cuba dihalang dengan mereka-reka pelbagai bentuk persepsi mengenai ketidaklayakannya menduduki jawatan itu.

Kalau sebelum ini, beliau dikatakan tidak sesuai menduduki jawatan itu kerana bukan anak jati Selangor, sebaliknya dilahirkan di Singapura, terbaru ini fitrah semulajadinya sebagai wanita pula dijadikan alasan.

Peguam UMNO, Hafarizam Harun menjadikan alasan Dr Wan Azizah sebagai wanita yang mengalami uzur syarie atau datang bulan sebagai alasan untuk mengatakan Presiden PKR itu tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana dianggap menjadi halangan untuknya menghadiri majlis-majlis keagamaan ketika mengiringi Sultan Selangor.

Walaupun merupakan peguam UMNO dan peguam kepada Perdana Menteri dalam kes saman terhadap Malaysiakini serta dianugerahkan projek lebuhraya Kidex bernilai lebih RM2 biliion, hakikatnya Hafarizam paling sengkek mindanya apabila menggunakan alasan uzur syarie itu sebagai sandarannya untuk mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin Selangor.

Apa yang beliau takutkan dengan Dr Azizah? Benarkah seperti kata Rafizi Ramli bahawa ketakutan Hafarizam ialah kerana bimbangkan projek lebuhraya Kidexnya tidak menjadi kenyataan jika Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor?

Umno letak wanita seperti di zaman jahiliyah, kata pemimpin politik, NGO

Agama tidak sepatutnya jadi penghalang untuk wanita Islam pegang jawatan pemimpin, kata Pengasas NGO Negara-ku Datuk Ambiga Sreenevasan. Gambar fail The Malaysian Insider.Agama tidak sepatutnya jadi penghalang untuk wanita Islam pegang jawatan pemimpin, kata Pengasas NGO Negara-ku Datuk Ambiga Sreenevasan. Gambar fail The Malaysian Insider.Wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik menganggap kenyataan seksis peguam Umno yang menyatakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar di negeri beraja merupakan penghinaan kepada kaum wanita dan seperti berada pada zaman jahiliyah.
Mereka berpendapat, ramai tokoh wanita termasuk beragama Islam yang dikagumi pernah memimpin negara, termasuk negara yang lebih konservatif daripada Malaysia.
Mereka berkata, Datuk Mohd Hafarizam Harun (gambar)  tidak pernah mendengar nama Cancelor Jerman Angela Markel, Presiden Argentina Christina Fernandez de Kirshnerand, dan Presiden Brazil Dilma Rouseff.
Tidak ketinggalan wanita Islam pertama menjadi pemimpin kerajaan demokrasi Pakistan, Benazir Bhutto dan diikuti Begum Khaleda Zia sebagai perdana menteri Bangladesh.
Laporan akhbar New Straits Times semalam memetik kenyataan Hafarizam yang berkata, wanita tidak sesuai jadi calon menteri besar Selangor kerana tidak boleh mengiringi Sultan Selangor dalam majlis agama rasmi jika berada dalam keadaan uzur syarie.
"Walaupun undang-undang negeri Selangor tidak menghalang wanita menjadi menteri besar tetapi sudah menjadi kelaziman akan berlaku masalah jika keadaan itu berlaku," katanya.

Kenyataan Hafarizam menyalahi hak asasi manusia, kata MCA

Kenyataan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kaitan 'uzur' dan menteri besar dikecam pelbagai pihak. Gambar fail The Malaysian Insider.Kenyataan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kaitan 'uzur' dan menteri besar dikecam pelbagai pihak. Gambar fail The Malaysian Insider.Wanita MCA hari ini mengecam kenyataan peguam Umno, Datuk Hafarizam Harun yang menggunakan alasan 'uzur' terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai halangan untuk pemimpin parti itu tidak menjadi calon menteri besar Selangor.
Ketuanya Datuk Heng Seai Kie berkata menafikan peluang presiden PKR itu untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor hanya kerana Wan Azizah seorang wanita dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia.
Katanya, kenyataan peguam Umno yang menggunakan perbezaan jantina sebagai alasan  untuk mendiskriminasi pemimpin itu juga dilihat tindakan berat sebelah dan tidak boleh diterima.
"Saya amat kecewa dengan kenyataan Hafarizam yang dipetik akhbar New Straits Times (NST) mengatakan perempuan tidak boleh menjadi menteri besar kerana bakal berdepan dengan kekangan untuk menemani Sultan apabila wanita itu sedang dalam keadaan uzur (haid)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis siasat wanita dalam video buli jalan raya

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki tua selepas satu kemalangan jalan raya dan videonya tersebar meluas di Internet sejak semalam.

"Kita akan siasat dia di bawah (kes) buli jalan raya.

"Saya pun baru tadi tengok footage (rakaman) itu.

"Garang sungguh dia, ketuk sana ketuk sini," katanya merujuk kepada rakaman itu yang memaparkan perempuan tersebut mengetuk kereta lelaki tua yang didakwa melanggar keretanya.

Mangsa serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 204 orang

Mangsa serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 203 orang
GAZA: Serangan terbaru Israel ke atas Gaza pada awal Rabu telah menyebabkan beberapa orang awam terbunuh, menjadikan jumlah mangsa bedilan rejim Zionis meningkat kepada 204.

Dua terbunuh dalam serangan terbaru di selatan bandar Rafah manakala seorang lagi terbunuh dalam satu serangan berasingan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memberitahu AFP, satu lagi serangan dilancarkan tidak lama selepas itu di Rafah dan meragut nyawa seorang lelaki manakala serangan di rumah Mohammed al-Arjani di selatan bandar Khan Yunis telah menyebabkan anak lelakinya, Abdullah, 19, terbunuh.

Selang sejam, sebuah kereta kebal melepaskan tembakan dari dalam Israel ke bahagian timur Khan Yunis sekaligus meragut nyawa seorang penduduk, menurut Qudra.

Siri serangan yang dilancarkan Israel pada pagi Rabu disasarkan ke rumah-rumah milik para pegawai kanan Hamas termasuk Mahmud al-Azhar di mana tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Hari ini masuk hari kesembilan Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan yang didakwa untuk memintas serangan roket yang dilancarkan oleh Hamas.

Surat-surat untuk PM Israel, Benjamin Netanyahu

Kepada Tuan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu,

Hanya selepas seminggu mengganas,  lebih 200 nyawa tidak berdosa melayang, bangunan masjid, penempatan awam habis ranap, barulah kabinet Tuan bersetuju dengan cadangan Mesir untuk gencatan senjata bersama Hamas.

Persetujuan itu sama ada helah petanda tidak jujur Zionis atau bala tentera  Tuan  sudah mengaku kalah dengan balasan Hamas, itu sukar ditentukan.  Ini kerana dalam peperangan sebelum ini, Tuan turut bertindak begitu.  Setuju gencatan untuk tamatkan perang di Gaza.

Pilihan alternatif

Tiada apa yang boleh penduduk Gaza lakukan apabila tentera Tuan  mengganas. Media yang jadi sumber maklumat - yang mana satu benar dan diselewengkan , dikuasai agensi yang sokong Tuan dan  Yahudi. Tetapi Tuan perlu tahu,  kini pentas media sosial jadi alat alternatif untuk menyaring berita-berita yang disajikan.


Palestine

Tuan Perdana Menteri,

Surat ini juga menjadi salah satu pilihan alternatif untuk memberitahu kepada dunia bahawa ada sesuatu perlu dilakukan untuk sebuah Gaza aman dan makmur. Walaupun impian itu nampaknya seperti ilusi dan bukan semudah mengelipkan mata, setidak-tidaknya Palestin ada impian berkenaan.

Sementara itu, biar ayat-ayat dalam surat ini bercerita, selebihnya membongkar apa yang sudah Tuan dan konco-konco Tuan lakukan untuk menzalimi Palestin.

Saya kongsikan dua surat lain untuk Tuan Perdana Menteri yang saya olahkan semula.

Surat 1

Saya merupakan seorang bapa kepada empat orang anak, tiga lelaki, seorang perempuan. Hidup di Gaza dan menjadi pemberi rezeki menyuap enam mulut sejak 50 tahun lalu saya boleh sifatkan sangat menduga. Alhamdulillah, dengan rezeki diberikan, anak-anak saya membesar dan dapat pula menolong saya meringankan beban hidup.

Tidak berpelajaran tinggi, tetapi pengalaman melalui kesusahan jadi sumber pendidikan utama kepada keluarga kami, termasuk anak-anak.

Tidak seperti tidur Tuan dan penduduk Israel lain yang barangkali dibuai mimpi enak, hidup kami sekeluarga seringkali terganggu oleh bunyi bedilan di darat  dan jet berlegar di udara. Maklumlah, pejam celik usia kami di wilayah terkepung.

Satu lagi pesawat Drone Israel ditembak jatuh

GAZA: Sebuah lagi pesawat drone yang menjadi kebanggaan Israel ditembak jatuh oleh pemuda al-Qassam  di Semenanjung Gaza semalam.

Saksi berkata, seorang lelaki Palestin bersenjata menembak tepat ke arah pesawat itu yang kemudian jatuh ke tanah.

"Pesawat itu ditembak jatuh oleh meriam anti-pesawat," kata saksi.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan daripada Israel sehingga kini.

Serangan semalam menjadikan empat pesawat drone Israel berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Palestin sejak tentera rejim melancarkan serangan ke atas Gaza 7 Julai lalu.

Sebelum ini, sebuah pesawat drone ditembak jatuh di daerah Al-Remal di barat bandar Gaza.

Pejuang Hamas, Briged al-Qassam turut melancarkan roket mereka ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan berterusan rejim.

Sehingga kini hampir 200 rakyat Palestin gugur syahid dan lebih 1,500 lagi cedera akibat serangan Israel yang masuk hari ke sembilan hari ini.

Gaza: Angka korban meningkat 200, lebih 1,500 cedera

GAZA: Tentera Zionis Israel terus memperhebat serangan ke atas Gaza masuk hari kesembilan semalam yang mengakibatkan jumlah korban rakyat Palestin meningkat kepada 200 orang dan lebih 1,500 lagi cedera.

Rata-rata mereka yang syahid dan cedera adalah orang awam, wanita dan kanak-kanak.

Laporan Kementerian Perumahan dan Pekerjaan Umum Palestin menyebut bahawa sebanyak 13,360 rumah telah musnah.

560 daripadanya hancur total, 12,800 hancur sebahagian dan 520 rumah tidak boleh lagi diduduki.

Hari ini genap sepuluh hari tentera zionis Israel membedil jalur Gaza dan meratah nyawa rakyat Palestin.

Tentera Hamas, Briged al Qassam juga turut membalas serangan ke kota-kota zionis.

Buat pertama kalinya, al-Qassam berjaya menggempur kota Haifa di wilayah utara Israel dengan roket jenis “R160” dan kota Jerussalem dengan roket jenis “M75”.

Khalid lebih takut murka Allah daripada manusia

Lihat askar Israel lari lintang pukang

Israel jadikan rumah pemimpin Hamas sasaran

Israel to expand Gaza campaign as truce fails

Israel sasar pemimpin Hamas, jumlah mangsa kini hampir 200


Israel sasar pemimpin Hamas, jumlah mangsa kini hampir 200GAZA: Pesawat tentera Israel mengebom rumah seorang pemimpin Hamas pada awal Rabu tatkala kempen serangan rejim Zionis itu masuk hari kesembilan tanpa sebarang tanda ia akan dihentikan.

Jumlah mangsa yang terbunuh kini meningkat kepada 197 orang, setelah usaha gencatan senjata gagal dilaksanakan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa memberi amaran akan ‘mempertingkatkan dan memperbesarkan’ serangan setelah Hamas enggan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Mesir.

Serangan pertama pada Rabu disasarkan ke rumah pegawai kanan Hamas Mahmud al-Zahar di barat Semenanjung Gaza.

Rumah yang dilaporkan tidak berpenghuni itu ranap sama sekali.

Beberapa serangan berasingan turut dilancarkan di bandar Gaza dan Jabalia di utara dengan mensasarkan sekurang-kurangnya tiga lagi pegawai Hamas dengan tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini.

Serangan terbabit dilancarkan ekoran kematian pertama rakyat Israel daripada hampir 1,000 bedilan roket oleh Hamas ke negara Yahudi itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Dror Hanin, 37, maut setelah roket yang dilancarkan meletup berhampiran jejambat Erez, lokasi di mana tentera Israel ditempatkan.

Gaza:Israel guna senjata bahaya

OSLO - NORWAY. Seorang doktor di Norway mendakwa rejim Zionis menggunakan bom yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan penduduk Palestin.

Ketua jabatan perubatan sebuah hospital universiti di Oslo, Dr Erik Fossse memaklumkan Dense Inert Metal Explosive (Dime) tersebut adalah bahan letupan yang hanya boleh menyebabkan kemusnahan kecil dalam peperangan. Bagaimanapun, pakar berpendapat serpihan kecil letupan Dime mampu memberi kesan biologi sangat besar terhadap manusia.

“Sebahagian penduduk Gaza mengalami kesan kecederaan akibat daripada penggunaan senjata baharu. Para doktor yang ada pengalaman merawat mangsa di zon perang sendiri tidak pernah melihat kes sebegini,” katanya.

Menurutnya lagi, rejim Zionis turut menggunakan senjata seperti depleted uranium (DU) dan peluru meriam mengandungi fosforus putih, laporan dipetik dari Press TV.

Authorities: Palestinian teen taken to forest, burned

Hamas, Israeli spokesmen talk cease-fire collapse

Gaza ceasefire: Gone with the wind?

Kurdish leader: Baghdad's policies 'disastrous'

Israeli President: Hamas Out of Options

Videos purport to show bombing aftermath, aid delivery in Syria

Scars Show As Gaza's Children Endure Third War

Hamas Video Claims Rockets Fired at Israel

New Technology 'game-changer' in Mideast Clashes

War moves inside Israeli border. Minorities fear xenophobic on the streets

Egyptian Truce Plan Unravels After New Fighting

Gaza human shields: Foreigners protect hospitals from IDF airstrikes

Israel lancar semula serangan udara, gencatan senjata gagal


Israel lancar semula serangan udara, gencatan senjata gagalGAZA: Israel melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan udara di Gaza tengahari Selasa, selepas gencatan senjata gagal dilaksanakan, koresponden AFP yang berada di sana melaporkan.

Koresponden AFP melaporkan satu serangan udara berlaku di Gaza dan salah seorang saksi melaporkan serangan kedua berlaku di selatan Khan Yunis.

Terdahulu, jumlah korban serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada 192 orang apabila enam orang lagi terbunuh pada Selasa sebelum Israel menerima genjatan senjata ditaja oleh Mesir.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memberitahu tiga orang terbunuh di dalam dua serangan berbeza di bandar Khan Yunis.

Manakala dua lagi lelaki meninggal dunia akibat cedera parah dan seorang wanita terbunuh dalam serangan di Rafah menjadikan jumlah semua yang terkorban hari ini adalah enam orang.

Kesemua mangsa meninggal dunia sebelum Israel menerima cadangan genjatan senjata oleh Mesir namun cadangan itu ditolak oleh Hamas.

Keberanian melampaui demo


Pemuda PAS mempunyai sejarah panjang dan penuh ketrampilan dalam landskap politik arus perdana di Malaysia.

Tokoh-tokoh yang pada hari ini seperti Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar kini menjadi pemuka penting parti PAS dalam merencana perjalanan politik pembangkang sejak sekian lama.

Begitu juga Angkatan Muda Keadilan (AMK), sungguhpun usianya masih muda berbanding Pemuda PAS dan DAP. Entiti ini pernah mencipta sejarah penting perjalanan politik era reformasi 1998.

Namun demikian, politik pasca-PRU13 memungkinkan perjalanan dan peranan Pemuda oposisi tidak lagi semudah mencipta nada kritis kepada pucuk pimpinan parti masing-masing.

Peranan pemuda oposisi hari ini bukan lagi seronok membuat bising di perhimpunan, mesyuarat atau muktamar parti masing-masing atau mencabar parti kerajaan untuk sekadar berdebat ala anak jantan.

Sebaliknya, cabaran terbesar pemuda oposisi sekarang dan akan datang ialah bagaimana mereka dapat menawarkan idea politik dan pembangunan sosial kepada masyarakat.

'Bukan berontak, tapi mencuba'

Gembar-gembur kebijaksanaan politik Khairy Jamaludin, ketua Pemuda Umno dan BN, bukanlah perkara pokok yang dapat membangunkan politik Pemuda Pakatan Rakyat.

Ruang-ruang demokrasi pada hari ini terbuka luas untuk pemuda oposisi terokai dan menghindar jauh daripada peranan tipikal sayap pemuda kepada parti masing-masing.

Will Rosmah agree with Umno lawyer’s sexist remark?

Umno lawyer Mohd Hafarizam Harun had cited women’s ‘user share’ (menses) as a hindrance for a woman to assume the post of Selangor Menteri Besar.
The lawyer’s remark first appeared in the New Straits Times (NST) when he commented on why PKR president Wan Azizah Wan Ismail is not suitable to become Selangor Menteri Besar.
"This is because should a woman menteri besar suffer from 'uzur sharie' there will be many obstacles for her to accompany the sultan at religious functions,” Mohd Hafarizam said, despite admitting that the Selangor state constitution does not bar a woman from becoming a Menteri Besar.
No doubt, his comment had caused a social media storm.
Earlier, Prime Minister Najib Razak had cautioned. Umno members from making controversial remarks that put the party in embarrassing situation following the controversy surrounding Kinabatangan MP Bung Moktar’s Hitler remark.
Well, it looks like his directive has fallen on deaf ears again.
Pakatan Rakyat politicians, as expected, had cashed in on Mohd Hafarizam’s statement to attack its opponents. BN’s component parties, meanwhile went into control damage mode, where some decided to join the Malaysian public in giving the Umno lawyer a lesson to respect women.
Despite the storm, Mohd Hafarizam appeared to stand by his sexist statement.
According to news portal the Malaysian Insider, he further explained his remark stating that a woman Menteri Besar has to perform Islamic religious obligations with, or on behalf of, the Malay ruler.
Therefore, it would be an obstacle to her if she were having her period, he added.
But then, is such hindrance alone justifies that woman should not be appointed to any top government position?
Interestingly, what will be the reaction from Najib’s wife, Rosmah Mansor, who is well known for her contribution in the areas of empowering women and gender equality, to Mohd Hafarizam’s remark? Will there be one?

Menteri Besar wanita pertama di Malaysia lanjutan sejarah kepimpinan perempuan di nusantara


Ratu Jayadevi

AISHAH
Baru-baru ini kecoh di pihak UMNO mahu pun Pakatan Rakyat sendiri tentang masa depan negeri Selangor, atau lebih tepat tentang pemilihan Menteri Besar Selangor. Calon yang disebut-sebut ialah seorang wanita, isteri kepada ikon politik dan ibu yang berjiwa besar – Wan Azizah.
Topik ini telah menarik reaksi banyak pihak, termasuk peguam UMNO dan Khairy Jamaluddin. Terpacullah dalil-dalil seperti wanita tidak layak menjadi pemimpin dari segi “biologinya,” “haid,” “negeri beraja Melayu,” “kerusi PKR paling sedikit di Selangor” dan sebagainya. Di sini, dapat kita lihat skrip yang sama diulang-ulang untuk merendahkan keupayaan wanita, sekaligus menidakkan sejarah perempuan sebagai pemimpin!
Gambaran umum yang didapati tentang imej dan identiti perempuan Melayu adalah lemah, perlu pembelaan, pasif, boneka dan lain-lain lagi. Mereka ini terkongkong dalam pemikiran patriarki yang menganggap perempuan Melayu lemah dan terkebelakang. Sejarah yang dihadapkan kita pada hari ini sering mengesampingkan perempuan (biased process), terpilih (selective), serta dipengaruhi kepentingan dan persepsi individu. Malah proses penciptaan sejarah juga telah membunuh watak perempuan, seperti yang sedang berlaku kepada Wan Azizah.
Tidak banyak orang mengetahui, Alam Melayu telah mengamalkan matrilineal seawal abad ke-2 melalui peranan Ratu Soma. Begitu juga kerajaan Campa abad ke-7 dan di Sambhupura yang menyaksikan kepimpinan oleh tiga raja perempuan berturutan – garis keturunan yang bermula sekurang-kurangnya pada 740M, dengan raja perempuan terakhir ditabalkan pada 803M. Semua ini tidak lain menunjukkan hubungan penting melalui perempuan 1. Pada abad ke-8, di Angkor pula terakam pemerintahan Ratu Jayadevi, pada tahun 713 – menjadikannya satu-satu Ratu yang absah dalam sejarah Khmer.

Sabah diceroboh lagi, apa jadi sistem radar kita?


ESSCOM1


Jutaan ringgit dibelanjakan bagi meningkatkan tahap keselamatan di pantai timur Sabah termasuk penggunaan radar Petronas, namun perairan negara tetap dibolosi kumpulan bersenjata yang melakukan jenayah dan penculikan.
Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa berkata, selain prasarana keselamatan, turut dipersoalkan ialah kelemahan unit perisikan seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara yang gagal membaca pergerakan kumpulan penceroboh dari memasuki perairan Sabah.
“Apa jadi dengan sistem radar kita? Apa jadi dengan Pesawat King Air yang dilengkapi kemudahan radar milik Unit Operasi Udara PDRM?, soal Teck Hwa dalam kenyataannya.
“Mengapa risikan-risikan kita sebegitu lemah ? Kelemahan risikan ini akhirnya menyebabkan nyawa rakyat biasa dan anggota keselamatan kita melayang,” kata Teck Hwa.
Tegasnya ,setelah operasi ketenteraan terbesar di Lahad Datu berikutan siri penculikan dan pencerobohan, Malaysia seharusnya memikirkan secara serius untuk mengadakan operasi secara bersepadu bersama pihak berkuasa Filipina dan negara-negara ASEAN lain.
Pada 31 Januari lalu, PDRM meletakkan Unit Pencegahan Pengganas dibawah Cawangan Khas dalam usaha memperkasakan risikan berhubung aktiviti keganasan antarabangsa.
Ironinya, dalam tempoh empat bulan berturut-turut perairan Sabah dicerobohi melalui beberapa insiden serangan dan penculikan oleh kumpulan bersenjata terhadap pelancong asing dan rakyat tempatan.